Thursday, March 26, 2015

Kemuskilan Agama : Tanda-Tanda Terkena Sihir Dan Cara Rawatannya.

Soalan Ke Tujuh Puluh Tujuh  : 

Bolehkah ustaz terangkan apakah tanda-tanda seseorang terkena sihir atau santau? Bagaimana cara untuk menguji seseorang sudah terkena sihir dan cara membuat rawatan sihir? 

Jawapan : 

Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:

1. Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
2. Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
3. Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
4. Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
5. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
6. Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
7. Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
8. Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
9. Selalu sakit kepala
10. Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
11. Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung

Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain)

1. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
2. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan 
3. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
4. Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah

Tanda-tanda sihir pengasih
1. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
2. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
3. Kuat berkhayal tentang adegan seks
4. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks

Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang itu jatuh sakit)
1. Cakap merapu
2. Fikiran bingung
3. Sentiasa resah gelisah
4. Tidak menjaga kebersihan diri
5. Gemar bersendirian
6. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
7. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental

Tanda-tanda sihir pendarahan

1. Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit. (darah istihadah)

Tanda-tanda santau

1. Pendarahan yang berpanjangan saperti haid
2. Sakit dibawah tulang kipas
3. Sakit dibawah punggung
4. Batuk yang berterusan
5. Bermimpi binatang yang menakutkan
6. Sesak nafas
7. Pemarah walaupun sifat asalnya adalah lembut dan penyabar
8. Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur
9. Daya ingatan berkurangan

Tanda-tanda seseorang yang mempunyai saka

1. Sukar tidur
2. Sering bermimpi perkara yang menakutkan
3. Ketawa dan menangis ketika tidur
4. Pening kepala
5. Malas dan lesu
6. Lenguh-lenguh sendi
7. Pemarah dan terlalu emosi

Adakalanya juga orang yang ada saka dibenci oleh ramai orang kerana menzahirkan situasi negatif dan tidak menyenangkan

Pedoman dan renungan

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi saka keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.

Sebaliknya pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka dengan "buatan orang",walaupun sebenarnya tidak.Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Dan kepada saudaramara, rakan taulan hendaklah sentiasa membantu mereka tanpa jemu demi kebaikan bersama.

Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Ikutilah pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa kesemasa. Amalkan zikir al-Mathurat sebagai pendinding diri daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan. Wallahu a'lam

Apa yang dijelaskan di atas adalah tanda-tanda gejala sihir, santau atau saka. Jika kita nak pasti adakah sihir ini benar-benar wujud dalam diri kita maka kita perlu membaca beberapa ayat al-Quran. Cara-caranya : Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tanganmu :

1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52 

2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118

3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.

4. Baca surah an-Nas ayat 1-6

Ketika membaca ayat-ayat di atas , letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahgian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kananmu itu di depan mata si sakit, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia , tidak diragukan, terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.

[CATATAN : Sebaik-baiknya, usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat diatas. Kalau si sakit tidak boleh membaca sendiri maka kalian boleh bacakan ditapak tangan kalian dan hulurkan tangan kanan kalian di depan mata si sakit minta dia melihatnya.]

Pertama cuba saudari baca ayat-ayat di atas dan uji pada diri saudari, jika ada seperti yg dinyatakan maka jelas saudari terkena sihir. Untuk mengubati sihir ada beberapa ayat al-Quran untuk menawarkan sihir iaitu : Cara-cara membuangkan sihir daripada diri kita : 

1. Ambil tujuh helai sirih hijau atau daun teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa saja sehingga lumat (boleh juga guna alat penghancur letrik - blinder)

2. Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan mandi seluruh badan.

3. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.

4. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau sebahagian dari ludahmu mengenainya.

5. Bacakan ayat-ayat berikut :

a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat 255)

b. Bacakan Surah al-Kafirun.

c. Baca Surah al-Ikhlas.

d. Baca Surah al-Falaq.

e. Baca Surah an- Nas.

(Ayat-ayat dibawah adalah ayat penawar sihir)

f. Baca Surah al-A'raf ayat 117-119.

g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.

h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.

Setelah dijampi dengan ayat-ayat al-Quran di atas air itu diminumkan kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu sekali dan sesudah itu in syaa Allah , sihir itu tidak akan ada lagi.

