Saturday, August 13, 2011

Kisah Saidina Uthman Bin Affan Dengan Infak Hartanya di Jalan Allah

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya :“Hai orang-orang yang beriman , sukakah kamu (bila) aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari api neraka? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya ; Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai , dan memasukkan (kamu) ketempat tinggal yang baik didalam Syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (Surah Ash-shaff ayat 10-12)

Salah seorang sahabat terkemuka Rasulullah SAW iaitu Saidina Ustman Bin Afffan r.a, yang bakal menjadi khalifah muslimin yang ketiga adalah seorang peniaga besar Madinah.

Suatu ketika Madinah mengalami masa kesusahan  yang sangat parah akibat masa  kemarau yang berkepanjangan. Tumbuh-tumbuhan dan hewan banyak yang mati. Masyarakat Madinah banyak yang mengalami kelaparan. Pada masa gawat itu, datang rombongan kafilah dari negeri Syam membawa barang dagangan yang sebagian besar berupa makanan. Rupanya barang dagangan itu kepunyaan Ustman bin Affan. Para peniaga Madinah berebutan ingin membelinya dengan maksud akan dijual kembali kepada masyarakat yang memang sangat memerlukankan dengan harga berlipat-lipat . Mereka menawar barang dagangan itu dengan harga tiga kali ganda dari harga pembeliannya.

Tetapi tawaran yang sangat menguntungkan itu ditolak oleh Ustman bin Affan, “Maafkan saya , barang dagangan ini telah terjual dengan harga yang lebih besar dari itu!” Tentu saja para peniaga itu menjadi hairan , siapa orang yang berani membeli dengan harga tinggi itu. Mereka pun bertanya , “Wahai sahabat, siapakah orangnya yang telah membeli barang daganganmu dengan harga sangat tinggi itu?”

Usman pun menjawab singkat , “Allah!”.

Dengan keheranan mereka balik bertanya , “Bagaimana caranya Allah memberikan keuntungan itu kepadamu? "

Jawab Ustman, “Allah menjanjikan kepadaku keuntungan tidak kurang dari 700 kali ganda, tidakkah kalian ingat janji Allah itu dalam Al-Quran?” lalu Ustmanpun membacakan firman Allah SWT  maksudnya : “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah , tak ubahnya sebutir biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. Pada masing-masing tangkai terdapat 100 butir biji.” (Surah al-Baqarah ayat 261)

Para peniaga itu dengan keheranan bertanya, “ Apakah engkau akan sedekahkan seluruh dagangan yang sangat banyak ini?” 

Ustman pun menjawab , “Benar. Seluruhnya aku sedekahkan kepada masyarakat yang menderita kerana kesusahan yang parah ini!”

Kisah ini memberikan gambaran orang-orang yang memiliki kepercayaan penuh pada janji Tuhannya. Tidak ada sedikitpun ragu-ragu diatas janji-janji Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang sanggup menginfakkan hartanya dijalan Allah SWT. 

Saidina Uthman yakin sungguh-sungguh bahawa Zat Yang Maha Suci, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tidaklah mungkin akan ingkar janji-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, Pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-NYA lah kamu dikembalikan". 
(Surah al-Baqarah ayat 245)

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh kerana manfaat yang cukup besar maka janganlah kita abaikan sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Latihlah diri kita untuk bersedekah, jangan tangguh-tangguh, mulakanlah dengan sedikit setakat kemampuan kita. Jangan fikir kita akan rugi sebab rezeki yang datang daripada Allah SWT kita tidak tahu dari mana puncanya. Dia akan beri rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka apabila kita sahut seruan Allah SWT untuk sedekah dan infaq di jalan-Nya.

Petikkan Ayat-ayat AlQuran dengan TerjemahannyaTadarus Ramadan Surah Al-Kahf

ŰšِŰłْــمِ ۧï·ČِŰ§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ ۧۧ۱َّŰ­ِيم


SEPULOH AYAT PERTAMA
Ayat 1
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
Ayat 2
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
Ayat 3
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
Ayat 4
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
Ayat 5
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
Ayat 6
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Ayat 7
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Ayat 8
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
Ayat 9
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
Ayat 10
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

SEPULOH AYAT TERAKHIR
Ayat 101
(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
Ayat 102
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
Ayat 103
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
Ayat 104
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
Ayat 105
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
Ayat 106
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
Ayat 107
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
Ayat 108
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
Ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

 AMALAN DARI AL-QURAN
"Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW  bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)"

"Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)"

‎"Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW  bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)"

"Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)"

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)


"Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)""Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)"

 ‎"Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a.meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." 
(HR Mustadrak Hakim)"

"Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)"Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
TERJEMAHAN DI WEBSITE INI
http://quran.com/18

Syarat-syarat Menjadi Imam dan Makmum Solat Berjemaah

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW memberi wasiat kepada umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya, "Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebelum melaksanakan solat fardu berjemaah kita perlulah mengetahu syarat-syarat sah menjadi imam dan makmum dalam solat berjemaah.

Sebelum memulai solat dengan makmumnya, seorang imam setelah muazin selesai mengumandangkan azan dan qamat (iqamah), maka imam berdiri paling depan dan menghadap makmum untuk mengatur barisan terlebih dahulu. Jika sudah lurus, rapat dan rapi imam menghadap kiblat untuk mulai ibadah solat berjemaah dengan khusyuk.

Dalam kita mengerjakan solat berjemaah untuk lelaki saf yang paling  baik adalah saf yang paling hadapan sekali dan untuk  wanita adalah saf yang di barisan paling belakang sekali.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW. bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 615. Muslim, no. 137)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)

A. Syarat Untuk Menjadi Imam Solat Berjamaah :

1. Lebih banyak mengerti dan paham masalah ibadah solat.
2. Lebih banyak hafal surah-surah al-Quran.
3. Lebih fasih dan baik dalam membaca bacaan-bacaan solat.
4. Lebih tua daripada ahli jemaah lainnya.
5. Tidak mengikuti gerakan solat orang lain.
6. Lelaki. Tetapi jika semua makmum adalah wanita, maka imam boleh wanita.

