Friday, February 27, 2015

Pedoman Wanita Muslim Mencari Calun Suami Yang Soleh

Setiap makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Begitu juga Allah SWT. menciptakan manusia ada lelaki dan wanita. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.Oleh itu Islam menggalakkan umatnya mengikat tali perkahwinan yang sah supaya akan melahirkan zuriat keturunan. Nabi SAW merasa bangga apabila melihat umatnya ramai di hari akhirat nanti, berbondong-bondong masuk ke Syurga. Perkahwinan adalah Sunnah Nabi SAW dan baginda tidak mengaku sebagai umatnya apabila ada di kalangan mereka enggan berkahwin tanpa mempunyai alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Persoalannya adalah bagaimana seorang Muslimah dapat mengenalpasti ciri Muslim sebelum nikah, kerana ia diperintahkan untuk menundukkan pandangan (shaddul bashar) terhadap lelaki? Seorang yang solehah akan tetap menjaga ketinggian akhlak dan mengelakkan perhubungan yang tidak diizinkan syarak.

Berikut adalah antara perkenalan yang perlu dan cara pendekatan yang dapat dilaksanakan :
1. Mengetahui akhlak dan tingkahlaku Muslim dalam kehidupan harian.
Kehidupan harian yang dilalui setiap individu yang beriman dan beramal soleh digambarkan melaliu ciri-ciri berikut iaitu :

a. Ibadah yang khusyu'

b. Berpakaian menutup aurat yang sempurna

c. Cara percakapannya tidak suka mencarut dan maki hamun.

d. Menjaga pandangannya (tidak melingas matanya memandang, terutamanya melihat wanita yang bukan mahramnya).

e. Bergaul dengan semua muslim ecara yang sopan.

Pengamatan ini boleh dilakukan melalui pertanyaan kepada siapa yang mengenalinya.Harus diingat bahawa pengamatan ini hendaklah dilakukan dengan cermat, jangan sampai diketahui oleh Muslim itu,

2. Melihat keadaan rumah tangga keluarga lelaki,

Hal ini adalah dibolehkan, semasa bertunang. Ia dapat dilakukan semasa menziarahi kedua orang tua lelaki bakal tunangnya dengan mahramnya. Ketika ini juga ia boleh menanyakan lebih lanjut mengenai lelaki itu pada ahli keluarganya. Biasanya jika ia berasal dari keturunan yang baik dan taat agama akan melahirkan anak-anak yg soleh. Tetapi, harus juga diingat ada juga lelaki soleh yang berasal dari keluarga yang kurang taat pada ajaran agama.

3. Bagi wanita Muslimah yang memahami bahawa tanggungjawab terhadap agamanya tidak dipisah dengan usaha dakwah dan merasakan tidak mencukupi melalui dua perkenalan di atas, maka eloklah ditinjau juga setakat mana penglibatan lelaki itu dan peranannya dalam kegiatan dakwah Islam.

Bagi ibu bapa yang baik dan taat beragama, dasar pemilihan dan urusan jodoh anaknya berdasarkan agama yang utama. Namun bagi yang lalai dan silau dengan kilauan harta dan pangkat dunia faktor agama bukan lagi neraca pertimbangannya. Penjodohan dengan dorongan aspek duniawi sangat menyalahi ajaran Islam dan wajib ditolak.

Sekiranya ibu bapa kita tergolong dalam golongan yang tidak menjadikan nilai agama sebagai tunggak dalam perjodohan anaknya maka adalah wajar mendapatkan bantuan mereka yang membimbing dalam pendidikan Islamnya sebagai orang tengah. Melalui kaedah ini adalah lebih baik dan terpelihara dari unsur kerosakan akhlak seperti percintaan sebelum pernikahan yang mendekati zina (bertemu janji berdua-duaan sebelum pernikahan).

Menurut al-Qur'an, wanita ideal mempunyai kriteria adalah seperti berikut :
Firman Allah SAW. yang bermaksud, "... Wanita yang baik (solehah) adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka." (Surah An-Nisa' ayat 34)

Seorang Muslimah yang benar-benar taat pada Allah SWT tidak akan mengambil mudah soal jodoh, dia perlu pastikan bakal suaminya adalah seorang yang kuat pegangan agamanya, seorang yang lemah lembut, tegas dalam kebenaran, dan bukan seorang lelaki yang bebas dan suka berpoya-poya

Thursday, February 26, 2015

Adakah Solat Perempuan Berbeza Dengan Lelaki?

