Saturday, December 18, 2010

Laksanakan Sebelas Amalan Fitrah (Sunnah) Dalam Kehidupan Kita

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡، ÙˆŰ§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ومن ÙˆŰ§Ù„Ű§Ù‡

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam adalah agama fitrah yang amat mengutamakan kebersihan diri. Perkara ini telah menjadi sunnah dan amalan Rasulullah s.a.w. Sebagimana hadis daripada Nabi s.a.w.

Daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur” (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis  di atas dapatlah kita simpulkan bahawa 11 perkara sunnah yang dituntut untuk dilaksanakan di dalam kehidupan. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Memotong misai.
Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.)

Kedua : Memelihara janggut.
Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab. (Hadis Sahih Riwayat Ahmad dan at Tabrani.)

Ketiga : Bersugi (mengosok gigi).
Dari Aisyah r.a. " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwudhu' ". (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasar hadis di atas Nabi s.a.w menekankan bahawa bersugi adalah satu amalan yang amat dituntut kerana sekiranya bersugi ini tidak menyusahkan umatnya Nabi s.a.w akan menyuruh melakukannya ketika berwudhu'. 

Bersugi merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.  Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi. Di riwayatkan dalam sebuah hadis, " Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi, kerana bersugi mempunyai 10 faedah:-
1. Membersihkan mulut.
2. Menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t.  
3. Menyebabkan kemarahan syaitan.
4. Allah s.w.t. dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi.
5. Menguatkan gusi.
6. Menghilangkan gelema.
7. Mewangikan mulut.
8. Menghapuskan safra (sejenis penyakit).
9. Menguatkan pandangan mata.
10. Menghilangkan bau busuk mulut.

Keempat : Memasukkan air kedalam hidung.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya ; "Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu bersihkan lubang hidungmu sebanyak tiga kali kerana syaitan menetap di dalamnya."

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya ; "Jika salah seorang daripada kamu berwudhu' maka hendaklah memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula."

Kelima : Memotong kuku.

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan akan dan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang segala kekotoran atau najis akan terlekat padanya dan nescaya ia menjejaskan kesihatan.

Menurut Imam Syafie dan ulamaknya, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang bersaf, kemudian mengerjakan solat sunat, dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata apa-apa hinga selesai solat, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya” (Hadis Riwayat Ahmad).

Daripada Abu Hurairah maksudnya “Nabi saw memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk solat” (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Keenam : Membasuh sendi-sendi.
Membasuh sendi-sendi tangan dan kaki merupakan sunnah yang bukan hanya tertumpu kepada wudhu' sahaja iaitu tiap-tiap pemisah-pemisah jari kerana ianya tempat berkumpulnya segala kotoran. Termasuk juga kotoran-kotoran di sekeliling telinga dan di dalam lubang telinga, kesemuanya perlu dihilangkan dengan basuhan kerana apabila ianya menjadi banyak akan memudaratkan kepada pendengaran. Begitu juga kotoran-kotoran yang di dalam hidung yang melekat di sisi-sisinya serta kotoran yang ada pada badan disebabkan peluh dan habuk. Dan juga celah-celah kelengkang perlu dibasuh kerana terkumpul peluh-peluh yang boleh menyebabkan berhimpunnya bakteria dan kuman.

Ketujuh : Mencabut bulu ketiak.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Mencabut bulu ketiak: iaitu pada bahagian bawah di hujung pangkal tangan, samada lelaki mahupun perempuan sunat mencabutnya dengan menghilangkan bulu-buluannya. Diharuskan juga mencukurnya kerana tujuannya adalah membersihkan sehingga tiada lagi kotoran padanya serta menghilangkan bauan daripadanya. Waktu yang disunatkan bercukur adalah selamamana bulu-buluannya panjang berdasarkan perbezaan situasi seseorang itu. Begitu juga disunatkan bermula dengan tangan kanan.

Kelapan : Mencukur bulu ari-ari.
Mencukur ari-ari di dalam hadis digunakan dengan nama istihdad kiasan bagi mencukur ari-ari, iaitu buluan yang tumbuh di sekeliling zakar lelaki dan qubul perempuan atau di bahagian atas kedua-duanya. Merupakan sunnah sepertimana hadis-hadis yang jelas diterangkan sebelumnya. Diharuskan juga mencabut, menggunting atau menghilangkannya dengan alat-alat seperti kapur dan sebagainya. Tetapi yang paling afdal adalah mencukur. Seseorang itu mestilah mencukur dengan sendirinya. Jangan dibiarkan bulu ari-ari ini selama 40 hari.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud “Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Kesembilan : Bersuci dengan air (beristinjak).
Beristinjak  menggunakan air sepertimana yang telah banyak dijelaskan dari hadis-hadis, iaitu beristinjak dengan air. Hukum bagi istinjak adalah wajib samada membuang air kecil atau besar, tetapi penggunaan air padanya merupakan di antara sunnah-sunnah fitrah.

