Tuesday, March 8, 2016

Hukum Mengerjakan Kenduri Arwah Dan Membaca Tahlil.

Dalil-dalil Amalan Tahlil & Kenduri Arwah.
ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű­ÙŠÙ….
Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻÙ„Ù„Ù‡ Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„ّۧ Ű§Ù„Ù„Ù‡, و Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© و Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡, و Űčلى ŰąÙ„Ù‡ و Ű”Ű­ŰšÙ‡ و من ÙˆÙ„Ű§Ù‡. و ŰšŰčŰŻ.
DEFINISI.
Tahlil :
Berasal daripada kalimah Arab هَلَّلَ يُهَلِّلُ ŰȘَهْلِيْلًۧ bermaksud mengucap kalimah Ù„Ű§Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ .
Menurut istilah, seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah oleh KH. Mahyudin Abdus-Shomad ialah bersama-sama mengucapkan kalimah toyyibah dan berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula ialahhimpunan zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ), dan lain-lain lagi dan di akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas dapat kita fahami dan simpulkan bahawatahlil bukan sahaja mengucap kalimah Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ , tetapi juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah toyyibah. Seterusnya didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala kebaikan.
Kenduri Arwah :
Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di dalam masyarakat Melayu kita, keluarga si mati akan melakukan kenduri ( kenduri arwah ) yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil akan dibacakan oleh jemaah yang hadir.
HUKUM & DALIL.
Secara umumnya, dapat kita katakan bahawa hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri arwah adalah harus. Ini berdasar perbahasan ulama-ulama di dalam penulisan-penulisan mereka yang bersandarkan dari sumber-sumber hukum syarak. Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas dari nas-nas syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan yang didatangkan oleh golongan penentang amalan tersebut adalah tidak kukuh dan mereka seolah-olah bersifat terburu-buru dalam mengeluarkan hukum kerana banyak kecacatan terdapat dalam cara mereka mengeluarkan hukum.
Meskipun pada asalnya adalah harus kerana tiada nas yang sarih/nyata dalam amalan tahlil dan kenduri arwah ini, tidak bererti kita tidak mendapat apa-apa bila melakukannya kerana kandungantahlil itu adalah himpunan zikir dan juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama. Begitu juga dengan melakukan kenduri arwah. Apa salahnya memberi makan kepada orang?
Dalam perbahasan yang kecil ini dicuba semampu ada untuk mendatangkan dalil-dalil bagi permasalahan tahlil dan kenduri arwahyang dibangkitkan semula oleh golongan tertentu.
1 – Dalil umum keharusan bertahlil :
Dalil al-Quran :
Ritual bacaan tahlil pada hakikatnya adalah nama atau istilah untuk suatu acara berzikir dan berdoa atau bermunajat bersama kepada Allah dengan membaca kalimah-kalimah toyyibah seperti tahmid, takbir, tasbih, selawat, doa-doa dan lain-lain. Dan pada intinya ritual tersebut adalah doa yang dilakukan sejumlah orang untuk mendoakan si mati kerana Allah memerintahkan kita untuk berdoa kepadaNya seperti yang tersebut di dalam al-Quran:
- Surah Muhammad, 19 :
فَÙ±Űčْلَمْ ŰŁَنَّهُ Ù„Ű§َ Ű„ِلَـٰهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ٱللَّهُ وَÙ±ŰłْŰȘَŰșْفِ۱ْ لِŰ°َÙ†Űšِكَ وَلِلْمُŰ€ْمِنِينَ وَٱلْمُŰ€ْمِنَۧŰȘِ وَٱللَّهُ يَŰčْلَمُ مُŰȘَقَلَّŰšَكُمْ وَمَŰ«ْوَŰ§Ùƒُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
Dari ayat tersebut menerangkan bahwa orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan mendapatkan manfaat dari istighfar orang mukmin lainnya untuknya.
