Friday, August 9, 2013

Soal Jawab Agama Siri 69 (Hukum Melawat Orang Sakit, Adab-adab Ziarah Orang Sakit Dan Lain-lain Lagi)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Soal Jawab Agama Siri 69 adalah menjelaskan permasaalahan hukum melawat orang sakit, adab-adab ziarah, amalan sunat setelah seseorang meninggal dunia, hikmah solat jenazah bilangan yang ramai dan cara-cara solat jenazah.

631 Soalan : Apakah hukum melawat orang sakit dan adab-adab ziarah yang perlu dilakukan?

Jawapan :

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."

Hukum melawat orang sakit adalah fardu kifayah menurut jumhur pendapat ulama. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra maksudnya :

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadis Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Adab Menziarahi Pesakit

1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.

2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.

3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah SAW biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.

4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.

6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).

632. Soalan : Jika seseorang sudah dekat ajalnya maka apakah adab-adab untuk menziarahinya dan amalan doa yang perlu di ucapkan  oleh pesakit tersebut dan apakah hikmah menziarah pesakit?

Jawapan :

Terdapat 5 adab ketika kita menziarahi orang yang hampir ajal (sedang nazak)

1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.

2. Talqin/peringatan kepadanya.

3. Ajarkan dia mengucap kalimah Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡ 

4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.

5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.

3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

4. Sakit adalah datangnya dari Allah. 

633. Soalan : Apabila seseorang telah meninggal dunia apakah perkara sunat yang perlu dilakukan oleh waris simati?

Jawapan :

Perkara Sunat Selepas Kematian :

1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.

2. Sunat diucapkan : “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.

3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. 

Doa Takziyah : “Moga-moga Allah SWT menggandakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.

4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. Doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.

5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.

6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.

7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.

8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).

9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah SAW enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.

10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.

11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.

12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis dan berkabung hendaklah jangan melebihi tiga hari.

634 Soalan : Apakah hikmahnya jika ramai orang mensolatkan jenazah seseorang yang meninggal dunia?

Jawapan :

Semakin ramai orang mensolatkan jenazah adalah semakin baik untuk si mati berdasarkan hadis-hadis di bawah :

1. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَۧ مِنْ ۱َŰŹُلٍ مُŰłْلِمٍ يَمُوŰȘُ فَيَقُومُ Űčَلَى ŰŹَنَۧŰČَŰȘِهِ ŰŁَ۱ْŰšَŰčُونَ ۱َŰŹُÙ„Ű§ً Ù„Ű§َ يُŰŽْ۱ِكُونَ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ ŰŽَيْŰŠًۧ

Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŽَفَّŰčَهُمْ Ű§Ù„Ù„َّهُ فِيهِ.

Maksudnya:Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut." (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 948.)

2. Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَۧ مِنْ مَيِّŰȘٍ ŰȘُŰ”َلِّي Űčَلَيْهِ ŰŁُمَّŰ©ٌ مِنْ Ű§Ù„ْمُŰłْلِمِينَ يَŰšْلُŰșُونَ مِۧۊَŰ©ً كُلُّهُمْ يَŰŽْفَŰčُونَ لَهُ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŽُفِّŰčُÙˆŰ§ فِيهِ.

Maksudnya: "Tidaklah seorang yang meninggal dunia lalu disolatkan oleh umat Muslim yang jumlahnya mencapai seratus orang, yang semunya memohon syafaat baginya, melainkan mereka akan diberikan izin memberi syafaat untuk jenazah tersebut." (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 947.)

635. Soalan : Bagaimana cara-cara solat jenazah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat?

Jawapan :

1. Bertakbir 4 kali.

Daripada Sa’id bin Musayyab bahawa Abu Hurairah berkata:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű”َفَّ Űšِهِمْ ŰšِŰ§Ù„ْمُŰ”َلَّى فَكَŰšَّ۱َ Űčَلَيْهِ ŰŁَ۱ْŰšَŰčًۧ.

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengatur mereka dalam shaff di musolla lalu baginda bertakbir untuk (jenazah) Najasyi sebanyak empat kali." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 1328.)

2. Membaca Surah Al-Fatihah Selepas Takbir Pertama.

Berbeza dengan solat-solat lain, solat jenazah tidak dibacakan doa iftitah dan ini merupakan pendapat jumhur (majoriti) para ulamak. Apa yang sabit daripada hadis-hadis baginda adalah setelah takbir pertama dibacakan surah al-Fatihah dan satu surah dari al-Qur’an secara perlahan (sirr).

Űčَنْ Ű·َلْŰ­َŰ©َ Űšْنِ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنِ Űčَوْفٍ قَŰ§Ù„َ: Ű”َلَّيْŰȘُ Űźَلْفَ ْۧۚنِ ŰčَŰšَّۧ۳ٍ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُمَۧ Űčَلَى ŰŹَنَۧŰČَŰ©ٍ

فَقَ۱َŰŁَ ŰšِفَۧŰȘِŰ­َŰ©ِ Ű§Ù„ْكِŰȘَِۧۚ. قَŰ§Ù„َ: لِيَŰčْلَمُÙˆŰ§ ŰŁَنَّهَۧ ŰłُنَّŰ©ٌ.

Maksudnya:Daripada Thalhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf dia berkata: Aku solat jenazah di belakang Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, maka beliau membaca surah al-Fatihah. Beliau berkata: Agar mereka mengetahui bahawa ia termasuk sunnah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 1335.)

3. Bacaan surah al-Fatihah secara perlahan.

Hadis di bawah daripada Abu Umamah radhiallahu’ anh menunjukkan bahawa bacaan dalam solat Jenazah adalah secara perlahan (sirr):

Ű§Ù„ŰłُّنَّŰ©ُ فِي Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©ِ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰŹَنَۧŰČَŰ©ِ ŰŁَنْ يَقْ۱َŰŁَ فِي Ű§Ù„ŰȘَّكْŰšِÙŠŰ±َŰ©ِ Ű§Ù„ŰŁُولَى ŰšِŰŁُمِّ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ مُŰźَŰ§ÙَŰȘَŰ©ً Ű«ُمَّ يُكَŰšِّ۱َ Ű«َÙ„Ű§َŰ«ًۧ وَŰ§Ù„ŰȘَّŰłْلِيمُ.

Maksudnya: Berdasarkan al-Sunnah mensolati jenazah adalah membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama secara perlahan, kemudian diikuti dengan takbir sebanyak tiga kali dan sesudahnya salam." (Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1963.)

4. Membaca Selawat Ke Atas Nabi Selepas Takbir Kedua. 

Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah setelah takbir kedua hendaklah dibacakan selawat kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga secara sirr. Imam al-Syafi’i berkata: Surah al-Fatihah dibaca pada takbir pertama, kemudian berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (iaitu setelah takbir kedua). Kemudian berdoa untuk kaum Muslimin baik lelaki mahupun wanita, lalu kemudian mengkhususkan doa untuk jenazah tersebut. (Rujuk Abu ‘Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi, diringkaskan dan diteiliti oleh Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, jilid 1, ms. 393)

5. Membaca Doa Ke Atas Jenazah Pada Takbir-Takbir Berikutnya 

Pada takbir-takbir yang berikutnya hendaklah dibacakan doa secara ikhlas kepada jenazah tersebut. Sebagaimana bacaan ketika selawat ke atas Nabi SAW bacaan doa ini juga hendaklah mencontohi lafaz-lafaz yang telah diajar oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Tentang anjuran untuk mengikhlaskan doa kepada jenazah, 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

 Ű„ِŰ°َۧ Ű”َلَّيْŰȘُمْ Űčَلَى Ű§Ù„ْمَيِّŰȘِ فَŰŁَŰźْلِŰ”ُÙˆŰ§ لَهُ Ű§Ù„ŰŻُّŰčَۧۥَ 

Maksudnya: Jika kalian mensolati jenazah, maka doakanlah kepadanya dengan penuh keikhlasan. " (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Ma Jaa’a fii al-Janaaiz, no: 1486.)