Hadis Anas bin Malik r.a:
Suatu ketika Rasulullah s.a.w masuk ke sebuah kebun. Baginda diekori oleh seorang kanak-kanak yang membawa bekas air bersamanya. Dia adalah seorang sahabat yang termuda di kalangan kami. Bekas air tersebut diletakkan berhampiran dengan pokok bidara. Setelah Rasulullah s.a.w selesai membuang air besar, baginda pun keluar menemui kami setelah beristinjak dengan menggunakan air tersebut.
(Hadis Riwayat Muslim)

Kesepuluh : Berkumur-kumur.
Selain daripada berkumur-kumur semasa mengambil wudhu', berkumur-kumur juga digalakkan sebelum hendak makan kerana dapat membersihkan mulut sebelum makan  dan selepas makan supaya sisa-sisa makanan yang berada dimulut dapat dibersihkan.

Kesebelas : Berkhatan.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Lima perkara dari tuntutan agama, iaitu ; berkhatan, mencukur ari-air, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai."
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Hukumnya adalah wajib kepada lelaki dan perempuan berdasarkan sebutan di dalam hadis. Tiada ditegah daripada menyatakan wajib walaupun ianya adalah sunnah fitrah. Terdapat padanya persamaan di dalam dua perkara yang berbeza.

Imam Syafi’i rahimahullah dan qaul yang diputuskan oleh jumhur berkhatan itu wajib bagi lelaki dan perempuan.

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah  s.a.w..di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalakan 11 amalan fitrah (sunnah) yang disuruh dan di laksanakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w demi kebaikan dan kesihatan umat Islam. Umat Islam adalah umat terbaik dilahirkan di dunia ini menjadi contoh dan ikutan umat yang lain. Islam memberi penekatan untuk kesihatan zahir dan batin jika umat Islam mematuhi ajaran Islam maka mereka akan dipandang mulia dan menjadi qudwah hasanah di dalam masyarakat.

Orang Mukmin Sentiasa Menjaga Waktu Solat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu solat zuhur dengan asar ( solat di akhir waktu zuhur dan diikuti solat asar sebaik sahaja masuk waktunya) . Didalam Islam ada  solat qasar dan jama' dengan syarat-syarat tertentu, bukannya solat qadha' kerana sengaja ditinggalkan. Solat qadha' diluar waktu kerana terlupa atau tertidur dibenarkan . Tetapi sengaja meninggalkan solat kemudian di qadha'kan solat maka ianya mendapat kemurkaan Allah s.w.t.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud :  “Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“.
(Hadis Riwayat Abu Daud  dan selainnya).

Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat atau melalaikan solat hingga luput waktunya. Renungkan hadis Rasulullah s.a.w.di bawah yang menghalang perbuatan tersebut .
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang melalaikan solat maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan Neraka Wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka Neraka Jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

Firman Allah s.w.t maksudnya :"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk Neraka Saqar ini? Mereka menjawab : Kami tidak termasuk dalam golongan orang - orang yang bersolat." (Surah Al-Mudathsir ayat 42-43 )

Di dunia lagi mereka yang meninggalkan solat akan mendapat kehinaan. Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Do'anya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Di saat kematiannya pula ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Di hari akhirat ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

Sahabat yang dihormati,
Salah satu kelalaian yang sering dilakukan oleh mereka yabg bersolat adalah lalai ketika mengerjakan solat. Fokus dan tumpuan tidak diberikan semasa solat hingga menyebabkan kualiti solat yang dimiliki tidak dapat membawa seseorang untuk mencegah fasak dan mungkar.

Jiwa dan hatinya kosong daripada cinta dan kasih kepada Allah kerana hakikat solat sebenarnya adalah seorang hamba yang mengadap dan berhubung dengan Tuhannya. Di saat inilah jiwa seorang Mukmin diserahkan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Contoh Sayyidina Ali k.w apabila anak panah yang melekat di betisnya ingin di cabut maka sahabat memilih ketika beliau sujud semasa solat. Ketika ini sedikit pun belaiu tidak merasa sakit kena sedang fana' dihadapan Allah s.w.t. Inilah cotoh khusyuk di dalam solat yang sebenarnya.

Oleh itu marilah sama-sama kita jaga solat kita kepada Allah s.w.t. Jaga waktu solat jangan sampai terlepas dari waktunya, dan kerjakanlah solat di masjid secara berjemaah dan jagalah semasa mendirikan solat supaya jangan lalai dan leka.

Sahabat,
Marilah kita lihat seorang ulama' (ahli ibadah) bernama Hatim yang cukup menjaga wudhuk dan solatnya kepada Allah s.w.t.

Pada suatu hari, Isam menemui seorang abid bernama Hatim dan bertanya, "Wahai Abu Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim menjawab, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggata dengan tujuh perkara iaitu :

1.Bertaubat.

2.Menyesali dosa yang di lakukan.

3.Tidak tergila-gila dunia.

4.Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya').

5.Meninggalkan sifat suka berbangga.

6.Meninggalkan sifat khianat dan suka menipu.

7.Meninggalkan sifat hasad dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku, Syurga disebelah belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan do'a dalam solat aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk. Aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan sepenuh ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Amalkan Do'a Sebelum Tidur dan Do'a Bangun Tidur Semoga Terbuka Tiga Ikatan Syaitan.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah bekerja seharian, setiap kita pasti perlu kepada tidur. Tidur nyenyak dapat mengembalikan kekuatan seseorang menjadi lebih baik.  Namun, sadarkah kita bahwa sebagai Muslim, kita diperintahkan untuk menjadikan tidur sebagai  ibadah. Kerana  manusia diciptakan untuk beribadah. Bagaimana menjadikan tidur bernilai ibadah? Caranya dengan mengikuti tuntunan adab Islam dalam tidur, di antaranya membaca doa dan zikir semasa hendak tidur dan ketika bangun. Berikut ini di tuliskan do'a dan zikir menjelang tidur dan ketika bangun.

