Saturday, June 26, 2010

Kisah Pemuda Beribu-bapakan Babi.

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Jenazah Bertukar Menjadi Babi Hutan.


Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kapan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapur kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Kelebihan Zikir Kepada Allah

   

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” 
( Surah Al Insan, Ayat 25 & 26)

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(Surah Al A’raf,  Ayat 205)

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” 
(Surah Al Imran Ayat 191)

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.”   
(Surah Ta Ha Ayat 14)

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” 
(Surah Al Ahzab Ayat 21)

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit."

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:

“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:
“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.  Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:
“Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab:
“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab:
“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi:
“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:
“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab:
“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab:
“Belum.”

Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata:
“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah berfirman:
“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat berkata lagi:
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”



Friday, June 25, 2010

Jauhi Perbuatan Suka Mengumpat (ghaibah)

Sahabat yabg dirahmati Allah,
Lidah merupakan di antara nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada manusia. Kerana dengan adanya lidah, dapatlah manusia berhubung di antara satu sama lain. Dan kalau kita perhatikan benar-benar, lidah banyak sekali mendatangkan manfaat kepada manusia, walaubagaimanapun di samping berbagai-bagai kebaikan yang diperolehi daripada lidah, banyak juga perkara-perkara yang buruk timbul daripadanya. Ini adalah kerana apabila lidah tidak dipelihara dengan bersungguh-sungguh, maka berbagai-bagai kejahatan akan timbul daripadanya.
 
Salah satu di antara kebinasaan lidah yang jarang disedari ialah sikap suka mengumpat. Mengapakah dosa atau kesilapan ini jarang disedari? Ini adalah kerana perbuatan itu dilakukan pada setiap hari malah setiap waktu di mana-mana sahaja. Sedangkan, sebagaimana yang kita ketahui mengumpat adalah termasuk perbuatan dosa serta dilarang oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya.

Dari hadis yang lain Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah (mengumpat)? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah s.a.w. bersabda , "Ghaibah (mengumpat)  itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah s.a.w ditanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah s.a.w " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

Sahabat yang dimuliakan,
Sebenarnya sikap suka mengumpat timbul daripada perasaan hasad dengki seseorang terhadap orang lain. Ini mungkin disebabkan orang lain itu mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada padanya. Atupun sikap ini timbul kerana merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. Mungkin juga sikap ini timbul kerana ia melihat berbagai kekurangan terdapat pada orang lain. Samaada kekurangan itu di segi harta, ilmu, pengaruh dan sebagainya.
 
Jabir dan Abu Sa'id menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, 
"Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah s.w.t. menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat."
(Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)
 
 Sahabat yang dihormati,
Terdapat enam alasan yang syarak benarkan untuk ceritakan keburukannya (mengumpat)
 seseorang yang dibenarkan syarak  di mana jika tidak melalui cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. Walaubagaimanapun, jika ada cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkanmengumpat.

Untuk membela diri. Adalah dibenarkan jika: a) atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak
b) Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.

Contohnya, kalian telah dituduh mencuri, sedangkan kalian tahu siapa yang mencuri. kalian terpaksa mempertahankan diri dengan berkata benar. Ini biasa berlaku di mahkamah. Mahkamah terpaksa membuka aib mereka yang terbabit untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu membuktikan benar atau salahnya orang yang dituduh (mencari penjenayah).

Di bawah ini di senaraikan enam tempat yang dibenarkan mengumpat.

Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

 Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
 “Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya.” (riwayat Bukhari & Muslim)


Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti kalian melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan kalian membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat). Kalian hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Kalian dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. “Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?”

“Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi s.a.w. menjawab: Ambillah secukupmu dan ank-anakmu dengan sederhana.” 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada kalian meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan kalian tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan tak menjaga agamanya ketika ini wajiblah kalian membuka aibnya. Keadaan yang sama juga sekiranya kalian ingin memilih pemimpin dikawasan kalian, jika terbukti calun pemimpin tersebut tidak berakhlak atau menolak hukum-hukum Allah kalian boleh mendedahkan keaifannya supaya dia tidak dipilih oleh orang ramai.

“Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri.” 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan keburukkan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.

Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid’ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh kalian menyebutkan julukkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..
 Firman Allah s.w.t. maksudnya, “Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya…” 
(Surah al-Nisaa’, ayat 148)

Sahabat yang dikasihi,
Apabaila kalian  telah terlanjur melakukan perbuatan mengumpat saudara sesama Muslim, maka ia hendaklah segera bertaubat dan meminta maaf kepada mereka sebelum mati atau sebelum orang yang diumpat itu mati.

Akhirkata, marilah sama-sama kita perbaiki akhlak kita, meningkatkan iman dan takwa dan meninggalkan segala sifat mazmumah termasuk mengumpat. Kita bina dan menyambungkan silaturahim dan ukhuwah Islamiyah sesama Muslim dalam rangka kita mencari keredhaan Allah s.w.t. Aqidah dan iman yang kuat sahajalah yang dapat menghapuskan sifat buruk ini dari jiwa kita. Untuk mendapatkan aqidah dan iman yang kuat, kita hendaklah sentiasa mengikuti pengajian-pengajian agama dan majlis-majlis ilmu serta bercampur dengan masyarakat yang berpegang dengan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan bersahabat dengan orang-orang soleh.

Ilmu Yang Bermanfaat Perlu di Amal dan di Sampaikan

Sahabat yang dimuliakan,
Salah satu daripada bekalan yang akan membantu seorang Muslim ketika dia berada di alam barzakh adalah ilmu yang bermanfaat.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat
diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i (ilmu Islam). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. , ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “Ilmu yang muktabar menurut syara’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya  mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka”.

Mengenai ilmu pengetahuannya yang bermanfaat kepada orang lain. Dengan kata lain, segala ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menambahkan ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t. Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya. Antara lain, seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut. 

Dalam Islam ilmu boleh dikatagorikan kepada dua bahagian :
1. Ilmu Fardu Ain.
(Ilmu  Tauhid (aqidah), ilmu Feqah dan ilmu Tasauf, termasuk juga ilmu tajwid, faraid, tafsir al-Qur'an dan hadis)

2. Ilmu Fardu Kifayah.
(Ilmu sains, kejuruteraan, ict, perakaunan, pentadbiran, pengurusan dan kedoktoran)

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.


Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke Syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Bagi orang Islam Syurga adalah ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendaki. Maka mereka yang belajar ilmu sebelum mendapat ganjaran akhirat di dunia lagi dijanjikan dengan janji  sentiasa mendapat perlindungan sayap malaikat kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda maksudnya, “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13).

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berdasarkan hadis di atas, setiap daripada kita yang memiliki ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang baik, boleh kita ajarkan dan sampaikan kepada orang lain samaada berbentuk ilmu agama , ilmu akademik dan kemahiran, amalan kita adalah amalan yang amat terpuji.

Apabila kita sampaikan kepada orang lain dan ilmu tersebut diamalkan dan disampaikan semula secara berterusan hingga ke hari kiamat, maka kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan. Begitu juga sebaliknya ilmu yang memudharatkan orang lain atau ilmu bermaksiat kepada Allah, pengamal dan penyampainya akan mendapat dosa disisi Allah dan dosa yang berterusan sehingga hari kiamat jika di amalkan dan diikuti oleh seseorang. Oleh itu jauhilah diri kita daripada perbuatan dan amalan yang boleh menyesatkan diri kita sendiri dan menyesatkan orang lain.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat". Setiap kalimah, pengajaran, ilmu, tazkirah, risalah, nasihat yang kita ambil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w adalah merupakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang akan dapat menambahkan pahala dan amal soleh  ketika kita hidup di dunia ini.

Hidup di dunia ini hanya sementara, di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi, dari itu pergunakanlah sepenuh masa dan tenaga yang ada untuk kita melaksanakan sebanyak mungkin amal ibadah, amal soleh, amal kebaikan dan menyampaikan ilmu yang bermaanfaat untuk membantu kita semasa timbangan amal dan ketika  berhadapan dengan Allah s.w.t. di hari pengadilan nanti.

Sahabat yang dihormati,
Ilmu yang kita miliki perlulah di amalkan kerana  orang Mukmin akan mengamalkan ilmunya dan nampak jelas pada dirinya sifat takut kepada Allah s.w.t.

{Ű„ِنَّمَۧ يَŰźْŰŽَى Ű§Ù„Ù„َّهَ مِنْ ŰčِŰšَۧۯِهِ Ű§Ù„ْŰčُلَمَۧۥ}

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
(Surah Fathir : 28)

Ilmu tidak akan bermanfaat apabila ilmu tersebut tidak diamalkan. Allah s.w.t. berfirman menegur orang-orang yang tidak mengerjakan apa yang ia katakan atau ajarkan,

{يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąَمَنُÙˆŰ§ لِمَ ŰȘَقُولُونَ مَۧ لَۧ ŰȘَفْŰčَلُونَ * كَŰšُ۱َ مَقْŰȘًۧ ŰčِÙ†ŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَن ŰȘَقُولُÙˆŰ§ مَۧ لَۧ ŰȘَفْŰčَلُونَ}

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”
(Surah Ash Shof : 2-3)

Dan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari sahabat Usamah bin Zaid r.a ia berkata,

“ÙŠŰ€ŰȘى ŰšŰ§Ù„Ű±ŰŹÙ„ يوم Ű§Ù„Ù‚ÙŠŰ§Ù…Ű© فيلقى فى Ű§Ù„Ù†Ű§Ű± فŰȘنŰȘŰŻÙ„Ù‚ Ű§Ù‚ŰȘۧۚ ŰšŰ·Ù†Ù‡ ÙÙŠŰŻÙˆŰ± ŰšÙ‡Ű§ ÙƒÙ…Ű§ ÙŠŰŻÙˆŰ± Ű§Ù„Ű­Ù…Ű§Ű± فى Ű§Ù„Ű±Ű­Ù‰، ÙÙŠŰŹŰȘمŰč Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ŰŁÙ‡Ù„ Ű§Ù„Ù†Ű§Ű±، فيقولون: ÙŠŰ§ÙÙ„Ű§Ù†، Ù…Ű§Ù„Ùƒ؟ ŰŁÙ„Ù… ŰȘكن ŰȘŰŁÙ…Ű± ŰšŰ§Ù„Ù…ŰčŰ±ÙˆÙ وŰȘنهى Űčن Ű§Ù„Ù…Ù†ÙƒŰ±؟ فيقول ŰšÙ„Ù‰، كنŰȘ ŰŁÙ…Ű± ŰšŰ§Ù„Ù…ŰčŰ±ÙˆÙ ÙˆÙ„Ű§ ŰąŰȘيه ÙˆŰŁÙ†Ù‡Ù‰ Űčن Ű§Ù„Ù…Ù†ÙƒŰ± ÙˆŰŁŰȘيه”

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya, “Di hari kiamat didatangkan seseorang lalu dicampakkan ke dalam Neraka maka terburailah usus-ususnya, dia berputar-putar dengan ususnya seperti seekor keledai berputar-putar pada ikatannya. Maka penghuni Neraka mengerumuninya, mereka berkata, ‘Hai fulan, ada apa denganmu? Bukankah dulu engkau mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran?’ ia menjawab, ‘Benar, aku mengajak kepada kebaikan tetapi aku tidak mengerjakan dan aku melarang dari kemungkaran tetapi aku melakukannya”.
(Hadis Riwayat Bukhari  dan Muslim)

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi s.a.w.  sentiasa berdo’a kepada Allah memohon perlindungan dari ilmu yang tidak bermanfaat,

“Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… ŰŁÙ†Ù‰ ŰŁŰčÙˆŰ° ŰšÙƒ من Űčلم Ù„Ű§ ينفŰč ومن Ù‚Ù„Űš Ù„Ű§ ÙŠŰźŰŽŰč، ومن Ù†ÙŰł Ù„Ű§ ŰȘŰŽŰšŰč ، ومن ŰŻŰčۧۥ Ù„Ű§ ÙŠŰłÙ…Űč”

‘Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak puas, dan dari do’a yang tidak didengar”.
(Hadis Riwayat Muslim , At-Tirmidzi dan An Nasai dari hadis Zaid bin Arqam)

Sahabat Abu Darda’ r.a. berkata, “Yang aku takuti di hari kiamat adalah ketika dikatakan kepadaku, ‘Apakah engkau mengetahui atau tidak? Aku menjawab, ‘Aku mengetahui’. Maka tidak ada satupun ayat dari Kitabullah yang memerintahkan atau melarang melainkan mendatangiku menanyakan perintah dan larangannya. Ayat yang memerintahkan bertanya apakah engkau kerjakan? Dan ayat yang melarang bertanya apakah engkau tinggalkan? Maka Aku berlindung kepada Allah dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak puas, dan dari do’a yang tidak didengar”.
(Hadis Riwayat Al Baihaqy, Ad Darimy dan Ibnu Abdil Barr dari beberapa jalan dari Abu Darda’).

Berapa ramai orang yang mengingatkan manusia kepada Allah sementara dia sendiri lupa kepadaNya. Berapa ramai orang yang menakut-nakuti manusia dengan Allah ternyata dia berani menentang Allah. Berapa ramai orang yang mengajak manusia mendekatkan diri kepada Allah, dia malah jauh dari Allah. Berapa ramai orang yang menyeru mengajak manusia kepada Allah sedangkan dia sendiri jauh dari Allah dan berapa ramai orang yang membaca Kitabullah lalu dia melepaskan dirinya dari ayat-ayat Allah?

Sungguh, jika ilmu tidak membantu pemiliknya untuk menjalankan ibadah kepada Allah s.w.t. maka tidak ada nilainya. Jika ilmu tidak membuat pemiliknya dekat kepada Allah tidak ada gunanya. Dan jika ilmu tidak menimbulkan perasaan takut kepada Allah maka ilmu itu tidak membawa kebaikan.

Oleh itu ilmu yang baik dan bermanfaat adalah ilmu  yang mendorong pemiliknya untuk beramal dengan segala perkara yang dapat mendekatkan dia kepada Allah ‘Azza wa Jalla, menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya dan tidak melampaui batasan-batasan yang ditetapkan oleh Allah.

Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat serta menjauhkan dari ilmu yang tidak bermanfaat 


Thursday, June 24, 2010

Usia Bertambah Hampir Dengan Akhirat


Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat.Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke hari akhirat. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemugkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, dibuatlah juadah atau jamuan untuk meraikan dan datanglah ucapan-ucapan tahniah dari suami atau isteri, anak-anak dan rakan-rakan, biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan 'amal salih yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."

Dalam riwayat lain, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada keburukkannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke Neraka.’’ Daripada dua hadis berkenaan, Nabi s.a.w menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah. Umur aset yang akan dipertanggungjawabkan.

Kita pasti akan beruntung atau rugi dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."

Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat. Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah s.w.t. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.

Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, “Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”.

Seorang lagi alim apabila ditanya berapa umur, beliau menjawab, “Umurku 15 ribu hari. Lagi terkejut yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu, katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah. Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau sudah 15 ribu hari.

Sahabat dirahmati Allah,
Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Fudail rahimahullah telah bertanya kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?"

Jawab lelaki itu, "Sudah enam puluh tahun."

Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau, engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya."

Kata Fudail lagi, "Barangsiapa tahu behawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan jawapan-jawapan tersebut."

Tanya lelaki tadi, "Bagaimana melakukan yang demikian?"

Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau engkar kepada Allah, maka engkau akan di siksa atas segala kesalahanmu yang telah lalu dan akan datang.. Amalan itu perlu dijaga waktunya. Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."

Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba kepada akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah s.w.t.

Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidor. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"

Tanda-tanda Cinta Kepada Allah

Sahabat yang dimuliakan,
Salah satu diantara fitrah manusia adalah ingin dicintai dan mencintai. Cinta adalah keperluan setiap insan. Cinta yang paling agong adalah cinta hamba kepada Tuhan-nya. Cinta yang agong ini bukanlah boleh lahir begitu saja tanpa ada pengorbanan dan tindakan yang untuk melahirkan cinta tersebut. Apabila hidup manusia sentiasa di kuasai cinta agong ini maka manusia akan hidup bahagia dan merasai keseronokan tidak ada tandingannya.

Cinta kepada Allah s.w.t. adalah kemuncak segala cinta, kemudian cinta kepada Rasul-Nya yang membawa risalah-Nya untuk manusia seluruhnya. Berpaksikan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka barulah cinta-cinta yang lain berfungsi.

Manusia mencintai dirinya, , ahli keluarganya, orang tuanya dan seluruh umat manusia . Berbicara tentang cinta, marilah kita merenungkan salah satu hadis qudsi yang di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“ Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung berfirman: “ Barang siapa yang memusuhi wali-Ku ( orang yang dekat kepada-Ku ) maka sesungguhnya Aku telah menyatakan perang baginya. Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu, lebih Aku senangi dari pada melaksanakan apa yang Aku fardukan atasnya. Dan tidak pula hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri dengan melakukan amalan amalan sunat , sehingga Aku mencitainya. Dan bila Aku mencintainya menjadilah Aku telinganya yang ia gunakan untuk mendengar , matanya yang ia gunakan untuk melihat, tangannya yang dengannya ia menghajar, dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Apabila ia bermohon kepada-Ku maka pasti Ku kabulkan permohonannya, apabila ia meminta perlindungan-Ku maka pasti ia Ku-lindungi. Tidak pernah Aku mundur maju menyangkut sesuatu yang Ku kerjakan sebagaimana mundur maju-Ku terhadap jiwa hamba-Ku yang Mukmin. Dia tidak senang mati, padahal Aku tidak senang menyakiti (hati) nya. “
( Hadis Riwayat Bukhari )

Hadis di atas memberikan bimbingan kepada kita bagaimana agar kita mendapat cinta sejati dari Allah s.w.t. Ketika seseorang di cintai oleh Allah s.w.t, maka sudah pasti dia akan mendapatkan cinta dari seluruh mahluk yang ada di muka bumi, kerana jika Allah mencintai seorang hamba maka Jibril a.s akan berseru, 'Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka Aku mencintainya. Kemudian Jibril a.s berseru kepada penghuni langit, sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia, penghuni langitpun mencintainya, kemudian Jibril a.s menganugrahkan padanya agar di terima penduduk bumi. Demikian sabda Rasulullah s.a.w. Untuk mendapatkan cinta dari Allah s.w.t.maka seseorang harus mencintai Allah setulus hati , sebagi bukti bahwa seseorang mencintai Allah maka maka harus ada tanda tanda yang terwujud dalam kehidupannya.

Terdapat beberapa syarat seorang hamba itu dicinta Allah s.w.t. :
Pertama: Melaksanakan apa yang diwajibkan Allah s.w.t.

Melaksanakan berbagai kewajiban merupakan pintu kecintaan Allah s.w.t yang paling besar. Berapa ramai umat Islam yang mangaku bahwa ia mencintai Allah swt namun reliti kehidupannya, ia banyak mengabaikan perintah–perintah-Nya terutama yang fardhu. Banyak sekali amalan- amalan yang di wajibkan Allah s.w.t kepada hamba-Nya, seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji bagi yang mampu tidak dilaksanakan dengan sempurna . Mereka meninggalkan akhlak Islam, tidak menjalankan hukum-hukum Allah dalam kehidupan dan meninggalkan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan.

Kedua: Sebagai tanda bukti cinta seorang hamba kepada Allah maka hendaklah ia memperbanyak amalan amalan sunat dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w.

Orang yang hanya melaksanakan yang wajib tidak di katagorikan mulia, selagi tidak menambahkan dalam amalan kehidupannya amalan-amalan sunat dan sunnah. Selain solat wajib ada solat-solat sunat seperti sunat rawatib, tahajjud, witir, dhuha, tarawih dan lain-lain. Selain puasa Ramadan yang wajib ada puasa-puasa sunat seperti puasa Isnin- Kamis, puasa tiga hari dipertengahan bulan, hari arafah, enam hari di bulan syawwal, 10 muharram dan lain-lain. Selain mengeluarkan zakat ada infak, sedekah, jariah , hadiah dan lain-lain. Begitupun selain haji ada umrah yang bersifat sunat yang boleh dikerjakan sepanjang bulan dalam setiap tahun.

Ketiga: Tanda bukti cinta seorang hamba kepada Allah adalah ia memperbanyak zikir kepada Allah s.w.t.

Zikir kepada Allah s.w.t. hendaklah dijalankan sepanjang waktu, samaada siang dan malam, sentiasa lidahnya basah menyebut nama Allah dan memuji kebesaran Allah s.w.t. Tidakkah kalian perhatikan bagaimana orang yang mencintai itu tidak pernah jemu-jemu mengingati kekasihnya?

Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya : “Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.

Firman Allah s.w.t dalam Hadis Qudsi yang bermaksud : "BASMALLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BASMALLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BASMALLAH diturunkan kepada Adam."

Keempat: Banyak membaca al-Qur'an.

Orang yang menginginkan kecintaan Allah hendaklah merenungkan salah satu hadis Rasulullah s.a.w berikut ini yang bermaksud :
“Siapa yang ingin dicintai Allah dan rasul-Nya hendaklah membaca mushaf (al-Qur’an)”.
(Hadis Sahih Riwayat al-Jami)

Khabab bin al-Art berkata, “Mendekatlah kepada Allah sesuai kemampuanmu”. Ketahuilah bahwa kamu tidak mendekatkan kepada-Nya dengan sesuatu yang paling Dia senangi selain dengan firman-Nya.”

Hendaklah orang yang membaca Al-Qur’an mengetahui bahwa para malaikat mencintainya, dan hendaklah merenungkan hadis Nabi s.a.w. Diriwayatkan dari Ali ra, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya jika seorang hamba menggosok gigi kemudian berdiri melaksanakan solat, maka malaikat berdiri di belakangnya dan mendengarkan bacaanya kemudian mendekat kepadanya hingga melekatkkan mulutnya pada mulut orang yang membaca Al-Qur’an, sehingga tidak ada yang keluar dari mulutnya melainkan berada pada mulut malaikat. Maka bersihkanlah mulut kalian dengan membaca Al-Qur’an.”
(Hadis Shahih Riwayat at-Targhib, al-Albani)

Kelima: Seorang mencintai Allah maka ia akan mencintai apa apa yang di cintai oleh Allah s.w.t.

Di dalam al-Qur'an banyak sekali Allah berfirman dengan menggunakan ungkapan “Sesungguhnya Allah mencinati orang-orang yang berbuat baik, orang- orang yang bertaubat, orang- orang yang bertakwa, orang- orang yang sabar, orang- orang yang bertawakal dan orang -orang yang berlaku adil”.

Oleh kerana itu bila seorang hamba ingin mendapatkan cinta dari Allah s.w.t maka hendaklah ia berusaha untuk menjadi peribadi yang sesuai dengan apa yang di sebutkan dalam firman Allah di atas. Bila Allah sudah mencintai hamba-Nya maka seorang hamba akan hidup senantiasa berada dalam lindungan-Nya. Seluruh anggota tubuhnya seperti telinga, mata, tangan dan kakinya akan berada dalam bimbingan Allah s.w.t. Dan puncaknya saat seorang hamba tiba ajalnya dan rohnya kembali kepada Allah s.w.t maka ia akan di sambut Oleh Allah s.w.t denga sambutan penuh cinta dan kasih sayang, “ Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhi, masuklah kamu kedalam kelompok hamba-hamba-Ku yang soleh dan masuklah kamu kedalam Syurga-Ku”.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Akhirkata, sekiranya seluruh hidup kita melaksanakan kelima-lima perkara di atas maka kita akan menjadi manusia yang di cintai Allah s.w.t. Tidak ada kebahagian yang lebih besar dan lebih mulia melainkan kita mendapat cinta Allah s.w.t. maka bahagialah hidup kita di dunia dan akhirat.

Sebelas Jenis Manusia Mendapat Do'a Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdo'a kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang dido'akan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Terdapat sebelas jenis manusia yang akan menerima do'a malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan do'a dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdo'a: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendo'akannya : 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang dido'akan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Do'a seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang dido'akannya adalah do'a yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdo'a untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat do'a malaikat. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada do'a para malaikat yang mulia.

Wednesday, June 23, 2010

Cinta Dua Benua...Layakkah dimiliki?

Islam merupakan agama yang mengamalkan konsep keseimbangan dalam pengejaran dunia dan akhirat.Islam juga mengibaratkan dunia sebagai jambatan menuju keakhirat.Ertinya amalan yg diperlakukan di dunia semuanya boleh memberikan sama ada dosa ataupun pahala kepada pengamalnya.Sesetengah orang berpendapat amalan akhirat hanya terdiri dari sholat,puasa,zakat,haji,berzikir,bersedekah sahaja.Bagi dunia meliputi aktiviti berniaga, bekerja, berpolitikdan hal yg berkisar tentang keduniaan...sahaja.Ada juga menafikan pada diri tentang fitrah kehidupan manusia yg hidup didunia..ini dengan sanggup menolak kecintaan dunia semata-mata enggan di labelkan hamba dunia.Sebenarnya semuanya berbalik kepada keseimbangan...

Pernah suatu ketika Ahmad ibn Abi Al-Hawari bertanya kepada seorang ulama'bernama Abi safwan Al-Ru'Ainy.Katanya,"Dunia yang manakah yang dicela oleh Allah swt dalam al -quran yg patut dijauhi orang2 yg berakal ?''Jawab Abi safwan ''Dunia yang dicela adalah dunia dimana apabila seseorang melakukan seseuatu bentuk amalan ia mengharapkan pelbagai imbuhan serta balasan yang setimpal.Tetapi jika jika dia membuat sesuatu bentuk amalan dan mengharap balasan akhirat dan keredhaaNya itu bukan tergolong orang yang dicela.

Kata bicara Abi safwan ini menunjukkan "NAWAITU"itu penting dalam perlaksanaan dan kita tidak perlu gentar dan gundah dengan penafsiran orang lain...asalkan nawaitu itu kerana Allah swt.Contohnya dalam bidang perniagaan kita niatkan kerana mengikut arahan Allah swt secara tidak langsung ia telah tergolong dalam urusan akhirat.Begitu juga pemilihan pasangan hidup...berbalik kita kepada ciri2 yg ditetapkan,janganlah kita terikut gelodak perasaan yg dipandu oleh hawa nafsu semata2 tanpa mengira bahawa pemilihan kita itu bukan membahagiakan di dunia sahaja tetapi jika kesilapan dalam pemilihan kita juga akan diheret ke neraka.

Firman Allah swt''Sekurang-kurangnya tindakan-Ku terhadap seorang hamba yang mengutamakan nafsunya dari bertaat kepada-ku ialah tidak Ku beri dia kebahagiaan bermunajat dengan-Ku''(dlm Hadis Qudsi)

Dunia yg dibenci apabila segala perlakuannya bukan kerana Allah swt.Contohnya sebagai pendakwah meskipun bertugas meningkatkan agama Allah swt sering kita terdengar rungutan dengan kadar bayaran tinggi dan beberapa syarat kemudahan yg mencecah ribuan ringgit...subahanallah..inilah harga sebuah perjuangan islam...tidak menjadi kesalahan mengambil upah penat lelah..tetapi biarlah bersederhana dan mengikut kemampuan orang..dan lokasi majlis tersebut.

Nabi Muhammad pun pernah berpesan bahawa setiap perbuatan harus disertakan nawaitu.Jika nawaitunya baik,pekerjaanya baik maka dia juga akan mendapat balasan kebaikkan.Namun niat tidak menghalalkan cara dan perbuatan.Contohnya mencuri dengan niat untuk menolong orang ...perbuatan itu tetap tercela dan berdosa.

Bercinta dengan Allah swt tidak terlalu payah berbanding dengan bercinta dengan manusia.Cinta manusia adakalanya memerlukan pengorbanan perasaan yg terlampau,cinta yang penuh dengan syarat
Adakalanya cinta tidak kesampaian,kasih terbengkalai,remuk ..terluka.curang..terlalu banyak rumitnya cuma adakalanya...tersenyum bahagia apabila terlaksana sebagaimana yg diharapkan..tetapi berbeza dengan cinta Allah swt yang tiada berpaling tadah,tiada kecurangan,tiada bersyarat.

''Selangkah kau datang padaku,seribu langkah aku datang kepadamu''itulah janjiNya.DIA melindungi kita dari sebarang kejahatan,menutup mata kita dari paparan maksiat,menutup telinga kita mendengar perkara yg tidak baik,menguncikan mulut kita dari berkata perkara yg tidak ada kebenaranya.

Bukan tidak boleh bercinta sesama manusia,kerana ia merupakan fitrah semulajadi manusia yg hidup berpasangan...serta rasa sayang ,cinta,rindu..Cintailah Allah swt yg paling teratas agar DIA sentiasa memayung kerahmatanNya dalam penghidupan kita...dalam rasa kasih kita agar tidak terkeluar dari batasan yg sedia ada.Pasti Allah swt meredhai dan merestui cinta kita pada yang lain.

Sahabatku, semoga kita dapat menemui cinta-Nya, cinta yang tidak bersyarat tetapi masih berbalas..Akhirnya mohon kemaafan jika kupasan kali ini banyak kepincanganya tetapi sekadar ingatan untuk diri yang kerdil ini dan dipanjangkan sebagai ole-ole persahabatan...UKHWAH ISLAMIAH

Tuesday, June 22, 2010

Allah Maha Berkuasa di Seluruh Alam

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada Allah-lah hakikat manfaat dan mudarat. Tiada suatu apapun yang dapat memberikan manfaat maupun mudarat melainkan dengan izin-Nya. Allah-lah yang menghina dan Allah-lah yang memulikan. Sesiapa yang dimuliakan Allah, maka dialah orang mulia. Barangsiapa yang dihinakan Allah, sesungguhnya benarlah dia seorang yang hina. Segalanya adalah milik Allah.

Segalanya bersumber daripada khazanah Allah s.w.t.. Khazanah yang tiada batas dan hadnya. Khazanah Allah yang maha luas, seluas Kudrat dan Iradat Allah yang tiada had dan batasnya. Khazanah yang pintunya tidak pernah tertutup dan isinya tidak pernah berkurang.

Jika berhimpun seluruh manusia dan jin daripada yang awal sehingga yang terakhir daripada mereka di satu lapangan, lalu dengan serentak masing-masing berdo'a memohon kepada Allah setiap hajat dan keinginan mereka, dengan bahasa masing-masing yang bermacam-macam lagi berbagai, pasti, pasti dan pasti!. Segala permohonan mereka itu dapat didengar dan dapat difahami oleh Allah s.w.t. 

Dan jika Allah s.w.t. memakbulkan setiap do'a dan permintaan tersebut, nescaya tidak berkurang satu apa pun daripada Allah s.w.t., melainkan ibarat setitis air daripada lautan yang terbentang luas. Inilah Kudrat Allah, itulah khazanah Allah s.w.t. Di tangan Allah ada Sunnatullah (hukum-hukum peraturan Allah), dan di tangan Allah jugalah adanya Kudratullah (kemutlakan kekuasaan Allah).

Sahabat yang dimuliakan,
Allah s.w.t. Maha Berkuasa di atas setiap makhluk ciptaan-Nya. Harus dan bebas bagi Allah untuk menjadikan atau melakukan sesuatu berdasar asbab (sebab-akibat) dan harus bagi Allah untuk melakukan sesuatu menyalahi asbab. Bahkan harus bagi Allah untuk melakukan sesuatu tanpa asbab. Pisau yang sama di tangan Nabi Ibrahim a.s. mampu membelah batu, tetapi pisau yang itu juga tidak dapat melukakan Ismail r.a. Api yang marak membakar ranting-ranting dan puntung-puntung kayu yang membukit dengan lahapnya, tetapi api yang menggunung itulah yang tidak mampu membakar walau sehelai roma Nabi Ibrahim a.s.

Untuk hidup, kita perlukan udara, air dan makanan, tetapi apakah yang dapat menjadi punca kehidupan kepada Nabi Yunus a.s. selama dia berada sekian hari lamanya di dalam perut ikan Nun? Yang ada hanyalah segala kematian; tanpa makanan dan tanpa minuman dan tanpa udara. Inilah yang dinamakan Kudratullah, yang ada bersama Nabi Yunus a.s. ialah Kudrat Allah, bukan hanya sekadar Sunnatullah lagi. Apabila Allah menginginkan sesuatu itu tidak binasa, ia pasti tidak akan binasa.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.

Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia antaranya:
Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dia menjadi begitu berminat dengan ibadah. Adakalanya sesetengah orang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mahu mencintai Allah.
Tetapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju dan mundur, turun dan naik, akhirnya tenggelam pula dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu Allah mencintai dirinya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman :" Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.”
(Riwayat Imam Ahmad)

Maka orang yang yakin bahawa Allah mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah Allah juga. Bukan kerana kehebatan dan kewarakan, melainkan Allah yang menuntun ke jalan takwa.

Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai Allah iaitu cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak dan isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta Allah kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.

Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila maksiat membuat dia bangkit mendekati Allah. Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat dan istighfar.

Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun.
 
Sahabatku,
Walaupun yang ada pada masa itu hanyalah segala asbab kebinasaan. Laut yang sama Allah s.w.t. gunakan untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikutnya, dengan laut yang sama juga Allah telah binasakan Fir'aun dan segala bala tenteranya. Manusia pada hukumnya memerlukan pencantuman benih daripada ibu dan bapanya untuk dilahirkan ke muka bumi ini, tetapi siapakah yang telah menjadikan Nabi Isa a.s. tanpa bapa, malah yang menjadikan Nabi Adam a.s. tanpa ibu dan bapa? Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Dalam genggaman-Nyalah segala sesuatu.

Bagaimana Allah s.w.t. telah menghancurkan tentera Abrahah dengan dihantar-Nya burung-burung yang kecil, membawa bersama-sama mereka batu kerikil yang kecil. Cukup untuk menyebabkan Abrahah dan tentera bergajahnya hancur berkecai, bagai daun yang dimakan ulat. Sedangkan ketika itu Abdul Mutalip dan pemimpin arab tidak berupaya melawan tentera Abrahah untuk mempertahankan Ka'abah.

Oleh itu marilah sama-sama kita mentauhidkan Allah s.w.t. dengan sifat yakin dan sahih. Yakin dengan sebenar-benar-Nya bahawa kesempurnaan, ketunggalan, kehebatan, kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. darisegi Zat, Af'aal, Asma' dan Sifat. Kalimah 'Laa ilaaha illallah' ini menuntut supaya kita mengosongkan apa jua sesuatu selain Allah daripada hati kita. Hanya Allah dan kesukaan-kesukaan Allah yang layak memenuhi hati kita. Hanya undang-undang dan peraturan hidup daripada Allah s.w.t. sahaja kita terima dan undang-undang lain kita tolak.

Di dalam sebuah hadis Qudsi ada disebut. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Wahai hamba-Ku! Hatimu adalah taman-Ku; dan Syurga-Ku adalah tamanmu. Sekiranya engkau tidak bakhil kepada-Ku dengan tamanmu bahkan engkau tempatkan makrifah-Ku di dalam hatimu, nescaya Aku tidak akan bakhil kepada kamu dengan taman-Ku dan Aku akan tempatkan engkau di dalamnya!"

Akhirkata, yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan, hanya dengan mengikut perintah Allah, kita akan berjaya. Dan apabila melanggar perintah Allah pasti ada kegagalan dan kehinaan. Janji Allah adalah benar. Akhirat adalah benar, Barzakh adalah benar. Mahsyar adalah benar. Syurga adalah benar. Neraka adalah benar. Segala janji Allah pasti akan berlaku kerana sesungguhnya :'Tiada Tuhan melainkan Allah'

Bersifat Lemah-lembut dan Sabar di Dalam Berdakwah

Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

Dari keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Da'ie akan menyampaikan dakwahnya kepada orang-orang jahil dan orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung. Oleh yang demikian dia wajib menyampaikan dakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah-lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang da'ie itu itu berakhlak dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.

A. Arahan-arahan Dari Al-Quran:

Di antara arahan-arahan Al-Quran ialah:

1. Firman Allah:

وَلَمَنْ Ű”َŰšَ۱َ وَŰșَفَ۱َ Ű„ِنَّ Ű°َلِكَ لَمِنْ ŰčَŰČْمِ Ű§Ù„ْŰŁُمُÙˆŰ±ِ

Yang bermaksud:
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Surah Asy-Syura, Ayat: 43).

2. Firman Allah:

فَۧ۔ْفَŰ­ِ Ű§Ù„Ű”َّفْŰ­َ Ű§Ù„ْŰŹَمِيلَ

Yang bermaksud:
Oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakan kamu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah Al-Hijr, Ayat: 85).

3. Firman Allah:

Ű„ِنَّمَۧ يُوَفَّى Ű§Ù„Ű”َِّۧۚ۱ُونَ ŰŁَŰŹْ۱َهُمْ ŰšِŰșَيْ۱ِ Ű­ِŰłٍَۧۚ

Yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar, Ayat: 10).

4. Firman Allah:

وَلْيَŰčْفُÙˆŰ§ وَلْيَŰ”ْفَŰ­ُÙˆŰ§ ŰŁَلَۧ ŰȘُŰ­ِŰšُّونَ ŰŁَنْ يَŰșْفِ۱َ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَكُمْ

Yang bermaksud:

Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah An-Nur, Ayat: 22).

5. Firman Allah:

وَŰ„ِŰ°َۧ Űźَۧ۷َŰšَهُمُ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلُونَ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ ŰłَلَŰ§Ù…ًۧ

Yang bermaksud:
Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. (Surah Al-Furqaan, Ayat: 63).

B. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya".

2. Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."

3. Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Yang bermaksud:
Apabila Allah s.w.t menghimpunkan makhluk-Nya di hari Kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam Syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

C. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:

1. Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan pembahagian rampasan perang) berkata: "Demi Allah, sesungguhnya ini adalah pembahagian yang tidak adil dan tidak bertujuan mendapat keredaan Allah". Setelah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:
Yang bermaksud: "Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti lebih dari ini tetapi ia sabar."

2. Anas r.a telah berkata:
Yang bermaksud: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai kain selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan kesan di leher baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: "Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya."

3. Abu Hurairah menceritakan:
Yang bermaksud: "Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau buat begitu ia bukan harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau". Kemudian dia menarik kain selendang Rasulullah s.a.w meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar."

4. At-Tabrani menceritakan:
Yang bermaksud: "Bahawa seorang wanita bercakap lucah (iaitu percakapan yang boleh membangkitkan berahi) kepada sekumpulan lelaki, lalu dia melintas di hadapan Rasulullah s.a.w ketika Nabi sedang memakan roti berkuah di atas tanah. Kemudian wanita tersebut berkata: "Kamu lihatlah kepadanya, dia duduk seperti seorang hamba abdi dan dia makan juga seperti seorang hamba abdi".

5. Abu Hurairah r.a menceritakan:
Yang bermaksud: "Seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai kaum kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungan dengan saya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, saya berlemah-lembut dengan mereka tetapi mereka bersikap keras kepada saya". Lalu baginda bersabda: "Jika sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau menjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian".

6. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".

7. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s bersama para pengikut setianya (Hawariyyun) menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang lain kerana berdakwah. Lalu di dalam dakwahnya itu dia bercakap kepada manusia dengan cara yang baik, sebaliknya mereka membalasnya dengan kata-kata yang buruk, kutukan dan maki-hamun. Para pengikut setia Nabi Isa merasa hairan terhadap tindakan itu lalu mereka bertanya tentang rahsia perbuatan sedemikian. Baginda berkata: "Setiap orang itu mengeluarkan (membelanjakan) apa yang ada padanya".

Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan lagi tuntutan ke atas para pendakwah supaya bersifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada khususnya apabila cabaran-cabaran yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat handai, orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana sifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada itu akan menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan perpecahan serta perbezaan. Cukuplah seseorang pendakwah itu melakukan apa yang diredai oleh Allah.