Saturday, February 26, 2011

Mohonlah Pertolongan Allah S.W.T. di Saat Genting

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan di uji oleh Allah S.W.T. di dalam kehidupannya. Ada kalanya ujian itu ringan dan mampu di hadapi dengan tenang dan ada kalanya ujian itu berat dan perlu kepada munajat yang bersungguh-sungguh di saat genting. Nabi Muhammad S.A.W. di waktu malam ketika saat peperangan Badar hampir tiba telah bermunajat dengan bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah S.W.T. semoga Dia memberi bantuan dan memberi kemenangan kepada tentera Islam yahg sedikit bilangannya dan tidak mempunyai senjata yang cukup.

Akhirnya berkat kesabaran dan tawakkal yang tinggi oleh baginda Nabi S.A.W. dan para sahabat,  Allah S.W.T. telah memberi pertolongan dan dihantar-Nya para malaikat untuk membantu tentera-tentera Islam hingga memperolehi kejayaan cemerlang.
 
Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai seorang mukmin yang yakin dengan janji dan pertolongan Allah, maka kita perlu bersabar dan bertawakkal dengan apa saja dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan kita. Allah S.W.T tidak akan persia-siakan doa dan munajat kita dengan bersungguh-sungguh yang kita panjatkan kepada-Nya. 
Marilah kita mengambil iktibar daripada satu kisah dizaman dahulu yang di ceritakkan oleh Nabi S.A.W. kepada para sahabatnya untuk menjadi pengajaran dan tarbiah.
Daripada Abu Abd Rahman, Abdullah bin Umar bin Khatthab r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“Dahulu sebelum kamu, ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh, maka mereka pun masuk kedalamnya. Kemudian tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar.

Salah seorang daripada mereka berkata “Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu sekalian daripada bencana ini kecuali apabila kamu sekelian berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebutkan amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan.

Salah seorang antara mereka telah berdoa :

‘Wahai Allah, saya mempunyai ayah dan ibu yang sangat tua. Saya biasa memberi minuman susu kepada kedua-duanya dahulu, sebelum saya memberikan kepada keluarga dan anak-anak saya. Pada suatu hari saya terlambat pulang daripada mencari kayu dan saya dapati kedua-duanya sudah tidur.Saya terus memerah susu untuk minuman mereka. Kerana saya mendapati mereka berdua tidur maka saya pun tidak mahu membangunkan mereka. Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum susu itu samaada kepada keluarga maupun kepada anak-anak sebelum saya memberi minum kepada ayah bonda.’
‘Saya menunggu ayah dan bonda, hingga terbit fajar barulah kedua-duanya bangun sementara anak-anak menangis, mereka datang kepada saya. Setelah mereka bangun ,saya berikan minuman susu kepada kedua-duanya. ‘
‘Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan wajah-Mu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.’
Maka bergeraklah sedikit batu itu tetapi, masih belum membolehkan mereka keluar dari gua itu.

Orang kedua pula merayu kepada Allah s.w.t dengan bermunajat :

‘Wahai Allah, sesungguhnya saya mempunyai saudara sepupu perempuan yang sangat saya cintai, kemudian saya selalu memujuknya untuk melakukan zina tetapi dia selalu menolaknya. Selang beberapa tahun dia di timpa kesusahan menyebabkan dia datang kepada saya meminta bantuan. Lalu saya berikan kepadanya 120 dinar, dengan syarat dia mahu berzina dengan saya. Kali ini dia berada dalam keadaan terdesak menyebabkan dia pun bersetuju.
Ketika kami hampir-hampir melakukan perbuatan yang hina itu dalam keadaan saya berada di antara kedua-dua kakinya dia berkata :
‘Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kau robekkan selaput daraku kecuali dengan cara yang benar’
Kemudian saya meninggalkannya, padahal dia seorang yang saya sangat cintai dan saya telah meredhakan bantuan yang saya berikan kepadanya.’
‘ Wahai Allah, jika saya buat seperti itu kerana mengharapkan redha-Mu, gerakkanlah batu yang menutup gua ini.’
Maka bergeraklah batu itu lagi sedikit tetapi mereka masih belum dapat melepaskan diri keluar dari gua itu.

Orang ketiga juga berdoa. :
‘Wahai Allah, saya menggaji beberapa orang pekerja dan semuanya saya bayar gaji mereka dengan sempurna keculi ada seorang yang menghilangkan dirinya, meninggalkan saya dan tidak mengambil gaji nya terlebih dahulu. Kemudian gaji itu saya laburkan dalam perniagaan sehingga menjadi banyak. Selang beberapa lama dia datang dan berkata :
‘Wahai hamba Allah berikan gaji saya yang dulu itu. ‘
Saya berkata : ‘Semua yang kamu lihat itu baik unta, lembu, kambing termasuk budak yang mengembalakannya ialah gajimu.’
Dia berkata : ‘Wahai hamba Allah, janganlah engkau mempermainkan saya.’
Saya menjawab : ‘Saya tidak mempermainkan kamu.’
Kemudian dia pun mengambil semuanya dengan tidak meninggalkan sisa sedikit pun.
‘Wahai Allah jika saya berbuat itu kerana mengharapkan redha-Mu, maka gerakkanlah batu itu.’
Akhirnya batu itu pun bergerak dan mereka dapat keluar dari gua itu.”

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan kisah di atas yang di ceritakan oleh Rasulullah S.A.W.  kepada sahabat-sahabat baginda, dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran seperti berikut :

1.Kita di anjurkan untuk memanjatkan doa pada saat-asaat genting dan sukar, atas dasar melaksanakan perintah Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan Tuhanmu berfirman maksudnya  : "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu”
(Surah Ghafir ayat 60 )

2.Menjalankan hubungan dengan Allah S.W.T. dengan cara yang di syariatkan, yakni dengan amal yang soleh.

3.Takwa merupakan faktor penyelamat, terutama berhadapan dengan situasi yang sukar.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar.”
(Surah at-Talaq ayat 2)

4. Keutamaan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa adalah lebih daripada yang lain.

5. Ijarah, merupakan satu akad yang di haruskan dalam Islam , untuk memperoleh menfaat dalam waktu tertentu dengan bayaran setimpal.

Firman Allah S.W.T.  yang bermaksud :
“Kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak) mu untukmu, maka berikanlah kepada mereka upahnya”
(Surah at-Taiaq ayat 6)

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Ada tiga golongan yang aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat, antaranya : Seseorang yang mengupah manusia, namun setelah di selesaikan tidak di bayar upahnya.”

6. Menepati janji merupakan tanda kesempurnaan iman.

7. Seorang Muslim bertanggungjawab menjalankan amanah yang di berikan kepadanya.

8.Amalkan berlapang dada dalam urusan pergaulan dengan orang lain. 

Marilah sama-sama kita jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan iktibar ketika kita menghadapi saat genting dan munajatlah lepada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh. Di benarkan kita bertawasul dengan amal terbaik yang pernah kita lakukan dalam kehidupan kita untuk meraih simpati daripada Allah S.W.T.

Friday, February 25, 2011

Jauhilah Daripada Menghisap Rokok Kerana Banyak Kemudaratannya

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup kita di dunia yang sementara ini perlulah memikirkan persoalan dosa dan pahala. Adakah perbuatan kita boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri atau kepada orang lain?

Perkara yang ingin kita bincangkan adalah menghisab rokok apakah hukumnya dan kesannya kepada umat Islam dan masa depan kita di sisi Allah S.W.T.?

Sifat seorang mukmin adalah sentiasa berhati-hati dan berwaspada di atas apa saja perbuatan dan amalannya di dunia ini, jika ianya baik dan mendatangkan manfaat akan dilaksanakannya sebaliknya jika perkara tersebut haram, makruh, subhat maka dia akan meninggalkannya.

Ulama Islam terdahulu memberi fatwa bahawa meghisab rokok adalah makruh kerana merokok pada masa itu dikiaskan seperti memakan petai dan bawang (berbau) tidak digalakkan bersembahyang berjemaah semasa mulut berbau dan perlu dibuangkan baunya terlebih dahulu sebelum mendekati mengerjakan  solat berjemaah.

Tetapi sekarang ini ulama Islam telah mengkaji secara lengkap bahawa menghisab rokok adalah haram berdasarkan beberapa faktor di bawah :

1. Menghisab rokok boleh mendatangkan mudarat dan menjejaskan kesihatan perokok dan orang disekelilingnya.

2. Merokok membazirkan wang ringgit kerana rokok yang dihisab seolah-olah membakar wang kita setiap hari tanpa mempunyai nilai-nilai kesihatan.

3. Membeli rokok telah mengkayakan syarikat-syarikat rokok majoriti pemiliknya adalah orang kafir (Yahudi dan Kristian) keuntungan tersebut disalaurkan kepada dakyah agama Kristian dan membantu negara Israel untuk membunuh umat Islam di Palestin

4. Membeli rokok telah bekerjasama dan subhat untuk membesarkan kerosakkan di muka bumi yang berterusan kerana syarikat-syarikat rokok semakin kaya dan berterusan penyumbang kepada bertambahnya penyakit keronik yang menimpa umat manusia.

Huraiannya :

1. Menghisab rokok boleh mendatangkan mudarat dan menjejaskan kesihatan perokok.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"
(Surah al-Baqarah ayat 195)

Merokok merbahaya kerana :
* Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
* Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah

Bagaimana merokok itu membahayakan?
* Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
* Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah

Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?

Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :
* Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb.

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?
Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

* Tar (bahan untuk membuat jalan raya)

* Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)

* Napthylamine (ubat gegat)

* Arsenik (racun anai-anai)

* Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)

* Kadmium (terdapat dalam bateri)

* DDT (Ubat nyamuk)

* Formaldehyde (untuk mengawet mayat)

* Butane (gas yang boleh membunuh)

* Methanol (Bahan pembakar untuk roket)

* Hydrogen cyanide (racun)

* Toluene (bahan pelarut)

* Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
* Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda

* Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda

* Barah payudara: lebih 11 kali ganda

* Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda

* Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda

* Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda

* Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda

* Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda

* Ulser Perut: lebih 2 kali ganda

* Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Adakah perokok pasif kurang bahaya?
Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :

* Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :

2 kali ganda nikotin

3 kali ganda tar

5 kali ganda karbon monoksida

50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Jelaslah daripada huraian di atas bahawa tidak ada sedikit pun kebaikan menghisab rokok kerana bukti-bukti klinikal, kajian sains dan lapuran perubatan menunjukkan ramai pesakat kronik berpunca daripada menghisab rokok dan punca pesakit lain (perokok pasif) yang tidak menghisab rokok mendapat penyakit akibat daripada menghidu asap rokok.

2. Merokok membazirkan wang ringgit kerana rokok yang dihisab seolah-olah membakar wang kita setiap hari tanpa mempunyai nilai-nilai kesihatan.

Orang yang membazir ialah saudara syaitan:

Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?
Allah sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya.
Firman Allah SWT ;

Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُŰšَŰ°ِّ۱ِينَ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ Ű„ِŰźْوَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰŽَّيَۧ۷ِينِ وَكَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ لِ۱َŰšِّهِ كَفُÙˆŰ±ًۧ

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang  yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan.
(Surah Al-Isra' ayat 27)

Jika wang yang ada kita membeli rokok sedangkan rokok itu hanya kita menghisabnya dan ia tidak mengenyangkan, tidak menghilangkan dahaga dan tidak membawa vitemin atau khasiat untuk tubuh kita maka rokok yang kita hisab itu adalah dikira membazir dan sesiapa yang suka membazir adalah saudara syaitan sedangkan syaitan itu adalah musuh yang nyata untuk manusia.

Ingatlah kalian! Bahawa harta yang  kalian bazirkan akan menjadi saksi dihadapan Allah nanti bahawa kalian telah berlaku zalim kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Orang miskin, anak yatim, janda-janda miskin, orang kurang upaya dan mereka yang menderita memerlukan bantuan akan menuntut kepada Allah S.W.T kepada kalian kerana kalian tak dapat membantu mereka sedangkan kalian mempunyai harta tetapi di salah gunakan! Orang yang menghisap rokok lebih di dorong untuk memuaskan nafsu dan mengikut bisikan syaitan.


3. Membeli rokok telah mengkayakan syarikat-syarikat rokok majoriti pemiliknya adalah orang kafir (Yahudi dan Kristian) keuntungan tersebut disalurkan kepada penyebaran agama Kristian dan membantu negara Israel untuk membunuh umat Islam di Palestin.

Apakah kalian merasa tidak bersalah disisi Allah S.W.T kerana kalian telah melabur satu pelaburan yang besar iaitu mengkayakan syarikat-syarikat rokok terbesar dunia? Jika semua umat Islam di dunia memboykot dan tidak membeli rokok maka syarikat-syarikat rokok akan mengalami kerugian dan kemungkinan akan menutup operasinya.

Yang pasti hasil keuntungan tersebut mereka gunakan untuk menghacurkan umat Islam sendiri.  Syarikat-syarikat gergasi dunia telah menyumbangkan dana yang besar kepada pertubuhan  Kristian sedunia  dan penyumbang besar kepada kerajaan Israel untuk membeli peluru, merampas dan  membunuh umat Islam Palestin. Apakah kalian sanggup meletakkan diri kalian menjadi penyokong dan pembantu kepada orang kafir untuk menghancurkan Islam? Bertaubatlah kalian yang masih merokok , kerana setiap perbuatan kalian ini pasti di tanya Allah S.W.T di hari akhirat nanti.

