Saturday, November 12, 2011

Rosak Amalan Kerana Ingin Di Puji dan Di Sanjung Manusia

        



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amalan perlulah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin dipuji dan disanjung oleh manusia. Manusia yang berjuang kerana asyabiah atau kerana kepentingan suku kaum termasuk perjuangannya di kira kerana manusia bukan kerana Allah SWT. Perjuangan seperti ini akan ditolak oleh Allah SWT seperti kisah seorang pejuang Perang Uhud bernama Qazman yang berjuang untuk menaikkan bangsa Arab bukan untuk ISLAM , maka matinya dikira mati jahiliah.

Sahabat yang dimuliakan, 
Dalam sirah Nabi SAW menerusi kisah kematian Qazman; seorang yang menyamar sebagai muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yg berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yg menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi SAW. agak keberatan menyebut kematiaanya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi SAW. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yg tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah. Kenyatan nabi ini disokong oleh seorang sahabat yg menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripada luka yg dialaminya dlam perang Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat bernama Usayrim r.a yg memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi SAW. pernah bersabda yg bermaksud:"Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat."

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yg mengharapkan kewujudan air di tempat yg amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf sahabat yg menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi SAW. walaupun belum sempat berbuat apa2 amalan termasuk solat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbetulkan segala niat, amalan dan perjuangan kita dimuka bumi ini perlulah berlandaskan ISLAM yang tulin dan murni dan jangan bercampur aduk dengan amalan-amalan jahiliah supaya amalan kita  diterima oleh Allah SWT.

(Di petik daripada tulisan Muslimah Mujahidah)

Seorang Mukmin Sentiasa Memiliki Sifat Khauf (Takut) dan Sifat Rajak (Mengharap )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam usaha mendidik diri dan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, terdapat dua sifat yang sering menjadi pendorong dalam beribadah.

Dengan adanya dua sifat ini, seseorang mukmin mampu menyingkirkan rasa bosan dan rasa malas untuk beribadah. Namun kewujudan kedua-dua sifat ini belum tentu menjamin kejayaan jika seseorang mukmin tidak tahu menggunakan sifat-sifat tersebut. Sifat-sifat tersebut ialah Khauf (takut) dan Rajak (mengharap).

Seorang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT perlulah ada dua sifat ini terhadap Allah Azzawajalla iaitu perasaan khauf ( takut) dan rajak (mengharap).

Khauf (takut) di saat kematian tidak mendapat husnul khatimah dan takut kepada seksaan hari akhirat iaitu ketika diPadang Mahsyar, Mizan, Siratul Mustakim dan seksaan api neraka yang amat dahsyat dan menyeksakan.

Rajak (mengharap rahmat) dan kasih sayang Allah SWT semoga terpilih disaat kematian mendapat husnul khatimah dan termasuk di dalam golongan orang-orang muttaqin dan solihin dihari akhirat nanti dan diizinkan memasuki syurga Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 9 :

يَŰ­ْŰ°َ۱ُ Ű§Ù„ْŰąَŰźِ۱َŰ©َ وَيَ۱ْŰŹُو ۱َŰ­ْمَŰ©َ ۱َŰšِّهِ

" Takutkan akhirat (azab di sana) dan mengharapkan rahmat Tuhannya "

Dari Anas r.a berkata, Suatu hari Rasulullah SAW menemui seorang lelaki yang sedang nazak, Rasulullah SAW  berkata kepadanya : "Bagaimanakah keadaan kamu ?"

Lelaki itu menjawab : " Aku takut (khauf) dan aku berharap (rajak) "

Maka Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Tidak berhimpun di hati seorang hamba seperti keadaan ini, melainkan Allah azza wajalla akan memberikan apa yang diharapkannya, dan memeliharanya dari apa yang ditakutkan."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa untuk menjadi hamba Allah SWT yang diredai-Nya maka perlu ada pada diri seorang mukmin itu dua sifat iaitu :

Pertama : Khauf (takut).

Kedua : Rajak (mengharap)

Huraiannya :

Pertama : Khauf (Takut)

Khauf membawa erti takut kepada Allah SWT atau pun perasaan bimbang. Ianya merupakan suatu sifat atau perasaan yang datang dalam diri seseorang mukmin.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang berhati-hati kerana takut (khasyah) Rabb mereka. Dan orang-orang yang beriman terhadap ayat-ayat Rabb mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan (sesuatupun) dengan Rabb mereka, Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya." (Surah al-Mukminun ayat 57-61)

Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad dan Sunan at-Tirmidzi dari Aisyah r.ha yang berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini. (Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut) (Al-Mukminun: 60), apakah mereka adalah orang-orang yang berzina, minum khamr dan mencuri?"

Baginda menjawab, "Tidak wahai (Aisyah) anak Abu Bakar As Siddiq, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, bersedekah dan mereka khawatir (amalan mereka) tidak diterima."

Al-Hasan berkata, "Mereka telah beramal demi Allah dengan semua ketaatan-ketaatan dan mereka telah bersunggah-sungguh padanya, serta mereka takut (seandainya amalan-amalan mereka) ditolak. Sesungguhnya seorang mukmin itu menggabungkan antara berbuat baik dengan takut (tidak diterima amalannya), sedangkan orang munafik menggabungkan antara berbuat buruk dengan (merasa) aman (dari seksa Allah)."

Rasa khauf atau takut kepada Allah SWT ini wajib ditanam di dalam diri sebab Allah Maha Hebat seksaan~Nya kepada orang-orang yang menderhakai~Nya. Orang yang derhaka ialah orang yang melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah.

Dengan adanya rasa takut kepada Allah, seorang mukmin akan berusaha untuk mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah SWT. Lantas, perbuatan amal kebajikan yang dilakukan atas dasar khauf, bukanlah sebenarnya mengharapkan pahala dari Allh SWT, sebaliknya adalah untuk mengharapkan keampunan Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Rasa khauf atau takut yang dituntut ialah yang menghalang seseorang dari melakukan dosa. Imam Ibnu Abil `Izzi al Hana berkata, "Seorang hamba wajib untuk takut dan berharap (kepada Allah), dan sesungguhnya takut yang terpuji dan yang sebenarnya adalah yang menghalangi pemiliknya dari apa-apa yang diharamkan oleh Allah. Apabila (takut) itu melewati batas, dikhawatirkan dia terjatuh pada sikap putus asa."

Sikap takut yang tidak diimbangi dengan rasa harap, akan menyebabkan seseorang berputus asa dari rahmat Allah.

