Friday, September 11, 2015

Hadis Muaz Ibn Jabal - Amalan Yang Tiada Nilainya

Imam Abdullah bin Al Mubarak r. a telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz bin Jabal: "Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW."

Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta`ala telah menjadikan 7 orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu bekata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:


"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas."

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:


"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:


"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:


"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:


"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasad dengki kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:


"Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tiada belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku."

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:


"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat sum’ah (ingin masyhur). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namaya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:


"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui”.


“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuanKu atas apa yang bakal terjadi".


“PengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu Aku dengan amalnya ini?”


"Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu. Oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu."
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelian bagi mereka."
Dan semua yang di langit turut berkata, “Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat”.

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan ini?”
Sabda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan”.

Muaz bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal (hamba Allah bukan Rasul), bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dan bahaya tersebut?”


Bersabda Rasullullah SAW, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain”.


“Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan (pecah belah) peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing api neraka jahanam”.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia”.

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”


Jawab Rasulullah SAW, “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar”.

Thursday, September 10, 2015

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 65

Tafsir Ibnu Katsir Surat Al-Baqarah ayat 65

Firman Allah SWT :

وَلَقَŰŻْ ŰčَلِمْŰȘُمُ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ۧŰčْŰȘَŰŻَوْۧ مِنْكُمْ فِي Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰȘِ فَقُلْنَۧ لَهُمْ كُونُÙˆŰ§ قِ۱َŰŻَŰ©ً Űźَۧ۳ِŰŠِينَ

Maksudnya, "dan Sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”. (Surah al-Baqarah ayat 65)

Allah berfirman: wa laqad ‘alimtum (“Sesungguhnya kamu sudah mengetahui”) wahai orang-orang Yahudi, azab yang telah ditimpakan kepada penduduk negeri yang mendurhakai perintah Allah dan melanggar perjanjian yang telah diambil-Nya atas mereka agar menghormati hari Sabtu serta mengerjakan perintahNya yang telah disyari’atkan bagi mereka. Lalu mereka mencari-cari alasan supaya dapat menangkap ikan paus pada hari Sabtu, yaitu dengan memasang pancing, jala, dan perangkap sebelum hari Sabtu, maka ketika ikan-ikan itu datang pada hari Sabtu dalam jumlah besar seperti biasanya, tertangkaplah dan tidak dapat lolos dari jaring dan perangkapnya. Ketika malam hari tiba, setelah hari Sabtu berlalu, mereka segera mengambil ikan-ikan tersebut. Tatkala mereka melakukan hal itu, Allah SWT mengubah rupa mereka seperti kera, sebagai hewan yang lebih menyerupai manusia, namun bukan seperti manusia sesungguhnya.

Demikian juga tindakan dan alasan yang mereka buat-buat yang secara lahiriyah tampak benar tetapi sebenarnya bertentangan. Kerana itulah mereka mendapatkan balasan yang serupa dengan perbuatannya tersebut.

Kisah surah al-Baqarah ayat 65 juga tersebut dan termuat di dalam surat al-A’raaf ayat 163 - 167).

163. وَۧ۳ْŰŁَلْهُمْ Űčَنِ Ű§Ù„ْقَ۱ْيَŰ©ِ Ű§Ù„َّŰȘِي كَŰ§Ù†َŰȘْ Ű­َۧ۶ِ۱َŰ©َ Ű§Ù„ْŰšَŰ­ْ۱ِ Ű„ِŰ°ْ يَŰčْŰŻُونَ فِي Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰȘِ Ű„ِŰ°ْ ŰȘَŰŁْŰȘِيهِمْ Ű­ِيŰȘَŰ§Ù†ُهُمْ يَوْمَ ŰłَŰšْŰȘِهِمْ ŰŽُ۱َّŰčًۧ وَيَوْمَ Ù„Ű§ يَŰłْŰšِŰȘُونَ Ù„Ű§ ŰȘَŰŁْŰȘِيهِمْ كَŰ°َلِكَ نَŰšْلُوهُمْ Űšِمَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَفْŰłُقُونَ

Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.

164. وَŰ„ِŰ°ْ قَŰ§Ù„َŰȘْ ŰŁُمَّŰ©ٌ مِنْهُمْ لِمَ ŰȘَŰčِŰžُونَ قَوْمًۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ مُهْلِكُهُمْ ŰŁَوْ مُŰčَŰ°ِّŰšُهُمْ ŰčَŰ°ًَۧۚۧ ŰŽَŰŻِÙŠŰŻًۧ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ مَŰčْŰ°ِ۱َŰ©ً Ű„ِلَى ۱َŰšِّكُمْ وَلَŰčَلَّهُمْ يَŰȘَّقُونَ

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

165. فَلَمَّۧ نَŰłُÙˆŰ§ مَۧ Ű°ُكِّ۱ُÙˆŰ§ Űšِهِ ŰŁَنْŰŹَيْنَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَنْهَوْنَ Űčَنِ Ű§Ù„ŰłُّÙˆŰĄِ وَŰŁَŰźَŰ°ْنَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰžَلَمُÙˆŰ§ ŰšِŰčَŰ°ٍَۧۚ ŰšَŰŠِÙŠŰłٍ Űšِمَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَفْŰłُقُونَ

Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.

166. فَلَمَّۧ ŰčَŰȘَوْۧ Űčَنْ مَۧ نُهُÙˆŰ§ Űčَنْهُ قُلْنَۧ لَهُمْ كُونُÙˆŰ§ قِ۱َŰŻَŰ©ً Űźَۧ۳ِŰŠِينَ

Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina

167. وَŰ„ِŰ°ْ ŰȘَŰŁَŰ°َّنَ ۱َŰšُّكَ لَيَŰšْŰčَŰ«َنَّ Űčَلَيْهِمْ Ű„ِلَى يَوْمِ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ مَنْ يَŰłُومُهُمْ ŰłُÙˆŰĄَ Ű§Ù„ْŰčَŰ°َِۧۚ Ű„ِنَّ ۱َŰšَّكَ لَŰłَ۱ِيŰčُ Ű§Ù„ْŰčِقَِۧۚ وَŰ„ِنَّهُ لَŰșَفُÙˆŰ±ٌ ۱َŰ­ِيمٌ

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahawa sesungguhnya Dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan firman-Nya, kepada mereka, fa qulnaa laHum kuunuu kiradattan khaasi-iin (“Lalu Kami berfirman kepada mereka: ‘Jadilab kamu kera-kera yang hina.’”)

Di dalam tafsirnya, al-Aufi dari Ibnu Abbas mengatakan: “Maka Allah SWT. mengubah sebagian mereka menjadi kera dan sebagian lainnya menjadi babi. Diduga bahawa para pemuda dari kaum tersebut menjadi kera sedang generasi tuanya menjadi babi. Dan mereka tidak hidup di muka bumi kecuali tiga hari saja, tidak makan dan tidak minum serta tidak melahirkan keturunan. Allah telah menciptakan kera, babi, dan makhluk lainnya dalam enam hari sebagaimana telah difirmankan-Nya dalam al-Qur’an, maka mereka dijadikan berbentuk kera. Demikianlah Allah berbuat terhadap siapa yang Dia kehendaki sesuai dengan kehendak-Nya, dan mengubahnya sesuai dengan kehendak-Nya pula.”

Mengenai firman-Nya, fa qulnaa laHum kuunuu kiradattan khaasi-iin (“Lalu Kami berfirman kepada mereka: ‘Jadilab kamu kera-kera yang hina.’”) Diriwayatkan dari Rabi’ bin Anas, dari Abu al-Aliyah, Abu Ja’far mengatakan: “Yaitu hina dan rendah.”
 

Di dalam surah al-Baqarah ayat 65 - ayat ini adalah menceritakan bagaimana Bani Israel (Yahudi) telah melanggar syariat Nabi Musa a.s di dalam kitab Taurat iaitu hari Sabtu adalah hari beribadah dan tak boleh menagkap ikan atau melakukan kerja-kerja lain. Allah SWT uji pada hari sabtu ikan banyak datang dan pada hari lain ikan tak banyak. Maka mereka melakukan tipu helah iaitu mereka pasang perangkap pada hari Jumaat dan ikan datang pada hari Sabtu dan mereka menangkapnya pada hari Ahad. Maka Allah SWT turunkan bala dan mereka menjadi kera dan babi. Tetapi untuk umat Islam hari kebesaran umat Islam adalah hari Jumaat bukannya hari Sabtu.

Wednesday, September 9, 2015

Tadabbur Kalamullah Surah al-Hajj ayat 18.