- Surah Nuh, 28 :
۱َّŰšِّ Ù±Űșْفِ۱ْ لِي وَلِوَŰ§Ù„ِŰŻَيَّ وَلِمَن ŰŻَŰźَلَ ŰšَيْŰȘِيَ مُŰ€ْمِÙ†Ű§ً وَلِلْمُŰ€ْمِنِينَ وَٱلْمُŰ€ْمِنَۧŰȘِ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰČِŰŻِ Ù±Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰȘَŰšَۧ۱ًۧ
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!
- Surah Ibrahim, 40-41 :
۱َŰšِّ Ù±ŰŹْŰčَلْنِي مُقِيمَ Ù±Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©ِ وَمِن Ű°ُ۱ِّيَŰȘِي ۱َŰšَّنَۧ وَŰȘَقَŰšَّلْ ŰŻُŰčَ۹ۥِ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
۱َŰšَّنَۧ Ù±Űșْفِ۱ْ لِي وَلِوَŰ§Ù„ِŰŻَيَّ وَلِلْمُŰ€ْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْŰ­ِŰłَُۧۚ
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
- Surah Al Hasyr, 10 :
وَٱلَّŰ°ِينَ ŰŹَ۹ۥُÙˆŰ§ مِن ŰšَŰčْŰŻِهِمْ يَقُولُونَ ۱َŰšَّنَۧ Ù±Űșْفِ۱ْ لَنَۧ وَÙ„Ű„ِŰźْوَŰ§Ù†ِنَۧ ٱلَّŰ°ِينَ ŰłَŰšَقُونَۧ ŰšِÙ±Ù„Ű„ِيمَŰ§Ù†ِ وَÙ„Ű§َ ŰȘَŰŹْŰčَلْ فِي قُلُÙˆŰšِنَۧ ŰșِÙ„Ű§ًّ لِّلَّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ْ ۱َŰšَّنَŰą Ű„ِنَّكَ ۱َŰĄُوفٌ ۱َّŰ­ِيمٌ
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
Beberapa ayat dan keterangan tersebut menjadi bukti nyata bahwa orang yang beriman tidak hanya memperoleh pahala dari perbuatannya sendiri bahkan mereka juga mendapat manfaat dari amalan orang lain.
Dalil al-Hadis :
Selain dalil daripada al-Quran yang menerangkan bahawa orang yang sudah meninggal dunia mendapat manfaat amalan orang lain, dalam al-Hadis juga tedapat keterangan yang menyatakan hal tersebut. Seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu :
Űčَنْ ŰŁَŰšِيْ هُ۱َيْ۱َŰ©َ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهُ قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčْŰȘُ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَقُوْلُ Ű„ِŰ°َۧ Ű”َلَّيْŰȘُمْ Űčَلَى Ű§Ù„ْمَيِّŰȘِفَŰŁَŰźْلِŰ”ُوْۧ لَهُ Ű§Ù„ŰŻُّŰčََۧŰĄ (ŰłÙ†Ù† Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°Ù‰)
“Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Aku mendengar Rasulullah ï·ș bersabda, Jika kamu semua menyembahyangkan mayat, maka berdoalah dengan ikhlas untuknya. (Sunan At-Tirmizi)
Hadis tersebut secara jelas menerangkan bahawa Rasulullah ï·șmemerintahkan kepada umat islam untuk mendoakan orang yang sudah meninggal dunia dengan tulus ikhlas. Hal ini bererti bahawa doa yang dibaca dengan ikhlas bermanfaat bagi si mati yang dimaksudkan. Jika tidak ada manfaatnya nescaya Rasulullah tidak bersabda sedemikian. Setiap perkataan dan tingkah laku Rasulullah tidak sia-sia.
َۧنَّ ŰčَۧۊِŰŽŰ©َ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهَۧ ŰłَŰŁَلَŰȘِ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كَيْفَ ŰŁَقُوْلُ Ű„ِŰ°َۧ ۧ۳ْŰȘَŰșْفَ۱ْŰȘُ لَِۧهْلِ Ű§Ù„ْقُŰšُوْ۱ِقَŰ§Ù„َقُوْلِى َۧÙ„ŰłَّلَŰ§Ù…ُ Űčَلَى ŰŁَهْلِ Ű§Ù„ْŰŻِّيَۧ۱ِ مِنَ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِيْنَ وَŰ§Ù„ْمُŰłْلِمِيْنَ وَيَ۱ْŰ­َمُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Ű§Ù„ْمُŰłْŰȘَقْŰŻِمِيْنَ مِنَّۧ وَŰ§Ù„ْمُŰłْŰȘَŰŁْŰźِ۱ِيْنَ وَŰ„Ù†َّŰ§Ű„Ù†ْ ŰŽَۧۥَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űšِكُمْ لَِۭۧقُوْنَ (Ű”Ű­ÙŠŰ­ Ù…ŰłÙ„Ù…)
“Sesungguhnya Aisyah radiallahuanha bertanya kepada Rasulullah ï·ș; Apa yang harus dibaca ketika aku memohon ampun bagi ahli kubur? Rasulullah ï·ș menjawab; Ucapkanlah olehmu: Salam sejahtera atas engkau semua wahai ahli kubur dari golongan mukminin dan muslimin, semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi orang-orang yang mendahului serta orang-orang yang datang kemudian dari kami, dan dengan izin Allah kami akan menyusul kalian.”
Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah ï·șmenganjurkan untuk menziarahi kubur dan mengucapkan salam kepada ahli kubur serta mendoakannya dan ada juga hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah ï·ș sering ziarah ke Makam Baqi’. Dapat difahami dari penjelasan tersebut, bahawa ahli kubur dapat mendengar salam dari orang yang mengucapkan salam kepada ahli kubur tersebut dan memperoleh manfaat dari doa tersebut.
Banyak lagi dalil dari al-Hadis yang menjelaskan bahawa amalan orang yang masih hidup dapat memanfaatkan orang-orang yang sudah meninggal dunia, dan dengan disebutkan beberapa dalil dari al-Hadis yang tersebut di atas dirasakan sudah memadai untuk difahami oleh kita yang awam ini.
Dalil Kaedah-kaedah Fikah :
– Ű§Ù„ŰŁŰ”Ù„ فى Ű§Ù„ŰŁŰŽÙŠŰ§ŰĄ Ű§Ù„Ű„ŰšŰ§Ű­Ű© Ű„Ù„Ű§ ۄ۰ۧ ŰŻÙ„ Ű§Ù„ŰŻÙ„ÙŠÙ„ Űčلى ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ…Ù‡ فهو Ű­Ű±Ű§Ù… .
Hukum asal sesuatu ialah harus melainkan ada dalil yang mengharamkan, maka hukumnya haram.
Dalam permasalahan tahlil ini, kita tidak dapati dalil dari al-Quran mahu pun as-Sunnah yang secara jelas mengharamkan atau mengharuskan. Justeru, kita mengambil kira pada hukum asalnya iaitu harus kerana tiada larangan yang jelas.
– Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ± ŰšÙ…Ù‚Ű§Ű”ŰŻÙ‡Ű§ .
Tiap-tiap perkara itu menurut apa yang diniatkan.
Daripada kaedah yang pertama tadi dapat kita fahami bahawa hukum asalnya adalah harus kerana tiada larangan yang jelas. Kaedah yang kedua ini pula menjelaskan kepada kita bahawa setiap apa yang kita lakukan tak dapat tidak berkait dengan apa yang kita niatkan. Jika kita niatkan bacaan tahlil tadi untuk si mati, dengan izin Allah sampai pahalanya kerana yang memberi itu adalah Allah.
2 - Dalil bacaan-bacaan dalam tahlil :
2.01 - Membaca Surah Al-Fatihah.
