Saturday, March 12, 2011

Rancangan Iblis , Syaitan dan Jin Untuk Menggoda Anak Adam.

Sedikit Renungan Dicelah Kesibukan Kita Setiap Hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"

(Di petik daripada tulisan Mohamad Zuhairi Abd Hadi)

Musibah Penghapus Dosa

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian.
selawat serta salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat baginda.


Kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima ujian
Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya.Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang hambanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta-benda supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa." Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.
Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberikan peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.
Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala.

Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat kita lihat Laut Mati di Jordan. Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya. Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas. Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa.

Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Ujian ada dua jenis. Pertama namanya bala dan yang kedua ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan.

Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan zaman moden sekarang(akhir zaman). Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang. Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan.

Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi.janganlah kita ada perasaan buruk sangka terhadap Allah apabila musibah menimpa diri kita,sebaliknya kita renungi hikmah di sebalik musibah yang menimpa diri kita.mudah-mudahan kita menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur.....insya'ALLAH......Amin.

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Friday, March 11, 2011

Air Mata Kerana Takutkan Allah Akan Dapat Memadamkan Api Neraka.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)

Berdasarkan hadis di atas 3 mata yang akan mendapat rahmat Allah S.W.T dihari akhirat yang mana ketika itu ramai mata-mata yang menangis penyesalan :

1. Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.

2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.

3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.

Huraiannya :

Pertama : Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.

Terlalu banyak maksiat dilakukan oleh manusia melalui mata. Mata ini akan menjadi saksi di hari akhirat nanti kerana manusia menyalahgunakan nikmat mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan melihat perkara yang haram. Dosa-dosa yang dilakukan oleh mata adalah seperti berikut :

1. mengekori aurat wanita/ lelaki.

2. melihat gambar/ dvd/ internet lucah.

3. menggunakan ilmu sihir melalui mata dan membaca mentera-mentera sihir untuk melakukan sihir kepada orang lain.

4. menulis, mengarang dan mencari bahan-bahan fitnah dan menyebarkan fitnah tersebut kepada orang lain.

5. mengintip rahsia dan mengambil gambar dan mendedahkan keaiban seseorang.

Apabila seseorang menggunakan matanya untuk melakukan apa saja perkara maksiat , sebenarnya matanya telah melakukan dosa. Tetapi apabila mata digunakan untuk solat, membaca al-Quran, menulis dan mengarang ilmu yang bermanfaat, melihat alam ciptaan Allah dan merasai keagungan-Nya dan perkara-perkara yang bermanfaat yang lain maka Allah S.W.T. akan mengurniakan pahala dan mata ini nanti akan merasai gembira di hari akhirat.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kedua : Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.

Jihad dijalan Allah adalah sebaik-baik amalan dilakukan semata-mata untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah. Tanpa jihad dan pengorbanan Islam tidak mampu ditegakkan dan dihayati dalam kehidupan bermasyarakat.  Jika seseorang mati ketika berjihad mempertahankan daulah Islam, mempertahankan negaraIslam daripada diceroboh oleh orang kafir atau penyebaran dakwah Islam disekat oleh musuh Islam maka mati tersebut adalah mati syahid. Mati yang mulia dan akan dimasukkan oleh Allah S.W.T kedalam syurga tanpa hisab.

Mata yang berjaga malam ketika berjihad dijalan Allah S.W.T. untuk menjaga kepentingan Islam daripada diserang musuh adalah mata yang dirahmati Allah S.W.T. di hari akhirat nanti mata ini tidak akan menangis kesedihan. Mata yang mulia ini akan memberitahu Allah S.W.T. bahawa dia digunakan untuk mencari reda-Nya semasa di dunia dahulu.

Dalam realiti kita sekarang ini kita juga boleh qiyaskan bahawa kita berjaga malam untuk  mengawal kawasan  progrem-progrem  dakwah, tarbiah, motivasi, muqayam, tamrin dan rehlah dikawasan hutan atau tepi pantai adalah dikira sama dengan mengawal semasa jihad fisabilillah. Jihad untuk memberi kesedaran   dan kefahaman ilmu Islam adalah juga dikira sebagai kerja-kerja jihad dijalan Allah S.W.T.

Ketiga : Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.

Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w.  yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendak."

Dia berkata : "Siapa yang terselamat daripada dosa?"

Baginda S.A.W menjawab : "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan."

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud :
"Bahawa tidak akan masuk Neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Di dalam kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seseorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka, maka salah satu daripada rambut-rambut matanya pun berkata : "Wahai Tuhanku ! Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : 'Sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka', dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka, dengan berkata sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail a.s. mengumumkan : "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut"

Dalam sebuah kitab Bidayatul- Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan di datangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat di seru kepada buku amalannya (di katakan padanya). Pada hari ini kamu di balas menurut apa-apa yang telah di kerjakan"
(Surah Al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengarkan kegeramannya api neraka dengan nyalaan apinya, dan di terangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat di dengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu akan berkata setiap orang hingga para Nabi-nabi dengan ucapan :

"Diriku, diriku" (selamatkan diriku ya Allah), hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata : "Umatku, umatku," baginda ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pada masa itu akan keluarlah api Neraka Jahim seperti gunung-gunung, umat-umat Nabi Muhammad S.A.W.  berusaha menghalanginya dengan berkata : "Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat. Demi hak orang-orang yang ahli bersedekah. Demi hak orang-orang yang kyusuk. Dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali !

Walaupun dikatakan demikian api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata : Sesungguhnya api neraka itu menuju pada umat Muhammad S.A.W."

Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W. meraihnya, dan berkata Jibrail a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah padanya."

Lalu baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W.  pun bertanya kepada Jibrail a.s. :

"Wahai Jibrail! air apa itu?"

Maka berkata Jibrail, "Itulah air mata-air mata orang derhaka yang terdiri dari umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.  Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya padamu agar engkau menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. "

Telah bersabda Rasulullah S.W.T. yang bermaksud : "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita kita beramal soleh dengan mengikhlaskan hati kita kepada Allah S.W.T. Gunakanlah semua pancaindera kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.

Tanda kita bersyukur dengan nikmat kaki, tangan, hidung, mulut, telinga dan mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. maka kita gunakan pancaindera ini untuk mentaati-Nya. Nikmat mata kurniaan Allah S.W.T. adalah satu kurniaan yang besar, jika mata melihat yang halal dan mata menangis mengalirkan air mata kerana takutkan-Nya maka air mata ini akan dapat memadapkan kemarakkan api neraka. Salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy adalah seorang yang berdoa seorang diri menitiskan air mata penyesalan dan bertaubat kepada Allah S.W.T.

Harapan di Sebalik Al-Fatihah

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH S.W.T sekalian. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. kaum keluarga dan para sahabat baginda.

AL-FATIHAH

Surah Al-fatihah sering kali dibaca didalam solat wajib mahu pun solat sunat, malah ianya wajib di baca setiap kali mendirikan solat,di samping itu tahukah sahabat sekalian bahawa di sebalik surah Al-Fatihah itu ada harapan yang kita inginkan.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahai Tuhanku siapakah yang Engkau kasih dan siapa yang kau sayang ?

Segala pujian hanya bagi Allah Rabb sekalian alam

Kami memuji-Mu dengan semua nama milik-Mu, sebanyak kalimat dalam kitab-kitab-Mu, sebanyak makhluk yang Engkau ciptakan, sebanyak apa yang ada dilangit dan di bumi dan diantara keduanya, seberat timbangan Arasy-Mu, wahai Tuhan Yang Agung,Yang Maha Berkuasa,Yang Maha Mulia,terimalah pujian pujian kami, wahai Tuhan hidup kami,wahai Tuhan matinya kami,wahai Tuhan dunia dan akhirat.Tuhan yang Kekal Abadi.
 
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kasihi kami dengan pengampunan akan segala dosa yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang terang lagi nyata. Ampuni segala dosa yang dilakukan siang dan malam, sesungguhnya kami mengaku akan segala dosa dosa dan Engkaulah yang lebih tahu akan semua dosa kesalahan kami.Wahai yang Maha Penyayang sayangilah kami dengan taufik dan hidayat-Mu, sesungguhnya kami lemah lagi hina di hadapan-Mu,sempurnakan segala urusan dunia dan akhirat kami, segala urusan hidup dan mati kami, sempurnakanlah rezeki dan syukur kami, sempurnakan kami dengan reda-Mu,kembalikan kami kepada-Mu dalam keadaan kami meredai Engakau Tuhanku dan Engkau meredai kami hamba-Mu.
 
