Saturday, June 19, 2010

Sifat Amanah adalah Sifat Yang diTuntut Oleh Islam

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sifat amanah adalah salah satu daripada sifat yang  dituntut oleh Islam . Amanah bermaksud melaksanakan tugas dengan penuh tanggung jawab, boleh dipercayai, jujur dan ikhlas. Maksudnya seseorang itu boleh melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya tanpa melakukan sebarang unsur-unsur penyelewengan dan tipu helah.

Pentingnya amanah kepada umat Islam bolehlah diperhatikan kepada maksud hadis berikut, daripada Ali r.a katanya, kami duduk bersama Rasulullah s.a.w , lalu muncul seorang daripada keluarga al-Aliyah dan bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah !, beritahulah kepadaku apakah sesuatu yang palling berat dalam agama dan apakah yang ringan?". Maka jawab Rasulullah s.a.w: "Yang paling ringan dan mudah adalah mengucap dua kalimah syahadat,dan yang paling berat ialah amanah. Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tidak amanah."
(Hadis Riwayat al-Bazar at-Tabrani)

Hadis tersebut menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab untuk melaksanakan amanah, hingga baginda menyatakan tidak ada agama bagi orang yang tiada amanah.Tanggungjawab amanah itu menjadi serangkai atau bergandingan dengan agama. Seterusnya dari Insan r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
"Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tiada amanah pada dirinya dan tiada agama bagi orang yang tidak dipercayai janjinya".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad,al-Bazar at-Tabrani)

Kalau diperhatikan daripada kedua-dua hadis yang dibacakan tadi, tentulah dapat dibuat kesimpulan berhubung dengan keadaan yang berlaku ditengah-tengah masyarakat kita hari ini. Bagaimana dengan kedudukan orang yang terlibat dengan kes rasuah, kes pecah amanah yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit sebagaimana yang dipaparkan oleh media cetak, dituntut dan didengar melalui media elektronik.Tidakkah menunjukkan mereka tidak amanah? Sedangkan amanah itu sendiri sangat dituntut dalam ajaran Islam?. Di samping itu, marilah kita perhatikan pula kepada insiden-insiden tidak amanah yang dalam masyarakat kita, apakah tindak-tanduk kepada mereka yang diamanahkan kuasa benar-benar melaksanakan amanahnya dengan penuh tanggungjawab?.

Ingatlah! Orang-orang yang tekah melakukan perbuatan khianat atau tidak amanah akan diisyaratkan dihadapan semua makhluk pada hari pembalasan, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w sabdanya yang bermaksud : "Setelah Allah mengumpulkan semua makhluk dari awal hingga akhirnya, akan dikibarkan bendera hati setiap pengkhianat lalu dikatakan : "Inilah pengkhianatan sipulan bin sipulan".
(Hadis Riwayat Muslim).

Justeru, mahukah kita kalau di hari pembalasan nanti diisyaratkan sebagai pengkhianat sebagaimana yang disebutkan dalam maksud hadis tadi? Atau kita bersedia untuk menghindarkan diri daripada terjerumus kedalam golongan yang dimaksudkan itu?.Bagi menghindarkan diri seseorang daripada diisyaratkan sedemikian rupa dihari pembalasan kelak, maka tunaikanlah apa yang diamanahkan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum dan syariat serta janganlah mengkhianatinya.

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : 
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat".
(Surah An-Nisa' ayat 58)

Setiap umat Islam dianjurkan berpegang teguh dengan kemuliaan sifat amanah hinggakan terhadap orang yang mengkhianatinya sekalipun, kita dinasihatkan supaya tidak bertindak balas dengan cara khianat.Tegasnya sifat amanah adalah menjadi tunggak kepada kemuliaan akhlak umat Islam.

Sahabat yang dihormati,
Setiap yang wajib dipelihara dan ditunaikan kepada ahlinya merupakan amanah. Seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab untuk memimpin umat adalah amanah. Sekiranya ia tidak menjalankan hukum-hukum Allah di dalam pemerentahannya maka sebenarnya ia telah menghianati Allah dan tidak amanah. Inilah bentuk amanah yang paling penting sekali kerana dengan tertegaknya hukum-hukum Allah maka akan sempurnalah kehidupan manusia. Membuat ihsan kepada orang perseorangan atau masyarakat adalah amanah. Memberikan hak kepada yang berhak adalah amanah. Melaksanakan ibadah dengan ikhlas adalah amanah. Demikianlah luasnya pengertian amanah yang perlu kita tunaikan.

Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab melaksanakan amanah umpamanya sebagai suami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap isterinya malah sebagai ketua dalam keluarga tersebut, sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang berat untuk melaksanakan amanah terhadap isteri-isteri, anak-anak, ahli-ahli dibawah peliharaan dan jagaannya. Seorang anak bertanggungjawab menyara kedua ibu bapanya yang telah tua adalah amanah.

Demikian juga bagi seorang isteri ada tanggungjawab berat terhadap suami dan mengekalkan hubungan akrab dengan ibu bapa dan keluarga suami. Apabila telah menjadi ibu, tanggungjawabnya pula semakin bertambah untuk melaksanakan amanah Allah yang telah mengurniakan anak kepadanya dan mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Sebagai seorang pekerja samaada bekerja dengan kerajaan atau swasta, bekerja dengan tekun dan jujur, tidak 'curi tulang' adalah amanah.

Jelaslah bahawa amanah merupakan tanggungjawab besar yang mesti dipelihara,samada berbentuk fizikal atau kebendaan seperti barangan, wang dan sebagainya atau moral seperti bekerja dengan amanah juga menuntut pelaksanaan kerja yang cekap, layanan yang ramah dan mesra, menepati masa dan janji ditunaikan.

Sifat amanah yang menampilkan kemuliaan akhlak serta kesempurnaan peribadi seseorang Muslim. Dari Ubadat bin As-Samir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Berikanlah padaku enam jaminan dari diri kamu, aku menjamin Syurga untuk kamu: 
Pertama : Benar bila berkata.
Kedua : Menepati janji.
Ketiga : Menunaikan amanah.
Keempat : Pejamkanlah mata kamu daripada yang ditegah (tidak melihat perkara maksiat)
Kelima : Peliharalah faraj (kemaluan) kamu. (tidak berzina)
Keenam : Tahanlah tangan kamu. (tidak mencuri, tidak mengambil rasuah, tidak memukul orang dan tidak menulis sesuatu berita fitnah)
(Riwayat Imam Ahmad,Ibnu Hibban Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Akhirkata, marilah kita bersifat amanah kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama. Tunaikanlah semua tugas samaada besar atau kecil dengan m amanah. Semuanya akan dinilai oleh Allah s.w.t. dan diharapkan kita akan ditempatkan dihari akhirat nanti bersama-sama para Nabi dan Rasul dan orang-orang soleh kerana dapat melaksanakan amanah ketika di dunia ini.



