Saturday, September 8, 2012

Hati Yang Beriman Dan Bertakwa Akan Sentiasa Reda Terhadap Ketetapan Allah SWT Di Dunia Ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap  mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT akan reda kepada setiap peristiwa yang berlaku dimuka bumi ini. Beriman kepada qada dan qadar atau reda terhadap ketetapan Allah SWT adalah termasuk di dalam percaya kepada rukun Iman yang ke enam.

Jika seseorang itu rasa kecewa dan putus asa terhadap peristiwa yang menimpa dirinya ini bermakna dia seolah-olah marah kepada Allah SWT dan menafikan takdir yang menimpa dirinya. Sifat ini sebenarnya boleh menjejaskan dan merosakkan imannya terhadap Allah SWT .

Kenapa seseorang bersifat tidak wajar kepada Tuhannya sedangkan dirinya dan apa yang dimilikinya bukan haknya secara mutlak? Sebenarnya semunya adalah milik Allah Rabbul Jalil dan manusia hanya diberi pinjam untuk sementara waktu ketika di dunia ini sahaja.

Islam melarang sama sekali sifat putus asa, kecewa dan tidak reda dengan takdir Allah SWT. Apa yang berlaku dimuka bumi termasuk musibah yang menimpa diri semuanya telah ditakdirkan sebelum Allah SWT mencipta muka bumi dan diri manusia sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”

Jika kita terima musibah atau ujian daripada Allah SWT ini dengan perasaan positif dan yakin peristiwa ini terdapat hikmah di dalamnya kita akan merasa tenang dan sabar menerima ketentuan Allah SWT. Yakinlah sifat Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan menzalimi para hamba-Nya. Jika kita bersangka baik terhadap Allah SWT maka Dia akan mengasihi dan menyayangi kita dan akan diberinya rahmat, kasih sayang dan rezeki yang tiada disangka-sangka.

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah SWT tetapkan dan Allah SWT sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.”(Surah Qaaf ayat 29)

Hidup di dunia adalah medan ujian untuk manusia, siapakah di antara mereka yang taat dan patuh kepada perintah-Nya dan bersabar terhadap ujian-Nya berupa kehilangan orang yang di sayangi, kemiskinan dan kekurangan harta, penyakit yang dihadapi ,gagal dalam pepereksaan atau kecundangan dalam perkahwinan / pertunangan maka semua ini adalah dugaan-dugaan yang perlu dihadapi dengan tenang, sabar dan reda dengan qada dan qadar Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Manusia diminta berusaha dan berikhtiar di dalam kehidupan tetapi di akhir keputusannya adalah hak Allah SWT menentukannya. Jika kita berjaya di atas ikhtiar yang dijalankan maka banyakkan bersyukur kerana Dia mengizinkan kejayaan itu kita miliki, tetapi jika berlaku sebaliknya apa yag kita usahakan gagal maka jangan putus asa kerana disana mengandungi banyak hikmah dan kebaikannya yang mana kita sendiri tidak mengetahuinya maka banyakkan bersabar.

Sifat orang mukmin sentiasa berada didalam kebaikan sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud : “Ajaib sungguh urusan orang mukmin . Sesungguhnya setiap urusannya, baginya semuanya baik. Dan hal itu tidaklah demikian akan terjadi kepada seseorang, melainkan dia seorang mukmin. Ketika ia ditimpa dengan suatu kesenangan, ia bersyukur, dan syukur itu justeru baik untuk dirinya. Dan ketika ia ditimpa dengan suatu kesusahan, ia bersabar, maka (sabar) itu baik untuknya” . (Hadis riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita mendidik dan melatih hati dan jiwa kita supaya sentiasa bersikap positif dan tidak ragu-ragu di atas qada dan qadar dan yakin janji-janji Allah bahawa setiap kesusahan itu ada kesenangan dan setiap kegagalan itu akan ada kejayaan. Oleh itu jangan lupa sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT setiap pekerjaan dan urusan kita di dunia ini. Jiwa dan hati yang sentiasa terikat dengan Allah SWT akan mendapat kasih sayang dan rahmat daripada-Nya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'." (Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Akhirkata marilah kita reda dan berbaik sangka dengan Allah SWT dan percaya terhadap takdir-Nya tanpa ragu-ragu. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT semoga Dia memilih kita menjadi hamba-hamba-Nya yang di redai , diberkati dan dirahmati di dunia dan akhirat.

Sifat Pemaaf Akan Melahirkan Hati Yang Bersih Dan Jiwa Yang Tenang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam jiwa manusia terdapat dua sifat utama iaitu sifat positif dan negatif. Jika sifat positif mendominasi atau mempengaruhi jiwa manusia maka akan melahirkan banyak sifat-sifat mahmudah, tetapi sebaliknya jika sifat negatif banyak menguasai jiwa manusia maka ianya akan melahirkan pula sifat-sifat mazmumah.

Salah satu sifat mahmudah adalah sifat pemaaf dan lawan daripada sifat ini adalah sifat pemarah dan pendendam.
Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran ayat 132).

Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )

Apabila seseorang itu memiliki sifat pemaaf sebenarnya itu adalah tanda hatinya bersih dan tenang. Sebenarnya bukanlah mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Cuba bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi? Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pergaduhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sahabat yang dimuliakan,
Orang yang bertakwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Allah SWT mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang bertakwa). Allah SWT mengampunkan mereka yang pemaaf serta menempatkan mereka di syurga.

Sikap pemaaf adalah akhlak yang mulia dan dituntut syarak. Memaafkan orang adalah akhlak mulia dan tergolong dalam amalan yang amat digalakkan. Tentu sekali bagi mereka yang dikasihi Allah SWT akan mudah mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah SAW adalah sikap pemaaf baginda. Ini dapat kita perhatikan dalam banyak peristiwa yang dialami baginda melalui banyak riwayat yang menceritakan kemuliaan akhlak baginda dengan memaafkan orang kafir yang menyakiti baginda hingga menyebabkan mereka masuk Islam.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat, banyak berzikir dan membaca al-Quran. Dengan kekuatan iman dan takwa  secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita tanamkan pada hati dan jiwa kita sifat pemaaf, kerana sifat pemaaf adalah sifat ahli-ahli syurga sedang sifat pemarah dan pendendam adalah sifat ahli-ahli neraka. Dari sifat pemarah dan pendendam akan melahirkan sifat hasad dengki, irihati , sombong, bongkak dan takbur.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan telah selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah SWT terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya samaada ketika kita hidup di dunia maupun kehidupan di hari akhirat. Allah SWT akan memaafkan kesalahan dan dosa kita di akhirat nanti jika di dunia kita sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.



Friday, September 7, 2012

Perubatan Islam Tidak Menggunakan Khidmat Jin Untuk Mengubati Penyakit

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah
,
Islam mempunyai cara tersendiri dalam memberi rawatan perubatan kepada pesakit samaada sakit daripada penyakit fizikal atau sakit berpunca daripada ilmu sihir atau  gangguan jin-jin kafir.

Umat Islam perlu berhati-hati apabila berubat secara tradisional menggunakan khidmat bomoh atau dukun kerana sebahagian daripada mereka menggunakan kaedah rawatan menggunakan  bantuan jin-jin kafir kerana perbuatan ini  boleh memesongkan  akidah kita.

Islam mementingkan kebaikan dan kesihatan. Di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Ada banyak ayat al-Quran dan hadis berkaitan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit.

Malah ada enam kali sebutan syifak atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Israk ayat 82)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. “Pada suatu hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di satu dusun. Datang kepada kami seorang budak perempuan dan berkata : “Sesungguhnya kepala desa ini sakit dan tak seorangpun di antara kami yang dapat mengubatinya, adakah diantara tuan-tuan yang dapat mengubatinya ?” 

Salah seorang dari rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami tidak mengira yang ia dapat menjadi dukun. Si sakit itu lalu dijampinya dan sembuh. Kepadanya diberi hadiah 30 ekor kambing, dan kepada kami disuguhkan susu. 

Ketika ia kembali kami bertanya : “Apakah engkau membolehkan jampi, dan apakah engkau tukang jampi ?” 

Ia menjawab : “Tidak, saya bukan tukang jampi, tetapi aku hanya membacakan Ummul-Kitab (al-Fatihah).” 

Kami katakan : “Kejadian ini jangan dikabarkan kepada siapapun, sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah SAW. lebih dahulu”. 

Sesudah kami sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah SAW. dan kami ceritakanlah kejadian itu. Rasulullah lalu berkata : “Siapa tahu bahwa surah itu (al-Fatihah) adalah jampi (ubat) bagilah hadiah itu dan berikan saya sebahagian darinya”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Amalan perubatan menggunakan doa ,surah al-Fatihah atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh.

Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim)

Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan.

Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.

Rawatan itu ada yang membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, perubatan jarak jauh dan seumpamanya.

Penggunaan ayat al-Quran atau doa diharuskan tetapi jika disertai dengan sihir, iaitu membabitkan jin, perbuatan itu salah kerana amalan berkenaan termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir.

Walaupun pengamal perubatan batin menyatakan ia berpegang kepada ayat al-Quran dan kaedah syarak, namun difikir secara logik, ternyata bukan mudah seseorang itu, terutama orang awam memastikan status amalan itu.

Apabila sesuatu yang di luar adat kebiasaan itu dilazimi secara berterusan seperti upacara pembedahan batin, sekali gus jelas bagi kita ia sudah terkeluar dari kaedah asas perubatan yang diizinkan.

Ia jauh daripada perubatan secara saintifik moden, ruqyah serta tibb al-Nabawi yang menepati syarak. Jelaslah kaedah perubatan secara pembedahan batin ini meminta bantuan jin kerana sesuatu yang magis dan di luar adat tidak boleh berlaku secara berterusan.

Biasanya bomoh, dukun atau pawang yang mengaku menggunakan kaedah bedah batin adalah termasuk dalam perbuatan  sihir dengan mendapat bantuan daripada jin-jin kafir, sedangkan jin-jin kafir ini akan menyesatkan manusia dengan berbagai cara.

Allah SWT juga berfirman maksudnya :
"Dan bahwasannya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan… (Surah al-Jin ayat 6)

Meminta pertolongan jin untuk mengubati penyakit atau mohon keselamatan dari jin untuk mencelakai orang lain atau untuk menolong orang lain, meminta pertolongan kepadanya untuk menjaga diri dari kejahatan orang lain yang dengki kepadanya, kesemuanya adalah perbuatan syirik. Orang yang berbuat demikian, tidak ada lagi pahala solat dan puasa. 

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) sebelummu:"Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapus amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Surah az-Zumar ayat 65) 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 pada 21 September 1995 juga memutuskan bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perubatan, mencari kekuatan dan kehebatan ditegah syarak dan haram.

Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin. Umat harus memahami, setiap penyakit ada penawarnya tetapi setiap penawar tidak dijamin boleh menyembuhkan. Semoga Allah membebaskan kita dari segala penyakit dengan reda-Nya, bukan diberi kesihatan dengan kemurkaanNya.

Sahabat yang dikasihi,
Jauhilah amalan syirik ketika kita mencari ubat untuk rawatan alternatif dengan menggunakan khidmat bomoh yang jelas amalannya bertentangan dengan syariat Islam. Berbeza jika kita cari dan menggunakan kaedah rawatan menggunakan ayat-ayat al-Quran atau ruqyah dalam berubat dan mencari penawar penyakit yang kita hadapi. 

Sebenarnya lebih baik kita bersabar di atas penyakit yang kita hadapi daripada sembuh daripada penyakit tetapi kita menggunakan cara syirik (dengan meminta pertolongan jin kafir) hingga menyebabkan kita jauh daripada kebenaran dan rahmat Allah SWT.  Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Jika sudah sampai masanya (saat kematian) maka doktor yang paling hebat didunia pun tidak akan mampu memulihkan penyakit tersebut atau ubat yang paling cangih sekalipun di dunia ini tidakkan dapat menyembuhkannya. Semuanya adalah berada di dalam ketentuan Allah SWT.


Thursday, September 6, 2012

Amalan Suka Bantu Membantu Dan Kesukarelawan Boleh Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah

Allah SWT mencintai dan memuliakan sesiapa sahaja di kalangan para hamba-Nya yang memiliki sifat suka bantu membantu sesama manusia terutama mereka yang susah dan memerlukan bantuan. Samaada bantuan tersebut berbentuk wang ringgit, tenaga sukarelawan, khidmat sosial, mencarikan pekerjaan, bantuan pendidikan dan khidmat nasihat (kaunseling) secara percuma adalah amalan mulia di sisi Allah SWT. Allah SWT akan memberikan pahala yang besar dan akan disediakan syurga yang penuh kenikmatan.

Daripada Abi Hurairah r.a dari Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa melapangkan orang mukmin dari suatu kesusahan (menunaikan hajat) dari kesusahan dunia nescaya Allah SWT melapangkan daripadanya akan kesusahan dari kesusahan hari kiamat. Dan barang siapa memudahkan atas orang yang sedang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan memudahkan ke atasnya daripada kesusahan di dunia dan di akhirat".(Hadis Riwayat Muslim).

Kerja-kerja sukarelawan yang sangat dipandang mulia oleh Islam adalah membantu negara-negara yang dilanda peperangan seperti di Palestin dan Syria, bantuan mangsa tsunami seperti di Acheh, bantuan banjir besar seperti di Pakistan, Thailand dan negeri-negeri di Malaysia dan kawasan dilanda gempa bumi seperti di Sumatera, Pulau Jawa dan ditempat-tempat lain.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk mempertingkatkan takwa kita dengan gigih melaksanakan segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Sifat menghulurkan sumbangan dengan ikhlas hati adalah sifat yang sangat terpuji di dalam ajaran Islam. Malahan, kita dapati dari sejarah, bagaimana aktiviti manusia terdahulu kebanyakannya beredar dalam suasana kerja sukarela, yakni kerja yang ikhlas mengharapkan balasan Allah SWT. dan keredaanNya.

Al-Quran membawa kisah Nabi Nuh a.s, ketika mana baginda menyeru umatnya kepada segala bentuk kebaikan. Firman Allah SWT yang maksudnya: "Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata. (Surah Hud ayat 29)

Nabi Musa a.s. pula membantu golongan yang lemah di zaman baginda, seperti di dalam kisah bantuan baginda kepada dua orang wanita (anak Nabi Syuib a.s) untuk mengambil air dari perigi yang dikerumuni kaum lelaki yang gagah perkasa.

Nabi Khidir a.s. pula membantu membangunkan tembok usang yang hampir roboh kepunyaan dua orang anak yatim untuk menyelamatkan harta tersebut jatuh kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Para sahabat Nabi SAW pula sentiasa melakukan kerja sukarelawan demi menyebarkan kebaikan dan menyeru manusia kepada agama. Seperti kisah pembinaan masjid Quba’ di Madinah, sahabat bersatu hati membantu dalam menjayakan projek pembinaan masjid tanpa sebarang gantian wang.

Al-Arqam bin Abi al-Arqam menyediakan ruang rumahnya untuk Nabi SAW menyebarkan dakwah Islamiyah di Mekah tanpa menuntut sebarang balasan di dunia. Banyak lagi kisah dalam Al-Quran mahupun hadis yang menunjukkan semangat sukarelawan demi mengharap keredaan Allah SWT semata-mata.

Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Ada 40 ciri (yang terpuji) yang paling tinggi nilainya ialah menghadiahkan seekor kambing betina, dan barangsiapa yang beramal dengan salah satu daripadanya dengan harapan pahala daripada Allah, dan yakin dengan janji-Nya, maka Dia (Allah) akan memasukkannya ke syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)

Imam Ibnu Hajar berkata bahawa di antara 40 ciri yang disebut dalam hadis ini ialah menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh yang demikian, semangat sukarelawan dan bantu-membantu harus wujud pada diri kita semua. Pastinya kita semua yakin dengan kelebihan membantu orang dan berkhidmat secara sukarelawan. Namun, sebagai peringatan, marilah kita lihat tiga manfaat utama dari sifat sukarelawan ini:

Pertama: Ia mengukuhkan lagi sifat keikhlasan dalam hati. Apabila kita melakukan sesuatu dengan harapan mendapat ganjaran daripada Allah SWT, ianya akan lebih mendorong kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita tidak akan mudah terkesan dengan sifat dan reaksi orang, tetapi sebaliknya, kita akan tertumpu melakukan kebaikan, kerana kita hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Kedua: Ia membangkitkan kemesraan dan sifat rahmah serta ihsan dalam hidup kemasyarakatan. Membantu orang adalah terjemahan sifat rahmah yang ada pada diri kita, kerana kita tidak ingin melihat kesusahan pada orang lain, seperti mana kita tidak mahukan kesusahan bagi diri kita sendiri.

Ketiga: Ia menghasilkan ketenangan hati dan kepuasan dalam jiwa. Ini kerana kerja yang dilakukan secara sukarela bermula dari hati yang ikhlas lagi rela, tanpa paksaan. Bahkan, membantu orang akan mendatangkan ketenteraman pada diri, kerana kita akan bertambah syukur kepada Allah SWT. di atas kesenangan yang kita nikmati, dan juga kerana kita dapat menggunakan nikmat tersebut untuk membantu orang lain.

Suasana ekonomi hari ini memberi kita peluang untuk menilai tahap iman kita menerusi kerja sukarela. Sebagai langkah pertama, kita boleh memulakan usaha menghulurkan bantuan secara sukarela di masjid-masjid atau surau. Kita boleh bersama-sama tawarkan khidmat dan sumbangan untuk menjayakan program-program di sana. Sekiranya kita ada kelebihan, maka kita boleh kongsi bersama dengan saudara kita yang lain. Kita boleh berusaha melapangkan kesempitan yang dihadapi saudara kita. Mungkin ada pula saudara kita di sini yang perlukan nasihat dan pendapat dalam pembelajaran dan kerjaya.

Dengarlah sabda Rasulullah SAW yang mengingatkan kita nilai sumbangan yang maksudnya: "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain. (Hadis Riwayat al-Tabarani)

Semoga dengan menghulurkan sumbangan secara sukarela, kita menjadi umat yang disayangi Allah SWT dan seterusnya dihargai oleh masyarakat dunia sebagai umat yang sentiasa melakukan kebaikan dan menyumbang ke arah kebaikan.

Sebagai peringatan, ingatlah kepada firman Allah SWT yang bermaksud :
"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran serta berpesan kepada kesabaran." (Surah Al-Asr ayat 1-3)

Sahabat yang dikasihi,
Setiap pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlulah membahagikan masa untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Samaada bantuan keperluan asas atau bantuan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan.

Rasulullah SAW melalui sebuah hadis riwayat Muslim sabdanya :

Ù…Ű§ من Űčۚۯ ÙŠŰłŰȘ۱Űčيه Ű§Ù„Ù„Ù‡ ۱ŰčÙŠŰ© يموŰȘ يوم يموŰȘ وهو Űșۧێ Ù„Ű±ŰčيŰȘه Ű„Ù„Ű§ Ű­Ű±Ù… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű©

Maksudnya: " Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga."

Pemimpin yang bertanggungjawab dan prihatin akan nasib rakyat dibawah perkhidmatannya akan disayangi dan dihormati. Rakyat akan mendoakan dan menyokong setiap usaha-usha kebaikan yang dirancang dan akan menemui kejayaan. Setiap bantuan yang berikan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan samaada berbentuk sedekah wang ringgit, sumbangan makanan dan pakaian, memberikan khidmat nasihat dan kaunseling dan berbentuk perkhidmatan guaman atau mencarikan pekerjaan maka semuanya merupakan kebaikan yang akan diberikan pahala oleh Allah SWT dan ianya adalah sama seperti pahala sedekah.

Tugas memberikan bantuan dan kerja-kerja kebajikan bukan sahaja terletak dibahu pemimpin yang dipilih tetapi kita semua sebagai seorang mukmin akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT jika kita abaikan tugas bantuan dan pertolongan daripada golongan fakir miskin, , warga emas, insan kurang upaya dan anak-anak yatim. Amal soleh dan amal kebajikan ini sebenarnya merupakan hasanah yang akan memberatkan timbangan amal semasa dihisab di Mizan nanti.

Firman Allah SWT maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

FirmanNya lagi yang bermaksud : ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, Dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah (kejayaan).”
(Surah al-Lail (92) ayat 5-7)



Dosa Syirik Tidak Akan Di Ampunkan Oleh Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Anas r.a : Rasulullah SAW bersabda, "Allah Ta'ala berfirman kepada orang yang menerima azab yang paling ringan pada hari kiamat; 'Jika kamu mempunyai sesuatu di atas permukaan bumi sebagai tebusan, adakah kamu menebus azab ini dengannya?'

Orang itu pun menjawab, 'Ya'.

Allah Ta'ala pun berfirman, 'Aku menghendaki darimu agar melakukan sesuatu yang lebih mudah dari ini sewaktu kamu berada di dalam tulang sulbi Adam (iaitu) agar kamu tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Ku, namun kamu telah ingkar (enggan) melakukannya, melainkan kamu telah mempersekutukan Daku." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan seumpamanya oleh Imam Ahmad)

Berdasarkan hadis qudsi di atas jelaslah kepada kita bahawa di hari akhirat nanti orang-orang yang tidak beriman (orang kafir) akan sanggup menjadikan tebusan semua harta mereka di dunia. Tetapi tebusan yang dinyatakan ketika saat bertemu Allah SWT semuanya tidak berguna lagi.

Sesuatu yang dikehendaki Allah SWT yang lebih mudah iaitu iman. Iman bermaksud melafazkan kalimah tauhid dengan lidah (lisan), meyakini dengan sepenuh hati dan melaksanakannya dengan fizikal atau anggota badan (beramal). Iman ini walau pun nampak mudah dilafazkan dengan lidah tetapi amat sukar untuk dipraktikan dalam kehidupan. Iman yang sebenarnya adalah iman yang aktif dan prograsif bukannya iman yang mandul tidak mendatangkan apa-apa hasil. Hakikat iman yang sebenarnya tidak dapat di pisahkan dengan kehidupan yang mengambil Islam sebagai satu cara hidup.

Syirik bermaksud mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain seperti menyembah berhala, memuja kubur, menganggap Nabi Isa a.s sebagai anak tuhan dan sebagainya. Syirik juga boleh membawa makna terdapat kuasa lain yang lebih berkuasa dari kekuasaan Allah SWT, seperti percaya kepada jin kononnya boleh mendatangkan mudarat, percaya pada tangkal sebagai pendinding dan percaya pada bomoh boleh memulihkan penyakit, sedangkan setiap sesuatu yang berlaku di bumi adalah dengan izin dan kehendak-Nya.