Yang memiliki Hari Pembalasan

Wahai Yang Maha Adil, kami reda Engkau Tuhanku, Islam agama kami, Muhammad Nabi ikutan kami, bangkitkan kami dengan pengakuan ini seikhlasnya. Bangkitkan kami pada hari itu dengan reda-Mu bersama kami, bangkitkan kami dengan para kekasih-Mu sebelum dan selepas kami, bangkitkan kami dalam keadaan sempurna sepertimana kejadian kami di dunia, lindungilah kami dengan limpah rahmat-Mu, saat tiada lagi perlindungan selain Perlindungan-Mu. Bangkitkan kami dengan Kemuliaan-Mu, beratkan amal kebajikan timbangan Al-Mizan untuk kami. Berikanlah buku amalan dengan tangan kanan dari arah depan kami. Ya Allah, masukkan kami dalam taman-taman syurga dengan limpah kasih dan sayang-Mu.
 
Kepada Engkau kami berserah dan kepada Engkau kami pohon pertolongan

Kepada Engkau kami berserah mengharap pengampunan, rahmat dan pertolongan-Mu, tiada yang berlaku tanpa izin-Mu. Tetapkan dalam urusan takdir itu segala yang terbaik dari sisi-Mu,kuatkan kami menerimanya. Tabah menghadapinya. Bantulah hamba yang lemah lagi hina ini wahai Qudrat yang Maha Membantu di dunia malah di akhirat. Putuskan kami dalam golongan yang taat kepada-Mu. Dengarlah pinta kami wahai Yang Maha Mendengar, kabulkan rayuan kami wahai Pengkabul Doa.

Tunjukan kami jalan yang Lurus

Bantulah kami, tunjukan kami kebenaran akan kebenarannya, berikan kami keteguhan mengikutinya, tunjukan kami kebatilan akan kebatilanya dan berikan kami kekuatan mencegah dan melawan nafsu kami yang mudah tertarik padanya. Ya Allah, Engkau Benar, Islam agama benar, Para Nabi itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, bertemu dengan-Mu itu benar, lindungi kami dengan kebenaran jauhkan kami dengan kemungkaran. Masukkan kebenaran zikir di lidah kami. Masukkan kebenaran Al Quran dalam kalbu kami, masukkan kebenaran as-sunnah dalam hidup dan amalan kami. Kasihi kami dengan kebenaran-Mu , berhukum dengan hukum-Mu, mengikut kebenaran-Mu. Ya Allah tetapkan kaki kami di titian sirat. Bantu kami melintasi dengan aman. Benarkan kami melintasi dengan sepantas kilat. Benarkan kami berada bersama dengan mereka yang Engkau iktiraf kebenaran mereka. Wahai Yang Maha Benar.

Iaitu jalan yang Engkau beri nikmat

Jalan para Nabi, jalan para siddiqin, jalan para syuhada dan jalan para solehin. Kurniakan kami kefahaman agama yang Engkau beri kepada para Nabi, kurniakan kami kebenaran para siddiqin dalam kehidupan kami, kurniakan kami keberanian para syuhada mencintai mati menegakan agama-Mu di muka bumi, kurniakan kami kekuatan beribadat dan ilmu para solehin, limpahkan nikmat mu keatas kami.

Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat 


Lindungilah kami dari segala macam tipu daya mereka, lindungilah kami dari kemurkaan-Mu, lindungilah kami dari kesesatan.Teguhkan pendirian kami dari mengikuti ajakan pujuk rayu mereka. Kuatkan iman kami dengan setiap tentangan mereka.Tundukan nafsu kami dengan setiap pujuk rayu mereka .Ya Rabbal Alamin selamatkan kami dari godaan mereka, godaan dan pujuk rayu syaitan dan seterunya.
 
Amin
Perkenanlah wahai Tuhan yang memperkenankan permintaan hamba-Nya apabila dia berdoa. Sesungguhnya hamba yang hina ini meminta minta pada-Mu seperti mana si fakir papa kedana meminta kepada Engkau yang Maha Kaya dan tidaklah berkurangan khazanah milik-Mu. Wahai Tuhan ku perkenankanlah permintaan hamba-Mu ini.

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Doa Agar di Jauhkan Dari Seksa Neraka, Seksa Kubur, Fitnah Hidup dan Mati dan Berlindung Dari Fitnah Dajjal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah S.A.W.  sering memberi pesanan kepada umatnya supaya sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T. daripada segala bencana dan fitnah samaada di dunia dan hari akhirat. Semoga dengan kekuatan doa yang dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T. memberi kekuatan untuk kita menghadapai cabaran dan dugaan hidup dengan hati yang tabah dan istiqamah.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)


Kenapakah doa khusus ini baginda minta dibaca semasa dibahagian akhir tasyahhud akhir iaitu semasa kita mengerjakan solat? Kerana betapa pentingnya doa ini perlu dibaca berulang-ulang jika solat fardu sebanyak 5 kali dan jika ditambah solat sunat maka lebih banyak lagi doa ini dibaca dan di ulang-ulangkan. Pasti ianya mengandungi hikmah yang besar dan doa selepas tasyahhud akhir sebelum salam adalah tempat makbulnya doa.

Doa perlindungan yang perlu dibaca adalah empat perkara  :
1. Berlindung  dari seksa Neraka Jahannam.
2. Berlindung dari seksa kubur.
3. Berlindung dari fitnah hidup dan mati.
4. Berlindung dari fitnah Dajjal.

Berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T. Semoga Dia menerima doa yang kita mohon untuk mendapat perlindungan daripada-Nya .

Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Berlindung  dari seksa Neraka Jahannam.
Firman Allah S.W.T  yang bermaksud : ‘’Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung.'’
(Surah Ali-Imran ayat 185)

Neraka Jahanam adalah seburuk-buruk tempat kembali. Sesiapa yang dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam maka dia adalah serugi-rugi makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Seksaan yang diterima disini adalah sedahsyat-dahsyat seksaan.

Neraka adalah seburuk-buruk tempat kembali. “Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.”
(Surah Furqan ayat 66)

Sabda Nabi S.A.W  yang bermaksud : " Sesungguhnya seringan-ringan seksa ahli neraka iaitu seorang yang bersandal (selipar) dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api, dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat seksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan seksanya dari semua ahli neraka."

Firman Allah S.W.T  maksudnya : “Di hadapannya ada jahannam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumnnya air nanah itu dan hampir dia tidak boleh menelannya” (Surah Ibrahim ayat 16-17).

Diberi air nanah yang amatlah busuk baunya lagi pekat, maka merekapun merasa jijik dan tidak mampu menelannya.

Firman Allah S.W.T maksudnya : “Diberi minuman dengan hamiim (air yang mendidih) sehingga memotong ususnya” (Surah Muhammad ayat 47).

Hamiim ialah air yang mendidih oleh panasnya api jahannam, yang mampu melelehkan isi perut dan mencerai beraikan kulit mereka yang meminumnya. Sebagaimana Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka)” (Surah Al Hajj ayat 20)

Kedua : Berlindung dari seksa kubur.

Sesiapa yang mendapat seksaan kubur, maka kuburnya disempitkan atasnya sehingga tulang-tulangnya masuk ke dalam perutnya lantas didatangi berbagai macam ular yang besar sebesar leher unta, dimana ular-ular itu makan dagingnya sehingga tidak tersisa daging pada tulangnya. Kemudian datang kepadanya malaikat yang tuli, bisu dan buta dengan membawa cambuk-cambuk dari besi. Mereka memukulinya dengan cambuk-cambuk itu tanpa mendengar jeritan dan melihat orang itu sehingga tidak akan timbul rasa belas kasihan kepadanya. Disamping itu neraka selalu diperlihatkan kepadanya baik diwaktu pagi maupun diwaktu petang.

Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kuburan-kuburan ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeda antara yang satu dengan yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya."

Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun Syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka." 

Ketiga : Berlindung dari fitnah hidup dan mati.

Dunia dengan segala isinya adalah fitnah yang banyak menipu manusia. Dan Rasulullah S.A.W. telah memberikan peringatan kepada umatnya dalam berbagai kesempatan, baginda bersabda dalam hadisnya : Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi S.A.W.  bersabda maksudnya : ”Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana  fitnah pertama yang menimpa bani Israil disebabkan wanita
(Hadis Riwayat  Muslim)

Secara umum fitnah kehidupan dunia dapat dikategorikan menjadi tiga bentuk, iaitu:

wanita, harta dan kekuasaan.


