Saturday, February 11, 2012

Orang Mukmin Akan Meletakkan Harapan dan Pertolongan Hanya Kepada Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan Kepada Allah." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, ia berkata hadis hasan sahih)

Huraiannya :

Imam Nawawi dan Al-Haitami telah memberikan penjelasan terhadap makna hadis ini, secara ringkas penjelasan tersebut sebagai berikut, "Jika engkau memohon pertolongan atas suatu urusan, baik urusan dunia maupun akhirat maka mohonlah pertolongan kepada Allah. Apalagi dalam urusan-urusan yang tidak seorang pun kuasa atasnya selain Allah. Seperti menyembuhkan penyakit, mencari rezeki dan petunjuk. Hal-hal tersebut merupakan perkara yang khusus Allah sendiri yang kuasa."

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang bermaksud :"Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri." (Surah A1-An'am ayat 17)

Barangsiapa menginginkan hujjah atau dalil maka cukup baginya al-Quran, barangsiapa menginginkan sebarang pertolongan maka cukup baginya Allah SWT.  Allah SWT  berfirman yang bermaksud : "Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNya?" (Surah Az-Zumar: ayat 36)

Sahabat yang dimuliakan,
Atha’ al-Khurasani berkata:”Saya berjumpa dengan Wahab bin Munabbih di satu jalan dan aku bertanya kepadanya: "Ceritakan kepadaku suatu hadis yang dapat ku ingat namun biarlah iaya cukup ringkas! Maka beliaupun berkata: "Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Daud a.s sepertimana berikut:

'Wahai Daud! Demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, tiada seorang hamba-Ku yang meminta kepada-Ku dengan bersungguh-sungguh dan Aku mengetahui niatnya, kemudian orang itu akan diperdaya oleh penduduk tujuh langit dan tujuh bumi melainkan pasti akan Aku selamatkan dan Aku hindarkan ia dari semua tipudaya itu.

Sebaliknya, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku tiada seorangpun yang berlindung dari halangan makhluk-Ku dan tidak kepada-Ku dan Aku mengetahui niatnya yang sedemikian rupa melainkan  Aku putuskan ia dari rahmat-Ku dan Aku longsorkan bumi di bawahnya dan tidak Aku hiraukan dalam lembah jurang mana ia akan binasa'.”

Oleh itu kalian semua perlulah berdoa dan memohon apa sahaja hajat dan keperluan kalian samaada untuk urusan dunia atau pun urusan  akhirat. Jangan lupa memohon dan mengharap kepada Allah SWT,  supaya Dia mengatasi ketentuan-ketentuan yang telah diturunkannya ke atas kalian.

Kalian boleh sahaja meminta bantuan kepada seseorang tentang apa sahaja sebagai ikhtiar dalam rangka perhubungan sesama manusia, asalkan hati kalian tidak lupa kepada Allah SWT.Sebab dengan kehendak-Nyalah maksud kalian  akan tercapai termasuklah penyelesaian terhadap sebarang musibah. Dan kejayaannya tersebut bukanlah kerana kepandaian manusia, tetapi disebabkan oleh kurnia dan izin Allah SWT semata-mata. Contoh kita minta tolong mekanik kereta baiki kereta kita yang rosak, tetapi perlu ingat dia tidak akan mampu menyiapkannya tanpa izin Allah SWT. Hanya Dia sahaja yang mengizinkan perkara tersebut disempurnakan oleh mekanik tersebut.

Sahabat yang dikasihi,
Meminta bantuan dan pertolongan manusia hanya sebagai ikhtiar dan usaha manusia, tidak lebih daripada itu kerana kepandaian dan hebatnya manusia tidak akan mampu mengubah dan mengatasi ketentuan takdir daripada Allah SWT.

Apa yang mesti kalian jauhi semasa meminta bantuan kepada manusia, hati kalian jangan lupa dan lalai kepada Allah SWT dan tidak bertawakkal kepada-Nya. Janganlah bergantung harapan kepada manusia, letaklah harapan, keyakinan dan kejayaan kepada Allah SWT. Barangsiapa yang mengharap kepada manusia dan putus hubungan hatinya kepada Allah SWT ini bererti tauhidnya itu sudah kabur, keyakinannya pun kepada Allah telah berkurang, dan ia termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi.

Friday, February 10, 2012

Kenapa Pakatan Rakyat Perlu Menguasai Putrajaya?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kehidupan di dunia ini umpama roda. Adakalanya seseorang itu berada di atas dan pada masa yang lain dia berada pula dibawah. Di dalam sejarah dunia dan tamadun manusia kita akan bertemu pertukaran golongan/dinasti yang memegang tampuk pemerentahan. Pertukaran ataupun silih berganti ketua negara adalah perkara biasa dan lumrah alam. Begitu juga dalam kerajaan khalifah Islam selepas Khulafa ar-Rasyidin kerajaan Islam ditakbir oleh Kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, Fatimiah dan Uthmaniyah.

Kenapa berlaku pertukaran kerajaan sedangkan kerajaan sebelumnya berpengalaman dan telah banyak melakukan pembangunan fizikal dan membantu rakyat?

Sebenarnya jika di kaji sejarah setiap peralihan kuasa daripada satu kerajaan kepada kerajaan yang lain puncanya adalah kerana pemerentah yang lama banyak pelakukan penyelewengan dalam pemerentahan seperti rasuah, mengutamakan ahli keluarga dan kroni, projek-projek kerajaan diagih-agihkan kepada puak-puak mereka sahaja, hak dan keperluan rakyat diabaikan. Pemimpin negara ketika itu hanya berseronok di istana-istana mewah dan menghabiskan harta negara untuk perkara-perkara kurang bermanfaat. Akibat daripada kelemahan inilah pihak pembangkang daripada bani/dinasti yang lain akan berusaha keras mengumpulkan pengikut-pengikutnya dan menjatuhkan kerajaan yang lama.