Dalil mengenai keutaman Surah Fatihah:
Űčَنْ ŰŁَŰšِي ŰłَŰčِÙŠŰŻِ Űšْنِ Ű§Ù„ْمُŰčَلَّى قَŰ§Ù„َ: قَŰ§Ù„َ لِيْ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ: ŰŁَلَۧ ŰŁُŰčَلِّمُكَ ŰŁَŰčْŰžَمَ ŰłُÙˆŰ±َŰ©ٍ فِي Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِقَŰšْلَ ŰŁَنْ ŰȘَŰźْ۱ُŰŹَ مِنَ Ű§Ù„ْمَŰłْŰŹِŰŻِ؟. فَŰŁَŰźَŰ°َ ŰšِيَŰŻِي فَلَمَّۧ ŰŁَ۱َŰŻْنَۧ ŰŁَنْ نَŰźْ۱ُŰŹَ قُلْŰȘُ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنَّكَ قُلْŰȘَ لَŰŁُŰčَلِّمَنَّكَ ŰŁَŰčْŰžَمَŰłُÙˆŰ±َŰ©ٍ مِنَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ. قَŰ§Ù„َ: Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ ۱َŰšِّ Ű§Ù„ْŰčَŰ§Ù„َمِينَ هِيَ Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰčُ Ű§Ù„ْمَŰ«َŰ§Ù†ِي وَŰ§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ُ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمُ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰŁُوŰȘِيŰȘُهُ. )Ű±ÙˆŰ§Ù‡Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ(
Ertinya: “Daripada Abu Said al-Mualla radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah ï·ș bersabda kepadaku: “Mahukah aku ajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid?”. Maka Rasulullah memegang tanganku. Dan ketika kami hendak keluar, aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Engkau berkata bahawa Engkau akan mengajarkanku surah yang paling agung dalam al-Quran”. Baginda menjawab: “Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ ۱َŰšِّ Ű§Ù„ْŰčَŰ§Ù„َمِينَ(Surah al-Fatihah), ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dibaca pada setiap sembahyang), ia adalah al-Quran yang agung yang diberikan kepadaKu”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.02 - Membaca Surah al-Ikhlas.
Dalil mengenai keutamaan Surah al-Ikhlas.
Űčَنْ ŰŁَŰšِي ŰłَŰčِÙŠŰŻٍ Ű§Ù„ْŰźُŰŻْ۱ِيِّ ۱َ۶ِي Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُ قَŰ§Ù„َ: قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ لِŰŁَŰ”ْŰ­َِۧۚهِ: ŰŁَيَŰčْŰŹِŰČُ ŰŁَŰ­َŰŻُكُمْ ŰŁَنْ يَقْ۱َŰŁَŰ«ُلُŰ«َ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ فِي لَيْلَŰ©ٍ فَŰŽَقَّ Ű°َلِكَ Űčَلَيْهِمْ وَقَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ ŰŁَيُّنَۧ يُŰ·ِيقُ Ű°َلِكَ يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ْوَِۭۧŰŻُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ Ű«ُلُŰ«ُŰ§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ .) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ(
“ Daripada Abu Said al-Khudri radiallahuanhu, dia berkata: Nabi bersabda kepada para sahabatNya: “Apakah kalian tidak mampu membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?”. Maka mereka merasa berat dan berkata: “Siapakah di antara kami yang mampu melakukan itu, wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ْوَِۭۧŰŻُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ(Surat al-Ikhlas) adalah sepertiga al-Quran”(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.03 - Membaca Surah al-Falaq
2.04 - Membaca Surah an-Naas
Dalil keutamaan Surah al-Falaq dan an-Naas.
Űčَنْ ŰčَۧۊِŰŽَŰ©َ ۱َ۶ِي Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهَۧ ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ۧێْŰȘَكَى يَقْ۱َŰŁُ Űčَلَى نَفْŰłِهِ ŰšِŰ§Ù„ْمُŰčَوِّŰ°َۧŰȘِوَيَنْفُŰ«ُ فَلَمَّۧ ۧێْŰȘَŰŻَّ وَŰŹَŰčُهُ كُنْŰȘُ ŰŁَقْ۱َŰŁُ Űčَلَيْهِ وَŰŁَمْŰłَŰ­ُ ŰšِيَŰŻِهِ ۱َŰŹَۧۥَ Űšَ۱َكَŰȘِهَۧ. )Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠ(
“ Daripada Aisyah radiallahuanha, bahawasanya Rasulullah bila sakit Baginda membaca sendiri al-Muawwizaat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas), kemudian meniupkannya. Dan apabila rasa sakitNya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tanganNya mengharap keberkatan dari surah-surah tersebut”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.05 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 1 sampai 5
2.06 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 163
2.07 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
2.08 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 284 sampai akhir surah.
Dalil keutamaan ayat-ayat tersebut:
Űčَنْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنِ مَŰłْŰčُوْŰŻٍ قَŰ§Ù„َ: مَنْ قَ۱َŰŁَ ŰčَŰŽْ۱َ ŰąÙŠَۧŰȘٍ مِنْ ŰłُÙˆŰ±َŰ©ِ Ű§Ù„ْŰšَقَ۱َŰ©ِ فِي لَيْلَŰ©ٍ لَمْ يَŰŻْŰźُلْ Ű°َلِكَ Ű§Ù„ْŰšَيْŰȘَ ŰŽَيْŰ·َŰ§Ù†ٌ ŰȘِلْكَŰ§Ù„Ù„َّيْلَŰ©َ Ű­َŰȘَّى يُŰ”ْŰšِŰ­َ ŰŁَ۱ْŰšَŰčًۧ مِنْ ŰŁَوَّلِهَۧ وَŰąÙŠَŰ©ُ Ű§Ù„ْكُ۱ْŰłِيِّ وَŰąÙŠَŰȘَŰ§Ù†ِ ŰšَŰčْŰŻَهَۧ وَŰ«َلٌَۧ۫ ŰźَوَۧŰȘِيمُهَۧ ŰŁَوَّلُهَۧ ( لِلَّهِ مَۧ فِي Ű§Ù„ŰłَّمَوَۧŰȘِ).) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡(
“Daripada Abdullah Bin Mas’ud radiallahuanhu, dia berkata: “Barangsiapa membaca 10 ayat dari Surah al-Baqarah pada suatu malam, maka syaitan tidak masuk rumah itu pada malam itu sampai pagi, iaitu 4 ayat permulaan dari Surah al-Baqarah, Ayat Kursi dan 2 ayat sesudahnya, dan 3 ayat terakhir yang dimulai (لِلَّهِ مَۧ فِي Ű§Ù„ŰłَّمَوَۧŰȘِ).” (Hadis riwayat: Ibnu Majah).
