Friday, March 22, 2013

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 121



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Firman Allah SWT :

Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąŰȘَيْنَŰ§Ù‡ُمُ Ű§Ù„ْكِŰȘََۧۚ يَŰȘْلُونَهُ Ű­َقَّ ŰȘِلَŰ§ÙˆَŰȘِهِ ŰŁُولَŰŠِكَ يُŰ€ْمِنُونَ Űšِهِ وَمَنْ يَكْفُ۱ْ Űšِهِ فَŰŁُولَŰŠِكَ هُمُ Ű§Ù„ْŰźَۧ۳ِ۱ُونَ (121) 

Maksudnya : "Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(Surah al-Baqarah ayat 121)

Di antara Ahli Kitab iaitu orang-orang yang mengikuti kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi-Nya, seperti orang Yahudi mengikuti kitab Taurat, orang Nasrani mengikuti kitab Injil dan sebagainya, ada yang benar-benar membaca kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka dengan bacaan yang benar-benar tidak diikuti oleh keinginan dan hawa nafsu mereka. Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya dengan memahaminya sepenuh hati, tidak menakwilkan atau menafsirkannya menurut keinginan diri sendiri, tidak menambah, mengurangi atau merubahnya. 

Menurut Ibnu Masud dan Ibnu Abbas: "Membaca dengan bacaan yang sebenarnya ialah menghalalkan yang dihalalkannya, mengharamkan yang diharamkannya, membacanya seperti diturunkan Allah, tidak merubah-rubah atau memalingkan perkataan dari tempat yang semestinya dan tidak menakwilkan sesuatu dari kitab itu dengan takwil yang bukan takwilnya."

Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nya yang lain yang dimaksud dengan bacaan yang sebenarnya. 

Firman Allah SWT : 

Ű„ِنَّ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰŁُوŰȘُÙˆŰ§ Ű§Ù„ْŰčِلْمَ مِنْ قَŰšْلِهِ Ű„ِŰ°َۧ يُŰȘْلَى Űčَلَيْهِمْ يَŰźِ۱ُّونَ لِلْŰŁَŰ°ْقَŰ§Ù†ِ ŰłُŰŹَّŰŻًۧ (107) 

Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, nescaya mereka tersungkur atas muka sambil bersujud." (Surah Al-Israk ayat 107) 

Dan firman-Nya lagi dalam Al-Quran : 

لَقَŰŻْ كَŰ§Ù†َ فِي قَŰ”َŰ”ِهِمْ ŰčِŰšْ۱َŰ©ٌ لِŰŁُولِي Ű§Ù„ْŰŁَلْŰšَِۧۚ 

Maksudnya : "Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. (Surah Yusuf ayat 111) 

Dari ayat-ayat di atas difahamkan bahawa semua kitab Allah yang diturunkan kepada hamba-hamba-Nya (para Rasul) merupakan pengajaran bagi mereka yang tujuannya untuk memimpin dan memberi petunjuk ke jalan yang lurus. Kerana itu wajib para hamba Allah membaca dengan sebenar-benarnya, berulang-ulang, berusaha memahami pimpinan dan petunjuk Allah SWT di dalamnya. 

Firman Allah SWT :

ŰŁَفَلَۧ يَŰȘَŰŻَŰšَّ۱ُونَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ وَلَوْ كَŰ§Ù†َ مِنْ ŰčِنْŰŻِ Űșَيْ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهِ لَوَŰŹَŰŻُÙˆŰ§ فِيهِ ْۧ۟ŰȘِلَŰ§Ùًۧ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ (82) 

Maksudnya : "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran. Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya. (Surah An-Nisaa' ayat 82) 

Dan firman Allah SWT :

ŰŁَفَلَۧ يَŰȘَŰŻَŰšَّ۱ُونَ Ű§Ù„ْقُ۱ْŰąÙ†َ ŰŁَمْ Űčَلَى قُلُÙˆŰšٍ ŰŁَقْفَŰ§Ù„ُهَۧ (24) 

Maksudnya : "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran atau hati mereka terkunci? (Surah Muhammad ayat 24) 

Dari ayat-ayat di atas difahamkan bahawa membaca Al-Quran dengan tidak memperhatikan maksud dan maknanya, menafsirkannya dengan sekehendak hati adalah sama dengan membaca Al-Kitab oleh ahli Kitab. 

Dari ayat di atas difahamkan bahawa membaca Kitab-kitab Allah dengan bacaan yang sebenarnya wajib dilakukan oleh manusia. Membaca Al-Kitab tidak dengan bacaan yang sebenarnya, tidak mengamalkan apa yang dibaca itu bererti memperolok-olokkan kitab-kitab Allah dan menantang Allah. 

Kerana itu Allah SWT. memerintahkan hamba-hambanya-Nya bangun di malam hari dalam keadaan yang tenang dan sunyi untuk mengerjakan solat, membaca Al-Quran dengan bacaan yang perlahan-lahan, memperhatikan maksud dan tujuan ayat demi ayat. Bacaan yang demikian akan berbekas di dalam hati dan bacaan yang dapat memahami hidayat dan petunjuk Allah bagi pembacanya. 

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mendekatkan diri kita dengan Al-Quran. Membacanya setiap hari dengan membaca terjemaahnya sekali. Perhatikan setiap ayat-ayat yang dibaca dengan hati yang penuh insaf dan hayati arahan-arahan Allah SWT . Mukmin yang bersih hati dan jiwanya adalah mukmin yang sentiasa hidup di taman Al-Quran sedangkan orang fasik dan munafik tidak suka membaca Al-Quran apatah lagi menghayati hidup berpandukan Al-Quran. Janganlah jadi seperti ahli Kitab Yahudi dan Nasrani yang cuba mengubah Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT mengikut hawa nafsu mereka. Mereka telah dilaknat oleh Allah SWT kerana telah berdusta atas nama Allah SWT.





Tafsir Surah Al-Anfal Ayat 17-18


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :   

فَلَمْ ŰȘَقْŰȘُلُوهُمْ وَلَكِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ قَŰȘَلَهُمْ وَمَۧ ۱َمَيْŰȘَ Ű„ِŰ°ْ ۱َمَيْŰȘَ وَلَكِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ۱َمَى وَلِيُŰšْلِيَ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِينَ مِنْهُ Űšَلَۧۥً Ű­َŰłَنًۧ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰłَمِيŰčٌ Űčَلِيمٌ (17)

Maksudnya : "Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"'.(Surah Al-Anfaal (8) ayat 17)

Asbabun Nuzul :


Hadis yang masyur berkenaan dengan turunnya ayat ini (Surah Al-Anfaal ayat 17) adalah peristiwa yang terjadi dalam perang Badr, di waktu Rasulullah SAW. melemparkan segenggam batu-batu kecil hingga menyebabkan banyak yang mati di kalangan musuh.

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, dan ath-Thabarani, yang bersumber dari Hakim bin Hizam. Diriwayatkan pula oleh Abusy Syaikh yang bersumber dari Jabir dan Ibnu ‘Abbas. Dan diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari sumber lain, tapi mursal. Bahawa di waktu perang Badr, para shahabat mendengar suara gemuruh dari langit ke bumi, seperti suara batu-batu kecil jatuh ke dalam bejana. Rasulullah saw. melempari lawannya dengan batu-batu kecil tadi sehingga kaum muslimin pun menang. Ayat ini (Surah Al-Anfaal ayat 17) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang menegaskan bahawa sesungguhnya yang melemparkan batu-batu itu adalah Allah SWT di saat Nabi SAW melemparkannya.


Tafsirannya : 

Kemudian daripada itu Allah SWT. memberikan penjelasan mengenai alasan kaum muslimin dilarang membelakangi musuh iaitu kerana kemenangan tidak akan dicapai kaum muslimin kecuali dengan memenggal kepala musuh, melemparkan tombak atau melemparkan kepalan tanah kepada mereka.

Dari kemenangan dan bantuan Allah SWT tersebut dapatlah difahami bahawa setiap kali orang muslimin menancapkan tombak untuk membunuh musuh dan setiap lemparan kepalan tanah dari mereka dijamin akan memenuhi sasaran kerana Allahlah yang menjamin dan membantu mereka.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

قَۧŰȘِلُوهُمْ يُŰčَŰ°ِّŰšْهُمُ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰšِŰŁَيْŰŻِيكُمْ وَيُŰźْŰČِهِمْ وَيَنْŰ”ُ۱ْكُمْ Űčَلَيْهِمْ وَيَŰŽْفِ Ű”ُŰŻُÙˆŰ±َ قَوْمٍ مُŰ€ْمِنِينَ (14)

Maksudnya : "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman."
(Surah At Taubah ayat 14)

Di samping itu keadaan yang menguntungkan bagi kaum muslimin ialah keyakinan bahawa perjuangan mereka akan menang, dan Allah SWT akan membantu mereka. Sedangkan orang kafir tujuannya hanyalah untuk memperoleh kepuasan hidup di dunia.

Allah berfirman:

وَلَۧ ŰȘَهِنُÙˆŰ§ فِي ْۧۚŰȘِŰșَۧۥِ Ű§Ù„ْقَوْمِ Ű„ِنْ ŰȘَكُونُÙˆŰ§ ŰȘَŰŁْلَمُونَ فَŰ„ِنَّهُمْ يَŰŁْلَمُونَ كَمَۧ ŰȘَŰŁْلَمُونَ وَŰȘَ۱ْŰŹُونَ مِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ مَۧ

Maksudnya : "Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula) sebagaimana kamu menderitanya sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. (Surah An-Nisaa' ayat 104)

Firman Allah SWT.:

ŰŁَنَّهُمْ مُلَŰ§Ù‚ُو Ű§Ù„Ù„َّهِ كَمْ مِنْ فِŰŠَŰ©ٍ قَلِيلَŰ©ٍ ŰșَلَŰšَŰȘْ فِŰŠَŰ©ً

Maksudnya : "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah." (Surah Al-Baqarah ayat 249)

Mengenal kepalan tanah yang dilemparkan kepada musuh oleh Nabi SAW  diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Ibnu Abbas:

