Saturday, December 8, 2012

Seorang Mukmin Perlu Sentiasa Bersyukur Dengan Nikmat Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hidup di dunia ini adalah sementara, akhiratlah kehidupan yang kekal abadi. Janganlah kita merasa seolah-olah umur kita masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada kelalaian.

Sesiapa yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah membalasnya dgn melimpahkan nikmat yg lebih baik.

Allah berfirman yang bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali2 kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152). 

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yang ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya.



Manusia bukan sahaja tidak pandai berterima kasih kepada sesama manusia, malah tidak pandai berterima kasih kepada Allah; Tuhan yang mencipta, menjaga dan memberi nikmat yang tidak terhitung. Berterima kasih kepada Allah itulah yang dinamakan bersyukur.

Dalam bahasa mudah, syukur itu ialah seperti yang diungkapkan oleh Imam al-Jurjani: "Suatu ungkapan atau penyataan kerana memperoleh nikmat, baik secara lisan, tindakan mahupun hati."

Bersyukur itu sangat sukar. Sukarnya untuk manusia bersyukur ini ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur." (Surah Saba' (34) ayat 13)

Sifat syukur itu wajib ada pada setiap orang Islam. Ia salah satu daripada sifat mahmudah yang wajib dipelajari, difahami dan diamalkan oleh setiap mukallaf. Manusia yang tidak berterima kasih kepada manusia pun sudah dikira tidak beradab, apatah lagi jika manusia tidak bersyukur kepada Allah.
Oleh sebab itu, Allah mendidik manusia supaya bersyukur kepada Nya. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau beri kepadaku dan kepada ibu bapaku. Jadikanlah amal perbuatanku sesuai dengan keredaan-Mu dan berikanlah kebaikan kepadaku berlanjutan sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku ialah orang yang berserah diri." 
(Surah al-Ahqaf (46) ayat 15)

Sifat syukur tidak boleh dipaksa. Ia perlu muncul dari dalam hati dengan kerelaan. Manusia diberi pilihan, sama ada untuk bersyukur atau sebaliknya. Jika manusia memilih untuk bersyukur, itu adalah baik untuknya. sebaliknya jika memilih untuk tidak bersyukur, akibat buruknya ditanggung sendiri. 

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir." (Surah al-Insan (76) ayat 2-3).

Namun, kerana kasih sayang-Nya, Allah SWT mengulang-ulang kalimah syukur dan kalimah-kalimah lain yang berkaitan dengannya sebanyak 60 kali dalam al-Quran. Allah SWT ingin mendidik manusia akan peri pentingnya sifat syukur. Maha Suci Allah yang tidak akan meletakkan sesuatu yang tidak penting dalam kitab-Nya yang agung dan mulia. Sekiranya disebut sekali sahaja, itupun sudah memadai untuk membuktikan kepentingannya, apatah lagi diulang-ulang sebanyak itu. Tegasnya, syukur itu satu sifat yang sangat penting diketahui, difahami dan diamalkan.

Apa erti syukur?  

Dari segi bahasa,  syukur maknanya pujian. Yakni pujian apabila mendapat kebaikan atau kelebihan kepada pihak yang memberi kebaikan dengan menyebut kebaikannya. Apabila manusia menghargai kelebihan yang ada pada dirinya, maka itulah modal awal untuk bersyukur. Jadi, sudah sewajarnya setiap manusia bersyukur kerana setiap manusia mempunyai kelebihan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Jika engkau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitung." 
(Surah Ibrahim (14) ayat 34)

 Sedarilah kita bahawa kita mempunyai kelebihan, kemudian hargai kelebihan itu. itulah langkah awal untuk bersyukur. Sebaliknya, orang yang kufur (dalam konteks ini kufur nikmat), hanya nampak kekurangan lalu mengeluh atau "menyumpah" kekurangan itu. Orang yang bersyukur akan rasa cukup dengan yang sedikit. Sebaliknya, orang yang kufur tidak akan puas dengan yang banyak.

Sahabat yang dimuliakan,
Kalimah syukur juga bererti penuh atau lebat. Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat dan rimbun. Maka begitulah orang yang bersyukur, rezekinya akan subur. kesan bersyukur, rezekinya yang sedikit akan ditambah oleh Allah menjadi banyak. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah menerusi firmanNya yang bermaksud: "Jika kamu bersyukur, sungguh pasti Aku akan tambah apa yang ada pada diri kamu. (Surah Ibrahim (14) ayat 7)

Rahsia ketenangan dan kejayaan adalah dengan menghitung kesyukuran, bukan kesukaran. maksudnya, dalam apa-apa keadaan sekalipun, hendaklah berfikir secara positif dengan melihat kepada kelebihan, bukan kekurangannya. Orang yang bersyukur akan berusaha menampakkan kesan nikmat Allah kepada dirinya. 

Rasulullah SAW  pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Amru Ibn Shuaib: "Sesungguhnya Allah suka diperlihatkan kesan daripada nikmat-nikmatNya" 

Namun menampakkan kesan nikmat tidak sama dengan sifat menunjuk-nunjuk. Menampakkan kesan nikmat dibuat dengan hati yang mengingati Allah (zikrulla). Tujuan menampakkan kesan nikmat adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah yang mengurniakan nikmat itu. Sebaliknya, perbuatan menunjuk-nunjuk dibuat dengan tujuan mahu menonjolkan diri.

Sahabat yang dikasihi,

Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia serta seluruh kehidupan lain di dunia ini.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dgn banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Orang yang mampu bersyukur hanyalah mereka yang dapat melihat kelebihan diri. namun kelebihan itu dirasakan milik Allah, bukan milik dirinya. Apabila bersyukur kita memuji Allah, bukan memuji nikmat atau memuji diri sendiri. Wallahua'lam.









Adab Bersukan Mengikut Cara Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW sememangnya menggalakkan sahabat-sahabatnya bersukan atau riadah dan baginda pernah menyaksikan aktiviti bersukan mereka bersama-sama Aisyah r.ha.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Aisyah r.ha berkata, (maksudnya), "Sesungguhnya aku telah melihat Nabi SAW menutupku dengan kain selendangnya dan (ketika itu) aku sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu."

Sukan boleh menjadi suatu ibadah dan mendapat pahala sekiranya kita menjaga adab-adabnya. Antara adab-adab yang perlu dipraktikkan ialah :

1. Niat untuk merai keredaan Allah.

2. Permainan yang tidak menyalahi syarak.

3. Berpakaian menutup aurat. Tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tidak jarang.

4. Permainan yang tidak melibatkan perjudian seperti mempertaruhkan wang dan seumpamanya.

5. Tidak lalai sehingga meninggalkan kewajipan seperti solat.

6. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.

Agak malang, kebanyakan sukan yang dipraktikkan masa kini tidak menghiraukan aturan syariat yang disebutkan di atas. Contohnya , sukan wanita seperti renang, gimnastik, tarian dan lumba lari yang kebanyakannya mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat, di samping bebas disaksikan oleh kaum lelaki.

Bersukan yang sepatutnya mendapat keredaan Allah sebaliknya menempah kemurkaan Allah SWT.

(Di petik daripada Majalah Solusi isu no. 43)

Empat Ciri-ciri Orang Mukmin Yang di Kasihi Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat empat ciri-ciri orang mukmin yang dikasihi dan diredai oleh Allah SWT. 

Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

Pertama  : Berlemah lembut sesama manusia.
Kedua      : Bermanfaat kepada orang lain.
Ketiga      : Ikhlas kerana Allah SWT.
Keempat : Menghormati makhluk Allah SWT.

Huraiannya : 

Pertama  : Berlemah lembut

Firman Allah SWT maksudnya : “Maka dengan rahmat Allahlah kamu lemah lembut terhadap mereka dan jika kamu kasar hati, nescaya mereka akan lari dari sisimu.” (Surah Ali ‘Imran ayat  159)

Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang muslim ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."

Sifat berlemah lembut ini adalah sifat fitrah yang disukai oleh semua manusia kerana jiwa manusia menolak sifat manusia yang kasar, bengis dan tidak suka bertolak ansur.

Kedua      : Bermanfaat kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredaannya di dalam hatinya pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Adullah Al-Kadlrami ia berkata Ali bin Bahram berkata Abdul Malik bin Abi Kariimah berkata dari Ibnu Juraij, dari Atha' dari Jaabir, Rasulullah SAW
bersabda "...Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi sesama manusia..." (Hadis Riwayat Thabrani dalam Al-Ausath) Derajat Hadis, Hadis di atas tingkat hasan. 

Pernah juga Rasulullah SAW ditanya tentang manusia terbaik, maka baginda menjawab dengan jawapan yang sama. Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: "Siapakah orang terbaik?" Baginda menjawab : "Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia" [Ittihaaf Al-Khairat Al-Mihrah bi Zawaa'id Al-Masaanid Al-'Usyrah juz 5 hlm.191]

Ketiga      : Ikhlas kerana Allah SWT.

Sifat ikhlas adalah antara sifat terpuji yang menghiasi peribadi muslim bertakwa. Keikhlasan juga adalah asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan dilaksanakan setiap muslim diterima Allah atau sebaliknya. 

Maknanya, keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan dan kebahagiaan muslim di dunia dan di akhirat. 

Jika ditinjau rangkaian ayat suci al-Quran, kita dapati betapa ciri keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi muslim bertakwa. 

Di antaranya, firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya.” – (Surah al-Zumar, ayat 2). 

Rasulullah tidak ketinggalan memperlihatkan kepada kita akan kepentingan sifat ikhlas dibajai dalam sanubari muslim melalui sabda bermaksud: “Sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu.” – (Hadis riwayat Bukhari). 

Keempat : Menghormati makhluk Allah .

Firman Allah SWT maksudnya : “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”. (Surah an-Nisaa ayat 86)

Seorang mukmin itu akan menghormati semua makhluk Allah SWT samaada manusia, jin , binatang atau alam semesta. 

Menghormati manusia bermakna tidak menzalimi manusia, memberi bantuan jika diperlukan dan melaksanakan semua hak-hak yang sepatutnya ditunaikan iaitu tidak mengambil haknya tanpa izin, tidak memfitnah dan mendedahkan aibnya dan sentiasa memberi nasihat yang baik. 

Menghormati jin kita tidak buang air kecil dikawasan air tenang. Daripada Jabir r.a. daripada Nabi SAW: baginda melarang kencing dalam air (bertakung) tenang."(Hadis Riwayat Muslim (281), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) kerana jin biasanya tinggal ditempat air tenang. Begitu juga tidak beristinjak dengan tulang kerana tulang adalah makanan jin.

Menghormati binatang bermakna sembeleh dengan pisau yang tajam dan tidak menyiksa binatang dengan mengurungnya tanpa diberikan makanan .

Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya ALLAH SWT telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW turut melarang memukul muka haiwan, melarang mencaci haiwan, berlaku kasar, menyakitinya, serta melarang melaknat atau mengejek haiwan.

Dari sini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang sangat menganjurkan sikap ihsan bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi juga terhadap para haiwan. Bukan sahaja ketika haiwan tersebut hidup, tetapi juga ketika hendak menyembelihnya.

Menghormati alam semesta iaitu tidak mencemarkan alam dengan membuang bahan-bahan merbahaya di merata tempat tanpa kawalan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah Al-Rum ayat 41)

Sahabat yang dikasihi,
Jika kita ingin dikasihi Allah SWT dan dikasihi manusia maka perlulah melaksanakan empat sifat terpuji seperti dinyatakan di atas iaitu berlemah lembut, sentiasa memberi manfaat kepada orang lain, setiap amalan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan menghormati semua makhluk Allah SWT.







Friday, December 7, 2012

Sifat Orang Mukmin Sentiasa Menahan Amarah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredaan Allah Taala." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Nabi SAW bersabda maksudnya, " Jika salah seorang di antara kalian marah maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Huraiannya

Marah adalah sifat syaitan. Syaitan selalu mengajak kepada perilaku buruk. Orang yang dapat mengendalikan perasaan marah bererti dia menghindarkan dirinya dari perilaku buruk. Jika perilaku buruk dan kejahatan dapat dihindarkan maka kebaikan akan selalu menyertainya. 

Syaitan berasal dari api, api dapat dipadamkan dengan air. Jika kita marah, hilangkan marah itu salah satu caranya adalah dengan berwuduk. Sifat marah akan merugikan diri sendiri dan orang lain.

Sifat Orang Mukmin Tenang Dan Tidak Tergesa-gesa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Nabi SAW bersabda maksudnya, " Tenang itu datangnya dari Allah dan tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Huraiannya :


Rasulullah SAW dalam hadis ini menganjurkan kita agar tenang dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan suatu ibadah atau perbuatan. Semua pekerjaan harus dilakukan dengan saksama, teliti dan penuh perhitungan. Seperti solat, kita harus tumakninah atau atau perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. Pekerjaan yang dilakukan dengan tergesa-gesa seringkali rosak dan tidak sempurna. Oleh itu, Nabi SAW mengatakan bahawa ketenangan atau perlahan-perlahan berasal dari Allah dan tergesa-gesa berasal dari syaitan. Segala yang baik dan benar dari Allah, sedangkan segala yang buruk dan salah berasal dari syaitan (dengan izin Allah).


Mohonlah Perlindungan Allah SWT Daripada Gangguan Jin Dan Syaitan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT:

قَŰ§Ù„َ هَŰ°َۧ Ű”ِ۱َۧ۷ٌ Űčَلَيَّ مُŰłْŰȘَقِيمٌ (41) Ű„ِنَّ ŰčِŰšَۧۯِي لَيْŰłَ لَكَ Űčَلَيْهِمْ ŰłُلْŰ·َŰ§Ù†ٌ Ű„ِلَّۧ مَنِ ۧŰȘَّŰšَŰčَكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰșَŰ§Ùˆِينَ (42)

Maksudnya, " Ini adalah jalan yang lurus. Kewajipan-Kulah menjaganya. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu (syaitan) terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat." (Surah al-Hijr ayat 41-42)

Huraiannya :

Allah SWT mengancam Iblis dengan ayat ini bahwa apa yang dinyatakan Iblis itu, iaitu ia tidak dapat memperdayakan hamba-hamba Nya yang saleh. Adalah suatu jalan yang lurus. Dia memberi pahala semua amal baik seorang hamba dan membalas dengan seksa semua amal buruk seseorang. 

Untuk menghilangkan keragu-raguan yang mungkin difahami pada ayat-ayat yang lalu maka Allah SWT menegaskan dalam ayat ini, bahawa hamba-hamba Allah tidak seorangpun yang dapat dikuasai oleh syaitan. Semuanya telah diberi Taufik Allah untuk beriman, melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-larangan-Nya. Godaan apapun tidak akan mempengaruhi iman mereka. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT pada firman Nya yang lain: 

وَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ لَمَّۧ قُ۶ِيَ Ű§Ù„ْŰŁَمْ۱ُ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَŰčَŰŻَكُمْ وَŰčْŰŻَ Ű§Ù„ْŰ­َقِّ وَوَŰčَŰŻْŰȘُكُمْ فَŰŁَŰźْلَفْŰȘُكُمْ وَمَۧ كَŰ§Ù†َ لِيَ Űčَلَيْكُمْ مِنْ ŰłُلْŰ·َŰ§Ù†ٍ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْ ŰŻَŰčَوْŰȘُكُمْ فَۧ۳ْŰȘَŰŹَŰšْŰȘُمْ لِي فَلَۧ ŰȘَلُومُونِي وَلُومُÙˆŰ§ ŰŁَنْفُŰłَكُمْ مَۧ ŰŁَنَۧ ŰšِمُŰ”ْ۱ِŰźِكُمْ وَمَۧ ŰŁَنْŰȘُمْ ŰšِمُŰ”ْ۱ِŰźِيَّ Ű„ِنِّي كَفَ۱ْŰȘُ Űšِمَۧ ŰŁَŰŽْ۱َكْŰȘُمُونِي مِنْ قَŰšْلُ Ű„ِنَّ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ لَهُمْ ŰčَŰ°ٌَۧۚ ŰŁَلِيمٌ (22) 

Maksudnya : "Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan akupun telah menjanjikan kepadamu, tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih."
(Surah Ibrahim ayat 22) 

Firman Allah SWT: 

Ű„ِنَّهُ لَيْŰłَ لَهُ ŰłُلْŰ·َŰ§Ù†ٌ Űčَلَى Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَŰčَلَى ۱َŰšِّهِمْ يَŰȘَوَكَّلُونَ (99) Ű„ِنَّمَۧ ŰłُلْŰ·َŰ§Ù†ُهُ Űčَلَى Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَŰȘَوَلَّوْنَهُ وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ هُمْ Űšِهِ مُŰŽْ۱ِكُونَ (100) 

Maksudnya : "Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah". 
(Surah An-Nahl ayat 99-100) 

Kemudian Allah SWT mengancam syaitan dan pengikut-pengikutnya dengan neraka Jahanam sebagai pembalasan bagi segala macam kejahatan yang pernah mereka perbuat. 

Allah SWT menerangkan keadaan neraka yang akan didiami oleh orang-orang yang sesat itu, iaitu terdiri atas tujuh tingkat. Tiap-tiap tingkat didiami oleh orang-orang yang sesuai pula dengan tingkat kejahatan yang telah mereka perbuat. 

Menurut Ibnu Juraij, neraka itu tujuh tingkat, tingkat pertama ialah Jahanam, kemudian Laza, kemudian Hutamah, kemudian Sa'ir, kemudian Saqar, kemudian Jahim dan kemudian Hawiyah. 

Neraka pertama yang paling tinggi bagi orang Islam yang durhaka, yang kedua bagi orang Yahudi, yang ketiga bagi orang Nasrani, yang keempat bagi penyembah patung, yang kelima bagi Majusi, yang keenam bagi orang musyrik yang ketujuh bagi orang munafik. 

As Salabi meriwayatkan bahawa ketika Salman mendengarkan ayat ini, ia lari menjauhkan diri selama tiga hari dan sampai tidak sadarkan diri. Kemudian dibawa kepada Nabi SAW, ketika Nabi SAW bertanya kepadanya ia menjawab: "Ya Rasulullah, dengan turunnya ayat itu, terasa putus jantungku. Maka Allah menurunkan ayat berikutnya yang menerangkan bahawa bagi orang-orang yang bertakwa disediakan syurga yang penuh kenikmatan. 

Dari ayat-ayat ini dapat difahami bahwa manusia mempunyai dua macam sifat yang pokok iaitu : 

Pertama mempunyai sifat yang mengikuti hawa nafsu dan terpengaruh dengan hasutan syaitan, terpesona oleh kehidupan dunia yang menipu dan melalaikan. Mereka inilah orang-orang musyrik yang mudah dipengaruhi syaitan dan orang Islam yang lemah imannya.

Kedua ialah manusia yang mempunyai sifat percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, jiwanya bersih dan mulia, kuat hubungannya dengan Allah SWT dan suka kepada kebaikan. Golongan ini tidak dapat dipengaruhi oleh syaitan kerana hati mereka telah cenderung kepada Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT mengajar kita bahawa apabila kita ditimpa godaan syaitan maka mintalah perlindungan Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, " Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-A'raf ayat 200)

Memohon perlindungan kepada Allah, dengan sungguh-sungguh dan penuh yakin, cukup sudah untuk memelihara dari gangguan syaitan dan mengusirnya dalam keadaan terkutuk.

Memohon perlindungan kepada Allah adalah tempat berlindung dan benteng bagi setiap muslim, manakala dia merasakan adanya gangguan atau was-was yang dilancarkan syaitan terhadapnya.

Di riwayatkan dari Abu Al-'Ala bahawa Usman bin Abi Al-Ash datang kepada Nabi SAW dan berkata, " Ya Rasulullah, syaitan telah menghalagi saya dari solat saya dan mengacaukan bacaan saya." Mendengar pengaduannya, Rasulullah SAW berkata, "Dia adalah syaitan yang bernama Khinzab. Kalau engkau merasakan gangguannya, maka mohonlah perlindungan kepada Allah, dan meludahlah tiga kali kesebelah kirimu." Maka saya pun melaksanakan petunjuk Rasulullah itu, dan Allah menghilangkan godaannya dari diriku." (Hadis Riwayat Muslim - Lihat Sahih Muslim, kitab As-Salam)

Dari Sulaiman bin Shard , bahawasanya dia berkata, " Suatu ketika aku duduk bersama Nabi SAW dan dua orang yang duduk berdampingan. Yang seorang berwajah sangat merah, dan saya merasakan gangguannya. Maka Nabi SAW bersabda maksudnya, " Aku tahu suatu kalimat yang jika engkau ucapkan, maka akan hilanglah apa yang engkau rasakan. Kalau engkau mengatakan ," Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk, " nescaya hilanglah apa yang engkau rasakan." 
(Hadis Riwayat Bukhari dalam Kitab Bad'i Al-Khalaq)

Sahabat yang dihormati,
Apabila kalian keluar rumah maka berdoalah kepada Allah SWT dan mohonlah perlindungan daripada Allah nescaya syaitan tidak berupaya menggoda kalian semasa berada diluar rumah.

Dari Anas bin Malik, katanya, "Telah bersabda Rasulullah SAW, 'Barangsiapa yang berdoa ketika keluar rumah, dengan doa, 'Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali yang ada di sisi Allah, maka dikatakan kepadanya, ' Cukup sudah, engkau akan di penuhi keperluanmu, akan diberi petunjuk, dilindungi, diselamatkan, dengan doamu itu , dari gangguan syaitan.' Kemudian syaitan berkata kepada sesamanya, 'Bagaimana mungkin engkau boleh mengganggu orang yang telah diberi petunjuk, dipenuhi keperluannya dan dilindungi (oleh Allah)."
(Hadis Riwayat Abu Daud, An-Nasai dan At-Tarmidzi. At-Tarmidzi mengatakan bahawa hadis ini hasan)

Membaca doa sebelum tidur akan dijaga oleh malaikat dan syaitan akan diusir dari bilik tidur :

Dari Abi Az-Zubir, dari Az- Zubir, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, "Apabila seseorang berbaring di tempat tidurnya, maka malaikat dan syaitan berebut mempengaruhinya. 

Malaikat berkata, " Akhirilah (kegiatanmu) dengan kebaikan." 

Dan syaitan berkata," Akhirilah dengan keburukan."

