Saturday, January 5, 2013

Kisah Kemuliaan Dan Kebaikan Nabi Yahya A.S. Di Dalam Al-Quran



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : "Hai Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong dan derhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali." (Surah Maryam ayat 12-15)

Nabi Yahya a.s. adalah anak tunggal dan anak kesayangan Nabi Zakariah a.s. Nabi Yahya a.s. diberi rasa cinta dari sisi Allah SWT. Al-Hanan ialah ilmu yang luas yang terkandung di dalamnya sesuatu kecintaan yang dalam terhadap makhluk dan alam. Hanan ialah salah satu dari tingkat cinta yang bersumber dari ilmu. Yahya a.s. adalah seorang Nabi yang menjadi cermin dari ibadah, zuhud, dan cinta. Nabi Yahya a.s. mengungkapkan cinta kepada semua makhluk. Ia dicintai oleh manusia, burung-burung, binatang buas, bahkan gurun dan gunung. Darah Nabi Yahya a.s. tertumpah ketika baginda berusaha mempertahankan kebenaran yang disampaikannya di istana raja yang zalim. Peristiwa dahsyat itu berkaitan dengan fitnah seorang penari pelacur. Para ulama banyak menyebutkan keutamaan Nabi Yahya a.s.. Baginda hidup sezaman dengan Nabi Isa a.s. dan termasuk kerabat dekatnya dari sisi ibu (anak ibu saudaranya).

Ada hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s.  dan Nabi Isa a.s. pernah bertemu pada suatu hari. Lalu Isa berkata kepada Yahya, "Mintakanlah ampun bagiku wahai Yahya. Sesungguhnya engkau lebih baik daripada aku". Yahya berkata: "Mintakanlah ampun bagiku wahai Isa kerana engkau lebih baik daripada aku." Isa berkata: "Tidak, engkaulah yang lebih baik daripada aku. Engkau mengucapkan salam kepadaku sedangkan Allah SWT mengucapkan salam kepadamu." Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Nabi Yahya a.s. ketika Allah SWT menyampaikan salam kepadanya pada hari ia dilahirkan, pada hari ia wafat, dan pada hari ia dibangkitkan kembali di hari akhirat dalam keadaan hidup. 

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah pergi dan menemui para sahabatnya. Pada suatu hari, baginda mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para nabi. Ada yang mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara oleh Allah SWT). Ada yang mengatakan, Isa ruhullah (tiupan roh Allah SWT). Dan ada juga yang mengatakan, Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah SWT).

Demikianlah para sahabat berbicara tentang para nabi lalu Rasulullah SAW menemui mereka. Ketika Rasul SAW mendapati mereka tidak menyebut nama Yahya, baginda berkata: "Di manakah putera seorang syahid yang mendapatkan banyak penderitaan, yang memakan pohon kerana takut dosa, di manakah Yahya bin Zakaria?."

Di beritakan ketika datanglah musim semi (peralihan daripada musim sejuk ke musim panas) di Palestin dan bumi tampak semakin menghijau dan langit semakin terang. Bulan dengan cahayanya menembus puncak-puncak pohon dan kebun. Bunga-bunga mawar dan jeruk semakin berkembang dan baunya tersebar ke udara. Dan burung- burung yang sedang berterbangan tampak bernyanyi dan melantunkan lagu-lagu kegembiraan di tengah-tengah suasana yang ceria dan penuh keindahan.

Kemudian lahirlah Yahya a.s. Kelahiran Yahya a.s. dipenuhi banyak mukjizat. Baginda lahir ketika ayahnya Zakaria a.s. berusia lanjut masih belum dikurniakan oleh Allah SWT zuriat keturunan. Baginda lahir melalui doa yang suci yang bersumber dari hati Nabi Zakaria a.s. yang suci dan tulus. Nabi Yahya a.s. lahir di tengah-tengah masa yang dipenuhi dengan puncak kesucian sebagaimana juga dihiasi dengan puncak kezaliman. Maryam adalah simbol puncak kesucian di zamannya. Mihrabnya penuh dengan bau yang harum yang memancarkan kalimat- kalimat solat yang terus menerus dan zikir yang bersumber dari hati yang suci. Masjid tampak dipenuhi dengan gelombang orang-orang yang solat dan orang-orang mukmin yang berzikir. Namun nun jauh di sana masih terdapat pemerintah yang zalim .

Yahya a.s. dilahirkan dan masa kecilnya tidak seperti lazimnya masa yang dilalui oleh anak-anak. Umumnya anak-anak ketika itu bermain hal-hal yang tidak berguna, sedangkan Yahya a.s. nampak serius sejak baginda kecil. Anak-anak kecil suka dan bergembira  dan terhibur ketika mereka menyiksa binatang, sementara Yahya justru memberi makan bintang- binatang dan burung dari makanannya sebagai bentuk belas kasihan darinya, bahkan terkadang Yahya a.s. sendiri makan dari daun-daun pohon atau buahnya. Ketika baginda masuk usia dewasa, maka cahaya wajahnya semakin bersinar dan hatinya penuh dengan hikmah dan cinta kepada Allah SWT serta kedamaian. Yahya a.s. adalah seseorang yang menyukai membaca sejak usia kanak-kanak. Baginda rajin membaca dan menuntut ilmu. 