Di abad ke 21 kita boleh saksikan kerajaan-kerajaan demokrasi di dunia telah berlaku pertukaran kuasa  iaitu parti pemerentah yang telah memerintah puluhan tahun dapat dikalahkan dalam pilihanraya dan parti pembangkan pula mengambil alih kuasa. Contohnya di India Parti Kongres begitu lama memerentah negara India tetapi akhirnya parti tersebut jatuh dan digantikan oleh parti pembangkang. Di Amerika, Britain, Filipina, Thailand dan negara-negara Eropah sering bertukar tangan dengan parti pembangkang apabila tewas dalam pilihan raya umum mereka.

Dalam tahun 2010 suatu perubahan telah berlaku di Timur Tengah bagaimana  rakyat yang telah lama ditindas oleh pemerentah yang zalim, yang mengaut keuntungan hasil negara untuk kepentingan ahli keluarga pemerentah dan kuncu-kuncunya telah bangkit mempertahankan hak mereka dan meminta hak memerintah negara di serahkan  kepada rakyat seperti berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan yang masih dalam proses kebangkitan rakyat adalah di Syria.

Dunia telah menyaksikan bagaimana Jemaah Islam Ikhwan Muslimin melalui
Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi berjaya memenangi pilihan raya bebas di Mesir dan telah menguasai Parlimen Mesir.

Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu '." (Surah Ali-Imran ayat 26)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam realiti di Malaysia, berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan semasa berkemugkinan besar Pakatan Rakyat akan berjaya mengalahkan Barisan Nasional yang telah berkuasa memerentah selama 54 tahun (bermula Parti Perikatan dan digantikan dengan  Barisan National) dalam PRU 13.

Mengikut data-data  pengundi  bermula PRU 1 hingga PRU 12, beberapa penganalisa bebas dapati bahawa dalam PRU 13 Pakatan Rakyat akan dapat menguasai banyak negeri-negeri di Semenanjung dan akan memperolehi majoriti mudah dan mampu membentuk kerajaan dan menguasai Puterajaya.

PRU 12 sebenarnya memberi pukulan maut kepada Barisan Nasional kerana mengalami kekalahan yang paling teruk iaitu tidak mendapat majoriti 2/3 dan kehilangan 4 negeri dan tidak berjaya merampas kembali negeri Kelantan.

Pilihan raya negeri di Serawak baru-baru ini adalah satu petunjuk bahawa pengundi Cina tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional.  Sehinggakan Pakatan Rakyat dapat menambah kerusi Dewan Undangan Negeri, sebelum ini sukar diperolehi.

Analisa yang dibuat ini waalupun tidak 100% tepat tetapi terdapat kebenarannya yang boleh dipakai kerana kuasa penentu untuk PRU 13 adalah pengundi muda dan pengundi 'atas pagar'. Pengundi 'atas pagar' banyak bergantung kepada isu-isu semasa yang di mainkan oleh kedua-dua parti (BN dan PR). Media alternatif memainkan perana penting untuk menjelaskan isu semasa kepada pengundi 'atas pagar' dan pengundi muda. Isu NFC (National Feedlot Centre) menjadi isu hangat yang sukar ditepis dengan mudah oleh Barisan National.

Dalam kajian yang dibuat pengundi Cina dan India majoriti akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan pengundi muda juga majoriti akan menyokong Pakatan Rakyat disebabkan pengundi muda tidak mudah dipengaruhi oleh media pro kerajaan atau media letronik.

Salah satu faktor yang tidak boleh disangkal oleh Barisan Nasional bahawa negeri-negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat telah membuat banyak perubahan daripada bantuan dan khidmat kepada rakyat hinggakan keperluan asasi mereka diutamakan seperti rumah, bantuan kemiskinan dan hak memiliki geran tanah. Projek-projek kebajikan seperti pemberian air percuma, bantuan  pengurusan kematian (skim usia emas) dan bantuan-bantuan lain semuanya tidak pernah dibuat semasa pemerentahan kerajaan yang terdahulu. Hasil negeri seperti balak dan pasir juga bertambah perpuluh kali ganda daripada kerajaan sebelumnya, lapuran audit negara memuji ketelusan pentadbiran dan peningkatan hasil negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat, ini semua memberi saham yang tinggai kepada Pakatan Rakyat untuk menambat hati rakyat jelata dan mengekalkan momentum sokongan umum.

Sahabat yang dikasihi,
Faktor yang paling besar kenapa Pakatan Rakyat mampu menguasai Putrajaya adalah kerana rakyat yang dahagakan pemerentah yang telus, adil, tidak berlaku rasuah dan kekayaan negara dapat dikongsikan untuk semua rakyat. Terlalu banyak berlaku ketirisan wang negara hingga mencecah billion ringgit setahun , harga barang-barang keperluan asas dan minyak naik sedangkan Malaysia adalah salah satu pengeluar minyak dunia, pengangguran semakin meningkat (kurang peluang-peluang pekerjaan), rakyat di bebankan dengan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan di IPTA dan IPTS, hutang negara mencecah ratusan billion bertambah setiap tahun (jika tidak dapat diatasi negara akan menuju muflis).

Beberapa perkara yang tidak di sukai oleh rakyat adalah hak untuk berhimpun secara aman dikenakan dengan syarat-sayarat yang ketat (menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan negara), masih mengekalkan tahanan tanpa bicara, para pelajar  tidak boleh bersuara kerana AUKU (akta universiti dan kolej), sistem keadilan masih tidak mengikut standard antarabangsa (terdapat pilih kasih dalam perbicaraan) dan tol-tol yang dikenakan kepada rakyat sangat membebankan sebaliknya keuntungan daripada kutipan tol hanya mengkayakan syarikat-syarikat kroni sahaja.

Umat Islam yang prihatin terhadap Islam dan cinta kepada keadilan dan akhlak Islam merasai bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak serius menangani gejala sosial hinggakan terdapat lebih 200,000 anak tidak sah taraf dan jumlah ini bertambah setiap hari. Ini adalah kerana Malaysia mendapat catar ke 10 di dunia negara yang suka berhibur. Penggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Penagih dadah semakin bertambah dan kadar jenayah juga  semakin bertambah setiap hari, seolah-olah tidak ada jalan untuk menghapuskannya.Displin para pelajar sekolah sangat membimbangkan kes-kes pergaduhan dan ponteng sekolah, mengikut kajian bebas 80% pelajar sekolah (menengah dan rendah) tidak melakukan solat, majoriti mereka tidak solat kerana tidak tahu cara-cara solat yang betul . Ini adalah kesan daripada kegagalan sistem pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan.

Kerajaan ada membina masjid dan sekolah agama tetapi pada masa yang sama membiarkan kelab-kelab malam bercambah, pergaulan bebas muda mudi, muzik dan hiburan diberi keutamaan, kerja-kerja seperti ini umpama tangan kanan buat bangunan dan tangan kiri pula meruntuhkannya. Kerajaan tidak serius untuk melaksanakan hukum-hukum Allah seperti hudud dan qisas dan sentaiasa memberi alasan bahawa masyarakat majmuk sedangkan usaha-usaha kearah memberi kesedaran , kefahaman dan tarbiah tidak dijalankan hinggakan umat Islam sendiri  menghina dan mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT.

Gejala murtad menjadi perkara serius diberitakan melebihi 200,000 orang. Tetapi bukti yang jelas apabila terdapat puluhan ribu memohon untuk menukar agama daripada agama Islam kepada bukan Islam, sedangkan hukum murtad yang lebih tegas tidak diluluskan di Parlimen walaupun pihak pembangkang telah membuat beberapa cadangan hukum yang lebih tegas.

Rakyat dan umat Islam yang berada dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat merasai bahawa masjid-masjid dan surau-surau banyak mengadakan kuliah agama dan menyuburkan majis ilmu dan masjid-masjid telah berfungsi di hidupkan dengan aktiviti-aktiviti ke Islaman dan khidmat masyarakat, berbeza masjid-masjid yang berada di dalam pemerentahan kerajaan Barisan Nasional kerana ramai usatz-ustaz tidak diberikan tauliah untuk pengajar.

Sahabat yang dihormati,
Berjaya atau tidaknya Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya sebenarnya bergantung kepada ketentuan takdir daripada Allah SWT. Jika Allah SWT mengendaki Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya pasti tidak siapa boleh menghalangnya. Contoh yang paling hampir  dalam PRU 12,  siapa sangka Pulau Pinang , Perak, Selangor dan Kedah berjaya ditawan oleh Pakatan Rakyat yang menjadi kubu kuat Barisan National? Dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat berjumlah 40% daripada keselurauhan ahli Parlimen, tidak mustahil jika di izinkan Allah jumlah ahli Parlimen akan menjadi melebihi 50% pada PRU 13 dan mampu memerentah Malaysia walaupun dengan majoriti kecil.

Perkara yang paling penting untuk ke Puterajaya usaha-usaha gigih perlu berterusan samaada para pemimpin Pakatan Rakyat , penyokong dan ahli-ahlinya bekerja keras dan banyakkan mendekati rakyat dengan penuh hikmah.  Kempen yang perlu dijalankan perlulah bersih tidak perlu menggunakan bahasa yang kesat, menyerang peribadi parti lawan dan cuba gunakan pendekatan sopan dan menggunakan akhlak yang mulia. Jangan sampai niat hendak menang gerak-kerja Pakatan Rakyat terbawa-bawa menggunakan  berita yang tidak sahih dan tidak ada fakta dan bahan bukti.

Untuk umat Islam perkara yang cukup penting adalah doa dan solat hajat. Buatlah solat hajat sebanyak yang mungkin dan mohonlah kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk dan ikhlas semoga doa-doa kalian di terima oleh Allah SWT. Carilah masa-masa mustajab doa untuk menyatakan hajat kalian. Jika ditakdirkan doa kalian diterima oleh Allah SWT pasti Pakatan Rakyat akan berjaya menduduki Putrajaya , kerana Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah-Nya mengubah majoriti hati rakyat Malaysia untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerentah yang menguasai Putrajaya.

Ayat Al-Quran yang menerangkan perkara ini ialah Firman Allah, Surah Yasin, ayat 82. yang maksudnya : “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”

Majoriti rakyat menanti jika dengan izin Allah SWT Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya, mereka perlulah  menunaikan janji-janjinya untuk berkhidmat pada rakyat dan membuat "overhall" terhadap sistem yang ada oleh pemerintah yang lama. Janji perlu dikotakan dan jika kalian menanamkan azam untuk membuat islah, pembaharuan dan memulihkan kerosakkan yang ada insya Allah , Allah SWT akan tunaikan hajat kalian semua.






Thursday, February 9, 2012

Manusia Yang Takut Kepada Allah di Dunia Akan di Amankan-Nya di Hari Akhirat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berkata Al- Hasan ra bahawasanya Nabi SAW. telah bersabda: “Allah telah berfirman: Tiadalah Aku menghimpunkan ke atas hamba-Ku dua ketakutan dan tiada juga Aku menghimpunkan baginya dua keamanan.

Jika dia merasa aman dari-Ku di dunia, akan Aku takutkan ia di hari Kiamat. Dan jika dia merasa takut kepada–Ku di dunia akan Aku amankan ia di hari Akhirat. "

Dalam riwayat lain: "Jika dia merasa aman dari-Ku di dunia, akan Aku takutkan ia di hari Aku mengumpulkan sekalian hamba-hamba-Ku. Dan jika dia merasa takut kepada–Ku di dunia akan Aku amankan ia di hari Aku mengumpulkan hamba-hamba-Ku.”

(Hadis Riwayat Ibnu al-Mubarak dan Abu Nu’aim)

Berdasarkan hadis qudsi di atas  jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT telah mengurniakan kepada manusia dua keamanan dan dua ketakutan. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Mereka yang merasa aman dari Ku di dunia akan ditakutkan di hari akhirat.

Kedua : Mereka yang merasa takut kepada Ku di dunia akan di amankan di hari akhirat.

Huraiannya :

Pertama : Mereka yang merasa aman dari-Ku di dunia akan ditakutkan di hari akhirat.

Dunia ini adalah tempat atau medan ujian yang disediakan oleh Allah SWT. Manusia akan di uji semasa hidup di dunia adakah dia akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Jika manusia merasa selesa dan aman dari Allah SWT semasa hidup di dunia maka dia akan abaikan persiapan untuk menuju di hari akhirat , tidak dihiraukan larangan dan tegahan Allah SWT dan tidak dilaksanakan pula suruhan-Nya, maka dia akan menyesal dan takut yang amat sangat apabila di hitung dan di adili di hari akhirat nanti.

Firman Allah SWT maksudnya : "Maka di antara manusia ada berkata : 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' dan di akhirat dia tidak memperolehi bahagian apa pun." (Surah al-Baqarah ayat 200)

Saidina Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah SWT. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, ".Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunan-Nya."

Katanya lag, "Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Manusia yang merasa aman dari Allah SWT di dunia ini dia akan  mengikut hasutan iblis terkutuk kerana iblis mengajak supaya meninggalkan agama, jiwa suka mengajak ke arah maksiat, nafsu menyuruh memenuhi syahwat, dunia memujuk rayu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajak untuk melakukan dosa.

Allah SWT menjelaskan bahawa dunai ini adalah tempat main-main dan senda gurau sahaja. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Kedua : Mereka yang merasa takut kepada-Ku di dunia akan di amankan di hari akhirat.

Manusia yang takut kepada Allah SWT ketika di dunia ini dia akan mendapat keamanan ketika tidak ada siapa yang boleh membantunya ketika itu kecuali Allah SWT. Dunia banyak memesongkan dan menyesatkan hidup manusia , dunia banyak melalaikan dirinya daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT maka Allah SWT akan memberi keamanan dan kebahagiaan di hari akhirat nanti.

Firman Allah SWT maksudnya : “Kebahagiaan di kampung akhirat itu Kami sediakan hanya bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Qashash  ayat  83).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Dan di antara mereka ada orang berdoa : 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang memperoleh bagian dari apa yang telah mereka kerjakan , dan Allah Mahacepat perhitungan-Nya. " (Surah al-Baqarah ayat 201-202)

Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah akan beri kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki. Walaupun mengutamakan akhirat, Allah akan dahulukan bermacam-macam kebaikan buat mereka di dunia lagi. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat mereka.

Sahabat yang dikasihi,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Dunia adalah tanaman untuk hari akhirat."
Berdasarkan hadis Nabi di atas ertinya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan perlu kepada persiapan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari akhirat.

Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau celaka di hari akhirat nanti.

Untuk bahagia di hari akhirat, kita mesti melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia. Samalah seperti jika kita ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar, maka pokok yang kita tanam perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik.

Begitulah hubungan kehidupan dunia dengan akhirat. Orang yang memikirkan kehidupan di hari akhirat ialah orang yang paling kuat berusaha, beribadah dan membuat kebajikan ketika hidup di dunia.





Wednesday, February 8, 2012

Orang Mukmin Perlu Bermuhasabah Diri dan Membuat Perancangan Untuk Masa Hadapan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT  mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata manusia mampu melihat, sekali gus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara.

Namun dengan mata juga manusia mudah bermaksiat dan akhirnya dari apa yang dilihat, akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan. Di samping dua mata yang Allah SWT berikan kepada manusia, terfikir pula 'dua mata' lagi manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka. Satu mata yang melihat masa belakang. Satu mata lagi melihat masa hadapan.

Mata melihat masa belakang : Muhasabah

Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang. Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya akan terganggu. Manusia yang baik, adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya.

Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang mukmin itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali."

Di sini perlunya kita, sebagai seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan menjalani kehidupan dengan baik, hidup dalam ketaatan, sekali gus menggapai redha-Nya, perlu mempunyai mata melihat masa belakang (bermuhasabah). Dengan mata ini, kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita. Ramai manusia mengingati kelebihannya, kebaikannya dan kegemilangannya. Namun amat sedikit yang mengingati kekurangannya, kejahatannya dan kerendahannya.

Mata melihat masa hadapan : Merancang.

Satu lagi kelemahan manusia adalah tidak mempunyai perancangan. Hidupnya tidak dirancang, pengurusan dirinya tidak dirancang, keluarganya tidak dirancang, pekerjaannya tidak dirancang, tarbiah anak-anaknya tidak dirancang, pelajarannya tidak dirancang dan begitulah dalam kebanyakan sisi kehidupannya. Apakah perbezaan manusia yang merancang dengan yang tidak merancang?

Manusia yang merancang akan bersedia. Persediaan adalah pakej perancangan. Jangan samakan merancang dengan harapan, atau sembang kemas atau cakap omong kosong. Merancang bermakna mempnyai agenda dan strategi.

Apabila kita telah bersedia dan tidak mendapat apa yang dirancang, sekurang-kurangnya persediaan kita tadi punya makna pada medan lain. Contohnya, seorang lelaki merancang hendak berkahwin dengan si Fulanah binti Fulan. Maka lelaki itu mula mengumpul wang. Sampai pada masanya, si Fulanah tidak mahu berkahwin dengan lelaki tersebut. Apa yang dirancang oleh lelaki tersebut tidak berjaya. Dan duit itu boleh jadi bermakna di medan lain pula. Kegagalan satu perancangan, bukan penamat pada kehidupan. Begitulah juga dalam menjadi hamba Allah SWT.

Apakah perancangan kita? Di mana strategi kita hendak menggapai redha-Nya? Apakah jalan yang kita hendak ambil? Pernahkah kalian merancang? Allah SWT juga menggalakkan perancangan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah dia sediakan untuk hari esok..." (Surah Al-Hasyr, ayat 18)

Sahabat yang dimuliakan,
Muhasabah dan perancangan adalah amat penting. Tidak guna merancang sesuatu yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang lalu. Bersama manusia, ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan.

Bagi yang tidak bermuhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Bagi yang tidak merancang dan kehidupannya tunggang-langgang, dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Inilah dia kerugian. Sebab itu Allah SWT berfirman : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian." (Surah Al-Asr, ayat 1-2)

Dan lebih merugikan, apabila kita tidak bermuhasabah, kita mengulangi kesilapan kita yang sama, dan mewariskan pula kesilapan itu pada anak-anak , pada keturunan kita, pada sahabat-sahabat  dan manusia di sekeliling kita. Lebih merugikan, kerana kita tidak merancang, keluarga kita rosak, pelajaran kita terbengkalai dan diri kita terhumban ke dalam kerosakan. Na'udzubillah.

Inilah kerugian yang nyata. "Katakanlah : Sesunggguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat." (Surah Az-Zumar, ayat 15)

Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai? Maka rugi di sini, maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya. Bagaimana? Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan? Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan?

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbaiki misi dan visi kita dalam kehidupan iaitu kita bermuhasabah diri di atas kelemahan dan memperbaikinya, begitu juga kita membuat perancangan untuk membina masa depan yang lebih baik semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.





Orang Mukmin Sentiasa Mencari Kerberkatan Umur Dalam Hidupnya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” (Hadis Riwayat Tarmizi).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Abdul Rahman bin Abi Bakraah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam katanya: Wahai Rasulullah, manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah, siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya, pemuda itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya". (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Berkata Utsman bin Affan r.a. bahawasanya Nabi SAW  bersabda: “Allah telah berfirman:
"Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: gila, kusta dan sopak. Dan apabila ia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan.  Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan mendorongnya agar suka bertaubat...."

Berdasarkan hadis-hadis di atas Nabi SAW menjelaskan bahawa umur manusia adalah kehidupan dan setiap saat berjalan saja umur itu pasti akan ditanya kemanakan dihabiskan umur itu? Adakah untuk mentaati Allah SWT atau umur itu digunakan untuk bermaksiat kepada Allah SWT?


Manusia sering lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Apabila masa berjalan ini bermakna umur manusia akan bertambah. Bila umur bertambah sepatutnya akan bertambah amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan untuk menghampirkan diri kepada Tuhan semesta alam. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.

Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta.  Jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar si kaya, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Apabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.

Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr maksudnya : “Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Maksudnya hidup ini bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah SWT dan rasul-Nya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman-Nya yang bermaksud : “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf ayat 96).

Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya) : “Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun ayat 29).

Kata Nabi Isa: (maksudnya) : “Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam ayat 31).

Barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah SWT kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.
Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita yang kerdil ini di sisi Allah SWT. Berdoa dan bermunajatlah kehadrat Allah SWT semoga Dia menjadikan masa dan umur kita berkat di sisi-Nya. Semakin bertambah umur semakin banyak kebaikan dapat kita berikan dan semakin terbina kecintaan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Hati yang di saratkan dengan iman dan takwa akan mendapat ketenangan, keberkatan dan rahmat yang tiada putus-putus daripada Allah SWT.

"Ya Allah Kau berkatilah umurku  supaya dapat aku berkhidmat dijalan dakwah-Mu dan memulihkan kerosakan yang berlaku dimuka bumi  ini dengan izin-Mu. Jadikanlah sisi-sisi umurku untuk menyanjung tinggi dan memuliakan syariat-Mu, menegakkan kebenaran walaupun manusia membencinya. Betapa banyak tugas yang patut aku tunaikan sedangkan masa yang ada terlalu sedikit maka aku mohon pada-Mu ya Allah Kau berkatilah masa dan umurku sehingga setiap saat dapat ku manfaatkan demi mendapat redha dan kasih sayang-Mu. Pilihlah aku dan sahabat-sahabatku yang berada dialam maya dan alam nyata supaya kami menjadi para mujahidin-Mu di dunia ini dan pertemukanlah kami di syurga-Mu nanti bersama hamba-hamab-Mu yang Kau rahmati dan berkati. Terimalah rintihan , doa dan hajat kami."



Tuesday, February 7, 2012

Hayati Tiga Amalan Yang Akan Menjadi Syafaat di Hari Akhirat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Selain daripada amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang telah kita laksanakan semasa di dunia kita juga amat memerlukan syafaat (pertolongan) semasa berada di Padang Mahsyar dan semasa melalui Mizan (timbangan amal). Di khuatiri semua amalan kita di dunia tidak mencukupi untuk memberatkan timbangan semasa di Mizan kerana disamping amal kebaikan terdapat pula amal kejahatan dan dosa yang telah kita lakukan. Maka ketika ini syafaat amat diperlukan terutama syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhmmad SAW.

Terdapat tiga amalan yang boleh menjadi syafaat ketika kita berada di hari akhirat. Amalan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Jauhi pertengkaran, dusta dan perbaiki akhlak

Kedua : Banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW

Ketiga : Bacalah al-Quran dan fahami maksudnya

Huraiannya :

Pertama : Jauhi pertengkaran, dusta dan perbaiki akhlak

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.

Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah SAW  di akhirat kelak.

Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.

Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang tersebut di dalam hadis tersebut.

Kedua : Banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a)

Nabi SAW bersabda maksudnya :  "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (Hadis Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti ada 5 jenis  :

1. Syafaat untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.

2. Syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.

3. Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.

4. Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.

5. Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Ketiga : Bacalah al-Quran dan fahami maksudnya.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :  ”Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah SWT telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang maksudnya : ”Perumpamaan mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwuduk) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Al-Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia. Di samping itu al-Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam). Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.

Sahabat yang dikasihi.
Marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya kita termasuk dikalangan hamba-Nya yang diredhai dan dirahmati-Nya di dunia dan akhirat. Semoga kita terpilih mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW dan syafaat daripada amal soleh yang kita lakukan semasa di dunia ini. Berdoalah kepada Allah SWT dengan doa berikut :

"Ya Allah! bantulah kami dalam memperbanyakkan selawat kepada kekasih-Mu Muhammad SAW dan permudahkan bagi kami untuk membaca kalam-Mu yang suci siang dan malam. Semoga dengan rahmatMu kami tergolong dikalangan orang-orang yang beroleh syafaat dan masuk ke syurga tanpa hisab." Amin..

Wallahua'lam..






Monday, February 6, 2012

Jauhi Musibah dan Bala Dengan Mengamalkan Doa-doa Yang di Ajarkan Oleh Nabi SAW.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita sering mendengar kebakaran berlaku disana sini yang melibatkan asrama para pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz . Kebakaran kadangkala berpunca daripada kelalaian manusia seperti terlupa ketika memasak air dengan menggunakan dapor gas, terlupa menutup suis semasa menggunakan peralatan letrik, penggunaan lilin semada terputus bekalan letrik dan sebagainya. Dalam peristiwa kebakaran tersebut terdapat juga kemalangan yang mengorbankan nyawa para pelajar yang tidak sempat menyelamatkan diri.

Dalam Harian Metro Isnin, 6 Februari, 2012 satu lagi kebakaran yang berlaku pada jam 4.00 petang 5 Februari, 2012, melibatkan kebakaran asrama pelajar maahad tahfiz yang terletak di Pekan Meru, Pusat Tahfiz Darul Mustaffa,Batu 7 1/2 Meru, Kelang , Selangor. Menurut pemiliknya Mohd Sallehodin bin Sobiyee, 50 tahun, beliau terkejut dengan jeritan orang minta tolong sebelum melihat api melihat api marak membakar asrama bersebelahan rumahnya. Katanya dia segera keluar dan meredah api bagi menyelamatkan dan membawa keluar  pelajar yang masih berada di dalam asrama berkenaan.

Katanya lagi, " Saya hanya fikirkan keselamatan pelajar yang masih berada di dalam  rumah yang terbakar dan mengadai nyawa menyelamatkan pelajar. Syukur tiada kehilangan nyawa kerana jiran banyak  membantu dan kebetulan terdapat kenduri kahwin berlangsung berdekatan rumah, jadi tetamu majlis berkenaan turut sama membantu menyelamatkan pelajar dan peralatan. Rumah berkenaan sudah dua tahun di jadikan asrama pelajar tahfiz dan kerugiaan di anggarkan RM 150,000.00."

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai seorang mukmin kita wajib percaya dan yakin bahawa setiap peristiwa yang berlaku di muka bumi adalah suatu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Peristiwa yang telah berlaku seharusnya menjadi pengajaran kepada kita bahawa untuk masa akan datang perlu berhati-hati supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran. Pihak pengurusan maahad tahfiz, guru-guru  dan semua pelajar perlu memiliki displin yang tinggi supaya penggunaan peralatan letrik, penggunaan dapor untuk memasak diawasi dengan baik supaya tidak berlaku kelalaian semasa menggunakannya. Pihak pengurusan maahad tahfiz perlu juga memanggil kontraktor letrik untuk membuat pemereksaan berkala keatas pendawaian letrik dan suis utama (kerana ada kes kebakaran berpunca daipada litar pintas), terutama apabila bangunan yang digunakan adalah bangunan lama.

Saya sendiri berkesempatan melawat tapak kebakaran Pusat Tahfiz Darul Mustaffa selepas solat Asar daripada tinjauan dan perbualan dengan beberapa orang yang membantu membawa keluar pelajar di dalam asrama tersebut mungkin puncanya kerana berlaku litar pintas.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT semua para pelajar maahad tahfiz yang tinggal di rumah tersebut telah diselamatkan oleh Allah SWT terhindar daripada bala dan musibah semasa kebakaran dan tidak mengalami kecerderaan.

Kebakaran yang berlaku adalah dugaan dan ujian daripada Allah SWT, Dia sahaja Maha Mengetahui dibalik ujian ini mengandungi hikmah dan kebaikan.

Allah SWT mencintai mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

Dalam kitab Sahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

        Űźَيْ۱ُكُمْ مَنْ ŰȘَŰčَلَّمَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ وَŰčَلَّمَهُ .

Maksudnya : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : “Tidak satu kaum berkumpul disalah satu rumah Allah membaca kitab-Nya dan mempelajarinya diantara mereka kecuali diturunkan bagi mereka ketenangan, diliputi mereka dengan rahmat dan mereka diliputi malaikat dan Allah menyebutkan pada hamba-hamba-Nya yang ada disisi-Nya” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Perumpamaan orang yang membaca al-Quran dan dia hafal maka dia akan bersama para malaikat, perumpamaan orang yang membaca al-Quran dan dia langgeng (terus) membacanya maka baginya dua pahala” (Hadis Riwayat Muttafaq ‘alaih)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Dikatakan bagi orang yang membaca al-Quran : 'Bacalah, tingkatkanlah, dan bacalah dengan tartil sebagaimana kalian membacanya didunia, maka sesungguhnya kedudukan kalian pada akhir ayat yang kalian baca” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Barang siapa membaca al-Quran dan mempelajarinya dan mengerjakan isinya, kedua orang tuanya akan diberikan mahkhota dari cahaya sinarnya seperti sinar matahari, dan dipakaikan kedua orang tuanya perhiasan yang tidak didapatinya didunia, lalu keduanya bertanya : dengan amal apa hingga kita diberikan pakaian ini ? dikatakan :' kerana anakmu menghafal al-Quran'.” (Hadis Riwayat Hakim)

Sahabat yang dikasihi,
Nabi SAW mengajar kita agar sentiasa berdoa diwaktu pagi dan petang supaya terhindar daripada musibah dan bala.

Doa memohon selamat daripada bala dan kehinaan ini terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi SAW. ada mengajarkan kepada kita untuk berdoa : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)"

Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ; "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu')

Rasulullah SAW berdoa diwaktu pagi dan petang :

ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű°ÙŠ Ù„Ű§ ÙŠŰ¶Ű± مŰč Ű§ŰłÙ…Ù‡ ŰŽÙŠŰĄ في Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶ ÙˆÙ„Ű§ في Ű§Ù„ŰłÙ…Ű§ŰĄ وهو Ű§Ù„ŰłÙ…ÙŠŰč Ű§Ù„Űčليم

Maksud: “Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud 4/323, At- Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332.)

Oleh itu kalian perlulah amalkan doa-doa tersebut di atas dan ajarkan kepada anak, isteri dan orang lain semoga terhindar daripada musibah dan bala samaada berbentuk kebakaran atau kemalangan jalan raya dengan izin Allah SWT.

Rasulullah SAW Membawa Rahmat Untuk Sekelian Alam

Kita sekarang lebih kenal artis daripada Rasulullah SAW....




Assalammualaikum kepada sahabat dan sahabiah yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.Selawat serta Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.


Sahabat yang dimuliakan,
Kita sekarang lebih kenal artis daripada Rasulullah SAW, lebih menyambut Hari Valentine daripada menyambut Maulidur Rasul. Pelik! Pelik! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi "St. Valentino" daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan ALLAH SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada kali ini marilah kita sama2 sentiasa menggigati baginda disetiap hari dalam kehidupan. menggigati Rasulullah SAW bukan hanya bila tibanya Maulidur Rasul tetapi disetiap saat dan detik agar kecintaan kita pada baginda bertambah utuh... Insya'ALLAH. “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” salam Maulidur Rasul 1433 H, buat semua umat Islam yang menyangi kekasih ALLAH SWT.


BIODATA RASULULLAH S.A.W.
  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
    perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
    Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

CARA RASULULLAH SAW BERBICARA

Hasan Bin Ali meriwayatkan :
"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah SAW berbicara!'

Ia berkata,
"Rasulullah SAW adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Baginda memulai dan mengakhiri pembicaraan baginda dengan menyebut nama ALLAH. Ucapan baginda selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan".

Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan baginda marah. Jika kebenaran dilanggar, baginda tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, baginda selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, baginda selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, baginda berbalik dan berpaling. Ketika senang, baginda menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi baginda nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)
 
CARA RASULULLAH SAW BERGURAU

Hasan Al Bashri meriwayatkan :
"Seorang perempuan yg sudah tua mendatangi Rasulullah SAW seraya berkata, `Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.'

Baginda menjawab,
`Wahai Ummu Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.'
Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis. Maka Rasulullah SAW berkata,
`Beritahukan kepada perempuan itu bahawa ia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.

ALLAH SWT berfirman, `Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung; lalu kami jadikan mereka perawan-perawan yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (QS Al Waqiah 35 -37)" (HR Tirmizi dan Thabrani)


KEHIDUPAN RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :
"Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak menyalakan api (memasak makanan) selama sebulan penuh. Kami hanya makan kurma dan air." (HR Tirmizi, Ahmad, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Hibban)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Qasim Bin Muhammad meriwayatkan bahwa Aisyah berkata :
"Saya melihat Rasulullah SAW pada hari kewafatan baginda. Di sisi baginda, terdapat sebuah bejana yang berisi air. Baginda memasukkan tangan ke bejana itu, kemudian mengusap wajah dengan air, lalu berdoa, 'Ya ALLAH, bantulah aku mengatasi sakratulmaut." (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Sa'ad)




KETIKA SAKARATUL MAUT
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan ALLAH untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan ALLAH untukku?"

Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya

menanti kedatangan rohmu."
Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai

Jibril, apa lagi yang disediakan ALLAH untukku?"
Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih ALLAH, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan" ?

Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya ALLAH telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah SAW : "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah SAW.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah SAW menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah SAW. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar ucapan Rasulullah SAW itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab: "Wahai kekasih ALLAH, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW....

WARISAN RASULULLAH SAW 

Amr Bin Harith meriwayatkan :
"Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan sesuatu sebagai harta warisan selain sebilah pedang, seekor baghal dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad dan Ahmad)

BERMIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW 

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim....tempatkanlah Nabi Muhammad SAW di tempat yang tinggi di SyurgaMu di samping mendapat kelebihanMu. Angkatkanlah baginda ke makam yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Kurniakanlah Syafaat NabiMu kepada kami di akhirat nanti dan kami juga mengharapkan untuk dapat minum di Telaga Al Kauthar yang diberikan kepada hambaMu yang mulia Muhammad Al Mustofa SAW.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.....Insya'ALLAH.
 


azita_idris79@yahoo.com
islamyangterindah.blogspot
 
(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Sunday, February 5, 2012

Kisah Pengajaran Daripada Kisah Nabi Daud a.s.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi Daud adalah nabi daripada keturunan Bani Israil. Kisah baginda banyak diceritakan dalam al-Quran.

Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

1. Nabi Daud a.s.dapat membunuh Jalut dan mengalahkan tenteranya dalam usia remaja. Baginda mengantikan Talut menjadi raja untuk Bani Israil.

2. Menerima Kitab Zabur.

3. Berkemampuan melembutkan besi melalui tangannya sendiri.

4. Mencari nafkah melalui usaha tangannya sendiri.

5. Memastikan setiap ahli keluarga baginda beribadah sepanjang malam berganti-ganti diantara mereka).

6. Mempunyai suara yg merdu sehinggakan burung-burung berhenti terbang kerana mendengar kemerduan suara baginda.

7. Memahami bahasa binatang.

Nabi Muhammad SAW ada menyatakan dalam hadis sahih bahawa sebaik-baik puasa adalah puasa Nabi Daud, sehari puasa dan sehari berbuka dan sebaik-baik solat adalah solat Nabi Daud a.s.

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As katanya, telah bersabda Rasullullah SAW. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah SWT. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah SWT. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa kisah pengajaran daripada kehidupan Nabi Daud a.s .

Kisah Pertama : Malaikat maut bersama Nabi Daud a.s.

Allah panjangkan usia seseorang kerana menyambungkan silaturahim yang terputus :

Mengikut riwayat, pada suatu ketika malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu kelihatan seorang lelaki duduk di depannya.

Malaikat maut berkata "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya".

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata dia masih hidup. Bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu juga kelihatan bertambah muda berbanding sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut,"Mengapakah demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lagi lelaki itu akan dicabut nyawanya?".

Malaikat maut pun menjawab. "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."

Kisah Kedua : Kisah Nabi Daud a.s dengan ulat merah.

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.


Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud a.s selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s : “Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.
“Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.


Sahabat yang dikasihi,

Pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah-kisah di atas adalah :

1. Allah SWT sangat kasih kepada para hamba-Nya yang memulihkan hubungan silaturahim yang terputus sehinggakan Dia memanjangkan usia seseorang kerana Sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah SWT.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

2. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

3. Sifat sentiasa bertaubat kepada Allah SWT jika melakukan kesalahan dan dosa adalah satu sifat yang mulia , Allah SWT suka kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat kepada-Nya.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
 (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 64

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT

قُلْ يَۧ ŰŁَهْلَ Ű§Ù„ْكِŰȘَِۧۚ ŰȘَŰčَŰ§Ù„َوْۧ Ű„ِلَى كَلِمَŰ©ٍ Űłَوَۧۥٍ Űšَيْنَنَۧ وَŰšَيْنَكُمْ ŰŁَÙ„Ű§ نَŰčْŰšُŰŻَ Ű„ِÙ„Ű§ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَÙ„Ű§ نُŰŽْ۱ِكَ Űšِهِ ŰŽَيْŰŠًۧ وَÙ„Ű§ يَŰȘَّŰźِŰ°َ ŰšَŰčْ۶ُنَۧ ŰšَŰčْ۶ًۧ ŰŁَ۱ْŰšًَۧۚۧ مِنْ ŰŻُونِ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَŰ„ِنْ ŰȘَوَلَّوْۧ فَقُولُÙˆŰ§ ۧێْهَŰŻُÙˆŰ§ ŰšِŰŁَنَّۧ مُŰłْلِمُونَ (يـ)

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah (kepada mereka). "Saksikanlah bahawa kami adalah orang muslim."
(Surah Ali Imran ayat 64)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kalimah yang satu (satu kalimah) itu ialah kalimah tauhid atau kalimah tayyibah iaitu la ilaha illAllah [Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡]. Abul 'Aliyah r.a. dan Mujahid r.a juga mengatakan bahawa kalimah yang satu (satu kalimah) itu ialah kalimah yang satu (satu kalimah) itu ia la ilaha illAllah [Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡].

'Adiy Ibn Hatim meriwayatkan katanya: "Pada suatu ketika aku mengunjungi Nabi SAW sedangkan di leherku ada tanda salib yang diperbuat daripada emas. Lalu Baginda bersabda, "Lemparkanlah berhala ini daripada dirimu".

Kemudian aku mendengar baginda membaca sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: "Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah". Lalu aku bertanya kepadanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah mereka". Lalu sabdanya: "Bukankah mereka menghalalkan dan mengharamkan sesuatu kepada kamu? Lalu kata-kata mereka itukah yang kamu pegang?". Jawabnya, "Ya". Lalu Nabi SAW bersabda, "Ya itulah halnya".

Ayat ini mengandungi dasar bahawa segala persoalan agama seperti ibadah, penetapan halal dan haram, hanyalah dibenarkan semata-mata berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW iaitu seorang manusia yang bersih daripada sebarang dosa.

Ini kerana seseorang yang mengambil dasar agamanya di luar daripada sabda Rasulullah SAW bererti menyekutukan Allah daripada aspek sifat Rububiyyah dan menyimpang daripada petunjuk al-Quran.

Iktibar dan  Surah Ali-Imran ayat 64.

1. Ibn Kathir berkata: "Ayat ini adalah umum kepada ahli Kitab sama ada Yahudi atau Nasrani dan yang mengikut jejak langkah mereka".

2.Al-Qurtubi berkata: "Mereka iaitu golongan Yahudi, atau ahli Kitab ditujukan ucapan ini kerana menjadikan paderi-paderi mereka dalam ketaatan sama seperti tuhan-tuhan".

3. Al-Maraghi berkata: "Ayat ini mengandungi kenyataan tentang keesaan Allah SWT dengan firman-Nya: "Bahawa tiada yang berhak kita sembah melainkan Allah."

Kenyataan keesaan dalam sifat Rububiyyah dengan firman-Nya: "Dan tiada seorang pun daripada kita mengangkat yang lain menjadi Tuhan, selain daripada Allah."

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis Nabi SAW di atas yang diriwayatkan 'Adiy Ibn Hatim  jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang mengambil hukum-hukum selain hukum Allah SWT iaitu hukum ciptaan manusia maka mereka telah menjadikan manusia itu sebagai tuhan-tuhan selain Allah SWT. Sebagaimana orang Yahudi dan Nasrani yang telah mengambil hukum-hukum yang diubahsuai oleh pendita atau paderi-paderi mereka dan meninggalkan kitab Taurat dan Injil yang asal.

Kenapakah menjadi satu kesalahan besar (syirik akhbar) jika seseorang itu menolak atau tidak mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW? Ini adalah kerana hak mutlak untuk mentadbir kehidupan manusia adalah hak mutlak Allah SWT. Manusia wajib mengikut hukum-hukum Allah SWT dalam  urusan akidah, ibadah, muamalat, ekonomi, politik, munakahat, jenayah dan faraid. Tetapi urusan kemajuan sains dan teknoloji, pertanian, pengangkutan, tenaga letrik, bekalan air  dan lain-lain itu urusan dunia yang ini manusia boleh mengambil daripada kepakaran manusia sendiri. Nabi SAW mengatakan bahawa kalian lebih tahu urusan dunia kalian.

Kenapa umat Islam hari ini boleh menerima hukum beribadah (solat, puasa dan haji) hukum munakahat (kekeluargaan) seperti nikah dan cerai, hukum faraid (pembahagiaan harta pusaka), hukum zakat, hukum muamalat (perbankkan Islam)  tetapi umat Islam tidak boleh menerima hukum qisas, hudud , diyat dan takzir?

Kenapa umat Islam tidak sensitif apabila ada orang yang mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT dan mengatakan hukum Islam zalim dan ketiggalan zaman dan hukum Allah SWT ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk?

Kita setuju jika hukum-hukum Islam ini dilaksanakan secara peringkat demi peringkat tetapi kita menentang mereka yang cuba melekehkan hukum-hukum Islam dan merendah-rendahkan kemuliaannya. Kita setuju sebelum perlaksanaannya dijalankan secara praktikal usaha-usaha dakwah, tarbiah dan kesedaran Islam di lakukan secara meluas dan berterusan sehingga umat Islam memahami hikmah dan kebaikan hukum-hukum Allah SWT dan masyarakt bukan Islam pula tidak berprasangka buruk kepada ajaran Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Sempena kita menyambut perayaan Maulidur Rasul pada tahun ini marilah sama-sama kita didik hati dan jiwa kita supaya mencintai Rasulullah SAW dan mencintai sunah dan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda SAW. Tidak ada ertinya kita menyambut perayaan Maulidur Rasul dan berarak kesana sini tetapi pada masa yang sama membenci sisitem hidup dan undang-undang Islam yang dibawa oleh baginda SAW dan tidak menjadikan Islam itu sebagai satu cara hidup yang sempurna. Hayatilah Islam pada diri kita, isteri dan anak-anak , kaum keluarga, jiran tetangga , sahabat handai dan umat Islam seluruhnya.