Friday, July 10, 2015

Doa-doa Selepas Tahyat Akhir.

Terdapat 10 doa yang boleh di baca selepas tahyat akhir sebelum salam. Selepas membaca salah satu doa-doa tersebut bolehlah berdoa dengan doa yang di hajatkan untuk kepentingan dunia dan akhirat. 

Doa-doa tersebut adalah seperti berikut : 

1) Doa pertama berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ ŰŹَهَنَّمَ ، وَمِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ، وَمِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَŰ§Ù„ْمَمَۧŰȘِ ،
وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„

Dan mafhumnya : Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.

2) Doa kedua berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari. (sangat baik diamalkan jika kita ada situasi hutang) : 

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰłِÙŠŰ­ِ Ű§Ù„ŰŻَّŰŹَّŰ§Ù„ِ ، وَŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَŰ­ْيَۧ وَفِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ْمَمَۧŰȘِ ، Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْمَŰŁْŰ«َمِ وَŰ§Ù„ْمَŰșْ۱َمِ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang. 

3) Doa ketiga berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari juga. Doa yang ini amat baik untuk melupuskan sifat mazmumah yang ada pada diri kita. :

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰšُŰźْلِ، وَŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„ْŰŹُŰšْنِ، وَŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ ŰŁَنْ ŰŁُ۱َŰŻَّ Ű„ِلَى ŰŁَ۱ْŰ°َلِ Ű§Ù„ْŰčُمْ۱ِ، وَŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ وَŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„ْقَŰšْ۱ِ.

Dan mafhumnya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.

4) Doa keempat berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam An-Nasaie. Doa yang amat baik untuk memohon ALLAH jadikan kita hambaNYA yang bersyukur dan sentiasa mengingatiNYA :

َۧللَّهُمَّ ŰŁَŰčِنِّيْ Űčَلَى Ű°ِكْ۱ِكَ، وَŰŽُكْ۱ِكَ، وَŰ­ُŰłْنِ ŰčِŰšَۧۯَŰȘِكَ.

Dan mafhumnya : “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu

5) Doa kelima berdasarkan hadis riwayat Imam An-Nasaie.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ ŰčَمِلْŰȘُ ، وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ لَمْ ŰŁَŰčْمَلْ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan.

6. Doa yang keenam. Doa ini untuk memohon ALLAH mudahkan urusan hisab / perbicaraan kita di mahkamah ALLAH di akhirat nanti.

Ű§Ù„Ù„Ù‡Ù… Ű­َۧ۳ِŰšْنِي Ű­ِŰłًَۧۚۧ يَŰłِÙŠŰ±َۧ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

7. Doa yang ketujuh dari riwayat Imam Bukhary. Doa ini adalah doa taubat. sesuai sangat dibaca selepas membaca tahiyyat akhir dalam solat taubat.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰžَلَمْŰȘُ نَفْŰłِي Űžُلْمًۧ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ وَلَۧ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ ، فَۧŰșْفِ۱ْ لِي مَŰșْفِ۱َŰ©ً مِنْ ŰčِنْŰŻِكَ ، وَۧ۱ْŰ­َمْنِي Ű„ِنَّك ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.

8. Doa kelapan dari riwayat Imam Abu Daud.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّي ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ يَۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„ْŰŁَŰ­َŰŻُ Ű§Ù„Ű”َّمَŰŻُ Ű§Ù„َّŰ°ِي لَمْ يَلِŰŻْ وَلَمْ يُولَŰŻْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًۧ ŰŁَŰ­َŰŻٌ ، ŰŁَنْ ŰȘَŰșْفِ۱َ لِي Ű°ُنُÙˆŰšِي Ű„ِنَّكَ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْŰșَفُÙˆŰ±ُ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمُ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang. 

9. Doa kesembilan riwayat Imam Abu Daud.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِي مَۧ قَŰŻَّمْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰźَّ۱ْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َ۱ْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰčْلَنْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َفْŰȘُ ، وَمَۧ ŰŁَنْŰȘَ ŰŁَŰčْلَمُ Űšِهِ مِنِّي ، ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُقَŰŻِّمُ وَŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُŰ€َŰźِّ۱ُ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ

Dan mafhumnya : Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.

10. Doa kesepuluh dari hadis riwayat imam Abu Daud juga, doa memohon dimasukkan ke syurga dan diselamatkan dari neraka

َۧللَّهُمَّ Ű„ِنِّيْ ŰŁَŰłْŰŁَلُكَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَŰŁَŰčُوْŰ°ُ Űšِكَ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

Dan mafhumnya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.

