Thursday, August 15, 2013

Soal Jawab Agama 71 (Dosa Pembunuhan, Pemerentah Yang Zalim, Suami Terminum Susu Badan Isteri Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Soal Jawab Agama Siri 71 adalah menjelaskan persoalan dosa pembunuhan, pemerentah yang zalim, suami terminum susu badan isteri, cara mendidik anak-anak dan sabar di atas dugaan hidup.

641. Soalan : Setiap hari terdapat berita pembunuhan di sana sini. Pembunuhan berlaku kerana rompakan, balas dendam  dan kerana hendak menegakkan kerajaan tentera yang zalim. Bolehkan ustaz jelaskan hukum membunuh manusia dan penyeksaan yang akan diterima oleh pembunuh di hari akhirat nanti?

Jawapan : 


Membunuh manusia dengan sengaja tanpa sebab yang dibenarkan syarak adalah dosa besar yang akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang melarang seseorang melakukan pembunuhan.



Firman Allah SWT maksudnya : ''Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya." (Surah al-Maaidah ayat 32)
 
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya".(Surah an-Nisa' (4) ayat 93)

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.(Surah al-Israa' (17) ayat 33)


Dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan yang maksudnya, “Jauhilah tujuh dosa besar, para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa sajakah dosa-dosa besar itu?” Nabi bersabda 1. Menyekutukan Allah (Syirik), 2. melakukan sihir, 3. membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT kecuali dengan cara yang hak, 4. memakan harta riba, 5. makan harta anak yatim, 6 keluar dari medan perang kerana takut kepada musuh, 7. menuduh zina kepada wanita mukminat yang telah bersuami. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah SAW yang maksud : “ Pertama kali yang akan diadili diantara manusia pada hari kiamat adalah perkara pembunuhan ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka? Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah bukan sahaja mengharamkan perbuatan membunuh orang lain tetapi juga mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Lebih jauh dari itu Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri yang mana Allah memberikan jalan penyelesaiannya dengan Hukum Qisas. Oleh yang demikian peranan anggota keselamatan dalam memastikan keselamatan nyawa dan jiwa dalam masyarakat adalah amat penting bukannya mereka yang bertanggungjawab menjaga keamanan tetapi membunuh rakyat pula.

642. Soalan : Apakah hukumnya jika seseorang bersyubahat dengan pemerentah yang zalim dan menyokong untuk mencederakan rakyat yang tidak berdosa yang berhimpun secara aman?

Jawapan :

Pemimpin yang zalim dan pegawai keselamatan yang bertindak kasar dan keras hingga mencederakan rakyat akan bertanggungjawab di hari akhirat nanti. Mereka yang muflis di akhirat  adalah kerana mereka melakukan kezaliman, membunuh, mencederakan dan menumpahkan darah orang ramai , suka maki hamun dan mengambil hak-hak orang lain tanpa hak.

Nabi SAW memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda yang bermaksud : “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). (Hadis Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadis ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.)

643. Soalan :  Jika seorang suami sedang berjimak dengan isterinya tanpa disengajakan beliau terminum susu badan isterinya. Dari segi Islam, apakah hukumnya.? Dan apakah ia ada kena mengena dengan ikatan suami isteri tersebut. Di harapkan penjelasan dapat diberikan?

Jawapan:

Air susu ibu, Allah SWT anugerahkan kepada kaum wanita sebagai rahmat untuk bayi atau anak yang dalam jagaannya. Secara fitah air susu ibu mengandungi rahmat yang paling besar untuk pertumbuhan dan perkembangan minda bayi. Dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 233 menjelaskan "bahawa para ibu menyusu anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan". Ini membuktikan bahawa hak air susu ibu itu hanya untuk bayi bukan selain daripada itu.


