Saturday, July 18, 2009

Sirah Sahabat : Juwaibar Munajat di Malam Pertama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Begitu jauh Juwaibar merenung kehadapan.Meskipun dia termasuk dikalangan sahabat-sahabat yang baru memelik Islam, jiwanya sungguh bahagia dapat membantu perjuangan Rasulullah s.a.w menyebarkan Islam . Kehidupannya dibangsal As-Suffah yang menempatkan saudara baru yang memeluk Islam tidak sedikitpun merasa susah.

Cuma dia merasa terharu apabila Rasulullah SAW mencadangkan sesuatu yang tidak diduganya. Rasulullah SAW  berkata kepada Juwaibar, : “Wahai saudaraku yang setia, aku fikir sekiranya engkau berumah tangga, insya Allah masa depanmu akan bertambah baik dengan adanya isteri yang menguruskan keperluanmu.”

Alangkah terkejutnya Juwaibar mendengar kata-kata Rasulullah SAW. Dia sedar akan wajahnya yang hodoh, bertubuh pendek serta berkulit hitam.

“Wahai Rasulullah, siapalah yang sudi berkahwin dengan saya. Wajah saya hodoh serta bukan daripada keluarga yang terhormat. Saya juga tidak punya wang untuk dijadikan hantaran,” begitu sayu jawapan Juwaibar pemuda Bani Yamamah.

Rasulullah SAW tersenyum simpul dan dengan tenang memujuk Juwaibar, “Wahai Juwaibar, dengan Islam Allah SWT  mengangkat martabat kaum yang tertindas menjadi orang yang mulia. Semua manusia sama nilainya di sisi Allah SWT. Putih mahupun hitam, Quraisy mahupun Ajam semuanya anak cucu Adam a.s. Di sisi Allah SWT. yang paling mulia adalah orang yang paling bertakwa. Demi Allah dengan ketakwaan dan keikhlasan engkau termasuk seorang daripada sahabatku yang terhormat.”

Kelu lidah Juwaibar. Menitis air matanya mendengar kata-kata penghargaan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w terus menyambung lagi, “Ketua kabilah Bayadlah bernama Ziyad bin Labid terkenal dengan kuat beribadah dan keluarganya pula daripada kalangan yang terhormat. Pergilah bertemu Ziyad dan katakan aku meminta dia mengawinkan anak perempuannya yang bernama Zulfar denganmu.” Tergamam Juwaibar. Meskipun hatinya berbunga gembira dengan pujukan Rasulullah s.a.w, namun dia khuatir akan penerimaan Ziyad.

“Ya Allah berilah petunjuk kepadaku. Apa yang harus kulakukan. Apakah Ziyad akan memerima lamaran yang Rasulullah cadangkan? Aku tidak sanggup mengingkari perintah Rasulullah.? Juwaibar terus merintih sambil mengumpul kekuatan untuk melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w. Akhirnya digagahi juga langkahnya menuju kerumah Ziyad bin Labid.

Hatinya merasakan bahawa tentunya Ziyad akan menolak lamaran itu disebabkan jurang perbedzaan antara Juwaibar dan Zulfar. Kemiskinan hidupnya tidak pernah mendorong Juwaibar memikirkan untuk hidup berumah tangga. Dia sudah cukup bahagia dengan sentiasa bersungguh-sungguh mentaati perintah Allah s.w.t. serta gigih membantu seruan Rasulullah s.a.w. Keseronokan bagi Juwaibar dirasai apabila sepenuh masanya diisi dengan beribadah kepada Allah s.w.t.

Langkah kaki Juwaibar terasa amat longlai bilamana terpandang kelibat Ziyad duduk berbual bersama kabilahnya. Ditabahkan juga hatinya demi ketaatan kepada Rasulullah s.a.w. Dengan tenang Juwaibar menyampaikan salam Rasulullah SAW. “Wahai Ziyad yang dimuliakan Allah, saya diminta oleh Rasulullah SAW untuk menyampaikan pesanan baginda kepada tuan. Bolehkah saya sampaikan ditempat yang lebih tertutup?”

“Katakanlah sahaja di sini, dihadapan kabilah saya.” Sahut Ziyad tanpa teragak-agak.
“Bukankah di antara kita tidak ada rahsia yang patut disembunyikan. Bagi saya menerima pesanan daripada Rasulullah SAW merupakan satu penghormatan daripada baginda.” Begitu bersinar-sinar wajah Ziyad bin Labid.

Semua mata tertumpu kearah Juwaibar. Terasa payah Juwaibar menyusun sebaik-baik perkataan untuk menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w. Dengan suara yang tersekat-sekat Juwaibar berkata, “Rasulullah meminta agar mengahwinkan Zulfar,…putrimu dengan saya…”

“Apakah hanya untuk urusan itu Rasulullah s.a.w mengutusmu? “ tanya Ziyad terkejut. Dia tidak tergamak untuk mengahwinkan Zulfar yang cantik jelita dengan pemuda bernama Juwaibar. Dia berharap semuga anaknya hidup bahagia. Ziyad mengerutkan keningnya lalu menjawab, “Aku tidak akan mengahwinkan Zulfar kecuali dengan pasangan yang sekufu dengannya. Biar aku pastikan dahulu kebenaran kata-katamu daripada mulut Rasulullah s.a.w.”

Alangkah malunya Juwaibar. Dengan perasaan bercampur baur ditinggalkannya Ziyad serta kabilahnya yang masih terkebil-kebil. Meskipan hatinya luka, dia terus memujuk dirinya dengan keyakinan yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
“Demi Allah, al-Quran diturunkan Allah sebagai petunjuk dan Muhammad diangkat menjadi Rasul bukan untuk orang yang rendah pendiriaannya…”

Juwaibar tidak menyedari Zulfar terdengar rungutannya. Putri Ziyad yang cantik lagi bertakwa itu bergegas menghampiri ayahnya lantas bertanya, “Apakah yang ayah perkatakan kepada Juwaibar sehingga mengecewakannya?”

“Dia mengaku diutus Rasulullah menyuruh ayah mengahwinkanmu dengannya.”Jawab Ziyad dengan nada yang lemah.

“Ayah tidak boleh bersangka buruk terhadapnya. Mustahil Juwaibar berani berbohong atas nama Rasulullah. Panggillah dia semula,”rayu Zulfar dengan penuh yakin.

Akhirnya Ziyad mengalah. Dia menyuruh seorang sahabatnya memanggil semula Juwaibar. Kalau diikutkan hati, malas rasanya Juwaibar berpatah balik. Tetapi kerana menghormati Ziyad, diturutinya juga permintaan itu.Setibanya Juwaibar, Ziyad berkata, “Tunggulah sebentar aku ingin menemui Rasulullah. Tunggu hingga aku pulang semula.”

Setelah sampai dihadapan Rasulullah SAW  Ziyad lantas bertanya, “Ya Rasulullah benarkah engkau memerentahkan Juwaibar untuk bertemuku? Benarkah engkau menyuruhku mengahwinkan Zulfar dengan Juwaibar, sedangkan Zulfar ingin ku kawinkan dengan pemuda yang sekufu dengannya?”

Rasulullah SAW. merenung Ziyad dengan pandangan tajam lalu berkata, “Ketahuilah wahai Ziyad, Juwaibar adalah seorang yang bertakwa. Setiap pemuda yang bertakwa sedarjat dengan gadis yang bertakwa. Sudah tentunya mereka sekufu. Tetapi barangkali engkau merasa darjatmu lebih rendah kerana iman Juwaibar lebih tinggi di sisi Allah.”

Ziyad tidak mampu menyangkal penjelasan Rasulullah SAW. Dia termenung memikirkan apa yang diperkatakan Rasulullah SAW. Terlalu buruk pandangannya terhadap Juwaibar. Sedangkan anak gadisnya yang berwajah jelita lebih meyakini keutamaan takwa. Akhirnya Ziyad bersetuju menerima lamaran Juwaibar.

Hari bahagia yang dinanti-nantikan pun tiba. Persiapan dipihak keluarga Zulfar sungguh meriah. Seluruh kabilah Bayadlah bergotong-royong membina rumah besar untuk pasangan pengantin. Berbagai-bagai bentuk kemewahan disediakan. Segalanya bagaikan mimpi buat Juwaibar. Harta kekayaan serta isteri jelita umpama syurga yang dihamparkan. Hati siapa yang tak seronok dengan keadaan yang demikian.

Manakala dipihak Zulfar, kegembiraannya bukan pada harta serta kemewahan. Zulfar merasa bahagia dengan beroleh suami yang bertakwa. Keindahan cahaya takwa dalam diri Juwaibar menawan pandangan mata serta menambat kecintaan hati Zulfar. Apalah ertinya wajah tampan seandainya jiwa ketandusan iman. Keimanan dan ketakwaan dapat menjamin jiwa sentiasa damai dan gembira. Itulah puncak kebahagiaan.

Namun sesuatu yang aneh berlaku dalam rumahtangga yang baru didirikan oleh Juwaibar. Setelah beberapa hari dinikahkan, Juwaibar tidak menghiraukan isterinya Zulfar. Setiap malam dia asyek membaca Al-Qur’an dan solat sunat sehingga ke subuh. Begitulah perlakuannya sehingga merunsingkan Zulfar. Perkhabaran hal Juwaibar itu akhirnya sampai juga kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah SAW. memanggil Juwaibar dan bertanya kepadanya, “Apakah engkau tidak sukakan perempuan?”

“Bukan begitu ya Rasulullah. Tetapi tidak layakkah saya bersyukur kepada Allah? Saya seorang pemuda miskin, hitam, lagi hodoh. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah mengurniakan saya seorang isteri jelita di samping harta yang banyak dan rumah yang besar. Izinkanlah saya menyatakan rasa syukur saya sekurang-kuramgnya selama tiga malam berturut-turut. Sesudah itu akan saya laksanakan tanggung jawab sepatutnya.” Juwaibar merayu kepada Rasulillah SAW.

Rasulullah SAW. sungguh terharu mendengar penjelasan sahabatnya Juwaibar. Mendalam sungguh ketakwaan Juwaibar hinggakan sepenuh keseronokannya diabdikan dalam munajat kehadrat Allah SWT.Cinta kasih Ilahi telah memenuhi segenap hati Juwaibar bertepatan dengan maksud firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 152 :“Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.”

Sahabat yang dimuliakan,
Berbahagialah setiap muslimah yang beroleh pasangan hidup seumpama Juwaibar. Ketakwaannya menguasai seluruh keseronokan, kegembiraan serta kebahagiaan.Itulah yang akan mampu membawa setiap insan kepada kebahagiaan yang abadi di hadapan Rabbul Izzati.

Pengajaran yang boleh dijadikan iktibar sirah di atas adalah :

1.Sesorang muslim yang ingin mencari pasangan hidup, mestilah mengutamakan faktor agama iaitu mereka-mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

2.Kedua ibu bapa pula untuk memilih calun menantu mestilah utamakan faktor takwa, jangan di pandang pada harta, pangkat dan fizikal semata-mata. Tetapi apabila ada kesemua faktor-faktor tadi ianya adalah lebih baik.

3.Apabila Allah SWT. mengkurniakan harta yang tidak di sangka-sangka, isteri yang solehah dan pangkat kedudukan dalam masyarakat maka kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT.

Friday, July 17, 2009

Sirah Sahabat :Persaudaraan Islam Sebenar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW  telah membina masyarakat awal Islam di Madinah dengan mempersaudarakan antara Ansar dan Muhajirin lebih erat dari hubungan keluarga, sehingga saudara-saudara Islam itu sanggup mempusakai dan memberi hartanya kepada saudara seagama yang lain, tetapi tidak memberi kepada saudara yang seketurunan dan sekeluarga kerana berlainan agama. Contoh yang paling dekat ialah peristiwa Saad bin Ar Rabi’, seorang hartawan Ansar dengan Abdul Rahman bin ‘Auf. Abdul Rahman bin ‘Auf terkenal sebagai seorang ahli perniagaan di Kota Mekah, tetapi apabila beliau berhijrah ke Madinah beliau menjadi orang yang miskin kerana tidak dapat membawa hartanya bersama. Semua hartanya yang di tinggalkan di Mekah di rampas oleh orang kafir.

Apabila Rasulullah SAW mempersaudarakan keduanya itu, Saad bin Ar Rabi’ yang kaya sanggup membahagikan dua hartanya dan mempelawa Abdul Rahman untuk memilih salah satu di antara dua bahagian yang dia mahu. Saad juga sanggup menceraikan salah satu dari dua orang isterinya untuk di beri kepada Abdul Rahman.