Firman Allah SWT :

ŰŁَلَمْ ŰȘَ۱َ ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰłْŰŹُŰŻُ لَهُ مَنْ فِي Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَمَنْ فِي Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ وَŰ§Ù„ŰŽَّمْŰłُ وَŰ§Ù„ْقَمَ۱ُ وَŰ§Ù„Ù†ُّŰŹُومُ وَŰ§Ù„ْŰŹِŰšَŰ§Ù„ُ وَŰ§Ù„ŰŽَّŰŹَ۱ُ وَŰ§Ù„ŰŻَّوَُّۧۚ وَكَŰ«ِÙŠŰ±ٌ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ۖ وَكَŰ«ِÙŠŰ±ٌ Ű­َقَّ Űčَلَيْهِ Ű§Ù„ْŰčَŰ°َُۧۚ ۗ وَمَنْ يُهِنِ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَمَۧ لَهُ مِنْ مُكْ۱ِمٍ ۚ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَفْŰčَلُ مَۧ يَŰŽَۧۥُ ۩

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya"(Surah al-Hajj ayat  18)

‪Ayat menerangkan bhw semua makhluk Allah bertasbih dan bersujud kpdNya. Burung-burung yg berterbangan bertasbih memuji Tuhannya.

‪Namun‬ manusia, walaupun mungkin dpt mendengarnya tetapi tidak dpt memahaminya. Ini ditegaskan oleh Allah dlm firmanNya:

ŰȘُŰłَŰšِّŰ­ُ لَهُ Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘُ Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰčُ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ وَŰ„ِنْ مِنْ ŰŽَيْŰĄٍ Ű„ِلَّۧ يُŰłَŰšِّŰ­ُ ŰšِŰ­َمْŰŻِهِ وَلَٰكِنْ لَۧ ŰȘَفْقَهُونَ ŰȘَŰłْŰšِÙŠŰ­َهُمْ ۗ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Ű­َلِيمًۧ ŰșَفُÙˆŰ±ًۧ

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun"[Surah Al-Israk 44]

‪Imam‬ Ibnu Kathir menukilkan bhw Abul Aliyah berkata:

"Tidak ada yg dilangit drp bintang2, matahari dan bulan kecuali semuanya sujud kpd Allah sebaik shj hendak terbenam.

Khazin dl tafsirnya mengatakan:

"Sujud bg tiap2 sesuatu yg tdk bernyawa spt batu2 dan bukit2 ialah taat kpd Allah dgn khusyuk, takut dan sentiasa memujiNya.

 Fakhruddin al-Razi berkata:

"Mengikut al-Zajjaj, sebaik2 erti sujud dlm hal ini ialah taat kpd Allah sbgmana firman Allah swt dlm surah al-Anbiyak 79:

...وَŰłَŰźَّ۱ْنَۧ مَŰčَ ŰŻَŰ§ÙˆُÙˆŰŻَ Ű§Ù„ْŰŹِŰšَŰ§Ù„َ يُŰłَŰšِّŰ­ْنَ وَŰ§Ù„Ű·َّيْ۱َ ۚ وَكُنَّۧ فَۧŰčِلِين

"...Dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu" [Surah al-Anbiyak 79]

‪Nyatalah‬ bhw matahari, bulan, bintang2, pokok kayu, binatang dan semua makhluk Allah sentiasa taat dan menurut semua perintah Allah tanpa bantahan.

‪Mengapa‬ manusia sukar utk sujud dan memuji Allah serta suka ragu2, mempertikaikan dan berbantah2 dlm menunaikan perintah Allah???

Kita semua mengimpikan dan bercita2 utk menjadi penghuni syurga Allah namun kita antara dikalangan manusia yg malas memuji dan memuja Allah swt. Kita lbh byk lalai dgn dunia sehingga melupai akhirat. Berubahlah ke arah yg lbh baik

Marilah kita berzikir, bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berselawat, berdoa, bermunajat kpdNya tanpa henti dan jemu~

Monday, September 7, 2015

Kedudukan PAS Di Dalam PRU 14 - Bakal Tersisih.

Perihal Bersih 4 dan PAS Yang Bakal Tersisih .

Sayang seribu kali sayang, dikala ratusan ribu rakyat turun merayakan pesta demokrasi Bersih 4 di Dataran Merdeka, parti  PAS memilih untuk tidak menjadi peserta. Bukan setakat menjadi pemerhati, bahkan PAS memilih untuk menjadi pengkritik kepada program yang dihadiri suku juta rakyat (mengikut sesetengah bancian) tersebut. Tidak dinafikan, mengikut beberapa badan kajian berkecuali, ratusan ribu perserta bersih tersebut majoritinya adalah bukan Melayu, Cina khasnya.

Yang pasti, PAS terperangkap dengan sindrom penafian dan siege mentality. PAS masih belum bersedia menerima hakikat. Hakikat demokrasi akan terus meriah, dan suara rakyat akan tetap lantang.

Sebelum PAS merasai terdorong untuk  kekal berbangga dengan sikap berkecuali mereka dan memperlekehkan usaha penganjur, PAS harus memahami beberapa hakikat dan realiti lanskap politik sediada yang memberi natijah dari boikot mereka, antara lain;

Hakikat 1: Nasib 54 kerusi PAS, ditangan 1 juta pemilih bukan Melayu.
PAS  jangan lupa akan percaturan berebut kerusi menjelang setiap pilihanraya. Sudah menjadi tradisi PAS dan persepsi umum PAS sangat bermegah dengan jumlah kerusi yang ditandingi (sekaligus  membawa mesej kepada rakyat PAS sangat berpengaruh dalam percaturan negosiasi kerusi, dan bukan parti umpama pipi tersorong-sorong dan terhegeh-hegeh mengharapkan ihsan DAP atau PKR untuk menagih jumlah kerusi yang banyak).

Pada PRU13 yang lalu, PAS diberi sejumlah 73 kerusi , jauh melepasi 51 kerusi DAP. Satu pembahagian yang dikira besar dan pengiktirafan kepada PAS sebagai rakan kongsi utama barisan pakatan pembangkang. Pada waktu itu.
Bagaimanapun, semua sudah sedia maklum, pencapaian PAS adalah yang paling tercorot, berbanding rakan kongsi Pakatan Rakyat yang lain.

Dari 73 kerusi parlimen yang di peruntukkan kepada PAS untuk ditandingi pada PRU13, PAS berjaya memungut sejumlah 1,633,389 suara undi.

Satu perkara yang PAS perlu ingat, terdapat lebih 1 juta pengundi bukan Melayu, di seluruh kawasan yang di tandingi PAS. Umum juga mengetahui berbanding Umno/BN, lebih rami kaum bukan Melayu, kaum Cina khasnya yang mengundi Pakatan Rakyat, termasuklah PAS. Dengan kata lain, hasil gabungan dalam Pakatan Rakyat, PAS mendapat limpahan manafaat undi bukan melayu, yang membantu memenangkan calon-calon mereka.

Dari 73 kerusi tersebut, sejumlah 54 kerusi PAS adalah bergantung kepada undian bukan Melayu. Tanpa undi bukan Melayu, PAS tidak mampu memperoleh majoriti yang begitu  besar untuk menewaskan Umno, ataupun setidaknya mampu merapatkan jurang defisit majoriti Umno/BN kedalam jangkauan untuk menang.

Tetapi dengan sikap yang merasakan mereka kuat, mampu bersendiri, dan tidak memerlukan ihsan pengundi bukan Melayu, PAS berdepan dengan risiko kehilangan semua 54 kerusi tadi.

Hakikat 2: Nasib 21 kerusi yang dimenangi, belum tentu milik mutlak kelompok konservatif.
Dari 21 kerusi yang dimenangi, sejumlah 13 kerusi sememangnya sudah diiktiraf sebagai kerusi PAS, secara geografi, tradisi mahupun demografi pemilih melayu nya. Bagaimanapun, harus diingat 13 kerusi ini tidak semuanya dikira kerusi selamat untuk PAS. Sekurang-kurangnya 4 kerusi boleh dikira marginal dan masih dalam jangkauan untuk direntap musuh tradisinya, Umno

Dari baki 9 kerusi yang ‘betul-betul selamat’ dari jangkauan Umno itu pula, tidak semuanya boleh dikira sebagai kerusi milik mutlak puak-puak konservatif dalam PAS, mengambilkira pergolakan dalaman dan pengaruh puak-puak progresif yang cuba disingkirkan puak konservatif.

Ringkasnya, dari 21 kerusi yang dimenangi pada PRU13, kerusi yang betul betul boleh dianggap kubu kuat PAS, boleh dikira dengan jari. Selebihnya bole dianggap milik kelompok progresif yang kini sudah mengistihar diri mereka bersama parti baru, ataupun mereka yang sedang bersiap sedia untuk terjun bersama parti baru.

Hakikat 3: PAS akan tersisih
Amat malang jika PAS memilih untuk merasakan diri mereka hebat dan tidak perlu bergabung dengan pihak lain untuk mencari sinergi, hatta dengan parti Harapan Baru yang mereka anggap derhaka dan serpihan itu. Jika PAS masih berdegil dan masih dalam mode penafian, jangan terkejut jika PAS selamat dengan 7 atau 8 kerusi Parlimen, dan berisiko kehilangan negeri kubu tradisi mereka, dan akan tersisih secara semula jadi. Mungkin menerima senasib yang sama seperti parti Saadet Turki yang menafikan kemunculan dan kemaraan parti AKP yang asalnya dianggap serpihan.

Lain lah kalau PAS melihat Umno, sebagai talian hayat politik mereka. – 1 September, 2015.


(Di Petik Daripada Tulisan Nazri Noor - Dalam The Malaysian Insider )