Menangani Hawa Nafsu


Fitrahnya, manusia diciptakan dengan dikurniakan akal dan nafsu.  Mengikut hawa nafsu boleh diertikan sebagai mengikut sesuatu yang disenangi jiwa tanpa pertimbangan akal yang sihat, mengendahkan hukum syariat dan tidak mempertimbangkan akibat yang muncul. 

Hawa nafsu mendorong manusia larut dalam kemewahan, terpedaya dalam kerehatan dan hiburan, mengejar kuasa, pengaruh dan kedudukan, wanita dan kecantikan, emas perhiasan dan pelbagai kilauan dunia yang sementara.
Al-Quran menegah kita mengikut hawa nafsu kerana ia menyimpang dari kebenaran (4:135) bahkan menyesatkan manusia dari jalan Allah (38:26) ; (28:50).  Rasulullah s.a.w juga mengingatkan kita bahawa orang yang cerdas ialah mereka yang mengawal diri dari mengikut hawa nafsu manakala mereka yang lemah adalah mereka yang menuruti hawa nafsu.

Dalam satu hadith riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w berpesan bahawa akan muncul dari umat baginda, orang-orang yang mengabdikan diri mengikut hawa nafsu sebagaimana anjing mengabdikan diri kepada tuannya.

FAKTOR mendorong manusia mengikut hawa nafsu termasuklah cara pendidikan dari kecil yang terlalu dimanjakan.  Ibu bapa yang mudah memenuhi kehendak anak-anak gagal mengajar anak untuk mengawal kemahuannya dan membiasakan diri untuk bersabar. 

Bergaul dengan mereka yang bergelumang menuruti hawa nafsu juga sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran  dan kecenderungan seseorang.  Manusia mengikut hawa nafsu semata-mata akibat kurang mengenali Allah dan hari Akhirat.

Kita juga boleh lalai jika kita mula mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat, yakni kurang membuat kebajikan serta tidak endah akan realiti masyarakat yang memerlukan.  Manusia yang terlalu cintakan dunia dan melupai akhirat akan tewas dalam pertimbangan antara keperluan dan kehendak.

Tidak mengetahui akan akibat buruk hawa nafsu juga penyebab manusia jatuh ke dalam lubuk kejahatan.

Antara AKIBAT buruk mengikut hawa nafsu adalah kurangnya ketaatan kepada Allah samada dalam melaksanakan amal mahupun menjauhi dari dosa dan perbuatan terlarang. 

Hati menjadi keras atau mati, lalu gagal membezakan kebenaran dari kebatilan.  Hati yang keras juga mudah meremehkan dosa dan tidak segan silu kepada Allah dalam kemaksiatan. 

Mereka juga boleh menyesatkan orang lain dalam kehanyutan nafsunya.  Mereka yang mengikut hawa nafsu mudah melakukan bid’ah, tidak mendapat hidayah dan bantuan Allah dalam kepayahan hidupnya.

PENYEMBUH bagi penyakit mengikut hawa nafsu ini tidak lain adalah mengenali Allah dan hakikat diri.  Di samping itu, kita hendaklah sentiasa mengingati kesan buruk menuruti hawa nafsu, tidak rapat dengan mereka yang mengikuti hawa nafsu dalam tindak-tanduknya, bingkas menjalankan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat terutamanya melalui kerja amal da’wah serta membaca dan mencontohi kisah-kisah para mujahid dalam sejarah Islam.

Haruslah juga kita sentiasa berwaspada dengan kemanisan dunia dan bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah agar diberi hidayah dan kekuatan dalam mentaatiNya.
Ingatlah bahawa “Ketenangan hanya dengan mengikut syariat, bukan mengikut hawa nafsu”.

(Ringkasan buku “Menggapai Ridha Ilahi” tulisan Sayyid Nu)

Friday, June 18, 2010

Sifat Dermawan Dekat Dengan Allah

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang ulama salaf, Ibnu Amir telah membeli sebuah rumah berharga 90,000 dirham. Suatu malam ketika meninjau sekitar kediaman yang baru dibelinya itu, dia terdengar tangisan orang-orang yang tinggal tidak jauh dari situ. Ibnu Amir bertanya lalu diberitahu bahawa orang-orang itu sedih dan menangisi rumah baru yang dijual mereka.

Tahulah dia bahawa mereka merupakan penghuni asal rumah berkenaan. Ibnu Amir lantas mengarahkan pembantunya agar menyampaikan pesanan kepada penghuni itu bahawa wang yang telah diberikan dan rumah yang telah dibeli itu akan dihadiahkan semula kepada penghuni asal berkenaan.

Sifat dermawan yang dimiliki Ibnu Amir tidak mungkin dapat dicontohi oleh kita hari ini. Sifat dermawan yang di tunjukkan ini perlulah kita contohi untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
'Sesungguhnya orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat pula dengan manusia dan dekat dengan Syurga, jauh dari Neraka. Sesungguhnya orang yang kikir (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh pula dari manusia dan jauh dari Syurga tetapi dekat dengan Neraka. Seseorang yang bodoh tetapi dermawan itu lebih dicintai Allah daripada seorang alim yang pandai tetapi kikir. Penyakit yang paling parah adalah kikir.'
(Hadis Riwayat Tarmizi dan Dar al-Quthni)

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud,
'Setiap amal kebaikan itu adalah sedekah dan sesiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama halnya dengan orang yang melakukannya (dalam nilai pahalanya). Allah suka sekali pada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesengsaraan.'
(Hadis Riwayat Dar al-Quthni dan Abu Ya'la)

Allah berfirman maksudnya. "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan(yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Surah Ali Imran: 180)

Sahabat yang dirahmati Allah,
Jadikanlah diri kita bersifat pemurah, ringan tangan untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Kata-kata ini begitu sinonim dengan sifat dermawan seseorang itu. Sifat pemurah ialah sifat yang berada di tengah-tengah antara bakhil dan boros.

Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan supaya kita menjadi seorang yang pemurah :

* Pelbagaikan sedekah, bukan hanya harta kebendaan dan kewangan semata-mata.

* Pilihlah individu yang boleh dicontohi seperti para sahabat pada zaman Rasulullah yang terkenal seorang dermawan, sama ada kaya atau miskin.

* Letakkan sasaran sedekah, kemudian cubalah capai sasaran tersebut.

* Hayati apa yang kita rasa dan alami selepas bersedekah. Adakah kita risau, gundah atau gembira?

* Perhatikan keadaan penerima sedekah. Adakah mereka senang dan gembira menerimanya?

* Rasa syukur terhadap nikmat kekayaan perlu dizahirkan dengan memberi dan juga dibuktikan menjadi seorang yang dermawan.

* Tanamkan dalam diri sikap berlumba-lumba dengan Muslim yang lebih cemerlang dalam bersedekah.

* Untuk mendapat kebahagiaan di akhirat, kita perlu menabung, yakni yakin dengan melazimi diri memberi sedekah.

Sahabat yang dihormati,
Jangalah ditangguh-tangguh untuk bersedekah, janganlah menunggu sudah kaya baru hendak bersedekah. Berilah sedekah walaupun hanya seringgit. Lakukanlah setiap hari tanpa memikirkan rugi dan kekurangan wang kerana sesungguhnya berkat wang seringgit itu akan dilipat gandakan rezeki oleh Allah s.w.t. di jalan yang tiada disangka-sangka. Ingatlah bahawa sesungguhnya tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan.

Sekiranya kita dapat bersedekah semasa kita kekurangan wang sebenarnya kita telah membuka pintu-pintu kebaikan, firman Allah yang bermaksud, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.”
(Surah Ali-Imran ayat 92).

Satu kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. bagaimana seorang petani dapat terselamat dari musibah dibunuh oleh dua jin (diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s.untuk menjaga anak-anak burung dikebun) kerana mengambil anak-anak burung dikebunnya semata-mata kerana ia telah bersedekah dengan memberi makanan kepada seorang miskin yang kelaparan secara kebetulan datang kekebunnya. Apabila jin-jin tersebut hendak menangkap dan membunuh petani tersebut, malaikat telah menghalangnya dan menangkap jin tersebut dan dicampakkan ditempat lain. Kehadiran malaikat tersebut adalah kerana kebaikan sedekah yang telah dilakukan olehnya sebagai hikmah dan kebaikan yang besar.

Bersesuaianlah dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Setiap hari dua malaikat akan turun ke bumi. Berkata salah seorang dari mereka : ‘ Ya Allah gantikanlah harta orang yang bersedekah pada jalan-Mu.’ Berkata pula malaikat yang seorang lagi : ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang yang menahan hartanya daripada disedekahkan.’.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Akhirkata teruskanlah bersedekah dan Nabi s.a.w ada menyatakan juga bahawa sesiapa yang di dunianya banyak bersedekah, ia akan digolongkan didalam golongan ahli sedekah dan akan diseru dari pintu sedekah (bab sedekah) untuk memasuki Syurga Allah s.w.t.

"Ayah! saya dah bersedia..."

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Intaha.

Kisah ini saya petik daripada satu emel yang saya buka pagi ini. Emel yang dihantar kepada salah satu yahooroups yang saya sertai.

Saya abadikan petikan kisah ini di dalam blog saya, dengan satu pertanyaan, "Apa yang telah aku lakukan untuk bawa diri dan manusia lain dapat mengabdikan diri kepada Allah?"

Hanya airmata yang telah menjawabnya... Oh Allah!



sumber:http://gunawanaziz.blogspot.com/2010/06/ayah-saya-dah-bersedia.html

Thursday, June 17, 2010

Sentiasalah Bersyukur Kepada Allah

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, semoga kita menjadi sebaik-baik manusia yang membawa kebaikan kepada manusia lain.
 
Perkara terbesar yang sangat diharapkan daripada kita ialah tumpuan seluruh matlamat hidup semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.. Inilah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Serta inilah juga yang akan memastikan kita menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat serta agama dan negara. 

 
Untuk menjadi hamba Allah yang diredhai-Nya, kita mestilah menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita. Segala nikmat yang telah di perolehi daripada Allah s.w.t terlalu banyak dan tidak dapat dihitung, sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu membayarnya biar pun kita beribadah seluruh hidup  pasti tidak mampu membalasnya. 

 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad) 

 
Firman Allah yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
(Surah Ibrahim ayat 7) 

 
Sahabat yang dihormati,
Sifat qanaah ialah berpuas hati dan bersyukur dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu :
1. Kemuliaan pada ketaatan,
2. Kehinaan pada maksiat,
3. Kehebatan pada ibadat malam,
4. Hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan
5. Kekayaan pada sifat qanaah (puas hati dan bersyukur dengan rezeki yang ditentukan Allah)



Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t. dan sentiasa bertawakkal kepada-Nya.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)



Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu :
1.Mengurus urusan dunianya dengan qanaah,
2.Urusan akhiratnya dengan bersegera,
3.Menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh.”



Allah berfirman yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki, mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.”
(Surah al-Nahl, ayat 97)



Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.(bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah)”
 ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia ini antara lain ialah
1. Berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan.
2. Percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.”
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Maksud hadis di atas untuk melahirkan sifat qanaah dan bersyukur kita dikehendaki melihat betapa orang-orang yang dibawah kita lebih susah, miskin, menderita, kecacatan fizikal dan kurang berilmu dan sebagainya. Dari sinilah akan melahirkan keinsafan dalam hati bahawa Allah s.w.t. masih mengurniakan banyak nikmat-Nya kepada kita.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang pemurah dalam masyarakatnya. Allah s.w.t akan menambahkan rezeki-Nya dijalan yang tiada di sangka-sangka.



Tanda kita bersyukur diatas nikmat rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t. kita laksanakan zakat, sedekah dan amal jariah. Tanda kita bersyukur diatas nikmat kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kita melaksanakan ibadah dan amalan soleh dan sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya. dan tanda kita bersyukur diatas nikamat ilmu pengetahuan yang kita peroleh adalah kita pergunakan ia untuk menegakkan Islam dan melaksanakan peraturan hidup yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.


Ingatlah! Bahawa Syurga di disediakan oleh Allah s.w.t. di hari akhirat nanti adalah terdiri daripada mereka-mereka yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t ketika di dunia ini dan sentiasa memperhambakan diri kepada-Nya.
