Apabila orang tersebut mengingati Allah hingga tertidur, maka malaikat mengusir syaitan,dan secara sendirian dia menjaga orang itu semalaman. Kemudian, ketika dia terbangun maka dia diperebutkan kembali oleh malaikat dan syaitan.

Malaikat berkata, "Mulailah kegiatanmu dengan kebaikan." 

Dan syaitan berkata, " Mulailah dengan kejahatan."

Kalau kemudian orang itu mengucapkan, " Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan diriku sesudah mati, dan tidak mematikannya ketika tidur. Segala puji bagi Allah Yang memiliki kekuasaan untuk mencabut nyawa dan melepaskan yang lain hingga waktu tertentu. Segala puji bagi Allah Yang memegang langit dan bumi sehingga tidak terpelanting, dan jika ia terpelanting, maka Dia memegangnya dan menyeimbangkannya satu sama lain. Segala puji bagi Allah Yang memegang langit sehingga tidak jatuh menimpa bumi, kecuali dengan izin-Nya." Maka malaikat mengusir syaitan dan secara sendirian dia mengawal orang itu." (Hadis Riwayat Abu Ya'la , Haitsami mengatakan hadis ini sahih)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan doa-doa mohon perlindungan Allah dan zikir-zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW samaada ketika waktu pagi dan petang, waktu hendak keluar rumah, waktu hendak tidur atau bagun tidur dan di semua waktu dan ketika. Berkat bacaan dan doa yang kita lakukan ini in syaa Allah akan terpelihara  daripada musibah dan kemalangan dan terpelihara daripada gangguan jin dan syaitan.



Thursday, December 6, 2012

Cara-cara Ucapan Terima Kasih dan Cara Membalasnya


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila seseorang telah membuat kebaikan kepada kita, tanda kita berterima kasih di atas jasabaiknya maka Islam menganjurkan kita mengucapkan "Jazakallah khairan" maksudnya :  "Semoga Allah membalas kebaikanmu"


Ada satu hadis yang menjelaskan sunahnya mengucapkan “jazakallahu khairan”, dari Usamah bin Zaid radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan : 'jazaakallahu khair' (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” 

(Hadis Riwayat Tirmidzi (2035), An-Nasaai dalam Al-kubra (6/53), Al-Maqdisi dalam Al-mukhtarah: 4/1321, Ibnu Hibban: 3413, Al-Bazzar dalam musnadnya:7/54. Hadis ini disahihkan Al-Albani dalam sahih Tirmidzi)

Dalam Islam terdapat adab dan cara untuk menjawab ucapan doa seseorang kepada kita. Jika sahabat kita mengucapkan "Jazaakallahu khair" kepada kita apakah ucapan balas yang paling baik seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ucapakan?



Sheikh Muhammad ‘Umar Baazmool, pengajar di Universiti Ummul Quraa Mekah, ditanya: Beberapa orang sering mengatakan “Amiin, waiyyaak” (yang ertinya “Amiin, dan kepadamu juga”) setelah seseorang mengucapkan “Jazakallahu khairan” (yang bererti “semoga ALLAH membalas kebaikanmu”). Apakah merupakan suatu keharusan untuk membalas dengan perkataan ini setiap saat?

Beliau menjawab:

Ada banyak riwayat dari sahabat dan dari Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, dan ada riwayat yang menjelaskan tindakan ulama. Dalam riwayat mereka yang mengatakan “Jazakalahu khairan,” tidak ada yang menyebutkan bahawa mereka secara khusus membalas dengan perkataan “wa iyyaakum.”

Kerana ini, mereka yang berpegang pada perkataan “wa iyyaakum,” setelah doa apapun, dan tidak berkata “Jazakallahu khairan,” mereka telah jatuh ke dalam suatu yang baru yang telah ditambahkan.


Al-Allamah Asy-Sheikh Al-Muhaddits Abdul Muhsin Al-Abbad hafizhahullah ditanya: Apakah ada dalil bahawa ketika membalasnya dengan mengucapkan “wa iyyakum” (dan kepadamu juga)?


Beliau menjawab:

“Tidak ada dalilnya, sepantasnya dia juga mengatakan “jazakallahu khair” (semoga Allah membalasmu kebaikan pula), iaitu didoakan sebagaimana dia berdoa, meskipun perkataan seperti “wa iyyakum” sebagai athaf (mengikuti) ucapan “jazaakum”, yaitu ucapan “wa iyyakum” bermakna “sebagaimana kami mendapat kebaikan, juga kalian”, namun jika dia mengatakan “jazakalallahu khair” dan menyebut doa tersebut secara nash, tidak diragukan lagi bahwa hal ini lebih utama dan lebih afdhal.”

Berdasarkan huraian di atas jelaslah kepada kita bahawa sebaik-baik ucapan setelah seseorang mengucapkan "Jazakallahu khair" maka kita menjawab dengan ucapan yang sama iaitu, "Jazakallahu Khair"



Ada beberapa ketentuan dalam mengucapkan jazakallah:
- jazakallahu khairan (engkau, lelaki)
- jazakillahu khairan (engkau, perempuan)
- jazakumullahu khairan (kamu sekalian)
- jazahumullahu khairan (mereka)

Sahabat yang dimuliakan,
Sheikh Ahmad bin Yahya An-Najmi ditanya: Apa hukumnya mengucapkan, “Syukran" (terima kasih) bagi seseorang yang telah berbuat baik kepada kita?

Beliau menjawab:

Yang melakukan hal tersebut sudah meninggalkan perkara yang lebih utama, iaitu mengatakan, “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu.” Dan pada Allah-lah terdapat kemenangan.