4. Membeli rokok telah bekerjasama dan subhat untuk membesarkan kerosakkan di muka bumi yang berterusan kerana syarikat-syarikat rokok semakin kaya dan berterusan penyumbang kepada bertambahnya penyakit keronik yang menimpa umat manusia.

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang buruk dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun."

Dalam Islam jika kita memberi sedekah jariah atau sesuatu teknologi baru dan digunakan oleh manusia berterusan maka kita juga akan mendapat pahala yang berterusan walau pun kita sudah meninggal dunia. Sebaliknya jika kita membuat sesuatu yang buruk dan keji atau kita memberi satu sumbangan hingga hasilnya boleh digunakan untuk meneruskan kerosakkan dan diikuti oleh manusia lain maka kita akan mendapat saham dosanya , nauzubillahiminzalik. Dalam kes ini perokok-perokok muslim sebenarnya telah memberi sumbangan yang besar kepada syarikat-syarikat rokok untuk membesarkan perniagaannya dan syarikat-syarikat rokok menjadi penyumbang terbesar untuk mendatangkan kerosakkan di muka bumi (ramai manusia mendapat penyakit).

Alangkah baiknya jika wang kalian yang kalian gunakan untuk membeli rokok kalian sumbangkan sebagai sedekah jariah dan membantu sekolah agama, sekolah tahfiz, pembinaan masjid , untuk majlis-majlis ilmu kerana pahalanya cukup besar dan akan menyelamatkan kalian di akhirat nanti dan ianya juga dapat membantu membangunkan kemajuan  dan dapat menjana ekonomi umat Islam.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita, tinggalkanlah perbuatan mazmumah kerana salah satu perbuatan mazmumah adalah merokok. Ulama telah memberi fatwa bahawa membeli rokok, menghisap rokok, menjual rokok, membeli rokok untuk orang lain, iklan rokok dan membuat rokok adalah haram mengikut hukum Islam. Oleh itu jauhkanlah diri kita daripada berterusan melakukan perkara-perkara haram kerana perkara haram boleh mematikan hati kita dan menjauhkan daripada rahmat Allah.

Perkara yang amat ditakuti dosa perbuatan haram berterusan dilakukan  setiap hari  sedangkan perkara kebaikan dan pahala belum pasti diterima Allah dan amat sedikit pula kita laksanakan. Bagaimana kita nak berhadapan dengan Allah S.W.T. nanti di alam barzakh, di hari akhirat nanti sedangkan amal solah dan kebaikan kita terlalu sedikit sedangkan perkara haram dan subhat kita lakukan berterusan. Justeru itu muhasabahlah diri kita ingatlah hidup di dunia terlalu singkat dan janganlah kita merosakkan masa hadapan kita di hari akhirat dengan membuat perbuatan-perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T.

Jauhilah Lapan Perkara Menyebabkan Amalan Kita di Tolak Oleh Allah S.W.T.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita laksanakan adalah dengan penuh pengharapan agar ianya diterima oleh Allah S.W.T. kerana apabilan amalan kita diterima oleh Allah S.W.T maka barulah ganjaran pahala yang akan kita terima sebagai bekalan yang akan kita bawa di hari akhirat nanti untuk menghadapi keadilan di mahkamah Allah S.W.T. Jika amalan kebaikan kita di timbang dan di dapati dengan timbangan yang berat maka dengan rahmat Allah kita akan di masukkan ke dalam syurga-Nya.

Apakah kita merasai bahawa kesemua amalan-amalan kebaikan yang kita kerjakan ini akan di terima oleh Allah S.W.T.? Sedangkan jika dilihat daripada hadis Nabi S.A.W. yang panjang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal terdapat 8 perkara yang akan menjadi penghalang dan menyebabkan amalan-amalan kita tidak di angkat dan diterima oleh Allah S.W.T.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mengumpat.

2. Mengharapkan keduniaan.

3. Sombong

4. Ujub

5. Pendengki dan hasad

6. Tidak mengasihi orang lain.

7. Sum'ah dan riak

8. Tidak ikhlas.

Huraiannya adalah seperti berikut :

1. Mengumpat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati, tentu sekali kamu benci memakannya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Hujarat ayat 12)

Mengumpat adalah dosa yang amat berat di sisi Allah s.w.t.. Orang yang melakukan perbuatan itu diumpamakan oleh Allah s.w.t. sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati. Ini jelas menunjukkan betapa hina dan buruknya perbuatan tersebut. Dan ia dianggap hina kerana menyinggung kehormatan orang lain yang sewajarnya dipelihara.

2. Mengharapkan keduniaan.

Allah SWT berfirman: "Ketahuilah, bahwa sesungguh nya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara karnu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhrat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan belaka." (Surah Al-HadĂźd ayat 20).

Ayat ini juga memperlihatkan kedua sisi kehidupan dunia itu. Baik yang lahir maupun yang batin. la bagaikan curahan hujan yang turun dari langit menyirami bumi. Kemudian tumbuh tanaman-tanaman yang indah dan menarik perhatian para petani. Namun, setelah itu mengering, menguning dan akhir nya rusak.

3. Sombong.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sombong adalah penyakit berbahaya, dimana jika penyakit ini bersarang di hati, nescaya akan mendorong pelakunya untuk berbuat dosa yang akan menjauhkannya dari syurga dan mendekatkan ke neraka.

4. Ujub.

Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan menganggapnya bagai angin lalu. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengabarkan kepada kita dalam sebuah hadis: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

5. Pendengki dan hasad

Sifat hasad dengki  adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.
(Hadis Riwayat Abu Dawud)"

6. Tidak mengasihi orang lain.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak dibenarkan sama sekali untuk menyakiti hati saudaranya menyebabkan saudaranya kecewa menderita putus asa kerananya lebih-lebih lagi menyakiti tubuh badan seperti memukul, mencedera dan sebagainya, ataupun sesuatu yang menyebabkan dia teraniaya, seperti penipuan yang membawa ke arah kegagalan dalam kehidupan serta kesusahan sepanjang hayat. Semua ini ternyata dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan larangan yang amat keras dan tidak dibenar walau apa cara sekalipun.

7. Sum'ah dan riak.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan keburukannya. Dan barangsiapa yang berbuat riyak, maka Allah akan menampakkan riyaknya"
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang beramal dengan suatu amal dengan niat agar orang lain mendengar perbuatan dan memujinya, maka Allah akan membalas dengan membuatnya terkenal. Pada hari kiamat kelak, niat amal tersebut akan dibongkar dan dibalas dihadapan makhluk. Dan barangsiapa yang melakukan suatu amal dengan niat agar manusia melihatnya di dunia, (riyak) maka Allah akan membalasnya dengan menampakkan riyak dihadapan makhluk".
(Hadis Riwayat at-Thabarani dan Baihaqi)

Menurut pandangan syarak, ulama memaksudkan riyak sebagai seorang hamba yang melaksanakan ibadah yang dapat mendekatkan diri dengan Allah, namun tidak menginginkan balasan dari Allah, bahkan menginginkan dunia.

Al Izz b Abdussalam menyatakan”Sum’ah adalah dengan cara menyembunyikan amalannya kerana Allah, lalu menceritakan kepada manusia”

Sum’ah itu tidak akan terjadi melainkan kepada perkara yang biasa terdengar seperti membaca al quran, zikir dan sebagainya secara nyaring mengharapkan agar orang lain mendegar lalu memuji perbuatan tersebut.

8. Tidak ikhlas.

Amalan yang tidak ikhlas tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Ikhlas itu merupakan satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah S.W.T. yang mana para malaikat pun tidak dapat mengesannya.Malaikat akan mencatat apa yang nampak zahir sahaja segala perbuatan dan amalan manusia.

Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T. bukan kerana ada sebab-sebab yang lain atau ada dorongan-dorongan yang lain. Semua amalan kebaikan manusia akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekejaan yang dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat nama, pujian, penghargaan, pangkat dan kedudukan.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhi lapan perkara yang dinyatakan di atas menyebabkan amalan kita di tolak oleh Allah S.W.T. Jika amalan kita di tolak dan tidak diterima oleh Allah S.W.T. maka dimanakah lagi cara kita dapat menyelamatkan diri kita daripada azab Allah S.W.T di hari akhirat nanti? Oleh itu cubalah sedaya upaya kita perbaiki kelemahan diri kita dan meningkatkan iman dan amal dan melegkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah.


Marilah kita renungkan hadis Nabi S.A.W.  dibawah :

Mu'az bin Jabal berkata Rasulullah S.A.W.  telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara.

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Puji syukur ke hadrat Allah S.W.T yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!”

Jawabku, “Ya, Sayidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak.”

“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya.”

“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,

“Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat”.

“Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,

“Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain.”

“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”

Rasulullah S.A.W meneruskan sabdanya, “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,

“Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,

“Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak reda dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,”Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini.”

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah solat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata, “Saya ini penjaga sum’ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh
dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riyak.”

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni solat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah S.W.T.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah."

Tetapi firman Allah S.W.T. maksudnya : “Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.”

“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?”

“Laknat-Ku tetap padanya.”

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.”
Dan semua yang di langit turut berkata,”Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata,

“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan
ini?”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali,”Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah  Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Bersabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”

“Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyakkan (menguris) perasaan orang lain dengan mulutmu, kerana kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka Jahanam.”

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,”Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia.”

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah S.W.T. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. ..."

Thursday, February 24, 2011

Hati Yang Bersih Melahirkan Kasih Sayang dan Tidak Mementingkan Diri Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang yang beriman adalah insan yang bersih hati dan jiwanya daripada bersangka buruk kepada saudaranya yang lain. Dia juga tidak akan menyakiti muslim lain dengan lidah dan tangannya. Dari hati dan jiwa yang bersih ini akan melahirkan kasih sayang semata-mata kerana Allah S.W.T.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ditanya, siapakah yang paling mulia diantara manusia?. Nabi S.A.W. menjawab yang bermaksud : "Setiap orang yang hatinya 'makhmum' dan lidahnya jujur."

Sahabat r.a bertanya, "Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang di maksudkan dengan hati 'makhmum'? Baginda menjawab, "Makhmum' ialah orang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikitpun perasaan dengki atau irihati padanya."
Setiap orang mukmin akan diuji di atas keimanannya kepada Allah, kerana iman bukan kata-kata dan pengakuan lidah semata-mata. Allah S.W.T. akan menguji orang mukmin adakah dia bersedia membantu saudaranya yang memerlukan bantuan? Adakah hatinya berseh daripada prasangka buruk dan tangannya ringan untuk menghulurkan bantuan .
Apabila datang seseorang saudaramu ingin meminta bantuan maka hulurkanlah bantuan sekadar kemampuanmu untuk melepaskan kesempitannya kerana kita tidak tahu yang mana daripada sumbangan kita yang boleh menyelamatkan kita daripada ke azab yang pedih dihari akhirat.Jika ada yang datang membawa masaalah keluarganya maka berikanlah nasihat yang baik kerana sesungguhnya nasihat yang baik akan mengurangkan beban yang ditanggung. Nasihat yang baik itu adalah sedekah di sisi Allah.

Dari Ady bin Hatim r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah S.A.W.. telah bersabda, "Tidak seorang pun di antara kamu sekelian, kecuali Tuhannya akan berbicara kepadanya besok di hari kiamat. Antara ia dan Tuhannya tidak ada penterjemah. Ia memandang suatu kebaikan, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dipersembahkannya, dan ia memandang sesuatu yang buruk darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya serta memandang apa yang ada di depannya, maka ia tidak melihat kecuali neraka yang persis ada di depan wajahnya. Maka takutlah kalian kepada neraka meski dengan hanya (bersedekah) separuh kurma, dan kalimat yang baik."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya".

"Wahai Ali ! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta."

Sahabat yang dikasihi,
Bagaimana mulianya nilai ukuwah Islamiah dan persaudaraan Islam kerana Allah. Kasih sayang seorang saudara kepada saudaranya yang lain mendapat pegiktirafan daripada Allah S.W.T. hingga Dia meghantar khusus seorang malikat untuk menyatakan kasih sayang Allah kepada seorang yang kasih kepada saudaranya semata-mata kerana Allah.

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Seorang yang keluar untuk mengunjungi saudaranya dikampung yang lain dan Allah mengutus seorang malaikat untuk menunggunya di perjalanan. (Apabila orang itu sampai ketempat dimana malaikat berada) Malaikat bertanya :
'Kemana engkau hendak pergi? '
Dia menjawab : 'Aku pergi kepada saudaraku dikampung ini'.
Malaikat bertanya :' Adakah dia meminjamkan kamu sesuatu yang mana kamu hendak mengambilnya kembali?'
Orang itu menjawab :' Tidak. Kedatanganku semata-mata kerana aku mencintainya kerana Allah'.
Malaikat berkata :' Aku adalah pesuruh Allah yang dihantar kepada engkau untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintainya semata-mata kerana Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)

Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketakwaan, apabila menjalani ukuwah Islamiah maka ianya perlulah  benar-benar ikhalas semata-mata kerana Allah, bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah. Dalam satu hadis Nabi S.A.W. ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah S.W.T. di hari akhirat nanti adalah insan yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana-Nya.

Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah adalah satu cara untuk merapatkan ukwah. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, "Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
(Hadis Riwayat Dailami dari Anas)

Apabila kita melapangkan kesusahan seorang muslim lain maka kebaikan itu akan kita perolehi saamada di dunia atau di hari akhirat.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bersihkan hati kita daripada sifat mazmumah iaitu sifat buruk sangka, kikir, mementingkan diri, dendam, tamakkan harta, berat tangan dan cintakan dunia. Kerana sifat-sifat ini adalah warisan penghuni neraka  yang menjadi sifat syaitan laknatullah.

