Saturday, December 15, 2012

Tiga Golongan Tidak Akan Masuk Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad)


Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu :

Golongan Pertama : Suka memperdaya orang lain (menipu)

Golongan Kedua     : Orang yang kikir (bakhil)
Golongan Ketiga     :  Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.

Huraiannya  : 

Golongan Pertama :Suka memperdaya orang lain (menipu)

Menipu perbuatan keji yang dibenci Islam kerana suka memperdaya orang lain (menipu) perbuatan ini boleh mengguris hati seseorang yang memberi kepercayaan kepadanya.Akibat perbuatan itu,orang lain yang jujur akan teraniaya kerana orang yang menjadi mangsa penipuan itu tidak akan percaya kepada orang yang jujur itu.

Juster,Islam menganjurkan urusan hutang piutang atau pinjam meminjam diadakan perjanjian bertulis dengan dua saksi atau mengambil cagaran bagi memastikan kepentingan orang yang memberi hutang terjamin

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini.  Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan seronok untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.


Pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-

يŰșÙŰ± Ù„Ù„ŰŽÙ‡ÙŠŰŻ كل ŰŽÙŠŰĄ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ†
 

Maksudnya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Hadis Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من ŰŁŰŻّŰ§Ù† ŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ÙŠŰ±ÙŠŰŻ ŰŁŰŻŰ§ŰĄÙ‡Ű§ ŰŁŰŻÙ‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه , ومن ŰŁŰźŰ°Ù‡Ű§ ÙŠŰ±ÙŠŰŻ ۧŰȘÙ„Ű§ÙÙ‡Ű§ ŰŁŰȘلفه Ű§Ù„Ù„Ù‡
 

Maksudnya : "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat Islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű„Ù†ÙŠ ŰŁŰčÙˆŰ°ŰšÙƒ من Ű§Ù„Ù…ŰŁŰ«Ù… ÙˆŰ§Ù„Ù…ŰșŰ±Ù… ( Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ† ) , فقيل له : Ű„Ù†Ùƒ ŰȘŰłŰȘŰčŰ° من Ű§Ù„Ù…ŰșŰ±Ù… ÙƒŰ«ÙŠŰ±Ű§ً ÙŠŰ§ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ؟ ÙÙ‚Ű§Ù„ : " Ű„Ù† Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ ۄ۰ۧ ŰșŰ±Ù… Ű­ŰŻŰ« ÙÙƒŰ°Űš , ووŰčŰŻ ÙŰŁŰźÙ„Ù"


Maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Hadis Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Jika seseorang berhutang tetapi dia berniat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membayarnya maka dia tidak berdosa. Allah SWT Maha Mengetahui kemampuan hamba-hamba-Nya. Setiap amalan itu bergantung kepada niat.

Golongan Kedua     : Orang yang kikir (Bakhil)

Sesuatu yang sangat penting untuk diketahui setiap muslim ialah bahawa harta yang dimiliki dalam bentuk apapun yang ada di sekitarnya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 
Tidaklah seseorang itu boleh mendakwa bahawa harta yang dimiliki adalah haknya secara mutlak kerana apa yang dia miliki adalah dengan izin Allah, manusia tidaklah berkuasa sepenuhnya pada harta tersebut. Status harta itu hanya amanah atau pinjaman dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahaja.

Sesungguhnya harta yang dimiliki seseorang itu adalah amanah Allah dan mereka tidak boleh bersikap bakhil atau kedekut kerana bukan miliknya secara mutlak.     

Bakhil adalah sifat yang tercela kerana sifat ini terlahir dari godaan syaitan. Bakhil dijadikan oleh syaitan sebagai jalan untuk menuju jalan ke neraka. Definisi bakhil adalah perbuatan seorang hamba untuk menahan harta yang ada padanya tanpa menunaikan hak dan kewajiban yang patut dilaksanakan dengan harta tersebut. 

Dalil yang melarang dari perbuatan bakhil di antaranya adalah:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ، ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: «Ű§ŰŹْŰȘَنِŰšُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰčَ Ű§Ù„ْمُÙˆŰšِقَۧŰȘِ» قِيلَ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ، مَۧ هِيَ؟ قَŰ§Ù„َ: «Ű§Ù„ŰŽِّ۱ْكُ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ، وَŰ§Ù„ŰŽُّŰ­ُّ، وَقَŰȘْلُ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ Ű§Ù„َّŰȘِي Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَّۧ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ، وَŰŁَكْلُ Ű§Ù„Ű±ِّŰšَۧ، وَŰŁَكْلُ مَŰ§Ù„ِ Ű§Ù„ْيَŰȘِيمِ، وَŰ§Ù„ŰȘَّوَلِّي يَوْمَ Ű§Ù„ŰČَّŰ­ْفِ، وَقَŰ°ْفُ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰ”َنَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰșَŰ§ÙِلَۧŰȘِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنَۧŰȘِ»
 
Dari sahabat Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam telah bersabda : "Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian." Lalu (sahabat) bertanya, "Apakah itu wahai Rasulullah?" Lalu baginda menjawab, "Menyekutukan Allah, bakhil (kikir), membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh zina wanita mukminat yang suci.” (Hadis Riwayat an-Nasai)

Banyak contoh tentang kehancuran orang-orang yang bakhil. Salah satunya adalah Qarun sebagai raja kebakhilan yang pernah muncul di muka bumi ini. Di mana Allah SWT akhirnya menenggelamkannya beserta gedung dan harta kekayaannya. Kisah tersebut boleh  dibaca dalam Al-Quran pada surah Al-Qashash. Perkara ini perlu dijadikan sebagai pelajaran bahawa bakhil dapat membawa kepada kehancuran di dunia dan akhirat.

Sifat bakhil terbena akibatkan kecintaan yang berlebihan terhadap dunia, tidak adanya keyakinan tentang kemuliaan yang ada di sisi Allah SWT, sifat tamak dan kagum kepada diri sendiri serta sebab-sebab lainnya.
 
Sikap kedekut dipandang keji oleh Islam kerana seseorang itu cuba menyekat aliran rezeki yang didatangkan Allah kerana ada ketikanya Allah memberi rezeki kepada seseorang melalui saku orang lain.     

Tetapi,disebabkan orang yang menjadi saluran rezeki itu bakhil maka tersekatlah rezeki orang lain.

Golongan Ketiga     : Suka mengungkit-ungkit (pemberiannya)

Firman Allah yang bermaksud,"Hai orang yang beriman,jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (Surah al-Baqarah ayat 264).    

Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya. Perbuatan itu mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang yang diungkitnya.