Begitulah gambaran keteguhan persaudaraan diantara Muhajirin dengan Ansar yang diikat oleh Rasulullah SAW  dalam tahap pembinaan masyarakat awal Islam di Madinah. Bagaimanapun Abdul Rahman bin ‘Auf tidak mengambil kesempatan itu. Dia rela berdiri di atas kaki sendiri, kerana berdikari itu digalakkan oleh Islam. Meskipun Islam menyuruh kita memberi sumbangan kepada saudara kita, namun Islam melarang mengambil kesempatan daripada harta orang lain tanpa mengeluarkan tenaga daripada kita. 

Oleh sebab itu Rasulullah SAW  telah bersabda dalam sebuah hadis : “Al Miqdan bin Ma’dikarib r.a berkata Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : ‘Tiada seorang makan makanan yang lebih baik dari hasil usahanya sendiri. Nabi Daud a.s. juga makan dari hasil tangannya sendiri.” (Hadis Riwayat Al Bukhari)

Kisah yang berlaku kepada Abdul Rahman bin ‘Auf dan Saad bin Ar Rabi’ itu boleh memberi pengajaran kepada kita. Betapa tingginya semangat persaudaraan Islam hingga menepikan kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya nilai persaudaraan itu lebih mahal daripada harta benda dan lain-lain kepentingan duniawi. 

Sifat mulia Saad bin Ar Rabi dan Abdul Rahman bin ‘Auf jelas terpancar dari perbuatan mereka itu. Ketika Saad bin Ar Rabi’ memberi tawaran, Abdul Rahman denga sopan menjawab : “Sesungguhnya Allah memberi berkat kepada saudara dan anak isteri saudara. Saya seorang yang berpengalaman dalam perniagaan. Rasanya tidak payah saya mengambil harta saudara. Cukup sekadar saudara beri pinjam kepada saya sebagai modal dan tunjukkan di mana pasar Madinah. Insya Allah saya akan dapat mencari harta dengan kerja saya sendiri. Dan Abdul Rahman telah bekerja dengan kuat sehingga ia menjadi seorang yang berharta dan dapat berkahwin dengan seorang perempuan Ansariah di Kota Madinah.

Begitulah nilai persaudaraan Islam yang berlaku di zaman masyarakat awal Islam. Sesungguhnya masyarakat Islam itu tidak dapat ditegakkan jika tidak diasaskan di atas persaudaraan Islam yang erat. Oleh itu tegakkanlah negara Islam di dalam diri kita sebelum kita menegakkan di atas bumi dan tanahair kita. Jika negara Islam belum tegak di dalam diri, selagi itulah cita-cita untuk membina masyarakat Islam dan negara Islam di luar diri tidak akan berhasil.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : “Tiadalah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terlebih dikasihi Allah dari kedua mereka ialah orang yang terlebih kasih kepada saudaranya.”
(Hadis Riwayat Ibn Hibban dan Hakim)

Sahabat ayng dimuliakan,
Satu lagi contoh yang disebutkan oleh ahli sejarah ialah kisah persaudaraan tentera-tentera Islam. Setelah tamat Perang Yarmuk, seorang tentera Islam berjalan di tengah-tengah mayat para syuhada yang bergelimpangan untuk mempastikan samaada hidup atau mati.

Abu Jahm bin Huzaifah r.a meriwayatkan : “Semasa Peperangan Yarmuk bermula aku telah pergi untuk mencari saudara sepupuku yang ketika itu berada di bahagian hadapan di dalam pertempuran itu. Aku juga telah membawa sedikit air bersamaku untuknya. Aku dapati bahawa beliau luka parah di dalam pertempuran yang hebat itu. Aku cuba menghampirinya untuk memberikan pertolongan dengan sedikit air yang ada padaku itu. Dengan tiba-tiba aku terdengar rintihan seorang tentera yang luka parah di sisinya. Apabila sepupuku itu memandang keadaan demikian, lalu ia memalingkan mukanya dan mengisyaratkan kepadaku supaya membawa air itu dan memberikan kepada askar itu. Akupun pergilah kepada askar itu dengan membawa air tersebut bersama-samaku. Aku dapati dia ialah Hisyam bin Abilah. Sebelum sempat aku sampai di sisinya, terdengar pula teriakan dari seorang yang terbaring tidak jauh dari tempat dia berada itu. Hisyam juga telah mengisyaratkan kepadaku supaya membawa air kepada oramg itu. Akhir sekali sebelum aku dapat menghampirinya dia telah menghebuskankan nafasnya. Kemudian aku berkejar kembali ke tempat Hisyam, juga didapati beliau sudah meninggal dunia. Ketika itu juga dengan cepatnya aku pergi ketempat saudara sepupuku berada, tetapi dia juga telah mengikut kedua-dua mereka itu.”

Itulah gambaran persaudaraan yang diajar oleh Islam dan dihayati oleh umat Islam di zaman silam, sehingga mereka lebih mementingkan persaudaraan itu daripada kepentingan diri sendiri. Meskipun diri sendiri berada dalam kecemasan dan memerlukan pertolongan, tetapi mereka lebih mementingkan persaudaraan.Jika umat Islam tidak dapat merasai dan melaksanakan konsep persaudaraan itu di dalam diri, maka selama itulah cita-cita untuk memegakkan masyarakat Islam dan negara Islam tidak berhasil.

Wasiat Kelima Nabi SAW Kepada Ali k.w

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW  bersabda kepada Saidina Ali k.w yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermenfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermenfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

"Wahai Ali ! Barangsiapa yang banyak dosanya, maka hilanglah kehormatannya."

"Wahai Ali ! Jagalah selalu kejujuran ucapan dan jagalah pula perbicaraanmu. Jagalah amanat, peliharalah kemurahan hati serta kesucian batin (hati)."

"Wahai Ali ! Sejahat-jahatnya teman ialah teman yang tidak memperhatikan terhadap temannya dan suka membuka aib temannya."

"Wahai Ali ! Seribu teman itu sedikit, sedangkan satu orang musuh itu banyak."

"Wahai Ali ! Jauhilah dusta kerana dusta itu menghitamkan wajah. Bila seseorang itu sentiasa berdusta, dia dinamakan pendusta di sisi Tuhan. Bila ia benar, dia di sebut di sisi Allah sebagai orang yang benar. Dan sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan iman."