Firman Allah SWT :

يَۧ يَŰ­ْيَى ŰźُŰ°ِ Ű§Ù„ْكِŰȘََۧۚ ŰšِقُوَّŰ©ٍ وَŰąŰȘَيْنَŰ§Ù‡ُ Ű§Ù„ْŰ­ُكْمَ Ű”َŰšِيًّۧ (12) 

Maksudnya : "Hai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak,(Surah Maryam (19) ayat 12)

Tafsirannya :

"Hai Yahya! Ambillah kitab Taurat yang merupakan nikmat besar dari Tuhan kepada Bani Israel dengan penuh perhatian dan sungguh-sungguh dan amalkanlah isinya dengan tulus ikhlas. Kemudian Allah SWT mengungkapkan sifat-sifatnya yang sangat terpuji yang patut ditiru oleh sekalian pengikutnya. Di antaranya, Allah SWT telah memberikan kepadanya hikmah dan pengertian yang sangat mendalam tentang agama dan kegairahan untuk mengamalkan segala amal kebaikan walaupun usianya baru sekitar tujuh tahun. Diriwayatkan bahawa baginda pernah dikerumuni oleh anak-anak sebayanya dan diajak supaya main bersama-sama, lalu baginda menjawab, "Kita ini diciptakan Tuhan bukan untuk main-main. Marilah ikut bersama saya solat".

وَŰ­َنَŰ§Ù†ًۧ مِنْ لَŰŻُنَّۧ وَŰČَكَۧ۩ً وَكَŰ§Ù†َ ŰȘَقِيًّۧ (13) 

Maksudnya : "dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa"(Surah Maryam (19) ayat 13)

Tafsirannya :

"Dan telah Kami jadikan pula Yahya itu seorang yang penuh rasa belas kasihan kepada sesama manusia terutama fakir miskin seperti yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW. 

Dalam ayat yang lain dalam firman Allah SWT: 

ÙŰšÙ…Ű§ Ű±Ű­Ù…Ű© من Ű§Ù„Ù„Ù‡ لنŰȘ لهم 

Maksudnya : "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah, kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. (Surah Ali Imran ayat 159) 

Dan lagi Firman Allah SWT: 

Ù„Ù‚ŰŻ ŰŹŰ§ŰĄÙƒÙ… Ű±ŰłÙˆÙ„ من ŰŁÙ†ÙŰłÙƒÙ… ŰčŰČيŰČ Űčليه Ù…Ű§ ŰčنŰȘم Ű­Ű±ÙŠŰ” Űčليكم ŰšŰ§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†ÙŠÙ† Ű±ŰĄÙˆÙ Ű±Ű­ÙŠÙ… 

Maksudnya : "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. 
(Surah at- Taubah ayat 128) 

Sifat Nabi Yahya juga, suci dari syirik dan selalu menjauhkan diri dari setiap perbuatan yang menyebabkan kemurkaan Allah. Dan baginda selalu bertakwa, melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

وَŰšَ۱ًّۧ ŰšِوَŰ§Ù„ِŰŻَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ ŰŹَŰšَّۧ۱ًۧ ŰčَŰ”ِيًّۧ (14) 

Maksudnya : "dan seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka"(Surah Maryam (19)  ayat 14)

Tafsirannya :

"Dan baginda selalu berbakti kepada kedua orang tuanya, kerana berbakti kepada mereka itu dijadikan amal kebaikan kedua setelah beribadah kepada Allah."

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain :

ÙˆÙ‚Ű¶Ù‰ Ű±ŰšÙƒ ŰŁÙ„Ű§ ŰȘŰčŰšŰŻÙˆŰ§ Ű„Ù„Ű§ Ű„ÙŠŰ§Ù‡ ÙˆŰšŰ§Ù„ÙˆŰ§Ù„ŰŻÙŠÙ† Ű„Ű­ŰłŰ§Ù†Ű§ 

Maksudnya : "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu. (Surah al-Isra' ayat 23) 

Di antara sifat Nabi Yahya ialah tidak sombong terhadap manusia di-sekelilingnya, selalu merendahkan diri, seperti sifat Nabi Muhammad SAW dalam firman Allah: 

ÙˆŰ§ŰźÙŰ¶ ŰŹÙ†Ű§Ű­Ùƒ لمن ۧŰȘŰšŰčك من Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†ÙŠÙ† 

Maksudnya : "Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu. iaitu orang-orang yang beriman. (Surah as-Syu'ara ayat 215) 

Dan firman Allah SWT : 

ولو كنŰȘ ÙŰžŰ§ ŰșÙ„ÙŠŰž Ű§Ù„Ù‚Ù„Űš Ù„Ű§Ù†ÙŰ¶ÙˆŰ§ من Ű­ÙˆÙ„Ùƒ 

Maksudnya : "Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar. tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. (Surah Ali Imran ayat 159) 

Oleh kerana sifat sombong ini sangat terkutuk, maka yang menyebabkan Iblis dikutuk pula kerana ia berlaku sombong, tidak mahu sujud menghormati  Nabi Adam a.s, atas perintah Allah SWT. Dan yang terakhir disebutkan pula di-antara sifat Nabi Yahya itu ialah tidak pernah mendurhakai perintah Allah SWT.

وَŰłَلَŰ§Ù…ٌ Űčَلَيْهِ يَوْمَ وُلِŰŻَ وَيَوْمَ يَمُوŰȘُ وَيَوْمَ يُŰšْŰčَŰ«ُ Ű­َيًّۧ (15) 

Maksudnya "Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali."(Surah Maryam (19) ayat 15)

Tafsirannya .