Ù„Ù…Ű§ Ù‚Ű§Ù„ فى Ű„ŰłŰȘŰșۧ۫ŰȘه يوم ۚۯ۱: ÙŠŰ§ ۱ۚ Ű„Ù† ŰȘهلك Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„Űč۔ۧۚ۩ فلن ŰȘŰčۚۯ فى Ű§Ù„ŰŁŰ±Ű¶ ۣۚۯۧ، Ù‚Ű§Ù„ له Ű§Ù„ŰŹŰšŰ±ÙŠÙ„ ۟۰ Ù‚ŰšŰ¶Ű© من Ű§Ù„ŰȘ۱ۧۚ ÙŰ§Ű±Ù… ŰšÙ‡Ű§ فى ÙˆŰŹÙˆÙ‡Ù‡Ù…، ففŰčل ÙÙ…Ű§ من ŰŁŰ­ŰŻ من Ű§Ù„Ù…ŰŽŰ±ÙƒÙŠÙ† Ű„Ù„Ű§ ۣ۔ۧۚ Űčينيه ÙˆÙ…Ù†ŰźŰ±ÙŠÙ‡ وفمه ŰȘ۱ۧۚ من ŰȘلك Ű§Ù„Ù‚ŰšŰ¶Ű© ÙÙˆÙ„ÙˆŰ§ Ù…ŰŻŰšŰ±ÙŠÙ†

Tatkala Nabi Muhamamd SAW mohon bantuan pada perang Badar Nabi mengucapkan: "Wahai Tuhanku, apabila golongan kaum muslimin ini Engkau binasakan tentu tidak akan ada orang yang menyembah Engkau di muka bumi ini." Kemudian Jibril berkata: "Ambillah sekepal tanah kemudian lemparkanlah ke muka orang-orang kafir Quraisy!" Kemudian Nabi mengerjakannya sehingga tidak seorang pun dari orang-orang kafir Quraisy yang tidak dikenai matanya, kedua lubang hidung dan mulutnya oleh lemparan tanah itu kemudian mereka pun lari tunggang-langgang." (Hadis Riwayat Ibnu 'Abbas)

Allah SWT menerangkan bahawa segala macam bantuan yang diberikan kepada kaum muslimin dalam perang Badar itu adalah merupakan alasan yang kuat terhadap larangan Allah kepada kaum muslimin, lari dari pertempuran, dan merupakan anugerah kemenangan yang diberikan Allah SWT kepada orang-orang mukmin, iaitu kemenangan dan harta rampasan yang banyak.

Di akhir ayat Allah SWT. menegaskan bahawa Allah Maha Mendengar segala permintaan hamba-Nya yang betul-betul menjalankan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya lagi Maha Mengetahui akan segala macam bisikan hati para hamba-Nya dan mengetahui siapakah di antara hamba-Nya yang akan mendapat kemenangan dan siapa pula yang akan menderita kekalahan.
Firman Allah SWT.

Ű°َلِكُمْ وَŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ مُوهِنُ كَيْŰŻِ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ِينَ (18)

Maksudnya : "Itulah (karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu), dan sesungguhnya Allah melemahkan tipu daya orang-orang yang kafir.(Surah Al-Anfal (8) ayat 18)

Tafsirannya :

Kemudian daripada itu Allah SWT. menegaskan bahawa karunia Allah SWT yang diberikan kepada kaum muslimin itu bertujuan untuk melemahkan tipu daya orang-orang kafir dan melemahkan serangan mereka kepada Nabi SAW serta kaum muslimin seluruhnya. Juga untuk membangun perhatian kaum muslimin agar tetap berjuang menegakkan agama tauhid serta berbuat baik sesama mereka dalam membela serta menegakkan agama.

Dari ayat ini dapat difahami bahawa Allah SWT. selalu melindungi setiap perjuangan kaum muslimin dalam menegakkan agama tauhid serta akan melemahkan perjuangan orang-orang musyrikin pada setiap gerak dan langkah mereka yang ditujukan untuk memerangi orang-orang yang menegakkan agama tauhid dan mengembangkan syiar Islam.

Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya pertolongan Allah SWT pasti datang kepada orang mukmin yang berjuang untuk menegakkan agama Allah SWT. Dia akan menghantar para malaikat-Nya untuk memberi bantuan tanpa diduga-duga. Sebelum pertolongan Allah SWT datang syatar-syarat yang perlu di miliki adalah :

1. Perjuangan itu mestilah perjuangan Islam berteraskan Al-Quran dan Sunah Nabi SAW.

2. Perlu persiapkan segala kelengkapan dan peralatan fizikal yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

3. Perlu berdoa dan bertawakal  kepada Allah SWT dan yakin sepenuhnya bahawasanya  tidak ada kekuatan melainkan kekuatan Allah SWT.

4. Tidak melakukan maksiat semasa menjalankan tugas kerana kegagalan musuh dalam perjuangan adalah kerana maksiat mereka kepada Allah SWT walau pun mempunyai senjata yang lebih cangih.

5. Ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana pangkat, kedudukan dan harta dunia.

Oleh itu para prajurit kita yang berjuang diperbatasan untuk menjaga keselamatan negara daripada penjenayah, penceroboh dan pengganas akan mendapat pertolongan Allah SWT apabila jelas matlamat perjuangan semata-mata kerana Allah SWT. Fahami dan amalkan ayat 17 surah Al-Anfal ketika menyerang musuh in syaa Allah akan mengenai sasarannya dan berjaya mengalahkan mereka dan semua ilmu hitam dan tangkal-tangkal musuh akan tawar dan tidak berfungsi. WallahuĂĄlam.



