Wednesday, February 26, 2014

Kelebihan Dan Fadilat Solat Fardu Subuh.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

1. Solat shubuh memelihara setiap muslim

Űčن ŰŁŰšÙŠ ۰۱ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه Ù‚Ű§Ù„: Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…:من Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ű”ŰšŰ­ فهو في Ű°Ù…Ű© Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù….

Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat subuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan

2. Solat Subuh Setara dengan Qiyamullail

من ŰŽÙ‡ŰŻ Ű§Ù„Űčێۧۥ ÙÙƒŰŁÙ†Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù… Ù†Ű”Ù Ù„ÙŠÙ„Ű©, ومن ŰŽÙ‡ŰŻ Ű§Ù„Ű”ŰšŰ­ ÙÙƒŰŁÙ†Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù… Ù„ÙŠÙ„Ű© Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù….

Orang yang ikut solat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut solat subuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan solat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)

Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawal mengatasi solat sunat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut) namun statusnya masih lagi sunnat.

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

3. Solat Subuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka

Ù‚Ű§Ù„ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: لن ÙŠÙ„ŰŹ Ű§Ù„Ù†Ű§Ű± ŰŁŰ­ŰŻ Ű”Ù„Ù‰ Ù‚ŰšÙ„ Ű·Ù„ÙˆŰč Ű§Ù„ŰŽÙ…Űł ÙˆÙ‚ŰšÙ„ ŰșŰ±ÙˆŰšÙ‡Ű§ Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…

Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (solat subuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"


4. Solat Subuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga

من Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„ŰšŰ±ŰŻÙŠÙ† ŰŻŰźÙ„ Ű§Ù„ŰŹÙ†Ű©

"Orang yang melakukan shalat baradain (solat Asar dan Subuh) masuk syurga"

5. Solat Subuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya

Ű±ÙƒŰčŰȘۧ Ű§Ù„ÙŰŹŰ± ŰźÙŠŰ± من Ű§Ù„ŰŻÙ†ÙŠŰ§ ÙˆÙ…Ű§ÙÙŠÙ‡Ű§ Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù…

"Dua rakaat solat Fajar (subuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya" (HR Muslim)

6. Solat Subuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang

۱َوَى Ű§Ù„ŰȘِّ۱ْمِŰ°ِيّ Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ© Űčَنْ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّه Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُ۱ْŰąÙ† Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ Ű„ِنَّ قُ۱ْŰąÙ†Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ كَŰ§Ù†َ مَŰŽْهُÙˆŰŻًۧ ” قَŰ§Ù„َ: ŰȘَŰŽْهَŰŻÙ‡ُ مَلَۧۊِكَŰ© Ű§Ù„Ù„َّيْل وَمَلَۧۊِكَŰ© Ű§Ù„Ù†َّهَۧ۱ هَŰ°َۧ Ű­َŰŻِÙŠŰ« Ű­َŰłَن Ű”َŰ­ِÙŠŰ­.

Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari Nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Solat subuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)

At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.

وَ۱َوَى Ű§Ù„ْŰšُŰźَۧ۱ِيّ Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ© Űčَنْ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّه Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: فَ۶ْل Ű”َلَۧ۩ Ű§Ù„ْŰŹَمِيŰč Űčَلَى Ű”َلَۧ۩ Ű§Ù„ْوَِۭۧŰŻ ŰźَمْŰł وَŰčِŰŽْ۱ُونَ ŰŻَ۱َŰŹَŰ© وَŰȘَŰŹْŰȘَمِŰč مَلَۧۊِكَŰ© Ű§Ù„Ù„َّيْل وَمَلَۧۊِكَŰ© Ű§Ù„Ù†َّهَۧ۱ فِي Ű”َلَۧ۩ Ű§Ù„Ű”ُّŰšْŰ­

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, ”Solat berjamaah lebih diutamakan dari solat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam solat subuh (HR Bukhari)


7. Orang Yang Solat Subuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat

Ù‚Ű§Ù„ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: ۚێ۱ Ű§Ù„Ù…ŰŽŰ§ŰŠÙŠÙ† في Ű§Ù„ŰžÙ„Ù… Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù…ŰłŰ§ŰŹŰŻ ŰšŰ§Ù„Ù†ÙˆŰ± Ű§Ù„ŰȘŰ§Ù… يوم Ű§Ù„Ù‚ÙŠŰ§Ù…Ű© Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰȘŰ±Ù…Ű°ÙŠ ÙˆŰ§ ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹÙ‡

Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)

8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Solat Subuh

ÙˆŰ„Ű°Ű§ Ù‚Ű§Ù…ÙˆŰ§ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© Ù‚Ű§Ù…ÙˆŰ§ ÙƒŰłŰ§Ù„Ù‰ ÙŠŰ±Ű§Ű€Ù† Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ÙˆÙ„Ű§ ÙŠŰ°ÙƒŰ±ÙˆÙ† Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ù‚Ù„ÙŠÙ„Ű§

(Orang-orang munafik itu) bila melakukan solat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.

