Friday, August 23, 2013

Soal Jawab Agama Siri 72 ( Fadilat Memakmurkan Masjid, Hukum Jatuhkan Kerajaan Yang Sah Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 72 adalah menjelaskan persoalan kebaika  memakmurkan masjid , hukum menjatuhkan kerajaan Islam yang sah, peratus keuntungan dalam perniagaan, sifat-sifat mahmudah dan ciri-ciri ulama pewaris nabi.


646. Soalan : Apakah fadhilat dan kebaikan memakmurkan masjid-masjid Allah SWT?

Jawapan :


Apabila kita memakmurkan masjid-masjid Allah SWT itu adalah tanda orang yang beriman dan sentiasa mengerjakan amal soleh dan akan mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT. dalan surah At-Taubah ayat 18 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mengerjakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain dari Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan mendapat petunjuk."

Menurut satu hadis dari Nabi SAW. bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah SWT. di hari kiamat nanti adalah insan yang hati dan jiwanya terpaut dengan masjid.

Dari Abu Hurairah r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah akan menghapuskan kesalahan dan meninggikan darjat?" Mereka menjawab, " Ya, wahai Rasulullah!" Baginda bersabda, " Menyempurnakan wuduk di saat-saat sulit, banyaknya langkah ke masjid dan menunggu solat (berikutnya) setelah (melakukan solat). Maka itu merupakan pengikat.. itu merupakan pengikat." (Hadis Riwayat Muslim)

647. Soalan : Apakah hukum menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat?

Bolehkan ustaz terangkan kenapa pihak tentera Mesir sanggup menggulingkan pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan sanggup membunuh rakyatnya sendiri  yang berdemontrasi secara aman. ? Sedangkan mereka menuntut hak-hak mereka yang telah dirampas oleh tentera?

Jawapan :


Dalam Islam Rasulullah SAW melarang menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih  oleh rakyat.  Haram hukumnya apabila kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat secara adil dan kerajaan yang berusaha menegakkan peraturan Islam lalu dijatuhkan secara paksa (rampasan kuasa).

Jika kita analisa secara mendalam apa yang berlaku di Mesir adalah pertembungan di antara yang hak dan yang batil bukannya kerana masaalah kemiskinan atau jatuhnya ekonomi Mesir . Dr Mursi telah dipilih oleh rakyat secara pilihanraya bebas dan setelah berjaya beliau berazam dan berusaha membangunkan Negara Mesir sebagai negara yang maju dan beliau ingin menjadikan Mesir sebagai negara Islam yang berdaulat . Tentera Mesir menggulingkan kerajaan yang sah adalah disebabkan mengikut arahan Amerika dan Israel dan disokong oleh Arab Saudi dengan bantuan berbillion dollars USA kepada tentera Mesir.

Kenapa tentera sanggup membunuh rakyat yang tidak berdosa yang hanya berdemontrasi secara aman? Di sini pasti ada agenda besar yang dirancang oleh pihak Amerika, Yahudi , Iran dan Arab Saudi. Golongan ini amat takut jika Mesir menjadi kuasa tentera yang kuat di kalangan negara-negara Arab kemudian bergabung dengan Turki dan Tunisia maka negara haram Yahudi pasti dapat dikalahkan dan kerajaan monakiArab  amat takut kuasa mereka dirampas semula oleh rakyat.

Itu sebab kenapa Arab Saudi dan negara-negara Arab lain sanggup menyalurkan bantuan berbillion dollars kepada pihak Kudeta apabila Dr Mursi digulingkan. Kenapa negara-negara Arab berdiam diri apabila pihak tentera melakukan jenayah kemanusiaan kepada rakyatnya sendiri. Dr Mursi juga diawal pemerentahannya telah membuka pintu Rafah di Palestin dan membenarkan kemasukan ribuan pelarian Syria ke Mesir. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab agama sebagai seorang muslim yang prihatin di atas penderitaan umat Islam di negara lain.

Masaalah Mesir, Syria dan Palestin bukanlah masaalah negara lain tetapi masaalah ini sebenarnya adalah masaalah umat Islam yang perlu dirasai oleh semua umat Islam , kerana semua umat Islam adalah bersaudara. Tanda iman kita masih ada adalah merasai prihatin dan memberi sokongan wang ringgit dan doa kepada negara Islam yang dilanda musibah dan bencana. Merasa dukacita apabila umat Islam dibunuh , dibakar dan di cederakan oleh pemimpin Syiah, Yahudi dan sekular (boneka Amerika) . Terutama apabila rumah ibadah umat islam dibakar dan dirobohkan dan membunuh rakyat yang tidak berdosa dengan bom kimia (yang diharamkan oleh PBB) ribuan kanak-kanak , wanita, orang tua dan orang dewasa mati bergelimpangan. Berdoalah wahai saudara-saudaraku kepada umat Islam yang dizalimi sesungguhnya doa-doa kalian amat penting kepada mereka yang dizalimi semoga sampai balasan Allah SWT kepada mereka yang telah membuat kerosakan dimuka bumi.

648. Soalan : Dalam Islam, berapakah keuntungan yang kita boleh ambil dari sesuatu perniagaan?

Jawapan :


Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108): “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentubagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli.

Akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu” (Surah an-Nisa’ ayat 29).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk:

a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.

b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

649.Soalan : Apakah jenis sifat-sifat mahmudah yang perlu ada pada  setiap mukmin untuk mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT?



Jawapan :


Terdapat 10 sifat-sifat mahmudah yang perlu ada pada setiap mukmin iaitu:-

1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa yg telah dilakukan.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)

2. Takut kepada Allah (takwa)- Seseorang Mukmin itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT.

Firman Allah maksudnya :  “ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah S.W.T. ).”( Surah Ali Imran ayat 102 )

3. Mahabbah (kasih sayang) sesama mukmin.

Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : " Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari kiamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada mereka."(Hadis Riwayat Tirmizi)

4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu. Di dalam hati tidak ada kecintaan pada kehidupan di dunia. Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia.  Firman Allah SAW bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa: 16-17)

5. Bersabar dengan ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab" (Surah az-Zumar ayat 10).

 6. Syukur . Melahirkan rasa berterima kasih kepada nikmat Allah S.W.T. yang banyak diperolehi.

Rasulullah S.W.T. bersabda yang bermaksud :"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

7. Ikhlas dan benar. Melaksanakan sesuatu amalan semata-mata kerana Allah S.W.T.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang, buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya.barang siapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dan RasulNya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan RasulNya (dan diberi pahala) dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah S.W.T. setelah berazam, seterusnya diikuti dengan usaha.

Allah S.W.T.  berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq ayat 3).

9. Redha dengan Qadak dan Qadar.

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".(Surah  Al-Hadid ayat 22)

Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)

10. Mengingati mati - Merasai hidup di dunia ini adalah sementara dan di hari akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
 
 Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Sifat-sifat mazmumah pula adalah berlawanan dengan sifat-sifat mahmudah maka perlulah ditinggalkan untuk menjadi mukmin yang diredai oleh Allah S.W.T.
 
650. Soalan : Perkembangan terkini di Mesir terdapat ulama yang bersyubahat dengan golongan sekular yang merampas kuasa daripada pemimpin Islam yang jujur dan bertakwa. Bolehkah ustaz terangkan ciri-ciri ulama pewaris nabi supaya kita dapat kenal ulama yang ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah SWT.

Jawapan : 
 

Ciri-ciri ulama yangt sebenarnya adalah seperti berikut:
1. Ulama dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.

2. Ulama dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka kepada Allah. Ulama dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.

3. Ulama  adalah orang yang tidak menginginkan kedudukan, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun.  Dia yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengharapkan balasan  dalam menyampaikan ilmu Allah.

4. Ulama yang tawaduk  juga  tidak mengaku mempunyai ilmu yang tinggi, tidak berbangga dengan ilmunya atas seorang pun, dan tidak mudah menghukumi orang yang jahil yang melanggar larangan Allah SWT, sebaliknya dengan lemah lembut menasihati mereka dengan cara yang penuh hikmah.

5. Ulama akan mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui" (Hadis dalam Sunan ad-Darimi)

Sayyidina Ali berkata : "Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras antara ilmunya dengan amalannya."

6. Ulama ini meneruskan tugas nabi iaitu mengajar, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah sebagaimana kita fahami daripada ayat 2 surah al-Jumaah .

Firman Allah SWT maksudnya : "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata" (Surah al-Jumaah ayat 2)

Hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dalam sahih daripada Abdullah bin Umar telah berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : 'Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menariknya secara mengejut sebaliknya Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para ulama  sehingga tiba suatu masa yang tiada lagi ada ulama  maka manusia akan memilih ketua-ketua mereka dari kalangan orang jahil lalu apabila mereka ditanya maka dikeluarkan fatwa yang sesat maka sesatlah mereka serta menyesatkan pula orang lain."
 
Jika terdapat enam ciri-ciri di atas maka layaklah ulama tersebut dipanggil sebagai ulama pewaris Nabi.



Wednesday, August 21, 2013

Sesiapa Yang Menzalimi Manusia Akan Mendapat Balasan di Hari Akhirat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pembunuhan di Mesir oleh pihak tentera kepada rakyat Mesir yang berhimpun secara aman akan mendapat balasannya di hari akhirat. Dosa pembunuhan yang kejam akan dikutuk dan dilaknat oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan (qanthrah) antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antara satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari).

Jambatan (qanthrah) disini, bukan sirat yang letaknya di atas Neraka Jahannam. Jambatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berjaya melewati sirat yang berada di atas Neraka Jahannam.

Perlu diingatkan disini sesiapa pun dikalangan orang muslim , samaada pemimpin, menteri, penguat-kuasa undang-undang atau pegawai keselamatan tidak boleh sama sekali menganiaya dan menzalimi orang lain samaada yang di zalimi itu seorang muslim atau bukan muslim. Terutama yang di zalimi itu rakyat biasa yang tidak berdosa, yang hanya berkumpul untuk menyatakan pendapat dan pandangan mengenai sesuatu isu yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa pemerentah. Ingat setiap titis darah yang mengalir tanpa hak akan dibalas oleh Allah SWT di hari akhirat. Mungkin di dunia ini mereka akan terlepas tetapi ingat di Jambatan (Qanthrah) akan diadili seadil-adilnya. Orang yang zalim tidak akan terlepas dijambatan tersebut, walaupun dia telah berjaya meniti di Siratul Mustakim masih adalah qisas yang akan dijalankan keatas dirinya oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Orang yang melakukan kezaliman ketika di dunia ini akan menjadi muflis di hari akhirat nanti terutama yang di zalimi ini adalah rakyat jelata yang ramai bilangannya. Jika di dunia ini mereka tidak minta ampun kepada orang yag di zalimi maka orang yang di zalimi akan menuntut dimahkamah Allah SWT. Jika difikir-fikirkan hampir mustahil beribu-ribu orang yang cedera samada di bunuh, di bakar, di tembak, dipukul dengan kayu cota atau disembur dengan bahan kimia boleh memaafkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Mereka yang terlibat adalah daripada pihak atasan (yang memberi arahan) hingga kepada mereka yang melaksanakan arahan tersebut akan mendapat saham yang sama. Mereka yang bersama-sama menyokong  "penjenayah" ini samaada dia seorang guru, doktor, ulama, ahli politik atau rakyat biasa akan mendapat saham dosa yang sama, tidak dikurangkan walaupun sedikit.

Dosa menzalimi atau menganiaya manusia tidak akan diampunkan oleh Allah SWT dengan bertaubat kepada-Nya kerana dosa sesama manusia mesti minta maaf sesama manusia terlebih dahulu atau pun dijalankan qisas baru taubatnya di terima oleh Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , MENUMPAH DARAH orang itu dan juga MEMUKUL orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk syurga , sekiranya di samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal kejahatan seperti membunuh, menembak, menumpahkan darah orang, memukul, menangkap, dan menyeksa orang yang membawa kepada dosa. Apabila berlaku proses timbangan segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia akan jadi Orang Muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.

Oleh itu ingatlah, bahawa orang yang paling rugi di akhirat nanti adalah Orang Muflis , semasa di dunia tidak berhati-hati dalam tindakan dan amalannya, banyak di dorong oleh hawa nafsu dan pujukan syaitan. Pepatah melayu ada berkata : “Ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu .“

Anggota manusia akan menjadi saksi bahawa pelakunya ketika di dunia menggunakan untuk menyakiti orang lain. Tangan yang digunakan untuk menembak dan memukul, dan tangan ini juga yang digunakan untuk menyembuhkan bahan kimia, kaki yang digunakan untuk menendang manusia dan berjalan untuk melakukan kezaliman semuanya akan mengaku dihadapan Allah SWT sehinggakan manusia yang melakukan perbuatan tersebut menyesal tidak berkesudahan dengan perbuatannya itu.

Sahabat yang dikasihi,
Dari itu kita perlulah membuat persiapan di dunia ini dengan mengerjakan amalan-amalan soleh dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tinggalkan segala perbuatan dosa dan menyakiti orang lain. Sebelum melakukan sesuatu tindakkan perlulah berfikir terlebih dahulu, janganlah mengikut hawa nafsu amarah dan mengikut godaan syaitan hingga membawa penyesalan dikemudian hari. Hanya melalui proses tarbiah imaniah yang berterusan sahaja akan dapat memandu kita di jalan yang lurus dan di redai Allah SWT.






Hadapi Tujuh Perkara Yang Tidak Dapat Di Hindari Dengan Melakukan Amal Soleh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : “Segeralah beramal sebelum datang tujuh perkara; apakah kalian akan menanti sampai datang kemiskinan yang melupakan, atau kaya yang membuat sombong, atau sakit yang merosak kehidupan, atau tua yang melemahkan kekuatan, atau kematian yang menyegerakan, atau datangnya dajjal, makhluk ghaib yang paling buruk dinanti, atau datangnya hari kiamat, hari yang sangat dahsyat dan mengerikan?” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas Nabi SAW meminta agar semua umatnya beramal soleh sebelum datang tujuh perkara. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Datang kemiskinan yang melupakan.

2. Kaya yang membuat sombong.

3. Sakit yang merosakkan kehidupan

4. Tua yang melemahkan kekuatan.

5. Kematian yang menyegerakan.

6.Datangnya dajjal, makhluk ghaib yang paling buruk dinanti.