"Kemudian Allah menerangkan pahala atas kebaikan Nabi Yahya a.s. itu kerana ketaatan dan kesolehannya dengan sebutan keselamatan, kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan ke dunia dan pada hari ia wafat (meninggalkan dunia yang fana ini) dan pada hari ia dibangkitkan hidup lagi pada hari kiamat. Disebutkannya tiga peristiwa ini, kerana setiap manusia pada ketiga waktu itu sangat memerlukan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati kisah di atas yang dinyatakan oleh Allah SWT  di dalam al-Quran. Peribadi mulia salah seorang Rasul pilihan-Nya iaitu Nabi Yahya a.s.

Kesimpulan daripada peribadi Nabi Yahya dapat disimpulkan seperti berikut :

1. Mengambil kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

2. Mempunyai belas kasihan sesama manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan alam semesta.

3. Bersih daripada dosa (tidak melakukan dosa)

4. Seorang yang bertakwa kepada Allah SWT.

5. Tidak menderhakai Allah SWT.

6. Sangat takut kepada Allah SWT dan sering menangis.

7. Berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Tidak menyombongkan dirinya.

9. Tidak suka membuang masa dengan sia-sia sejak kecil lagi.

Dalam ayat ke 15 Surah Maryam, Allah SWT menyatakan kepada baginda, "Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali."




Friday, January 4, 2013

Carilah Pintu-pintu Kebaikan Untuk Terselamat Dunia dan Akhirat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Mu'adz bin Jabal ra, dia berkata, "Aku berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkana ku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka!"

Baginda  bersabda maksudnya, "Engkau telah menanyakan sesuatu yang besar kepadaku. Hal itu benar-benar mudah bagi orang yang dimudahkan Allah, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan janganlah menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya, hendaklah engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadan dan menunaikan haji di Al-Bait."

Kemudian baginda bersabda lagi maksudnya, "Ingatlah, akan ku beritahukan kepadamu beberapa pintu kebaikan: Puasa itu perisai dan sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan api serta solat seseorang ditengah malam."

Kemudian baginda membaca ayat, "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap,dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." 
(Surah As-Sajdah ayat 16-17)

Kemudian baginda bersabda yang bermaksud, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang pangkal urusan dan sendi serta puncaknya?"

Aku bertanya, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda bersabda, "Pangkal urusan adalah Islam. Sendinya adalah solat.Puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda  bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu maksud dari semua itu?"

Aku berkata, "Baik wahai Rasulullah."

Baginda memegang lidahnya dan bersabda, "Tahanlah ini!"

Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah, apakah kami akan benar-benar dihukumi kerana apa yang kami katakan?"

Baginda  bersabda, "Ibumu mati kerana melahirkanmu. Adakah manusia ditelungkupkan ke neraka pada bagian wajah mereka, melainkan sebagai akibat dari lidah mereka?"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi. Menurutnya, ini hadis Hasan Sahih.An-Nawawiyah, hal. 81)

Huraiannya :

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa terdapat lima perkara (5 rukun Islam) yang boleh memasukkan seseorang ke dalam syurga dan menjauhkannya kedalam neraka. 

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Menyembah Allah dan tidak  menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya.

2. Mendirikan solat.

3. Mengeluarkan zakat.

4. Berpuasa di bulan Ramadan.

5. Menunaikan haji di Al-Baitullah.

Pintu-pintu kebaikan :

1. Puasa adalah perisai.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari seksa api neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi).

Nabi SAW. menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan mengumpat. (Hadis Riwayat  Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

2. Sedekah dan solat malam dapat memadamkan kesalahan (seperti air dapat memadamkan api)

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tarmizi)


Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)


3. Pangkal urusan adalah Islam.

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna yang meragkumi semua urusan kehidupan manusia.

Firman Allah SWT maksudnya : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. " (Surah al-Maaidah ayat 3)

4. Sendinya adalah solat.

Sabda Nabi SAW maksudnya :"Solat adalah tiang agama, barang siapa yang mengerjakannya berarti ia menegakkan agama, dan barang siapa meninggalkannya berarti ia meruntuhkan agama" (Hadis Riwayat Baihaqi) 

Solat merupakan penghubung antara hamba dengan Tuhannya. Ia merupakan sebesar-besarnya tanda iman dan seagung-agungnya syiar agama. Solat merupakan tanda syukur atas nikmat yang telah dikaruniakan Allah kepada hambanya. Ia merupakan ibadah yang membuktikan keislaman seseorang. Solat adalah ibadah yang sangat mendekatkan hamba kepada Khaliqnya, 

5. Puncaknya adalah jihad.

Allah menjadikan jihad Fi Sabilillah dengan harta dan jiwa sebagai harga yang pantas untuk memperoleh syurga. Kerana tidak ada amal yang lebih memerlukan kesungguhan dan pengorbanan besar melebihi jihad. Di mana seorang mujahid menyerahkan nyawa dan hartanya demi tingginya kalimat Allah dan tegak agama-Nya.

Allah Ta'ala berfirman,

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ۧێْŰȘَ۱َى مِنَ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِينَ ŰŁَنْفُŰłَهُمْ وَŰŁَمْوَŰ§Ù„َهُمْ ŰšِŰŁَنَّ لَهُمُ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ يُقَۧŰȘِلُونَ فِي ŰłَŰšِيلِ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَيَقْŰȘُلُونَ وَيُقْŰȘَلُونَ وَŰčْŰŻًۧ Űčَلَيْهِ Ű­َقًّۧ فِي Ű§Ù„ŰȘَّوْ۱َۧ۩ِ وَŰ§Ù„Ű„Ù†ْŰŹِيلِ وَŰ§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†ِ وَمَنْ ŰŁَوْفَى ŰšِŰčَهْŰŻِهِ مِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَۧ۳ْŰȘَŰšْŰŽِ۱ُÙˆŰ§ ŰšِŰšَيْŰčِكُمُ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰšَŰ§ÙŠَŰčْŰȘُمْ Űšِهِ وَŰ°َلِكَ هُوَ Ű§Ù„ْفَوْŰČُ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمُ

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah Al-Taubah ayat 111)

Syaikh Abdurrahman bin Nashir as Sa'di menyatakan, jihad ada dua jenis. 

