Saturday, May 26, 2012

Kenapa Islam Menolak Perjungan Asabiyyah?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bersifat syumul, lengkap dan sempurna. Islam ditanzilkan oleh Allah SWT adalah untuk semua bangsa di dunia ini. Walaupun Islam diturunkan dinegara arab dan bahasa al-Quran dan hadis adalah bahasa arab tetapi ini bukan bermakna Islam hanya mengutamakan bangsa arab sahaja .

Islam datang menyatukan semua bangsa, walaupun berlainan bahasa, perbezaan warna kulit dan keturunan. Islam tidak pernah mengagongkan satu-satu bangsa dan menganggap bahawa semua bangsa adalah sama kerana orang yang paling mulia dikalangan manusia di sisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa kepada-Nya.

Firman Allah SWT :

يَۧ ŰŁَيُّهَۧ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ُ Ű„ِنَّۧ ŰźَلَقْنَŰ§Ùƒُمْ مِنْ Ű°َكَ۱ٍ وَŰŁُنْŰ«َى وَŰŹَŰčَلْنَŰ§Ùƒُمْ ŰŽُŰčُÙˆŰšًۧ وَقَŰšَۧۊِلَ لِŰȘَŰčَۧ۱َفُÙˆŰ§ Ű„ِنَّ ŰŁَكْ۱َمَكُمْ ŰčِنْŰŻَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَŰȘْقَŰ§Ùƒُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ Űčَلِيمٌ ŰźَŰšِÙŠŰ±ٌ

Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al- Hujurat ayat 13)

Dalam hadis-hadis sahih terdapat larangan dari sikap asabiyyah dan mengajak kepada asabiyyah seperti asabiyyah perkauman yang sempit, berjuang di bawah panji perjuangan yang kabur, sekular, sesat dan bidah serta pilih kasih (disebut dalam hadis sebagai ‘asabiyyah ‘immiyyah dan qitlah jahiliyyah).

14 Ű±ÙˆŰ§ÙŠŰ©ً. م Ű§Ù„Ű„Ù…Ű§Ű±Ű© 3440 Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ هُ۱َيْمُ Űšْنُ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْلَى Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ Ű§Ù„ْمُŰčْŰȘَمِ۱ُ قَŰ§Ù„َ ŰłَمِŰčْŰȘُ ŰŁَŰšِي يُŰ­َŰŻِّŰ«ُ Űčَنْ ŰŁَŰšِي مِŰŹْلَŰČٍ Űčَنْ ŰŹُنْŰŻَŰšِ Űšْنِ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„ْŰšَŰŹَلِيِّ قَŰ§Ù„َ قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ ((مَنْ قُŰȘِلَ ŰȘَŰ­ْŰȘَ ۱َŰ§ÙŠَŰ©ٍ ŰčِمِّيَّŰ©ٍ يَŰŻْŰčُو ŰčَŰ”َŰšِيَّŰ©ً ŰŁَوْ يَنْŰ”ُ۱ُ ŰčَŰ”َŰšِيَّŰ©ً فَقِŰȘْلَŰ©ٌ ŰŹَŰ§Ù‡ِلِيَّŰ©ٌ)). *

Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Jundab ibn ‘Abdillah al-Bajali berkata bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” (Hadis Sahih Muslim, al-Imaarah, hadis 3440. (terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah).

Dilarang segala bentuk ‘asabiyyah perkauman, kenegerian, bangsa, keluarga, kecuali kecintaan kepada agama Allah. Hanya bendera Islam yang diterima dan diizinkan, dilarang marah kerana kaum, negara, bangsa, keluaraga, kebendaan, ideologi, sistem selain Islam. Segala perjuangan, seruan, dan pergerakan jahiiyyah adalah haram kecuali perjuangan Islam.

Dalam riwayat Abu Dawud dinyatakan bahawa ‘asabiyyah ialah membantu kaum atau bangsa sendiri melakukan kezaliman iaitu syirik dan maksiat. (al-Sunan, al-Adab, hadis 4456.)

‘Asabiyyah juga sinonim dengan sifat pilih kasih dan berat sebelah dalam sesuatu perkara, memberikan hak kepada orang yang tidak berhak.

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam doa iftitah semasa solat sering kita baca doa maksudnya : "Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Semesta Alam. Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang Islam."

Bukankah dalam doa ini kita serahkan diri kepada Allah SWT , hidup dan mati kita kerana Allah SWT dan memohon supaya kita termasuk dikalangan orang Islam? Kenapa dalam doa kita berjanji akan memperjuangkan Islam tetapi dalam kehidupan dan perjuangan ada dikalangan kita hidup semata-mata memperjuangkan bangsa dan mati untuk bangsa?

Walaupun bangsa arab adalah bangsa yang dominan tetapi Nabi SAW melarang sahabat-sahabatnya berjuang kerana bangsa, keturunan atau suku kaum.
 
Sabda Nabi SAW maksudnya :“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi). 

Dalam hadis yang lain sabda Nabi SAW :

Űčَنْ ŰŁَŰšِي Űšُ۱ْŰŻَŰ©َ Űčَنْ ŰŁَŰšِي مُÙˆŰłَى قَŰ§Ù„َ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيُّ r Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْŰŁَŰŽْŰčَ۱ِيِّينَ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَ۱ْمَلُÙˆŰ§ فِي Ű§Ù„ْŰșَŰČْوِ ŰŁَوْ قَلَّ Ű·َŰčَŰ§Ù…ُ ŰčِيَŰ§Ù„ِهِمْ ŰšِŰ§Ù„ْمَŰŻِينَŰ©ِ ŰŹَمَŰčُÙˆŰ§ مَۧ كَŰ§Ù†َ ŰčِنْŰŻَهُمْ فِي Ű«َوْŰšٍ وَِۭۧŰŻٍ Ű«ُمَّ Ű§Ù‚ْŰȘَŰłَمُوهُ Űšَيْنَهُمْ فِي Ű„ِنَۧۥٍ وَِۭۧŰŻٍ ŰšِŰ§Ù„ŰłَّوِيَّŰ©ِ فَهُمْ مِنِّي وَŰŁَنَۧ مِنْهُمْ

(Maksudnya) Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya: Sabda Nabi S.A.W.: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis di atas, walaupun Nabi SAW melarang asabiyyah tetapi baginda memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil berat antara satu sama lain. Baginda SAW memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-Asy`ariyin yang jamin menjamin kebajikan sesama mereka. Maksud “Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah menggambarkan redhanya Nabi SAW dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.

Tolong menolong sesama sendiri atau puak, atau bangsa atau kumpulan dalam daerah kebajikan dan takwa tidak dianggap sebagai perkauman yang sempit. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadis di atas:

“Sesungguhnya Nabi SAW. memerangi `asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-`As`ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin-menjamin dan bantu membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan ."
(Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mabadik wa qawa`id `ammah, m.s. 134, Dar al-Fikr, Beirut).

Ini kerana seseorang individu atau sesebuah organisasi kadang kala tidak dapat melaksanakan bantu membantu atau jamin-menjamin dalam kebajikan meliputi semua masyarakat. Maka sekurang-kurangnya hendaklah dibuat dalam batasan kelompok yang termampu.