Dalam rukun penyusuan ada tiga, iaitu ibu yang menyusu, susu dan bayi yang menyusu. Jika rukun ini lengkap maka jatuhlah hukum susuan terhadap bayi tersebut. Bahkan setengah ulama menambahkan lagi tentang kadar banyaknya air susu yang diminum, jika melebihi lima kali maka jatuh hukum susuan dan setengahnya pula berpendapat hingga kenyang walaupun hanya satu kali menyusu. Jika melihat pada ketetapan ini maka bagi lelaki dewasa yang meminum susu wanita samaada sedikit atau hingga kenyang tidak mengakibatkan timbulnya hukuman susuan terhadap mereka, kerana timbulnya hukum susuan ini berlaku pada bayi yang berumur 2 tahun kebawah.


Jika dalam mengadakan hubungan jimak dan asmara antara suami isteri, kemudian suami terminum air susu isterinya, maka perkara ini tidak berdosa. Jika suami tahu bahawa isterinya sedang menyusukan anak mereka yang masih kecil perlulah berhati-hati supaya tidak terminum lagi pada masa akan datang, lainlah jika memang isteri tidak lagi mempunyai susu maka suami boleh mendatangi isterinya mengikut cara yang dia suka. Wallahu a'lam.

644. Soalan : Bagaimana menjaga anak-anak daripada terjebak di dalam gejala sosial dan melakukan perbuatan maksiat?

Jawapan.


Sheikh Abdul Karim Zaiddain ada memberi beberapa panduan untuk mengawal anak-anak daripada terjebak di dalam gejala sosial dan melakukan maksiat. 

Antaranya adalah :    

1. Ambil tahu dengan siapa anak berkawan    

2. Pastikan anak sentiasa membaca Al-Quran    

3. Pastikan anak minat kepada masjid
 

Orang yang sentiasa menjaga solat, dan hatinya dekat dengan masjid akan dijaga Allah daripada terjebak dengan gejala sosial dan maksiat. Pihak masjid dan ahli jawatankuasa masjid perlu mesra jemaah. Jangan halau anak kecil yang mumayyiz dan tahu solat dengan betul ke belakang saf kerana ulama telah mengatakan bahawa saf tidak terputus dengan kehadiran mereka. Jika anak dihalau, emak dan ayah pun tidak akan datang mengimarahkan masjid.


645. Soalan : Saya telah bercerai dengan suami pertama kerana tidak ada persefahaman di antara kami dan saya telah berkahwin baru selepas iddah dengan orang lain. Baru berkahwin setahun suami meninggal dunia kerana sakit jantung. Hati saya cukup sedih memikirkan kehidupan saya ini . Bolehkan ustaz memberi sedikit nasihat apakah cara boleh mendidik hati saya supaya redha dengan qadak dan qadar Allah SWT?


Jawapan :


Puan perlu banyak bersabar dan redha dengan takdir yang telah menimpa kehidupan puan.
Sifat orang mukmin tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Semuanya ada hikmah yang baik untuk puan kerana Allah SWT tidak akan mensia-siakan hidup puan.
 
Allah SWT berfirman maksudnya :  "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : 'Kami telah beriman.' sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta'."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman maksudnya : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216). Semua kebaikan itu ada di dalam ilmu Allah SWT.

Jika puan sentiasa berdoa, bertawakal, bersabar dan tenang hadapi dugaan hidup insyaa Allah puan akan dikurniakan rezeki, kejayan dalam hidup ini dan akan datang seseorang yang  dapat membimbing puan kejalan yang diredai Allah SWT untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Orang Mukmin Sentiasa Mengingati Kematian Kerana Jalan Untuk Membersihkan Hati.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Menjelang kematian setiap anak Adam, dia pasti mengalami apa yang disebut sakratul maut. Di istilahkan sebagai sakrah kerana pada saat itu, empunya diri berada di sempadan antara hidup dan mati. Dia berada dalam keadaan mabuk kepayang. Antara sedar dan tidak. Dia berasa sakit yang amat sangat pada seluruh anggota tubuhnya serta rasa dahaga yang tidak terkira.