1.    Do'a sebelum  tidur

Űšِۧ۳ْمِكَ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ ŰŁَŰ­ْيَۧ وَŰšِۧ۳ْمِكَ ŰŁَمُوŰȘُ

Bismikallaahuma Ahyaa wa Bismika Amuutu

Maksudnya: "Dengan menyebut nama-Mu, Ya Allah, aku hidup dan dengan menyebut Nama-Mu aku mati."
(Hadis Riwayat  Muslim)

2.    Do'a ketika bangun tidur :

Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰŁَŰ­ْيَŰ§Ù†َۧ ŰšَŰčْŰŻَ مَۧ ŰŁَمَۧŰȘَنَۧ وَŰ„ِلَيْهِ Ű§Ù„Ù†ُّŰŽُÙˆŰ±ُ

Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur

Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan."

Kedua-dua do'a tersebut di ambil daripada hadis sahih riwayat Muslim, dari Bara' katanya :

ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ كَŰ§Ù†َ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَŰźَŰ°َ مَ۶ْŰŹَŰčَهُ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Űšِۧ۳ْمِكَ ŰŁَŰ­ْيَۧ وَŰšِۧ۳ْمِكَ ŰŁَمُوŰȘُ وَŰ„ِŰ°َۧ ۧ۳ْŰȘَيْقَŰžَ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰŁَŰ­ْيَŰ§Ù†َۧ ŰšَŰčْŰŻَ مَۧ ŰŁَمَۧŰȘَنَۧ وَŰ„ِلَيْهِ Ű§Ù„Ù†ُّŰŽُÙˆŰ±ُ

"Bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, apabila mulai berbaring di tempat tidurnya membaca: "Allaahumma Bismika Ahyaa waamuutu" (Ya Allah, dengan Nama-Mu, aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati). Dan apabila bangun, beliau membaca: "Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur" (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan)." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Tidur dalam do'a di atas disebut kematian, kerana tidur adalah saudara kandung dari kematian. Seperti firman Allah s.w.t.:

وَهُوَ Ű§Ù„َّŰ°ِي يَŰȘَوَفَّŰ§Ùƒُمْ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّيْلِ وَيَŰčْلَمُ مَۧ ŰŹَ۱َŰ­ْŰȘُمْ ŰšِŰ§Ù„Ù†َّهَۧ۱ِ Ű«ُمَّ يَŰšْŰčَŰ«ُكُمْ فِيهِ لِيُقْ۶َى ŰŁَŰŹَلٌ مُŰłَمًّى Ű«ُمَّ Ű„ِلَيْهِ مَ۱ْŰŹِŰčُكُمْ Ű«ُمَّ يُنَŰšِّŰŠُكُمْ Űšِمَۧ كُنْŰȘُمْ ŰȘَŰčْمَلُونَ

Maksudnya : "Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan."
(Surah Al-An'am ayat 60)

Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya menyatakan, "Allah Ta'ala mengabarkan bahwa Dia mematikan hamba-hamba-Nya dalam tidur mereka di waktu malam.

Firman Allah s.w.t. :

Ű§Ù„Ù„َّهُ يَŰȘَوَفَّى Ű§Ù„ŰŁÙ†ْفُŰłَ Ű­ِينَ مَوْŰȘِهَۧ وَŰ§Ù„َّŰȘِي لَمْ ŰȘَمُŰȘْ فِي مَنَŰ§Ù…ِهَۧ فَيُمْŰłِكُ Ű§Ù„َّŰȘِي قَ۶َى Űčَلَيْهَۧ Ű§Ù„ْمَوْŰȘَ وَيُ۱ْŰłِلُ Ű§Ù„ŰŁŰźْ۱َى Ű„ِلَى ŰŁَŰŹَلٍ مُŰłَمًّى

Maksudnya : "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan."
(Surah Al Zumar ayat 42)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam do'a-do'a di atas, Nabi s.a.w. mengingatkan adanya hari kebangkitan setelah kematian sebagaimana manusia bangun dari tidurnya. Kerana,  hikmah do'a ketika hendak tidur adalah agar penutup amal berupa zikir kepada Allah dan hikmah do'a bangun tidur adalah agar amal pertama kali adalah mengingat tauhid dan ucapan yang baik.

Semasa kita tidur sebenarnya syaitan telah membuat tiga ikatan. Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya : “Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”
 (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih).

1. Untuk membuka ikatan pertama adalah membaca zikir ( do'a bangun tidur ) iaitu :

Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ Ű§Ù„َّŰ°ِي ŰŁَŰ­ْيَŰ§Ù†َۧ ŰšَŰčْŰŻَ مَۧ ŰŁَمَۧŰȘَنَۧ وَŰ„ِلَيْهِ Ű§Ù„Ù†ُّŰŽُÙˆŰ±ُ

"Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur"

Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan."

Kemudain diikuti pula dengan do'a dibawah :

Maksudnya: "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku."

