Saturday, November 17, 2012

Kupasan Buku : Dialog Dengan Jin Islam - Siri Pertama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Saya cukup tertarik dengan buku tulisan Muhammad Isa Daud yang bertajuk "Dailog Dengan Jin Islam".
Di dalam kandungan buku ini menceritakan secara jelas mengenai kehidupan makhluk jin bermula daripada kejadian asal usul jin, bentuk dan sifatnya secara  fizikal, kesukaannya, cara-cara jin menggoda manusia dan perhubungan jin dengan iblis dan syaitan laknatullah.

Kelebihan buku ini bagaimana setiap jawapan jin tersebut mengenai persoalan penulis  akan kemukakan hadis-hadis Nabi SAW dan huraian ulama-ulama mengenai perkara tersebut . Dengan huraian tersebut telah terbukti bahawa hadis-hadis Nabi SAW adalah benar dan tidak bercangah langsung dengan keadaan sebenar yang bersangkut paut dengan kehidupan alam jin.

Telah tersingkap beberapa persoalan mengenai salah anggap manusia kepada jin yang mana ianya juga satu bentuk fitnah yang dilemparkan manusia kepada makhluk jin ini. Kerana kita sering mendengar ungkapan kata-kata, "Sejahat-jahat manusia adalah lebih baik daripada sebaik-baik jin." maksudnya jika Firaun itu sejahat-jahat manusia maka seolah-oleh dia lebih baik daripada jin yang paling baik. Kata-kata ini sebenarnya bertentangan dengan al-Quran dalam surah al-Jin mengatakan ada jin yang beriman apabila mendengar bacaan al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah SAW.

Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah al-Jin bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.”
(Surah al-Jinn, ayat 1-2) 

Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermakud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?” 

Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.” 

Ibnu Masud menyatakan bahawa ia turut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi juru dakwah daripada kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya dan aku bacakan al-Quran kepada mereka.” 

Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma'ala, tidak jauh dari perkuburan kaum muslim di kota Makkah. Kini masjid itu dinamakan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah atau juga Masjid al-Haras. Ia dibaik pulih kembali pada 1421 hijrah. Di sini jin berbai'ah atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan al-Quran. 

Jin sendiri mengaku bahawa di antara mereka ada yang baik dan ada pula yang jahat. Allah SWT berfirman maksudnya :  "Dan sesungguhnya di antara kami terdapat jin-jin yang taat, dan ada pula jin-jin yang menyimpang dari kebenaran." (Surah al-Jinn ayat 14)

Sahabat yang dimuliaka,
Muhammad Isa Daud berkata, " Sesudah saya beristikharah kepada Allah SWT untuk menulis buku tentang alam jin, maka Allah SWT memberikan kehendak-Nya sehingga terjadilah hubungan antara saya dengan jin Islam. Sebelum ini dia adalah kafir, kemudian Allah memuliakannya dengan Islam melalui pertemuannya dengan saya yang terjadi berkali-kali dan dalam waktu yang cukup lama. Jin yang saya maksudkan disini, berasal dari keluarga Konjur dan memilih nama Mustafa sesudah dia masuk Islam. Seluruh persoalannya sangat ganjil. Kerana itu, bersangka-baik sahajalah dan jangan bertanya mengapa begitu.

Dalam berbagai pertemuan dan dailog yang terjadi antara saya dan kawan yang datang dari alam ghaib tersebut, saya mengajukan beratus pertanyaan. Saya mengajaknya berbincang-bincang tentang berbagai masalaah, bahkan dia menunjukkan  di depan mata saya berbagai keajaiban yang dikhususkan Allah bagi mereka dengan ilmunya. Sesudah dia yakin betul akan persahabatan kami, dia mengungkapkan kepada saya banyak sekali hal yang selama ini diyakini secara keliru oleh manusia; termasuk hal-hal lain yang ingin sekali saya gali darinya, namun dia tidak bersedia mengungkapkannya. Walaupun demikian, saya telah terlibat dengannya dalam berbagai persoalan yang mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran pembaca yang budiman, yang saya ketahui melalui perhubungan kami.

Hasilnya, terbitlah buku ini. Di dalamnya termuat pengakuan-pengakuan dari jin yang sudah masuk Islam yang saya yakin merupakan buku satu-satunya dalam masalah ini, dan sama sekali tidak bercorak taklid. Ia memuat, dengan sebenar-benarnya, tambahan-tambahan yang sesekali terlihat mengejutkan dan membetulkan konsep-konsep yang selama ini keliru, dan membantah anggapan-anggapan yang samar.

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh kerana buku ini panjang menggandungi 404 muka surat  maka saya bercadang untuk meringkaskan soalan-soalan dan jawapan-jawapannya dan mengambil intipati yang penting-penting saja supaya "message" di dalam buku ini dapat difahami dan boleh dijadikan panduan kepada para pembaca semua. 

Untuk menjadikan artikal ini tidak terlalu panjang saya akan pecahkan kepada beberapa siri dan para pembaca boleh mengikuti siri-siri berikutnya untuk mengetahui intipati dailog tersebut.

Pendahuluan :

Jinn adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah jiniy yang bermaksud "yang tersembunyi" atau " yang tak terlihat"

Dalam al-Quran Allah SWT menjelaskan penciptaan jin. Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu, dari api yang sangat panas." (Surah al-Hajr ayat 26-27)

Jin juga ada yang akan masuk syurga atau masuk neraka kerana amalannya di dunia. Firman Allah SWT maksudnya : "Di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh sebelumnya, oleh jin mahupun manusia." (Surah ar-Rahman ayat 55-56)

Di dalam tafsirnya Imam al-Qurtubi mengatakan, "Di dalam ayat ini terdapat petunjuk yang menyatakan bahawa jin, sebagaimana halnya manusia, juga mati, lalu masuk syurga. Untuk mereka disediakan jin-jin perempuan (bidadari-bidadari jin).

Di paparkan dailog di antara Muhammad Isa Daud (MID) dengan Jin Islam (JI) :

Sifat-sifat Fizikal Jin

MID :  Selama ini ada anggapan bahawa mata kalian selamanya merah, apakah benar"?

JI      : Tidak selamanya demikian. Mata kami , sebagaimana halnya dengan mata manusia, banyak sekali macamnya. Ada mata yang merah hitam, kuning, coklat tua, seperti mata mausia.  Adanya sinar-sinar halus yang memancar dari mata kami, yakni sinar yang selamanya cenderung berwarna merah. Ia tidak menakutkan bagi sesiapa yang menatapnya, bahkan disitu terdapat suatu keindahan.

Sedangkan telinga kami kedua-duanya mirip telinga kuda, khususnya dalam hal bentuknya yang runcing. Ada pula di antara kami yang telinganya mirip telinga kucing. Kalau ada di antara kami menyerupakan diri dalam bentuk-bentuk tertentu, maka yang paling mereka sukai adalah kucing, kuda atau harimau.

Hidung kami serupa hidung manusia. Hanya ia tidak mancung seperti hidung kalian. Lazimnya hidung kami pesek atau bulat mirip hidung lelaki atau wanita Filipina.

Jin Islam memanjangkan janggutnya, kerana mengikut sunah Nabi Muhammad SAW. Terdapat juga yang tidak berjanggut.

Rambut kami sangat tebal, dan lebih tebal lagi pada kaum wanita jin. Di kalangan kaum lelaki rambut kami terasa lebih kasar, dan dalam skala besar lebih banyak yang botak.

Rambut kaum wanita, bagi kami sangat -sangat panjang. Dan itu, merupakan lambang kecantikan. Sehingga ada di antara mereka yang rambutnya terseret di tanah kerana panjangnya.

MID    : Bagaimana pula tangan dan kaki kalian.?

JI         : Tangan kami seperti tangan kalian. Cuma dari segi panjang lengan dan kuku, agak berbeza. Lengan kami, dalam bandingannya dengan tubuh kami, terbilang sangat panjang, bila dibandingkan dengan lengan kalian terhadap tubuh kalian. Demikian pula halnya dengan kuku-kuku kami. Sebab, jari-jari kami pun panjang-panjang. Sedangkan kaki kami , beza dengan kaki  kalian dalam hal letak tumit dan keruncingan jari-jarinya.

MID    : Apakah kalian juga punya tulang, jantung, organ pernafasan dan pencernaan?

JI         : Ya sama seperti kalian, sekalipun tulang kami, dibandingkan dengan kulit atau daging kami, agak besar. Sekarang ini, kami memiliki kelenturah yang tidak mungkin kalian bayangkan. Organ-organ kami yang selebihnya, agak kecil-kecil. Semuanya berfungsi seperti tubuh kalian, sekalipun kami tidak memerlukan  oksigen untuk bernafas sebanyak yang kalian perlukan.

Begitu pula dengan alat pencernaan yang mencerna segala yang kami makan. Sisa-sisa pencernaan kami juga keluar dari lubang-lubang pencernaan seperti kalian alami, sekalipun najis kami tidak berbentuk kasar, melainkan lebih mirip dengan wab yang sangat pekat.

Sedangkan air kencing, juga berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya, tetapi sangat ringan dan mirip aliran air pancur dikalangan kalian. Itu sebabnya , maka ada syaitan yang boleh mengencingi telinga seorang muslim yang sedang tidur tidak menyebut ASMA ALLAH dan yang dimalam harinya tidak pernah berniat untuk menunaikan kewajipan kepada Allah, Tuhan semesta alam.

[Saya mengatakan, Subhanallah, sungguh benar Rasulullah SAW, ketika mengatakan dalam salah satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibn Wa'il, dari Abdullah bin Mas'ud katanya, "Di sebutkan di hadapan Nabi SAW seorang lelaki (yang tidak hadir saat itu). Lalu seorang mengatakan, 'Dia masih tidur hingga pagi tadi, dan tidak bangun untuk solat.' Nabi SAW mengatakan,' Syaitan telah mengencingi telinganya." 

Dalam pembicaraan saya dengan Jin Islam sahabat saya itu, kita boleh memahami bahawa tidur yang disertai zikir kepada Allah dan disertai pula dengan niat untukbangun untuk melaksanakan perintah Allah, merupakan dua hal yang dapat menolak syaitan yang mendatangi seorang muslim, serta menyebabkan datangnya pertolongan Allah dalam menunaikan kewajipan-kewajipan yang ditetapkan-Nya.]

MID   : Apakah kamu mempunyai alat kelamin?

JI         : Sama seperti manusia. Hanya lebih kecil bila dibandingkan dengan yang ada pada kalian, dan dalam bandingkan dengan tubuh kami. Kaum lelaki kami seperti lelaki kalian. Mereka punya dorongan berahi dan kemampuan untuk bersenggama, dan mengeluarkan sperma. Wanitanya pun seperti kaum wanita kalian. Mereka mempunyai selaput dara yang pecah ketika terjadi hubungan seksual. Suatu bentuk kehidupan . Wahai saudaraku, betul-betul kehidupan biasa.

MID   : Kembali pada persolan tentang Nabi SAW pernah berkata."Sesungguhnya matahari, ketika terbit, ia membawa tanduk syaitan. Ketika ia naik, dilepaskannya tanduknya. Kemudian ketika ia tepat di tengah ufuk, dikenakannya kembali tanduknya. Namun ketika tergelincir tanduk itu ditinggalkan, untuk kemudian dikenakannya lagi ketika matahari tenggelam. Ketika betul-betul tenggelam, tanduk itu ditinggalkan. Kerana itu, janganlah kalian solat pada tiga waktu tersebut." (Hadis Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwaththa' hadis ke 44 dan 49. Hadis yang sama diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam musnadnya)

Dalam hadis riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Bad' Al-Khalq , Nabi SAW bersabda maksudnya: "Janganlah kalian mendekatkan solat kalian dengan waktu terbit dan tenggelamnya matahari. Sebab , ia terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula."

Kalau demikian, apakah syaitan atau jin mempunyai tanduk dalam bentuk nyata, ataukah itu hanya 
merupakan kiasan saja.?