Apabila ada seseorang yang telah mengucapkan doa “Barakallahu fiikum atau Barakallahu fiika” kepada kita, maka kita menjawabnya: “Wafiika barakallah” (Semoga Allah juga melimpahkan berkah kepadamu) (lihat Ibnu Sunni hal. 138, no. 278, lihat Al-Waabilush Shayyib Ibnil Qayyim, hal. 304. Tahqiq Muhammad Uyun)


Asy Sheikh Abdul Muhsin hafizhahullah ditanya:

Ada sebahagian orang berkata: ada sebahagian pula yang menambah tatkala berdoa dengan mengatakan : Jazaakallahu alfa khair” (semoga Allah membalasmu dengan seribu kebaikan) 

Beliau menjawab: “Demi Allah, kebaikan itu tidak ada batasnya, sedangkan kata seribu itu terbatas, sementara kebaikan tidak ada batasnya. Ini seperti ungkapan sebahagian orang “beribu-ribu terima kasih”, seperti ungkapan mereka ini. Namun ungkapan yang disebutkan dalam hadis ini bersifat umum.” (Transkrip dari kaset: durus syarah sunan At-Tirmidzi,oleh Al-Allamah Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzahullah, kitab Al-Birr wa Ash-Shilah, nomor hadits: 222)


Kesimpulan:

Ucapan “Waiyyak” secara harfiah artinya “dan kepadamu juga”. Ini adalah bentuk doa `yang walaupun ulama kita tidak menemukan itu sebagai sunnah. Dalam kes manapun, namun tidak ada ulama yang melarang berdoa dengan selain ucapan “Jazakumullah khairan” dengan syarat tidak boleh menganggapnya merupakan sebahagian dari sunnah. Namun untuk lebih afdalnya kita ucapkan “jazakalla khair”, dan membalasnya dengan ucapan yang sama maka inilah sunnahnya.

Ada satu kaidah ushul fiqih yang dengan ini mudah-mudahan kita boleh terhindar daripada  kesalahan-kesalahan dalam beramal atau beribadah.


Al-Imam Al-Bukhari (dalam kitab Al-Ilmu) berkata, “Ilmu itu sebelum berkata dan beramal”. Perkataan ini merupakan kesimpulan yang beliau ambil dari firman Allah SWT : “Maka ilmuilah (ketahuilah)! Bahawasanya tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu” (Surah Muhammad ayat 19).


Dari ayat yang mulia ini, Allah SWT memulai dengan ilmu sebelum seseorang mengucapkan syahadat, padahal syahadat adalah perkara pertama yang dilakukan seorang muslim ketika ia ingin menjadi seorang muslim, akan tetapi Allah mendahului syahadat tersebut dengan ilmu, hendaknya kita berilmu dahulu sebelum mengucapkan syahadat, kalau pada kalimat syahadat saja Allah berfirman seperti ini maka bagaimana dengan amalan lainnya? Tentunya lebih pantas lagi kita berilmu baru kemudian mengamalkannya. Kita tidak boleh asal ikut-ikutan orang lain tanpa dasar ilmu, seseorang sebelum berbuat sesuatu harus mengetahui dengan benar dalil-dalilnya.


Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita beramal dengan amalan sunah walaupun ianya nampak kecil sahaja. Doa mendoakan sesama saudara muslim adalah amalan mulia, terutama apabila saudara kita telah berjaya membantu kita untuk menyelesaikan urusan kehidupan maka tidak ada ucapan yang lebih baik melainkan ucapan, "Jazakalla khair"

Wednesday, December 5, 2012

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Ke Sepuluh.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita telah mengikuti dialog di antara Muhammad Isa Daud dengan Mustafa (Jin islam) bermula daripada siri pertama hingga siri kesembilan. Telah terbogkar satu demi satu pembohongan dan tipu muslihat daripada golongan  iblis, syaitan dan jin-jin kafir . Mereka berusaha untuk menyesatkan anak Adam yang lemah imannya dan jahil dalam memahami dan mempraktikkan ajaran Islam.

Sesungguhnya pertemuan dan dialog ini sungguh bermakna untuk menjadi pedoman dan panduan kita supaya kita tidak mudah ditipu dan di perdayakan oleh golongan iblis, syaitan dan jin-jin kafir supaya meninggalkan akidah dan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW . Di dalam dialog ini banyak ilmu yang bermanfaat, fakta-fakta yang bertepatan dengan hadis-hadis sahih dari Nabi SAW, rahsia-rahsia mistri yang membelenggu di fikiran kita, semuanya telah terurai dan memperolehi jawapannya. 

Terdapat beberapa nasihat yang berguna untuk kita semua sebagai panduan apabila berhadapan dengan gangguan dan  rasukkan makhluk jahat ini dan sebagai persediaan menghadapi serangan musuh-musuh  Allah SWT.

1. Jin yang masuk dalam tubuh manusia, kemugkinan merupakan jin bodoh atau zalim. Hal ini boleh dilihat dari kemahuannya untuk tetap berada di dalam tubuh manusia.

Jika dia berdegil maka bacakan kepadanya ayat-ayat yang dijelaskan terdahulu. Sesudah itu bacalah ayat Kursi, Surah Ya Sin ayat 1-12, Surah Ash-Shaffat ayat 1-10, Surah Dukhan, Surah Al-Hasyr  dan Surah Al-A'la.

2. Boleh dilakukan pukulan, khususnya pada bahu dan belakang, tangan dan kaki, jari-jari tangan dan kaki pesakit. Percayalah , jin itu akan merasa kesakitan  dan bukan orang yang kita pukul itu. Sertai pukulan-pukulan tersebut dengan membaca ayat-ayat Al-Quran, seraya tetap memperhatikan jangan-jangan jin yang mengeram dalam tubuh orang itu lebih dari satu. Mereka bergerak-gerak dalam gerakan tubuh si sakit secara bergantian., agar dapat memperingan pukulan terhadap diri mereka, dan untuk menipu manusia. Malahan ada jin-jin yang sudah sangat berpengalaman, dan berusaha untuk melarikan diri;. Ketika orang yang mengubati si sakit pergi, dia kembali lagi masuk ke dalam tubuh si sakit .

3. Di antara jin ada yang memperolehi kekuatan yang sangat besar untuk bertahan di dalam tubuh manusia, kerana adanya orang yang meminta bantuan seorang tukang sihir atau bomoh yang dengan cara itu si jin meminta sajian atau apa saja untuknya., lalu orang tersebut menuruti permintaannya. Bila sudah demikian, jin tersebut tidak akan mahu keluar dari tubuh si sakit kecuali dengan berulang-ulang kali mengajukan permintaan. Kalau sudah begitu, tolak saja permintaannya. Ancaman dan peringatan dia dengan azab Allah SWT dengan membacakan ayat-ayat al-Quran.

4. Jika kita melihat mata si sakit menitiskan air mata, ketika kalian membacakan ayat-ayat al-Quran, lalu menangis tersedu-sedu tanpa sebab yang jelas, maka hendaklah kalian tahu bahawa keadaan seperti ini adalah keadaan penguasaan jin dalam tubuh manusia. Bentuknya kecil dan kuat, tetapi sangat jahat dan degil.

5. Apabila jin tersebut berbicara melalui mulut si sakit, dan berperilaku buruk terhadap kalian maka janganlah kalian balas dengan sikap yang sama, Tetapi perlihatkan  kepadanya  akhlak seorang muslim dengan kuat dan percaya diri. Kalau dia tetap berkelakuan buruk, maka ambil segelas air dan bacakan surah Yasin, Surah Ash-Shaffat, Surah Dukan, Surah Al-Jin,  atau salah satu di antaranya. Minumkan air tersebut kepada si sakit dengan niat semoga Allah memberi petunjuk kepada jin tersebut, dan bukan untuk membunuhnya. Dia pasti akan menjadi lemah, in syaa Allah, tunduk kepada kalian, lalu meminta dikeluarkan. Kalau sudah begitu, mintalah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya. Bantulah dia keluar dari tubuh si sakit dari ibu jari sebelah kiri, sementara kalian membacakan azan di telinga kanan si sakit.

6. Apabila dengan anugerah Allah jin tersebut keluar dari tubuh si sakit, maka sujud dan syukurlah kalian, dan ajaklah si sakit sujud bersama kalian. Ketahuilah bahawa yang membuat sesuatu berbahaya atau menfaat adalah Allah SWT sedangkan kita hanya berdoa, berikhtiar dan berusaha sekadar kemampuan kita.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat 12 jalan-jalan bahaya yang akan digunakan oleh jin dan syaitan untuk menguasai manusia. Oleh itu kalian perlulah berwaspada dan berhati-hati supaya tidak dapat diperdayakan oleh jin dan syaitan yang sentiasa berusaha merosakkan manusia.

Pertama : Godaan (an-nazgh)

Yakni was-was yang berbahaya, yang kadang-kadang menghantarkan seseorang pada keraguan dan kerosakan akidah. 

Firman Allah SWT maksudnya," Dan ketika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui." (Surah Al-A'raf ayat 200)

Kedua : Bisikan Syaitan (al-hamaz)

Yakni penguasaan syaitan atas diri manusia dengan membuatnya tidak sedar. Rasulullah SAW selalu memohon perlindungan kepada Allah SWT dari-Nya, seraya menjelaskan makna "godaan syaitan" tersebut dengan sabdanya yang bermaksud, "Sesuatu yang mematikan yang dapat menimpa anak Adam."

Allah SWT berfirman maksudnya, "Dan katakanlah,' Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung pula kepada-Mu, wahai Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." (Surah Al-Mukminun ayat 97-98)

Ketiga : Tiupan. (an-nafkh)

Yakni takbur dan sombong, serta menyombongkan diri terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain. Ini merupakan pintu yang sangat mudah dimasuki syaitan-syaitan kuat. Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Ummu Salamah, selalu memohon perlindungan kepada Allah SWT dari hal itu. 

Ummu Salamah mengatakan, "Apabila Rasulullah SAW bagun malam, baginda selalu berdoa, 'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari gangguan syaitan terkutuk : dari bisikan, hembusan dan tiupannya."

Dalam riwayat yang lain, para sahabat bertanya kepada Nabi SAW ," Ya, Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan bisikan, hembusan dan tiupan syaitan itu?."  Nabi SAW menjawab, " Yang dimaksudkan dengan bisikan adalah sesuatu yang mematikan, yang boleh menimpa seseorang. Sedangkan tiupannya adalah takbur dan hembusannya adalah syair." 
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnadnya)

Keempat : Hembusan (an-nafts)

Iaitu syair yang buruk, atau ucapan-ucapan kotor yang biasa digunakan oleh para sasterawan untuk membangkitkan naluri dan bukan emosi (keindahan) . Dengan syair-syair tersebut mereka mengobarkan berahi, dan bukan menonjolkan keindahan isi syair. Seseorang yang suka maki-hamun, perkataan yang kesat , kasar dan kotor adalah hasil daripada hembusan syaitan kepada dirinya.

Kelima : Kehadiran Jin atau Syaitan (al-hudhur)

Iaitu hadirnya syaitan-syaitan dirumah yang dapat menghilangkan berkah dan menyebabkan malaikat tidak mahu datang. Lazimnya, hal ini tidak terjadi kecuali dengan adanya perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syariat Allah, seperti menggantungkan gambar-gambar makhluk hidup, meletakkan patung-patung, memelihara anjing, minum arak, menyelenggarakan pesta-pesta tari menari dan hal-hal yang sejenis itu yang lazimnya dilakukan dibawah alasan modernisasi.