2. Untuk membuka ikatan kedua apabila kita mengambil wudhu' untuk solat.

3. Untuk membuka ikatan ketiga dengan kita mengerjakan solat.

Jika kita bangun daripada tidur sebelum masuk subuh kerjakanlah solat tahajjud dua rekaat dirumah dan bersiap-siaplah ke masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah. Kerana pahala solat subuh berjemaah lebih baik 27 kali lebih baik daripada solat dirumah. Pahala solat subuh berjemaah juga seolah-olah kita beribadah sepanjang malam.

Seandainya ketiga-tiga ikatan syaitan ini dapat dibuka dan hilang maka kita akan menjadi bersemangat, ceria dan bergembira. Oleh itu perlulah kita amalkan do'a-do'a semasa hendak tidur dan ketika bangun tidur seperti yang diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada kita semua.

Hadis Mengenai Bekam.

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)



7. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"

9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:
"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".
(Riwayat at-Tirmizi)

10. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:
"Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu"
(Lihat Shahih Sunan Ibni Majah)

11. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya"
(Diriwayatkan oleh al-Hakim).

12. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)

“Malah, dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi menyatakan ketika Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan,” katanya.

Katanya, Nabi Muhammad juga diriwayatkan berbekam di atas kepala dan antara dua bahu, sekali gus menunjukkan berbekam mempunyai banyak manfaat.


Friday, December 17, 2010

Perkahwinan adalah Sunnah Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berkahwinlah, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang ramai kepada umat-umat lain pada hari Kiamat, dan janganlah kalian menjadi seperti pendita Nasara (Kristian).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Berdasarkan hadis diatas, menunjukkan bahawa betapa saranan Nabi s.a.w. kepada kita semua untuk mengambil jalan yang halal dalam memenuhi fitrah hubungan lelaki dan wanita. Lantas menutup jalan-jalan yang haram daripadanya.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan berkahwin (menikah). 
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah, menurut beliau hadis ini hasan sahih)

Dan diketahui juga, bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan perkahwinan itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh Nabi kita s.a.w. sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.

Zaman ini, bukanlah masanya untuk kita rasa malu untuk berkahwin di usia yang awal atau usia remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syara’ sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu. Perkahwinan awal dapat mengelakkan perbuatan zina yang ditegah oleh Islam.

Kenikmatan di Syurga.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya di dalam Syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli Syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera. Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika Nabi Isa a.s. di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi Nabi Adam a.s.  yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. 

Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum. Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Sekurang-kurangnya penduduk Syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama (bersetubuh). Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah s.w.t. dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah s.w.t.  cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. 

Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.

Sahabat yang dimuliakan,
Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.

Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam Syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah s.w.t., dapat melihat Zat Allah s.w.t., dapat redha dari Allah s.w.t. dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam Syurga oleh Allah s.w.t..

Sahabat,

Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat Syurga dan andaikan Neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari Neraka.  Padahal kamu dapat masuk Syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari Neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran."

Yahya Mu'adz Arrazi berkata:  "Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan Syurga lebih berat, sedang maharnya Syurga ialah meninggalkan dunia."

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang minta kepada Allah Syurga sampai tiga kali, maka Syurga berdo'a : "Ya Allah masukkan ia ke Syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari Neraka tiga kali, maka  Neraka berdo'a:  "Ya Allah hindarkan ia dari Neraka."

Semoga Allah menghindarkan kita semua dari Neraka dan memasukkan kita ke dalam Syurga.  Dan andaikan di dalam Syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di Syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada. 

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam Syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di Syurga. 

Ahli hikmah berkata : "Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal."

Hukum Memakai Minyak Wangi dan Minyak Rambut Beralkohol


ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK WANGI DAN MINYAK RAMBUT YANG MENGANDUNGI ALKOHOL??


Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh kerana itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.


Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?


Pengertian alkohol :


Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.


i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)


ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Websters Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)


Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.


Kenajisan arak :


Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam-Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie˜i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah s.w.t.:


Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah ayat 90)


Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.


Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.


Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.


Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair. Maksudnya setiap yang memabukkan lagi cair.


Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata: "(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal.


Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi: (Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.


Hukum alkohol daripada arak. Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syar’i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah: "Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar’i)"


Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.


Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia. Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.


Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.


Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?


Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin Ali radhiallahu anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang bersabda maksudnya : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu."

(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-NasaĂąi, Ahmad dan ad-Darimi)


Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram.

Sabda Rasulullah Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu’man bin Basyir radhiallahu anhu:Maksudnya: "Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram."
(Hadis riwayat Muslim)


Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.


Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita


Wallahu'alam


(Di petik daripada tulisan Umustaffar Mustaffar)

Thursday, December 16, 2010

Ummu Sulaim Wanita Solehah Penghuni Syurga

Ia seorang wanita keturunan bangsawan dari kabilah Anshar suku Khazraj memiliki sifat keibuan dan berwajah manis menawan. Selain itu ia juga berfikiran cerdas penuh kehati-hatian dalam bersikap, dewasa dan berakhlak mulia. Rumaisha Ummu Sulaim binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Malik adalah satu dari wanita solehah yang memiliki kedudukan istimewa di mata Rasulullah s.a.w.

Pada saat Rasululllah s.a.w. menyerukan dakwah menuju tauhid, tanpa keraguan lagi Ummu Sulaim langsung memeluk agama Islam, dan tidak peduli akan gangguan dan rintangan yang kelak akan dihadapinya dari masyarakat jahiliah.