Contoh Doa-doa dalam solat jenazah :

1. Daripada ‘Auf bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mensolatkan satu jenazah. Dia pun menghafal di antara doa baginda, yakni baginda mengucapkan:

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لَهُ وَۧ۱ْŰ­َمْهُ وَŰčَŰ§Ùِهِ وَۧŰčْفُ Űčَنْهُ وَŰŁَكْ۱ِمْ نُŰČُلَهُ وَوَŰłِّŰčْ مُŰŻْŰźَلَهُ وَۧŰșْŰłِلْهُ ŰšِŰ§Ù„ْمَۧۥِ وَŰ§Ù„Ű«َّلْŰŹِ وَŰ§Ù„ْŰšَ۱َŰŻِ

وَنَقِّهِ مِنْ Ű§Ù„ْŰźَŰ·َŰ§ÙŠَۧ كَمَۧ نَقَّيْŰȘَ Ű§Ù„Ű«َّوْŰšَ Ű§Ù„ْŰŁَŰšْيَ۶َ مِنْ Ű§Ù„ŰŻَّنَŰłِ

وَŰŁَŰšْŰŻِلْهُ ŰŻَۧ۱ًۧ Űźَيْ۱ًۧ مِنْ ŰŻَۧ۱ِهِ وَŰŁَهْÙ„Ű§ً Űźَيْ۱ًۧ مِنْ ŰŁَهْلِهِ وَŰČَوْŰŹًۧ Űźَيْ۱ًۧ مِنْ ŰČَوْŰŹِهِ

وَŰŁَŰŻْŰźِلْهُ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَŰŁَŰčِŰ°ْهُ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ŰŁَوْ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ.

Maksudnya: Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka) Dia berkata (yakni ‘Auf): Sampai aku berharap seandainya aku yang menjadi jenazah tersebut. (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 963.)

2. Daripada Waathilah bin al-Asqa’, dia berkata: Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mensolatkan seorang (jenazah) lelaki Islam bersama kami, maka saya dengar baginda mengucapkan:

ŰŁَÙ„Ű§َ Ű„ِنَّ فُÙ„Ű§َنَ Űšْنَ فُÙ„Ű§َنٍ فِي Ű°ِمَّŰȘِكَ وَŰ­َŰšْلِ ŰŹِوَۧ۱ِكَ فَقِهِ فِŰȘْنَŰ©َ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ وَŰčَŰ°ََۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

ŰŁَنْŰȘَ ŰŁَهْلُ Ű§Ù„ْوَفَۧۥِ وَŰ§Ù„ْŰ­َقِّ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ فَۧŰșْفِ۱ْ لَهُ وَۧ۱ْŰ­َمْهُ فَŰ„ِنَّكَ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Maksudnya: "Sesungguhnya si Fulaan bin Fulaan adalah dalam tanggungan-Mu dan ikatan perlindungan-Mu, maka lindungilah dia dari bencana kubur, seksa neraka, sesungguhnya Engkau menepati janji dan penegak kebenaran. Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Penyayang. " (Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 15443.)

Wallahu a'lam





Wednesday, August 7, 2013

Soal Jawab Agama Siri 68 (Mandi Wajib, Fidyah Puasa, Hukum Isbal, Niat Puasa dan Ulama Suk)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 68 adalah menjelaskan permasaalahan mandi wajib, fidyah puasa, hukum isbal, niat puasa dan ulama suk (jahat)

626 Soalan : Ustaz apa hukumnya berjimak sebelum mandi wajib. Adakah berdosa ustaz?

Jawapan


Berdasarkan soalan yang diutarakan kepada saya, ada dua maksud kepada soalan anda iaitu wanita yang kering daripada haid belum mandi dan berjimak kali kedua sebelum mandi wajib. Jadi saya akan terangkan dua-dua perkara ini bagi memenuhi maksud anda yang tidak sampai pada soalan yang diutarakan.

Berjimak Sebelum Mandi Haid.

Isteri yang baru habis haid dan belum mandi wajib dikira sebagai tidak bersih dan haram melakukan jimak kepada isteri dalam keadaan sebegini. Mengikut Mazhab Syafie wanita yang dikira suci daripada haid adalah bermula selepas ia mandi hadas dan bukan daripada berhenti darah haidnya. Lagipun berjimak semasa isteri belum suci daripada haid atau belum mandi hadas sangat dilarang Islam, kerana ia adalah perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah al-Baqarah ayat 222)

Jelas di sini, setiap isteri yang habis haid mesti mandi hadas dan suci daripada haid sebelum melakukan hubungan jimak bersama suaminya. Batas suci bagi wanita haid adalah bermula daripada selepas ia mandi hadas.

Berjimak Kali Kedua Sebelum Mandi.

Berjimak kali kedua sebelum mandi hadas jimak pertama, perbuatan sedemikian dikira makruh. Jadi terlebih baik ia hendaklah mandi hadas terlebih dahulu dan jangan dilengahkan mandi tersebut kerana perbuatan melengahkan juga dikira sebagai makruh. Sekiranya tidak larat atau tidak mampu mandi pada waktu malam, maka disunatkan suami dan isteri membasuh kedua kemaluannya dan mengambil wuduk dan diteruskan tidur dan awal pagi mandi hadas sebelum melakukan solat subuh. Boleh juga mandi pada waktu malam selepas melakukan jimak kerana perbuatan ini juga adalah sunah Rasulullah dan dikhuatiri terlewat Solat Subuh disebabkan mandi hadas.

Bagaimana berlaku jimak beberapa kali perlukah mandi wajib mengikut jumlah perbuatan jimak? Jawapannya tidak perlu, cukup sekali mandi sahaja sudah memadai dan sudah terangkat semua hadas yang ada pada diri.

627. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan terdapat perbezaan pendapat ulama dalam mazhab untuk menentukan samaada fidyah puasa wajib digandakan atau pun tidak jika melebihi masa beberapa tahun.?

Jawapan :


Jawatankuasa Fatwa telah dikemukakan dengan persoalan tentang hukum gandaan fidyah dan kifarah. Pihak Jawatankuasa diminta untuk memberi pendapat dan keputusan tentang perkara tersebut.

Keputusan:
1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.

2. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah dan kifarah secara berganda maka ianya boleh diterima.

3. Oleh itu, pembayaran fidyah dan kifarah ini diberi dua pilihan:

3.1. Digandakan pembayaran fidyah dan kifarah mengikut tahun yang ditinggalkan.

3.2. Tidak digandakan pembayaran.

4. Pandangan ini diambil kira ia berbetulan dengan ajaran Islam yang tidak sama sekali menyusahkan manusia yang menganut ajarannya

Keterangan/Hujah:
Latar belakang.

1. Fidyah ialah satu istilah yang terdapat di dalam fiqh al-Islami. Ia lebih difahami sebagai "satu cara untuk menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal disebabkan keuzuran yang diterima oleh syarak atau tidak".