2.09 - Membaca Tahlil : Ù„Ű§َ ِۧلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ
Dalil mengenai keutamaan membaca tahlil (kalimah Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ):
Űčَنْ ŰŹَِۧۚ۱ِ Űšْنَ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ۱َ۶ِي Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُمَۧ يَقُولُ: ŰłَمِŰčْŰȘُ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَقُولُ: ŰŁَفْ۶َلُ Ű§Ù„Ű°ِّكْ۱ِ لَۧۄِلَهَ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَŰŁَفْ۶َلُ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَۧۥِ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ . )Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆŰ§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡(
“ Dari Jabir bin Abdullah radiallahuanhuma, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik zikir adalah ucapan لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ, dan sebaik-baik doa adalah ucapan Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ”. (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Űčَنْ ŰŁَŰšِي Ű°َ۱ٍّ ۱َ۶ِي Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُ Űčَنِ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰŁَنَّهُ قَŰ§Ù„َ يُŰ”ْŰšِŰ­ُ Űčَلَى كُلِّ ŰłُلَŰ§Ù…َى مِنْ ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌفَكُلُّ ŰȘَŰłْŰšِÙŠŰ­َŰ©ٍ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَكُلُّ ŰȘَŰ­ْمِÙŠŰŻَŰ©ٍ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَكُلُّ ŰȘَهْلِيلَŰ©ٍ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَكُلُّ ŰȘَكْŰšِÙŠŰ±َŰ©ٍ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَŰŁَمْ۱ٌ ŰšِŰ§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَنَهْيٌŰčَنِ Ű§Ù„ْمُنْكَ۱ِ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ وَيُŰŹْŰČِŰŠُ مِنْ Ű°َلِكَ ۱َكْŰčَŰȘَŰ§Ù†ِ يَ۱ْكَŰčُهُمَۧ مِنَ Ű§Ù„Ű¶ُّŰ­َى . )Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…(
“ Daripada Abu Zar radiallahuanhu, daripada Nabi , sesungguhnya Baginda bersabda: “Bahawasanya pada setiap tulang sendi kalian ada sedekah. Setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu adalah sedekah, setiap bacaan tahlil itu adalah sedekah, setiap bacaan takbir itu adalah sedekah, dan amar makruf nahi munkar itu adalah sedekah, dan mencukupi semua itu dua rakaat yang dilakukan seseorang dari Sembahyang Duha.”(Hadis riwayat Muslim).
Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai bertahlil. Apa katanya? Lihat dalam Majmuk al-Fatawanya ;
و ŰłŰŠÙ„ Űčمن ((هلل ۳ۚŰčين ŰŁÙ„Ù Ù…Ű±Ű©,و ŰŁÙ‡ŰŻŰ§Ù‡ للميŰȘ,يكون ۚ۱ۧۥ۩ من Ű§Ù„Ù†Ű§Ű±)) Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű”Ű­ÙŠŰ­ ŰŁÙ… Ù„Ű§؟ و ۄ۰ۧ هلل Ű§Ù„Ű„Ù†ŰłŰ§Ù† و ŰŁÙ‡ŰŻŰ§Ù‡ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù…ÙŠŰȘ ÙŠŰ”Ù„ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ Ű«ÙˆŰ§ŰšÙ‡, ŰŁÙ… Ù„Ű§؟
ÙŰŁŰŹŰ§Űš: ۄ۰ۧ هلل Ű§Ù„Ű„Ù†ŰłŰ§Ù† Ù‡ÙƒŰ°Ű§: ۳ۚŰčون ŰŁÙ„Ù,ŰŁÙˆ ŰŁÙ‚Ù„,ŰŁÙˆ ŰŁÙƒŰ«Ű±,و ŰŁÙ‡ŰŻÙŠŰȘ Ű„Ù„ÙŠÙ‡,نفŰčه Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšŰ°Ù„Ùƒ,ÙˆÙ„ÙŠŰł Ù‡Ű°Ű§ Ű­ŰŻÙŠŰ«Ű§ Ű”Ű­ÙŠŰ­Ű§,و Ù„Ű§ ۶ŰčÙŠÙŰ§.ÙˆŰ§Ù„Ù„Ù‡ ŰŁŰčلم
Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang yang: ((bertahlil 70000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka)). Adakah Hadis tersebut sahih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka Ibnu Taimiyyah menjawab: 
Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan Hadis tersebut tidaklah sahih dan tidak juga doif (yakni tidak sabit kedudukan Hadis tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
2.10 - Membaca selawat Nabi.