Namun suaminya, Malik bin Nadhir sangat marah saat mengetahui isterinya telah masuk Islam. Dengan dada gemuruh kerana emosi, ia berkata pada Ummu Sulaim: "Engkau kini telah terperangkap dalam kemurtadan!"

"Saya tidak murtad. Justru saya kini telah beriman," jawab Ummu Sulaim dengan mantap. Dan kesungguhan Ummu Sulaim memeluk agama Allah tidak hanya sampai di situ. Ia juga tanpa bosan berusaha melatih anaknya, Anas, yang masih kecil untuk mengucapkan dua kalimat syahadat.

Melihat kesungguhan isterinya serta pendiriannya yang tak mungkin tergugat membuat Malik bin Nadhir bosan dan tak mampu mengendalikan amarahnya. Hingga ia kemudian bertekad untuk meninggalkan rumah dan tidak akan kembali sampai isterinya mau kembali kepada agama nenek moyang mereka. Ia pun pergi dengan wajah suram. Sayangnya, di tengah jalan ia bertemu dengan musuhnya, kemudian ia dibunuh..

Saat mendengar kabar kematian suaminya dengan ketabahan yang mengagumkan ia berkata, "Saya akan tetap menyusui Anas sampai ia tak mau menyusu lagi, dan  sekali-kali saya tak ingin menikah lagi sampai Anas menyuruhku."

Setelah Anas agak besar, Ummu Sulaim dengan malu-malu mendatangi Rasulullah s.a.w. dan meminta agar beliau bersedia menerima Anas sebagai pembantunya. Rasulullah s.a.w.  pun menerima Anas dengan rasa gembira. Dan dari semua keputusannya itu, Ummu Sualim kemudian banyak dibicarakan orang dengan rasa kagum.

Dan seorang bangsawan bernama Abu Thalhah tak luput memperhatikan hal itu. Dengan rasa cinta dan kagum yang tak dapat disembunyikan tanpa banyak pertimbangan ia langsung melangkahkan kakinya ke rumah Ummu Sulaim untuk melamarnya dan menawarkan mahar yang mahal. Namun di luar dugaan, jawaban Ummu Sulaim membuat lidahnya menjadi kelu dan rasa kecewanya begitu menyesakkan dada, meski Ummu Sulaim berkata dengan sopan dan rasa hormat,

"Tidak selayaknya saya menikah dengan seorang musyrik, ketahuilah wahai Abu Thalhah bahawa sesembahanmu selama ini hanyalah sebuah patung yang dipahat oleh keluarga fulan. Dan apabila engkau mau menyulutnya api nescaya akan membakar dan menghanguskan patung-patung itu."

Perkataan Ummu Sulaim amat telak menghantam dadanya. Abu Thalhah  tak percaya dengan apa yang ia lihat dan ia dengar. Namun itu semua merupakan realita yang harus ia terima. Abu Thalhah bukanlah orang yang cepat putus asa. Disebabkan cintanya yang tulus dan mendalam terhadap Ummu Sulaim, di lain kesempatan ia datang lagi menjumpai ibunda Anas dan menawarkan mahar yang lebih mahal serta kehidupan kelas atas.

Sekali lagi, Ummu Sulaim Muslimah yag cerdik dan pintar ini tetap teguh dengan keimanannya. Sedikit pun ia tidak tergoda oleh kenikmatan dunia yag dijanjikan oleh Abu Thalhah. Baginya kenikmatan Islam akan lebih berbahagia daripada seluruh kenikmatan dunia. Masih dengan penolakanya yang halus ia menjawab, "Sesungguhnya saya tidak patut menolak orang yang seperti engkau, wahai Abu Thalhah. Hanya sayang engkau seorang kafir dan saya seorang Muslimah. Maka tak pantas bagiku menikah denganmu. Coba Anda penuhi apa keinginan saya?"

"Engkau menginginkan dinar dan kenikmatan," kata Abu Thalhah. "Sedikitpun saya tidak menginginkan dinar dan kenikmatan. Yang saya inginkan hanya engkau segera memeluk agama Islam," tegas Ummu Sualim.

"Tetapi saya tidak mengerti siapa yang akan menjadi pembimbingku?" Tanya Abu Thalhah. "Tentu saja pembimbingmu adalah Rasululah sendiri," tegas Ummu Sulaim.

Maka Abu Thalhah pun bergegas pergi menjumpai Rasulullah s.a.w. yang mana saat itu tengah duduk bersama para sahabatnya. Melihat kedatangan Abu Thalhah, Rasulullah s.a.w. berseru, "Abu Thalhah telah datang kepada kalian, dan cahaya Islam tampak pada kedua bola matanya."

Ketulusan hati Ummu Sulaim benar-benar terasa mengharukan dan menambat hati Abu Thalhah. Ummu Sulaim hanya akan mau dinikahi dengan keislamannya tanpa sedikitpun teringin oleh kenikmatan yang dia janjikan. Wanita mana lagi yang lebih patut menjadi isteri dan ibu asuh anak-anaknya selain Ummu Sulaim? Hingga tanpa terasa di hadapan Rasulullah s.a.w. lisan Abu Thalhah basah mengulang-ulang kalimat, "Saya mengikuti ajaran tuan, wahai Rasulullah. Saya bersaksi, bahwa tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan saya bersaksi bahwa Muhammad adalah utusanNya."