Jadikanlah diri kita dengan dihiasi dengan sifat mahmudah iaitu sifat pemurah, kasih sayang, berbaik sangka, tolong menolong, ringan tangan, reda, zuhud dunia dan suka kepada kebahagiaan saudaranya yang lain. Kerana sifat-sifat ini adalah amalan penghuni syurga yang mana segala amalan kebaikan di dunia adalah menjadi pakaiannya.


Wednesday, February 23, 2011

Amalan Ahli Syurga dan Amalan Ahli Neraka

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah al-Harrani rahimahullaah pernah ditanya tentang amalan ahli syurga dan amalan ahli neraka. Kemudian beliau menjawab sebagai berikut:

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Amalan ahli syurga adalah beriman dan bertakwa. Sedangkan amalan ahli neraka adalah kufur, fasik, dan maksiat."

Amalan-amalan ahli syurga:

1. Beriman kepada Allah, Para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir serta beriman kepada qadar (takdir) yang baik maupun yang buruknya.

2. Bersyahadat Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah) dan Muhammad  adalah Rasulullah (Nabi Muhammad adalah utusan Allah), mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa  di bulan Ramadan, dan berhaji ke Baitullah. Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah meliha-Nya, dan jika tidak boleh, maka yakinilah bahwa Dia melihatmu.

3. Berbicara jujur, menunaikan amanat, menepati janji, berbakti kepada orang tua (birrul walidain) menyambung hubungan kerabat, berbuat baik kepada tetangga, anak yatim, orang miskin, dan yang menjadi tanggungannya dari kalangan manusia atau binatang.

4. Ikhlas beribadah kepada Allah, bertawakkal kepada-Nya, cinta kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya, takut kepada Allah  dan berharap rahmat-Nya, kembali kepada-Nya, bersabar menetapi hukum-Nya, dan menyukuri nikmat-nikmat-Nya.

5. Suka membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, berdoa kepada-Nya, meminta dan berharap kepada-Nya.

6. Beramar makruf (menyuruh orang berbuat kebaikan), bernahi munkar (melarang orang dari berbuat buruk), berjihad di jalan Allah dalam memerangi orang kafir munafikin.

7.  Adil dalam semua urusannya, adil terhadap semua makhluk sampai terhadap orang kafir, dan amalan-amalan yan serupa.

8. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang kedekut kepadamu, memaafkan orang yang menzalimimu, kerana Allah menyediakan syurga bagi orang-orang bertakwa, iaitu orang-orang yang tetap berinfak dalam keadaan lapang  atau pun  sempit, menahan marah, memaafkan manusia, dan Allah menyukai orang-orang yang senantiasa berbuat baik.

Amalan-amalan  ahli neraka.

1. Berbuat syirik kepada Allah, mendustakan para rasul, kufur dan hasad dengki,  berdusta, berhianat, berbuat zalim, perbuatan keji lagi hina, ingkar janji, memutus silaturahim, takut untuk pergi berjihad, bakhil, tidak selaras di antara zahir dan batin, berputus asa dari rahmat Allah, merasa aman dari azab Allah, berkeluh kesah (tidak sabar) ketika di timpa musibah, sombng dan tidak menyukuri nikmat, meninggalkan kewajiban terhadap Allah, melanggar batasan-batasan-Nya, melanggar perkara yang diharamkan-Nya.

2. Takut terhadap makhluk dan tidak takut terhadap khaliq, berharap kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, bertawakal kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, beramal dengan riya dan sum’ah, menyalahi Al-Quran dan sunnah, taat kepada makhluk dan tidak kepada khaliq, fanatik kepada kabatilan, mencela ayat-ayat Allah, menentang kebenaran, menyembunyikan ilmu dan kesaksian yang sebenarnya harus disampaikannya.

3. Melakukan sihir (santau dan sejenisnya), durhaka kepada orang tua, membunuh jiwa yang Allah haramkan tanpa jalan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari peperangan, menuduh wanita solehah telah berbuat zina.

Sahabat yang dimuliakan,
Tidak mungkin  kedua-dua amalan ini boleh bersama kerana amalan ahli syurga semuanya masuk kategori ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan amalan ahli neraka semuanya masuk kategori maksiat terhadap Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T.

ŰȘِلْكَ Ű­ُŰŻُÙˆŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَمَنْ يُŰ·ِŰčِ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَ۱َŰłُولَهُ يُŰŻْŰźِلْهُ ŰŹَنَّۧŰȘٍ ŰȘَŰŹْ۱ِي مِنْ ŰȘَŰ­ْŰȘِهَۧ Ű§Ù„ْŰŁَنْهَۧ۱ُ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ فِيهَۧ وَŰ°َلِكَ Ű§Ù„ْفَوْŰČُ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمُ وَمَنْ يَŰčْŰ”ِ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَ۱َŰłُولَهُ وَيَŰȘَŰčَŰŻَّ Ű­ُŰŻُÙˆŰŻَهُ يُŰŻْŰźِلْهُ نَۧ۱ًۧ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻًۧ فِيهَۧ وَلَهُ ŰčَŰ°ٌَۧۚ مُهِينٌ

Maksudnya : “(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan.”
(Surah  Al-Nisa’ ayat 13-14)

Dari Saydina Ali k.wj. katanya: “Pada suatu hari kami menghantar jenazah ke perkuburan Baqi Al Gharqad. Rasulullah S.A.W. mendatangi kami, lalu baginda duduk. Maka kami pun duduk pula di keliling baginda. Baginda memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting.

Kemudian baginda bersabda” Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta’ala di syurga atau neraka. Telah ditetap Allah apakah dia celaka atau bahagia.

Maka bertanya seorang sahabat, “ Ya Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan takdir nasib kita tanpa beramal?”

Jawab baginda,” Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan amalan orang bahagia, dan orang yang telah ditetap Allah menjadi orang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah!.

"Semua sarana telah disiapkan, adapun orang-orang bahagia, mereka dimudah untuk mengamalkan amalan orang-orang bahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.”

Kemudian baginda membaca ayat maksudnya : "Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertakwa maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup , serta mendustakan pahala yang terbaik. Maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar”.

Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Allah Ta’ala telah menetapkan segala ketetapan (takdir) bagi seluruh makhluk, lima puluh ribu tahun sebelum diciptakan-Nya langit dan bumi. Dan (ketika itu) Arasy Allah Ta’ala berada di atas air.”

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud , :
"Al-Mizan itu berada ditangan Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga kehari kiyamat. Hati manusia berada diantara dua jari Allah Al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendakiNya akan disesatkanNya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, al-Nasa’ei, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Disebabkan terlalu mudahnya hati itu berubah, kita digalakkan beramal dengan doa ini dan doa memohon ketetapan hati yang diamalkan oleh Nabi S.A.W.

Nabi S.A.W berdoa : "Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan pada-Mu.”
(Hadis Riwayat Muslim).

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim).

Oleh itu marilah kita sama-sama berazam dan terus beramal dengan amalan-amalan ahli syurga dan terus berdoa semoga Allah S.W.T tetapkan hati-hati kita untuk terus istiqamah dan tidak berubah-ubah hinggalah kita kembali menemui Allah S.W.T. dengan mendapat husnul khatimah.

Orang Mukmin Sentiasa Tenang Menghadapi Ujian Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran Allah dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-anak tangga untuk mendekati Allah S.W.T. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb.

Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah S.W.T. Ibnu Qayyim pernah menyebut, "Di jadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah S.W.T."

Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu sahaja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W lebih takut ujian kemewahan dari ujian kemiskinan.

Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hingga kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi menyebabkan kita manusia yang sebuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahkan kadang-kadang menjadi rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi bernama Tsa’labah. Beliau  menceritakan kepada Rasulullah S.A.W.  kemiskinannya dengan sedih dan hiba dan meminta Rasulullah S.A.W. mendoakannya, agar menjadi kaya, supaya dapat dengan tenang mengerjakan ibadah kepada Allah S.W.T. Mulanya Nabi S.A.W.  menasihatkannya agar jangan menjadi kaya takut beliau tidak dapat menguasai hartanya dan menguasai nafsunya. Oleh kerana berkali-kali di desak oleh Tsa’labah, baginda pun mendoakannya untuk menjadi kaya seperti yang di minta dan memberikannya sepasang  kambing sebagai modal. Setelah kaya raya Tsa'labah telah meninggalkan solat Jumaat dan beliau enggan membayar zakat. Akhirnya beliau mati kerana ditimpa penyakit termasuk semua kambing-kambingnya mati diserang penyakit.

Al-Quran ada menceritakan kisah Qarun dengan hartanya yang banyak, dari seorang miskin beliau minta Nabi Musa a.s. mendoakan dan mengajarkan ilmu untuk menjadi kaya. Akhirnya setelah kaya beliau enggan membayar zakat dan cuba memfitnah Nabi Musa a.s. berzina dengan perempuan pelacur akhirnya Nabi Musa a.s. mendoakan kehancuran Qarun dan dia ditelan bumi termasuk harta-hartanya ke dalam perut bumi.

Firman Allah S.W.T.maksudnya: "Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”. Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah  telah membinasakan umat-umat sebelumnya  yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu  tentang dosa-dosa mereka." (Surah al-Qasas ayat 78).
Suatu ketika Jibril a.s sedang bersama baginda, dan tiba-tiba datang seorang malaikat yang lain. “Aku khuatir, jangan-jangan ia membawa sebuah tugas untukku,” kata Jibril. 
 
Tetapi si malaikat itu terus berjalan menuju Rasulullah S.A.W.  dan kemudian berkata, “Salam daripada Allah untukmu, Muhammad. Saya membawa kunci-kunci perbendaharaan bumi untuk engkau. Jika engkau mahu, ambillah, nescaya semua yang ada di bumi ini akan menjadi emas dan perak. Semua itu akan abadi bersamamu hingga hari kiamat, dan tidak mengurangi sedikit pun dari apa yang akan engkau peroleh di sisi Allah.” 

Mendengar hal itu, Rasulullah S.A.W.  tidak terpesona oleh tawaran duniawi daripada Allah S.W.T.  melalui malaikat tersebut. Baginda menjawab, “Biarlah saya kadang-kadang lapar dan kadang-kadang merasa kenyang.” 

Kemudian Allah berfirman maksudnya : "Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka (sebagai) bunga kehidupan dunia agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal."(Suran Taha ayat 131)

Para nabi dan rasul tersebut sentiasa menghindarkan diri daripada terlalu terpesona, jangan sampai menikmati kelazatan yang mungkin mereka ambil daripada kurniaan Allah S.W.T. Mereka berkeyakinan bahawa segala bentuk nikmat yang datang adalah medan ujian yang maha berat daripada AllahS.W.T.

Mereka lebih suka menikmati zikir dan ibadah kepada-Nya. Mereka tidak pernah terpikat dengan kekayaan yang mereka miliki, sehingga tidak pernah pula merasa berduka jika kekayaan itu lenyap daripada tangan mereka. Juga tidak merasa gembira dengan kekayaan tersebut, sehingga tidak perlu berfikir panjang jika hendak memberikannya kepada orang lain.

Menurut ahli tafsir bernama Abu Said Kharraz, mereka adalah seperti yang difirmankan Allah S.W.T.  yang bermaksud: “Mereka  itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah  maka ikutilah jalan petunjuk yang mereka lalui itu.” (Surah al-An’am ayat 90)

Sahabat yang dikasihi,
Apa saja yang sedang kita miliki sekarang ini adalah merupakan ujian daripada Allah S.W.T. Jika kita seorang hartawan, pemimpin masyarakat, doktor perubatan, ahli akademik, pengarah urusan, jurutera, peguam, pensyarah, guru, kerani, ahli perniagaan , buruh kasar dan pekerja ladang kesemuanya akan bertanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. diatas tugas dan amanah yang diberikan-Nya.

Untuk menjadi orang yang beriman dan bertakwa bukan bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi bergantung pada sekeping hati yang ia miliki. Jika hati itu sentiasa bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan kepadanya dan bersabar dengan ujian yang melanda hidupnya maka dia akan berjaya mendapat reda Allah dan Dia akan menambahkan nikmat dan rahmat-Nya. Tetapi... andainya hati seseorang itu tidak bersyukur dan sentiasa keluh kesah dan tidak reda dengan kehidupannya , sentiasa tidak puas-puas dengan nikmat dunia dan kemaruk dengan pangkat dan pujian, maka dia termasuk orang yang rugi walaupun pangkatnya tinggi melangit dan hartanya melimpah ruah di muka bumi ini.

Di dalam syurga ramai orang miskin yang bersyukur dan di dalam syurga juga terdapat orang kaya yang dermawan, orang berilmu (ulama/guru / professor/pensyarah/penulis) kesemua mereka ketika di dunia telah menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Di syurga juga terdapat ahli perniagaan yang jujur dan amanah yang tidak pernah memberi rasuah untuk mendapatkan projek atau menipu dalam membekalkan barangan kepada orang ramai. Di syurga juga terdapat para pemimpin yang adil ketika menguruskan kepimpinannya dan tidak pernah menipu rakyat. Di syurga juga terdapat ramai pasangan suami isteri yang bergembira dengan nikmat syurga kerana ketika di dunia mereka adalah suami isteri yang soleh dan solehah sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya dan menjadikan Islam itu sebagai cara hidupnya.

