Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :
فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَاءً حَسَنًا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (17)
Maksudnya : "Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"'.(Surah Al-Anfaal (8) ayat 17)
Asbabun Nuzul :
Hadis yang masyur berkenaan dengan turunnya ayat ini (Surah Al-Anfaal ayat 17) adalah peristiwa yang terjadi dalam perang Badr, di waktu Rasulullah SAW. melemparkan segenggam batu-batu kecil hingga menyebabkan banyak yang mati di kalangan musuh.
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, dan ath-Thabarani, yang bersumber dari Hakim bin Hizam. Diriwayatkan pula oleh Abusy Syaikh yang bersumber dari Jabir dan Ibnu ‘Abbas. Dan diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari sumber lain, tapi mursal. Bahawa di waktu perang Badr, para shahabat mendengar suara gemuruh dari langit ke bumi, seperti suara batu-batu kecil jatuh ke dalam bejana. Rasulullah saw. melempari lawannya dengan batu-batu kecil tadi sehingga kaum muslimin pun menang. Ayat ini (Surah Al-Anfaal ayat 17) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang menegaskan bahawa sesungguhnya yang melemparkan batu-batu itu adalah Allah SWT di saat Nabi SAW melemparkannya.
Tafsirannya :
Kemudian daripada itu Allah SWT. memberikan penjelasan mengenai alasan kaum muslimin dilarang membelakangi musuh iaitu kerana kemenangan tidak akan dicapai kaum muslimin kecuali dengan memenggal kepala musuh, melemparkan tombak atau melemparkan kepalan tanah kepada mereka.
Dari kemenangan dan bantuan Allah SWT tersebut dapatlah difahami bahawa setiap kali orang muslimin menancapkan tombak untuk membunuh musuh dan setiap lemparan kepalan tanah dari mereka dijamin akan memenuhi sasaran kerana Allahlah yang menjamin dan membantu mereka.
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:
قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ (14)
Maksudnya : "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman."
(Surah At Taubah ayat 14)
Di samping itu keadaan yang menguntungkan bagi kaum muslimin ialah keyakinan bahawa perjuangan mereka akan menang, dan Allah SWT akan membantu mereka. Sedangkan orang kafir tujuannya hanyalah untuk memperoleh kepuasan hidup di dunia.
Allah berfirman:
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا
Maksudnya : "Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula) sebagaimana kamu menderitanya sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. (Surah An-Nisaa' ayat 104)
Firman Allah SWT.:
أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً
Maksudnya : "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah." (Surah Al-Baqarah ayat 249)
Mengenal kepalan tanah yang dilemparkan kepada musuh oleh Nabi SAW diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Ibnu Abbas:
لما قال فى إستغاثته يوم بدر: يا رب إن تهلك هذه العصابة فلن تعبد فى الأرض أبدا، قال له الجبريل خذ قبضة من التراب فارم بها فى وجوههم، ففعل فما من أحد من المشركين إلا أصاب عينيه ومنخريه وفمه تراب من تلك القبضة فولوا مدبرين
Tatkala Nabi Muhamamd SAW mohon bantuan pada perang Badar Nabi mengucapkan: "Wahai Tuhanku, apabila golongan kaum muslimin ini Engkau binasakan tentu tidak akan ada orang yang menyembah Engkau di muka bumi ini." Kemudian Jibril berkata: "Ambillah sekepal tanah kemudian lemparkanlah ke muka orang-orang kafir Quraisy!" Kemudian Nabi mengerjakannya sehingga tidak seorang pun dari orang-orang kafir Quraisy yang tidak dikenai matanya, kedua lubang hidung dan mulutnya oleh lemparan tanah itu kemudian mereka pun lari tunggang-langgang." (Hadis Riwayat Ibnu 'Abbas)
Allah SWT menerangkan bahawa segala macam bantuan yang diberikan kepada kaum muslimin dalam perang Badar itu adalah merupakan alasan yang kuat terhadap larangan Allah kepada kaum muslimin, lari dari pertempuran, dan merupakan anugerah kemenangan yang diberikan Allah SWT kepada orang-orang mukmin, iaitu kemenangan dan harta rampasan yang banyak.
Di akhir ayat Allah SWT. menegaskan bahawa Allah Maha Mendengar segala permintaan hamba-Nya yang betul-betul menjalankan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya lagi Maha Mengetahui akan segala macam bisikan hati para hamba-Nya dan mengetahui siapakah di antara hamba-Nya yang akan mendapat kemenangan dan siapa pula yang akan menderita kekalahan.
Firman Allah SWT.
ذَلِكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ مُوهِنُ كَيْدِ الْكَافِرِينَ (18)
Maksudnya : "Itulah (karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu), dan sesungguhnya Allah melemahkan tipu daya orang-orang yang kafir.(Surah Al-Anfal (8) ayat 18)
Tafsirannya :
Kemudian daripada itu Allah SWT. menegaskan bahawa karunia Allah SWT yang diberikan kepada kaum muslimin itu bertujuan untuk melemahkan tipu daya orang-orang kafir dan melemahkan serangan mereka kepada Nabi SAW serta kaum muslimin seluruhnya. Juga untuk membangun perhatian kaum muslimin agar tetap berjuang menegakkan agama tauhid serta berbuat baik sesama mereka dalam membela serta menegakkan agama.
Dari ayat ini dapat difahami bahawa Allah SWT. selalu melindungi setiap perjuangan kaum muslimin dalam menegakkan agama tauhid serta akan melemahkan perjuangan orang-orang musyrikin pada setiap gerak dan langkah mereka yang ditujukan untuk memerangi orang-orang yang menegakkan agama tauhid dan mengembangkan syiar Islam.
Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya pertolongan Allah SWT pasti datang kepada orang mukmin yang berjuang untuk menegakkan agama Allah SWT. Dia akan menghantar para malaikat-Nya untuk memberi bantuan tanpa diduga-duga. Sebelum pertolongan Allah SWT datang syatar-syarat yang perlu di miliki adalah :
1. Perjuangan itu mestilah perjuangan Islam berteraskan Al-Quran dan Sunah Nabi SAW.
2. Perlu persiapkan segala kelengkapan dan peralatan fizikal yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
3. Perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT dan yakin sepenuhnya bahawasanya tidak ada kekuatan melainkan kekuatan Allah SWT.
4. Tidak melakukan maksiat semasa menjalankan tugas kerana kegagalan musuh dalam perjuangan adalah kerana maksiat mereka kepada Allah SWT walau pun mempunyai senjata yang lebih cangih.
5. Ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana pangkat, kedudukan dan harta dunia.
Oleh itu para prajurit kita yang berjuang diperbatasan untuk menjaga keselamatan negara daripada penjenayah, penceroboh dan pengganas akan mendapat pertolongan Allah SWT apabila jelas matlamat perjuangan semata-mata kerana Allah SWT. Fahami dan amalkan ayat 17 surah Al-Anfal ketika menyerang musuh in syaa Allah akan mengenai sasarannya dan berjaya mengalahkan mereka dan semua ilmu hitam dan tangkal-tangkal musuh akan tawar dan tidak berfungsi. Wallahuálam.
1 comment:
Bismillahi rahmanir rahim
Terima kasih ustaz berkongsi surah Al Anfal ini
Post a Comment