Pertama : Jihad dengan tujuan untuk kebaikan dan pembaikan kaum mukminin dalam aqidah, akhlak, adab (perilaku) dan seluruh perkara dunia dan akhirat mereka serta pendidikan mereka, baik ilmiah dan amaliah. Jenis ini adalah induk dan tonggaknya jihad, serta menjadi dasar.

Kedua :  Jihad dengan maksud menolak orang yang menyerang Islam dan kaum Muslimin dari kalangan orang kafir, munafiqin, mulhid dan seluruh musuh agama dan menentang mereka. 

6. Menjaga Lidah :

Anggota yang paling penting yang  perlu dijaga oleh manusia adalah menjaga dan mengawal lidahnya, kerana lidah boleh menjerumuskan seseorang kedalam api neraka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib" Dan , dalam hadis lain yang senada dengan ini, "Hanya kerana satu perkataan yang membuat Allah benci, maka orang itu dimasukkan ke dalam neraka". 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan amal soleh yang dinyatakan oleh hadis di atas kerana sesungguhnya segala pintu-pintu kebaikan telah ada dihadapan kita maka amalkanlah dan jauhkanlah diri kita daripada segala amalan dosa dan maksiat.




Thursday, January 3, 2013

Berwaspadalah Semoga Kurniaan Allah SWT Tidak Menjadi Istidraj

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Takutlah kita kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya kepada kita, sedangkan kita melakukan maksiat kepada-Nya kerana dikhuatiri ianya merupakan istidraj.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Kami akan binasakan mereka perlahan-lahan dengan jalan yang mereka tidak sedar." (Surah al-A'raf ayat 182) 

Orang kafir, musyrik, ahli maksiat, orang zalim dan lain-lain seumpama mereka, dalam kehidupan dunia ini selalu mendapat berbagai-bagai kemewahan. Merekalah yang memiliki sebahagian besar kekayaan dunia. Mereka juga memiliki ilmu pengetahuan yang menjadikan mereka kuasa besar di dunia. Mereka juga menguasai bidang-bidang sukan, muzik, kesenian dan lain-lain. 


Kumpulan manusia yang beriman pula terdiri daripada mereka yang lemah, tidak berpendidikan tinggi dan berkedudukan rendah dalam masyarakat. Kemewahan dan kesenangan yang dimiliki oleh mereka yang tidak beriman dan ahli maksiat mempesonakan sebahagian orang-orang Islam yang lemah imam. Mereka tidak dapat membezakan kurniaan yang mengandungi nikmat dan kurniaan yang telah dicabut nikmat daripadanya.  

Kurniaan yang tidak mengandungi nikmat, yang dinamakan istidraj. Istidraj bermakna kurniaan yang dihulur terus menerus kepada ahli maksiat. Kurniaan yang seperti ini membuat ahli maksiat bertambah lalai dan bertambah derhaka kepada Allah SWT. Apabila kelalaian dan kederhakaan mereka telah melampaui batas maka Allah SWT mendatangkan bala yang besar kepada mereka. Mereka adalah umpama orang yang diangkat ke tempat yang tinggi sambil mereka menganggap pengangkatan itu sebagai satu kemuliaan namun, setelah mereka berada di tempat yang tinggi itu mereka dicampakkan ke bawah. Kejatuhan yang demikian memberi kesakitan yang lebih kuat dan azab.

Allah SWT  berfirman yang bermaksud : "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).  (Surah al-An’aam ayat 44)
 

Ayat di atas memberi peringatan kepada kita agar jangan terpedaya dengan kurniaan yang terus menerus kita perolehi sedangkan kita terus juga tidak berbuat taat kepada Allah SWT, sebaliknya kita asyik dengan kemaksiatan. Sekiranya kurniaan itu turun melalui saluran istidraj, kesudahannya kita akan mengalami kejatuhan dan penderitaan yang amat sangat. Waspadalah!
 

Allah SWT sentiasa mengirimkan peringatan untuk mengajak manusia kembali ke jalan-Nya. Biasanya peringatan yang datang itu membawa bersama-samanya kesusahan yang menekan jiwa manusia agar manusia insaf dan mahu kembali kepada Allah SWT  dengan merendahkan diri. Di dalam tempoh kemelaratan itu biasanya manusia menjadi insaf dan suka berbakti pada jalan Allah SWT. Kemudian Allah SWT gantikan kemelaratan dengan kesenangan sebagai ujian untuk mengasingkan yang benar-benar insaf daripada yang pura-pura. 

Bila kesenangan sudah dirasai kembali orang yang tidak teguh imannya akan kembali kepada kemaksiatan dan kemungkaran. Mereka memberi alasan bahawa kesenangan dan kesusahan adalah lumrah kehidupan sebagaimana yang pernah dirasai oleh nenek moyang mereka yang dahulu, bukan berkait dengan soal beriman atau tidak seseorang itu kepada Allah SWT. Mereka kembali lalai dalam arus kesenangan dunia. Ketika mereka sedang asyik leka itulah Tuhan datangkan kebinasaan kepada mereka.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf). Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”.  Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya. (Surah al-A’raaf ayat 94-95 )

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Apabila seksaan dan kebinasaan dari Allah SWT  datang, tidak ada siapa dapat menghalangnya dan tidak ada siapa mampu menanggungnya. Orang yang menerimanya menjadi bingung, tidak tahu berbuat apa-apa. (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat. (Surah al-Anbiyaa’ ayat 40)
 
Sahabat yang dimuliakan,
Sudah banyak kaum-kaum yang dibinasakan Allah SWT melalui saluran istidraj. Firaun dan Namrud diberi tempuh yang panjang hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan keseronokan. Kemudian Tuhan datangkan azab dengan tiba-tiba. Firaun dibinasakan tengelam di Laut Merah dan Namrud dibinasakan oleh nyamuk. Qarun juga binasa di telan bumi ketika asyik dengan kesombongan dan kekayaan. Begitu juga dengan kaum-kaum Nabi-nabi terdahulu seperti umat Nabi Nuh a.s. di tengelamkan oleh banjir besar dan umat Nabi Luth a.s. dihancurkan dengan gempa bumi yang sangat dahsyat


Orang-orang yang beriman sentiasa mengawasi diri mereka agar kesenangan dan kemewahan tidak melalaikan mereka yang boleh menyebabkan mereka jatuh ke dalam suasana istidraj. 


Para pemimpin di dunia yang telah lama berkuasa dan menzalimi rakyat , mereka mengambil rasuah dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan menuntut hak mereka, maka seorang demi seorang telah jatuh tersungkur dibawah arus kebangkitan rakyat dengan izin Allah SWT. Mereka telah digantikan dengan pemimpin baru yang lebih adil dan telus memperjuangkan hak rakyat yang telah lama dinafikan hak-hak  mereka.  

Sudah sampai masanya penguasa yang terlalu lama memerentah akan jatuh dan digantikan dengan pimpinan baru yang lebih telus dan adil. Pertukaran ini adalah sunatulah kerana Allah SWT akan mewariskan bumi ini untuk orang-orang mukmin yang beriman dan bertakwa. Manusia dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah dimuka bumi supaya dapat mentadbir alam ini dengan adil dan saksama.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah Amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik’’. (Surah al-’Araf ayat 56)


Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita insaf bahawa hidup kita di dunia bukan untuk bermewah-mewah dan membazirkan masa dan harta benda kerana semuanya akan dihisab di hari akhirat nanti. Jika sumber yang kita perolehi daripada sumber yang halal dan kita belanjakan pula dijalan yang hak dan terus diinfakkan dijalan Allah SWT, maka kebahagianlah yang akan kita perolehi apabila bertemu Allah di hari pembalasan nanti. Sebaliknya jika kita lupa Allah SWT dan lupa untuk beramal soleh ketika di dunia maka kerugian dan penyesalan tidak akan berkesudahan. Oleh itu istiqamahlah dijalan yang diredai oleh Allah SWT.  




Wednesday, January 2, 2013

Terdapat Enam Sifat Mulia Yang Di Miliki Oleh Orang Mukmin Ketika Di Timpa Musibah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap muslim yang diciptakan oleh Allah SWT dimuka bumi ini tidak akan sunyi daripada ditimpa musibah, penyakit atau dugaan. Besar atau kecil musibah atau dugaan tersebut bergantung kepada kekuatan iman yang dimiliki oleh seseorang hamba Allah itu.  Semakin kuat iman dan takwanya maka semakin berat ujian tersebut berlaku keatas dirinya. Ujian ini adalah penilaian Allah SWT untuk meningkatkan makam atau darjat seseorang hamba disisi Tuhannya.

Mengapa umat Islam sentiasa bersangka buruk kepada Allah SWT apabila ditimpa satu kesusahan atau musibah? Adakah ini satu penyeksaan atau ujian daripada Allah? Perkara sebegini pasti bermain di dalam fikiran kalian.

Ketika ditimpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan. Kadang-kala membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi. Fikiran risau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan sampai satu tahap, kalian merasakan hidup ini begitu sukar dan fikiran buntu tidak tahu dimana harus di cari penyelesaiannya! 

Ingatlah... sesungguhnya orang mukmin tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Biar betapa beratnya bahu untuk memikul musibah ini yakinlah bahawa Dia sahaja akan dapat memberi pertolongan dan setiap kesusahan itu ada kejayaan dan kebahagiaan.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."(Surah al-Baqarah ayat 286)

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh di katakan, sebagai umat Islam, seharusnya kalian yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kalian semua.

Sebenarnya kalian tidak tahu bahawa Allah SWT amat sayang kepada kalian, sebab itu Allah SWT datangkan  dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah SWT  tahu kalian adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianNya. Sebaliknya, Allah SWT tidak akan menguji kalian jika kalian hamba yang tidak mampu.

 Allah SWT berfirman maksudnya :  "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’." (Surah al-Baqarah ayat 156)

Terdapat enam sifat mulia yang dimiliki oleh orang mukmin apabila ditimpa musibah. Sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Sentiasa beriman dan reda terhadap ketentuan takdir daripada Allah SWT.

Orang mukmin yang beriman dan bertakwa akan sentiasa reda terhadap ketentuan takdir daripada Allah SWT, walaupun terpaksa menanggung musibah tersebut.

Kita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT telah tertulis di Lauhul Mahfuz. Kita  wajib menerima ketentuan Allah SWT ini dengan berlapang dada (reda).

Allah SWT berfirman: "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
(Surah AL-Hadid ayat 22)

Kita wajib menerima takdir Allah ini dengan penuh reda, bukan dengan perasaan geram , marah atau mengeluh kepada Allah SWT .

Kedua : Sabar menghadapi musibah.

Orang mukmin sentiasa bersabar apabila ditimpa musibah. Sifat kesabaran yang tinggi akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT tanpa hisab.

Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi 'alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk  mengucapkan kalimat istirja' (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun) ketika berlaku musibah.

Allah SWT berfirman: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".”
(Surah Al-Baqarah ayat 155-156)

Oleh yang demikian, bersabarlah. Jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah SWT  tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan. Ingatlah bahawa putus asa itu adalah su`uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su`uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Na’uzubillahi min zalik.

Allah SWT menegaskan bahawa sikap tersebut adalah sikap yang kufur sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)


Dari Ummu Salamah RA mengisahkan: aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya ia berkata: "Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya."

Ummu Salamah berkata, "Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata, "Adakah kaum Muslim yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang berhijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa rasulNya. Rasulullah SAW mengutuskan Hathib bin Abu Balta'ah untuk melamarku untuk beliau. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pencemburu. Beliau bersabda, "Adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya (Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkan sifat cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah SAW."(Hadith Riwayat Muslim)


Ketiga : Mengetahui hikmah di sebalik musibah.

Seseorang mukmin yang mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa.

Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya.


Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Tiadalah seorang mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang muslim yang mati ditimpa bangunan atau tembok akibat gempa bumi adalah tergolong sebagai orang yang mati syahid.

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Orang-orang yang mati syahid itu ada lima golongan; (1) orang yang terkena wabak penyakit taun, (2) orang yang terkena penyakit perut (disentri, taun, dan sebagainya), (3) orang yang tenggelam, (4) orang yang ditimpa tembok/bangunan, dan (5) orang yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya : "Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim)

Hikmah lain adalah jika anak-anak muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga. Sabda Nabi SAW maksudnya : "Anak-anak kaum muslimin (yang meninggal) akan masuk ke dalam syurga." (Hadis riwayat Ahmad)

Keempat : Tetap Terus Berikhtiar.

Orang mukmin akan terus berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul. Kita tidak disuruh untuk  berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu menunggu bantuan datang ketika musibah menimpa kita.

Beriman kepada ketentuan Allah SWT bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra’du ayat 11)

Ketika berlakunya wabak penyakit di Syam, Umar bin Al-Khattab segera keluar dari negeri tersebut. Ketika ditanya kepadanya, "Adakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?", Umar menjawab, "Ya, aku lari daripada takdir Allah ini untuk menuju kepada takdir Allah yang lain."

Rasulullah SAW juga memberi petunjuk bahawa segala bahaya (kemudaratan) wajib untuk dihapuskan (dihindarkan). Misalnya ketiadaan logistik, tempat tinggal, masjid, sekolah dan sebagainya. Nabi SAW bersabda, "Tidak boleh menimbulkan bahaya bagi diri sendiri dan bahaya bagi orang lain." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kelima : Memperbanyakkan berdoa dan berzikir

Kita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas.

Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: "Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa" (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) (Hadis riwayat Muslim)

Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan.

Allah SWT berfirman maksudnya :  "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."(Surah Ar-Ra’du ayat 28)

Antara zikir yang dianjurkan adalah dengan beristighfar "Astaghfirullahal 'azhim". Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda: Ucapan yang paling disukai Allah itu ada empat, engkau boleh memulainya dengan kalimat mana saja, iaitu Subhanallah (Maha suci Allah), Alhamdulillah (segala puji milik Allah), Laa ilaha illallah (tidak ada Tuhan selain Allah), dan Allahuakbar (Allah Maha besar). (Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Bertaubat kepada Allah SWT.

Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan takbur.

Allah SWT berfirman: "Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)." (Surah Asy-Syuura ayat 30)

Sabda Nabi SAW: "Setiap anak Adam mempunyai kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Terdapat tiga rukun dalam melakukan taubat nasuha :

1. Menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. 

2. Berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. 

3. Berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang. 

Jika dosa-dosanya berkaitan hubungan sesama manusia seperti belum membayar hutang, pernah memfitnah atau mengumpat seseorang, pernah menyakiti perasaan orang lain dan sebagainya, maka rukun taubat ditambah satu lagi iaitu menyelesaikan masalah urusan sesama manusia dan memohon maaf.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbaiki niat kita untuk beramal soleh iaitu mengikhlaskan hati semata-mata kerana Allah SWT. Apa sahaja musibah yang datang perlulah kita tenang, bersabar dan menganggap ianya satu proses pembersihan diri kita daripada dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Jika kita mampu melakukannya kita akan berada di dalam kebaikan dan rahmat Allah SWT.





Tuesday, January 1, 2013

Tafsir Surah Luqman ayat 34


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat, dan Dia yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal." (Surah Luqman ayat 34)

Asbabun Nuzul ayat 34.

