Saturday, September 1, 2012

Wasiat Sultan Muhammad al-Fatih II kepada anak-anaknya.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sultan Muhammad al-Fatih 11 telah memberi wasiat kepada anak-anaknya semasa baginda dalam keadaan sakit sebelum meninggal dunia :

"Tak lama lagi aku akan mengadap Allah Subhanahuwa Ta'ala. Namun aku sama sekali tidak merasa menyesal, sebab aku meninggalkan pengganti seperti kamu. Maka, jadilah engkau seorang yang adil, soleh dan pengasih. Rentangkan perlindunganmu terhadap seluruh rakyatmu tanpa perbedaan. Bekerjalah kamu untuk menyebarkan agama Islam sebab ini merupakan kewajiban raja-raja di bumi. Kedepankan kepentingan agama atas kepentingan lain apa pun. Jangan kamu lemah dan lengah dalam menegakkan agama. Janganlah kamu sekali-kali memakai orang-orang yang tidak menjauhi dosa-dosa besar dan larut dalam kekejian.

Hindari bida'ah-bida'ah yang merosak. Jauhi orang-orang yang menyuruhmu melakukan itu. Lakukan perluasan negeri ini melalui jihad. Jagalah harta Baitul Mal, jangan sampai dihambur-hamburkan. Jangan sekali-kali engkau menghulur tanganmu pada harta rakyatmu kecuali itu sesuai dengan aturan Islam. Himpunlah kekuatan orang-orang yang lemah dan fakir, dan berikan penghormatanmu kepada orang-orang yang berhak.

Oleh sebab ulama itu laksana kekuatan yang harus ada dalam raga negeri, maka hormatilah mereka. Jika kamu mendengar ada seseorang ulama di negeri lain, ajaklah ia agar datang ke negeri ini dan berilah dia harta kekayaan. Hati-hatilah, jangan sampai kamu tertipu dengan harta benda dan jangan pula dengan banyaknya tentera. Jangan kamu sekali-kali melakukan satu hal yang bertentanagn dengan hukum Islam. Sebab agama merupakan tujuan kita, hidayah Allah adalah manhaj hidup kita dan dengan agama kita menang.

Ambilah pelajaran ini dariku, aku datang ke negeri ini laksana semut kecil, lalu Allah kurniakan nikmat yang demikian besar ini. Maka berjalanlah seperti apa yang aku lakukan. Bekerjalah kamu untuk meninggikan agama Allah dan hormatilah ahlinya. Janganlah kamu menghambur-hamburkan harta negara dalam foya-foya dan senang-senang, atau kamu pergunakan lebih dari yang sewajarnya. Sebab itu semua merupakan penyebab utama kehancuran."

(Di petik daripada tulisan :Riduan Basri Riduan Basri)

Hikmah Dan Kebaikan Yang Terdapat Dalam Doa Qunut

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ahli fuqaha berselisih pendapat dalam menetukan masaalah doa qunut ketika solat Subuh. Ada di antara mereka menganggap doa qunut sebagai sunah Rasulullah SAW, manakala yang lainnya tidak berpendapat sedemikian.

Rasulullah SAW sendiri membaca doa qunut ketika solat Subuh sebagaimana terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Dari Muhammad bin Sirin, bahawa ia berkata, “Aku berkata kepada Anas bin Malik r.a, “Apakah Rasulullah SAW. qunut pada solat subuh? ‘Ia menjawab, ‘Ya, sesaat setelah rukuk.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim ( I:468no.298)

Di dalam hadis yang lain : Dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Abu Ja’far Ar-Razy, dari Ar-Rab i’ bin Anas berkata : Anas r.a ditanya tentang qunut Nabi SAW bahawa apakah betul baginda SAW berqunut sebulan, maka berkata Anas ra : Baginda SAW selalu terus berqunut hingga wafat, lalu mereka mengatakan maka qunut Nabi SAW pada solat subuh selalu berkesinambungan hingga baginda SAW wafat, dan mereka yang meriwayatkan bahawa qunut Nabi SAW hanya sebulan kemudian berhenti maka yang dimaksud adalah qunut setiap solat untuk mendoakan kehancuran atas musuh-musuh, lalu (setelah sebulan) baginda SAW berhenti, namun qunut di solat subuh terus berjalan hingga baginda SAW wafat.

Berkata Imam Nawawi : Mengenai qunut subuh, Rasulullah SAW tidak meninggalkannya hingga baginda SAW wafat, demikian riwayat sahih dari Anas r.a. (Syarah Nawawi ala shahih Muslim)

Dan hadis tersebut juga disahihkan an-Nawawi dalam al-Majmu’-nya (III:504). Ia berkata, ‘Hadis tersebut sahih dan diriwayatkan oleh sejumlah penghapal hadis, dan mereka mensahihkannya. Diantaranya yang mensahihkannya adalah al-Hafizh Abu Abdillah Muhammad bin ‘Ali al-Balkhi, al-Hakim Abu ‘Abdillah dalam beberapa judul kitabnya, dan al-Baihaqi. Hadis itu diriwayatkan juga oleh ad-Daruquthni dari berbagai jalan periwayatan dengan sanad yang sahih”

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r.a katanya : "Sentiasalah Rasulullah SAW berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."

Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW. senantiasa berqunut pada (solat) subuh sampai ia meninggalkan dunia ini”. (Hadis Riwayat Al-Hakim dalam kitab Al-Arba’in. la menyebutkan sebagai hadis sahih).

Sahabat yang dimuliakan,
Doa qunut adalah doa yang di baca ketika kita melakukan solat subuh pada rekaat ke dua setelah rukuk. Berikut adalah bacaan doa qunut dan maknanya untuk kita memahami hikmah dan kebaikannya.

ŰŁَللَّهُمَّ Ű§Ù‡ْŰŻِنِيْ فِيْمَنْ هَŰŻَيْŰȘَ,
ALLHUMMAHDINI FIIMAN HADAIT
Ya Allah tunjukkanlah aku bersama orang yang Engkau beri petunjuk.

وَŰčَŰ§Ùِنِيْ فِيْمَنْ ŰčَŰ§ÙَيْŰȘَ,
WA’AAFINII FIIMAN ‘AAFAIT
selamatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau beri keselamatan.(kesihatan)

وَŰȘَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ ŰȘَوَلَّيْŰȘَ,
WA TAWALLANII FIIMAN TAWALLAIT
pelihara-lah aku bersama mereka yang telah Engkau pelihara.

وَŰšَۧ۱ِكْ لِيْ فِيْمَۧ ŰŁَŰčْŰ·َيْŰȘَ,
WA BAARIKLLII FIIMAA A’THOIT
berikanlah keberkahan pada sesuatu yang Engkau berikan padaku.

وَقِنِيْ ŰŽَ۱َّ مَۧ قَ۶َيْŰȘَ,
WAQINII SYARROMAA QODLOIT
Dan jagalah aku dari kejahatan apa saja yang telah Engkau tetapkan.

فَŰ„ِنَّكَ ŰȘَقْ۶ِيْ وَÙ„Ű§َ يُقْ۶َى Űčَلَيْكَ,
FAINNAKA TAQDHI WALA YUQDLO ‘ALAIK
kerana sesungguhnya Engkaulah yang menghukumi dan tidak dihukumi.

وَŰ„ِنَّهُ Ù„Ű§َ يَŰ°ِلُّ مَنْ وَŰ§Ù„َيْŰȘَ,
WAINNAHU LAA YADZILLU MAN WAALAIT
dan sesunguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau tolong.