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu orang yang mengulurkan kainnnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).

Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain.Sesungguhnya, ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya. Lebih besar dosanya apabila seorang anak mengungkit-ungkit pemberiananya kepada kedua ibu bapanya. Anak tersebut menjadi anak derhaka selagi dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan meminta ampun kepada kedua ibu bapanya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada tiga sifat yang dibenci oleha Allah SWT sehingga tidak dapat masuk syurga Allah SWT seperti hadis di atas. Berlawaan daripada sifat-sifat di atas adalah sifat orang mukmin yang jujur, amanah, pemurah dan sentiasa ikhlas dalam sedekah dan memberikan pertolongan kepada orang lain. 

Pilihan terserah kepada kita semua samaada kita nak memilih sifat-sifat ahli nereka atau sifat-sifat ahli syurga. Beruntunglah sesiapa yang diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT hingga dia istiqamah dengan akhlak yang mulai dan terpuji dan dijauhi daripada sifat-sifat mazmumah yang tercela dan dibenci oleh Allah SWT.




    

Muslim Yang Menziarahi Saudaranya Yang Sakit Perlu Ingatkan Supaya Tidak Tinggalkan Solat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang muslim kita mempunyai beberapa tanggungjawab dan hak kepada saudara sesama muslim. Tanggungjawab ini kita tidak boleh di abaikan dan memandang ringan sahaja. Apabila kita dengan ikhlas memenuhi tanggungjawab ini maka kita akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar disisi Allah SWT. Begitu juga sebaliknya apabila kita tinggalkan tanggungjawab dan hak sesama muslim kita akan mendapat dosa dan di akhirat nanti Allah SWT. akan murka kepada kita.

Salah satu hak muslim yang wajib ditunaikan adalah jika saudara sakit maka hendaklah kita menziarahinya. Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.

Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."

Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."

Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga." 

Mengunjungi muslim yang sedang sakit adalah suatu kewajiban ke atas muslim lain. Lebih-lebih lagi jika pesakit itu kaum kerabat dan sahabat handai sendiri. Mengunjungi orang sakit tersmasuk salah satu amal solih yang sangat afdhal. Rahmat Allah senantiasa menaungi diri pesakit dan orang yang mengunjunginya.

Orang yang datang berkunjung sebaik-baiknya menasihati si sakit supaya bersabar dan jangan tinggalkan solat. Mendoakan untuk pesakit agar dia lekas sembuh dan menasihatinya supaya memperbanyak taubat dan berpesan dengan pesan-pesan penting lainnya.

Sahabat yang dimuliakan,
Sudah menjadi perkara lumrah ramai pesakit muslim yang tinggal di hospital tidak melakukan solat. Sedangkan solat wajib dikerjakan samaada secara duduk, berbaring, mengiring atau isyarat mata kerana tidak mampu mengerakkan anggotanya. Islam tidak mengizinkan solat ditinggalkan walaupun pesakit terpaksa memakai pampers kerana penyakit yang dialami.

Islam hanya membenarkan solat ditinggalkan dalam beberapa keadaan sahaja iaitu ketika terlupa atau dalam keadaan tertidur. Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu , Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda maksudnya : "Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solahnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solah yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:”Dirikanlah solah untuk mengingati Aku”. (Hadis Riwayat Muslim). 

Nabi SAW dan para sahabat ketika dalam musafir pernah tertidur sehingga terlepas waktu Subuh. Apabila mereka terjaga, Nabi SAW mengarahkan supaya berjalan keluar daripada lembah tempat mereka tidur, kemudian mereka qada solah Subuh mereka. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam bersabda maksudnya, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (Hadis Riwayat Muslim)

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengiktikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. 

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis Riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar) 

Berdasarkan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW yang jelas dan tegas itu tidak ada alasan bagi orang mukmin untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Mengingkari perintah solat bererti menolak perintah Allah, dan barangsiapa yang menolak perintah Allah maka dia telah merosakkan imannya dan meruntuhkan agamanya.

Sahabat yang dihormati,
Sebahagian daripada pesakit sedang berada dalam keadaan tenat dan sedang menunggu saat kematian. Alangkan ruginya sekiranya di saat-saat akhir hayatnya tidak menunaikan solat dan memandang ringan kewajipan solat, ahli keluarga dan pelawat yang menziarhi pesakit perlu mengingatkan pesakit supaya sentiasa mengerjakan solat mengikut kemampuan mereka. Ahli keluarga yang menjaga pesakit haruslah membantu pesakit berwuduk, utamakan solat lebih daripada perkara yang lain. Di haruskan menjamakkan solat ketika sakit yang serius kerana kesukaran mengambil wuduk dan keuzuran fizikal.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Persoalan pertama yang akan ditanya dipertanggungjawabkan) kepada manusia di hari akhirat, ialah solat. Apabila solatnya dapat diterima (oleh Allah), maka akan diterima seluruh amalnya, dan sekiranya solatnya ditolak (oleh Allah), akan ditolak seluruh amalnya".(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama membiasakan diri menziarahi saudara kita yang sakit di hospital atau dirumah untuk  menginsafkan diri kita bahawa setiap yang sihat akan mengalami sakit dan yang setiap yang hidup  akan mengalami kematian. Jika kesempatan ziarah ini perlulah ingatkan pesakit mengenai kefarduan solat (jangan ditinggalkan) dan nasihatkan banyak bersabar kerana sakit adalah ujian Allah SWT dan akan mendapat pahala jika bersabar dan suruh pesakit banyakkan berzikir jika mampu  supaya hati sentiasa mengingati Allah SWT setiap masa.





Thursday, December 13, 2012

Siapakah 10 Golongan Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab?



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebaik-baik golongan di hari akhirat nanti adalah mereka yang dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah SWT samaada sebelum hisab atau selepas hisab.

Terdapat 70,000 umat Muhammad SAW yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT dan menghindarkan diri daripada maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(Hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(Hadis riwayat Jabir)

5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(Hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-Ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(Hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(Hadis sumber daripada A’isyah r.ha)

8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(Hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(Hadis marfu’ riwayat Hakim dan at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Hadis riwayat Ibn Mas’ud r.a)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah, amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Berdoalah semoga kita semua dimaksukan ke dalam syurga tanpa hisab.

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’ berkata : “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”





Siapakah Enam Golongan Yang Akan Masuk Neraka Sebelum Hisab?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyedikan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Kesemua manusia yang beriman  akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka sebelum hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran  yang mereka lakukan ketika di dunia.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : "Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :

1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Huraiannya :

Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada Allah hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka  tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Hak bersuara dan berdemontrasi secara aman dibalas dengan ges pemedih mata dan kay cotar. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

Perkembangan terkini tiga buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, dua telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Balasan Allah SWT telah diterima  dan sekarang pemimpin tersebut berada dipenjara. Pemimpin zalim yang lain tunggulah balasan Allah SWT  kerana menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy  di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka sebelum hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.

Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa  dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri  yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.

Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus." Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu  keistimewaan dan boleh bermegah-megah. Termasuk juga golongan ini mereka yang menjadi ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri, jika sombong akan mendapat balasan yang sama seperti ketua kampung tersebut.

Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha merekalah yang menjadikan diri mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau,  'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun  dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).

Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.

Golongan Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Dalam satu riwayat menyatakan : “9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.

Golongan Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan  kejahilannya)

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi S.A.W.  bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.

 Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.
Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Muttafaq Alaih)

Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka sebelum hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul , sidiqin, para syuhada, solihin dan 10 golongan yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

Tuesday, December 11, 2012

Empat Sifat Untuk Menjadi Mukmin Yang Mulia Di Sisi Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Terdapat empat sifat untuk menjadi mukmin yang mulia di sisi Allah SWT .

Sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Bertawakal kepada Allah SWT.

Kedua : Bersyukur kepada Allah SWT.

Ketiga : Sentiasa beristighfar setiap hari kepada Allah SWT.

Keempat : Muraqabah kepada Allah SWT.

Huraiannya :

Pertama : Bertawakal kepada Allah SWT.

Nabi SAW sering mengajar umatnya supaya sentiasa berdoa dengan doa-doa yang mashur yang terdapat di dalam al-Quran dan sunahnya. Di dalam al-Quran terdapat banyak doa-doa yang diajarkan oleh Allah SWT untuk Nabi SAW ucapkan , untuk para rasul , orang-orang soleh dan mereka-mereka yang dekat dengan Allah SWT . Salah satu doa tersebut adalah seperti dalam surah at-Taubah ayat 129.

Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ; "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu')
Orang mukmin yang mana hati dan jiwanya sentiasa dekat dengan Allah SWT akan merasai bahawa cukuplah dengan dia beriman dan  mengingati Allah SWT, meletakkan pegharapan sepenuhnya kepada-Nya, bertawakal dan bergantung kepada Tuhan yang Esa dan tidak ada tuhan lain selain daripada-Nya maka jiwa akan tenang, bahagia dan sejahtera.

Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatan-Nya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan-Nya pada saat menghadapi kesusahan.

Untuk memahami lebih jelas lagi konsep tawakal ini pernah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda.

"Telah datang kepada Rasulullah S.A.W.  seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian bertawakal?" Rasulullah S.A.W. menjawab, maksudnya : "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal." (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Dalam ayat yang lain firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah ath-Talaq ayat 3)

Oleh itu, sebagai orang yang beriman, menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup diatas muka bumi ini. Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya. Rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk, melainkan semua ini untuk bekalan dalam beribadah dan supaya hati kita menjadi tenang. Sebab, kadangkala kemiskinan itu mengganggu fikiran dalam beribadah kepada Allah.

Kedua : Bersyukur kepada Allah SWT.

Sesiapa yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah membalasnya dgn melimpahkan nikmat yg lebih baik.

Allah berfirman yang bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali2 kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152). 

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yang ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya.

Bersyukur itu sangat sukar. Sukarnya untuk manusia bersyukur ini ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur." (Surah Saba' (34) ayat 13)

Sifat syukur itu wajib ada pada setiap orang Islam. Ia salah satu daripada sifat mahmudah yang wajib dipelajari, difahami dan diamalkan oleh setiap mukallaf. Manusia yang tidak berterima kasih kepada manusia pun sudah dikira tidak beradab, apatah lagi jika manusia tidak bersyukur kepada Allah.
Oleh sebab itu, Allah mendidik manusia supaya bersyukur kepada Nya. 

Ketiga : Sentiasa beristighfar setiap hari kepada Allah SWT.

Jadikanlah istighfar kepada Allah SAW amalan setiap hari yang tidak kita tinggalkan. Nabi SAW  sentiasa beristighfar sebanyak 100 kali sehari. Maka kita sebagai hamba Allah yang sentisa melakukan dosa dan kesalahan perlulah lebih banyak lagi daripada Nabi SAW. kerana baginda maksum sedangkan kita tidak maksum.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

Istighfar sebagai penebus dosa, dalam satu riwayat  Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam  pernah bersabda:

مَنْ Ù‚Ű§َلَ ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ű§Ù„ŰčَŰžِيْمِ َۧلَّŰ°ِي Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيُّ Ű§Ù„ْقَيُوْمُ وَ ŰŁَŰȘُوْŰšُ Ű„ِلَيْهِ

"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Jelaslah bahwa dengan beristighfar Allah akan mengampuni dosa-dosa seorang hamba,  sekalipun seperti buih di lautan, atau sebanyak tumpukan pasir, atau dedaunan pohon, atau hari-hari di dunia. Inilah ayat Allah s.w.t.yang menegaskan adanya pengampunan dosa bagi hamba yang berdosa.

Allah SAW. berfirman:

قُلْ يَۧŰčِŰšَۧۯِي Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَŰłْ۱َفُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنفُŰłِهِمْ Ù„Ű§َŰȘَقْنَŰ·ُÙˆŰ§ مِن ۱َّŰ­ْمَŰ©ِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡
َ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ ŰŹَمِيŰčًۧ  Ű„ِنَّهُ هُوَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ {53}

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas (melakukan dosa) terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az Zumar ayat 53)

Keempat : Muraqabah kepada Allah SWT.

Muraqabah terhadap Allah SWT  adalah sifat jiwa seorang mukmin.Dia sentiasa merasai dan yakin sepenuh hati bahawa Allah SWT  mengawasi segala perjalanan hidupnya, perasaannya, bisikan hatinya samaada dia berseorangan atau bersama orang lain.

Mukmin sejati yakin peristiwa di Padang Mahsyar tempat di hisap dengan seadil-adilnya segala amalan dan perbuatannya ketika di dunia ini. Perasaan takut, malu dan gementar untuk berhadapan di Mahkamah Allah SWT nanti membuatkan hati dan jiwanya sentiasa muraqabah terhadap-Nya.Ingatlah ketika di sini nanti lidah akan dikunci, giliran anggota lain yang akan berkata-kata mengeluarkan pengakuan dan saksi bagi semua perbuatan si tuan badan. Mata, telinga, tangan dan kaki serta alam yang ada disekitarnya, hari dan masa semuanya  akan mengaku perbuatan itu dan ini. Ketika itu manusia akan terperangkap dengan perbuatan dosa kerana anggota badan sendiri tidak menyebelahinya. Terbongkarlah rahsianya!

Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiah  dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9). 

Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).

Sifat muraqabah akan membuatkan seorang mukmin akan berhati-hati dalam kehidupan di dunia dan akan meninggalkan perkara syubahat, melalaikan dan membuang masa yang sia-sia kerana setiap saat masa kita akan ditanya dimana kita habiskan samaada membawa kebaikan atau keburukan dan dosa.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita  menghiasi akhlak kita dengan empat sifat-sifat yang mulia di atas semoga kita menjadi mukmin yang di muliakan disisi Allah SWT. Mukmin yang mulia,  hebat dan kuat adalah mukmin yang bergantung hati dan jiwanya semata-mata kepada Allah SWT dan tidak mengharapakan pergantungan sesama makhluk Allah SWT







Tafsir Surah Muhammad Ayat 13.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

وَكَŰŁَيِّنْ مِنْ قَ۱ْيَŰ©ٍ هِيَ ŰŁَŰŽَŰŻُّ قُوَّŰ©ً مِنْ قَ۱ْيَŰȘِكَ Ű§Ù„َّŰȘِي ŰŁَŰźْ۱َŰŹَŰȘْكَ ŰŁَهْلَكْنَŰ§Ù‡ُمْ فَلَۧ نَۧ۔ِ۱َ لَهُمْ (13) 

Maksudnya : "Dan betapa banyaknya negeri-negeri yang (penduduknya) lebih kuat dari (penduduk) negerimu (Muhammad) yang telah mengusirmu itu. Kami telah membinasakan mereka; maka tidak ada seorang penolongpun bagi mereka."
(Surah Muhammad (47)  ayat 13)

Asbabun Nuzul ayat 13 :

Ibnu Abbas r.a. menegaskan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Rasulullah yang ketika hendak berangkat ke Gua Tsur, memandang ke arah Mekah dan berkata, "Engkau adalah negeri Allah yang sangat ku cintai. Jika bukan kerena pendudukmu yang mengusirku, aku pasti tidak akan meninggalkanmu." (Hadis Riwayat Abu Ya'la. Lihat Ibnu Katsir : 5/240 dan Qurthubi : 9/6286)

Dalam ayat ini Allah SWT. memberikan lagi perumpamaan sebagai penghibur hati Rasulullah SAW merasa sedih oleh sikap dan tindakan orang-orang musyrik Mekah itu. 

Di ceritakan bahawa berapa banyaknya negeri-negeri dahulu yang penduduknya lebih kuat dan tegap badannya, lebih banyak pengetahuannya, lebih mampu membangun negerinya, lebih banyak tentaranya sehingga dapat menaklukkan negeri-negeri sekitar negeri mereka dibandingkan dengan orang-orang musyrik Mekah. Semuanya itu telah dihancurkan Allah dengan berbagai macam malapetaka yang menimpa mereka dan negeri mereka. Dalam menghadapi malapetaka itu mereka tidak mempunyai seorang penolong pun. Semua kekuatan kekuasaan dan tentara yang gagah perkasa itu tidak ada ertinya sedikit pun dalam menghadapi malapetaka itu. Orang-orang musyrik Mekah akan mengalami nasib yang demikian pula seandainya mereka tetap mengingkari seruan engkau hai Muhammad. Kerana itu sabar dan tabahlah menghadapi sikap dan tindakan mereka itu dan Allah pasti menolongmu dan memenangkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya. 

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap orang yang melakukan kezaliman kepada orang-orang mukmin pasti akan mendapat pembalasan daripada Allah SWT, sebagaimana Dia menghancurkan umat-umat yang terdahulu yang menentang dakwah para Rasul utusan Allah SWT.

Dalam al-Quran, terdapat sejumlah cerita yang mengisahkan kehancuran beberapa kaum (umat) kerana tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Di antaranya adalah Kaum ‘Ad (zaman Nabi Hud), umat Nabi Nuh, Kaum Tsamud (di zaman Nabi Saleh), Kaum Madyan (Nabi Syu’aib), Kaum Ibrahim dan Kaum Nabi Luth.

Firman Allah SWT maksudnya, "Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terjungkir-balik sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi." (Surat Hud ayat 82).

Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi di fitnah sungguh mustajab di sisi Allah SWT.

Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." (Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Oleh itu setiap daie dan para pendakwah perlulah banyak bersabar di atas dugaan Allah SWT semasa berjihad dan berdakwah di jalan Allah SWT. Para pendakwah akan di fitnah dan di uji dengan berbagai dugaan sebagaimana Nabi SAW di halau keluar daripada Kota Mekah oleh pemimpin kafir Qurisy. Setiap kesusahan akan menemui kejayaan dan kebahagiaan.




Monday, December 10, 2012

Bahaya Ajaran Sesat Syiah Melanda Umat Islam Di Malaysia


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam di negara Malaysia dan semua negara umat Islam  di dunia wajib menolak fahaman Syiah kerana terbukti ia merupakan satu fahaman sesat dan menyeleweng daripada al-Quran serta Sunah.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah SAW.

Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah SAW termasuk Saidina Ali Abi Talib k.wj. yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini.

Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf. Hakikat sebenarnya Puak Syiah berbohong atas nama Saidina Ali k.wj.

Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah SAW sendiri, katanya.

Untuk rekod, Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.

Sheikh Sulaiman berkata, fahaman Syiah juga menganggap al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW boleh berubah dan ada kekurangan. Jelaslah disini akidah Syiah telah rosak kerana menolak beriman kepada Kitab suci al-Quran. 

Iktikad ini jelas bertentangan dengan Islam kerana al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan serta kekurangan kerana Allah SWT sentiasa memeliharanya. Ini merupakan jaminan Allah dan ia disebut di dalam al-Quran.

Walau apa pun berlaku, 114 surah di dalam al-Quran daripada al-Fatihah sehingga an-Nas tidak akan berlaku perubahan apatah lagi kekurangan. Ayatnya, kalimah mahu pun hurufnya akan sentiasa terpelihara, kata Sheikh Sulaiman.

Beliau berkata, antara penyelewengan lain yang dilakukan oleh Syiah ialah mereka mencipta iktikad akidah yang tiada sandaran.

Sebagai golongan Sunni kita menjadikan pegangan akidah yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunah sebagai iktikad kerana ia bersumberkan daripada wahyu Allah.

Berbanding Syiah, iktikad akidah mereka bersandarkan kepada akidah taqiyah dan akidah rajah. Akidah taqiyah boleh dikatakan juga akidah munafik

Sahabat yang dimuliakan,
Revolusi Iran sebenarnya bukanlah kejayaan Islam, tetapi kejayaan satu puak Syiah, menumbangkan puak-puak Syiah lain yang dikatakan zalim dan menindas. Setelah beratus-ratus tahun Shah Iran golongan Syiah yang menzalim dan menindas rakyat jelata, maka akhirnya seluruh rakyat  bangun memberontak. Oleh sebab kepimpinan Khomeini agak menonjol, maka semua golongan  bersatu di bawah pimpinannya untuk menumbangkan Shah Iran.

Ada Ahli Sunnah Wal Jamaah di Iran selepas Revolusi Iran yang dibunuh dan dipenjara oleh orang-orang Khomeini.

Perlembagaan yang dipakai di Iran sekarang adalah bermazhab Syiah Imamiah. Jadi dengan kata-kata yang lain, kejayaan revolusi Iran ialah kejayaan Syiah. Syiah jauh bezanya dengan Ahli Sunnah. Malah salah satu musuh Syiah ialah orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Golongan Syiah di Iran telah meracang untuk menjadikan bumi Syam (Palestin, Jordan, Syria dan Lebnon) dibawah jajahan takluknya termasuk Iraq supaya mereka dapat mensyiahkan negara-negara Arab dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Puak Syiah ini terdapat juga di Yaman, Pakistan, India, Bahrin dan Kuwait . Itulah sebab kenapa Iran bersungguh-sungguh membantu kerajaan zalim Syria Rejim Bashah Assad laknatullah. Ulama Iran menganggap pengawal revolosi yang mati mempertahankan Rejim Bashah Assad sebagai syuhadah.

Suatu yang mengemparkan kita menurut sebuah artikel di dalam majalah yang diterbitkan di Najaf, Iraq, bilangan orang Melayu yang menyertai Syiah adalah seramai 30 ribu sehingga 35 ribu orang.

Golongan  Syiah ini juga memiliki markaz atau pusat gerakan yang dikenali sebagai Hauzah Ar-Redho di seluruh negara termasuk di Kedah, Gombak dan di Kelantan. Di Johor terdapat 4 hauzah Syiah.
Mereka menggunakan isu cinta ahli bait sebagai kunci untuk menarik umat Islam menyertai mereka.

Menurut Al-Kulaini (Ulama Syiah) semua orang telah murtad selepas kewafatan Rasullullah kecuali 3 orang iaitu Miqdad bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi. Ini adalah bukti jelas kesesatan Syiah yang menuduh para sahabat adalah kafir dan kenyataan ini tertulis di dalam buku yang bertajuk Ar-Raudhah minal Kafi.

Selain itu, Syiah juga mengatakan Al-Wilayah (kepimpinan Saidina Ali selepas kewafatan Rasulullah) termasuk daripada rukun Islam. Kenyataan ini juga dipetik daripada kata-kata Al-Kulaini di dalam buku Usul minal Kafi. Bagi puak Syiah rukun Islam ada 6 bukan lima.

Syiah beriman dengan taqiyyah (berselindung untuk menyelamatkan diri), menghalalkan nikah mut’ah dan mendakwa berlaku penyelewengan Al-Quran yang merupakan kalam Allah.

Perkembangan di Malaysia , di beritakan pengikut Syiah kini semakin agresif di dalam menyebarkan aliran mereka. Pada 17 Disember 2010, pihak JAIS telah menyerbu hauzah di Gombak dan telah menahan 200 orang yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.

Pada 25 Mei tahun ini, 4 orang pemimpin Syiah telah ditangkap oleh JAIS kerana telah cuba menarik keanggotaan ahli baru. Mereka ditangkap semasa diadakan majlis meraikan kelahiran Saidatina Fatimah di Gombak. Empat orang pemimpin tersebut yang merupakan penganjur majlis itu bernama Mohd Kamil Zuhairi, Radin Ahmad Faizul, Syed Syafiq dan Asyraf.(mereka semua adalah orang melayu yang telah beriman dengan akidah Syiah).

Pada 25 Ogos pula, Jabatan Agama Islam Melaka telah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markaz sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah. Sebanyak 35,000 buku dan risalah Syiah yang diharamkan KDN ditemui dalam keadaan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan.

Kemungkinan usaha Syiah di Malaysia disokong dan dibantu oleh rakyat Iran yang menetap di Malaysia.
Berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 5 Mei 1996, aliran Syiah telah diwartakan sebagai bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Sudah ada markas Syiah di Wilayah Persekutuan, katanya lebih kurang 200 orang ahlinya. Mereka berjuang untuk meluaskan lagi gelanggang, mereka hantar pelajar-pelajar untuk belajar di Iran atau Pakistan.

Sahabat yang dihormati,
Dalam sejarah perjuangan Syiah, Ahli Sunnah adalah musuh ketatnya. Syiah jual nama Islam sebab itu mereka dapat bertapak kuat dan berpengaruh di Iran, Iraq, Pakistan dan India. Jadi kejayaan revolusi Iran bukanlah sesuatu yang membanggakan kita. Malah bagi orang yang mengenal Syiah, kejayaan revolusi dirasakan satu tamparan pada Ahli Sunnah. Revolusi itu kecil saja ertinya pada Islam dibandingkan dengan besarnya kesilapan Syiah pada Islam.

Tapi aneh, ketika berita kejayaan Khomeini menumbangkan Shah sampai pada kita, umat Islam khususnya setengah pejuang-pejuang Islam di Malaysia berlompatan gembira. Ada sebahagian mereka sanggup belajar di Universiti Qom semata-mata untuk menjadi ulama Syiah yang taksub dengan ajaran sesat Syiah Khomeini.

Pemimpin Islam di Malaysia perlu berhati-hati jangan sampai ada dikalangan barisan kepimpinannya berfahaman Syiah dan menjadi "gunting dalam lipatan" atau "musuh dalam selimut". Di luar nampak hebat memperjuangkan Islam menentang sekular tetapi hakikat sebenarnya menjadi musuh kepada Ahli Sunnah Wal Jammah.

Perhatian diarahkan ke Iran. Semangat revolusi ditiup merata-rata dan Khomeini dipilih sebagai imam mereka. Hingga sekarang, sudah ada orang-orang Malaysia yang bermazhab Syiah atau paling tidak mengiktiraf kewujudan Syiah. 

Syiah pegangan Khomeini adalah Syiah yang bertentangan dengan akidah dan ajaran Islam yang sebenarnya.

Syiah menghalalkan nikah mut‘ah. Sedangkan hadis  mengenai nikah mut'ah sudah dimansuhkan dengan hadis yang lain. Sebab bagi orang Syiah, nikah mut‘ah bukan setakat untuk lepas nafsu, tapi adalah satu jihad dan tidak sempuma iman, kalau tidak kahwin mut‘ah.

Majoriti umai Islam dan para ulama  di Malaysia yang tidak terima Syiah. Ini berdasarkan hadis yang turun temurun kita baca:-

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka, Bertanya para sahabat, siapakah firqah yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ahli Sunnah Wal Jamaah.” ( Hadis Riwayat Imam Tabrani)

Orang Syiah kata merekalah satu puak yang dimaksudkan itu. Sebab itu mereka berjuang menyebarkan pengaruh dan ajaran mereka. Sedangkan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah bungkam seribu bahasa. Kerana keadaan tertentu atau kerana hendak jaga hati golongan tertentu kita benarkan musuh kita menyebar jala dan pukat untuk mengaut anak buah kita.

Ini tidak patut, membiarkan Syiah masuk bererti membenarkan satu jurang lagi dibuat untuk memecah-belahkan umat Islam (khusus yang cinta pada Islam). Selain itu kemasukan Syiah memungkinkan pergaduhan dan peperangan. Sebab sejarah Syiah ialah mereka perangi siapa saja yang tidak sealiran dengan mereka apalagi kalau menentang mereka.

Hari ini sudah terdapat 73 mazhab (mengenai aqidah) di kalangan umat Islam seluruh dunia. Tepat seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Antara mazhab-mazhab itu ialah Qadariah, Khawarij, Muktazilah, Rawafidh, (Syiah), Najariah, Jahmiah,  Mujasimah, Musyabihah.

Terjadinya Syiah Imamiah yang dipegang oleh Ayatollah Khomeini adalah ekoran dari perpecahan lebih 1000 tahun dulu. Golongan Syiah Imamiah adalah serupa golongan Syiah yang lain yang rosak akidahnya , dasarnya tetap sama yakni menolak akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pandangan mereka tentang Al Quran, tentang hadis, tentang sahabat, Ahlul Bait dan tentang Sayidina Ali dan keturunannya jauh bezanya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan ini bukan sahaja dalam soal furuk (cabang) tapi adalah juga dalam persoalan akidah.

Syiah Imamiah mengubah susunan dan bilangan ayat Al Quran, menolak sebahagian besar hadis, mereka menolak hadis-hadis riwayat Abu Hurairah, Aisyah , Habsah, Abu Bakar, Umar dan Uthman. Sedangkan bagi Ahli Sunah Wal Jamaah hadis-hadis sahih daripada riwayat sahabat-sahabat Nabi SAW dan isteri-isteri Nabi SAW adalah menjadi sumber kepada bab akidah dan syariat Islam. Syiah suka mengkufur dan melaknat sebahagian besar dari para sahabat dan seterusnya banyak berbohong tentang Saidina Ali.

Jika Nabi SAW menyatakan 10 orang sahabat dijamin masuk syurga termasuk Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman sedangkan Syiah mengkafirkan mereka apakah mungkin umat Islam yang waras akal fikirannya masih boleh terima golongan Syiah yang sesat lagi menyesatkan ini? Nauzubilah.

Bermacam-macam keganjilan dan penyelewengan yang dibuat oleh Syiah terhadap Islam.

Di antaranya ialah:-

Tentang ibadah sembahyang.

1. Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum). Di Qom pun sama.

2. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah.

3. Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota tiga kali berturut-turut akan membatalkan sembahyang. Setengah mereka ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu  sunat saja.

4. Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah  ditambah kalimah: Wa Anna Aliyyan Wali Yullah. Dan selepas mengucapkan Haiyya ‘Alal fallah’ ditambahkan lagi dengan “Haiyya Ala Khairil ‘Amal’.

5. Wuduk mereka tidak payah basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.

6. Syarat untuk sembahyang Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja.Jadi beratus-ratus ribu oranglah sembahyang di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid (dalam hadis riwayat Bukhari jelas bahawa malaikat tidak masuk rumah yang ada gambar makhluk bernyawa) Seelok-elok saja selesai sembahyang Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.

7. Waktu sembahyang Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk dia pun seru kuat-kuat: “Rukuk “. Kalau berdiri dia seru: “Qiyam!“. Dan seterusnya dia sendiri tidak sembahyang Jumaat sampailah ke akhir.

8. Setiap pagi hari Jumaat tanah perkuburan penuh dengan beribu-ribu orang, termasuk ulama. Jadi macam pesta. Tanah perkuburan meriah dengan doa, syarahan dan majlis makan.

Di Syria, maqam-maqam Ahlil Bait diziarahi oleh rakyat Iran sambil memukul-mukul badan ke maqam, meratap-ratap dan mengongoi menangis. Perempuan ramai buat begitu. Lelakinya tolong melagukan lagi supaya lebih kuat dan lebih lama tangisan itu. Bising tanah perkuburan dengan suara-suara ratapan itu. Berbeza sungguh cara orang Iran dengan kita. Tiap-tiap kubur di Iran diletakkan bendera-bendera dan gambar-gambar si mati. Setengahnya pula gambar Sayidina Ali dan gambar Imam Mahdi.

9. Tentang Imam Mahdi, orang Iran percaya Mohammad bin Al Askari, Imam mereka yang ke 12, yang ghaib waktu kecil (belum baligh) akan datang lagi untuk jadi Imam Mahdi.Mereka menunggu-nunggu kedatangannya dengan ghairah sekali. Sebab itu di dinding-dinding bangunan, di tembok dan di kubur-kubur ada ditampalkan gambar “Imam Mahdi” sedang tidur.(jelas disini bahawa amalan-amalan kurafat Syiah merosakkan akidah dan sama seperti kepercayaan kurafat agama Yahudi)

Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya juga akan kedatangan Imam Mahdi. Tapi namanya bukan Mohammad bin Hassan Al Askari tapi Muhammad bin Abdullah (hadis sahih)

10. Di Iran, jubah, serban hanya dipakai oleh ulama dan pelajar agama, yang bukan ulama pakai macam biasa; berseluar ketat dan kepala gondol. Walhal jubah serban ialah pakaian Rasulullah dan layak dipakai oleh sesiapa juga umatnya.