7. Datangnya hari kiamat, hari yang sangat dahsyat dan mengerikan

 Huraiannya :

1. Datang kemiskinan yang melupakan.

Kemiskinan sering membuat orang lupa dengan akhirat, lupa kepada Allah SWT, lupa dengan tujuan hidupnya yang sebenar dan lupa beramal soleh untuk masa depannya yang abadi. Jika  seseorang yang hidupnya miskin  selalu disibukkan untuk bekerja mencari rezeki siang dan malam untuk menampung keperluan hidup (makan, minum, tempat tinggal dan persekolahan anak-anak) hingga melupakan ibadah dan mencari ilmu yang bermanfaat.

Bahkan jika seorang miskin  tanpa keimanan yang kuat dan demi sesuap nasi, seseorang boleh mencuri, merampas harta orang lain seperti yang pernah terjadi pada masa khalifah Umar bin Khattab, seseorang telah mencuri kerana miskin. Seorang wanita yang miskin dan lemah imannya sanggup menjual kehormatannya dan kerana kemiskianan seorang yang lemah imannya sanggup murtad dan terjerumus dalam kekafiran, mereka rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya yang sukar sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain.

Hadis Rasulullah SAW dari hadis Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: “Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran.” (Hadis Riwayat Baikaqi hadis nombor: 6612 )

Nabi SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari kekafiran dan kemiskinan. Kemiskinan akan menyusahkan hidup akan tetapi Allah SWT telah menentukan samaada seorang itu menjadi kaya atau miskin. Kaya atau miskin sebenarnnya adalah ujian daripada Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Adakah si kaya hendak bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dia terimanya? atau adakah si miskin hendak bersabar di atas kemiskinannya?

Allah SWT berfirman maksudnya :"Sesungguhnya Rabbmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha melihat akan hambva-hamba-Nya." (Surah al-Israk ayat 30)

Segera beramal sebelum datang kemiskinan kerana ketika manusia memiliki harta yang cukup untuk memenuhi keperluan hidupnya, banyakkanlah bersedekah dan kesempatan yang dapat digunakan untuk beramal, harta yang dimiliki boleh dibelanjakan di jalan yang benar dengan berinfak di jalan Allah SWT, membantu  anak yatim dan fakir miskin, membayar zakat, menunaikan ibadah haji dan lain-lain lagi.

2. Kaya yang membuat sombong.

Kaya merupakan ujian dari Allah SWT, apakah si kaya bersyukur dengan nikmat harta yang diberikannya, memahami harta yang ada di tangannya hanyalah amanah dari Allah SWT?, Pemilik harta yang sebenarnya, menyadari apa yang ia miliki merupakan karunia dari Allah SWT, Dia berkuasa untuk mengambil balik harta yang ada di tangan hamba-Nya.

Allah SWT  berfirman maksudnya :"Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu.Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Fatir ayat 2)

Apakah si kaya memahami bagaimana ia membelanjakan hartanya, kerana pada hari kiamat nanti seseorang akan ditanyakan tentang empat perkara, salah satunya tentang hartanya dari mana ia memperolehnya dan bagaimana ia membelanjakannya. Harta adalah ujian, jika harta tersebut digunakan dijalan yang diredhai oleh Allah SWT maka besar ganjarannya yang akan dikurniakan-Nya kepada orang yang berharta tadi.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Setiap hamba pada hari kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula?Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya? Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?" (Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)

Namun ramai orang yang menjadi sombong kerana harta, ia merasa bahawa hartanya adalah hasil dari usahanya sendiri yang bersusah payah, dan kerana ilmu dan kepandaiannya mencari harta.

Allah SWT murka kepada orang kaya yang sombong seperti Qarun. Qarun pernah berkata : “Ini adalah hasil dari ilmuku” Akibatnya Qarun telah dibinasakan oleh Allah SWT.

Orang kaya yang sombong tidak mengharapkan bantuan Allah SWT, dia tidak pernah berdoa kepada Allah SWT dan merasakan hartanya dan apa yang dimiliki adalah hak mutlaknya. Dia tidak mahu tunaikan kewajipan  membayar zakat dan tidak mahu bersedekah.

Harta boleh menyebabkan seseorang sombong sehingga tidak mahu beramal soleh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, kerana baginya untuk apa mendekatkan diri kepada Allah sementara ia boleh melakukan apa saja yang ia sukai tanpa pertolongan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Sekali-kali tidak! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampau batas, apabila melihat dirinya serba cukup." (Suran al-Alaq ayat 6-7) 

3. Sakit yang merosak kehidupan

Kesihatan adalah harta yang paling berharga yang selalu yang dihajatkan manusia, kesihatan merupakan nilai yang tidak dapat dihargai dengan wang ringgit, kesihatan nikmat yang tinggi setelah nikmat iman dan Islam. Dengan nikmat sihat manusia mampu melakukan banyak aktiviti kehidupan yang bermanfaat, banyak bentuk ibadah dan amal soleh yang boleh di laksanakan, banyak kerja-kerja kebaikan dapat dilakukannya.

Namun tatkala sakit datang, hidup menjadi kurang sempurna, keindahan hidup menjadi suram, cita-cita dan harapan seakan sukar dicapai, masa disibukkan dengan berubat kesana-kesini dengan harapan untuk memulhkan penyakit yang dihadapi. Nikmat sihat ramai dilupakan orang dan ramai manusia yang kurang menghargainya.

Rasulullah SAW sejak awal lagi telah memberikan amaran kepada kita mengenai pengabaian masa. Kata Nabi SAW maksudnya : “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari).

Inilah satu peringatan penting buat setiap manusia agar memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

4. Tua yang melemahkan kekuatan.

Perjalanan dalam kehidupan manusia, bermula di dalam kandungan perut ibu, kemudian ia dilahirkan, membesar menjadi kanak-kanak, berkembang menjadi remaja, kemudian menjadi dewasa dan akhirnya menjadi tua. Ketika tua sudah habis kekuatan tenaga fizikal dan menjadi lemah dan menjadi nyanyuk perangainya kembali seperti kanak-kanak.

Firman Allah SWT maksudnya : "Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari kadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) itu sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban.Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Surah ar-Rum ayat 54)

Alangkan ruginya hidup ini ketika Allah SWT menjadikan kita remaja dan dewasa kita tidak pergunakan masa yang berharga untuk beramal ibadah, beramal soleh dan membuat amal kebajikan kepada orang lain. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana masa muda tidak akan kembali lagi.

Ketika manusia telah memasuki tahap kehidupan di akhir usia di dunia ini wajahnya menjadi berkedut (jika dulu menjadi ratu cantik manusia puji dan sanjung tetapi sekarang siapa pun sudah tidak peduli) , tulang-tulangnya melemah, rambutnya ditumbuhi uban, ingatannya mulai lupa, kekuatan akalnya menurun. Masa indah yang penuh aktif dan ceria di masa remaja tidak lagi akan kembali seperti dahulu, banyak kesempatan beramal yang di tinggalkan tidak akan terulang kedua kali. Beramal sebelum masa tua tiba yang melemahkan badan, pesanan ini patut di renungkan.

5. Kematian yang menyegerakan.

Kematian akan datang bila-bila masa, tidak ada manusia yang mengetahui kedatangannya, misteri yang tidak dapat di capai oleh oleh ilmu pengetahuan modern, teka-teki yang tidak dapat dijawab oleh manusia paling pintar, ia datang tanpa memberitahu, ia menjemput manusia tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan ketika saat kematian datang tidak dapat ditunda atau dicepatkan walaupun sesaat.

Allah SWT  berfirman maksudnya : "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. (Surah al-A'raf ayat 34)

Kematian apabila datang tidak kira umur seseorang , samaada kanak-kanan, remaja yang sihat atau dewasa yang berkerjaya. Setelah kematian tidak ada lagi kehidupan untuk beramal tetapi yang ada adalah kehidupan untuk mendapatkan balasan dan hisab, tidak ada lagi kehidupan kedua di dunia yang ada adalah kehidupan di alam barzakh dan hari akhirat, hari akhirat adalah hari yang kekal selama-lamanya.

Manusia yang tidak beramal semasa peluang hidup di dunia akan menyesal dan kecewa tetapi semuanya sudah terlambat dan umurnya tidak akan dikembalikan balik oleh Allah SWT . Maka apa yang telah dikerjakan semasa di dunia itu sahaja yang akan dibawa bersama untuk berhadapan dengan Allah SWT di alam barzakh dan hari akhirat.

6.Datangnya dajjal, makhluk ghaib yang paling buruk dinanti.

Kedatangan dajjal menjelang hari kiamat merupakan hakikat yang wajib diimani kerana disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Akan keluarlah dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh dajjal itu."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW  bersabda: "Menjelang turunnya dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dalam banyak hadis sahih dijelaskan bahwa Dajjal akan datang dan menjadi fitnah bagi manusia kerana ia datang mengaku dirinya sebagai tuhan, ia datang kepada manusia membawa ilusi syurga dan neraka, apa yang dipandang manusia syurga adalah neraka dan apa yang dipandangnya neraka adalah syurga.

Ia datang kepada manusia yang sedang menghadapi musibah kemiskinan, para peternak yang tidak mendapatkan susu di hewan ternaknya, para petani yang tanamannya tidak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, mereka dalam keadaan yang sulit, hidup dalam kesusahan lalu dajjal datang mengaku sebagai tuhan, ia perintahkan langit menurunkan hujan hingga mengguburkan bumi, ia perintahkan bumi mengeluarkan air hingga membasahi tanah yang tandus lalu tanah mereka menjadi subur, tanaman mereka menjadi tumbuh, hewan-hewan mereka mengeluarkan susu, mereka hidup dalam kenikmatan setelah hidup dalam kesusahan, mereka hidup dalam kemakmuran setelah hidup dalam kesempitan, mereka sembah dajjal kerana dianggap telah menyelamatkan hidup mereka. Mereka hidup seakan di syurga padahal itu adalah neraka.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". (Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)

7. Datangnya hari kiamat, hari yang sangat dahsyat dan mengerikan.

Hari kiamat pasti datang mematikan semua makhluk lalu membangkitkannya kembali untuk mendapatkan hisab dari seluruh amalnya. Setelah itu tidak ada lagi hari untuk beramal kerana hari itu adalah hari pembalasan. Beramalah sebelum hari kiamat tiba.

Sabda  Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

Dari Ady bin Hatim r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda, "Tidak seorang pun di antara kamu sekelian, kecuali Tuhannya akan berbicara kepadanya besok di hari kiamat. Antara ia dan Tuhannya tidak ada penterjemah. Ia memandang suatu kebaikan, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dipersembahkannya, dan ia memandang sesuatu yang buruk darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya serta memandang apa yang ada di depannya, maka ia tidak melihat kecuali neraka yang persis ada di depan wajahnya. Maka takutlah kalian kepada neraka meski dengan hanya (bersedekah) separuh kurma, dan kalimat yang baik."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri dan beramal soleh sebelum datang tujuh perkara yang tidak boleh dihindarkan seperti dijelaskan oleh hadis Nabi SAW diatas. Ingatlah dunia ini tempat beramal bukan tempat balasan sedangkan akhirat adalah tempat balasan dan tidak ada amal. Oleh itu beramallah kalian ditempat yang tiada balasan semoga kalian berbahagia di tempat yang tiada amal.

Monday, August 19, 2013

Bahaya Ajaran Sesat Syiah Melanda Umat Islam Di Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam di negara Malaysia dan semua negara umat Islam  di dunia wajib menolak fahaman Syiah kerana terbukti ia merupakan satu fahaman sesat dan menyeleweng daripada al-Quran serta Sunah.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah SAW.

Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah SAW termasuk Saidina Ali Abi Talib k.wj. yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini.

Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf. Hakikat sebenarnya Puak Syiah berbohong atas nama Saidina Ali k.wj.

Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah SAW sendiri, katanya.

Untuk rekod, Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.

Sheikh Sulaiman berkata, fahaman Syiah juga menganggap al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW boleh berubah dan ada kekurangan. Jelaslah disini akidah Syiah telah rosak kerana menolak beriman kepada Kitab suci al-Quran. 

Iktikad ini jelas bertentangan dengan Islam kerana al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan serta kekurangan kerana Allah SWT sentiasa memeliharanya. Ini merupakan jaminan Allah dan ia disebut di dalam al-Quran.

Walau apa pun berlaku, 114 surah di dalam al-Quran daripada al-Fatihah sehingga an-Nas tidak akan berlaku perubahan apatah lagi kekurangan. Ayatnya, kalimah mahu pun hurufnya akan sentiasa terpelihara, kata Sheikh Sulaiman.

Beliau berkata, antara penyelewengan lain yang dilakukan oleh Syiah ialah mereka mencipta iktikad akidah yang tiada sandaran.

Sebagai golongan Sunni kita menjadikan pegangan akidah yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunah sebagai iktikad kerana ia bersumberkan daripada wahyu Allah.

Berbanding Syiah, iktikad akidah mereka bersandarkan kepada akidah taqiyah dan akidah rajah. Akidah taqiyah boleh dikatakan juga akidah munafik

Sahabat yang dimuliakan,
Revolusi Iran sebenarnya bukanlah kejayaan Islam, tetapi kejayaan satu puak Syiah, menumbangkan puak-puak Syiah lain yang dikatakan zalim dan menindas. Setelah beratus-ratus tahun Shah Iran golongan Syiah yang menzalim dan menindas rakyat jelata, maka akhirnya seluruh rakyat  bangun memberontak. Oleh sebab kepimpinan Khomeini agak menonjol, maka semua golongan  bersatu di bawah pimpinannya untuk menumbangkan Shah Iran.

Ada Ahli Sunnah Wal Jamaah di Iran selepas Revolusi Iran yang dibunuh dan dipenjara oleh orang-orang Khomeini.

Perlembagaan yang dipakai di Iran sekarang adalah bermazhab Syiah Imamiah. Jadi dengan kata-kata yang lain, kejayaan revolusi Iran ialah kejayaan Syiah. Syiah jauh bezanya dengan Ahli Sunnah. Malah salah satu musuh Syiah ialah orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Golongan Syiah di Iran telah meracang untuk menjadikan bumi Syam (Palestin, Jordan, Syria dan Lebnon) dibawah jajahan takluknya termasuk Iraq supaya mereka dapat mensyiahkan negara-negara Arab dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Puak Syiah ini terdapat juga di Yaman, Pakistan, India, Bahrin dan Kuwait . Itulah sebab kenapa Iran bersungguh-sungguh membantu kerajaan zalim Syria Rejim Bashah Assad laknatullah. Ulama Iran menganggap pengawal revolosi yang mati mempertahankan Rejim Bashah Assad sebagai syuhadah.