Namun konsep kebajikan tidaklah boleh dihadkan hanya kepada sekelompoknya sahaja, jika ada ruang atau tuntutan maka ianya mesti diluaskan kepada kelompok lain yang juga memerlukan bantuan. Tidak boleh pula menolong sesama sendiri sehingga ada pihak yang terzalim atau menyempitkan maksud pertolongan sehingga tidak diberi pertolongan melainkan hanya kepada kaum atau kumpulan sendiri sahaja. Ini untuk mengelakkan sikap `asabiyyah yang menolong kaum atau kumpulan sendiri sekalipun atas nilai kezaliman.

Apabila ditanya Nabi SAW :

يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَمِنَ Ű§Ù„ْŰčَŰ”َŰšِيَّŰ©ِ ŰŁَنْ يُŰ­ِŰšَّ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ قَوْمَهُ قَŰ§Ù„َ لَۧ وَلَكِنْ مِنَ Ű§Ù„ْŰčَŰ”َŰšِيَّŰ©ِ ŰŁَنْ يُŰčِينَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ قَوْمَهُ Űčَلَى Ű§Ù„Űžُّلْم

Maksudnya : "Wahai Rasulullah! Apakah termasuk dalam `asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya?. Jawab baginda: Tidak! Tetapi `asabiyyah itu seseorang menolong kaumnya atas kezaliman."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dengan sanad yang sahih. Hadith ini dengan lafaz Ahmad)

Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan dipuji oleh Rasululuh SAW demi kebajikan terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah tolong-menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuh dan ditindas lebih dituntut. Bahkan tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Sabda Nabi SAW.:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي مُÙˆŰłَى Űčَنِ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيِّ rقَŰ§Ù„َ Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنَ لِلْمُŰ€ْمِنِ كَŰ§Ù„ْŰšُنْيَŰ§Ù†ِ يَŰŽُŰŻُّ ŰšَŰčْ۶ُهُ ŰšَŰčْ۶ًۧ

“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sahabat yang dihormati,
Terdapat di dalam masyarakt kita suatu "jamaah" yang telah keluar dalam jamaah Islam telah berubah perjuangan daripada Islam kepada bangsa, dengan mota "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"

Bukankah Islam datang untuk menyatupadukan semua bangsa kepada satu akidah, satu kepercayaan dan satu perjuangan? Bukankah bangsa yang tidak ada akidah akan sesat dan menyeleweng daripada landasan sebenar? Sepatutnya seruan berbunyi : Umat Islam sepakat, Islam akan berdaulat" kerana dalam masyakarat Malaysia terdapat Cina Muslim, India Muslim, Thai Muslim, Khadazan Muslim, Iban Muslim dan lain-lain bangsa yang menjadi muslim. Mereka semua adalah saudara-saudara kita seagama kenapa mesti fokus kepada satu-satu bangsa sahaja.?

Tren "jamaah" ini mula bersama-sama dan bersekongkol dengan kumpulan perjuangan asabiyyah dan sentiasa menyerang dan membuat fitnah kepada pergerakan Islam, parti Islam dan berdiam diri pula kepada golongan asabiyyah yang terang-terang mempertahankan kebatilan, memperlekehkan hukum hudud, menabur fitnah kepada jamaah yang ditinggalkannya dahulu.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya” (Hadis riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

Paling mendukacitakan orang yang sanggup mencari aib orang lain adalah berpelajaran tinggi, pengajian Islam, pakar motivasi, bercakap untuk memperjuangkan Islam dan melayu dan mampu berpidato berapi-rapi mengajak hadirin berakhlak Islam dan memperjuangkan Islam. Mereka umpama "ketam mengajar anaknya berjalan betul".

Hakikat sebenarnya mereka sudah tertipu dengan kerja-kerja iblis laknatullah, mereka sudah dikuasai oleh nafsu amarah sehinggakan tidak ada pertimbangan yang waras dan soal dosa pahala di tolak tepi, yang penting bagi mereka rasa puas apabila kutukan, serang peribadi dan memperlekehkan para pendakwah dan ulama dapat dilepaskan kepada musuh mereka. Soal hendak menjadi muflis atau tidak dihari akhirat itu soal lain yang penting apa yang nafsu mereka hajatkan dapat dipenuhi. Sedangkan Nabi SAW bersabda. "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda seorang Muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka".
(Hadis Riwayat Nasaie)

Ingatlah pesan Nabi SAW bahawa golongan yang akan mendapar seksa yang dahsyat di hari akhirat adalah golongan ulama yang tahu hukum tetapi melanggarnya dengan memutuskan silaturahim sesama saudara Islam dan bersama-sama berjuang landasan yang salah dan redha dengan golongan asabiyyah .

Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radiallahu anhuma berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian lalu ia berpusing (ditengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor kaldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya, Hai Fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran?” Lalu orang itu menjawab, “Ya benar. Dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi saya tidak melakukannya dan saya suka melarang orang lain daripada melakukan kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud pendakwah yang malang di sini ialah ia mengajar orang lain tetapi ia sendiri tidak beramal dengan ilmunya. Seorang pendakwah yang menyeru amal makruf nahi munkar mestilah terlebih dahulu mempraktikkannya sebelum menyeru kepada orang lain. Apabila ia mempraktikannya kemudian menyeru pula kepada orang lain maka pahalanya luar biasa berganda. Ini adalah kerana ia mendapat pahala amal ibadah atas amal yang dikerjakannya dan pahala dia mengajar kepada orang lain apabila orang lain mengerjakan apa yang diajarnya. Ia akan mendapat pahala yang sempurna dari setiap orang yang mempraktikkan ajarannya. Inilah yang dikatakan pahala yang luar biasa gandaannya. Sebab itulah apabila berdakwah maka ia perlu mempraktikkannya sekali. Jika tidak kesannya terhadap masyarakat sangat buruk kerana masyarakat mengambil teladan daripadanya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita tinggalkan perjuangan asabiyyah yang ditegah oleh Nabi SAW dan teruskan dan beristiqamahlah dengan perjuangan Islam. Mereka yg sudah terkeliru dan tergelincir daripada pejuangan asal maka bertaubatlah kepada Allah SWT dan kembailah kepada perjuangan yang sebenar, janganlah kalian akan disoal nanti di hari akhirat kerana "jenayah" yang telah kalian lakukan. Waullahualam.






Friday, May 25, 2012

Dua Sifat di Benci Allah Keras Kepala dan Suka Bertengkar.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang laki-laki yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala lagi suka bertengkar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa ada dua sifat manusia yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu :

Pertama : Keras kepala

Kedua : Suka bertengkar.

Huraiannya :

Pertama : Keras kepala.

Penyakit keras kepala atau degil adalah sifat iblis laknatullah.

Iblis merasa dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. kerana dia diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada tanah. Iblis keras kepala tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT dan dia tetap berdegil dengan pendapatnya sendiri dan tidak mematuhi arahan Allah SWT. Sifat keras kepala ini sebenarnya beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego.

Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan sifat-sifat ini adalah sifat penghuni neraka.

Allah SWT berfirman yang bermaksudnya : “(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”
(Surah al-A’raf ayat 16-17)

Ini menunjukkan bahawa kekufuran iblis bukanlah kerana kejahilan bahkan kekufurannya kerana keras kepala dan sombong.

Sabda Nabi SAW maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (Hadis Riwayat Muslim)

Jika kita lihat di dalam masyarakat kita adakah kita bertemu dengan orang yang bersifat keras kepala? Ya, kita akan bertemu dengan ramai manusia yang bersifat keras kepala, degil , ego dan sombong.

Sifat keras kepala ini salah satu sifat mazmumah yang membawa dosa besar selepas kufur. Bahkan dari keras kepala, seseorang itu boleh jadi kufur apabila ego dan kesombongannya itu sudah besar. Dari sifat ini melahirkan lebih banyak mazmumah-mazmumah yang lain. Dari satu mazmumah, beranak-anak mazmumah yang lain. Seolah-olah sifat keras kepala itu bukan buah lagi tetapi ia adalah pokok kejahatan dalam hati manusia, yang akan melahirkan buah-buah kejahatan, yang berduri, kelat dan beracun. Dari sini akan melahirkan sifat pemarah, dendam dan susah terima kebenaran. Dari situ juga melahirkan kezaliman sesama manusia. Sudah berapa banyak sifat yang dilahirkan oleh keras kepala yang bukan sahaja merosakkan dirinya bahkan mengharu-birukan kehidupan, memecahbelahkan rumah tangga, masyarakat, antara etnik dengan etnik, bangsa dengan bangsa dan akhirnya mencetuskan peperangan.

Biasanya orang yang keras kepala adalah terdiri daripada orang-orang kaya, golongan bangsawan, hartawan dan pemimpin masyarakat. Setiap para Rasul yang telah diutuskan kepada kaumnya, majoriti yang menolak dakwah para rasul adalah terdiri daripada mereka yang menjadi penguasa  dan pemimpin masyarakat dan mereka terdiri daripada golongan hartawan dan bangsawan, sedangkan yang menjadi pengikut setia para rasul adalah golongan miskin yang sentiasa ditindas.

Pintu hati orang yang keras kepala telah tertutup untuk menerima kebenaran. Jika diminta untuk beriman kepada Allah SWT mereka enggan beriman, begitu juga jika diminta berhukum dengan hukum-hukum Allah SWT, mereka memberi macam-macam alasan .

Contoh alasannya sekarang zaman moden mereka mengatakan hukum-hukum Allah SWT tidak sesuai dengan masyarakat majmuk, jika hukum rejam dijalankan keatas orang yang berzina maka akan habis batu-batu JKR untuk membuat jalan raya, jika hukum potong tangan dijalankan maka umat Islam akan dipandang hina oleh agama lain disebabkan ramai tangan-tangan umat Islam kodong kerana telah dipotong tangan kerana mencuri. Nauzubillahiminzalik! ini sebenarnya jawapan orang-orang fasik dan munafik dan mereka kufur dengan ayat-ayat Allah SWT, kerana mempermain-mainkan hukum-hukum Allah SWT seolah-olah Dia telah berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.Hukum-hukum Islam adalah hukum yang paling sesuai di zaman mana sekali pun sehingga kehari kiamat, hanya perlaksanaannya sahaja perlu kepada masa dan peringkat demi peringkat.

Dalam surah Nuh jelas menunjukkan bahawa orang yang keras kepala tetap tidak mahu beriman walaupun Nabi Nuh a.s berdakwah siang dan malam hampir 1000 tahun.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampunkan mereka, mereka memasukkan anak jarinya ketelinganya dan menutupkan bajunya (kewajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri." (Surah Nuh ayat 7)

Nabi Nuh a.s telah habis kesabaran lalu berdoa kepada Allah SWT agar Dia menurunkan azab-Nya di atas kaumnya yang keras kepala seraya berseru:"Ya Allah! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mereka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir seperti mereka." (Surah Nuh ayat 26-27)

Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah SWT dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, kerana mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam di dalam banjir besar yang diturunkan oleh Allah SWT.

Kedua : Suka bertengkar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat menjawab. "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri (menegakkan benang yang basah) adalah orang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Sifat ini berlaku disebabkan hatinya sakit dan keras disebabkan dosa-dosa yang menutup pintu hati. Bila melakukan maksiat sudah tidak terasa bahawa maksiat itu adalah perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jangan terlalu banyak berbicara selain menyebut Allah. Sebab mereka yang banyak berbicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ialah pemilik hati yang keras." (Hadis Riwayat Tirmizi daripada Ibnu Umar)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri kita daripada sifat keras kepala dan suka bertengkar kerana kedua-dua sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika Allah SWT membenci sifat-sifat ini maka Dia tidak akan memberi taufik dan hidayah dan rahmat-Nya kepada sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini. Wujudnya kedua-dua sifat ini adalah tanda hati seseorang sedang sakit, keras dan mati.

Mencegah Mungkar Al-Akbar dan Menegakkan Makruf Al-Akbar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dakwah Islamiah mempunyai matlamat dan jalan yang jelas. Titik tolak dakwah Islamiah ialah memerangi mungkar terbesar (al-mungkar al-akbar) sekaligus menegakkan makruf terbesar (al-makruf al akbar). Peranan dakwah Islamiah yang utama ialah meruntuhkan sistem jahiliah daripada mempimpin alam dan menggantikannya dengan pimpinan Allah SWT.

Sebagai seorang mukmin kita perlu membebaskan diri mereka daripada cengkaman jahiliah. Kita tidak boleh berkompromi dengan jahiliah yang kini menguasai segenap bidang dan tempat. Seorang mukmin perlulah berusaha untuk meruntuhkannya hingga ke akar umbi. Sesiapa yang meredai sistem kuffar adalah merupakan satu kekufuran.

Kita hendaklah berazam dan beriktiqad merubah diri mengikut Islam. InsyaAllah, seterusnya kita hendaklah berazam merubah masyarakat mengikut acuan Islam.

Hassan al Hudhaibi berpesan : “ Dirikanlah daulah Islam (negara Islam) dalam diri kamu, nescaya ia akan berdiri dalam negaramu. “

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang mukmin akan berusaha bersungguh-sungguh dan  bercita-cita untuk mengembalikan Sistem Wahyu yang selama ini diketepikan. Sistem Islam telah digantung daripada berfungsi dalam individu dan masyarakat. Oleh itu tugas kita semua adalah untuk  mengangkat diri dan saudara-saudara lain melepasi batas sistem jahiliah kerana  yakinlah bahawa Islam adalah milik Allah SWT, tinggi dan tidak layak bagi sistem lain mengatasinya.

Islam adalah amanah Allah SWT kepada manusia. Islam adalah amanah yang tidak mampu dipikul oleh makhluk lain. Amanah Kubra (besar) ini tentulah tidak dapat dilaksanakan seorang diri. Rijal Akidah (pemuda berakidah) mestilah berada dalam satu barisan tersusun sepertimana dituntut oleh Allah SWT dalam firmanNya, yang bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh“
(Surah Ash Shaff ayat 4)

Tuntutan ayat ini telah dilaksanakan oleh Rasulullah SWT selama  14 abad yang silam. Berpandukan petunjuk Allah SWT, baginda telah menyusun barisan para sahabat dalam rangka memerangi jahiliah yang berbentuk cara hidup.

Ketika mana Rasulullah SAW diutuskan, sistem hidup jahiliah memerintah seluruh dunia. Makkah tidak terkecuali daripada mengamalkan Sistem Jahiliah, iaitu mungkar terbesar. Sistem tersebut menolak Allah SWT sebagai Ilah dan rabb, penuh dengan kerosakan dan sentiasa mengeluarkan buah-buah kemungkaran.

Masyarakat Makkah, kecuali beberapa orang pilihan Allah SWT, pada ketika itu leka dan puas dengan sistem hidup ciptaan manusia yang hanya memuaskan hawa nafsu. Mereka yang dipilih Allah SWT, di bawah pimpinan RasulNya, bangun memikul amanah kubra dan menyelamatkan alam daripada kekuasaan jahiliyyah.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung“
(Surah Ali ‘Imran ayat 104)

Setiap pendakwah perlu sedar bahawa pada hari ini mereka juga dikelilingi oleh jahiliah sebagai sistem hidup ciptaan manusia. Suatu sistem yang menolak Allah SWT sebagai Ilah dan Rabb. Inilah mungkar terbesar. Mereka perlu memahami hakikat ini agar tidak tertipu.

Kita mestilah membebaskan pemikiran dan hati daripada mungkar terbesar dan berada dalam Sistem Islam. Kita mesti keluar daripada kegelapan dan berada dalam cahaya, hanya dengan itu kita akan nampak dengan jelas akan kebenaran dan kebatilan.

Firman Allah SWT maksudnya :“Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka ; mereka kekal di dalamnya“ (Surah Al Baqarah ayat 257)

Kini, golongan jahiliah terlalu ramai. Golongan yang ramai menolak Islam sebagai satu sistem hidup di mana-mana sahaja. Bagi pendakwah, suara majoriti belum tentu berada di atas kebenaran atau menepati syara’, lebih-lebih lagi dalam keadaan ummah pimpinan taghut kini.

Rasulullah SAW beserta para sahabat baginda pilihan Allah telah memulakan dakwah ini dengan cara memerangi mungkar yang terbesar iaitu memerangi hakikat hidup yang sentiasa menolak Allah SWT sebagai Ilah dan Rabb, menolak Islam sebagai ad-Din yang mengatur kehidupan dan mengekalkan sistem hidup ciptaan manusia. Baginda mengajak manusia kepada ‘Takrir Uluhiyyah Allah SWT’ (menetapkan pengabdian kepada Allah SWT) agar benar-benar difahami dan menjiwai kehidupan manusia. Di atas keteguhan akidah ini, ditegakkan syariat Islam. Hal ini telah dijelaskan oleh Abdullah Ibn Umar r.a:

“Kami adalah satu kaum yang di datangkan iman sebelum al-Quran …”

Para sahabat di bawah pimpinan Rasulullah SAW dengan penuh tabah dan berani, tanpa takut dengan apa jua halangan dan rintangan, serta tanpa terpikat dengan apa jua janji duniawi telah memerangi mungkar terbesar itu. Akidah Tauhid Uluhiyyah Allah diistisyarkan dan perhambaan hanya sanya untukNya, iaitu Makruf Al Akbar.

Mereka bersyahadah bahawa Allah SWT sahajalah sebagai Penyusun dan Penggubal sistem hidup mereka. Mereka melaksanakan setiap perintan Allah SWT serta menjauhi laranganNya. Mereka menegakkan ummah atau ‘Usbah Muslimah dengan mebersihkan anggotanya daripada jahiliyyah. Maka tertegaklah syariat Allah SWT yang lengkap. Runtuhlah Ilah-Ilah yang berselerak di sekeliling mereka. Runtuhlah sistem jahiliah dan lenyaplah segala macam aktiviti jahiliah.

Sahabat yang dihormati,
Rasulullah SAW dalam seruannya, tidak menjanjikan sebarang harta atau pangkat kepada pengikut baginda kerana itu semua adalah milik Allah SWT. Allah SWT berikan kepada sesiapa yang disukaiNya. Para sahabat r.a. menerima Islam bukan kerana kepentingan duniawi bahkan mereka yakin apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW adalah benar. Mereka ingin berada di atas kebenaran itu. Mereka hanya mengharapkan matlamat jauh iaitu keredaan Allah SWT serta menemui Allah SWT dalam keadaan reda meredai.

Para sahabat r.a telah meninggalkan jahiliah dengan sedar. Mereka faham bahawa keputusan mereka akan mengakibatkan terancamnya keselamatan, kesenangan dan kedudukan mereka dalam masyarakat jahiliyyah yang mengamalkan mungkar terbesar.


Di tahap permulaan dakwah menentang Mungkar al-Akbar dan menegakkan Makruf al-Akbar, para sahabat atau anggota-anggota ummah pertama sanggup melaklui proses penyiksaan walaupun nyawa mereka diambil Allah SWT. Saidina Bilal Ibnu Rabbah r.a. diseksa di tengah-tengah padang pasir yang panas terik. Yathir dan Isterinya (Sumayah) telah dibunuh.

Peristiwa dan ujian demi ujian memantapkan ummah pertama dan membersihkan ummah daripada anggota-anggota yang ragu-ragu. Iman mereka semakin kuat dan nafsu mereka dikawal oleh iman yang mendalam itu. Mereka bersedia untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Mereka sanggup berhijrah dan meninggalkan kepentingan dalam masyarakat jahiliah kerana ingin mendaulatkan syariat Allah SWT bersama Rasulullah SAW. Maka tertegaklah Daulah Islamiah di Madinah dengan restu dan izin Allah SWT.

Daulah itu tercanai mengikut acuan Allah SWT . Daulah itu menghayati Islam sebagai ad-Din dan menjadi asas perkembangan Islam ke seluruh manusia sehingga ke akhir zaman. Ummah inilah model untuk para pendakwah dan seluruh orang Islam.

Sementara itu, segala kekuatan jahiliah terus berpadu tenaga dan bangkit untuk menghapuskan ummah ini. Mereka berazam untuk memadamkan cahaya Allah SWT tetapi Allah SWT menyempurnakan cahayaNya walaupun tidak disukai dan dibenci oleh orang-orang kafir.

Allah SWT mengingatkan orang-orang beriman dengan FirmanNya yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk . Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya. Maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.“(Surah Al Maa-idah ayat 105)


Setelah tertegak Daulah Islamiah, didapati para sahabat meneruskan dakwah dengan menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran yang kecil dan ranting pula. Sebelum tertegaknya Makruf al-Akbar, mereka tidak mencurahkan tenaga mereka yang terhad kepada perkara-perkara kecil dan ranting. Apabila tersingkirnya Mungkar al-Akbar, maka mungkar-mungkar lain yang disifatkan sebagai buah-buah busuk hanya menanti masa untuk gurur.

Para sahabat r.a memahami benar-benar akan kaedah dakwah ini yang menuntut agar diselesaikan kedua- dua perkara asas (menegakkan Makruf al-Akbar dan meruntuhkan Mungkar al-Akbar). Contohnya ibadah haji pertama, di tahun ke tujuh hijrah dikerjakan tanpa menyentuh berhala-berhala yang terdapat di sekitar Kaabah.

Makruf al-Akbar adalah ibu kepada segala amal makruf. Makruf al-Akbar melahirkan segala kebaikan dalam praktik hidup individu dan jamaah. Makruf al-Akbar, Taqrir Uluhiyyah Allah SWT dengan Wa’islami (kesedaran) Islam) akan sentiasa memandu manusia untuk berada di atas landasan syara’.

Nyatalah kepada pendakwah, apabila mencegah sesuatu kemungkaran, mestilah bermula dengan mencegah kemungkaran paling besar iaitu menyingkirkan kekuasaan taghut dalam diri dan jamaah. Taghutlah yang memenjarakan hati manusia dan memperhambakannya kepada sesama manusia atau makhluk lain.

Apabila seseorang itu dapat membebaskan diri daripada belenggu taghut, maka tersingkirlah dirinya daripada ibu segala kemungkaran iaitu kemungkaran terbesar. Merdekalah dia dalam erti kata sebenar. Inilah hakikat kebebasan sebenar dalam Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Sahabat Rasulullah SAW keluar menyeru dan mengajak manusia lain supaya mengagungkan Allah SWT semata-mata. Mereka bergaul dengan anggota masyarakat jahiliah dan menyeru kepada makruf terbesar dan mencegah mungkar terbesar. Mereka tidak melakukan sesuatu aktiviti bagi pihak taghut , tetapi mereka berkata, “ Marilah ikut kami!”.

Mereka sentiasa mengawasi pelawaan sistem taghut, meskipun pelawaan itu datang daripada kaum keluarga sendiri. Mereka terus berdakwah walaupun tanpa mendapat sebarang sdokongan simpati daripada sistem jahiliah yang ingin dihapuskan.

Kita semua tiada pilihan lain, kecuali mencontohi generasi awal yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW. Dasar dan matlamat mereka suci. Jalan mereka masyru’ (menepati syara’) dan mengikut pimpinan Allah SWT. Jalan mereka tidak bercampur sedikit pun dengan asas-asas ciptaan manusia. Mereka  menerima apa yang diperkenankan Allah SWT dan menolak apa yang dilarangNya. Mereka mendahulukan kehendak Allah SWT. Mereka berpegang kepada ke kaedah:

“Matlamat Tidak Dapat Membersihkan Jalan”

Tindak tanduk mereka mencerminkan pegangan hidup mereka. Mereka telah berjaya di sisi Allah SWT. Allah SWT reda dengan mereka dan merekapun meredai Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya“
(Surah An Nisaa’ ayat 65)

Inilah jalan hakiki yang diterangkan oleh Allah SWT dan diterjemahkan oleh Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat baginda. Menjadi sunnah Allah, jalan ini sememangnya sukar. Jalan yang ramai yang tidak menyukainya.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta“ (Surah At Taubah  ayat 42)

Jalan ini hanya sanggup disertai oleh orang yang yakin dan bersedia untuk menyediakan bekalan yang banyak.

Oleh itu kita semua perlulah sentiasa meneliti perjalanannya. Seandainya kalian tersilap meletakkan titik tolak dakwah ini maka akhirnya kalian akan menemui jalan buntu. Kalian akan mendapati masalah demi masalah yang remeh akan timbul dan tidak kunjung hilang. Masa dan tenaganya yang terhad terpaksa dicurahkan demi menyelesaikan masalah itu. Akibatnya kerjanya yang pokok tidak dapat dijalankan (atau setidak-tidaknya terbantut kerana tertumpu kepada masalah yang remeh.

Tanpa memahami titik tolak dakwah sebenar, kalian mungkin memulakan dakwahnya dengan menegakkan makruf yang kecil. Ini akan membuatkan kalian akan ketinggalan kerana makruf terbesar belum ditegakkan sementara mungkar terbesar terus hidup subur dan menguasai suasana. Pokok kemungkaran tidak terjejas. Yang gugur hanyalah buah-buah mungkar sahaja mengikut musim. Sepatutnya jika perkara kecil menghalang terlaksananya perkara utama, maka perkara kecil itu diketepikan buat seketika. Waullhualam

Wednesday, May 23, 2012

Sifat-sifat Ahli Syurga Yang Di Nyatakan Oleh Al-Quran.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat kembali yang sungguh indah , nyaman dan tenteram. Syurga disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa dan beramal soleh ketika di dunia. Mereka yang terpilih ini mempunyai beberapa sifat-sifat akhlak terpuji dan sifat-sifat ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT di dalam beberapa surah dalam al-Quran.

Terdapat 22 Golongan Yang berhak dimasukkan ke dalam Syurga Menurut al-Quran:

1. Orang-orang yang bertakwa

2. Orang yang mendermakan hartanya ketika senang dan susah

3. Orang yang menahan kemarahannya

4. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain

5. Orang yang apabila melakukan perbuatan keji dan  menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah dan memohon keampunan kepada Allah.

6. Orang yang tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan sedangkan mereka tahu akibatnya.

Firman Allah SWT :


﴿وَŰłَۧ۱ِŰčُÙˆŰ§ Ű„ِلَى مَŰșْفِ۱َŰ©ٍ مِنْ ۱َŰšِّكُمْ وَŰŹَنَّŰ©ٍ Űčَ۱ْ۶ُهَۧ Ű§Ù„ŰłَّمَوَۧŰȘُ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ُ ŰŁُŰčِŰŻَّŰȘْ لِلْمُŰȘَّقِينَ (133) Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يُنْفِقُونَ فِي Ű§Ù„Űłَّ۱َّۧۥِ وَŰ§Ù„Ű¶َّ۱َّۧۥِ وَŰ§Ù„ْكَۧ۞ِمِينَ Ű§Ù„ْŰșَيْŰžَ وَŰ§Ù„ْŰčَŰ§Ùِينَ Űčَنِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ يُŰ­ِŰšُّ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰłِنِينَ (134) وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ Ű„ِŰ°َۧ فَŰčَلُÙˆŰ§ فَِۭۧŰŽَŰ©ً ŰŁَوْ ŰžَلَمُÙˆŰ§ ŰŁَنْفُŰłَهُمْ Ű°َكَ۱ُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ فَۧ۳ْŰȘَŰșْفَ۱ُÙˆŰ§ لِŰ°ُنُÙˆŰšِهِمْ وَمَنْ يَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَلَمْ يُŰ”ِ۱ُّÙˆŰ§ Űčَلَى مَۧ فَŰčَلُÙˆŰ§ وَهُمْ يَŰčْلَمُونَ (135)﴾ [ŰąÙ„ ŰčÙ…Ű±Ű§Ù†]

Maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).(Surah Ali Imran ayat 133-135)

7. Orang-orang yang beriman.

8. Orang yang khusuk dalam solatnya.

9. Orang yang meninggalkan perkara yang sia-sia

10. Orang-orang yang mengeluarkan zakat

11. Orang yang menjaga kemaluannya melainkan kepada isteri-isterinya dan hamba yang dimiliki

12. Orang yang menjaga amanah dan janjinya

13. Orang yang sentiasa menjaga solatnya.

Firman Allah SWT

قَŰŻْ ŰŁَفْلَŰ­َ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنُونَ (1) Ű§Ù„َّŰ°ِينَ هُمْ فِي Ű”َلَۧŰȘِهِمْ ŰźَۧێِŰčُونَ (2) وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ هُمْ Űčَنِ Ű§Ù„Ù„َّŰșْوِ مُŰčْ۱ِ۶ُونَ (3) وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ هُمْ لِلŰČَّكَۧ۩ِ فَۧŰčِلُونَ (4) وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ هُمْ لِفُ۱ُÙˆŰŹِهِمْ Ű­َŰ§ÙِŰžُونَ (5) Ű„ِلَّۧ Űčَلَى ŰŁَŰČْوَۧۏِهِمْ ŰŁَوْ مَۧ مَلَكَŰȘْ ŰŁَيْمَŰ§Ù†ُهُمْ فَŰ„ِنَّهُمْ Űșَيْ۱ُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ْۧۚŰȘَŰșَى وَ۱َۧۥَ Ű°َلِكَ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْŰčَۧۯُونَ (7) وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ هُمْ لِŰŁَمَŰ§Ù†َۧŰȘِهِمْ وَŰčَهْŰŻِهِمْ ۱َۧŰčُونَ (8) وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ هُمْ Űčَلَى Ű”َلَوَۧŰȘِهِمْ يُŰ­َŰ§ÙِŰžُونَ (9) ŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْوَۧ۱ِŰ«ُونَ (10) Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَ۱ِŰ«ُونَ Ű§Ù„ْفِ۱ْŰŻَوْŰłَ هُمْ فِيهَۧ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻُونَ (11)[Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنُونَ]

Maksudnya : "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya." 
(Surah al-Mukminun ayat 1 - 11).

14. Orang yang tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah (larangan Allah).

Firman Allah SWT :

لَۧ ŰȘَŰŹِŰŻُ قَوْمًۧ يُŰ€ْمِنُونَ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ وَŰ§Ù„ْيَوْمِ Ű§Ù„ْŰąَŰźِ۱ِ يُوَۧۯُّونَ مَنْ Ű­َۧۯَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَ۱َŰłُولَهُ وَلَوْ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ ŰąَŰšَۧۥَهُمْ ŰŁَوْ ŰŁَŰšْنَۧۥَهُمْ ŰŁَوْ Ű„ِŰźْوَŰ§Ù†َهُمْ ŰŁَوْ ŰčَŰŽِÙŠŰ±َŰȘَهُمْ ŰŁُولَŰŠِكَ كَŰȘَŰšَ فِي قُلُÙˆŰšِهِمُ Ű§Ù„ْŰ„ِيمَŰ§Ù†َ وَŰŁَيَّŰŻَهُمْ Űšِ۱ُÙˆŰ­ٍ مِنْهُ وَيُŰŻْŰźِلُهُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ ŰȘَŰŹْ۱ِي مِنْ ŰȘَŰ­ْŰȘِهَۧ Ű§Ù„ْŰŁَنْهَۧ۱ُ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ فِيهَۧ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُمْ وَ۱َ۶ُÙˆŰ§ Űčَنْهُ ŰŁُولَŰŠِكَ Ű­ِŰČْŰšُ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَلَۧ Ű„ِنَّ Ű­ِŰČْŰšَ Ű§Ù„Ù„َّهِ هُمُ Ű§Ù„ْمُفْلِŰ­ُونَ (22) ( Ű§Ù„Ù…ŰŹŰ§ŰŻÙ„Ű©)

Maksudnya : "Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya".
( Surah al-Mujadalah ayat 22)

15. Orang yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan Rasul.

Firman Allah SWT :


لَيْŰłَ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰŁَŰčْمَى Ű­َ۱َŰŹٌ وَلَۧ Űčَلَى Ű§Ù„ْŰŁَŰčْ۱َŰŹِ Ű­َ۱َŰŹٌ وَلَۧ Űčَلَى Ű§Ù„ْمَ۱ِÙŠŰ¶ِ Ű­َ۱َŰŹٌ وَمَنْ يُŰ·ِŰčِ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَ۱َŰłُولَهُ يُŰŻْŰźِلْهُ ŰŹَنَّۧŰȘٍ ŰȘَŰŹْ۱ِي مِنْ ŰȘَŰ­ْŰȘِهَۧ Ű§Ù„ْŰŁَنْهَۧ۱ُ وَمَنْ يَŰȘَوَلَّ يُŰčَŰ°ِّŰšْهُ ŰčَŰ°ًَۧۚۧ ŰŁَلِيمًۧ (17) [Ű§Ù„ÙŰȘŰ­]

Maksudnya : "Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya) dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksanya dengan azab yang tidak terperi sakitnya".
( Surah al-Fath ayat 17).

16. Golongan terdahulu daripada kaum Muhajirin dan Ansar (para sahabat) dan orang-orang yang mengikuti jalan mereka (Tabien).

Firman Allah SWT :

وَŰ§Ù„Űłَِّۧۚقُونَ Ű§Ù„ْŰŁَوَّلُونَ مِنَ Ű§Ù„ْمُهَۧۏِ۱ِينَ وَŰ§Ù„ْŰŁَنْŰ”َۧ۱ِ وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ ۧŰȘَّŰšَŰčُوهُمْ ŰšِŰ„ِŰ­ْŰłَŰ§Ù†ٍ ۱َ۶ِيَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَنْهُمْ وَ۱َ۶ُÙˆŰ§ Űčَنْهُ وَŰŁَŰčَŰŻَّ لَهُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ ŰȘَŰŹْ۱ِي ŰȘَŰ­ْŰȘَهَۧ Ű§Ù„ْŰŁَنْهَۧ۱ُ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ فِيهَۧ ŰŁَŰšَŰŻًۧ Ű°َلِكَ Ű§Ù„ْفَوْŰČُ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمُ (100) [Ű§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ©]

Maksudnya : "Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." (Surah al-Taubah ayat 100).

17. Orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya.

Firman Allah SWT :

لَكِنِ Ű§Ù„Ű±َّŰłُولُ وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąَمَنُÙˆŰ§ مَŰčَهُ ŰŹَŰ§Ù‡َŰŻُÙˆŰ§ ŰšِŰŁَمْوَŰ§Ù„ِهِمْ وَŰŁَنْفُŰłِهِمْ وَŰŁُولَŰŠِكَ لَهُمُ Ű§Ù„ْŰźَيْ۱َۧŰȘُ وَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْمُفْلِŰ­ُونَ (88) ŰŁَŰčَŰŻَّ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَهُمْ ŰŹَنَّۧŰȘٍ ŰȘَŰŹْ۱ِي مِنْ ŰȘَŰ­ْŰȘِهَۧ Ű§Ù„ْŰŁَنْهَۧ۱ُ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ فِيهَۧ Ű°َلِكَ Ű§Ù„ْفَوْŰČُ Ű§Ù„ْŰčَŰžِيمُ (89) [Ű§Ù„ŰȘÙˆŰšŰ©]

Maksudnya : "(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. "(Surah al-Taubah ayat 88 -89)

18. Orang yang mati syahid.

Firman Allah SWT :

فَŰ„ِŰ°َۧ لَقِيŰȘُمُ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ كَفَ۱ُÙˆŰ§ فَ۶َ۱ْŰšَ Ű§Ù„Ű±ِّقَِۧۚ Ű­َŰȘَّى Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَŰ«ْŰźَنْŰȘُمُوهُمْ فَŰŽُŰŻُّÙˆŰ§ Ű§Ù„ْوَŰ«َŰ§Ù‚َ فَŰ„ِمَّۧ مَنًّۧ ŰšَŰčْŰŻُ وَŰ„ِمَّۧ فِŰŻَۧۥً Ű­َŰȘَّى ŰȘَ۶َŰčَ Ű§Ù„ْŰ­َ۱ْŰšُ ŰŁَوْŰČَۧ۱َهَۧ Ű°َلِكَ وَلَوْ يَŰŽَۧۥُ Ű§Ù„Ù„َّهُ لَŰ§Ù†ْŰȘَŰ”َ۱َ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَŰšْلُوَ ŰšَŰčْ۶َكُمْ ŰšِŰšَŰčْ۶ٍ وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ قُŰȘِلُÙˆŰ§ فِي ŰłَŰšِيلِ Ű§Ù„Ù„َّهِ فَلَنْ يُ۶ِلَّ ŰŁَŰčْمَŰ§Ù„َهُمْ (4) ŰłَيَهْŰŻِيهِمْ وَيُŰ”ْلِŰ­ُ ŰšَŰ§Ù„َهُمْ (5) وَيُŰŻْŰźِلُهُمُ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ Űčَ۱َّفَهَۧ لَهُمْ (6) [Ù…Ű­Ù…ŰŻ]

Maksudnya : "Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka." (Surah Muhammad ayat 6)

19. Orang yang sentiasa berpendirian teguh (istiqamah) pada jalan Allah walau apapun yang terjadi. 

Firman Allah SWT :

Ű„ِنَّ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ ۱َŰšُّنَۧ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű«ُمَّ ۧ۳ْŰȘَقَŰ§Ù…ُÙˆŰ§ فَلَۧ Űźَوْفٌ Űčَلَيْهِمْ وَلَۧ هُمْ يَŰ­ْŰČَنُونَ (13) ŰŁُولَŰŠِكَ ŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ِ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ فِيهَۧ ŰŹَŰČَۧۥً Űšِمَۧ كَŰ§Ù†ُÙˆŰ§ يَŰčْمَلُونَ (14) [Ű§Ù„ŰŁŰ­Ù‚Ű§Ù]

Maksudnya : "Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka. Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!" (Surah al-Ahqaf ayat 13- 14)

20. Orang yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT L:

وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąَمَنُÙˆŰ§ وَŰčَمِلُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­َۧŰȘِ لَۧ نُكَلِّفُ نَفْŰłًۧ Ű„ِلَّۧ وُŰłْŰčَهَۧ ŰŁُولَŰŠِكَ ŰŁَŰ”ْŰ­َُۧۚ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ِ هُمْ فِيهَۧ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻُونَ (42) [Ű§Ù„ŰŁŰčŰ±Ű§Ù]

Maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya." (Surah al-'Araf ayat 42)

21. Orang yang sentiasa sabar sama ada dalam keadaan senang dan susana .

Firman Allah SWT :

ŰŁَمْ Ű­َŰłِŰšْŰȘُمْ ŰŁَنْ ŰȘَŰŻْŰźُلُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَلَمَّۧ يَŰŁْŰȘِكُمْ مَŰ«َلُ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ Űźَلَوْۧ مِنْ قَŰšْلِكُمْ مَŰłَّŰȘْهُمُ Ű§Ù„ْŰšَŰŁْŰłَۧۥُ وَŰ§Ù„Ű¶َّ۱َّۧۥُ وَŰČُلْŰČِلُÙˆŰ§ Ű­َŰȘَّى يَقُولَ Ű§Ù„Ű±َّŰłُولُ وَŰ§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąَمَنُÙˆŰ§ مَŰčَهُ مَŰȘَى نَŰ”ْ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَلَۧ Ű„ِنَّ نَŰ”ْ۱َ Ű§Ù„Ù„َّهِ قَ۱ِÙŠŰšٌ (214) [Ű§Ù„ŰšÙ‚Ű±Ű©]

Maksudnya : "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat." 
(Surah al-Baqarah ayat 214)

22. Orang yang yakin dengan hari Akhirat dan beramal soleh sebagai persediaan menghadapinya. 

Firman Allah SWT :

فَŰŁَمَّۧ مَنْ ŰŁُوŰȘِيَ كِŰȘََۧۚهُ Űšِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَۧۀُمُ Ű§Ù‚ْ۱َŰĄُÙˆŰ§ كِŰȘَِۧۚيَهْ (19) Ű„ِنِّي ŰžَنَنْŰȘُ ŰŁَنِّي مُلَŰ§Ù‚ٍ Ű­ِŰłَِۧۚيَهْ (20) فَهُوَ فِي ŰčِÙŠŰŽَŰ©ٍ ۱َۧ۶ِيَŰ©ٍ (21) فِي ŰŹَنَّŰ©ٍ ŰčَŰ§Ù„ِيَŰ©ٍ (22) قُŰ·ُوفُهَۧ ŰŻَŰ§Ù†ِيَŰ©ٌ (23) كُلُÙˆŰ§ وَۧێْ۱َŰšُÙˆŰ§ هَنِÙŠŰŠًۧ Űšِمَۧ ŰŁَŰłْلَفْŰȘُمْ فِي Ű§Ù„ْŰŁَيَّŰ§Ù…ِ Ű§Ù„ْŰźَŰ§Ù„ِيَŰ©ِ (24) [Ű§Ù„Ű­Ű§Ù‚Ű©]

Maksudnya : "Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)! Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan. Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!" 
(Surah al-Haqqah ayat 19 - 24)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Hayatilah 22 sifat-sifat orang mukmin yang dinayatakan oleh Allah SWT seperti ayat-ayat di atas. Jika kita istiqamah terus beramal dengan sifat tersebut insya Allah balasan syurga menanti kita semua disana. Janji Allah SWT pasti benar dan Dia tidak pernah memungkiri janji-janji-Nya.



 

Tuesday, May 22, 2012

Kenapa Umat Islam Perlu Mengundi dan Memilih Pemimpin Yang Berakhlak Mulia?

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Pemilihan pemimpin yang akan bertanggungjawab menguruskan kebajikan rakyat dan mentadbir negara dengan jujur dan amanah adalah satu kewajipan. Tanpa ada pemimpin tidak mungkin kemaslahatan rakyat dapat diurus dengan baik. Kemakmuran suatu negara, rakyatnya bersatu padu, terhindar daripada kebinasaan, kepincangan dan kerosakan adalah mempunyai perhubungan yang erat dengan pemimpin yang amanah. Jika seorang pemimpin itu rasuah, rendah akhlak dan moralnya, sering melakukan dosa-dosa besar dan bersubahat dengan pembuat fitnah maka pemimpin tersebut tidak layak dipilih dan diberi peluang untuk memimpin rakyat.

Kuasa mengundi ada ditangan kalian dan kalian perlulah berhati-hati dan berwaspada supaya tidak melakukan kesilapan dan keliru semasa membuat pengundian. Kenapakan mengundi dalam pilihan satu amanah yang tidak boleh diabaikan? Seseorang yang engan mengundi dan menganggap ianya perkara yang tidak penting maka dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dihari akhirat nanti sekiranya golongan perasuah , mabuk kuasa dan mereka yang rendah akhlaknya terpilih di sebabkan majoriti memihak kepada mereka.

Terdapat beberapa faktor kenapa kalian perlu mengundi. 


Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :
 

Pertama : Kaedah fiqh 

Melakukan mudarat yang kecil bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar.

Mudharat yang kecil adalah bila diadakan pilihan raya akan berlaku perselisihan faham, lobi-melobi, mendedahkan keburukan parti-parti yang bertanding, berlaku ketegangan dalam masyarakat hingga boleh mencetuskan pergaduhan. Banyak masa dan wang ringgit terbuang semasa di adakan pilihan raya yaitu dengan di adakan ceramah, kempen, menampal poster dan memasang bendera.

Mudharat yang lebih besar pula akan berlaku apabila hak pemerentahan diberikan kepada pemimpin yang tidak adil iaitu hasil dan kekayaan negara akan disalah urus bukan untuk kepentingan rakyat tetapi lebih kepada individu tertentu dan kroni. Rakyat akan mengalami kerugian besar kerana undang-undang Islam tidak akan dipraktikkan dalam kehidupan bernegara, tidak berlaku adil dalam perbicaraan dimahkamah, kos untuk mendapat pendidikan tinggi terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi, cukai-cukai akan dinaikkan, projek-projek kerajaan akan diagih-agihkan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan pemimpin sahaja, gejala sosial dan keruntuhan akhlak akan berlaku bermaharajalela tanpa ada pemulihan yang bersepadu.
 

Kedua : Memahami Fiqh Awlawiyat ialah memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan. Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang mesti didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan, sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya.

Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat seperti berikut :
“Menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.

Dalam realiti semasa seorang muslim itu perlu menguatamakan perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Undang-undang Islam belum lagi dilaksanakan sepenuhnya dalam masyarakat kita. Proses perlaksanaannya perlu kepada masa dan peringkat demi peringkat. Oleh itu salah satu cara dan jalan menuju kepada perlaksanaan undang-undang Islam adalah umat Islam perlu mengambil peluang memilih pemimpin yang beriman dan bertakwa semoga penyebaran fikrah dan dakwah Islam dapat di jalankan secara berterusan.


Kalian perlu mengangkat peribadi yang sesuai ke kedudukan yang sesuai dalam memimpin umat dan negara. Pilihlah ahli dewan undangan negeri dan wakil rakyat dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia, golongan yang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik demi pengurusan perjalanan negara dan kehidupan rakyat, mereka yang mendepani cabaran besar serta merebut peluang yang terhampar pada tahun-tahun mendatang. 

Oleh yang demikian mengundi dengan prinsip menurut urutan berikut; menyokong calon yang mendukung agenda Islam; memilih calon yang tidak mengancam perjuangan Islam di Malaysia; (jika) dalam kalangan calon-calon bukan Islam, (memilih) peribadi calon yang tidak memusuhi Islam; dan akhir sekali, mengundi peribadi calon bukan Islam yang bahayanya terhadap perjuangan ummah paling minimum.

Ketiga : Tahaluf Siasi .


Bekerjasama dengan organisasi lain atau parti-parti politik lain yang tidak bermatlamatkan Islam untuk membina sebuah kerajaan. Kerjasama ini berlaku terhadap apa jua bidang yang telah dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama.
Ulama-ulama gerakan telah memberi pandangan yang berbeza dalam mengeluarkan hukum bekerjasama dengan gerakan atau organisasi yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam.

Para Ulama Haraki telah mengharuskan Tahaluf Siasi dalam gerakan Islam antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban. (Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban, kitab al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, (m/s 114-116)


Bekerjasama dengan bukan Islam dalam politik aman (siasah dakwah silmiyah).
Adalah di benarkan ahli-ahli politik muslim untuk meminta pertolongan demi menjaga maslahah umat Islam,negara dan rakyat seluruhnya itu sendiri agar keselamatan diri terjamin dan kerja kebajikan dan keadilan akan berterusan melalui pilihan raya dan perkongsian kuasa.



Keharusan Tahaluf Siyasi dengan kerjasama gerakan/ parti yang bukan Islam boleh di bahagikan dalam beberapa syarat iaitu :
 

1. Orang bukan Islam di yakini amanahnya untuk merialisasikan kerja-kerja kebajikan dan keadilan dalam ajaran Islam samaada secara perbincangan, perjanjian dan sebagainya.

2. Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut pengabaian kepada beberapa prinsip Islam
 

3. Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut kita berdiam diri dari berkata benar atau setuju dengan kebatilan
 

4. Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu bermuka-muka dengan orang bukan Islam atau memuji kekufuran mereka.
 

5. Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu penguasaan orang bukan Islam ke atas orang Islam dengan membawa kepada kemudharatan kepada umat Islam dan ajaran Islam. Tidak mengadaikan prinsip Islam.

Contoh keharusan bekerjasama dengan mereka dengan tujuan maslahah menegakkan keadilan Islam dan kemaslahatan umat Islam itu sendiri adalah ketika mana Nabi Muhammad SAW dibantu (kerjasama) oleh bapa saudaranya yang bukan Islam iaitu Abu Talib.

Berkata Imam Ibnu Kathir : " Hikmah yang bgitu besar kepada Islam dan Rasulullah SAW di sebalik kufur Abu Talib ialah kekuatannya sebagai benteng utuh da’wah Nabi yang sentiasa mempertahankan Nabi. Seandainya Abu Talib masuk Islam, sudah pasti orang Quraisy tidak akan mempedulikan kemuliaan ,kebesaran dan penghormatan yang ada pada peribadi Abu Talib. Mereka akan menghapuskan Nabi SAW serta Abu TAlib dengan kekerasan dan cemuhan jahat mereka.


Perlindungan yang di berikan Abu Talib kepada Nabi Muhammad bukanlah ketika di saat getir sahaja bahkan dalam segenap sudut sehinggakan Nabi menjadi terlalu sayang kepada beliau.Ini dapat di buktikan bila mana meninggalnya Abu Talib, Nabi menjadi terlalu sedih.
Jelaslah, bahawa bukan kerana hubungan darah daging sahaja, tapi kerana jasa dan pengorbanan yang di berikan oleh beliau. Sekiranya darah daging di jadikan ukuran, ini kurang tepat kerana Nabi tidak melakukan perkara yang sama pada Abu Jahal dan Abu Lahab.

Sebagai kesimpulan di atas, dapatlah di fahami bahawa hukum bekerjasama dengan bukan Islam dalam politik adalah harus dari sudut syara’ selama mana ia memberikan kemaslahatan umum mengatasi kemudharatan.

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam Islam matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Apabila matlamat kalian ingin menjadikan Malaysia negara berkebajikan dan kearah tertegaknya negara Islam maka jalan-jalan yang kalian gunakan untuk mencapai matlamat yang murni ini perlulah syarak benarkan dan bersih daripada unsur penipuan.


Jika kalian berkempen dan menyokong calun yang akan bertanding (calun yang berakhlak dan berintegeriti) maka gunakanlah cara-cara bersih dan beradab sopan. Jangan gunakan cara Machiavelli atau matlamat menghalalkan cara iaitu dengan menggunakan kempen cara kotor dengan maki-hamun, fitnah-memfitnah, mengadu domba dan tuduh menuduh. Setiap dakwaan dan tuduhan perlu disertakan dengan bahan bukti bukan cakap-cakap sahaja dan emosi semata-mata.


Tonjolkanlah manifesto yang lebih baik daripada manifesto calun lawan dan buktikan bahawa kalian mampu melaksanakan semua janji-janji yang akan diberikan kepada rakyat. Buktikan pemerentahan lama telah menyalahgunakan kuasa dan berlaku penyelewengan harta negara kepada perkara yang tidak bermanfaat dan membazir, hak rakyat bersuara dinafikan, kezaliman dan ketidakadilan berlaku dimana-mana.


Sahabat yang dikasihi,
Pastikan kalain benar-benar memilik calun yang akan menguntungkan Islam dan calun-calun yang akan membantu menegakkan keadilan dan memberi kebajikan kepada rakyat semuanya. Ingat kalian pasti akan bertanggungjawab samaada kebaikan atau keburukan yang akan berlaku kerana keputusan yang telah kalian lakukan. Jika kalian inginkan kebaikan dan keberkatan dan mendapat keredaan Allah SWT maka pilihlah mereka yang berusaha untuk menegakkan Islam sebagai cara hidup dan mereka yang bercita-cita untuk menghapuskan kezaliman dan ketidak adilan yang telah lama berakar umbi di dalam negara.