[Yakinlah kepada Allah SWT bahawasanya hanya Dia sahaja yang akan menyembuhkan segala penyakit termasuk penyakit disebabkan sihir hasil perbuatan jin dan syaitan]

Semua kejadian di langait dan dibumi semuanya adalah kehendak Allah SWT semua makhluk termasuk jin dan syaitan dan manusia tak boleh mendatangkan apa-apa mudharat. tanpa izin Allah SWT. Oleh itu kita yakin dengan Allah SWT dan keselamatan kita adalah dibawah jagaan Allah SWT. Amalkan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, solat tahajud, berdoa minta perlindungan Allah SWT dan jik ada penyakit minta Allah SWT pulihkan dan beri kesembuhan. Seorang mukmin perlu berdoa, berusaha, bertawakkal dan bersabar.

Kemuskilan Agama : Doa Penerang Hati.

Soalan Ke Tujuh Puluh Enam :  Bolehkah ustaz berikan doa-doa penerang hati untuk memudahkan menghafal pelajaran?

Jawapan :

Terdapat doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. kepada Sayyidina Ali k.w. untuk menjadikan kita mudah menghafal ayat-ayat al-Quran dan juga pelajaran kita.

Abdullah bin Abbas r.a. berkata, "Saya pergi ke majlis Nabi SAW dan disana Sayyidina Ali k.w telah datang dan berkata, "Wahai Rasulullah, saya mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan, ayat-ayat al-Quran tidak melekat pada hati saya. Apa-apa saja yang saya hafal tidak kekal dalam ingatan."

Nabi SAW bersabda maksudnya , "Hendakkah saya memberitahu kamu satu cara yang akan memberi manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang akan kamu  sampaikan tentang hal ini serta apa-apa sahaja yang kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatanmu?"

Diatas permintaan Ali k.w  Nabi SAW memberitahu, "Apabila tiba malam Jumaat, sekiranya kamu mampu, bangunlah pada satu pertiga bahagian akhir malam. Masa itu masa yang paling baik kerana masa itu adalah masa para malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan doa. Untuk menunggu masa tersebutlah Nabi Ya'akub a.s. berkata kepada anak-anaknya yang bermaksud, " Tidak lama lagi aku akan memohon keampunan untuk kamu daripada Tuhanku." (yakni  malam Jumaat).

Setelah kita selesai solat Tahajjud 4 rekaat , memuji Allah SWT, beristighfar, berselawat dan mohon keampunan untuk kaum Muslimin dan Muslimat baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia maka teruskan membaca doa ini :

"Ya Allah, rahmatilah daku sehingga daku dapat meninggalkan segala maksiat selama Engkau menghidupkan daku. Rahmatilah daku supaya daku tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat kepadaku. Kurniakanlah kepada daku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa daku kepada keredhaan-Mu.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh sesiapapun. Wahai Allah, wahai yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitab-Mu sebagaimana Engkau telah mengajarku. Dan kurniakanlah (taufik) supaya daku dapat membaca al-Quran dengan cara yang menyebabkan Engkau redha terhadapku.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang memiliki kehebatan, kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat di capai (oleh sesiapapun), wahai Allah dan wahai Tuhan yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau mencahayakan penglihatanku dengan nur kitab-Mu dan Engkau mengerakkan lidahku untuk menyebut al-Quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkesanan al-Quran dan Engkau lapangkan dadaku dengan keberkatan al-Quran.

Dan Engkau membasuh badanku dengan al-Quran (dari kekotoran dosa) kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku keatas perkara yang haq (benar) kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu (kepadaku) kecuali Engkau. Dan tiada daya (untuk melakukan sebarang kebaikan) dan tiada upaya (untuk menjauhi sebarang kejahatan) kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

Selanjutnya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Wahai Ali, lakukanlah amalan ini sama ada 3 kali Jumaat, 5 kali Jumaat atau 7 kali Jumaat. Insya Allah doa kamu pasti akan dikabulkan. Demi Zat yang mengutuskan daku dengan kebenaran, doa ini tidak akan ditolak daripada mana-mana Mukmin."