Kata alim ulama, mereka yang sedang nazak dan akan mati, pandangan matanya kelam, dan seluruh ingatan serta memorinya akan memutarkan kejadian demi kejadian yang berlangsung sepanjang hayatnya. Ibarat 'DVD' yang sudah melalui proses 'rewind'.

Di saat itu, Malaikat Maut yang biasa kita dengar namanya sebagai Izrail berdiri di hadapan peminjam nyawa yang bakal dipanggil pulang itu. Izrail bersikap bengis dan kasar pada setiap penderhaka atau mereka yang semasa hidupnya tak fikir nak buat amalan baik dan menurut perintah Allah. Izrail akan berlembut dan ramah terhadap mereka yang soleh, dan mereka yang melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.

Tatkala si penderhaka melihat bahawa lembaran hidupnya lebih banyak maksiat dan kejahatan dia pun berteriak-teriak melolong-lolong. Tetapi teriakan dan rintihannya itu tidak dapat didengar oleh orang lain. biarpun ramai sanak saudara dan rakan taulan berada dikelilingnya. Hanya dirinya sahaja yang tahu. Al-Quran ada mengambarkan keadaan ini. Firman Allah SWT maksudnya : "Tidak! Apabila (nyawa) telah sampai ke kerongkong dan dikatakan (kepadanya) , 'Siapa yang dapat menyembuhkan?'. Dan dia yakin bahawa itulah waktu perpisahan (dengan dunia), dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan), kepada Tuhanmulah pada waktu itu kamu dihalau." (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).

Pada saat itu tidak ada siapa yang dapat menolong samaada ayah, emak, anak, adik beradik, guru, sahabat atau siapa sahaja yang bertaraf makhluk.

Inilah saat yang sangat mengejutkan dan mengerikan ibarat melihat panahan petir sewaktu hari sedang panas terik. Saat itu simati akan teringat terhadap ancaman Allah yang berupa Neraka Jahannam, yang mungkin pernah didengar atau dibaca sebelum saat nazaknya. Firman Allah SWT maksudnya : "Dan pada hari itu, diperlihatkan Neraka Jahanam ; dan pada hari itu ingatlah kalian akan tetapi tidak berguna lagi mengingati itu baginya. Dan dia berkata , 'Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan amal soleh untuk hidupku ini. Maka pada hari itu tiada seorang pun yang menyeksa seperti seksaan-Nya dan tiada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya" (Surah al-Fajr ayat 23-26)

Sahabat yang dimuliakan,
Kematian merupakan saat berakhirnya riwayat kehidupan kalian maknanya terputuslah perhubungan kalian dengan apa sahaja yang nyata di alam ini. Kalian akan tinggalkan keluarga, anak-anak, harta, saham, pangkat, perniagaan dan kemasyhuran (glamor). Maka buku catitan mengenai segala amal perbuatan kalian tertutup sudah, dan menanti masa untuk diperiksa samaada menerima ganjaran atau hukuman. Allah telah merakam dan menghitung semuanya dengan sangat teliti sehingga tidak ada satu perkara pun yang ketinggalan, hatta amal sebesar atom sekalipun.

Bagi orang-orang yang ingkar dengan ajaran Allah, baik mereka yang mengaku Islam atau mereka yang tidak memeluk Islam, kematian menjadi saat yang sangat mengejutkan. Gundah gulana apabila mereka sekali teringat akan mati, seperti orang hilang peduman.Berbeza pula pada diri orang-orang mukmin, dia tidak takut dan kelam kabut dengan kematian. Malah dia menerima kematian itu suatu proses yang tabie (natural) dan mesti dilalui.

Apabila kalian mengisi masa dan waktu dengan iman dan amal soleh dan melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan penuh ikhlas dan menjauhi maksiat dan permusuhan, hati dan jiwa kalian akan merasa lebih tenang untuk menghadapi saat kematian. Sunnah Nabi SAW yang paling besar adalah sunnah berdakwah dan mendirikan jamaah atau negara berasaskan syariat agama. Sunnah berdakwa bermakna menjadikan diri mentaati suruhan Allah dan turut mengajak orang lain mentaati Allah.

