Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berkahwinlah, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang ramai kepada umat-umat lain pada hari Kiamat, dan janganlah kalian menjadi seperti pendita Nasara (Kristian).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Berdasarkan hadis diatas, menunjukkan bahawa betapa saranan Nabi s.a.w. kepada kita semua untuk mengambil jalan yang halal dalam memenuhi fitrah hubungan lelaki dan wanita. Lantas menutup jalan-jalan yang haram daripadanya.
Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan berkahwin (menikah).
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah, menurut beliau hadis ini hasan sahih)
Dan diketahui juga, bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan perkahwinan itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh Nabi kita s.a.w. sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.
Zaman ini, bukanlah masanya untuk kita rasa malu untuk berkahwin di usia yang awal atau usia remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syara’ sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu. Perkahwinan awal dapat mengelakkan perbuatan zina yang ditegah oleh Islam.
No comments:
Post a Comment