Saturday, February 4, 2012

Penyakit Psikiatri Boleh Di Atasi Dengan Kembali Kepada Islam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Penyakit mental atau psikitari adalah satu penyakit yang merbahaya jika tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana jika dibiarkan hingga tidak terkawal boleh menjadikan seseorang akan hilang ingatan dan akan bertindak membahayakan dirinya sendiri dan orang lain yang berada disekitarnya.

Mengikut tinjauan Persatuan Psikiatri Malaysia (Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011) Dr. Abd Kadir Abu Bakar dalam Utusan Malaysia Sabtu 4 Januari 2011, beliau menyatakan sebanyak 12% rakyat Malaysia berumur di antara 18-60 tahun mengalami penyakit mental (setiap 6 orang rakyat Malaysia 1 orang mengalami penyakit tersebut). Jumlah pesakit wanita dua kali ganda daripada pesakit lelaki. Kebanyakkan wanita mengalami penyakit tersebut disebabkan masaalah rumahtangga iaitu masaalah dengan suami dan anak-anak, manakala lelaki pula disebabkan kemalangan jalanraya yang menyebabkan berlaku kecerederaan pada otak dan pengambilan dadah. Di seluruh negara terdapat 45 Jabatan Psikiatri dan 4 Hospital Mental.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika fakta di atas 12% menjadikan ukuran untuk kita menilai kedudukan penyakit mental yang berlaku di negara kita, maka peratus tersebut cukup tinggi dan ianya menjadi penyakit yang serius melanda negara kita. Hakikat sebenarnya punca utama menyebabkan berlakunya penyakit ini adalah kerana perasaan kecewa, hati yang tidak tenang dan jiwa yang telah terputus hubungan dengan Allah SWT dan sikap mudah putus asa dan tidak redha dengan ketentuan qadak dan qadar.

Orang mukmin tidak akan mudah berputus asa dengan rahmat Allah SWT, walau bagimana sukar sekali pun dalam hidup ini masih ada penyelesaiannya yang disediakan oleh Islam .

Hati dan jiwa yang sihat menyebabkan fikiran menjadi tenang dan tidak berlaku kemurungan. Hati dan jiwa yang sihat, tidak berpenyakit akan memancarkan sinar kebahagiaan pada dirinya, kerana itulah kita melihat orang yang hatinya sihat akan sentiasa tenang, bahagia, ceria tidak stres, sebagaimana orang yang tubuhnya sihat akan sentiasa gembira, aktif dan bahagia. Itulah yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah SWT :

Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَŰȘَŰ·ْمَŰŠِنُّ قُلُÙˆŰšُهُمْ ŰšِŰ°ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَلَۧ ŰšِŰ°ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰ·ْمَŰŠِنُّ Ű§Ù„ْقُلُÙˆŰšُ

Maksudnya : "Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Sabda Rasulullah SAW :

Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Űčۏۚۧ Ù„ŰŁÙ…Ű± Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù† Ű„Ù† ŰŁÙ…Ű±Ù‡ كله ŰźÙŠŰ± Ű„Ù† ۣ۔ۧۚŰȘه ۳۱ۧۥ ŰŽÙƒŰ± ÙÙƒŰ§Ù† ŰźÙŠŰ±Ű§ له ÙˆŰ„Ù† ۣ۔ۧۚŰȘه ۶۱ۧۥ ۔ۚ۱ ÙˆÙƒŰ§Ù† ŰźÙŠŰ±Ű§ له ÙˆÙ„ÙŠŰł Ű°Ù„Ùƒ Ù„ŰŁŰ­ŰŻ Ű„Ù„Ű§ Ù„Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†.

Maksudnya; "Sungguh menghairankan urusan orang beriman, semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman." (Hadis Riwayat Muslim)

Sebaliknya orang yang hati dan jiwanya sakit, akan sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, hidupnya tidak pernah bahagia bahkan sentiasa stres dan tertekan. Keadaan ini disebabkan penyakit yang ada dalam hati mereka.

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Masud, salah seorang sahabat utama Rasulullah SAW. Dia mengeluh: "Wahai Ibnu Masud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tidak berselera, tidur pun tidak nyenyak. Ibnu Masud menjawab : "Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu :

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah."

Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu. Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah SAW  itu.

Sahabat yang dihormati,
Untuk para wanita yang bermasaalah dalam rumahtangga mereka maka amalakanlah petua ini supaya kemurungan, kerisauan dan kegelisahan dapat di atasi untuk mengelakkan penyakit psikiatri berlaku :

1. Banyakkan beristighfar dan hubungkan hati dengan Allah SWT dengan berzikir kalimah LA HAULA WA QUWWA ILLA BILLAH

Rasulullah SAW bersabda :“Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu”  (yang bermaksud:“Siapa yang mengucapkan 'La Haula Wala Quwwata illa billah,' maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”). (Hadis Riwayat Tabrani)

2.  Banyakkan bersabar dan yakinlah janji Allah SWT bahawa Dia akan memberikan pahala yang besar kepada wanita yang sabar di atas keburukan suaminya.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, “... isteri yang sabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberi balasan pahala seperti yang diberikan-Nya kepada Asiah, isteri Firaun.”

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

3. Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud : "...boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisa, ayat 19).

Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT dan solat hajat supaya Dia memberi taufik dan hidayahnya kepada suami atau anak-anak supaya kembali mentaati Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya. Yakinlah janji Allah SWT setiap kesusahan ada kebahagiaan dan kesenangan.

4. Wanita perlu ingat bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah di dunia ini tetapi kebahagiaan sebenar adalah di hari akhirat apabila diizinkan oleh Allah SWT untuk memasuki syurga. Jika terdapat kesusahan yang  sedikit ketika mengharugi kehidupan berumahtangga maka banyakkan bersabar. Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Nabi SAW yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya."(Riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini perlu dijadikan motivasi untuk lebih tenang dan tidak berlaku kekecewaan.

5. Jika wanita merasa kecewa dan sedih apabila suaminya berpoligami, ingatlah bahawa suami kalian bukanlah hak kalian seorang kerana Islam membenarkan seorang lelaki yang berkemapuan untuk berpoligami hingga empat isteri. Jika suami tidak adil maka dia akan berjalan sengit dihari akhirat nanti. Tidak perlu tamak untuk meraih kasih sayang suami dan perlu redha berkongsi kasih sayang dengan madu yang lain kerana dunai ini bukan segala-galanya.

Seorang suami akan ditanya jika isterinya tidak memutup aurat dan melakukan maksiat kerana suami bertanggungjawab mendidik dan membimbing isterinya kejalan Allah SWT tetapi seorang isteri tidak bertanggungjawab sekiranya suaminya derhaka kepada Allah SWT cuma isteri perlu memberi nasihat yang baik sahaja. Isteri masih berpeluang memasuki syurga tanpa suami (jika suaminya melakukan dosa-dosa besar) sebaliknya suami belum tentu dapat memasuki syurga jika di dunia dia biarkan isterinya tanpa didikan dan asuhannya walaupun amalannya melayakkan dia memasuki syurga.

6. Banyakkan membaca al-Quran dan mengingati kematian akan mengubati penyakit hati dan akan menjadi wanita solehah kerana takut azab Allah SWT dan seksaan di hari akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kita bersihkan hati dan jiwa kita dengan banyak mengingati Allah SWT, beristighfar, membaca al-Quran , berzikir kepada Allah SWT dan mengingati kematian . Dan anggaplah kesusahan di dunia ini dan segala masaalah yang kita hadapi seharian adalah perkara kecil dan jangan difikir-fikirkan keterlauan hingga menyebabkan boleh mendatangkan penyaki psikiatri(mental). Orang mukmin hatinya sentiasa tenang dan berbahagia kerana amalan-amalannya di dunia ini tidak sia-sia akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT  di akhirat nanti. Jika dia bersyukur di atas nikmat Allah SWT  maka akan mendapat pahala dan jika dia bersabar di atas kesusahan juga mendapat pahala.





Friday, February 3, 2012

Syaikhul Azhar: Sikap Moderat Ikhwan Menjadikan Mesir Maju


Kirim Print

Salah Seorang Anggota Perlimen Perancis Menyerahkan Kenang-Kenangan pada Syaikhul Azhar

Kahirah, Mesir, Syaikhul Azhar Asy-Syarif, Dr. Ahmad Ath-Thayyib menegaskan bahawa tidak perlu ada kekhawatiran terhadap naiknya Ikhwanul Muslimin ke tampuk kekuasaan, kerana parti mereka –Hizbul Hurriyah wal Adalah- sangat demokratis, mereka telah menandatangani Piagam yang dibuat Al-Azhar, dan mereka sekarang memainkan peranan  yang hebat di parlimen.

Beliau menambahkan bahawa: “Ikhwan sekarang dalam ujian yang sukar dan saya berharap mereka boleh menghadapinya dengan berhasil dan mampu mengembalikan kejayaan dan kemajuan Mesir. Saya yakin mereka akan berhasil melalaui ujian ini kerana sikap moderat dan bijak mereka –wasathiyah wa i’tidal-.”

Beliau menjelaskan itu pada hari Isnin, 30 Januari 2012, semasa bertemu dengan Dr. Hazim Al-Bablawi, Menteri Kewangan sebelumnya dan enam anggota perlimen dari Perancis, begitu juga Dubes Perancis untuk Mesir menyertai mereka.

Beliau juga menjelaskan kedudukan dan peranan Al-Azhar sebagai pusat bagi jiwa, roh dan agama  umat. Al-Azhar berubah semenjak dua tahun ini, sebelum dan setelah revolusi, kerana adanya perubahan pemikiran dan pembaharuan misi Al-Azhar berkait negara Mesir, Dunia Arab dan Umat Islam, begitu juga dunia antarabangsa. 

Perubahan itu terangkum dalam: “Meletakkan pondasi pemikiran agama yang moderat dan adil, dan meletakkan pondasi berasaskan demokrasi dan kebebasan yang mengantarkan pada kedamaian sosial untuk kepentingan umum tanpa ada pembedaan dan diskriminasi.”

Beliau melihat bahawa: “Allah SWT telah memberi taufik kepada kami, terutama pasca revolusi penuh berkah untuk mewujudkan semua tujuan-tujuan kejayaan, pada level negara, Dunia Arab, Dunia Islam dan dunia antarabangsa. Beliau memberi contoh, “Rumah Keluarga” di bawah Al-Azhar, bekerja untuk mengembalikan semangat persaudaraan, cinta-kasih di antara anak bangsa yang satu dengan cara natural, tidak dengan paksaan. Sebagaimana juga Al-Azhar bekerja dengan sepenuh kesungguhan untuk menghimpun semua kekuatan politik, intelektual, dan pemuda revolusi, guna sampai pada masa depan yang menjanjikan bagi Mesir pasca revolusi. Dan kami telah sampai pada hasil yang saya yakin kalian telah melihat dan merasakannya.

Beliau mengatakan: “Dalam percaturan Dunia Arab dan Dunia Islam, Al-Azhar menjalankan kewajibannya dalam bentuk perhatian yang besar terhadap ragam permasalam dunia Arab dan dunia Islam, terutama Negara-negara yang sekarang ini mengalami ‘Musim Semi’ Dunia Arab.

Dalam percaturan Dunia antarabangsa, Al-Azhar bekerja dengan sepenuh kekuatan untuk menyebarkan semangat menghormati antar ragam peradaban yang ada. Di sini Al-Azhar menghadapi banyak sekali rintangan, terutama standar ganda Barat terhadap permasalahan Palestin.

Menjawab pertanyaan salah satu anggota parlimen mengenai peranan Al-Azhar sekarang ini. Beliau menjawab: “Revolusi 25 Januari mengantarkan kepada kami kebebasan. Maka segera Al-Azhar merumuskan dasar-dasar yang sangat vital –Piagam- guna mencerdaskan dan mengarahkan umat dalam kematangan berpikir yang bersesuaian dengan bangsa Mesir yang maju. Alhamdulillah, sebagian besar kekuatan politik, intelektual, tokoh agama dan gerakan pemuda ‘Pemuda Revolusi’, mereka semua sepakat dengan Piagam ini, mereka semua menandatanganinya, begitu juga umat menerima secara positif.

Syaikhul Azhar menghormati pilihan rakyat dalam pilihanraya yang lalu, kerana masyarakat Mesir terbuka dan  tidak mudah terprovokasi. Dan saudara kami, Hizbul Hurriyah wal Adalah dan Hizbun Nur, juga kekuatan politik yang ada memiliki tanggung jawab, dan rakyat akan mengawal, tentu setelah muraqabutullah terhadap mereka.

Bersangkut paut dengan memateri Kedua Undang-Undang yang ada, beliau mengatakan: “Materi ini perlu digaris merahi, ini sangat penting, kerana mencerminkan kehendak dan peradaban bangsa Mesir. Ini adalah ciri khas yang hendaknya semua pihak menghormatinya, kerana syariat Islam adalah Rahmatan Lil ‘Aalamin; kasih-sayang bagi muslim dan non muslim.”

