Thursday, February 4, 2016

Jauhi Mengumpat Dan Mencerca Orang Lain


Ayat ini biasa kita dengar. Betul ke mengata depan-depan tak salah (tak berdosa)? Kalau kita lihat surah al Humazah ayat 1, 

Allah ŰłŰšŰ­Ű§Ù†Ù‡ وŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ berfirman: 

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَŰČَŰ©ٍ لُّمَŰČَŰ©ٍ [Ű§Ù„Ù‡Ù…ŰČŰ© : 1

Ertinya: Kecelakaan / lembah neraka bagi orang yang "HUMAZAH" dan "LUMAZAH"
(Surah al Humazah ayat 1)


Apa makna humazah dan lumazah?

1. Kata Ibnu Abbas:

Űčن Ű§ŰšÙ† Űčۚۧ۳ ŰŁÙ† Ű§Ù„Ù‡Ù…ŰČŰ© : Ű§Ù„Ű°ÙŠ يŰșŰȘۧۚ ÙˆŰ§Ù„Ù„Ù…ŰČŰ© : Ű§Ù„ŰčÙŠŰ§Űš .
 

Ertinya: al Humazah itu yang mengumpat (dibelakang) dan al Lumazah itu yang mengaibkan.

2. Pendapat ulama' lain:

ÙˆÙ‚Ű§Ù„ ŰŁŰšÙˆ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„ÙŠŰ© ÙˆŰ§Ù„Ű­ŰłÙ† ÙˆÙ…ŰŹŰ§Ù‡ŰŻ وŰč۷ۧۥ ŰšÙ† ŰŁŰšÙŠ ۱ۭۚۧ : Ű§Ù„Ù‡Ù…ŰČŰ© : Ű§Ù„Ű°ÙŠ يŰșŰȘۧۚ ÙˆÙŠŰ·Űčن في ÙˆŰŹÙ‡ Ű§Ù„Ű±ŰŹÙ„ ، ÙˆŰ§Ù„Ù„Ù…ŰČŰ© : Ű§Ù„Ű°ÙŠ يŰșŰȘŰ§ŰšÙ‡ من ŰźÙ„ÙÙ‡ ۄ۰ۧ Űșۧۚ

Kata Abu Al Aliah, al Hasan, Mujahid, Ata' bin Abi Rabah: al HUMAZAH ialah yang mengumpat dan mencerca di depan muka seseorang dan al LUMAZAH ialah yang mengumpat orang yang di belakangnya .

Jadi kalau mengikut tafsiran ulama, kata- kata: "SAYA TAK MENGUMPAT, SAYA KATA DEPAN-DEPAN" adalah tidak betul. Ini kerana kata di depan juga termasuk dalam kategori yang dilarang dalam Islam sebagaimana tafsiran surah al Humazah tadi. Semoga kita dapat memperbetulkan anggapan kita dan amalan kita.
Dipetik dari Tafsir al Qurtubi

Hati Sering Bolak-Balik

Punca Tiada Ketetapan Pada Hati.

1. Hati merupakan raja dalam struktur badan manusia.  (Hadis Riwayat al-Bukhari no, 52,Bab Iman. Muslim no.1599, Bab Jual Beli). 

Imam al-Qurtubi menceritakan kisah seorang Muazzin di Mesir yang telah murtad kerana ternoda dengan seorang gadis beragama Kristian, kemudian mereka berkahwin. Akibat dalam suatu kemalangan, lelaki itu mengakhiri hayatnya dalam keadaan hina, dalam agama Kristian.(Lihat Kitab al-Tazkirah: Bab Su'al-Katimah.)

Oleh itu, amatlah penting memohon kepada ketetapan hati agar sentiasa berada dalam rahmat-Nya, ketika hidup atau mati.

2. Daripada Anas berkata; Maka kami (Para Sahabat) berkata;

Wahai Rasulullah..! Kami telah beriman kepadamu dan kepada Wahyu yang engkau bawa, maka apakah engkau masih khuwatirkan kami?

Baginda Nabi SAW menjawab:

نَŰčَمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْقُلُÙˆŰšَ Űšَيْنَ ŰŁُŰ”ْŰšُŰčَيْنِ مِنْ ŰŁَŰ”َِۧۚŰčِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰčَŰČَّ وَŰŹَلَّ يُقَلِّŰšُهَۧ
 

"Ya, sesungguhnya hati itu berada di antara jari-jari Allah ‘azza wajalla, Dialah yang membolak-balikkannya."
(HR. Ahmad; Ibnu ‘Adi berkata di dalamnya terdapat perawi yang bernama Abu Sufyan dan dia tidak mengapa.)

3. Dalam riwayat lain, Ummu Salamah r.ha berkata, doa ini merupakan DOA yang paling banyak dibaca oleh Nabi SAW.

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ مُقَلِّŰšَ Ű§Ù„ْقُلُÙˆŰšِ Ű«َŰšِّŰȘْ قَلْŰšِي Űčَلَى ŰŻِينِكَ


"Ya Allah, yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu".
(Bacalah doa ini setiap kali solat Fardu dan solat-solat Sunat yang kita kerjakan)

(HR. Ahmad; dalam sanadnya terdapat “Syahar bin Hawsyab” dan dia didhaifkan para ulama)

4. Apkah punca hati itu berbolak-balik?

i. Memakan dari sumber haram dan subhah.
ii. Rendahnya keimanan kepada Allah dan jauh dari Allah.
iii. Sombong, riak dan takabur
iv. Dekatnya diri dengan maksiat.


Oleh kerana hati itu sentiasa dalam bolak-balik, "maka setiap ibadah yang dilakukan seperti solat, amalan-amalan sunat, puasa kita akan bermusim." Apatah lagi, untuk istiqamah dalam semuah ibadah yang dilakukan, umpama "Lalang Ditiup Angin).

Cara Allah SWT Memberi Rezeki Menurut Al-Quran


1— Rezeki yang dijamin oleh Allah SWT.

“Tidak suatu binatang (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”(QS. Hud: 6). 

2—Rezeki yang diperolehi sesuai dengan apa yang diusahakan.

“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya” (QS. An-Najm: 39).

3—Rezeki sampingan bagi orang-orang pandai bersyukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)

4—Rezeki istimewa dari arah yang tidak disangka-sangka bagi orang-orang yang bertakwa dan bertawakal pada Allah SWT.
.
“Barangsiapa yang bertaqwa kepadaۧ Allah  nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS.Ath-Thalaq:2-3)

— Peringkat rezeki yang keempat ini adalah rezeki yang istimewa, tidak semua orang boleh mampu mendapatnya. 

Rezeki ini akan Allah berikan dari arah yang tidak disangka-sangka. Mungkin disaat seseorang berada dalam keadaan yang sangat ia memerlukan.

9 Kreteria Wanita Cantik Menurut Al-Quran Dan Sunah


Ciri-ciri kecantikan seseorang wanita dari sudut Islam.

1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji (surah an-Nur 24:31)

2. Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki ajnabi, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan. (HR Bukhari)

3. Pembawaan diri sopan, tegas, dan bersahaja. (Surah al-Qasos:25)

4. Senantiasa bercakap dengan nada suara tidak di manja-manjakan dan tidak dilembut-lembutkanan (surah al-Ahzab:32)

5. Menjauh gaya tabarruj, penggayaan diri yg mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kepada dirinya (surah al-ahzab:33)

6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah (surah al-Ahzab:59)

7. Senantiasa bersih dan berbau segar (HR Bukhari)

8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tato, mencukur alis, dan sebagainya. (Surah an-Nisa:119, HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Thirmizi)

9. Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri (HR Ibnu Abbas)