Mujahid r.a. mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang Badui bernama al-Harith bin Amr yang suatu kali bertanya kepada Rasulullah SAW, "Isteriku lagi hamil. Apa jenis kelamin anakku kelak? Negeriku kini kekeringan, bila akan akan datang hujan? Aku tahu bila akan dilahirkan. Namun bilakah aku akan mati? (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hattim.Lihat Ibnu Katsir : 4/2020.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW bersabda:

Ù…ÙŰ§ŰȘÙŠŰ­ Ű§Ù„ŰșÙŠŰš ŰźÙ…Űł: Ű„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†ŰŻÙ‡ Űčلم Ű§Ù„ŰłŰ§ŰčŰ©, وينŰČل Ű§Ù„ŰșÙŠŰ« ويŰčلم Ù…Ű§ في Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű­Ű§Ù…, ÙˆÙ…Ű§ ŰȘŰŻŰ±ÙŠ Ù†ÙŰł Ù…Ű§Ű°Ű§ ŰȘÙƒŰłŰš Űșۯۧ ÙˆÙ…Ű§ ŰȘŰŻŰ±ÙŠ Ù†ÙŰł ŰšŰŁÙŠ ۣ۱۶ ŰȘموŰȘ Ű„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليم ŰźŰšÙŠŰ±

maksudnya : "Kunci yang ghaib itu ada lima perkara: "Sesungguhnya hanya pada Allah sajalah pengetahuan tentang hari kiamat. Dialah yang menurunkan hujan, Dia mengetahui apa yang dalam rahim, seseorang tidak mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok harinya, dan ia juga tidak mengetahui di bumi mana ia akan meninggal dunia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Pada ayat ini Allah SWT menerangkan lima perkara ghaib yang hanya Allah SWT sendirilah Yang Maha Mengetahui perkara itu Iaitu:

Pertama : Hanya Allah sajalah yang mengetahui bila datangnya hari kiamat, tidak seorangpun yang mengetahui selain Dia, sekali pun malaikat, sedang malaikat itu adalah makhluk yang paling dekat dengan-Nya, dan tidak pula diketahui oleh para Nabi yang diutus.

Allah SWT berfirman:

Ù„Ű§ ÙŠŰŹÙ„ÙŠÙ‡Ű§ لوقŰȘÙ‡Ű§ Ű„Ù„Ű§ هو  

Maksudnya: "Tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. (Surah al-A'raf ayat 187)

Allah SWT berfirman maksudnya : “Kepada Allah jualah dikembalikan pengetahuan saat tibanya hari kiamat itu.” (Surah Fushshilat ayat 47)

Kedua : Allah SWT sendirilah yang menurunkan hujan, Dialah yang menetapkan bila, di mana dan berapa banyak yang akan dicurahkan-Nya, maka ketetapan-Nya itu tidak seorangpun yang dapat mengetahuinya. Para ahli astronomi dan ahli meteorologi (ilmu cuaca), dapat meramalkan terjadinya gerhana matahari atau gerhana bulan, dan bila serta di mana hujan akan turun, berdasarkan ilmu hisab dan tanda-tanda. Akan tetapi itu adalah perhitungan dan perkiraan manusia yang tidak mengakibatkan pengertian yang meyakinkan, hanyalah bersifat ramalan, mereka tidak dapat memastikan.

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memimpin kami solat subuh di Hudaibiah di atas bekas-bekas hujan yang turun pada malam harinya. Setelah selesai solat, baginda menghadapkan wajahnya kepada orang ramai lalu bersabda, “Tahukah kalian apa yang sudah difirmankan oleh Rabb kalian?” mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “(Allah berfirman), “Subuh hari ini ada hamba-hambaKu yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Siapa yang berkata, “Hujan turun kepada kita kerana karunia Allah dan rahmat-Nya,” maka dia adalah yang beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang-bintang. Adapun yang berkata, “(Hujan turun disebabkan) bintang ini atau itu,” maka dia telah kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang-bintang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 1038)

Ketiga : Hanya Allah sahaja yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang ada dalam suatu kandungan, lelaki atau perempuan atau kembar, apakah cacat atau sempurna, dan bila ia akan dilahirkan.

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Air (sperma) lelaki berwarna putih dan air perempuan berwarna kuning. Jika kedua-duanya berkumpul, lalu sperma lelaki mengalahkan sperma wanita, maka bayi yang lahir in syaa Allah lelaki, sedang sperma perempuan mengalahkan sperma lelaki, maka bayi yang lahir in syaa Allah perempuan." (Hadis Riwayat Muslim no. 315)

Dalam Islam terdapat  amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Kita perlulah bersangka baik dengan Allah SWT  serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah SWT. Maka baginda meyakini bahawa Allah SWT  berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Keempat : Hanya Dia pula yang mengetahui dengan pasti apa yang akan dikerjakan oleh seseorang esok harinya. Sekalipun manusia dapat merencanakan apa yang akan dikerjakannya itu, namun semuanya itu hanyalah bersifat perancangan sahaja. Jika Allah menghendaki terlaksananya, terlaksanalah dia, dalam pada itu tidak sukar bagi Allah SWT  untuk menghalangi terlaksananya.

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah  Al-Hadid ayat 22)

Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)

Yakinlah kita bahawa segala perkara yang akan berlaku esok hari telah ada di dalam pengetahuan Allah SWT, kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT supaya kita termasuk dikalangan insan yang dirahmati-Nya.

Kelima : Seseorang tidak mengetahui di mana ia akan meninggal dunia nanti. Apakah di daratan atau di lautan ataupun di udara, apakah di negeri ini, atau di negeri lain. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat mengetahuinya dengan pasti.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T…"

Apabila cukup dan sempurna kadar rezeki yang telah ditetapkan Allah, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawa manusia. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan mencabut nyawa.