Kedua : Rajak (Mengharap)

Firman Allah Taala, “…Janganlah kamu berputus asa dari mengharap rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari mengharap rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf ayat 87)

Allah SWT. berfirman:

قُلْ يَۧŰčِŰšَۧۯِي Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁَŰłْ۱َفُÙˆŰ§ Űčَلَى ŰŁَنفُŰłِهِمْ Ù„Ű§َŰȘَقْنَŰ·ُÙˆŰ§ مِن ۱َّŰ­ْمَŰ©ِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡
َ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ ŰŹَمِيŰčًۧ  Ű„ِنَّهُ هُوَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ {53}

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas (melakukan dosa) terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az Zumar ayat 53)

Rajak ialah rasa pengharapan. Mengharapkan kepada Allah. Harapan seorang makhluk kepada Allah SWT sebagai Pencipta. Mengharapkan kurniaan Allah di dunia mahu pun di akhirat. Rasa rajak mesti mengiringi rasa khauf. Rasa pengharapan mesti mengiringi rasa takut. Agar Perasaan takut tidak menjerumuskan seseorang ke lembah putus asa. Begitu juga rasa harap mesti diringi dengan rasa khauf, agar seseorang mukmin tidak terlalu yakin dengan amal perbuatan. Tidak terlalu yakin akhirnya menjerumuskan diri ke arah bongkak, ujub, takbur dan riyak.

Demikianlah bahawa khauf (takut) terhadap seksa Allah SWT di akhirat, di saat berdiri di hadapan mahkamah Rabbul `Alamin dan takut apabila amalan-amalan kebaikannya tidak diterima oleh Allah SWT itu juga harus diiringi dengan rajak (berharap) terhadap rahmat dan ampunan-Nya serta diterimanya amalan-amalannya di sisi Allah SWT. Sebagaimana banyak sekali nash-nash yang menggabungkan antara khauf dan rajak di dalam kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.

Tujuan di dalami bab ini adalah wajib atas seorang hamba untuk takut terhadap Allah SWT dan berharap kepada-Nya. Jika hamba tersebut melihat kepada dosa-dosanya, dan kepada keadilan Allah serta kerasnya seksaan Allah, dia takut terhadap Rabbnya. Jika dia melihat kepada kurnia-Nya yang umum dan yang khusus dan kepada ampunan-Nya yang luas, dia akan berharap. Jika dia dibimbing untuk menjalankan ketaatan, dia berharap kepada Rabbnya mendapatkan kesempurnaan nikmat tersebut, iaitu diterimanya (amalan) ketaatannya, dan takut (amalan ketaatannya) ditolak disebabkan adanya kekurangan.

Jika dia mendapatkan ujian (iaitu) dengan berbuat maksiat, dia berharap kepada Rabbnya supaya taubatnya diterima dan kemaksiatannya dihapuskan. Dia juga takut mendapatkan hukuman atau seksa atas kemaksiatan itu disebabkan lemahnya taubat dan kecenderungan kepada dosa. Di saat mendapatkan kenikmatan dan kesenangan, dia berharap kepada Allah supaya hal itu tetap dan bertambah serta mendapatkan bimbingan atau taufiq untuk mensyukurinya. Dan dia takut hilangnya hal tersebut disebabkan kurangnya syukur.

Maka seorang mukmin muwahhid (yang beriman lagi bertauhid) di dalam seluruh keadaannya selalu bersifat takut (khauf) dan berharap (rajak). Inilah yang wajib dan inilah yang akan bermanfaat, dan dengannyalah kebahagiaan akan terjadi. Yang ditakutkan atas seorang hamba adalah dua akhlak yang buruk, iaitu rasa takut menguasai dirinya sehingga dia putus asa dari rahmat Allah dan sikap berharap yang membawanya sampai merasa aman dari azab neraka Allah dan seksa-Nya.

Abu Ali ar-Rudzabari berkata, Khauf (takut) dan rajak (berharap) seumpama dua sayap burung, apabila keduanya sempurna, maka sempurnalah burung itu dan sempurnalah terbangnya. Dan apabila satu dari kedua (sayap) nya kurang, maka terjadilah kekurangan padanya (burung itu). Dan apabila kedua (sayap)nya tiada. jadilah burung itu di ambang kematian.

Walaubagaimanapun, ketika di saat ambang kematian, hendaklah seseorang tersebut meletakkan rasa rajak seratus peratus akan keampunan Allah. Berbaik sangka dengan Allah, agar dihujung kalimah kita nanti, Allah mengampuni diri kita dan memasukkan kita di dalam golongan kekasih Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Menurut Imam Abu Bakr al-Warraq (guru Imam al-Ghazali) : "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiaman keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan".

Imam al-Ghazali pula berkata, "Jangan terpesona, terpedaya dan berasa terlalu sedap hati dan aman dengan nikmat Islam dan nikmat terlepas daripada kemungkaran, kerana kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung jalan. Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin dahulu yang dengan tidak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan, lalu ditimpa 'kecelakaan' pada saat terakhir hayatnya".

Oleh itu marilah sama-sama kita merasa takut dengan azab dan seksaan Allah SWT kerana dosa dan maksiat yang kita lakukan, pada masa yang sama kita mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa kita, menerima taubat kita kepada-Nya sebagai hamba yang dhaif dan banyak kesalahan. Mengharapkan pengampunan dan reda-Nya samaada di dunia dan akhirat.

Tanda seorang hamba itu takut kepada Allah SWT dia banyakkan beristighfar supaya terampun segala dosa-dosanya : "Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi"

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.” (Bukhari – Muslim)

 Doa Taubat :

"Tuhanku aku tidak layak untuk syurga-Mu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka-Mu, dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar........"

Tanda seorang hamba itu mengharapkan rahmat Allah SWT dia banyak berdoa supaya di kurniakan Allah SWT kebaikan di dunia dan akhirat dan terpelihara daripada seksaan api
neraka.

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan jika sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami di atas kezaliman yang telah kami lakukan, dan jika sekiranya Engkau tidak memberi rahmat kepada kami, maka nescaya kami akan termasuk dikalangan orang-orang yang rugi di sisi Allah SWT.”…(Surah al-Araaf ayat 23)

Ayat ini dirakam Allah ketika Nabi Adam a.s berdoa dan merintih apabila dia dikeluarkan dari syurga. Dari doa ini kita boleh lihat betapa pentingnya yang kata “rahmat” Allah Itu. Sehingga disebut rugi sekiranya kehidupan kita tidak dirahmati oleh Allah SWT.

Sebagimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud :“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api Neraka.” (Surah al-Baqarah ayat 201)

Doa mohon perlindungan daripada keburukan :

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, jiwa yang tidak merasa puas, dan ilmu yang tidak bermanfaat. Aku memohon perlindunganMu daripada empat macam keburukan ini."

Wallahua'lam..






Friday, November 11, 2011

Cara-cara Amalan Untuk Mendapat Rezeki Yang Murah Berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan rezekinya samaada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.

Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.

Allah SWT menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151 yang bermaksud :  “Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anak-anak)”

Walaubagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Terdapat beberapa amalan untuk mendapat  rezeki yang murah. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Jangan tinggalkan  beribadah kepada Allah.

Pastikan solat 5 waktu dikerjakan pada waktunya, sebaik-baiknya secara berjemaah.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :  "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2. Memperbanyakkan istighfar .

Memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah SWT boleh menjadi sebab Allah SWT akan  bertambah kasih kepada kita.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a) 

3. Meninggalkan perbuatan dosa.

Setakat beristighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

4. Banyak ingat Allah.

Sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah SWT janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Membantu orang yang memerlukan bantuan seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi SAW yang maksudnya : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Menyampaikan hajat orang lain.

Apabila kita menyampaikan hajat saudara kita maka Allah SWT akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)

Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat kebajikandan membantu orang yang lemah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Bersedekah waktu pagi mendapat doa para malaikat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:
‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Menjalin silaturrahim.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :  “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid r.a)

13. Banyakkan membantu dan melapangkan kesusahan orang lain.

Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam maksudnya : “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Hormati dan melayan tetamu.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj. maksudnya : "Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."

15. Amalan Solat Duha.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Syukur di atas segala pemberian Allah.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

17. Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki.

Ada riwayat menjelaskan : "Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan".

Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : "Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Mengamalkan membaca surah at-Talaq ayat 2-3 (dipanggil ayat 1000 dinar). 
Firman Allah SWT maksudnya : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq ayat2-3)

Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

18. Sentiasa berdoa kepada Allah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” 

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” 

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” 

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” 

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

19. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar rumah mencari rezeki.

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ”
(Surah An Nisaa’ ayat 100)

Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai berhijrah dijalan Allah.

20. Bertawakal kepada Allah SWT.

Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sahabat yang dimuliakan,
Hayatilah beberapa panduan dan amalan-amalan di atas sebagaimana di nyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW jalan-jalan untuk mendapatkan murah rezeki daripada Allah SWT. Pastikan rezeki yang kalian cari adalah halal dan bersih daripada perkara yang haram dan subahat. Kerana setiap ringgit wang yang kita perolehi akan ditanya nanti dihari akhirat.

Wednesday, November 9, 2011

Orang Mukmin Sentiasa Berdoa Kepada Allah SWT dan Memperbanyakkan Amal Kebajikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada yang dapat mengubah takdir (qada)  selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakan amal kebajikan (amal soleh) ”. (Hadis Riwayat Tirmizi daripada Salman al-Farisi r.a)

Berdasarkan hadis di atas terdapat dua perkara kebaikan untuk manusia yang akan dikurniakan oleh Allah SWT iaitu :

Pertama : Tidak ada yang dapat mengubah takdir (qada) selain doa.

Kedua : Tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan (amal soleh).

Huraiannya :

Pertama : Tidak ada yang dapat mengubah takdir (qada) selain doa.

Berdasarkan hadis di atas ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah SWT . Ketika manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu manusia akan sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.

Doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56:

Maksudnya: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”

Doa itu sendiri sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah.Mereka yang berdoa perlu mempunyai keyakinan kerana ada dinyatakan, Allah tidak akan mempersia-siakan mereka.

Berkenaan dengan hal ini kita boleh mencontohi sikap para sahabat Nabi SAW  walaupun sudah dijanjikan syurga namun mereka masih lagi berusaha meningkatkan amal dan berbuat baik.

Sayyidina Umar Al-Khattab r.a pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”

Hadis daripada Rasulullah SAW. yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi maksudnya :“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul Allah SWT?. Seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul.

Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya :  “ Wahai Sa'ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah layak untuknya”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Berdasarkan besar peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah kepada Allah. Dengan demikian permohonan doa itu hendaklah mematuhi adab-adab tertentu.

Berdasarkan rujukan al-Quran dan hadis, antara lain adab berdoa itu ialah:

1. Suci dari hadas besar dan kecil.

2. Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW.

3. Berdoa dengan ikhlas, suara yang perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu, dan yakin Allah akan mengkabulkan doa sama ada cepat atau lambat.

4. Berdoa terus menerus sama ada semasa senang atau susah, dan tanpa putus asa.

5. Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturrahim, kerosakkan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.

Kedua : Tidak ada yang dapat memanjagkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan (amal soleh).

Umur manusia adalah termasuk dalam qada dan qadar Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang.

Salah satu amal kebajikan (amal soleh) yang dapat memanjangkan umur seseorang itu adalah dengan menghubungkan silaturahim yang terputus. Sebagaimana hadis daripada Rasulullah SAW.  yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT memasukkan ke dalam syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

Hadis di atas secara jelas menyatakan betapa tingginya nilai silaturahim. Bahkan Rasulullah SAW  memberi jaminan bagi para pelaksana silaturahim, hanya dengan satu amalan, ini ia memperolehi empat jaminan sekaligus; dicintai keluarga, diluaskan rezeki, dipanjangkan usia dan yang paling penting menjadi penghuni syurga Allah SWT.

Terdapat satu kisah di zaman Nabi Daud a.s. bahawa bagaimana silaturahim dapat memanjangkan umur seseorang hamba Allah SWT yang telah ditetapkan umurnya.

Mengikut riwayat, pada suatu ketika malaikat maut datang kepada Nabi Daud a.s. Pada masa itu kelihatan seorang lelaki duduk di depannya.

Malaikat maut berkata "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya".

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud a.s. menjenguk lelaki itu yang ternyata dia masih hidup. Bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu juga kelihatan bertambah muda berbanding sebelumnya.

Nabi Daud a.s. pun bertanya kepada malaikat maut,"Mengapakah demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lagi lelaki itu akan dicabut nyawanya?".

Malaikat maut pun menjawab. "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."

Dalam satu hadis riwayat Imam Ahmad seseorang yang suka berbakti kepada kedua ibu bapanya boleh di panjangkan umurnya oleh Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya :  “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa untuk mendapat kurniaan Allah SWT umur yang panjang adalah banyakkan melakukan kerja-kerja kebajikan dan amal soleh, sentiada menyambungkan silaturahim yang terputus dan banyakkan berbakti kepada kedua ibu bapa.

Setiap orang muslim diantara kita tentu menginginkan berumur panjang supaya bertambah kebaikannya. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW tatkala baginda ditanya:  Siapakah orang yang paling baik itu? Baginda menjawab: “Iaitu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ahmad).

Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur sambil berbuat ketaatan kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan dalam hidup kita. Banyakkan berdoa semoga kita kekal dengan iman dan  sentiasa di dalam rahmat oleh Allah SWT.



Hayati Dua Amalan Boleh Memasukkan Seseorang Ke Dalam Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang memberi jaminan kepadaku (untuk menjaga) apa yang ada antara dua tulang rahangnya (lisan) dan apa yang ada antara dua pahanya (kemaluan) maka aku menjamin syurga untuknya.” 
(Hadis Riwayat Bukhari). 

Berdasarkan hadis di atas seorang muslim wajib menjaga dua perkara iatu :

Pertama :  Menjaga lisannya (tuturkatanya)

Kedua : Menjaga kemaluannya.(Tidak berzina)

Huraiannya :

Pertama :  Menjaga lisannya (tuturkatanya).

Seorang mukmin yang bertakwa sentiasa mengawal lisannya daripada berkata-kata dusta, mengumpat, memfitnah mengadu domba dan melontarkan ucapan-ucapan kotor, maki-hamun, menghina orang lain, menentang hukum-hukum Allah SWT, menghasut, meninggikan dirinya dan menuduh orang lain tanpa bukti yang sahih.
 
Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang bermaksud :”Sungguh seorang hamba berbicara dengan suatu kalimat yang membawa keredaan Allah, dan dia tidak menyedarinya, tetapi Allah mengangkat dengannya beberapa derajat. Dan sungguh seorang hamba berbicara dengan suatu kalimat yang membawa kemurkaan Allah, dan dia tidak mempedulikannya, tetapi ia menjerumuskannya ke Neraka Jahannam” (Hadis Riwayat Bukhari).


Di dalam hadis sahih riwayat Bukhari Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda kepada Mu'az bin Jabal sambil memegang lidahnya yang bermaksud : "Engkau wajib menahan ini". Maka aku berkata," Ya Rasulullah, kami sentiasa mengotakan apa yang kami kata". Nabi berkata, "Ibumu telah kehilangan engkau, wahai Mu'az. Bukanlah manusia di bantingkan muka mereka ke dalam neraka disebabkan angkara lidah mereka?". (Hadis Riwayat Bukhari)l
 
Adab dan akhlak Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam dalam berbicara adalah baginda sentiasa berhati-hati dan memikirkan terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Setelah direnungkan bahawa berkata-kata itu lebih baik, maka  baru ia mengatakan. Sebaliknya, bila kata-kata yang ingin diucapkannya buruk, hendaknya ia menahan diri dan lebih baik diam. Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang maksudnya  :”Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih). 
 
Orang mukmin akan menjadikan semua amalan hidupnya samaada diamnya sebagai ibadah dan sedekah. Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang bermaksud :”Dan perkataan yang baik adalah sedekah. Dan setiap langkah yang ia langkahkan untuk solat (berjemaah di masjid) adalah sedekah, dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Orang yang suka banyak berbicara akan mudah melakukan kesalahan dan kesilapan kerana perbicaraan tersebut boleh mendatangkan mengumpat dan memfitnah. Tanpa disengajakan boleh tergelincir kepada perkara yang haram. Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam melarang kita banyak berbicara. 

Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang bemaksud :”Dan (Allah) membenci kalian untuk' qiila wa qaala'.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Imam Nawawi rahimahullah berkata,"qiila wa qaala" adalah asyik membicarakan berbagai berita tentang hal peribadi seseorang (mengumpat). Bahkan dalam hadis hasan gharib riwayat Tirmidzi disebutkan, orang yang banyak berbicara diancam oleh Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasalam sebagai orang yang paling baginda murkai dan paling jauh tempatnya daripada baginda pada hari kiamat.

Abu Hurairah r.a berkata, “Tidak ada baiknya orang yang banyak bicara”. “

Umar bin Khathab r.a berkata, “Barangsiapa yang banyak bicaranya, akan banyak kesalahannya”. 

Kata-kata manusia tentu ada yang benar dan ada yang dusta; ada yang baik dan ada pula yang buruk. Oleh itu terdapat satu kaedah syarak menyatakan bahawa : "Siapa yang membicarakan setiap apa yang didengarnya, bermakna ia adalah pembicara yang dusta".

Hal ini sesuai dengan hadis Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam , yang mksudnya :”Cukuplah seseorang itu berdosa, jika ia membicarakan setiap apa yang didengarnya.” Atau dalam riwayat lain disebutkan :”Cukuplah seseorang itu telah berdusta, jika ia membicarakan setiap apa yang didengarnya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Mengutuk, maki-hamun dan sumpah serapah sekarang ini seperti menjadi hal yang dianggap biasa. Seorang yang sempurna akhlaknya adalah orang yang paling jauh dari kata-kata kotor, kutukan, sumpah serapah dan kata-kata keji lainnya.

Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan, Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang maksudnya ”Seorang mukmin itu bukanlah seorang yang tha’an, pelaknat, (juga bukan) yang berkata keji dan kotor.”(Hadis Riwayat Bukhari).

Tha’an adalah orang yang suka merendahkan kehormatan manusia, dengan mencaci, mengumpat dan sebagainya.

Melaknat atau mengutuk adalah doa agar seseorang dijauhkan dari rahmat Allah SWT. Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Mendoakan agar seseorang dijauhkan dari rahmat Allah bukanlah akhlak orang yang beriman. Sebab Allah memberi mereka dengan rahmat (kasih sayang) di antara mereka dan saling tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa. Mereka dijadikan Allah sebagai orang-orang yang seperti bangunan, satu sama lain saling menguatkan, juga diumpamakan sebagaimana satu tubuh. Seorang mukmin adalah orang yang mencintai saudara mukminnya yang lain sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Maka, jika ada orang yang mendoakan saudara muslimnya dengan laknat (dijauhkan dari rahmat Allah), itu bererti pemutusan hubungan secara sepenuhnya. Padahal laknat adalah puncak doa seorang mukmin terhadap orang kafir."

Dalam hadis sahih, Nabi Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda yang bermaksud :”Melaknat seorang mukmin adalah sama dengan membunuhnya.” (Hadis Riwayat Bukhari). 

Sebab seorang pembunuh memutuskan orang yang dibunuhnya dari berbagai manfaat duniawi. Sedangkan orang yang melaknat memutuskan orang yang dilaknatnya dari rahmat Allah SWT dan kenikmatan akhirat.

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang mukmin dilarang berdebat jika boleh mendatangkan perpecahan yang lebih parah lagi dan boleh memutuskan silaturahim. Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasalam bersabda, yang bermaksud :”Saya adalah penjamin di rumah yang ada di sekeliling syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meski dia benar. Dan di tengah-tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta, meskipun dia bergurau. Juga di syurga yang tertinggi bagi orang yang baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, dihasankan oleh Al-Albani).

Dunia hiburan  menjadi dunia yang disukai oleh sebagian besar umat manusia. Salah satu jenis hiburan yang mendapat sambutan dan orang untuk menghilangkan stress dan beban hidup yang berat adalah lawak jenaka. Dengan melakukan  lawak jenaka orang menjadi tertawa terbahak-bahak, padahal di dalamnya campur baur antara kebenaran dan kedustaan, seperti memaksa diri dengan mengarang cerita bohong agar orang tertawa.

Mereka inilah yang mendapat ancaman melalui lisan Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasalam dengan sabda baginda yang bermaksud : “Celakalah orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang-orang tertawa. Celakalah dia, dan celakalah dia !”.
(Hadis Riwayat Abu Daud, dihasankan oleh Al-Albani).


Meninggikan suaranya, berteriak dan membentak adalah dilarang. Dalam pergaulan seharian dalam masyarakat, tentu orang yang semacam ini sangat dibenci. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menegaskan, "Orang yang meninggikan suaranya terhadap orang lain, maka tentu semua orang yang berakal mengetahui, bahawa orang tersebut bukanlah orang yang terhormat."

Ibnu Zaid berkata , "Seandainya mengeraskan suara (dalam berbicara), adalah hal yang baik, tentu Allah tidak menjadikannya sebagai suara keledai." Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keledai.” (Surah Luqman ayat 19).

Kedua : Menjaga kemaluannnya (tidak berzina)

Betapa besarnya dosa berzina sehingga Allah SWT telah menetapkan hukum hudud sebagai hukuman terhadap kesalahan jenayah zina.

Allah S.W.T berfirman maksudnya : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina (yang belum berkahwin), hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
(Surah An- Nur ayat 2)

Seseorang yang melakukan zina muhsan (sudah berkahwin) , sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid al-Juhani berkata : “Seorang lelaki desa datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seraya berkata : ” Wahai Rasulullah ! Atas nama Allah, saya minta kepada tuan supaya tuan menjatuhkan hukuman kepada saya sesuai dengan Kitabullah.”

Kemudian berkata lelaki lawannya dan dia itu lebih pintar daripadanya: “Ya betul ! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan Kitabullah dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara.”

Bersabda Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam “Berbicaralah.”

Katanya : “Anak lelaki saya bekerja menjadi pekerja orang ini, maka dia berzina dengan isteri orang ini dan sesungguhnya saya telah diberitahu bahawa anak saya itu harus dihukum rejam, maka saya tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan. Kemudian saya bertanya kepada ahli ilmu, maka mereka mengatakan kepada saya bahawa anak saya itu dihukum sebat seratus kali dan dibuang negeri selama satu tahun, sedangkan isteri lelaki ini mendapat hukuman rejam (sampai mati).

Maka bersabda Rasullullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam : “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya aku akan menjatuhkan hukuman di antara kedua belah pihak sesuai dengan Kitabullah. (Tebusan) hamba sahaya dan kambing itu ditolak dan ke atas anakmu sebat seratus kali dan dibuang negeri satu tahun. Wahai Unais ! Besok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini ( dan periksa apakah dia memang berzina), jika dia mengaku, maka rejamlah dia !”

Berkata Abu Hurairah : Besok pagi Unais pergi kepada perempuan itu, (ternyata) dia mengaku (berzina).” Rasulullah memerintahkan supaya dihukum rejam, maka direjamlah perempuan itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Salah satu perbuatan dosa besar adalah berzina. Islam melarang keras perbuatan berzina kerana perbuatan ini adalah perbuatan keji dan boleh merosakkan keturunan dan akan menimbulkan persengkitaan di dalam masyarakat . Islam bukan saja melarang perbuatan zina tetapi Islam juga melarang segala bentuk perbuatan yang boleh menghampiri zina.

Di antara beberapa kaedah pokok dalam perundangan Islam, terdapat satu kaedah yang menyatakan: “Apa yang membawa kepada haram itu, hukumnya adalah haram.”

Jika perbuatan seseorang itu belum sampai kepada tahap zina yang membawa hukuman hadd, maka ia dikenakan takzir, sama ada perbuatan itu belum mencukupi syarat-syarat seperti  berkhalwat, berpeluk-peluk, bercium-ciuman dan lain-lain seumpamanya. Semua itu adalah haram dan dikenakan takzir. Ia tidak syak lagi merupakan pendahuluan zina, maksiat dan dosa besar.

Perbuatan menghampiri zina (takrabul zina) ini cukup jelas di firmankan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran surah al-Israk ayat 32 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan."

Semua perlakuan dalam hubungan di antara lelaki dan wanita yang sudah akil baligh dan bukan mahram, samaada dari segi zahir atau batin dikira sebagai perbuatan zina. Apa lagi perhubungan fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbun, berdua-duaan, berdansar dan berhimpit-himpitan), terutama dalam keadaan aurat terdedah.

Dalam Islam, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita ajnabi dilarang keras kerana segala tindak tanduk dalam pergaulan itu membuka peluang kepada mukadimah zina dan seterusnya melakukan perbuatan terkutuk itu.

Nabi Sallalahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu.” (Hadis riwayat Ahmad)
 
Sabda Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud :
“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.”
(Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Apakah kesan-kesan perbuatan zina ini kepada seseorang?

1. Dalam zina terkumpul pelbagai dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilang sikap warak(menjaga diri daripada dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, pada hal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3.  Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak dipercayai.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut dan badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah disebalik daripada apa yang diinginkannya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah, maka Allah akan memberikan sebaliknya daripada apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina lelaki tidak akan mendapat bidadari jelita di syurga nanti , untuk wanita penzina pula dia tidak layak menjadi ketua bidadari syurga.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturahim, derhaka kepada ibu bapa, pekerjaan haram, zalim dan menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada penzina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada  akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya dia bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya. Jika wanita yang berzina itu hamil dan untuk menutup aibnya, ia menggugurkannya, maka dia telah berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga dia hamil dan membiarkan anak itu lahir, maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan tanpa disedari siapa dia sebenarnya! Na'udzubillahi min dzalik!

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit aids, sifilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka, baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud (bukit berhampiran dengan Kota Madinah)


Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat daripada bencana durjana ini. Perangailah iblis dan agen-agen yang mengajak kita ke arahnya!

Jika umat Islam berjaya menjauhkan diri daripada perbuatan zina maka ini adalah syarat kedua seseorang itu dijamin untuk memasuki syurga Allah SWT oleh Nabi Sallalahu ‘Alaihi Wasallam.


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbaiki dan menjaga lidah kita supaya sentiasa berkata benar dan terhindar daipada dosa-dosa lidah, dan menjaga akhlak kita supaya dijauhi daripada menghampiri zina dan terpelihara daripada perbuatan zina yang terkutuk. Sebagai seorang bapa atau ibu dan sebagai seorang mukmin perlulah kita menasihati anak-anak kita dan masyarakat Islam seluruhnya supaya menjauhi dua perkara larangan daripada Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam dengan ini kita berpeluang untuk menikmati syurga yang penuh kenikmatan di hari akhirat nanti.






Monday, November 7, 2011

Jangan Doakan Kebinasaan dan Berilah Kemaafan Kepada Sesama Mukmin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Seorang muslim tidak di benarkan mendoakan orang lain untuk keburukannya, apalagi dengan maksud ingin menghancurkanya, mendoakan keburukan orang lain sahaja di larang apalagi jika kita mendoakan kebinasaan saudara kita yang seiman dan seakidah.

Dari Abu Hurairah berkata bersabda Rasulullah SAW : "Apabila seseorang berkata : 'Binasalah manusia', maka dialah yang akan binasa." (Hadis Riwayat Muslim)

Mendoakan kebinasaan orang lain hanya di dorong oleh perasaan sakit hati di atas kesalahan atau kesilapan orang lain kepada diri kita adalah dilarang dan di tegah oleh agama. Sifat pemaaf adalah sifat mahmudah yang sangat dituntut oleh Islam.

Salah satu di antara ajaran Islam yang sangat agung adalah ajaran untuk saling memaafkan. Memafkan bermaksud orang lain yang yang mempunyai kesalahan kemudian kita memberi maaf. Sementara kalau kita yang mempunyai kesalahan maka wajib bagi kita untuk meminta maaf.

Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
 Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )


Kadang kala kita bertemu dengan seseorang yang sedang marah berkata, "Sampai mati pun aku tidak akan memaafkan kesalahannya, aku akan tuntut di akhirat."

Kata-kata seperti ini adalah bukan sifat orang yang beriman, kerana ianya lahir daripada perasaan sombong dan takbur dalam diri seseorang. Sedangkan Allah SWT yang Maha Pencipta sekelian makhluk boleh memaafkan kesalahan hamba-hamba-Nya dengan sifat Al-'Afuwwu, adakah kita lebih hebat daripada Allah SWT? Ingat sesiapa yang ada dalam hatinya sifat sombong tidak akan dapat memasuki syurga Allah SWT.

Memaafkan seseorang yang kita tidak mampu membalasnya adalah sifat yang  mulia, kerana kedudukan kita pada saat itu lemah. Sementara memaafkan seseorang yang kita mampu untuk membalasnya adalah lebih baik dan lebih mulia kerana pada saat itu kedudukan kita kuat dan boleh melakukan apa saja. Ketika seseorang berusaha untuk menjadi pemaaf bermakna ia telah berusaha untuk meniru sifat Allah S.W.T. iaitu Al-‘Afuwwu yang Maha Pemaaf. Seseorang yang memaafkan orang lain adalah orang yang cuba menghilangkan luka hatinya akibat kesalahan yang di lakukan orang lain terhadapnya.

Sifat pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada setiap mukmin. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah SWT.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Orang yang bersifat pemaaf adalah golongan berjaya menahan nafsu amarahnya terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati. Perasaan insan pemaaf selalunya bebas daripada perasaan buruk sangka dan dendam.

Perlulah kita mengambil contoh peribadi Nabi SAW apabila malaikat yang menjaga bukit menawarkan diri untuk menghancurkan penduduk Kota Thaif kerana mencederakan baginda semasa berdakwah di sana, tetapi Nabi SAW tetap tidak mengizinkan mereka yang derhaka dihancurkan kerana sifat pemaaf baginda dan mengharapkan suatu masa nanti anak keturunan mereka daripada tempat tersebut akan menjadi pejuang-pejuang Islam. Terbukti doa Nabi SAW dikabulkan oleh Allah SWT ramai para mujahid Islam lahir daripada Kota Thaif.

Sahabat yang dimuliakan,
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Tiada ubat paling mujarab merawat penyakit hati melainkan dengan berlapang dada, memberi kemaafan secara ikhlas akan mengembalikan ketenteraman, ketenangan serta menambahkan khusyuk ketika beribadat.

Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah yang menjadi takdir perlu dihadapi dan sekali-kali tidak akan terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan.

Sebagai makhluk yang lemah dan selalu membuat kesilapan, berdoalah kepada Allah SWT supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan kemaafan sekalipun kita berada di pihak yang benar.

Apa yang mendukacitakan, ramai kalangan kita terlalu berat untuk memaafkan kesilapan orang lain samaada kepada isteri, jiran tetanga, sahabat handai, saudara mara atau orang-orang di bawah jagaan kita. Mereka memiliki sifat keras hati dan tidak mahu mengalah apabila berada dalam situasi genting. 

Ingatlah sifat sukar memberi maaf adalah penyakit hati yang bersarang dihati kalian dan penyakit ini apabila tidak di ubati ianya akan menjadi barah yang akan menghalang taufik dan hidayah Allah SWT sampai kepada hati kalian. Jika kalian bersedia memberi maaf nescaya Allah SWT akan mudah memaafkan segala kesalahan-kesalahan  kalian kepada-Nya dan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat nanti.

Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid radiallahu ’anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". 

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendaki".

Dia berkata : "Aku mau diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat."

Baginda S.A.W menjawab : " Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya."

Sahabat yang dikasihi,
Marilah bersama mentarbiahkan diri dengan menjinakkan lidah untuk mengucap kemaafan sementara tangan menghulurkan salam kemaafan kepada sesiapapun tidak kira sebesar mana kesalahan kerana dalam sifat pemaaf terkandung keberkatan dan kemuliaan yang tinggi.

Yakinlah, jika kita bersedia memberi kemaafan kepada seseorang nescaya orang juga bersedia memaafkan keterlanjuran kita. Marilah buang segala sifat mazmumah supaya perasaan sakit hati, benci dan marah dapat dijauhi.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: "Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya." (Hadis riwayat Bukhari).

Walaupun kalimah maaf sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.

Sunday, November 6, 2011

Laksanakan 11 Amalan Kebaikan Dapat Membantu di Alam Barzakh dan Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang berpeluang hidup di dunia ini, dia boleh membuat pilihan samaada ingin menjadi seseorang yang beriman, bertakwa dan beramal soleh atau pun menjadi manusia yang kufur, derhaka dan melakukan maksiat kepada Allah SWT. Setiap diri manusia akan dipertanggungjawabkan di atas amalannya semasa hidup dimuka bumi Allah SWT. Apabila sahaja manusia meninggalkan alam ini , semuanya akan menuju kepada dua alam lagi iaitu alam barzakh dan alam hari akhirat.

Ketika manusia berada di saat sakratul maut maka ketika itu semua amalannya semasa di dunia akan di ulang tayang, samaada baik atau buruk. Manusia akan ditunjukkan kemana akan ditujunya nanti selepas kematiannya samaada ke neraka atau ke syurga!. Alam barzakh adalah alam persingahan sementara sebelum berlakunya hari kiamat.

Ketiak berada di alam barzakh manusia tidak perlu melakukan lagi amal ibadah , amal soleh dan amal kebajikan kerana semuanya sudah terputus melainkan amalan-amalan yang telah dia kerjakan semasa hidup di dunia dahulu.

Jika seorang yang mati membawa dosa besar kepada Allah SWT dan dia tidak  sempat bertaubat, dia melakukan fitnah sesama muslim, merampas hak orang lain dan menganiaya  orang lain dan dia tidak minta maaf kepada mereka dan membuat pelaburan dosa yang berpanjangan maka amat rugilah serugi-ruginya .

Manusia akan menyesal seribu penyesalan kerana baru dia sedar bahawa rupa-rupanya dia telah tertipu dengan keindahan dunia. Hidup sentiasa mengikut hawa nafsu, kemewahan harta yang dikumpul secara haram, keenganannya mengiktiraf hukum-hukum Allah SWT, menolak hukum hudud, perjuangannya yang lari daripada perjuangan Islam (menghina ulama dan para pendakwah Islam) dan hidupnya penuh hasad dengki, fitnah memfitnah, mengadu domba, mengumpat, menzalimi orang lain dan buruk sangka kepada qada dan qadar Allah SWT. Kesemua kemugkaran ini adalah bala yang perlu dia tanggung di alam barzakh dan hari akhirat.

Alangkan ruginya manusia hidup yang terlalu singkat di dunia ini menjadikan dia manusia yang hidup sengsara di hari akhirat. Masa sehari di hari akhirat sama dengan hidup 1000 tahun di dunia. Jika umur seseorang itu di dunia 70 tahun baru bersamaan dengan 1jam 41 minit di hari akhirat. Sedangkan hidup di hari akhirat bukan seribu tahun atau sejuta tahun tetapi hidup di hari akhirat adalah selama-lamanya.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita renungkan sejenak , apakah amalan yang perlu kita lakukan supaya kita tidak mendapat musibah dan kesengsaraan ketika bertemu Allah SWT nanti. Kita lihat beberapa hadis Nabi SAW untuk dijadikan pengajaran.

Daripada Abu Ayyub al-Ansari, katanya : "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah SAW. "Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat masukkan aku kedalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturahim." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat empat amalan yang memasukkan seseorang ke dalam syurga Allah SWT iaitu :

1. Beribadah kepada Allah SWT dan tidak mensyirikkan-Nya.

2. Mendirikan solat.

3. Mengeluarkan zakat.

4. Menjalinkan silaturahim.

Jabir bin Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya:' Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal soleh sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh) dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda'.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis di atas terdapat lima amalan yang di perintahkan oleh Nabi SAW untuk kita amalkan ;

1. Bertaubatlah kepada Allah SWT.

2. Segerakanlah mengerjakan amal soleh.

3. Jalinkanlah hubungan dengan Allah SWT (berzikir)

4. Banyakkan bersedekahlah secara sembunyi atau terang-terangan.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasrkan hadis di atas tiga amalan yang akan berterusan yang akan diperolehi oleh manusia iaitu :

1. Sedekah jariah.

2. Ilmu yang bermanfaat.

3. Anak yang soleh yang mendoakannya.

Nabi SAW. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SWT. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Berpandukan empat hadis di atas maka dapat disimpulkan bahawa terdapat 11 amalan yang boleh menyelamatkan seseorang daripada azab dan seksaan di alam barzakh dan di hari akhirat. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Beribadah kepada Allah SWT dan tidak mensyirikkan-Nya.

2. Mendirikan solat.

3. Mengeluarkan zakat.

4. Menjalinkan silaturahim.

5. Bertaubatlah kepada Allah SWT.

6. Segerakanlah mengerjakan amal soleh.

7. Jalinkanlah hubungan diantara AllahSWT (berzikir)

8. Banyakkan bersedekahlah secara sembunyi atau terang-terangan.

9. Ilmu yang bermanfaat.

10. Anak yang soleh yang mendoakannya.

11. Menangguhkan hutang atau membebaskan hutang.


Huraiannya :

1. Beribadah kepada Allah SWT dan tidak mensyirikkan-Nya.

Akidah dan keimanan yang sahih dan tidak bercampur  aduk dengan syirik adalah perkara yang paling  penting. Amal ibadah seorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT jika bercampur dengan syirik atau menyekutukan-Nya dengan makhluk-Nya.

Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya.  Allah SWT. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisa' ayat 48).

Firman Allah SWT  yang bermaksud :
"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab, "Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar petuah Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah anda menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar." (Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

2. Mendirikan solat.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam
Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang
yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Mengeluarkan zakat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “ Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritakanlah kepada mereka (bahwa mereka akan mendapat) seksa yang pedih pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam. Lalu, dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka. (Kemudian dikatakan) kepada mereka, “ Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.”  (Surah at-Taubah ayat 34-35)

Hadis riwayat Abu Zar ra., ia berkata: Aku menghampiri Nabi SAW. yang sedang duduk di bawah bayang-bayang Kaabah. Ketika baginda melihatku baginda bersabda: "Mereka benar-benar merugi, demi Tuhan Kaabah!". Kemudian aku duduk, tetapi tidak tenang, maka aku segera bertanya: "Wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku sebagai tebusanmu, siapakah mereka?" Rasulullah SAW. menjawab: "Mereka adalah orang-orang yang paling banyak harta, kecuali yang berkata begini, begini dan begini (baginda memberi isyarat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri). Mereka yang mau berbuat demikian sangat sedikit. Setiap pemilik unta atau sapi atau kambing yang tidak mau membayar zakatnya, pasti nanti pada hari kiamat, hewan-hewan itu akan datang dalam keadaan lebih besar dan lebih gemuk dari sebelumnya, menanduki pemiliknya dengan tanduk-tanduknya dan menginjak-injak dengan telapak kaki-telapak kakinya. Setiap kali yang lain telah selesai, datang lagi yang pertama sampai diputuskan di hadapan seluruh manusia. (Hadis Riwayat Muslim No.1652)

4. Menjalinkan silaturahim.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?" tanya Rasulullah SAW kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menghubungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim" (Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim).

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa yang memutuskan kekeluargaan, Aku akan putuskan hubungan-Ku dengan dia, dan barang siapa yang menyambungkan tali kekeluargaan, Aku akan mengukuhkan tali kekeluargaannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ar-Rahim yang bergantung di Arsy berkata, “Barang siapa menyambungkan silaturahim, Allah akan menyambungkan (berkumunikasi) dengannya, dan barang siapa yang memutuskan silaturahim, Allah juga akan memutus hubungan dengannya”. (Hadis Riwayat Mutaffaqun `alaihi).

5. Bertaubatlah kepada Allah SWT.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)

6. Segerakanlah mengerjakan amal soleh.

Apakah jenis-jenis amal soleh yang perlu di lakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT?

Terdapat dua jenis amal soleh yang perlu dilakukan iaitu pertama, semua ibadah khusus di antara para hamba dengan Tuhannya (seperti membaca al-Quran,  berzikir, puasa, haji, solat dan lain-lain lagi) dan kedua semua amal kebaikan di antara manusia sesama manusia.(seperti sedekah, berdakwah, membantu kesusahan orang lain, membuang duri dijalan, membayar zakat, mengajarkan ilmu dan lain-lain lagi)

Firman Allah SWT yang bermaksud :  “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi ayat 110)

7. Jalinkanlah hubungan diantara Allah SWT (berzikir)

Basahkanlah lidah kalian dengan zikrullah, menyebut dan mengingati Allah SWT  ketika berseorangan atau dengan  ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Zikir yang dilaksanakan secara berterusan akan menghidupkan hati, merasa cinta yang mendalam kepada Allah SWT dan telah terbina ikatan perhubungan yang erat dengan Allah SWT. Alangkan bahagianya hidup ini sekiranya nur taufik dan hidayah daripada Tuhan yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang menyerap masuk di dalam hati kalian, kerana nikmat inilah yang telah dimiliki oleh golongan muttaqin, solihin, muhlisin dan muqarrabin.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan berzikirlah engkau semua kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, supaya engkau semua berbahagia." (Surah al-Jumu'ah ayat 10)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Ada dua kalimat yang ringan pada lisan -yakni mudah diucapkan, tetapi berat sekali dalam timbangan -di akhirat-, dicintai oleh Allah Maha Pengasih, iaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahil 'azhim." (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung)." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Malik al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Bersuci itu adalah separuh keimanan, bacaan Alhamdulillah itu adalah memenuhi beratnya timbangan -di akhirat, sedang Subhanallah dan Alhamdulillah itu memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi." (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyakkan bersedekahlah secara sembunyi atau terang-terangan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tidaklah seorang yang bersedekah dengan harta yang baik, Allah tidak menerima kecuali yang baik, kecuali (Allah) Yang Maha Pengasih akan menerima sedekah itu dengan tangan kanan-Nya. Jika sedekah itu berupa sebuah kurma, maka di tangan Allah yang Maha Pengasih, sedekah itu akan bertambah sampai menjadi lebih besar dari gunung, sebagaimana seseorang di antara kalian membesarkan anak kudanya atau anak untanya. (Hadis Riwayat Muslim No.1684)

Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Barang siapa di antara kalian mampu berlindung dari neraka walau hanya dengan separuh kurma, maka hendaklah ia melakukannya (bersedekah)." (Hadis Riwayat Muslim No.1687)

9. Ilmu yang bermanfaat.

Sesiapa yang mengajarkan ilmu Islam atau menyebarkan ilmu yang bermanfaat akan mendapat ganjaran yang berterusan apabila ada orang yang mengambil dan mengamalkannya. Orang yang berilmu adalah orang yang mulia di sisi Allah SWT.

Allah SWT telah memuji para ulama (orang berilmu)  melalui firman-Nya yang bermaksud : "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)." (Surah al-Faatir ayat 28)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang membuat kebaikan dalam Islam maka baginya akan mendapat ganjaran serta ganjaran orang-orang yang mengikuti sesudahnya tanpa dikurangi sedikit pun. Dan barangsiapa membuat dalam Islam satu perbuatan yang buruk , maka baginya akan mendapat dosa ditambah dosa-dosa orang-orang yang mengikuti sesudah itu." (Hadis Riwayat Muslim)

10. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.

Setiap mukmin perlulah mendidik anak-anaknya menjadi soleh dan solehah. Kerana mereka nanti akan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya ketika berada di alam barzakh, maka akan mengurangkan seksaan yang mereka terima semasa di sana. Bukan setakat doa saja tetapi segala amal soleh dan amal kebaikan yang dilakukan oleh si anak di dunia ini akan menjadi pahala dan saham akhirat untuk ibu bapa kerana kesolehan mereka adalah hasil daripada didikan ibu bapa dahulu ketika hidup di dunia.

Doa anak yang soleh yang mentaati kedua ibu bapa adalah mustajab di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda tentang Uwais bin ‘Amir maksudnya : “Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa, pasti Allah SWT akan memakbulkan.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

11. Menangguhkan hutang atau membebaskan hutang.

Seorang mukmin yang sentiasa memberikan pertolongan kepada saudaranya yang memerlukan pertolongan adalah satu sifat mahmudah yang mulia di sisi Allah SWT. Dia sanggup memberi bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman dan memberi tempuh tertentu untuk saudaranya membayarnya, jika saudaranya belum berkemampuan dia masih berlapang dada dan memberi tempuh lagi sehingga kemampuannya diperolehi dan dia tidak akan bermusuh dengan saudaranya hingga memutuskan silaturahim.

Allah SWT memberi jaminan bahawa mukmin yang mampu berlapang dada dalam bab keduniaan (harta-benda)  ini akan mendapat perlindungan Arasy-Nya di Padang Mahsyar ketika orang lain sedang kepanasan dan mencari perlindungan.

Dalam hadis yang lain daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan 11 perkara di atas dalam usaha kita memperhambakan diri kepada Allah SWT, mencari reda dan kasih sayang-Nya semasa hidup di dunia ini. Ingatlah segala kebaikan yang kita lakukan di dunia ini tidak akan sia-sia semuanya akan dibalas oleh Allah SWT ketika kita berhadapan dengan pengadilan Allah SWT nanti di akhirat. Amalan-amalan inilah yang akan membantu dan akan menjadi "peguam bela" kepada kita semua samaada ketika berada di alam barzakh atau pun ketika berada hari akhirat.