Űčن ŰŁŰšÙŠ Ù‡Ű±ÙŠŰ±Ű© Ù‚Ű§Ù„ Ù‚Ű§Ù„ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…: Ù„ÙŠŰł Ű”Ù„Ű§Ű© ŰŁŰ«Ù‚Ù„ Űčلى Ű§Ù„Ù…Ù†Ű§ÙÙ‚ÙŠÙ† من Ű”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„Űčێۧۥ ÙˆŰ§Ù„ÙŰŹŰ± ولو يŰčلمون Ù…Ű§ ÙÙŠÙ‡Ù…Ű§ Ù„ŰŁŰȘÙˆÙ‡Ù…Ű§ ولو Ű­ŰšÙˆŰ§ً Ű±ÙˆŰ§Ű© Ű§Ù„ŰŽÙŠŰźŰ§Ù†.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak(HR Bukhari dan Muslim)

ÙˆÙ‡Ű§ هو Ű§ŰšÙ† Ù…ŰłŰčÙˆŰŻ يقول: Ù„Ù‚ŰŻ Ű±Ű§ÙŠŰȘÙ†Ű§ ÙˆÙ…Ű§ يŰȘŰźÙ„Ù Űčن Ű”Ù„Ű§Ű© Ű§Ù„ÙŰŹŰ± Ű„Ù„Ű§ Ù…Ù†Ű§ÙÙ‚ مŰčلوم Ű§Ù„Ù†ÙŰ§Ù‚

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut solat subuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.

Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang solat subuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.

Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Subuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu shubuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.

9. Akan diberkati oleh Allah SWT.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


Allah S.W.T. berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)

Sunday, February 23, 2014

Perkahwinan Dalam Islam Menurut Al-Quran Dan Hadis-hadis Nabi SAW.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pernikahan adalah suatu perkara yang amat indah dan diimpikan oleh setiap orang. Islam amat menggalakkan umatnya bernikah atau disebut sebagai berkahwin. Pernikahan atau perkahwinan ini amat dituntut oleh Islam, ianya dilambangkan sebagai sebahagian tuntutan yang perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan hidup bagi individu, keluarga , mahupun masyarakat. Dalam Al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang pernikahan. 

Begitu juga dengan hadis Rasulullah SAW. Baginda sering menasihatkan pemuda-pemuda supaya menyegerakan pernikahan. Ini kerana pernikahan itu membawa berbagai-bagai hikmah dan kebaikan. Antara hikmah pernikahan adalah sebagai tempat untuk melepaskan syahwat di tempat yang halal. Manusia yang tidak dapat mengendalikan nafsu syahwatnya akan sangat mudah terjebak pada ajakan syahwat terlarang. Pintu pernikahan adalah cara yang tepat dalam mewadahi ‘aspirasi’ nulari normal seorang manusia.

Selain itu pernikahan juga dituntut bagi menjamin akhlak terpuji, memotivasikan semangat beribadah, membangunkan rumahtangga islamik, dan untuk mendapatkan zuriat penyambung keturunan. Islam melihat pernikahan ini sebagai suatu perkara yang penting dan perlu disegerakan. Di sini disertakan beberapa dalil yang menunjukkan betapa sesuatu pernikahan itu sangat-sangat dituntut oleh agama Islam yang mulia ini.

DALIL DARIPADA AL-QURAN :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

1. "Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberi rezeki kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) dan Maha Mengetahui." (Surah An-Nur : 32).

2. "Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (Surah Adz-Dzariyaat  : 49).

3. "Maha Suci Allah yang telah menciptakan (hidupan) berpasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." (Surah Yasiin : 36).

4. "Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (isteri-isteri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari isteri-isteri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik." (Surah An-Nahl : 72).

5. "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar-Ruum : 21).

6. "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi pelindung (penolong) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah At-Taubah : 71).

7. "Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Dia jadikan daripadanya (diri itu) jodohnya, kemudian Dia kembang-biakkan menjadi lelaki dan perempuan yang banyak sekali." (Surah An-Nisa' : 1).

8. "..Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja..". (Surah An-Nisa’ : 3).

9. "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah berbuat kesesatan yang nyata. (Surah Al-Ahzaab : 36).
"Janganlah kalian mendekati zina, kerana zina itu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al-Isra : 32).

10. "Dialah yang menciptakan kalian dari satu orang, kemudian darinya Dia menciptakan istrinya, agar menjadi cocok dan tenteram kepadanya." (Surah Al-A’raf : 189).
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur : 26)

DALIL DARIPADA HADIS

1. Rasulullah SAW bersabda: "Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka pada sunnahku, maka dia bukan golonganku."(HR : Ibnu Majah, dari Aisyah r.anha).