Bacaan dua rekaat awal untuk solat Zuhur dan Asar pada surah al-Fatihah dan bacaan surah pengiringnya dibaca secara perlahan (sirran  yang hanya boleh didengar sendiri, orang lain tidak jelas mendengarnya). Sedangkan pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh dibaca secara  nyaring yang dapat didengar makmum. Untuk solat Jumaat, Aidulfitri, Aiduladha, Gerhana, Istiqo, Tarawih dan Witir dibaca nyaring, sedangkan untuk solat malam dibaca sedang, tidak nyaring dan tidak perlahan.

B. Syarat sah menjadi makmum dalam solat berjemaah

1. Niat untuk mengikuti imam dan mengikuti gerakan imam.
2. Berada satu tempat dengan imam.
3. Lelaki dewasa tidak sah jika menjadi makmum imam wanita.
4. Jika imam batal, maka seorang makmum maju ke depan menggantikan imam.
5. Jika imam lupa jumlah rekaat atau salah gerakan solat, makmum mengingatkan dengan membaca subhanallah dengan suara yang dapat didengar imam. Untuk makmum wanita dengan cara bertepuk tangan.
6. Makmum dapat melihat atau mendengar imam.
7. Makmum berada di belakang imam.
8. Mengerjakan ibadah solat yang sama dengan imam.
9. Jika datang terlambat, maka makmum akan menjadi masbuk yang boleh mengikuti imam sama seperti makmum lainnya, namun setelah imam salam masbuk menambah jumlah rakaat yang tertinggal. Jika berhasil mulai dengan mendapatkan rukuk bersama imam walaupun sebentar maka masbuk mendapatkan satu rakaat. Jika masbuk adalah makmum pertama, maka masbuk menepuk pundak imam untuk mengajak solat berjemaah.

C. Kedudukan Imam Dan Makmum Dalam Solat Jemaah.

1. Jika terdiri dari dua lelaki atau dua wanita saja, maka yang satu menjadi imam dan yang satu menjadi makmum berada di sebelah kanan imam agak ke belakang sedikit.

2. Jika makmum terdiri dari dua orang atau lebih maka kedudukan makmum adalah membuat barisan sendiri di belakang imam. Jika makmum yang kedua adalah masbuk, maka masbuh menepuk bahu makmum pertama untuk melangkah kebelakang membuat barisan tanpa membatalkan solat.

3. Jika terdiri dari makmum lelaki dan makmum wanita, maka makmum lelaki berada dibelakang imam, dan wanita dibelakang makmum lelaki.

4. Jika ada anak-anak maka anak lelaki berada di belakang makmum lelaki dewasa dan disusul dengan makmum anak-anak perempuan dan kemudian yang terakhir adalah makmum perempuan dewasa.

D. Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini
kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut
tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat
sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu
berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam  solat wajib dan sunat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Masud maksudnya : "Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak  sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna".

Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi  makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah:" Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah SAW  sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun". (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu
atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk

8) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

Tugas Imam Solat :
Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi imam. Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi imam.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berlumba-lumba melakukan solat fardu berjemaah di masjid atau di surau untuk mencari kelebihan dan ganjaran pahala yang lebih besar dan mencari rahmat dan keberkat di sisi Allah SWT kerana solat yang utama adalah dilakukan secara berjemaah.

Sebagai imam atau makmum dalam  solat berjemaah kita juga perlulah memahami syarat-syarat menjadi imam atau makmum supaya solat kita benar-benar menepati kehendak sunah Rasulullah SAW dan dilaksanakan dengan cara terbaik kerana pentingnya solat yang betul adalah kerana amalan manusia yang mula-mula di soal di hari akhirat adalah solatnya, jika betul dan sempurna maka barulah amalan-amalan lain akan dihisab oleh Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan
rugi ”.(Hadis Riwayat Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah )






Friday, August 12, 2011

Penghuni Syurga Yang Paling Rendah Kedudukannya di Dalam Syurga

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Setiap manusia di dunia ini samaada orang kafir, munafik atau muslim semua mereka akan di beri keadilan seadil-adilnya di hari akhirat nanti. Manusia boleh menipu sesama manusia di dunia ini, tetapi manusia tidak boleh menipu Allah SWT. Di akhirat setiap orang akan dibentangkan buku catatannya. Sekiranya baik maka baiklah yang akan diterimanya begitu juga jika buruk maka keburulah juga yang akan diterima.

Di hari akhirat manusia hanya terdiri daripada 3 golongan sahaja iaitu kafir, munafik dan muslim. Golongan kafir dan penyembah berhala akan terus dimasukkan kedalam neraka Jahanam tanpa dihisab. Golongan munafik akan diberi cahaya (sementara sahaja) kemudian cahaya itu hilang dan dia mereba-raba dalam kegelapan. Golongan muslim pula terbahagi kepada dua pula iaitu golongan yang akan terus dimasukkan kedalam syurga dan golongan yang di azab dahulu dineraka kemudian baru dimasukkan kedalam syurga (syurga yang paling rendah sekali)

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah radhiyallahu’anhu: Dari Abu Zubair bahawa ia mendengar Jabir bin Abdullah radhiyallahu’anhu bertanya tentang kedatangan di akhirat. Jabir berkata:

"Kita datang pada hari kiamat dari ini dan ini". Lihat (kedatangan itu di atas manusia).

"Lalu dipanggillah umat manusia dengan berhala dan apa yang dahulu disembahnya secara berurutan".

Sesudah itu, Tuhan mendatangi kita seraya berfirman: 'Siapa yang kalian tunggu?'

Mereka menjawab: 'Kami menunggu Tuhan kami'.

Allah berfirman: 'Akulah Tuhan kalian'.

Mereka berkata: 'Sampai kami melihat-Mu'.

Lalu tampak bagi mereka Tuhan tertawa. (Akhirnya) Dia membawa mereka dan mereka mengikuti-Nya.

Setiap orang di antara mereka, munafik atau mukmin diberi nur. Mereka terus mengikuti-Nya. Di atas jembatan Neraka Jahanam terdapat besi-besi berkait dan berduri, yang merenggut barang siapa yang dikehendaki Allah.

Kemudian nur orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin tetap bersinar.

Selamatlah rombongan pertama, wajah mereka bagaikan bulan purnama. Mereka berkisar 70.000 (tujuh puluh ribu) orang.

Kemudian orang-orang berikutnya, wajah mereka seperti terangnya bintang-bintang di langit. Demikian seterusnya.

Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun memintakan syafaat, hingga keluar orang-orang yang mengucap: 'Laa ilaaha illallah' dari neraka dan orang-orang yang di hatinya terdapat kebaikan seberat gandum.

Mereka ditempatkan di halaman syurga, sedangkan ahli syurga memerciki mereka dengan air, sampai mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu (tumbuhan) di dalam banjir.

Hilanglah hangus tubuh mereka.

Kemudian ia (orang terakhir) meminta Allah memberikannya dunia dan sepuluh kali lipatnya".

(Hadis Sahih Riwayat Muslim No.278)

Huraiannya :

Berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim di atas bahawa di akhirat nanti semua manusia akan digolongkan kepada 3 golongan sahaja.

1. Golongan orang kafir penyembah berhala, ahli kitab dan aties

2. Golongan munafik

3. Golongan muslim.

Huraiannya :

1. Golongan orang kafir penyembah berhala, ahli kitab dan aties.

Firman Allah SWT maksudnya :"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya, barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa besar"
(Surah An Nisa’ ayat 48).

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Lalu dipanggillah umat manusia dengan berhala dan apa yang dahulu disembahnya secara berurutan".

Orang kafir para penyembah berhala akan diminta untuk memanggil berhala yang mereka sembahkan. Batu berhala yang menjadi sembahan mereka tidak boleh berbuat apa-apa kepada manusia yang menjadikan nya sebagai sembahan.

Orang musyrikin menjadikan patung berhal sebagai tuhan-tuhan mereka. Mereka berdoa kepada Allah, namun menjadikan berhala-berhala tersebut sebagai perantara (wasilah) supaya boleh  mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dan supaya berhala-berhala tersebut boleh memberikan syafaat di sisi Allah.

Sebagaimana disebutkan dalam al-Quran maksudnya:
“ Dan orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai wali-wali (penolong), (mereka mengatakan) : ‘kami tidaklah menyembah mereka kecuali supaya mendekatkan diri kami kepada Allah’ (Surah az-Zumar ayat 3)

“ Dan mereka menyembah selain Allah apa-apa yang tidak mampu memudharatkan ataupun memberi manfaat, dan mereka berkata : ‘ Ini adalah pemberi-pemberi syafaat kami di sisi Allah’ “ (Surah Yunus ayat 18)

Allah SWT berfirman maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk neraka) ke neraka Jahanam; mereka kekal didalamnya.Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk," (Surah al-Bayyinah ayat 6).

Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu neraka Jahannam bagi mereka. Sesuai dengan Surah Az-Zumar: 71, firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya..."

2. Golongan munafik

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Setiap orang di antara mereka, munafik atau mukmin diberi nur. Mereka terus mengikuti-Nya. Di atas jembatan Neraka Jahanam terdapat besi-besi berkait dan berduri, yang merenggut barang siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian nur orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin tetap bersinar."

Golongan munafik sebenarnya adalah golongan kafir tetapi mereka hipokrit (berpura-pura beriman)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Mereka (orang munafiq) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.”(Surah Asy-Shaf ayat 8)

Di hari pembalasan Allah SWT ada menggambarkan apa yang akan mereka dapatkan kerana hasil usaha mereka di dalam al-Quran yang bermaksud: "(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu".

(Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)",

serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?"

Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu! "  

(Surah al-Hadid ayat 13-15)

Firman-Nya lagi dalam yang bermaksud : “Khabarkan kepada orang-orang yang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih.” (Suran an-Nisaa ayat 138)

Dalam hal ini amaran Allah SWT amat jelas dan begitu tegas. Allah SWT telah menjanjikan seksaan yang amat pedih sehingga mereka yang munafik ini akan di tempatkan dalam hina-dina. Mereka akan disumbat di dalam neraka yang paling dalam iaitu Jahanam bersama-sama orang-orang kafir.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.” (Surah an-Nisaa ayat 145)

3. Golongan muslim.

Golongan muslim terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang yang terus memasuki syurga tanpa hisab dan golongan yang di azab dahulu di neraka kemudian baru dimasukkan kedalam syurga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Selamatlah rombongan pertama, wajah mereka bagaikan bulan purnama. Mereka berkisar 70.000 (tujuh puluh ribu) orang."

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya :  ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun.  Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku:  ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.”

Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku:  ”Lihatlah ke ufuk yang lain”; di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku:  ”Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.”  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setelah golongan pertama orang-orang mukmin yang masuk syurga tanpa hisab berjumlah 70,000 orang maka masuklah golongan mukmin kedua wajah mereka terangnya seperti bintang-bintang dilangit.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Kemudian orang-orang berikutnya, wajah mereka seperti terangnya bintang-bintang di langit. Demikian seterusnya."

Seorang muslim yang ada sedikit imannya kepada Allah SWT (walaupun sebesar biji sawi) tetapi banyak melakukan  dosa-dosa besar semasa didunia ini , di akhir kematiannya dia tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT maka dia akan dimasukkan kedalam neraka. Dia akan mendapat azab yang amat dahsyat sekali kerana seksaan neraka yang paling ringan adalah apabila dipakaikan capal neraka otaknya mendidih kerana terlalu panasnya api neraka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun memintakan syafaat, hingga keluar orang-orang yang mengucap: 'Laa ilaaha illallah' dari neraka dan orang-orang yang di hatinya terdapat kebaikan seberat gandum.

Mereka ditempatkan di halaman syurga, sedangkan ahli syurga memerciki mereka dengan air, sampai mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu (tumbuhan) di dalam banjir.

Hilanglah hangus tubuh mereka.

Kemudian ia (orang terakhir) meminta Allah memberikannya dunia dan sepuluh kali lipatnya".

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah memasukkan penghuni syurga ke syurga, Dia memasukkan orang yang di kehendakiNya dengan rahmat-Nya dan memasukkan penghuni neraka ke neraka, kemudian Dia berfirman maksudnya : “Lihatlah orang yang kamu sekalian dapati di dalam hatinya iman seberat biji sawi, maka keluarkanlah ia”.
Kemudian mereka dikeluarkan dari neraka seperti arang, mereka telah terbakar maka mereka dilemparkan di sungai hidup (Nahrul hayat), lalu mereka tumbuh di dalamnya, sebagaimana biji-bijian itu tumbuh di tanah yang dibawa banjir, tidaklah kamu melihatnya, bagaimana ia tumbuh dengan kuning emas”.
(Hadis Riwayat Muslim).

Di atas rahmat Allah SWT dan syafaat daripada Nabi SAW seorang muslim yang ada sedikit iman dan tidak mensyirikkan Allah SWT masih berpeluang untuk memasuki syurga tetapi terpaksa melalui penyeksaan yang amat dahsyat di neraka dan seharusnya ianya menjadi motivasi kepada kita minta dijauhilah seksaan api neraka.

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa Nabi SAW  pernah berdoa dengan doa ini, iaitu:

Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ Ű„ِنِّى ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِكَ مِنْ فِŰȘْنَŰ©ِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ وَŰčَŰ°َِۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ وَمِنْ ŰŽَ۱ِّ Ű§Ù„ْŰșِنَى وَŰ§Ù„ْفَقْ۱ِ

"ALLAAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MIN FITNATIN NAAR WA 'ADZAABIN NAAR, WA MIN SYARRIL GHINAA WAL FAQR" (maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari fitnah neraka dan azab neraka, serta dari keburukan kekayaan dan kefakiran)." (Hadis Riwayat Abu Daud no. 1543. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita sempena bulan Ramadan yang penuh berkat. Banyakkan berdoa, bermunajat dan meminta perlindungan Allah SWT daripada seksaan api neraka. Semoga Allah SWT memilih kita dikalangan hamba-hamba-Nya yang akan memasuki syurga tanpa hisab. Perkara paling penting yang perlu kita jaga adalah iman kita kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang enam supaya kita tidak syirik kepada-Nya. Kemudian kita beramal dengan ajaran Islam dan berakhlak dengan akhlak seorang mukmin maka kita akan menjadi mukmin yang diredai dan dirahmati Allah SWT.

Thursday, August 11, 2011

Memohon Pengampunan Daripada Allah SWT (Fasa Kedua Ramadan)

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita baru sahaja melalui fasa pertama Ramadan (1 - 10 Ramadan) iaitu di panggil syahrurrahmah (permulaannya rahmat) dan sekarang ini kita baru bermula fasa kedua iaitu dipanggil syahrul magfirah (pertengahaannya pengampunan) iaitu dari 11 - 20 Ramadan.

Dalam fasa kedua ini Allah SWT. menerima dan memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya yang merayu , berdoa dan memohon keampunan dari-Nya. Apakah ada tanda-tanda atau kesan dari fasa kedua ini yang telah memberi kesan pada kita?

Tanda Allah SWT menerima dan mengampuni hamba-hamba-Nya ialah ia merasakan dalam hati tidak mahu lagi melakukan dosa-dosa samaada besar atau kecil, menginsafi akan kesalahan-kesalahan lama yang ia telah lakukan dan terus merasai seronok dengan amal ibadah, zikrullah dan amal soleh. Dalam hati dan jiwanya merasai bahawa hidup didunia hanya sementara dan kehidupan dihari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Didalam fikirannya terbayang-bayang kehidupan di syurga yang penuh nikmat dan juga azab neraka yang amat dahsyat sekali. Perasaan ini akan menjadi sebagai pendorong dan motivasi untuk ia terus meningkatkan amal soleh dan meninggalkan amal yang buruk dan berdosa.

Setiap kali berdoa dan bermunajat teruskan memohon ampun kepada Yang Maha Pengampun, kerana sifat ini amat disukai oleh Allah SWT. Dan kalau Allah SWT menyukai kita, akan diberi-Nya rahmat dan nikmat seluas-luas-nya , di beri-Nya pengampunan dan akan dibebaskan kita daripada siksaan api neraka.

Amalkanlah membaca doa ini sebelum membuat sebarang permohonan kepada Allah SWT agar diterima oleh-Nya.

“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang.”

“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sahabat yang dimuliakan,
Pada fasa ini, Allah SWT menjanjikan ampunan kepada hamba-Nya. Sepanjang digunakan secara maksima untuk ibadah. Yakni melakukan amalan-amalan yang baik sesuai dengan tuntunan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, dengan penuh kesungguhan diasaskan keimanan yang teguh, keikhlasan dalam penghambaan, dan penuh harap akan diterimanya seluruh amal ibadah kita oleh Allah SWT.

Ramadhan di fasa magfirah atau pengampunan yang harus kita lakukan adalah memperbanyak memohon ampun kepada Allah SWT. Apalagi kerana sebagai manusia yang selalu melakukan dosa, baik dosa kecil maupun besar. Momentum Ramadhan inilah sebagai peleburnya. Ampunan itu sendiri disediakan dan terbuka lebar kepada seluruh umat Islam kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Orang yang memohon ampun disebut bertaubat. Sementara orang bertaubat disebut orang yang menyucikan diri. Hal itu sesuai dengan Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu . Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya ." (Surah Ash-Syams ayat 9-10)

Di fasa kedua ini banyak-banyaklah mendekatkan diri kepada-Nya melakukan taubat kepada Allah SWT. Kita hilangkan rasa iri hati, kesombongan, apalagi dendam dalam diri kita sesama saudara muslim.

Berbagai penyakit yang sering bersarang dalam hati manusia turut mendatangkan  dosa seseorang. Oleh kerana Ramadan boleh dijadikan sebagai bulan penghapus  dosa kerana Allah SWT menyediakan hal tersebut khususnya bagi orang yang mahu bertaubat secara serius. Yakni yang mahu melakukan taubat nasuha atau taubat yang bersungguh-sungguh.