Alhamdulillah berjaya juga mengumpulkan 10 doa-doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw selepas membaca tasyahhud / tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam.

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redho dan rahmat ALLAH dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka….

Hafiz Termuda Di Dunia

Inilah Apa Yang Dilakukan Ibu 3 Al-Hafiz Termuda di Dunia Saat Beliau Hamil



Ingin mempunyai anak yang hafal Al Qur'an? Cara yang dilakukan oleh Rasya el-Ghayyar, ibu kepada 3 hafiz termuda di dunia (Tabarak, Yazid, Zeenah), ini boleh kita cuba praktikkan.

Ketika Rasya hamil, beliau melakukan sekurang-kurangnya tiga perkara yang berkaitan langsung dengan cita-cita untuk mempunyai anak penghafal Qur'an:

Banyak Tilawah

Doktor yang menjadi pensyarah di Batterje Medical College itu selalu melazimi membaca Al Qur'an sejak sebelum berkahwin. Ketika beliau hamil, kebiasaan tilawah itu terus beliau lakukan. Bahkan kebiasaannya lebih banyak dari hari-hari sebelumnya.

Menghafal Al-Quran

Selain banyak tilawah, Rasya juga berusaha menambah hafalannya ketika ia mengandung. Baik anak pertama (Tabarak), anak kedua (Yazeed), mahupun anak ketiga (Zeenah).

Berdoa

Rasya sering memanjatkan doa khusus pada waktu hamil. Beliau berdoa sebagaimana doa isteri Imran yang mulia:

۱ۚ Ű„Ù†ÙŠ Ù†Ű°Ű±ŰȘ لك Ù…Ű§ في ŰšŰ·Ù†ÙŠ Ù…Ű­Ű±Ű±Ű§ فŰȘÙ‚ŰšÙ„ مني Ű„Ù†Ùƒ ŰŁÙ†ŰȘ Ű§Ù„ŰłÙ…ÙŠŰč Ű§Ù„Űčليم

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menadzarkan kepada Engkau anak yang ada dalam kandunganku menjadi hamba yang solih dan berkhidmat. Kerana itu, terimalah (nadzar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "(QS. Ali Imran: 35)

Sambil berdoa, Rasya menazarkan anaknya menjadi anak yang taat kepada Allah dan berbakti untuk Al-Quran.

BIIDZNILLAH, doa itu kemudian dikabulkan Allah. Tabarak yang lahir pada 20 Zulhijjah 1423 H bertepatan dengan 22 Februari 2003, mulai menghafal Al Qur'an pada usia 3 tahun dan menjadi hafiz pada usia 4.5 tahun. Beliau lulus ujian al Jamiyyah al Khairiyah li Tahfizh al Qur'an al Karim di Jeddah dan al Hai'ah al 'Alamiyah li Ta'lim al Qur'an al Karim milik Rabithah al' Alam al Islami dengan peringkat mumtaz (cemerlang). Tabarak tercatat sebagai hafiz termuda di dunia.

Anak kedua, Yazid Tamamuddin juga hafal Al-Quran 30 juz pada usia 4.5 tahun. Ia bahkan mendapatkan nilai lebih tinggi daripada kakaknya. Walaupun sama-sama mumtaz, Tabarak mendapat nilai 90 dan Yazeed mendapat nilai 95.

Anak ketiga juga demikian. Zeenah el Laboody hafal Al-Quran 30 juz pada usia kurang dari lima tahun.

Akhirnya, jadilah ketiganya menjadi 3 hafiz termuda di dunia. Masya Allah ...  (Bersamadakwah)

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

Thursday, July 9, 2015

Lailatul Qadar Malam Penuh Berkat

Apakah dia 'Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh berkat. Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam kemuliaan dari Loh Mahfuz ke Baitul Izzah.

Lailatul Qadar juga adalah satu malam berlaku di bulan Ramadan (terutama 10 malam terakhir), malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.(83 tahun 4 bulan)

Ketika berlakunya Lailatul Qadar  Malaikat Jibril dan malaikat rahmat diturunkan ke dunia pada malam tersebut. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).

Lailatul Qadar adalah satu malam untuk Allah berikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang meyakini janji Allah. Mereka bersungguh merebut peluang di penghujung Ramadan yang tidak diperoleh pada bulan lain

Apakah amalan-amalan yang perlu dilakukan pada malam kemuliaan ini (Lailatul Qadar)?

Sebaik-baik amalan adalah :

1. Berikhtikaf di masjid .

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” ( Hadis Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah)

2. Berdoa dan bermunajat.

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah. Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa pada malam itu, khususnya pada:
 Masa berlalunya separuh malam. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.

Dalam sebuah hadis riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?

Baginda menjawab: “Bacalah:

َۧللَّهُمَّ ِۧنَّكَ Űčَفُوٌّ كَ۱ِيْمٌ ŰȘُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْŰčَفْوَ، فَۧŰčْفُ Űčَنِّىْ وَۧŰșْفِ۱ْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”

Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
peliharalah kami dan siksa neraka." (Surah Al-Baqarah ayat 201).

3. Solat terawih dan solat tahajud.

Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , baginda menghidupkan malam (qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” ( Muttafaqun alaih)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa bangun pada malam lailatulqadar kerana dorongan iman dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya terdahulu.” (Muttafaqun ‘alaih)

4. Membaca al-Quran dan memahami maksudnya :

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.“

5. Berzikir dengan bertahlil, bertahmid dan bertakbir.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

6. Berselawat kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzab ayat 56)

Berselawat ke atas Rasulullah SAW bermakna kita berdoa memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita, Nabi Muhammad SAW.

Marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan amal ibadah kita di sepuluh malam yang terakhir ini kerana ibadah di waktu ini ada dua kebaikan menanti iaitu Pembebasan daripada api neraka dan mendapat Lailatul Qadar.

Berusahalah banyakkan berikhtikaf di masjid kerana suasana di masjid lebih tenang, damai dan tenteram. Perbagaikan beribadah seperti solat tahajud, solat taubat, solat hajat, berzikir, membaca al-Quran, berdoa dan berselawat kepada Nabi SAW. Yakinlah kalian semua akan bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini dan doa-doa kalian semua akan diterima oleh Allah SWT.

Menghayati Dan Mencari Lailatul Qadar Pada Malam-malam Ganjil Akhir Ramadan.

Kita semua berada ambang akhir Ramadan, hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita.

Kita masih memiliki 4 malam ganjil lagi yang ditekankan oleh Rasulullah SAW sebagai masa terpenting untuk bertemu Lailatul Qadar iaitu malam 23, 25, 27 dan 29.

‘Ubadah bin as-Shamit berkata: “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar akan memberitahukan tentang Lailatul Qadr, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahukan kalian tentang Lailatul Qadr. Tetapi sesungguhnya si Fulan dan si Fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang waktu Lailatul Qadr). Namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. Carilah Lailatul Qadr pada malam tujuh, sembilan dan lima (yang terakhir).” (Hadis riwayat Bukhari). 

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232)

Buatlah persiapan serapi mungkin kerana jika jatuh Lailatul Qadar pada malam ini sungguh besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Segala amal ibadah, solat fardu dan solat terawih, solat tahajjud, berdoa dan munajat, zikir, bacaan al-Quran, sedekah dan amal-amal soleh yang lain fadilatnya lebih baik daripada 1000 bulan. Maksud lebih baik daripada 1000 bulan adalah amalan kita kebaikannya melebihi 1000 bulan.

Imam Nawawi rahimahullah, berkata: "Malam Lailatul Qadar dapat disaksikan oleh orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun dalam bulan Ramadan, sebagaimana yang telah diterangkan dengan jelas dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. dan diberitakan juga oleh orang-orang yang soleh ...." (Al-Majmu' 6:403)

Kemudian Imam Nawawi menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi rahimahullah, dalam kitabnya "Al-Hawi": Bahawa orang yang dapat menyaksikan malam Lailatulqadar, elok ia menyembunyikan perkara-perkara yang telah disaksikan (supaya ia terselamat dari perasaannya) dan hendaklah ia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas dan sepenuh-penuhnya yakin, dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya dan biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama dan hari akhirat."

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : 

“Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam al-Qadar Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.”

Pernah berlaku Lailatul Qadar di zaman Nabi SAW pada siang harinya matahari diliputi kabus hingga cahayanya tidak menyilaukan.

Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila Lailatul Qadar itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.” (Hadis Riwayat Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).

Jika amalan kita bertepatan dengan malam al-Qadar, maka amalan tersebut adalah bersamaan 1000 bulan iaitu amal soleh yang kita kerjakan bermula daripada masuk sahaja waktu magrib hinggalah masuk waktu subuh .