ŰȘَŰšَۧ۱َكْŰȘَ ۱َŰšَّنَۧ وَŰȘَŰčَŰ§Ù„َيْŰȘَ
TABAAROKTA ROBBANAA WATA’ALAIT
maka Maha Agunglah Engkau dan Maha luhurlah Engkau.

وَŰ”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ْۧÙ„Ű§ُمِّيِّ وَŰčَلَى ŰąÙ„ِهِ وَŰ”َŰ­ْŰšِهِ وَŰłَلَّمَ
WA SHOLLALLOHU ‘ALAN NABI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WASSALAM
dan semoga Allah tetap mencurahkan keselamatan dan kesejahteraan pada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Ű±ÙˆŰ§Ù‡ ŰŁŰšÙˆ ŰŻŰ§ÙˆŰŻ ÙˆŰ§Ù„Ù†ŰłŰ§ŰŠÙ‰
(Hadis Riwayat An-Nasa’i dan Abu Dawud)

Semoga bacaan doa qunut ini boleh membantu kita dalam menjalankan ibadah Solat subuh. Solat adalah perkara utama yang akan di lihat oleh Allah SWT jika solatnya di terima maka barulah amalan-amalannya yang lain akan diterima, tetapi jika solatnya di tolak maka semua amalannya yang lain akan ditolak. Solat yang sempurna adalah solat yang dapat mencegah pelakunya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Firman Allah SWT maksudnya :"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut ayat 45)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita hayati dan memahami maksud yang terkandung di dalam doa qunut, doa yang kita baca semasa solat subuh selepas rukuk dalam rekaat kedua. Doa yang sungguh besar hikmah dan kebaikannya jika kita benar-benar menghayatinya. Wauallahualam.


Friday, August 31, 2012

Amalan Mengadakan Majlis Rumah Terbuka Di Pandang Mulia Di Sisi Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Di dalam kita menyambut dan meraikan hari lebaran Eidul Fitri di bulan Syawwal maka kita akan bertemu umat Islam yang berkemampuan berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka (open house). Samaada hartawan, ahli politik, ahli perniagaan, Jabatan kerajaan, syarikat swasta dan tidak terkecuali juga guru-guru dan individu-individu yang berkemampuan akan mengadakan rumah terbuka dan menjemput saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga dan anak-anak yatim untuk menghadiri jamuan yang disediakan.

Amalan mengadakan majlis rumah terbuka yang diamalkan dalam masyarakat kita pada hari ini merupakan satu perkara baik yang wajar dipraktikkan bagi golongan yang berkemampuan. Amalan mulia ini, meskipun bukanlah satu syariat yang diwajibkan oleh Islam sempena Eidul Fitri, namun jika ianya dilakukan menurut garis panduan umum syarak, maka insya Allah ia boleh jadi satu ibadah yang menguntungkan pelakunya di akhirat kelak.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan dalam penganjuran majlis rumah terbuka ialah dari segi undangan tetamu yang hadir. Sewajarnya penganjur menjemput tetamunya yang terdiri daripada pelbagai peringkat atau taraf hidup, sama ada yang kaya, sederhana atau yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim.
 
Penganjur tidak boleh mengutamakan tetamu terhormat sahaja sedangkan golongan miskin atau berpendapatan rendah dipinggirkan. Hal ini dapat dikiaskan dengan penganjuran majlis walimah urus (undangan majlis kenduri kerana pernikahan). 
 
Rasulullah SAW melarang kita meminggirkan golongan kurang berkemampuan dalam majlis jamuan makan. Sewajarnya, golongan inilah yang diberi keutamaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya).” (Hadis Riwayat Bukhari).
 
Sahabat yang dimuliakan, Jika dilihat dari sudut yang positif, majlis rumah terbuka menyediakan ruang yang luas bagi umat Islam untuk melakukan amalan yang dituntut oleh Islam. Amalan ziarah-menziarahi, menghubungkan tali silaturrahim sesama insan, bermaaf-maafan, dan menjamu para tetamu yang hadir, kesemuanya ini merupakan amalan yang dianjurkan oleh Islam. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya muslim apabila menziarahi saudara muslimnya, maka dia sentiasa dalam khurfah syurga sehingga dia pulang”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu khurfah syurga?”. Jawab Baginda: “Memetik buahnya (dari syurga)”. (Hadis Riwayat Muslim).

Menjamu para tetamu dengan makanan yang terbaik merupakan amalan para Rasul. Hal ini sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran ketika menceritakan perihal Nabi Ibrahim yang memuliakan tetamu yang bertandang ke rumahnya. 


Firman Allah yang bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati) : “Mereka ini orang-orang yang tidak dikenali.” Kemudian dia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah al-Dzariyat, ayat 24-27).


Amalan yang  dituntut dalam Islam adalah menghubungkan silaturahim , ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama saudara muslim dan peluang yang ada ini di gunakan sebaik mungkin untuk bertaaruf, berkasih sayanag dan bertukar-tukar fikiran. Cara ini juga cara terbaik untuk mengumpulkan saudara mara jauh dan dekat untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan ikatan kekeluargaan.

Sahabat yang dihormati,
Penganjuran majlis rumah terbuka juga memberi peluang kepada umat Islam untuk mempamerkan keindahan Islam yang menggalakkan setiap umatnya menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam. Islam tidak pernah melarang kita menjemput masyarakat bukan Islam untuk hadir ke majlis umat Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan mereka. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah ayat 8).

Namun, dalam mengadakan majlis rumah terbuka ini, kita wajib menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang secara jelas dilarang oleh Allah SWT. Antaranya, janganlah majlis itu diadakan dengan tujuan untuk bermegah-megah dan bangga diri. Berlebih-lebihan dalam sambutan atau menunjuk-nunjuk dalam penganjuran keraian sehingga menjadi beban kepada diri sendiri dan keluarga adalah dilarang oleh Islam.

Selain itu, penganjur juga perlu bijak dalam menguruskan majlis agar tidak berlaku pembaziran. Pembaziran adalah perkara yang dilarang oleh Allah SWT. 


Firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Israk ayat 26-27).

Majlis rumah terbuka juga mesti dijauhkan daripada menjadi medan pergaulan bebas antara para tetamu yang bukan mahramnya. Pergaulan bebas serta percampuran secara melampau antara lelaki dan perempuan boleh mengundang majlis yang asalnya untuk mendapat rahmat Allah SWT, boleh bertukar menjadi majlis yang mengundang kemurkaan Allah SWT. 


Golongan wanita terutamanya, sama ada tuan rumah mahupun tetamu majlis rumah terbuka, wajib menjaga aurat mereka, sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada... (mahram mereka)...” (Surah al-Nur ayat 31).

Begitu juga dengan selingan hiburan di majlis rumah terbuka biarlah hiburan yang sopan dan tidak melalaikan, umpamanya nanyian nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan lagu-lagu Aidilfitri menceritakan kemerian dan bersyukur dengan kedatangan Aidilfitri tidak di larang oleh Islam. Islam tidak sekali-kali menghalang umatnya untuk bergembira, selagi mana ia tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan syarak. 


Islam itu agama fitrah yang tidak sekali-kali bersifat jumud dan asing daripada fitrah manusia. Keharusan untuk bergembira di hari raya mencerminkan keindahan Islam di mata orang lain. Rasulullah SAW pernah menjelaskan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Dalam keadaan lain, Saidatina ‘Aishah berkata: “Rasulullah masuk ke rumahku (pada hari raya), dan ketika itu aku bersama dua budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu’ats. Baginda terus berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya. Ketika Abu Bakar masuk ke rumahku, dia memarahiku dan berkata: “Pada pandangan Rasulullah, (nyanyian) itu adalah seruling syaitan.” Mendengar kata-kata itu maka Rasulullah menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: “Biarkanlah mereka.” (Hadis riwayat Bukhari). 


Namun begitu perlu difahami bahawa muzik atau nyanyian yang melalaikan dan terdedah aurat adalah dilarang.

Sahabat yang dikasihi,

Di dalam kita sebuk menghadiri undangan untuk hadir dirumah terbuka janganlah pula kita tinggalkan amalan sunat yang sangat di tuntut dalam Islam iaitu puasa sunat enam hari di bulan Syawwal. Besar ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT bagi mereka yang berjaya menunaikan ibadah puasa sebulan Ramadan dan ditambah dengan berpuasa selama enam hari di bulan Syawwal. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawwal, pahalanya seperti puasa setahun”. (Hadis Riwayat Muslim).


Kalian perlulah bijak membahagikan masa supaya ibadah sunat yang sangat di tuntut ini tidak dibiarkan berlalu dan gagal dilaksanakan di bulan Syawal ini dan pada masa yang sama tidak pula mengecewakan tuan rumah yang menjemput kalian di rumah terbuka yang di adakan olehnya.

Sekiranya, kita dijemput untuk menghadiri majlis makan seperti majlis rumah terbuka ini, seeloknya kita tidak berpuasa sunat pada ketika itu. Hal ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Sa’id al-Khudri, yang bermaksud: “Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah SAW. Maka Baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah SAW pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian Baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti (jika mahu).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi).

Berdasarkan hadis ini, jelas kepada kita bahawa pelaksanaan ibadah sunat itu perlu dilakukan dengan ilmu, dan bukan dengan penilaian sendiri, agar ibadah tersebut menepati keutamaan yang digariskan oleh Islam.



Kesimpulan yang boleh kita rumuskan bahawa penganjuran majlis rumah terbuka sepertimana yang telah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia , Indonesia dan Singapura adalah satu amalan yang baik dan wajar diteruskan. Namun, seperti yang telah di jelaskan, ianya perlu dilakukan dengan mengambil kira beberapa perkara, agar penganjuran majlis ini diberkati oleh Allah SWT kerana menepati ketetapan syarak, serta jauh daripada perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Semoga dengan penganjuran majlis ini, silaturrahim umat Islam makin utuh, dan perkara inilah yang menjadi ciri-ciri orang yang beriman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Thursday, August 30, 2012

Bertaubat Dan Beristighfar Setiap Hari Kepada Allah SWT Adalah Amalan Nabi SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Beristighfar dan bertaubat dan di ikuti dengan bertasbih dan berzikir setiap pagi dan petang kepada Allah SWT adalah amalan soleh yang di sukai oleh Allah SWT.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

مَنْ Űčَمِلَ ŰłَيِّŰŠَŰ©ً فَÙ„Ű§ يُŰŹْŰČَى Ű„ِÙ„Ű§ مِŰ«ْلَهَۧ وَمَنْ Űčَمِلَ Ű”َŰ§Ù„ِŰ­ًۧ مِنْ Ű°َكَ۱ٍ ŰŁَوْ ŰŁُنْŰ«َى وَهُوَ مُŰ€ْمِنٌ فَŰŁُولَŰŠِكَ يَŰŻْŰźُلُونَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ يُ۱ْŰČَقُونَ فِيهَۧ ŰšِŰșَيْ۱ِ Ű­ِŰłٍَۧۚ

Maksudnya : “Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu di waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Mukmiin, (40) ayat 55)

Di ayat yang lain firman-Nya lagi :

لِلَّŰ°ِينَ ۧŰȘَّقَوْۧ ŰčِنْŰŻَ ۱َŰšِّهِمْ ŰŹَنَّۧŰȘٌ ŰȘَŰŹْ۱ِي مِنْ ŰȘَŰ­ْŰȘِهَۧ Ű§Ù„ŰŁÙ†ْهَۧ۱ُ ŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ فِيهَۧ وَŰŁَŰČْوَۧۏٌ مُŰ·َهَّ۱َŰ©ٌ وَ۱ِ۶ْوَŰ§Ù†ٌ مِنَ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰ§Ù„Ù„َّهُ ŰšَŰ”ِÙŠŰ±ٌ ŰšِŰ§Ù„ْŰčِŰšَۧۯِ (ÙĄÙ„)Ű§Ù„َّŰ°ِينَ يَقُولُونَ ۱َŰšَّنَۧ Ű„ِنَّنَۧ ŰąÙ…َنَّۧ فَۧŰșْفِ۱ْ لَنَۧ Ű°ُنُÙˆŰšَنَۧ وَقِنَۧ ŰčَŰ°ََۧۚ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ (ÙĄÙŠ)Ű§Ù„Ű”َِّۧۚ۱ِينَ وَŰ§Ù„Ű”َّۧۯِقِينَ وَŰ§Ù„ْقَŰ§Ù†ِŰȘِينَ وَŰ§Ù„ْمُنْفِقِينَ وَŰ§Ù„ْمُŰłْŰȘَŰșْفِ۱ِينَ ŰšِŰ§Ù„ŰŁŰłْŰ­َۧ۱ِ

Maksudnya : “Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), di sisi Rabb mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat para hamba-Nya. Iaitu orang-orang yang berdoa, “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” Iaitu orang-orang yang sabar, yang tetap taat, yang mengeluarkan sedekah, dan yang memohon keampunan di waktu sahur.” (Surah Ali ‘Imran, (3) ayat 15-17)

Dalam ayat yang lain, firman Allah SWT :

وَمَنْ يَŰčْمَلْ ŰłُÙˆŰĄًۧ ŰŁَوْ يَŰžْلِمْ نَفْŰłَهُ Ű«ُمَّ يَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ِ Ű§Ù„Ù„َّهَ يَŰŹِŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰșَفُÙˆŰ±ًۧ ۱َŰ­ِيمًۧ

Maksudnya : “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya lalu kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ (4) ayat 110)

Demikian juga sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam, baginda bukan sahaja mengajak agar kita sentiasa beristighfar dan bertaubat, malah baginda sendiri telah menunjukkan contohnya dengan sebaik-baik contoh. Baginda mengajar kita agar beristighfar dalam banyak keadaan dan hampir setiap keadaan. Seperti ketika tersedar dari melakukan dosa, ketika menutup majlis, ketika waktu pagi dan petang, ketika hendak mengakhiri solat, ketika sebaik selesai solat, ketika di dalam solat, ketika sebaik selesai berwuduk, dan banyak lagi.

Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

وَŰ§Ù„Ù„َّهِ Ű„ِنِّي لَŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهَ وَŰŁَŰȘُÙˆŰšُ Ű„ِلَيْهِ فِي Ű§Ù„ÙŠَوْمِ ŰŁَكْŰ«َ۱َ مِنْ ŰłَŰšْŰčِينَ مَ۱َّŰ©ً

Maksudnya : “Demi Allah, aku benar-benar beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam satu hari lebih banyak dari tujuh puluh kali.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, bab: Istighfar Nabi di siang dan malam hari, no. 6307)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

Ű„ِنَّهُ لَيُŰșَŰ§Ù†ُ Űčَلَى قَلْŰšِي، وَŰ„ِنِّي لَŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ، فِي Ű§Ù„ْيَوْمِ مِۧۊَŰ©َ مَ۱َّŰ©ٍ

Maksudnya : “Sesungguhnya aku dicukupkan atas hatiku dan aku beristighfar kepada Allah sehari seratus kali.” (Hadis Riwayat Muslim, bab: anjuran beristighfar, no. 2702)

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW mengajarkan kita bacaan atau zikir-zikir untuk kita beristighfar kepada Allah SWT sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis sahih.

Amalan-amalan istighfar Nabi SAW adalah seperti berikut :

Pertama : Abu Barzah al-Aslami radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ، يَقُولُ: ŰšِŰŁَŰźَ۱َŰ©ٍ Ű„ِŰ°َۧ ŰŁَ۱َۧۯَ ŰŁَنْ يَقُومَ مِنَ Ű§Ù„ْمَŰŹْلِŰłِ: ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َكَ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ وَŰšِŰ­َمْŰŻِكَ، ŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ، ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُكَ وَŰŁَŰȘُÙˆŰšُ Ű„ِلَيْكَ» فَقَŰ§Ù„َ ۱َŰŹُلٌ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ، Ű„ِنَّكَ لَŰȘَقُولُ قَوْلًۧ مَۧ كُنْŰȘَ ŰȘَقُولُهُ فِيمَۧ مَ۶َى، فَقَŰ§Ù„َ: «Ùƒَفَّۧ۱َŰ©ٌ لِمَۧ يَكُونُ فِي Ű§Ù„ْمَŰŹْلِŰłِ

“Bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam beliau berkata (berdoa) ketika di akhir hendak bangun (menutup) majlis (dengan doa):

ŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َكَ Ű§Ù„Ù„َّهُمَّ وَŰšِŰ­َمْŰŻِكَ، ŰŁَŰŽْهَŰŻُ ŰŁَنْ لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ، ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُكَ وَŰŁَŰȘُÙˆŰšُ Ű„ِلَيْكَ»

Maksudnya : “Maha Suci Engkau Ya Allah, dan segala puji bagi-Mu, aku mengakui bahawa tiada Ilah selain Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.”

Seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau mengucapkan satu ucapan yang tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini?”

Maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pun bersabda, “Itu adalah sebagai penebus dosa yang terjadi sepanjang dalam majlis.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4857. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Kedua : Ketika solat malam setelah tasyahhud akhir sebelum salam, baginda berdoa :

Ű§Ù„Ù„Ù‡ُمَّ ۧŰșْفِ۱ْ لِي مَۧ قَŰŻَّمْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰźَّ۱ْŰȘُ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َ۱ْŰȘُ وَمَۧ ŰŁَŰčْلَنْŰȘُ، وَمَۧ ŰŁَŰłْ۱َفْŰȘُ، وَمَۧ ŰŁَنْŰȘَ ŰŁَŰčْلَمُ Űšِهِ مِنِّي، ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُقَŰŻِّمُ وَŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ْمُŰ€َŰźِّ۱ُ، لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْŰȘَ

“Ya Allah ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang tampak, yang aku lakukan secara berlebihan serta yang Engkau lebih mengetahui daripadaku sendiri, Engkau yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, tiada Ilah melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Muslim, bab : Doa dalam solat malam, no. 771)

Ketiga : Tsauban radhiyallahu ‘anhu menjelaskan cara Nabi SAW beristighfar setelah solat fardu:

كَŰ§Ù†َ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ، Ű„ِŰ°َۧ Ű§Ù†ْŰ”َ۱َفَ مِنْ Ű”َلَۧŰȘِهِ ۧ۳ْŰȘَŰșْفَ۱َ Ű«َلًَۧ۫ۧ وَقَŰ§Ù„َ: Ű§Ù„Ù„Ù‡ُمَّ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ŰłَّلَŰ§Ù…ُ وَمِنْكَ Ű§Ù„ŰłَّلَŰ§Ù…ُ، ŰȘَŰšَۧ۱َكْŰȘَ Ű°َۧ Ű§Ù„ْŰŹَلَŰ§Ù„ِ وَŰ§Ù„ْŰ„ِكْ۱َŰ§Ù…ِ قَŰ§Ù„َ Ű§Ù„ْوَلِÙŠŰŻُ: فَقُلْŰȘُ لِلْŰŁَوْŰČَۧŰčِيِّ: كَيْفَ Ű§Ù„ْۧ۳ْŰȘِŰșْفَۧ۱ُ؟ قَŰ§Ù„َ: ŰȘَقُولُ: ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ، ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila selesai bersolat, baginda beristighfar tiga kali, kemudian mengucapkan:

Ű§Ù„Ù„Ù‡ُمَّ ŰŁَنْŰȘَ Ű§Ù„ŰłَّلَŰ§Ù…ُ وَمِنْكَ Ű§Ù„ŰłَّلَŰ§Ù…ُ، ŰȘَŰšَۧ۱َكْŰȘَ Ű°َۧ Ű§Ù„ْŰŹَلَŰ§Ù„ِ وَŰ§Ù„ْŰ„ِكْ۱َŰ§Ù…ِ

“Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada Engkau asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.”

Keempat : Al-Waliid (salah seorang perawi, murid al-Auzaa’i) bertanya kepada al-Auzaa’i, “Bagaimana cara beristighfar yang dimaksudkan?”

Al-Auzaa’i menjawab:

ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهَ

(Dengan mengucapkan) : “Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah), astaghfirullah…”.” (Hadis Riwayat Muslim, bab: Anjuran berdzikir setelah solat, no. 591)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ قَŰ§Ù„َ: ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű§Ù„َّŰ°ِي لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيَّ Ű§Ù„ْقَيُّومَ، وَŰŁَŰȘُÙˆŰšُ Ű„ِلَيْهِ، Űșُفِ۱َ لَهُ، وَŰ„ِنْ كَŰ§Ù†َ قَŰŻْ فَ۱َّ مِنَ Ű§Ù„ŰČَّŰ­ْفِ

“Sesiapa mengucapkan: “

ŰŁَŰłْŰȘَŰșْفِ۱ُ Ű§Ù„Ù„َّهَ Ű§Ù„َّŰ°ِي لَۧ Ű„ِلَهَ Ű„ِلَّۧ هُوَ Ű§Ù„ْŰ­َيَّ Ű§Ù„ْقَيُّومَ، وَŰŁَŰȘُÙˆŰšُ Ű„ِلَيْهِ

Maksudnya : "Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Ilah melainkan Dia, yang terus-menerus mengurus makhluk-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya” Nescaya dosa-dosanya diampuni walaupun dia telah lari dari peperangan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, bab: al-Istighfar, no. 1517)

Walau bagaimanapun, istighfar dan taubat tidak cukup hanya dengan lisan, ia perlu diiringi dengan tekad yang kuat dan dizahirkan melalui amal perbuatan dan kebaikan. Istighfar dan taubat yang hanya semata-mata di lisan, maka takut-takut ia termasuk istighfar dan taubatnya para pendusta. Ini sebagaimana kata imam Fudhail B. ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H):
ۧ۳ŰȘŰșÙŰ§Ű±ٌ ŰšÙ„Ű§ Ű„Ù‚Ù„Ű§Űč ŰȘÙˆŰšŰ©ُ Ű§Ù„ÙƒŰ°ّŰ§ŰšÙŠÙ†

“Istighfar (mohon keampunan) tanpa melepaskan diri (dari kemaksiatan) adalah taubatnya para pendusta.” (an-Nawawi, al-Adzkar, m/s. 703; Tahqiq ‘Amir ‘Ali Yasin – Daar Ibn Khuzaimah)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

“Para ulama mazhab kami dan selain mereka mengatakan, taubat itu memiliki 3 syarat; iaitu meninggalkan maksiat, menyesalinya, dan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat tersebut untuk selama-lamanya.

