Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Luqman Hakim, Rasulullah SAW menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan kerja-kerja sehariannya hanyalah mencuri. Hampir setiap malam dia mencuri harta benda kepunyaan jiran tetangganya. Jirannya sentiasa menasihati beliau agar meninggalkan pekerjaan yang keji itu.
Pada suatu malam, ketika dia hendak pergi mencuri tiba-tiba dia bertemu dengan seorang miskin yang sentiasa duduk di dalam mesjid. Dia tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengan dia itu adalah orang miskin yang sangat soleh dan zuhud terhadap dunia. Maka tanpa segan silu pencuri itu mengajak lelaki miskin itu pergi mencuri bersama-sama dengannya.
"Hai orang miskin," kata pencuri itu.
"Mengapa engkau selalu duduk di dalam mesjid sambil menanti belas kasihan orang lain. Marilah ikut aku nescaya engkau akan memperoleh pekerjaan yang menguntungkan. Kalau engkau bersetuju marilah kita pergi mencuri bersama-sama," ajak pencuri itu.
"Baiklah" jawab orang miskin itu ringkas.
"Kalau begitu marilah kita pergi sekarang kerana hari sudah gelap" ajak pencuri itu
"Lebih baik kita atur rancangan dahulu" kata pencuri lagi.
"Aku masuk kedalam kedai manakala engkau nampak orang datang segeralah beritahu aku, ingat... jangan sampai kita tertangkap."
Setelah mereka merancang dengan teliti maka pencuri itu pun memulakan tugasnya mengikut apa yang telah di rancangkan. Pencuri itu pun masuk kedalam kedai manakala orang miskin yang soleh itu menanti di luar. Setelah agak lama pencuri itu berada di dalam tiba-tiba orang miskin yang soleh itu berteriak :
"Hai kawan, cepat keluar, ada orang datang kemari?"
Mendengar teriakan orang miskin itu pencuri itu kalang-kabut lari keluar untuk menyelamatkan diri bersama-sama dengan kawannya itu. Setelah keadaan agak tenteram, dia pun berkata kepada kawannya itu.
"Tadi engkau kata ada orang datang, tapi mana orang itu?"
Maka orang miskin itu menjawab dengan lemah lembut :
"Benar kata engkau hai kawan, tidakkah engkau sedar bahawa Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita. Walaupun kita tidak melihat-Nya, Dia sentiasa melihat kita. Dia itulah Allah Yang Maha Pemurah yang telah menyediakan rezeki untuk semua hamba-Nya."
Orang miskin itu terus berkata :
"Hai kawan, engkau telah mengajak aku untuk mencari kekayaan dengan cara mencuri. Sekarang bolehkah engkau membuktikan kepada aku manakah pencuri yang telah menjadi kaya di dunia ini ?"
Pencuri itu termenung mendengar kata-kata orang miskin itu lantas dia pun menyatakan keinsafannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.
Sahabat yang dihormati,
Berdasarkan kisah tersebut dapatlah kita menyedari bahawa hidup kita ini sentiasa di perhatikan dan diawasi oleh Allah SWT . Apabila kita tergerak untuk membuat sesuatu maksiat atau sesuatu perkara yang di larang oleh agama ingatlah Allah SWT. Maha Melihat di atas segala amalan perbuatan kita, keyakinan yang tertanam dalam hati nurani kita sebenarnya adalah akidah Tauhid Rububiyah kepada Allah SWT. Sehinggakan niat dan bisikan hati kita dapat di ketahui oleh Allah Azzawa Jalla. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang lari dari peraturan dan kehendak Allah SWT.
Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati sesaorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.
Hati orang mukmin dan hati yang dapat muraqabah bersedia menerima tarbiyyah dan peringatan, kerana segala peringatan akan memandu seluruh anggata kita melakukan ketaatan. Firman Allah SWT yang bermaksud "Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermenfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9).
Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah SWT seperti firmanNya yang bermaksud "Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).
Sahabat yang dikasihi,
Pengajaran yang boleh di ambil daripada kisah di atas adalah :
1.Kita digalakkan untuk membantu dan bersedekah kepada orang fakir miskin, dan dilarang kita menghina mereka di sebabkan kemiskinan.
2.Islam melarang umatnya menjalankan pekerjaan haram seperti mencuri kerana orang yang mencuri telah mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.
3.Kita di suruh oleh Islam untuk amal ma'aruf dan nahi mungkar dan memberi nasihat yang baik kepada mereka yang melakukan kemungkaran dan perbuatan haram.
4.Sebagai pendakwah dan para da'ie perlulah mengambil pendekatan cara hikmah untuk mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar.

No comments:
Post a Comment