Abdullah bin Abbas r.a. berkata, " Setelah berlalu 5 atau 7 minggu maka Sayyidina Ali k.w. telah datang ke majlis Nabi SAW. dan berkata, "Wahai Rasulullah, dahulu saya membaca lebih kurang 4 ayat, itu pun saya tidak dapat mengingat sedangkan sekarang saya membaca 40 ayat dan ayat-ayat itu dapat saya ingati sehingga seolah-olah al-Quran terbuka dihadapan saya. Sekarang, setelah saya mendengar hadis, apabila saya ingin menyampaikan hadis itu kepada orang lain, satu huruf pun saya tidak tertinggal."

Marilah kita amalkan doa ini semoga terbuka pintu hati kita untuk menerima ayat-ayat al-Quran dan  ilmu yang haq dan benar dan mampu pula kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua dan diiringi pula dengan rahmat dan keberkatan.

Hukum Hudud Umat Islam Terbagi 4 Golongan, Anda di Golongan Mana?

Apabila Kerajaan Kelantan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (1993) 2015 merangkumi hukum hudud, qisas dan takzir di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan maka kita banyak mendapat komen, pandangan, sokongan , penentangan, sindiran dan penghinaan di dalam perlaksanaan hukum hudud tersebut yang akan di bawa sidang Parlimen untuk di luluskan. Di sinilah terletaknya iman dan akidah umat Islam , dan masing-masing akan di adili di makhamah Allah SWT kerana komen dan pandangan mereka dan mereka sendiri akan tanggung risiko sikap dan akibat daripada pendirian dan komen mereka.

Secara umum umat Islam terbahagi kepada empat golongan yang terlibat secara langsung atau pun tidak di atas undang-undang hudud tersebut dan anda termasuk di dalam golongan yang mana?

Empat golongan tersebut di bahagikan kepada beberapa kariteria :

1. Golongan pertama : Golongan ini cukup benci pada hukum hudud. Mereka mengatakan hukum hudud tak sesuai di Malaysia kerana Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat majmuk iaitu terdapat berbilang bangsa dan agama. Mereka mengatakan hukum hudud zalim dan kejam dan siapa yang melaksanakaannya telah ketingalan zaman. Mereka mengagungkan hukum ciptaan manusia dan memperli dengan menagatakan nanti jika hudud di jalankan habis batu JKR di gunakan kerana merejam orang berzina yang sudah berkahwin. Mereka kata nanti ramai tangan umat Islam di potong tangan dan tak boleh bekerja kerana tangan sudah kodong. Mereka memperi 4 orang saksi di dalam kes tuduhan zina kerana mereka mengatakan sekarang sudah ada cctv dan ujian dna tak perlu lagi 4 orang saksi yang adil. Mereka memanggil dengan panggilan bodoh mereka yang mempertahankan hukum hudud dan mengatakan hudud yang di bawa oleh Kerajaan Kelantan adalah "Hudud Pas" bukan hudud Islam. Mereka menyuruh Kerajaan Kelantan selesaikan masalah banjir dulu dan pinggirkan  Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (1993) 2015 merangkumi hukum hudud, qisas dan takzir. 

Golongan pertama jelas mereka telah terkeluar daripada akidah Islam dan boleh jatuh murtad dan wajib bertaubat kepada Allah SWT. Mereka wajib mengucap semula dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuha kerana Allah Ta’ala berfirman : 

وَمَنْ لَمْ يَŰ­ْكُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُونَ

“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [Surah Al-Maaidah ayat  44].

Allah ta’ala berfirman :

ŰŁَفَŰ­ُكْمَ Ű§Ù„ْŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ِ يَŰšْŰșُونَ وَمَنْ ŰŁَŰ­ْŰłَنُ مِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű­ُكْمًۧ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [Surah  Al-Maaidah ayat 50].