Apabila maksiat tersebut berkaitan dengan hak sesama manusia, maka ditambah dengan satu syarat lagi, iaitu mengembalikan apa yang diambilnya kepada pemiliknya, atau mendapatkan pelepasan dari segala apa yang dituntutnya.

Taubat adalah merupakan sendi (atau tiang) agama Islam yang paling penting, dan ia adalah langkah awal bagi yang berhajat kepada jalan akhirat.” (Syarah Shahih Muslim, 17/25)

Kelima : Perbanyakan membaca penghulu istighfar :

 
ŰšِŰłْمِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ
َۧللَّهُمَّ ŰŁَنْŰȘَ ۱َŰšِّى Ù„Ű§َ ِۧلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŁَنْŰȘَ ŰźَلَقْŰȘَنِى وَŰŁَنَۧ ŰčَŰšْŰŻُكَ وَŰŁَنَۧ Űčَلَى ŰčَهْŰŻِكَ وَوَŰčْŰŻِكَ مَۧ ۧ۳ْŰȘَŰ·َŰčْŰȘُ ، ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُŰšِكَ مِنْ ŰŽَ۱ِّ مَۧ Ű”َنَŰčْŰȘُ ŰŁَŰšُÙˆŰĄُ لَكَ ŰšِنِŰčْمَŰȘِكَ Űčَلَيَّ وَŰŁَŰšُÙˆŰĄُ ŰšِŰ°َنْŰšِى فَۧŰșْفِ۱ْ لِى فَŰ„ِنَّهُ Ù„Ű§َ يَŰșفِ۱ُ Ű§Ù„Ű°ُّنُÙˆŰšَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŁَنْŰȘَ.

Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaaha Illa Anta, Kholaqtani wa ana abduKa, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, Audzubika min syarri maa shona’tu, Abu’u laka bi ni’matiKa ‘alaiyya wa abu’u laKa bidzanbi faghfirlii fainnahu laa yaghfiru dzunuuba illa Anta.
Dan bacaan istigfar yang paling sempurna adalah sebagaimana yang terdapat dalam sahih
Bukhari dari Syaddad bin Aus r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Penghulu istigfar adalah apabila engkau mengucapkan : 
"Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau." (Hadis Riwayat Bukhari )

Sesiapa yang mengucapkannya Penghulu Istighfar (Sayyidul Istighfar) pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari ).

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

Hadis Sayyidul Istighfar ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam hadits ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat-sangat memerlukan bantuan Allah. Sehingga bacaan zikir ini melebihi bacaan istighfar lainnya kerana keutamaan yang dimilikinya.

Nabi SAW mengajar kita doa-doa dan keagungan istighfar. Betapa besar dan banyak buahnya! Di antaranya ia mampu menjadi penyebab dibukanya pintu rezeki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Orang mukmin sentiasa berdoa dan bermunajat : : "Ya Allah, jadikanlah kami termasuk hamba-hamba-Mu yang pandai beristighfar. Jadikanlah kami termasuk orang-orang yang memiliki sifat taubat dan sentiasa beristighfar. Dan kurniakanlah kepada kami buahnya, di dunia mahupun di akhirat. Dan mudahkanlah bagi kami rezeki-rezeki kami, lancarkanlah urusan-urusan kami, serta peliharalah kami. Sesungguhnya Engkau Maha memperkenankan doa, wahai Zat yang Memiliki ke-Agungan dan ke-Muliaan. Ameen."

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sentiasa basahkan lidah dengan berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT setiap masa dan ketika, samaada kita sebuk atau ada masa lapang. Jangan biarkan masa berlalu tanpa di isi dengan  amal soleh dan amal yang bermanfaat. Ingatlah setiap ucapan yang baik memuji Allah SWT, berdoa dan memohon keampunan merupakan saham dan simpanan harta kita di akhirat nanti kerana kita tidak tahu adakah amalan kebaikan yang kita bawa bersama nanti mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah SWT dan menjadi berat dalam timbangan amal kebaikan di Mizan.

Orang mukmin yang bertakwa tidak akan merasa puas dengan amal kebaikan dan merasakan masa yang ada terlalu sedikit untuk beramal soleh, sedangkan orang fasik atau ahli dunia sentiasa sebuk mengumpul harta dan tidak memikirkan bagaimana nasib dan keadaannya nanti di hari perhitungan (hari akhirat).


Wednesday, August 29, 2012

Perbahasan Undang-undang Jenayah Islam Siri Kedua. (Kesalahan Zina)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dalam perbahasan undang-undang jenayah Islam siri kedua ini kita akan memberi tumpuan kepada kesalahan-kesalahan hudud. Di dalam kesalahan yang melibatkan hukum hudud ianya terdiri daripada 7 kesalahan sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Ianya adalah kesalahan-kesalahan yang berat yang mana setiap penjenayah bagi kesalahan tersebut wajib di jatuhkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT jika sabit kesalahan sebagai menjaga dan memelihara hak Allah SWT dan kepentingan masyarakat umum.

Secara umumnya 7 kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan hudud iaitu :

Pertama:  Kesalahan Zina.

Kedua :     Kesalahan Menuduh Zina.

Ketiga :     Kesalahan Minum Arak.

Keempat: Kesalahan Mencuri.

Kelima :   Kesalahan Merompak/ Menyamun.

Keenam : Kesalahan Murtad.

Ketujuh :  Kesalahan Penderhakaan.

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT berfirman maksudnya : " Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan yang lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan  (alasan)  yang benar, dan tidak berzina dan barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat.". (Surah al Furqaan ayat 68)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.”
(Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Zina adalah perbuatan dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT. Perbuatan zina boleh merosakkan keturunan dan mendatangkan pergaduhan dan permusuhan sesama umat Islam.
Untuk perbincangan kali ini kita memberi tumpuan dalam huraian mengenai kesalahan pertama iaitu "Kesalahan Zina"


Pertama:  Kesalahan Zina.

Zina adalah kesalahan hudud pertama yang akan di laksanakan kepada pesalah perbuatan zina. Zina membawa pengertian sebagai ; "Suatu hubungan jenis atau hubungan seks yang dilakukan antara lelaki dengan perempuan secara haram atau tidak sah dari sudut syarak."

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al-Israk (17) ayat 32)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud : "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah (rotan) tiap-tiap seorang dari keduanya seratus sebatan." 
(Surah An-Nur (24) ayat 2)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Ambillah peraturan dariku, ambillah peraturan dariku. Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan jalan untuk mereka, teruna dan dara yang berzina hukumannya di sebat seratus kali dan dibuang negeri setahun dan yang sudah berkahwin hukumannya disebat seratus kali dan direjam." (Hadis Riwayat Muslim)

Saidina Umar sebagimana yang terdapat di dalam sahih Bukhari dan Muslim menyebut :

"Sesungguhnya Allah telah membangkitkan Muhammad SAW secara benar dan diturunkan kepadanya al-Quran, dan antara yang telah di turunkan kepadanya adalah ayat berkenaan hukum rejam, maka kami (sahabat) telah membacanya, menyedarinya dan memikirkannya, maka Rasul sendiri telah merejam (penzina) dan kami juga merejamnya selepas itu, maka aku bimbang sekiranya berlalu zaman, akan timbul mereka yang berkata : "Kami tidak dapati hukum rejam di dalam Kitab Allah", maka jadilah mereka sesat dengan meninggalkan kefarduan yang diturunkan Allah, sesungguhnya rejam adalah haq dalam Kitab Allah (di kenakan) bagi penzina muhsan (sudah berkahwin)  dari kalangan lelaki dan perempuan." 
(Hadis Riwayat Bukhari no.6829. Kitab al-Hudud dan juga bab-bab lain. Muslim hadis no.4394, Abu Daud  hadis no. 4418, Tirmidzi hadis no. 1432, Ibnu Majah hadis no. 2553)

Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa jenayah zina mempunyai dua unsur penting iaitu :

1. Unsur fizikal iaitu perbuatan persetubuhan haram.

Bermaksud ialah  perlakuan persetubuhan haram yang dilakukan oleh penzina samaada lelaki atau perempuan iaitu dengan memasukkan hasyafah (kepala zakar lelaki) kedalam faraj perempuan yang mana dengan perbuatan tersebut membolehkan penzina lelaki dan perempuan dikenakan hukuman hadd (hudud).