 

Wednesday, June 16, 2010

TARIKAN KE NERAKA DAN RINTANGAN KE SYURGA.

Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


HURAIAN

1. Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.

2. Allah SWT memberi khabar gembira terhadap orang-orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan Allah bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

3. Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai-nilai istiqomah di dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut. Ia menjadikan manusia dapat bertahan daripada dipengaruhi oleh sebarang hasutan yang menarik diri mereka kepada neraka.atau dengan lain perkataan kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab untuk seseorang itu sampai ke syurga.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Orang Bertakwa Tidak Pernah Merasa Miskin


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,

Adapun mengenai firman Allah s.w.t.

{ وَمَنْ يَŰȘَّقِ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰŹْŰčَلْ لَهُ مَŰźْ۱َŰŹًۧ } { وَيَ۱ْŰČُقْهُ مِنْ Ű­َيْŰ«ُ لَۧ يَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ }

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath Tholaq: 2-3). 

Dalam ayat ini diterangkan bahwa Allah akan menghilangkan bahaya dan memberikan jalan keluar bagi orang yang benar-benar bertakwa pada-Nya. Allah akan mendatangkan padanya berbagai manfaat berupa dimudahkannya rezeki. Rezeki adalah segala sesuatu yang dapat dinikmati oleh manusia. Rezeki yang dimaksud di sini adalah rezeki dunia dan rezeki akhirat.

Sebagian orang mengatakan, “Orang yang bertakwa itu tidak pernah merasa fakir sama sekali.” Lalu ada yang bertanya, “Mengapa boleh begitu?” Ia menjawab, “Karena Allah s.w.t. berfirman:

{ وَمَنْ يَŰȘَّقِ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰŹْŰčَلْ لَهُ مَŰźْ۱َŰŹًۧ } { وَيَ۱ْŰČُقْهُ مِنْ Ű­َيْŰ«ُ لَۧ يَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ }

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” 
(QS. Ath Tholaq: 2-3)

Kemudian ada yang bertanya kembali, “Kami menyaksikan sendiri bahwa di antara orang yang bertakwa, ada yang tidak punya apa-apa. Namun memang ada sebagian lagi yang diberi banyak rezeki”

Jawapannya, ayat tersebut menunjukkan bahwa orang yang bertakwa akan diberi rezeki dari jalan yang tak terduga. Namun ayat itu tidak menunjukkan bahwa orang yang tidak bertakwa tidak diberi rezeki. Bahkan setiap makhluk akan diberi rezeki sebagaimana Allah s.w.t. berfirman,

وَمَۧ مِنْ ŰŻََّۧۚŰ©ٍ فِي Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ Ű„Ù„َّۧ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ ۱ِŰČْقُهَۧ

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya”
(QS. Huud: 6). 

Bahkan hamba yang menerjang yang haram termasuk yang diberi rezeki. Orang kafir tetap diberi rizki padahal rezeki itu boleh jadi diperoleh dengan cara-cara yang haram, boleh jadi juga dengan cara yang baik, bahkan boleh jadi pula diperoleh dengan susah payah.

Sedangkan orang yang bertakwa, Allah memberi rezeki pada mereka dari jalan yang tidak terduga. Rezekinya tidak mungkin diperoleh dengan cara-cara yang haram, juga tidak mungkin rezeki mereka dari yang tidak baik. Perlu diketahui bahwa orang yang bertakwa tidak mungkin dihalangi dari rezeki yang ia perlukan. Ia hanyalah dihalangi dari keperluan dunia yang berlebih sebagai rahmat dan kebaikan padanya. Kerana boleh jadi diluaskannya rezeki malah akan membahayakan dirinya. Sedangkan disempitkannya rezeki malah mungkin sebagai rahmat baginya. Namun bezanya halnya dengan keadaan manusia yang Allah ceritakan,

{ فَŰŁَمَّۧ Ű§Ù„ْŰ„ِنْŰłَŰ§Ù†ُ Ű„Ű°َۧ مَۧ ْۧۚŰȘَلَŰ§Ù‡ُ ۱َŰšُّهُ فَŰŁَكْ۱َمَهُ وَنَŰčَّمَهُ فَيَقُولُ ۱َŰšِّي ŰŁَكْ۱َمَنِ } { وَŰŁَمَّۧ Ű„Ű°َۧ مَۧ ْۧۚŰȘَلَŰ§Ù‡ُ فَقَŰŻَ۱َ Űčَلَيْهِ ۱ِŰČْقَهُ فَيَقُولُ ۱َŰšِّي ŰŁَهَŰ§Ù†َنِ } { كُلًّۧ }

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. Sekali-kali tidak (demikian).”
(QS. Al Fajr: 15-16)

Sebenarnya bukan demikian. Belum tentu orang yang diluaskan rezekinya, ia berarti dimuliakan. Sebaliknya orang yang disempitkan rezekinya, belum tentu ia dihinakan. Bahkan boleh jadi seseorang dilapangkan rezeki baginya hanya sebagai istidroj (agar ia semakin terlena dengan maksiatnya). Begitu pula boleh jadi seseorang disempitkan rezekinya untuk melindungi dirinya dari bahaya. Sedangkan jika ada orang yang soleh yang disempitkan rezekinya, boleh jadi itu kerana sebab dosa-dosa yang ia perbuat. Ulama' salaf ada mengatakan,

 “Seorang hamba boleh jadi terhalang rizki untuknya karena dosa yang ia perbuat.”

Dalam hadis Nabi s.a.w.bersabda,

مَنْ ŰŁَكْŰ«َ۱َ Ű§Ù„ِۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱َ ŰŹَŰčَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَ۱َŰŹًۧ وَمِنْ كُلِّ ۶ِيقٍ مَŰźْ۱َŰŹًۧ وَ۱َŰČَقَهُ مِنْ Ű­َيْŰ«ُ لَۧ يَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ

“Barang siapa yang memperbanyak beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka.”

Allah s.w.t.telah menjelaskan bahwa kebaikan itu akan menghapus keburukan, istighfar adalah sebab datangnya rezeki dan berbagai kenikmatan, sedangkan maksiat adalah sebab datangnya musibah dan berbagai kesulitan. (Kita dapat menyaksikan hal tersebut dalam ayat-ayat berikut ini).