JI         :  Itu adalah ucapan Muhammad SAW dan baginda mengatakan yang benar. Setiap jin punya tanduk. Tetapi kedua tanduk tersebut sangat kecil, bahkan bila dibandingkan dengan tubuh kami yang kecil.

MID   :  Apakah itu bererti engkau juga punya dua tanduk?

JI        :  Ya, ya...akan tetapi sangat kecil, seperti huruf "Nun"; kecil, kecil sekali, dan tidak panjang seperti gambaran manusia.

MID   : Apakan tanduk iblis kecil atau besar?

JI        :  Besar, sesuai dengan tubuhnya. Iblis sangat tua usianya, jauh lebih tua daripada manusia yang pertama. Kami adalah makhluk -makhluk yang bertubuh lemah, seperti tubuh manusia yang mengalami proses kelemahan sejalan dengan perjalanan waktu.

MID   :  Tentang warna kulit kalian?

JI        : Berbeza-beza seperti kalian. Akan tetapi biasanya kami lebih hitam daripada manusia yang berkulai hitam. Sebab kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warna mirip dengan warna kerbau kalian. Hanya sangat tebal bulunya, seperti orang yang paling tebal bulunya di antara kamu. Di antara kami ada jin-jin yang lebih tebal lagi bulunya. Juga ada yang putih dan merah. Subhanallah, banyak sekali warnanya.

Ibnu Masud r.a. berkata, " Bunuhlah semua ular, kecuali jin putih, yang bentuknya seperti tongkat perak." (Hadis Riwayat Abu Daud dalam kitab Al-Adab juz V hlm. 415)

Ular putih adalah jelmaan Jin Islam yang sangat jarang ditemukan , seakan-akan ia merupakan tongkat perak.

MID   :  Apakan kalangan jin berpakaian?

JI         :  Ya, ya... kami mengenakan pakaian yang berbeza-beza dan indah-indah. Kaum wanitanya mengenakan pakaian yang sesuai dengan kewanitaannya. Yang muslimah mengenakan tudung atau jilbab seperti kaum wanita kalian. Akan tetapi saya lebih menekankan jubah, sebab ia lebih dekan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :" Hendaklan mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka." (Surah al-Ahzab ayat  59). Kaum lelakinya mengenakan pakaian yang sesuai, lazimnya semacam kemeja. Sebahagian besar jin menyukai warna merah, kemudian kuning dan hitam.

MID   :  Bagaimana dengan lidahmu yang sekarang berkata-kata ini, apakah ia betul-betul lidah, ataukah kalian berbicara dengan cara yang tidak kami ketahui?

JI        : Tidak, tidak ini betul-betul lidah dan bukan sekadar kiasan. Akan tetapi sangat kecil, sesuai dengan kecilnya tubuh kami. Singkatnya, kami juga mempunyai organ-organ seperti kalian, segalanya, segalanya seperti kalian.

MID    :  Juga punya gigi?

JI         :  Tentu saja. Hanya saja bila dibandingkan dengan tubuh kami, ia terbilang panjang atau besar, dibandingkan dengan gigi kalian terhadap tubuh kalian.

MID    :  Walaupun begitu, kami tetap tidak boleh melihat kalian?

JI          :  Ya, wajar saja. Sebab asal kami adalah api yang bersifat gas yang ringan, sekalipun dalam keadaan-keadaan tertentu kami boleh dilihat.

MID     :  Keadaan yang bagaimana?

JI          :  Ya, ketika kami menampakkan diri dalam bentuk fizikal atau melalui sihir atau ketika seseorang minum air sihir.

MID    : Apakah yang kalian kenakan di kaki kalian? Apakah kalian berjalan dengan telanjang kaki, atau memakai kasut atau terumpah?

JI        :  Ya, ya, ada sesuatu yang kami kenakan. Tetapi berbeza di antara jin Islam dengan jin syaitan.

MID   : Apa bezanya?

JI        :  Kalau jin syaitan, menggunakan satu terumpah di kaki kiri, sedang kaki kanannya dibiarkannya telanjang.

[Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah SAW yang bersabda (maksudnya) : "Jangan salah seorang di antaramu berjalan dengan satu terumpah, sebab syaitan berjalan dengan satu terumpah pula." (Harb Al-Kirmani meriwayatkan hadis dalam kitabnya yang berjudul Al-Masa'il)

Dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa Nabi SAW melarang berjalan dengan satu terumpah, bila terumpah yang satunya lagi putus, sampai ia diperbaiki.]

MID  :  Kalau yang muslim?

JI        :  Tidak seperti itu. Alhamdulillah, akau mengenakan dua terumpah di dua kakiku.

MID   :  Di buat dari apa terumpah kamu?

JI         :  Di buat dari daun papirus.

MID    :  Daun papirus biasa, yakni daun yang digunakan sebagai alat tulis oleh para Firaun, ataukah daun papirus lain yang kalian tanam dan tidak kami lihat?

JI         :  Tidak, ya daun papirus yang itu-itu juga. Akan tetapi, biasanya sangat kecil, sesuai dengan kecilnya tubuh kami. Apalagi ia kami kenakan sedemikian rupa, sehingga ia mengikuti kekhususan-kekususan kami, sehingga tidak boleh dilihat oleh sesiapa.

Jin Wujud Dalam Alam Ghaib (Mata Manusia Tidak Boleh Melihatnya)

MID    :  Bagaimana pendapatmu tentang melihat jin, apakah manusia boleh melihatnya?

