Saturday, June 1, 2013

Soal Jawab Agama Siri 20 (Masaalah Remaja, Hukum Bernazar, Hukum Bersumpah, Solat Witir Dan Lain-lain Lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

.ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 20 menjawab persoalan mengenai masaalah remaja, hukum bernazar, hukum bersumpah, solat Witir, hukum bunuh diri, hukum faraid, pengawal peribadi, jampi dan rukyah, riba dan berkhitan bagi wanita.

381. Soalan : Mengapa remaja zaman sekarang banyak melakukan perbuatan yang berdosa dan berani meninggalkan perintah Allah SWT?


Pertama : Remaja tidak di didik dengan sempurna asas iman dan akidah tauhid. Kesan daripasa tertinggalnya asas penting menyebabkan mereka tidak memiliki kesedaran rohaniah yang meyakini bahawa Allah SWT itu Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. Konsep berTuhan hanya sekadar percaya. Percaya yang tidak ditunjangi oleh ilmu boleh berubah-ubah dan kadang-kadang berada dalam kesamaran. Kesamaran boleh menyebabkan remaja ragu-ragu. Ragu-ragu dalam keyakinan dan pendirian boleh menyebabkan perlanggaran perintah Allah SWT dan meninggalkan suruhan-Nya. Perlanggaran dalam amal dan perbuatan boleh menyebabkan dosa.

Kedua : Remaja tidak dititipkan ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat dan tidak mempunyai kesempatan yang berkesan untuk melalui proses tarbiah dan hadir dalam persekitaran yang membantu ke arah pembentukan akhlak yang baik. Akibatnya remaja tidak memiliki perasaan peka nilai. Ia menyebabkan remaja tidak menjadikan nilai-nilai murni sebagai jalan hidup keremajaan sebaliknya menjadikan naluri dan nafsu sebagai jalur memenuhi niat dan hajat

Kesilapan yang dilakukan oleh remaja tidak bermakna itulah akhirnya hidup. Dalam sejarah sahabat-sahabat Nabi SAW baik di Mekah mahupun di Madinah, ramai yang melakukan pelbagai dosa kecil dan besar tetapi apabila keinsafan timbul, hidayah diberikan dan kembali kepada diri yang fitrah bertukar menjadi pejuang-pejuang di barisan depan Islam. Saidina Omar, sebagai contoh, pada zaman jahiliahnya melakukan pembunuhan anak perempuan tetapi bila mendengar ayat-ayat Allah digemakan, timbul keinsafan yang amat mendalam untuk kembali kepada fitrah. Dan apabila menerima akidah tauhid, beliau menjadi benteng utama perjuangan Islam yang amat digeruni oleh musuh.

382. Soalan : Dalam hidup saya, pernah beberapa kali saya bernazar untuk melakukan sesuatu apabila beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bolehkah ustaz jelaskan, apakah hukum sumpah dan nazar yang sebenarnya?
 

Pada asalnya, hukum bersumpah adalah makruh. Namun, ia boleh berubah menjadi sunat bahkan wajib apabila ada hajat yang mendesak seperti membela hak di mahkamah dan lain-lain.

Haram : apabila bersumpah untuk melakukan perkara yang haram, atau meninggalkan yang wajib atau bersumpah dusta ke atas sesuatu.

Wajib : apabila tiada jalan selain bersumpah untuk memberi pengajaran kepada orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran.


Sunat : sekiranya bersumpah itu menjadi wasilah ke atas orang-orang yang mendengar, dan menjadi penyebab mereka membenarkan sesuatu peringatan dan sebagai nasihat ke atas mereka.

Harus : sekiranya bersumpah untuk melakukan perkara ketaatan, serta menjauhi perkara maksiat, atau untuk mendorong melakukan ke arah kebenaran atau untuk memberi peringatan.

Adapun bernazar adalah satu bentuk ibadah dalam mazhab Syafie.  Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Imran bin Hushain r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh melaksanakan nazar dalam perkara maksiat, dan tidak juga dalam perkara yang tidak dimiliki oleh seorang hamba.”

Dan menurut hadis riwayat Ibnu Hujr: “Tidak boleh bernazar dalam perkara maksiat kepada Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)

383.Soalan : Ustaz, saya ada seorang kawan yang selalu bersumpah dengan nama Allah untuk membuktikan bahawa dia tidak berbohong kepada saya. Apakah hukumnya perbuatan tersebut?
 

Tidak dapat disangkal lagi bahawa banyak bersumpah akan mengakibatkan boleh mempersendakan terhadap kedudukan Rabb, Asma` dan Sifat-Nya, sebab  orang yang bersumpah ini telah mengagungkan-Nya terhadap urusannya tersebut. Maka, bilamana dia berdusta, itu ertinya dia telah mempersendakan Asma` Allah dan tidak lagi memuliakan-Nya. Tentunya, hal ini menafikan kesempurnaan tauhid.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ كَŰ§Ù†َ Ű­َŰ§Ù„ِفًۧ فَلْيَŰ­ْلِفْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَوْ لِيَŰ”ْمُŰȘْ.

Maksudnya : "Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak) maka diamlah." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari  dalam Shahihnya, hadis no: 2679 (Kitab al-Syahadat, Bab bagaimana cara bersumpah).

Jika seseorang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, nama-nama Allah atau sifat-sifat Allah, sumpahnya bukan sahaja tidak sah tetapi dia telah menyekutukan Allah. Ini adalah dosa syirik yang tidak akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala jika orang itu tidak bertaubat. Hadis berikut menjadi rujukan:

ŰłَمِŰčَ ْۧۚنُ Űčُمَ۱َ ۱َŰŹُÙ„Ű§ً يَŰ­ْلِفُ: Ù„Ű§َ وَŰ§Ù„ْكَŰčْŰšَŰ©ِ! فَقَŰ§Ù„َ لَهُ ْۧۚنُ Űčُمَ۱َ: Ű„ِنِّي ŰłَمِŰčْŰȘُ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ Ű­َلَفَ ŰšِŰșَيْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَقَŰŻْ ŰŁَŰŽْ۱َكَ.
 

Ibn ‘Umar (radhiallahu 'anhuma) mendengar seorang lelaki bersumpah: “Tidak, demi Ka’bah!” Lalu Ibn ‘Umar berkata kepadanya: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.”(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albbani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3251.)

Demikian pula terdapat ancaman terhadap perbuatan banyak bersumpah tersebut, seperti sabda baginda SAW maksudnya : “Tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, Allah tidak akan melihat mereka tidak juga mensucikan mereka dan bagi mereka adzab yang pedih.” Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda demikian tiga kali. Abu Dzarr berkata, “Merugi sekali, siapa mereka wahai Rasulullah ?” Baginda bersabda, “Musbil (orang yang memakai kain melebihi mata kakinya), dan orang yang selalu mengungkit pemberiannya, dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maka orang yang ingin bersumpah hendaklah menyebut “Wallahi”, “Billahi” atau “Tallahi” yang semuanya bermaksud “Demi Allah.”

·   Sumpah dengan salah satu dari nama-nama Allah.
·   Sumpah dengan salah satu sifat Allah.

Jika seseorang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, nama-nama Allah atau sifat-sifat Allah, sumpahnya bukan sahaja tidak sah tetapi dia telah menyekutukan Allah. Ini adalah dosa syirik yang tidak akan diampuni oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala jika orang itu tidak bertaubat.

384.Setiap kali saya bernazar, saya pasti sisipkan kalimat “insyaAllah” kerana bimbang nazar saya itu tidak dapat saya tunaikan.  Adakah bernazar dengan menyebut “Insya-Allah” tidak dikira nazar?

Tidak dinafikan ramai ulama berpendapat bahawa apabila nazar dengan menyebut “Insya-Allah” tidak dikira sebagai nazar. Maka tidak wajib di tunaikannya dan tiada kafarah jika melanggarnya. Namun ada juga pendapat bahawa hukum kes nazar sebegini bergantung kepada tujuan lafaz “Insya-Allah” itu dituturkan.

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang bersumpah dengan berkata “Insya-Allah” maka tiada kafarah ke atasnya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Namun kalau memang benar-benar berniat nazar tetapi mengucapkan “Insya-Allah” kerana sudah terbiasa menyebutnya maka ia tetap dikira nazar.

Sumpah dengan ucapan insya-Allah, sumpah ini tidak sah berdasarkan hadis berikut: “Sesiapa yang bersumpah lalu dia membuat pengecualian (dengan menyebut insya-Allah), maka jika dia menghendaki dia boleh menarik balik (sumpahnya itu) dan jika dia menghendaki dia boleh mengabaikan (sumpahnya itu) kerana ia bukanlah satu pelanggaran sumpah.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

385.Soalan : Apabila seseorang itu bernazar, maka wajib baginya untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun, ada juga orang yang terlebih dahulu meninggal dunia sebelum sempat dia memenuhi nazarnya. Adakah nazar itu menjadi batal atau perlu ditunaikan oleh waris?

Semua nazar itu mestilah ditunaikan oleh wali atau para warisnya yang ada. Diriwayatkan bahawa seoarang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ibuku telah meninggal dunia, namun dia meniggal dunia sebelum sempat memenuhi nazar puasanya” Rasulullah SAW menjawab “hendaklah walinya melakukan puasa tersebut.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

386. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan nazar dan saya pernah bernazar untuk berpuasa suatu ketika dahulu, namun akibat terlalu sibuk dengan urusan kerja, saya terlupa bilangan hari puasa yang telah saya nazarkan.  Apakah yang perlu saya lakukan agar saya dapat menebus semula nazar saya itu?

Nazar maksudnya, anda mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib. (Mughni muhtaj, jld:4,hlm:354).

Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama sebulan jika mendapat kerja. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib apabila apa yang anda hajatkan berhasil.

Nas al-Quran yang bermaksud: "Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran (yang ada dibadan) mereka, menyempurnakan nazar-nazar mereka dan melakukan tawaf sekeliling rumah tua (Baitullah) (Surah al-Hajj ayat 29).

Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.

Firman Allah SWT maksudnya : "Mereka memenuhi nazar dan takut akan sesuatu hari yang azabnya merata di mana-mana." (Surah al-Insan ayat 7)

Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melaksanakannya tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firman-Nya yang bermaksud: "Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.(Surah al-Maidah ayat 89).

Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:

1- Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.

2- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin

3- Memerdekakan seorang hamba

4- Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

Adapun makan kepada sepuluh orang daripada makanan yang biasa kita makan atau makanan biasa sesebuah keluarga. Kebiasaannya memberi orang makan mestilah hidangannya sempurna, misalnya di negara kita sesuatu hidangan mesti dilengkapi dengan nasi, lauk dan sayur. Maksudnya hidangan yang lengkap dan mengenyangkan.

Jika tidak mampu memberi makan orang miskin maka sediakan pula 10 pakaian kepada orang miskin. Jika masih tidak mampu maka memerdekakan seorang hamba (di zaman kita hamba sudah tidak ada lagi) jika tidak dapat memerdekakan hamba maka jatuh cara ke empat pula iaitu berpuasa 3 hari. Tidak boleh terus berpuasa 3 hari tanpa dicuba dahulu syarat pertama, kedua dan ketiga.

Justeru, setiap ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT mestilah ikhlas dan jujur. Apa sahaja amalan yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik mungkin dengan harapan ia diterima Allah SWT, jangan melakukan sesuatu ibadat seperti ” melepaskan batuk di tangga”, natijahnya Allah SWT tidak akan terima.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan dalam surah al-Maidah ayat 89 di atas.

390. Soalan : Bolehkah makan daripada perkara yang dinazarkan?

Tidak boleh makan daripada perkara yang dinazarkan kerana nazar telah menjadi hak orang lain seperti yang dinazaarkan. Contoh bernazar untuk membuat kenduri di masjid maka orang yang bernazar serahkan sepenuhnya urusan kenduri kepada Jawatankuasa masjid dengan memberikan semua perbelanjaan untuk kenduri tersebut.

391.Saya berasa sangsi sama ada boleh atau tidak sekiranya saya melakukan puasa sunat terlebih dahulu, sedangkan pada ketika itu saya telah bernazar untuk berpuasa. Adakah saya perlu mendahulukan puasa nazar sebelum berpuasa sunat?
 

Utamakanlah puasa wajib terlebih dahulu (puasa nazar) daripada melakukan puasa sunat misalnya puasa hari Isnin dan Khamis kecuali puasa sunat tertentu yang akan terlepas waktunya jika tidak dilakukan (seperti Puasa Hari Arafah, Puasa Asyura dan puasa 6 hari bulan Syahwal) kerana puasa nazar boleh dilakukan bila-bila masa sedangkan puasa sunat khusus waktu tertentu tidak boleh dilakukan pada waktu biasa yang lain.

387.Soalan : Adakah muntah bayi dikira najis?

Air kencing dan muntah bayi lelaki dikira najis. Muntah bayi Hukumnya najis mutawassitah. Kena basuh seperti najis pertengahan yang lain iaitu hilang ketiga-tiga benda rasa, bau dan warna. Akan tetapi dimaafkan kepada ibu yang menyusu apabila terkena payudaranya.Tidak perlu kepada penyucian seperti biasa kerana ianya menjadi rukhsah kepada ibu.

388. Soalan : Salah satu cara untuk mempertingkatkan amalan kita sebagai seorang muslim adalah dengan melakukan solat-solat sunat. Satu daripadanya adalah solat Witir. Apakah hukum sebenar bagi solat Witir kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya?

Menurut Imam Abu Hanifah solat Witir adalah wajib tetapi dalam Mazhab Shafie solat Witir adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat di tuntut.

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim)

389. Soalan : Baru-baru ini, berlaku kejadian orang membunuh diri di kawasan tempat tinggal saya dan pelakunya adalah beragama Islam. Sebelum ini saya belum pernah menyaksikan pengurusan jenazah orang yang mati bunuh diri. Hal tersebut membuat saya tertanya-tanya, Bagaimanakah cara yang sepatutnya bagi menguruskan jenazah tersebut?

Dari Jabir bin Samarah (dia berkata): Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah diberitahukan bahwasanya ada seorang laki-laki telah membunuh dirinya, maka baginda bersabda :“Kalau begitu, saya tidak akan mensolatkannya.”
(Hadis Shahih. Telah dikeluarkan oleh Ahmad (5/87, 91, 92, 102, &; 107), Muslim (no:978), Abu Dawud (no:3185), Tirmidziy (no:1068), Ibnu Majah (no:1526) dan Abdullah bin Ahmad di musnad bapaknya (5/94, 96 & 97) dan yang selain mereka.

Dalam riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa bunuh diri dengan besi maka di neraka Jahanam nanti besi itu selalu mendatanginya, ia menusuk-nusuknya keperutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka Jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung maka dineraka Jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya." (Hadis Riwayat Muslim no. 109)

Disebut dalam kitab-kitab fiqah, pengurusan jenazah orang bunuh diri tidak digalakkan dilakukan beramai-ramai. Mayat itu tetap wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan, dan dikebumikan. Nabi dan para sahabat besar tidak akan datang menziarahi mayat-mayat yang membunuh diri seperti ini. Hanya beberapa orang sahaja yang terlibat sekadar untuk menunaikan tuntutan fardu kifayah.

390. Soalan : Seorang lelaki meninggal dunia dengan meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.( 2 orang anak lelaki daripada isterinya yang pertama dan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan dengan isterinya kedua). Ibu dan bapa simati telah lama meninggal dunia. Harta peninggalan simati berjumlah RM 5000.00, si mati juga mempunyai anak tiri perempuan seorang bersama isterinya yang pertama. Bagaimana cara pembahagian mengikut hukum faraid?
 

Nisbah kepada si mati, maka anak -anaknya adalah sama, sama ada daripada isteri pertama atau yang kedua, dan yang dikira sebagai anaknya itu ialah anak kandung hasil daripada perkahwinan yang sah. Dalam hal ini tidak termasuk anak tiri perempuan (anak perempuan daripada isterinya yang pertama).

Yang membezakan mereka hanyalah daripada lelaki dan perempuan dalam pandangan ilmu faraid, di mana pihak lelaki mendapat kadar dua bahagian daripada bahagian perempuan. Dalam kes seperti ini si isteri mendapat 1/8 daripada harta peninggalan suamiya. Jadi mengikut hukum faraid harta berkenaan tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada anak tiri perempuan daripada isteri pertama si mati. Pembahagian harta waris yang berjumlah RM 5,000.00  itu adalah seperti berikut:

Seorang isteri mendapat -1/8, 4 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan(termasuk anak-anak daripada isteri pertama dan kedua) akan mendapat bahagian daripada baki selepas ditolak bahagian isteri simati. ('ashabah).

Pengertian 'ashabah ialah: "Baki daripada yang 1/8 mereka bahagi-bahagikan bersama dengan mengambil kira bahawa bahagian seorang lelaki sama seperti bahagian dua orang perempuan, ia disebut di dalam al-Quran dengan perkataan: Ù„Ù„Ű°ÙƒŰ± Ù…Ű«Ù„ Ű­Űž Ű§Ù„ŰŁÙ†Ű«ÙŠÙŠÙ†
 

Huraiannya :

Hartanya : RM 5,000.00
Isteri mendapat 1/8 bahagian : RM 625.00
Baki : RM 5000.00 - 625.00 = RM 4375.00
RM 4375 dibahagi kepada 10 bahagian = RM 437.00
2 orang anak perempuan = RM 437.50 x 2 orang = RM 875.00
4 orang anak lelaki = RM 875.00 x 4 orang = RM 3,500.00

391. Soalan : Seorang lelaki meninggal dunia tidak meninggalkan anak, yang ditinggalkan adalah  seorang isteri, ibu kandung dan 3 adik perempuan dan 1  adik lelaki. Harta yang ditinggalkan adalah berjumlah rm 100,000.00. Bagaimanakah cara pembahagian mengikut hukum faraid?
Dalam hukum faraid jika seorang lelaki meninggal dunia maka harta pusaka dibahagikan kepada bahagian : isteri akan mendapat 1/4 bahagian, ibu akan mendapat 1/6 bahagian, adik perempuan dan adik lelaki akan mendapat 1/3 bahagian (adik lelaki dan perempuan dibahagikan sama banyak)

Huraiannya :

Hartanya : RM 100,000.00
Isteri mendapat 1/4 bahagian = RM 25,000.00
Ibu mendapat 1/6 bahagian =  RM 33,333.33
Adik perempuan (3 org) dan lelaki (1org) mendapat 1/3 bahagian = RM 41,666.67
Pembahagian untuk adik-adik perempuan dan lelaki dibahagikan sama banyak oleh itu
RM 41,666.67 dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu RM 10,416.66 (bahagian setiap orang).

392. Soalan : Saya ingin bertanya tentang pembahagiaan harta pusaka. Si mati mempunyai harta bernilai RM 100,000.00 beliau mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama tidak mempunyai zuriat kandung dan dia telah mengambil 2 orang anak angkat yang ber "bin" serta ber "binti" kan si mati. Manakala isteri kedua si mati mempunyai 5 orang anak kandung lelaki. Mengikut hukum faraid, isteri akan mendapat bahagian tersendiri, tetapi masalahnya isteri kedua merupakan warga asing yang hanya mempunyai visa dan tidak mempunyai mykad. Adakah isteri kedua si mati boleh menuntut harta peninggalan suaminya mengikut bahagian yang telah ditetapkan mengikut faraid? Dan adakah anak-anak angkat yang ber "bin/binti" si mati boleh menerima harta peningalan si mati? Adakah isteri pertama boleh menuntut harta sepencarian dari harta peninggalan suami? Sekian, saya dahului dengan ribuan terima kasih.
 

1) Harta sepencarian layak diperolehi oleh isteri melihat kepada sejauhmana sumbangannya terhadap harta perolehan suami. Dalam hal ini tidak ada beza antara isteri pertama dan isteri kedua. Jika isteri pertama berhak menuntut harta sepencarian, maka isteri kedua juga berhak menuntutnya, namun hendaklah dibuktikan sumbangan dan peranan masing-masing. Biasanya, proses tuntutan harta sepencarian dibuat melalui Mahkamah Syariah.

2) Anak angkat tidak berhak memperolehi harta peninggalan si mati kecuali jika si mati ada meninggalkan wasiat untuk mereka sebelum ia mati (wasiat tersebut tidak boleh melebihi 1/3 bahagian). Anak angkat tidak boleh dimasukkan ke dalam senarai ahli-ahli waris kerana ia bercanggah dengan ketetapan syariat. Sekalipun ia berbin atau berbintikan kepada si mati, namun dari segi syarak ia tetap bukan anak kandung dan tidak berhak mewarisi harta si mati. Malah perbuatan membin atau membintikan seseorang kepada bukan bapanya merupakan dosa besar dalam Islam. Di dalam surah al-Ahzab, Allah berfirman yang bermaksud : “..Dan Dia juga (yakni Allah) tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja...." (Surah al-Ahzab ayat 4).

Dia berfirman lagi; "....Panggil lah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri. Cara itulah yang lebih adil di sisi Allah..." 

(Surah ai-Ahzab ayat 5).

3) Orang yang telah disenaraikan oleh syarak sebagai ahli waris tidak ada sesiapapun boleh menafikan haknya untuk mewarisi harta si mati. Walaupun isteri kedua simati warga asing, kedudukan beliau sebagai isteri si mati tetap diiktiraf oleh syarak kerana syarak tidak menilai berdasarkan jenis bangsa atau tempat tinggal, tetapi menilai berdasarkan hak dan hukum. Oleh demikian, bahagian untuk isteri iaitu 1/8 hendaklah dibahagi sama-rata oleh kedua-dua isteri si mati. Baki daripada harta simati hendaklah dibahagikan kepada 5 orang anak simati. 5 anak lelaki simati akan mendapat pembahagian sama banyak setelah ditolak 1/8 untuk isteri-isterinya.

Huraiannya :

Harta si mati  : RM 100,000.00
Isteri mendapat  1/8 bahagian : RM 12500.00 (setiap isteri mendapat bahagian RM 6250.00)
Baki wang tersebut dibahagikan kepada anak-anak lelaki :
RM100,000.00 - RM 12,500.00 = RM 87,500.00
RM 87500.00 akan dibahagikan sama banyak dengan 5 orang anak lelaki.
Oleh itu setiap anak lelaki mendapat  RM 17,500.00

393. Soalan : Pada zaman moden kini, sudah banyak orang Islam yang berpangkat tinggi menggunakan khidmat pegawai peribadi lantaran kesibukannya menggalas tanggungjawab yang besar dalam syarikatnya. Apakah hukum menggunakan khidmat pegawai peribadi menurut Islam?

Islam mengharuskan khidmat pegawai peribadi kerana ia termasuk dalam lingkungan usaha ikhtiar untuk menyelamatkan  diri dari sebarang bencana. Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, Siti Aishah pernah menceritakan bahawa pada suatu malam baginda terjaga kerana tidak dapat tidur. Baginda bersabda: “Alangkah elok sekiranya ada lelaki soleh dari kalangan sahabatku yang dapat menjagaku pada malam ini”.

Tiba-tiba terdengar bunyi suara senjata dari luar rumah. Rasulullah S.A.W. bertanya: “Siapakah diluar sana?” lelaki tersebut menjawab: “Aku adalah Sa’ad Ibn Abi Waqqas. Aku datang untuk menjaga keselamatan tuan.”

Selepas itu Rasulullah tidur sehingga kedengaran bunyi dengkurnya.

394. Soalan : Sejak dahulu lagi kita telah didedahkan dengan seni perubatan tradisional yang menggunakan berbagai-bagai kaedah tertentu. Ada yang menggunakan ayat suci al-Quran, juga ada yang menggunakan jampi serapah. Persoalannya, bolehkah seseorang yang menghidapi penyakit ganjil berubat dengan kaedah jampi?

Menjampi atau rukyah hukumnya harus untuk setiap penyakit. Ulama bersepakat kebolehannya sekiranya memenuhi tiga syarat berikut:

1. Dengan kalam Allah atau nama dan sifat-sifatNya.

2. Dengan bahasa Arab atau dengan bahasa lainnya yang diketahui maknanya.

3. Meyakini bahawa rukyah itu sendiri tidak memiliki pengaruh melainkan dengan takdir Allah.

395. Soalan : Saya mempunyai seorang rakan mualaf dan sering membantunya dalam hal-hal agama. Dia pernah memberitahu saya bahawa ibunya tidak merestuinya untuk menukar agama. Dari sudut Islam, derhakakah seseorang itu jika dia memeluk Islam tanpa restu Ibu bapanya?

Soal iman ialah satu perkara yang akan menentukan masa depan seseorang di akhirar nanti. Seseorang tidak dikira derhaka dalam soal memilih Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jika keduanya (ibubapamu) memaksa supaya engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu (tuhan) yang tidak engkau ketahui, maka janganlah engkau ikut keduanya.” (Surah Luqman ayat 15)

396. Soalan : Apakah jenis-jenis riba yang haram dan minta penjelasan.


Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipunggut) jika kamu orang beriman. Jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan Rasul-Nya.." (Surah Al-Baqarah ayat 278-279 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya. 


Jenis-jenis Riba :

1. Riba Nasi'ah

Menurut Qatadah, riba al-nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu hingga tempoh waktu tertentu. Apabila tempoh waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempohya dilanjutkan lagi.

Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang kepada orang lain, lalu yang berhutang berkata kepada pemberi hutang, "Hutang saya akan saya bayar "sekian (lebih)" dengan syarat anda melanjutkan tempohnya kepada saya". Lalu orang itu melanjutkan waktunya.

2. Riba Fadhl

Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, mata wang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan seterusnya.

Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, korma dengan korma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadis Riwayat Al-Syaikhan.

Dari Abu Said Al-Khudari, katanya, "Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa kurma kualitas Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana kurma itu ?". Ia menjawab , "Kami punya kurma yang buruk lalu kami tukar beli dua liter dengan satu liter". Maka Rasulullah bersabda: "Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mahu membeli, juallah dahulu kurmamu itu kemudian kamu beli kurma yang kamu inginkan". (Muttafaq 'alaih)

397. Soalan : Adakah wang hasil riba boleh digunakan untuk mengerjakan fardu haji dan apakah jenis seksaan di akhirat bagi sesiapa yang memakan riba ketika di dunia?

Berkata Ibnu Abbas r.a : “ Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224).

Oleh itu berhati-hatilah kita dalam pembelian rumah dan kereta supaya tidak terlibat dengan sistem riba. Jika sudah terambil cara konvensional maka perlulah ditukarkan kepada pinjaman cara Islam samaada cara mudharabah atau yang lain-lain.

Pada hari kiamat, orang yang menggamalkan riba akan dibangkitkan dalam keadaan terhuyung hayang kerana Allah Subahanahu Wata'ala telah memberatkan dan membesarkan perut mereka akibat memakan benda yang haram di dunia. Oleh itu, mereka tidak dapat berdiri tetap melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan.

Perkara ini telah dijelaskan dalam firman Allah Subahanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 275 maksudnya : "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan syaitan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba..."

398. Soalan : Siapakah yang terlibat dengan riba?
 

Hadis yang diriwayatkan dari Jabir : Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah".(Hadis Riwayatr Muslim).

Pemakan Riba itu ada 4 golongan :

1. Mengambil riba

2 . Memberi riba.

3 . Menjadi penulis/pencatat

4. Saksi kepada transaksi riba.

Satu kenyataan yang sama oleh baginda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifa . Nabi SAW melaknat wanita yang membuat tatu dan seorang yang ditatu , dan seorang yang menggunakan riba dan seseorang yang memberikannya. Dan baginda melarang mengambil harga anjing dan wang yang diperolehi dari pelacuran (perzinaan) dan melaknat pembuat-pembuat gambar." (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad telah mengishtiharkan bahawa di sana ada 70 jenis atau bentuk riba :
 

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) : "Riba mempunyai 70 bahagian, yang paling ringan (dosanya) adalah bersamaan dengan seorang lelaki mengahwini ibunya sendiri (yang mana ini adalah bahasa yang lembut yang digunakan nabi dalam menggambarkan perzinaan/kelakuan kelamin antara seorang lelaki dan ibunya sendiri). (Hadis Riwayat  Ibn Majah)

399. Soalan : Apakah hukum khitan bagi perempuan? Ada yang berpendapat ia nya tidak wajib, namun ada yang mengatakan ia wajib mengikut mazhab syafie. Terima kasih.

Untuk menjawab soalan ini para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum mengkhatan / khitan. Oleh itu terdapat tiga versi pendapat, sebagaimana dihuraikan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Asy-Syinqithi dalam kitabnya Ahkamul Jirahah Ath-Thibbiyah wa Al-Atsar al-Mutarabbatu ‘Alaiha, ms. 161-162. Ringkasnya seperti berikut :

Pertama, khitan hukumnya wajib atas lelaki dan perempuan


Ini pendapat ulama Syafi’iyah, Hanabilah, dan sebagian Malikiyah. (Imam Nawawi, Al-Majmu’, 1/300; Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/103; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167)

Kedua, khitan hukumnya sunnah (tidak wajib) atas lelaki dan juga perempuan. 


Ini pendapat ulama Hanafiyah, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Syaukani. (Imam Sarakhsi, Al-Mabsuth, 1/156; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167; Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/85; Imam Syaukani, Nailul Authar, 1/294)

Ketiga, khitan wajib atas lelaki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. 


Ini pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain, sebahagian ulama Malikiyah dan ulama Zhahiriyah. (Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/104; An-Nafrawi, Al-Fawakih Ad-Dawani, 1/461, Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/217).

Mengenai pensyariatan khitan perempuan, dalilnya antara lain, Nabi SAW pernah bersabda kepada para perempuan Anshar, “Hai para perempuan Anshar…hendaklah kamu berkhitan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong.” (Hadis Riwayat Al-Bazzar. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/221)

Nabi SAW juga pernah bersabda kepada perempuan tukang khitan, “Jika kamu mengkhitan [perempuan], maka hendaklah kamu sisakan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong.” (Hadis Riwayat Abu Dawud. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/344).

400. Soalan : Tumpang tanya ustaz, solat hajat sebaik-baiknya dibuat masa mana?

Rasulullah SAW. pernah ditanya: Doa yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Doa) akhir malam dan setelah solat wajib.
(Hadis Sahih Riwayat At-Tarmizi)

Doa pada sepertiga akhir malam sangat makbul. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Solat hajat yg paling afdal adalah adalah waktu mustajab doa iaitu sepertiga akhir malam (waktunya dari jam 4.00 pagi-5.30 pagi) selepas solat hajat banyakkan beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT dengan doa yang sungguh-sungguh jika boleh hingga menitiskan air mata penyesalan di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.



Thursday, May 30, 2013

Orang Mukmin Yang Bertanggungjawab Tidak Akan Meninggalkan Kerja -kerja Amar Makruf Nahi Mungkar.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

.ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hidup sebagai seorang mukmin sentiasa dipertanggungjawabkan dengan tugas dan amanah yang besar. Selain diamanahkan menjadi seorang suami dan ayah untuk membimbing keluarganya, dia juga bertanggungjawab untuk memimpin umat ini semoga tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini dapat di jalankan dengan sempurna.

Tugas untuk memimpin umat ini bergerak di dalam Jemaah Islam di panggil sebagai daie dan murabbi. Tugas sebagai daie dan murabbi bukanlah tugas yang mudah dan boleh dibuat sambil lewa kerana kerana kesilapan kita memimpin umat Islam dan berlaku penyelewengan akan mengakibatkan  Islam di fitnah dan menyebabkan orang akan lari daripada ajaran Islam maka kita akan menanggung dosanya.

Tugas untuk mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran adalah tugas yang amat mulia kerana tugas ini adalah tugas para rasul yang diutus oleh Allah S.W.T. Islam tidak akan tersebar luas apabila tugas amar makruf nahi mungkar ini tidak dilaksanakan dan gejala kerosakan dan kefasadan akan tersebar luas dan semakin parah bila umat Islam hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mahu pikul bersama tugas yang mulia ini. Pasti bala Allah S.W.T akan turun ditempat itu jika tidak ada usaha-usha yang berterusan mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan.

Ketahuilah, bahawasanya amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah melakukan kejahatan) adalah puncak tertinggi dalam agama. Ia merupakan suatu soal yang amat penting sekali, yang kerananya Allah  S.W.T. telah mengutuskan para Nabi sekalian.

Andaikata tugas ini dilengahkan dan segala jentera amar makruf dan nahi mungkar itu dicuaikan, sama ada dalam ilmu pengetahuan mahupun amalan, tentulah kesesatan bermaharajalela dan kejahilan terus akan melanda setiap orang, dan ketika itu negara akan menjadi rosak binasa manakala rakyatnya menjadi kacau bilau.

Tugas menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu menyuruh membuat kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan menjadi wajib, di kaji dari beberapa ayat al-Quran al-Karim seperti berikut:

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Dan hendaklah  ada di antara kamu  segolongan umat yang menyeru (manusia) kepada kebajikan menyuruh kepada yang makruf  dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran ayat 104)

Ayat yang tersebut di atas jelas sekali menunjukkan kewajiban hukum amar makruf dan nahi munkar. Sebab perkataan ' waltakun 'yang bermaksud hendaklah ada, ini adalah suatu perintah, dan zahir sekali perintah itu menunjukkan kewajiban perkara yang disuruh. Kemudian dalam ayat itu diterangkan pula perkataan beruntung yang mana pencapaian tingkat itu bergantung dengan melakukan perintah yang wajib tadi. Perhatikanlah firmanNya: 'Wa Ulaika Humul Muflihuun' yang maksudnya: Merekalah orang yang beruntung. Ternyata padanya bahwa tugas itu merupakan wajib fardu Kifayah, bukannya fardu ‘Ain, yang mana bila sesuatu ummat atau golongan menjalankan perintah atau tugas itu, maka gugurlah kefarduannya ke atas manusia yang lain.

Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan setengah mereka menjadi pemimpin kepada setengah yang lain; mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari mengerjakan yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang.” (Surah at-Taubah: 71)

Allah S.W.T. telah mensifatkan orang-orang yang beriman itu sebagai orang-orang yang menyuruh mengerjakan kebaikan, maka dengan itu sesiapa yang meninggalkan tugas menyuruh membuat yang baik itu terkeluarlah ia daripada golongan orang-orang yang disifatkan oelh Allah Ta’ala dalam ayat tersebut sebagai orang yang beriman:

Berfirman Allah lagi maksudnya :
"Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampau batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melakukan tindakan mencegah mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu." (Surah al-Maaidah ayat 78-79)

Ayat tersebut merupakan kemuncak ancaman dan kemurkaan dari Allah  S.W.T. kerana yang menyebabkan mereka ditimpa laknat itu ialah kerana mereka meninggalkan nahi mungkar; iaitu mencegah orang dari melakukan kejahatan.

Allah S.W.T. berfirman lagi maksudnya : “Kamu sekalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.” (Surah ali-Imran ayat 110)

Ayat tersebut menunjukkan bahwa tugas amar makruf dan nahi mungkar itu paling utama sekali kerana Allah telah memberi kepujian kepada orang yang menjalankan tugas ini, sebagai sebaik-baik ummat di atas muka bumi ini.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya : “Dan tolong-menolong kamu atas kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Perintah ini adalah suatu kemestian dan maksud tolong-menolong itu ialah mengajak melakukannya dan mempermudahkan jalan kepada melakukan kebajikan serta menutup jalan-jalan yang boleh menyampaikannya kepada kejahatan, dan permusuhan sekadar kemampuan.

Adapun terdapat riwayat daripada hadis yang memberitakan tentang amar makruf dan nahi munkar ialah apa yang diriwayatkan dari Abu Bakar as-Siddiq r.a. dari Rasulullah  S.A.W. sabdanya maksudnya :
“Tiada ada suatu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahwa Allah hampir-hampir akan menimpakan seksaNya atas mereka sekalian.”

Dalam dalil-dalil yang tersebut di atas, nyatalah bahwa tugas amar makruf dan nahi mungkar itu menjadi seperkara yang wajib, dan kewajibannya pula tiada terluput sama sekali, selagi ada kemampuan untuk melaksanakannya, kecuali jika sudah ada orang lain yang memenuhi tugas itu.

Sahabat yang dimuliakan,
Orang mukimin yang dipilih menjadi para daie atau pendakwah hendaklah  menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai tiga tata-cara atau adab yang penting menghiasi akhlaknya. Perkara tersebut adalah seperti berikut :

(1) Berilmu

(2) Warak

(3) Berbudi pekerti baik

Berilmu maksudnya: Patutlah ia mengetahui letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia tiada terkeluar dari had dan batasan syariat Islam.

Warak  maksudnya: Mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran itu saja, dan jangan ia sekali-kali melampaui batas yang diizinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh tujuan-tujuan yang lain. Hendaklah kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu. Kalau tidak tentulah ia akan dijadikan bahan ejekan dalam menjalankan tugas menyuruh atau melarang ini. Kelak orang itu akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.

Adapun berbudi pekerti baik pula, seberapa boleh biarlah ia bersikap lemah-lembut dan berbalas kasihan kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya. Berilmu dan berwarak saja tidak mencukupi, kerana bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahannya hanya dengan berilmu dan berwarak semata-mata, melainkan jika ada pada tabiat kita sifat berbudi pekerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidak sabar itu.

Dengan terkumpulnya ketiga-tiga sifat ini pada diri seseorang maka akan sempurnalah maksud untuk membimbing dan terkiralah ia salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah. Dengan itu sajalah akan tertolaknya kemungkaran, dan tanpanya tentu sekali kemungkaran itu tidak dapat dihapuskan.

Sekali peristiwa pernah Khalifah al-Makmun diberi nasihat oleh seorang dan orang itu menggunakan ucapan-ucapan yang kasar dan keras. Maka berkata  Khalifah al-Makmun kepadanya : "Wahai manusia! Berkata lunaklah! Sebenarnya Allah telah mengutus orang lebih mulia daripadamu kepada orang yang lebih hina dariku. Dalam menggalakkan hakikat lemah-lembut dan lunak kata-kata, Allah telah berfirman:
“Maka katalah (wahai Musa dan Harun) kepada Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut semoga ia akan ingat atau takut.” (Surah Taha ayat 44)

Orang yang mahu membimbing orang lain, patutlah ia meniru sikap lunak dan lemah-lembut kerana para Anbia sentiasa mengunakan pendekatan yang lemah lembut untuk mengajak manusia beriman kepada Allah S.W.T. dan meninggalkan kemugkaran yang dilakukannya.

Sahabat yang dihormati,
Untuk menjadi para daie atau pendakwah bukan semestinya kita perlu memiliki ilmu yang tinggi seperti para ulama, tetapi sebenarnya kita semua adalah para pendakwah kerana Nabi S.A.W ada bersabda maksudnya : "Sampaikanlah daripadaku satu ayat." Oleh itu kita wajib sampaikan Islam ini kepada isteri, anak-anak, jira tetangga, kawan-kawan pejabat, saudara mara , sahabat handai dan sesiapa saja orang yang kita kenal atau pun tidak.

Jika ada kenalan kita orang yang bukan Islam perlu juga kita sampaikan tentang kebaikan Islam semoga terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam. Kalau ada bahan-bahan tarbiah yang ringkas mengenai kebaikan Islam hulurkanlah kepada mereka supaya mereka dapat membacanya dan cuba mendekati dengan ajaran Islam.

Biasakanlah diri kita memberi nasihat yang baik dan cegahlah kemungkaran yang kita lihat berlaku dihadapan mata. Jika kita sampaikan dakwah atau ilmu Islam ini kepada mereka dan mereka amalkan ilmu tersebut kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. Sekiranya mereka tak terima atau tidak amalkan kita tetap mendapat pahala kerana kita telah berusaha memberi nasihat yang baik . Ingatlah hidayah itu milik Allah S.W.T. dan Dia akan beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Dalam suatu hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tolongilah saudara kamu samada dia menzalimi atau di zalimi." Lalu seorang lelaki bertanya : "Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika dia di zalimi. Apa pula pendapatmu jika dia yang menzalimi, bagaimana aku menolongnya?" Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: "Engkau hendaklah menegahnya daripada melakukan kezaliman itu, maka itulah cara menolongnya". (Hadis sohih riwayat Imam Bukhari daripada Anas. Sila lihat Nuzhatul Muttaqin, Syarah Riyadus Solihin, jilid 1, m/s 206. )

Berpandukan hadis ini, maka kita diseru supaya sentiasa menolong, samada orang yang menzalimi atapun yang di zalimi dengan syarat pertolongan itu akan membawa kepada maslahah ataupun kebaikan kepada kita, agama dan juga kepada saudara seagama kita. Maka cara menolong orang yang di zalimi adalah dengan menyekatnya daripada melakukan kezaliman tersebut atau pun menasihatkannya dengan baik.  Dan perlu kita faham bahawa kezaliman adalah setiap perkara yang dianggap dosa dan mungkar oleh agama.

Hubungan kekuatan iman dalam kalbu mukmin terukur pada sejauh mana kemauan dan kemampuannya dalam amar makruf nahi mungkar. Sabda Nabi S.A.W maksudnya :
“Barangsiapa melihat kemungkaran, harus mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah lemah iman”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah kita besama-sama memikul tugas amar makruf nahi mungkar dan sentiasa istiqamah dengan tugas ini kerana di hari akhirat pasti kita akan ditanya oleh Allah S.W.T. adakah kita telah melaksanakan tugas ini dengan  ikhlas dan bersungguh-sungguh?. Jika jawapannya kita telah melaksanakan ketika di dunia maka kita akan terselamat daripada azab yang pedih kerana satu kesalahan besar jika kita tinggalkan suruhan Allah S.W.T. ini, dan amalan-amalan kita yang lain akan dihitung dengan cara yang mudah kerana pahala menjalankan tugas ini lebih berat daripada amalan sunat kita.

Wednesday, May 29, 2013

Apakah Yang Di Maksudkan Syubahat Dalam Islam?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

.ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dalam tempoh kehidupan ini, kita tidak dapat lari daripada persoalan halal dan haram kerana segalanya tertakluk kepada penilaian Allah SWT terhadap segala amalan dan perbuatan yang kita lakukan. Sebagai panduan, setiap perkara dari segi hukum halal dan haramnya telah diperjelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran disamping hadis-hadis Rasulullah SAW menghuraikan lagi persoalan tersebut. Hukum halal dan haram yang mewarnai kehidupan manusia di dunia ini adalah suatu persoalan yang berkaitan dengan kepercayaan dan keimanan kita kepada Allah SWT ianya melibatkan suruhan serta tegahan, galakkan dan amaran.

Allah SWT tidak meninggalkan persoalan asas dan pokok yang melibatkan halal dan haram yang dibicarakan di dalam al-Quran mengenai urusan akidah, ibadah, syariah dan akhlak yang mulia tanpa ada jawapan serta panduan untuk melaksanakannya. Walaubagaimana pun di antara segala perkara yang jelas halal dan haram tersebut, ada perkara-perkara yang syubhah iaitu perkara yang samar-samar hukumnya di antara yang halal atau haram sebagai ujian untuk orang yang beriman. Justeru, orang mukmin yang benar dan bersifat warak akan meninggalkan perkara-perkara syubhah ini sebagai lambang kesempurnaan iman kerana dikhuatiri tanpa disedari ianya boleh terjatuh kepada perkara yang haram dan dimurkai Allah SWT.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, (sambil Nukman memegang kedua belah telinganya): “Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya daripada perkara syubhat, maka dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram.”

Memang tidak dapat dinafikan, tidak semua perkara yang telah Allah SWT dan Rasulullah SAW nyatakan dalam al-Quran dan hadis, jelas dari segi hukumnya sama ada halal ataupun haram. Namun begitu ianya tidak bermakna apabila Allah SWT dan Rasul-Nya tidak mengatakan mengenainya, lantas perkara itu boleh dianggap halal!

Rasulullah SAW telah menjelaskan di dalam hadis di atas bahawa antara halal dan haram, terdapat perkara syubhah. Syubhah merupakan sesuatu perkara atau keadaan yang tidak pasti akan hukumnya. Syubhah juga boleh juga ditakrifkan sebagai perasaan was-was akan sesuatu perkara. Walaupun syubhah bukanlah halal dan tidak juga haram, tetapi ianya tidak bermakna perkara syubhah itu boleh dilakukan sesuka hati.

Pengertian daripada hadis di atas juga jelas menyatakan, syubhah bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan ataupun dibuat main-main. Ini adalah kerana Rasulullah SAW menegaskan sesiapa yang menjauhkan perkara syubhat, maka dia telah menyelamatkan agama dan akidahnya serta memelihara kehormatannya. Akan tetapi jika sesiapa mengamalkan amalan syubhah, bermakna ia mengamalkan perkara yang haram dengan membelakang arahan dan perintah Allah SWT malah tidak berhati-hati dalam urusan tersebut. Bukankah itu satu penekanan dan penegasan yang berat?

Di dalam sebuah riwayat yang lain Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menjauhi syubhah, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhah, ia seolah telah jatuh dalam yang haram” ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)

Ingatan Rasulullah SAW dalam hadis ini membuatkan kita mesti berwaspada dalam setiap tindakan dan perkara yang bakal dilakukan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi apabila segala aktiviti kita melibatkan urusan sesama manusia khususnya golongan yang tidak beriman. Malah mereka langsung tidak mengetahui apa itu halal dan haram yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Seharusnyalah apabila kita meragui sesuatu perkara, hendaklah kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara tersebut kerana dikhuatiri akan terjerumus kepada perkara yang haram. Jika kita berhati-hati dan mengambil berat mengenai urusan agama dan perkara yang berkaitan dengan akidah, sudah pasti kita akan dapat menjauhi diri daripada terjebak dengan perkara yang diragui atau syubhah sekaligus menjauhkan diri kita daripada terlibat dengan perkara yang haram dan kemurkaan Allah SWT. Justeru, elakkan diri dariapda perkara-perkara yang syubhat agar kita dapat menjaga diri dan agama serta ahli keluarga daripada terjebak ke dalamnya. Contoh perkara-perkara syubahat adalah seperti berikut :

1. Makanan dan minuman daripada luar negara (walaupun daripada negara Islam) yang tidak ada pegesahan tanda halal oleh negara tersebut atau daripada JAKIM. Di khuatiri makanan tersebut dicemari oleh unsur-unsur haram walaupun sedikit.

2. Makan dan minum di hotel, restoren, cafeteria atau kopitiam yang tidak ada kelulusan JAKIM, kelulusan halal daripada luar negara boleh dipertikaikan sebab tidak ada siapa yang boleh mengesahkan dan pantau kehalalannya.

3. Makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh syarikat bukan muslim yang tidak ada kelulusan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama negeri-negeri.

4. Menerima hadiah atau hamper oleh kakitangan kerajaan (yang menguruskan tender atau pembekalan barang-barang) daripada syarikat-syarikat pemborong yang ada kepentingan perniagaan. Di khuatiri ada unsur-unsur rasuah.

5. Apa sahaja samaada pekerjaan, makanan, minuman, perkhidmatan yang mana di situ ada keraguan dan boleh menimbulkan fitnah atau kesangsian ianya boleh dikategorikan sebagai perkara syubahah.

6. Melabur di dalam pelaburan internet yang tidak jelas skimnya dan menyerupai skim cepat kaya. Tidak ada perjanjian dan muamalah yang jelas mengikut sistem Islam.

7. Membeli, menjual, membuat dan menghisab rokok. Sesetengah ulama mengatakan ia haram (dengan huraian yang terkini) manakala yang lain mengatakan makruh. Jabatan Fatwa Perak sebulat suara mengatakan rokok itu haram di sokong oleh Jabatan Agama Islam di Selangor. Walaupun majlis fatwa negeri-negeri tidak 100% mengatakan ia haram, bukankah perbuatan ini syubhat dan menurut hadis di atas dan boleh terjerumus ke dalam perkara yang haram. Ini kerana Rasulullah SAW telah bersabda bahawa mengamalkan perkara syubhat itu merosakkan kehomatan diri sendiri. Marilah kita cuba berhenti beramai-ramai. Memang tidak dapat dinafikan untuk berhenti itu sukar. Tetapi ingat Allah ada berfirman di dalam al-Quran surah al-Talaaq ayat 3 yang bermaksud: “Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).”

8. Membeli lembu, kambing atau ayam daripada tuan binatang ternak yang tidak menjaga binatang belaan mereka. Binatang tersebut dilepaskan dengan bebas. Kita khuatir binatang tersebut telah memakan tanaman orang lain dan tuannya membiarkannya saja. Oleh itu binatang seperti ini termasuk di dalam perkara syubahat. Belilah binatang-binatang ternak yang jelas makanannya daripada sumber yang halal.



9. Bekerja dengan anak syarikat, yang mana syarikat utamanya (parent company) adalah syarikat yang ada terlibat dalam perniagaan haram menurut ajaran Islam seperti perjuadian dan arak.

10. Melibatkan diri dalam perniagaan Multy Level Marketing yang tidak ada jawatankuasa syariah kerana dalam perniagaan MLM terdapat unsur-unsur penindasan, judi dan riba.

11. Perselisihan pendapat ulama di dalam sesuatu masalah yang melibatkan hukum, jika sebahagian ulama mengatakan perkara tersebut harus dan sebahagian lagi mengatakan haram maka darisegi hukumnya perkara tersebut telah jatuh syubahat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang haram samaada makanan, minuman, perbuatan dan pertuturan. Kita juga perlu jauhkan diri kita daripada perkara-perkara syubahat yang tidak jelas halal dan haram semata-mata untuk menjaga agama dan akidah agar tidak tergelincir kepada perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Oleh itu, sesiapa yang menjaga dirinya daripada melakukan perkara syubhat, bererti dia telah bebas (dari kecaman) untuk akidah dan kehormatannya. Manakala sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat, bererti dia telah terdedah untuk terjerumus ke dalam perkara yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. 


Sabda Rasulullah SAW: "Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu’alam

Soal Jawab Agama Siri 19 (Ikhtikaf di Masjid, Beristighfar, Tolong Menolong, Fadilat Wuduk, Amalan Jahilaih dan Lain-lain lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

.ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 19 adalah menjawab persoalan  ikhtikaf di masjid, beristighfar, tolong menolong, fadilat wuduk, amalan jahiliah, menjaga makan, membazir, sifat riak, sukarelawan, baca bismillah, urusan jenazah dan bawa bunga semasa ziarah kubur. 

361. Soalan: Apakah kebaikan yang boleh saya peroleh jika saya melakukan ikhtikaf?
Terdapat banyak hikmah dan kebaikan berikhtikaf :

Pertama: Mendatangkan ketenangan kepada fikiran dan jiwa dari bermacam-macam kesibukan dan boleh merehatkan seluruh anggota badan dari kepenatan dan keletihan.

Kedua: Dari segi rohani akan mendorong kita supaya memikirkan kelemahan diri dan merenung tanda-tanda kebesaran Allah SWT kerana dengan jalan demikian akan mendekatkan kita lagi kepada Allah SWT.

Ketiga: Iktikaf boleh mendidik diri kearah jiwa muthmainnah ( jiwa yang tenang ) dan tidak tunduk kepada dorongan hawa nafsu, sebaliknya tunduk dan taat kepada Allah Subhanahu Wataala dengan akal yang sihat.

Keempat: Iktikaf juga akan meningkatkan iman dan takwa kerana dengan memperbanyakkan ingat kepada Allah SWT sahajalah kita akan gementar dan terasa kebesaran Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dengan berfirman: 'Bersihkanlah rumah Ku (Kaabah dan Masjidil-haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud." (Surah Al-Baqarah ayat 125)

362.Soalan: Benarkah dengan beristighfar maka akan terbuka pintu rezeki yang akan dikurniakan oleh Allah SWT?
 

Ramai tidak menyangka bahawa dengan istighfar dan taubat mampu menjadi sebab terbukanya pintu-pintu rezeki. Ramai manusia yang bersungguh-sungguh dalam mengejar sesuap rezeki, tetapi terlupa untuk berdoa dan beristighfar kepada Allah SWT lantaran kesibukan.

Dalam al-Quran terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

فَقُل فَقُلْŰȘُ ۧ۳ْŰȘَŰșْفِ۱ُÙˆŰ§ ۱َŰšَّكُمْ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Űșَفَّۧ۱ًۧ (ÙĄÙ ) يُ۱ْŰłِلِ Ű§Ù„Űłَّمَۧۥَ Űčَلَيْكُمْ مِŰŻْ۱َۧ۱ًۧ (ÙĄÙĄ) وَيُمْŰŻِŰŻْكُمْ ŰšِŰŁَمْوَŰ§Ù„ٍ وَŰšَنِينَ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ وَيَŰŹْŰčَلْ لَكُمْ ŰŁَنْهَۧ۱ًۧ

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

ŰŁÙŠ: ۄ۰ۧ ŰȘŰšŰȘم Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰ§ŰłŰȘŰșÙŰ±ŰȘموه ÙˆŰŁŰ·ŰčŰȘموه، ÙƒŰ«Ű± Ű§Ù„Ű±ŰČق Űčليكم، ÙˆŰŁŰłÙ‚Ű§ÙƒÙ… من ŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰłÙ…Ű§ŰĄ، ÙˆŰŁÙ†ŰšŰȘ لكم من ŰšŰ±ÙƒŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶، ÙˆŰŁÙ†ŰšŰȘ لكم Ű§Ù„ŰČ۱Űč، وَŰŁَŰŻَ۱َّ لكم Ű§Ù„Ű¶Ű±Űč، ÙˆŰŁÙ…ŰŻÙƒÙ… ŰšŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ ÙˆŰšÙ†ÙŠÙ†، ŰŁÙŠ: ŰŁŰčŰ·Ű§ÙƒÙ… Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ ÙˆŰ§Ù„ŰŁÙˆÙ„Ű§ŰŻ، ÙˆŰŹŰčل لكم ŰŹÙ†Ű§ŰȘ ÙÙŠÙ‡Ű§ ŰŁÙ†ÙˆŰ§Űč Ű§Ù„Ű«Ù…Ű§Ű±، ÙˆŰźÙ„Ù„Ù‡Ű§ ŰšŰ§Ù„ŰŁÙ†Ù‡Ű§Ű± Ű§Ù„ŰŹŰ§Ű±ÙŠŰ© ŰšÙŠÙ†Ù‡Ű§

“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/233)

Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Basri rahimahullah:

 Ű§Ù† Ű±ŰŹÙ„Ű§ ŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ Ű§Ù„ŰŹŰŻŰš ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ Ű§Ù„ÙÙ‚Ű± ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰŹÙŰ§Ù ۚ۳ŰȘŰ§Ù†Ù‡ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰŽÙƒÙ‰ Ű„Ù„ÙŠÙ‡ ۹۟۱ ŰčŰŻÙ… Ű§Ù„ÙˆÙ„ŰŻ ÙÙ‚Ű§Ù„ ۧ۳ŰȘŰșÙŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű«Ù… ŰȘÙ„Ű§ Űčليهم Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰąÙŠŰ©

Maksudnya : “Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

Kemudian datang pula orang lain mengadu  kepada beliau tentang kefakirannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Basri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian al-Hasan al-Basri pun membacakan surah ini (Surah Nuh (71) ayat 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

Apabila kita perbanyakkan beristighfar Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan, pada masa yang sama urusan kehidupan kita akan di permudahkan-Nya. Allah SWT akan mengurniakan rezeki yang lumayan dan berkat, perniagaan akan menguntungkan, di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, diturunkan hujan untuk menyuburkan tanaman dan air sungai atau empangan air untuk bekalan air untuk rakyat tidak kering.

363.Soalan: Apakah cara yang terbaik ketika kita sedang dilanda musibah? Kadangkala saya seperti tidak sanggup lagi untuk menghadapinya.

Nabi SAW mengajarkan kepada kita supaya berdoa semasa ditimpa musibah semoga Allah SWT menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Baginda pernah mengajarkan doa kepada Ummu Salamah r.ha semasa beliau kematian suaminya (Abu Salamah).

Daripada Ummu Salamah r.ha. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: 'Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya' nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya."

Sifat orang mukmin tidak akan berputus asa walau bagaimana susah sekalipun musibah yang datang kepadanya, dia tetap reda dan berserah diri kepada Allah SWT. Oleh itu  amalkanlah doa ini tanda hati kita sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada Allah SWT.

364.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah? Adakah hijrah adalah perkara yang wajib dilakukan?


Hijrah  bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ia berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Maknanya, hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah.  muhasabah diri kita samaada kita telah berubah daripada kejahilan kepada berilmu, dan sentiasa meningkatkan amal dan kerja-kerja jihad di jalan Allah SWT Setiap tahun kita menyambut Maal Hijrah akan ada perubahan di atas usaha-usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup.

365.Soalan: Kereta saya rosak di pejabat ketika saya hendak pulang ke rumah. Saya meminta pertolongan dari kawan saya untuk menumpang keretanya kerana rumah saya dan rumahnya tidak jauh. Saya sangat mengharapkannya kerana pejabat saya jauh daripada tempat menunggu bas dan waktu ketika itu sudah hampir malam tetapi kawan saya tidak mahu menolong dengan alasan dia tidak dapat menolong kerana mahu balik cepat. Apakah hukum jika kita bersikap pentingkan diri sendiri?

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membaiat pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” (Hadis Riwayat Muslim)

Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Sesiapa yang engan memberi pertolongan di waktu orang lain memerlukannya maka dia akan mendapat balasan di akhirat nanti dengan tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

Daripada Abi Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa melapangkan orang mukmin dari suatu kesusahan (menunaikan hajat) dari kesusahan dunia nescaya Allah SWT melapangkan daripadanya akan kesusahan dari kesusahan hari kiamat. Dan barang siapa memudahkan atas orang yang sedang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan memudahkan ke atasnya daripada kesusahan di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim).

366.Soalan: Ayah saya sering berwuduk walaupun bukan hendak solat. Tidak mengapakah jika berwuduk setiap masa?

Berwuduk adalah salah satu sunah Nabi Muhammad SAW. Jagalah wuduk terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba-Nya yang berwuduk.

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya atas sebab bekas-bekasnya berwuduk. Maka oleh itu, barang siapa yang dapat antara kamu semua hendak memperpanjang (menambahkan) bercahayanya, maka baiklah ia melakukannya dengan menyempurnakan berwuduk itu sesempurna mungkin.” (Muttafaq ‘alaih).

Wuduk memiliki keajaiban yang luar biasa. Pahala bagi orang yang mengekalkan salah satu ibadah bersuci ini digambarkan dalam hadis yang berikut. Dari Abu Hurairah r.a.. ia berkata: “Saya mendengar kekasihku Rasulullah SAW. bersabda: “Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai daripada tubuh seseorang mukmin, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wuduk yakni sampai di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula perhiasan yang akan diperolehnya di syurga.” (Hadis Riwayat  Muslim).

367.Soalan: Bolehkah kita katakan orang tidak berilmu itu adalah orang jahiliah kerana saya sering mendengar orang berkata sedemikian?
 

Jahiliah bukan bermakna melawan sains dan teknologi dan kemajuan harta benda. Tetapi yang dimaksudkan jahiliah apabila iman tidak dapt melahirkan amalan-amalan Islam dalam hidup maka ini bermakna jahiliah sedang mengawal dan menguasai semua aktiviti hidup kita. Ini merupakan satu hakikat yang mesti disedari oleh setiap individu.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa seseorang yang tidak berilmu itu sebagai jahiliah. Konsep kefahaman terhadap jahiliah adalah sebenarnya diukur dari penerimaan dan penolakan terhadap Islam itu sendiri. Apabila Islam yang ditolak maka hiduplah kita dalam kumpulan jahiliah sepertimana contoh yang berlaku semasa mula Islam didakwahkan oleh Rasulullah SAW. di Mekah dikalangan orang-orang Quraish.

Jahiliah dahulu senang diketahui dan dikesan, tetapi jahiliah hari ini adalah jahiliah yang 'sophisticate' dan sukar dikenali kerana mereka bersembunyi di dalam kemajuan dan berlindung atas nama dan selogan Islam. Jahiliah sekarang ini, malah jahiliah disetiap zaman tetap akan menolak hukum Allah SWT.dan mereka boleh dikenali sebagai jahiliah dimana-mana sahaja di dunia ini di segenap lapisan masyarakat dan di setiap keadaan.

Sesungguhnya jahiliah berada di segenap kemajuan sama ada pada fikiran, politik atau kemasyarakatan. Sesungguhnya kita dewasa ini telah dikongkongi oleh jahiliah yang amat teruk sekali sehingga apa yang kita anggap Islam telah pun di asaskan oleh jahiliah.  kita tinggalkan semua bentuk jahiliah yang berupa buah fikiran, undang-undang, adat resam, adat istiadat dan cara hidup. Marilah kita kembali mengambil Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna dan menjadikan iman dan takwa sebagai teras untuk mengawal hati dan jiwa kita.

368.Soalan: Betulkah ada hadis Nabi yang mengatakan jangan makan secara berlebih-lebihan kerana kawan saya sering memakan makanan dengan tidak menjaga kesihatannya?

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air.”

Satu ketika Nabi SAW berjumpa dengan seorang lelaki yang mempunyai perut boroi (buncit). Maka Nabi SAW. menunjukkan kearah perut lelaki itu dengan jarinya seraya bersabda yang bermaksud: "Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) di berikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik." (Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi)

Orang yang kuat makan dan makan banyak biasanya perut akan menjadi boroi disebabkan lemak-lemak tidak sempat dibakar dan ianya berkumpul diperut. Adalah lebih baik jika makan sekadarnya dan wang lebihan untuk membeli makanan tadi ditukarkan menjadi sedekah dan di berikan kepada fakir miskin lebih menfaatnya dan mendapat pahala. Memang dalam hidup ini, lebih-lebih lagi untuk mengisi tugas dan tanggungjawab terhadap Allah dan juga masyarakat, kita perlukan badan sihat. Badan yang sihat, terbina daripada makanan minum yang baik dan berzat. Memang makanan itu perlu, tetapi janganlah sampai makan terlalu berlebihan sehingga melupakan tanggungjawab lain yang lebih utama.

369.Soalan: Kawan serumah saya sering berbelanja berlebih lebihan dan selalunya tidak menggunakan barang yang sudah dibelinya seperti makanan tidak dimakan sehingga tiba tarikh luputnya termasuk pakaian yang dibeli tetapi tidak dipakai. Apakah hukumnya jika orang yang tidak berjimat seperti ini?
 

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Orang yang membelanjakan hartanya untuk jalan yang betul, yang diharuskan syarak, maka ia tidak diperkira sebagai membazir atau sia-sia. Orang yang mengorbankan hartanya dijalan Allah demi untuk kemaslahatan Islam maka itu tidak termasuk dalam amalan membazir. Begitu juga mereka yang menghabiskan sebahagian daripada hartanya untuk menyekolahkan anak, membina bangunan untuk tempat kediaman atau mengeluarkan hartanya untuk membeli kereta bagi keperluan harian. Namun demikian, orang yang mengeluarkan sebahagian harta bendanya, biarpun untuk membeli bahan makanan yang sedikit, tetapi disedari makanan tersebut tidak diperlukan dan terbuang begitu sahaja, maka perbuatan itu termasuk dalam perbuatan membazir.

Islam dengan tegas menegah seseorang membeli barang melebihi keperluan hidup atau berbelanja mengatasi jarum penunjuk pendapatan, lantaran akibatnya akan menimbulkan pembaziran yang dibenci Allah. Jika berbelanja melampaui batas untuk tujuan bermegah-megah, sehingga berlaku pembaziran hanya saja akan menggambarkan tingkah laku orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan.

370.Soalan: Saya kagum dengan pencapaian kawan saya yang sering mendapat markah yang tinggi dan anugerah dekan pada setiap semester tetapi dia selalu riak mengatakan itu atas usaha kerasnya dan dia tidak mahu belajar bersama kami dengan alasan belajar berkumpulan menyebabkan pelajarannya terjejas kerana lambat faham. Bolehkah kita bersikap riak?

Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.

Salah satu sifat mazmumah yang amat dibenci Islam dan tidak disenangi dalam masyarakat ialah sifat ujub (perasan diri lebih). Ujub dapat diertikan sebagai ‘menganggap dan melihat diri lebih daripada orang lain’. Dengan menganggap diri lebih, seperti dari segi pengetahuannya, kealimannya, ibadatnya atau lebih kekayaannya daripada orang lain. Ujub ini sifat tercela, ia perlu segera dikikis dan dijauhi umat Islam kerana boleh mendorong kepada pelbagai sifat yang lebih buruk lagi, misalnya sombong, takbur, gila hormat, meremehkan orang lain dan sebagainya. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).” (Surah al-Qashash ayat 76)

371.Soalan: Saya suka menyertai aktiviti sukarela bagi membantu negara-negara yang ditimpa bencana seperti banjir, peperangan, kemiskinan termasuk di negara sendiri seperti di rumah anak anak yatim dan rumah warga tua. Adakah perbuatan saya ini betul bagi memperoleh keberkatan bagi membantu mereka yang memerlukan?
 

Allah SWT mencintai dan memuliakan sesiapa sahaja di kalangan para hamba-Nya yang memiliki sifat suka bantu membantu sesama manusia terutama mereka yang susah dan memerlukan bantuan. Samaada bantuan tersebut berbentuk wang ringgit, tenaga sukarelawan, khidmat sosial, mencarikan pekerjaan, bantuan pendidikan dan khidmat nasihat (kaunseling) secara percuma adalah amalan mulia di sisi Allah SWT. Allah SWT akan memberikan pahala yang besar dan akan disediakan syurga yang penuh kenikmatan.

Daripada Abi Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa melapangkan orang mukmin dari suatu kesusahan (menunaikan hajat) dari kesusahan dunia nescaya Allah SWT melapangkan daripadanya akan kesusahan dari kesusahan hari kiamat. Dan barang siapa memudahkan atas orang yang sedang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan memudahkan ke atasnya daripada kesusahan di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim).

Kerja-kerja sukarelawan yang sangat dipandang mulia oleh Islam adalah membantu negara-negara yang dilanda peperangan seperti di Palestin dan Syria, bantuan mangsa tsunami seperti di Acheh, bantuan banjir besar seperti di Pakistan, Thailand dan negeri-negeri di Malaysia dan kawasan dilanda gempa bumi seperti di Sumatera, Pulau Jawa dan ditempat-tempat lain. Para sahabat Nabi SAW pula sentiasa melakukan kerja sukarelawan demi menyebarkan kebaikan dan menyeru manusia kepada agama. Seperti kisah pembinaan masjid Quba’ di Madinah, sahabat bersatu hati membantu dalam menjayakan projek pembinaan masjid tanpa sebarang gantian wang.

372.Soalan: Apakah kita wajib membaca Bismillah setiap perkara yang kita mahu lakukan? Jika kita lupa adakah kita berdosa?

Membaca kalimah Bismillah adalah sunat bukannya wajib. Adalah keutamaan didalam memulakan setiap bentuk pekerjaan yang baik dalam kehidupan kita supaya pekerjaan tersebut mendapat keberkatan kerana kita memulakan dengan menyebut nama Allah SWT.


Dalam kehidupan kita seharian kita banyak menyebut nama Allah yang  Maha  Agung seperti  Allah, Ar-Rahman Ar-Rahim dan mengharapkan pertolongan dan keberkatan. Apabila pertolongan  telah datang kepada kita maka ini adalah rahmat dari  Allah SWT  kepada hamba-Nya yang sentiasa berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT. Setiap pekerjaan yang mendapat keberkatan menjadi mudah, ringan, berkesan dan mencapai matlamat kerana mendapat rahmat dari Allah SWT.

Dengan membaca kalimah Bismillah akan mendapat rahmat dan keberkataan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.  Di larang membaca kalimah Bismillah pada pekerjaan dan perbuatan yang haram atau yang makruh atau apa apa pekerjaan yang keji kerana Bismillah itu  sangat di muliakan oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan: "Aku akan bermalam dengan kamu."Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan).”  (Hadis Riwayat Muslim)

373.Soalan : Bagaimanakah untuk menguruskan mayat jika mayat itu berkeadaan hancur tubuh badannya akibat terhempas kapal terbang?

Ambil serpihan-serpihan dagingnya dan dikumpulkan dengan cara yang menghormati mayat tersebut dan jangan tinggalkan sedikit pun serpihan mayat. Kemudian letakkan di tempat yang disediakan untuk mayat tersebut. Serpihan tersebut tidak perlu diasing asingkan kerana daging sudah hancur dan tidak dapat dibezakan antara satu dengan yang lain. Selepas itu, hendaklah meratakan air kepada daging daging tersebut dengan disunatkan niat bermandi wajib bagi mayat mayat Islam. Imam Syafie dan Imam Ahmad mewajibkan mandi serpihan mayat dan dikafankan, disolatkan serta dikebumikan. Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berpandangan sekiranya serpihan itu dijumpai lebih separuh badan, ia perlu dimandikan namun sekiranya tidak maka tidak perlu dimandikan.

374.Soalan : Bolehkah mayat orang yang menunaikan haji ataupun umrah tidak ditutupi muka, kepala dan mayat tidak direnjis dengan bau-bauan?

Boleh kerana Allah akan membangkitkannya dengan keadaan talbiah yang bermaksud memuji Allah. Hadis daripada Ibnu Abbas  berkata: “Ketika seorang lelaki sedang wukuf mengerjakan haji bersama sama Rasulullah SAW di Padang Arafah. Tiba tiba lelaki itu terjatuh dan meninggal dunia, kemudian Rasulullah berkata, mandikan ia dengan air dan daun bidara dan kafankan dia dengan dua kain ihramnya. Janganlah diberi bau bauan dan jangan ditutup kepalanya kerana dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan yang memuji Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, an-Nasai dan at-Tirmizi)

375.Soalan : Bolehkah kita melambat lambatkan pengebumian jenazah kerana menunggu warisnya datang melawat?
 

Perbuatan melengah-lengahkan pengebumian adalah dilarang kecuali ada halangan yang dibenarkan oleh syarak seperti menunggu kaum kerabat yang mempunyai pertalian darah asalkan tidak menyebabkan mayat menjadi rosak. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Hendaklah kamu segera menyelenggarakan jenazah. Sekiranya mayat itu baik, kamu mendekatkan dia kepada kebajikan, dan sekiranya mayat itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, Rasulullah SAW menjelaskan, tiga perkara yang tidak dapat ditangguhkan iaitu solat apabila sudah masuk waktunya, menguruskan jenazah yang sudah ada dan janda yang sudah bertemu dengan lelaki yang sekufu bagi meminangnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

376.Soalan :  Bolehkah kita mengkafankan mayat wanita dengan menggunakan kain jenis sutera? 

Hukumnya makruh kerana perbuatan tersebut dianggap pembaziran. Rasulullah SAW menjelaskan, “Janganlah kamu berlebih lebihan memilih kain kafan yang mahal kerana sesungguhnya kain itu akan hancur dengan segera.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

377.Soalan :  Berapa helai kain kafan yang diperlukan untuk mengkafan mayat wanita?

Kain kafan yang diperlukan unutk mayat seorang wanita adalah sebanyak lima lapis  kain termasuk sarung, baju, kain tutup muka dan kepala. Manakala dua lapis kain lagi untuk menutup badannya sebagai tambahan terhadap haknya.

Laili binti Qanif al-Thaqifah yang turut memandikan dan mengkafankan puteri Rasulullah SAW, beliau berkata, “Rasulullah memberikan kain sarung, baju kurung, jilbab dan dua helai kain kepada kami.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud.)

378.Soalan : Kawan saya bertanya kepada saya bolehkah jika kita mengkafankan jenazah dengan kain selain berwarna putih?

Boleh menggunakan kain selain warna putih jika tidak ada kain putih untuk mengkafankan jenazah, tetapi sekiranya boleh dibuat pilihan maka kain putih adalah sebaik-baik kain berbanding dengan kain berwarna. 


Mengkafankan jenazah dengan menggunakan kain yang berwarna putih adalah amalan sunah yang dituntut agama bukan sekadar adat melayu dalam masyarakat tetapi asas dalam agama Islam sendiri. Daripada Ibnu Abbas, Nabi Muhammad SAW menjelaskan, “Pakailah yang putih daripada pakaianmu kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik baik pakaian kamu dan kafanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

379.Soalan : Jika mayat orang yang beragama Islam dan orang kafir bercampur akibat peperangan dan orang ramai tidak dapat memastikan mayatnya, bolehkah kita mensolatkan mayat mereka bercampur?

Para ulama menyatakan haram hukumnya jika mensolatkan jenazah orang yang bukan Islam tetapi jika mayat orang beragama Islam dan orang kafir bercampur sebagai contoh di dalam peperangan, mayat tersebut hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan kesemuanya. Cara ini lebih afdal dengan melaksanakan secara serentak dan berdoa “Ya Allah, ampunilah dosa dan mayat Islam di antara mereka.”

380.Soalan :  Apakah hukumnya jika kita membawa bunga ketika menziarahi tanah perkuburan?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  Kali ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004 membincangkan Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Muzakarah memutuskan amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur tidak digalakkan daripada perspektif agama. Sebaik-baiknya ditinggalkan kerana menyamai tradisi agama lain.