Sekiranya sepanjang hidup kalian sentiasa bertaubat dan sentiasa berhati-hati menjaga suruhan agama, serta melaksanakan sunnah berdakwah, sebagaimana janji al-Quran (janji Allah) merekalah akan mendapat saat kematian yang baik (husnul khatimah). Saat kematian merupakan panggilan kehormatan bagi orang-orang beriman seumpama ini. Allah SWT menyambutnya dengan berfirman yang bermaksud : "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku." (Surah al-Fajr ayat 27-30)

Sahabat yang dikasihi,
Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa orang yang sebenarnya cerdik ialah orang yang mengingati mati, lalu dia mempersiapkan diri untuk menghadapi saat-saat itu. Jadi apabila tiba masanya dia tidaklah kelam kabut atau menyesal berpanjangan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Tidakkah dia terfikir bagaimana kesudahannya nanti apabila saat dia akan bertemu Allah?.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri sendiri dan membuat persiapan di atas kematian yang akan datang bila-bila masa. Dengan kita sentiasa mengingati kematian akan membuatkan hati kita sentiasa bersih daripada mabuk dunia yang sementara ini. Di samping perbanyakkan amal soleh, kita perlu juga persiapkan tiga bekalan yang akan ditinggalkan nanti yang akan memberi saham ketika di alam barzakh.

Sebagiana Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila mati seorang anak Adam, putuslah amalnya melainkan tiga perkara, iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anaknya yang soleh yang mendoakan dia." (Hadis Riwayat Musilm)

Tuesday, August 13, 2013

Rezeki Yang Lumayan Dan Berkat Di Sediakan Oleh Allah SWT Untuk Orang Yang Bertakwa.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,   
Allah SWT. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT. akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan dan yang sedikit akan diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan untuk menguruskannya.

Untuk memastika rezeki Allah SWT berterusan maka hendaklah banyak memohon keampunan disisi Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."

Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Sesungguhnya amalan orang-orang yang bertakwa tidak akan sia-sia malah akan mendapat ganjaran yang besar di dunia lagi dan ditambah nikmatnya di akhirat. Dan rugilah bagi sesiapa yang ingkar akan suruhan dan larangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT akan melaknati orang yang mengingkari suruhan dan larangan-Nya. Maka akan memberinya pembalasan dan azab yang pedih di dunia lagi dan akan ditambah keseksaan dengan azab yang lebih pedih di akhirat kelak di dalam neraka  di atas amalan-amalan mereka yang kufur.

Firman Allah SWT maksudnya : “Jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A`raf ayat 96 )

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah SWT.yang bermaksud : "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah SWT. Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah SWT. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah SWT. Banyak membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita mempertingkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT dan sentiasa bertawakal dan yakin dengan janji-janji Allah SWT kerana sesungguhnya Dia akan membantu orag-orang yang bertakwa. Jangan sekali-kali mengharap janji manusia tetapi harap dan bergantunglah  sepenuh hati kepada Allah SWT, kerana sifat Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan Maha Mendengar rintihan para hamba-Nya.

Soal Jawab Agama Siri 70 (Sifat-sifat Nabi, Perjuangan Asabiyah, Mustajab Doa, Mengutamakan Akhirat Dan Pertandingan Memancing.)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,   
Soal Jawab Agama Siri 70 adalah menjelaskan persoalan 4 sifat-sifat nabi, perjuangan asabiyah, golongan mustajab doa, mengutamakan akhirat, mohon perlindungan daripada neraka dan pertandingan memancing.

636. Soalan : Empat sifat-sifat para nabi dan rasul adalah  siddiq, amanah, tablig dan fatanah. Orang mukmin yang berjuang menyampaikan dakwah dan tarbiah perlu juga mempunyai sifat ini sebagai asas untuk menjadi contoh yang baik di dalam masyarakat. Bolehkan ustaz huraikan sifat-sifat tersebut?