Di fasa kedua ini (syahrul magfirah)  adalah malam-malam pengampunan oleh Allah SWT, teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga Allah SWT menerima taubat kita yang dilakukan ikhlas semata-mata kepada-Nya. Taubat akan menjadi milik siapa saja yang melaksanakannya dengan taubat nasuha. Gunakanlah sepuluh hari ini untuk memohon ampunan kepada Allah SWT. Kita akan disucikan kembali oleh Allah SWT apabila kita mahu bertaubat.

Perkara yang perlu  dilakukan adalah memperbanyak ibadah, temasuk solat sunat. Baik solat sunat rawatib, terawih, tahajud dan solat sunat lainnya. Lalu memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, dan beristighfar , diucapkan dengan penuh khusyuk kepada Allah SWT. Ketika mengucap istighfar fikiran dan perasaan perlu diberi penumpuan sepenuhnya kepada Allah SWT, sebaik-baiknya menangis mengalirkan air mata penyesalan, kerana air mata yang takut kepada Allah SWT akan menjadi air yang akan memadamkan kemarakan api neraka.

Orang yang mengisi malamnya dengan ibadah akan mendapat kemuliaan dari Allah SWT dalam bentuk pengampunan dosa. Sebagamana sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Muttafaq ‘Alaih, yang berbunyi: “Barang siapa melakukan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.”

Sahabat yang dikasihi,
Sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT. semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik yang pernah kita lalui. Peningkatan darisegi ibadah, meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa. Yang nikmatnya kita perolehi di Ramadan kali ini kita mememui dan menghayati dimalam Lailatul Qadar.

Permintaan saya pada kalian semua jangan lupa semasa kalian berdoa , tolong doakan saya supaya saya sentiasa sihat walafiat dan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. dan dapat meneruskan tugas dakwah dan amanah yang diberikan-Nya kepada saya.

Saya juga akan memasukan dalam doa saya untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kalian semua dan semoga kalian sentiasa beriman, bertakwa dan kekal didalam deen Islam dan diredai oleh Allah SWT di dunia dan akhirat. Semoga kita semua dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT dapat bertemu di syurga nanti seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa.

Wednesday, August 10, 2011

Hayati 21 Amalan Menuju ke Syurga

ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia."

 Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti  mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadis Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredaan Allah setiap masa?

Nabi SAW  bersabda maksudnya  : "Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadis Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".
(Hadis Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".
(Hadis Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".
( Hadis Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya  : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".
(Hadis Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."
(Hadis Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".
(Hadis Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadis Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya  : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali  rahmat kepadanya".
(Hadis Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya  : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat dan dijauhi daripada seksaan api neraka. Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.





Tuesday, August 9, 2011

Perbanyakkan Zikir Untuk Membersihkan Hati dan Mendekatkan Hubungan Hati Dengan Allah SWT

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
 ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Basahkanlah lidah kalian dengan zikrullah, menyebut dan mengingati Allah SWT  ketika berseorangan atau dengan  ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Zikir yang dilaksanakan secara berterusan akan menghidupkan hati, merasa cinta yang mendalam kepada Allah SWT dan telah terbina ikatan perhubungan yang erat dengan Allah SWT. Alangkan bahagianya hidup ini sekiranya nur taufik dan hidayah daripada Tuhan yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang menyerap masuk di dalam hati kalian, kerana nikmat inilah yang telah dimiliki oleh golongan muttaqin, solihin, muhlisin dan muqarrabin.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras, di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai" (Surah al-A'raf ayat 205)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan berzikirlah engkau semua kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, supaya engkau semua berbahagia." (Surah al-Jumu'ah ayat 10)

Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. dari Nabi SAW  sabdanya yang bermaksud : "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati."
(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat banyak hadis-hadis daripada Nabi SAW menjelaskan kelebihan-kelebihan berzikir kepada Allah SWT akan dikurniakan pahala dan ganjaran yang besar dihari akhirat nanti. Setiap perkataan yang menyebut pujian dan memuliakan kebesaran dan keagongan Allah SWT adalah merupakan pelaburan besar untuk saham akhirat dan zikir juga dikira seperti bersedekah dijalan Allah SWT.

Pertama : Membaca  "La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir"

Kelebihannya : Membaca 100 kali sama dengan membebaskan 10 orang hamba, dicatat sebagai 100 kebaikan dan dihapuskan 100 keburukan dan memperolehi penjagaan daripada godaan syaitan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :  "Barangsiapa mengucapkan: La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir -(Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu), dalam sehari seratus kali, maka ia memperoleh pahala yang menyamai dengan memerdekakan sepuluh orang hamba sahaya, juga untuknya dicatatlah sebanyak seratus kebaikan dan dihapuskanlah dari dirinya sebanyak seratus keburukan, juga ia dapat memperoleh perjagaan dari godaan syaitan pada harinya itu sampai waktu petang Tiada seorangpun yang dapat memperoleh sesuatu yang lebih utama dari apa yang dilakukan oleh orang di atas itu, melainkan seorang yang mengerjakan lebih banyak dari itu."
(Hadis Riwayat Muttafaq'alaih)

Kedua : Membaca  "Subhanallah wa bihamdih"

Kelebihannya : Di ampunkan segala dosa-dosa kecil sebanyak buih dilautan

Nabi SAW  bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang mengucapkan: Subhanallah wa bihamdih (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya) dalam sehari sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya semua kesalahan-kesalahannya (dosa-dosa kecil), sekalipun kesalahan-kesalahannya itu banyaknya seperti buih lautan." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Ketiga : Membaca kalimah  "Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahil 'azhim." (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung)."

Kelebihannya : Di cintai oleh Allah SWT dan berat pada timbangan di akhirat.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Ada dua kalimat yang ringan pada lisan -yakni mudah diucapkan, tetapi berat sekali dalam timbangan -di akhirat-, dicintai oleh Allah Maha Pengasih, iaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahil 'azhim." (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung)." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Ketiga : Membaca "Alhamdulillah"

Kelebihannya : Memenuhi berta timbangan di akhirat .

Dari Abu Malik al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Bersuci itu adalah separuh keimanan, bacaan Alhamdulillah itu adalah memenuhi beratnya timbangan -di akhirat, sedang Subhanallah dan Alhamdulillah itu memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi." (Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Membaca "Subhanallah dan Alhamdulillah"

Kelebihannya : Memenuhi di antara langit dan bumi

Dari Abu Malik al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Bersuci itu adalah separuh keimanan, bacaan Alhamdulillah itu adalah memenuhi beratnya timbangan -di akhirat, sedang Subhanallah dan Alhamdulillah itu memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi." (Hadis Riwayat Muslim)

Kelima : Membaca "Subhanallah" sehabis tiap bersolat -wajib- sebanyak tiga puluh tiga kali dan membaca"Alhamdudillah" sebanyak tiga puluh tiga kali dan pula membaca "Allahu Akbar " sebanyak tiga puluh tiga kali dan untuk menyempurnakan keseratusnya ia membaca:" La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir"

Kelebihannya : Diampunkanlah untuknya semua kesalahan-kesalahannya, sekalipun banyaknya itu seperti buih lautan.

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah SAW. bersabda : "Barangsiapa yang membaca Subhanallah sehabis tiap bershalat -wajib- sebanyak tiga puluh tiga kali dan membaca Alhamdudillah sebanyak tiga puluh tiga kali dan pula membaca Allahu Akbar sebanyak tiga puluh tiga kali dan untuk menyempurnakan keseratusnya ia membaca: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir
(maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu)
maka diampunkanlah untuknya semua kesalahan-kesalahannya, sekalipun banyaknya itu seperti buih lautan." (Riwayat Muslim)

Keenam : Membaca "La haula wala quwwata illa billah" (maksudnya : Tiada daya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah.)

Kelebihannya : Memiliki gedung simpanan di syurga.

Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah SAW. bersabda kepadaku: 'Tidakkah engkau suka kalau saya tunjukkan kepadamu pada sesuatu gedung simpanan dari beberapa gedung simpanan syurga?' Saya -Abu Musa- berkata: 'Baiklah, ya Rasulullah." Baginda SAW . lalu bersabda:  'Iaitu ucapan: La haula wala quwwata illa billah  (maksudnya : Tiada daya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah)."
(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat banyak lagi hadis-hadis lain yang menceritakan kelebihan mengucapkan zikir-zikir kepada Allah SWT, apa yang dinyatakan di atas adalah sebahagian sahaja . Selaian daripada zikir di atas kalian boleh merujuk dan mengamalkan zikir al-Mathurat yang terdapat himpunan zikir-zikir waktu pagi dan petang yang dibaca dan diamalkan oleh Nabi SAW.

Di bulan Ramadan al-Mubarak ini perlulah kalian  memperbanyakkan mengucapkan kalimah zikir dan basahkan lidah-lidah kalian dengan memuji dan memuja Allah SWT, ganjaran dan kelebihannya sungguh luar biasa. Natijahnya juga akan kalian kecapi dan akan merasai pertalian hati yang erat dengan Allah SWT dan menambahkan kualiti puasa wajib yang sedang kalian laksanakannya.









Monday, August 8, 2011

Banyakkan Bersedekah di Bulan Ramadan Sebagai Penebus Kemurkaan Allah

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW  adalah orang yang sangat dermawan, dan kedermawanan baginda semakin bertambah pada bulan Ramadan. Kebaikan-kebaikan yang baginda lakukan pada bulan itu melebihi angin yang berhembus.”

Dalam sebuah hadis Nabi SAW  bersabda yg bermaksud:
“Seutama-utama sedekah adalah pada bulan Ramadan.”
(HR. At-Tirmidzi)

Zaid bin Salim meriwayatkan dari ayahandanya bahawa ia berkata: Saya mendengar Umar bin Khattab berkata: “Rasulullah SAW. memerintahkan kami agar bersedekah. Kebetulan aku sedang memiliki harta. 
Umar pun berkata: “Pada hari ini aku akan melebihi Abu Bakar !” Umar melanjutkan: Aku pun membawa setengah dari hartaku. 
Rasulullah berkata: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?” 
 “Sebanyak ini juga!” jawabku. 
Kemudian datanglah Abu Bakar dengan membawa seluruh hartanya. Rasulullah SAW berkata: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?” .
Dia menjawab: “Aku tinggalkan bagi mereka Allah dan RasulNya!” 
Maka aku berkata: “Aku tidak akan mampu melebihimu selamanya.”

Diriwayatkan dari Thalhah bin Yahya bin Thalhah bahawa ia berkata:“Nenekku bernama Su’da binti ‘Auf Al-Murriyyah, beliau adalah isteri Thalhah bin ‘Ubaidillah- menceritakan kepadaku:“Pada suatu hari Thalhah datang menemuiku dengan wajah yang kusut. Aku bertanya kepadanya: “Mengapa wajahmu kusut seperti itu?” Apa yang telah terjadi atas dirimu? Adakah sesuatu yang dapat kubantu?
Ia berkata: “Terima kasih, kamu adalah sebaik-baik isteri seorang muslim!” Aku bertanya lagi: “Jika demikian, apa yang terjadi atas dirimu? 
Ia akhirnya berkata: “Harta yang kumiliki sudah terlalu banyak dan hal itu sangat menyusahkan diriku.”
Kukatakan padanya: “Jangan terlalu bersusah, bagikan saja harta itu!” 
Maka ia pun membagi-bagikan harta itu hingga tidak tertinggal sedirham pun.”
Thalhah bin Yahya (cucunya) berkata:“Aku tanyakan kepada penjaga gudangnya: “Berapa harta Thalhah ketika itu?”
“Empat ratus ribu dirham!” katanya. 

Sedekah boleh melindungi dari bahaya dan musibah, serta menolak su’ul khatimah (kematian yang buruk). Sedekah mampu memberikan pengaruh yang luar biasa kepada orang yang menunaikannya. Salah satu manfaat sedekah adalah ia memelihara seseorang dari segala macam bahaya dan musibah.
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Sahabat yang dimuliakan,
Salah satu sifat orang mukmin adalah hati dan jiwanya sentiasa suka bantu membantu. Hati dan jiwanya akan resah apabila berlalu satu hati tidak ada bantuan yang dapat diberikan. Dia akan memberikan bantuan walaupun sekecil mana kepada saudara-sauadara yang perlukan bantuan dan khidmat daripada dirinya.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, tidak menjadi sia-sia kerana jaminan daripada Allah SWT bahawa Dia akan membalas dengan balasan yang lebih baik samaada di dunia atau pun di hari akhirat.

Rasulullah SAW pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka. Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah SWT. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Bersedekahlah kerana sedekah adalah satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka. 

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
“Satu dirham mengatasi seribu dirham.”
Para sahabat bertanya, “Bagaimana berlaku demikian, ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW. menjawab, “Seorang lelaki ada dua dirham, lalu disedekahkannya satu dirham yang paling baik. Seorang kaya mengeluarkan dari hartanya yang banyak dan disedekahkan seribu dirham. Maka satu dirham itu lebih baik.”

Mata wang dirham adalah mata wang yang lumrah digunakan di zaman Rasulullah SAW. Dari hadis diatas dapat kita mengambil pengajaran bahawa sumbangan si miskin walaupun kecil tetapi besar bagi si miskin kerana ia memerlukan wang tersebut untuk menyara kehidupannya, dia terpaksa berlawan dengan perasaan dan rasa hatinya sendiri dan sanggup memberikan sedekah tersebut dengan rasa ikhlas dan takwa .

Sebaliknya si kaya tidak merasai apa-apa kesulitan walaupun dia bersedekah sebanyak seribu dirham, kerana harta yang ia miliki jauh lebih banyak daripada apa yang disedekahkan.

Oleh itu Allah SWT. menilai bukan pada jumlah sumbangan tetapi ianya dinilai daripada sejauhmana pengorbanan dan kesusahan yang terpaksa ia lalui untuk memberi sumbangan. Itulah sebabnya kenapa satu dirham mengatasi seribu dirham.

Sifat cintakan harta boleh menjangkiti siapa sahaja tanpa mengenal orang miskin atau kaya. Berlatihlah bersikap dermawan sewaktu miskin, walaupun menderma seringgit mungkin seringgit yang kita dermakan nilainya melebihi seribu ringgit. Sekiranya amalan mulia ini diteruskan, percayalah kalian akan bersikap dermawan sewaktu kaya nanti.

Didalam satu wasiat Nabi SAW kepada Sayyidina Ali r.a. mengatakan bahawa dipintu syurga ada tertulis bahawa orang yang bakhil tidak dibenarkan masuk kedalam syurga.

Sekiranya kalian membiarkan diri bersikap bakhil, kemungkinan penyakit bakhil itu akan terus kekal sewaktu kalian kaya.Rebutlah peluang untuk bersedekah dan menyumbang sementara harta dan umur masih ada. Kalian tidak tahu, mungkin esok kalian jatuh miskin atau kembali kepada Allah SWT dan tidak berkesempatan untuk bersedekah.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?
Nabi SAW menjawab maksudnya : "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat yang dikasihi,
Banyak sekali keistimewaan bersedekah pada bulan Ramadan, maka hendaknya kalian bersegera mengerjakannya. Keluarkanlah dengan segera sedekahmu sesuai dengan keluasan yang ada padamu.

Dalam hadis Nabi SAW ada menjelaskan bahawa sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.

Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’. Justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya, kerana Dia-lah yang banyak memberi. Jika kalian banyak memberi akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kalian banyak menerima kalian akan hanya meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara alat dan matlamat.

Ibadah Puasa Melahirkan Mukmin Yang Bersifat Amanah

 ŰŁًÙ„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُمْ
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibadah puasa akan melahirkan muslim yang amanah yang merupakan sifat yang tinggi nilainya. Puasa melatih manusia dengan sifat-sifat amanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal atau tidak sempurna. Jika begitu, sia-sia sahaja seseorang itu berpuasa dan tiada faedahnya menahan lapar dan dahaga.

Puasa mengajarkan rasa amanah di hadapan Allah SWT, baik dengan amalan yang nampak maupun yang tersembunyi.

Tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah SWT. Amanah yang dimiliki orang beriman mendorongnya untuk tetap menjaga kejujuran untuk tidak membatalkan puasa sekalipun ia tahu tidak seorang pun akan mengetahui perbuatannya.

Maksud amanah di dalam al-Quran dan hadis mengandung makna yang dalam dan merupakan salah satu kunci dalam konsep syariah. Paling tidak ada tiga konsep kunci dalam Islam yang berkenaan dengan amanah ini.

Pertama, amanah berkenaan dengan soal kepercayaan.

Amanah dalam bahasa ekonomi sering diterjemahkan dengan 'trust', yang bersangkut paut dengan kepercayaan atau mempercayakan sesuatu pada orang lain.

Dalam pemerintahan, ketua negara adalah orang yang dipercayai untuk menjalankan tugas atau amanah. Ia harus menunaikannya, kerana amanah adalah kewajiban dan harus dipegang penuh ketika amanah itu diterima.

Kedua, amanah berkenaan dengan tanggung jawab yang berat.

Dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 72, Allah SWT berfirman maksudnya : ‘’Sungguh kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tapi mereka enggan memikulnya, kerana takut akan mengkhianatinya dan manusia bersedia memikulnya. Ia sungguh zalim dan bodoh sekali.’’

Menurut tafsir Prof. Dr. Hamka, ayat tersebut bermaksud menggambarkan secara kiasan atau dengan ungkapan, betapa berat amanah itu, sehingga gunung-gunung, bumi dan langit pun tak bersedia memikulnya.

Dalam tafsir ini dikatakan, hanya manusia yang mampu memikul amanah, kerana manusia diberi kemampuan untuk itu oleh Allah SWT walaupun ternyata kemudian berbuat zalim, terhadap dirinya sendiri maupun orang lain serta bertindak bodoh dengan mengkhianati amanah itu.

Sementara alam menolak untuk tidak setia. Dengan perkataan lain, alam semesta memang tunduk pada undang-undang yang berlaku dalam alam semesta, sedang manusia tidak.

Secara fizikal manusia diberi Allah SWT  jiwa yang mampu menjalankan amanah. Dengan pengalaman, perasaan dan pengetahuan, manusia memiliki kemampuan untuk menjalankan tugasnya sebagai pemegang amanah.

Tapi sebagaimana dinyatakan pada akhir ayat di atas, manusia ternyata berbuat zalim dan tidak jujur dalam menjalankan tugasnya.

Manusia memang mampu berbuat baik, tapi manusia memiliki potensi pula untuk cenderung pada kezaliman. Dalam sejarah manusia, manusia memang banyak yang tergoda oleh nafsu amarah dan mengikut bisikan syaitan sehingga membawa mereka pada tindakan-tindakan yang mengingkari amanah.

Oleh sebab itu, pemegang amanah selain perlu ilmu pengetahuan, juga perlu petunjuk atau hidayah dari Tuhan, sebab manusia menghadapi pujukan dan godaan dari keinginannya sendiri yang sering tidak dapat dikawal daripada godaan nafsunya.

Ketiga, amanah berkaitan dengan iman.

Amanah mempunyai asas kata yang sama dengan iman, dalam al-Quran Allah SWT berfirman maksudnya : ‘’Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati kepercayaan Allah dan Rasul-Nya dan jangan pula kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui persoalannya.’’ (Surah al-Anfal ayat 27)

Ayat ini bermaksud, bila manusia menerima amanah, maka Allah SWT akan memberi petunjuk untuk memegang amanah. Dengan perkataan lain, amanah adalah moral dan akhlak yang memungkinkan manusia membangun yang positif dan menghilangkan yang negatif.

Orang yang tidak  bermoral dan tidak mempunyai akhlak tentunya bukanlah orang yang beriman, dan orang yang tidak beriman tentunya bukanlah orang yang mampu melaksanakan dan memegang amanah.

Sahabat yang dimuliakan,
Puasa di bulan Ramadan akan melahirkan mukmin yang dapat dipercaya orang lain. Puasa mestinya membuat seseorang jujur dalam setiap perkataan dan perbuatannya. Puasa membuat seseorang meyakini sepenuhnya bahawa Allah SWT mengawasi dan melihat semua perbuatannya samaada baik atau  buruk.

Puasa yang kita laksanakan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT akan melahirkan individu-individu muslim yang cukup amanah kepada Allah SWT, amanah sesama manusai danamanah kepada diri sendiri.

Jika dia seorang suami dan bapa, dia akan bersifat amanah dan menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab memberi nafkah dan mendidik isteri dan anak-anaknya kejalan yang diredai oleh Allah SWT. Dia akan mampu  melahirkan rumah tangga muslim yang bahagia hingga menjadikan rumah tangganya; 'rumahku syurgaku'.

Jika dia seorang anak , dia akan melaksanakan amanah memberi bantuan, menjaga, menghormati dan memberi kasih sayang kepada kedua ibu bapanya, hingga dia menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.

Jika dia seorang isteri, dia akan berkhidmat untuk suaminya, mentaatinya, menjaga kehormatan diri dan menjadikan dirinya sebagai seorang isteri yang solehah dan tidak menderhakai suaminya.

Jika dia seorang pekerja, dia akan bekerja dengan jujur dan amanah, tidak mencuri tulang dan sentiasa menjaga kepentingan majikannya.

Jika dia seorang pemimpin negara, amanah yang besar terpikul dibahunya iaitu :

1. Dia bertanggungjawab memastikan hukum-hukum Allah SWT terlaksana seperti yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunah. Jika hukum-hukum tersebut perlu kepada peringkat demi peringkat dalam perlaksanaannya dia perlu ikhlas dan berusaha agar undang-undang tersebut dapat dilaksanakan satu persatu dan kesedaran perlu diberikan kepada rakyat supaya memahami kebaikan undang-undang yang datangnya daripada Allah SWT. (bukannya membenci dan menentang hukum hudud)

2. Sentiasa mengutamakan  kepentingan rakyat samaada keperluan pendidikan, perubatan, perumahan, peluang-peluang pekerjaan, peningkatan ekonomi dan sebagainya.

3. Sentiasa menjamin keselamatan rakyat, pemimpin tidak boleh memusuhi atau menzalimi rakyat dengan menolak pandangan dan kehendak mereka. Apatah lagi membelasah rakyat yang berhimpun secara aman.

4. Pastikan akidah, akhlak dan pendidikan Islam berjalan dengan sempurna untuk rakyat yang beragama Islam, mengutamakan pendidikan Islam disemua peringkat pembelajaran kerana amanah ini lebih penting daripada perkara yang lain.

5. Pemimpin tidak mengambil rasuah, tidak memberi keutamaan kepada kroni dan ahli keluarga dan pastikan harta dan kewangan negara diurus dengan sempurna dan tidak berlaku penyelewengan dan salah urus.

Penyelewengan dan mengabaikan amanah akan mengakibatkan pemimpin tidak dapat memasuki syurga Allah SWT di hari akhirat.

Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata kepada Ubaidah bin Ziyad pada saat sakit menjelang wafatnya : “Kalau bukan karena sakit yang akan membawa kematian ini, saya tidak akan menceritakan kepadamu, bahwa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seseorang yang diberi amanah Allah untuk memimpin rakyatnya, sedangkan ia meninggal dunia dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah haramkan baginya masuk syurga.”
(Sahih Muslim, hadits ke 3409, Jilid 9, hal 349).

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga pemimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari hadis ini jelaslah bahawa tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan diri dari tanggungjawab, dan tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan tugasnya terhadap masyarakat dan semuanya akan ditanya oleh Allah SWT apakah tanggungjawab kita itu dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita menjalani ibadah puasa dengan sempuran dengan mematuhi syarat-syaratnya dan menjadikan puasa kita sebagai amanah yang wajib perlu kita tunaikan kepada Allah SWT. Dari rasa tanggung jawab ini akan melahirkan rasa tanggungjawab kepada Allah SWT untuk memikul segala amanah yang diberikan kepada kita untuk dilaksanakan. Sekiranya puasa yang kita kerjakan tidak dapat melahirkan sifat amanah kepada tugas (tanggungjawab) yang diberikan kepada kita ini bermakna puasa kita tidak betul dan mungkin tidak diterima oleh Allah SWT. Natijah puasa akan melahirkan salah satu sifat mahmudah iaitu sifat amanah dengan tugas dan tanggungjawab.