Tanda awal malam tersebut adalah Lailatul Qadar hati kita akan tenang, gembira dan apa saja amalan yang kita kerjakan akan melahirkan kekusyukan dan keseronokan. Hati mukmin yang bersih dan sejahtera akan dapat merasai kehadiran malaikat rahmat dan malaikat Jibril kerana malaikat membawa aura atau gelombang/ cahaya putih yang mulia yang akan mengucap salam sejahtera kepada mukmin yang sedang beribadah kepada Allah SWT.

Beruntunglah jika saat kehadiran Lailatul Qadar kita sedang berdoa dan bermunajat kepada Tuhan Rabbul Jalil kerana mustajab doa ketika itu. Mintalah kepada Allah SWT kebahagiaan dunai dan akhirat dan di bebaskan daripada seksaan api neraka. Dan mohon diampunkan Allah SWT segala dosa-dosa kita yang telah lalu, di kekalkan dalam iman dan Islam, dijauhi daripada musibah dan bencana. Di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan isteri yang solehah dan di kurniakan Syurga Firdaus yang tinggi di akhirat nanti.

Bertawakal Kepada Allah SWT. - Mendapat Minyak Percuma.

Seorang Lelaki TAK CUKUP Duit Isi Minyak Dan TAWAKAL Kepada Allah… TIBA-TIBA…


Share on Facebook0Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Share on TumblrShare on StumbleUpon0Digg thisEmail this to someone

Seorang Lelaki TAK CUKUP Duit Isi Minyak Dan TAWAKAL Kepada Allah… TIBA-TIBA…

Sejak petrol naik harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap ..
“ambillah akak malas nak refund ke dalam..”
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, “eh apesal?”
Dia jawab dalam menahan sebak.
“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,”
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
“Dah tertulis rezeki awak,”
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah ‘banjir’ dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..
Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.
Kredit Pnut Syafinaz

Wednesday, July 8, 2015

Himpunan doa-doa dari hadis-hadis sahih yang di amalkan oleh Rasulullah SAW.:

Dengan nama Allah Yang bersama Nama-Nya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Medengar lagi Maha Mengetahui

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu seluruh kebaikan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat), kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.

Dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang segera (dunia) dan yang tertunda (akhirat), yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.

Aku meminta kepada-Mu kebaikan semua doa yang pernah diminta oleh hamba dan nabi-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan, yang hamba dan nabi-Mu pernah berlindung darinya.

Aku memohon syurga kepadaMu dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya. Aku berlindung kepadaMu dari neraka dan segala perkataan dan perbuatan yang mendekatkan kepadanya.

Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, keberlebih-lebihan dalam perkaraku, dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah diriku dalam kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku, kesengajaanku, dan semua itu adalah berasal dari sisiku. Ya Allah, ampunilah aku dari segala dosa yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, segala dosa yang aku sembunyikan dan yang aku tampakkan, dan dosa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku, Engkaulah Yang Maha Mendahulukan dan Yang mengakhirkan, dan Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu."

Aku meminta segala sesuatu yang telah Engkau takdirkan untukku, hendaklah Engkau jadikan kebaikan bagiku."

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya

Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal

Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari keburukan apa-apa yang Dia ciptakan.

Ya Allah sungguh aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefaqiran, Ya Allah sungguh aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, tidak ada Ilah kecuali Engkau” 

Ya Allah! Tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah

Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu agar tidak menyekutukan-Mu kepada sesuatu, sedang kami mengetahuinya, dan kami memohon ampun terhadap apa-apa yang tidak kami ketahuinya."

Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya' 

Ya Allah, lindungi kami dari perasaan ketakutan dan kesedihan, jauhi kami dari sikap lemah dan malas, lindungi kami dari sifat penakut dan kedekut, bebaskan kami dari bebanan hutang dan penindasan orang"..

Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya

Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu agar tidak menyekutukan-Mu kepada sesuatu, sedang kami mengetahuinya, dan kami memohon ampun terhadap apa-apa yang tidak kami ketahuinya."

Ya Allah! Tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah) 

Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul.

Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima .

Ya Allah berikanlah kesehatan bagi badanku, bagi pendengaranku, bagi penglihatanku, dan tidak ada Ilah kecuali Engkau”

“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri , dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu)

Ya Allah, aku berlindung dari keburukan yang telah aku perbuat dan keburukan yang belum aku perbuat." 

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janjiMu, semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Karena sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau” 

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)."

Ya Allah, perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku, perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku, perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku, dan jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku, dan jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan) itu mudah, jika Engkau menghendakinya mudah.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari fitnah neraka dan azab neraka, serta dari keburukan kekayaan dan kefakiran

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan) itu mudah, jika Engkau menghendakinya mudah.

Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Engkau mencintai orang yang meminta ampun, kerananya ampunlah aku.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Monday, July 6, 2015

Air Rendaman Kurma

Minumlah Air Rendaman Kurma, Inilah yang Akan Terjadi Pada Tubuh Anda..

Buat sahabat yang lemah bertenaga. Saat Puasa..
Apa itu air Nabeez..?

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam wadah yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Sumber mengatakan: air nabeez ini merupakan kegemaran Rasulullah SAW. Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satunya) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) dan meminum air rendaman kurma tersebut diwaktu pagi hari. Airnya nabi minum & buah kurma yg sudah lembut, nabi telan sekali telan.

Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim sebagai berikut :

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang budak wanita asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya.

Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.”

Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari lalu meminumnya di pagi hari.” (H.R. Muslim)

Berbicara mengenai infused water. Orang barat baru sekarang faham dan baru mempopulerkan khasiat infuse water ini. Tetapi Nabi kita telah lama melakukan hal ini.

Dari segi kesehatan tubuh, buah kurma telah terbukti sebagai :

1. Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).

2. Tinggi kandungan fiber ~ menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).

3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.

4. Kaya akan pottassium ~ penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.

Khasiat air nabeez

Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox.

Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

Cara membuat air nabeez :

Rendamlah beberapa butir kurma (sebagusnya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak didalam segelas air. Alangkah baiknya dibuat pada waktu petang menjelang malam, dan pastikan gelas rendaman kurma tersebut tertutup rapat. Keesokkan paginya (+ 8-12 jam setelah perendaman), air rendaman baru boleh diminum & buah kurma hasil rendaman yang telah lembut itu, dimakan begitu sahaja.

Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez adalah kurma ajwa. Tapi kalau tidak ada kurma ajwa ~ boleh menggunakan buah kurma yang lainnya.

Kalau ingin membuat air nabeez dengan menggunakan buah kismis pun boleh. Caranya ambil segenggam kismis, kemudian direndam dalam segelas air. Dan dibiarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.

Kalau ingin meminum air nabeez di waktu pagi hari, siapkan rendaman kurma / kismis pada petang menjelang malam. Dan kalo ingin meminum air nabeez di waktu malam, buatlah rendaman kurma / kismis di waktu pagi hari (+ 8 sehingga 12 jam perendaman).

Larangan dalam membuat air nabeez :

Hanya menggunakan salah satu daripada kedua buah-buahan (Kurma / Kismis) pada satu-satu waktu. Tidak boleh mencampurkan antara kurma & kismis dalam membuat air nabeez. Maksudya tidak boleh mencampurkan kedua buah tersebut dalam satu wadah.

Air nabeez bila tersimpan di dalam peti ais boleh bertahan 1 hingga 2 hari.

Tetapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki lebih dari tiga hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi tiga hari terjadi proses fermentasi, yang menjadikan, air rendaman kismis / kurma tersebut menjadi arak, dan hukumnya haram untuk diminum.
Oleh kerana itu, lebih baik membuat air nabeez fresh daily.
Dalam meminum atau menikmati Air nabeez ini dapat ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie juga.
Semoga bermanfaat..

Sunday, July 5, 2015

11 Amalan Ketika Berbuka Puasa Mengikut Sunah.

Ketika berbuka puasa sebenarnya terdapat berbagai amalan yang membawa kebaikan dan keberkatan. 

Terdapat 11 amalan yang sering di lupakan ketika berbuka

Pertama: Menyegerakan berbuka puasa.

Yang dimaksud menyegerakan berbuka puasa, bukan bermaksud kita berbuka sebelum waktunya. Namun yang dimaksud adalah ketika matahari telah tenggelam atau ditandai dengan dikumandangkannya azan Magrib, maka segeralah berbuka. Dan tidak perlu sampai selesai azan atau selesai solat Maghrib. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

Ù„Ű§َ يَŰČَŰ§Ù„ُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ُ ŰšِŰźَيْ۱ٍ مَۧ ŰčَŰŹَّلُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْفِŰ·ْ۱َ

“Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. Bukhari no. 1957 dan Muslim no. 1098)

Dalam hadis yang lain disebutkan,

لَۧ ŰȘَŰČَŰ§Ù„ُ ŰŁُمَّŰȘِى Űčَلَى ŰłُنَّŰȘِى مَۧ لَمْ ŰȘَنْŰȘَŰžِ۱ْ ŰšِفِŰ·ْ۱ِهَۧ Ű§Ù„Ù†ُŰŹُوْمَ

“Umatku akan senantiasa berada di atas sunahku (ajaranku) selama tidak menunggu munculnya bintang untuk berbuka puasa.” (HR. Ibnu Hibban 8/277 dan Ibnu Khuzaimah 3/275, sanad shahih).