"Wahai Ali ! Tanda sahabat sejati itu ada tiga iaitu :

1.Ia lebih memperhatikan hartamu daripada hartanya sendiri.

2.Lebih mementingkan dirimu daripada kepentingan dirinya.

3.Lebih menghormatimu daripada kehormatannya sendiri."

Wednesday, July 15, 2009

Usah Terpedaya Dengan Keseronokan Dunia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang luas dan dalam. Telah ramai insan yang tewas, karam dan tenggelam dipukul gelombang. Oleh itu, layarilah bahtera kehidupan ini berasaskan takwa. Muatannya iman yang teguh di dada dan layarnya tawakkal kepada Yang Maha Esa. Semuga kalian selamat menuju ke pulau tujuan. Berjaya mendaki gunung harapan dan selamat mencapai kemenangan.

Perkara yang paling penting dan utama dalam menyusun kehidupan adalah meluruskan hati kita terlebih dahulu, 

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Bila hati tenang seseorang akan dapat menghadapi apa jua keadaan dengan baik. Dalam keadaan susah, hati boleh bersabar. Dalam keadaan senang hati boleh bersyukur.

Usah terlalu ghairah memburu keseronokan. Keseronokan bukan kebahagiaan. Tetapi dalam kebahagiaan ada keseronokan. Kebahagiaan ada di hati dan hanya akan tercapai apabila fitrah hati dipenuhi. Hati perlukan ketenangan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah ar-Ra'd ayat 28)

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Sesungguhnya hati yang terbaik ialah hati yang sentiasa mengingati Allah." (Hadis Riwayat Abu Saad al-Qudri)

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh itu perlulah sentiasa memberi perhatian kepada kesejahteraan hati kita. Dalam menjalani kehidupan yang mencabar ini, kita perlu menjaga akhlak sebaik mungkin. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia adalah dia yang membawa kebaikan kepada orang lain." (Hadis Riwayat Bukhari)

Perlu di ingat bahawa kita akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT di hari akhirat nanti tentang apa yang kita telah lakukan didunia ini. Jika kebaikan dan mendatangkan menfaat hingga di ikuti oleh orang lain maka saham kebaikannya akan kita terima berupa pahala,iaitu pahala dari perbuatan kita sendiri disamping pahala dari orang lain.Oleh itu, sentiasalah berusaha untuk menjadi contoh yang baik.

Awasilah terhadap pengaruh persekitaran, rakan-rakan yang boleh memesongkan keimanan, gunakanlah masa terluang yang ada untuk mengisi dengan majlis-majlis ilmu yang akan menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
(Surah az-Zariyat ayat 56)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu pastikan setiap aktiviti hidup kita dalam rangka memperhambakan diri kepada AllahSWT.  Ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya sewaktu memberi nasihat : "Hai anakku !

1. Janganlah engkau menyekutukan Allah SWT kerana sesungguhnya syirik itu suatu penganiayaan yang besar.

2. Allah SWT mewajibkan manusia taat kepada ibu-bapa. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita lemah dan bertambah lemah serta menyusuinya selama dua tahun. Oleh itu, hendaklah bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kedua ibu-bapa. Kepada Allah SWT tempat kembali. Sekiranya kedua ibu-bapamu memaksa engkau menyekutukan Allah SWT  maka janganlah engkau taat. Tetapi layanilah mereka dengan sebaiknya dalam urusan dunia.

3. Hai anakku ! Sesungguhnya jika ada kebaikan walau sebesar biji sawi, biarpun didalam batu atau dilangit maupun dibumi nescaya akan diperlihatkan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.

4. Hai anakku ! Dirikanlah solat dan suruhlah manusia membuat kebajikan. Laranglah perbuatan mungkar serta bersabarlah diatas suatu musibah yang menimpamu. Sesungguhnya berlaku sesuatu itu adalah dalam urusan AllahSWT .

5. Janganlah engkau memalingkan pipimu daripada manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

6. Berlaku sederhanalah dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu dalam berbicara. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Halim al-Assam berkata :
"Aku lihat semua manusia mempunyai kekasih. Sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehingga waktu ajal mendatang. Ada pula yang akan terus menemaninya hingga ke liang lahat. Selepas itu mereka akan pulang. Tinggallah manusia ini keseorangan di dalam kuburnya. Lalu aku berfikir. 'Sebaik-baik sahabat yang akan menemaniku sehingga ke dalam kubur sekalipun'. Aku tidak mememui sahabat sebagini melainkan amal solehku. Lalu aku pun menjadikannya sebagai kekasihku. Agar kekasihku ini akan menjadi pelita menerangi kegelapan kuburku nanti, menghiburkanku dan tidak meninggalkanku keseorangan."

Wasiat Keempat Nabi SAW Kepada Ali k.w

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW  berpesan kepada Sayidina Ali r.a. maksudnya :
"Wahai Ali ! Sesungguhnya para waliyullah (kekasih Allah) itu tiadalah memperoleh keluasan rahmat dan reda-Nya dengan sebab banyaknya ibadah. Mereka memperolehnya kerana kemurahan hati mereka dan memandang remeh terhadap urusan harta dunia."

"Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya."

"Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Wahai Ali ! Ketika Allah mencipta syurga, maka syurga bertanya kepada Allah :
'Ya Tuhanku, untuk apakah Engkau menciptakan aku?'

'Untuk setiap orang yang bermurah hati dan orang-orang yang bertakwa,' jawab Allah SWT.

'Kalau begitu saya senang sekali.' ucap syurga.

Kemudian neraka pun bertanya kepada Allah ketika ia diciptakan :
'Ya Tuhanku, untuk apakah Engkau menciptakan aku?'

'Untuk setiap orang yang bakhil (kedekut) dan sombong.'

'Ooh.....,baiklah saya untuk mereka,' ucap neraka."

"Wahai Ali ! Barangsiapa menentang hawa nafsunya, syurgalah tempat ia kembali. Dan barangsiapa yang menuruti hawa nafsunya, Neraka Jahannamlah tempatnya."

"Wahai Ali ! Takutlah pada orang murah hati, kerana doanya akan dikabulkan Allah.

Wahai Ali ! Barangsiapa yang memberi makan orang Muslim dengan hati tulus, Allah mencatatnya sejuta kebaikan dan menghapuskan sejuta keburukan. Di samping itu, ia diangkat sampai seribu tingkat mertabatnya.

Wahai Ali ! Cintailah saudaramu sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri."

"Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."

"Wahai Ali ! Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada lukisannya atau patung atau orang yang menyakiti kedua orang tuanya atau rumah yang tidak pernah dikunjungi tetamu."

"Wahai Ali ! Berbuatlah kebajikan, walaupun terhadap orang-orang rendahan."

Saidina Ali k.w bertanya maksudnya  : "Ya Rasulullah, apa yang di maksudkan orang rendahan itu?'

Baginda SAW  menjawab, 'Ialah orang-orang yang tidak mahu mendengar nasihat, orang yang tidak mahu menghentikan perbuatan yang seharusnya dihentikan, dan orang yang tidak memperhatikan terhadap apa yang dikatakan dan apa yang dikatakan.'

"Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."

"Wahai Ali ! Apabila engkau bersedekah, maka sedekahlah yang terbaik (paling berkualiti) yang ada disisi engkau. Kerana dengan sesuap makanan yang halal itu lebih disukai Allah SWT. daripada bersedekah ratusan kati tetapi haram. Dan sedekah yang engkau keluarkan sebelum engkau meninggal itu lebih baik daripada ratusan kati sesudah meninggal dunia."

"Wahai Ali ! Bersedekahlah untuk orang-orang yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Allah SWT telah menyuruh para malaikat agar membawa sedekah orang-orang yang hidup untuk orang-orang yang telah meninggal dunia sehingga mereka sangat gembira sebagaimana gembiranya mereka ketika di dunia. Dan mereka pun berkata :
"Ya Allah, ampunilah orang-orang yang menerangi kubur kami dan berilah mereka kabar gembira dengan syurga."

"Wahai Ali ! Beramallah dengan ikhlas hanya kerana Allah. Sesungguhnya Allah tidaklah menerima amal, melainkan dari orang yang benar-benar ikhlas kerana Allah. "

Bersabarlah Kamu Kerana Allah

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabar, adalah kalimat yang mudah diucapkan. Namun berapa ramai antara kita yang bersabar dalam apa jua suasana dan ketika. Adakah sabar itu ada batasnya?, Sabar yang bagaimana sehingga ia diiktiraf sebagai sebahagian dari iman? Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah SWT.?

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
"Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar."
(Surah Ali Imran ayat 146)

Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan.
Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dinamik.

Abu Talib al- Makky berkata, "Banyaknya kemaksiatan yang dilakukan oleh sesaorang kerana dua perkara ; Pertama : Kerana sedikitnya kesabaran terhadap sesuatu yang disenangi atau disukai. Kedua : Kerana sedikitnya kesabaran terhadap sesuatu yang tidak disukai."

Namun demikian, masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami ertikata sabar. Ada yang menyangka, sabar bererti 'mengusap dada' setiap kali menghadapi masaalah hidup. Ada pula mengungkap sabar itu ada batasnya, lalu apabila sampai dibatasnya kesabaran akan hilang ! Adakah ini sudah memadai untuk dinamakan sabar?

Dari ayat 146 surah Ali Imran menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat tiga kriteria orang sabar iaitu :

Pertama : Tidak pengecut atau lemah mental apabila berhadapan dengan kesulitan hidup. Dia dapat mengawal diri dan segera menstabilkan emosi dan mentalnya, sebelum orang lain menasihatkannya.

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW  melintasi sebuah kawasan perkuburan. Baginda melihat seorang ibu menangis tersedu-sedu sambil menutup mukanya diatas pusara anaknya yang baru sahaja dimakamkan. Nabi SAW menghampiri seraya bersabda yang bermaksud :"Wahai ibu, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah."

"Engkau tak tahu apa yang aku rasakan," katanya.

Nabi SAW pun meninggalkannya. Seorang sahabat yang menyaksikan peristiwa tersebut, berkata kepada wanita tadi, "Adakah engkau tahu, siapa yang berbicara denganmu tadi? Itu adalah Rasulullah SAW!

Wanita itu terkejut. Bergegas dia mengejar Nabi Muhammad SAW  ingin meminta maaf atas kelancangan perilakunya. Ketika bertemu, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya sabar yang sejati hanyalah pada saat seseorang terkena musibah untuk kali pertama!"

Kedua : Dia merasa tidak lesu dari segi penampilannya. Seseorang yang bersifat sabar tidak pernah merasa perlu menampilkan kesedihan atau kesulitan masaalahnya kepada orang lain. Diraut wajahnya tidak menampakkan kelesuan atau kesugulan walaupun berapa sulitnya masaalah yang dihadapinya. Dia sedar betul bahawa tiada manusia didunia ini yang tidak luput dari masaalah. Untuk dia bertenang menghadapi keadaan ini dia sentiasa berhubung dengan Allah SWT. dengan dia berdoa, bermunajat, bersolat tahajud, berzikir dan membaca Al-Quran.

Ketiga : Tidak menyerah atau tunduk darisegi aktiviti. Seorang yang sabar sentiasa memelihara ketekunan dan ketahanan dirinya. Dia sentiasa gigih dalan usaha mencapai sasarannya. Dia seorang yang tidak kenal perkataan putus asa. Tidak ada dalam kamus hidupnya putus harapan. Dia tidak mudah patah semangat apabila berhadapan dengan kegagalan. Dia selalu memelihara dan mengembangkan sikap positif dan optimis dalam hidupnya. Jika dia menemui kegagalan hari ini dia akan cuba sekali lagi keesokan harinya. Jika esoknya dia masih gagal, dia cuba kembali pada hari lusanya. Yang pasti dia tidak akan memilih untuk duduk diam tanpa usaha yang berterusan.

Sahabat yang dimuliakan,
Seringkali manusia lupa bahawa hidup didunia berbedza dengan akhirat. Diakhirat segala sesuatu menjadi serba kekal. Seseorang hanya akan merasakan bahagia yang terus menerus didalam syurga, atau sebaliknya mendapat seksa yang kekal di Neraka Jahannam. Sebaliknya kehidupan didunia bersifat fana, sementara dan penuh pancaroba. Suka-duka, berjaya-gagal, rahmat dan bencana datang silih berganti. Pada suatu ketika seseorang itu berada diatas manakala pada ketika yang lain dia berada dibawah. Dalam suasana yang demikian sifat sabar amat diperlukan.

Oleh itu sifat sabar perlulah menjadi pakaian hidup kita. Kita bersabar dan istiqamah dan kekal didalam keimanan kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain. Kita bersabar untuk sentiasa hidup dan melaksanakan ajaran-ajaran Islam yang sempurna sebagai ad-deen, semoga dengan ini, insya Allah dengan berkat kesabaran kita didunia, kita akan dapat menikmati kebahagian kehidupan yang kekal abadi di hari akhirat.

Tuesday, July 14, 2009

Menangis Kerana Takutkan Allah

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SWT bersabda yang bermaksud :
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Di dalam kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seseorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka, maka salah satu daripada rambut-rambut matanya pun berkata :

"Wahai Tuhanku ! Rasul Engkau Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda : 'Sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka', dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah SWT. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka, dengan berkata sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT Malaikat Jibrail a.s. mengumumkan : "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut. "

Dalam sebuah kitab Bidayatul- Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan di datangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat di seru kepada buku amalannya (di katakan padanya). Pada hari ini kamu di balas menurut apa-apa yang telah di kerjakan"
(Surah Al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengarkan kegeramannya api neraka dengan nyalaan apinya, dan di terangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat di dengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu akan berkata setiap orang hingga para Nabi-nabi dengan ucapan :
"Diriku, diriku" (selamatkan diriku ya Allah), hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata : "Umatku, umatku," beliau ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..

Pada masa itu akan keluarlah api Neraka Jahim seperti gunung-gunung, umat-umat Nabi Muhammad s.a.w berusaha menghalanginya dengan berkata :
"Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat. Demi hak orang-orang yang ahli bersedekah. Demi hak orang-orang yang kyusuk. Dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali !

Walaupun dikatakan demikian api Neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata : Sesungguhnya api neraka itu menuju pada umat Muhammad SAW."

Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah SAW  meraihnya, dan berkata Jibrail a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah padanya."

Lalu baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah SAW  pun bertanya kepada Jibrail a.s. :

"Wahai Jibrail! air apa itu?"

Maka berkata Jibrail, "Itulah air mata-air mata orang derhaka yang terdiri dari umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah SWT. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya padamu agar engkau menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu dengan izin Allah SWT. "

Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata."

Wasiat Ketiga Nabi SAW Kepada Ali k.w..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW .bersabda kepada Sayidina Ali k.w. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan menjauhi (perbuatan) haram dan perbualan kosong, maka Allah Maha Pengasih akan meredainya dan mewajibkannya masuk kedalam syurga."

"Wahai Ali ! Barangsiapa yang mengerjakan puasa Ramadhan dengan enam hari di bulan Syawal, Allah menulis baginya pahala puasa satu tahun penuh."

"Wahai Ali ! Janganlah sekali-kali engkau mengumpat seseorang. Sesungguhnya mengumpat itu merosakkan ibadah puasa dan orang yang suka mengumpat kelak akan memakan dagingnya sendiri."

Puasa (bahasa Arab: Ű”ÙˆÙ…) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah SWT maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. “ (Surah Al-Baqarah ayat 183)

Hadis Rasulullah SAW maksudnya : Ditegaskan oleh Rasulullah SAW  melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"


Monday, July 13, 2009

Kisah Orang Soleh Dengan Pencuri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Luqman Hakim, Rasulullah SAW  menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan kerja-kerja sehariannya hanyalah mencuri. Hampir setiap malam dia mencuri harta benda kepunyaan jiran tetangganya. Jirannya sentiasa menasihati beliau agar meninggalkan pekerjaan yang keji itu.

Pada suatu malam, ketika dia hendak pergi mencuri tiba-tiba dia bertemu dengan seorang miskin yang sentiasa duduk di dalam mesjid. Dia tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengan dia itu adalah orang miskin yang sangat soleh dan zuhud terhadap dunia. Maka tanpa segan silu pencuri itu mengajak lelaki miskin itu pergi mencuri bersama-sama dengannya.

"Hai orang miskin," kata pencuri itu.

"Mengapa engkau selalu duduk di dalam mesjid sambil menanti belas kasihan orang lain. Marilah ikut aku nescaya engkau akan memperoleh pekerjaan yang menguntungkan. Kalau engkau bersetuju marilah kita pergi mencuri bersama-sama," ajak pencuri itu.

"Baiklah" jawab orang miskin itu ringkas.

"Kalau begitu marilah kita pergi sekarang kerana hari sudah gelap" ajak pencuri itu

"Lebih baik kita atur rancangan dahulu" kata pencuri lagi.

"Aku masuk kedalam kedai manakala engkau nampak orang datang segeralah beritahu aku, ingat... jangan sampai kita tertangkap."

Setelah mereka merancang dengan teliti maka pencuri itu pun memulakan tugasnya mengikut apa yang telah di rancangkan. Pencuri itu pun masuk kedalam kedai manakala orang miskin yang soleh itu menanti di luar. Setelah agak lama pencuri itu berada di dalam tiba-tiba orang miskin yang soleh itu berteriak :
"Hai kawan, cepat keluar, ada orang datang kemari?"

Mendengar teriakan orang miskin itu pencuri itu kalang-kabut lari keluar untuk menyelamatkan diri bersama-sama dengan kawannya itu. Setelah keadaan agak tenteram, dia pun berkata kepada kawannya itu.

"Tadi engkau kata ada orang datang, tapi mana orang itu?"

Maka orang miskin itu menjawab dengan lemah lembut : "Benar kata engkau hai kawan, tidakkah engkau sedar bahawa Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita. Walaupun kita tidak melihat-Nya, Dia sentiasa melihat kita. Dia itulah Allah Yang Maha Pemurah yang telah menyediakan rezeki untuk semua hamba-Nya."

Orang miskin itu terus berkata : "Hai kawan, engkau telah mengajak aku untuk mencari kekayaan dengan cara mencuri. Sekarang bolehkah engkau membuktikan kepada aku manakah pencuri yang telah menjadi kaya di dunia ini ?"

Pencuri itu termenung mendengar kata-kata orang miskin itu lantas dia pun menyatakan keinsafannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.

Sahabat yang dikasihi,
Berdasarkan kisah tersebut dapatlah kita menyedari bahawa hidup kita ini sentiasa di perhatikan dan diawasi oleh Allah SWT .Apabila kita tergerak untuk membuat sesuatu maksiat atau sesuatu perkara yang di larang oleh agama ingatlah Allah SWT. Maha Melihat di atas segala amalan perbuatan kita, keyakinan yang tertanam dalam hati nurani kita sebenarnya adalah akidah Tauhid Rububiyah kepada Allah SWT. Sehinggakan niat dan bisikan hati kita dapat di ketahui oleh Allah Azzawa Jalla. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang lari dari peraturan dan kehendak Allah SWT.

Pengajaran yang boleh di ambil :

1.Kita digalakkan untuk membantu dan bersedekah kepada orang fakir miskin, dan dilarang kita menghina mereka di sebabkan kemiskinan.

2.Islam melarang umatnya menjalankan pekerjaan haram seperti mencuri kerana orang yang mencuri telah mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.

3.Kita di suruh oleh Islam untuk amal ma'aruf dan nahi mungkar dan memberi nasihat yang baik kepada mereka yang melakukan kemungkaran dan perbuatan haram.

4.Sebagai pendakwah dan para da'ie perlulah mengambil pendekatan cara hikmah untuk mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Wasiat Kedua Nabi SAW .Kepada Ali k.w.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Wahai Ali ! Berusahalah semaksima mungkin dalam menyempurnakan wuduk, kerana sesungguhnya wuduk itu separuh dari iman. Ketika berwuduk, janganlah berlebih-lebihan dalam pengunaan air. Lalu apabila selesai wuduk bacalah 'INNA ANZALNAAHU FII LAILATIL QADRI' (10x), nescaya Allah akan menghilangkan kesedihanmu.

"Wahai Ali ! Apabila engkau telah selesai wuduk ambilah air kemudian usaplah lehermu dengan tanganmu dan ucapkan : ' SUBHANAAKAL LAAHUMMA WA BIHAMDIKA , ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLA ANTA WAHDAKA LAA SYARIIKALAKA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIKA (Maha Suci Engkau Ya Allah dan aku memuji-Mu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, Maha Esa Engkau, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku (pun) bertaubat kepada-Mu).

Setelah itu lihat kebawah dan ucapkanlah : 'ASYHADU ANNA MUHAMMADAN ABDUKA WA RASULUKA' (Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Mu dan utusan-Mu). Maka barangsiapa yang membaca lafaz tersebut, nescaya Allah mengampuni dosa-dosanya yang kecil dan yang besar."

"Wahai Ali ! Sesungguhnya para malaikat memohonkan ampun bagi manusia selama mereka dalam keadaan suci dari hadas dan belum berhadas."

"Wahai Ali ! Barangsiapa mandi di hari Jumaat dan pergi solat Jumaat di ampunkan dosa-dosanya oleh Allah antara dua Jumaat, dan yang demikian itu Allah jadikan sebagai pahala di dalam kubur dan menjadi berat amal kebajikannya."

"Wahai Ali ! Hendaknya engkau selalu bersiwak (gosok gigi). Kerana sesungguhnya di dalamnya mengandungi dua puluh empat (24) keutamaan di dalam agama dan badan."

"Wahai Ali ! Kerjakanlah selalu solat pada waktunya. Sesungguhnya yang demikian itu merupakan puncak segala kemuliaan dan puncak segala ibadah."

"Wahai Ali ! Malaikat Jibril selalu mengharapkan tujuh hal dari keturunan anak Adam iaitu :

1.Solat lima kali dalam sehari semalam bersama imam (berjemaah)
2.Berkumpul bersama para ulama
3.Menjenguk orang sakit.
4.Menghantar jenazah ketempat perkuburan
5.Memberi minum orang yang kehausan
6.Mendamaikan dua orang yang sedang berselisih
7.Menghormati tetangga (jiran) dan anak yatim

Maka berusahalah untuk melakukan ketujuh hal tersebut."

"Wahai Ali ! Kerjakanlah solat malam hari (tahajud) walau lamanya hanya seperti orang memerah susu kambing (sebentar). Sesungguhnya orang yang selalu mengerjakan solat malam itu mempunyai sebagus-bagus wajah (bersinar wajahnya)"

"Wahai Ali ! Apabila engkau mengucapkan Takbiratul ihram ketika solat, renggangkanlah jari-jari tanganmu dan angkatlah sehingga sama tingginya kedua pundakmu. Dan apabila selesai takbir, letakkanlah tanganmu yang kanan di atas tangan kirimu di bawah dada kirimu. Dan apabila engkau rukuk, letakkanlah kedua tanganmu pada kedua lututmu dan renggangkanlah jari-jari tanganmu."

"Wahai Ali ! Lakukanlah solat Subuh pada saat terlihat sinar kemerahan di ufuk timur sebelum matahari terbit, dan lakukan solat Magrib sesudah matahari terbenam sekira orang memerah susu kambing. Kerana sesungguhnya hal demikian itu merupakan sebagian dari perilaku para Nabi Alaihimus Salam."

"Wahai Ali ! Kerjakanlah selalu solat berjemaah. Kerana sesungguhnya solat berjemaah itu mempunyai kedudukan di sisi Allah seperti kedudukan orang yang haji dan umrah. Dan orang yang selalu bergairah mengikuti solat berjemaah hanyalah orang-orang yang beriman dan di cintai Allah. Tidak suka meninggalkan solat berjemaah, kecuali orang-orang munafik yang di murkai Allah."

"Wahai Ali ! Hamba yang paling di kasihi Allah ialah yang dalam sujudnya mengucapkan :
'ROBBI INNI DZALAMTU NAFSII FAGHFIRLII DZANBII FA INNAHU LAA YAGHFIRUDZ DZUNUBA ILAA ANTA' (Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku, ampunilah aku. Sebab tidak ada yang mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau)"

"Wahai Ali ! Kerjakanlah solat Duha, baik di rumah maupun ketika berpergian sebab pada hari kiamat nanti, ada yang menyeru dari puncak syurga :
'Di mana mereka yang selalu menjalankan solat dhuha? Masuklah dari pintu Dhuha dengan selamat dan sentosa'."

"Dan tidaklah Allah mengutus seorang Nabi pun, melainkan di perintahkan untuk menjalankan solat Duha."

"Wahai Ali ! Sebagian dari kemuliaan orang mukmin itu ialah :
1. Suami isteri yang seia sekata
2.Solat dengan berjemaah
3.Dan tetangga yang mencintainya."

Perbaikilah Akhlak Kamu Untuk Mencari keredhan Allah

Allah s.w.t. menciptakan manusia berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, supaya mereka dapat berkenal-kenalan dan mencari pasangan yang sesuai untuk membina ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak. Islam menggalakkan umatnya berkahwin supaya melahirkan zuriat keturunan umat Islam yang ramai, dari sinilah terbinanya keluarga-keluarga masyarakat Islam dan seterusnya kearah pembinaan Daulah Islamiyyah.


Walaubagaimanapun, sebelum ikatan perkahwinan berlaku, Islam memandang serius pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batas ketika menjalani hubungan sosial atau mencari pasangan untuk teman hidup. Perbuatan ini di larang keras kerana ianya boleh membawa kepada perbuatan zina, sedangkan zina adalah perbuatan yang sangat di kutuk oleh Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat"
(Surah Al-Israak ayat 32)


Allah s.w.t. melarang menghampiri perbuatan zina adalah bermaksud sebarang bentuk unsur-unsur maksiat seperti menonton wayang, menari dan menyanyi, bersiar-siar berdua-duaan dan berpimpinan tangan atau perbuatan-perbuatan yang seumpamanya. Perhubungan melalui mms, sms, e-mail atau telefon sekiranya berlebih-lebihan dan boleh menimbulkan fitnah atau menimbulkan rasa berahi atau syahwat juga di larang.


Menutut kaedah usul fikh "matlamat tidak boleh membersihkan jalan" walaupun mungkin matlamatnya murni untuk taaruf dan mengenali hati budi masing-masing sebelum berumah tangga, tetapi apabila caranya tidak syarak maka ianya tidak di benarkan.


Mengikut hukum Islam, berpandangan muka antara lelaki dan perempuan bukan muhrim atau suami isteri adalah haram. Kalau terpandang seimbas lalu sahaja tidak mengapa tetapi apabila di ulang lalu berpandangan maka ianya di larang.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Katakan (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."
(Surah An-Nur ayat 30)


Ahli-ahli tafsir menerangkan bahawa di antara memandang yang haram bagi lelaki itu termasuk memandang perempuan yang bukan muhrim dan bukan isterinya. Memelihara kehormatan diri ialah mengawal diri dari melakukan zina. Ayat tersebut juga memberi kefahaman bahawa perbuatan zina berpunca daripada memandang wanita yang bukan muhrim dan bukan isteri.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.."
(Surah An-Nur ayat 31)


Pada ayat ini pula di tujukan kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka juga menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram (termasuk memandang lelaki yamg bukan muhrim atau bukan suaminya), bahkan juga menjaga kehormatan mereka daripada melakukan zina dan seumpamanya.


Perempuan juga di wajibkan menutup seluruh tubuhnya (menutup aurat) kecuali muka dan dua tapak tangan terutama bila berpergian keluar rumah.


Terdapat suatu kisah iblis bertemu dengan Nabi Musa :
" Suatu hari iblis datang bertemu Nabi Musa dengan memakai kopiah yang bersambung dengan baju sekali serta warna-warni. Apabila telah dekat dengan Nabi Musa, iblispun membuka kopiah itu. Kemudian ia mendekati Nabi Musa dan memberi salam,
"Assalamualaikum ya Musa!"


Nabi Musa a.s. menyahut : "Siapa engkau?"


Iblis menjawab : "Aku iblis"


Nabi Musa lalu berkata : "Engkau tidak di beri penghormatan oleh Allah. Mengapa engkau datang ke mari?"


Iblis menjawab : "Aku datang untuk mengucapkan selamat kepada engkau, kerana kedudukan engkau dan tempat engkau di sisi Allah."


Nabi Musa selanjutnya bertanya : "Apakah yang aku lihat di kepala engkau itu?"


"Ini kopiah, untuk aku gunakan bagi menarik hati anak Adam," jawab iblis.


Nabi Musa a.s. selanjutnya bertanya : "Bagaimanakah engkau selalu berjaya mempengaruhi manusia?"


Iblis menjawab ; "Aku berjaya kerana manusia itu menghairani dirinya (ujub), merasa banyak amalnya dan lupa akan dosanya."


Iblis selanjutnya mengingatkan Nabi Musa a.s. tiga perkara :


Pertama : Engkau jangan berada di tempat sepi (berdua-duaan) dengan wanita yang tidak halal bagi engkau.
"Apabila seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, maka akulah temannya. Aku akan goda lelaki itu dengan wanita tersebut dan goda wanita itu dengan lelaki tersebut," kata iblis.


Kedua : Engkau jangan berjanji dengan nama Allah sesuatu perjanjian kecuali engkau tepati janji itu.


Ketiga : Engkau tidak akan jadi mengeluarkan sedekah, kecuali engkau laksanakan terus.
"Sesungguhnya seseorang yang berniat hendak mengeluarkan sedekah, tidak jadi hendak melaksanakannya kerana aku menjadi temannya. Aku halangi dari menepati janji sedekahnya itu,"terang iblis.


Selepas itu iblis pun meninggalkan tempat tersebut dengan rasa kesal kerana perkara-perkara yang menakutkan anak Adam itu telah di ketahui oleh Nabi Musa a.s.


Dari Abu Hurairah katanya, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tiap-tiap anak Adam (manusia) itu mempunyai bahagian dari zina. Dua matanya berzina iaitu dengan memandang (yang di haramkan). Dua tangannya berzina iaitu dengan memegang. Dua kakinya berzina iaitu dengan berjalan. Mulutnya berzina iaitu dengan mencium. Dan hatinya bercita-cita atau berangan-angan, dan ia dibenarkan oleh kemaluannya atau didustakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)


Pengajaran yang boleh kita ambil iktibar berdasarkan ayat-ayat Allah s.w.t, hadis Nabi s.a.w dan kisah pertemuan Nabi Musa dengan iblis, kita hendaklah berhati-hati di dalam setiap amalan, tindakan , pergaulan dan perhubungan di antara lelaki dan perempuan.Islam meletakkan peraturan yang cukup jelas didalam bab munakahat (cara-cara pemilihan jodoh,perhubungan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, perhubungan suami isteri, urusan anak-anak dan lain-lain lagi) ,muamalat, ekonomi dan dalam bidang-bidang yang lain.


Letakkanlah Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w di hadapan kita, tanda kita beriman kepada Allah sw.t dan rukun-rukun iman yang lain dan gunakanlah sepenuhnya panduan ini yang akan membawa kita kejalan yang lurus dan di redhai Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.