Fitnah Wanita

Dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Bahkan surah Ali Imran ayat 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada saat yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya untuk manusia. Rasulullah S.A.W.  bersabda maksudnya :  ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Fitnah Harta

Fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhawatirkan Rasulullah S.A.W.  Baginda bersabda maksudnya : ”Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Fitnah Kekuasaan 

Fitnah kekuasaan ini juga dapat menimpa gerakan dakwah dan memang telah banyak menimpa gerakan dakwah. Para ahli gerakan dakwah termasuk para pemimpin gerakan dakwah adalah manusia biasa yang tidak maksum dan tidak terbebas dari dosa dan fitnah. Yang terbebas dari fitnah dan kesalahan adalah manhaj Islam. Sehingga fitnah kekuasaan dapat menimpa mereka kecuali yang dirahmati Allah. Kecintaan untuk terus memimpin dan berkuasa baik dalam organisasi maupun dalam pentadbiran di dalam masyarakat.

Fitnah kekuasaan yang paling dahsyat menimpa aktivis dakwah adalah perpecahan, saling menjatuhkan, saling memfitnah bahkan saling membunuh. Dan semua itu pernah terjadi dalam sejarah Islam. Semoga kita semua diselamatkan dari semua bentuk fitnah ini.

Fitnah kekuasan juga berlaku kepada para pemimpin negara, yang  bertungkus-lumus mengejar dan mempertahankan kekuasaan yang ada sehingga sanggup membuat fitnah, jatuh menjatuhkan orang lain dan sanggup memberi rahsuah pada rakyat. Manusia akan hilang pertimbangan akal yang waras apabila hilang kuasa dan sanggup mengunakan apa cara sekalipun semata-mata mempertahankan kuasa untuk terus berkuasa.

Untuk melihat semua bentuk fitnah dunia ini, maka kita harus senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan berlindung dari keburukan fitnah dunia. Mengukuhkan peribadi kita sehingga menjadi jiwa rabbani bukan jiwa maadi (materialis) dan juga bukan jiwa rahbani yang suka berpuak-puak. Disamping itu kita harus mengukuhkan pemahaman kita tentang hakikat dunia, risalah manusia dan keyakinan tentang hisab dan hari akhirat.

 Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :  “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Ibnu Umar)

Manusia diciptakan Allah sebagai pemimpin yang harus memakmurkan bumi. Maka mereka harus menguasai dunia atau harta bukan dikuasai oleh harta. Sebagaimana doa yang diungkapkan oleh Abu Bakar r.a., ”Ya Allah jadikanlah dunia di tanganku, bukan masuk ke dalam hatiku.” Seperti itulah seharusnya seorang pemimpin. Memberi contoh tauladan tentang pengorbanan yang menyeluruh dengan segala harta yang dimiliki, bukan malah memberi contoh tauladan kepada pengikutnya dengan kenderaan dan rumah yang sederhana dan tidak bermewah-mewah seperti yang ditunjukkan oleh Khalifah ar-Rasyidin.

Fitnah kematian 

Berlindung daripada Allah S.A.W.  fitnah di saat kematian iaitu terhindar daripada hasutan Iblis  ketika nazak kerana di saat inilah keadaan yang cukup kritikal. Iblis laknatullah akan memesungkan akidah orang yang sedang nazak. Ketika ini kita mohon Allah s.w.t memberi kekuatan kita untuk menangkis bisikan dan hasutan Iblis dan dijauhi daripada gangguan ini dan dapat mengingati Allah dan menyebut nama-Nya.

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis Riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Orang yang beriman kepada Allah S.W.T. hendaklah sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah (penutupan akhir hayat yang baik). Bukan dalam keadaan su'ul khatimah (penutup akhir hayat yang tidak baik),

Nabi S.A.W.  bersabda maksudnya :  "Sesiapa yang mengucap ucapan terakhirnya sebelum mati kalimah (Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ) dia masuk syurga. "(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Mu 'adz)

Keempat : Berlindung dari fitnah Dajjal.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah S.A.W.  telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah S.W.T.  ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah S.W.T. akan menjaga orang-orang mukmin."

Orang mukmin sentiasa menjauhkan diri daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal sama ada fitnah yang berlaku sekarang ini mahupun fitnah Dajjah semasa akhir zaman nanti. Kita berada di zaman sekarang ini adalah penuh dengan fitnah yang ditaburkan oleh Dajjal contoh apabila kita suka kepada kehidupan dunia yang sementara, hiburan yang melekakan, melaksanakan undang-undang bukan daripada ajaran Islam, perpecahan sesama umat Islam sebenarnya semua ciri-ciri ini adalah nilai yang dibawa oleh Dajjal di akhir zaman. Jadi bentuknya adalah serupa iaitu mendatangkan kerosakkan, dosa dan kemurkaan Allah S.W.T.

Oleh itu kita mohon perlindungan Allah S.W.T.  supaya fitnah Dajjal ini (semua yang menyimpang dari ajaran Islam adalah kerja Dajjal) dapat kita jauhi dan sentiasa kembali kepada ajaran Islam dan melaksanakannya dalam kehidupan kita.

Marilah sama-sama kita istiqamah memohon perlindungan Allah S.W.T. di atas empat perkara pokok yang dinyatakan di atas. Dan bacalah doa perlindungan ini setiap kali kita mendirikan solat sama ada solat fardu atau sunat semoga kita mendapat hidayah dan rahmat Allah S.W.T.  di dalam kehidupan kita di dunia ini dan mendapat pertolongan Allah di hari akhirat hingga kita layak memasuki syurga Allah S.W.T.  seluas langit dan bumi.

Thursday, March 10, 2011

Muliakanlah Tiga Golongan Untuk Mendapat Reda Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Pada malam aku di Israkkan, aku mendengar Allah berfirman maksudnya : 'Hai Muhammad! Perintahkan umatmu supaya memuliakan tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulama dan penghafaz Al Quran'."

Kenapakah Allah S.W.T. memerentahkan Nabi S.A.W. untuk memberitahu umatnya bahawa Dia memerintakkan (mewajibkan) untuk memberi kemuliaan kepada tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulama dan penghafaz al-Quran.?

Jika kita meneliti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi  terdapat banyak arahan yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya terhadap tiga golongan tersebut.

Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Memuliakan kedua ibu bapa.

Kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya."
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan tanpa rasa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh-tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Setiap dosa mungkin ditangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk syurga. Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga dan tidak akan merasakan kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya." (Hadis Riwayat Hakim).

Oleh itu, sebagai muslim yang takut seksaan Allah serta selalu mengharapkan keredaan-Nya, hendaklah selalu berbuat baik, menunjukkan muka manis, menyenangkan hati ibu bapa dan sebagainya sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran kepada Allah.

Sikap yang baik inilah yang selalu diinginkan oleh ibu bapa daripada anaknya. Jika terlanjur melakukan penderhakaan terhadap mereka, segera meminta ampun ampun serta bertaubat kepada Allah yang bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang sentiasa bersedia untuk memberi keampunan kepada setiap hamba yang memohon keampunan daripada-Nya.

Kedua : Memuliakan alim ulama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah para ulama.”
(Surah Fathir ayat 28)

Orang yang paling takut kepada Allah S.W.T. adalah ulama. Ulama adalah orang mukmin yang berilmu dan menghayati ilmu tersebut dan beristiqamah. Ilmu yang bermanfaat yang dimilikinya akan disampaikan kepada orang lain dengan hati yang ikhlas dan semata-mata mencari reda Allah S.W.T.

Ulama adalah pewaris Nabi. Di dalam hadis ada memperjelaskan bahawa tugas-tugas utama bagi golongan ulama yang bertanggungjawab sebagai penyimpan amanah warisan Rasulullah S.A.W.  adalah untuk mengekalkan ketulinan ajaran-ajaran Islam dari apa jua bentuk pencemaran atau penambahan. Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), bererti telah mengambil bahagian yang sempurna.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud di dalam Sunannya)

Ibnu Abbas berkata : "Ulama ialah orang-orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi : Orang alim tentang Allah Maha Penyayang ialah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiatNya disamping yakin bahawa dia tetap akan menemuiNya dan Dia bakal menghitungkan amalannya."

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Siapa saja yang tidak peduli terhadap urusan kaum muslim, maka dia bukanlah kaum muslim. Siapa saja yang di pagi hari dan di petang hari tidak menjadi penasihat untuk Allah, Rasul, kitab dan imam-Nya serta seluruh kaum muslim, maka dia bukan termasuk muslim.” (Al-Hafidh Jalaluddin as-Suyuthi, Jami’ al-Masanid wa al-Marasil)

Oleh itu, para ulama terdahulu benar-benar telah meletakkan dirinya menjadi pendakwah dan pendidik, bukan hanya orang yang berilmu, tetapi bagaimana ilmu mereka boleh digunakan untuk mewujudkan kemaslahatan umat dan dilaksanakan semata-mata kerana Allah S.W.T.

Daripada Abdullah bin Umar telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasakan ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W diatas jelaslah kepada kita betapa pentingnya ulama dimuliakan dan dihormati. Tanda seorang itu beriman dan bertakwa dia akan memuliakan ulama sebagai pewaris Rasulullah S.A.W. Tetapi jika ulama telah menyimpang daripada landasan sebenarnya dan membiarkan kemungkaran dihadapan mata tidak ditegur dan di ambil tindakkan atau sentiasa membenarkan kemungkaran yang dibuat oleh umarak maka ulama seperti ini akan hilang kewibawaannya dan dia tidak akan dihormati. Ulama perlu tegas di dalam amar makruf nahi mungkar dan bersedia memikul amanah yang besar iaitu mendaulatkan Islam dan menegakkan hukum-hukum Allah S.W.T. di atas muka bumi ini.

Berlaku juga di dalam masyarakat kita para alim ulama dihina dan difitnah di media masa dan umarak kerana mereka ingin menegakkan ajaran Islam. Perlu diingat mereka yang bertanggungjawab memfitnah ulama yang ikhlas dan warak  akan mendapat laknat Allah S.W.T di dunia dan akhirat . Allah S.W.T akan menarik keberkatan dalam hidup mereka.

Ketiga :  Memuliakan Penghafaz al-Quran.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud)

Begitu mulianya seorang yang menjadi penghafaz al-Quran. Allah S.W.T memberi penghormatan dan ganjaran yang besar kepada penghafaz al-Quran di dunia dan akhirat . Allah S.W.T. sendiri meminta Nabi S.A.W. memberitahu kepada umat untuk memuliakan penghafaz al-Quran kerana mereka adalah golongan yang membawa al-Quran di dada-dada mereka dan menjamin kesucian al-Quran tidak boleh diselewengkan oleh orang kafir dan munafik.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita memuliakan tiga golongan yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. semata-mata untuk mendapat keredaan Allah S.W.T. Janganlah kita merosakkan masa depan kita di hari akhirat nanti dengan kita derhaka kepada ibu bapa, menghina ulama dan membenci penghafaz al-Quran. Jadilah diri kita mukmin yang soleh dan solehah dengan mentaati dan menghormati kedua ibu bapa, mencintai para alim ulama dan penghafaz al-Quran.

Wednesday, March 9, 2011

Kebaikan dan Kelebihan Menjadi Seorang Penghafaz al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran ialah kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari kiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Pada malam aku di-Israk-kan, aku mendengar Allah berfirman: Hai Muhammad! Perintahkan umatmu supaya memuliakan tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulamak dan penghafaz Al Quran."

Penghafazan al-Quran sememangnya satu tradisi dan keperluan utama di zaman Rasulullah dan para sahabat. Para sahabat di zaman itu digalakkan untuk menghafaz al-Quran disamping turut membenarkan sahabat untuk menulisnya pada kulit binatang, kulit kayu, batu, tulang dan sebagainya.  Para sahabat sememangnya banyak menghafaz al-Quran ketika itu.  Ini kerana Rasulullah memberi kelebihan kepada mereka yang menghafaz al-Quran dan para sahabat cenderung untuk menyahut galakan tersebut dengan didorong kelebihan semulajadi bangsa Arab yang kuat ingatannya.

Usaha murni para sahabat menjadikan al-Quran terpelihara dan kekal asli dalam ingatan mereka. Sehinggalah pada zaman Saidina Uthman, wilayah Islam semakin luas dan menimbulkan keperluan mendesak kepada satu pengumpulan serta penyusunan dalam bentuk yang seragam; bagi memelihara keaslian dan memudahkan pembacaan oleh pelbagai bangsa.  Ini telah membuktikan bahawa para sahabat penghafaz al-Quran telah banyak menyumbang dalam usaha menerbitkan mushaf Uthmani yang sempurna. Kini umat Islam seluruh dunia memanfaatkan mushaf ini yang diyakini akan terus kekal dan terjamin keasliannya hingga ke hari ini.

Banyak terdapat hadis-hadis daripada Nabi S.A.W. yang menjelaskan kebaikan dan kelebihan seseorang menghafaz al-Quran (30 juzuk). Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran) atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran untuk lelaki “al-Hafiz” dan untuk wanita "al-Hafizah" akan mendapat dua ganjaraniaitu ganjaran di dunia dan ganjaran di akhirat.

Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat ke 191 yang bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua : Ganjaran di akhirat

1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)

2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).

3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

 Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita berlumba-lumba menjadi menghafaz al-Quran (jika tidak mampu 30 juzuk menghafal setakat kemampuan) dan galakkanlah ahli keluarga dan anak-anak kita untuk menjadi penghafaz al-Quran. Sekurang-kurangnya dalam satu keluarga ada salah seorang daripadanya menjadi hafiz atau hafizah. Inilah sebenarnya asset yang besar untuk para ibu bapa mendapat saham yang besar di hari akhirat nanti.

Apabila kita merancang masa depan anak-anak kita masukkanlah sekali nilai-nilai agama dan Islam untuk masa depan di dunia dan akhirat, jangan di utamakan untuk dunia semata-mata.

Sudah ramai sekarang ini pelajar yang pakar dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan sains pada masa yang sama mampu menghafaz al-Quran 30 juzuk.

Jika dahulu mentaliti masyarakat menganggap menjadi seorang hafiz tidak akan mendapat pekerjaan yang tetap, tetapi zaman telah berubah sekarang ini para hafiz dan hafizah mendapat tempat disisi masyarakat dan mendapat pekerjaan yang baik. Di samping mereka memiliki kefahaman agama yang mantap dan ilmu yang bermanfaat mereka juga dapat memberi sumbangan yang besar menghidupkan ilmu al-Quran di dalam masyarakat, semoga masyarakat dapat menghayati pula intisari yang terkandung di dalam kitab suci yang mulia ini.

Mereka yang menghafaz al-Quran akan mendapat kejayaan dan hidup bahagia di dunia dan di akhirat jika disertakan dengan amal soleh dan amal kebaikan.

Menghafaz al-Quran boleh memantapkan ingatan dan minda, sebab itu kita dapati para Hafiz Al-Quran mempunyai ingatan yang kuat, tetap dan mantap dan sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Kelebihan pengafaz al-Quran juga jiwanya tenang dan berakhlak mulia. Petah bercakap dan dapat bertutur dengan lancar kerana sering melatih dan menyebut huruf-huruf al-Quran dengan baik ketika membacanya.

Jelaslah kepada kita bahawa terdapat banyak faedah-faedah menjadi penghafaz al-Quran seperti di jelaskan di atas, jadi apa kata selepas ini kita menjadikan amalan membaca al-Quran secara istiqamah dan menghafalnya seayat demi seayat. Paling tidak pun membaca satu ayat al-Quran sehari. Tetapi lebih baik jika kita membaca al-Quran sehari semuka dengan penuh istiqamah dan konsisten atau menghafaznya sekali. Perkara yang paling penting al-Quran yang kita baca dan hafaz perlulah kita hayati pula dalam kehidupan kita kerana al-Quran diturunkan untuk dihayati dan di amalkan di dalam kehidupan.

Kebaikan dan Kelebihan Menjadi Seorang Penghafaz al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran ialah kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari kiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Pada malam aku di-Israk-kan, aku mendengar Allah berfirman: Hai Muhammad! Perintahkan umatmu supaya memuliakan tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulamak dan penghafaz Al Quran."

Penghafazan al-Quran sememangnya satu tradisi dan keperluan utama di zaman Rasulullah dan para sahabat. Para sahabat di zaman itu digalakkan untuk menghafaz al-Quran disamping turut membenarkan sahabat untuk menulisnya pada kulit binatang, kulit kayu, batu, tulang dan sebagainya.  Para sahabat sememangnya banyak menghafaz al-Quran ketika itu.  Ini kerana Rasulullah memberi kelebihan kepada mereka yang menghafaz al-Quran dan para sahabat cenderung untuk menyahut galakan tersebut dengan didorong kelebihan semulajadi bangsa Arab yang kuat ingatannya.

Usaha murni para sahabat menjadikan al-Quran terpelihara dan kekal asli dalam ingatan mereka. Sehinggalah pada zaman Saidina Uthman, wilayah Islam semakin luas dan menimbulkan keperluan mendesak kepada satu pengumpulan serta penyusunan dalam bentuk yang seragam; bagi memelihara keaslian dan memudahkan pembacaan oleh pelbagai bangsa.  Ini telah membuktikan bahawa para sahabat penghafaz al-Quran telah banyak menyumbang dalam usaha menerbitkan mushaf Uthmani yang sempurna. Kini umat Islam seluruh dunia memanfaatkan mushaf ini yang diyakini akan terus kekal dan terjamin keasliannya hingga ke hari ini.

Banyak terdapat hadis-hadis daripada Nabi S.A.W. yang menjelaskan kebaikan dan kelebihan seseorang menghafaz al-Quran (30 juzuk). Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran) atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran untuk lelaki “al-Hafiz” dan untuk wanita "al-Hafizah" akan mendapat dua ganjaraniaitu ganjaran di dunia dan ganjaran di akhirat.

Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat ke 191 yang bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua : Ganjaran di akhirat

1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)

2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).

3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

 Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita berlumba-lumba menjadi menghafaz al-Quran (jika tidak mampu 30 juzuk menghafal setakat kemampuan) dan galakkanlah ahli keluarga dan anak-anak kita untuk menjadi penghafaz al-Quran. Sekurang-kurangnya dalam satu keluarga ada salah seorang daripadanya menjadi hafiz atau hafizah. Inilah sebenarnya asset yang besar untuk para ibu bapa mendapat saham yang besar di hari akhirat nanti.

Apabila kita merancang masa depan anak-anak kita masukkanlah sekali nilai-nilai agama dan Islam untuk masa depan di dunia dan akhirat, jangan di utamakan untuk dunia semata-mata.

Sudah ramai sekarang ini pelajar yang pakar dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan sains pada masa yang sama mampu menghafaz al-Quran 30 juzuk.

Jika dahulu mentaliti masyarakat menganggap menjadi seorang hafiz tidak akan mendapat pekerjaan yang tetap, tetapi zaman telah berubah sekarang ini para hafiz dan hafizah mendapat tempat disisi masyarakat dan mendapat pekerjaan yang baik. Di samping mereka memiliki kefahaman agama yang mantap dan ilmu yang bermanfaat mereka juga dapat memberi sumbangan yang besar menghidupkan ilmu al-Quran di dalam masyarakat, semoga masyarakat dapat menghayati pula intisari yang terkandung di dalam kitab suci yang mulia ini.

Mereka yang menghafaz al-Quran akan mendapat kejayaan dan hidup bahagia di dunia dan di akhirat jika disertakan dengan amal soleh dan amal kebaikan.

Menghafaz al-Quran boleh memantapkan ingatan dan minda, sebab itu kita dapati para Hafiz Al-Quran mempunyai ingatan yang kuat, tetap dan mantap dan sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Kelebihan pengafaz al-Quran juga jiwanya tenang dan berakhlak mulia. Petah bercakap dan dapat bertutur dengan lancar kerana sering melatih dan menyebut huruf-huruf al-Quran dengan baik ketika membacanya.

Jelaslah kepada kita bahawa terdapat banyak faedah-faedah menjadi penghafaz al-Quran seperti di jelaskan di atas, jadi apa kata selepas ini kita menjadikan amalan membaca al-Quran secara istiqamah dan menghafalnya seayat demi seayat. Paling tidak pun membaca satu ayat al-Quran sehari. Tetapi lebih baik jika kita membaca al-Quran sehari semuka dengan penuh istiqamah dan konsisten atau menghafaznya sekali. Perkara yang paling penting al-Quran yang kita baca dan hafaz perlulah kita hayati pula dalam kehidupan kita kerana al-Quran diturunkan untuk dihayati dan di amalkan di dalam kehidupan.

Tuesday, March 8, 2011

Terdapat 16 Perkara Untuk Merawat Futur dan Iman Yang Lemah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap para daie atau pendakwah yang bekerja dijalan Allah S.W.T dengan hati yang penuh ikhlas akan sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan-Nya. Apabila kita tolong agama Allah S.W.T. maka Dia akan tolong kepada kita. Pertolongan Allah S.W.T akan datang dalam berbagai bentuk. Dia memberikan pertolongan dengan dikurniakan ketenangan hati, di permudahkan urusan mendidik isteri dan anak-anak hingga mereka menjadi insan soleh yang sentiasa taat kepada Allah S.W.T. Di berikan rezeki yang melimpah ruah di jalan yang tidak disangka-sangka dan di berinya kekuatan untuk menghayati Islam dan menyampaikannya.

Semua jalan-jalan keberkataan ini adalah tanda Allah cinta dan kasih kepadanya kerana hati dan jiwanya sentiasa meletakkan pengharapan dan reda dan mengharap kepada pertolongan dan bantuan daripada-Nya daripada sekecil-kecilnya hingga perkara-perkara besar. Alangkan bahagianya jika hati seorang daie dan murabbi sentiasa rasa takut (khauf), timbul pula rasa mengharap (rajaa') akan pengampunan-Nya dan rasa mengharapkan pertolongan ('inayah) dan rahmat-Nya

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang daie dan murabbi bukannya sentiasa berada di dalam keadaan selesa dengan iman yang mendalam dan jihad yang berterusan. Tetapi dia juga sering diuji dengan keduniaan, keseronokan dengan harta dan anak-anak yang melalaikan, kemalasan untuk bekerja dengan istiqamah dan suka berehat-rehat menghiburkan hati. Penyakit yang menyerang para daie ini dipanggil futur. Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas bekerja dan rasa lemah.

Di dalam jemaah Islam atau harakah Islamiah, futur adalah penyakit yang menimpa para daie dan pekerja Islam. Paling minima futur yang menimpa daie dan pekerja Islam adalah perasaan malas dan paling parah ialah berhenti atau tidak aktif dalam amal Islami. Kerja-kerja amar makruf nahi mungkar  di pandang sepi dan seolah-olah tidak berminat lagi untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Perlu diingat Nabi S.A.W. dan para sahabatnya tidak pernah berhenti bekerja menyampaikan dakwah Islam, walaupun diuji dengan berbagai dugaan begitu juga ulama-ulama yang muktabar sentiasa istiqamah walaupun terpaksa menanggung derita duduk didalam penjara kerana tidak disukai oleh pemerentah yang sentiasa mengikut hawa nafsu.
Futur ini perlu dirawat dan dicas semula iman yang lemah kerana jika dibiarkan iman ini tidak dicas semula dikhuatiri iman ini akan  semakin lemah dan akan hilang di hati para daie dan pekerja Islam!

Sahabat yang dikasihi,
Apakah faktor utama yang menyebabkan boleh datang futur dan lemah iman? Faktor utama adalah disebabkan dosa-dosa kecil dan besar kita lakukan dengan sengaja atau tanpa disedari. Bila kita memandang mudah dosa-dosa  ini dan secara berterusan pula mengulanginya maka dosa ini umpama racun yang merosakkan hati-hati kita. Hati akan rasa lemah bila diganggu oleh racun-racun dosa. Titik-titik hitam dosa menutupi hati, hingga lama kelamaan hati menjadi hitam dan selaput hitam inilah yang menutup pintu hidayah dan taufik daripada Allah S.W.T. 
 Untuk merawat futur dan lemah iman terdapat 16 perkara yang boleh diamalkan dan dihayati untuk memulihkannya.
1. Menjauhkan diri daripada dosa-dosa kecil dan besar dan sentiasa perbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah S.W.T.

