Rasulullah SAW. bersabda “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya menjadi baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud terhadap dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri (Hadis Riwayat Baihaqi dari Anas bin Malik).
Tiga perkara yang diberi oleh Allah apabila Dia bercadang untuk memberi kebaikan yang banyak kepada seseorang hamba-Nya ialah 1. Kefahaman agama, 2. Hidupnya zuhud dan 3. Dia nampak keaiban atau kesalahan dirinya.
Huraiannya :
1. Kefaham Agama.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila seseorang itu faham agama, mudahlah dia beramal, maka semakin faham agama semakin banyak pahala yang diperolehi jika diamalkan ilmunya itu. Faham ilmu dan turutlah kehendak ilmu itu, misalnya jika ilmu mengatakan sembahyang berjemaah besar pahalanya, maka berusahalah untuk sembahyang jemaah. Imam-imam mujtahid 4 mazhab semuanya faqih iaitu diberi kefahaman agama dan mampu mengeluarkan pelbagai hukum feqah dari Quran dan hadis.
Orang yang berilmu dan faham agama akan mendapat darjah yang mulia di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya, " “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Surah Al-Faatir ayat 28)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Surah Az-Zumar ayat 9)
Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Surah Al-Baqarah ayat 269)
2. Hidupnya Zuhud
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata:
Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia.
Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya
manusia akan mengasihimu." (Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik )
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Zar juga seorang yang zuhud. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah zuhudnya, sesungguhnya dia telah bertambah jauh dari Allah” (Hadis Riwayat Ad-Dailami dari Sayyidina Ali r.a)
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Semakin berilmu, semakin warak, semakin zuhud, semakin takut kepada Allah SWT dan semakin banyak beribadat kepada-Nya.
3. Nampak Keaiban Atau Kesalahan Diri Sendiri.
Seorang yang Allah kehendaki menjadi baik nampak kesalahan dirinya. Tidak seperti kata pepatah, Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak nampak.Rasulullah SAW bersabda:
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).
"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615, disahihkan dengan syarat Bukhari dan Muslim)
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment