Tuesday, September 15, 2015

Tadabbur Surah Ali-Imran Ayat 191.

Firman Allah SWT.

Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَŰ°ْكُ۱ُونَ Ű§Ù„Ù„َّهَ قِيَŰ§Ù…ًۧ وَقُŰčُÙˆŰŻًۧ وَŰčَلَىٰ ŰŹُنُÙˆŰšِهِمْ وَيَŰȘَفَكَّ۱ُونَ فِي Űźَلْقِ Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ ۱َŰšَّنَۧ مَۧ ŰźَلَقْŰȘَ هَٰŰ°َۧ Űšَۧ۷ِلًۧ ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َكَ فَقِنَۧ ŰčَŰ°ََۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka"(Surah Ali Imran 191)

‪Berkata‬ Ibnu Abbas:

"Mereka mengingati Allah di malam hari dan di siangnya, ketika di daratan dan di lautan, ketika musafir dan di dlm negeri, ketika kaya dan miskin, ketika sihat dan sakit, ketika bersunyian dan berterangan (yakni bersama org lain)"

‪Nabi‬ SAW bersabda bhw Allah SWT berfirman maksudnya:

"Aku bersama hambaKu tatkala ia mengingatiKu dan dua bibir mulutnya bergerak keranaKu (yakni krn berzikir mengingatiKu)" (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

‪Perintah‬ Nabi SAW utk memikirkan kejadian Allah:

"ŰȘَفَكَّ۱ُÙˆŰ§ فِي Űźَلْقِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ، وَÙ„Ű§ ŰȘَفَكَّ۱ُÙˆŰ§ فِي Ű§Ù„Ù„َّهِ“ (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰšÙˆ نŰčيم Űčن Ű§ŰšÙ† Űčۚۧ۳)

“Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Zat Allah” (HR Abu Nu’aim dari Ibnu Abbas, Hadis Hasan)

‪Sayyid‬ Qutb dlm Fi Zilal al-Quran menyatakan bahawa perintah Allah kpd manusia supaya memikirkan kejadian langit disebut berulang-ulang kali dlm al-Quran. Apabila direnungi dan difahami, maka ia sudah cukup untuk membuktikan kekuasaan Penciptanya.

‪Berfikir‬ dan bertadabbur thdp ciptaan Allah akan menambahkan keimanan kita kpd-Nya. Allah SWT menyeru manusia utk sentiasa merenungi ciptaannya. Firman-Nya:

ŰŁَفَلَۧ يَنْŰžُ۱ُونَ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْŰ„ِŰšِلِ كَيْفَ ŰźُلِقَŰȘْ* وَŰ„ِلَى Ű§Ù„Űłَّمَۧۥِ كَيْفَ ۱ُفِŰčَŰȘْ* وَŰ„ِلَى Ű§Ù„ْŰŹِŰšَŰ§Ù„ِ كَيْفَ نُŰ”ِŰšَŰȘْ* وَŰ„ِلَى Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ كَيْفَ ŰłُŰ·ِŰ­َŰȘْ

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?. Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?. Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (Surah al-Ghasyiyah 17-20)

‪Dalam‬ wasiat Sayidina Ali r.a kpd puteranya al-Husain, Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata:

"Wahai anakku, berfikir mewariskan cahaya, sementara lalai mewariskan kegelapan"

Mari sama-sama kita bertafakkur dgn memikirkan kejadian Allah agar kita lbh mendekati dan mencintai pencipta kita dan merasakan kerdil dan miskinnya kita di alam ini