JI          :  Kabarnya, di antara kalian ada yang berpendapat bahawa barangsiapa yang mengatakan telah melihat jin, batallah syadatnya, atau ditolaklah syahadatnya...Memang begitu.Akan tetapi apa yang disampaikan Allah SWT tidaklah menafikan kemugkinan melihatnya. Yang dimaksudkan di situ adalah bahawa pada prinsipnya memang begitu.Yang demikian itu adalah sesuatu yang wajar, yang sejalan dengan karakter tubuh kami yang diciptakan oleh Allah SWT. Kami adalah dunia yang dikehendaki Allah untuk tidak boleh dilihat dari alam manusia, tidak boleh didengar dan disentuh, kecuali dalam beberapa hal yang didahului oleh ilmu-Nya.Iaitu, pemberitahuan tentang keistimewaan dunia ini, atau kemampuan khusus yang dengannya dia (jin) menjadi mudah melancarkan gangguan atau bergaul dengan manusia, tanpa manusia sendiri, pada umumnya, memiliki kemungkinan untuk melihat mereka, kecuali dalam keadaan-keadaan yang sangat khususu.

MID     :  Menurut hematmu, apa pengecualian tersebut?

JI           :  Tadi sudah saya katakan, yakni ketika kami menampakkan diri dalam bentuk yang memang boleh dilihat, atau dalam keadaan sihir, atau minum air sihir, atau melalui kemahuan jin itu sendiri untuk memperlihatkan diri, dan keadaan-keadaan tertentu yang di situ terpenuhi segala syarat untuk boleh melihat kami.

MID     :  Apakah ada larangan terhadapmu untuk menjelaskan secara rinci akan keadaan tersebut, kemudian memberi sedikit keterangan yang boleh membuat orang-orang berakal menjadi faham, dan orang-orang yang bodoh menjadi tahu?

JI          :  Tidak , tidak ada larangan apa pun...Sesungguhnya Allah SWT telah menganugerahkan kepada kami suatu kemampuan untuk mengubah diri dalam berbagai bentuk. Cuba baca surah al-Anfal ayat 48.

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka, seraya mengatakan, "Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu'. Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling melihat, syaitan itu berbalik ke belakang seraya berkata,'Sesunggunnya aku berlepas diri dari kamu, sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihatnya. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras seksa-Nya." (Surah al-Anfal ayat 48)

Cuba ambilkan tafsirmu yang menjelaskan ayat tersebut!

MID     :  Ini tafsir Ibn Katsir, dan yang itu Tafsir Al-Qurtubi.

JI           : Bacalah tafsir ayat itu!

MID     : Saya membaca tafsir Al-Qurtubi : Di riwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju'syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut bila Bani Bakr mengejar mereka. Sebab, mereka telah membunuh salah seorang warga Bani Bakr. Ketika dia telah menampakkan diri kepada mereka, dia lalu menyampaikan khabar yang dia katakan berasal dari Tuhan.

Adh-Dhahhak mengatakan, "Pada perang Badar, datang Iblis dan pengikut-pengikutnya kepada mereka (kaum musyrikin) lalu membisikkan ke dalam hati mereka bahawa mereka tidak akan dikalahkan, sebab mereka berperang membela agama nenek moyang mereka."

Ibn Abbas mengatakan, "Allah SWT membantu Nabi-Nya, Muhammad SAW dan kaum mukminin dengan seribu malaikat yang mendampingi pasukan baginda di kiri dan kanan. Di sebutkan pula bahawa Jibril dan pasukannya itu merupakan satu platun yang menghadang di salah satu hujaung jalan, sedang Mikail dengan lima ratus malaikat yang dipimpinnya mendampingi pasukan tersebut. Kemudian muncul Iblis ditengah-tengan pasukan syaitan, dengan membawa bendera. Dia menampakkan diri dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan syaitan dalam rupa Suraqah bin Malik bin Ju'syam.

Syaitan berkata kepada kaum musyrikin, "Hari ini tidak akan ada yang mengalahkan kalian, sebab aku mendampingi kalian." Ketika pasukan tersebut berbaris, Abu Jahal berkata, "Tuhan, tolonglah kami dalam membela kebenaran, dan bantulah dia."

Di pihak yang lain Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya dan berdoa :" Tuhanku, sesungguhnya jika Engkau hancurkan pasukan ini, maka Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini untuk selama-lamanya."

Mendengar itu Jibril berkata,"Ambillah segenggam debu"

Maka Rasulullah pun meraup segenggam tanah, lalu dihamburkannya ke arah kaum musyrikin, sehingga tidak ada seorang pun di antara mereka yang mata, kerongkong dan mulutnya tidak terkena serangan debu. Akibatnya mereka lari tunggang-langgang.

Kemudian Jibril menemui Iblis. Ketika Jibril melihatnya, maka saat itu tangan Iblis sedang menganding salah seorang di antara kaum musyrikin. Kemudian dia melepaskan tangannya dan lari bersama pengikut-pengikutnya. Lelaki yang diganding tangannya itu berteriak kepadanya (Iblis) ,"Wahai Suraqah, bukankah engkau telah menyatakan untuk membantu kami?"

Iblis menjawab, " Aku berlepas tangan dari kalian. Sesungguhnya aku melihat apa yang  tidak kamu lihat." 

(Hadis Riwayat Baihaqi dan perawi-perawi yang lain)

JI     :  Ini merupakan bukti bahawa Iblis, yang termasuk kategori jin, itu boleh menampakkan diri dalam bentuk seorang lelaki yang memungkinkan dia boleh dilihat dan diajak berbicara. Bahkan dia mengganding tangan manusia, dan mengikat perjanjian bersama mereka. 

Dalam sahih Muslim disebutkan adanya jin yang menampakkan diri dalam bentuk ular, dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut.  Seandainya pemuda itu menikam ular tersebut ditempat yang mematikan (sampai mati), nescaya dia tidak dapat terkena musibah seperti itu. Sayangnya dia menangguhkannya. Ini merupakan peringatan dan pelajaran. Tetapi, bagaimanapun juga, hadis Nabi Muhammad SAW ini merupakan bukti tentang kemampuan jin menampakkan diri dalam berbagai rupa.

Melihat Jin Melalui Sihir Atau Dengan Meminum Air Sihir.
JI       : Dalam keadaan sihir atau minum air sihir, manusia boleh melihat jin dalam rupanya yang biasa dalam kehidupan mereka hari-hari.

MID  :  Bagaimana boleh begitu?

JI       :  Akan saya jelaskan. Tetapi hendaknya engkau selalu ingat akan ucapan Nabi SAW yang mengatakan, : "Barangsiapa melakukan sihir dia telah kafir."

MID  :  Memang benar. Sungguh benar Rasulullah SAW.

JI       :  Ada orang menjual dirinya kepada syaitan, lalu berusaha menguasai orang lain, menghancurkan kehidupannya atau menguasai dan mengendalikan keadaan. Misalnya dengan membuat rugi perniagaan, memikat isterinya, atau membuat gelisah fikirannya sehingga dia tidak boleh tenang dan tidak pula boleh tidur. Di antara mereka ada yang berlaku demikian jahat dengan meminum air yang sudah diberi mantera dengan mentera-mentera syaitan kepada korbannya. Ketika air itu telah memasuki tubuh korban, maka ia membentuk semacam "pusat" besi -berani yang menarik syaitan-syaitan masuk ke dalam tubuhnya. Kalau sudah begitu, maka si korban seakan-akan lubang tanpa penjaga yang boleh dimasuki syaitan bila saja dia mahu.

MID   :  Rupanya, boleh masuk, bagaimana caranya?

JI        : Air tersebut sagat aneh.Ia boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan undangan untuk kenduri.

MID   :  Aku mengerti, tetapi yang ku maksudkan adalah, dari organ tubuh yang mana dia masuk?

JI        :  Biasanya dari dubur. Sebahagian dari mulut, khususnya bila orangnya kurang memperhatikan kebersihannya dengan menggosok gigi dan lain-lain. Kemugkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya lebih menyukai tempat-tempat berbau tidak sedap. Kerana itu, biasanya masuk melalui lubang dubur.

MID   :  Lalu, bagaimana dalam keadaan itu manusia dapat melihat jin?

JI        :  Boleh dilakukan melalui pengaruh air sihir, yang memberikan kemampuan kepada mata manusia di atas kemampuannya yang biasa, sehingga dapat melihat kami. Pengaruh air sihir terhadap mata atau indera orang yang tersihir demikian hebat, dan pada darjah yang sulit kalian bayangkan. Gangguan yang demikian hebat pada susunan fizikal orang yang tersihir inilah yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk melihat, mendengar dan memudahkan kami untuk mempengaruhinya.

MID   :  Boleh kau jelaskan lebih jauh?

JI        :  Saya berikan suatu contoh.Kalau engkau memegang seketul batu, lalu melemparkan sekuat-kuatnya, maka batu itu ketika melayang, lenyap dari pandanganmu. Kemudian kecepatannya sedikit melambat kerana adanya suatu daya tarik. Akhirnya goncangannya semakin lambat sehingga engkau dapat melihatnya kembali.Kau tahu bahawa Allah SWT telah menjadikan seluruh makhluk-Nya, baik manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, binatang dan benda-benda mati, terdiri dari atom yang selalu bergerak.Akan tetapi kekuatan gerakannya berbeza satu sama lain.

MID   :  Ya, memang benar, bila yang engkau maksudkan adalah bahawa Allah menciptakan jasad kalian dari atom-atom yang bergerak dengan cepat, sedangkan kami diciptakan dengan atom-atom yang sedikit lebih lambat. Kemudia sihir itu memberikan kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan yang biasa kepada atom-atom yang ada pada tubuh manusia tersebut. Dengan demikian, maka indera orang yang tersihir itu dapat melihat kalian sebagimana wujud kalian yang sebenarnya.

JI        :  Sungguh Allah telah memberikanmu ilmu yang banyak. Memang betullah seperti itu.

MID  :  Barangkali engkau juga memaksudkan bahawa kalian tidak boleh dilihat , didengar dan disentuh, kerana eter kalian bergerak sangat cepat.

JI       : Ya. Bahkan kecepatan kami mengatasi kecepatan cahaya menurut perhitungan kalian (186,000 batu sesaat), yang dengan itu kalian membuat perhitungan-perhitungan. Misalnya, sebuah batu yang dilemparkan demikian kuat yang menjadi tidak terlihat, atau peluru yang ditembakkan dari senapang, yang tidak boleh kalian lihat kerana kecepatannya yang melebihi kecepatan gerak atom dalam struktur dirinya. Jadi, kalian tidak boleh melihat kami kecuali bila kalian diberi kekuatan seperti yang diberikan oleh air sihir.

MID    :  Apakah setiap orang yang tersihir atau yang minum air sihir boleh seperti itu?

JI         : Tidak, tetapi hanya mereka yang diminumkan air sihir yang disertai kekuatan syaitan, dalam erti bahawa dia akan berubah bentuk menjadi syaitan lelaki atau syaitan perempuan, atau lebih dari itu. Ketika syaitan sudah keluar dari tubuh orang yang dirasukinya, lalu dia kembali sedar, maka dia boleh melihat syaitan atau sejumlah syaitan di depan matanya.

MID   :  Kalau sihir itu tidak disertai dengan penguasaan syaitan atas diri manusia, bagaimana?

JI        :  Orang yang tersihir tidak akan boleh melihat syaitan. Akan tetapi bila sihir itu berlaku terhadapnya, maka keadaan dirinya berubah menjadi tidak normal. Dia tidak akan boleh kembali kepada keadaan asalnya, kecuali jika Allah memberikan pertolongan-Nya dengan menghancurkan pengaruh sihir tadi.

(Di petik daripada Buku "Dialog Dengan Jin Islam" tulisan Muhammad Isa Daud)

Kekejaman Zionis Dan Rejim Bashah Assad Laknatullah Akan Mendapat Balasan Daripada Allah SWT

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Zionis laknatullah mengganas lagi. Dalam beberapa hari sahaja jet pejuang dan peluru pepandu Zionis telah meragut nyawa ratusan para syuhada Palestin. Dan ribuan orang tua, wanita dan anak-anak kecil cedera disebabkan pengeboman bertalu-talu tiada peri kemanusiaan oleh musuh Allah Zionis  laknatullah. Bangunan-bangunan tempat kediaman hancur berkecai hasil daripada ledakan bom-bom buatan Amerika yang dibekalkan secara percuma kepada anak emas Amerika ini.

Presiden Amerika Babrak Obama yang baru memenangi calun Presiden untuk penggal kedua diam membisu tidak berkata apa-apa. Seolah-olah apa yang dilakukan oleh sekutu kuatnya Zionis laknatullah ini adalah mendapat restunya. Inilah sifat pemimpin hipokrit dan bermuka-muka kononnya mereka memperjuangkan hak asasi manusia.! 
 
Pada asalnya Palestin adalah hak umat Islam yang telah diceroboh dan oleh Zionis laknatullah hinggakan rakyat Palestin dihalau daripada negara asal mereka dan merempat di seluruh dunia , hanya sebahagian kecil sahaja bumi Palestin masih di diami oleh rakyat Palestin.

Namun siapa berani, sanggup dan berkuasa? Malah sekarang berlaku sebaliknya, umat Islam yang tidak ada dalam peta dunia. Zionis  laknatullah tidak takut kepada umat Islam dunia kini yang masih mendepani keduniaan daripada kehidupan akhirat. Mereka tidak takut selagi umat Islam mengamal dan memakan riba; bergembira pada malam tahun baru atau tidak peduli halal makanan yang di lahap. Zionis  laknatullah akan gerun jika umat Islam benar-benar melaksanakan ajaran Islam.

Perdana Menteri pertama Israel, Golda Mier, pernah berkata bahawa dia tidak takut menentang bangsa Arab secara keseluruhannya selagi mereka tidak solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat. Keyakinan ini diucapkan Perdana Menteri perempuan itu ketika Arab dan Israel berada dalam kancah peperangan.

Kelompok pelampau agama Yahudi pun mempercayai kehancuran bangsa mereka akan berada di tangan umat Islam.

Kepercayaan mereka berdasarkan keimanan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW. Mereka percaya Muhammad adalah seorang nabi, tapi tidak mahu mengikutinya.

Oleh itu, mereka percaya seperti diberitakan dalam beberapa hadis berkaitan akhir zaman, Bangsa Yahudi laknatullah akan dikalahkan oleh umat Islam sehingga batu pun berkata kepada tentera Islam: "Wahai pejuang Islam! Di sebalik aku ada orang Yahudi maka bunuhlah." Antara hadis itu adalah yang bermaksud: "Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu daripada pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)." (Hadir riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepercayaan bangsa Yahudi laknatullah termasuk umat Kristian terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW dan terhadap apa yang dibawa baginda termaktub dalam sebuah ayat al-Quran yang maksudnya: "Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) seperti mereka mengenali anak mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan demikian." (Surah al-Baqarah ayat 146)


Sahabat yang dimuliakan,
Bangsa yang paling kejam di dunia dan tidak apa perasaan peri kemanusiaan adalah Zionis atauYahudi laknatullah. Bagi mereka darah umat Islam adalah halal dibunuh dan tentera mereka yang berjaya membunuh umat Islam terutama pemimpin Islam akan mendapat pujian dan kenaikan pangkat.

Bangsa Yahudi beranggapan bahawa tapak Masjidil Aqsa adalah tapak kuil mereka dahulu semasa kerajaan Nabi Sulaiman a.s. itu sebabnya mereka bersungguh-sungguh untuk menguasai Masjid al-Aqsa iaitu tempat kiblat pertama umat Islam. Dakwaan ini adalah palsu kerana Masjid al-Aqsa telah wujud dizaman Nabi Ibrahim a.s. bukan seperti yang mereka dakwakan.

Mengapa mereka (Yahudi dan Kristian) mengetahui sifat Nabi Muhammad dan kebenaran Islam yang dibawa Baginda.? Kerana al-Quran ada menceritakannya


Firman Allah SWT maksudnya : "Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad) Nabi Ummi yang mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara baik dan dia melarang daripada melakukan perkara keji; dia menghalalkan bagi mereka segala benda baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda buruk; dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya." (Surah al-A'raf ayat  157)

Bangsa Yahudi dan umat Kristian mengimani Nabi Muhammad SAW dan mempercayai kebenaran Islam, tetapi mereka tidak mahu menjadi pengikutnya. Jika bangsa Yahudi menang dalam perang menentang Arab, maka barang rampasan perang itu tidak lagi mereka bakar seperti diajarkan Taurat tetapi mereka memanfaatkannya seperti yang diajarkan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Ini satu contoh pentafsiran ayat di atas khasnya perkataan "dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka." Mereka percaya tetapi tidak ikut.

Sebaliknya, umat Islam harus menjadi kuat dan tinggi martabatnya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya: "Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan jangan kamu berduka cita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman." 

 (Surah Ali 'Imran ayat 139)

Syarat kekuatan dan kemenangan dalam ayat ini ialah beriman. Inilah yang membezakan umat Islam dan ahli kitab. Mereka mempercayai kebenaran Islam, tetapi tidak mengikutinya. Sebaliknya, kita umat Islam yakin akan kebenaran al-Quran tetapi tidak menghayatinya sebagai satu kehidupan.


Sahabat yang dikasihi,

Umat Islam perlu bersatu menentang penjajahan Zionis laknatullah, korbankanlah apa sahaja samaada harta, wang ringgit, tenaga dan masa untuk saudara-saudara kita yang dizalimi di Palestin. Hantarkanlah doa kalian semua setiap hari selepas solat demi kebaikan dan kesejahteraan saudara-saudara kita disana. Bacalah qunut nazilah diwaktu solat subuh sebagai satu doa untuk keselamatan saudara-saudara kita di Palestin dan Syria, semoga Allah SWT hancurkan musuh-musuh Islam yang zalim yang sedang meratah darah saudara-saudara kita di sana.

Sebagai tanda protes boikot semua barang-barang pengeluaran syarikat yang memberi sumbangan dana kepada Zionis lanaktullah , jangan beli lagi rokok-rokok yang kalian hisab kerana sebahagian besar kilang-kilang rokok adalah dimiliki oleh Yahudi dan Amerika dan sumbangan yang mereka berikan kepada Zionis  laknatullah untuk negara haram Yahudi secara berterusan. Ingatlah setiap sen keuntungan yang kalian sumbangkan (secara tidak langsung) akan dibeli peluru oleh mereka untuk membunuh saudara-saudara kita yang tidak berdosa.


