.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebenarnya berpoligami bukanlah satu amalan yang asing dalam kehidupan umat Islam dizaman Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Majoriti sahabat-sahabat Rasulullah SAW hidup berpoligami berbanding yang tidak berpoligami.
Dalam minggu ini kita digemparkan dengan peristiwa manis perkahwinan untuk kali ke3 pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Dalam facebook terdapat komen-komen yang positif dan negatif. Sepatutnya kita tidak boleh berpandangan negatif kerana amalan berpoligami adalah telah disyariatkan oleh Allah SWT, jika berkemampuan al-Quran menjelaskan kawinlah 2,3, dan 4 jika tidak mampu barulah satu sahaja isteri.
Setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza, kemampuan diri kita sendiri tidak boleh disamakan dengan kemapuan orang lain. Mungkin ada orang yang berkemapuan darisegi kewangan tetapi tidak mampu memberikan keadilan darisegi masa dan keadilan.
Apabila
membicarakan hukum berpoligami terdapat 3 hukum yang ditetapkan oleh
Islam iaitu harus, tidak dibenarkan dan digalakkan (istihbaab)
Firman Allah S.W.T. :
{وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ}
Maksudnya
: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah
wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat” (Surah
an-Nisaa’ ayat 3).
Perintah
Allah dalam ayat ini tidak menunjukkan wajibnya poligami, kerana
perintah tersebut ada dijelaskan dengan ayat yang lain iaitu firman-Nya,
{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}
Maksudnya
: “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
(kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang
demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah
an-Nisaa’ ayat 3).
Maka
dengan adanya ayat ini, jelaslah bahwa ayat di atas meskipun berbentuk
perintah, akan tetapi maknanya adalah larangan, iaitu larangan menikahi
lebih dari satu wanita jika dikhawatirkan tidak dapat berbuat adil atau
maknanya, “Janganlah kamu menikahi kecuali wanita yang kamu senangi”.
Ini seperti makna yang ditunjukkan dalam firman-Nya,
{وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ}
Maksudnya
: “Dan katakanlah:'Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka
barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa
yang ingin (kafir) biarlah ia kafir” (Surah al-Kahfi:29).
Maka tentu saja makna ayat ini adalah larangan melakukan perbuatan kafir dan bukan perintah untuk melakukannya.
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdulah bin Baz ketika ditanya, “Apakah poligami dalam Islam hukumya mubah (boleh) atau dianjurkan?”
Beliau
menjawab : “Poligami hukumnya disunnahkan (dianjurkan) bagi yang
mampu, kerana firman Allah Ta’ala (beliau menyebutkan ayat tersebut di
atas), dan kerana perbuatan Rasulullah S.A.W. menikahi sembilan orang
wanita, Allah memberi manfaat yang besar bagi umat ini dengan adanya
para isteri Nabi S.A.W. tersebut, dan ini (menikahi sembilan orang
wanita adalah khusus untuk baginda sahaja.)
Adapun
selain daripada Nabi S.A.W. boleh bernikah tidak lebih dari empat
orang wanita. Kerana dalam poligami banyak terdapat
kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan
bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan poligami akan memudahkan bagi
lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan
(kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan, dan memudahkan bagi lelaki
untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada
kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan
penyimpangan.
Adapun
bagi yang tidak mampu melakukan itu dan khawatir berbuat tidak adil,
maka cukuplah dia menikahi seorang wanita (saja), kerana Allah Ta’ala
berfirman,
{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}
Maksudnya
: “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
(kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang
demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah
an-Nisaa’ ayat 3).
Semoga
Allah senantiasa memberi taufik-Nya kepada semua kaum muslimin untuk
kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan akhirat.
Syaikh
Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang lelaki jika dia
mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka
lebih utama baginya untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika
dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga batin) sehingga dia mampu
menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan
hartanya sehingga dia boleh memberi nafkah yang layak bagi
isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara
mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan
lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya maka
itu lebih utama.
Ibnu
Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini
adalah yang paling banyak isterinya."(tidak lebih daripada 4 isteri)
Hikmah dan kebaikan poligami :
Hukum
poligami telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala yang mempunyai nama
al-Hakim, ertinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Maha Adil dan
yang Maha Sempurna, maka hukum Allah Ta’ala yang mulia ini tentu
memiliki banyak hikmah dan faedah yang agung, di antaranya:
Terdapat 12 hikmah dan manfaat di dalam hukum berpoligami :
Pertama:
Terkadang poligami harus dilakukan dalam keadaan tertentu. Misalnya
jika isteri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak
poligami dikhawatirkan dia tidak boleh menjaga kehormatan dirinya. Atau
jika suami dan isteri sudah dianugerahi ramai anak dan cucu, sehingga
kalau dia harus menceraikan isterinya, dia merasa berat untuk berpisah
dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam
perbuatan zina jika tidak berpoligami. Maka masalah ini tidak akan boleh
diselesaikan kecuali dengan poligami, insyaa Allah.
Kedua:
Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan
terikatnya di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah
Ta’ala berfirman,
{وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا}
“Dan
Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan
manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan
kerana pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa” (Surah al-Furqaan ayat
54).
Maka
poligami adalah sebab terjalinnya hubungan dan mendekatkan antara
banyak keluarga, dan ini salah satu sebab poligami yang dilakukan oleh
Rasulullah S.A.W.
Ketiga:
Poligami merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita
akan dapat dipenuhi keperluan hidup mereka dengan mendapat nafkah
daripada suami , tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang ramai,
dan ini merupakan tuntutan syariat.
Keempat:
Di antara kaum lelaki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi
sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang isteri, sedangkan
dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Akan tetapi
dia takut terjerumus dalam perzinaan dan dia ingin menyalurkan keperluan
syahwatnya ditempat yang halal . Jelaslah ini adalah rahmat Allah
S.W.T. kepada manusia membenarkan poligami sesuai dengan syariat-Nya.
Kelima:
Kadangkala setelah menikah ternyata isteri mandul, tetapi suami
berkeinginan untuk mendapatkan zuriat keturunan. Maka berpoligami adalah
lebih baik daripada suami menceraikan isterinya.
Keenam:
Kadangkala juga seorang suami sering bermusafir untuk mencari nafkah,
sehingga dia perlu untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia berada
jauh daripada isterinya.Maka adalah lebih baik dia bernikah ditempat dia
mencari nafkah.
Ketujuh:
Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang
ini menjadikan ramai lelaki yang terbunuh sedangkan jumlah wanita
semakin ramai, padahal mereka perlukan suami untuk melindungi mereka.
Maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.
Kelapan:
Kadangkala seorang lelaki tertarik atau kagum terhadap seorang wanita
atau sebaliknya, kerana kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan
merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.
Kesembilan:
Kadangkala terjadi masalah besar antara suami-isteri, yang menyebabkan
terjadinya perceraian, kemudian suami menikah lagi dan setelah itu dia
ingin kembali kepada isterinya yang pertama, maka dalam keadaan seperti
ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.
Kesepuluh:
Umat Islam sangat memerlukan lahirnya banyak generasi muda, untuk
mengukohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir,
ini hanya akan boleh diperolehi dengan poligami dan tidak membataskan
jumlah keturunan.
Kesebelas:
Termasuk hikmah yang lain dengan suami berpoligami , seorang isteri
memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran
dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah
isterinya yang lain. Kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan
oleh isteri yang suaminya tidak berpoligami.
Keduabelas:
Dan termasuk hikmah dan kebaikan poligami, semakin kuatnya ikatan
cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya. Kerana
setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari isteri-isterinya, maka
suami dalam keadaan sangat rindu pada isterinya tersebut, demikian pula
isteri sangat merindukan suaminya. Masing-masing isteri cuba memberi
khidmat terbaik kepada suami mereka, keadaan ini hanya berlaku dengan
adanya poligami.
Sahabat yang dimuliakan,
Masih
terdapat banyak hikmah dan kebaikan lainnya, yang tentu saja orang yang
beriman kepada Allah dan orang bertakwa meyakini akan kebenaran
hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak ragu-ragu walaupun sedikit
daripadanya.
Wahai kaum wanita yang mukmin!
Yakinlah bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita. Walaupun mungkin kalian berat untuk menerimanya tetapi bila hati kalian dididik dengan asas iman dan takwa dan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya melebihi kepentingan diri kalian maka kalian akan mencapai tahap wanita solehah. Tidak ada tempat yang paling baik untuk wanita solehah melainkan syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi.
Janganlah kalian terbawa-bawa dengan wanita barat dan wanita sekular yang membenci poligami dan menganggap hukum poligami ini adalah merampas hak wanita dan merendahkan darjat kaum wanita. Kelemahan sebahagian daripada kaum lelaki yang mengamalkan poligami bukannya alasan bahawa poligami itu membawa kemudaratan. Yakinilah bahawa kehidupan sebenar adalah di hari akhirat di dunia ini adalah medan ujian untuk menguji lelaki dan wanita siapakan dianatara mereka yang taat dan patuh kepada-Nya dan menjadi orang-orang yang bertakwa.
Wahai kaum wanita yang mukmin!
Yakinlah bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita. Walaupun mungkin kalian berat untuk menerimanya tetapi bila hati kalian dididik dengan asas iman dan takwa dan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya melebihi kepentingan diri kalian maka kalian akan mencapai tahap wanita solehah. Tidak ada tempat yang paling baik untuk wanita solehah melainkan syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi.
Janganlah kalian terbawa-bawa dengan wanita barat dan wanita sekular yang membenci poligami dan menganggap hukum poligami ini adalah merampas hak wanita dan merendahkan darjat kaum wanita. Kelemahan sebahagian daripada kaum lelaki yang mengamalkan poligami bukannya alasan bahawa poligami itu membawa kemudaratan. Yakinilah bahawa kehidupan sebenar adalah di hari akhirat di dunia ini adalah medan ujian untuk menguji lelaki dan wanita siapakan dianatara mereka yang taat dan patuh kepada-Nya dan menjadi orang-orang yang bertakwa.
No comments:
Post a Comment