2. Golongan kedua. Golongan ini mempercayai hukum hudud tetapi mereka meminta perlaksanaannya di tanggungkan kerana beberapa sebab :

i. Masyarakat masih belum memahami hukum hudud sepenuhnya perlu memberi kesedaran dan penerangan yang jelas bahawa hukum hudud bukan hukum yang zalim.

ii. Masyarakat masih lemah darisegi ekonomi , terdapat ramai pengganguran, ekonomi, supaya berlaku keadilan dalam pengagihan kekayaan dan peluang pekerjaan. 

iii. Situasi syubhah mengangkat pelaksanaan hudud kerana hadis Rasulullah bermaksud ‘hudud itu terangkatnya dengan suasana syubhah’ iaitu suasana tidak yakin, kesempitan hidup, tiada peluang pekerjaan sehingga berlakunya jenayah kecurian akan membuka ruang syubhah. Bila sistem tertegak, barulah kita dapat keadilan Islam itu. Jika tidak, waktu ini salah penggunaan dan pelaksanaannya

iv. Mempertingkatkan dakwah dan kesedaran kepada rakyat melalui media masa, ceramah umum, sebaran di akhbar arus perdana supaya kehidupan Islam di hayati di dalam kehidupan mereka . Masaalah besar kerana berlakunya gejala rasuah, penidasan, jenayah, hiburan melampau telah menjadi masaalah besar terhadap masyarakat. Rakyat tertekan dengan kenaikkan harga barang,  cukai-cukai yang terpaksa di tanggung, dan jurang perbezaan pandangan politik yang besar di dalam masyarakat Islam dengan tuduhan fitnah, mengumpat dan mededahkan aib di antara mereka.

v. Penjelasan dan penerangan kepada orang bukan Islam supaya mereka faham apa itu hukum hudud dan mengurangkan pandangan negatif daripada golongan mereka.

Golongan ini  masih di dalam akidah yang benar dan termasuk mereka yang meyakini dan mepertahankan hudud cuma mereka tak setuju waktu perlaksanaan hudud tersebut. Mereka minta di tanggungkan bukan menentangnya. Umat islam tak boleh sama sekali menuduh golongan sesat atau murtad  ini kerana pendirian mereka jelas tidak mempertikaikan hudud. Islam membenarkan pandangan yang berbeza darisegi perlaksanaannya bukan mempertikaikan hukum tersebut. Golongan yang bersemangat untuk melaksanakan hudud perlu berfikiran resional dan tidak mudah dan cepat membuat tuduhan dan memfitnah golongan ini.

3. Golongan ketiga : Golongan ini cukup bersemangat untuk melaksanakan hudud kerana hukum hudud adalah hukum Allah SWT. Syabas dan tahniah di ucapkan kerana golongan ini bersungguh-sungguh untuk melaksanakaan perintah Allah SWT dan sudah jemu melihat ketidak adilan sisterm hidup ciptaan manusia. 

Jenayah dan kes perzinaan meningkat dari masa kemasa kerana manusia meminggirkan  undang-undang Islam terutama hukum hudud. Golongan ini akan di berikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT kerana sentiasa gigih , bersabar dan tidak pernah jemu memperjuangkannya walaupun sudah melebihi 20 tahun. Golongan ini cukup takut di akhirat nanti apabila di tanya oleh Allah SWT apakah usaha-usaha yang telah di jalankan untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT?. Sekurang-kurangnya mereka berjaya membawa ke tengah untuk kelulusan tetapi jika gagal di sebabkan tak cukup 2/ 3 majoriti untuk meluluskannya bukan salah mereka lagi. Maka mereka ada jawapan yang konkrit dan mereka yakin Allah SWT Maha Mengetahui apa yang telah mereka buat dan niat yang ikhlas di hati mereka.

4. Golongan keempat. Golongan ini sokong tidak , menentang pun tidak. Mereka hanya sebuk urusan mereka sendiri. Pendirian mereka, " Janji aku boleh cari makan, berniaga atau bekerja cukup tak kisah mereka nak jalankan hudu atau pun tidak" . Golongan ini ada masaalah juga kerana menjadi manusia yang tak peka dengan kehidupan umat Islam. Dan mereka juga akan di tanya kerana ketidak prihatin mereka untuk melaksanakan amanah di sisi Allah SWT. Golongan ini perlulah di berikan kesedaran supaya mereka tahu hidup di dunia buka makan minum sahaja tetapi berlu berdakwah dan berjihad di jalan Allah SWT.

Kesimpulannya : 

Anda berada di dalam golongan mana? 

Jika anda berada di golongan pertama cepat-cepatlah bertaubat kerana kematian datang bila-bila masa di khuatiri kematian datang anda sedang mempertikaikaN hukum -hukum Allah SWT. 

Allah SWT berfirman maksudnya, " Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya." (Surah an-Nisaa' ayat 116)

Jika anda berada di golongan kedua akidah anda masih benar dan sah. Anda tidak mempertikankan kebenaran hukum hudud cuma anda minta di kaji semula perlaksanaannya dengan beberapa alasan yang munasabah dan orang lain tak boleh menghukum anda sesat dan murtad.  Mereka yang menuduh anda sesat perlulah bertaubat dan tidak boleh membuat tuduhan kerana masalaah perlaksanaan hudud adalah masalaah stratigi bukan masaalah prinsip. Jika niat anda menyediakan persekiran yang baik sebelum hudud di jalankan adalah pandangan yang boleh di terima oleh syarak .

Jika anda berada di dalam golongan ketiga , tindakkan anda betul kerana nampak sesungguhan anda mempertahankan hudud dan ganjaran pahala yang berar akan di berikan oleh Allah SWT kepada anda. Cuma anda perlu berlapang dada jika ada orang mempertikaikan perlaksanaannya, jangan cepat emosi dan melebalkan golongan tersebut sebagai sesat. Perlu berhati-hati di dalam membuat komen supaya tak menghapuskan amalan pahala yang telah anda buat. Ingatlah semua usaha anda akan di rahmati Allah SWT dan yakinlah kepada ketentuan Allah SWT jika anda gagal mendapat kelulusan untuk di laksanakan anda tetap mendapat pahala kerana niat yang ikhlas dan usha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.


Jika anda menjadi golongan terakhir perlu ubah sikap anda kerana tidakkan dan sikap anda akan di soal nanti di akhirat. Anda perlu menjadi golongan kedua atau ketiga dan janagn menjadi golongan pertama. Wallahu a'lam.




Tiga Tanda-tanda Allah SWT Akan Memberi Kebaikan Kepada Hamba-Nya.

Rasulullah SAW. bersabda “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya menjadi baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud terhadap dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri (Hadis Riwayat Baihaqi dari Anas bin Malik).

Tiga perkara yang diberi oleh Allah apabila Dia bercadang untuk memberi kebaikan yang banyak kepada seseorang hamba-Nya ialah 1. Kefahaman agama, 2. Hidupnya zuhud dan 3. Dia nampak keaiban atau kesalahan dirinya.

Huraiannya : 

1. Kefaham Agama.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila seseorang itu faham agama, mudahlah dia beramal, maka semakin faham agama semakin banyak pahala yang diperolehi jika diamalkan ilmunya itu. Faham ilmu dan turutlah kehendak ilmu itu, misalnya jika ilmu mengatakan sembahyang berjemaah besar pahalanya, maka berusahalah untuk sembahyang jemaah. Imam-imam mujtahid 4 mazhab semuanya faqih iaitu diberi kefahaman agama dan mampu mengeluarkan pelbagai hukum feqah dari Quran dan hadis.

Orang yang berilmu dan faham agama akan mendapat darjah yang mulia di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya, " “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Surah Al-Faatir ayat 28)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Surah Az-Zumar ayat 9)

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Surah Al-Baqarah ayat 269)

2. Hidupnya Zuhud

Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata:
Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia.
Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya
manusia akan mengasihimu." (Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik )

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Zar juga seorang yang zuhud. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah zuhudnya, sesungguhnya dia telah bertambah jauh dari Allah” (Hadis Riwayat Ad-Dailami dari Sayyidina Ali r.a)

Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Semakin berilmu, semakin warak, semakin zuhud, semakin takut kepada Allah SWT dan semakin banyak beribadat kepada-Nya.

3. Nampak Keaiban Atau Kesalahan Diri Sendiri.

Seorang yang Allah kehendaki menjadi baik nampak kesalahan dirinya. Tidak seperti kata pepatah, Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak nampak.Rasulullah SAW bersabda:

وَمَنْ ŰłَŰȘَ۱َ مُŰłْلِمًۧ ŰłَŰȘَ۱َهُ Ű§Ù„Ù„َّهُ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ

"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615, disahihkan dengan syarat Bukhari dan Muslim)