Kedua: Berbuka dengan rothb, tamr atau seteguk air.

Sebagaimana Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…- يُفْŰ·ِ۱ُ Űčَلَى ۱ُŰ·َŰšَۧŰȘٍ قَŰšْلَ ŰŁَنْ يُŰ”َلِّىَ فَŰ„ِنْ لَمْ ŰȘَكُنْ ۱ُŰ·َŰšَۧŰȘٌ فَŰčَلَى ŰȘَمَ۱َۧŰȘٍ فَŰ„ِنْ لَمْ ŰȘَكُنْ Ű­َŰłَۧ Ű­َŰłَوَۧŰȘٍ مِنْ مَۧۥٍ

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rothb, maka baginda berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air.” (HR. Abu Daud no. 2356 dan Ahmad 3/164, hasan shahih)

Ketiga: Sebelum makan berbuka, ucapkanlah ‘bismillah’ agar tambah barokah.
Inilah yang dituntunkan dalam Islam agar makan kita menjadi barokah, ertinya menuai kebaikan yang banyak.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَكَلَ ŰŁَŰ­َŰŻُكُمْ فَلْيَŰ°ْكُ۱ِ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰčَŰ§Ù„َى فَŰ„ِنْ نَŰłِىَ ŰŁَنْ يَŰ°ْكُ۱َ ۧ۳ْمَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰčَŰ§Ù„َى فِى ŰŁَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَوَّلَهُ وَ۹ِ۟۱َهُ

“Apabila salah seorang di antara kalian makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta’ala (yaitu membaca ‘bismillah’). Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”.” (HR. Abu Daud no. 3767 dan At Tirmidzi no. 1858, hasan shahih)

Keempat: Berdo’a ketika berbuka “Dzahabazh zhoma-u …”

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata,

كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…- Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَفْŰ·َ۱َ قَŰ§Ù„َ « Ű°َهَŰšَ Ű§Ù„ŰžَّمَŰŁُ وَْۧۚŰȘَلَّŰȘِ Ű§Ù„ْŰčُ۱ُوقُ وَŰ«َŰšَŰȘَ Ű§Ù„ŰŁَŰŹْ۱ُ Ű„ِنْ ŰŽَۧۥَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ».

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika telah berbuka mengucapkan: ‘Dzahabazh zhoma’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah (Ertinya: Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan insya Allah)’.” (HR. Abu Daud no. 2357, hasan). 

Ketika ingin makan, tetap membaca ‘bismillah’ sebagaimana dituntunkan dalam penjelasan sebelumnya. Ketika berbuka, mulailah dengan membaca ‘bismillah’, lalu santaplah beberapa kurma, kemudian ucapkan do’a di atas ‘dzahabazh zhoma-u …’. Karena do’a di atas sebagaimana makna tekstual dari “Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَفْŰ·َ۱َ “, bererti ketika setelah berbuka.

Catatan: Adapun do’a berbuka, “Allahumma laka shumtu wa ‘ala rizqika afthortu (Ya Allah, kepada-Mu aku berpuasa dan kepada-Mu aku berbuka)” Do’a ini berasal dari hadits hadits dho’if (lemah).  

Begitu pula do’a berbuka, “Allahumma laka shumtu wa bika aamantu wa ‘ala rizqika afthortu” (Ya Allah, kepada-Mu aku berpuasa dan kepada-Mu aku beriman, dan dengan rizki-Mu aku berbuka), Mula ‘Ali Al Qori mengatakan, “Tambahan “wa bika aamantu” adalah tambahan yang tidak diketahui sanadnya, walaupun makna do’a tersebut shahih. Sehingga cukup do’a shahih yang kami sebutkan di atas (dzahabazh zhomau …) yang hendaknya jadi pegangan dalam amalan.

Kelima: Berdoa secara umum ketika berbuka.mustajab di sisi Allah SWT.

