Syurga adalah tempat balasan kenikmatan yang di sediakan oleh Allah SWT kepada manusia yang beriman dan bertakwa semasa hidup di dunia. Sesiapa yang di pilih oleh Allah SWT untuk masuk syurga adalah kerana rahmat Allah SWT bukan kerana amal-amal soleh yang kita kerjakan.
Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah." (Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam Syurga Allah S.W.T. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah perlulah ada beberapa syarat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Tidak melakukan syirik kepada Allah S.W.T.
Dosa yang paling besar disisi Allah S.W.T. adalah syirik kepada-Nya. dan Allah SWT tak akan ampunkan dosa seseorang yang mati dalam keadaan syirik.
Firman Allah SWT;
Ű„ِÙَّ ۧÙÙَّÙَ Ùَۧ ÙَŰșْÙِ۱ُ ŰŁَÙْ ÙُŰŽْ۱َÙَ ŰšِÙِ ÙَÙَŰșْÙِ۱ُ Ù
َۧ ŰŻُÙÙَ Ű°َÙِÙَ ÙِÙ
َÙْ ÙَŰŽَۧۥُ ÙَÙ
َÙْ ÙُŰŽْ۱ِÙْ ŰšِۧÙÙَّÙِ ÙَÙَŰŻْ ۶َÙَّ ۶َÙَۧÙًۧ ŰšَŰčِÙŰŻًۧ
Maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”(Surah an-Nisa' ayat 116)
Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah S.W.T.
Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” ( Surah Al Insan, Ayat 25- 26)
Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)
Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.
Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Hadis Riwayat Abu Hasan Al Basri)
Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan amal soleh.
Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.
Firman Allah SWT. yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah An-Nahl ayat 32)
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment