Kahirah, Mesir, Syaikhul Azhar Asy-Syarif, Dr. Ahmad Ath-Thayyib menegaskan bahawa tidak perlu ada kekhawatiran terhadap naiknya Ikhwanul Muslimin ke tampuk kekuasaan, kerana parti mereka –Hizbul Hurriyah wal Adalah- sangat demokratis, mereka telah menandatangani Piagam yang dibuat Al-Azhar, dan mereka sekarang memainkan peranan yang hebat di parlimen.
Beliau menambahkan bahawa: “Ikhwan sekarang dalam ujian yang sukar dan saya berharap mereka boleh menghadapinya dengan berhasil dan mampu mengembalikan kejayaan dan kemajuan Mesir. Saya yakin mereka akan berhasil melalaui ujian ini kerana sikap moderat dan bijak mereka –wasathiyah wa i’tidal-.”
Beliau menjelaskan itu pada hari Isnin, 30 Januari 2012, semasa bertemu dengan Dr. Hazim Al-Bablawi, Menteri Kewangan sebelumnya dan enam anggota perlimen dari Perancis, begitu juga Dubes Perancis untuk Mesir menyertai mereka.
Beliau juga menjelaskan kedudukan dan peranan Al-Azhar sebagai pusat bagi jiwa, roh dan agama umat. Al-Azhar berubah semenjak dua tahun ini, sebelum dan setelah revolusi, kerana adanya perubahan pemikiran dan pembaharuan misi Al-Azhar berkait negara Mesir, Dunia Arab dan Umat Islam, begitu juga dunia antarabangsa.
Perubahan itu terangkum dalam: “Meletakkan pondasi pemikiran agama yang moderat dan adil, dan meletakkan pondasi berasaskan demokrasi dan kebebasan yang mengantarkan pada kedamaian sosial untuk kepentingan umum tanpa ada pembedaan dan diskriminasi.”
Beliau melihat bahawa: “Allah SWT telah memberi taufik kepada kami, terutama pasca revolusi penuh berkah untuk mewujudkan semua tujuan-tujuan kejayaan, pada level negara, Dunia Arab, Dunia Islam dan dunia antarabangsa. Beliau memberi contoh, “Rumah Keluarga” di bawah Al-Azhar, bekerja untuk mengembalikan semangat persaudaraan, cinta-kasih di antara anak bangsa yang satu dengan cara natural, tidak dengan paksaan. Sebagaimana juga Al-Azhar bekerja dengan sepenuh kesungguhan untuk menghimpun semua kekuatan politik, intelektual, dan pemuda revolusi, guna sampai pada masa depan yang menjanjikan bagi Mesir pasca revolusi. Dan kami telah sampai pada hasil yang saya yakin kalian telah melihat dan merasakannya.
Beliau mengatakan: “Dalam percaturan Dunia Arab dan Dunia Islam, Al-Azhar menjalankan kewajibannya dalam bentuk perhatian yang besar terhadap ragam permasalam dunia Arab dan dunia Islam, terutama Negara-negara yang sekarang ini mengalami ‘Musim Semi’ Dunia Arab.
Dalam percaturan Dunia antarabangsa, Al-Azhar bekerja dengan sepenuh kekuatan untuk menyebarkan semangat menghormati antar ragam peradaban yang ada. Di sini Al-Azhar menghadapi banyak sekali rintangan, terutama standar ganda Barat terhadap permasalahan Palestin.
Menjawab pertanyaan salah satu anggota parlimen mengenai peranan Al-Azhar sekarang ini. Beliau menjawab: “Revolusi 25 Januari mengantarkan kepada kami kebebasan. Maka segera Al-Azhar merumuskan dasar-dasar yang sangat vital –Piagam- guna mencerdaskan dan mengarahkan umat dalam kematangan berpikir yang bersesuaian dengan bangsa Mesir yang maju. Alhamdulillah, sebagian besar kekuatan politik, intelektual, tokoh agama dan gerakan pemuda ‘Pemuda Revolusi’, mereka semua sepakat dengan Piagam ini, mereka semua menandatanganinya, begitu juga umat menerima secara positif.
Syaikhul Azhar menghormati pilihan rakyat dalam pilihanraya yang lalu, kerana masyarakat Mesir terbuka dan tidak mudah terprovokasi. Dan saudara kami, Hizbul Hurriyah wal Adalah dan Hizbun Nur, juga kekuatan politik yang ada memiliki tanggung jawab, dan rakyat akan mengawal, tentu setelah muraqabutullah terhadap mereka.
Bersangkut paut dengan memateri Kedua Undang-Undang yang ada, beliau mengatakan: “Materi ini perlu digaris merahi, ini sangat penting, kerana mencerminkan kehendak dan peradaban bangsa Mesir. Ini adalah ciri khas yang hendaknya semua pihak menghormatinya, kerana syariat Islam adalah Rahmatan Lil ‘Aalamin; kasih-sayang bagi muslim dan non muslim.”
Beliau menambahkan bahawa negara Islam menjamin hak-hak bukan Islam, terutama permasalahan warisan. Saya selaku pribadi, ketika menjadi mufti di Daarul Ifta’, banyak sekali warga negara penganut Nasrani yang mengadukan ke saya meminta fatwa terkait dengan harta warisan.
Berhubung pertanyaan tentang agama-agama yang ada, beliau menjawab: “Ketika kita berbicara agama-agama di Mesir, berarti kita berbicara tentang Tiga Agama Samawi saja, dan ini yang termasyur di Mesir.”
Menjawab pertanyaan atas kemenangan kelompok Islam dalam pilihanraya, beliau menjawab: “Rakyat Mesir telah mencoba semua sistem dan pemerintahan yang ada sebelumnya. Telah pudar dan habis kepercayaan mereka terhadap rejim yang zalim lagi korup yang dibelakangnya disokong oleh Barat, oleh kerana itu rakyat Mesir menjatuhkan pilihannya pada parti-parti Islam, kerana mereka lebih banyak sesuai dengan kehendak dan harapan mereka, sehingga parti-parti Islam meraih kepercayaan.”
Menjawab pertanyaan tentang Gerakan Hamas, beliau menjawab: “Bahawa entitas Zionis itu dogmatis, mereka tidak menginginkan perdamaian sejati, bahkan saya mengira bahwa mereka selalu berbohong dalam setiap dakwaan mereka bahawa mereka mensepakati pendirian dua negara secara damai. Sangat disayangkan, Barat selalu mendukung entitas Zionis dengan segenap kekuatannya. Namun, sejarah telah mengajarkan kepada kita, bahawa kezaliman tidak akan lama kekal di muka bumi, ia pasti akan hancur. Saya katakan menjawab pertanyaan salah satu di antara kalian tentang peran Hamas dalam perdamaian ini; bahawa Barat menghendaki dibukanya kembali dialog dengan semua komponen yang ada, termasuk dengan Hamas. Ya, dialog harus melibatkan semua komponen, tidak boleh ada yang tidak diikutsertakan, kerana politik "belah-bambu" tidak akan membawa manfaat selamanya.”
Terkait hubungan Al-Azhar dan Vatikan, beliau menjawab: “Hubungan kami dengan Vatikan sebelum ini, terutama pada masa Paus Yohanes Paus Kedua baik, sampai umat Islam dikejutkan dengan pernyataan dari pihak pimpinan Vatikan periode ini yang kasar yang tidak boleh tolerensi. Kami menahan diri untuk tidak membalas pernyataan tersebut, namun kami melihat para pimpinan Vatikan tetap pada pernyataannya, oleh kerana itu kami putus hubungan ini sampai Paus meminta maaf.
31/1/2012 | 7 Rabbi al-Awwal 1433 H
Oleh: Abu Ghozzah
No comments:
Post a Comment