Doa Qunut Nazilah :

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, perbaikilah keadaan mereka.

Tolonglah kaum muslimin untuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka.

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu.

Ya Allah cerai-beraikan kesatuan  mereka. Hancur leburkan kekuatan mereka.

Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa..

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"
"Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin yang dibunuh oleh Zionis laknatullah dan sekutu-sekutu mereka.

Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Syria yang dibunuh oleh Rejim Bashar Assad laknatullah dan sekutu-kutu mereka Iran dan Hasbullah Syiah laknatullah."
Berikanlah kejayaan kepada pejuang-pejuang Islam yang telah mengorbankan harta dan jiwa raga mereka demi mempertahankan agama-Mu.
Terimalah sedikit sumbangan yang kami hulurkan kepada saudara-saudara kami disana sebagai amal soleh yang Kau redhai dan masukkanlah kami semua sebagai para syuhada -Mu walau pun kami tidak berada bersama saudara-saudara kami disana."
Amin Yarabbal alamin.









Friday, November 16, 2012

Jagalah Lidah Kalian Supaya Terselamat Daripada Kemurkaan Allah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.

Abu Hurairah berkata : Rasulullah SAW ditanya mengenai hal apakah yang paling menyebabkan banyak orang masuk syurga. Rasulullah menjawab : "Takwa dan akhlak yang baik." Kemudian Rasulullah ditanya mengenai apakah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka. Rasulullah SAW menjawab : "Dua lubang iaitu lubang mulut dan kemaluan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, Islam menganjurkan bagi manusia untuk berdiam daripada mengucap perkataan sia-sia.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai jalan selamat, ajaran Islam sejak mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menutur percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah lebih utama bagi seseorang itu untuk diam sahaja. Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh ajaran Islam.

Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk.

Sabdanya yang bermaksud : “Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan. Sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.” Di dalam percakapan terdapat bencana dan di dalam diam terdapat kebahagiaan kerana itulah keutamaan diam amat besar."

Firman Allah yang bermaksud : “Tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Surah Qaaf, ayat 18)

Antara bahaya lidah adalah berkata tentang sesuatu yang tidak penting kerana ia mensia-siakan waktu dan menyebabkan dirinya dihitung. Modal seorang manusia adalah waktu-waktunya. Apabila ia menggunakan untuk sesuatu yang tidak penting dan bernilai, nescaya ia telah mensia-siakan modal pokoknya. Kerana itulah

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “ Termasuk dalam kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak penting baginya.” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.

Sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang buruk budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Di dunai ini terdapat tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :"Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia! kerana ia akan mengajarkan ilmu-hikmah.’ (Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Khallad.)

Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafik pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.

Sahabat ya ng dimuliakan,
Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.

Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.

Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."

Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.

Tanda seseorang cenderung untuk memasuki neraka apabila hidupnya di dunia cukup suka buat fitnah, laman-laman sosialnya dipenuhi gosip dan berita fitnah,  maki hamun, menyebarkan vedio /gambar-gambar lucah, menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa empat orang saksi, cepat membuat tafsiran seseorang itu sesat tanpa usul periksa. Perlu diingat apabila seseorang salah membuat tafsiran sesuatu ucapan tanpa dirujuk kepada ucapan sebenar apa yang dimaksudkan oleh seseorang maka ketika itu dia telah jatuh buat fitnah dan akan mendapat dosa besar.

Sebenarnya Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi kita umat Islam sebagai seorang muslim yang bertakwa menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah Al-Hujraat: ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan (Nauzubillah), banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu (Astagfirullah). Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan atau parti tertentu. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: ":Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Salah satu sebab seseorang akan menjadi muflis di hari akhirat adalah kerana  lidah yang tidak dikawal suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, mendedahkan aib orang lain dan suka berdusta dan menjadi saksi palsu.

Wallahu a'lam






Thursday, November 15, 2012

Pemilihan Pemimpin Yang Bertakwa Adalah Salah Satu Tuntutan Hijrah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hijrah Rasulullah SAW daripada Mekah ke Madinah adalah kerana baginda Nabi SAW ini membina atau mencari satu tempat dakwah yang subur yang akan dapat menegakkan Islam sebagai Daulah Islamiah.

Terbukti pilihan Nabi SAW berdasarkan wahyu Allah SWT bahawa kota Madinah adalah tempat yang subur dan strategik untuk merealisaskan Islam dan melaksanakan hukum-hukum Allah SWT yang telah ditanzilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititikberatkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertakwa kepada Allah SWT dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

Hijrah pada zaman Nabi SAW bukanlah semudah yang disangka. Ia berlaku akibat ancaman daripada kaum Musyrikin yang menentang dakwah Islamiah Nabi dan juga mengancam nyawa orang yang mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa hijrah juga memberi gambaran kepada umat Islam bahawa bumi Allah tidak sempit untuk mereka hidup dengan baik dan mengecapi apa yang telah disediakan oleh Allah untuk mereka yang beriman. Ini jelas tertera dalam surah az-Zumar, ayat 10 yang bermaksud:

“(Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini, akan membawa kegagalan kepada umat Islam sendiri.

Tarikh ini menjadi sebahagian daripada hari memperingati di dalam kalendar Islam kerana ia merupakan titik tolak kepada era pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Rasulullah SAW  ke seluruh pelosok dunia. Hasilnya sehingga ke hari ini Islam menjadi salah satu agama terbesar dunia dengan jumlah seramai lebih 1.3 bilion atau satu per lima daripada penduduk dunia.

Perjalanan yang menempuh pelbagai cabaran ini bukanlah semata-mata kerana takutkan ancaman dan asakan daripada kaum kafir Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad  SAW  sendiri untuk melalukan keberkesanan dakwahnya dan juga menjadi sebahagian ujian bagi umat Islam. Ia tidak akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh berhati-hati. Ia juga tidak akan berjaya tanpa sifat pengorbanan untuk keluar dari tanah air sendiri semata-mata untuk penyebaran dakwah Islam.