Syirik boleh juga terjadi melalui perkataan atau percakapan kita sehari-hari seperti “Kejayaan aku hari ini adalah kerana usaha aku!”, sama seperti percakapan Qarun dalam Surah Al-Qasas [28] ayat 78, maksudnya : "Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya)".

Contoh yang lain, apabila seseorang berkata : "Jika tiada ubat ini, tentulah aku mati,” dan yang seumpama dengannya. Kata-kata ini boleh jatuh kepada syirik kerana bergantung kepada ubat yang menyebabkan dia sihat. Mati atau hidup adalah hak mutlak Allah SWT, seseorang perlu berhati-hati supaya bercakap tidak hanya mengikut sedap mulut.

Sahabat yang dimuliakan,
Fitrah manusia pada asalnya adalah suka kepada kebaikan dan telah mengaku kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'alah di alam arwah lagi bahawa Dia adalah Tuhan yang Maha Esa.

Allah Subhanahu Wa Taa'la berfirman yang bermaksud : "(Allah bertanya pada roh) "Bukankah Aku Tuhanmu?". Roh menjawab: Ya, kami akui Engkaulah Tuhan kami. (Surah al ‘Araaf ayat 172)

Sebelum masuk ke badan kita roh sudah mengenal Allah, bahkan sudah menyaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengaku kehambaan pada Allah. Tetapi ketika dilahirkan ke dunia, roh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan.

Kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah, akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya “tidak kita dapat”. Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia.

Inilah yang digambarkan oleh firman Allah Subhanahu Wa Ta'alah yang bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” (Surah al-Naba’ (78) ayat 40).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita menjauhkan syirik kepada Allah Subhanahu Wa Ta'alah. dan berdoa kepada-Nya supaya kita di tetapkan dengan iman dan akidah yang sejahtera yang tidak dirosakkan dengan amalan syirik.

"Ya Allah, sesungguhnya kami pohon kepada Engkau supaya menjauhkan kami daripada kekufuran, syirik, nifak dan riyak. Jauhkan kamu dari keburukan diri kami dan dari sebarang keburukan dan keburukan penghasad dengki. Amin".

-



Wednesday, September 5, 2012

Perbahasan Undang-undang Jenayah Islam Siri Ketiga. (Kesalahan Menuduh Zina - Al- Qazaf)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dalam perbahasan kita mengenai kesalaahan hudud kedua adalah "Kesalahan Menuduh Zina" atau pun di panggil Al-Qazaf.

Pengertian : Qazaf adalah merupakan salah satu daripada kesalahan-kesalahan hudud yang memperuntukkan hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Darisegi bahasa asal makna Qazaf bermaksud : Melempar atau membaling dengan batu ." (Syed Sabiq dalam Kitab Fiqh Sunnah)

Manakala dari sudut istilah syarak adalah bermaksud : "Melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya." (Nihayah al-Muhtaj 7:139)

Di dalam al-Quran terdapat larangan daripada Allah SWT seseorang membuat tuduhan tanpa bukti, sebagimana firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nur ayat 4-5)

Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Jauhilah kamu 7 perkara yang menghancurkan (dosa besar) ..lalu ditanya oleh para sahabat, " Apakah dia tujuh perkara tersebut, ya Rasulullah? Nabi SAW pun menjawab : Tujuh perkara tersebut adalah, menyekutukan Allah, sihir, membunuh manusia yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh zina kepada wanita-wanita yang baik dan beriman serta yang tidak terlintas untuk membuat maksiat." (Hadis Riwayat Bukhari no. 2615 dan Muslim no. 145)

Ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang hukum pengharaman Qazaf ini adalah disebabkan terjadinya suatu berita bohong (tuduhan zina) yang menimpa Saidatina Aisyah r.anha.

Kata Saidatina Aisyah : "Ketika turunnya ayat pembebasan diriku, Nabi SAW berdiri di atas mimbar dan menuturkan persoalan tuduhan zina dan membacakan ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan persoalan tersebut. Maka setelah Nabi SAW turun dari mimbar baginda telah memerintahkan para sahabat r.anhum untuk merotan / mendera Hassan, Misthoh dan Himmah." (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah jilid 2, m.s.295)

Sahabat yang dimuliakan,
Qazab dalam jenayah syariah terbahagi kepada dua bahagian :

1. Qazab yang dikenakan hukum hudud.

Contoh : Seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil.

2. Qazab yang dikenakan hukum takzir.

Contoh : Seseorang yang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak, rasuah atau murtad dan sebagainya termasuk mencaci memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya.

Unsur-unsur penting yang terdapat dalam jenayah Qazab :

1. Unsur pertama : Membuat tuduhan zina atau penapian nasab.

2. Unsur kedua : Orang yang kena tuduh adalah orang yang Muhsan (sudah berkahwin) dan baik-baik.

3. Unsur ketiga : Membuat tuduhan dengan niat jahat.

Apakah syarat-syarat dalam kesalahan Qazab?

Terdapat tiga syarat perlu ada dalam kesalahan Qazab yang melayakkan untuk dijatuhkan hukuman hudud :

Pertama. Syarat yang harus ada pada si penuduh (al-Qazif) :

1. Berakal

2. Dewasa/ baligh

3. Dalam keadaan ikhtiar iaitu perbuatan tersebut adalah pilihan sendiri tanpa di paksa oleh orang lain.

4. Mengetahui haramnya Qazaf.

5. Penuduh bukan ibu bapa atau datuk hingga keatas kepada orang yang dituduh.

Apabila si penuduh tidak cukup syarat-syarat yang di sebutkan di atas maka hukuman had Qazaf tidak dapat di laksanakan, tetapi diganti dengan hukuman takzir.