Apa yang lazim diajarkan di dalam kitab-kitab atau kelas-kelas pengajian Fardu ‘Ain di Malaysia ialah wujud perbezaan dalam sifat solat lelaki dan perempuan. 
Umpamanya bagi perempuan apabila mengangkat tangan ketika Takbir hendaklah merapatkan tangan dan ketiaknya. Sedangkan bagi lelaki hendaklah merenggangkan tangan dari ketiaknya. Ketika sujud pula kaum perempuan hendaklah merapatkan pahanya kepada perutnya serta tangannya pula dirapatkan kepada rusuk. Sedangkan bagi lelaki dijauhkan pahanya dari perut serta tangannya direnggangkan dari rusuk kiri dan kanan. 

Sepanjang kajian tidak wujud hadis yang sahih menunjukkan ada perbezaan antara tatacara solat lelaki dan perempuan kerana seluruh umat Islam hanya wajib mencontohi tatacara solat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Menurut al-Albani rahimahullah [Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Shalat Nabi, ms. 239.]

Tidak terdapat keterangan dari sunah yang menerangkan adanya cara-cara khusus untuk perempuan yang berbeza dengan cara yang berlaku untuk lelaki. Bahkan sabda Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.  631.]

Berlaku secara umum dan mencakupi kaum perempuan. Ibrahim al-Nakha’i menyatakan:

ŰȘَفْŰčَلُ Ű§Ù„ْمَ۱َۣŰ©ِ فِي Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©ِ كَمَۧ يَفْŰčَلُ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ.

Dalam solat, wanita mengerjakannya sama dengan cara yang dilakukan oleh lelaki.[Hadis Riwayat ini disebut oleh al-Albani dalam Sifat Shalat Nabi (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 1996), ms. 189 dan beliau menyandarkannya kepada Ibn Abi Syaibah (1/75/2) dan mensahihkan sanadnya. Akan tetapi semakan saya kepada kitab al-Musannaf, hadis no. 2788 oleh Ibn Abi Syaibah mendapati lafaz yang ada di dalamnya ialah:

ŰȘَقْŰčُŰŻُ Ű§Ù„ْمَ۱ْŰŁَŰ©ُ فِي Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©ِ كَمَۧ يَقْŰčُŰŻُ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ.

Kaum wanita duduk dalam solat sebagaimana duduknya kaum lelaki. [ Ummu al-Darda’ merupakan seorang tabi’iyyah (mereka yang tidak sempat berjumpa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tetapi hanya berjumpa dengan para sahabat radhiallahu 'anhum). Beliau merupakan isteri kepada Abu al-Darda’ radhiallahu 'anh seorang sahabat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ummu al-Darda’ terkenal sebagai seorang perempuan yang ahli fiqh.]

  al-Albani rahimahullah juga telah membawa sebuah riwayat dari al-Bukhari dalam kitabnya al-Tarikh al-Saghir, mukasurat 95 dari Ummu al-Darda’[4] berbunyi:

ŰŁَََنَهَۧ كَŰ§Ù†َŰȘْ ŰȘَŰŹْلِŰłُ فِي Ű”َÙ„Ű§َŰȘِهَۧ ŰŹِلْŰłَŰ©َ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلِ, وَكَŰ§Ù†َŰȘْ فَقِيْهَŰ©ً.
           
Sesungguhnya (Ummu Darda’) dalam solat, duduk seperti cara duduk lelaki,
padahal beliau seorang perempuan yang ahli fiqh.
            
Selanjutnya kita akan membicarakan kedua-dua tatacara solat yang dikatakan terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan iaitu cara mengangkat takbir dan sujud. Dalam membahaskan hal ini penulis mengambil kesempatan untuk mendedahkan secara ringkas kepada para pembaca beberapa gerakan dalam solat yang sahih datangnya dari Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam.
  
Tatacara Takbir Dalam Solat

Berkaitan dengan tatacara mengangkat takbir al-Syafi’i rahimahullah dalam kitabnya al-Umm telah meriwayatkan hadis berikut:

Űčَنْ ŰłَŰ§Ù„ِمِ Űšْنِ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űčَنْ ŰŁَŰšِيهِ ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ

كَŰ§Ù†َ يَ۱ْفَŰčُ يَŰŻَيْهِ Ű­َŰ°ْوَ مَنْكِŰšَيْهِ Ű„ِŰ°َۧ Ű§ÙْŰȘَŰȘَŰ­َ Ű§Ù„Ű”َّÙ„Ű§َŰ©َ وَŰ„ِŰ°َۧ كَŰšَّ۱َ لِÙ„Ű±ُّكُوŰčِ

وَŰ„ِŰ°َۧ ۱َفَŰčَ ۱َŰŁْŰłَهُ مِنْ Ű§Ù„Ű±ُّكُوŰčِ ۱َفَŰčَهُمَۧ كَŰ°َلِكَ ŰŁَيْ۶ًۧ

وَقَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لِمَنْ Ű­َمِŰŻَهُ ۱َŰšَّنَۧ وَلَكَ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ

وَكَŰ§Ù†َ Ù„Ű§َ يَفْŰčَلُ Ű°َلِكَ فِي Ű§Ù„ŰłُّŰŹُÙˆŰŻِ.
               
Dari Salim bin Abdullah, dari bapanya bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam biasa mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya apabila (takbir) membuka (memulai) solat, dan apabila takbir rukuk.
Apabila mengangkat kepala dari rukuk, baginda juga mengangkat kedua tangannya seperti itu sambil mengucapkan ‘Sami’Allahu liman hamidah rabbana walakal hamdu’ dan baginda tidak melakukan demikian saat sujud.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 735.]

Menurut al-Syafi’i rahimahullah: Dengan (hadis) inilah kami mengatakan, maka kami menyuruh setiap orang yang mengerjakan solat, baik dia imam atau makmum atau solat sendiri-sendiri, lelaki atau perempuan, bahawa mengangkat dua tangannya apabila memulai solat (ketika takbiratul ihram), apabila takbir untuk rukuk dan apabila mengangkat kepala dari rukuk. Adalah kesemua tiga golongan yang disebutkan tadi mengangkat tangannya setentang dengan bahu.[Al-Syafi’i, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 248.]

Jelas al-Syafi’i rahimahullah sendiri tidak membezakan tatacara mengangkat takbir dalam solat antara lelaki dan perempuan. Oleh itu ketika melakukan takbir dalam solat maka hendaklah diangkat kedua-dua tangan dengan membuka jari-jari lurus ke atas dengan tidak menggenggamnya sejajar dengan bahu. Adakalanya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya ketika takbir setentang dengan hujung kedua telinga sebagaimana yang diperjelaskan oleh Malik bin al-Huwairith radhiallahu’anh:

ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ

كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ كَŰšَّ۱َ ۱َفَŰčَ يَŰŻَيْهِ Ű­َŰȘَّى يُŰ­َۧ۰ِيَ Űšِهِمَۧ ŰŁُŰ°ُنَيْهِ Űšِهِمَۧ فُ۱ُوŰčَ ŰŁُŰ°ُنَيْهِ.

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam apabila bertakbir (dalam solat) diangkat kedua tangannya sehingga sejajar dengan hujung kedua telinganya.[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 391.]
  
Walaubagaimanapun al-Syafi’i rahimahullah lebih cenderung kepada mensejajarkan tangan dengan bahu.[Silalah rujuk kitab beliau bertajuk al-Umm (Kitab Induk), Bab Mengangkat Dua Tangan Pada Takbir Dalam Shalat, jld.1, ms. 248.]

Disyari’atkan juga untuk mengangkat tangan ketika berdiri dari rakaat kedua setelah membaca tasyahhud awal:

Űčَنْ نَŰ§ÙِŰčٍ ŰŁَنَّ ْۧۚنَ Űčُمَ۱َ كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ŰŻَŰźَلَ فِي Ű§Ù„Ű”َÙ„Ű§َŰ©ِ كَŰšَّ۱َ وَ۱َفَŰčَ يَŰŻَيْهِ

وَŰ„ِŰ°َۧ ۱َكَŰčَ ۱َفَŰčَ يَŰŻَيْهِ وَŰ„ِŰ°َۧ قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčَ Ű§Ù„Ù„َّهُ لِمَنْ Ű­َمِŰŻَهُ ۱َفَŰčَ يَŰŻَيْهِ

وَŰ„ِŰ°َۧ قَŰ§Ù…َ مِنْ Ű§Ù„Ű±َّكْŰčَŰȘَيْنِ ۱َفَŰčَ يَŰŻَيْهِ وَ۱َفَŰčَ

Ű°َلِكَ ْۧۚنُ Űčُمَ۱َ Ű„ِلَى نَŰšِيِّ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ.

Dari Nafi’ bahawa Ibnu ‘Umar apabila masuk dalam (memulai) solat,
dia bertakbir dan mengangkat kedua tangannya, apabila rukuk dia mengangkat kedua tangannya, apabila mengucapkan ‘Sami’Allahu liman hamidah’ dia mengangkat kedua tangannya, dan apabila berdiri dari rakaat kedua dia mengangkat kedua tangannya. Ibnu ‘Umar menisbatkan hal itu kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 739.]
  
