Saturday, December 17, 2011

Kisah Ibu Tunggal Yakin Jaminan Rezeki Daripada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu ketika Madinah di timpa kemarau berpanjangan. Bekalan makanan terutamanya gandum makin berkurangan. Harga barang-barang keperluan turut melambung naik. Bagi yang hartawan sibuk membeli dan menyimpan bekalan makanan yang dikhuatiri akan habis di pasaran. Sedangkan rakyat yang miskin berbelanja hanya seadanya sahaja. Tidak tentu bagaimana nasib mereka jika mungkin di pasar kehabisan makanan. Begitu sekali keadaan yang berlaku, kaum yang berada seolah-olah sangat takut jika terpaksa berhadapan dengan kebuluran.

Di sebuah ladang, seorang tuan ladang yang kaya sedang kebingungan. Setiap tahun hasil ladangnya di bahagi tiga . Sepertiga untuk keperluan keluarga sendiri, sepertiga untuk di sedekahkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim dan sepertiga lagi untuk benih tanaman musim berikutnya.

Di sebabkan kemarau, hasil ladangnya turut terjejas dan berkurangan. Sukatan yang biasa di gunakan mengalami masaalah untuk mencukupkan pembahagian . Jika diagihkan sepertiga untuk fakir miskin dan sepertiga untuk keperluan keluarga, yang selebihnya tidak mencukupi untuk sukatan benih tanaman berikutnya. Jika dikurangkan simpanan untuk makanan sepanjang tahun , dikhuatiri keluarganya menghadapi kekurangan makanan. Jika di ambil sedikit bahagian untuk fakir miskin, bererti dia mencuri sedekah yang sudah di janjikan. Masaalah ini sangat memeningkan kepala. Tuan ladang lantas pergi meminta nasihat dari ulama sufi.

Ulama sufi itu mencadangkan kepada tuan ladang : “Di hujung kampung ada seorang ibu tunggal yang kematian suaminya  dengan tujuh orang anak yang masih kecil. Pergilah ke rumah mereka dan berikanlah sedekah makanan.”

Tuan ladang mengikut sahaja cadangan ulama sufi tersebut. Dia segera menuju ke rumah ibu tunggal miskin yang di maksudkan dengan membawa gandum untuk di sedekahkan.

Ibu tunggal : “Ada apa urusan tuan datang ke pondok saya malam begini?”

Tuan ladang : “Saya membawa gandum untuk keperluan makan anak-anakmu.”

Ibu tunggal : “Anak-anak saya sudah tidur.”

Tuan ladang : “Kamu ambil dan simpan sahaja untuk keperluan hari esok.”

Ibu tunggal :” Apakah tuan dapat menjamin anak-anak saya masih hidup lagi esok.?”

Tuan ladang : “Insya Allah, mudah-mudahan masih hidup lagi esok.”

Ibu tunggal : “Jika demikian, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan bagaimana keadaan hari esok. Tuhan Yang Maha Pemurah yang menentukan hidup anak-anak saya. Maka Dia jugalah yang akan memberikan rezeki untuk mereka, bukannya tuan. Dalam keadaan kemarau dan semua orang menghadapi kesulitan mendapat bekalan makanan saya tidak dapat menerima pemberian ini. Masih ada orang miskin lain yang lebih memerlukannya untuk makan malam ini. Sudah tentunya tidak patut saya menghalang keutamaan orang lain.

Setiap patah kata-kata ibu tunggal beranak tujuh itu memberi kesan mendalam kepada tuan ladang. Spontan jelas dalam jiwa dan fikirannya, ibu tunggal tersebut berkeyakinan penuh kepada ketentuan rezeki dari Allah. Tidak sedikit pun merasa khuatir walau dalam keadaan genting. Malahan masih mampu mengutamakan keperluan orang lain. Tuan ladang merasa tidak patut sama sekali bagi dirinya yang jauh lebih berkemampuan dari ibu tunggal miskin itu di kalahkan oleh keyakinan yang lemah. Sepatutnya dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan, dia tunduk dan patuh sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah. Juga dengan senang hati mengagih-agihkan rezeki yang telah Allah amanahkan.

Pertemuan dengan ibu tunggal tersebut juga mendorong tuan ladang bersegera membahagikan sepertiga bahagian hasil tuaian tanamannya kepada fakir miskin dan anak-anak yatim ,seperti selalunya. Juga sepertiga untuk benih tanaman berikutnya. Manakala untuk keperluan makanan keluarganya, memadai dengan jumlah yang selebihnya. Kini dia telah benar-benar meyakini agihan rezeki yang adil dari Yang Maha Pemurah. Tiada lagi kekhuatiran di hatinya setelah dia meletakkan kedudukan dirinya sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah.

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah keyakinan dan iman kita sama dengan ibu tunggal yang mempunyai tujuh anak pergantungannya hanya kepada Allah SWT seperti kisah di atas? Atau adakah setiap hari apabila keluar bekerja mencari rezeki kita hanya bergantung kepada usaha dan kepandaian kita berniaga dan kecerdikan kita mengaut keuntungan tanpa bergantung langsung dengan Allah SWT?

Perkara inilah yang perlu kita bermuhasabah kerana betapa ramai orang yang berusaha tetapi hati kecilnya tidak pernah merasai bahawa rezeki yang dia perolehi itu datangnya daripada kehendak dan ketentuan daripada Allah SWT.

Kehidupan orang mukmin berbeza dengan kehidupan orang kafir kerana oarng mukmin berusha dan berikhtiar dalam rangka ibadah tetapi pada masa yang sama yakin janji-janji rezeki daripada Allah SWT dan rasa bersyukur apabila usaha dan hajatnya tercapai dan bersabar dan reda jika apa yang diusahakan tidak berhasil. Sebaliknya orang kafir meletakkan usahanya 100% tidak ada langsung mengaitkan usahanya dengan ketentuan rezeki daripada Allah SWT.

Islam sememangnya menganjurkan umatnya sentiasa gigih berusaha mencari rezeki juga membaiki cara hidup. Namun sepenuh pengharapan positif mestilah di serahkan kepada Allah, yang menetapkan kadar rezeki setiap hamba-Nya. Usah sekali-kali kekhuatiran terhadap kepentingan diri sendiri menghalang kita memenuhi hak dan amanah yang telah Allah SWT tetapkan. Sentiasalah ingat kita ini juga adalah hamba kepada Yang Maha Pemurah. Keadaan ini kekal dan tidak berubah sehingga tiba hari perhitungan.

Rasulullah SAW  mengajar kita berdoa untuk memohon kepada Allah SWT. agar mendapat peluang perniaggan dan rezeki yang lumayan, maksudnya :

"Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan bala yang Engkau angkatkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu), dan keburukan yang Engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hamba-Mu)."
(Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Tabrani)

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran-pengajaran yang boleh di ambil daripada kisah di atas adalah :

1.Sikap tidak mementingkan diri sendiri dan mementingkan keperluan orang lain adalah satu peribadi yang mulia dan di tuntut oleh Islam.

2.Apabila menghadapi sesuatu masaalah kita di galakkan merujuk permasaalahan kita kepada orang yang lebih arif dan berilmu supaya masaalah tersebut dapat di atasi dengan baik.

3.Sedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim adalah amalan mulia dan akan di beri ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT.

4.Keyakinan kita yang mutlak bahawa rezeki itu datang dari Allah SWT yang bersifat Maha Pemurah adalah dari keimanan kita kepada Tauhid Rububiyah dan sebagai hamba Allah kita di minta berikhtiar tetapi segala keputusan dan ketetapan datang dari Allah SWT.

Tafsir Surah Al -Fajr Ayat 27 - 30

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
 
 Firman Allah SWT maksudnya :

"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)
   
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (QS. 89:28)

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku (QS. 89:29)

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. 89:30)
 
(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)

 Tafsirannya :

 "Wahai jiwa yang tenang" 

Asbabun Nuzul Surah al-Fajr ayat 27.
Buraidah r.a menerangkan, bahawa ayat ini ditujukan kepada Saidina Hamzah r.a yang gugur sebagai syuhada di Perang Uhud." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim. Lihat Ibnu Katsir ; 6/312)
 
Bagaimana Allah SWT memanggil kepada jiwa dengan panggilan yang lembut iaitu wahai jiwa yang tenang. Roh para syuhada adalah jiwa yang tenang dan diredai oleh Allah SWT. Saidina Hamzah r.a telah mati syahid di dalam Perang Uhud, dalam hadis ada menceritakan keistimewaan roh para syuhada Uhud sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.