11. Setiap hari 10 Rejab, di Iran khususnya di Karbala orang-orang Syiah buat perayaan memukul diri,meratap-ratap dan menangis-nangis dengan suara tinggi menyesali kematian Saidina Hussin. Jelas sekali Rasulullah melarang meratapi mayat. Tapi Khomeini tidak pernah tegur anak buahnya yang buat begitu. Kalau benar perjuangkan makruf dan mencegah kemungkaran, kenapa maksiat sebesar itu didiamkan saja.? Ini bukti jelas kesesatan ajaran Syiah Imamiah.

SYIAH IMAMIAH

DALAM Kitab Maqalatul Islamiyyin muka surat 5, Imam Abu Hassan Ashaari mengatakan Syiah ialah kumpulan yang taksub dengan Sayidina Ali. Mereka mengutamakan Saidina Ali atas segala sahabat. 
Mazhab mereka sepakat mengatakan bahawa lmamah ( kepimpinan ) itu bukan dari kemuslihatan umum yang boleh diserahkan pada pandangan ummah.

Pemimpinlah yang menentukan jawatan kepimpinan iaitu imam berikutnya dan kepimpinan itu rukun agama dan tiang Islam. Dan tidak harus bagi Nabi melupakannya dan tidak boleh serah pada umat. Wajib mengatakan imam mereka adalah maasum dari dosa kecil dan besar. Dan sesungguhnya Sayidina Ali k.w  telah ditentukan oleh Rasulullah (kepimpinannya) dengan nas-nas.

Demikianlah pendirian atau pegangan umum orang-orang Syiah. Mereka mengatakan pengganti Rasulullah untuk memimpin umat Islam hanyalah layak bagi Saidina Ali dan keturunannya sahaja.

Walhal apa yang sebenamya berlaku ialah sepakat (ijmak) sahabat melantik Saidina Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W.

Saidina AIi k.w sendiri tidak menimbulkan apa-apa keributan dalam kepimpinan ini. Beliau yang mula meredakan kepimpinan ketiga-tiga Amirul Mukminin yang sebelum beliau. Ini nyata dari ucapan beliau yang tertulis dalam kitab Mukhtasar At Tuhfah Al Isna Asyariah oleh Ad Dahlawi.

“Bai‘ah kamu sekarang ini ialah di atas Kitabullah dan Sunnah Rasul termasuk juga Sunnah Abu Bakar dan Umar.”

Dalam setengah kitab lain dinamakan Syiah Imamiah ialah kerana mereka meyakini bahawa Muhammad bin Hassan Al Askari, sebagai Imam ke 12, yang ghaib semasa belum baligh lagi itu berselisih pendapat (ada kata 4 tahun, ada kata 8 tahun) akan muncul kembali sebagai Imam Mahdi.

Dipanggil juga Syiah Imamiah ini sebagai Syiah Isna’ Asyariah kerana golongan ini mengiktiqadkan bahawa imam (pemimpin) mereka hanya 12 orang sahaja.

Bermula dengan Saidina Ali diikuti oleh anak cucunya hingga diakhiri oleh Muhammad bin Hassan Al Askari (yakni Imam Mahdi). Syiah Imamiah digelar sebagai Raafidhah (enggan dan degil) kerana keengganan mereka untuk menolong imam mereka dan tidak ikut ke medan perang.

Dalam kitab Asy Syiah Wat Tasyaiyyu’ dikatakan Rawaafidh (Raafidhah atau degil) kerana keengganan puak ini menerima Zaid bin Ali bin Hussin kerana beliau itu telah memuji Sayidina Abu Bakar As Siddiq dan Sayidina Umar Ibnu Khattab.

Juga kerana enggan mengiktiraf 3 orang Khulafaur Rasyidin ( yakni yang selain Sayidina Ali k.w).

Terkenal juga Syiah Imamiah ini dengan nama Jaafariah. Ini adalah kerana mazhab pegangan dan amalan mereka dalam masalah halal dan haram (furu‘iah) ialah mazhab Imam Jaafar bin Muhammad As Sodik.

Memandang pada namanya sahaja, kita sudah boleh nampak palsunya ajaran Syiah Imamiah yang dipegang oleh Khomeini. Menganggap Imam Mahdi bernama Muhammad bin Hassan adalah bertentangan dengan keyakinan kita Muhammad bin Abdullah. Memang terjadi khilaf antara ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri tentang siapa Mahdi, tetapi mereka sepakat bahawa namanya
Muhammad bin Abdullah, bukannya Muhammad bin Hassan.

Kemudian Syiah Imamiah beriktiqad pemimpin ummah sesudah Rasulullah hinggalah ke Imam Mahdi hanya 12 orang yakni semuanya keturunan dari Saidina Ali. Walhal secara realitinya begitu ramai pemimpin atau pemerintah Islam yang memerintah negara-negara Islam serta umat Islam dari dulu hinggalah sekarang. Apa orang Syiah mahu mengenepikan semua kepimpinan yang wujud itu? Apa alasan mengatakan pemimpin-pemimpin selain 12 orang itu tidak layak memimpin?

Syiah Imamiah juga menolak kekhalifahan Saidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Usman. Ini sangat bertentangan dengan apa yang sebenamya berlaku. Ribuan sahabat mengiktiraf mereka, begitu juga seluruh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kenapa orang Syiah mahu kucar-kacirkan kewujudan dan realiti ini. Nampak sangat puak ini mencari pecah belah dan pergaduhan di kalangan umat Islam. Lagipun Syiah hanya wujud di zaman akhir Saidina Ali k.w, iaitu pada tahun 37 Hijrah. (Satu fakta yang jelas Syiah sebenarnyadi asaskan oleh Puak Yahudi Bani Saba' yang menyamar sebagai orang Islam semata-mata menimbulkan pergaduhan dan permusuhan sessama umat Islam menggunakan tiket Ahlul Bait dan kepimpina Saidina Ali k.wj.)

Bukannya zaman Rasulullah S.A.W masih ada. Ertinya Syiah wujud sesudah wafat Rasulullah dan khalifah yang tiga. Kalau begitu Syiah bukan merupakan puak atau ajaran yang seperti apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin.

Malah ia termasuk dalam golongan yang terpisah dari ajaran asal yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain dari perkara-perkara di atas, terdapat banyak lagi iktiqad Syiah yang jauh bertentangan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya ialah:

Dipetik dari Kitab Mukhtasar At Tuhfah Al Isna’ Asyariah oleh Ad Dahlawi:-

1. Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa mengutus para Nabi adalah wajib atas Allah Taala. Walhal bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengutuskan para Nabi adalah harus bagi Allah dan itu juga termasuk satu kurnia dan rahmat-Nya pada kita.

2. Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa sepanjang zaman tidak sunyi dari kenabian atau wasi yakni orang yang berdiri pada tempat Nabi. Ini juga bertentangan dengan Al Quran yang mana banyak ayat-ayat menunjukkan adanya zaman fitrah atau zaman yang sunyi dari kenabian.

Firman Allah: Ertinya: “Tidak Kami mengazab hinggalah Kami mengutuskan Rasul.”
(Surah Al Israk ayat 15)

Lagipun dalam sejarah kita sendiri saksikan bahawa ada zaman-zaman di dalamnya tidak ada Nabi. Contohnya, antara Nabi Isa a.s.  dengan Nabi Muhammad, sekian lama tidak ada Nabi.

3. Syiah Imamiah mengiktiqadkan harus para Nabi melakukan pembohongan atau dusta. Bahkan kata mereka adakalanya wajib bagi Nabi melakukan taqiyah (helah). Ini pun jauh bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud : "Agar engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” (Surah An Nahli ayat 44)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :“Hai Rasulullah! Sampaikanlah kepada umat apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu.” (Surah Al Maidah ayat 67).

Demikian jaminan Al Quran bahawa Rasul tidak berbohong atau menipu. Kalaulah para Rasul menipu, rosaklah hukum-hukum Allah, tidak betullah undang-undang yang diperintahkan selama ini. Lagipun kalau para Nabi boleh menipu perlu apa dibiarkan orang kafir memerangi mereka siang dan malam hingga berbunuh-bunuhan. Itu bukti bahawa Rasul-Rasul tegas memperkatakan kebenaran samada orang setuju atau tidak.

4. Syiah Imamiah beriktiqad bahawa mereka para Nabi asalnya tidak mengetahui usul akidah. Pengetahuan itu baru didapati ketika mereka dilantik menjadi Nabi yakni ketika munajat atau berkata-kata dengan Allah S.W.T. Moga-moga kita diselamatkan dari iktiqad demikian kerana sebenarnya Nabi-Nabi itu tidak pemah jahil tentang usul akidah walaupun sebelum kenabian, kerana kalau jahil tentang itu boleh bawa kekufuran.

5. Syiah Imamiah beriktiqad setengah daripada Rasul yang bergelar Ulul Azmi  pernah meminta keuzuran dari Allah S.W.T untuk tidak menyampaikan risalah. Masing-masing menyatakan sebab-sebab keuzuran masing- masing, yang mana berbeza antara satu sama lain.

Contoh Nabi Musa enggan menyatakan tentang akan datangnya Nabi Muhammad kerana bimbangkan umatnya tidakpercaya. Ini adalah satu pembohongan terhadap Ulul Azmi. Mereka itu yang kita kenal ialah orang-orang yang sangat amanah dan sangat menyampaikan risalah Allah. Dan sangat sabar menanggung kesusahan dari perjuanganmereka.

Firman Allah yang bermaksud : “Maka sabarlah engkau (tahanlah dalam percubaan) sebagaimana ketahanan Rasul-Rasul Ulul Azmi.” (Surah Al Ahqaf ayat 35).

6. ‘Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa ketuanya (amir) diberi wahyu. Cuma bezanya wahyu Nabi dengan wahyu amir ialah Nabi nampak malaikat yang menghantar wahyu tapi amir dengan suara saja. Iktiqad ini bertentangan dengan sabda Rasulullah SAW yang dibawah.

‘Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dari Abi Hurairah r.a ia berkata, aku mendengar Rasulullah S.A. W bersabda, “Wahai manusia sesungguhnya tidak kekal selepasku daripada kenabian melainkan mubasyarat. Sahabat bertanya, “‘Apakah mubasyarat itu?” Rasulullah bersabda, “ltulah mimpi yang benar.”

7. Syiah Imamiah mengiktiqadkan harus hukum-hukum syarak itu dimansuhkan oleh Imam. Ini sama dengan padri dan pendita Kristian dan Yahudi yang merubah hukum-hukum Allah SWT mereka boleh jatuh murtad.

8 . Ada satu puak daripada Imamiah mengakui Saidatina Fatimah penghulu perempuan itu pernah menerima wahyu selepas Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya wahyu itu dikumpulkan menjadi mushaf Fatimah. Mereka menganggap al-Quran sekarang ini tidak lengkap kerena mereka ada tambahan ayat-ayat baru. Ini cukup jelas pembohongan yang dahsyat kerana Allah SWT sendiri menjamin kesucian al-Quran daripada tokok-tambah.

9. Usulul Kafi muka surat 187 jilid 1.Menganggap ada wahyu sesudah wafat baginda Rasulullah bererti mengatakan masih ada lagi orang selepas baginda yang boleh dapat wahyu. Ini sangat bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan boleh bawa murtad.

10. Setengah daripada Imam Syiah Imamiah ada yang berkata,pempimpin mereka bersekutu dalam mikraj ertinya turut mikraj sama-sama Rasulullah. Tapi ada yang kata tidak ikut naik cuma turut menyaksikan dari bawah. Ini sangat dahsyat. Israk dan Mikraj adalah mukjizat besar yang dikurniakan pada Nabi seorang. Mana ada manusia lain boleh bersekutu dengannya? Kemudian menganggap ada orang boleh menyaksikan apa yang di langit tanpa naik mikraj, ini bermakna orang itu ada kebolehan luar biasa yang tidak ada pada Nabi sendiri. Ini mustahil dan inilah satu lagi pembohongan besar yang dibuat oleh Syiah.


Sahabat yang dikasihi,
Cukup jelas ajaran Syiah adalah ajaran yang sesat lagi menyesatkan . Oleh semua umat Islam perlulah menjelaskan kepada saudara-saudara kita yang lain supaya menjauhi ajaran sesat ini. Bertindak segeralah melapurkan kepada pihak berkuasa agama jika kalian dapati ada dikalangan umat Islam yang telah terpengaruh dengan ajaran Syiah. Kalian sendiri perlu menjadi juru bicara umat untuk menangkis serangan dan dakyah Syiah yang telah bertapak di negara kita ini. Semoga kita semua terselamat daripada kesesatan akidah samaada dibawa oleh Syiah atau ajaran-ajaran sesat yang lain.