Wednesday, March 20, 2013

Setiap Rumah Seorang Mukmin Perlu Ada Perpustakaan Kecil Untuk Menimba Ilmu Yang Bermanfaat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di setiap rumah seorang mukmin perlulah ada perpustakaan kecil yang dipenuhi dengan kitab suci al-Quran, tafsir al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW, Sirah Nabi SAW dan sirah para sahabat, kitab feqah, buku-buku agama, buku-buku motivasi, majalah-majalah dan risalah-risalah Islam . Termasuk juga buku-buku sains dan teknologi. Inilah salah satu cara untuk memiliki ilmu yang bermanfaat .

Untuk menjadi mukmin yang berilmu, berwawasan jauh dan menjadi daie yang dikasihi Allah SWT maka masa yang ada janganlah banyak dihabiskan untuk menuntun filem-filem dan drama, menuntun program-program lawak jenaka, bersembang-sembang kosong di kedai-kedai kopi. Percayalah jika kalian terleka dengan kehidupan harian yang tidak berwawasan umur kalian akan habis begitu sahaja dan bila tiba saat tua dan sakit kalian sudah tidak berkesempatan untuk mencari ilmu agama dan tidak pula berpeluang menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain. Alangkan ruginya masa hidup yang seketika ini dihabiskan begitu sahaja. Semuanya akan di soal oleh Allah SWT di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,
Carilah ilmu yang bermanfaat samaada melalui kuliah-kuliah agama dan tazkirah di masjid-masjid , di television dan radio, dan meneruskan dengan bacaan kitab-kitab atau buku-buku agama, mentelaah kitab-kitab tafsir dan hadis Nabi SAW. Membaca buku-buku agama banyak faedahnya kerana iannya akan menyedarkan kita untuk takut kepada Allah SWT.

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. 

Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya yang bermaksud :
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Surah al-Faatir ayat 28)

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Ilmu yang bermanfaat yang dimiliki akan dapat melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah SWT bukanlah orang alim yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, mengejar pangkat, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa dan tidak terpaya dengan tarikat dunia yang mengasyikkan.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah dan memiliki sifat tawaduk dan merendahkan diri.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah SWT dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.

Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Sahabat yang dihormati,
Sesiapa yang memiliki ilmu yang bermanfaat nescaya ilmu itu akan menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan ulama, memuliakan kekasih-kekasih Allah SWT dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

Ingatlah apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia.

Allah SWT berfirman (maksudnya): "Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat."
(Surah al-Rum ayat 7)

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu berusahlah untuk membeli kitab-kitab dan buku-buku agama dan letaklah di dalam  perpustakaan kecil di rumah kalian. Jangalah perbanyakkan perhiasan rumah yang mewah-mewah kerana perhiasan ini tidak membantu akhirat kalian ketika berada di alam barzakh, tetapi perbanyakkanlah koleksi buku-buku agama dan bahan-bahan tarbiah dan dakwah supaya anak-anak dan ahli keluarga yang membaca buku-buku yang kita beli akan mendapat pahala di atas ilmu bermanfaat yang ditinggalkan. Mencari ilmu yang bermanfaat fardu ain terutama ilmu agama iaitu ilmu tauhid, fiqah dan tasauf. Kemudian ilmu-ilmu bermanfaat yang lain fardu kifayah iaitu ilmu yang boleh menambah kekuatan kepada umat Islam. Utamakan yang fardu ain dan amalkanlah kerana ilmu tersebut secara langsung mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan menjadikan kita takut kepada-Nya.

Ilmu inilah yang membezakan kita dengan orang-orang kafir darisegi kefahaman dan perlaksanaan dalam kehidupan. Jika ilmu yang bermanfaat ini kita sebarkan dan ajarkan maka ilmu ini akan menjadi saham akhirat yang berterusan walaupun kita sedang hidup di alam barzakh.

Monday, March 18, 2013

Rezeki Yang Berkat Akan Di Gunakan Di Jalan Yang Di Redai Oleh Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu soalan yang akan di tanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti adalah dari mana sumber harta yang kita miliki dan kemana pula harta tersebut di gunakan?

Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah SWT

Apabila kita mensyukuri rezeki Allah SWT maka Allah SWT akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya, “ Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang. ” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu reda dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya, “ Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.”  (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Rezeki adalah ketentuan Allah SWT . Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

Kita sering mendengar berita orang kaya rezekinya melimpah ruah tetapi hidup keluarganya porak peranda, anak-anaknya menjadi penjenayah dan penceraian berlaku di antara suami istari. Ini menunjukkan tidak ada keberkatan rezeki yang mereka perolehi ada sesuatu yang tidak kena maka berlakulah keadaan seperti ini.

Kita juga mendengar suatu keluarga yang pendapatannya kecil menanggung anak-anak yang ramai tetapi anak-anaknya menjadi insan yang berakhlak mulia dan berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Ini menunjukkan ada keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah telah berfirman, “ Telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi ( pengedar ) rezeki kepada Bani Adam : Mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim )

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap wang ringgit atau harta yang kita miliki pastikan dipergunakan kepada jalan-jalan kebaikan. Jangan membazir dan jangan bakhil kerana membazir dan bakhil itu adalah amalan syaitan. Jauhkanlah diri kalian daripada menjadi salah satu golongan yang di benci oleh Allah SWT. 