2. Jumlah fidyah yang dibayar adalah berdasarkan kepada bilangan puasa yang ditinggalkan. Sekiranya bilangan puasa yang ditinggalkan itu banyak, maka banyaklah fidyah yang perlu dibayar. Begitu juga sebaliknya.

3. Sekiranya jumlah yang perlu dibayar adalah sedikit, ia tidak menjadi masalah. Tetapi sekiranya jumlah tersebut terlalu tinggi, masalah akan timbul apabila berlaku penggandaan dalam pengiraan fidyah apabila pembayaran ditangguhkan untuk beberapa Ramadan.

Pendapat Ulama.

1. Terdapat dua pandangan terhadap masalah penggandaan kiraan fidyah tertangguh :

1) Tidak digandakan: Ia adalah pandangan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Pandangan ini dikukuhkan dengan hujah bahawa penagguhan terhadap sesuatu ibadah tidak akan menambahkan bilangan ibadah tersebut sebagaimana yang berlaku kepada ibadah haji yang tertangguh.

2) Digandakan: Pandangan ini dikukuhkan dengan hujah bahawa setiap penagguhan tersebut membentuk fidyah yang lain. Fidyah yang bertambah tersebut tidak boleh disatukan menjadi satu.

Wallahu a'lam.

628. Soalan :Apakah hukum isbal (perbuatan melabuhkan pakaian sehingga melepasi mata kaki) bagi lelaki?

Jawapan :


Hukum "Isbal". tidak haram jika di lakukan bukan kerana sombong.

Dari Ibnu ‘Umar diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : “Barangsiapa memanjangkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya kelak di hari kiamat.” Kemudian Abu Bakar bertanya, “Sesungguhnya sebagian dari sisi sarungku melebihi mata kaki, kecuali aku menyingsingkannya.” Rasulullah SAW menjawab, “Kamu bukan termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.” (Hadis Riwayat Jama’ah, kecuali Imam Muslim dan Ibnu Majah dan Tirmidizi tidak menyebutkan penuturan dari Abu Bakar.)

Dari Ibnu ‘Umar dituturkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Isbal itu boleh terjadi pada sarung, sarung dan jubah. Siapa saja yang memanjangkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah SWT tidak akan melihatnya kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, an-Nasa`i, dan Ibnu Majah]

Kata khuyalaa’ berasal dari wazan fu’alaa’. Kata al-khuyalaa’, al-bathara, al-kibru, al-zahw, al-tabakhtur, bermakna sama, yakni sombong dan takabur.

Menjelaskan hadis ini, Ibnu Ruslan dari Syarah al-Sunan menyatakan, “Dengan adanya taqyiid “khuyalaa’” (kerana sombong) menunjukkan bahawa siapa saja yang memanjangkan kainnya melebihi mata kaki tanpa ada unsur kesombongan, maka dirinya tidak terjatuh dalam perbuatan haram. Hanya saja, perbuatan semacam itu tercela (makruh).”

Imam Nawawi berkata, “Hukum isbal adalah makruh. Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Syafi’iy.”

Imam al-Buwaithiy dari al-Syafi’iy dalam Mukhtasharnya berkata, “Isbal dalam solat maupun di luar solat kerana sombong dan kerana sebab lainnya tidak diperbolehkan. Ini didasarkan pada perkataan Rasulullah SAW kepada Abu Bakar ra.”

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar, yakni perkataan Rasulullah SAW kepada Abu Bakar ra (“Kamu bukan termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.”), menunjukkan bahawa manath (objek) pengharaman isbal adalah kerana sombong. Sebab, isbal kadang-kadang dilakukan kerana sombong dan kadang-kadang tidak kerana sombong. Hadis yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar telah menunjukkan dengan jelas bahawa isbal yang dilakukan tidak dengan sombong hukumnya tidak haram.

Atas dasar itu, isbal yang diharamkan adalah isbal yang dilakukan dengan kesombongan. Sedangkan isbal yang dilakukan tidak kerana sombong, tidaklah diharamkan. Imam Syaukani berkata, “Oleh kerana itu, sabda Rasulullah SAW, ‘Perhatikanlah, sesungguhnya memanjangkan kain melebihi mata kaki itu termasuk kesombongan.’ (Hadis Riwayat Abu Dawud, an-Nasa’i, dan at-Tirmidzi dari haditsnya Jabir bin Salim), harus didahami bahawa riwayat ini hanya berlaku bagi orang yang melakukan isbal kerana sombong.

Dari penjelasan Imam Syaukani di atas kita boleh menyimpulkan, bahawa kesombongan adalah taqyiid atas keharaman isbal. Atas dasar itu, hadis-hadis yang memuthlaqkan keharaman isbal harus ditaqyiid dengan hadis-hadis yang mengandung redaksi khuyalaa’. Walhasil, isbal yang dilakukan tidak kerana sombong, tidak termasuk perbuatan yang haram.

Tidak boleh dinyatakan di sini bahwa hadis yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar tidak boleh mentaqyiid kemuthlakan hadis-hadis lain yang datang dalam bentuk muthlaq dengan alasan, sebab dan hukumnya berbeda. Tidak boleh dinyatakan demikian. Sebab, hadis-hadis tersebut, sebab dan hukumnya adalah sama. Topik yang dibicarakan dalam hadis tersebut juga sama, yakni sama-sama berbicara tentang pakaian dan cara berpakaian. Atas dasar itu, kaedah taqyiid dan muqayyad boleh diberlakukan dalam konteks hadis-hadis di atas. [Tim Konsultan Ahli Hayatul Islam (TKAHI)]

629. Soalan : Ustaz, saya hendak tanya. Adik saya, baru-baru ni dia ada berpuasa ganti bagi Ramadan tahun lepas (1433 H). Tapi, dia baru tersedar yang dia tersalah niat. Niat dia berbunyi, "Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menggantikan Ramadan tahun ini tunai kerana Allah Taala", sedangkan tahun (1433 H) sudah berlalu. Jadi bagaimana dengan puasa gantinya ustaz? Sah ke tidak? Jadi macam mana ye ustaz? Perlu bayar fidyah ke? Bagaimana? Mintak nasihat ustaz.. Terima kasih.. Wassalam.

Jawapan


Di sini saudari perlu membezakan antara niat dan lafaz niat, ramai masyarakat di luar sana tidak dapat membezakan antara niat dan lafaz niat. Sebab itulah ada sebahagian orang ketika solat angkat takbir ihram berkali-kali sebab niatnya belum masuk. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain.

Sebelum saya bincangkan perkara ini dengan lebih lanjut, maka terlebih afdhal saya ceritakan dahulu tentang perbezaan lafaz dan niat.

Lafaz Niat

Lafaz niat secara mudah dikenali sebagai perkataan yang keluar dari mulut dan bukan dari hati. Boleh jadi dilafazkan secara kuat atau memadai di dengari sendiri. Selalunya lafaz niat ini orang akan ikut sebiji-sebiji kalimah niat yang ada di dalam kitab-kitab fiqah. Ada juga pendapat ulama menyatakan bahawa lafaz niat adalah sunat, kerana ia adalah jalan untuk mendatangkan niat di dalam hati.

Jadi secara mudahnya, kalau kita tidak sebut lafaz niat ini sah atau tidak ibadah kita? Jawapannya sah ibadah kerana ia adalah sunat sahaja bukan wajib. Jadi kalau tidak sebut dan tersalah sebut itu tidak mendatangkan masalah kepada ibadah.

Niat

Imam Nawawi mengatakan bahawa niat bermaksud keinginan yang ada dalam hati. Manakala Al-Baidhawi berkata niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkan syariat adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredai Allah dan mengamalkan segala perintahNya.