Suatu yang mengemparkan kita menurut sebuah artikel di dalam majalah yang diterbitkan di Najaf, Iraq, bilangan orang Melayu yang menyertai Syiah adalah seramai 30 ribu sehingga 35 ribu orang.

Golongan  Syiah ini juga memiliki markaz atau pusat gerakan yang dikenali sebagai Hauzah Ar-Redho di seluruh negara termasuk di Kedah, Gombak dan di Kelantan. Di Johor terdapat 4 hauzah Syiah.
Mereka menggunakan isu cinta ahli bait sebagai kunci untuk menarik umat Islam menyertai mereka.

Menurut Al-Kulaini (Ulama Syiah) semua orang telah murtad selepas kewafatan Rasullullah kecuali 3 orang iaitu Miqdad bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi. Ini adalah bukti jelas kesesatan Syiah yang menuduh para sahabat adalah kafir dan kenyataan ini tertulis di dalam buku yang bertajuk Ar-Raudhah minal Kafi.

Selain itu, Syiah juga mengatakan Al-Wilayah (kepimpinan Saidina Ali selepas kewafatan Rasulullah) termasuk daripada rukun Islam. Kenyataan ini juga dipetik daripada kata-kata Al-Kulaini di dalam buku Usul minal Kafi. Bagi puak Syiah rukun Islam ada 6 bukan lima.

Syiah beriman dengan taqiyyah (berselindung untuk menyelamatkan diri), menghalalkan nikah mut’ah dan mendakwa berlaku penyelewengan Al-Quran yang merupakan kalam Allah.

Perkembangan di Malaysia , di beritakan pengikut Syiah kini semakin agresif di dalam menyebarkan aliran mereka. Pada 17 Disember 2010, pihak JAIS telah menyerbu hauzah di Gombak dan telah menahan 200 orang yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.

Pada 25 Mei tahun ini, 4 orang pemimpin Syiah telah ditangkap oleh JAIS kerana telah cuba menarik keanggotaan ahli baru. Mereka ditangkap semasa diadakan majlis meraikan kelahiran Saidatina Fatimah di Gombak. Empat orang pemimpin tersebut yang merupakan penganjur majlis itu bernama Mohd Kamil Zuhairi, Radin Ahmad Faizul, Syed Syafiq dan Asyraf.(mereka semua adalah orang melayu yang telah beriman dengan akidah Syiah).

Pada 25 Ogos pula, Jabatan Agama Islam Melaka telah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markaz sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah. Sebanyak 35,000 buku dan risalah Syiah yang diharamkan KDN ditemui dalam keadaan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan.

Kemungkinan usaha Syiah di Malaysia disokong dan dibantu oleh rakyat Iran yang menetap di Malaysia.
Berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 5 Mei 1996, aliran Syiah telah diwartakan sebagai bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Sudah ada markas Syiah di Wilayah Persekutuan, katanya lebih kurang 200 orang ahlinya. Mereka berjuang untuk meluaskan lagi gelanggang, mereka hantar pelajar-pelajar untuk belajar di Iran atau Pakistan.

Sahabat yang dihormati,
Dalam sejarah perjuangan Syiah, Ahli Sunnah adalah musuh ketatnya. Syiah jual nama Islam sebab itu mereka dapat bertapak kuat dan berpengaruh di Iran, Iraq, Pakistan dan India. Jadi kejayaan revolusi Iran bukanlah sesuatu yang membanggakan kita. Malah bagi orang yang mengenal Syiah, kejayaan revolusi dirasakan satu tamparan pada Ahli Sunnah. Revolusi itu kecil saja ertinya pada Islam dibandingkan dengan besarnya kesilapan Syiah pada Islam.

Tapi aneh, ketika berita kejayaan Khomeini menumbangkan Shah sampai pada kita, umat Islam khususnya setengah pejuang-pejuang Islam di Malaysia berlompatan gembira. Ada sebahagian mereka sanggup belajar di Universiti Qom semata-mata untuk menjadi ulama Syiah yang taksub dengan ajaran sesat Syiah Khomeini.

Pemimpin Islam di Malaysia perlu berhati-hati jangan sampai ada dikalangan barisan kepimpinannya berfahaman Syiah dan menjadi "gunting dalam lipatan" atau "musuh dalam selimut". Di luar nampak hebat memperjuangkan Islam menentang sekular tetapi hakikat sebenarnya menjadi musuh kepada Ahli Sunnah Wal Jammah.

Perhatian diarahkan ke Iran. Semangat revolusi ditiup merata-rata dan Khomeini dipilih sebagai imam mereka. Hingga sekarang, sudah ada orang-orang Malaysia yang bermazhab Syiah atau paling tidak mengiktiraf kewujudan Syiah. 

Syiah pegangan Khomeini adalah Syiah yang bertentangan dengan akidah dan ajaran Islam yang sebenarnya.

Syiah menghalalkan nikah mut‘ah. Sedangkan hadis  mengenai nikah mut'ah sudah dimansuhkan dengan hadis yang lain. Sebab bagi orang Syiah, nikah mut‘ah bukan setakat untuk lepas nafsu, tapi adalah satu jihad dan tidak sempuma iman, kalau tidak kahwin mut‘ah.

Majoriti umai Islam dan para ulama  di Malaysia yang tidak terima Syiah. Ini berdasarkan hadis yang turun temurun kita baca:-

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka, Bertanya para sahabat, siapakah firqah yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ahli Sunnah Wal Jamaah.” ( Hadis Riwayat Imam Tabrani)

Orang Syiah kata merekalah satu puak yang dimaksudkan itu. Sebab itu mereka berjuang menyebarkan pengaruh dan ajaran mereka. Sedangkan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah bungkam seribu bahasa. Kerana keadaan tertentu atau kerana hendak jaga hati golongan tertentu kita benarkan musuh kita menyebar jala dan pukat untuk mengaut anak buah kita.

Ini tidak patut, membiarkan Syiah masuk bererti membenarkan satu jurang lagi dibuat untuk memecah-belahkan umat Islam (khusus yang cinta pada Islam). Selain itu kemasukan Syiah memungkinkan pergaduhan dan peperangan. Sebab sejarah Syiah ialah mereka perangi siapa saja yang tidak sealiran dengan mereka apalagi kalau menentang mereka.

Hari ini sudah terdapat 73 mazhab (mengenai aqidah) di kalangan umat Islam seluruh dunia. Tepat seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Antara mazhab-mazhab itu ialah Qadariah, Khawarij, Muktazilah, Rawafidh, (Syiah), Najariah, Jahmiah,  Mujasimah, Musyabihah.

Terjadinya Syiah Imamiah yang dipegang oleh Ayatollah Khomeini adalah ekoran dari perpecahan lebih 1000 tahun dulu. Golongan Syiah Imamiah adalah serupa golongan Syiah yang lain yang rosak akidahnya , dasarnya tetap sama yakni menolak akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pandangan mereka tentang Al Quran, tentang hadis, tentang sahabat, Ahlul Bait dan tentang Sayidina Ali dan keturunannya jauh bezanya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan ini bukan sahaja dalam soal furuk (cabang) tapi adalah juga dalam persoalan akidah.

Syiah Imamiah mengubah susunan dan bilangan ayat Al Quran, menolak sebahagian besar hadis, mereka menolak hadis-hadis riwayat Abu Hurairah, Aisyah , Habsah, Abu Bakar, Umar dan Uthman. Sedangkan bagi Ahli Sunah Wal Jamaah hadis-hadis sahih daripada riwayat sahabat-sahabat Nabi SAW dan isteri-isteri Nabi SAW adalah menjadi sumber kepada bab akidah dan syariat Islam. Syiah suka mengkufur dan melaknat sebahagian besar dari para sahabat dan seterusnya banyak berbohong tentang Saidina Ali.

Jika Nabi SAW menyatakan 10 orang sahabat dijamin masuk syurga termasuk Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman sedangkan Syiah mengkafirkan mereka apakah mungkin umat Islam yang waras akal fikirannya masih boleh terima golongan Syiah yang sesat lagi menyesatkan ini? Nauzubilah.

Bermacam-macam keganjilan dan penyelewengan yang dibuat oleh Syiah terhadap Islam.

Di antaranya ialah:-

Tentang ibadah sembahyang.

1. Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum). Di Qom pun sama.

2. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah.

3. Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota tiga kali berturut-turut akan membatalkan sembahyang. Setengah mereka ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu  sunat saja.

4. Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah  ditambah kalimah: Wa Anna Aliyyan Wali Yullah. Dan selepas mengucapkan Haiyya ‘Alal fallah’ ditambahkan lagi dengan “Haiyya Ala Khairil ‘Amal’.

5. Wuduk mereka tidak payah basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.

6. Syarat untuk sembahyang Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja.Jadi beratus-ratus ribu oranglah sembahyang di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid (dalam hadis riwayat Bukhari jelas bahawa malaikat tidak masuk rumah yang ada gambar makhluk bernyawa) Seelok-elok saja selesai sembahyang Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.

7. Waktu sembahyang Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk dia pun seru kuat-kuat: “Rukuk “. Kalau berdiri dia seru: “Qiyam!“. Dan seterusnya dia sendiri tidak sembahyang Jumaat sampailah ke akhir.

8. Setiap pagi hari Jumaat tanah perkuburan penuh dengan beribu-ribu orang, termasuk ulama. Jadi macam pesta. Tanah perkuburan meriah dengan doa, syarahan dan majlis makan.

Di Syria, maqam-maqam Ahlil Bait diziarahi oleh rakyat Iran sambil memukul-mukul badan ke maqam, meratap-ratap dan mengongoi menangis. Perempuan ramai buat begitu. Lelakinya tolong melagukan lagi supaya lebih kuat dan lebih lama tangisan itu. Bising tanah perkuburan dengan suara-suara ratapan itu. Berbeza sungguh cara orang Iran dengan kita. Tiap-tiap kubur di Iran diletakkan bendera-bendera dan gambar-gambar si mati. Setengahnya pula gambar Sayidina Ali dan gambar Imam Mahdi.

9. Tentang Imam Mahdi, orang Iran percaya Mohammad bin Al Askari, Imam mereka yang ke 12, yang ghaib waktu kecil (belum baligh) akan datang lagi untuk jadi Imam Mahdi.Mereka menunggu-nunggu kedatangannya dengan ghairah sekali. Sebab itu di dinding-dinding bangunan, di tembok dan di kubur-kubur ada ditampalkan gambar “Imam Mahdi” sedang tidur.(jelas disini bahawa amalan-amalan kurafat Syiah merosakkan akidah dan sama seperti kepercayaan kurafat agama Yahudi)

Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya juga akan kedatangan Imam Mahdi. Tapi namanya bukan Mohammad bin Hassan Al Askari tapi Muhammad bin Abdullah (hadis sahih)

10. Di Iran, jubah, serban hanya dipakai oleh ulama dan pelajar agama, yang bukan ulama pakai macam biasa; berseluar ketat dan kepala gondol. Walhal jubah serban ialah pakaian Rasulullah dan layak dipakai oleh sesiapa juga umatnya.

11. Setiap hari 10 Rejab, di Iran khususnya di Karbala orang-orang Syiah buat perayaan memukul diri,meratap-ratap dan menangis-nangis dengan suara tinggi menyesali kematian Saidina Hussin. Jelas sekali Rasulullah melarang meratapi mayat. Tapi Khomeini tidak pernah tegur anak buahnya yang buat begitu. Kalau benar perjuangkan makruf dan mencegah kemungkaran, kenapa maksiat sebesar itu didiamkan saja.? Ini bukti jelas kesesatan ajaran Syiah Imamiah.

SYIAH IMAMIAH

DALAM Kitab Maqalatul Islamiyyin muka surat 5, Imam Abu Hassan Ashaari mengatakan Syiah ialah kumpulan yang taksub dengan Sayidina Ali. Mereka mengutamakan Saidina Ali atas segala sahabat. 
Mazhab mereka sepakat mengatakan bahawa lmamah ( kepimpinan ) itu bukan dari kemuslihatan umum yang boleh diserahkan pada pandangan ummah.

Pemimpinlah yang menentukan jawatan kepimpinan iaitu imam berikutnya dan kepimpinan itu rukun agama dan tiang Islam. Dan tidak harus bagi Nabi melupakannya dan tidak boleh serah pada umat. Wajib mengatakan imam mereka adalah maasum dari dosa kecil dan besar. Dan sesungguhnya Sayidina Ali k.w  telah ditentukan oleh Rasulullah (kepimpinannya) dengan nas-nas.

Demikianlah pendirian atau pegangan umum orang-orang Syiah. Mereka mengatakan pengganti Rasulullah untuk memimpin umat Islam hanyalah layak bagi Saidina Ali dan keturunannya sahaja.

Walhal apa yang sebenamya berlaku ialah sepakat (ijmak) sahabat melantik Saidina Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W.

Saidina AIi k.w sendiri tidak menimbulkan apa-apa keributan dalam kepimpinan ini. Beliau yang mula meredakan kepimpinan ketiga-tiga Amirul Mukminin yang sebelum beliau. Ini nyata dari ucapan beliau yang tertulis dalam kitab Mukhtasar At Tuhfah Al Isna Asyariah oleh Ad Dahlawi.

“Bai‘ah kamu sekarang ini ialah di atas Kitabullah dan Sunnah Rasul termasuk juga Sunnah Abu Bakar dan Umar.”

Dalam setengah kitab lain dinamakan Syiah Imamiah ialah kerana mereka meyakini bahawa Muhammad bin Hassan Al Askari, sebagai Imam ke 12, yang ghaib semasa belum baligh lagi itu berselisih pendapat (ada kata 4 tahun, ada kata 8 tahun) akan muncul kembali sebagai Imam Mahdi.

Dipanggil juga Syiah Imamiah ini sebagai Syiah Isna’ Asyariah kerana golongan ini mengiktiqadkan bahawa imam (pemimpin) mereka hanya 12 orang sahaja.

Bermula dengan Saidina Ali diikuti oleh anak cucunya hingga diakhiri oleh Muhammad bin Hassan Al Askari (yakni Imam Mahdi). Syiah Imamiah digelar sebagai Raafidhah (enggan dan degil) kerana keengganan mereka untuk menolong imam mereka dan tidak ikut ke medan perang.

Dalam kitab Asy Syiah Wat Tasyaiyyu’ dikatakan Rawaafidh (Raafidhah atau degil) kerana keengganan puak ini menerima Zaid bin Ali bin Hussin kerana beliau itu telah memuji Sayidina Abu Bakar As Siddiq dan Sayidina Umar Ibnu Khattab.

Juga kerana enggan mengiktiraf 3 orang Khulafaur Rasyidin ( yakni yang selain Sayidina Ali k.w).

Terkenal juga Syiah Imamiah ini dengan nama Jaafariah. Ini adalah kerana mazhab pegangan dan amalan mereka dalam masalah halal dan haram (furu‘iah) ialah mazhab Imam Jaafar bin Muhammad As Sodik.

Memandang pada namanya sahaja, kita sudah boleh nampak palsunya ajaran Syiah Imamiah yang dipegang oleh Khomeini. Menganggap Imam Mahdi bernama Muhammad bin Hassan adalah bertentangan dengan keyakinan kita Muhammad bin Abdullah. Memang terjadi khilaf antara ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri tentang siapa Mahdi, tetapi mereka sepakat bahawa namanya
Muhammad bin Abdullah, bukannya Muhammad bin Hassan.

Kemudian Syiah Imamiah beriktiqad pemimpin ummah sesudah Rasulullah hinggalah ke Imam Mahdi hanya 12 orang yakni semuanya keturunan dari Saidina Ali. Walhal secara realitinya begitu ramai pemimpin atau pemerintah Islam yang memerintah negara-negara Islam serta umat Islam dari dulu hinggalah sekarang. Apa orang Syiah mahu mengenepikan semua kepimpinan yang wujud itu? Apa alasan mengatakan pemimpin-pemimpin selain 12 orang itu tidak layak memimpin?

Syiah Imamiah juga menolak kekhalifahan Saidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Usman. Ini sangat bertentangan dengan apa yang sebenamya berlaku. Ribuan sahabat mengiktiraf mereka, begitu juga seluruh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kenapa orang Syiah mahu kucar-kacirkan kewujudan dan realiti ini. Nampak sangat puak ini mencari pecah belah dan pergaduhan di kalangan umat Islam. Lagipun Syiah hanya wujud di zaman akhir Saidina Ali k.w, iaitu pada tahun 37 Hijrah. (Satu fakta yang jelas Syiah sebenarnyadi asaskan oleh Puak Yahudi Bani Saba' yang menyamar sebagai orang Islam semata-mata menimbulkan pergaduhan dan permusuhan sessama umat Islam menggunakan tiket Ahlul Bait dan kepimpina Saidina Ali k.wj.)

Bukannya zaman Rasulullah S.A.W masih ada. Ertinya Syiah wujud sesudah wafat Rasulullah dan khalifah yang tiga. Kalau begitu Syiah bukan merupakan puak atau ajaran yang seperti apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin.

Malah ia termasuk dalam golongan yang terpisah dari ajaran asal yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain dari perkara-perkara di atas, terdapat banyak lagi iktiqad Syiah yang jauh bertentangan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya ialah:

Dipetik dari Kitab Mukhtasar At Tuhfah Al Isna’ Asyariah oleh Ad Dahlawi:-

1. Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa mengutus para Nabi adalah wajib atas Allah Taala. Walhal bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengutuskan para Nabi adalah harus bagi Allah dan itu juga termasuk satu kurnia dan rahmat-Nya pada kita.

2. Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa sepanjang zaman tidak sunyi dari kenabian atau wasi yakni orang yang berdiri pada tempat Nabi. Ini juga bertentangan dengan Al Quran yang mana banyak ayat-ayat menunjukkan adanya zaman fitrah atau zaman yang sunyi dari kenabian.

Firman Allah: Ertinya: “Tidak Kami mengazab hinggalah Kami mengutuskan Rasul.”
(Surah Al Israk ayat 15)

Lagipun dalam sejarah kita sendiri saksikan bahawa ada zaman-zaman di dalamnya tidak ada Nabi. Contohnya, antara Nabi Isa a.s.  dengan Nabi Muhammad, sekian lama tidak ada Nabi.

3. Syiah Imamiah mengiktiqadkan harus para Nabi melakukan pembohongan atau dusta. Bahkan kata mereka adakalanya wajib bagi Nabi melakukan taqiyah (helah). Ini pun jauh bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud : "Agar engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” (Surah An Nahli ayat 44)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :“Hai Rasulullah! Sampaikanlah kepada umat apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu.” (Surah Al Maidah ayat 67).

Demikian jaminan Al Quran bahawa Rasul tidak berbohong atau menipu. Kalaulah para Rasul menipu, rosaklah hukum-hukum Allah, tidak betullah undang-undang yang diperintahkan selama ini. Lagipun kalau para Nabi boleh menipu perlu apa dibiarkan orang kafir memerangi mereka siang dan malam hingga berbunuh-bunuhan. Itu bukti bahawa Rasul-Rasul tegas memperkatakan kebenaran samada orang setuju atau tidak.

4. Syiah Imamiah beriktiqad bahawa mereka para Nabi asalnya tidak mengetahui usul akidah. Pengetahuan itu baru didapati ketika mereka dilantik menjadi Nabi yakni ketika munajat atau berkata-kata dengan Allah S.W.T. Moga-moga kita diselamatkan dari iktiqad demikian kerana sebenarnya Nabi-Nabi itu tidak pemah jahil tentang usul akidah walaupun sebelum kenabian, kerana kalau jahil tentang itu boleh bawa kekufuran.

5. Syiah Imamiah beriktiqad setengah daripada Rasul yang bergelar Ulul Azmi  pernah meminta keuzuran dari Allah S.W.T untuk tidak menyampaikan risalah. Masing-masing menyatakan sebab-sebab keuzuran masing- masing, yang mana berbeza antara satu sama lain.

Contoh Nabi Musa enggan menyatakan tentang akan datangnya Nabi Muhammad kerana bimbangkan umatnya tidakpercaya. Ini adalah satu pembohongan terhadap Ulul Azmi. Mereka itu yang kita kenal ialah orang-orang yang sangat amanah dan sangat menyampaikan risalah Allah. Dan sangat sabar menanggung kesusahan dari perjuanganmereka.

Firman Allah yang bermaksud : “Maka sabarlah engkau (tahanlah dalam percubaan) sebagaimana ketahanan Rasul-Rasul Ulul Azmi.” (Surah Al Ahqaf ayat 35).

6. ‘Syiah Imamiah mengiktiqadkan bahawa ketuanya (amir) diberi wahyu. Cuma bezanya wahyu Nabi dengan wahyu amir ialah Nabi nampak malaikat yang menghantar wahyu tapi amir dengan suara saja. Iktiqad ini bertentangan dengan sabda Rasulullah SAW yang dibawah.

‘Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dari Abi Hurairah r.a ia berkata, aku mendengar Rasulullah S.A. W bersabda, “Wahai manusia sesungguhnya tidak kekal selepasku daripada kenabian melainkan mubasyarat. Sahabat bertanya, “‘Apakah mubasyarat itu?” Rasulullah bersabda, “ltulah mimpi yang benar.”

7. Syiah Imamiah mengiktiqadkan harus hukum-hukum syarak itu dimansuhkan oleh Imam. Ini sama dengan padri dan pendita Kristian dan Yahudi yang merubah hukum-hukum Allah SWT mereka boleh jatuh murtad.

8 . Ada satu puak daripada Imamiah mengakui Saidatina Fatimah penghulu perempuan itu pernah menerima wahyu selepas Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya wahyu itu dikumpulkan menjadi mushaf Fatimah. Mereka menganggap al-Quran sekarang ini tidak lengkap kerena mereka ada tambahan ayat-ayat baru. Ini cukup jelas pembohongan yang dahsyat kerana Allah SWT sendiri menjamin kesucian al-Quran daripada tokok-tambah.

9. Usulul Kafi muka surat 187 jilid 1.Menganggap ada wahyu sesudah wafat baginda Rasulullah bererti mengatakan masih ada lagi orang selepas baginda yang boleh dapat wahyu. Ini sangat bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan boleh bawa murtad.

10. Setengah daripada Imam Syiah Imamiah ada yang berkata,pempimpin mereka bersekutu dalam mikraj ertinya turut mikraj sama-sama Rasulullah. Tapi ada yang kata tidak ikut naik cuma turut menyaksikan dari bawah. Ini sangat dahsyat. Israk dan Mikraj adalah mukjizat besar yang dikurniakan pada Nabi seorang. Mana ada manusia lain boleh bersekutu dengannya? Kemudian menganggap ada orang boleh menyaksikan apa yang di langit tanpa naik mikraj, ini bermakna orang itu ada kebolehan luar biasa yang tidak ada pada Nabi sendiri. Ini mustahil dan inilah satu lagi pembohongan besar yang dibuat oleh Syiah.


Sahabat yang dikasihi,
Cukup jelas ajaran Syiah adalah ajaran yang sesat lagi menyesatkan . Oleh semua umat Islam perlulah menjelaskan kepada saudara-saudara kita yang lain supaya menjauhi ajaran sesat ini. Bertindak segeralah melapurkan kepada pihak berkuasa agama jika kalian dapati ada dikalangan umat Islam yang telah terpengaruh dengan ajaran Syiah. Kalian sendiri perlu menjadi juru bicara umat untuk menangkis serangan dan dakyah Syiah yang telah bertapak di negara kita ini. Semoga kita semua terselamat daripada kesesatan akidah samaada dibawa oleh Syiah atau ajaran-ajaran sesat yang lain.

Sunday, August 18, 2013

Pemimpin Yang Zalim Akan Mendapat Balasan Daripada Allah di Dunia dan Akhirat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Semua negara di dunia ini samaada di timur, barat, utara atau selatan terdapat dua sistem pemerentahan iaitu pemerentahan berteraskan demokrasi (dipilih oleh rakyat)  atau pun sistem pemerintahan beraja (monaki) yang berkuasa sepenuhnya dan sistem pemerentaan secara tentera.

Dalam pemerentahan demokrasi rakyat akan memilih pemimpin menerusi pilihanraya. Mana-mana  parti yang memenangi pilihan raya akan memimpin dan memerintah negara tersebut. Ada pula setengah negara pemilihan presidennya menerusi pilihan raya presiden.

Dalam bulan Syawal yang mulia ini ketika umat Islam menyembut hari raya kita dikejutkan dengan pembunuhan beramai-ramai yang dillakukan oleh pihak tentera yang merampas kuasa di Mesir. Ribuan rakyat yang tidak berdosa dan tidak bersenjata telah dibunuh dan dibakar dengan kejam.

Seorang pemimpin itu ialah orang yang bukan sahaja ditugaskan menguruskan diri dan keluarganya, tetapi ia juga bertanggungjawab terhadap orang lain, khususnya orang ( rakyat ) yang di bawah pimpinannya ( jagaannya ). Sekiranya ia tidak mengurus dengan baik untuk kesejahteraan rakyat sama ada di dunia ataupun di akhirat, maka pemimpin itu akan dipersoalkan tugasnya di akhirat oleh Allah SWT.

Allah SWT. berfirman,

Ű€Ű§ŰźÙŰ¶ ŰŹÙ†Ű§Ű­Ùƒ لمن ۧŰȘّŰšŰčك من Ű§Ù„Ù…Ű€Ù…Ù†ÙŠÙ†

Maksudnya:"Dan rendahlah diri mu ( tawaduklah ) terhadap orang yang mengikuti mu dikalangan mereka yang beriman"(Surah As-Syu'araa' ayat 215)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang ( pemimpin )yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyatnya, kemudian ketika ia mati diadapati telah menipu rakyatnya (berlaku tidaka adil ), maka Allah pasti akan mengharamkan baginya syurganya.( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Rasulullah SAW  bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim maksudnya: "Siapa yang ditugaskan oleh Allah dalam mengatur umat, lalu ia tidak menyelesaikan hajat atau menolak aduan ( tidak membantu ) orang yang di bawah pimpinannya, maka di akhirat kelak Allah akan menolak hajatnya."

Sahabat yang dimuliakan,
Pemimpin perlu mendengar suara rakyat yang inginkan keadilan. Jika rakyat bersuara dan menyatakan suatu penyelewengan yang berlaku dikalangan pemerentah atau parti pemerentah dengan bukti-bukti yang kukuh , rakyat meminta pembetulan dan pembaikan dalam pentadbiran, dalam pendaftar pengundi maka pemerentah yang berkuasa perlu bertindak segera untuk membetulkan keadaan. Kenapa pemerentah berdiam diri ? Walaupun suara-suara bantahan secara aman telah dinyatakan . Kalaulah benar pemerentah jujur dan ikhlas dalam urusan pentadbirannya dan tidak berat sebelah maka hajat dan permintaan rakyat wajib dipenuhi.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir rakyat berhimpun secara aman di hadiahkan dengan peluru hidup dan ramai nyawa telah melayang dan mendapat syahid. Pemimpin tentera yang HARAM telah bertindak sewenang-wenangnya akan mendapat hukuman dan balasan daripada Allah SWT. Kebangkitan rakyat tidak akan dapat dikawal lagi, rayat teruskan bantahan dan minta pihak tentera kembalikan semula Presiden yg digulingkan.

Ingatlah! Rakyat yang dizalimi dan hak-hak mereka untuk bersuara telah dinafikan maka segala dosa dan kesalahan ini akan dituntut oleh rakyat di hari akhirat nanti. Hari akhirat nanti setiap rakyat yang merasaka diri mereka dizalimi dan merasakan hak mereka dirampas akan menuntut bela kepada pemimpin yang bertanggungjawab dan kepada semua anggota kabinet yang bersubahat dan anggota keselamatan yang mendatangkan cedera kepada rakyat yang tidak berdosa.

Doa mereka yang dizalimi sungguh mustajab disisi Allah SWT.   Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dalam hadis yang lain  dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Hadis riwayat Baihaqi - sahih)

Sahabat yang dikasihi,
Manusia boleh melepaskan dirinya di dunia ini apabila melakukan kesalahan dan dosa kerana kebijaksanaannya menipu mahkamah dengan mengemukankan saksi palsu. Manusia boleh menganiaya sesama manusia terutama yang lemah dan tidak ada kuasa . Tetapi perlu diingat Allah SWT sentiasa memerhati gelagat dan kelicikan manusia untuk melepaskan dirinya daripada pengetahuan manusia. Dia Maha Berkuasa boleh membalas kekejaman manusia di dunia ini lagi dan akan  disediakan azab yang dahsyat pula dihari akhirat nanti apabila manusia tidak bertaubat dan kembali kepangkal jalan.