Golongan yang mulia dan dikasihi oleh Allah SWT adalah golongan yang memiliki harta kemudian harta tersebut digunakan ke jalan yang diredai oleh Allah SWT iaitu :

1. Bersifat pemurah dan suka memberi sedekah dan menginfakkan harta di jalan Allah SWT.

2. Mempergunakankan hartanya untuk menuntut ilmu yang bermanfaat. Daripada ilmu yang diperolehi akan di sebarkan dan di sampaikan kepada orang lain.

3. Mempergunakan hartanya untuk membeli kitab suci al-Quran, tafsir al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW, buku-buku agama , buku-buku tazkirah dan majalah-majalah Islam yang berupaya meningkatkan ilmu syarak dan memberi manfaat yang besar.

4. Membiayai pembinaan sekolah agama, maahad tahfiz, masjid-masjid dan pusat-pusat dakwah dan membiyai persekolahan anak-anak yatim dan golongan miskin untuk meneruskan persekolahan dan pengajian tinggi.

5. Hartanya di gunakan dalam bidang perniagaan mengikut cara Islam supaya dengan harta ini dapat dikembangkan dan dapat memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan dapat di bayar zakat perniagaan.

Sahabat yang dikasihi,
Ingatlah bahawa sesungguhnya setiap harta yang di zakatkan, di sedekahkan dan di beri sumbangan kebajikan untuk membantu golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan tertindas (seperti di Palestin dan Syria) maka harta tersebut akan di berkati dan ini merupakan saham akhirat yang tidak akan mengalami kerugian di akhirat nanti. Jika harta yang kalian guna untuk makan dan minum secara mewah maka ianya akan bertukar menjadi najis, jika di beli kenderaan mewah maka kenderaan akan buruk dan rosak tetapi jika harta kalian di sumbang dan infakkan di jalan Allah SWT maka saham ini tidak akan rugi atau jatuh malahan keuntungannya akan di pergandakan oleh Allah SWT sehingga 700 kali ganda.


Firman Allah SWT maksudnya : "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." 
(Surah Al-Baqarah ayat 261)




Tiga Amalan Berterusan Pahalanya Selepas Kematian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda (maksudnya) : "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kita sering mendengar hadis di atas yang di bawakan oleh para pendakwah dan sebagainya. Persoalannya sekarang adakah kita benar-benar faham apa yang di maksudkan oleh hadis diatas?

Dalam hadis di atas menerangkan bahawa apabila telah meninggalnya seseorang manusia,tiada lah apa- apa yang dapat menolongnya kecuali tiga perkara iaitu.

1. Sedekah jariah yang di berikan semasa hidupnya.

2. Segala ilmu yang baik yang di ajarkan kepada orang semasa hidupnya.

3. Doa anak yang soleh terhadap ibubapanya yang di tingalkannya (di warisinya).

Huraiannya :

1.Sedekah Jariah.

Segala bentuk sedekah bahan yang dikeluarkan oleh si mati semasa hayatnya termasuklah sedekah wang,makanan,harta benda dan dalam katogeri ini termasuk juga harta yang di waqafkan oleh si mati semasa hidupnya. Sebagai contoh seseorang itu mendirikan surau untuk kegunaan masyarakat setempat. Selagi mana surau itu di menfaatkan selagi itulah pahala mengalir untuk si mati. Orang yang hidup atau waris boleh juga bersedekahkan bagi pihak si mati tidak kiralah samaada sedekah itu hasil dari wang,harta, peninggalan si mati atau wang waris sendiri.Yang pentingnya ialah niat kita untuk bersedekah bagi pihak si mati. Amalan "waqaf" dalam Islam juga telah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW. dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf "

 
2.Ilmu Yang Bermenfaat

"Ilmu yang berguna atau bermanfaat yang di ajarkan kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan ilmu ilmu kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya,pengajaran kepada murid-muridnya dan orang ramai,atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

 
3.Doa Anak Yang Soleh.

Selain dari doa anak anak yang soleh/solehah terhadap ibubapanya, doa antara sesama kaum muslimin pun bermenfaat untuk si mati. Ini berdasarkan kepada dalil berikut : Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu”. (Surah Al-Hasyr ayat 10).

Mengenai doa anak yang soleh/solehah In syaa Allah doa akan bermenfaat jika anak-anak itu bersolat dan beramal soleh. Kalau tidak  solat dan sentiasa melakukan dosa-dosa besar pasti doa itu tidak akan diterima oleh Allah SWT, tidak diterima segala amal kebaikan jika tidak bersolat termasuklah doa. Jadi usahakanlah supaya anak anak kita terdiri dari golongan orang orang yang mengerjakan solat.

Sahabat yang dimuliakan,
Selain daripada tiga perkara di atas terdapat beberapa amalan anak yang soleh untuk kebaikankan ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

1. Membayar hutang puasa si mati.

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad SAW. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqada puasanya itu?"

Baginda menjawab: "Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan." (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis ini mengatakan bahawa orang mati yang menanggung hutang puasa yang wajib (sama ada puasa Ramadan atau pun puasa nazar atau puasa kifarah), boleh dibayar oleh orang yang termasuk dalam lingkungan kaum kerabatnya - dengan jalan berpuasa untuknya.

