Saturday, March 5, 2011

Sikap Yang Baik dan Suka Memberi Pertolongan Adalah Akhalk Terpuji

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Berdasarkan hadis di atas sikap yang baik dan sanggup memberikan pertolongan adalah akhlak terpuji yang sangat dicintai oleh Allah S.W.T. Setiap orang mukmin akan berusaha sebaik mungkin ketika di dunia ini untuk melakukan amal soleh dan amal kebaikan semoga dirahmati dan diredai oleh Allah S.W.T samaada di dunia dan akhirat.

Amalan tersebut adalah seperti berikut :

1. Memberi manfaat kepada orang lain.

2. Mengembirakan hati orang Islam.

3. Menghilangkan kesusahannya.

4. Menunaikan keperluan hidupnya dan memberi makan orang yang lapar.

5. Menunaikan hajatnya.

6. Menahan kemarahannya sekali pun dia mampu membalasnya.

7. Akhlak yang buruk akan merosakkan amalan.

Huraiannya adalah seperti berikut :

1. Memberi manfaat kepada orang lain.

Manusia yang paling dikasihi oleh Allah S.W.T. adalah dia sentiasa dalam hidupnya memberi manfaat kepada orang lain. Jika dia memiliki ilmu maka ilmunya akan disampaikan dan ilmu tersebut memberi manfaat, ianya mendatangkan kesedaran dan kebaikan untuk di amalkan.

Dengan kata lain, segala ilmu yang diberikan akan menambahkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya. Contohnya seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut.

Jika dia memiliki harta, maka hartanya akan di manfaatkan sebagai sedekah jariah. Tangan kanannya memberikan sumbangan hingga tangan kirinya tidak mengetahui.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya  Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(Hadis riwayat Muslim)

Selain daripada itu kemana sahaja dia pergi dia membawa kebaikan kepada masyarakat, tidak keluar dari mulutnya melainkan perkara yang baik dan kata-kata nasihat. Tangannya pula ringan membantu kepada mereka yang memerlukan khidmatnya tanpa meminta bayaran. Tidak sedikit pun dia merasa rugi apabila dipergunakan masanya untuk kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Begitu juga apa saja yang dia miliki samaada rumah, kenderaan, perniagaan dan sebagainya orang lain akan mendapat menfaatnya kerana keikhlasannya memberi bantuan dan sumbangan.

2. Mengembirakan hati orang Islam.

Amalan yang paling disukai oleh Allah S.W.T. adalah seseorang yang mengembirakan hati saudaranya. Suatu yang sangat dituntut terhadap seseorang muslim ialah pergaulan sesama saudaranya wajib dilakukan dengan baik serta menggembirakan saudaranya. Dengan kata lain tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang boleh melukakan hati atau menyusahkannya, serta rasa terganggu dan serba salah yang membawa ke arah mendukacitakan.

Tanggungjawab ini amat dituntut di dalam Islam sepertimana diterangkan oleh Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila kita mengembirakan hati saudara kita di dunia ini, dihari akhirat nanti Allah S.W.T akan mengembirakan hati kita  ketika mana ramai manusia masa itu sedang berdukacita kerana takut amalan-amalannya tidak diterima oleh Allah S.W.T.

3. Menghilangkan kesusahannya.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Betapa besarnya pahala kita melapangkan kesusahan saudara kita samaada kesusahan itu disebabkan dia ditimpa musibah kemalangan,  kematian orang yang dikasihi, kemiskinan atau tiada mempunyai pekerjaan. Maka kita bantu sekadar kemampuan kita hingga hilang kesusahan tersebut maka Allah S.W.T akan memudahkan urusan kita samaada di dunia dan akhirat dan diberi-Nya pahala yang berlipat kali ganda.

4. Menunaikan keperluan hidupnya dan memberi makan orang yang lapar.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah : “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
(Surah al-Baqarah ayat 215)

Rasulullah SAW menjelaskan melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang ingin dibantu. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sedekah kepada orang miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Ada tiga perbuatan yang menjadi kunci surga, yaitu mengucapkan salam (afsus salam), menjalin silaturahmi (wasiatul arham) dan memberi makan (anith tha'am) orang-orang lapar."

Nabi S.A.W. bersabda kepada Sayidina Ali k.w : "Wahai Ali ! Barangsiapa yang memberi makan orang muslim dengan hati tulus, Allah mencatatnya sejuta kebaikan dan menghapuskan sejuta keburukan. Di samping itu, ia diangkat sampai seribu tingkat mertabatnya."

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa memberi sedekah untuk menunaikan keperluan hidup saudara kita dan memberi makan orang yang kelaparan adalah satu amalan yang sungguh mulia dan ianya adalah salah satu kunci untuk memasuki syurga. Contoh kita membantu saudara kita di Palestin, Sudan dan Somalia atau ditempat-tempat bencana alam yang mengalami kebuluran akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

5. Menunaikan hajatnya.

Nabi S.A.W. dengan jelas daripada hadis di atas menyatakan bahawa baginda lebih suka memenuhi hajat saudaranya daripada beriktikaf di dalam masjid Nabawi (masjid Nabi di Madinah) selama sebulan dan satu lagi kebaikannya memenuhi hajat saudaranya hingga selesai nescaya Allah akan tetapkan kakinya dihari kiamat (dipermudahkan urusannya dihari akhirat).

Kita sedia maklum bahawa pahala solat di masjid Nabawi adalah sama dengan  1000 kali solat di masjid  yang lain selain masjidil haram. Begitu juga pahala berikhtikaf di masjid Nabawi pasti lebih baik daripada berikhtikaf di masjid-masjid lain.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya :
"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( masjidil Nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan masjidil Haram."

Nabi S.A.W. bersabda kepada Saydina Ali k.w maksudnya : "Wahai Ali ! Takutlah pada orang murah hati, kerana doanya akan dikabulkan Allah."

"Wahai Ali ! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta."

6. Menahan kemarahannya sekali pun dia mampu membalasnya.

Sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredaannya pada hari kiamat.

Fiirman Allah S.W.T.  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A'raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Wahai Ali ! Jauhilah sifat marah kerana sesungguhnya marah itu dari syaitan, dan syaitan itulah yang mengusaimu dikala marah."

Seorang Arab Badawi bertanya Nabi S.A.W.  katanya : "Aku mau diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat "
Nabi S.A.W menjawab : "Jangan marah kepada orang lain niscaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya"

Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memilikmi sifat tercela. Sesiapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah sebenarnya ia sedang dikuasi oleh hawa nafsu. Banyak keadaan marah boleh mendatangkan perkara buruk. Apabila seseorang itu marah, ia dibantu oleh syaitan. Syaitan adalah musuh utama manusia yang berjanji kepada Allah untuk menggoda dan memesongkan anak cucu Adam.

7. Akhlak yang buruk akan merosakkan amalan.

Ingatlah, Allah tidak menyukai hamba-Nya berakhlak buruk, apatah lagi kesan dari akhlak buruk itu boleh mendatangkan perkara tidak baik. Kerana akhlak buruk boleh merosakkan amal umpama cuka boleh merosakkan madu.

Seorang Arab Badawi bertanya kepada Nabi S.A.W. katanya : "Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Nabi S.A.W menjawab : "Buruk akhlak dan sedikit ketaatan".

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat beberapa pengajaran hadis di atas.

1. Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

2. Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

3. Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

4. Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu “ Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

5. Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

Marilah kita mendidik diri kita menjadi seorang mukmin yang sentiasa membuat kebaikan di dunia ini. Buangkan perasaan hasad dengki, mementingkan diri, hati yang sukar untuk memberi pertolongan kepada orang lain, perasaan buruk sangka dan perasaan cepat marah. Jika kita berjaya meningkatkan diri kita menjadi mukmin soleh dan solehah maka kita akan dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya dan dekat dengan syurga-Nya.

Friday, March 4, 2011

12 Golongan Bangkit Dari Kubur

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Naba ayat 18 maksudnya :- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal r.a., katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.

Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga-moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.

(Di petik daripada tulisan Ramli Joned)

Percaya dan Beriman Kepada Para Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu.

Beriman kepada malaikat merupakan bagian dari akidah. Apabila hal itu hilang, gugurlah keIslaman seseorang.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "… Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
(Surah an- Nisaa’ ayat 136)

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
(Surah al-Anbiyaa’ ayat  26-28)

Malaikat adalah kekuatan-kekuatan sentiasa patuh, tunduk dan taat pada perintah serta ketentuan Allah SWT. Malaikat berasal dari kata  bahasa arab yang bermaksud kekuatan. Dalam ajaran agama Islam terdapat 10 malaikat yang wajib kita ketahui dari ramai malaikat yang ada di dunia dan akhirat yang tidak kita ketahui .

Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.

Di dalam all-Quran dan Hadis banyak menjelaskan tentang sifat-sifat malaikat:

1. Malaikat dicipta daripada cahaya.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud : "Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)"
(Hadis Riwayat Muslim)

2. Malaikat tidak berkehendak dan tiada nafsu.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan mereka berkata: 'Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?"
(Surah al-Furqaan ayat 7)

3. Malaikat taat melaksanakan perintah Allah SWT tanpa sedikit pun membantah .

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud".
(Surah al-A'raaf ayat 206)

4. Malaikat dikurniakan Allah SWT kekuatan.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka."(Surah al-Haaqqah ayat 17)

5. Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit".(Surah Huud ayat 77)

6. Malaikat dijadikan Allah sebagai penyampai wahyu kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dia menurunkan para malaikat dengan membawa wahyu dengan perintahNya, kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya; ‘Peringatkanlah olehmu sekalian bahwasanya tidaak ada Tuhan yang hak melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku’."(An Nahl : 2)

7. Diantara para malakiat ada yang bertugas menyertai manusia.
Salah satu tugas malaikat tersebut adalah mencatat perbuatan orang-orang mukallaf, tanpa lalai sedikit pun.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "(Yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lainnya duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Surah Qaaf ayat 17-18)

Selain itu ada pula malaikat yang menjaga kita dari bencana atau perkara negatif.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah…"(Surah ar-Ra’d ayat 11)

8. Para malaikat diciptakan sebelum penciptaan manusia.

Firman Allah S.W.T.maksudnya :"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpankan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Surah al-Baqarah ayat 30)

9. Jumlah malaikat sangatlah ramai, tiada yang mengetahui kecuali Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : " …Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri …"
(Surah al Muddatstsir ayat 31)

Bahkan dalam sebuah hadis sahih Rasulullah S.A.W.bersabda maksudnya : "Bisinglah (suasana) di langit, dan memang sudah semestinya demikian, Tidaklah ada tempat pijakan telapak kaki kecuali terdapat padanya malaikat bersujud atau berukuk." (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ath Thabari, dsb.)

Malaikat sangat ramai bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :

* Malaikat Jibril : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.

* Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.

* Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.

* Malaikat Izrail : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.

* Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

* Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

* Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.

* Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.

* Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.

 * Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka.

Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang diberikan Allah kepada malaikat, akan dilakukan oleh malaikat tanpa kompromi.

Sedangkan ‘Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa, apabila sudah sampai ajal seseorang sebagaimana yang tertulis di Loh Mahfuz, 'Izrail akan menjalankan perintah yang Allah arahkan dengan mencabut ajal makhluk tersebut, tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat. Begitulah yang diperjelaskan dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Percaya adanya malaikat yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk melaksanakan perintah Allah. Allah menciptakan malaikat dari nur iaitu cahaya. Maka, malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Malaikat juga tidak mempunyai jantina untuk memudahkan mereka mentaati Allah S.W.T. sepanjang masa.

Rasulullah Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… bersabda:

لَۧ ŰȘَŰŻْŰźُلُ Ű§Ù„ْمَلَۧۊِكَŰ©ُ ŰšَيْŰȘًۧ فِيهِ كَلْŰšٌ وَلَۧ Ű”ُÙˆŰ±َŰ©ُ ŰȘَمَِۧ۫يلَ

“Malaikat Tidak masuk rumah yang terdapat anjing dan gambar makhluq bernyawa di dalamnya”.
(Muttafaq ‘Alaih dari hadis Abu Thalhah, lafadz milik Bukhari)

Abdullah bin Abbas Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه berkata:

يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű§Ù„ŰȘَّمَِۧ۫يلَ Ű§Ù„َّŰȘِي فِيهَۧ Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْوَُۭۧ

“Yang dimaksud adalah patung/ gambar bernyawa”

“Jibril mendatangiku lalu berkata: “Sesungguhnya aku datang kepadamu semalam dan tidak ada yang menghalangiku memasuki rumahmu melainkan di atas pintu ada beberapa patung, di dalam rumah ada kain tipis bergambar, serta ada anjing, maka perintahkan patung itu di potong kepalanya supaya menjadi seperti bentuk pohon dan perintahkan kain tipis penutup (dinding) itu dipotong lalu di jadikan dua bantal yang di sandari dan perintahkan dengan anjing supaya di keluarkan.” (Hasid Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Baihaqi dll, disahihkan Albani dalam sahihul jami’)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka, kecuali iblis. Ia enggan dan takbur, dan adalah ia termasuk dalam golongan orang kafir". (Surah al-Baqarah Ayat 34)

Sahabat yang dimuliakan,
Malaikat yang diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai sayap. Dalam beberapa hadis dikatakan bahwa Jibril memiliki 600 sayap, Israfil memiliki 1200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Jibril dan yang terakhir dikatakan bahwa Hamalat al-’Arsy memiliki 2400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Israfil. Wujud malaikat mustahil dapat dilihat dengan mata kasar, kerana mata manusia tercipta dari unsur dasar tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk tidak akan mampu melihat wujud dari malaikat yang asalnya terdiri dari cahaya, bahkan Nabi Muhammad S.A.W.  sendiri pun disebutkan secara jelas hanya mampu melihat wujud asli dari malaikat Jibril sebanyak dua kali.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (Surah an-Najm ayat 13)”

Dalam kisah suci perjalanan Israk dan Mikraj, sesampainya di pos perjalanan Sidratul Muntaha, Malaikat Jibril tidak sanggup lagi mendampingi Rasulullah S.A.W. untuk terus naik menghadap kehadirat Allah SWT; Jibril berkata : “Aku sama sekali tidak mampu mendekati Allah, perlu 60.000 tahun lagi aku harus terbang. Itulah jarak antara aku dan Allah yang dapat aku capai. Jika aku terus juga ke atas, aku pasti hancur luluh”. Maha Suci Allah, ternyata Malaikat Mulia Jibril a.s. pun tidak sampai kepada Allah SWT. Begitu mulianya Nabi Muhammad S.A.W. dapat bertemu Allah S.W.T. untuk menerima perintah ibadah solat lima waktu.

Sahabat yang dikasihi,
Para malaikat adalah utusan Allah S.W.T. dan hamba-Nya yang di ciptakan untuk tugas-tugas tertentu. Doa para malaikat adalah makbul disisi Allah S.W.T. Terdapat 6 golongan yang mendapat doa para malaikat.

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”
(Hadis Riwayat Muslim )

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”
(Hadis Riwayat Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”
(Hadis Riwayat Ahmad. no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

Marilah sama-sama kita taat dan patuh kepada Allah S.W.T. dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Malaikat akan sentiasa mendoakan dan mendampingi  orang-orang mukmin yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah S.W.T. Bila malaikat rahmat bersama kita maka pada masa yang sama iblis dan syaitan tidak akan berani mendekati kita insya Allah.

Thursday, March 3, 2011

Empat Sifat Orang Mukmin Sidiq, Amanah , Tabilq dan Fatanah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap orang mukmin yang ingin menjadi para daie yang istiqamah perlulah mewarisi sifat para Nabi dan Rasul iaitu siddiq, amanah, tablig dan fatanah. Walaupun mungkin sebagai manusia biasa kita tidak mampu mewarisi sepenuhnya sifat-sifat yang mulia ini kerana para Nabi dan Rasul bersifat maksum, tetapi sebagai asas akhlak yang mulia perlulah empat sifat ini menjadi pakaian dan perhiasan untuk para daie yang mukmin, yang berhasrat menjadi pewaris para nabi untuk menegakkan risalah Allah S.W.T.

Perwatakan seorang mukmin mestilah dihiasi dengan sifat ikhlas, murah hati, merendah diri dan benar, berhemah tinggi dan sederhana juga diharumi dengan sifat mengasihi dan menyayangi serta sentiasa mengalirkan kegembiraan dalam perhubungan, menjadikan  akhlaknya sentiasa menjadi ikutan masyarakat.

Dalam dirinya tercantum segala sifat-sifat mahmudah yang sejati. Pada waktu siangnya bekerja keras untuk mencari nafkah untuk keluarga dan pada masa yang sama menyampaikan mesej dakwah dan tarbiah kepada masyarakat. Di waktu malamnya solat tahajud, berdoa dan bermunajat sehingga menitiskan air mata penyesalan mengadap Tuhan Rabbul Jalil.

Sahabat yang dikasihi,
Di sini akan difokuskan kepada empat sifat dasar yang merupakan sifat yang perlu ada pada setiap orang mukmin yang menjadi pemimpin umat. Sifat-sifat tersebut adalah siddiq, amanah, fatanah dan tabligh. Apabila sifat sifat ini lahir dalam kehidupan maka ianya akan menjadi contoh kepada umat Islam lain yang mengharapkan keredaan Allah S.W.T.

Sifat-sifat tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Siddiq (Benar)

Seorang mukmin harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali samada dia itu seorang alim, atau seorang yang berkuasa atau seorang saudagar, samada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak –kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara seorang dengan yang lain.

Sifat siddiq (benar) adalah inti sari daripada kebaikan. Sifat inilah yang dimiliki sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as -Siddiq.
DariAbdullah bin Masud, Nabi S.A.W.  bersabda bermaksud :
"Sesungguhnya siddiq (benar) itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan,dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
 "Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama)Allah, Allah menyediakan untuk mereka ampunan dan ganjaran yang besar."(Surahal-Ahzab ayat 35).

Selain mendapatkan keampunan dan ganjaran yang besar dari Allah, golongan siddiqin juga akan mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah  di akhirat. Mereka akan disatukan bersama nabi, orang syahid, serta salihin.
Seorang mukmin akan sentiasa berkata benar tidak berbohong, mungkir janji dan lidahnya tidak suka mengumpat dan memfitah orang lain walaupun terhadap orang fasik yang menghina dan menyerang peribadinya. Setiap nasihat dan tunjuk ajarnya membuatkan seseorang tertarik untuk mendekatkan diri dengan Islam kerana tuturkata yang lemah lembut dan penuh hikmah.
 
Kedua : Amanah

Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Jika sifat amanah ini dimiliki oleh para pemimpin kita, para ulama , guru-guru, pegawai atasan dan ahli perniagaan maka kita akan dapati negara akan berkembang maju dan  kekayaan negara akan dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk rakyat dan keseluruhan rakyat umumnya akan mempunyai akhlak yang baik. Oleh kerana sifat amanah suduh hilang atau berkurangan maka kesan daripadanya menyebabkan hutang negara bertambah kerana membazirkan wang negara untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang bangkrap akibatnya negara terpaksa menanggung hutang yang besar. Selain daripada itu kesan sifat tidak amanah ini juga maka kadar jenayah semakin meningkat kerana tidak ada amanah diperingkat penguasaan undang-undang.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "
(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Ketiga : Tabligh

Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67 yang bermaksud : ”Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. ”

Walaupun ayat ini arahan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. sebagai Rasul pilihan-Nya untuk menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T., tetapi sebagai hamba Allah S.W.T. dan umat Nabi S.A.W. kita juga berkawajipan untuk menyambung perjuangan Nabi S.A.W. iaitu berdakwah dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. yang dilaksanakan oleh baginda kepada umat manusia seluruhnya.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran ayat Ayat 104)

Kewajipan berdakwah adalah tanggungjawab besar yang menjadi tonggak utama agama dan tiang seri atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturan serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya; dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim) 
Berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan diperintahkan supaya hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapat keredaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)


Keempat : Fathanah (Kebijaksana dan cergas)

Sifat keempat  ialah fathanah(bijaksana dan cerdas). Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang bertugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fatanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam.

Kita dapati ada dikalangan para pendakwah yang cuba menyampaikan Islam dengan cara yang keras dan kurang hikmah hingga menyebabkan orang yang bukan Islam menganggap Islam itu ekstrim dan agama yang tidak ada toleransi. Ada setengahnya pula menyerang peribadi-peribadi tertentu untuk menjadi bahan ketawa. Perlulah diingatkan cara berdakwah yang berkesan adalah tidak mendedakkan keaiban seseorang dan berdakwah dengan cara lemah lembut dan penuh hikmah kerana inilah cara dakwah Rasulullah S.A.W. , betapa ramai orang kafir yang memusuhi Nabi S.A.W. tetapi akhirnya memeluk Islam keranamelihat ketinggian akhlak dan peribadai baginda.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita sama-sama mendidik diri kita menjadi seorang mukmin yang memiliki sifat siddiq, amanah, tabliq dan fatanah. Sifat yang mulia ini adalah sifat yang wajib dimiliki oleh para Nabi dan Rasul. Jika kita mempunyai sifat-sifat yang mulia ini barulah kita layak mendapat syafaat Rasulullah S.A.W dan termasuk dikalangan hamba yang dirahmati Allah S.W.T. dan akan layak memasuki syurga-Nya.


Wednesday, March 2, 2011

Istimewanya Silaturahim.


Assalammualaikum dan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi membaca nota ini.

Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah SWT. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik. Bagaimana pun besarnya umat Islam secara kuantitatif, sama sekali tidak ada ertinya bila di dalamnya tidak ada persatuan dan kerja sama untuk taat kepada Allah...

Tahukah sahabat tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?

"Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (HR. Ibnu Majah).

Silaturahim tidak sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf belaka. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, yaitu aspek mental dan keluasan hati.apabila kita bersilaturahim jangan pula kita memilih-milih siapakah yang layak kita mengikat silaturahim,contohnya memilih yang kaya,cantik dan setaraf ini bukanlah yang di maksudkan silaturahim didalam islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Yang disebut bersilaturahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (HR. Bukhari).

Kalau orang lain mengunjungi kita dan kita balas mengunjunginya, ini tidak memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Boleh jadi kita melakukannya karena merasa malu atau berhutang budi kepada orang tersebut. Namun, bila ada orang yang tidak pernah bersilaturahim kepada kita, lalu dengan sengaja kita mengunjunginya walau harus menempuh jarak yang jauh dan melelahkan, maka inilah yang disebut silaturahim. Apalagi kalau kita bersilaturahim kepada orang yang membenci kita, seseorang yang sangat menghindari pertemuan dengan kita, lalu kita mengupayakan diri untuk bertemu dengannya. Inilah silaturahim yang sebenarnya.

Rasulullah SAW pernah memberikan nasihat kepada para sahabat, "Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan dari Allah". Para sahabat pun bertanya, "Apakah yang dimaksud itu, ya Rasulullah?" Baginda kemudian bersabda lagi, "Hendaklah kalian suka menghubungkan tali silaturahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kalian, dan hendaklah kalian bersabar (jangan lekas marah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh" (HR. Hakim).

Dalam hadis lain dikisahkan pula, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada shalat dan shaum?" tanya Rasulullah SAW kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjambatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal shalih yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim" (HR. Bukhari Muslim).

Sahabat,
Bagaimana mungkin hidup kita akan tenang kalau di dalam hati masih tersimpan kebenciaan dan rasa permusuhan kepada sesama muslim. Perhatikan keluarga kita, kaum yang paling kecil di masyarakat. Bila di dalamnya ada beberapa orang yang sudah tidak saling bertegur sapa, saling menjauhi, apalagi kalau di belakang sudah saling megapi-api, dan memfitnah, maka rahmat Allah akan dijauhkan dari rumah tersebut. Dalam skala yang lebih luas, dalam sebuah negara, bila di dalamnya sudah ada kelompok yang saling membenci, saling memfitnah, atau saling menjatuhkan, maka dikhuawatirkan bahawa bangsa dan negara tersebut akan terputus dari rahmat dan pertolongan Allah SWT. Asaghfirullahal'adzim...........semoga kita (muslimin dan muslimat) dilindungi Allah SWT daripada murkanya.

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Sifat Orang Mukmin Akan Menjauhkan Dirinya Daripada Amalan Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran.

Firman Allah S.W.T.


Ű„ِنَّ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†َ لَكُمْ ŰčَŰŻُوٌّ فَۧŰȘَّŰźِŰ°ُوهُ ŰčَŰŻُوًّۧ Ű„ِنَّمَۧ يَŰŻْŰčُو Ű­ِŰČْŰšَهُ لِيَكُونُÙˆŰ§ مِنْ ŰŁَŰ”ْŰ­َِۧۚ Ű§Ù„ŰłَّŰčِÙŠŰ±ِ


Maksudnya : "Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka."
(Surah Faatir ayat 6)

Kita haruslah sedaya upaya berusaha menjauhi amalan-amalan yang diwarisi daripada syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat, hadis-hadis Rasulullah S.A.W banyak mendedahkan hakikat sebenar syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu muslihatnya.

Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama iaitu:

Pertama : Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
" Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "
( Hadis Riwayat Muslim)

Berusahalah sedaya-upaya makan dengan tangan kanan walaupun ada diantara kita seorang yang kidal. Sekiranya kita makan dengan menggunakan sudu dan garpu, suaplah ke mulut dengan tangan kanan agar tidak menyerupai syaitan yang makan dengan tangan kiri.

Kedua : Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri.

Rasulullah S.A.W melihat seseorang yang minum sambil berdiri.
Baginda menegur,  " Jangan begitu! "
Orang itu bertanya, " Mengapa? "
Rasulullah menjawab, " Adakah kamu suka minum bersama kucing? "
Orang itu menjawab, " Tidak. "
Rasulullah S.A.W meneruskan : " Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "
( Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)

Oleh itu, elakkan makan dan minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan yang tidak mengizinkan seperti keadaan yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang kotor.

Ketiga : Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi .

Sekiranya kalian menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :
" Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah syaitan. "
( Hadis Riwayat Bukhari)

Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. yang maksudnya : "Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). "
( Hadis Riwayat  Muslim)

Keempat : Syaitan kencing di telinga :

Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari (tidak bangun solat subuh) maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti hadis Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
" Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya. "
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A.W berkata demikian apabila diceritakan kepada baginda tentang seseorang yang tidur sehingga pagi.

Kelima : Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam :

Nabi S.A.W.bersabda yang bermaksud : "Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya:

" Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "

Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya ;

" Kalian telah mendapat tempat bermalam. "

Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya: " Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam. "

Menyebut nama Allah ( Bismillah) ini dituntut juga ketika keluar dari rumah, menutup bekas-bekas makanan dan minuman, ketika menutup pintu dan tingkap agar terselamat daripada gangguan syaitan."
(Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Syaitan makan sisa-sisa makanan :

Apabila Rasulullah S.A.W  makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali dan tidak meninggalkan walau pun sedikit sisi makanan.

Anas berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
" Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. "

Anas melanjutkan : " Rasulullah S.A.W.  juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. "


Nabi S.A.W.  berpesan yang maksudnya : " Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. "
( Hadis Riwayat Muslim)

Tidak usahlah kalian menjadi pemurah kepada syaitan dengan membiarkan sisa-sisa makanan. Untuk mengelakkan daripada meninggalkan sisi makanan kalian perlulah mengambil makanan di dalam jumlah yang sedikit perlu untuk keperluan kalian sahaja. Janganlah mengambil makanan mengikut hawa nafsu.

Ketujuh : Orang yang membazir ialah saudara syaitan:


" Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?. "
Allah S.W.T. sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya.

Firman Allah S.W.T:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُŰšَŰ°ِّ۱ِينَ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ Ű„ِŰźْوَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰŽَّيَۧ۷ِينِ وَكَŰ§Ù†َ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ لِ۱َŰšِّهِ كَفُÙˆŰ±ًۧ


Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang  yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan".
(Surah Al-Isra' ayat 27)


Kelapan : Syaitan mengganggu ibadat manusia :

Sahabat bernama Uthman bin Abi al-‘Ash  mengadu kepada Rasulullah S.A.W:
" Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quranku, dan ia selalu mengelirukan aku. "


Maka Rasulullah S.A.W. menjawab maksudnya  :" Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; " Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. "
(Hadis Riwayat Muslim)


Kesembilan : Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan :

Kadang-kadang kita bersikap terburu-buru di dalam melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kita menghadapi kerugian, kualiti kerja yang merosot dan sebagainya. Sikap gopoh dan terburu-buru ini adalah antara hasutan syaitan.

Sabda Rasulullah S.A.W  yang bermaksud : " Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. "
( Hadis Riwayatl Baihaqi)


Kesepuluh : Sikap cemburu adalah daripada syaitan :

Cemburu di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa. Seperti hadis daripada riwayat Aishah r.ha.

Nabi S.A.W. bertanya : " Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu? "
" Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan? "


Kemudian Rasulullah S.A.W  melanjutkan : "Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"

" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "

" Ya. "
" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "

" Ya. "

" Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? "

" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya. "
(Hadis Riwayat Muslim)


Kesebelas : Perasaan marah adalah daripada syaitan :

Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca 
"A'uzubillahi minash syaitan"dan mengambil wuduk.


Sulaiman bin Surd r.a.  berkata : "Ketika aku sedang duduk bersama Nabi S.A.W, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul.

Maka Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Hadis Riwayat Bukhari)


Rasulullah S.A.W.  bersabda maksudnya : " Sesungguhnya, kemarahan itu berasal dari syaitan. Dan syaitan  tercipta dari api. Dan sesungguhnya, api itu dapat dipadamkan dengan air. Jika salah seorang diantara kalian marah, maka berwuduklah"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud,  hadis ini hasan.)

Keduabelas : Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja :


Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja.

Pesanan ini berasal daripada hadis daripada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isyak, maka lepaskanlah mereka. "
(Hadis Riwayat Bukhari)


Ketigabelas : Pasar adalah tempat kegemaran syaitan.

Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan berkumpul.

Rasulullah S.A.W  bersabda maksudnya : " Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan. "
( Hadis Riwayat Muslim)


Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.

Keempatbelas : Syaitan boleh membesar seperti rumah :


Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi S.A.W. Dia berkata , " Tunggangan Nabi S.A.W tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. "

Nabi S.A.W  bersabda maksudnya : " Janganlah kalian menyebut 'celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. "

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis-hadis yang dikemukakan seperti di atas dapatlah kita mengetahui amalan dan perbuatan yang disukai oleh syaitan laknatullah. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian agar selamat dan terpelihara daripada musuh nombor satu manusia. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T daripada muslihat, godaan dan tipu daya syaitan yang mendorong manusia supaya bersama-sama dengannya di neraka kelak.

Apakah senjata yang dapat menghancurkan syaitan?
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?"
Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Quran Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku".

Tuesday, March 1, 2011

Perasaan Dukacita Boleh Menghapuskan Dosa.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah umpama pelayaran kapal di samudera yang luas terbentang. Di dalam kapal ada nakhoda yang mengemudi dan menentukan arah perjalanan kapal menuju ke destinasinya. Ada pembantu nakhoda yang bersama-sama mengendalikan pengurusan perjalanan kapal dan di dalam kapal ada anak-anak kapal (kelasi) yang bertungkus lumus untuk memastikan segala keperluan di dalam kapal umpama air bersih, makanan, pakaian dan keperluan-keperluan yang lain semasa masa pelayaran cukup untuk kegunaaan mereka semua.

Di dalam perjalanan yang jauh pasti akan berlaku ombak besar, angin ribut dan gangguan lanun-lanun di lautan yang mana setiap nakhoda dan kelasinya perlu berhati-hati dan berwaspada setiap masa supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Silap pelayaran akan memasuki negara lain dan akan ditahan kerana mencerubuh perairan tanpa mendapat kebenara terlebih dahulu.

Begitulah erti kehidupan sering mengalami kepahitan hidup, perselisihan suami isteri, salah faham dengan ibu bapa mertua dan keluarga sebelah ipar. Anak-anak terikut-ikut dengan pengaruh luar dan kurang  mendapat asuhan yang sewajarnya hingga mendatangkan masaalah  kepada ibu bapa. Kesempitan kewangan keluarga biasanya akan menyebabkan sesuatu rumah tangga akan goncang atau ada pihak ketiga yang menimbulkan bibit-bibit fitnah kepada keluarga tersebut.

Sikap suami yang lepas tangan sebagai ketua keluarga tidak mahu bertanggungjawab sepenuhnya memberi nafkah dan pendidikan kepada isteri dan anak-anaknya atau sikap isteri yang mementingkan diri sendiri dengan aktiviti luarnya yang membimbangkan hati suami kerana ada teman diluar rumah adalah punca keretakan rumah tangga.

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila berlaku keadaan seperti ini perlulah diperbaiki puncanya. Apakah punca yang menyebabkan berlaku perselisihan dan ketetakkan rumah tangga? Apakah wang punca segala-galanya?

Jawapannya pasti bukan kewangan yang menjadi punca utama kerana betapa ramai keluarga miskin dikampung-kampung mereka 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang' tetapi mereka hidup rukun damai dan saling reda meredai dan dapat membesarkan anak-anak dengan baiknya dan ada yang mampu masuk ke univesiti.

Apakah formula terbaik untuk mengatasi masaalah seperti ini? Formula terbaik adalah kesemua pihak samaada suami, isteri , anak-anak dan kaum keluarga yang lain memahami ajaran Islam sebenarnya. Perlu diceritakan mengenai dosa dan pahala dan juga syurga dan neraka supaya hati ini ada perasaan takut jika masing-masing lari daripada amanah dan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.

Perlu sentiasa diingatkan hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan rendahkanlah hati untuk menerima kebenaran dan buangkan sikap ego samaada suami atau isteri. Sikap ego dan tak mahu menerima teguran adalah sikap ahli neraka yang mementingkan pendapat sendiri dan tidak mahu bertolak ansur dalam perkara yang harus.

Bila hati kita bersedia untuk menerima tarbiah dan bersedia untuk menerima perubahan dan merasai diri ini bersalah maka akan lahir perasaan dukacita dan menyesal kerana keegoannya selama ini menyebabkan kehidupan makin celaru maka dukacita seperti ini akan mengapuskan dosa-dosanya yang lalu.

Rasulullah S.A.W. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Jikalau seorang hamba melakukan amalan kebaikan, ia akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Tetapi jika dosanya telah terlalu banyak dan dia tidak melakukan sesuatu untuk menghapuskan dosanya, maka Allah akan menimpakan sesuatu yang mendukacitakan atau merungsingkannya untuk menghapus dosanya.

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan dukacita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mana-mana muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Hadis Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi maksudnya : “Bila Aku (Allah) mengenakan satu musibah ke atas hamba-Ku samada ke atas badannya, hartanya, anaknya dan disambut dengan baik, Aku malu hendak tegakkan timbangan amalannya” (Hadis Riwayat Muslim)

Orang yang sakit lama dan diterimanya dengan reda, maka diampun dosanya kecuali dosa dengan manusia. Segala musibah ada pampasannya kerana ia datang dari Allah (takdir). Ada pampasan sehingga habis segala dosa. Walaupun, orang yang kena musibah itu hamba Allah, Allah berhak melakukan apa sahaja ke atas hamba-Nya, namun Allah malu hendak menimbang amalan hamba-Nya yang sabar dengan musibah-Nya di hari kiamat.Musibah itu menyedarkan manusia tentang kesalahanya supaya dia insaf dan sedar akan kesalahannya.

Sahabat yang dikasihi,
Perasaan dukacita yang disertai dengan sabar kerana masalah keluarga yang dihadapinya , samaada dukacita kerana suaminya tidak mampu menguruskan keluarga dengan baik atau masaalah isteri yang sukar menerima teguran atau masaalah anak-anak yang tidak mendengar nasihat. Maka perasaan dukacita ini tidak akan sia-sia ianya akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. dan menghapuskan dosa-dosa kecilnya .

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”

Berakhlaklah dalam mendidik isteri, sebuah rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang dikendalikan mengikut nilai-nilai yang dikehendaki oleh Allah SWT. Tidak boleh dikatakan rumahtangga sekiranya sesebuah rumahtangga itu tidak dapat diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT walaupun keadaan rumahtangga itu nampaknya tenang dan aman. Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumahtangga menjadi faktor penting untuk mencapai tujuan itu.

Masalah utama yang patut dilakukan oleh suami ialah berakhlak baik dengan isteri dan anggota keluarga di bawah tanggungjawapnya. Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah seorang penyabar dalam mendidik isterinya. Dalam artikata yang lain si suami mestilah sanggup menghadapi derita dan sengsara disebabkan kerenah isterinya. Ini adalah kerana kaum perempuan itu dijadikan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang lemah dan perlu dilindungi.

Marilah sama-sama kita perbaiki rumah tangga yang bergelora  dengan tenang dan sabar, dan yakinlah kepada Allah S.W.T. setiap kesusahan itu ada kebaikan dan kejayaan. Mungkin Allah S.W.T. ingin menguji kita sebagai suami atau isteri untuk sedar kesilapan masing-masing dan  kembali kepada-Nya dengan mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Insya Allah akan dapat memasuki syurga-Nya.

Monday, February 28, 2011

Tinggalkan Dosa-dosa Kecil Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita katakan 'dosa'  ini ialah pelakuan salah bermaksud sesuatu pemberian (balasan) yang diberikan oleh Allah S.W.T. ke atas hamba-Nya yang telah melakukan perbuatan, percakapan dan keazaman buruk di hati yang dilakukan untuk menderhakai Allah S.W.T. dan melanggar ketentuan hukum-Nya.

Dosa ini terbagi dua iaitu dosa kecil dan dosa besar.

Dosa kecil boleh dihapuskan dengan beristighfar dan berzikir kepada Allah S.W.T. ,  melakukan ibadah wajib dan sunat, bersedekah dan membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.

Manakala dosa besar pula hanya boleh dihapuskan dengan bertaubat nasuhah, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T dan tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut. dan dikenakan hukum hudud atau qisas (hukuman ini hanya akan dilaksanakan di dalam sebuah negara Islam)

Di dalam Islam terdapat hukum hudud dan qisas yang dikenakan kepada pesalah yang melakukan perbuatan dosa besar tertentu, jika sabit kesalahannya dan dijatuhkan hukuman tersebut mengikut hukum Islam, maka terhapuslah dosa besar yang dilakukan kerana telah dijalankan hukuman tersebut. Contoh jika seseorang lelaki atau wanita yang belum berkahwin jika di dapati bersalah dengan cukup syarat mempunyai empat saksi atau pengakuan orang yang melakukan zina tersebut maka mereka dihukum hukum hadd sebanyak 100 kali sebatan dengan rotan, jika hukuman tersebut di jalankan maka dosa besar yang telah dilakukan akan terhapus, pada masa yang sama pelaku perbuatan zina tersebut hendaklah bertaubat nasuhah.

Dosa besar mengikut pengertian syarak iaitu dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W.

Menurut az-Zanabi dalam bukunya al-Kabaair, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada 7 jenisnya yang utama seperti berikut:

Pertama : Empat jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.

Kedua : Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.

Ketiga : Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.

Keempat : Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.

Kelima : Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.

Keenam : Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.

Ketujuh : Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

Sahabat yang dimuliakan,
Dosa kecil pula adalah dosa yang tidak tersebut di atas.  Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
(Surah Ali Imran: 135)

Kita tidak boleh menganggap remeh ke atas dosa-dosa kecil kerana Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang bergembira dengan dosanya Allah S.W.T. berfirman maksudnya: "Dan apabila dikatakan kepadanya: 'Bertakwalah kepada Allah', bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya."
(Surah al-Baqarah ayat 206)

Mereka yang berasa aman daripada azab Allah lupa bahawa Allah S.W.T akan menyediakan azab neraka Jahanam kepada mereka kerana keingkaran mereka kepada arahan Allah dan Rasul-Nya.

Allah berfirman maksudnya: "Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: 'Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?' Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(Surah al-Mujadalah: 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan, Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: 'Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit' ."
(Hadis riwayat Bukhari dan  Muslim)

Apabila orang yang melakukan perbuatan dosa itu dijadikan tauladan oleh orang lain maka orang yang melakukan dosa tersebuat akan mendapat dosa yang sama dan tidak dikurangkan walaupun sedikit. Rasulullah S.A.W.  bersabda yang maksud : "Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun."

Sahabat yang dikasihi,
Orang yang suka melakukan dosa, hidupnya akan mengalami jalan buntu pada setiap urusannya. Sebagaimana orang-orang yang bertakwa akan dimudahkan oleh Allah dalam segala urusannya.

Bagaimana ia akan dapat menemukan pintu-pintu kebaikan, sementara dirinya menutup dengan perbuatan dosa, sehingga semua kemaslahatan menutup pintu terhadap dirinya.

Perbuatan  dosa akan menimbulkan kegelapan hati. Kegelapan itu benar-benar nyata dalam hatinya, seperti melihat dan merasakan gelapnya malam. Hal ini kerena sesungguhnya, ketaatan itu cahaya, sedangkan dosa itu kegelapan. Semakin banyak dosa yang dilakukan, maka akan semakin gelap hati orang itu. Akibatnya, orang-orang yang berterusan melakukan dosa itu, pasti akan jatuh ke dalam kekafiran, kerena hatinya sudah terhijab (tertutup) oleh kemaksiatan, dan kebenaran (al-haq) tidak mungkin lagi dapat menyentuh hatinya.

Amalan-amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kecil :

1. Solat-solat sunat dan solat tahajud.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”. (Hadis Riwayat Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad . Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini).

2. Mengambil wuduk.

Di dalam hadis Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Jika seorang hamba yang muslim atau mukmin berwuduk, ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa."
(Hadis Riwayat Muslim)

3. Banyakkan beristighfar.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"
(Hadis Riwayat Al Hakim)

4. Banyakkan bersedekah.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah ra.)

5. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir -maksudnya (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya). BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dalam sehari seratus kali, maka ia memperoleh pahala yang menyamai dengan memerdekakan sepuluh orang hamba sahaya, juga untuknya dicatatlah sebanyak seratus kebaikan dan dihapuskanlah dari dirinya sebanyak seratus keburukan, juga ia dapat memperoleh perjagaan dari godaan syaitan pada harinya itu sampai waktu petang. Tiada seorangpun yang dapat memperoleh sesuatu yang lebih utama dari apa yang dilakukan oleh orang di atas itu, melainkan seorang yang mengerjakan lebih banyak dari itu."

Baginda S.A.W.  selanjutnya bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang mengucapkan: subhanallah wa bihamdih (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya) dalam sehari sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya semua kesalahan-kesalahannya (dosa-dosa kecil), sekalipun kesalahan-kesalahannya itu banyaknya seperti buih lautan." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

6. Memberi salam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"Demi Dia yang diriku berada di tangan-Nya! Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman hingga kalian saling berkasih-sayang. Mahukah kalian saya tunjukkan suatu perkara yang apabila kalian kerjakan, maka akan tumbuh rasa kasih-sayang di antara kalian? Sebarkan salam di antara kalian!" (Hadis Riwayat Muslim).

Imran Bin Hushain r.a menceritakan tentang seseorang yang mendatangi Rasulullah SAW dan mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum!" Rasulullah SAW menjawab salam tersebut, dan kemudian memberikan komentar: "Sepuluh!" Kemudian datang orang lain yang mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah!" Rasulullah SAW menjawab dan kemudian memberikan komentar: "Dua puluh!" Dan datanglah orang ketiga dan mengucapkan salam: "Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh!" Maka Rasulullah SAW menjawab: "Tiga puluh!" (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Rasulullah SAW bersabda:"Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah tali silaturahmi dan solatlah ketika manusia lain tengah (nyenyak) tidur; nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera" (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

7. Berikhtikaf dimasjid menunggu dari solat fardu ke solat fardu yang lain.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”. (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

8. Berjalan menuju kemasjid untuk solat fardu dan pulang dari masjid.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskan kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan. Hal itu berlangsung pada saat berangkat maupun pulang."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

9. Berjalan menuju kemasjid untuk menuntut ilmu.

Malaikat turun di tengah-tengah majlis ilmu memberikan ketenangan dan rahmat serta Allah mengingat para pesertanya,  Rasululah S.A.W.  bersabda maksudnya  : ” Dan jika berkumpul suatu kaum dalam majlis untuk membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya maka pasti turun pada mereka sakinah( ketenangan) yang diliputi oleh rahmat , dikerumuni oleh Malaikat dan diingati oleh Allah di depan para Malaikat yang ada padanya (Hadis Riwayat Muslim)

Abu darda ra berkata : Saya pernah mendengar Rasululah S.A.W. bersabda maksudnya : ” Siapa yang menuntut ilmu , Allah membukakan pintu syurga baginya , para Malaikat membentangkan sayap-sayapnya kerana reda kepadanya dan ikan-ikan di lautpun ikut mendoakan (Hadis Riwayat AbuDawud dan Tarmizi)

10. Menyahut amin (selepas membaca surah al-Fatihah) bersama-sama imam dalam solat berjemaah.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”. (Hadis Riwayat Bukhari  dari Abu Hurairah ra.)

11. Mengajar ilmu yang bermanfaat.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita jauhkan diri kita daripada dosa-dosa besar dan kecil. Janganlah kita melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan kerana setiap dosa yang kita lakukan akan terdapat satu titik hitam dalam hati kita. Jika titik hitam ini terlalu banyak maka hati kita akan terhijab untuk menerima taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T. Kebenaran akan sukar masuk ke hati kita. Banyakkanlah mengamalkan  kebelas perkara di atas  untuk membersikan dosa-dosa kecil yang kita kerjakan.

Kelebihan Zikir dan di Anjurkan Untuk Mengerjakannya Di dalam al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berzikir dan mengingati Allah S.W.T. adalah suatu yang amat dituntut dan digalakkan untuk dilaksanakan. Sesiapa yang banyak berzikir akan meningkatkan iman dan takwanya dan dia akan merasai cukup hampir dengan Allah S.W.T. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W yang mengalakkannya. 

Dalil-dalil dalam al-Quran  adalah seperti berikut :


1. Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Dan sesungguhnya berzikir kepada Allah itu adalah lebih besar keutamaannya." (Surah al-'Ankabut ayat 45)

2. Allah S.W.T.  berfirman maksudnya : "Maka berzikirlah engkau semua kepadaKu, tentu Aku akan ingat padamu semua." (Surah al-Baqarah ayat 152)

3. Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras, di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai" (Surah al-A'raf ayat 205)

4. Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Dan berzikirlah engkau semua kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, supaya engkau semua berbahagia." (Surah al-Jumu'ah ayat 10)

5. Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yamg sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah (berzikir), Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab ayat 35)

6. Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab ayat 41-42)

Dalil-dalil dalam hadis adalah seperti berikut :

1. Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Ada dua kalimat yang ringan pada lisan -yakni mudah diucapkan, tetapi berat sekali dalam timbangan -di akhirat-, dicintai oleh Allah Maha Pengasih, iaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahil 'azhim." (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung)." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

2. Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya kalau saya mengucapkan: Subhanallah walhamdu lillah wa la ilaha illallah wallahu akbar -yg maksudnya: Maha Suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar-, maka itu adalah lebih saya sukai daripada apa saja yang matahari terbit atasnya -yakni lebih disukai dari dunia dan seisinya ini." (Hadis Riwayat Muslim)

3. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :  "Barangsiapa mengucapkan: La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir -(Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu), dalam sehari seratus kali, maka ia memperoleh pahala yang menyamai dengan memerdekakan sepuluh orang hamba sahaya, juga untuknya dicatatlah sebanyak seratus kebaikan dan dihapuskanlah dari dirinya sebanyak seratus keburukan, juga ia dapat memperoleh perjagaan dari godaan syaitan pada harinya itu sampai waktu petang Tiada seorangpun yang dapat memperoleh sesuatu yang lebih utama dari apa yang dilakukan oleh orang di atas itu, melainkan seorang yang mengerjakan lebih banyak dari itu." Baginda S.A.W. selanjutnya bersabda bermaksudd : "Barangsiapa yang mengucapkan: Subhanallah wa bihamdih (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya) dalam sehari sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya semua kesalahan-kesalahannya (dosa-dosa kecil), sekalipun kesalahan-kesalahannya itu banyaknya seperti buih lautan." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

4. Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a. dari Nabi S.W.T., sabdanya: yang bermaksud : "Barangsiapa mengucapkan: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu) sebanyak sepuluh kali, maka ia adalah sebagaimana seorang yang memerdekakan empat jiwa dari keturunan Ismail." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

5. Dari Abu Zar r.a., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda kepada saya:  "Tidakkah engkau semua suka kalau saya beritahukan kepadamu perihal ucapan yang paling dicintai oleh Allah? Sesungguhnya ucapan yang paling dicintai oleh Allah ialah Subhanallah wa bihamdih."
(Hadis Riwayat Muslim)

6. Dari Abu Malik al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Bersuci itu adalah separuh keimanan, bacaan Alhamdulillah itu adalah memenuhi beratnya timbangan -di akhirat, sedang Subhanallah dan Alhamdulillah itu memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi." (Hadis Riwayat Muslim)

7. Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: Ada seorang Arab (penghuni pendalaman negeri Arab)  datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu berkata: "Ajarkanlah kepada saya sesuatu ucapan yang baik saya ucapkan!" Baginda S.A.W. bersabda maksudnya : "Katakanlah: La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, Allahu Akbar kabira, walhamdu lillahi katsira, wa subhanallahi rabbil 'alamin wa la haula wa la quwwata illa billahil 'azizil hakim." (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Allah adalah Maha Besar dengan sebesar-besarnya, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah yang menguasai seluruh alam dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Mulia lagi Bijaksana). Orang Arab tadi lalu berkata: "Itu semua adalah untuk memuji Tuhanku. Lalu manakah yang untuk kepentinganku?" Baginda S.A.W. bersabda maksudnya : "Katakanlah: Allahummaghfir li warhamni wahdini warzuqni" (Ya  Allah, berilah pengampunan pada saya, berilah kerahmatan, juga petunjuk dan rezeki kepada saya. (Hadis Riwayat Muslim)

6. Dari Tsauban r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. itu apabila selesai dari solatnya, baginda S.A.W. lalu mengucapkan istighfar yakni ucapan Astaghfirullah (saya mohon ampun kepada Allah), sebanyak tiga kali, kemudian mengucapkan: Allahumma antas salam, wa minkas salam, tabarakta ya zaljalali wal-ikram." (Ya Allah, Engkau adalah Maha Menyelamatkan, daripadaMulah datangnya keselamatan, Engkau Maha Tinggi, hai Zat yang memiliki keperkasaan dan kemuliaan). Kepada al-Auza'i ditanyakan -Beliau adalah salah seorang yang meriwayatkan hadis-: "Bagaimanakah ucapan istighfar itu?" Ia menjawab: "Orang yang beristighfar itu supaya mengucapkan: Astaghfirullah, astaghfirullah." (Hadis Riwayat Muslim)

7. Dari Almughirah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. itu apabila selesai dari shalat dan telah bersalam, lalu mengucapkan: La ilaha illalahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir -artinya lihat hadits no.1407-. Allahumma la mani'a lima a'thaita wa la mu'thia lima mana'ta wa la yanfa'u dzaljaddi minkal jaddu -Ya Allah, tiada yang kuasa menolak terhadap apa saja yang Engkau berikan dan tiada yang kuasa memberi terhadap apa saja yang Engkau tolak dan tiada akan memberikan kemanfaatan kekayaan itu kepada orang yang me-milikinya daripada siksaMu. (Muttafaq 'alaih)

8. Dari Abdullah bin az-Zubair radhiallahu 'Anhuma bahwasanya ia mengucapkan setiap selesai mengerjakan shalat dan bersalam: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Lahaula wa la quwwata illabillah. La ilaha illallahu wa la na'budu illa iyyahu, lahun ni'mati wa lahuts tsana-ul hasan. La ilaha illallahu mukhlishina lahuddina walau karihal kafirun. -Artinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan kita tidak menyembah selain daripadaNya. BagiNyalah segala kenikmatan dan keutamaan dan bagiNya pula puji-pujian yang baik. Tiada Tuhan melainkan Allah, kita berikhlas hati menjalankan agama untukNya, sekalipun orang-orang kafir membencinya"-. Abdullah bin az-Zubair berkata: "Rasulullah s.a.w. biasa membaca dengan bacaan yang tersebut di atas itu sehabis setiap bershalat." (Hadis Riwayat Muslim)

9. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya kaum fakir dari golongan para sahabat Muhajirin mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Orang-orang yang memiliki harta banyak itu sama pergi -yakni meninggal dunia- dengan membawa derajat yang tinggi-tinggi dan kenikmatan yang kekal. Sebabnya ialah karena mereka bershalat sebagaimana kita bershalat, mereka berpuasa sebagaimana kita berpuasa, lagi mereka mempunyai kelebihan dari harta-harta mereka dan dapat mereka gunakan untuk beribadah haji, berumrah, berjihad serta bersedekah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah engkau semua suka kalau saya ajarkan kepadamu semua sesuatu yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang telah mendahuluimu dan dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorangpun yang lebih utama pahalanya daripadamu semua, selain orang yang mengerjakan sebagaimana yang engkau kerjakan itu?" Mereka menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda: "Hendaklah engkau semua membaca tasbih, tahmid dan takbir sehabis shalat -wajib- sebanyak tiga puluh tiga kali masing-masing." Abu Shalih yang meriwayatkan hadits ini dari Abu Hurairah, ketika ditanya bagaimana cara menyebutkan tasbih, tahmid dan takbir itu, lalu menjawab: "Orang yang berdzikir itu supaya mengucapkan: "Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar -Maha Suci Allah dan segenap puji bagi Allah dan Allah adalah Maha Besar-." Sehingga jumlah semuanya itu ada tiga puluh tiga kali. (Muttafaq 'alaih) Imam Muslim menambahkan dalam riwayatnya: "Lalu kembalilah kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita yakni orang-orang yang berharta sudah sama mendengar apa yang kita kerjakan ini, kemudian merekapun mengerjakan seperti itu pula." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendaki." Addutsur adalah jamaknya datsrun dengan fathahnya dal dan saknahnya tsa' yang bertitik tiga, artinya ialah harta yang banyak.

10. Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang membaca Subhanallah sehabis tiap bershalat -wajib- sebanyak tiga puluh tiga kali dan membaca Alhamdudillah sebanyak tiga puluh tiga kali dan pula membaca Allahu Akbar sebanyak tiga puluh tiga kali dan untuk menyempurnakan keseratusnya ia membaca: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir -artinya lihatlah dalam hadits no.1407-, maka diampunkanlah untuknya semua kesalahan-kesalahannya, sekalipun banyaknya itu seperti buih lautan." (Riwayat Muslim)

11. Dari Ka'ab bin 'Ujrah r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Beberapa penghujung yang tidak akan rugilah orang yang mengucapkannya atau yang mengerjakannya sehabis setiap shalat yang diwajibkan, yaitu tiga puluh tiga kali bacaan tasbih, tiga puluh tiga kali bacaan tahmid dan tiga puluh empat kali bacaan takbir." (Riwayat Muslim)

12. Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. itu berta'awwudz -yakni berdoa untuk mohon perlindungan- pada setiap selesai shalat dengan kalimat-kalimat ini -yang artinya- "Ya Allah, saya mohon perlindungan kepadaMu daripada licik dan kikir, saya mohon perlindungan pula padaMu kalau saya sampai dikembalikan kepada serendah-rendahnya usia -yakni usia terlampau tua-, juga saya mohon perlindungan padaMu daripada fitnah dunia serta saya mohon perlindungan padaMu daripada fitnah kubur." (Riwayat Bukhari)

13. Dari Mu'az r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. mengambil tangannya dan berkata: "Hai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu." Beliau s.a.w. lalu melanjutkan sabdanya: "Saya berwasiat padamu, hai Mu'az, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan setiap selesai bershalat mengucapkan -yang artinya: "Ya Allah, berilah saya pertolongan untuk tetap berdzikir kepadaMu, serta bersyukur kepadaMu dan beribadah secara baik kepadaMu." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih

14. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jikalau seorang diantara engkau semua bertasyahhud -yaitu mengucapkan bacaan Attahiyyat dan seterusnya-, maka pada penghabisannya hendaklah mohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara. Maka supaya ia mengucapkan -yang artinya: "Ya Allah, sesungguhnya saya mohon perlindungan kepadaMu daripada siksa neraka Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah di waktu hidup dan setelah mati dan pula dari kejahatan fitnahnya Dajjal yang mengembara." (Riwayat Muslim)

15. Dari Ali r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila berdiri mengerjakan shalat, maka salah satu dari yang terakhir sekali beliau ucapkan antara tasyahhud dan salam, yaitu bacaan -yang artinya: "Ya Allah, ampunilah dosa-dosa saya yang lampau dan yang akan datang, juga yang saya sembunyikan serta yang saya tampakkan, bahkan juga yang saya perlebih-lebihkan dan dosa yang Engkau adalah lebih mengetahui daripada saya sendiri. Engkau adalah Maha Mendahulukan serta Maha Mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan Engkau." (Riwayat Muslim)

16. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Nabi s.a.w. itu memperbanyak dalam mengucapkan ketika ruku' dan sujudnya, yaitu Subhanakallahumma rabbana wa bihamdikallahummaghfirli -Maha Suci Engkau ya Allah, Tuhan kita dan dengan mengucapkan puji-pujian padaMu, ya Allah berilah pengampunan padaku." (Muttafaq 'alaih)

17. Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahwasanya Rasulullah s.a.w. mengucapkan dalam ruku' dan sujudnya: "Subbuhun quddusun Rabbul malaikati warruh - Maha Suci dan Maha Bersih, yaitu Tuhan semua malaikat serta Jibril." (Riwayat Muslim)

18. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adapun ketika ruku' maka Maha Agungkanlah Tuhan di dalamnya, sedang ketika sujud, maka giatlah dalam berdoa, sebab nyata engkau semua akan dikabulkan doamu semua itu." (Riwayat Muslim)

19. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sedekat-dekat keadaan seorang hamba dari Tuhannya ialah di waktu ia sedang bersujud, maka perbanyakkanlah berdoa dalam sujud itu." (Riwayat Muslim)

20. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. mengucapkan dalam sujudnya: Allahummaghfir li dzanbi kullahu, diqqabu wa jillahu wa awwalahu wa akhirahu wa 'alaniatahu wa sirrabu - ya Allah, berilah pengampunan padaku akan semua dosaku, yang kecil dan yang besar, yang permulaan dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang rahasia." (Riwayat Muslim)

21. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Pada suatu malam saya kehilangan Nabi s.a.w., lalu saya selidiki, tiba-tiba beliau s.a.w. sedang melakukan ruku' atau sujud dan di situ beliau mengucapkan: Subhanaka wa bihamdika la ilaha illa anta -Maha Suci Engkau dan dengan mengucapkan puji-pujian padaMu, tiada Tuhan melainkan Engkau." Dalam riwayat lain disebutkan: "Lalu jatuhlah tanganku -Aisyah- pada kedua tapak kakinya yang bagian dalam dan beliau sedang ada di dalam masjid, sedang kedua tapak kaki itu didirikan. Diwaktu itu beliau s.a.w. mengucapkan -yang artinya: Ya Allah, sesungguhnya saya mohon perlindungan dengan keridhaanMu daripada kemurkaanMu dan dengan pengampunanMu dari siksaanMu. Juga saya mohon perlindungan padaMu, saya tidak menghitung-hitungkan pujian atasMu. Engkau adalah sebagaimana yang Engkau pujikan pada diriMu sendiri. (Riwayat Muslim)

22. Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kita semua berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seorang diantara engkau semua itu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang -yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu- tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan." (Riwayat Muslim) Al-Humaidi berkata: "Demikianlah yang disebutkan dalam kitab Muslim yakni dengan kata-kata: "Au yuhaththu" -artinya: atau dihapuskan. Al-Barqani berkata: "Hadis ini diriwayatkan oleh Syu'bah dan juga Abu 'Awanah dan Yahya al-Qaththan dari Musa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari arahnya itu. Mereka mengatakan: Wa yuhaththu -artinya: dan dihapuskan, tanpa kata: "Alfin -yakni seribu."

23. Dari Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Atas setiap ruas tulang dari seorang diantara engkau semua itu pada setiap paginya harus ada masing-masing sedekahnya. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seorang itu dari shalat Dhuha." (Riwayat Muslim)

24. Dari Ummul mu'minin yaitu Juwairiyah binti al-Harits radhiallahu 'anha bahwasanya Nabi s.a.w. keluar dari rumahnya pada pagi hari ketika bershalat Subuh. Waktu itu Juwairiyah ada di dalam masjidnya. Kemudian beliau s.a.w. kembali setelah melakukan shalat Dhuha, sedangkan Juwairiyah duduk. Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Engkau masih tetap dalam keadaan di waktu tadi saya tinggalkan." Juwairiyah menjawab: "Ya." Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Saya telah mengucapkan setelah meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat-kalimat yang engkau ucapkan sejak hari ini tadi, niscaya kalimat-kalimat yang saya ucapkan itu menang daripada yang engkau ucapkan. Kalimat-kalimat itu ialah: "Subhanallah wa bihamdihi 'adada khalqihi wa ridba nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimatibi -Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya, sebanyak hitungan makhluk-Nya, sesuai dengan keridhaan ZatNya, seberat timbangan 'arasyNya dan sepanjang beberapa kalimatNya." (Riwayat Muslim) Dalam riwayat Imam Muslim lainnya disebutkan: Subhanallah 'adada khalqihi. Subhanalfah ridha nafsihi. Subhanallah zinata 'arsyihi. Subbanallah midada kalimatihi." Dalam riwayat Imam Tirmidzi disebutkan: Nabi s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau suka kalau saya ajari beberapa kalimat yang baik engkau membacanya, yaitu: Subhanallah 'adada khalqihi, tiga kali; Subhanallah ridha nafsihi, tiga kali; Subhanatlah zinata 'arsyihi, tiga kali; Subhanallah midada kalimatihi, tiga kali."

25. Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. dari Nabi s.a.w,, sabdanya: "Perumpamaan orang yang berdzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berdzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim, yaitu sabda Nabi s.a.w. "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berdzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berdzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati."

26. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Ta'ala berfirman -dalam hadits qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan -keyakinan- hambaKu kepadaKu. Aku adalah beserta hambaKu itu apabila ia berdzikir -ingat- kepadaKu. Maka jikalau ia berdzikir kepadaKu dalam dirinya, maka Akupun ingat padanya dalam diriKu dan jikalau ia berdzikir kepadaKu di kalangan orang banyak, maka Aku ingat pada orang itu di kalangan makhluk yang lebih baik dari mereka itu -yakni di kalangan para malaikat." (Muttafaq 'alaih)

27. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Telah dahululah orang-orang yang menyendiri." Para sahabat bertanya: "Siapakah orang-orang yang menyendiri itu, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Mereka itu ialah yang sama berdzikir kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, baik lelaki ataupun perempuan." (Riwayat Muslim) Maksudnya: Menyendiri dalam ingatnya kepada Allah di waktu orang-orang lain tidak mengingat kepadaNya. Inilah yang lebih dahulu memperoleh keridhaan Allah Ta'ala. Diriwayatkan Almufarridun dengan tasydidnya ra' dan ada yang meriwayatkan dengan takhfifnya -yakni ra'nya tanpa syaddah lalu dibaca mufridun. Tetapi yang masyhur yang dikatakan oleh Jumhur Ulama ialah dengan tasydid.

28. Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seutama-utama dzikir ialah lafaz 'La ilaha illallah'." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.

29. Dari Abdullah bin Busr r.a. bahwasanya ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak -yakni hukum-hukumnya sudah lengkap- atas diriku, maka beritahukanlah kepada saya akan sesuatu yang saya dapat berpegang padanya." Beliau s.a.w. bersabda: "Supaya lisanmu itu senantiasa basah dengan berdzikir kepada Allah." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.
30.. Dari Jabir r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Barangsiapa mengucapkan: Subhanallah wa bihamdih, maka ditanamlah untuknya sebatang pohon kurma dalam syurga." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.

31. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya bertemu Nabi Ibrahim a.s., pada malam saya di isra' kan, lalu beliau berkata: "Hai Muhammad, sampaikanlah salam saya kepada umatmu dan beritahukanlah kepada mereka bahwasanya syurga itu bagus tanahnya, tawar airnya dan bahwasanya ia adalah merupakan tanah datar yang rata dan benih tanaman syurga itu ialah: 'Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar'." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.

32. Dari Abuddarda' r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau semua suka kalau saya beritahukan kepadamu semua akan sebaik-baik amalanmu, juga seindah-indahnya bagi Tuhan yang Maha Merajaimu semua, serta yang tertinggi dalam derajat-derajatmu semua, bahkan lebih baik untukmu semua daripada menafkahkan emas dan perak, juga lebih baik untukmu semua daripada engkau semua bertemu dengan musuhmu lalu engkau tebas leher-leher mereka itu dan merekapun menebas leher-lehermu semua?" Para sahabat berkata: "Baiklah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Yaitu berdzikir kepada Allah Ta'ala." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi. Imam Hakim, Abu Abdillah mengatakan bahwa isnad hadits ini adalah shahih.

33. Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a. bahwasanya ia bersama Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat seorang wanita dan di mukanya ada beberapa biji atau beberapa kerikil -batu-batu kecil- yang digunakan untuk menghitung tasbihnya, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau suka kalau saya memberitahukan padamu tentang sesuatu yang lebih mudah untukmu daripada ini dan bahkan lebih utama?" Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Yaitu suatu bacaan -yang artinya: Maha Suci Allah sebanyak hitungan apa-apa yang diciptakan olehNya di langit. Maha Suci Allah sebanyak hitungan apa-apa yang diciptakan olehNya di bumi. Juga Maha Suci Allah sebanyak hitungan apa-apa yang ada diantara langit dan bumi. Maha Suci Allah sebanyak hitungan apa-apa yang diciptakan olehNya. Allah adalah Maha Besar sebanyak seperti itu pula. Segenap puji bagi Allah sebanyak seperti itu pula. Tiada Tuhan melainkan Allah sebanyak seperti itu pula dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah sebanyak seperti itu pula." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.

34. Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah sa..w. bersabda kepadaku: "Tidakkah engkau suka kalau saya tunjukkan kepadamu pada sesuatu gedung simpanan dari beberapa gedung simpanan syurga?" Saya -Abu Musa- berkata: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Yaitu ucapan: La haula wala quwwata illa billah -Tiada daya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah." (Muttafaq 'alaih)