Maka fahamlah kita bahawa niat itu adalah satu gerak hati dan bukan dari bibir. Dalam erti kata yang lain niat adalah tasdiq bi qalbi. niat sangat penting dan merupakan perkara yang asas dan wajib sebelum melaksanakan ibadah. Hal ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya sama ada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak ikhlas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.

Ulama kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membezakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya.

Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.

Semoga segala penerangan di atas ini dapat memberikan kefahaman kepada saudari yang bertanya dan sekalian pembaca yang lain.

Sah Atau Tidak Niat Puasa Gantinya

Begini, sekiranya perkataan “Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menggantikan Ramadan tahun ini tunai kerana Allah Taala” dikeluarkan dengan lafaz, maka itu tidak mendatangkan masalah kepada puasanya dan puasanya juga tetap sah. Tetapi apabila perkataan ini dibuat dengan hatinya, maka puasanya perlu diganti semula selepas satu Syawal dan puasanya tidak dikira ganti tahun lepas kerana niatnya tersalah iaitu “Menggantikan puasa Ramadan tahun ini”.Jika puasa qada tersebut dilakukan selepas Syawal maka perlu dikenakan fidyah kerana melebihi satu tahun.

Secara logiknya pula, selalunya orang yang hendak menggantikan puasa, pada awalnya sudah diniatkan atau hatinya sudah berbisik untuk menggantikan puasa tahun lepas. Cuma di sini ia berlaku dalam keadaan tidak formal seperti perkataan yang kita lafazkan itu. Ada pendapat ulama menyatakan bahawa niat atau gerak hati seperti ini sudah dikira sebagai niat dan amalan atau ibadah yang dilakukan dikira sah.

630. Soalan : Di akhir zama ini terdapat sebahagian ulama yang tidak berani menegakkan kebenaran (ulama suk) dan lebih menjaga kepentingan diri sahaja berbanding menjaga dan mendaulatkan Islam. Apakah jenis ulama sepeti ini menurut pandangan Islam?

Jawapan :


Tahukah kita siapakah yang dinamakan ulamak suk (jahat)? Kadang-kadang kita tertipu dengan hujah yang disertakan dalil Al-Quran dan hadis bagi membolehkan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh mereka. Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Ia juga tidak gamak mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau orang kenamaan demi menjaga periuk nasinya. Inilah peluang keemasan yang ada untuk mengaut segala keuntungan dan kemewahan dunia dengan mengadaikan prinsip agamanya. Segala ilmu yang dimiliki olehnya digunakan untuk dijadikan hujah atau dalil bagi menghalalkan segala perbuatan yang jelas bercanggah dengan syarak.

Berkata Saidina Umar Al-Khattab bahawa perkara yang aku amat takut dan khuatir adalah orang munafik yang pandai berbicara. Rumusan yang dapat diambil ialah ulama suk sangat bijak bermain kata-kata dengan dimuatkan dalil Al-Quran dan Hadis sehingga dapat mengelirukan orang ramai. Mereka ini juga dikategorikan sebagai orang yang lebih jahat jika dibandingkan dengan dajjal. Kebanyakkan orang tertipu dengan pakaian, penampilan dan percakapan mereka yang dihiasi dengan perumpamaan serta logik. Sangat sedap dan lunak ayat Al-Quran dan Hadis yang dibacakan oleh mereka. Tetapi semua ini bukan untuk mencari kebenaran tetapi adalah untuk menutupi segala kejahatan dan kesalahan yang telah dibuat oleh mereka.

Demi kepentingan dunia, mereka berdiam dan tidak berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah atau orang yang berkuasa. Segala kezaliman dan penyelewengan dilihat begitu sahaja tanpa ada sedikit pun perkataan membantah. Sangat taat kepada pemimpin yang zalim, munafik dan fasik seperti seekor Kaldai yang mentaati segala perintah tuannya. Hujah yang berani mereka berikan ialah yang tidak menganggu kepentingan diri. Setelah diasak dengan teruk, mereka hanya menyalahkan orang lain dengan mengatakan “Islam melarang kita mengambil tahu hal peribadi orang lain”.

Apabila sesuatu perkara yang diperintahkan Allah ingin ditegakkan oleh orang yang memperjuangkan Islam. Lantas akan dihalang oleh mereka dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti masanya belum tiba, negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama. Tidak sesuai dilaksanakan perintah tersebut pada zaman sekarang kerana ia sudah tidak reliven. Ada sahaja penentangan demi penentangan dari mereka yang cintakan dunia dan takutkan mati.

Matlamat utama bagi ulamak suk ini adalah kekayaan dunia semata-mata seperti memiliki harta yang banyak, rumah besar, duit yang banyak dan jawatan yang tinggi. Jika mereka menentang habislah semua ini, mereka tidak boleh bermewah dan berbangga dengan kekayaan dunia. “Siapa yang hendak memberi mereka makan dan siapa yang hendak memberikan mereka rezeki” soal hati mereka. Sebenarnya mereka lupa rezeki bukan datang dari manusia, tetapi ia datang daripada Allah, jika Allah tarik semua kemewahan itu sudah pasti hidup mereka akan lebih melarat dari orang-orang faqir yang miskin dunia tetapi kaya akhirat. Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu hebat keburukan atau malapetaka yang akan timbul apabila orang yang berilmu menyembunyikan kebenaran. Masyarakat ketika itu tidak ada tali untuk bertaut dan segala maklumat tentang Islam tidak disampaikan secara jelas dan menyeluruh sehingga menyebabkan mereka tidak tahu mana yang benar dan mana yang dusta. Dari kesan ini, perbuatan maksiat, kezaliman, penindasan dan kesesatan bermaharajalela. Mereka juga sentiasa berada di dalam kekufuran dan dosa. Hal ini berlaku kerana ulama yang ada tidak bertanggungjawab dan tidak menjalankan amanah yang Allah berikan kepada mereka. Dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali :

“Rosaknya rakyat berpunca daripada rosaknya pemerintah dan rosaknya pemerintah berpunca daripada ulama suk yang ada kepentingan.”

Perlukah kita cintakan ulama seperti ini yang jelas sekali akan merosakkan kita? Jawapannya tidak sama sekali. Mari kita bersatu di bawah payung Islam untuk menolak dan menentang segala keburukkan yang telah mereka lakukan. Disamping itu juga kita berdoa supaya Allah membukakan pintu hati mereka agar diberikan hidayah serta menyesali segala perbuatan jahat yang telah mereka lakukan. Kembalikanlah mereka ke jalan yang diredhoi agar segala ilmu yang dimiliki oleh mereka dapat digunakan ke arah yang betul.

Bagi mengelakkan diri kita tersalah mencintai ulamak suk, maka kita harus berhati-hati sebelum mengiktiraf mereka sebagai ulamak. Lihat dahulu seluruh kehidupan mereka. Adakah mereka mempunyai peribadi yang baik seperti yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Di sini juga dapat digariskan satu panduan untuk kita menilai seseorang ulamak seperti apa yang dikatakan oleh Imam An-Nawawi, kriteria ulama pewaris nabi ialah seorang hamba Allah yang beriman, menguasai ilmu syariah secara mendalam dan mempunyai pengabdian diri yang sangat tinggi terhadap Allah. segala ilmu yang ada, mereka curahkan kepada masyarakat tanpa ada sedikit pun ilmu yang disembunyikan oleh mereka.