2. Terus menerus melakukan amalan-amalan harian yang soleh. Amalan soleh bermula dengan yang wajib hingga yang sunat. Amalan ini terus dilakukan mengikut jadual.
3. Sentiasa merebut masa yang baik. Menghidupkan masa-masa tersebut dengan mentaati Allah S.W.T. seperti di waktu malam, hari Jumaat dan seumpamanya.
4. Membebaskan diri daripada melampau dalam din. Membuat sesuatu melebihi kemampuan fitrah. Dalam sirah , ada sahabat yang ingin berpuasa terus menerus . Ada yang ingin solat malam terus menerus tanpa tidur. Tetapi Rasulullah S.A.W. tidak izinkan kerana amalan-amalan itu di anggap melampau dalam din.
5. Meletakkan diri teguh dalam jemaah Islamiah. Tidak meninggalkan jemaah kerana Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Tangan Allah bersama-sama jemaah."

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
6. Memberi perhatian kepada sunnah Allah S.W.T. yang berlaku kepada dunia.
Kita perlu mambaca kisah anbiya' dan mengetahui faktor-faktor kejatuhan sesuatu umat. Untuk menambahkan kesedaran dan keinsafan diri kita bahawa manusia yang menentang hukum Allah S.W.T akan mendapat azab dan seksaan daripada Allah S.W.T.

7. Bersedia dan sentiasa berhati-hati menghadapi halangan-halangan di jalan dakwah. Ingatlah bahawa ujian Allah S.W.T. akan datang apabila kita terlibat diatas jalan yang hak dan tidak perlu resah dan gelisah dan rasa kecewa apabila ujian dan dugaan datang, kerana ini adalah sunatullah.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut  ayat 2-3).

8. Bekerja mengikut keutamaan. Mana yang dahulu di dahulukan dan mana yang kemudian perlu dikemudiankan. Kita jangan dibebankan dengan masalah-masaalah remeh-temeh dan khilafiah dan cabang-cabang.
9. Sentiasa bersahabat dengan orang-orang soleh dan sentiasa berjuang dijalan Allah.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Sahabat yang baik lagi soleh akan sentiasa mengingatkan kita  untuk bekerja di jalan Allah dan tidak mudah putus asa.
10. Memberi hak-hak badan seperti berehat. Rehat disini adalah rehat untuk membina kekuatan untuk bekerja seterusnya . Janganlah badan kita langsung tidak diberikan haknya untuk berehat. Makanan perlu seimbang, berzat dan berkualiti.
11. Memberikan peluang kepada diri untuk melakukan perkara-perkara yang harus seperti meraikan keluarga, membawa kepantai atau tempat bersantai dan rehlah dan beriadah. Namun ia tetap dalam rangka tarbiah.

12. Sentiasa melihat, membaca dan mengkaji buku-buku sirah dan sejarah pejuang-pejuang Islam. Kisah-kisah tokoh penting, mujahid dan ulama perlu di dalami agar memberikan dorongan kepada kita.

13. Mengingati mati dan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian. Di alam barzakh setiap orang akan di datangi dua malaikat. Malaikat akan menyoal dan bertindak  denga izin Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W ada menjelaskan bahawa di akhirat nanti , manusia akan dibangkitkan dalam tiga keadaan :

a. dalam keadaan menaiki kenderaan.
b. dalam keadaan berjalan kaki.
c. dalam keadaan berjalan dengan muka.

Mendengan penjelasan itu, ada sahabat bertanyakan baginda, "Bagaimana berjalan dengan muka ya Rasulullah?". Jawab baginda, "Allah berkuasa menjadikan kamu berjalan dengan kaki, maka Allah juga berkuasa menjadikan kamu berjalan dengan muka."

Begitu juga mengingati peristiwa-peristiwa di Padang Mahsyar. Ada manusia yang berteduh di bawah bayangan Arasy, ada manusia yang lemas dalam peluh dan sebagainya. Kesukaran semasa timbangan amal dan meniti di titian sirat.

14. Mengingatkan syurga dan neraka. Akhirat adalah tempat yang kekal abadi. Syurga adalah tempat balasan yang paling baik disediakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Begitu juga neraka disediakan Allah S.W.T kepada mereka -mereka yang ingkar dan derhaka kepada Allah S.W.T.

Tidak bersalah jika kita beramal dengan mengharapkan balasan syurga dan kita meninggalkan dosa kerana takut kepada azab neraka.

15. Menghadiri majlis-majlis ilmu. Ilmu menghidupkan hati. Mendapatkan ilmu adalah sebahagian daripada tarbiah Islamiah. Islam memuliakan orang yang berilmu.
Firman Allah S.W.T maksudnya : "Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama." (Surah Fatir ayat 28)

16. Mengambil dan menghayati Islam secara keseluruhannya bukannya secara serpihan atau juz'i.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-salam kita muhasabah diri kita adakah ciri-ciri futur atau iman lemah itu telah menguasai diri kita dan jika ada maka marilah kita perbaiki futur ini dengan kita mengamalkan 16 perkara seperti yang dijelaskan di atas. Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan pada diri kita untuk terus berjihad dijalan-Nya denga istiqamah dan yakin dengan janji-janji Allah. Ingatlah tidak ada balasan kepada para mujahid dan daie yang bertakwa melainkan syurga seluas langit dan bumi.

Seorang Mukmin Akan Sentiasa Rasa Takut (Khauf) Kepada Allah S.W.T.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hati dan jiwa seorang mukmin yang bertakwa kepada Allah S.W.T. akan sentiasa khauf iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah S.W.T. serta takut akan kemurkaan-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
     
Firman Allah S.W.T.  yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah ayat 40 )

Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah S.W.T.  jika dia tidak mengenal dan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zat-Nya. Contoh jika kita meyakini bahawa Allah S.W.T. Maha Melihat dan Maha Mendengar maka akan timbul rasa takut dihati kita untuk melakukan maksiat, dosa dan kemungkaran. Walau pun manusia tidak nampak tetapai Allah Maha Melihat dan memerhatikan sahaja perbuatan kita.

Begitu juga Allah S.W.T Maha Mendengar tuturkata dan perbicaraan kita yang boleh mendatangkan dosa, hinggakan bisikan hati kecil kita Dia tetap mendengarnya, oleh itu kita tidak boleh lari daripada pengetahuan Allah S.W.T.

Orang jahil akan membuat sesuatu perbuatan dan amalan tanpa merujuk adakah perbuatan tersebut dilarang oleh Allah S.W.T. atau tidak. Itu sebab orang jahil akan membuat sesuatu perkara maksiat atau dosa tidak ada perasaan takut dan dia melanggarnya tanpa rasa bersalah. Oleh itu ilmu adalah satu perkara penting untuk kita pelajari kerana dengan mengetahui hukum hakam dan jenis-jenis seksaan yang akan diterima di hari akhirat nanti seseorang itu akan berfikir dua kali sebelum melakukan tindakan yang bertentangan dengan kehendak Allah S.W.T. Dalam satu hadis Nabi S.W.T. salah seorang yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab adalah orang jahil yang melakukan maksiat tanpa mengetahui bahawa perkara itu boleh mendatangkan dosa. Dengan kejahilannya tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan diri daripada balasan Allah di hari akhirat nanti kerana keengganannya menuntut ilmu.

Sahabat yang dimuliakan,          
Martabat manusia ditentukan oleh akhlaknya. Bermula daripada pendidikan awal di dalam keluarga. Menanamkan sifat yang jujur. Membentuk akhlak umat harus bermula dengan menanam sahsiah pada keluarga. Pembinaan kerohanian anggota keluarga dilaksanakan dengan tarbiah dan pembentukkan nilai-nila murni dengan menanamkan rasa khauf (takut) kepada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. :
ŰȘَŰȘَŰŹَŰ§Ùَى ŰŹُنُÙˆŰšُهُمْ Űčَنِ Ű§Ù„ْمَ۶َۧۏِŰčِ يَŰŻْŰčُونَ ۱َŰšَّهُمْ Űźَوْفًۧ وَŰ·َمَŰčًۧ وَمِمَّۧ ۱َŰČَقْنَŰ§Ù‡ُمْ يُنْفِقُونَ 

Maksudnya : "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut (khauf) dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka" (Surah as-Sajadah ayat 16)

Kata khauf yang bererti takut, terdapat di dalam Al Quran sebanyak 134 kali, dan juga  kata “Khasy-syah” yang juga bererti takut terdapat sebanyak 84 kali. Allah SWT menjadikan kehidupan di dunia ini ibarat ruang ujian, yang harus ditempuh oleh manusia.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu, yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun." (Surah al-Mulk ayat 1-2)   

Rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan dan tertanam di dalam hati manusia, dan memiliki peranan penting dalam kehidupan kejiwaan manusia. 
Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.wj.  berkata: “MAN KHAAFA AAMANA”, barangsiapa yang takut, aman!”
Kalau kita tidak takut hujan, kita tidak akan sedia payung, bila kita tidak takut sakit kita tidak berupaya meningkatkan kesihatan kita.