Dalam hal ini Imam Nawawi rahimahullah berkata: Imam al-Syafi'i rahimahullah, mempunyai "dua pendapat" dalam masalah ini:

Pertama - Hutang puasa si mati hendaklah dibayar dengan "fidyah" sahaja.

Kedua - Boleh juga dibayar dengan jalan berpuasa untuknya.

Berdasarkan keterangan yang tersebut, maka kesimpulan masalah ini dalam mazhab Syafi'i ialah: Menurut "pendapat" yang pertama: Hutang puasa si mati , hendaklah di bayar dengan "fidyah" sahaja oleh walinya.

Menurut "pendapat" yang kedua pula : Pihak walinya bebas memilih, sama ada dengan memberi fidyah atau dengan berpuasa untuknya.

Salah satu hadis yang lain juga: Dari `Aisyah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) hendaklah walinya (membayar dengan) berpuasa untuknya". (HadiS Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Melangsaikan hutang harta si mati

Kita juga boleh membantu si mati dengan cara melangsaikan hutang harta si mati. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kebolehan tersebut. Terdapat banyak lagi hadis yang menceritakan akan kebolehan dan kewajipan melunaskan hutang si mati.

Antaranya:Dari Ibn Abbas r.a., bahawa: .. Rasulullah SAW bersabda: ".. (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang kepada Allah lebih berhak diselesaikan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3.Amalan baik anak anak sendiri

Di dalam Al-Quran, Surah An-Najm ayat 39, Allah telah berfirman yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."

Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati. Zuriat yang di tinggalkan adalah hasil usaha si mati sendiri semasa hidupnya. Jadi bagaimana pula ayat di atas dapat menjadi dalil yang membolehkan amalan baik anak itu sampai kepada si mati? Persoalan ini terjawab dengan hadis sahih di bawah:

"Sesungguhnya makanan yang paling baik untuk di makan oleh seseorang ialah hasil titik peluhnya sendiri. Dan sesungguhnya anak adalah sebahagian daripada hasil usaha kita sendiri." (Hadis sahih Riwayat Al-Hakim, Imam At-Turmudzi, Imam Ahmad, Abu Daud An-Nasai)

Di dalam hadis yang lain:

Hadis dari  Aisyah r.a:  "Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah SAW bersabda: Benar!"(Hadis Riwayat Muslim)

Kesimpulanya di sini jika si mati mewarisi anak yang soleh/ solehah maka si mati akan mendapat pahala hasil dari kebaikan dan kosolehan anak anaknya itu,tetapi jika anak anaknya tidak soleh/solehah si mati akan mendapat kesusahan di alam kubur.

4. Anak boleh meninggalkan buku-buku atau kitab-kitab agama yang bermanfaat untuk di gunakan oleh ahli keluarga sendiri , sekolah-sekolah agama dan untuk bacaan umum niatkan untuk kedua ibu bapanya.


Salah satu waqaf yang bermanfaat adalah kitab suci al-Quran, kitab hadis, kitab tafsir dan buku-buku dan kitab-kitab agama yang ditinggalkan oleh seseorang . Apabila bahan-bahan tersebut di baca dan di amalkan maka pemilik asal kitab atau buku tersebut akan mendapat pahala yang berterusan walau pun beliau sudah meninggal dunia.

Buku Terbaru : Koleksi Tazkirah Cemerlang Abu Basyer



Sunday, March 17, 2013

Tafsir Surah At-Taubah Ayat 101-102


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT:

وَمِمَّنْ Ű­َوْلَكُمْ مِنَ Ű§Ù„ْŰŁَŰčْ۱َِۧۚ مُنَŰ§Ùِقُونَ وَمِنْ ŰŁَهْلِ Ű§Ù„ْمَŰŻِينَŰ©ِ مَ۱َŰŻُÙˆŰ§ Űčَلَى Ű§Ù„Ù†ِّفَŰ§Ù‚ِ لَۧ ŰȘَŰčْلَمُهُمْ نَŰ­ْنُ نَŰčْلَمُهُمْ ŰłَنُŰčَŰ°ِّŰšُهُمْ مَ۱َّŰȘَيْنِ Ű«ُمَّ يُ۱َŰŻُّونَ Ű„ِلَى ŰčَŰ°ٍَۧۚ ŰčَŰžِيمٍ (101)
 

Maksudnya : "Di antara orang-orang Arab Badui yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami seksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar." (Surah At-Taubah (9) ayat 101)

Tafsirannya :

Dalam ayat ini Allah SWT menyebutkan hal-ihwal orang-orang munafik, baik dari kalangan Badui maupun dari kalangan mereka yang bertempat tinggal di kota Madinah sendiri, sehingga terlihatlah dua hal yang sangat berlawanan. Seakan-akan Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian dari orang-orang Badui yang berdiam di sekitar Madinah itu adalah orang-orang yang sangat munafik. Kemunafikan dan kejahatan mereka amat keterlaluan. Demikian pula, sebagian dari penduduk kota Madinah ini pun ada pula yang munafik. Sebab itu berhati-hatilah kamu terhadap mereka."

Menurut keterangan Al-Bagawi, yang dimaksud dengan "kaum munafik Badui yang tinggal di sekitar kota Madinah" itu ialah mereka yang berasal dari Bani Muzainah, Bani Juhainah, Bani Asyja', Bani Aslam dan Bani Gifar. Sedang yang dimaksudkan dengan "kaum munafik di kalangan penduduk kota Madinah sendiri" ialah orang-orang munafik yang berasal dari Bani Aus dan Khazraj. Mereka ini sangat keterlaluan, dan sangat pandai menyembunyikan kemunafikan itu, sehingga sukar untuk diketahui oleh Rasulullah SAW dan kaum Muslimin umumnya. Mereka ini tidak dapat diharapkan untuk beriman. Mereka akan mengalami kesengsaraan dan penderitaan batin di dunia ini serta pedihnya kematian. Sesudah itu, di akhirat mereka akan dilemparkan ke dalam azab yang dahsyat dalam neraka Jahanam pada bahagian yang paling bawah.


Dapat disimpulkan, bahwa kaum munafik itu ada dua jenis iaitu : 


Pertama ialah orang-orang yang dapat diketahui kemunafikan mereka dari sikap, perbuatan dan ucapan-ucapan mereka. 

Kedua ialah mereka yang sangat pandai dalam menyembunyikan kemunafikan itu, sehingga sukar untuk diketahui.

Dan dua macam golongan munafik itu selalu ada sepanjang masa, apalagi kemunafikan dalam bidang politik. Mereka ini rela menjadi agen kepada Yahudi dan Nasrani untuk membinasakan negara dan agama mereka sendiri. Perkara ini memerlukan kewaspadaan kita setiap ketika. Mereka ini sering berpura-pura sebagai pahlawan pembela agama Islam, akan tetapi mereka senantiasa mencari kesempatan untuk menghancurkan agama dan umatnya dari dalam dengan menggunakan tipu muslihat yang beraneka ragam dan  cara.

Di dalam tafsir Jalalain dalam Surah At Taubah 101 :


"(Di antara orang-orang yang di sekeliling kalian) hai penduduk Madinah (dari kalangan orang-orang Arab badui ada orang-orang munafik) seperti orang-orang kabilah Aslam, kabilah Asyja` dan kabilah Ghiffar (dan juga di antara penduduk Madinah) ada orang-orang munafik pula. (Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya) maksudnya kemunafikan mereka telah mendalam dan sudah mengakar di hati mereka. (Kamu tidak mengetahui mereka) hai Muhammad (tetapi Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami seksa dua kali) dengan terungkapnya kemunafikan mereka, atau dibunuh di dunia dan diseksa di alam kubur (kemudian mereka akan dikembalikan) di akhirat nanti (kepada azab yang besar) yaitu seksa neraka."

Firman Allah SWT : 

وَ۹َ۟۱ُونَ ۧŰčْŰȘَ۱َفُÙˆŰ§ ŰšِŰ°ُنُÙˆŰšِهِمْ ŰźَلَŰ·ُÙˆŰ§ Űčَمَلًۧ Ű”َŰ§Ù„ِŰ­ًۧ وَ۹َ۟۱َ ŰłَيِّŰŠًۧ ŰčَŰłَى Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَنْ يَŰȘُÙˆŰšَ Űčَلَيْهِمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰșَفُÙˆŰ±ٌ ۱َŰ­ِيمٌ (102)

Maksudnya : "Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampur baurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Surah At-Taubah (9) ayat 102)

Tafsirannya :

Dalam ayat ini dijelaskan suatu macam golongan yang lain, di antara orang-orang yang ada di sekitar Rasulullah SAW ketika itu, baik dari kalangan Badui atau pun dari penduduk Madinah. Tetapi golongan ini tidak termasuk golongan munafik atau pun As-Sabiqunal Awwalun dan tidak pula termasuk golongan "orang-orang yang mengikuti dengan baik jejak As-Sabiqunal Awwalun". Mereka ini adalah orang-orang mukmin yang berdosa dan mereka mengakui dengan jujur dosa-dosa mereka. 

Mereka ini telah mencampur-adukkan antara perbuatan-perbuatan yang baik dengan perbuatan-perbuatan yang buruk, sehingga perbuatan mereka itu tidak seluruhnya baik dan tidak pula seluruhnya buruk.

Dengan demikian mereka ini tidak merupakan orang-orang soleh yang murni, dan tidak pula termasuk golongan yang fasik atau munafik, kerana dalam kenyataannya mereka suka berbuat yang baik tetapi sering pula berbuat keburukan.


Di antara keburukan mereka ialah tidak ikutnya mereka ke perang Tabuk bersama kaum muslimin lainnya padahal mereka tidak mempunyai uzur yang benar kerana mereka bukanlah orang-orang yang lemah atau sakit dan mereka tidak pula mengemukakan alasan-alasan yang bohong seperti yang dilakukan oleh kaum munafik dan tidak pula minta izin seperti yang dilakukan orang-orang yang ragu-ragu. Akan tetapi mereka itu menyadari kesalahan itu ketika mereka tidak hadirkan diri ketika peperangan itu dan hati mereka takut kepada Allah SWT. 


Dengan demikian mereka tidak mahu melakukan kewajiban terhadap Allah SWT dan pada masa yang sama mereka menyadari kesalahan serta merasa takut kepada Allah SWT.

Selanjutnya dalam ayat ini diterangkan bahawa golongan ini masih mempunyai harapan bahawa taubat mereka akan diterima Allah SWT. Taubat mereka adalah kunci untuk memperoleh keampunan dan rahmat-Nya. Dan taubat yang benar hanya dapat dicapai bila seseorang telah mengetahui keburukan dosa serta akibatnya dan timbullah rasa takut ketika mengingat kemurkaan Allah SWT serta seksaan-Nya kemudian timbullah keinginan berdaya upaya untuk membersihkan diri dari segala hal yang menimbulkan dosa di samping itu timbullah niat dan tekad yang kuat untuk tidak kembali kepada perbuatan itu dan berusaha keras melakukan kebajikan-kebajikan untuk menghapuskan dosa-dosa yang telah terjadi dan akibat-akibatnya yang buruk bagi masyarakat serta bekas-bekas yang melekat pada diri sendiri.


Pada akhir ayat ini dijelaskan alasan tentang adanya harapan bagi golongan ini bahawa taubat mereka akan diterima Allah SWT., iaitu kerana sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Pengampun kepada hamba-Nya yang mahu bertaubat dengan sebenar-benarnya dan Allah SWT adalah Maha Penyayang kepada hamba-Nya yang mahu berbuat kebajikan.


Menurut suatu riwayat, ayat ini diturunkan sehubungan dengan peristiwa enam orang muslimin yang sengaja tidak hadirkan diri di dalam Perang Tabuk. Mereka itu adalah Abu Lubabah, Aus bin Khazzam, Saklabah bin Wadiah, Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi` dan Hilal bin Umayyah. Kemudian setelah menginsafi kesalahan mereka, maka tiga orang di antaranya, iaitu Abu Lubabah, Aus dan Sa`labah datang ke mesjid membawa harta benda mereka lalu mereka mengikatkan diri pada tiang-tiang mesjid serta bertekad bahawa hanya Rasulullah SAW yang akan melepaskan mereka dari ikatan itu. Sedang harta benda tersebut mereka maksudkan untuk diserahkan kepada Rasulullah SAW untuk baginda bagikan kepada yang berhak menerimanya sebagai sedekah untuk menebus kesalahan mereka. 


Setelah hal itu disampaikan kepada Rasulullah SAW. maka baginda bersabda, "Saya tidak akan melepaskan mereka dari ikatan itu sampai datangnya ketentuan dari Allah." Maka turunlah ayat ini. Rasulullah SAW lalu membuka tali pengikat yang mengikatkan mereka di tiang itu.

Ibnu Kasir, seorang ahli tafsir berkata: "Walaupun ayat ini turun mengenai orang-orang tertentu namun isinya tetap berlaku untuk umum, mencakup semua orang-orang yang berdosa yang mencampur-adukkan antara perbuatan yang baik dan yang buruk kemudian menginsafi kesalahan mereka serta melakukan taubat kepada Allah SWT dengan cara yang sebaik-baiknya.

Dalam tafsir Jalalain Surah At Taubah 102


"(Dan) ada pula suatu kaum (yang lain) lafal ayat ini menjadi mubtada (mereka mengakui dosa-dosa mereka) kerana tidak ikut berangkat ke medan perang. Lafal ayat ini menjadi khabarnya (mereka mencampur-baurkan pekerjaan yang baik) iaitu jihad yang telah mereka lakukan sebelum peristiwa ini atau pengakuan mereka atas dosa-dosa yang telah mereka lakukan; atau dosa-dosa yang lainnya (dengan pekerjaan lain yang buruk) iaitu ketidakikutan mereka dalam berjihad kali ini. (Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang). 

Ayat ini diturunkan berkenaan dengan apa yang dilakukan oleh Abu Lubabah dan segolongan orang-orang lainnya. Mereka mengikatkan diri mereka di tiang-tiang mesjid, hal ini mereka lakukan ketika mereka mendengar firman Allah SWT. yang diturunkan berkenaan dengan orang-orang yang tidak berangkat berjihad, sedangkan mereka tidak ikut berangkat. Lalu mereka bersumpah bahawa ikatan mereka itu tidak akan dibuka melainkan oleh Nabi SAW. sendiri. Kemudian setelah ayat ini diturunkan Nabi SAW melepaskan ikatan mereka.

Sahabat yang dikasihi,
Kita perlu bermuhasabah diri sendiri adakah sifat-sifat orang munafik itu ada pada diri kita sendiri atau tidak. Jika ada maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah SWT dan kembali kepada Islam yang sebenarnya. Jika di zaman Nabi SAW ketika wahyu masih turun masih terdapat orang-orang munafik tulin maka apatah lagi di zaman kita sekarang ini iaitu zaman fitnah, kebendaan dan berada di akhir zaman. Terdapat ramai orang-orang munafik yang menjadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut di kalangan umat Islam sendiri iaitu golongan yang menghalang perlaksanaan hukum-hukum Allah SWT dan kebenaran ajaran Islam. Golongan ini akan menyerang peribadi para alim ulama, suka membuat fitnah dan mengaibkan saudara seagama semata-mata untuk mencapai agenda politik sempit mereka.