Monday, August 5, 2013

Ramadan Akan Pergi Dan Eidul Fitri Menjelang Tiba.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Ramadan sudah sampai penghujungnya, bulan yang penuh keberkatan ini akan pergi meninggalkan kita. Bagi hati Mukmin, perginya Ramadan membuat hati merasa sayu dan sedih, kerana kehadiran Ramadan membawa seribu kebaikan dan kegembiraan iaitu mendapat rahmat Allah, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari seksaan api Neraka. Kelebihannya tidak ada pada bulan-bulan yang lain .

Sebulan kita menahan lapar. Ringan badan beribadah. Berlapar menutup pintu hasutan syaitan. Muslimin mengikis penyakit-penyakit hati seperti hasad, ego, ‘ujub, sum’ah, bakhil, buruk makan, cinta dunia dan panjang angan-angan. Membuang sifat malas dan berpoya, berpecah dan berseteru.


Madrasah Ramadan merupakan proses tarbiyah dan tazkiyah pada hati, jiwa dan roh kepada pembersihan sebenar yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Natijah dari segala proses di madrasah ini melahirkan hati yang bertakwa kepada Allah SWT. Takwa inilah merupakan pakaian orang mukmin, pakaian inilah yang dipakainya untuk menghadapi sebelas bulan yang akan datang.


Sahabat yang dimuliakan,
Adakah Ramadan kali ini, merupakan Ramadan yang terbaik pernah sahabat rasai? Adakah segala amal ibadah, puasa, doa, munajat, tafakur, sedekah, bacaan al-Quran yang kita laksanakan memberi kesan yang mendalam pada hati , jiwa dan perasaan dan benar-benar dapat merasai kemanisannya? 


Meningkat atau tidak meningkatnya tarbiyah ruhiyah ini, berkesan atau tidak berkesannya proses tamrin ini bergantung pada peribadi masing-masing sejauhmana dia hayati Ramadan. sejauh itulah dia akan rasa kemanisannya.

Berbahagialah sesiapa yang diubah perangainya oleh Ramadan. Ia terlepas dari celaan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Terjauhlah (dari rahmat) sesiapa yang sempat bertemu dengan Ramadan (tetapi tidak memperdulikannya) maka Allah tidak mengampunkannya.”(Hadis Riwayat al-Hakim dari Kaab bin ‘Ujrah)


Sahabat boleh muhasabah diri sendiri, kesan yang paling nyata adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita laksanakan semasa Ramadan akan dapat kita teruskan dan istiqamah pada bulan-bulan berikutnya , malah mungkin lebih baik lagi. Jika ini berlaku , ini bermakna ciri-ciri takwa itu dapat kita perolehi. Takwa itu ia tidak tersimpan didalam hati sahaja tetapi ia akan dilahirkan dalam berfikir, dalam tindakkan dan membuat keputusan, nampak jelas dalam peribadi, akhlak, tutur kata, pergaulan dan amalan hariannya.


Apakah kalian bertemu malam Lailatul Qadr? Malam-malam ganjil 21, 23, 25 dan 27 telah berlalu yang belum hanya malam 29. Yang pasti kalian telah bertemu Lailatu Qadr hanya kalian tidak mengetahui malam Ramadan ke berapa dan bila saatnya berlaku! Ulama menyatakan bahawa sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah disepanjang Ramahan dia sebenarnya telah mendapat malam Lailatul Qadr. Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa fadilat solat isyak berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat separuh malam dan fadilat solat subuh berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat sepanjang malam. Kita mohon kehadrat Allah SWT semoga keberkatan malam Lailatu Qadr tahun ini dapat memberi kesan pada hati, jiwa dan kehidupan kita yang lebih baik dan mendapat keredhan Allah SWT.


Dengan kedatangan Eidul Fitri ini bermakna hari kemenangan umat Islam, perlu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur diatas kemenangan iman menakluki nafsu dalam bulan Ramadhan. Eid bermakna hari kejayaan dan Fitri bermakna fitrah iaitu nurani yang bersih.

Kejayaan disambut pada Eidul Fitri, berkumandang takbir, tahmid dan tasbih. Hati mukmin semakin akrab dan kasih terhadap Allah, pancaran nur ibadah Ramadan. Zakat fitrah dkeluarkan, tanda syukur menghabiskan Ramadan dengan penuh adab. 


Berlapar sebulan menginsafkan ia tentang penderitaan orang miskin dan pelarian perang yang tertindas. Ia menunaikan solat sunat Eidul Fitri menyembah Zat Yang Agung, Allah SWT. Hari lebaran membuka ruang untuk bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan, kasih sayang dan berlemah lembut sesama mukmin. Ia berkata didalam takbir, ‘Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Esa, yang benar pada janji-Nya, yang membantu hamba-Nya, yang memenangkan pejuang (agama-Nya) dan mengalahkan pakatan musuh-Nya, semua dengan sendiri-Nya.’

Sahabat yang dikasihi,
Eidul Fitri disambut dengan sederhana. Sederhana dalam makanan dan perhiasan. Yang meriah ialah hati kerana iman yang diperolehi. Apa yang indah ialah kata-kata dan akhlak mulia yang dibina dalam Ramadan, ucapan yang dianjurkan ialah :

1.‘Taqabbalallahu minkum ‘ bererti semoga Allah menerima amal kamu.
2.’Kullu ‘ammun wa antum bikhir’ bererti sepanjang tahun kamu dalam kebaikan.
3.’Minal ‘Aidin wal faizin. Bererti kamu tergolong di kalangan yang mulia dan berjaya.


Kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat-sahabat di atas salah dan silap dan diatas terkasar bahasa yang menyenggung perasaan sahabat semua semasa saya menulis nota-nota atau menjawab persoalan yang dikemukakan. "Semoga Allah terima amal kami dan amal kamu."
Wassalam

Sunday, August 4, 2013

Soal Jawab Agama Siri 67 (Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah, Solat Memejamkan Mata, Perbezaan Sunat dan Sunah Dan Lain-lain)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 


ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 67 adalah menjelaskan persoalan asbabun nuzul surah al-Baqarah, solat dengan memejamkan mata, perbezaan sunat dan sunah, huraian sunah Nabi SAW dan menolak pemberian hadiah.

621. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan Asbabun Nuzul untuk surah dan ayat-ayat berikut :

Pertama : Surah al-Baqarah ayat 1-5.

Kedua : Surah al-Baqarah ayat 6-7.

Ketiga : Surah al-Baqarah ayat 19-20

Keempat : Surah al-Baqarah ayat  26-27

Kelima : Surah al-Baqarah ayat 44.

Jawapan :


Pertama : Surah al-Baqarah ayat 2-5.

Firman Allah SWT :

Ű°َلِكَ Ű§Ù„ْكِŰȘَُۧۚ لَۧ ۱َيْŰšَ فِيهِ هُŰŻًى لِلْمُŰȘَّقِينَ (2)

Maksudnya : Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (QS. 2:2)

3)  Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يُŰ€ْمِنُونَ ŰšِŰ§Ù„ْŰșَيْŰšِ وَيُقِيمُونَ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ وَمِمَّۧ ۱َŰČَقْنَŰ§Ù‡ُمْ يُنْفِقُونَ)
 

3.  "(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka".(QS. 2:3)

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ يُŰ€ْمِنُونَ Űšِمَۧ ŰŁُنْŰČِلَ Ű„ِلَيْكَ وَمَۧ ŰŁُنْŰČِلَ مِنْ قَŰšْلِكَ وَŰšِŰ§Ù„ْ۹ِ۟۱َŰ©ِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)

4.  Maksudnya : "Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat."(QS. 2:4)

ŰŁُولَŰŠِكَ Űčَلَى هُŰŻًى مِنْ ۱َŰšِّهِمْ وَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْمُفْلِŰ­ُونَ (5)
 

5   Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung.(QS. 2:5)

 Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 2-5 .

"Mujahid r.a menjelaskan, bahawa empat ayat pertama tersebut di turunkan untuk menerangkan sifat-sifat dan perilaku orang-orang mukmin. Lalu dua ayat setelahnya tentang sifat orang-orang munafik, dan dari ayat 40-120 tentang Bani Israel." (Hadis Riwayat  Faryabi dan Ibnu Jarir . Lihat ad-Darrul Mantsur 1/59)

Kedua : Surah al-Baqarah ayat 6-7.

 
Firman Allah SWT :

Ű„ِنَّ ٱلَّŰ°ِينَ كَفَ۱ُÙˆŰ§ْ Űłَوَ۹ۥٌ Űčَلَيۡهِمۡ ŰĄَŰŁَÙ†Ű°َ۱ۡŰȘَهُمۡ ŰŁَمۡ لَمۡ ŰȘُÙ†Ű°ِ۱ۡهُمۡ لَۧ يُŰ€ۡمِنُونَ (ÙŠ) ŰźَŰȘَمَ ٱللَّهُ Űčَلَىٰ قُلُÙˆŰšِهِمۡ وَŰčَلَىٰ ŰłَمۡŰčِهِمۡ‌ۖ وَŰčَلَىٰٓ ŰŁَŰšۡŰ”َـٰ۱ِهِمۡ ŰșِŰŽَـٰوَŰ©ٌ۬‌ۖ وَلَهُمۡ ŰčَŰ°ٌَۧۚ ŰčَŰžِيمٌ۬ (Ù§


Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang kafir..." Kedua ayat ini turun pada orang-orang Yahudi Madinah  yang diberi peringatan oleh Allah, tetapi mereka tetap ingkar. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka. Bagi mereka siksa yang pedih" (QS. 2 : 6-7)

Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 6-7 :

 
Ibnu Abbas r.a. memaparkan, bahawa kedua ayat tersebut diturunkan sehubungan dengan kaum Yahudi Madinah, yang meskipun diberi peringatan, mereka tetap tidak akan beriman." (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Ishaq. Lihat tafsir Ibnu Katsir : 1/85)


Ketiga : Surah al-Baqarah ayat 19-20

   ŰŁَوْ كَŰ”َيِّŰšٍ مِنَ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥِ فِيهِ ŰžُلُمَۧŰȘٌ وَ۱َŰčْŰŻٌ وَŰšَ۱ْقٌ يَŰŹْŰčَلُونَ ŰŁَŰ”َِۧۚŰčَهُمْ فِي ۹۰َŰ§Ù†ِهِمْ مِنَ Ű§Ù„Ű”َّوَۧŰčِقِ Ű­َŰ°َ۱َ Ű§Ù„ْمَوْŰȘِ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ مُŰ­ِÙŠŰ·ٌ ŰšِŰ§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ِينَ (19) يَكَۧۯُ Ű§Ù„ْŰšَ۱ْقُ يَŰźْŰ·َفُ ŰŁَŰšْŰ”َۧ۱َهُمْ كُلَّمَۧ ŰŁَ۶َۧۥَ لَهُمْ مَŰŽَوْۧ فِيهِ وَŰ„ِŰ°َۧ ŰŁَŰžْلَمَ Űčَلَيْهِمْ قَŰ§Ù…ُÙˆŰ§ وَلَوْ ŰŽَۧۥَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَŰ°َهَŰšَ ŰšِŰłَمْŰčِهِمْ وَŰŁَŰšْŰ”َۧ۱ِهِمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلَى كُلِّ ŰŽَيْŰĄٍ قَŰŻِÙŠŰ±ٌ (20

Maksudnya : "Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat ; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, kerana (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir. (19) Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (20).

 Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 19-20.

"Sejumlah sahabat menjelaskan, bahawa kedua ayat ini di turunkan berkenaan dengan dua orang munafik Madinah yang lari dari ajaran Rasulaullah SAW dan menuju tempat orang-orang musyrik. Di perjalanan, mereka ditimpa hujan lebat dan guruh yang dahsyat. Akibat ketakutan, mereka kembali pulang, menyesali perbuatan mereka, kemudian menghadap Rasul SAW untuk kembali memeluk agama Islam." (Hadis Riwayat  Ibnu Jarir , Ibnu Abbas dan Ibnu Masud. Lihat ad- Durrul Mantsur : 1/82)

Keempat : Surah al-Baqarah ayat  26-27

Firman Allah SWT :

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ لَۧ يَŰłْŰȘَŰ­ْيِي ŰŁَنْ يَ۶ْ۱ِŰšَ مَŰ«َلًۧ مَۧ ŰšَŰčُÙˆŰ¶َŰ©ً فَمَۧ فَوْقَهَۧ

فَŰŁَمَّۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ فَيَŰčْلَمُونَ ŰŁَنَّهُ Ű§Ù„ْŰ­َقُّ مِنْ ۱َŰšِّهِمْ

وَŰŁَمَّۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ كَفَ۱ُÙˆŰ§ فَيَقُولُونَ مَۧ۰َۧ ŰŁَ۱َۧۯَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰšِهَٰŰ°َۧ مَŰ«َلًۧ

يُ۶ِلُّ Űšِهِ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ وَيَهْŰŻِي Űšِهِ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ

وَمَۧ يُ۶ِلُّ Űšِهِ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„ْفَۧ۳ِقِينَ26

Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَنْقُ۶ُونَ ŰčَهْŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ مِنْ ŰšَŰčْŰŻِ مِÙŠŰ«َŰ§Ù‚ِهِ وَيَقْŰ·َŰčُونَ مَۧ ŰŁَمَ۱َ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űšِهِ ŰŁَنْ يُÙˆŰ”َلَ وَيُفْŰłِŰŻُونَ فِي Ű§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ

ŰŁُولَٰŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْŰźَۧ۳ِ۱ُونَ27

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:”Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?”. Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik, (26). (yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi”.(27)

Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah ayat 26-27.

As-Suddi r.a. memaparkan , bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan perkataan orang-orang munafik. Saat Allah membuat dua perumpamaan, seperti tersebut dalam QS 2: 17 dan 19, untuk orang-orang munafik, mereka berkata : "Mungkinkah Allah Yang Mahatinggi dan Maha luhur membuat suatu perumpamaan seperti itu? " (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim . Lihat ad- Durrul Mantsur : 1/78)

5. Surah al-Baqarah ayat 44.
 

Firman Allah SWT :

قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰȘَŰčَŰ§Ù„Ù‰: ŰŁَŰȘَŰŁْمُ۱ُونَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ ŰšِŰ§Ù„ْŰšِ۱ِّ وَŰȘَÙ†Űłَوْنَ ŰŁَنفُŰłَكُمْ وَŰŁَنŰȘُمْ ŰȘَŰȘْلُونَ Ű§Ù„ْكِŰȘَÙ€Ű§Űšَ ŰŁَفَÙ„Ű§َ ŰȘَŰčْقِلُونَ {44}

Maksudnya :"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat) Maka tidakkah kamu berfikir (QS 2 : 44)

Asbabun Nuzul Surah al-Baqarah Ayat 44 :

Qatadah r.a. menuturkan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Bani Israel yang selalu menyuruh orang lain agar taat dan bertakwa kepada Allah, serta mencegah mereka berbuat maksiat kepada-Nya , akan tetapi mereka sendiri malah meninggalkan ketaatan kepada Allah dan lebih memilih mendahulukan perbuatan maksiat." (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan as-Suddi. Lihat Ibnu Katsir : 1/ 246 dan tafsir al-Kabir Fakhr ar- Razi : 1/413


 622. Soalan : Apa hukum solat dengan menutup (memejamkan) mata?

Jawapan :

 
Pada dasarnya, tidak ada keterangan secara jelas sunah yang melarang atau menetapkannya. Hanya saja terdapat beberapa dalil yang menunjukkan bahawa solatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabatnya adalah dengan membuka mata (melihat). Seperti permintaan beliau agar disingkirkan tirai yang bergambar kerana mengganggu solatnya. Ini menunjukkan baahwa baginda membuka mata dalam solatnya.

Hadis Ma'mar yang bertanya kepada Khabbah menunjukkan bahwa para sahabat solat dengan membuka mata,

ŰŁَكَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَقْ۱َŰŁُ فِي Ű§Ù„Űžُّهْ۱ِ وَŰ§Ù„ْŰčَŰ”ْ۱ِ قَŰ§Ù„َ نَŰčَمْ قُلْنَۧ Űšِمَ كُنْŰȘُمْ ŰȘَŰčْ۱ِفُونَ Ű°َŰ§Ùƒَ قَŰ§Ù„َ Űšِۧ۶ْŰ·ِ۱َِۧۚ لِŰ­ْيَŰȘِه

"Apakah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membaca dalam solat Zuhur dan Asar?" beliau menjawab, "Ya." Kami bertanya, "Bagaimana kalian mengetahui hal itu?" beliau menjawab, "Dengan gerakan janggutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari sini para ulama memakruhkan memejamkan kedua mata semasa solat, kecuali kerana keperluan mendesak seperti tidak mungkin boleh khusyuk kecuali dengannya. Misalnya, berdiri di depannya orang yang memakai baju bergambar yang membaut tertawa atau ada tulisan yang mengganggu penumpuan.

Larangan ini telah tertulis dalam beberapa kitab, seperti Al-Raudh al-Murabba' milik Ibnul Qasim: 1/95, Mannarul Sabil milik Ibrahim Dhauyan: 1/66, Al-Kaafi fi Fiqh ahlil Madinah milik Abu Umar Abdulbarr al-Qurthubi: 1/285, Al-Mughni milik Ibnu Qudamah: 2/30, dan Al-Iqna': 1/127, dan lainnya.

Imam al-Kasani berkata, "Dimakruhkan, kerana ia menyalahi sunnah. Bahawa disyariatkan mengarahkan pandangan ke tempat sujud. Kerana setiap anggota tubuh punya bagiannya dalam ibadah, begitu juga kedua mata." (Bada-i' al-Shana-i': 1/503)

Imam Al-'Izz bin Abdussalam dalam Fatawa-nya membolehkan untuk memejamkan mata ketika ada keperluan, jika hal itu lebih membuat orang yang solat lebih khusyu dalam solatnya.

Sementara Ibnul Qayyim dalam Zaad al-Ma'ad menerangkan, jika seseorang boleh lebih khusyu dengan membuka mata maka itu lebih utama. Namun jika ia akan lebih khusyuk dengan memejamkan kedua mata kerana ada sesuatu yang mengganggunya berupa  hiasan maka tidak dimakruhkan secara mutlak. Bahkan –dalam keadaan ini- pendapat yang menganjurkan memejamkan mata lebih dekat kepada tujuan dan prinsip syariat daripada


623. Soalan : Apakah perbezaan di antara sunat dan sunah?

Jawapan : 

1.Sunat :

Sunat merujuk kepada hukum iaitu perbuatan atau percakapan yang disunatkan iaitu jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa. Ia adalah salah satu dari lima hukum taklifi (yakni hukum Syariat yang ditetapkan ke atas perbuatan-perbuatan manusia) iaitu; wajib, sunat, harus, haram dan makruh.

2. Sunah :


Adapun sunah atau as-Sunah, ia bermaksud cara hidup Nabi SAW atau apa yang datang dari bagindai. Pengertian Sunah lebih luas dari sunat kerana Sunah terangkum di dalamnya semua yang diwarisi dari Nabi SAW meliputi perbuatan , percakapan , pengakuan , sifat-sifat Nabi SAW (sama ada sifat kejadian atau sifat akhlak) dan seerah hidup baginda (dari mula kelahiran hingga kewafatannya). 

Sunah ada yang wajib kita amalkan, ada yang sunat diamalkan dan ada yang elok untuk diikuti. Sebagai contoh tadi; makan dengan tangan kanan, ia termasuk dalam sunah yang wajib diamalkan. Adapun yang lain-lainnya (berwuduk mulai dari anggota kanan, memakai pakaian, sepatu bermula dari kanan dulu, melangkah kaki kanan dulu untuk masuk masjid dan sebagainya tadi) ia adalah sunah yang termasuk dalam kategori sunat. 

624. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan lebih jelas lagi maksud as-Sunah?

Jawapan :


Pengertian as-Sunah

Apa yang terbit dari Nabi SAW dinamakan as-Sunah. Secara amnya para ulamak mentakrifkan as-Sunah sebagai; “Segala yang terbit dari Nabi SAW selain dari al-Quran- sama ada ucapan baginda, perbuatan baginda atau pengakuan baginda”. Berdasarkan takrifan ini, maka as-Sunah dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu;

1. Sunah Qauliyah

Iaitu perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Nabi SAW dalam pelbagai sempena dan tujuan. Kebiasaannya dipanggil dengan al-Hadith (Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ«) di mana apabila disebut sahaja al-Hadith maka difahami bahawa yang dimaksudkan ialah Sunnah Qauliyah (yakni ucapan-ucapan Nabi SAW.).

2. Sunah Fi’liyah

Iaitu apa-apa yang dilakukan atau dikerjakan oleh Nabi SAW. Contoh Sunah Fi’liyah ini juga banyak, antaranya; perlaksanaan solat dengan bentuk-bentuk dan rukun-rukunnya, perlaksanaan haji, pengadilan baginda dalam penghakiman dan sebagainya.

3. Sunah Taqririyah

Iaitu senyap Nabi terhadap perbuatan atau percakapan yang berlaku di hadapan baginda iaitu baginda tidak mengingkarinya. Senyapnya baginda itu menunjukkan bahawa perbuatan atau percakapan itu adalah harus di sisi Syarak kerana seorang nabi tidak akan sekali-kali membisu apabila berhadapan dengan kebatilan.