Kedua . Syarat-syarat yang harus ada pada yang kena tuduh (maqzuf) :

1. Berakal

2. Dewasa/ baligh (mengikut perhitungan syarak)

3. Islam

4. Merdeka

5. Al-'Iffah (belum pernah terjebak dengan zina dan berupaya menjauhinya)

Ketiga . Syarat-syarat yang harus ada pada maqzuf bih (sesuatu yang digunakan/ di buat menuduh zina) :

1. Pernyataa atau lafaz yang menggunakan kata-kata yang jelas dan dapat difahami serta merta maksudnya tanpa memerlukan kepada pentakwilan atau penjelasan.

2. Penyataan atau lafaz yang menggunakan kata-kata yang tidak jelas atau secara sindiran atau kinayah, tetapi jelas membuktikan bahawa kata-kata tersebut bertujuan dan bermaksud kepada tuduhan zina.

Apakah bukti-bukti yang boleh mensabitkan kesalahan Qazaf?

Terdapat tiga (3) bukti yang boleh disabitkan kesalahan Qazaf.

1. Syahadah (Penyaksian) :

Saksi-saksi yang boleh diterima penyaksiannya untuk membuktikan sabit kesalahan Qazaf mestilah disaksikan oleh saksi-saksi yang layak menjadi saksi dalam kes zina.

2. Iqrar (Pengakuan) :

Untuk membuktikan sabit kesalahan Qazaf ialah dengan pengakuan sendiri daipada orang yang membuat tuduhan ke atas seseorang melakukan zina dengan sekali pengakuan dalam mahkamah atau di majlis kehakiman.

3. Yamin (sumpah) :

Dalam kes Qazaf boleh disabitkan kesalahan Qazaf dengan Yamin (sumpah). Sekiranya pihak pendakwa dalam kes ini tidak mempunyai apa-apa keterangan untuk membuktikan bahawa tuduhan zina telah dibuat oleh pihak terdakwa, maka dia boleh meminta pihak terdakwa bersumpah menafikan dakwaan tersebut. Dia boleh meminta pihak terdakwa bersumpah untuk menafikan dakwaan tersebut.

Sekiranya pihak pendakwa bersumpah untuk menafikan maka dakwaan itu gugur dengan sendirinya. Tetapi kalau pihak terdakwa tidak mahu bersumpah, maka kesalahan Qazaf yang dikenakan kepadanya di anggap sabit dan dia boleh dikenakan had Qazaf

Sahabat yang dihormati,
Terdapat tiga hukuman yang akan diterima oleh si penuduh (Qazif) iatu mereka yang melakukan kesalahan Qazaf :

1. Sebat 8o kali

2. Tidak diterima menjadi saksi

3. Di anggap sebagai orang yang fasik

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; dan mereka itu adalah orang-orang fasik. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Surah an-Nur ayat 4).

Sahabat,
Di akhir-akhir ini kita sering mendengar dan melihat berita-berita fitnah di dada akhbar arus perdana, You-tube, facebook, blog, twitter, surat layang, vedio, DVD, CD , Television dan berbagai media letronik menuduh seseorang itu berzina atau meliwath tanpa membawa 4 orang saksi.

Siapakan mereka-mereka yang sepatutnya mendapat hukuman Qazaf (80 kali sebat) dan menanggung dosa besar (kerana menuduh seseorang berzina/ liwath) tanpa membawa 4 orang saksi?

1. Ketua Pengarang akhbar tersebut/ wartawan yang menulis dan semua pemegang saham akhbar tersebut.

2. Penulis blog, facebook, twitter, surat layang yang mula-mula menulis berita fitnah menuduh zina / liwath. dan semua rakan-rakan mereka yang share dan sebarkan kepada orang lain.

3. Perancang dan pembuat vedio lucah dan semua kakitangan yang terlibat termasuk kerani, juru gambar dan pegawai IT dan mereka yang menjadi pelakon tambahan (wajah menyerupai orang yang ingin difitnahkan) termasuk memilik studio yang membenarkan lakunan fitnah itu di vediokan di syarakat rakaman tersebut. Termasuk pemberita t.v, pengarah penyiaran yang membenarkan berita fitnah tersebut disiarkan untuk tontonan orang ramai. Orang ramai yang percaya dan sebarkan juga mendapat saham yang sama tidak dikurangkan walaupun sedikit.

4. Semua ahli-ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan , pensyarah universiti, bekas pemimpin negara, individu-individu dalam masyarakat yang sokong, menyebarkan dan membenarkan berita fitnah tuduhan zina atau liwath tersebut dan dikongsikan dengan ahli-ahli mereka.

Sia-sia sahaja amal soleh dan amal ibadah mereka di dunia kerana seronok mempromosikan berita fitnah dan tuduhan jahat . Termasuk juga individu yang hebat memperkatakan Islam dan pakar motivasi tetapi tewas dengan hasutan syaitan mudah mempercayai fitnah dan tuduhan zina dan liwath kepada seorang muslim tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Setakat dakwaan tidak cukup untuk disabitkan kesalahan seseorang muslim.

Apakah jenis hukuman di akhirat yang akan diterima oleh mereka yang di dapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan tuduhan zina atau liwath sedangkan mereka tidak sempat meminta maaf kepada mereka yang dituduh?

1. Menjadi muflis :

Mereka amat mudah menjadi muflis kerana amalan kebaikan mereka akan diberikan kepada mereka yang dituduh sekadar dosa yang mereka lakukan, jika banyak mereka share di internet maka semakin banyak pahala mereka akan di ambil, begitu juga jika pahala sudah habis sedangkan dosa kepada orang lain masih banyak maka dosa orang yang dituduh akan diberikan kepada pembuat fitnah tersebut. Jika telah di istiharkan menjadi muflis maka dia akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Nabi SAW bersabda: “Orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh orang itu, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Di aibkan oleh Allah SWT.

Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah SAW. bersabda maksudnya :”Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat” (Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya)

3. Semasa Israk dan Mikraj Nabi SAW nampak perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.Ada pula perempuan yang baginda nampak yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

(Walaupun seksaan itu ditujukan kepada kaum wanita yang suka mengadu domba dan memfitnah orang lain tetapi sekiranya lelaki juga suka memfitnah maka seksaan yang serupa juga akan diterimanya di akhirat nanti)

4. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW di nampakkan beberapa seksaan-seksaan yang akan di terima umatnya di hari akhirat nanti kerana dosa-dosa yang pernah mereka lakukan di dunia. Salah satu seksaan yang dahsyat yang akan diterima oleh umatnya adalah mereka yang suka bermusuhan sesama saudara muslim dan suka cari aib orang lain dan didedahkan kepada orang ramai.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "...ada sekelompok lagi kukunya terbuat daripada tembaga api neraka, panjang kukunya lalu mencakar-cakar mukanya.dan mengoyak-ngoyakan mukanya sendiri, hancur muka dan dikembalikan lagi ke bentuk asal begitulah berulang-ulang. Ini balasan untuk mereka yang sentiasa bermusuh-musuhan sesama saudara muslim, suka cari aib orang lain, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri."

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita tinggalkan segala bentuk fitnah dan mengaibkan orang lain, nasihatkanlah mereka-mereka yang seronok memuat-turunkan gambar-gambar lakunan seks oleh para pemimpin masyarakat atau mereka yang dikenali ramai sedangkan belum pasti betul dan biasanya gambar seperti itu adalah palsu.

Dalam Islam jika kita menuduh seseorang itu berzina perlu membawa 4 orang saksi yang adil, jika tidak hukuman Qazab boleh dikenakan kepada mereka yang membuat tuduhan tersebut. Sebenarnya perbuatan fitnah dan jahat seperti ini adalah pekerjaan orang-orang fasik, munafik dan zalim yang tak takut dosa dan kemurkaan Allah SWT. Kalian boleh saksikan di dunia ini mereka yang terlibat dengan konspirasi fitnah dan mereka cipta vedio seks fitnah tidak akan bahagia hidup mereka dan sentiasa mendapat musibah kerana dosa-dosa fitnah amat dibenci oleh Allah SWT balasannya akan diterima di dunia lagi sebelum mereka diseksa di hari akhirat nanti.


Monday, September 3, 2012

Jadikan Harta Di Dunia Ini Sebagai Saham Akhirat

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Waaqid Al-Laithi r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (mengurniakan) harta bagi mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.

Jika seorang anak Adam itu mempunyai satu wadi (satu lembah harta) maka sudah pasti ia suka andainya beliau mempunyai wadi kedua; dan sekiranya beliau mempunyai dua wadi sudah pasti beliau suka untuk mempunyai wadi yang ketiga.

Tidaklah yang memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir bila mati). Kemudian Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis Sahih Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis qudsi di atas jelaslah kepada kita bahawa peranan harta di muka bumi ini iaitu, ia digunakan untuk membuat amal kebajikan dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Di dalam firman-Nya yang bermaksud :
 
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas (28) ayat 77)

Sahabat yang dimuliakan,
Perkataan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi bukanlah bermaksud mencari dunia separuh dan akhirat separuh (dunia 50% - akhirat 50%) ataupun keseimbangan dalam mencari harta di dunia dan akhirat.

Tetapi apa yang dimaksudkan menerusi ayat itu dalam tafsir Ibnu Katsir adalah, segala harta yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kita adalah untuk tujuan berbuat kebajikan dan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Tidak salah jika kita berusaha mencari dengan banyak harta di muka bumi ini, tetapi ia bukan untuk tujuan berbangga diri, berbuat maksiat atau kemungkaran lainnya. Ia digunakan untuk kebaikan manusia dan untuk pembangunan Islam khususnya seperti membayar zakat, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim, membina masjid, berjihad atau apa sahaja kebajikan dan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata.

Selain itu hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa sifat manusia begitu mudah ditewaskan dengan sifat tamak dan digunakan harta itu untuk memuaskan hawa nafsunya dan seringkali tidak merasa cukup pada apa yang ada pada dirinya atau kurang bersyukur.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152). 

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yg ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya.

Walaupun mendapat banyak kemewahan dan kesenangan, jiwa orang tidak bersyukur sentiasa berasa masih tidak mencukupi. Semakin banyak yang dikejar, semakin dirasakan bebanan perasaan dan bertambah kekufurannya. Allah berjanji menambah nikmatnya kepada sesiapa yg sentiasa bersyukur. Betapa beruntungnya orang yg bersyukur, mendapat nikmat di dunia dan pembalasan syurga di akhirat.

Pemusnah bagi sifat tamak yang bermaharajalela ini adalah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu mati. Apabila mati, tiada harta, makanan atau minuman yang memenuhi perut kita kecuali tanah. 

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berwaspada di atas harta yang kita miliki supaya setiap sen harta tersebut di gunakan di jalan yang diredai oleh Allah SWT. Perlu diingat setiap sen harta yang kita gunakan di jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjadi saksi di hari akhirat  nanti, begitu juga harta yang digunakan dijalan maksiat dan dosa akan berkata-kata dan menjadi saksi keatas pemilik harta tersebut bahawa ia digunakan untuk bermaksiat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Pepatah melayu ada menyatakan: " Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna."

Wallahu’alam


Kisah Nabi Ibrahim a.s. Dengan Bapanya Di Hari Akhirat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi SAW bersabda, “(Nabi) Ibrahim bertemu dengan bapanya Aazar pada hari kiamat. Pada muka Aazar terdapat tanda-tanda legam bagaikan terkena asap (akibat ketakutan terhadap kedahsyatan hari kiamat tersebut) dan dicemari dengan debu. Lalu Ibrahim berkata kepadanya, ‘Tidakkah aku telah memberitahumu agar jangan mengingkari daku (seruan dakwahku)?’

Bapanya pun menjawab, ‘Maka pada hari ini aku tidak akan mengingkari kamu.’