Jawapan :

Sifat-sifat tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Siddiq (Benar)

Seorang mukmin harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali samada dia itu seorang alim, atau seorang yang berkuasa atau seorang saudagar, samada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak –kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara seorang dengan yang lain. 

Sifat siddiq (benar) adalah inti sari daripada kebaikan. Sifat inilah yang dimiliki sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as -Siddiq.

Dari Abdullah bin Masud, Nabi S.A.W.  bersabda bermaksud :
"Sesungguhnya siddiq (benar) itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan,dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua : Amanah

Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan "curi harta rakyat", tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Jika sifat amanah ini dimiliki oleh para pemimpin kita, para ulama , guru-guru, pegawai atasan dan ahli perniagaan maka kita akan dapati negara akan berkembang maju dan  kekayaan negara akan dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk rakyat dan keseluruhan rakyat umumnya akan mempunyai akhlak yang baik. 

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. " (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih) 

Ketiga : Tabligh

Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67 yang bermaksud : ”Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. ”

Walaupun ayat ini arahan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. sebagai Rasul pilihan-Nya untuk menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T., tetapi sebagai hamba Allah S.W.T. dan umat Nabi S.A.W. kita juga berkawajipan untuk menyambung perjuangan Nabi S.A.W. iaitu berdakwah dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. yang dilaksanakan oleh baginda kepada umat manusia seluruhnya.

Kewajipan berdakwah adalah tanggungjawab besar yang menjadi tonggak utama agama dan tiang seri atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturan serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya; dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)  

Berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan diperintahkan supaya hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapat keredaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Keempat : Fathanah (Kebijaksana dan cergas)

Sifat keempat  ialah fathanah(bijaksana dan cerdas). Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang bertugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fatanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam. 

Kita dapati ada dikalangan para pendakwah yang cuba menyampaikan Islam dengan cara yang keras dan kurang hikmah hingga menyebabkan orang yang bukan Islam menganggap Islam itu ekstrim dan agama yang tidak ada toleransi. Ada setengahnya pula menyerang peribadi-peribadi tertentu untuk menjadi bahan ketawa. Perlulah diingatkan cara berdakwah yang berkesan adalah tidak mendedakkan keaiban seseorang dan berdakwah dengan cara lemah lembut dan penuh hikmah kerana inilah cara dakwah Rasulullah S.A.W. , betapa ramai orang kafir yang memusuhi Nabi S.A.W. tetapi akhirnya memeluk Islam kerana melihat ketinggian akhlak dan peribadai baginda.

637. Soalan : Apakah dia perjuanagn asabiyah? Kenapa Islam melarang umatnya memperjuankan asabiyah?

Jawapan :

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bersifat syumul, lengkap dan sempurna. Islam ditanzilkan oleh Allah SWT adalah untuk semua bangsa di dunia ini. Walaupun Islam diturunkan dinegara arab dan bahasa al-Quran dan hadis adalah bahasa arab tetapi ini bukan bermakna Islam hanya mengutamakan bangsa arab sahaja .

Islam datang menyatukan semua bangsa, walaupun berlainan bahasa, perbezaan warna kulit dan keturunan. Islam tidak pernah mengagongkan satu-satu bangsa dan menganggap bahawa semua bangsa adalah sama kerana orang yang paling mulia dikalangan manusia di sisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa kepada-Nya.

Firman Allah SWT :

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ُ Ű„ِنَّۧ ŰźَلَقْنَŰ§Ùƒُمْ مِنْ Ű°َكَ۱ٍ وَŰŁُنْŰ«َى وَŰŹَŰčَلْنَŰ§Ùƒُمْ ŰŽُŰčُÙˆŰšًۧ وَقَŰšَۧۊِلَ لِŰȘَŰčَۧ۱َفُÙˆŰ§ Ű„ِنَّ ŰŁَكْ۱َمَكُمْ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَŰȘْقَŰ§Ùƒُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلِيمٌ ŰźَŰšِÙŠŰ±ٌ

Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al- Hujurat ayat 13)

Dalam hadis-hadis sahih terdapat larangan dari sikap asabiyyah dan mengajak kepada asabiyyah seperti asabiyyah perkauman yang sempit, berjuang di bawah panji perjuangan yang kabur, sekular, sesat dan bidah serta pilih kasih (disebut dalam hadis sebagai ‘asabiyyah ‘immiyyah dan qitlah jahiliyyah).

14 Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ©ً. م Ű§Ù„Ű„Ù…Ű§Ű±Ű© 3440 Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ هُ۱َيْمُ Űšْنُ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْلَى Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ Ű§Ù„ْمُŰčْŰȘَمِ۱ُ قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčْŰȘُ ŰŁَŰšِي يُŰ­َŰŻِّŰ«ُ Űčَنْ ŰŁَŰšِي مِŰŹْلَŰČٍ Űčَنْ ŰŹُنْŰŻَŰšِ Űšْنِ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„ْŰšَŰŹَلِيِّ قَŰ§Ù„َ قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ((مَنْ قُŰȘِلَ ŰȘَŰ­ْŰȘَ ۱َŰ§ÙŠَŰ©ٍ ŰčِمِّيَّŰ©ٍ يَŰŻْŰčُو ŰčَŰ”َŰšِيَّŰ©ً ŰŁَوْ يَنْŰ”ُ۱ُ ŰčَŰ”َŰšِيَّŰ©ً فَقِŰȘْلَŰ©ٌ ŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ٌ)). *

Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Jundab ibn ‘Abdillah al-Bajali berkata bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” (Hadis Sahih Muslim, al-Imaarah, hadis 3440. (terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah).

Dilarang segala bentuk ‘asabiyyah perkauman, kenegerian, bangsa, keluarga, kecuali kecintaan kepada agama Allah. Hanya bendera Islam yang diterima dan diizinkan, dilarang marah kerana kaum, negara, bangsa, keluaraga, kebendaan, ideologi, sistem selain Islam. Segala perjuangan, seruan, dan pergerakan jahiiyyah adalah haram kecuali perjuangan Islam.

Dalam riwayat Abu Dawud dinyatakan bahawa ‘asabiyyah ialah membantu kaum atau bangsa sendiri melakukan kezaliman iaitu syirik dan maksiat. (al-Sunan, al-Adab, hadis 4456.)

638. Soalan : Bolehkan ustaz terangkan siapakah golongan yang doa mereka mustajab di sisi Allah SWT?

Jawapan :

Di dalam hadis-hadis Nabi SAW terdapat 7 golongan yang mana doa-doa mereka mustajab di sisi Allah SWT. Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Abu Daud)

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ketiga : Doa orang yang dianiaya.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Keenam : Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

638. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan bahawa di dalam al-Quran Allah SWT menyuruh manusia mengutamakan akhirat lebih daripada dunia untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat?

Jawapan :

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas (28) ayat 77)

Perkataan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi bukanlah bermaksud mencari dunia separuh dan akhirat separuh (dunia 50% - akhirat 50%) ataupun keseimbangan dalam mencari harta di dunia dan akhirat.

Tetapi apa yang dimaksudkan menerusi ayat itu dalam tafsir Ibnu Katsir adalah, segala harta yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kita adalah untuk tujuan berbuat kebajikan dan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam ayat di atas jelas bahawa Allah SWT menyuruh mengutamakan urusan akhirat dan mencari harta di dunia adalah sebagai jalan untuk menuju akhirat bukannya harta dunia itu menjadi matlamat hidup.