Perbuatan Nabi dan ruang-lingkupnya

Antara yang tergolong dalam as-Sunah ialah perbuatan Nabi SAW. Perbuatan-perbuatan Nabi SAW ada yang berkait dengan urusan agama secara langsung (seperti urusan ibadat, ketetapan hakam, halal dan haram dan sebagainya), ada yang berkait dengan urusan duniawi (seperti politik, masyarakat, ketenteraan dan seumpamanya) dan ada yang berkait dengan amalan rutin atau kebiasaan sebagai manusia (antaranya makanan, pakain, kenderaan dan sebagainya). Secara lebih jelas, Syeikh Muhammad al-Hadhari dalam bukunya “ŰŁŰ”ÙˆÙ„ Ű§Ù„ÙÙ‚Ù‡” menjelaskan; “Perbuatan-perbuatan Nabi SAW  terdiri dari tiga kategori;

a) Jibilli (ŰŹŰšÙ„ÙŠ); iaitu perbuatan yang bersifat tabi’ie atau kebiasaan sebagai manusia seperti makan, minum, tidur, berpakaian dan yang seumpamanya.

b) Qurb (Ù‚Ű±Űš); iaitu perbuatan untuk taat atau mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, puasa, sedekah dan yang semisal dengannya.

c) Mu’amalat (مŰčŰ§Ù…Ù„Ű§ŰȘ); iaitu perbuatan yang berupa interaksi sesama manusia seperti jual-beli, perkahwinan, akad muzara’ah, mu’amalat harta dan semisalnya.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga menjelaskan; “Di antara yang dapat diperhatikan ialah dari kalangan fi’liyah Nabi SAW ada yang terbit dari jibiliyyah dan tabi’iyyah (yakni kebiasaan dan tabi’ie sebagai manusia) seperti riwayat soheh yang menceritakan; “Adalah Nabi menyukai labu (Ű§Ù„ŰŻŰšŰ§ŰĄ/Ű§Ù„Ù‚Ű±Űč)”. Begitu juga, riwayat yang menceritakan; “Baginda menyukai daging di bahagian kaki (kambing atau sebagainya)”. 


Di antara sunah Fi’liyyah ada juga yang terbit dari adat/kebiasaan seperti memakai serban dan melepaskan ekornya antara dua bahu. Di antara sunah fi’liyyah itu juga ada yang terbit dari baginda dalam bentuk qurbah iaitu yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah ketika melakukannya seperti perbuatan-perbuatan baginda dalam solat, ketika haji dan umrah, zikir-zikir dan doa dan yang lain lagi seumpamanya…”. 

625. Soalan :  Saya ingin bertanya, apakah hukumnya menolak pemberian orang lain tanpa jelas alasannya, contohnya seperti hadiah? Terima kasih.

Jawapan :
 
Hadiah atau pemberian jika sekiranya berupa suatu yang halal dan tidak berselindung di sebalik tujuan yang haram seperti rasuah, menggadai prinsip dan sebagainya, sunat kita menerimanya kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam- sentiasa menerima hadiah yang diberikan kepadanya termasuk dari orang bukan Islam, di samping terdapat hadis secara khusus Rasulullah menggalakkan kita menerima pemberian orang lain kepada kita. Di bawah ini kita kemukakan sebahagian hadis tentangnya;

1. Dari Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Jika aku dihadiahkan kaki (kambing atau sebagainya) nescaya akan aku terimanya dan jika aku dijemput ke jamuan yang menghidangkannya nescaya akan aku penuhi” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi. Kata at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

2. Abu Hurairah r.a. menceritakan dari Nabi SAW. yang bersabda; “Jika aku diajak kepada hidangan betis (kambing) atau kakinya nescaya akan aku penuhinya dan jika dihadiahkan kepadaku betis (kambing) atau kakinya nescaya akan aku terimanya” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari).

Nilai kaki kambing tidaklah seberapa, namun Rasulullah tetap menghargainya dan tidak keberatan untuk menerimanya sebagai hadiah dari orang lain. Berkata Imam Ibnu Battal –mengulas hadis di atas-; Hadis ini merupakan galakan dari Nabi kepada umatnya supaya mereka saling memberi hadiah, menghubung silaturrahim, menjinak-jinakkan dan saling berkasih sayang. Baginda menjelaskan bahawa beliau tidak menganggap remeh/kecil sesuatu apapun yang dihadiahkan kepadanya atau dijemput beliau menghadirinya. Tujuan baginda ialah agar tiada sesiapa pun yang keberatan memberi hadiah kerana merasa kecil hadiah yang ingin diberikan. Baginda memberi contoh dengan kaki kambing sebagai galakan yang sungguh-sungguh supaya kita menerima hadiah sekalipun kecil”. (Syarah Soheh al-Bukhari, oleh Ibnu Battal).

3. Imam Ahmad dan a-Bazzar meriwayatkan dari Saidina ‘Ali yang menceritakan; “Kisra (Raja Parsi) pernah memberi hadiah kepada Rasulullah dan baginda menerimanya. Raja-raja yang lain juga memberi hadiah kepadanya dan baginda menerima”. Terdapat dalam Sunan an-Nasai; riwayat dari Abdurrahman bin ‘Alqamah as-Saqafi yang menceritakan; Rombongan Tsaqif datang untuk bertemu Nabi. Mereka tiba dengan membawa hadiah. Nabi bertanya mereka; “Hadiah atau sedekah?”. Mereka menjawab; “Hadiah”. Nabi lalu menerimanya. (Lihat hadis-hadis ini dalam; Tuhfah al-Ahwazi).

Hadis di atas menunjukkan kepada keharusan menerima hadiah dari orang bukan Islam jika hadiah itu berupa suatu yang halal dan tidak bertujuan jahat.

4. Abdullah bin Umar menceritakan; Aku telah mendengar bapaku (iaitu Umar bin al-Khattab) menceritakan; Rasulullah pernah memberiku satu hadiah/pemberian, lalu aku berkata; “Ya Rasulullah, berilah ia kepada orang yang lebih fakir dariku”. Lalu Rasulullah berkata kepadaku; “Wahai Umar, ambillah. Jika datang kepadamu suatu harta tanpa engkau mengharap-harapnya dan tanpa engkau memintanya, terimalah. Namun jika sebaliknya, janganlah engkau menggantung hati padanya” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Berkata Imam an-Nawawi; Menurut pandangan yang soheh dan masyhur yang menjadi pegangan jumhur ulamak; menerima pemberian harta dari orang lain adalah sunat kecuali pemberian dari sultan (pemeintah) di mana sebahagian ulamak mengharamkannya, sebahagian memakruhkannya dan sebahagian lagi mengharuskannya. Pandangan yang soheh ialah; jika harta yang menjadi milik sultan itu kebanyakannya datang dari sumber yang haram, haram menerima pemberiannya. Begitu juga, haram menerimanya orang yang tidak berhak mendapatnya. Adapun jika kebanyakan hartanya datang dari sumber yang tidak haram, harus menerima pemberiannya kecualilah jika orang yang ingin menerima itu padanya terdapat suatu tegahan yang tidak melayakkannya untuk mengambil pemberian itu. Ada juga segolongan ulamak berpandangan; Menerima pemberian adalah wajib sama ada dari sultan atau orang lain. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).

Dari penjelasan di atas dapatlah kita simpulkan bahawa menolak pemberian atau hadiah orang lain tanpa alasan hukumnya adalah makruh kerana ia bertentangan dengan sikap Nabi, lebih-lebih lagi jika pemberian itu datang dari saudara mara dan orang baik-baik. Berkata Imam Ibnu Jarir; “Menolak pemberian dari orang soleh bercanggah dengan adab yang diajar oleh agama” (Faudhul-Qadier).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah al-Bukhari, oleh Ibnu Battal, Kitab al-Hibah wa Fadhliha wa at-Tharidh ‘Alaiha.
2. Tuhfah al-Ahwazi, Abwab al-Ahkam, bab Ma Ja-a Fi Qabul al-Hadiyyah wa Ijabati ad-Da’wah.
3. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Juzuk 9, Kitab az-Zakah, bab Ibahat al-Akhzi Liman U’tiya min Ghairi Masalatin wa la Israafin.
4. Faidhul-Qadier, hadis no. 7768 dan no. 7769.