Allah s.w.t. berfirman,

Ű§Ù„Ű± كِŰȘٌَۧۚ ŰŁُŰ­ْكِمَŰȘْ ŰąَيَۧŰȘُهُ Ű«ُمَّ فُŰ”ِّلَŰȘْ مِنْ لَŰŻُنْ Ű­َكِيمٍ ŰźَŰšِÙŠŰ±ٍ (1) ŰŁَلَّۧ ŰȘَŰčْŰšُŰŻُÙˆŰ§ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű„ِنَّنِي لَكُمْ مِنْهُ نَŰ°ِÙŠŰ±ٌ وَŰšَŰŽِÙŠŰ±ٌ (2) وَŰŁَنِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű«ُمَّ ŰȘُÙˆŰšُÙˆŰ§ Ű„ِلَيْهِ يُمَŰȘِّŰčْكُمْ مَŰȘَۧŰčًۧ Ű­َŰłَنًۧ Ű„ِلَى ŰŁَŰŹَلٍ مُŰłَمًّى وَيُŰ€ْŰȘِ كُلَّ Ű°ِي فَ۶ْلٍ فَ۶ْلَهُ

“Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa khabar gembira kepadamu daripada-Nya, dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya” 
(QS. Huud: 1-3)

فَقُلْŰȘُ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Űșَفَّۧ۱ًۧ (10) يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ (11) وَيُمْŰŻِŰŻْكُمْ ŰšِŰŁَمْوَŰ§Ù„ٍ وَŰšَنِينَ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŁَنْهَۧ۱ًۧ (12)

“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” 
(QS. Nuh: 10-12)

{ وَŰŁَنْ لَوِ ۧ۳ْŰȘَقَŰ§Ù…ُÙˆŰ§ Űčَلَى Ű§Ù„Ű·َّ۱ِيقَŰ©ِ لَŰŁَŰłْقَيْنَŰ§Ù‡ُمْ مَۧۥً ŰșَŰŻَقًۧ } { لِنَفْŰȘِنَهُمْ فِيهِ }

“Dan bahwasanya: jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak). Untuk Kami beri cobaan kepada mereka padanya.” 
(QS. Al Jin: 16-17)

وَلَوْ ŰŁَنَّ ŰŁَهْلَ Ű§Ù„ْقُ۱َى ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَۧŰȘَّقَوْۧ لَفَŰȘَŰ­ْنَۧ Űčَلَيْهِمْ Űšَ۱َكَۧŰȘٍ مِنَ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥِ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ وَلَكِنْ كَŰ°َّŰšُÙˆŰ§ فَŰŁَŰźَŰ°ْنَŰ§Ù‡ُمْ Űšِمَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَكْŰłِŰšُونَ

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”
(QS. Al A’rof: 96)

وَلَوْ ŰŁَنَّهُمْ ŰŁَقَŰ§Ù…ُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰȘَّوْ۱َۧ۩َ وَŰ§Ù„ْŰ„ِنْŰŹِيلَ وَمَۧ ŰŁُنْŰČِلَ Ű„Ù„َيْهِمْ مِنْ ۱َŰšِّهِمْ لَŰŁَكَلُÙˆŰ§ مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ ŰȘَŰ­ْŰȘِ ŰŁَ۱ْŰŹُلِهِمْ

“Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka.”
(QS. Al Maidah: 66)

وَمَۧ ŰŁَŰ”ََۧۚكُمْ مِنْ مُŰ”ِÙŠŰšَŰ©ٍ فَŰšِمَۧ كَŰłَŰšَŰȘْ ŰŁَيْŰŻِيكُمْ وَيَŰčْفُو Űčَنْ كَŰ«ِÙŠŰ±ٍ

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
(QS. Asy Syura: 30)

وَلَŰŠِنْ ŰŁَŰ°َقْنَۧ Ű§Ù„ْŰ„ِنْŰłَŰ§Ù†َ مِنَّۧ ۱َŰ­ْمَŰ©ً Ű«ُمَّ نَŰČَŰčْنَŰ§Ù‡َۧ مِنْهُ Ű„Ù†َّهُ لَيَŰŠُÙˆŰłٌ كَفُÙˆŰ±ٌ

“Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.”
(QS. Hud: 9)

مَۧ ŰŁَŰ”ََۧۚكَ مِنْ Ű­َŰłَنَŰ©ٍ فَمِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَمَۧ ŰŁَŰ”ََۧۚكَ مِنْ ŰłَيِّŰŠَŰ©ٍ فَمِنْ نَفْŰłِكَ

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” 
(QS. An Nisa’: 79)

{ فَŰŁَŰźَŰ°ْنَŰ§Ù‡ُمْ ŰšِŰ§Ù„ْŰšَŰŁْŰłَۧۥِ وَŰ§Ù„Ű¶َّ۱َّۧۥِ لَŰčَلَّهُمْ يَŰȘَ۶َ۱َّŰčُونَ } { فَلَوْلَۧ Ű„Ű°ْ ŰŹَۧۥَهُمْ ŰšَŰŁْŰłُنَۧ ŰȘَ۶َ۱َّŰčُÙˆŰ§ وَلَكِنْ قَŰłَŰȘْ قُلُÙˆŰšُهُمْ وَŰČَيَّنَ لَهُمُ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ مَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَŰčْمَلُونَ }

“Kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras, dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.”
(QS. Al An’am: 42-43)

Allah s.w.t. telah mengabarkan dalam kitabnya bahwa Dia akan menguji hamba-Nya dengan kebaikan atau dengan keburukan. Kebaikan yang dimaksud adalah nikmat dan keburukan adalah musibah. Ujian ini dimaksudkan agar hamba tersebut teruji sebagai hamba yang bersabar dan bersyukur. Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w. bersabda,

وََۧلَّŰ°ِي نَفْŰłِي ŰšِيَŰŻِهِ لَۧ يَقْ۶ِي Ű§Ù„Ù„َّهُ لِلْمُŰ€ْمِنِ قَ۶َۧۥً Ű„Ù„َّۧ كَŰ§Ù†َ Űźَيْ۱ًۧ لَهُ وَلَيْŰłَ Ű°َلِكَ لِŰŁَŰ­َŰŻِ Ű„Ù„َّۧ لِلْمُŰ€ْمِنِ Ű„Ù†ْ ŰŁَŰ”ََۧۚŰȘْهُ Űłَ۱َّۧۥُ ŰŽَكَ۱َ فَكَŰ§Ù†َ Űźَيْ۱ًۧ لَهُ وَŰ„ِنْ ŰŁَŰ”ََۧۚŰȘْهُ ۶َ۱َّۧۥُ Ű”َŰšَ۱َ فَكَŰ§Ù†َ Űźَيْ۱ًۧ لَهُ

“Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya. Allah tidaklah menetapkan bagi seorang mukmin suatu ketentuan melainkan itu baik baginya. Hal ini tidaklah mungkin kita jumpai kecuali pada seorang mukmin. Jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ia ditimpa suatu bahaya, ia bersabar, maka itu pun baik baginya.”

Demikian penjelasan dari Abul ‘Abbas Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam Majmu’ Al Fatawa (16/52-54). Semoga bermanfaat dan dapat sebagai penyejuk hati yang sedang gundah.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Hiasilah Akhlak Kita Dengan Sifat Warak

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap yang halal dan haram telah jelas dan nyata, tetapi di antara halal dan haram ada perkara-perkara syubhah. Sesiapa yang dapat menjauhi dari perkara syubahah maka ia telah menjaga agama dan kehormatan dirinya. Salah satu sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap Mukmin adalah sifat warak.

Jiwa seorang Mukmin sentiasa berhat-hati di dalam kehidupan di dunia ini, sentiasa peka dan sensitif kalau-kalau ada perbuatan, percakapan dan niat dihatinya yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah. Dia bukankan saja meninggalkan yang haram tetapi dia juga meninggalkan perkara-perkara yang makruh , syubhah dan boleh mendatangkan fitnah. 

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Seorang hamba tidak dapat mencapai tingkat muttaqin hingga ia meninggalkan apa-apa yang tidak berdosa kerana khuatir terjerumus pada apa-apa yang berdosa."
(Hadis Riwayat Tarmidzi)

Berdasarkah hadis di atas adalah merupakan ungkapan dan gambaran sifat warak. Sifat warak adalah sifat berhati-hati dalam menghindari larangan Allah s.w.t. Sifat ini amat jelas terdapat pada diri Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat baginda. Sikap warak pada masa itu telah menjadi suatu amalan yang di hayati oleh generasi awal. Sehingga kurun tersebut dianggap sebagai kurun terbaik dalam sejarah umat Islam. Apakah ciri-ciri atau panduan yang mereka guna dan amalkan sehingga mereka hidup subur dengan sifat tersebut?

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa panduan yang perlu kita amalkan supaya dapat kita memiliki sifat warak yang akan menghiasi akhlak kita.

1.Menghormati hak Allah s.w.t. :
Mengharamkan dan menghalalkan sesuatu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak boleh seseorang pun campur tangan dalam urusan-Nya. Sesungguhnya hanya hukum halal dan haram yang datang dari Al-Qur'an dan Sunnah Nabi s.a.w sahaja kita terima, dan menolak segala bentuk hukum yang datang dari ciptaan manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Ingat, setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ingat, larangan Allah ialah apa sahaja yang diharamkan-Nya."

2. Menghormati hak manusia : 
Islam datang untuk mengangkat kembali darjat manusia ketempat yang sewajarnya. Islam menjamin hak-hak manusia seperti hartanya, keturunannya, kehormatannya dan nyawanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Siapa yang mengambil hak orang lain walau sejengkal tanah, akan dikalungkan hingga tujuh petala bumi. Barangsiapa yang mengambil hak seorang Muslim dengan sumpah palsunya, maka Allah telah mewajibkan baginya Neraka dan mengharamkan baginya Syurga." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Menegakkan keadilan kepada diri sendiri dan orang lain : 
Allah s.w.t. memerentahkan manusia untuk berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri. Berlaku adil pada diri sendiri menyebabkan seseorang akan berlaku adil pada orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil kelak di sisi Allah di tempatkan di atas mimbar dan cahaya. Mereka itu ialah orang yang adil dalam menghukum terhadap keluarga dan apa sahaja yang diserahkan (diberi kuasa) kepada mereka."

4. Melangkah dengan ilmu pengetahuan : 
Seorang Muslim mesti mengetahui dan memahami tentang ketentuan dan larangan Allah s.w.t. terhadap mereka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, " Janganlah kamu mengikuti suatu hal yang kamu tiada memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, pengelihatan dan hati kamu semuanya akan di minta pertanggungjawabkannya." 
(Surah al-Isra' ayat 36)

5. Mengasah kepekaan hati :
Kepekaan hati untuk mengenal perkara yang hak dan batil di sebut sebagai 'furqan' (pembeza). Jiwa yang memiliki 'furqan' akan segera mengesan dan membezakan antara yang hak dan yang batil. Seseorang yang hatinya terasah dengan baik akan mempunyai perasaan yang kuat. Hatinya akan menjadi sensitif terhadap kebatilan dan amat peka dengan kebenaran. 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, " Al-Birr (kebaikan) itu adalah akhlak yang baik manakala dosa itu segala sesuatu yang terasa tidak tenang dalan hati serta dikhuatiri diketahui oleh orang lain." 
(Hadis Riwayat Muslim).

6. Muhasabah setiap saat : 
Manusia memiliki sifat khilaf, lupa dan lalai. Sering mereka melakukan kesalahan dan kesilapan terhadap diri sendiri dan orang lain tanpa mereka sedari. Melalui kebiasaan menghitung dan menghisap diri sendiri (muhasabah) mereka akan segera menyedari kesilapan dan kekhilafan. Malah segera memperbaikinya serta tidak mengulanginya lagi.

7. Mempertimbangkan nasihat orang lain : 
Seseorang yang warak akan sentiasa berterima kasih atas nasihat orang lain. Walaupun nasihat itu datangnya dan teguran itu datangnya dari pihak lawan. Nasihat ini adalah bahan dan 'ramuan' penting untuk kita muhasabah diri yang disediakan oleh suasan sekeliling.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Agama itu nasihat." Tanpa nasihat, Islam tidak akan tertegak sebagai ajaran dalam sebuah masyarakat Islam yang mementingkan iman dan akhlak Islam.

8. Memperhitungkan risiko diri dan keturunan : 
Seorang yang warak akan sentiasa takut terhadap akibat yang akan di tanggung hasil dari perbuatan dosanya. Samaada menimpa dirinya atau keturunannya.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah s.a.w. pernah mengambarkan bahawa seseorang yang tidak akan diterima do'a-do'anya kerana apa yang dipakai dan dimakannya berasal dari barang-barang yang haram.

9. Khuatir akan azab Allah di hari akhirat : 
Seseorang yang warak pasti merasa cemas apabila diingatkan tentang risiko yang akan ditanggungnya di akhirat. Ia cenderung merasa berat dalam memikul kewajipan dan tugas di dunia kerana khuatir tidak melaksanakannya dengan baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang kami serahkan tugas amal, lalu menyembunyikan sekecil jarum atau lebih maka ia berupa ghulul (penghianatan) yang akan dipikul pada hari kiyamat." mendengar kata-kata ini, tiba-tiba berdiri seorang Ansar yang berkulit hitam, lalu berkata : "Wahai Rasulullah, terimalah kembali tugas yang tuan serahkan kepadaku itu." "Mengapa?" tanya Rasulullah s.a.w. "Kerana aku mendengar tuan berkata bagini dan begini, 'Dan kini aku berkata, 'Siapa yang kami serahkan tugas amal harus menyerahkan semuanya, sedikit atau banyak. Maka apa yang diberikan kepadanya boleh diambil dan yang tidak hendaklah ditinggalkan."

Sahabatku,
Akhirkata kata perlulah diperhatikan beberapa ciri-ciri di atas yang boleh mendidik kita untuk mengasah dan memiliki sifat warak. Sifat warak sebenarnya boleh menghampirkan diri kita dengan Allah s.w.t. dan melengkapkan kita dengan akhlak Islam dan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.



Tuesday, June 15, 2010

Menjauhi Perkara Syubhah

"Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katany
"Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.

Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya.

Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." 

(Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)

PEMAHAMAN HADITH DAN PERTUNJUKNYA

Halal telahpun jelas dan haram juga telah jelas. Namun terdapat perkara-perkara yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya, seolah-olah ianya terletak di antara kedua-dua yang halal dan haram ini.

Imam An-Nawawi rahimullah telah berkata: "Maknanya; bahawa bagi semua perkara itu ia mengandungi tiga bahagian iaitu:

a. Halal itu jelas dan nyata, tidak tersembunyi akan kehalalannya seperti kehalalan memakan roti, berkata­kata, berjalan-jalan dan selainnya.

b. Haram itu juga jelas dan nyata seperti meminum arak dan berzina dan seumpama dengannya.

c. Adapun syubhah (mushtabihah), maknanya ialah ianya tidak jelas, iaitu tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya. Oleh sebab itu (tidak kejelasannya) maka ramai orang tidak mengetahuinya. Adapun sebaliknya, alim ulama mengetahui akan hukumnya berlandaskan nas dan qiyas. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya atau terjadi keraguan pada hukumnya sama ada ia halal atau haram justeru tidak ada nas menetapkannya dan tidak ada juga ijmak, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka menaskan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dalil-dalil yang berkaitan dengannya.

Dari sifat-sifat kewarakan, hendaklah ia meninggalkan semua perkara yang mengandungi unsur-unsur syubhah seumpama mu' amalah seseorang insan itu dengan hartanya yang mengandungi unsur-unsur syubhah atau hartanya bercampur dengan riba atau memperbanyakkan perkara-perkara yang mubah (diharuskan) namun meninggalkannya adalah lebih utama.

2. Perkara-perkara syubhah ini terbahagi kepada beberapa jenis: 
Ibnu Al-Mundzir telah membahagi-bahagikannya kepada tiga bahagian iaitu:

a. Sesuatu yang memangnya diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian beliau ragu-ragu (syak) tentangnya; Adakah ia tetap kekal dengan kehalalan­nya atau tidak? Justeru itu tidak halal baginya melakukan atau mengambil tindakan atas sesuatu itu melainkan ia benar-benar yakin akan kehalalannya. Seperti dua ekor kambing salah seekor dari kedua-­dua ekor kambing itu telah disembelih oleh penyembah berhala lalu kita ragu-ragu kambing yang mana satukah telah disembelih oleh penyembah berhala tersebut.

b. Dan sebaliknya, sesuatu perkara itu halal tetapi ragu­-ragu (syak) akan keharamannya: Seumpama seorang isteri yang ragu-ragu sama ada ia telah ditalak (telah gugur talak ke atasnya) atau belum. Begitu juga dengan hadas, ragu-ragu tentang selepas yakin akan wujudnya atau terhasil thaharah, maka tiada kesan keraguan padanya selepas yakin. Iaitu orang yang telah berwudhuk kemudian ragu-ragu sama ada ia masih berwuduk atau telah terbatal wuduknya, jika ia yakin masih ada wuduk, maka hukum ke atasnya bahawa ia masih berwuduk, justeru yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak.

c. Dan sesuatu yang sama-sama diragui akan keharaman­nya atau kehalalannya, maka yang lebih utama meninggalkan yang diragui itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya. Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Rasulullah s.a.w. yang telah bersabda (maksudnya):

"Sesungguhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku , kemudian aku mengambilnya untuk memakannya, namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya."

Jauhi Diri Daripada Sifat Sombong Dan Takabbur

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Perjalanan hidup sebagai seorang Muslim sebenarnya adalah suatu perjalanan seorang hamba kepada Penciptanya yang mengharapkan keredaan dan keberkatan-Nya. Mengorak langkah perjalanan ini akan menemukan kita dengan pelbagai persoalan dan permasalahan hidup. Persoalan mengenai pengabdian kita terhadap Pencipta dan permasalahan hidup sesama manusia. 
 
Antara sikap yang amat tidak digemari oleh manusia untuk dihadapi ialah sikap sombong atau takabbur. Walaupun sikap ini tidak menyebabkan kekurangan kepada diri orang lain secara fizikalnya, tetapi mengucapkan perkataan-perkataan yang berbaur ketakburan atau kesombongan menyebabkan orang yang mendengar merasa meluat, tersinggung dan panas hati. 
 
Apakah tanggapan agama terhadap sikap sombong atau takabbur? Adakah Islam amat memberi perhatian kepada sikap ini yang pada lahirnya tidak memberi kesan yang nyata kepada diri pelaku atau orang di sekeliling?
 
Ini seiring dengan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
"Allah s.w.t. berfirman bermaksud (di dalam Hadis Qudsi) : "Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi." 
 
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia? Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina. 
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan makhluk." 
 