Dalam hadis qudsi Allah SWT berfirman maksudnya :Dari Abu Waaqid Al-Laithi r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (mengurniakan) harta bagi mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika seorang anak Adam itu mempunyai satu wadi (satu lembah harta) maka sudah pasti ia suka andainya beliau mempunyai wadi kedua; dan sekiranya beliau mempunyai dua wadi sudah pasti beliau suka untuk mempunyai wadi yang ketiga. Tidaklah yang memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir bila mati). Kemudian Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis Sahih Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis qudsi di atas jelaslah kepada kita bahawa peranan harta di muka bumi ini iaitu, ia digunakan untuk membuat amal kebajikan dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Tidak salah jika kita berusaha mencari dengan banyak harta di muka bumi ini, tetapi ia bukan untuk tujuan berbangga diri, berbuat maksiat atau kemungkaran lainnya. Ia digunakan untuk kebaikan manusia dan untuk pembangunan Islam khususnya seperti membayar zakat, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim, membina masjid, berjihad atau apa sahaja kebajikan dan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata.

639. Soalan : Berdoa adalah senjata orang mukmin, boleh ustaz jelaskan  doa yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk kita mohon perlindungan Allah SWT daripada seksaan api neraka Jahanam?

Jawapan :

Nabi SAW mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah SWT. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". (Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)

Doa-doa didalam al-Quran

۱َŰšَّنَۧ ŰąŰȘِنَۧ فِي Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ Ű­َŰłَنَŰ©ً وَفِي Ű§Ù„ŰąŰźِ۱َŰ©ِ Ű­َŰłَنَŰ©ً وَقِنَۧ ŰčَŰ°ََۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ

Maksudnya, "Ya tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." (Surah al-Baqarahrah ayat 201)

640. Soalan : Judi itu haram kerana ia seperti mencuba nasib atau tuah seseorang tanpa menggunakan kudrat. Soalan saya adakah memasuki Pertandingan Memancing juga haram? 

Jawapan : 

Persoalan yang dikemukakan adakah pertandingan memancing itu haram atau halal? Untuk menjawab persoalan ini perlu dilihat beberapa aspek iaitu adakah wang pendaftaran digunakan sebagai hadiah atau pun tidak? Jika wang pendaftaran digunakan sebagai hadiah, dan siapa yg mendapat ikan terbesar dan terberat akan mendapat hadiah utama, maka ketika ini ianya ada unsur judi. Tetapi sekiranya hadiah tersebut diperolehi oleh penyumbang lain dan penaja mendapat sumbangan (tidak terlibat langsung dengan wang pendaftaran) maka pertandingan tersebut sah tidak ada unsur judi samalah seperti cabutan bertuah di dalam majlis hari keluarga atau sebagainya, hadiah tersebut sumbangan daripada syarikat lain. Wang pendaftaran digunakan sebagai kos sewa bot, minyak atau makan-minum peserta ini diharuskan. 

Untuk mendapat penjelasan lanjut tokoh agama yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, berkata bayaran pendaftaran dan pertaruhan adalah dua perkara berbeza kerana bayaran pendaftaran biasanya digunakan untuk menampung kos pertandingan termasuk makan minum serta pengangkutan. 

“Perkara itu jelas kerana pendaftaran dan pertaruhan memang dua perkara berbeza. Sebagai contoh kalau kita memancing di kolam dengan bayaran tertentu yang sudah ditetapkan dan diadakan pula pertandingan sudah tentu wang yang kita bayar digunakan untuk kemudahan yang disediakan di kolam berkenaan. 

“Begitu juga pertandingan memancing, jika jelas hadiah yang disediakan adalah sumbangan dan tajaan dan tidak timbul soal pertaruhan. Jika kita menyertainya ia tidak menjadi masalah,” 

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pula berkata, tidak ada halangan bagi umat Islam menyertai pertandingan memancing yang jika tidak wujud unsur `gharar’ atau tidak jelas dan penganjur tidak menggunakan wang peserta untuk membeli hadiah. 


Bagaimanapun, jika ada unsur yang tidak jelas dalam pertandingan yang diadakan, maka umat Islam diharamkan menyertainya kerana ia mengakibatkan kerugian kepada peserta. Beliau berkata, jika penganjur mendapatkan tajaan hadiah bagi pertandingan berkenaan dan tidak menggunakan langsung duit penyertaan peserta, maka hukum menyertainya adalah harus.Wallahu a'lam