Ibnu Abbas r.a. menjelaskan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW bersabda,"Allah telah menjadikan roh saudara-saudaramu yang gugur di medan Uhud berada di dalam rongga burung berwarna hijau yang berada dipinggir sungai di syurga. Burung itu memakan buah-buahan syurga kemudian bertengger di atas lampu-lampu yang terbuat dari emas yang tergantung di bawah Arasy. Ketika mereka telah mendapat makanan, minuman, dan tempat tidur yang menyenangkan, mereka berkata, 'Jika saudara kita yang masih hidup di dunia mengetahui apa-apa yang Allah berikan kepada kita, mereka tidak akan meninggalkan jihad di jalan Allah dan tidak akan lari dari medan perang." Lalu turunlah ketiga-tiga ayat dari Surah Ali-Imran ayat 169-171).(Hadis sahih riwayat Hakim diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Tirmidzi)
 
Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahuallah dalam tafsir Fi Zilalil Quran Surah al-Fajr ayat 27-30 menyatakan :
"Di tengah-tengah suasan kiamat yang ngeri dan ditengah-tengah suasana penyeksaan dan pembelengguan yang dahsyat dan diluar segala kefahaman itu, tercetuslah suara panggilan dari al-Mala'ul- A'la menyeru orang yang beriman :
 
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan dan mendapat keredaan dari-Nya. Dan silalah masuk ke dalam jamaah para hamba kesayangan-Ku. Dan silalah masuk ke dalam syurga-Ku."

Demikian ia diseru dengan penuh mesra dan lemah lembut. "Wahai" ia diseru dengan ciri kerohaniah dan penuh penghormatan. "Wahai jiwa" ia diseru dengan memberi sanjungan dan ketenangan. 
 
 "Wahai jiwa yang tenang"
 
Dan ditengah-tengah suasana belenggu dan ikatan itu muncul kebebasan kesenangan dan kemewahan. 
 
 "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan kepuasan dan mendapat keredaan dari-Nya"
 
Yakni kembali kepada asal mulanya setelah berpisah dengan bumi dan bercerai dengan dunia. Pulanglah kepada Tuhanmu kerana di antara Dia dan engkau terdapat hubungan dan perkenalan yang kukuh. Kembalilah :
 
"Dengan kepuasan dan mendapat keredaan-Nya."
 
Ia diseru demikian lembut yang membuat suasana seluruhnya diselubungi kemesraan yang timbul balik, kepuasan dan keredaan.
 
"Dan silalah masuk ke dalam jamaah para hamba kesayangan-Ku"
Iaitu para hamba-Ku yang muqarrabin yang dipilih untuk mendapat darjat ini.

"Dan silalah masuk ke dalam syurga-Ku."

Di bawah naungan dan rahmat-Ku.

Jelas terbayang rasa kasih mesra Ilahi yang mengusap jiwa-jiwa penghuni syurga iaitu jiwa yang tenteram terhadap Allah dan jalan hidupnya, terhadap qadak dan qadar di dalam kesenangan dan kesusahan, sama ada dalam keluasan atau kesempitan, sama ada ia dikurniakan atau ditahan kurnia, ia selama-lamanya tetap tenang, tenteram, tidak ragu-ragu, tidak menyeleweng dan tidak teragak-agak di tengah jalan dan tidak gentar pada hari kiamat yang ngeri.

Kemudian ayat-ayat itu berlalu berturut-turut menyelubungi seluruh suasana dengan keamanan, kepuasan , ketenteraman dan irama kata-kata yang lemah-lembut di sekeliling pemandangan yang membayangkan rasa kemesraan, hubungan yang dekat dan rasa ketenangan. Itulah syurga dengan hembusan-hembusan bayunya yang nyaman dan menyegar menjenguk di celah-celah ayat ini, dan di atasnya muncul tajali wajah ar-Rahman Yang Mulia Maha Gemilang."

Sahabat yang dikasihi,
Jiwa orang-orang mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT, yang beramal soleh ketika di dunia dengan mendapat rahmat Allah SWT  adalah termasuk di dalam jiwa yang tenang dan bersih yang layak memasuki syurga Allah SWT seperti jiwa para syuhada.

Oleh itu beramal solehlah kita, jauhi maksiat dan dosa supaya kita termasuk dikalangan mereka yang rahmati-Nya dan mempunyai jiwa yang tenang atau nafsu mutmainnah dan akan dijemput untuk memasuki dan menikmati syurga Allah SWT di hari akhirat nanti.





Amalkan Doa Nabi Yunus a.s. Ketika Dalam Kesusahan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

"Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus a.s. berdoa bermunajat dengan doa :

Ù„Ű§ Ű„ِلهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŁَنْŰȘَ ŰłُŰšْŰ­Ű§Ù†َكَ Ű„ِنّى‏ كُنْŰȘُ مِنَ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمينَ
 
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"

ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.

Malaikat memberitahu Allah SWT tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing.

Lalu Allah SWT bertanya kepada para malaikat : "Tahukah kamu suara siapa itu?"

Malaikat menjawab : "Tidak ya Allah"

Allah SWT memberitahu, "Itulah suara Yunus hamba-Ku."

Malaikat mengatakan,"Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan."

Allah menjawab : "Sudah tentu"

Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus dari perutnya."

Menurut sebuah hadis sahih riwayat Tirmizi, Nabi SAW menyatakan yang bermaksud : "Sesungguhnya tiada seorang muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekali pun, melainkan Allah akan memperkenankannya." (Hadis Riwayat Tirmizi dalam bab al-Da'awat no. 3505, di anggap sahih oleh al-Albani)

Firman Allah SWT :   

وَŰ°َۧ Ű§Ù„Ù†ُّونِ Ű„ِŰ°ْ Ű°َهَŰšَ مُŰșَۧ۶ِŰšًۧ فَŰžَنَّ ŰŁَنْ لَنْ نَقْŰŻِ۱َ Űčَلَيْهِ فَنَۧۯَى فِي Ű§Ù„ŰžُّلُمَۧŰȘِ ŰŁَنْ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َكَ Ű„ِنِّي كُنْŰȘُ مِنَ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمِينَ (87

Maksudnya : "Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam tempat yang sangat gelap (dalam perut ikan, di dalam laut dan pada malam hari) : 'Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim'." (Surah al-Anbiya' (21) ayat 87)

Pada ayat ini Allah SWT. mengingatkan Rasul-Nya dan kaum muslimin semuanya, kepada kisah Nabi Yunus a.s, yang pada permulaan ayat ini disebutkan dengan nama "Zun Nun".
Zun bererti "yang mempunyai", sedang An Nun berarti "ikan paus". Maka Zun An Nun bererti "Yang empunya ikan paus". Ia dinamakan demikian, kerana pada suatu ketika ia pernah dijatuhkan ke laut dan ditelan oleh seekor ikan paus. Kemudian, kerana pertolongan Allah, maka ia dapat keluar dari perut ikan tersebut dengan selamat dan dalam keadaan selamat.

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan ayat di atas dan hadis Nabi SAW doa Nabi Yunus a.s adalah salah satu doa yang sungguh mustajab dibacakan ketika kalian berada dalam keadaan kesusahan ditimpa bala atau musibah. 

Allah SWT akan mengkabulkannya sebagaimana Dia mengkabulkan doa Nabi Yunus a.s seperti firmannya yang bermaksud : "Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman."(Surah al-Anbiya (21)  ayat 88)

Oleh itu amalkanlah doa ini sebagai wirid harian dan bacalah doa ini sentiasa samaada dalam keadaan senang atau susah kerana betapa besarnya hikmah dan kebaikan doa yang terdapat di dalam al-Quran ini untuk menjadi amalan harian kita.



Friday, December 16, 2011

Kisah Syeikh Abdul Qadir Jailani :Jujur dan Bercakap Benar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syeikh Abdul Qadir Jailani merupakan seorang wali Allah. Beliau dilahirkan di Naif dalam daerah Jailani, Iran pada bulan Ramadan 470 Hijrah. Ayahnya bernama Salih. Beliau merupakan seorang yang bertakwa dan berketurunan Imam Hasan r.a, cucu pertama Rasulullah s.a.w. Semenjak kecil, Syeikh Abdul Qadir diasuh dengan sempurna. Sebelum ayahnya meninggal dunia dia berpesan supaya Syeikh Abdul Qadir meneruskan pengajiannya ke Baghdad.