Jelas betapa hebatnya hijrah tersebut yang bukan hanya berfokuskan semata-mata menyampaikan dakwah tetapi Nabi SAW  berjaya mendirikan daulah (negara) Islam Madinah yang lengkap melalui pakatan murni yang dimeterai dalam Perlembagaan Madinah. Ahli sejarah menganggap ia adalah satu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

Daripada hanya sebuah agama kecil akhirnya berkembang menjadi agama terbesar dunia. Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi majoriti yang perkasa dalam pelbagai bidang. Daripada umat yang lemah dan dihina beranjak kepada umat terbilang yang penuh penciptaan ketamadunan. Daripada bangsa yang jahil dan zalim menjadi bangsa berilmu dan beradab. Itulah hasil perubahan yang tercetus hanya kerana hijrah.

Strategi dan pelan tindakan hijrah berkait rapat dengan bukti yang menunjukkan betapa lemahnya usaha manusia untuk menghancurkan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan dalil daripada firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau – mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” (Surah Al-Anfaal:30)

Ayat tersebut antara lain menjadi kata perangsang kepada Nabi SAW dan umat Islam agar tidak takut dengan ancaman orang kafir kerana Allah s.w.t. mengatasi segala perlakuan mereka. Namun begitu asas pertolongan Allah bukan diberikan dengan percuma, tanpa usaha dan ikhtiar yang bijak tetapi disertai dengan tahap keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT. yang cukup hebat.

Sahabat yang dimuliakan,
Hijrah  bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Ia berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud:"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka dalam keadaan rasuah dan jenayahnya yang sangat parah. Ia telah merosakkan negara dan rakyat sehingga menjadikan negara dan rakyatnya mundur. Begitu juga dengan agihan ekonomi yang berlaku secara tidak adil. Yang kaya di kalangan kroni terus menerus menjadi kaya dan yang miskin terus miskin walaupun keras berusaha. Perkara ini tidak tepat dengan kehendak Islam.

Kita semua sedang berada diambang Pilihanraya Umum Ke 13. Bila-bila masa sahaja apabila Parlimen dibubarkan maka setiap rakyat Malaysia yang layak mengundi dan telah berdaftar akan menjalankan tanggungjawab untuk memilih pemimpin samaada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu mengambil semangat hijrah, perlu untuk kita berubah dengan meletakkan kepimpinan negara kepada manusia yang amanah yang bukan sahaja mampu membangunkan negara, tetapi amanah dalam pemerintahan dan adil layanannya kepada rakyat.

Pemimpin yang dirahmati Allah SWT adalah pemimpin yang sentiasa mendatangkan pertolongan, rahmat dan keberkahan-Nya. Tapi pemimpin yang jauh dari rahmat Allah SWT adalah pemimpin yang tidak adil, tidak mengambil peraturan dan undang-undang Allah SWT, maka kepemimpinannya itu akan mendatangkan kesulitan, azab yang berujung kepada kemusnahan dan kehancuran, oleh kerana itu sangat penting kita mengetahui kriteria pemimpin yang dirahmati Allah SWT.

Terdapat enam kriteria pemimpin yang dirahmati Allah:

Pertama : Pemimpin yang menyedari kesalahannya dan mahu memperbaikinya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dia berkata: 'Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat'.". (Surah an-Naml ayat 46)

Kedua : Pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat’’.(Surah Ali-Imran ayat 132).

Ketiga : Pemimpin yang membawa keredaan, keselamatan, cahaya dan jalan yang lurus.

Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus’’.(Surah al-Maaidah ayat 16)

Keempat : Pemimpin yang berbuat baik.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah Amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik’’. (Surah al-’Araf ayat 56)

Kelima : Pemimpin yang menunaikan solat, zakat, dan mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat’’. (Surah an-Nur ayat 56)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : ‘‘Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana’’. (Surah at-Taubah ayat 71)

Mendirikan solat merupakan gambaran dari hubungan yang baik dengan Allah SWT, sedangkan menunaikan zakat merupakan gambaran dari keharmonian hubungan dengan sesama manusia. Makruf adalah suatu istilah yang berkaitan dengan segala sesuatu yang dianggap baik oleh agama, akal dan budaya, dan sebaliknya  mungkar pula adalah perbuatan yang berlawanan dengan makruf. Dari gabungan itu semua, seseorang yang diberi kedudukan oleh Allah SWT untuk memerentah satu negara, ia berkewajiban untuk melahirkan suatu masyarakat yang hubungannya dengan Allah baik, kehidupan masyarakatnya harmoni dan agama, akal dan budayanya terpelihara.

Keenam : Pemimpin yang mampu mengatasi konflik dan perselisihan di dalam masyarakat.

Firman Allah SWT maksudnya : ‘‘Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat’’.(Surah al-Hujurat ayat 10)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu kita perlulah berhijrah dalam ertikata sebenarnya iaitu berhijrah peribadi kita kepada amalan yang lebih baik dan "hijrahkan" kepimpinan negara dengan memilih pemimpin yang beriman dan bertakwa dan pemimpin yang cenderung kepada kebaikan dengan berhati-hati ketika mengundi dalam pilihanraya.

Perkembangan di timur tengah adalah satu perkembangan positif bertukarnya satu demi satu pemimpin negara Islam yang zalim dan menindas rakyatnya kepada pemimpin Islam yang jujur dan amanah.

Yakinlah Allah SWT akan gilirkan para pemimpin dunia yang telah lama memerentah kepada kepimpinan baru yang lebih telus, amanah dan mesra rakyat. Perkara ini amat mudah bagi Allah SWT kerana segala kekuasaan dan kejayaan sesuatu golongan untuk mentadbir negara adalah ditangan Allah SWT.

Allah SWT memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. Pada tanganNya kerajaan dan kekuasaan hakiki. .

Di samping itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan terkeluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku di masa ini.

Allah SWT  berfirman melalui surah Ar-Ra’ad, ayat 11 yang bermaksud:

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”