Islam tidak memandang rasa takut yang ada dalam diri manusia sebagai aib yang harus dihilangkan. Namun demikian, rasa takut akan menjadi sesuatu yang buruk apabila seseorang tidak mampu mengatur dan menyalurkan rasa takutnya, apalagi bila rasa takut itu jadi penghalang kemajuan, kebebasan dan kehormatannya.

Ali bin Abi Thalib k.wj menasihati kita: “Kalau kalian bertekad melakukan sesuatu, maka arungilah. Kerana bayangan bencana terlihat lebih besar dari yang sebenarnya.”
Jadi sesungguhnya menunggu datangnya bencana lebih buruk dari bencana itu sendiri. Kerana lebih baik kita melakukan persiapan dan menyusun kekuatan batin menghadapi sesuatu yang akan datang.

Al Quran telah menggambarkan rasa takut yang timbul pada jiwa para rasul dan hamba-hamba Allah yang soleh, meskipun mereka adalah manusia pilihan yang terkenal suci dan bersih. Allah SWT berfirman:

وَŰŁَوْŰ­َيْنَۧ Ű„ِلَى ŰŁُمِّ مُÙˆŰłَى ŰŁَنْ ŰŁَ۱ْ۶ِŰčِيهِ فَŰ„ِŰ°َۧ ŰźِفْŰȘِ Űčَلَيْهِ فَŰŁَلْقِيهِ فِي Ű§Ù„ْيَمِّ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰźَŰ§Ùِي وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰ­ْŰČَنِي Ű„ِنَّۧ ۱َۧۯُّوهُ Ű„ِلَيْكِ وَŰŹَۧŰčِلُوهُ مِنَ Ű§Ù„ْمُ۱ْŰłَلِينَ

Maksudnya : “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: 'Susukanlah dia, dan apabila kamu takut (khawatir) maka hanyutkanlah ia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu takut dan (jangan pula) bersedih hati. Kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul." (Surah al Qashash ayat 7)

Takut (al khauf) adalah masaalah yang berkaitan dengan kejadian yang akan datang. Khauf merupakan salah satu syarat iman dan melaksanakan hukum-hukumnya.

Takut kepada Allah adalah rasa takut yang harus dimiliki setiap hamba. Kerana rasa takut itu mendorong untuk meningkatkan amal kebaikan dan bersegera dalam meninggalkan semua yang dilarang-Nya. Rasa takut kepada Yang Maha Kuasa adalah salah satu tanda keimanan kepada-Nya. Dengan adanya rasa takut, timbul rasa harap (rajaa’) akan maghfirah (ampunan), ‘inayah (pertolongan), serta rahmat Allah dan reda-Nya. Sehingga hakikat "iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin" (kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami minta pertolongan) benar-benar terpahat dalam hati seorang hamba.

Di saat manusia merasakan getaran rasa takutnya kepada Allah, maka saat itu bererti mereka memiliki rasa takut pula akan ancaman azab yang Allah sediakan bagi orang-orang yang durhaka kepada-Nya. Makrifah (pengetahuan) akan sifat Allah akan mengantarkan ke dalam pengetahuan tentang azab-Nya.

Seorang hamba yang soleh, dan merealisasikan hakikat kehambaannya dengan senantiasa mengamalkan perintah-Nya dan mengamalkan pula semua ajaran rasul-Nya, pasti akan memilki rasa takut yang mendalam terhadap azab yang mengancamnya. Sikap ini akan melahirkan selalu waspada, sehingga tidak ada amal atau prilaku yang mengarah kepada hal-hal yang menjadikan Allah murka dan menjadikan dirinya durhaka kepada Allah. 
Allah SWT berfirman:
قُلْ Ű„ِنِّي ŰŁَŰźَŰ§Ùُ Ű„ِنْ ŰčَŰ”َيْŰȘُ ۱َŰšِّي ŰčَŰ°ََۧۚ يَوْمٍ ŰčَŰžِيمٍ

Maksudnya : “Katakanlah: 'Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar jika aku durhaka kepada Tuhanku.” (Surah az Zumar ayat 13)

Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya rasa takut kepada Allah itu merupakan salah satu perasaan yang diciptakan dalam diri manusia untuk memotivasi seseorang menjaga nilai-nilai Ilahi. Orang yang benar dalam jiwanya rasa takut kepada Allah S.W.T. akan merasakan rahmat-Nya, baik dalam kehidupan duniawi maupun ukhrawi.

Marilah kita bina rasa takut dan gerun kepada Allah S.W.T. akan menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara yang ditegah oleh-Nya dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruh-Nya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Monday, March 7, 2011

Orang Mukmin Yang Bertanggungjawab Tidak Akan Meninggalkan Kerja -kerja Amar Makruf Nahi Mungkar.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup sebagai seorang mukmin sentiasa dipertanggungjawabkan dengan tugas dan amanah yang besar. Selain diamanahkan menjadi seorang suami dan ayah untuk membimbing keluarganya, dia juga bertanggungjawab untuk memimpin umat ini semoga tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini dapat di jalankan dengan sempurna.

Tugas untuk memimpin umat ini bergerak di dalam Jemaah Islam di panggil sebagai daie dan murabbi. Tugas sebagai daie dan murabbi bukanlah tugas yang mudah dan boleh dibuat sambil lewa kerana kerana kesilapan kita memimpin umat Islam dan berlaku penyelewengan akan mengakibatkan  Islam di fitnah dan menyebabkan orang akan lari daripada ajaran Islam maka kita akan menanggung dosanya.

Tugas untuk mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran adalah tugas yang amat mulia kerana tugas ini adalah tugas para rasul yang diutus oleh Allah S.W.T. Islam tidak akan tersebar luas apabila tugas amar makruf nahi mungkar ini tidak dilaksanakan dan gejala kerosakan dan kefasadan akan tersebar luas dan semakin parah bila umat Islam hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mahu pikul bersama tugas yang mulia ini. Pasti bala Allah S.W.T akan turun ditempat itu jika tidak ada usaha-usha yang berterusan mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan.


Ketahuilah, bahawasanya amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah melakukan kejahatan) adalah puncak tertinggi dalam agama. Ia merupakan suatu soal yang amat penting sekali, yang kerananya Allah  S.W.T. telah mengutuskan para Nabi sekalian.

Andaikata tugas ini dilengahkan dan segala jentera amar makruf dan nahi mungkar itu dicuaikan, sama ada dalam ilmu pengetahuan mahupun amalan, tentulah kesesatan bermaharajalela dan kejahilan terus akan melanda setiap orang, dan ketika itu negara akan menjadi rosak binasa manakala rakyatnya menjadi kacau bilau.

Tugas menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu menyuruh membuat kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan menjadi wajib, di kaji dari beberapa ayat al-Quran al-Karim seperti berikut:

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Dan hendaklah  ada di antara kamu  segolongan umat yang menyeru (manusia) kepada kebajikan menyuruh kepada yang makruf  dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang beruntung." 
(Surah Ali-Imran ayat 104)

Ayat yang tersebut di atas jelas sekali menunjukkan kewajiban hukum amar makruf dan nahi munkar. Sebab perkataan ' waltakun 'yang bermaksud hendaklah ada, ini adalah suatu perintah, dan zahir sekali perintah itu menunjukkan kewajiban perkara yang disuruh. Kemudian dalam ayat itu diterangkan pula perkataan beruntung yang mana pencapaian tingkat itu bergantung dengan melakukan perintah yang wajib tadi. Perhatikanlah firmanNya: 'Wa Ulaika Humul Muflihuun' yang maksudnya: Merekalah orang yang beruntung. Ternyata padanya bahwa tugas itu merupakan wajib fardu Kifayah, bukannya fardu ‘Ain, yang mana bila sesuatu ummat atau golongan menjalankan perintah atau tugas itu, maka gugurlah kefarduannya ke atas manusia yang lain.

Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pemimpin kepada setengah yang lain; mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari mengerjakan yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang.”
(Surah at-Taubah: 71)

Allah S.W.T. telah mensifatkan orang-orang yang beriman itu sebagai orang-orang yang menyuruh mengerjakan kebaikan, maka dengan itu sesiapa yang meninggalkan tugas menyuruh membuat yang baik itu terkeluarlah ia daripada golongan orang-orang yang disifatkan oelh Allah Ta’ala dalam ayat tersebut sebagai orang yang beriman:

Berfirman Allah lagi maksudnya :
"Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampau batas. Mereka tidak saling mencegah perbuatan mungkar yang selalu mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu." (Surah al-Maaidah ayat 78-79)

Ayat tersebut merupakan kemuncak ancaman dan kemurkaan dari Allah  S.W.T. kerana yang menyebabkan mereka ditimpa laknat itu ialah kerana mereka meninggalkan nahi mungkar; iaitu mencegah orang dari melakukan kejahatan.

Allah S.W.T. berfirman lagi maksudnya :
“Kamu sekalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.” (Surah ali-Imran ayat 110)

Ayat tersebut menunjukkan bahwa tugas amar makruf dan nahi mungkar itu paling utama sekali kerana Allah telah memberi kepujian kepada orang yang menjalankan tugas ini, sebagai sebaik-baik ummat di atas muka bumi ini.

Berfirman Allah S.W.T. lagi maksudnya :
 "Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik."
(Surah al-A'raaf ayat 165)

Berfirman Allah S.W.T. maksudnya :
“Dan tolong-menolong kamu atas kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.”
(Surah al-Maidah ayat 2)

Perintah ini adalah suatu kemestian dan maksud tolong-menolong itu ialah mengajak melakukannya dan mempermudahkan jalan kepada melakukan kebajikan serta menutup jalan-jalan yang boleh menyampaikannya kepada kejahatan, dan permusuhan sekadar kemampuan.

Adapun terdapat riwayat daripada hadis yang memberitakan tentang amar makruf dan nahi munkar ialah apa yang diriwayatkan dari Abu Bakar as-Siddiq r.a. dari Rasulullah  S.A.W. sabdanya maksudnya :
“Tiada ada suatu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahwa Allah hampir-hampir akan menimpakan seksaNya atas mereka sekalian.”

Dalam dalil-dalil yang tersebut di atas, nyatalah bahwa tugas amar makruf dan nahi mungkar itu menjadi seperkara yang wajib, dan kewajibannya pula tiada terluput sama sekali, selagi ada kemampuan untuk melaksanakannya, kecuali jika sudah ada orang lain yang memenuhi tugas itu.

Sahabat yang dimuliakan,
Orang mukimin yang dipilih menjadi para daie atau pendakwah hendaklah  menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai tiga tata-cara atau adab yang penting menghiasi akhlaknya. Perkara tersebut adalah seperti berikut :
(1) Berilmu
(2) Warak
(3) Berbudi pekerti baik

Berilmu maksudnya: Patutlah ia mengetahui letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia tiada terkeluar dari had dan batasan syariat Islam.

Warak  maksudnya: Mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran itu saja, dan jangan ia sekali-kali melampaui batas yang diizinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh tujuan-tujuan yang lain. Hendaklah kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu. Kalau tidak tentulah ia akan dijadikan bahan ejekan dalam menjalankan tugas menyuruh atau melarang ini. Kelak orang itu akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.

Adapun berbudi pekerti baik pula, seberapa boleh biarlah ia bersikap lemah-lembut dan berbalas kasihan kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya. Berilmu dan berwarak saja tidak mencukupi, kerana bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahannya hanya dengan berilmu dan berwarak semata-mata, melainkan jika ada pada tabiat kita sifat berbudi pekerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidak sabar itu.

Dengan terkumpulnya ketiga-tiga sifat ini pada diri seseorang maka akan sempurnalah maksud untuk membimbing dan terkiralah ia salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah. Dengan itu sajalah akan tertolaknya kemungkaran, dan tanpanya tentu sekali kemungkaran itu tidak dapat dihapuskan.

Sekali peristiwa pernah Khalifah al-Makmun diberi nasihat oleh seorang dan orang itu menggunakan ucapan-ucapan yang kasar dan keras. Maka berkata  Khalifah al-Makmun kepadanya : "Wahai manusia! Berkata lunaklah! Sebenarnya Allah telah mengutus orang lebih mulia daripadamu kepada orang yang lebih hina dariku. Dalam menggalakkan hakikat lemah-lembut dan lunak kata-kata, Allah telah berfirman:
“Maka katalah (wahai Musa dan Harun) kepada Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut semoga ia akan ingat atau takut.” (Surah Taha ayat 44)

Orang yang mahu membimbing orang lain, patutlah ia meniru sikap lunak dan lemah-lembut kerana para Anbia sentiasa mengunakan pendekatan yang lemah lembut untuk mengajak manusia beriman kepada Allah S.W.T. dan meninggalkan kemugkaran yang dilakukannya.

Sahabat yang dikasihi.
Untuk menjadi para daie atau pendakwah bukan semestinya kita perlu memiliki ilmu yang tinggi seperti para ulama, tetapi sebenarnya kita semua adalah para pendakwah kerana Nabi S.A.W ada bersabda maksudnya : "Sampaikanlah daripadaku satu ayat." Oleh itu kita wajib sampaikan Islam ini kepada isteri, anak-anak, jira tetangga, kawan-kawan pejabat, saudara mara , sahabat handai dan sesiapa saja orang yang kita kenal atau pun tidak.

Jika ada kenalan kita orang yang bukan Islam perlu juga kita sampaikan tentang kebaikan Islam semoga terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam. Kalau ada bahan-bahan tarbiah yang ringkas mengenai kebaikan Islam hulurkanlah kepada mereka supaya mereka dapat membacanya dan cuba mendekati dengan ajaran Islam.

Biasakanlah diri kita memberi nasihat yang baik dan cegahlah kemungkaran yang kita lihat berlaku dihadapan mata. Jika kita sampaikan dakwah atau ilmu Islam ini kepada mereka dan mereka amalkan ilmu tersebut kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. Sekiranya mereka tak terima atau tidak amalkan kita tetap mendapat pahala kerana kita telah berusaha memberi nasihat yang baik . Ingatlah hidayah itu milik Allah S.W.T. dan Dia akan beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Dalam suatu hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tolongilah saudara kamu samada dia menzalimi atau di zalimi." Lalu seorang lelaki bertanya : "Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika dia di zalimi. Apa pula pendapatmu jika dia yang menzalimi, bagaimana aku menolongnya?" Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: "Engkau hendaklah menegahnya daripada melakukan kezaliman itu, maka itulah cara menolongnya". (Hadis sohih riwayat Imam Bukhari daripada Anas. Sila lihat Nuzhatul Muttaqin, Syarah Riyadus Solihin, jilid 1, m/s 206. )

Berpandukan hadis ini, maka kita diseru supaya sentiasa menolong, samada orang yang menzalimi atapun yang di zalimi dengan syarat pertolongan itu akan membawa kepada maslahah ataupun kebaikan kepada kita, agama dan juga kepada saudara seagama kita. Maka cara menolong orang yang di zalimi adalah dengan menyekatnya daripada melakukan kezaliman tersebut atau pun menasihatkannya dengan baik.  Dan perlu kita faham bahawa kezaliman adalah setiap perkara yang dianggap dosa dan mungkar oleh agama.

Hubungan kekuatan iman dalam kalbu mukmin terukur pada sejauh mana kemauan dan kemampuannya dalam amar makruf nahi mungkar. Sabda Nabi S.A.W maksudnya :
“Barangsiapa melihat kemungkaran, harus mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah lemah iman”. (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu marilah kita besama-sama memikul tugas amar makruf nahi mungkar dan sentiasa istiqamah dengan tugas ini kerana di hari akhirat pasti kita akan ditanya oleh Allah S.W.T. adakah kita telah melaksanakan tugas ini dengan  ikhlas dan bersungguh-sungguh?. Jika jawapannya kita telah melaksanakan ketika di dunia maka kita akan terselamat daripada azab yang pedih kerana satu kesalahan besar jika kita tinggalkan suruhan Allah S.W.T. ini, dan amalan-amalan kita yang lain akan dihitung dengan cara yang mudah kerana pahala menjalankan tugas ini lebih berat daripada amalan sunat kita.