Keenam : Sentuhan Syaitan (al-mass)

Iaitu bisikan syaitan yang sampai pada tingkat sangat berbahaya. Sebab lazimnya, ia berusaha untuk menguasai diri seseorang secara amat buruk. Misalnya , jin mengeram dalam rahim seorang wanita dan menyetubuhinya, atau dia mengeram dalam perut atau dada seorang lelaki. Syaitan yang mengeram dalam tubuh dan organ dalaman manusia (dengan izin Allah) boleh juga membawa penyakit barah, busung atau ketumbuhan dalam perut. Keguguran kandungan juga akibat daripada perbuatan jahat jin-jin kafir  yang tinggal di dalam rahim wanita mengandung.

Tentang ini Allah SWT mengungkapkan dengan firman-Nya yang bermaksud, "Orang-orang yang makan riba, tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila." (Surah Al-Baqarah ayat 275)

Ketujuh : Kesenangan Jin atau Syaitan (al-istimta')

Iaitu sesuatu yang jelas Allah SWT melalui firman-Nya, " Dan (ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpun mereka semuanya , (dan Allah), dan Allah berfirman, " Wahai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan)  manusia.," lalu berkatalah kawan-kawan mereka, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian dari kami telah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain,dan kami telah sampai pada waktu yang telah Engkau tetapkan kepada kami."  Allah berfirman," Nerakalah tempat tinggalmu, dan kamu sekelian kekal didalamnya,(Surah Al-An'am ayat 128)

Contoh paling baik untuk itu adalah tukang-tukang sihir yang mendatangakan syaitan dan jin, sehingga di situ mereka, tukang sihir dan syaitan dan jin, saling mendapatkan kesenangan satu sama lain. Namun , akibat buruknya, tentu saja, pada tukang sihir (bomoh).

Kelapan  : Was-was.(al-waswasah)

Iaitu pendamping (Qarin) atau sahabat jahat manusia. 

Ia ada secara nyata pada manusia, yang berusaha memperlihatkan kebatilan sebagai suatu yang indah, kejahatan dan dosa sebagai suatu yang menarik untuk dikerjakan. Biasanya jika jin kafir atau syaitan tidak memperoleh izin dari kalian(sehingga kalian mahu melakukan maksiat), maka dia mendatangkan pendamping jahat kalian. Dia adalah pelaksana yang baik untuk memujuk kalian.

Allah SWT berfirman maksudnya, "Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu." (Surah Al-Anam ayat 121)

Kesembilan   : Hasutan (al-uzz)

Lazimnya, atau sebagaimana yang difirmankan Allah, syaitan atau jin selalu menghasut orang-orang kafir. Firman Allah SWT maksudnya," Tidakkah kamu lihat bahawasannya Kami telah mengirim syaitan -syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk menghasut mereka agar berbuat maksiat dengan sungguh-sungguh" (Surah Maryam ayat 83).

Selain daripada orang beriman mendapat hasutan syaitan, maka orang-orang kafir juga mendapat hasutan daripada syaitan-syaitan. Syaitan suka melahirkan kebencian orang kafir terhadap umat Islam dan ajaran Islam. Tidak hairanlah sekiranya kita dapati di dalam masyarakat kita orang kafir menghina hukum hudud dan membenci umat Islam. Di luar negara umat Islam yang menjadi minoriti dihalau dan dibunuh oleh orang-orang kafir kerana syaitan telah menanamkan rasa kebencian dalam hati mereka.

Kesepuluh    : Turunnya Syaitan (at-tanazzul)

Iaitu sejenis kedatangan syaitan yang sangat mengkagumkan. Ia boleh terjadi pada seorang muslim atau kafir, hal itu terjadi ketika dia lalai dalam mempelajari dan mengamalkan agama dan senang melakukan kebohongan dan kesesatan. Atau ucapankan kalimat-kalimat yang mendorong terjadinya kekafiran dan penentangan terhadap Allah SWT dan peraturan-peraturan-Nya. Terdapat dalam masyarakat kita umat Islam sendiri menghina hukum-hukum Allah SWT dan mengatakan tidak sesuai dan zalim. Sifat kufur ini adalah kerana syaitan telah turun menguasai hati dan fikiran orang Islam yang jahil dan tidak megamalkan syariat Islam.

Firman Allah SWT maksudnya," Mahukah kamu sekelian Aku beritahu tentang orang-orang yang kepada mereka syaitan-syaitan turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta dan orang yang banyak dosa.( Surah Asy- Syu'ara ayat 221-222)

Kesebelas    : Mengobarkan Nafsu Syahwat.(al-istihwa)

Iaitu pengaruh syaitan dalam diri manusia untuk memperturutkan nafsu dan syahwatnya.

Firman Allah SWT maksudnya, "Seperti orang yang telah disesatkan syaitan di bumi ini dalam keadaan bingung. Dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kejalan yang lurus (dengan mengatakan), 'Marilah ikuti kami." (Surah Al-An'am ayat 71)

Kedua belas : Lupa (ath-tahif)

Iaitu sejenis was-was yang gelap dan menyihir, semisal tiba-tiba hati kalian ingin melakukan perbuatan buruk, atau lupa jumlah rekaat ketika mengerjakan solat.

Allah SWT berfirman maksudnya," Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, bila mereka ditimpa was-was (thaif) dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (Surah Al-A'raf ayat 201)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dan jauhkan diri daripada hawa nafsu, godaan dan bisikan syaitan kerana sesungguhnya syiatan itu adalah musuh kita yang utama dan nyata. Hanya dengan iman dan takwa sahaja kita akan dilindungi oleh Allah SWT daripada terjerumus di dalam perbuatan dan amalan syaitan laknatullah.

(Di petik daripada buku tulisan Muhammad Isa Daud - Dialog Dengan Jin Islam)