أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Masa berjalan begitu cepat sekali, sekarang ini kita telah berada pada hari ke enam puasa Ramadan. Kita masih di fasa pertama iaitu 'permulaannya rahmat'. Marilah kita bermuhasabah dan menilai ibadah puasa yang dilaksanakan dan adakah segala pengisian Ramadan kali ini dapat kita penuhkan dengan aktiviti ibadah atau masa berlalu begitu saja tanpa kita pergunakannya sebaik mungkin?
Amalan seorang mukmin adalah hari ini lebih baik dari semalam dan amalan hari esok lebih baik dari hari ini. Setiap hari amalannya meningkat dan lebih berkualiti.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT."
Sahabat yang dimuliakan,
Pergunakanlah masa yang Allah SWT berikan pada kita dengan sebaik mungkin. Jika kita terlepas meningkatkan amal ibadah di Ramadan kali ini, tidak ada perubahan dari Ramadan sebelumnya maka kita akan mendapat kerugian. Kita belum pasti samaada Ramadan tahun hadapan kita akan bertemu lagi kerana kematian seorang anak Adam itu akan datang bila-bila masa. Ada dikalangan sahabat-sahabat kita telah kembali menemui Allah SWT belum sempat menikmati kehadiran Ramadan tahun ini.
Permulaan fasa pertama ini adalah Allah SWT memberi rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa. Rahmat bermaksud kasih sayang Allah. Apabila Allah SWT kasih pada seseorang hamba itu Dia akan memberikan :
1. Kerseonokkan dalam mengerjakan ibadah dan memperbanyakkannya.
2. Meningkat iman dan takwanya kepada AllahSWT
3. Bertambah ilmunya , cinta untuk menuntut ilmu dan diberi kemampuan untuk melaksanakan ilmu tersebut.
4. Bertambah cinta dan kasihnya pada Allah SWT dan Rasul-Nya.
5. Bertambah kasihnya kepada alim ulama yang memberikannya ilmu.
6. Diberi oleh Allah kefahaman tentang agama.
7. Memiliki kekuatan untuk beristiqamah di jalan Allah SWT.
8.Merasa gelisah apabila hari berjalan tanpa memberi sedekah, tidak membaca al-Quran, meninggalkan qiyamulail dan solat terawih.
Adakah kalian telah memiliki ciri-ciri rahmat dan kasih sayang Allah SWT seperti diatas?
Jika ada alhamdulillah, jika belum ada maka kalian kena muhasabah balik dimana kelemahan dan kekurangan diri kalian hinggakan rahmat Allah SWT belum kalian miliki sedangkan enam hari puasa telah berlalu.
Sahabat yang dimuliakan,
Betapa rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa, dijauhkan oleh Allah SWT dari seksaan api neraka.
Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran puasa pula akan diberikan sendiri oleh Allah SWT dan malaikat pencatat amal tidak tahu berapa banyak ganjaran yang hendak diberikan kepada manusia.
Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Semua amal anak Adam a.s. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah SWT dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian"
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi s.a.w pernah bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah SWT .tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita buat senaraikan beberapa amalan-amalan yang perlu kita laksanakan dibulan Ramadan ini untuk mendapat takwa dan reda Allah :
1. Membaca al-Quran dan melihat terjemahannya.
2. Solat fardu berjemaah dimasjid atau surau.
3. Solat terawih dan witir berjemaah di masjid atau disurau
4. Qiyamulali (solat tahajjud, hajat, taubat, istikharah) setiap malam walaupun hanya 2 rekaat saja setiap solat.
5. Membanyakkan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu dan solat duha.
6. Bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim , sekolah agama dan masjid.
7. Sentiasa berwuduk.
8.Menjamu orang berpuasa (walaupun sekadar beberapa biji kurma untuk orang ramai berbuka dimasjid).
9. Berzikir kalimah tayyibah (zikir tahlil)
10. Membaca zikir al-Mathurat lepas subuh dan lepas asar (himpunan zikir-zikir Nabi SAW).
11. Menghadirkan diri di majlis ilmu dan tazkirah (tazkirah iftar atau tazkirah terawih)
12. Berselawat kepada Nabi SAW.
13. Banyakkan berdoa.
14. Segerakan berbuka dan mulakan dengan buah tamar dan
15. Melewatkan makan sahur.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perelokkan ibadah puasa kita dengan memperbanyakkan amal ibadah, amal soleh dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jika kita sentiasa istiqamah dengan perkara-perkara yang meningkatkan iman dan hubungan hati kita dengan Allah SWT, maka ibadah puasa kita akan menjadikan kita mukmin yang bertakwa. Kita akan rugi jika di dalam fasa pertama ini kita tidak memperolehi rahmat daripada Allah SWT.

No comments:
Post a Comment