Dalil keutamaan membaca selawat Nabi:
- Surah Al-Ahzab, 56 :
Ű„ِنَّ ٱللَّهَ وَمَÙ„Ű§َŰŠِكَـŰȘَهُ يُŰ”َلُّونَ Űčَلَى ٱلنَّŰšِيِّ يٰŰŁَيُّهَۧ ٱلَّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ْ Ű”َلُّÙˆŰ§ْ Űčَلَيْهِ وَŰłَلِّمُÙˆŰ§ْ ŰȘَŰłْلِÙŠÙ…Ű§ً
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ï·ș ); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadaNya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Űčَنْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنِ مَŰłْŰčُÙˆŰŻٍ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهُ ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: ŰŁَوْلَى Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ Űšِي يَوْمَŰ§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ ŰŁَكْŰ«َ۱ُهُمْ Űčَلَيَّ Ű”َلَۧ۩ً (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆÙ‚Ű§Ù„: هَŰ°َۧ Ű­َŰŻِÙŠŰ«ٌ Ű­َŰłَنٌ Űșَ۱ِÙŠŰšٌ) Ű«ُمَّ قَŰ§Ù„َ: وَ۱ُوِي Űčَنْ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّÙ‰Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰŁَنَّهُ قَŰ§Ù„َ مَنْ Ű”َلَّى Űčَلَيَّ Ű”َلَۧ۩ً Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ Űšِهَۧ ŰčَŰŽْ۱ًۧ وَكَŰȘَŰšَ لَهُ Űšِهَۧ ŰčَŰŽْ۱َ Ű­َŰłَنَۧŰȘٍ.
“ Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Manusia yang paling utama di sisiKu pada Hari Kiamat ialah yang paling banyak membaca selawat kepadaKu” (Hadis riwayat at-Tirmizi, dan dia berkata: Hadis ini Hasan Gharib). Kemudian dia berkata: Dan diriwayatkan daripada Nabi , sesungguhnya Baginda bersabda: “Barangsiapa membaca selawat kepadaKu sekali, maka Allah memberinya selawat (rahmat) kepadanya 10 kali dan mencatat 10 kebaikan untuknya”.
2.11 - Membaca doa.
Keutamaan berdoa:
- Surah Ghaafir, 60 :
وَقَŰ§Ù„َ ۱َŰšُّكُـمُ Ù±ŰŻْŰčُونِيۤ ŰŁَŰłْŰȘَŰŹِŰšْ لَكُمْ Ű„ِنَّ ٱلَّŰ°ِينَ يَŰłْŰȘَكْŰšِ۱ُونَ Űčَنْ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِي ŰłَيَŰŻْŰźُلُونَ ŰŹَهَنَّمَ ŰŻَِۧ۟۱ِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ ۱َ۶ِي Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُ Űčَنِ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: لَيْŰłَ ŰŽَيْŰĄٌ ŰŁَكْ۱َمَ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰčَŰ§Ù„َى مِنَŰ§Ù„ŰŻُّŰčَۧۥِ.) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡ و Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ, و Ù‚Ű§Ù„ Ù‡Ű°Ű§ Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű­ŰłÙ† ŰșŰ±ÙŠŰš(
“ Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, daripada Nabi ï·ș, baginda bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi, kata at-Tirmizi: hadis ini Hasan Gharib)
Demikianlah dalil-dalil yang dijadikan landasan kepada amalan tahlil untuk mendoakan si mati agar diampuni kesalahan-kesalahanya ketika di dunia atau di tambah pahalanya oleh Allah. Jadi, kalau dikatakan bertahlil itu tidak ada dasar hukumnya, tidak ada dalilnya, atau tidak ada landasannya, maka jelas sekali kenyataan itu sebenarnya salah sesalah-salahnya. Dalil-dalil yang tertera sudah cukup untuk dijadikan dasar pengambilan hukum.
3- Dalil Kenduri Arwah :
Ada riwayat di dalam Sahih Bukhari :
Ű­ŰŻŰ«Ù†Ű§ ŰčÙ…Ű±Ùˆ ŰšÙ† ŰźŰ§Ù„ŰŻ Ù‚Ű§Ù„ Ű­ŰŻŰ«Ù†Ű§ Ű§Ù„Ù„ÙŠŰ« Űčن يŰČÙŠŰŻ Űčن ŰŁŰšÙŠ Ű§Ù„ŰźÙŠŰ± Űčن Űčۚۯ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ† ŰčÙ…Ű±Ùˆ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ù…Ű§ 
ŰŁÙ† Ű±ŰŹÙ„Ű§ ŰłŰŁÙ„ Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… : ŰŁÙŠّ Ű§Ù„Ű„ŰłÙ„Ű§Ù… ŰźÙŠŰ±؟ Ù‚Ű§Ù„ : ŰȘŰ·Űčم Ű§Ù„Ű·ŰčŰ§Ù… وŰȘÙ‚Ű±ŰŁ Ű§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى من ŰčŰ±ÙŰȘ ومن لم ŰȘŰčŰ±Ù.
Telah memberitahu kepada kami oleh ‘Amr Bin Khalid, beliau berkata : telah memberitahu kepada kami oleh Al-Lais daripada Yazid daripada Abil-Khair daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr RadiaLlahu-‘anhuma bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah ï·ș : Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi ï·ș : Memberi makanan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali atau pun tidak.
Memberi makanan dalam Hadis tersebut bersifat umum, tidak dikaitkan dengan perkara yang khusus. Termasuklah antaranya kenduri arwah, memberi makanan kepada peminta-peminta sedekah dan sebagainya. Menurut kaedah, kita tidak boleh mengkhususkan sesuatu hukum dengan dalil yang umum selagi mana tidak ada dalil yang mengkhususkannya.
Meskipun begitu, perlu diingatkan di sini bahawa mengadakan kenduri arwah dengan perbelanjaannya dari harta pusaka si mati yang sebahagian dari pewarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa berhak menguruskan hartanya , maka haram. Sebaliknya jika harta pusaka tersebut telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus hartanya sendiri, atau harta yang selain dari pusaka si mati misalnya duit gaji anak / waris si mati sendiri, bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada halangan keharusannya mengadakan kenduri arwah dengan menggunakan harta yang begitu.
Hadis Towus (Ű·Ű§ÙˆŰł ) :
( Ű§Ù† Ű§Ù„Ù…ÙˆŰȘ يفŰȘنون فى Ù‚ŰšÙˆŰ±Ù‡Ù… ۳ۚŰčۧ . ÙÙƒŰ§Ù†ÙˆŰ§ ÙŠŰłŰȘŰ­ŰšÙˆÙ† ŰŁÙ† ÙŠŰ·ŰčÙ…ÙˆŰ§ Űčنهم ŰȘلك Ű§Ù„ŰŁÙŠŰ§Ù… . )
Ertinya : Berkata Towus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah di dalam kubur mereka dalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( para Sahabat) suka memberi makanan ganti daripada mereka itu ( orang-orang mati di dalam kubur ) pada demikian hari.
Maksud Hadis tersebut ialah orang-orang yang mati akan ditimpa dengan fitnah selama 7 hari pertama selepas dikebumikan. Para Sahabat suka berbuat kebajikan dengan memberi makanan pada hari tersebut supaya dengan pahala kebajikan tersebut dapat sampai kepada si mati dan dengan berkat amalan kebajikan tersebut dapat menyelamatkannya dari fitnah tersebut.
Berkata Imam as-Sayuti di dalam kitabnya Ű§Ù„Ű­Ű§ÙˆÙŠ للفŰȘŰ§ÙˆÙŠ, Katanya : ( ÙƒŰ§Ù†ÙˆŰ§ ÙŠŰłŰȘŰ­ŰšÙˆÙ† )“Adalah manusia pada ketika itu melakukan amalan sedemikian pada zaman Nabi ï·ș, dan baginda tidak ingkar akan amalan tersebut.
PENUTUP.
Sebagai mengakhiri penulisan yang kecil ini, diseru kepada pencinta-pencinta agama agar dalamilah ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah merahmati kita semua.