Ketika berusia 18 tahun, beliau meminta izin daripada ibunya untuk ke Baghdad bagi menuntut ilmu agama. Sebelum berangkat ibunya berpesan supaya beliau tidak bercakap bohong. Ibunya membekalkan wang sebanyak 40 dirham dan diletakkan di dalam pakaian Syeikh Abdul Qadir. Berangkatlah beliau ke Baghdad bersama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan ke Baghdad, Syeikh Abdul Qadir dan rombongannya telah diserang oleh 60 orang penyamun. Kesemua harta kafilah dirampas tetapi barang milik Syeikh Abdul Qadir tidak diusik. Sangkanya Syeikh Abdul Qadir tidak mempunyai apa-apa. Bagaimanapun salah seorang penyamun bertanya kepada Syeikh Abdul Qadir apa yang dia miliki. Lalu Syeikh Abdul Qadir berterus terang yang dia mempunyai 40 dirham dalam pakaiannya. Tanpa belas kasihan, penyamun itu terus memotong pakaian Syeikh Abdul Qadir.

"Mengapa kamu bercakap jujur dengan kami?" tanya ketua penyamun

"Ibu berpesan agar jangan sekali-kali bercakap bohong. Apatah lagi aku hendak ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Sekiranya aku berbohong, ilmu yang aku perolehi tidak berkat dan tidak mendapat keredhan Allah s.w.t." beritahu Syeikh Abdul Qadir

Mendengar kejujuran dan keikhlasan Syeikh Abdul Qadir, ketua penyamun itu telah insaf dan sedar akan dosa dan kezaliman yang telah ia dan kawan-kawannya lakukan, dan telah memulangkan semua barang-barang yang dirampas dan berjanji tidak akan menjadi penyamun lagi.

Sahabat yang dikasihi,
Bagaimana akhlak yang mulia iaitu bercakap benar yang ditunjukkan oleh Syeikh Abdul Qadir Jailani dengan izin Allah SWT telah membuka pintu hati ketua perompak tersebut . Kerana kejujurannya boleh membuka pintu hati seorang yang ahli maksiat yang bergelumangan dengan dosa. Oleh itu sifat ini perlulah kita hayati pada diri kita dan ajarkan sifat jujur dan benar ini kepada isteri dan anak-anak kita, jiran tetangga dan sahabat handai.

Rasulullah SAW bersabda kepada Sayyidina Ali r.a yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermenfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermenfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari. Wahai Ali ! Barangsiapa yang banyak dosanya, maka hilanglah kehormatannya.
Wahai Ali ! Jagalah selalu kejujuran ucapan dan jagalah pula perbicaraanmu. Jagalah amanat, peliharalah kemurahan hati serta kesucian batin (hati)."

Pengajaran yang boleh kita ambi daripada kisah di atas :

1.Sifat jujur dan bercakap benar adalah sifat mahmudah yang mana Allah akan memberikan rahmat dan pertolongan-Nya kepada sesiapa saja yang memiliki sifat ini.

2.Menuntut Ilmu agama adalah fardu ain, sesiapa saja yang keluar rumah semata-mata untuk menuntut ilmu adalah seperti keluar berjihad fisabilillah dan para malaikat menaungi dan mendoakan akan kesejahteraan mereka.

3.Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan didikan Islam supaya mereka menjadi insan yang beriman dan berguna pada masyarakat.

Kisah Orang Soleh Dengan Pencuri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Luqman Hakim, Rasulullah SAW menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan kerja-kerja sehariannya hanyalah mencuri. Hampir setiap malam dia mencuri harta benda kepunyaan jiran tetangganya. Jirannya sentiasa menasihati beliau agar meninggalkan pekerjaan yang keji itu.

Pada suatu malam, ketika dia hendak pergi mencuri tiba-tiba dia bertemu dengan seorang miskin yang sentiasa duduk di dalam mesjid. Dia tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengan dia itu adalah orang miskin yang sangat soleh dan zuhud terhadap dunia. Maka tanpa segan silu pencuri itu mengajak lelaki miskin itu pergi mencuri bersama-sama dengannya.

"Hai orang miskin," kata pencuri itu.

"Mengapa engkau selalu duduk di dalam mesjid sambil menanti belas kasihan orang lain. Marilah ikut aku nescaya engkau akan memperoleh pekerjaan yang menguntungkan. Kalau engkau bersetuju marilah kita pergi mencuri bersama-sama," ajak pencuri itu.

"Baiklah" jawab orang miskin itu ringkas.

"Kalau begitu marilah kita pergi sekarang kerana hari sudah gelap" ajak pencuri itu

"Lebih baik kita atur rancangan dahulu" kata pencuri lagi.

"Aku masuk kedalam kedai manakala engkau nampak orang datang segeralah beritahu aku, ingat... jangan sampai kita tertangkap."

Setelah mereka merancang dengan teliti maka pencuri itu pun memulakan tugasnya mengikut apa yang telah di rancangkan. Pencuri itu pun masuk kedalam kedai manakala orang miskin yang soleh itu menanti di luar. Setelah agak lama pencuri itu berada di dalam tiba-tiba orang miskin yang soleh itu berteriak :
"Hai kawan, cepat keluar, ada orang datang kemari?"
Mendengar teriakan orang miskin itu pencuri itu kalang-kabut lari keluar untuk menyelamatkan diri bersama-sama dengan kawannya itu. Setelah keadaan agak tenteram, dia pun berkata kepada kawannya itu.

"Tadi engkau kata ada orang datang, tapi mana orang itu?"

Maka orang miskin itu menjawab dengan lemah lembut :
"Benar kata engkau hai kawan, tidakkah engkau sedar bahawa Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita. Walaupun kita tidak melihat-Nya, Dia sentiasa melihat kita. Dia itulah Allah Yang Maha Pemurah yang telah menyediakan rezeki untuk semua hamba-Nya."

Orang miskin itu terus berkata :
"Hai kawan, engkau telah mengajak aku untuk mencari kekayaan dengan cara mencuri. Sekarang bolehkah engkau membuktikan kepada aku manakah pencuri yang telah menjadi kaya di dunia ini ?"

Pencuri itu termenung mendengar kata-kata orang miskin itu lantas dia pun menyatakan keinsafannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.

Sahabat yang dihormati,
Berdasarkan kisah tersebut dapatlah kita menyedari bahawa hidup kita ini sentiasa di perhatikan dan diawasi oleh Allah SWT . Apabila kita tergerak untuk membuat sesuatu maksiat atau sesuatu perkara yang di larang oleh agama ingatlah Allah SWT. Maha Melihat di atas segala amalan perbuatan kita, keyakinan yang tertanam dalam hati nurani kita sebenarnya adalah akidah Tauhid Rububiyah kepada Allah SWT. Sehinggakan niat dan bisikan hati kita dapat di ketahui oleh Allah Azzawa Jalla. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang lari dari peraturan dan kehendak Allah SWT.

Nabi SAW  pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati sesaorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.

Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiyyah dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. Firman Allah SWT  yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9).

Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).

Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran yang boleh di ambil daripada kisah di atas adalah :

1.Kita digalakkan untuk membantu dan bersedekah kepada orang fakir miskin, dan dilarang kita menghina mereka di sebabkan kemiskinan.

2.Islam melarang umatnya menjalankan pekerjaan haram seperti mencuri kerana orang yang mencuri telah mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.

3.Kita di suruh oleh Islam untuk amal ma'aruf dan nahi mungkar dan memberi nasihat yang baik kepada mereka yang melakukan kemungkaran dan perbuatan haram.

4.Sebagai pendakwah dan para da'ie perlulah mengambil pendekatan cara hikmah untuk mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Thursday, December 15, 2011

Jauhi Tiga Jenis Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga macam manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Huraiannya :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua ibu bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah (harus), begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat). Jika melanggar perintah kedua ibu bapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci keduanya terutama ketika mereka berdua telah tua dan memerlukan bantuan dan pembelaan.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23)

Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.dan hidupnya di dunia ini tidak akan ada keberkatan kerana reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua ibu bapa kepada anaknya.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis riyawat Bukhari )

Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.

Nabi SAW memberi wasiat kepada Sayyidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Nabi SAW bersabda, “Aku beritahukan kepadamu tiga macam dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah SWT, tidak patuh kepada kedua orangtuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Mungkin bermula apabila wanita tersebut mengadu kepadanya bahawa dia mempunyai masaalah dengan suaminya. Sepatutnya sebagai seorang mukmin dia menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.

Perlu diingatkan kepada para wanita yang sudah berkahwin kalian perlu berhati-hati apabila meluahkan masaalah rumah tangga kepada lelaki yang kalian tidak kenal sepenuhnya hanya kenal di alam maya ini kerana ramai lelaki mempunyai "penyakit hati" dan akan mengambil kesempatan untuk "meneguk di air keruh" dan dikira berdosa kerana membuka aib suami kepada orang yang tidak berkenaan. Tetapi jika kalian berhajat mendapatkan khidmat nasihat maka dapatkanlah daripada ustazah atau ustaz atau pakar kaunseling maka hubungilah mereka yang berpengalaman dalam menyelesaikan masaalah rumah tangga.



Bukan sahaja lelaki yang merosakkan rumah tangga orang lain akan mendapat laknat daripada Allah SWT tetapi wanita tersebut yang tertarik dengan lelaki yang menghasutnya juga tidak akan masuk syurga kerana meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”.  (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Menghasut, mengadu domba, atau memprovokasi, dalam Islam disebut namimah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Hakikat namimah ialah menyebarkan rahsia, mengadu domba dan mengumpat. Tidak seharusnya setiap keadaan yang tak disukai disampaikan ke orang lain, kecuali jika ditujukan untuk kemaslahatan kaum muslimin atau menolak kemaksiatan, seperti kesaksian di pengadilan.

Selain ancaman tidak masuk syurga, penghasut dikecam sebagai manusia paling buruk perilakunya. Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang orang yang paling buruk perilakunya di antara kalian? Yaitu, orang yang berjalan di atas muka bumi seraya menghasut, yang merosak di antara orang-orang yang tadinya saling mencintai, dan hanya ingin memceritakan aib orang-orang yang tidak bersalah.''
(Hadis Riwayat Ahmad).

Menghasut sangat berbahaya jika dibiarkan berlaku di dalam kehidupan sosial.

Pertama, munculnya benih saling mencurigai di antara sesama muslim.

Kedua, jatuhnya nama baik dan martabat seseorang.

Ketiga, terciptanya kekacauan, ketakstabilan, dan ketidakharmonian dalam hubungan sosial.

Rasulullah SAW mengecam orang-orang munafik di Madinah kerana perilaku kotornya yang suka menghasut ketika baginda berhijrah. Kebiasaan menghasut sepertinya sudah menjalar dan meluas di negeri kita pada masa ini. Melahirkan banyak bloger-bloger politik yang tidak bermoral dan sanggup menabur fitnah, maki hamun dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)

Oleh itu jauhilah daripada segala bentuk perbuatan, percakapan, tulisan dan amalan yang  suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan memutuskan silaturahim, mengadu domba, menghasut, memfitnah, mengumpat dan menimbulkan permusuhan bukan sahaja mendapat dosa besar tetapi akan mendapat laknat Allah SWT  dan tidak akan mencium bau syurga.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhi diri kita daripada tiga jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat seperti hadis di atas. Untuk menjauhi daripada laknat Allah SWT perlulah kalian melakukan; pertama, mengasihi kedua ibu bapa kalian jangan menderhakainya dan berbaktilah kepada mereka jika mereka masih hidup dan jika mereka sudah meninggal dunia doakan mereka dan buatlah amal soleh untuk mereka. Kedua, jauhilah dan jangan cuba untuk mendekati wanita yang sudah berkahwin dengan tujuan-tujuan yang tidak bermoral,  jika terdapat ruang-ruang fitnah cubalah menutupnya. Jika berhajat untuk mencari pasangan hidup carilah janda atau gadis yang masih belum berpunya dan gunakanlah cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Ketiga, janganlah sekali-sekali memecah belahkan perpaduan umat Islam. Jadikanlah diri kita sebagai penyelamat umat, pendakwah yang jujur dan ikhlas dan berjuang semata-mata mencari keredaan Allah SWT bukannya untuk mendapatkan nama, pujian dan kedudukan dalam masyarakat.










Hiasilah Akhlak Kalian Dengan Sifat Lemah Lembut Dan Tenang Nescaya Akan di Kasihi Oleh Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah SAW bersabda kepada Asyaj Abd al-Qais maksudnya : "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh Allah iaitu lemah lembut dan tenang." (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat dua sifat pada diri seorang mukmin maka dia akan dikasihi oleh Allah SWT. Sifat-sifat tersebut adalah :

Pertama : Lemah lembut.

Kedua : Tenang.

Huraiannya :

Pertama : Lemah lembut.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sifat lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung. Sesiapa yang memiliki sifat ini dia akan dapat menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar , tidak bersikap keras dan kasar dan tidak tergopoh gapah di dalam sesuatu perkara. Bukanlah bermakna apabila seseorang berlemah lembut maka dia mudah di permainkan atau diperbodohkan oleh orang lain. Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan dalam kebenaran agar seseorang itu akan dihormati dan muliakan.

Rasullullah SAW adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:  "Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut.(Hadis Riwayat Muslim)

Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya. Dari itu kita dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Firman Allah SWT :

ÙŰšÙ…Ű§ Ű±Ű­Ù…Ű© من Ű§Ù„Ù„Ù‡ لنŰȘ لهم, ولو كنŰȘ ÙŰžŰ§ ŰșÙ„ÙŠŰž Ű§Ù„Ù‚Ù„Űš Ù„Ű§Ù†ÙŰ¶ÙˆŰ§ من Ű­ÙˆÙ„Ùƒ ÙŰ§Űčف Űčنهم ÙˆŰ§ŰłŰȘŰșÙŰ±Ù„Ù‡Ù… ÙˆŰŽŰ§ÙˆŰ±Ù‡Ù… فى Ű§Ù„Ű§Ù…Ű±, ÙˆŰ„Ű°Ű§ ŰčŰČمŰȘ فŰȘوكل Űčلى Ű§Ù„Ù„Ù‡. Ű„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙŠŰ­Űš Ű§Ù„Ù…ŰȘوكلين.

Maksudnya : “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”. (Surah Ali Imran (3) ayat 159)

Orang mukmin akan sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk empat perkara : “ Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasi diriku dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah aku dengan sifat ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan nikmat kesihatan”.

Oleh itu bersifatlah dengan sifat berlemah lembut dan jauhilah sifat kasar, keras, bengis dan tidak bertimbang rasa kerana fitrah manusia suka dan kasih pada peribadi yang memiliki sifat lemah lembut. Berlemah lembutlah kepada ulama, guru-guru, ibu bapa, isteri, anak-anak, jiran tetangga, sahabat handai, saudara mara dan umat Islam seluruhnya nescaya kalian akan dikasihi oleh mereka semua.

Kedua : Tenang.

Sifat tenang adalah salah satu sifat mahmudah. Tidak gopoh-gapah di dalam segala urusannya.

Daripada Sahl bin Sa'd bersabda Rasulullah SAW  : "Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan." (Hadis Riwayat Tarmizi 2012 dan dikatakan hasan)

Orang yang cerdik sebelum ingin mengambi sesuatu tindakan atau keputusan ia perlu mengkaji terlebih dahulu serta memikirkannya segala akibat dan menimbangkan baik buruknya. Kemudian barulah dilaksanakannya tindakan atau keputusan tersebut dengan penuh ketetapan hati dan berhati-hati. Sikap seperti ini tidak akan menimbulkan penyesalan di kemudian hari nanti. Seandainya perkara yang dirancang tadi mengikut pengharapannya, nescaya dia bersyukur kepada Allah SWT dan jika terjadi sebaliknya diluar jangkaannya ia menganggap sebagai takdir Tuhan serta reda menerimanya dengan tenang dan sabar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sungguh menakjubkan sifat dan keadaan orang mukmin, seluruh urusan kehidupannya mengandungi kebaikan dan hal berkenaan tidak terdapat pada orang lain. Orang mukmin jika diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, kemudian dia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, sebaliknya jika dia ditimpa musibah, kemudian dia bersabar maka hal yang demikian juga kebaikan baginya. (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW mengajar kepada kita bahawa apabila iqamat telah di kumandangkan menandakan solat telah hampir untuk di dirikan maka kita hendaklah bertenang dan jangan gopoh-gapah. Sempurnakan wuduk dan berjalan ke tempat solat dengan tenang sebagimana sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah SAW : "Jika kamu mendengar iqamat, maka berjalanlah menuju solat dengan tenang, tenteram dan jangan tergesa-gesa. Maka apa yang kamu dapati, hendaklah kamu sempurnakan."
(Hadis Riwayat Muttafaq alaih)

Firman Allah SWT :

 {Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ وَŰȘَŰ·ْمَŰŠِنُّ قُلُÙˆŰšُهُمْ ŰšِŰ°ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَÙ„Ű§ ŰšِŰ°ِكْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰȘَŰ·ْمَŰŠِنُّ Ű§Ù„ْقُلُÙˆŰšُ}

Maksudnya : “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Surah ar-Ra’du ayat 28).

Jiwa yang sentiasa tenang dan tenteram adalah jiwa orang mukmin kerana setiap masa lidahnya sentiasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT. Sesungguhnya hanya mengingati Allah SWT hati akan tenang, tenteram dan merasa gembira.

Dari Maimunah hamba pengasuh Nabi SAW berkata : "Seorang wanita datang kepada Nabi dari puak Jursh dan berkata kepada ‘Aisyah : Tolonglah beritahuku dengan suatu doa dari Rasulullah yang boleh menenangkan diriku dan mententeramkannya.

Rasulullah bersabda kepada 'Aisyah radiallahuanha katakan kepadanya : "Letakan tangan kananmu dekat bahagian hatimu dan sapukan ia sambil membaca doa :

ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ، َۧللهُمَّ ŰŻَِۧونِي ŰšِŰŻَوَۧۊِكَ وَۧێْفِـنِيْ   ŰšِŰŽِفـَۧۊِكَ
وَŰŁَŰșْنِنِيْ  ŰšِفَÙ€Ű¶ْلِكَ Űčَمَّنْ ŰłِوَŰ§Ùƒ

Maksudnya : "Dengan nama Allah , Wahai Allah, rawatilah daku dengan Rawatan-Mu, sembuhkanlah daku dengan Penawarmu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada pada-Mu dari mengharapkan selain dari-Mu."
(Petikan dari kitab Usudul Ghobah : 5/404)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita beramal dengan dua sifat yang mulia iaitu sifat lemah lembut dan tenang supaya kita sentiasa dikasihi oleh Allah SWT. Jauhi daripada sifat kasar dan keras dan sifat gopoh-gapah kerana sifat ini dibenci oleh Allah SWT dan manusia juga tidak suka kepada kedua-dua sifat yang buruk ini.














Monday, December 12, 2011

Tafsir Surah Al - Hujurat Ayat 11


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :


يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ لَۧ يَŰłْŰźَ۱ْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ ŰčَŰłَى ŰŁَنْ يَكُونُÙˆŰ§ Űźَيْ۱ًۧ مِنْهُمْ وَلَۧ نِŰłَۧۥٌ مِنْ نِŰłَۧۥٍ ŰčَŰłَى ŰŁَنْ يَكُنَّ Űźَيْ۱ًۧ مِنْهُنَّ وَلَۧ ŰȘَلْمِŰČُÙˆŰ§ ŰŁَنْفُŰłَكُمْ وَلَۧ ŰȘَنََۧۚŰČُÙˆŰ§ ŰšِŰ§Ù„ْŰŁَلْقَِۧۚ ŰšِŰŠْŰłَ Ű§Ù„ِۧ۳ْمُ Ű§Ù„ْفُŰłُوقُ ŰšَŰčْŰŻَ Ű§Ù„ْŰ„ِيمَŰ§Ù†ِ وَمَنْ لَمْ يَŰȘُŰšْ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ŰžَّŰ§Ù„ِمُونَ (11

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat (49) ayat 11)

Dalam ayat ini, Allah SWT memperingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan ada suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi, mereka yang diolok-olokkan itu pada sisi Allah SWT jauh lebih mulia dan terhormat dari mereka yang mengolok-olokkan, dan demikian pula di kalangan wanita, jangan ada segolongan wanita yang mengolok-olokkan wanita yang lain kerana boleh jadi, mereka yang diolok-olokkan itu pada sisi Allah lebih baik dan lebih terhormat dari wanita-wanita yang yang mengolok-olokkan itu. Dan Allah SWT melarang pula orang-orang yang beriman mencela sesama mereka kerana  semua orang-orang mukmin adalah umpama satu tubuh yang diikat dengan kesatuan dan persatuan, dan dilarang pula panggilan-panggilan dengan gelar-gelar yang buruk seperti panggilan kepada seseorang yang sudah beriman dengan kata-kata: hai fasik, hai kafir, hai munafik dan sebagainya. 

 Asbabun Nuzul surah al-Hujurat ayat 11

Abu Jubair Ibnu Dhahak r.a menegaskan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang yang dipanggil dengan nama tertentu, agar orang itu tidak senang dengan  panggilan itu." (Hadis Riwayat Tirmizi - Hadis hasan sahih)

Rasulullah SAW bersabda :

Ű„Ù† Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ù„Ű§ ÙŠÙ†ŰžŰ± Ű„Ù„Ù‰ Ű”ÙˆŰ±ÙƒÙ… ÙˆŰŁÙ…ÙˆŰ§Ù„ÙƒÙ… ولكن ÙŠÙ†ŰžŰ± Ű„Ù„Ù‰ Ù‚Ù„ÙˆŰšÙƒÙ… ÙˆŰŁŰčÙ…Ű§Ù„ÙƒÙ…

Maksudnya :"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupamu dan harta kekayaanmu, akan tetapi Ia memandang kepada hatimu dan perbuatanmu." (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini mengandung isyarat bahawa seorang hamba Allah jangan memastikan kebaikan atau keburukan seseorang semata-mata kerana melihat kepada amal perbuatannya saja, sebab ada kemungkinan seorang nampak mengerjakan amal kebaikan, padahal Allah SWT melihat di dalam hatinya ada sifat yang tercela, dan sebaliknya pula mungkin ada seorang yang kelihatan melakukan suatu yang nampak buruk, akan tetapi Allah SWT melihat dalam hatinya ada rasa penyesalan yang besar yang mendorong kepadanya bertaubat dari dosanya. Maka amal perbuatan yang nampak di luar itu, hanya merupakan tanda-tanda saja yang menimbukan sangkaan yang kuat, tetapi belum sampai ke tingkat meyakinkan. Maka Allah SWT melarang orang-orang mukmin memanggil orang dengan panggilan-panggilan yang buruk setelah mereka beriman. 

Ketika Rasulullah SWT  tiba di Madinah, maka orang-orang Ansar banyak mempunyai nama lebih dari satu, dan jika mereka dipanggil oleh sahabat mereka, kadang-kadang dipanggil dengan nama yang tidak disukainya, dan setelah hal itu dilaporkan kepada Rasulullah SAW maka turunlah ayat ini.

Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas dalam menafsirkan ayat ini, beliau menerangkan bahawa ada seorang laki-laki yang pernah di masa mudanya mengerjakan suatu yang buruk, lalu ia bertaubat dari dosanya, maka Allah SWT melarang siapa saja yang menyebut-nyebut lagi keburukannya di masa yang lalu, kerana hal itu dapat membangkitkan perasaan yang tidak baik, membangkit-bangkit kefasikan setelah beriman. Itu sebabnya Allah melarang panggilan-panggilan dengan gelar-gelar yang buruk itu.

Adapun gelar-gelar yang mengandung penghormatan, itu tidak dilarang seperti sebutan kepada Abu Bakar dengan As Siddiq, kepada Umar dengan Faruq, kepada Usman dengan sebutan Zun Nurain dan kepada Ali dengan Abu Turab dan kepada Khalid bin Walid dengan sebutan Saifullah (pedang Allah).

Panggilan yang buruk dilarang diucapkan sesudah orangnya beriman kerana gelaran-gelaran buruk itu mengingatkan kepada kederhakaan dimasa lalu yang sekarang tidak seharusnya diberikan kepada orang yang telah beriman. Barang siapa tidak bertaubat, bahkan terus pula memanggil-manggil dengan gelar-gelar yang buruk itu, maka mereka itu dicap oleh Allah SWT sebagai orang-orang yang zalim terhadap diri mereka sendiri dan pasti akan menerima balasan berupa azab dari Allah SWT pada hari akhirat.

Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah dalam kitab tafsir Fizilal Quran menafsirkan surah al-Hujurat ayat 11 menyatakan :

"Masyarakat gemilang yang ditegakkan Islam dengan bimbingan al-Quran itu adalah sebuah masyarakat yang mempunyai adab sopan yang tinggi. Setiap warganegaranya mempunyai kehormatan yang tidak boleh disentuh kerana kehormatannya merupakan sebahagian dari kehormatan masyarakat. Perbuatan mengaitkan mana-mana warganegara bererti mengaibkan diri sendiri kerana masyarakat itu merupakan satu kesatuan yang mempunyai satu kehormatan.

Di dalam ayat ini al-Quran menyeru orang-orang mukmin dengan seruan yang mesra : " Wahai orang-orang yang beriman"

Dan melarang mereka supaya jangan ada lelaki yang menghinakan kaum lelaki yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihinakan itu lebih baik dari mereka, dan jangan ada kaum wanita yang menghina kaum wanita yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihinakan itu lebih baik dari mereka mengikut pertimbangan neraca Allah SWT.

Ungkapan ayat ini mengandungi satu saranan yang halus bahawa nilai-nilai lahir yang dilihat kaum lelaki dan kaum wanita pada diri mereka itu bukanlah nilai-nilai hakiki yang dapat digunakan untuk mengukur manusia. Di sana ada nilai-nilai lain yang mungkin tersembunyi kepada mereka, iaitu nilai-nilai yang diketahui Allah dan yang digunakan untuk mengukur manusia. Kadangkala lelaki yang kaya menghinakan lelaki  yang miskin, lelaki yang kuat menghina lelaki yang lemah, lelaki yang biasa menghina lelaki yang luar biasa, lelaki yang cerdik meghina lelaki yang bodoh, lelaki yang banyak anak menghina lelaki yang mandul, lelaki yang ada ibu bapa menghina lelaki yang yatim piatu. Kadangkala perempuan yang cantik menghinakan perempuan yang hodoh, perempuan yang muda menghinakan perempuan yang tua, perempuan yang tidak cacat menghinakan perempuan yang cacat dan perempuan yang kaya menghinakan perempuan yang miskin. Tetapi semua nilai-nilai ini dan sebagainya adalah dari nilai-nilai bumi yang tidak boleh dijadikan ukuran-ukuran kerana pertimbangan neraca Allah yang mengangkat dan menjatuhkan seseorang itu bukanlah didasarkan di atas nilai-nilai seperti itu.

Tetapi al-Quran tidak hanya berpada pada saranan yang halus itu malah ia membangkitkan sentimen persaudaraan keimanan dan mengingatkan orang-orang yang beriman  bahawa mereka semua adalah ibarat satu diri sahaja dan barang siapa yang mencela orang lain bererti mencela diri sendiri.

"Dan janganlah kamu mengaibkan diri kamu sendiri"

Kata-kata "talmizu" (mengaibkan) itu sendiri mempunyai satu nada dan bayangan tertentu. Ia seolah-olah merupakan satu tikaman  fizikal bukannya keaiban mental.

Di antara perbuatan-perbuatan yang menghina dan mengaibkan ialah perbuatan memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk yang tidak disukai oleh seseorang, iaitu gelaran-gelaran yang dirasakan menghina dan mengaibkan. Di antara kewajipan mukmin terhadap mukmin yang lain ialah tidak memanggilnya dengan apa sahaja gelaran yang tidak disukainya dan dirasakan terhina.

Rasulullah SAW telah mengubahkan berbagai-bagai nama dan gelaran-gelaran orang Islam yang dipakai dizaman jahiliah kerana nama-nama dan gelaran-gelaran itu menurut perasaan baginda yang halus dan hati baginda yang luhur adalah menghinakan tuan-tuan tubuh yang memakainya atau kerana nama-nama dan gelaran itu memberi sifat-sifat yang buruk kepada mereka."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita memperbaiki akhlak kita dengan membuangkan sifat suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain . Sesiapa yang bertindak merendahkan orang lain dan merasa bangga dengan kelebihan diri sendiri maka dia sebenarnya bersifat ujub dan takabur samaada lelaki ataupun wanita. Kita juga dilarang mengelar dengan panggilan yang buruk dengan tujuan untuk menghinakan orang mukmin lain.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Takwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Hadis Riwayat al-Tirmizi, kata hadis ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)

Kisah Ibrahim Adham Bertaubat Kerana Termakan Benda Haram

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu hari selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berhajat untuk ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekal diperjalanan dia membeli 1 kilogram kurma daripada seorang peniaga tua berhampiran Masjidil Haram. Ketika kurma itu ditimbang Ibrahim melihat sebutir tergeletak di dalam timbangan. Dia menyangka kurma itu sebahagian daripada yang dibelinya. Lalu Ibrahim memungut memakannya. Kemudian dia berangkat menuju ke Al-Aqsa.

Dalam tempuh empat bulan Ibrahim tiba di Al-Aqsa. Seperti biasa Ibrahim suka memilih tempat beribadah di bawah kubah Sakhra. Dia solat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Tiba-tiba dia mendengar dua malaikat berbual-bual mengenai dirinya." Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud, warak dan doanya selalu di kabulkan Allah SWT" kata salah seorang malaikat itu." 

"Tetapi sekarang doanya ditolak kerana empat bulan yang lalu dia memakan sebutir kurma seorang peniaga tua di Masjidil Haram,"jawab malaikat yang satu lagi.

"Astaghfirullah, jadi selama empat bulan ini ibadahku, solatku, doaku dan mungkin amalanku yang lain tidak di terima oleh Allah SWT. kerana sebutir kurma yang bukan hakku itu!"

Terkejut Ibrahim mendengar ungkapan malaikat tadi. Dengan penuh penyesalan, dia bergegas ke Makkah menemui peniaga tua itu. Dia ingin meminta dihalalkan kurma yang terlanjur dimakannya dulu.

Sebaik sampai di Makkah, Ibrahim terus menuju tempat peniaga tua itu. Bagaimanapun, dia tidak melihat peniaga tua itu di situ lagi melainkan seorang anak muda yang sibuk melayan orang ramai yang membeli kurmanya.

"Empat bulan yang lalu saya membeli kurma disini daripada seorang tua .Ke mana pak cik tu sekarang?" tanya Ibrahim kepada anak muda itu.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu dan saya yang akan meneruskan perniagaannya." jawab pemuda itu.

"Innalillahi wa innailaihi raji un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?" sambung Ibrahim yang kemudian menceritakan peristiwa yang dialaminya.

"Engkau sebagai waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?" pinta Ibrahim.

"Insya Allah, saya halalkan tapi entah dengan saudara-saudara saya yang sebelas orang lagi. Saya tidak berani mewakili mereka kerana kami mempunyai hak waris yang sama ke atas perniagaan ini." jelas anak muda itu.

"Dimana saudara-saudaramu itu tinggal, saya mahu menemui mereka satu persatu." tanya Ibrahim bersungguh-sungguh.

Setelah mengetahui alamat sebelas waris itu, Ibrahim meneruskan perjalanan untuk mendapatkan penghalalan. Akhirnya, setelah berjalan jauh dan menemui sebelas beradik, hajat Ibrahim ditunaikan apabiala kesemua mereka bersetuju menghalalkan kurma milik ayah mereka yang tidak sengaja dimakan itu.

Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada di bawah kubah Sakhra.Dia kembali mendengar perbualan dua malaikat itu.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak akibat termakan sebutir kurma milik orang lain" kata salah satu malaikat itu.

"Oh. tidak sekarang doanya sudah makbul lagi kerana telah mendapat penghalalan dari waris peniaga kurma itu." bisik malaikat yang satu lagi.

Kini, diri dan jiwa Ibrahim sudah ceria serta bersih dari kotoran kurma yang haram itu.

Sahabat yang dimuliakan.
Kisah tersebut di atas boleh dijadikan pengajaran bahawa memakan barang yang halal adalah salah satu syarat doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan terima doa orang yang mengandungi bahan haram dalam tubuhnya termasuklah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: "Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari."

Pada zaman Nabi Musa a.s ada dikisahkan seorang yang berdoa bersungguh-sungguh dengan tangannya diangkatkan ke langit tetapi doanya tidak diterima Allah. Nabi Musa a.s berasa hairan kerana doa lelaki tersebut tidak diterima Allah. Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah mengapakah doa lelaki itu tidak diterima. Allah menjawab, doanya tidak diterima kerana di dalam perutnya ada benda yang haram dan di belakangnya ada juga benda yang haram (pakaiannya). Malah di rumahnya turut dipenuhi dengan benda yang haram dan disebabkan itulah doanya tidak diterima.

Bagi diri setiap orang Islam, penerimaan doa oleh Allah S.W.T itu sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala ibadat. Ia juga bermaksud sekiranya 'otak' itu cacat, maka ibadat lain turut cacat sama. Bagi orang beriman, doa adalah satu kekuatan yang Allah kurniakan kepada manusia khususnya bagi orang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah.

Oleh itu jauhilah segala makanan dan harta yang haram supaya doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT seperti kisah di atas.

Jauhi Permusuhan dan Perbalahan Sesama Muslim Dan Kembalilah Kepada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT mengajak semua umat Islam agar kembali kepada kepada Kitabullah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya jika terdapat perselisihan pendapat di dalam sesuatu urusan kehidupan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembali- kanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibat- nya."(Surah an-Nisaa' ayat 59)

Golongan yang selamat ialah golongan yang setia mengikuti manhaj Rasulullah SAW dalam hidupnya, serta manhaj para sahabat sesudahnya. Iaitu Al-Quranul Karim yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya, yang baginda Nabi SAW  jelaskan kepada para sahabatnya dalam hadis-hadis sahih. Baginda memerintahkan umat Islam agar berpegang teguh kepada keduanya:

Sabda Nabi SAW naksudnya : "Aku tinggalkan padamu dua perkara yang kalian tidak akan tersesat apabila (berpegang teguh) kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku. Tidak akan bercerai-berai sehingga kedua-nya menghantarku ke telaga (syurga)."
(Di sahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami')

Allah SWT berfirman maksudnya : "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (Surah an-Nisaa' ayat 65)

Sahabat yang dimuliakan,
Para pendakwah Islam khususnya dan umat Islam umumnya sekarang ini samaada di alam siber (internet) maupun di alam nyata amat suku berbalah, kecam mengecam, hina menghina dan merendahkan golongan lain.

Masing-masing ingin menegakkan kebenarannya dengan berbagai-bagai dalil , alasan dan hujjah. Mereka mengatakan merekalah yang benar, merekalah yang mengikut uslub Rasulullah, masing-masing memetik ayat-ayat al-Quran, hadis, qiyas, pendapat sahabat, pendapat ulama, pendapat pemimpin mereka dan lojik akal.

Masing-masing menyalahkan orang lain dan mengatakan golongan lain tidak ikut sunnah dan menyeleweng, bidaah dalalah dan sebagainya. Mereka sudah menjadi buta mata hati dan menganggap golongan yang tidak sependapat dengan mereka seperti musuh sehingga timbul maki hamun, tuduh menuduh, menganggap orang lain sesat dan masuk neraka dan sebagainya. Mereka taksub dengan pendapat sendiri dan melecehkan orang lain.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Lelaki yang paling dibenci Allah ialah lelaki yang suka perbantahan dan permusuhan".

Mereka berseronok dengan perbalahan tersebut dan rasa ujub dan berbangga jika dapat mematahkan hujjah orang lain, kemudian mendapat sokongan dan komen para penyokong masing-masing.

Mari kita menilai satu persatu adakah mereka ini semuanya berada diatas jalan yang benar? atau mereka sudah tersasar mengikut hawa nafsu amarah dan terpengaruh dengan godaan syaitan?

Jika mereka mendakwa mereka mengikut al-Quran dan as-sunnah , tetapi jika dilihat cara perdebatan dan perbalahan yang mereka lakukan cukup jelas mereka semua telah terkeluar daripada petunjuk Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Terkeluar daripada roh ukhwah Islamiah. Mereka telah memutuskan silaturahim, timbulkan fitnah memfitnah, maki hamun, tuduh menuduh, mengumpat, menghina, mendedahkan aib orang lain, menggunakan pendekatan kasar dan keras (tidak berhikmah) dan tidak berakhlak dengan akhlak Islam.

Masing-masing mengunakan strategi mencederakan hati sesama muslim dan membuka keaiban sesama muslim.Ini antara faktor besar perpecahan masyarakat Islam di negara ini berlaku. Apabila mereka bercakaran sesama muslim ini petanda telah sampai bala daripada Allah SWT berpunca kerana mereka lari daripada petunjuk Allah SWT.

Ash-Syahid Hassan al-Banna pernah berkata untuk menenangkan keadaan perbalahan dan permusuhan dikalangan pendakwah Islam, dengan kata-kata hikmatnya, "Kita berkerjasama di dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama dan bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihkan, selagi yang diperselisihkan itu tidak menyentuh masaalah prinsip."

Maksudnya disini jika terang-terang satu golongan yang telah disahkan terkeluar daripada ajaran Islam dan iktikad Ahli sunnah waljamaah seperti ajaran syiah yang menghalalkan nikah mut'ah, menghina dan menolak khalifah ar-Rasyidin pertama, kedua dan ketiga dan para sahabat besar yang lain , menolak hadis-hadis daripada Aisyah r.ha dan Abu Hurairah r.a dan menganggap para Imam mereka maksum.

Kita tidak boleh bertolak ansur dengan golongan ajaran sesat yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti  Ajaran Ahmad Qadiani , golongan anti hadis  dan lain-lain ajaran sesat.

Kita tidak boleh berkomromi jika dasar perjuangan ashobiyyah (suku kaum) yang membantu kaumnya walaupun melakukan kezaliman (tidak mendaulatkan hukum hudud dan hukum-hukum Allah SWT) dan menolak Manhaj Dakwah Islam daripada sunah Nabi SAW. iaitu mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT.

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda SAW.: "Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman." (Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata: “Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud).

Maksud kezaliman adalah meletakkan sesuatu bukan ditempatnya, jika perjuangan sesuatu bangsa bukan untuk menegakkan kalimah Allah (hukum-hukum Allah) dikira perjuangan ashobiyyah.

Kita juga kena berhati-hati dengan golongan yang suka mengkafirkan orang Islam lain yang tidak setuju dengan fatwa kumpulan mereka dan menonjolkan Islam berbentuk keganasan dan pertumpahan darah. Islam perlu ditegakkan berpandukan dakwah dan tarbiah dan hikmah. Kita tidak mahu peristiwa pertumpahan darah yang berlaku dinegara Islam Timur Tengah berulang dinegara kita kerana masaalah khilafiah dan furuk.

Sekiranya perbezaan itu melibatkan perkara cabang dan ranting, amalan harian hukum sunat, harus dan makruh dan menyentuh masaalah ijtihad dalam bab feqah atau pun ijtihad dalam isu semasa untuk terlibat dalam pilihanraya demokrasi atau tidak perkara ini tidak perlu diperselisihkan dan dipergaduhkan. Jangan sekali-kali menuduh golangan yang tidak sependapat dengan kita sesat dan menyeleweng. Pendapat manusia biasa (ketua) bukan maksum ada masa boleh diterima dan ada masa boleh ditolak. Perlulah berlapang dada sesama saudara muslim. Ini adalah masaalah strategi bukan prinsip.

Lihatlah beberapa hadis Nabi SAW  yang melarang pertengkaran (dalam bentuk tulisan), perbalahan dan saling kecam mengecam dan hina menghina.

1. Menyebarkan fitnah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Membuat fitnah adalah salah satu dosa besar yang amat dibenci oleh Allah SWT. Sekiranya seseorang mempunyai aib sekalipun Islam melarang aib tersebut di dedahkan dan disebarkan, apatah lagi seseorang itu tidak ada aib sedangkan dia dituduh dengan sesuatu aib.

2. Memutuskan silaturahim.

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

"Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)

3. Menyakiti hati orang Islam.

Dalam hadis Nabi yang diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian menyeru dengan suara yang keras:
"Hai semua orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam dan jangan kamu menyelidiki cacat-cacat mereka. Sebab barangsiapa menyelidiki cacat saudara muslim, maka Allah pun akan menyelidiki cacatnya sendiri; dan barangsiapa yang oleh Allah diselidiki cacatnya, maka Ia akan nampakkan kehidupan dalam perjalanan yang jauh." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

4. Menghina orang Islam.

Sabda Nabi SAW maksudnya : “Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Takwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Hadis Riwayat al-Tirmizi, kata hadis ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)

5. Mengadu domba.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Suka maki hamun .

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri.

Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya.

Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."

Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang berkata, ‘Celakalah mereka!’ maka orang itulah yang paling celaka.” (Hadis Riwayat Muslim no. 2251)

7. Menuduh kafir, sesat atau bidaah dalalah.

Dari Abu Zar ra, ia mendengar Nabi SAW bersabda, “Seorang lelaki yang menuduh lelaki lain jahat, atau menuduhnya kafir, maka tuduhan itu berbalik kepadanya, jika orang yang dituduhkannya itu tidak seperti itu.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 1709)

Berhati-hatilah jika kalian cuba menuduh pihak lain sesat atau kafir sekiranya golongan yang dituduh tidak sesat disisi Allah maka kesesatan dan kekafiran itu jatuh kepada golongan yang menuduh tadi.

8. Meninggalkan pertengkaran dan perbalahan.

Hadis daripada Abdu Daud, Tarmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi, "Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar syurga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah syurga. Sedang barangsiapa yang membaguskan akhlaknya, akan dibangun baginya rumah di tingkat paling atas syurga."

Nabi SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk meletakkan emosi mengatasi iman dan fikiran kita dan akhirnya memandu perbuatan kita. Kita diajar untuk menjadikan iman menguasai fikiran dan fikiran itu menguasai perbuatan kita. Meletakkan emosi dan amarah hanya mengakibatkan wujudnya ketidak rasionalan dalam pendapat dan tindakan kita.

Firman Allah SWT maksudnya :  "Wahai orang yang beriman .Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim."
(Surah al-Hujurat ayat 11)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani."(Surah al-Hujurat ayat 12)

Sahabat yang dimuliakan,
Sifat berlapang dada dan rasa cinta sesama saudara muslim adalah wajib dan berdosa besar jika kita cuba memecah belahkan persatuan umat Islam. Jika kita yakin dengan sesuatu amalan itu sunah dan ada dalilnya maka kita beramallah kerana golongan yang lain akan beramal pula dengan dalil yang lain.

Berdoa beramai-ramai selepas solat, membaca qunut diwaktu solat subuh, mengamalkan hadis dhaif untuk fadilat amal, batal wuduk jika bersentuhan dengan isteri , semua hukum hakam bab feqah ini telah lumat dibahaskan dan dibincangkan oleh ulama-ulama mazhab terdahulu dalam ahli sunnah wal jamaah. Janganlah kita menghina ulama-ulama mazhab yang ada dengan membuat tuduhan yang melampau batas kerana menghormati ulama ada sifat orang mukmin, dan berbangga dengan pendapat sendiri adalah sifat ujub, sombong, ego, bongkak dan takbur. Sifat-sifat ini amat dibenci oleh Allah SWT.

Apalagi jika ia merenungi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Sesungguhnya seluruh orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat bagaikan semut yang diinjak-injak manusia.”

Ada seseorang yang bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah seseorang itu ingin agar baju yang dikenakannya bagus, sandal yang dipakainya juga bagus?”

Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah, dan menyukai keindahan, hakikat sombong itu ialah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)

Jelaslah arahan Allah SWT jika kalian berbantah-bantah maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (as-sunah). Permusuhan dan bercakaran sesama muslim sebenarnya akan melemahkan kekuatan persatuan sesama umat Islam dan amat mudah musuh-musuh utama orang Islam iaitu Yahudi dan Nasrani akan menguasai kita.

Kenapa saudara kita di Palestin mudah diganyang dan dibunuh oleh Yahudi laknatullah? Sedangkan disekeliling negara Palestin adalah negara umat Islam? Ini adalah kerana perpecahan dan permusuhan sesama negara umat Islam dan OIC tidak berfungsi dan hanya melihat dan memantau sahaja!

Sahabat yang dikasihi,
Saya menyeru kalian semua dan diri saya sendiri, bertakwalah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan ingatlah segala pendengaran, penglihatan, tulisan, perbahasan, pendapat dan niat-niat kalian semuanya akan dihisab dan di hitung di hari akhirat nanti. Jika kalian melakukan amalan ini semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana riak, ujub, sombong dan bukan minta dipuji dan disanjung maka kalian telah melakukan amal soleh yang akan diberi ganjaran yang besar. Tetapi jika kalian melakukan amalan ini bukan kerana Allah SWT, rasa bangga dengan pendapat sendiri dan supaya digelar ulama yang berilmu maka perhatikanlah hadis daripada Muaz bin Jabal yang mana malaikat penjaga langit akan menolak amalan-amalan kalian walaupun mungkin kalian berada diatas kebenaran iaitu :

"Pertama : Suka mengumpat dan memfitnah

Kedua : Amalannya bertujuan untuk  mendapat keuntungan dunia dan juga suka membesarkan dirinya dikhalayak ramai.

Ketiga : Bersikap takbur

Keempat : Merasai ujub

Kelima : Hasad dengki

Keenam : Tidak ada belas kasihan

Ketujuh  : Riak

Seterusnya amalan yang baik dapat melepasi daripada langit pertama hingga ketujuh tetapi apabila dibawa kehadapan Allah SWT maka amalan tersebut ditolak kerana tidak ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, beramal dengan tujuan mengharapkan pujian dan sanjungan manusia."

Marilah kita banyakkan beristighfar kepada Allah SWT di atas dosa-dosa kita yang telah lalu dan hulurkanlah tangan persahabatan untuk bermaaf-maafan sesama saudara muslim, bersama-sama dalam perkara yang dipersetujui bersama dan bermaaf-maafan di dalam perkara kecil yang diperselisihkan selagi ianya bukan masaalh akidah dan syariah semata-mata mencari keredaan Allah SWT.






Sunday, December 11, 2011

Sesiapa Yang Memenuhi Ajakan Allah SWT Akan Memperolehi Semua Kebaikan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah SWT. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Berdasarkan kata-kata Saidina Abu Bakar r.a terdapat enam persimpangan :

Pertama : Iblis berdiri dihadapanmu. Iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama,

Kedua : Jiwa disebelah kananmu. Jiwa mengajakmu ke arah maksiat

Ketiga : Nafsu disebelah kirimu. Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,

Keempat : Dunia di sebelah belakangmu. Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat

Kelima : semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.

Keenam: Sedangkan Allah SWT di atasmu. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya,

Huraiannya :

Pertama : Iblis berdiri dihadapanmu. Iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama.

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Wahai Iblis, terangkan kepadaku siapakah golongn umatku yang menjadi kawan baikmu?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, ada sepuluh golongan yang menjadi sahabat karibku antaranya :

1.Imam (pemerentah) yang zalim.

2.Orang kaya yang sombong.

3.Saudagar yang khianat (menipu dalam perniagaan).

4.Peminum arak.

5.Tukang fitnah (ini termasuk semua jenis manusia tidak kira apa pangkat dan darjatnya sekalipun).

6.Pelacur.

7.Pemakan harta anak yatim.

8.Umatmu yang mempermudahkan solat (tidak melaksanakan solat dengan sempurna dan sering meninggalkan solat).

9.Manusia yang engan membayar zakat.

10.Orang yang banyak berangan-angan (malas bekerja mencari rezeki). "

Kedua : Jiwa disebelah kananmu. Jiwa mengajakmu ke arah maksiat.

Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.  Apabila jiwa sakit kerana fujur (membawa kepada kesesatan dan suka kepada maksiat) disebabkan oleh gangguan-gangguan jiwa yang telah berlarut-larut sehingga mencapai puncaknya tanpa suatu penyelesaian secara wajar atau hilangnya keseimbangan mental secara menyeluruh, akibat suasana lingkungan yang sangat menekan, jiwa yang sakit, jiwa yang kotor, ketegangan batin dan sebagainya.Maka jiwa yang sakit ini boleh menyebabkan seseorang hilang kewarasan dan boleh membahayakan diri dan nyawanya.

Ketiga : Nafsu disebelah kirimu. Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,

Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Nafsu Ammarah Bissu' adalah  nafsu yang sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana  sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof ayat 53)

Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak menghalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!”. Nafsu lebih cenderung untuk memenuhi syahwat.

Nafsu amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, melakukan zina, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.

Keempat : Dunia di sebelah belakangmu. Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat

Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.

Firman-Nya yang bermaksud, “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).”
(Surah  An-Naaziat ayat 37-39)

Merenungkan ayat-ayat al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah SWT mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat. Jika dunia yang dikejar maka akan hilanglah akhiratnya.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Nisa ayat 77)

Kelima : semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.

Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Anggota tubuh manusia suka kepada maksiat dan melakukan noda dan dosa apabila tidak didorong dengan iman dan takwa kepada Allah SWT.  Terutama lidah dan kemaluan manusia.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW besabda maksudnya :  “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari).

Keenam: Sedangkan Allah SWT di atasmu. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya,

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Sungguh orang yang beriman dan beramal soleh untuk mereka disediakan Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal” (Surah al-Kahfi ayat 107)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga 'Adn yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut terhadap Tuhannya." (Surah al-Bayyinah ayat 7-8)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama patuh dan tunduk kepada Allah SWT laksnakan perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya nescaya kita akan terselamat di dunia dan akhirat. Jauhi lima perkara yang boleh menjauhkan kita daripada kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat iaitu godaan iblis dan syaitan, jiwa yang fujur (membawa kesesatan dan maksiat), hawa nafsu syahwat yang dituruti, dunia yang melalaikan dan menipu dan anggota badan yang cenderung kepada maksiat. Sekiranya kita berjaya mengatasi lima perkara ini dan sentiasa kembali kepada ajakan Allah SWT maka pasti kita akan mendapat kejayaan yang besar iaitu memasuki syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.