2. "Empat macam yang termasuk di antara sunnah-sunnah para Rasul iaitu berkasih sayang, memakai wangian, bersiwak dan menikah." (HR : Tirmidzi).

3. Dari Aisyah, "Nikahilah olehmu kaum wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan mendatangkan harta (rezeki) bagi kamu." (HR : Hakim & Abu Daud).

4. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa diberi Allah seorang isteri yang solehah, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya. Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk separuh lainnya.” (HR : Baihaqi).

5. Dari Amr Ibnu Asr, Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah." (HR : Muslim, Ibnu Majah & An-Nasa'i)

6. “Dunia ini dijadikan Allah penuh perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan hidup adalah isteri yang solehah”. (HR : Muslim)

7. “Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah iaitu orang yang berjihad (berperang) di jalan Allah, budak yang menebus dirinya dari tuannya, dan pemuda/i yang menikah kerana mahu menjauhkan dirinya dari yang haram.” (HR : Tirmidzi, Ibnu Hibban & Hakim)

8. “Wahai pemuda-pemuda! Bila di antaramu sudah mampu menikah hendaklah ia (segera) nikah, kerana (dengannya) mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara.” (HR : Bukhari & Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.).

9. Rasulullah SAW bersabda: "Kawinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak". (HR : Abu Daud).

10. "Saling menikahlah kamu, saling membuat keturunanlah kamu, dan perbanyaklah (keturunan). Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya jumlahmu di tengah umat yang lain." (HR : Abdurrazak & Baihaqi).

11. "Solat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan)." (HR : Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah r.a.).

12. "Rasulullah SAW bersabda: "Seburuk-buruk kalian, adalah yang tidak menikah, dan sehina-hina mayat kalian, adalah yang tidak menikah." (HR : Bukhari).

13. "Diantara kamu semua yang paling buruk adalah yang hidup membujang, dan kematian yang paling hina adalah kematian orang yang memilih hidup membujang." (HR : Abu Ya'la & Thabrani).

14. Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh kepala salah seorang diantara kamu ditusuk dengan jarum dari besi lebih baik, daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (HR : Thabrani & Baihaqi).

15. "Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR : Abu Sa’id).

16. "Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia bernikah. Kerana dengan bernikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu dapat menjadi perisai baginya." (HR : Bukhari & Muslim).

17. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berdua-duaan), sebab syaitan menemaninya. Janganlah salah seorang di antara kita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai mahramnya." (HR : Bukhari & Muslim dari Abdullah Ibnu Abbas r.a.).

18. Rasulullah SAW bersabda: "Jika datang (melamar) kepadamu orang (lelaki) yang engkau senangi agama dan akhlaknya, maka segerakanlah (pernikahan). Jika kamu tidak menerima (lamaran)-nya nescaya terjadi malapetaka di bumi dan kerosakan yang luas." (HR : At-Tirmidzi)

19. “Barangsiapa yang menikahkan (putrinya) kerana silau akan kekayaan lelaki meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak akan pernah pernikahan itu dibarakahi-Nya, Siapa yang menikahi seorang wanita kerana kedudukannya, Allah akan menambahkan kehinaan kepadanya. Siapa yang menikahinya kerana kekayaan, Allah hanya akan memberinya kemiskinan. Siapa yang menikahi wanita kerana bagus nasabnya, Allah akan menambahkan kerendahan padanya, Namun siapa yang menikah hanya karena ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau kerana ingin mempererat kasih sayang, Allah senantiasa memberi barakah dan menambah kebarakahan itu padanya." (HR : Thabrani).

20. "Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, mungkin saja kecantikan itu membuatmu hina. Jangan kamu menikahi wanita kerana harta (kedudukannya) mungkin saja harta (kedudukannya) membuatmu melampaui batas. Akan tetapi nikahilah wanita kerana agamanya. Sebab, seorang budak wanita yang solehah (baik), meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama." (HR : Ibnu Majah).

21. Dari Jabir r.a., sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda : "Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya, maka pilihlah yang beragama." (HR : Muslim & Tirmidzi).

Sahabat yang dikasihi,
Hayatilah ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang menggalakkan berkahwin untuk membina rumah tangga bahagia sakinah, mawaddah wa rahmah.  Dengan berkahwin seseorang itu akan hidup lebih tenang, bahagia, di murahkan rezeki dan dapat dijauhi daripada melakukan dosa dam maksiat.


p/s : HADIS-HADIS DI ATAS DINILAI SAHIH dan SEBAHAGIANNYA BERSTATUS HASAN