Beliau menambahkan bahawa negara Islam menjamin hak-hak bukan Islam, terutama permasalahan warisan. Saya selaku pribadi, ketika menjadi mufti di Daarul Ifta’, banyak sekali warga negara penganut Nasrani yang mengadukan ke saya meminta fatwa terkait dengan harta warisan.

Berhubung pertanyaan tentang agama-agama yang ada, beliau menjawab: “Ketika kita berbicara agama-agama di Mesir, berarti kita berbicara tentang Tiga Agama Samawi saja, dan ini yang termasyur di Mesir.”

Menjawab pertanyaan atas kemenangan kelompok Islam dalam pilihanraya, beliau menjawab: “Rakyat Mesir telah mencoba semua sistem dan pemerintahan yang ada sebelumnya. Telah pudar dan habis kepercayaan mereka terhadap rejim yang zalim lagi korup yang dibelakangnya disokong oleh Barat, oleh kerana itu rakyat Mesir menjatuhkan pilihannya pada parti-parti Islam, kerana mereka lebih banyak sesuai dengan kehendak dan harapan mereka, sehingga parti-parti Islam meraih kepercayaan.”

Menjawab pertanyaan tentang Gerakan Hamas, beliau menjawab: “Bahawa entitas Zionis itu dogmatis, mereka tidak menginginkan perdamaian sejati, bahkan saya mengira bahwa mereka selalu berbohong dalam setiap dakwaan mereka bahawa mereka mensepakati pendirian dua negara secara damai. Sangat disayangkan, Barat selalu mendukung entitas Zionis dengan segenap kekuatannya. Namun, sejarah telah mengajarkan kepada kita, bahawa kezaliman tidak akan lama kekal di muka bumi, ia pasti akan hancur. Saya katakan menjawab pertanyaan salah satu di antara kalian tentang peran Hamas dalam perdamaian ini; bahawa Barat menghendaki dibukanya kembali dialog dengan semua komponen yang ada, termasuk dengan Hamas. Ya, dialog harus melibatkan semua komponen, tidak boleh ada yang tidak diikutsertakan, kerana politik "belah-bambu" tidak akan membawa manfaat selamanya.”

Terkait hubungan Al-Azhar dan Vatikan, beliau menjawab: “Hubungan kami dengan Vatikan sebelum ini, terutama pada masa Paus Yohanes Paus Kedua baik, sampai umat Islam dikejutkan dengan pernyataan  dari pihak pimpinan Vatikan periode ini yang kasar yang tidak boleh tolerensi. Kami menahan diri untuk tidak membalas pernyataan tersebut, namun kami melihat para pimpinan Vatikan tetap pada pernyataannya, oleh kerana itu kami putus hubungan ini sampai Paus meminta maaf. 


31/1/2012 | 7 Rabbi al-Awwal 1433 H 
Oleh: Abu Ghozzah

Allah SWT Memberi Rahmat dan Kebaikan Terhadap Tujuh Peringkat Umur Orang Mukmin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berkata Utsman bin Affan r.a. bahawasanya Nabi SAW  bersabda: “Allah telah berfirman:

Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: gila, kusta dan sopak.

Dan apabila ia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan.

Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan mendorongnya agar suka bertaubat.

Dan apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku jadikannya dicintai oleh para malaikat.

Dan apabila ia mencapai usia delapan puluh tahun Aku akan catatkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya.

Dan apabila ia mencapai usia sembilan puluh tahun, akan berkatalah para malaikat: 'Orang ini sebagai tawanan Allah di bumi-Nya, maka diampunkanlah segala dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan.

Dan apabila dia mencapai usia lanjut, Allah mencatatkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sehat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatatkan atasnya lagi.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi - Hadis Qudsi)

Huraiannya :

Berdasarkan hadis Qudsi tersebut di atas, Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya semakin meningkat usia seseorang hamba-Nya akan diberikan-Nya banyak kebaikan, rahmat dan pengampunan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Abdul Rahman bin Abi Bakraah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam katanya: Wahai Rasulullah, manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah, siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya, pemuda itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya". (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Terdapat 7 peringkat umur seseorang yang akan diberikan kebaikan dan rahmat oleh Allah SWT :

Pertama : Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: gila, kusta dan sopak.

Ketika hamba-Nya berusia 40 tahun maka Dia akan menjauhkan daripada 3 penyakit iaitu gila, kusta dan sopak. Ketiga-tiga penyakit ini adalah penyakit merbahaya dan kronik.

Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah SWT. yang bermaksud :
"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

Kedua : Dan apabila ia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan.

 Apakah maksud hisab yang ringan?

Dari 'Aisyah r.a. katanya: Aku dengar Rasulullah SAW berdoa di dalam sesetengah solatnya: "Ya Tuhanku, hisabkan aku dengan hisab yang mudah dan ringan." Apabila baginda selesai aku pun bertanya: "Ya Rasulullah, apakah hisab yang mudah dan ringan itu?" Jawab baginda :  "Dilihat sahaja buku amalannya dimaafkannya. Wahai 'Aisyah! Barang siapa yang dihisab dengan halus pada hari itu akan dibinasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Ketiga : Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan mendorongnya agar suka bertaubat.

Apabila seorang hamba terdorong untuk bertaubat dan beristighfar maka ini adalah satu rahmat Allah SWT kerana bertaubat akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

 Rasulullah SAW berdoa:"‘Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, sedangkan aku adalah hamba-Mu dan aku berada di atas perjanjian-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan perbuatanku. Aku mengakui nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku, karena tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (Hadis riwayat Bukhari)

Keempat : Dan apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku jadikannya dicintai oleh para malaikat.

Malaikat adalah hamba Allah SWT yang tidak mempunyai dosa. Malaikat diciptakan hanya untuk beribadah dan berzikir kepada Allah SWT. Apabila seseorang hamba mendapat doa para malaikat dan di cintai malaikat ini bermakna mereka adalah orang yang di cintai oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya :  "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (Surah  Al-Anbiyaa' ayat 26-28)

Salah satu amalan yang mendapat doa para malaikat adalah sentiasa berada ditempat solat dan tidak batal wuduk.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' " (Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a., Al-Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

Kelima : Dan apabila ia mencapai usia delapan puluh tahun Aku akan catatkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya.

Biasanya jika seseorang sudah menjangkau umur 80 tahun akan memberi tumpuan kepada amal ibadah dan amal soleh semata-mata. Sudah tidak ada keinginan untuk melakukan dosa dan maksiat. Dorongan untuk melakukan kebaikan, bertaubat dan istiqamah dengan Islam adalah taufik dan hidayah daripada Allah SWT. Sebaliknya jika ada orang yang telah berumur 80 tahun keatas (bekas pemimpin) di dalam masyarakat kita tetapi masih tidak mahu bertaubat, masih membuat fitnah dan sibuk dengan hal-hal dunia (cinta dunia) ini adalah tanda bala dan kemurkaan Allah SWT kepadanya.

Keenam : Dan apabila ia mencapai usia sembilan puluh tahun, akan berkatalah para malaikat: 'Orang ini sebagai tawanan Allah di bumi-Nya, maka diampunkanlah segala dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan.

Tidak ada kebaikan yang dimiliki oleh seorang anak Adam melainkan apabila dia mendapat keampunan daripada Allah SWT terhadap dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian. dan mendapat syafaat dihari akhirat nanti.

Ketujuh : Dan apabila dia mencapai usia lanjut, Allah mencatatkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sehat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatatkan atasnya lagi.

Seorang anak Adam yang telah sampai usia lanjut biasanya akan menjadi nyanyuk dan fikirannya kembali seperti anak kecil. Ketika inilah rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada para hamba-Nya. Allah SWT akan mencatatkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sehat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatatkan atasnya lagi.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita dan menggunakan sebaik mungkin masa dan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT. Buatlah sebanyak mugkin amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semasa kita diberikan sihat dan masa lapang. Jika dipanjangkan umur dengan kebaikan maka ini adalah satu anugrah Allah SWT kepada kita dan bersyukurlah. Kita bermohon kepada Allah SWT supaya  dijauhi daripada umur yang panjang tetapi sentiasa melakukan dosa dan maksiat. Ingatlah setiap saat umur kita akan dihisab oleh Allah SWT kemana kita habiskannya samaada untuk kebaikan atau untuk melakukan kederhakaan kepada-Nya.





Thursday, February 2, 2012

Orang Mukmin Sentiasa Tenang Menghadapi Kesusahan Hidup

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.

Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan satu masaalah yang ramai dihadapi oleh manusia ianya memberi kesan kepada personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Ramai manusia mengalami tekanan jiwa dan mental jika tidak diurus dengan sempurna boleh mendatangkan sakit jiwa dan gangguan pemikiran .

Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Di tambah pula dengan masalah kesihatan yang dihadapi, masaalah dengan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara-mara, , sahabat-sahabat dalam organisasi dan lain-lain lagi. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan di tempat kerjanya dan dengan keluarganya. Sifat sabar sudah bertukar menjadi panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masaalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.

Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, mendera pembantu rumah dan sebagainya.

Sebagai seorang mukmin, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.

Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang mukmin dengan ketakwaannya kepada Allah SWT., memiliki kebahagiaan yang hakiki dalam hatinya, maka masaalah apapun yang dihadapinya di dunia ini tidak membuatnya mengeluh atau berdukacita, apalagi berputus asa. Hal ini disebabkan kerana keimanannya yang kuat kepada Allah SWT sehingga membuat dia yakin bahawa apapun ketetapan yang Allah SWT. berikan untuk dirinya maka itulah yang terbaik baginya. Dengan keyakinannya ini Allah SWT. akan memberikan balasan kebaikan baginya berupa ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya. Inilah yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya,

مَۧ ŰŁَŰ”ََۧۚ مِنْ مُŰ”ِÙŠŰšَŰ©ٍ Ű„ِلَّۧ ŰšِŰ„ِŰ°ْنِ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَمَنْ يُŰ€ْمِنْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ يَهْŰŻِ قَلْŰšَهُ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ Űšِكُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ Űčَلِيمٌ

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah At Taghaabun ayat 11)

Ibnu Katsir mengatakan, “Makna ayat ini: seseorang yang ditimpa musibah dan dia meyakini bahawa musibah tersebut merupakan ketentuan dan takdir Allah, sehingga dia bersabar dan mengharapkan (balasan pahala dari Allah), disertai (perasaan) tunduk berserah diri kepada ketentuan Allah tersebut, maka Allah akan memberikan petunjuk ke (dalam) hatinya dan menggantikan musibah dunia yang menimpanya dengan petunjuk dan keyakinan yang benar dalam hatinya, bahkan boleh jadi Dia akan menggantikan apa yang hilang darinya dengan yang lebih baik baginya.”
(Tafsir Ibnu Katsir, 8/137)

Inilah sikap seorang mukmin dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Meskipun Allah SWT dengan hikmah-Nya yang Maha sempurna telah menetapkan bahawa musibah itu akan menimpa semua manusia, baik orang yang beriman maupun orang kafir, akan tetapi orang yang beriman memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang kafir, iaitu ketabahan dan pengharapan pahala dari Allah SWT. dalam mengahadapi musibah tersebut. Tentu sahaja semua ini akan semakin meringankan beratnya musibah tersebut bagi seorang mukmin.

Dalam menjelaskan hikmah yang agung ini, Ibnul Qayyim mengatakan, “Sesungguhnya semua (musibah) yang menimpa orang-orang yang beriman dalam (menjalankan agama) Allah senantiasa disertai dengan sikap redha dan ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Orang mukmin pegangan mereka adalah sikap sabar dan ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Ini (semua) akan meringankan beratnya beban musibah tersebut. Kerana setiap kali mereka menyaksikan (mengingat) balasan (kebaikan) tersebut, akan terasa ringan bagi mereka menghadapi kesusahan dan musibah tersebut. Adapun orang-orang kafir, maka mereka tidak memiliki sikap redha dan tidak pula ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Kalaupun mereka bersabar (menahan diri), maka (tidak lebih) seperti kesabaran hewan-hewan (ketika mengalami kesusahan). Sungguh Allah telah mengingatkan hal ini dalam firman-Nya,

وَÙ„Ű§ ŰȘَهِنُÙˆŰ§ فِي ْۧۚŰȘِŰșَۧۥِ Ű§Ù„ْقَوْمِ Ű„ِنْ ŰȘَكُونُÙˆŰ§ ŰȘَŰŁْلَمُونَ فَŰ„ِنَّهُمْ يَŰŁْلَمُونَ كَمَۧ ŰȘَŰŁْلَمُونَ وَŰȘَ۱ْŰŹُونَ مِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ مَۧ Ù„Ű§ يَ۱ْŰŹُونَ

Maksudnya : “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan.” (Surah An Nisaa’: 104)

Oleh kerana itu, orang-orang mukmin maupun kafir sama-sama menderita kesakitan. Akan tetapi, orang-orang mukmin mempunyai keistimewaan dengan pengharapan pahala dan mendekatkandiri kepada Allah SWT.” (Ighaatsatul Lahfan, hal. 421-422, Mawaaridul Amaan)

Sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.

Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti masaalah ditempat kerja, menghidap penyakit, masaalah rumah tangga, kemerosotan dalam perniagaan, perselisihan faham dengan ahli keluarga dan jiran tetangga adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.

Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: "(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'

Akhirkata hayatilah firman Allah SWT maksudnya :"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah ayat 153)

Wednesday, February 1, 2012

Berbaik Sangkalah Kepada Allah SWT Setiap Peristiwa Yang Berlaku di Dunia Ini.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Qadak dan Qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmu-Nya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.

Qadak Muallaq  adalah ketetapan yang boleh berubah. Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata, “Mengikut pendapat yang hak, Loh Mahfuz menerima penghapusan dan penetapan.”

Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Tidak tertolak Qadak  itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Doa itu sendiri sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah SWT. Mereka yang berdoa perlu mempunyai keyakinan kerana ada dinyatakan, Allah SWT  tidak akan mempersia-siakan mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi:“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah . Nabi Musa a.s. pernah bertanyakan Allah SWT bagaimana Dia menetapkan suatu takdir kepada manusia di dunia ini. Lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Musa a.s. pergi disatu sungai dan terdapat sebuat batu yang besar dan baginda  hendaklah melihat saja dicelah-celah batu tersebut peristiwa yang akan berlaku dan biarkan peristiwa itu berjalan jangan diganggu.

Apabila Nabi Musa a.s melihat di celah-celah batu besar tersebut tiba-tiba datang seorang pemuda berkuda dan beliau berhenti ditebing sungai tersebut dan membasuh muka, pemuda tersebut telah meletakkan sebuah uncang berisi emas ditebing sungai tersebut lalu beredar dari situ. Selepas itu datang seorang lelaki pergi ketempat tersebut dan terjumpa uncang emas tersebut lantas beliau mengambil uncang tersebut dan beredar dari situ. Selepas itu datang pula seorang lelaki tua yang buta dan sampai ditempat yang sama membasuh mukanya, lalu pemuda yang berkuda tadi datang semula ketempat tersebut dan meminta uncangnya daripada orang buta tersebut . Lelaki buta itu mengatakan beliau buta dan mengaku tak mengambil barang tersebut. Pemuda itu tak puas hati maka berlakulah pergaduhan tersebut sehinggakan beliau mengeluarkan pisau dan membunuh lelaki buta tadi.

Setelah berlaku peristiwa terebut Allah SWT  menceritakan kepada Nabi Musa a.s. bahawa pemuda tersebut baru saja merompak dirumah lelaki tadi . Dan bila terjumpa uncang tersebut  lelaki itu mengambilnya kerana merasakan barang ini adalah hak milik keluarganya. Orang tua yang buta itu,  20 tahun dahulu adalah orang jahat yang lalu telah merompak keluarga pemuda tersebut dan membunuh kedua  ibu-bapanya ini adalah pembalasan terhadap kezaliman yang beliau lakukan dahulu.

Daripada peristiwa tersebut insaflah Nabi Musa a.s. bahawa balasan Allah SWT pasti berlaku kepada sesiapa yang melakukan kezaliman kepada orang lain dan ianya berlaku di dunia lagi sebelum tiba seksaan  di hari akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Ingatlah bahawasanya sesiapa sahaja yang berbuat zalim kepada orang lain di dunia ini samaada zalim itu berbentuk membuat fitnah, mengambil hak orang lain, mencuri, mencederakan  atau membunuh seseorang maka balasannya pasti akan diterima di dunia ini seperti mana kisah di atas. Tetapi sekiranya mereka tidak di balas di dunia maka di hari akhirat pasti akan menerima azab seksa daripada Allah SWT.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT  berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah SAW  bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Akhirkata marilah kita redha dan berbaik sangka dengan Allah SWT. dan percaya terhadap Qadak dan Qadar tanpa ragu-ragu. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT semoga Dia memilih kita menjadi hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.

Tuesday, January 31, 2012

Cinta Dunia Menyebabkan Manusia Lupa Kehidupan di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)

Firman Allah SWT maksudnya : “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid (57) ayat 20)

Cinta dunia adalah segala sesuatu yang membuat kita lalai kepada Allah SWT . Contohnya walaupun amalan tersebut merupakan ibadah khusus seperti solat, puasa atau haji, sekiranya dikerjakan supaya dipuji oleh makhluk maka ianya dikira sebagai dunia kerana tidak akan diterima oleh Allah SWT. Sebaliknya pula apabila sesuatu amalan itu nampak seperti dunia contoh bekerja sebagai tukang kebun tetapi apabila niatnya mencari nafkah menyara keluarga dan dibuat semata-mata mencari redha Allah SWT, maka pekerjaan tersebut dikira sebagai ibadah (diberi pahala oleh Allah SWT).

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Hampir tiba dimana umat-umat saling memanggil untuk melawan kalian sebagaimana orang-orang saling memanggil untuk menyantap hidangannya”.

Salah seorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya kami ketika itu?

Rasul SAW menjawab, “Bahkan kalian pada hari itu banyak akan tetapi kalian laksana buih dilautan dan sungguh Allah mencabut ketakutan dan kegentaran terhadap kalian dari dada musuh kalian dan Allah tanamkan di hati kalian al-wahn”.

Salah seorang bertanya: "Apakah al-wahn itu ya Rasulullah?

Baginda menjawab: “Cinta dunia dan membenci kematian”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Jika seseorang mencintai sesuatu, maka dia akan dikuasai oleh apa yang dicintainya. Jika orang sudah cinta dunia, maka akan datang berbagai penyakit hati. Ada yang menjadi sombong, hasad dengki, iri-hati dan menyusahkan  diri sendiri untuk memikirkan yang tidak ada. Makin cinta pada dunia, seseorang akan melupakan hari akhirat. Bahkan, boleh berbuat perbuatan yang keji untuk mendapatkan dunia yang diinginkannya. Fikirannya selalu dunia, bekerja siang malam untuk mengejar dunia demi kepentingan diri sendiri.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah Hud (11) ayat 15-16).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya dunia itu dilaknat, berikut segenap isinya juga dilaknat, kecuali jika disertai untuk tujuan kepada Allah SWT."

Sahabat yang dimuliakan,
Segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini tidak akan bermakna, semua harta, gelar, pangkat, kedudukan dalam masyarakat dan populariti tidak akan bernilai di sisi Allah SWT jika tidak digunakan di jalan Allah SWT.

Perkara yang penting dalam kehidupan kita hanyalah amal-amal kita. Oleh sebab itu, janganlah kerana kekayaan dunia atau kekurangannya menyebabkan hati kita terlalu gembira atau bersedih. Jika kita kaya, jangan sampai kekayaan kita menjadikan kita sombong, begitu pula jika kita kekurangan harta, maka jangan sampai kekurangan tersebut menjadikan kita tidak mensyukuri nikmat Allah SWT kemudian banyak mengeluh dan kecewa.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya :  “Perumpamaan orang yang cinta pada dunia ibarat orang yang berjalan di atas air. Dapatkah orang berjalan di atas air, kakinya tidak basah?”

Dari Abu Sa'id Al-Khudry r.a dari Rasulullah SAW. bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya dunia ini adalah manis lagi hijau dipandang. Dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di dalamnya, maka Allah akan melihat bagaimana yang kalian perbuat. Kerananya, berhati-hatilah pada dunia dan berhati-hati kepada wanita, kerana sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa Bani Israel itu adalah fitnah wanita."
(Hadis Riwayat Muslim).

Ubat dari penyakit cinta dunia ini tidak lain adalah kezuhudan kita kepada dunia, yang mana Rasulullah SAW telah mengajarkan kita ummatnya untuk berlaku zuhud. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Zuhudlah di dunia maka Allah akan mencintai kalian, dan zuhudlah atas apa-apa yang ada di sebagian manusia, maka kamu akan dicintai oleh mereka ” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dalam kitab zuhud ).

Sahabat yang dihormati,
Perhatikan hadis berikut ini: “Andai saja kamu mengetahui, apa yang engkau akan lihat saat kematianmu, tentulah engkau tidak akan memakan segigit pun hidangan idamanmu, dan pula engkau tidak akan meminum lagi minuman lazat untuk memuaskan rasa dahaga mu yang tak terpuaskan” (Hadis Riwayat Ahmad dari Abu Dharda a.s)

Jabir bin Abdillah ra berkata, “Rasulullah SAW pernah memasuki sebuah pasar yang di kiri-kanannya dipenuhi manusia. Ketika itu baginda melewati seekor kambing kuper (telinganya kecil) yang telah menjadi bangkai. Lantas baginda menenteng telinga kambing itu seraya berseru, “Siapakah yang mau membeli kambing ini dengan harga satu dirham?”

Pengunjung pasar menjawab, “Sedikitpun kami tidak menginginkannya“.

Baginda bertanya lagi, “Apakah kalian mau jika anak kambing ini kuberikan percuma kepada kalian?”

Mereka menjawab, “Demi Allah, kalaupun anak kambing itu hidup, kami tidak akan menerimanya kerana cacat, maka bagaimana kami mau menerimanya setelah menjadi bangkai?”

Mendengar hal ini Nabi SAW  bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya dunia itu lebih hina dalam pandangan Allah daripada bangkai kambing kuper ini dalam pandangan kalian”

(Hadis Riwayat Muslim)

Cinta dunia adalah sumber segala keburukan kerana cinta dunia, sering mengakibatkan seseorang cinta terhadap harta benda dan didalam harta benda terdapat banyak penyakit. Antara lain sifat bangga dan angkuh, suka menunjuk-nunjuk terhadap apa yang dimiliki.

Orang yang cinta dunia akan sibuk mengurus hartanya dan terus berusaha untuk menambahnya, hingga membuatnya lalai daripada berzikir kepada Allah SWT. Ketahuilah barangsiapa dilalaikan oleh harta bendanya, dia akan mendapat kerugian, terutama apabila lalai daripada zikrullah, kerana apabila hati tidak pernah berzikir maka syaitan akan mudah menggodanya.

Jika seorang manusia telah dikuasai hatinya oleh syaitan maka akan menjadi lemah, syaitan akan membolak-balikan hatinya bagaikan seorang anak kecil bermain  bola, kerana orang yang mabuk kerana cinta dunia tidak akan sadar kecuali setelah berada di dalam kubur.

Yahya bin Mu’adz berkata, “Dunia itu araknya syaitan, barangsiapa mabuk kerananya, ia tidak akan segera sadar, kecuali setelah berada di tengah kumpulan orang mati dalam keadaan menyesal di antara orang-orang yang merugi”.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat sebelum ditanya tentang 4 perkara : Tentang umurnya untuk apa ia habiskan, masa mudanya untuk apa ia gunakan, hartanya dari mana diperoleh dan kemana dibelanjakan, dan ilmunya, apa yang diamalkannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sahabat yang dikasihi,
Dunia dengan segala keseronokkannya memang sangat menggoda dan mempesonakan, dan kadang kejayaannya seseorang memang diukur dari status pangkat dan hartanya di masyarakat, namun hal tersebut jangan sampai membuat kita terjebak dan terperangkap cinta dunia.

Ingatlah kita hanya hidup sementara di dunia ini, semua harta dunia yang kita banggakan, tidak akan kita bawa mati, melainkan harta itu di sedekahkan untuk amal jariah dan jihad fisabilillah. Hanya amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang akan menemani kita hingga sampai hari kita dibangkitkan nanti. Jadikanlah dunia hanya sebagai ladang akhirat kita, tempat kita mempersiapkan bekal untuk akhirat nanti. Ingatlah selalu, bahawa kelak kita akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang sudah kita lakukan selama kita hidup didunia ini.






Monday, January 30, 2012

Jauhi Buruk Sangka, Hasad Dengki dan Takut Sial Kerana Sesuatu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kenapa mausia perlu iri hati? Percaya tak ramai manusia yang iri Hati? Kalau tak percaya cuba buat kajian, pasti dapat jawapan. Maksud iri hati berasal dari perasaan tidak puas terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain.

Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja, jika di masjid atau surau iri hati berlaku kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya mengurus aktiviti masjid atau surau, di tempat kerja ada yang iri hati pada rakan sekerja yang lebih berhasil dan menduduki jawatan yang lebih tinggi, di dalam keluarga ada yang iri hati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan oleh orang tua dan sebagainya. Macam-macam jenis ada perasaan iri hati ini.

Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan bagi kita, malah iri hati tidak hanya merugikan orang lain, tetapi juga merugikan diri sendiri serta iri hati akan menyebabkan diri sendiri merana. Mengapa perlu menyeksa diri sendiri? Iri Hati tidak mendatangkan kebaikan pada diri kalian.

Orang yang iri hati akan rasa berdukacita atas kejayaan orang lain dan sebalikanya ia bersukacita atas kegagalan orang lain. Ia tidak suka bila ada orang lain lebih baik atau lebih berjaya dari dirinya. Orang yang iri hati juga cenderung kepada suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain, akibatnya diri sendiri menjadi sangat tertekan dan kehilangan damai sejahtera pada hati dan jiwanya.

Jadi harus segera dibuangkan perasaan ini kerana di mana pun dia berada akan selalu bertemu dengan orang-orang yang mungkin lebih baik atau lebih berjaya dibanding dirinya. Oleh itu kalian harus segera memeriksa diri kalian sendiri, apa yang membuat kalian menjadi iri hati terhadap orang lain. Daripada membuang masa dan tenaga untuk iri hati, belajarlah melihat potensi terbaik yang ada di dalam diri kalian, dan kembangkan terus. Bila kalian fokus pada apa yang kalian miliki kalian akan rasa bersyukur dalam apa pun keadaan kalian miliki, namun bila kalian  tertuju pada apa yang tidak kalian miliki dan melihat kelebihan orang lain maka kalian akan selalu berfikiran negatif dan tidak pernah rasa bersyukur.

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Hasan berkata Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah bersabda Nabi Muhammad SAW.  maksudnya : "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu: Buruk sangka, hasad dengki dan takut sial kerana sesuatu.

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah  bagaimana untuk selamat dari semua itu?"

Jawab Nabi Muhammad SAW. "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)."

"Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah SWT  maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika buruk sangka maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Sahabat yang dikasihi ,
Oleh itu marilah sama-sama kita jauhi sifat iri hati, buruk sangka, hasat dengki kepada seseorang dan yakinlah kepada Allah SWT bahawa berlakunya sesuatu peristiwa adalah kerana ketatapan-Nya bukan kerana adanya sial pada sesuatu perkara. Jika kita jauhi sifat-sifat ini maka kita akan menjadi hamba Allah yang bersyukur dan memiliki akhlak yang mulia. Fikirkanlah sahabat-sahabat semua dengan akal yang diberi Allah SWT untuk kita membezakan sesuatu yang baik dan yang buruk....wallahu a'lam.

Allah SWT Tangguhkan Azab di Bumi Kerana Dua Amalan Para Hamba-Nya

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Anas ra berkata: Nabi SAW bersabda; Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku merencanakan azab dan seksa bagi penghuni bumi namun bila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid) dan mereka yang beristighfar di waktu fajar Aku elakkan azab-Ku yang Kurencanakan itu." (Hadis Riwayat Baihaqi) - Hadis Qudsi.

Berdasarkan hadis qudsi di atas bahawa apabila Allah SWT ingin menurunkan azab seksanya dibumi di sebabkan maksiat dan kederhakaan manusia kepada Allah SWT tetapi Dia menangguhkannya disebabkan terdapat dua amalan hamba-Nya di muka bumi iaitu :

Pertama : Manusia yang memakmurkan masjid-masjid Allah SWT

Kedua : Manusia beristighfar di waktu fajar.

Huraiannya :

Pertama : Manusia yang memakmurkan masjid-masjid Allah SWT

Orang-orang mukmin akan memakmurkan masjid-masjid Allah SWT.kerana hati dan jiwanya sentiasa tertambat dan merasai tenang apabila berada di dalamnya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menuaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah ayat18)

Adapun kata “memakmurkan” adalah salah satu maksudndari sebuah kata dalam bahasa Arab iaitu ( Űčَمَ۱َ – يَŰčْمُ۱ُ -Űčِمَۧ۱َŰ©ً ) yang juga memiliki banyak maksud yang lain di antaranya: menghuni (mendiami), menetapi, menyembah, mengabdi (berbakti), membangun (mendirikan), mengisi, memperbaiki, mencukupi, menghidupkan, menghormati dan memelihara.

Dengan demikian, yang dimaksud “memakmurkan masjid” adalah membangun dan mendirikan masjid, mengisi dan menghidupkannya dengan berbagai ibadah (terutama solat fardu berjemaah) , majlis ilmu dan  ketaatan kepada Allah SWT, merancang dan berbincang untuk kebajikan umat Islam, menghormati dan memeliharanya dengan cara membersihkannya dari kotoran-kotoran dan sampah serta memberikan bantuan kewangan untuk aktiviti masjid.

Setiap mukmin (khususnya kaum laki-laki) wajib memakmurkan masjid-masjid Allah dengan berbagai ibadah dan ketaatan, kerana padanya ada keutamaan. Dan Allah SWT mengelar orang-orang yang memakmurkan masjid-masjidNya sebagai orang-orang mukmin, sebagaimana ayat di atas surah at-Taubah ayat 18.

Dalam sebuah riwayat dikatakan bahwa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

 Ű„۰ۧ Ű±ŰŁÙŠŰȘم Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ يŰčŰȘۧۯ Ű§Ù„Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ ÙŰ§ŰŽÙ‡ŰŻÙˆŰ§ له ŰšŰ§Ù„Ű„ÙŠÙ…Ű§Ù†، Ù‚Ű§Ù„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčŰČ ÙˆŰŹÙ„ { Ű„Ù†Ù…Ű§ يŰčÙ…Ű± Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ من ŰąÙ…Ù† ŰšŰ§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§Ù„ÙŠÙˆÙ… Ű§Ù„ŰąŰźŰ± . . Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© ) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆÙ‚Ű§Ù„ : Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű­ŰłÙ†

Maksudnya : “Jika kamu melihat orang rajin mendangi masjid, maka persaksikanlah ia sebagai orang yang beriman.” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan beliau menghasankannya serta yang lainnya)

Semua bentuk ketaatan apapun yang dilakukan di dalam masjid atau terkait dengan masjid maka hal itu termasuk bentuk memakmurkannya.

Para malaikat sentiasa mendoakan mereka yang memakmurkan masjid samaada bersolat, berzikir, beriktikaf, membaca al-Quran dan mengadakan majlis ilmu. Kerana kasih sayang Allah SWT melihat para hamba-Nya beribadah dan memuji-muji-Nya di dalam masjid Dia tangguhkan azab penduduk ditempat tersebut.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya:' Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'."(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)

Kedua : Manusia beristighfar di waktu fajar.

Jadikanlah istighfar kepada Allah SWT amalan setiap hari yang tidak kita tinggalkan.
Istighfar sebagai penebus dosa, dalam satu riwayat  Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam  pernah bersabda:

مَنْ Ù‚Ű§َلَ ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ Ű§Ù„ŰčَŰžِيْمِ َۧلَّŰ°ِي Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيُّ Ű§Ù„ْقَيُوْمُ وَ ŰŁَŰȘُوْŰšُ Ű„ِلَيْهِ

"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Jelaslah bahwa dengan beristighfar kepada Allah SWT bahawa Dia akan mengampunkan dosa para-hamba-Nya,  sekalipun seperti buih di lautan, atau sebanyak tumpukan pasir, atau dedaunan pohon, atau hari-hari di dunia. Waktu yang paling afdal beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT adalah waktu dua pertiga malam sebelum masuk waktu subuh.

Dalam al-Quran Allah SWT menceritakan  bahawa sifat-sifat ahli syurga adalah mereka yang di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jika telah lewat setengah malam atau sepertiganya, Allah Tabaroka Wata'ala turun ke langit dunia dan berkata: “Bagi mereka yang meminta akan Aku beri, bagi mereka yang berdoa akan Aku kabulkan, dan bagi mereka yang meminta ampun akan Aku ampuni dia” hingga masuk waktu subuh. (Hadis Riwayat Muslim)

Betapa cinta dan kasihnya Allah SWT kepada para hamba-Nya yang bertaubat dan beristighfar di waktu sahur sebelum fajar hinggakan Dia menangguhkan azab yang hendak diturunkan-Nya kepada manusia.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memakmurkan masjid-masjid Allah SWT dengan solat berjemaah, mengikuti majlis-majlis ilmu dan merancang program-program kebajikan untuk masyarakat. Dalam hadis yang lain salah satu golongan daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy di hari akhirat adalah lelaki yang hati dan jiwanya sentiasa terikat dengan masjid. Kita juga jangan lupa selalu beristighfar kepada Allah SWT kerana terlalu banyak dosa yang kita lakukan kepada-Nya. Doa yang paling mustajab adalah berdoa  diwaktu sunyi iaitu  diwaktu sahur hingga menitiskan air mati penyesalan. Mereka yang menangis kerana takut kepada Allah SWT dan memohon ampun kepada-Nya di waktu malam yang sunyi dan syahdu adalah golongan yang juga akan mendapat perlindungan Arasy di hari akhirat nanti.








Sunday, January 29, 2012

Rahmat Allah SWT Berada Bersama Jemaah Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah dan sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri." (Hadis Riwayat Tabarani)

Berdasarkan hadis diatas terdapat tiga perkara pokok untuk dihuraikan :

Pertama : Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW).

Kedua : Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah.

Ketiga : Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri.

Huraiannya :

Pertama : Barang siapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad SAW).
 
Nabi SAW tidak akan mengaku sebagai umatnya apabila berlaku pecah belah di kalangan umat Islam. Apa saja perbuatan yang boleh mendatangkan salah faham dan timbul syak wasangka dikalangan umat Islam maka ianya dikira sebagai memecah belahkan umat.

Termasuk juga dianggap berpecah belah apabila ada di kalangan umat Islam telah menjauhkan diri daripada kebenaran dan petunjuk lalu dia menghina ulama dan pemimpin Islam dan membenci amal-amal Islami yang dijalankan. Memecah belahkan perpaduan umat Islam dengan menaburkan fitnah, mendatangkan huru-hara, mengadu domba, mengaibkan orang lain, mengumpat dan menimbulkan kebencian sesama umat Islam. Perkara kecil diperbesarkan semata-mata untuk membalas dendam sikap seperti ini adalah sikap orang fasik.

Nabi SAW memberi ancamannya yang keras kepada umatnya yang tidak menjaga lidahnya dan suka membuat "road show" untuk menjatuhkan orang lain kerana hasad dengki, iri hati, ego, sombong dan sifat ujub yang bersarang di dalam hatinya. Apabila fakta-fakta yang diberikan tidak tepat dan tidak ada bahan bukti yang sahih , ianya lahir daripada emosi yang tidak terkawal (marah) untuk menghukum seseorang maka perkara ini di anggap fitnah. 

Terdapat beberapa hadis yang melarang sama sekali perbuatan fitnah memfitnah (untuk memecah belahkan umat Islam) :

1. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Nabi SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)

3. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya" (Hadis riwayat Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

4. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah SAW. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat" 
(Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya)

5. Abu Darda berkata : Rasulullah SAW. bersabda "Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannya di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka".

Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.

Kedua : Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah.

Allah SWT akan sentiasa memberi rahmatnya kepada jemaah Islam yang berusaha untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT, mengahyati ajaran Islam dan berusaha untuk melaksanakan kerja-kerja amal makruf dan mencegah kemungkaran. Seseorang yang telah terkeluar daripada Jemaah Islam (kerana melanggar peraturan) perlulah kembali kepangkuan jemaah bukannya terus keluar dan menabur fitnah.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Ketiga : Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri. 

Sesiapa yang telah terkeluar daripada jemaah ianya umpama kambing yang terkeluar daripada kandangnya maka amat mudah ianya di baham oleh serigala yang berada diluar kandang kambing. 

Memang benar suasana diluar terdapat banyak serigala-serigala yang berkeliaran iaitu orang-orang fasik, munafik dan kafir  yang akan mengambil kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan jemaah dan umat Islam . Mereka tidak akan duduk diam akan mencari peluang dan akan menggunakan orang yang telah kecewa untuk dijadikan "tokoh" untuk menyekat tarbiah, dakwah dan amal Islami . Akhbar arus perdana akan mengambil peluang keemasan ini untuk menghidupkan "fitnah-fitnah baru" yang menjadi bahan-bahan berita yang sensasi. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang mempromosikan diri merka dan umat Islam yang tidak berdosa untuk menjadi "muflis" di hari akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama berhati-hati dan berwaspada di atas segala berita dan peristiwa yang berlaku disekeliling kita supaya tidak terhapus segala amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita. Amat malang dan rugi sekiranya sekian lama kita beramal soleh tiba-tiba ianya di hapuskan hanya dengan berita fitnah dan berita palsu yang kita dengar samaada melalui media massa , internet, TV, radio dan sembang-sembang dikedai kopi. Syaitan amat suka semakin ramai anggota masyarakat kita menjadi agen membawa fitnah kerana syaitan tidak payah bekerja keras kerana mereka semuanya tidak dapat masuk syurga  dan menjadi kawannya di neraka. Berdoalah kita semuga Allah SWT selamatkan kita daripada fitnah dunia akhir zaman yang menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT.