"Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katany
"Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.
Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya.
Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."
(Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)
PEMAHAMAN HADITH DAN PERTUNJUKNYA
Halal telahpun jelas dan haram juga telah jelas. Namun terdapat perkara-perkara yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya, seolah-olah ianya terletak di antara kedua-dua yang halal dan haram ini.
Imam An-Nawawi rahimullah telah berkata: "Maknanya; bahawa bagi semua perkara itu ia mengandungi tiga bahagian iaitu:
a. Halal itu jelas dan nyata, tidak tersembunyi akan kehalalannya seperti kehalalan memakan roti, berkatakata, berjalan-jalan dan selainnya.
b. Haram itu juga jelas dan nyata seperti meminum arak dan berzina dan seumpama dengannya.
c. Adapun syubhah (mushtabihah), maknanya ialah ianya tidak jelas, iaitu tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya. Oleh sebab itu (tidak kejelasannya) maka ramai orang tidak mengetahuinya. Adapun sebaliknya, alim ulama mengetahui akan hukumnya berlandaskan nas dan qiyas. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya atau terjadi keraguan pada hukumnya sama ada ia halal atau haram justeru tidak ada nas menetapkannya dan tidak ada juga ijmak, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka menaskan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dalil-dalil yang berkaitan dengannya.
Dari sifat-sifat kewarakan, hendaklah ia meninggalkan semua perkara yang mengandungi unsur-unsur syubhah seumpama mu' amalah seseorang insan itu dengan hartanya yang mengandungi unsur-unsur syubhah atau hartanya bercampur dengan riba atau memperbanyakkan perkara-perkara yang mubah (diharuskan) namun meninggalkannya adalah lebih utama.

2. Perkara-perkara syubhah ini terbahagi kepada beberapa jenis:
Ibnu Al-Mundzir telah membahagi-bahagikannya kepada tiga bahagian iaitu:
a. Sesuatu yang memangnya diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian beliau ragu-ragu (syak) tentangnya; Adakah ia tetap kekal dengan kehalalannya atau tidak? Justeru itu tidak halal baginya melakukan atau mengambil tindakan atas sesuatu itu melainkan ia benar-benar yakin akan kehalalannya. Seperti dua ekor kambing salah seekor dari kedua-dua ekor kambing itu telah disembelih oleh penyembah berhala lalu kita ragu-ragu kambing yang mana satukah telah disembelih oleh penyembah berhala tersebut.
b. Dan sebaliknya, sesuatu perkara itu halal tetapi ragu-ragu (syak) akan keharamannya: Seumpama seorang isteri yang ragu-ragu sama ada ia telah ditalak (telah gugur talak ke atasnya) atau belum. Begitu juga dengan hadas, ragu-ragu tentang selepas yakin akan wujudnya atau terhasil thaharah, maka tiada kesan keraguan padanya selepas yakin. Iaitu orang yang telah berwudhuk kemudian ragu-ragu sama ada ia masih berwuduk atau telah terbatal wuduknya, jika ia yakin masih ada wuduk, maka hukum ke atasnya bahawa ia masih berwuduk, justeru yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak.
c. Dan sesuatu yang sama-sama diragui akan keharamannya atau kehalalannya, maka yang lebih utama meninggalkan yang diragui itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya. Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Rasulullah s.a.w. yang telah bersabda (maksudnya):
"Sesungguhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku , kemudian aku mengambilnya untuk memakannya, namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya."
No comments:
Post a Comment