Sebaliknya di neraka ramai penghuninya adalah wanita kerana sifat wanita sering tidak bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada suaminya, sering tidak menjaga kehormatan diri dengan membuka aurat, berlaku curang terhadap suami dan suka mengumpat dan mengadu domba. Di neraka juga terdapat golongan manusia yang suka melakukan dosa-dosa besar dan tidak sempat bertaubat sebelum meninggal dunia. Golongan lain ahli neraka juga terdiri daripada para pemimpin masyarakat yang mengambil rasuah dan menipu dan menzalimi rakyat, para wartawan dan penulis berita yang sering mereka-cipta berita palsu dan suka membuat fitnah dan  menyebarkannya, ahli perniagaan yang suka membuat penipuan dalam perniagaannya, menyorok barang keperluan dan membekalkan barang bukan seperti dalam perjanjian. Banyak lagi terdapat dalam hadis-hadis Nabi S.A.W. golongan yang layak menjadi ahli neraka.

Sahabat,
Marilah kita mengkoreksi diri kita, ditahap manakah kita sekarang ini berada? Adakah kita termasuk orang-orang yang mengamalkan amalan-amalan ahli syurga? Atau kita termasuk dikalangan orang-orang yang mengamalkan amalan-amalan ahli neraka? na'uzubillahiminzalik!

Nabi S.A.W. ada menjelaskan bahawa sesiapa saja diberi kemudahan untuk mengamalkan amalan ahli syurga maka dia akan layak masuk syurga, begitu juga sebaliknya sesiapa yang suka mengamalkan amalan ahli neraka maka dia layak untuk masuk neraka. Oleh itu tepuk dada tanya iman kita, maka iman kita akan memberi jawapannya.

Sebahagian daripada amalan ahli syurga di antaranya ialah mereka yang suka menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang kikir kepadamu, memaafkan orang yang menzalimimu, kerana Allah menyediakan syurga bagi orang-orang bertakwa, iaitu orang-orang yang tetap berinfak dalam masa lapang atau pun sempit, menahan perasaan marah, memaafkan manusia, dan Allah menyukai orang-orang yang senantiasa berbuat baik.

Begitu juga sebaliknya sebahagian daripada amalan ahli neraka di antaranya ialah melakukan sihir (santau dan sejenisnya), durhaka kepada orang tua, membunuh jiwa yang Allah haramkan tanpa jalan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari peperangan, menuduh wanita  solehah telah berbuat zina, menuduh lelaki baik meliwat, minum arak, berzina, sombong, suka memfitnah dan kikir (kedekut).

Justeru itu perbaikilah akhlak dan perbuatan kita dan istiqamah di atas jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang bertakwa dan jalan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah S.W.T.

Tuesday, February 22, 2011

Merenung Empat Mesej Daripada Tuhan Semesta Alam

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi diberi-Nya peluang untuk menikmati kurniaan-Nya yang tidak terhingga di sekeliling kita. Di sana ada kurnia yang paling tinggi dan besar menjadi penentu kebahagiaan hidup kita di alam fana ini seterusnya negeri akhirat iaitu iman dan Islam.

Walaupun kita memiliki harta yang berlimpah ruah dan jawatan yang paling tinggi tetapi jika tidak memiliki iman dan Islam semua itu tidak bernilai di sisi Allah S.W.T. Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya dan pejuang-pejuang Islam dan ulama muktabar telah berkorban dan berjuang menyelamatkan umat Islam khususnya bahkan umat Islam umumnya daripada bencana keimanan iaitu kekufuran kepada Allah S.W.T.

Sedar atau tidak, kita telah hampir melupakan  bencana alam paling besar di dalam sejarah peradaban dunia iaitu ombak besar tsunami dan gempa bumi yang sebahagian besar mangsanya adalah warga Acheh, di Indonesia.

Di Asia Barat pula, bencana kemanusiaan tidak pernah reda, malah tidak tahu bila akan berakhir. Mungkin, disana juga Allah mahu menyedarkan umat Islam di seluruh dunia yang sudah hilang semangat persaudaraan dan perpaduan di atas akidah Islam, lalu dicipta bencana kemanusiaan menerusi tangan-tangan kaum Yahudi laknatullah (zionisme)

Kita juga dikejutkan dengan kejatuhan dua rejim iaitu di Tunisia dan Mesir yang mana para pemimpinnya cukup kejam dan zalim menganiaya dan merampas hak umat Islam disana. Peristiwa ini pasti bala daripada Allah S.W.T. kepada mereka yang memerentah secara kuku besi dan menjadi 'budak suruhan' kepada Amerika dan Yahudi laknatullah.

Di beritakan bahawa 20 buah negara Arab yang lain sudah mula bangkit gelumbang rakyat yang dahagakan keadilan kerana sudah terlalu lama menderita dengan kezaliman pemimpin mereka yang telah lari jauh daripada meghayati kitab suci al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Kesemua ini ada hikmahnya di sisi Allah S.W.T. kerana Dia sentiasa mendengar doa dan rintihan para hamba-hamba-Nya yang di zalimi.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang di zalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah S.A.W.  bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang di zalimi. Allah S.W.T. berkata maksudnya : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tabrani - sanad hasan)

Sahabat yang dimuliakan,
Allah Yang Maha Penyayang dan Pemurah lebih tahu atau amat mengasihi umat Islam yang semakin hari semakin lupa kepada-Nya. Justeru itu, Dia membangkitkan kesedaran kepada umat Islam supaya bangkit dan bangun untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dan hanya Dia sahaja yang akan mendatangkan rasa takut kepada hati para pemimpin yang zalim supaya sedar akan kesalahan diri mereka dan kembali mendaulatkan peraturan dan undang-undang Allah S.W.T. yang telah lama ditinggalkan.

Setelah kejatuhan Khalifah Islamiah di Turki maka negara umat Islam telah berpecah belah dan mereka membawa negara mereka masing-masing untuk diperentah oleh golongan elit yang dilatih oleh penjajah. Mereka di arahkan untuk meninggalkan peraturan dan undang-undang Islam yang menjadi asas dan dasar di dalam kerajaan Islam (khalifah Islamiah). Akibatnya umat Islam berpecah belah dan mudah di peralatkan oleh penjajah dan mereka mengwujudkan negara haram Israel dengan merampas tanah saudara kita Palestin pada tahun 1948.

Walaupun negara Israel kecil dengan penduduk tidak samapai 5 juta tetapi mampu menguasai dan melakukan kezaliman kepada umat Islam Palestin sedangkan 22 buah negara Islam Arab berada di sekeliling negara Israel hanya berdiam diri dan tidak mampu melakukan apa-apa tindakkan balas. Di mana maruah umat Islam yang cintakan saudara seakidah dan sanggup membiarkan hari demi hari umat Islam Palestin diananya, di zalimi dan dibunuh seorang demi seorang?

Sahabat yang dikasihi,
Tragedi demi tragedi melakar sejarah kehidupan umat manusia menjelang alaf baru. Baik bencana alam maupun bencana angkara manusia semakin kerap terjadi. Tapi petaka bukan perkara baru dalam kehidupan manusia. Ia sudah tercatat dalam lipatan sejarah sejak berkurun lalu dari tragedi banjir besar zaman Nabi Nuh a.s., letusan gunung berapi Vesuvius keatas Pompeii, azab Allah ke atas umat Nabi Luth, Ad dan Thamud hingga tsunami Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia dan taufan Katrina yang melanda New Orleans, Amerika Syarikat.

Bencana alam yang meragut nyawa dan harta benda dalam sekelip mata amat menakutkan. Sama ada ia di tafsirkan sebagai satu kejadian putaran alam atau dikaitkan dengan kemurkaan Tuhan, namun apa yang pasti ia petanda serta peringatan bahawa betapa lemahnya manusia untuk menghalang kekuasaan Allah yang menetapkan tragedi seperti itu.

Apakah bencana alam ini satu petanda bahawa kiamat sudah semakin hampir? atau ia sebahagian daripada percikan tempias kiamat yang bakal pasti mengakhiri umur dunia ini sebagaimana yang dijanjikan Ilahi. Bencana kiamat itu tentunya satu kejadian maha dahsyat yang jauh lebih ngeri daripada apa yang pernah kita gambarkan. Bencana alam itu semua sudah cukup menyebabkan manusia pasrah dan merasakan bagaimana kiamat tiba.

Hari ini manusia masih memberi alasan di atas kejadian tsunami atau apa-apa pun bencana yang berlaku mutakhir ini. Pengajaran daripada kejadian itu masih tidak banyak dihayati oleh mereka. Apa, perlu disajikan kepada mereka kemusnahan yang lebih teruk lagi agar mereka benar-benar akui kuasa Tuhan dan kedaifan diri sendiri? Bencana tidak berlaku begitu sahaja, tetapi menjurus kepada sebab musababnya. Hukum alam datangnya dari Allah dan ujian juga datang dari-Nya. Apa yang kita pelajari dari tragedi tersebut?

Allah tidak menjadikan sesuatu peristiwa secara percuma, sebaliknya adalah untuk manusia mengambil ikhtibar daripadanya. Sifat insan yang bermaksud pelupa itu sendiri perlu diberi peringatan agar tidak terpesong dari landasan sebagai seorang hamba.

Banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada setiap kejadian bencana alam :

Pertama : Allah ingin memperingatkan manusia bahawa Dia berkuasa melakukan sesuatu pada bila-bila masa sahaja. Allah boleh menggerakkan sebahagian daripada makhluknya untuk peringatan kepada manusia. Antara makhluk Allah adalah laut, angin, haba, hujan atau gunung-gunung. Ilmu yang Allah berikan kepada kita amat sedikit sehingga kita tidak mampu meramal dengan tepat.
 

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? "
( Surah Al-Haqqah ayat 6 – 8 )

Kedua : Allah mahu manusia mengenali diri dan sedar akan kemampuan Allah Yang Maha Agung. Manusia diingatkan bahawa yang lebih kekal adalah akhirat. Jangan angkuh dengan apa yang dimiliki kerana ia akan ditarik sekelip mata dan menjadikan kita merana dalam keadaan penuh hina. Mereka dialpakan dengan habuan dunia serta menganggap mati itu masih jauh lagi. Allah ingin mengingatkan, kudrat mausia itu sangat lemah dan rapuh.

Sabda  Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

Ketiga : Allah ingin mengingatkan manusia tentang kemusnahan total yang bakal berlaku. Dunia ini akan digoncang pada hari kiamat dan manusia jadi tidak menentu serta bingunglalu hancur bersama harta-harta mereka. Gempa tsunami Acheh hanya pada 9.0 skala Richter. Bagaimana pula jika berlaku pada skala 29 atau 30 skala Richter? Maka bumi yang sangat kecil ini akan musnah dalam masa tiga hingga empat minit sahaja! Bukit dan gunung ganang akan hancur menjadi debu. Bacalah al-Quran yang banyak menceritakan tentang apa yang bakal berlaku dan pasti berlaku.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkala, maka terkejutlah segala yang ada dilangit dan segala yang dibumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadapi-Nya dengan merendahkan diri.”
(Surah an-Naml ayat 87).

Sesudah sangkala ditiup, semua manusia berada dalam kadaan huru hara dan sangat terkejut, setiap orang membawa diri masing-masing untuk menyelamatkan diri sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkala yang kedua) pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu bapanya, dan dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.”
(Surah ‘Abasa ayat 33 – 37)

Keempat : Paling penting dari kejadian bencana ialah Allah mahu mengingatkan manusia yang sesat dan enggan bertaubat agar kembali kepada ajaran Islam. Apakah perlu diturunkan bala di depan mata untuk membuatkan mereka sedar, itu pun jika mampu membuat mereka insaf dalam erti kata sebenar?

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya  : “Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hambaNya dari pada salah seorang di antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil. (Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dihormati,
Marilah sama-sama kita merenung mesej daripada Allah S.W.T. dan ingatlah bahawa setiap masa dan saatnya diri kita sentiasa diawasi oleh malaikat yang mencatat amal perbuatan manusia. CCTV Allah S.W.T. sentiasa merakam segala perbuatan dan percakapan kita berjalan terus 24 jam tanpa berhenti. Tidak ada satu saat pun masa yang berlalu melainkan semuanya ada di dalam pengetahuan Allah S.W.T. hinggakan bisikan hati dan niat di hati kita semuanya tidak boleh terlepas daripada pengetahuan-Nya, maka perlulah kita sentiasa perbaiki amalan hidup kita jauhilah segala maksiat yang yang di dorong oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Ingatlah hidup kita di dunia ini hanya sementara janganlah kita rosakkan masa depan kita di hari akhirat dengan melakukan dosa besar, maksiat, berkhalwat atau menjalinkan perhubungan yang diharamkan oleh Allah S.W.T. Jagalah mata, telinga, mulut dan hati kita supaya semuanya nanti akan dihisab dan ditanya satu persatu. Seorang isteri janganlah melakukan curang kepada suaminya kerana perbuatan tersebut menyebabkan dia akan dimasukkan kedalam api neraka dan seorang suami jauhilah daripada bersikap dayus kerana tidak menegur isterinya supaya berlaku sopan dengan akhlak Islam. Kerana seorang dayus tidak akan mencium bau syurga.

Kebanyakkan bala yang diturunkan Allah S.W.T adalah disebabkan dosa besar dan maksiat yang dilakukan berterusan tanpa ada yang menegurnya dan ianya dibiarkan berlaku tanpa sekatan. Oleh itu marilah kita menginsafi diri kita dan kembali kejalan Allah dan sentiasa bertaubat kepada-Nya.