Ibrahim pun berkata padanya, ‘Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah berjanji denganku agar tidak menghinakan daku pada hari di mana semua manusia dibangkitkan (dari kubur masing-masing), maka apakah kehinaan yang lebih dahsyat dari kehinaan yang menimpa bapaku yang terjauh dari rahmat (syurga)Mu?’

Allah Azza wa Jalla berfirman : ‘Sesungguhnya aku mengharamkan syurga itu ke atas orang-orang kafir.’

Kemudian dikatakan kepada Ibrahim, ‘Wahai Ibrahim, apakah yang berada di bawah kedua kakimu?’

Lalu Ibrahim pun melihat ke bawah kedua-dua kakinya dan baginda mendapati seekor serigala hutan yang diselaputi oleh tanah berlumpur. Kemudian serigala itu ditangkap dengan dipegang kakinya lalu dicampakkan ke dalam api neraka.”

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan seumpamanya dikeluarkan oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak dan diringkaskan oleh Al-Bukhari. Dikeluarkan oleh An-Nasa’i di dalam kitab sunannya (As-Sunan Al-Kubra), seperti yang dikatakan oleh Al-Mazzi di dalam kitab Tuhfatul Asyraf)

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan hadis qudsi diatas jelaslah kepada kita bahawa seorang anak yang soleh (walau pun dia seorang Nabi) tidak mampu memberi pertolongan kepada bapanya yang kafir untuk terselamat daripada seksaan api neraka.

Hadis di atas menjelaskan secara mendalam mengenai orang yang ingkar kepada Allah SWT pada hari kiamat. Kata-kata Nabi Ibrahim a.s pada bapanya bukanlah cercaan, tetapi seolah-olah menyesali sikap bapanya yang enggan menerima dakwahnya semasa hidup di dunia.

Bapa Nabi Ibrahima.s. (Aazar) adalah pembuat patung berhala. Baginda telah berdakwah dan mengajak bapanya yang syirik untuk kembali beriman kepada Allah SWT tetapi beliau enggan dan menentang dakwah baginda.

Keimanan pada hari kiamat adalah tidak bermanfaat kerana tidak beriman ketika hidup di dunia. Bapa tidak dapat memberi manfaat, anak  tidak dapat memberi manfaat , isteri dan suami juga masing-masing tidak akan dapat menolong jika mereka kufur dan syirik kepada Allah SWT. Janji Allah benar bahawa dosa yang tidak akan diampunkan adalah dosa syirik kepada-Nya.

Betapa hinanya orang-orang kafir akan ditukarkan jasad mereka berupa serigala hutan yang berlumpur seperti jasad Aazar yang tukarkan oleh Allah SWT kepada seekor serigala hutan , sehingga Nabi Ibrahim a.s tidak mengenalinya. Inilah hakikat hari kiamat, hubungan kekeluargaan tidak mempunyai erti apa-apa, yang tinggal hanya keimanan yang diadili pada hari kiamat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beriman dengan iman yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang enam. Jauhkan daripada syirik dan menyekutukan kepada Allah SWT kerana mereka yang syirik akan mendapat kehinaan dan penyesalan yang tiada kesudahan dan ketika itu pengakuan beriman tidak akan diterima oleh Allah SWT.Hanya amalan yang ikhlas dan tidak bercampur dengan syirik, riak dan takbur akan diterima oleh Allah SWT.


Sunday, September 2, 2012

Hayati 10 Perkara Untuk Menjadi Hamba Allah Yang Cemerlang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kecemerlangan adalah satu tanda kejayaan di dalam apa urusan yang di lakukan di dunia ini. Setiap manusia akan berusaha untuk mencapai kecemerlangannya dalam setiap urusan yang di usahakannya. Seorang pemimpin negara inginkan cemerlang dalam menguruskan keperluan  hidup rakyat jelata. Begitu juga hajat ibu bapa mengharapkan kecemerlangan anak-anaknya dalam pelajaran sehingga mendapat kejayaan.

Jika ukuran kejayaan bergantung kepada kecemerlangan di akhir usha seseorang, maka apakah pula ciri-ciri  kecemerlangan seorang hamba Allah di sisi Tuhannya?

Jika di kaji secara menyeluruh kecemerlangan seorang hamba Allah mesti memiliki 10 perkara (nilai-nilai murni) barulah boleh dinilai cemerlang di sisi Allah SWT.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua : Memelihara penglihatan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;.." (Surah an-Nur ayat 31)

Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ketiga : Memelihara Lidah

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya”
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Keempat :Bersifat Pemalu.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”.
(Hadis Riwayat Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya: "Nabi SAW lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda Rasulullah SAW  kepadanya: "Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.(Hadis Riwayat Bukhari)

Kelima : Bersifat Lembut dan Sabar

Firman-Nya lagi yang bermaksud :“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”. (Surah an-Nur ayat 22)

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Keenam : Bersifat Benar dan Jujur.

Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alai)

Ketujuh : Bersifat rendah diri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur.” (Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Harithah bin Wahab r.a  katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli syurga? Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya, tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong”. 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.

Dan Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Jabir dan Abu Sa'id menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah SWT. menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat."(Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)

Kesembilan : Bersifat pemurah.

Firman Allah SWT maksudnya  “Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai”. (Surah al-Baqarah ayat 272)

Kesepuluh : Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)

Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " ( Surah al-Ahzab ayat 21)

Sahabat yang dikasihi,
Jika kalian mampu memenuhi 10 ciri-ciri kecemerlangan di atas insya Allah kalian akan menjadi hamba Allah yang cemerlang disisi Allah SWT. Jika kurang salah satu daripadanya terdapat kecacatannya dan tidak akan sempurna menjadi insan soleh dan bertakwa. Oleh itu teruskan usha-usaha kalian memperbaiki akhlak kalian dan memenuhi ciri-ciri kecemerlangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.