Tatacara Sujud Dalam Solat

Berkenaan dengan tatacara sujud pula al-Syafi’i rahimahullah berkata:
Saya menyukai bagi orang yang sujud, bahawa dia bertakhwiyah. Takhwiyah itu adalah mengangkat (menjarakkan) dadanya dari kedua pahanya. Dan bahawa dia merenggangkan dua sikunya dan dua lengannya dari dua lambungnya (rusuknya). Sehingga apabila tidak ada padanya yang menutup bahagian bawah dua bahunya, nescaya terlihatlah warna dua ketiaknya. Tidak dia mempertemukan kedua-dua lututnya. Dia merenggangkan kedua-dua kakinya [Disyari’atkan juga untuk merapatkan kedua tumit kakinya (tetapi tetap merenggangkan kedua lutut) ketika bersujud sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Thahawi, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim.Sila rujuk Sifat Shalat Nabi oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani, ms. 174.]

Dia meninggikan punggungnya dan tidak membengkukkannya (iaitu meluruskan bahagian belakang)

Perhatikan sekali lagi bahawa al-Syafi’i tidak membezakan tatacara sujud antara lelaki dan wanita. Seterusnya mari kita lihat beberapa hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan tatacara sujud yang mencakupi kaum lelaki dan perempuan.

Űčَنْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšْنِ مَŰ§Ù„ِكٍ ْۧۚنِ ŰšُŰ­َيْنَŰ©َ ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ

كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ Ű”َلَّى فَ۱َŰŹَ Űšَيْنَ يَŰŻَيْهِ Ű­َŰȘَّى يَŰšْŰŻُوَ Űšَيَۧ۶ُ Ű„ِŰšْŰ·َيْهِ.

Dari ‘Abdullah bin Malik bin Buhainah bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam apabila bersolat, baginda merenggangkan antara kedua tangannya hingga nampak warna putih ketiaknya.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 807.]
  
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah “merenggangkan antara kedua tangannya” bermaksud bermaksud: “Menjauhkan tangan dari sisi badan (rusuk) yang ada di dekatnya.”[ Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 624.]

Beliau melanjutkan bahawa jarak ukuran jauhnya renggangan tersebut adalah sekiranya anak kambing yang kecil melalui dicelah renggangan tersebut nescaya ia boleh melepasinya.

Di samping itu hendaklah kita juga mengangkat lengan serta siku kita ketika sujud dan membiarkan hanya kedua tapak tangan yang terletak di tanah. Nabi shalallahu 'alaihi wasallam menyamakan orang yang meletakkan keseluruhan siku, lengan serta tapak tangan ke tanah seperti sujudnya binatang buas.  ‘Aishah radhiallahu’anha berkata:

وَيَنْهَى ŰŁَنْ يَفْŰȘَ۱ِŰŽَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ Ű°ِ۱َۧŰčَيْهِ Ű§ÙْŰȘِ۱َۧێَ Ű§Ù„ŰłَّŰšُŰčِ.

Dan (baginda shalallahu 'alaihi wasallam) melarang seseorang (dalam sujud) membentang kedua lengannya seperti binatang buas.[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 498.]
  
Al-Barra’ radhiallahu’anh juga telah berkata:

قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ:

Ű„ِŰ°َۧ ŰłَŰŹَŰŻْŰȘَ فَ۶َŰčْ كَفَّيْكَ وَۧ۱ْفَŰčْ مِ۱ْفَقَيْكَ.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila engkau sujud, maka letakkanlah kedua telapak tanganmu serta angkat kedua sikumu.”[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 494.]
  
Hendaklah ketika sujud tujuh anggota badan mengenai tanah, lantai atau sejadah yang digunakan untuk bersolat. Tujuh anggota badan tersebut adalah:
Dahi dan hidung yang dikira sebagai satu anggota.
Dua telapak tangan.
Dua lutut.
Dua hujung jari-jari di kedua kaki.

Ini sebagaimana diperjelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anh:

قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ:

ŰŁُمِ۱ْŰȘُ ŰŁَنْ ŰŁَŰłْŰŹُŰŻَ Űčَلَى ŰłَŰšْŰčَŰ©ِ ŰŁَŰčْŰžُمٍ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰŹَŰšْهَŰ©ِ

وَŰŁَŰŽَۧ۱َ ŰšِيَŰŻِهِ Űčَلَى ŰŁَنْفِهِ وَŰ§Ù„ْيَŰŻَيْنِ وَŰ§Ù„Ű±ُّكْŰšَŰȘَيْنِ وَŰŁَŰ·ْ۱َŰ§Ùِ Ű§Ù„ْقَŰŻَمَيْنِ.

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Aku diperintahkan untuk sujud menggunakan (di atas) tujuh tulang; di atas dahi[18] (dan baginda mengisyaratkan pada hidungnya), dua tangan, dua lutut dan hujung jari-jari kedua kaki.”[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 812.]
  
Kewajipan Thuma’ninah Ketika Sujud

Seperkara lagi yang sering diabaikan ketika bersujud (termasuk ketika rukuk, i’tidal dan duduk antara dua sujud) adalah thuma’ninah. Thuma’ninah adalah tidak melakukan gerakan dalam solat ketika rukuk, i’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud sehingga dapat berada dalam posisi tersebut secara sempurna, tenang dan tidak tergesa-gesa. Setengah ulama’ memberi batas waktu yang diperlukan untuk thuma’ninah adalah seperti tiga kali membaca ‘subhaana rabbiyal azhiim’ ketika rukuk dan sujud dan tidak sah sekiranya kurang dari itu. Namun sebahagian ulama’ lagi berpendapat bahawa thuma’ninah adalah menyempurnakan posisi badan sesuai dengan sunnah Rasul shalallahu 'alaihi wasallam dalam gerakan ketika rukuk, i’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud dalam keadaan yang tenang.
[Sila rujuk perbahasan Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah dalam Fathul Baari, jld.4, ms. 582.]

Penulis berpendapat thuma’ninah sebenarnya adalah gabungan kedua-dua pendapat di atas. Wallahu’alam. Dalil disyari’atkan thuma’ninah adalah hadis dari Abu Hurairah radhiallahu’anh, dia berkata:

ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ŰŻَŰźَلَ Ű§Ù„ْمَŰłْŰŹِŰŻَ فَŰŻَŰźَلَ ۱َŰŹُلٌ فَŰ”َلَّى

Ű«ُمَّ ŰŹَۧۥَ فَŰłَلَّمَ Űčَلَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ

فَ۱َŰŻَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Űčَلَيْهِ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمَ

فَقَŰ§Ù„َ: ۧ۱ْŰŹِŰčْ فَŰ”َلِّ فَŰ„ِنَّكَ لَمْ ŰȘُŰ”َلِّ.

فَŰ”َلَّى Ű«ُمَّ ŰŹَۧۥَ فَŰłَلَّمَ Űčَلَى Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ

فَقَŰ§Ù„َ: ۧ۱ْŰŹِŰčْ فَŰ”َلِّ فَŰ„ِنَّكَ لَمْ ŰȘُŰ”َلِّ Ű«َÙ„Ű§َŰ«ًۧ.

فَقَŰ§Ù„َ: وَŰ§Ù„َّŰ°ِي ŰšَŰčَŰ«َكَ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ فَمَۧ ŰŁُŰ­ْŰłِنُ Űșَيْ۱َهُ فَŰčَلِّمْنِي.

قَŰ§Ù„َ: Ű„ِŰ°َۧ قُمْŰȘَ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ű”َÙ„Ű§َŰ©ِ فَكَŰšِّ۱ْ Ű«ُمَّ Ű§Ù‚ْ۱َŰŁْ مَۧ ŰȘَيَŰłَّ۱َ مَŰčَكَ مِنْ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ

Ű«ُمَّ ۧ۱ْكَŰčْ Ű­َŰȘَّى ŰȘَŰ·ْمَŰŠِنَّ ۱َŰ§ÙƒِŰčًۧ Ű«ُمَّ ۧ۱ْفَŰčْ Ű­َŰȘَّى ŰȘَŰčْŰȘَŰŻِلَ قَۧۊِمًۧ

Ű«ُمَّ ۧ۳ْŰŹُŰŻْ Ű­َŰȘَّى ŰȘَŰ·ْمَŰŠِنَّ ŰłَۧۏِŰŻًۧ Ű«ُمَّ ۧ۱ْفَŰčْ Ű­َŰȘَّى ŰȘَŰ·ْمَŰŠِنَّ ŰŹَŰ§Ù„ِŰłًۧ Ű«ُمَّ ۧ۳ْŰŹُŰŻْ

Ű­َŰȘَّى ŰȘَŰ·ْمَŰŠِنَّ ŰłَۧۏِŰŻًۧ Ű«ُمَّ Ű§ÙْŰčَلْ Ű°َلِكَ فِي Ű”َÙ„Ű§َŰȘِكَ كُلِّهَۧ.

Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam masuk masjid dan masuk pula seorang lelaki lalu melakukan solat. Kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Namun Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak membalas salamnya lalu bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat.”

Maka dia pun solat sekali lagi. Kemudian dia datang lagi dan memberi salam kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, maka baginda bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat (dan ini berulang sehingga tiga kali).”

Lelaki itu berkata: “Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat melakukan yang lebih baik dari itu, maka ajarkanlah aku.”

Baginda shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila engkau berdiri untuk solat maka takbirlah, kemudian bacalah yang mudah bagimu dari al-Qur’an.
Kemudian rukuklah hingga engkau tenang (thuma’ninah) dalam rukuk,
kemudian bangkitlah (i’tidal) hingga engkau tegak (lurus) berdiri.
Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thuma’ninah) dalam sujud,
lalu bangkitlah hingga engkau tenang (thuma’ninah) dalam duduk (duduk antara dua sujud). Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thuma’ninah) dalam sujud. Lakukan demikian dalam semua solatmu.”[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 793.]
  
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah:
“Hadis dalam bab ini (Imam al-Bukhari menamakan bab ini ‘Perintah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam Kepada Orang Yang Tidak Menyempurnakan Rukuk Agar Mengulangi Solatnya’) dijadikan dalil bahawa thuma’ninah pada rukun-rukun solat adalah wajib hukumnya, dan ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama’.”[Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 582.]

Oleh itu wajib bagi seluruh umat Islam memerhatikan kesempurnaan thuma’ninah ketika sujud dalam solat dengan melakukannya secara tenang dan sesuai dengan gerakan yang diajar sendiri oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam melalui hadis baginda yang sahih sebagaimana yang telah penulis bentangkan di atas.

Demikianlah beberapa contoh pergerakan dalam solat yang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam anjurkan secara umum kepada semua umatnya tanpa membezakan kaum lelaki mahupun perempuan. Pendapat yang paling benar dalam hal ini adalah tidak ada perbezaan dalam gerakan ketika solat antara lelaki dan perempuan. Penulis juga ingin tekankan kepentingan menjaga thuma’ninah dalam solat.




Kemuskilan Agama : Cara-cara Gangguan Syaitan Semasa Solat.

Soalan Ke Enam Puluh Tujuh : Syaitan sering menganggu seseorang yang sedang solat sehingga tidak khyusuk dan terlupa rekaat. Bolehkah ustaz jelaskan jenis-jenis gangguan syaitan semasa solat dan cara mengatasinya.

Jawapan : Terdapat 10 cara-cara syaitan menganggu seseorang ketika  solat..

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram.

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau ketika takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah SWT daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Wednesday, February 25, 2015

Berusahalah Mencari Rahmat Allah SWT Ketika Hidup di Dunia.

Syurga adalah tempat balasan kenikmatan yang di sediakan oleh Allah SWT kepada manusia yang beriman dan bertakwa semasa hidup di dunia. Sesiapa yang di pilih oleh Allah SWT untuk masuk syurga adalah kerana rahmat Allah SWT bukan kerana amal-amal soleh yang kita kerjakan. 

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam Syurga Allah S.W.T. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah perlulah ada beberapa syarat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada Allah S.W.T.

Dosa yang paling besar disisi Allah S.W.T. adalah syirik kepada-Nya. dan Allah SWT tak akan ampunkan dosa seseorang yang mati dalam keadaan syirik.

Firman Allah SWT;

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ لَۧ يَŰșْفِ۱ُ ŰŁَنْ يُŰŽْ۱َكَ Űšِهِ وَيَŰșْفِ۱ُ مَۧ ŰŻُونَ Ű°َلِكَ لِمَنْ يَŰŽَۧۥُ وَمَنْ يُŰŽْ۱ِكْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ فَقَŰŻْ ۶َلَّ ۶َلَŰ§Ù„ًۧ ŰšَŰčِÙŠŰŻًۧ

Maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”(Surah  an-Nisa' ayat 116)

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah S.W.T.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” ( Surah Al Insan, Ayat 25- 26)

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." 
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Hadis Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan amal soleh.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah An-Nahl ayat 32)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Monday, February 23, 2015

Kemuskilan Agama : Ciri-ciri Suami Soleh dan Bertakwa.

Soalan Ke Enam Puluh Enam : Suami adalah ketua keluarga yang akan memimpin dan mendidik isteri dan anak-anak. Bolehkan ustaz jelaskan apakah ciri-ciri suami yang soleh dan bertakwa, supaya bakal isteri dapat menjadikan sebagai ukuran sebelum menerima lamaran seorang bakal suaminya?

Jawapan : 

Setiap wanita solehah berkeinginan dan berhajat memiliki seorang suami yang soleh dan bertanggungjawab. Suami yang soleh bukan saja akan menjadi suami pilihannya ketika di dunia tetapi suami yang soleh dan berakhlak Islam akan menjadi suami pilihannya ketika di syurga nanti.

Terdapat 10 ciri-ciri suami soleh dan bertakwa akan menjadi pilihan wanita solehah.

Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama.

3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.

5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran dan bertaubat kepada Allah SWT.

6. Selalu memperbanyakan amalan sunat.

7. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.

8. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.

9. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.

10. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

Huraiannya :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sifat yang paling penting untuk menjadi seorang lelaki yang soleh dan bertakwa adalah mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Surah an-Nisaa ayat 69)

2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama.

Hal ini kerana Islam mengajar yang ilmu itu tidak dapat berdiri dengan sendiri. Tertegaknya ilmu sehingga ia membawa kebaikan ialah dengan adanya sokongan iman. Dan kerana dua benda inilah, Allah mengangkat darjat seseorang. Sesungguhnya ilmu tanpa iman adalah sia-sia dan tiada gunanya di sisi Allah S.W.T

Firman Allah SWT maksudnya : "Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: 'Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang sabar".(Surah al-Qasas ayat 80)

Firman Allah SWT dalam surah Al-Fathir, ayat 28 yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah ahli-ahli ilmu (ulama) "

Diriwayatkan oleh AtTabrani daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesorang yg berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)"

3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Seorang mukmin yang beristiqamah dengan Islam akan sentiasa memikul tugas amar makruf dan nahi mungkar .

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya." (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Kewajipan  melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud: "Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.

Salah satu sifat orang mukmin adalah sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT di muka bumi dan sentiasa berjihad di jalan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, yang telah percaya dengan Allah dan rasul-rasul dan yang tidak ada pada mereka itu keadaan ragu dan mereka berjuang dengan menggunakan harta-harta dan diri mereka di jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar.” (Surah al-Hujurat ayat 15)

5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran dan bertaubat kepada Allah SWT.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
 (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang bertaubat." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

6. Selalu dan memperbanyakan amalan-amalan sunat.

Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis Qudsi: “Hendaklah kamu lakukan sebanyak-banyaknya amalan-amalan yang sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu.”

Tidak pernah tinggal 7 amalan-amalan sunah Rasulullah SAW iaitu solat berjemaah, beristighfar, solat duha, berwuduk, bersedekah, solat tahajud, dan membaca al-Quran

7. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."
(Surah Al-Furqaan, ayat 63).

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah SWT menghimpunkan makhluk-Nya di hari kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami di zalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

8. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.

Orang mukmin akan memahami Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna dan seterusnya mengamalkan nya di dalam kehidupan sebagai individu muslim-mukmin, dalam keluarganya dan seterusnya masyarakat.

Allah S.W.T. berfirman maksudnya :“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan dari bisik-bisik mereka, kecuali siapa yang menyuruh bersedekah, kebaikan, atau mendamaikan antara manusia. Dan barangsiapa yang melakukan hal itu dengan mencari reda Allah, maka Kami akan memberikannya pahala yang besar.”  (Surah an-Nisa ayat 114)

9. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.

Sifat mahmudah adalah sifat berlapang dada , penyantun dan pemaaf.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:"Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya aku mempunyai kerabat. Aku jalin tali silaturrahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskan aku. Aku berbuat baik kepada mereka, tapi mereka berbuat buruk kepadaku. Aku bersikap santun terhadap mereka, tetapi mereka menganiayaku. Maka Rasulullah SAW bersabda: 'Jika engkau adalah sebagaimana yang engkau katakan, maka seolah-olah engkau memberi makan mereka dan Allah SWT akan selalu memberikan pembelaanNYA kepada engkau atas mereka, selama mana engkau berada dalam keadaan demikian." (Hadis Riwayat Muslim: 2558: Al-Birru wa As-silah)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah SWT  akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)

10. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati".
(Hadis Riwayat  Tirmizi)

Sekiranya kalian mempunyai 10 ciri-ciri mulia dan cemerlang yang dinyatakan di atas maka kalian adalah calun lelaki yang paling layak dan menjadi idaman wanita solehah. Kalian bukan saja akan menjadi suami dan bapa yang soleh tetapi kalian juga adalah mukmin muttaqin yang akan menjadi hamba-Nya yang di kasihi di dunia ini dan akan mendapat ganjaran yang besar di hari akhirat nanti. Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha meningkatkan iman dan takwa kita dan berjihad dijalan-Nya dengan hati yang penuh ikhlas semata-mata mencari keredaan-Nya.

Sunday, February 22, 2015

Kemuskilan Agama : Pembahagian Harta Cara Hibah.

Soalan Ke Enam Puluh Empat  : Bapa saya yg masih lagi hidup telah membahagikan hartanya kepada kami adik-beradik seramai 8 orang ( 6 lelaki dan 2 perempuan). Masing-masing telah diperuntukkannya dengan hartanya yang berupa tanah dan rumah. Semuanya mendapat bahagian masing-masing. Soalan saya ialah, adakah pembahagian ini dipanggil hibah atau wasiat dan adakah ianya sah disegi syarak. Jika ianya tidak sah, bagaimanakah caranya yang sah?

Jawapan : 
  
Harus pemilik harta ketika ia sihat dan berakal waras menghibahkan hartanya kepada sesiapa yang ia kehendaki, tanpa berniat menganiayai waris-warisnya. Jika dengan niat tersebut, ia berdosa kerana niat jahat tersebut sekalipun hibah tersebut terlaksana kerana seseorang berhak membelanjakan harta miliknya mengikut keputusannya. 

Adapun menghibahkan harta kepada anak-anak, wajib berlaku adil kepada semua anak-anak, yakni; tanpa mengecualikan seorang pun dari mereka. Ini sebagaimana terdapat dalam Hadis Sahih Imam al-Bukhari riwayat dari an-Nukman bin Basyir yang menceritakan bahawa bapanya memberi kepadanya satu pemberian, lalu ia berjumpa Nabi supaya Nabi menjadi saksi terhadap pemberian tersebut. Maka Nabi bertanya kepadanya; "Adakah semua anak-anak kamu, kamu berikan pemberian yang sama?". 

Jawab bapaku; "Tidak". 

Lantas Nabi berkata; "Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu". 

Lalu bapaku pulang dan dan mengambil kembali pemberian tersebut. (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). 

Dalam riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya; "Jangan bersaksikan aku, kerana sesungguhnya aku tidak akan menjadi saksi atas suatu kezaliman". 

Berdasarkan hadis tersebut, adalah dituntut oleh Syariat, hibah (pemberian) kepada anak-anak dilakukan sama rata, tanpa pilih kasih termasuk antara lelaki dan perempuan. Sebahagian ulamak berkata; diberikan kepada anak lelaki sekali ganda dari yang diberikan kepada anak perempuan (iaitu sebagaimana dalam faraid).

Jika seorang bapa melakukan pilih kasih, apakah hibahnya itu sah? Terdapat beza pandangan di kalangan ulamak;

1. Sebahagian ulamak (antaranya as-Sauri, Imam Ahmad dan Daud az-Zahiri) menyatakan; hibah tersebut haram, tidak sah (batal) dan wajib ditarik kembali. Dikecualikan jika ada suatu sebab tertentu seperti ada anak yang kurang upaya, ketika itu harus ia dilebihkan dari anak-anak lain mengikut pandangan Imam Ahmad.  

2. Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafiie); hibah tersebut makruh (tidak haram) dan ianya sah (yakni tidak batal dan tidak wajib ditarik kembali).  Hanya disunatkan sahaja bapa mengambil kembali hibah tersebut dan membahaginya sama rata kepada semua anaknya. Jumhur ulamak memahami tegahan Nabi dalam hadis di atas sebagai tegahan makruh, bukan tegahan haram berbeza dengan golongan pertama tadi.

Adapun perbezaan antara hibah dan wasiat; hibah ialah pemberian yang diberikan ketika masih hidup. Adapun wasiat, ia adalah pemberian yang diikat dengan selepas mati, seperti seorang berkata; "Bila aku mati nanti, tanahku di tempat sekian sekian hendaklah diwakafkan kepada pihak sekian sekian". 

Hibah harus diberikan kepada anak-anak atau waris-waris lain dengan syarat berlaku adil tadi. Adapun wasiat tidak harus diberikan kepada orang akan mewarisi harta selepas mati termasuk anak-anak. Ini sebagaimana sabda Nabi; "Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap yang berhak akan haknya. Oleh demikian, tidak ada wasiat untuk orang yang bakal mewarisi" 
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abi Umamah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan). Wallahu a'lam.