Ketika berbuka adalah waktu mustajabnya do’a. Jadi janganlah seorang muslim melewatkannya. Manfaatkan masa tersebut untuk berdoa kepada Allah untuk urusan dunia dan akhirat. Sepuluh minit sebelum masuk waktu magrib berdoa dan mohon hajat masing-masing kepada Allah SWT.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Ű«َÙ„Ű§َŰ«َŰ©ٌ Ù„Ű§َ ŰȘُ۱َŰŻُّ ŰŻَŰčْوَŰȘُهُمُ Ű§Ù„Ű„ِمَŰ§Ù…ُ Ű§Ù„ْŰčَۧۯِلُ وَŰ§Ù„Ű”َّۧۊِمُ Ű­ِينَ يُفْŰ·ِ۱ُ وَŰŻَŰčْوَŰ©ُ Ű§Ù„ْمَŰžْلُومِ

“Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang di zalimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396, shahih). 

Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya doa kerana ketika itu orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 7: 194).

Keenam: Memberi makan untuk berbuka puasa.

Jika kita diberi kelebihan rezeki oleh Allah, manfaatkan waktu Ramadan untuk banyak-banyak bersedekah dan menderma, di antaranya adalah dengan memberi makan berbuka kerana pahalanya yang amat besar. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ فَŰ·َّ۱َ Ű”َۧۊِمًۧ كَŰ§Ù†َ لَهُ مِŰ«ْلُ ŰŁَŰŹْ۱ِهِ Űșَيْ۱َ ŰŁَنَّهُ Ù„Ű§َ يَنْقُŰ”ُ مِنْ ŰŁَŰŹْ۱ِ Ű§Ù„Ű”َّۧۊِمِ ŰŽَيْŰŠًۧ

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, hasan shahih)

Ketujuh: Mendoakan orang yang beri makan berbuka.

Ketika ada yang memberi kebaikan kepada kita, maka balaslah semisal ketika diberi makan berbuka. Jika kita tidak mampu membalas kebaikannya dengan memberi yang semisal, maka doakanlah ia.  Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ Ű”َنَŰčَ Ű„ِلَيْكُمْ مَŰčْ۱ُوفًۧ فَكَŰ§ÙِŰŠُوهُ فَŰ„ِنْ لَمْ ŰȘَŰŹِŰŻُÙˆŰ§ مَۧ ŰȘُكَŰ§ÙِŰŠُونَهُ فَۧۯْŰčُÙˆŰ§ لَهُ Ű­َŰȘَّى ŰȘَ۱َوْۧ ŰŁَنَّكُمْ قَŰŻْ كَŰ§ÙَŰŁْŰȘُمُوهُ

“Barangsiapa yang memberi kebaikan untukmu, maka balaslah. Jika engkau tidak dapati sesuatu untuk membalas kebaikannya, maka doakanlah ia sampai engkau yakin engkau telah membalas kebaikannya.” (HR. Abu Daud no. 1672 dan Ibnu Hibban 8/199, shahih)

Ketika Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam diberi minum, baginda pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŁَŰ·ْŰčِمْ مَنْ ŰŁَŰ·ْŰčَمَنِى وَŰŁَŰłْقِ مَنْ ŰŁَŰłْقَŰ§Ù†ِى

“Allahumma ath’im man ath’amanii wa asqi man asqoonii” 

[Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku]” (HR. Muslim no. 2055)

Kedelapan: Ketika berbuka puasa di rumah orang lain mendoakan tuan rumah.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika di berikan makanan oleh Sa’ad bin ‘Ubadah, baginda  mengucapkan,

ŰŁَفْŰ·َ۱َ ŰčِنْŰŻَكُمُ Ű§Ù„Ű”َّۧۊِمُونَ وَŰŁَكَلَ Ű·َŰčَŰ§Ù…َكُمُ Ű§Ù„ŰŁَŰšْ۱َۧ۱ُ وَŰ”َلَّŰȘْ Űčَلَيْكُمُ Ű§Ù„ْمَÙ„Ű§َŰŠِكَŰ©ُ

“Afthoro ‘indakumush shoo-imuuna wa akala tho’amakumul abroor wa shollat ‘alaikumul malaa-ikah

 [Orang-orang yang berpuasa berbuka di tempat kalian, orang-orang yang baik menyantap makanan kalian dan malaikat pun mendoakan agar kalian mendapat rahmat].” (HR. Abu Daud no. 3854 dan Ibnu Majah no. 1747 dan Ahmad 3/118, shahih)

Kesembilan: Ketika menikmati susu semasa berbuka puasa.

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ ŰŁَŰ·ْŰčَمَهُ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű§Ù„Ű·َّŰčَŰ§Ù…َ فَلْيَقُلِ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Űšَۧ۱ِكْ لَنَۧ فِيهِ وَŰŁَŰ·ْŰčِمْنَۧ Űźَيْ۱ًۧ مِنْهُ. وَمَنْ ŰłَقَŰ§Ù‡ُ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَŰšَنًۧ فَلْيَقُلِ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Űšَۧ۱ِكْ لَنَۧ فِيهِ وَŰČِŰŻْنَۧ مِنْهُ

“Barang siapa yang Allah beri makan hendaknya ia berdoa: “Allaahumma baarik lanaa fiihi wa ath’imnaa khoiron minhu” 

(Ya Allah, berkahilah kami padanya dan berilah kami makan yang lebih baik darinya). 

Barang siapa yang Allah beri minum susu maka hendaknya ia berdoa: “Allaahumma baarik lanaa fiihi wa zidnaa minhu” 

(Ya Allah, berkahilah kami padanya dan tambahkanlah darinya). 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Tidak ada sesuatu yang boleh menggantikan makan dan minum selain susu.” (HR. Tirmidzi no. 3455, Abu Daud no. 3730, Ibnu Majah no. 3322, hasan)

Kesepuluh: Minum dengan tiga nafas dan membaca ‘bismillah’.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

ÙƒŰ§Ù† ÙŠŰŽŰ±Űš في Ű«Ù„Ű§Ű«Ű© ŰŁÙ†ÙŰ§Űł ۄ۰ۧ ŰŁŰŻÙ†Ù‰ Ű§Ù„Ű„Ù†Ű§ŰĄ Ű„Ù„Ù‰ فيه ŰłÙ…Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ ÙˆŰ„Ű°Ű§ ŰŁŰźŰ±Ù‡ Ű­Ù…ŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ يفŰčل Ű°Ù„Ùƒ Ű«Ù„Ű§Ű« Ù…Ű±Ű§ŰȘ

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam biasa minum dengan tiga nafas. Jika wadah minuman didekati ke mulut baginda, baginda menyebut nama Allah Ta’ala. Jika selesai satu nafas, baginda bertahmid (memuji) Allah Ta’ala. Baginda lakukan seperti ini tiga kali.” (Shahih, As Silsilah Ash Shohihah no. 1277)

Kesebelas: Berdoa sesudah makan.

Di antara doa yang sahih yang dapat diamalkan dan memiliki keutamaan luar biasa adalah doa yang diajarkan dalam hadis berikut. 

Dari Mu’adz bin Anas, dari ayahnya ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

مَنْ ŰŁَكَلَ Ű·َŰčَŰ§Ù…ًۧ فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ Ű§Ù„َّŰ°ِى ŰŁَŰ·ْŰčَمَنِى هَŰ°َۧ وَ۱َŰČَقَنِيهِ مِنْ Űșَيْ۱ِ Ű­َوْلٍ مِنِّى وَÙ„Ű§َ قُوَّŰ©ٍ. Űșُفِ۱َ لَهُ مَۧ ŰȘَقَŰŻَّمَ مِنْ Ű°َنْŰšِهِ

“Barang siapa yang makan makanan kemudian mengucapkan: “Alhamdulillaahilladzii ath’amanii haadzaa wa rozaqoniihi min ghairi haulin minnii wa laa quwwatin” 

(Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini, dan merezekikan kepadaku tanpa daya serta kekuatan dariku), maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Tirmidzi no. 3458, hasan)

Namun jika mencukupkan dengan ucapan “alhamdulillah” setelah makan juga dibolehkan berdasarkan hadits Anas bin Malik, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ لَيَ۱ْ۶َى Űčَنِ Ű§Ù„ْŰčَŰšْŰŻِ ŰŁَنْ يَŰŁْكُلَ Ű§Ù„ŰŁَكْلَŰ©َ فَيَŰ­ْمَŰŻَهُ Űčَلَيْهَۧ ŰŁَوْ يَŰŽْ۱َŰšَ Ű§Ù„ŰŽَّ۱ْŰšَŰ©َ فَيَŰ­ْمَŰŻَهُ Űčَلَيْهَۧ

“Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum” (HR. Muslim no. 2734) 

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan, “Jika seseorang mencukupkan dengan bacaan “alhamdulillah” saja, maka itu sudah dikatakan menjalankan sunah.” (Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 17: 51)

Demikian beberapa amalan ketika berbuka puasa. Semoga sebelas perkara tersebut dapat kita amalkan di bulan Ramadan kita penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Wallahu a'lam.