Ummu Sulaim tersenyum haru dan berpaling kepada anaknya Anas, "Bangunlah wahai Anas."

Ummu Sulaim telah bernikah dengan Abu Thalhah, sedangkan maharnya adalah keIslaman suaminya. Hingga Tsabit –seorang perawi hadis- meriwayatkan dari Anas, "Sama sekali aku belum pernah mendengar seorang wanita yang maharnya lebih mulia dari Ummu Sulaim, yaitu keIslaman suaminya." Selanjutnya mereka menjalani kehidupan rumah tangga yang damai dan sejahtera dalam naungan cahaya Islam.

Abu Thalhah sendiri adalah seorang ahli perniagaan nomor satu dari kabilah Anshar. Dan harta yang paling dia cintai yaitu tanah perkebunan "Bairuha". Tanah perkebunan itu letaknya  menghadap masjid. Dan Rasulullah s.a.w. sendiri pernah minum air segar yang ada di lokasi itu, sampai kemudian turun ayat yang berbunyi:
"Sekali-kali belum sampai pada kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai." (Surah Ali Imran ayat 92)

Mendengar ayat ini, bergegas Abu Thalhah menghadap Rasulullah s.a.w.. Setelah membacakan ayat tadi Abu Thalhah melanjutkan, "Dan sesungguhnya harta yang paling saya cintai adalah tanah perkebunan Bairuha. Saat ini tanah itu saya sedekahkan untuk Allah dengan harapan akan mendapatkan ganjaran kebaikan dari Allah kelak. Maka pergunakanlah sekehendak tuan, wahai Rasulullah."

Dan bersabdalah Rasulullah s.a.w. :  "Bakh, bakh itu adalah harta yang menguntungkan dan saya telah mendengar perkataanmu tentang harta itu dan saya sekarang berpendapat sebaiknya engkau bagi-bagikan tanah itu untuk keluarga kalian."
Abu Thalhah pun menuruti perintah Rasululah dan membagi-bagikan tanah itu kepada sanak saudaranya dan anak keturunan bapa saudaranya. Tak berapa lama Allah memuliakan seorang anak laki-laki kepada pasangan berbahagia itu dan diberi nama Abu Umair. 

Suatu kali burung kesayangan Abu Umair mati sehingga Abu Umair menangis dengan sedih.  Ketika itu Rasulullah s.a.w lalu di hadapannya. Melihat kesedihan Abu Umair, Rasulullah segera menghibur dan bertanya, "Wahai Abu Umair apa gerangan yang diperbuat oleh burung kecil?"

Namun takdir Allah memang tak mampu diduga. Allah subhanahu wa ta’ala kembali ingin menguji kesabaran pasangan sabar ini. Tiba-tiba saja, anak kecil mereka Abu Umair jatuh sakit sehingga ayah dan ibunya menjadi cemas. Padahal ia adalah putera kesayangan Abu Thalhah. Jika ia pulang dari pasar, yang pertama kali ditanyakan adalah kesehatan dan keadaan puteranya dan ia belum mereasa tenang bila belum melihatnya. Tepat pada waktu solat, Abu Thalhah pergi ke masjid. Tak lama setelah kepergiannya, puteranya Abu Umair menghembuskan nafas terakhir.

Ummu Sulaim memang seorang ibu Mukminah yang sabar. Ia menerima peristiwa itu dengan sabar dan tenang. Ummu Sulaim lantas menidurkan puteranya di atas katil dan berkata berulang-ulang, "Innaa lillahi wa inna ilaihi rrji’un." Dengan suara berbisik ia berkata kepada sanak keluarganya, "Jangan sekali-kali kalian memberitahukan perihal puteranya pada Abu Thalhah sampai aku sendiri yang memberitahunya."

Sekembalinya Abu Thalhah, alhamdulillah, air mata kesayangan Ummu Sulaim telah kering. Ia menyambut kedatangan suaminya dan siap menjawab pertanyaannya.
"Bagaimana keadaan puteraku sekarang?"

"Dia lebih tenang dari biasanya." Jawab Ummu Sulaim dengan wajar.

Abu Thalhah merasa begitu letih hingga tak ada keinginan menengok puteranya. Namun hatinya turut berbunga-bunga mengira puteranya dalam keadaan sehat wal afiat. Ummu Sulaim pun menjamu suaminya dengan hidangan yang istimewa dan berdandan serta berhias dengan wangi-wangian, membuat Abu Thalhah tertarik dan mengajaknya tidur bersama.
Setelah suaminya terlelap, Ummu Sulaim memuji kepada Allah kerana berhasil menenteramkan suaminya perihal puteranya, kerana ia menyadari Abu Thalhah telah mengalami keletihan seharian, sehingga ia membiarkan suaminya tidur dengan puas.

Menjelang subuh, baru Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya, "Wahai Abu Thalhah apa pendapatmu bila ada sekelompok orang meminjamkan barang kepada tetangganya lantas ia meminta kembali haknya. Pantaskan jika si peminjam enggan mengembalikannya?"

"Tidak," jawab Abu Thalhah.

"Bagaimana jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?" "Wah, mereka benar-benar tidak waras," Abu Thalhah membalas.

"Demikian pula puteramu. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia," kata Ummu Sulaim dengan tenang. Pada mulanya Abu Thalhah marah dan membentak, "Kenapa baru sekarang kau beritahu, dan membiarkan aku hingga aku ternoda (dengan melakukan persetubuhan)?"

Dengan rasa tabah Ummu Sulaim tak henti-henti mengingatkan suaminya hingga ia kembali dengan memuji Allah dengan hati yang tenang.

Pagi-pagi buta sebelum cahaya matahari kelihatan penuh, Abu Thalhah menjumpai Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kejadian itu. Rasulullah s.a.w. pun bersabda, "Semoga Allah s.w.t. memberikan barakah pada malam pengantin kalian berdua."

Benar saja Ummu Sulaim lantas mengandung lagi dan melahirkan seorang anak yang diberi nama Abdullah bin Thalhah oleh Rasulullah s.a.w. Dan subhanallah barakahnya ternyata tak hanya sampai di situ. Abdullah kelak di kemudian hari memiliki tujuh orang putera yang semuanya hafizhul Qur’an. Keutamaan Ummu Sulaim tidak hanya itu, Allah s.w.t. juga pernah menurunkan ayat untuk pasangan suami isteri itu disebabkan suatu peristiwa.

Sehingga Rasulullah s.a.w. menggembirakannya dengan janji Syurga dalam sabdanya
"Aku memasuki Syurga dan aku mendengar jalannya seseorang. Lantas aku bertanya "Siapakah ini?" Penghuni Syurga spontan menjawab "Ini adalah Rumaisha binti Milhan, ibu Anas bin Malik."
Selamat untukmu Ibunda Anas!

Sumber: Elfata 

Hijrah Kepada Kebaikan dan Balasan Penghianat.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Hijrah telah berlalu, tetapi ikrar setia yang masih boleh dilakukan ialah terhadap Islam, jihad dan melakukan kebaikan" 
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Ketika Allah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian pada Hari Kiamat kelak, maka setiap orang yang melakukan pengkhianatan akan diberikan tanda... sebuah bendera yang bertulis: Ini adalah bukti tanda pengkhiatannya kepada Polan bin Polan."
(Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, December 15, 2010

Tanda Cinta Kepada Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,
Perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia. Manusia perlu mencintai dan di cintai. Cinta paling agong dan paling tinggi adalah cinta kepada Allah  dan Rasul-Nya. Cinta-cinta yang lain sesama makhluk mestilah berpaksikan cinta kerana Allah, kerana cinta bukan kerana Allah menyebabkan cinta itu palsu dan tidak akan kekal lama dan ianya berasakan nafsu semata-mata. Allah s.w.t akan murka kepada sesiapa yang mencintai orang lain bukan kerana-Nya.

Untuk mendapatkan cinta kepada Allah s.w.t seorang hamba itu mestilah membanyakkan bermunajat, solat sunat, membaca al-Qur'an dan berzikir. Lidahnya tidak kering sentiasa menyebut nama-Nya, memuji dan mengagungkan-Nya . Apabila berkumandang suara azan, jiwa dan hatinya rasa seronok kerana menuju ketempat solat menyahut panggilan muazin dan dapat bertemu dan mengabdikan diri kepada-Nya.

Pada waktu malam timbul keikhlasan untuk bangun dari tidur dan berdua-duaan dengan Rabb, kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Bukan hanya itu sahaja tetapi hati dan jiwanya seronok ketika membaca dan mentaati firman-Nya di dalam kitab suci al-Qur'an dan menganggap bahawa seolah-olah apa yang di baca dan difahami seperti Dia berkata-kata dan memberi arahan secara terus. Oleh itu iman dapat  diertikan sebagai mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Seluruh ayat-Nya dianggap luar biasa hingga hamba yang mencintai-Nya sanggup berkorban jiwa , raga dan harta benda demi membela agama-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Keseluruhan rasa cinta kepada Allah s.w.t. juga merasuk kedalam roh dan tubuhnya. Pada setiap tindakan sentiasa mengharapkan rahmat, ampunan dan redha-Nya. Rasa takut dan cemas selalu timbul jika Allah menjauhi, bahkan hati merana kerana ketika membayangkan azab Allah akibat kelalaiannya.

Lebih dahsyat lagi, hati selalu bergetar apabila mendengar nama-Nya di sebut. Sebaliknya hati bertukar menjadi tenang apabila selalu mengingati-Nya. Ia benar-benar sebuah cinta yang sempurna.

Cinta memang anugrah yang terindah dari Maha Pencipta. tetapi masih ramai manusia keliru mentafsir dan menggunakan cinta itu. Islam tidak mahu cinta dikekang, namun Islam juga tidak ingin cinta dilepaskan mengikut hawa nafsu.

Alangkah indahnya Islam! Syariat yang mengatur manusia untuk mengelola perasaan cinta yang lebih mendalam, murnia dan abadi. Cinta seperti ini digambarkan oleh Ibnu Hasym seorang ulama dan pujangga serta ahli hukum dari Andalusia Sepanyol mengatakan : "Cinta itu bagaikan pohon, akarnya menghujam ke tanah dan puncaknya banyak buah."

Sahabat yang dikasihi,
Bagi orang Mukmin yang bertaqwa tidak ada sesuatu pun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan dan ketinggian cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya dan mempertahankan Deen Allah serta berjihad dijalan-Nya.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah ayat 24)
 
Tidak syak lagi , seseorang yang telah mengecapi kelazatan iman akan tertarik sepenuh hati untuk mencintai Allah s.a.t dan Rasulullah s.a.w. selaku pembawa dan penyampai ajaran Islam kepada manusia.

Lantaran keimanan dan keyakinannya kepada kasih sayang Allah serta janji-Nya, seorang Mukmin akan mencintai jihad untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah tauhid di bumi ini hingga seluruh manusia merasai kenikmatan Islam dan keindahan hidup di bawah naungannya.

Imam Baghaawi meriwayatkan daripada Tsauban Maula Rasulullah dan tidak sabar lagi untuk menatap wajahnya. Maka pada suatu hari Rasulullah datang kepadanya. Tatkala itu air mukanya berubah, lalu baginda bersabda ; "Kenapa air mukamu berubah wahai Thauban? Lalu jawabnya : "Wahai Rasulullah, akau tidak sakit tetapi sesungguhnya apabila aku tidak dapat melihat wajahmu maka aku akan keluh kesah sehingga aku dapat bertemu denganmu. Kemudian akau teringat hari qiamat dan aku bimbang tidak akan dapat melihat kamu kerana kamu akan di angkat bersama para Nabi. Sekalipun aku dapat masuk Syurga maka aku langsung tidak dapat melihat kamu."

Maka turun ayat dari Surah an-Nisa' ayat 69.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (Surah An-Nisa': 69)

Oleh itu marilah kita memberikan memberikan cinta kita kepada Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dengan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pada masa yang sama mencintai kekasih-Nya Rasulullah s.a.w dengan mentaati sunnah dan ajaran baginda, melebihi cinta kita kepada diri sendiri dan cinta pada yang lain-lain. Semoga cinta yang agung ini akan menyelamatkan kita daripada seksaan yang daksyat di hari akhirat nanti.

Teruskan Bersedekah dengan Hati, Lisan dan Perbuatan

Sahabat yang dimuliakan,
Sedekah adalah satu amalan soleh yang sangat dituntut oleh Islam. Sesiapa yang banyak bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Sehinggakan Nabi s.a.w. ada menyatakan di dalam hadisnya bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah kerana Allah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Didalam riwayat yang yang lain Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa seorang dermawan yang ikhlas kerana Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid.

Kita digalakkan memberi sedekah dengan harta atau wang ringgit untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal yang dhaif, golongan oku, pembinaan masjid atau surau, bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, pembinaan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan madrasah dan untuk pembiayaan majlis-majlis ilmu dan pengajian al-Qur'an.

Walau bagaimana pun bagi golongan yang tidak berkemampuan dan tidak berharta, mereka masih boleh bersedekah melalui hati (niat), lisan dan perbuatan.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w. ada menyatakan dalam hadis-hadisnya bahawa sedekah itu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu sedekah dengan hati, lisan dan perbuatan.

Pertama sedekah dengan hati :
Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi s.a.w bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "

Daripada Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setakat lintasan hati kita untuk membuat kebaikan belum dikira mendapat pahala disisi Allah s.w.t. selagi kita tak merancang dan berazam dengan sungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Hadis diatas menjelaskan keazaman seseorang yang ingin bersedekah sekiranya ditakdirkan memiliki harta seperti orang kaya tersebut.

Kedua sedekah dengan lisan :
Berzikir seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud, "Perkataan yang baik adalah sedekah."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Antara ucapan yang baik yang dianggap sebagai sedekah adalah memberi salam, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak menguris hati orang lain.

Ketiga sedekah dengan perbuatan :
1. Senyuman, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."

2. Solat : Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.

3. Puasa sunat : Puasa sunat adalah sedekah untuk diri sendiri.

4. Tidak mampu menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Barangsiap yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Duha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah."
(Hadis Riwayat Abu Daud).

5. Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah solat Duha dua rekaat setiap hari.

6. Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.

7. Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.

8. Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua orang.

9. Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.

10. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu orang buta.

11. Memberi minum kepada sesama makhluk tidak kira samaada manusia atau binatang.

12. Memberi pinjaman wang atau menangguhkan bayaran balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu  membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang tersebut.

13. Mengajarkan ilmu.

14. Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah..

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu janganlah bertangguh-tangguh untuk bersedekah, walau pun dengan sumbangan seringgit, dengan niat yang baik,  dengan kata-kata yang baik dan senyuman kerana sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam dari melaksanakan amalan sedekah ini.

Kebaikan dan Fadhilat Ayat Kursi.

AYAT KURSI ŰąÙŠŰ© Ű§Ù„ÙƒŰ±ŰłÙŠ

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…  

Renungan bersama untuk kita semua

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.


AYAT KURSI MENJELANG TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.”Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W,” gertak Abu Hurairah.Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?” Ia mengeluh, “Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.”Bohong dia,” kata Nabi : “Pada hal ia nanti malam ia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.”Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W,” ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.” Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi.”Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? “Awas!” katanya dalam hati. “Kali ini tidak akan kuberikan ampun.”

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesusuk bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. “Nah, benar juga, ia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.”Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna.”"Kalimat-kalimat apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.”

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.”Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.”Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimat apakah itu?” tanya Nabi.

Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta.” Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?”"Entahlah.” Jawab Abu Hurairah.
“Itulah syaitan.”

Wallahu a'lamu bi al-shawab......

(Di petik daripada tulisan Mohamad Zuhairi Abd Hadi)