Perkara-perkara yang biasanya menjadi bahan kesombongan atau ketakabburan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Ihya Ulumuddin (tulisan Imam Al-Ghazali) ada tujuh perkara, iaitu ilmu pengetahuan, amalan dan peribadatan, keturunan, keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal, harta kekayaan, kekuatan fizikal dan kuasa atau pengaruh. 


1) Dalam aspek ilmu pengetahuan.
 Lazimnya kesombongan itu berlaku apabila seseorang itu telah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat tentang ilmu yang ada padanya lantas dia menganggap bahawa orang lain itu bodoh dan jahil .



Sebaliknya, haruslah disedari bahawa menuntut ilmu pengetahuan bagi seorang muslim sebenarnya adalah untuk membawa diri dan jiwanya kepada suatu keinsafan tentang kedudukannya sebagai seorang hamba dan kedudukan Tuhannya sebagai Pencipta. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya seharusnya akan menambahkan lagi nilai ketakwaan kepada Allah s.w.t.


Firman Allah yang bermaksud :
"Bahawasanya yang dapat merasakan takut kepada Allah dari golongan hamba-hamba-Nya itu ialah alim ulama" 


2) Amalan dan peribadatan.
 Memang tidak dinafikan, apabila masyarakat mengiktiraf seseorang itu sebagai orang warak dan bertakwa, bagi mereka yang sombong dan takabbur, dia akan mengira-ngira dia telah banyak melakukan amal ibadat. Dia akan mengharapkan agar dia diberi keutamaan dalam majlis-majlis tertentu, diraikan dan diberi puji-pujian oleh masyarakat.


3) Keturunan atau salasilah.
Tanpa sedar, manusia lazimnya akan berbangga dengan keturunan mereka seperti daripada kerabat diraja, bangsawan , keturunan syed/syarifah dan sebagainya. 


Perasaan ini secara tanpa sedar juga pernah dialami oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w., yakni Abu Dzar. Beliau berkata;



"Pada suatu hari, ketika aku berada di hadapan Rasulullah s.a.w., datanglah seorang yang berkulit hitam. Lantas saya menyapanya, "Hai anak orang hitam" Apabila Rasulullah s.a.w. terdengar sahaja aku menyebut anak orang hitam, baginda menempelakku dengan mengatakan; 'Hai Abu Dzar, tidak ada kelebihan bagi seseorang yang berketurunan kulit putih di atas orang yang berketurunan kulit hitam. 'Alangkah menyesalnya aku apabila telah terlanjur mengucapkannya. Lalu akupun membaringkan tubuhku dan berkata kepada orang tersebut; Nah saudara, pijaklah pipiku ini." 



4) Kecantikan atau ketampanan.
Kesombongan atas sebab ini amat mudah untuk diterima oleh sesiapa sahaja. Suatu anugerah yang Allah berikan sejak dari manusia dilahirkan. Orang yang cantik atau tampan mudah sahaja menjadi tumpuan orang-orang yang berada di sekelilingnya terutama seleberiti dan artis. Seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat, sudah pasti amat mudah merasa bangga dan sombong dengan apa yang ada padanya.


5) Kekayaan harta .
Kesombongan amat mudah berlaku di kalangan mereka yang berada dan kaya seperti golongan koperat, jutawan dan ahli perniagaan. Contoh yang paling nyata adalah kekayaan Qarun dizaman Nabi Musa a.s. berlagak sombong dan takabbur, enggan membayar zakat dan memfitnah Nabi Musa a.s.


Nama Qarun diulang sebanyak empat kali dalam Al-Quran, dua kali dalam surah al-Qashash, satu kali dalam surah al-Ankabut, dan satu kali dalam surah al-Mu'min. Penyebutan dalam surah al-Ankabut pada pembahasan singkat tentang pendustaan oleh tiga orang sombong iaitu Qarun, Fir'aun, dan Haman, lalu Allah menghancurkan mereka.



"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu)."



Firman Allah s.w.t yang bermaksud :"Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau itu tiada dapat menembusi bumi dan tidak akan engkau sampai setinggi gunung."
(Surah Al-Isra' :37) 


6) Kekuatan dan keperkasaan tubuh.
Manusia amat mudah merasa amat bangga dan sombong apabila memiliki tubuh yang kuat dan perkasa. Kelebihan yang dimilikinya kadang-kadang menjadi bahan untuk mengancam orang lain yang lebih lemah. Atau untuk memaksa orang-orang yang lebih lemah menuruti kemahuannya. 


Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya pada waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua itu ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia mampu untuk membalasnya." 



7) Pengaruh dan kuasa .
Manakala perkara yang terakhir sekali yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali sebagai perkara yang boleh menimbulkan kesombongan ialah pengaruh ataupun kuasa. 

Pemimpin yang tertipu dengan perasaannya, walau di peringkat mana sekalipun kepimpinannya akan merasa bahawa dirinya sudah cukup hebat berbanding orang lain. 

Sahabat yang dikasihi,
Kesombongan atau takabbur merupakan suatu perasaan yang apabila ia timbul dan tidak dikendalikan dengan baik dan penuh keinsafan, akan menjadikan pemiliknya amat kerugian. 


Ini kerana sikap ini mampu menjadi penghalang bagi seseorang untuk ditempatkan di dalam Syurga, disebabkan sifat ini menjadi pemisah antara seseorang dengan akhlak dan budi pekerti kaum Mukmin keseluruhannya. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, takabbur atau sombong adalah rasa tinggi diri berbanding dengan orang lain. Seseorang yang memiliki sifat ini sudah pasti tidak mempunyai perasaan menyayangi saudara mukminnya yang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.



Orang yang sombong juga tidak akan dapat meninggalkan perasaan dendam, memberi nasihat kepada saudara Muslim yang lain secara jujur atau ikhlas dan tidak dapat melaksanakan budi pekerti yang baik.


Maka kita sewajarnya sama-sama menginsafi bahawa keagungan, kehebatan dan sifat sombong itu hanya dimiliki oleh Allah. Dan bagi manusia, sifat sombong atau takabbur sebaik-baiknya dengan dengan sifat tawaddhu'. Sifat tawaddhu' adalah sifat rendah diri dan menginsafi diri bahawa manusia itu perlu sentiasa berada di bawah ketundukan dan ketaat kepada Allah s.w.t. Sifat inilah sebenarnya yang mengangkat darjat manusia di sisi Allah s.w.t.




Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Barang siapa bertawaddhu' kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."