Dalam tafsir Jalalain dalam Surah Luqman ayat 34 menyatakan :

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat yakni bila kiamat itu akan terjadi dan Dialah yang menurunkan dapat dibaca wa yunzilu dan wa yunazzilu (hujan) dalam waktu-waktu yang Dia ketahui (dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim) apakah lelaki atau perempuan; tidak ada seorang pun yang mengetahui salah satu dari tiga perkara itu melainkan hanya Allah SWT.

Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok apakah kebaikan ataukah keburukan, tetapi Allah SWT. mengetahuinya.

Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati hanya Allah SWT. sahajalah yang mengetahui hal ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (lagi Maha Mengenal) pada yang tersembunyi sebagaimana mengenal-Nya pada yang tampak. "

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita insaf dan sedar akan kedudukan kita sebagai hamba Allah yang lemah dan dhaif. Kita perlu sentiasa melakukan ketaatan kepada segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Janganlah kita sombong dan berbangga dengan kekayaan harta benda, keturunan dan bangsa kita, kuasa dan pangkat kedudukan disisi masyarakat, kepandaian dan ilmu pengetahuan yang dimiliki kerana semuanya hak Allah SWT yang akan dikembalikan kepada-Nya . Kita seharusnya menjadi hamba Allah SWT yang tawaduk, rendah diri dan sentaiasa bersyukur dan bersabar dengan segala nikmat dan pemberian Allah SWT. 

Perdebatan Di Antara Al-Imam Abu Hanifah Dengan Seorang Atheis (Dahri)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada zaman tabiin terjadinya suatu perdebatan antara seorang atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan Imam Abu Hanifah yang beragama Islam (ulama muda ketika itu) . Beliau ini datang bersama gurunya (Sheikh Hammad) dan gurunya telah diajak berdebat dengan seorang atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tidak  selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”

Sebelum berlakunya perdebatan ini telah berlaku perdebatan di antara seorang atheis ini dengan para ulama, di beritakan bahawa ulama yang berdebat ketika itu tidak mampu hendak menjawab persoalan atheis tersebut.

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si atheis ini bertanya kepada orang ramai:

"Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?"

Mereka menjawab: "Ada, beliau bernama Sheikh Hammad".

Si atheis pun mohon khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan si atheis dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya. Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih muda telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Gurunya menjawab:

"Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si atheis dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk".

Imam Abu Hanifah bertanya : "Apa yang Tuan Guru mimpikan?"

Sheikh Hammad berkata : "Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya."

Imam Abu Hanifah berkata : "Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu takbir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya takbirkannya."

Sheikh Hammad berkata : "Takbirkanlah wahai Nukman" (nama sebenar Imam Abu Hanifah adalah Nukman bin Thaabit).

Imam Abu Hanifah berkata : "Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si atheis, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya."

Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jamik. Kemudian, khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana. Si atheis datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya:

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian Imam Abu Hanifah yang masih muda. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana beliau ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang atheis terus mengajukan soalan.

"Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah menjawab: "Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya."

Si atheis berkata : "Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud: "Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (Surah Al-Mujadalah (58) ayat 11)

Si atheis bertanya : "Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah: "Aku akan menjawab dengan taufiq Allah."

Soalan Pertama .

Si atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Imam Abu Hanifah tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua.

Si atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Imam Abu Hanifah seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga.

Si atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Imam Abu Hanifah  menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Si atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Imam Abu Hanifah  meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Si atheis: “Nombor 3″

Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”

Si atheis: “Nombor 1″

Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 1?”

Si atheis: “Tiada”

Imam Abu Hanifah  tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga si atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada beliau itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat.

Si atheis : “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Imam Abu Hanifah menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Si atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Imam Abu Hanifah berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan beliau.

Soalan Kelima.

Si atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Imam Abu Hanifah sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan si atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh beliau.

Imam Abu Hanifah menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Si atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Imam Abu Hanifah meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Si atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Imam Abu Hanifah meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Si atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada aku wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk si atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Si atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali aku tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam.

Si atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Si atheis menjawab: “Aku tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Imam Abu Hanifah seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh.

Si atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu si atheis ini untuk memberikan jawapan. "Tentu sekali nombor tiada kesudahannya."

Imam Abu Hanifah tersenyum melihat si atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan.

Si atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi si atheis terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan beliau ini.

Soalan Kesembilan.

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh si atheis tersebut kepada Imam Abu Hanifah bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka Imam Abu Hanifah itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Si athies itu lalu bersetuju dengan cadangan  tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Imam Abu Hanifah  naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana beliau sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan beliau ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan seorang atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh Imam Abu Hanifah dengan penuh hikmah.

Sahabat yang dikasihi,
Golongan atheis ini wujud di setiap zaman. Golongan yang tidak percaya kepada Tuhan ini di dalam al-Quran di gelar  sebagai golongan ad-Dahriyyun. Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Golongan ini ingin hidup dan puas di dunia yang sementara ini. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud :"Dan tentu akan mereka katakan : 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan."(Surah al-An'am ayat 29). 

Didalam ayat yang lain Allah SWT. berfirman yang bermaksud :"Dan mereka berkata : 'Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa.' Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduda-duga sahaja."(Surah al- Jatsiyah ayat 24).

Oleh itu jika kalian bertemu dengan golongan ini ajak mereka kembali kepada Islam dan berdebatlah dengan cara yang baik dan hikmah sebagaimana contoh yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah menangkis semua lojik akal golongan athes ini dengan fakta yang padat dan bernas. Wallahualam.