Maka dengan ini, segala bentuk perlakuan atau perbuatan lain antara lelaki dan perempuan seperti bercium, berpeluk, berkhalwat atau tidur bersama di atas satu katil di antara lelaki dan perempuan tidak dianggap sebagai kesalahan zina, sebaliknya merupakan satu perbuatan maksiat yang boleh dikenakan hukuman takzir.

2. Unsur moral iaitu niat jahat atau sengaja melakukan persetubuhan haram tersebut.

Darisegi moral pula, lelaki dan perempuan yang melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan sedar dan tahu bahawa perbuatan zina adalah perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Dalam hal ini, kejahilan tentang hukum agama tidak boleh di jadikan alasan bagi seseorang yang mengaku sebagai seorang muslim.

Syarat-syarat seseorang itu boleh disabitkan kesalahan zina :

Mengikut pendapat Jumhur Ulama hukuman zina dapat di jatuhkan atau disabitkan kepada pesalah zina dengan salah satu daripada 2 perkara iaitu :

1.Saksi.

2. Ikrar / Pengakuan daripada penzina.

Huraiannya :

1. Saksi .

Dalam Islam saksi mestilah terdiri daripada 4 orang  lelaki yang adil.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu maka carilah 4 orang saksi (lelaki) di antara kamu yang menyaksikan perbuatan mereka itu." (Surah an-Nisaa (4) ayat 15)

Saksi-saksi tersebut mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :

1. 4 orang lelaki (tertolak penyaksian daripada saksi perempuan)

2. Baligh

3. Berakal

4. Adil

5. Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.

6. Islam 

7. Melihat sebenar-benarnya perzinahan tersebut berlaku dan dapat menerangkan secara terperinci bagaimana perbuatan zina itu berlaku.

Bagaimana hukuman jika bilangan saksi kurang daripada 4 orang?

Dalam hal ini, setiap kesalahan zina yang hendak dipertuduhkan kepada seseorang, tetapi tidak mempunyai bilangan saksi yang mencukupi iaitu 4 orang saksi lelaki, maka hukumannya : Tidak sah untuk disabitkan kesalaahn zina tersebut, bahkan saksi-saksi tersebut wajib dikenakan hukuman qazab (lihat surah an-Nisaa ayat 15)

2. Ikrar / Pengakuan daripada penzina.

Hukuman hudud boleh disabitkan terhadap seseorang penzina yang membuat pengakuan bahawa ianya berzina walaupun tanpa saksi dengan menepati syarat-syarat berikut :

1. Pengakuan tersebut mestilah di buat di hadapan hakim/ wakil hakim.

2. Pengakuan tersebut mestilah daripada orang dewasa yang waras / siuman.

3. Pengakuan tersebut dibuat secara lisan kecuali bagi orang-orang yang bisu.

4. Pengakuan tersebut dibuat dengan terang, jelas, tanpa menimbulkan sebarang keraguan.

5. Pihak yang membuat pengakuan memahami sebarang bentuk implikasi dan kesan terhadap pengakuannya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga akidah kita supaya kita tidak pertikaikan hukum-hukum Allah SWT iaitu hukum hudud yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. 

Seorang muslim yang mengatakan bahawa hukum hudud zalim atau tidak sesuai dilaksanakan di dalam masyarakat majmuk akan jatuh kepada murtad dan terkeluar daripada Islam kerana hukum ini bukannya hukum ciptaan manusia tetapi hukum ini jelas terdapat di dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih. 

Siapa kita yang cuba merendah-rendahkan dan mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT?

Tidak salah jika kita berkata hukum hudud sesuai dan wajib di laksanakan dalam masyarakat Islam tetapi ianya perlu kepada masa dalam perlaksanaannya. Perlaksanaannya perlu kepada peringkat demi peringkat dan perlu kajian yang mendalam dan pendedahan yang menyeluruh dalam masyarakat Islam sebelum dilaksanakan.

Setiap golongan dalam masyarakat samaada ulama, cendikiawan Islam, pemimpin negara, Jemaah Islam , NGO Islam, Pertubuhan Dakwah perlulah proaktif dalam memberi penerangan kepada masyarakat umum samaada umat Islam atau bukan Islam tentang kebaikan dan kesempurnaan hukum hudud yang terdapat dalam ajaran Islam. 

Sebenarnya pemimpin bukan Islam yang memandang negatif terhadap hukum hudud adalah disebabkan kejahilan mereka memahami kebaikan dan kekuatan hukum-hukum Islam berbanding hukum-hukum ciptaan manusia maka tanggungjawab kitalah untuk menjelaskan secara lengkap dan sempurna. 

Orang mukmin perlu sentiasa meyakini bahawa hukum terbaik untuk manusia adalah hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah SWT iaitu hukum hudud dan hukum qisas . Tidak akan sempurna akidah seseorang muslim itu apabila hatinya ada keraguan terhadap hukum-hukum Allah SWT. Oleh itu marilah sama-sama kita jaga iman dan akidah kita supaya sentiasa sempurna dan tidak terdapat kecacatannya. Tidak ada bezanya apabila kita yakin kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji dengan kewajipan melaksanakan hukum hudud, qisas dan takzir dalam perlaksanaan undang-undang jenayah Islam.


(Rujukan : Kitab Fiqh Al-Jinayah - Perbahasan Undang-undang Jenayah Islam oleh Ustaz Mohd Rafizal Zulkifli Al Yamani)

Tuesday, August 28, 2012

Hayati Dan Laksanakan 17 Amalan Soleh Untuk Bekalan Di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT adalah dengan melakukan sebanyak mungkin amal-amal soleh di dunia ini. Melaksanakan amal soleh dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT bukan sahaja akan mendapat ganjaran pahala tetapi ianya juga sebagai penghapusan dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Manusia mesti melakukan dosa dan pasti memerlukan keampunan Allah SWT. Oleh kerana itu Allah memberikan keutamaan dan kemurahan kepada hambaNya dengan mensyariatkan amalan-amalan yang dapat menghapus dosa disamping bertaubat. Sebagiannya dijelaskan dalam Al Quran dan sebahagian lagi dalam Sunnah Rasulullah SAW.

Diantaranya amal-amal soleh tersebut adalah seperti berikut :

1. Menyempurnakan wuduk dan berjalan ke masjid.


Sebagaimana disampaikan oleh Rasulullah SAW :

ŰŁَلَۧ ŰŁَŰŻُلُّكُمْ Űčَلَى مَۧ يَمْŰ­ُو Ű§Ù„Ù„َّهُ Űšِهِ Ű§Ù„ْŰźَŰ·َŰ§ÙŠَۧ وَيَ۱ْفَŰčُ Űšِهِ Ű§Ù„ŰŻَّ۱َŰŹَۧŰȘِ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ Űšَلَى يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ قَŰ§Ù„َ Ű„ِŰłْŰšَۧŰșُ Ű§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄِ Űčَلَى Ű§Ù„ْمَكَۧ۱ِهِ وَكَŰ«ْ۱َŰ©ُ Ű§Ù„ْŰźُŰ·َۧ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْمَŰłَۧۏِŰŻِ وَŰ§Ù†ْŰȘِŰžَۧ۱ُ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ ŰšَŰčْŰŻَ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ فَŰ°َلِكُمْ Ű§Ù„Ű±ِّŰšَۧ۷ُ

Maksudnya : “Mahukah kamu sekalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: 'Ya wahai Rasulullah'. Baginda bersabda: 'Menyempurnakan wuduk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah kemasjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath ( merapatkan hubungan dengan Allah SWT)". ” (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmidzi).

Juga dalam sabda Baginda yang lain:

Ű„ِŰ°َۧ ŰȘَوَ۶َّŰŁَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ فَŰŁَŰ­ْŰłَنَ Ű§Ù„ْوُ۶ُÙˆŰĄَ Ű«ُمَّ Űźَ۱َŰŹَ Ű„ِلَى Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩ِ لَۧ يُŰźْ۱ِŰŹُهُ ŰŁَوْ قَŰ§Ù„َ لَۧ يَنْهَŰČُهُ Ű„ِلَّۧ Ű„ِيَّŰ§Ù‡َۧ لَمْ يَŰźْŰ·ُ ŰźُŰ·ْوَŰ©ً Ű„ِلَّۧ ۱َفَŰčَهُ Ű§Ù„Ù„َّهُ Űšِهَۧ ŰŻَ۱َŰŹَŰ©ً ŰŁَوْ Ű­َŰ·َّ Űčَنْهُ Űšِهَۧ ŰźَŰ·ِÙŠŰŠَŰ©ً

“Jika seseorang berwudu lalu menyempurnakan wudunya kemudian berangkat solat dengan niat hanya untuk solat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu derajat dan hapus satu dosa” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

2. Puasa pada Hari Arafah dan Asyura :

Nabi SAW bersabda :

ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِيَّ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ Ű”ِيَŰ§Ù…ُ يَوْمِ Űčَ۱َفَŰ©َ Ű„ِنِّي ŰŁَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَنْ يُكَفِّ۱َ Ű§Ù„ŰłَّنَŰ©َ Ű§Ù„َّŰȘِي قَŰšْلَهُ وَŰ§Ù„ŰłَّنَŰ©َ Ű§Ù„َّŰȘِي ŰšَŰčْŰŻَهُ وَ Ű”ِيَŰ§Ù…ُ يَوْمِ ŰčَۧێُÙˆŰ±َۧۥَ Ű„ِنِّي ŰŁَŰ­ْŰȘَŰłِŰšُ Űčَلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŁَنْ يُكَفِّ۱َ Ű§Ù„ŰłَّنَŰ©َ Ű§Ù„َّŰȘِي قَŰšْلَهُ

Maksudnya : “Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus setahun yang sebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari Asyura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang telah lalu” (Hadis Riwayat At Tirmidzi dan di-sahih-kan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ no. 3853)

3. Solat Terawih di bulan Ramadan.

Dengan dalil sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

مَنْ قَŰ§Ù…َ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ Ű„ِيْمَŰ§Ù†ًۧ وَ ْۭۧŰȘِŰłًَۧۚۧ Űșفِ۱َ لَهُ مَۧ ŰȘَقَŰŻَّمَ مِنْ Ű°َنْŰšِهِ
Maksudnya :“Siapa yang menegakkan Ramadan (solat terawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu” (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘Alaihi)

4. Haji yang mabrur,

Nabi SAW bersabda :

مَنْ Ű­َŰŹَّ فَلَمْ يَ۱ْفُŰ«ْ وَ لَمْ يَفْŰłُقْ ۱َŰŹَŰčَ كَيَوْمِ وَلَŰŻَŰȘْهُ ŰŁُمُّهُ

Maksudnya : “Siapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan maka kembali seperti hari ibunya melahirkannya” (Hadis Riwayat Bukhari)

dan sabda baginda lagi:

Ű§Ù„ْŰ­َŰŹُّ Ű§Ù„ْمَŰšْ۱ُÙˆŰ±ُ لَيْŰłَ لَهُ ŰŹَŰČَۧۥٌ Ű„ِلَّۧ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ُ

Maksudnya : “Haji mabrur balasannya hanyalah syurga” (Hadis Riwayat Ahmad).

5. Memaafkan hutang orang yang sukar membayar.


Dengan dalil:

Űčَنْ Ű­ُŰ°َيْفَŰ©َ قَŰ§Ù„َ ŰŁُŰȘِيَ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰšِŰčَŰšْŰŻٍ مِنْ ŰčِŰšَۧۯِهِ ŰąŰȘَŰ§Ù‡ُ Ű§Ù„Ù„َّهُ مَŰ§Ù„ًۧ فَقَŰ§Ù„َ لَهُ مَۧ۰َۧ ŰčَمِلْŰȘَ فِي Ű§Ù„ŰŻُّنْيَۧ قَŰ§Ù„َ يَۧ ۱َŰšِّ ŰąŰȘَيْŰȘَنِي مَŰ§Ù„َكَ فَكُنْŰȘُ ŰŁُŰšَŰ§ÙŠِŰčُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ وَكَŰ§Ù†َ مِنْ Űźُلُقِي Ű§Ù„ْŰŹَوَۧŰČُ فَكُنْŰȘُ ŰŁَŰȘَيَŰłَّ۱ُ Űčَلَى Ű§Ù„ْمُÙˆŰłِ۱ِ وَŰŁُنْŰžِ۱ُ Ű§Ù„ْمُŰčْŰłِ۱َ فَقَŰ§Ù„َ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَنَۧ ŰŁَŰ­َقُّ ŰšِŰ°َۧ مِنْكَ ŰȘَŰŹَŰ§ÙˆَŰČُÙˆŰ§ Űčَنْ ŰčَŰšْŰŻِي

“Dari Hudzaifah beliau berkata Allah memanggil seorang hambaNya yang Allah kurniakan harta. Maka Allah berkata kepadanya: "Apa yang kamu kerjakan didunia?" Ia menjawab: "Wahai Rabb Kamu telah menganugerahkanku hartaMu lalu aku bermuamalah dengan orang-orang. Dan dahulu akhlakku adalah memaafkan, sehingga aku dahulu mempermudah orang yang mampu dan menunda pembayaran hutang orang yang sulit membayar. Maka Allah berfirman: "Aku lebih berhak darimu maka maafkanlah hambaKu ini” (Hadis Riwayat Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah SWT akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)

Untuk pemberi hutang pula jika orang yang berhutang dengannya tidak berkemampun untuk membayarnya maka berilah tempuh yang sewajarnya atau jika boleh halalkan saja itu lebih baik kerana ada hadis di riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SWT. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmidzi).

6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa,

Nabi SAW bersabda :

ۧŰȘَّقِ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű­َيْŰ«ُمَۧ كُنْŰȘَ وَŰŁَŰȘْŰšِŰčْ Ű§Ù„ŰłَّيِّŰŠَŰ©َ Ű§Ù„ْŰ­َŰłَنَŰ©َ ŰȘَمْŰ­ُهَۧ وَŰźَŰ§Ù„ِقِ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳َ ŰšِŰźُلُقٍ Ű­َŰłَنٍ

Maksudnya : “Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan akhlak yang mulia” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ahmad dan disahihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no. 97.)

7. Memberi salam dan berkata baik.
 
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ű„ِنَّ كِمْ كُوْŰŹِŰšَۧŰȘِ Ű§Ù„ْمَŰșْفِ۱َŰ©ِ ŰšَŰ°ْلُ Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمِ وَ Ű­ُŰłْنُ Ű§Ù„ْكَÙ„Ű§َمِ

Maksudnya : “Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik” (Hadis Riwayat Kharaithi dalam Makarim Al Akhlak dan di-sahih-kan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shahihah, no. 1035)

8. Sabar di atas musibah yang menimpa,
 
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„َّهَ ŰčَŰČَّ وَŰŹَلَّ يَقُولُ Ű„ِنِّي Ű„ِŰ°َۧ ْۧۚŰȘَلَيْŰȘُ ŰčَŰšْŰŻًۧ مِنْ ŰčِŰšَۧۯِي مُŰ€ْمِنًۧ فَŰ­َمِŰŻَنِي Űčَلَى مَۧ ْۧۚŰȘَلَيْŰȘُهُ فَŰ„ِنَّهُ يَقُومُ مِنْ مَ۶ْŰŹَŰčِهِ Ű°َلِكَ كَيَوْمِ وَلَŰŻَŰȘْهُ ŰŁُمُّهُ مِنْ Ű§Ù„ْŰźَŰ·َŰ§ÙŠَۧ

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman: "Sungguh Aku bila menguji seorang hambaKu yang mukmin, lalu ia memujiku atas ujian yang aku timpakan kepadanya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya tersebut bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya” (Hadis Riwayat Ahmad, dan dihasankan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no. 144).

9. Menjaga solat lima waktu dan solat Jumaat serta puasa Ramadan, dengan dalil sabda Rasulullah SAW:

Ű§Ù„Ű”Ù„ÙˆŰ§ŰȘ Ű§Ù„ŰźَمْŰłُ وَ Ű§Ù„ŰŹُمْŰčَŰ©ُ Ű„ِلَى Ű§Ù„ْŰŹُمْŰčَŰ©ِ وَ ۱َمَ۶َŰ§Ù† Ű„ِلَى ۱َمَ۶َŰ§Ù† مُكَفِّ۱َۧŰȘُ مَۧ Űšَينَهُمَۧ Ű„ِŰ°َۧ ۧۏْŰȘُنِŰšَŰȘِ Ű§Ù„ْكَŰšَۧۊِ۱ُ

“Solat lima waktu dan jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa diantara keduanya selama menjauhi dosa besar” (Hadis Riwayat Muslim)

10. Mengumandangkan azan.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُŰ€َŰ°ِّنَ يُŰșْفَ۱ُ لَهُ مَŰŻَى Ű”َوْŰȘِهِ

Maksudny : “Seorang Muazin diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya” (Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan Al Albani dalam Shahih AL Jaami’ no. 1929)

11. Solat Fardu lima waktu.

dengan dalil sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

ŰŁَ۱َŰŁَيْŰȘُمْ لَوْ ŰŁَنَّ نَهَ۱ًۧ ŰšِŰšَِۧۚ ŰŁَŰ­َŰŻِكُمْ يَŰșْŰȘَŰłِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ ŰźَمْŰłًۧ مَۧ ŰȘَقُولُ Ű°َلِكَ يُŰšْقِي مِنْ ŰŻَ۱َنِهِ قَŰ§Ù„ُÙˆŰ§ لَۧ يُŰšْقِي مِنْ ŰŻَ۱َنِهِ ŰŽَيْŰŠًۧ قَŰ§Ù„َ فَŰ°َلِكَ مِŰ«ْلُ Ű§Ù„Ű”َّلَوَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰźَمْŰłِ يَمْŰ­ُو Ű§Ù„Ù„َّهُ Űšِهِ Ű§Ù„ْŰźَŰ·َŰ§ÙŠَۧ

Maksudnya : “Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, apa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab:" Tidak sisa sedikitpun kotorannya". Baginda bersabda: "Solat lima waktu menjadi sebab Allah hapus dosa-dosa” (Hadis Riwayat Bukhari).

12. Memperbanyakkan sujud.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Űčَلَيْكَ ŰšَكَŰ«ْ۱َنِ Ű§Ù„ŰłُّŰŹُوْŰŻِ فَŰ„ِنَّكَ Ù„Ű§َ ŰȘَŰłْŰŹُŰŻُ لِلَّهِ Ű„ِÙ„Ű§َّ ۱َفَŰčَكَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űšِهَۧ ŰŻَ۱َŰŹَŰ©ً وَ Ű­َŰ·َّ Űčَنْكَ Űšِهَۧ ŰźَŰ·ِيْŰŠَŰ©ً

Maksudnya : “Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada Allah kecuali Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa)” (Hadis Riwayat Muslim).

13. Solat malam atau Tahajjud dengan Qiamullail.

Nabi SAW bersabda :

Űčَلَيْكَ ŰšِقِيَŰ§Ù…ِ Ű§Ù„Ù„َيْلِ فَŰ„ِنَّهُ ŰŻَŰŁْŰšُ Ű§Ù„Ű”َّŰ§Ù„ِŰ­ِيْنَ قَŰšْلَكُمْ وَهُوَ قُ۱ْŰšَŰ©ٌ لَكُم Ù„Ű„ِلَى ۱َŰšِّكُمْ وَ مُكَفِّ۱َŰ©ٌ Ù„Ù„ŰłَّيْŰŠَۧŰȘِ وَ مَنْهَۧ۩ٌ Űčَنِ Ű§Ù„Ű„ِŰ«ْمِ

Maksudnya : “Hendaklah kalian solat malam, kerana ia adalah amalan orang yang soleh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Rabb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa” (Hadis Riwayat Hakim, dan dihasankan Al Albani dalam Irwa’ Al Ghalil 2/199).

14. Berjihad dijalan Allah SWT.

Nabi SAW bersabda :

يُŰșْفَ۱ُ Ù„Ù„ŰŽَّهِيْŰŻِ كُلَّ Ű°َنْŰšٍ Ű„Ù„Ű§َّ Ű§Ù„ŰŻَّيْن

Maksudnya : “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutang” 

(Hadis Riwayat Muslim)

15. Mengiringkan haji dengan umrah.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

ŰȘَِۧۚŰčُوْۧ Űšَيْنَ Ű§Ù„Ű­َŰŹِّ وَ Ű§Ù„ْŰčُمْ۱َŰ©ِ فَŰ„ِنَّ مُŰȘََۧۚŰčَŰ©َ Űšَيْنَهُمَۧ ŰȘَنْفِيْ Ű§Ù„ْفَقْ۱َ وَ Ű§Ù„Ű°ُّنُوْŰšِ كَمَۧ ŰȘَنْفِيْ Ű§Ù„ْكِيْ۱ُ ŰźَŰšَŰ«َ Ű§Ù„ْŰ­َŰŻِيْŰŻِ

Maksudnya : “Iringi haji dengan umrah, kerana mengiringi antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan disahihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no,2899)

16. Sedekah,

Firman Allah SWT :

Ű„ِن ŰȘُŰšْŰŻُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ű”َّŰŻَقَۧŰȘِ فَنِŰčِمَّۧ هِيَ وَŰ„ِن ŰȘُŰźْفُوهَۧ وَŰȘُŰ€ْŰȘُوهَۧ Ű§Ù„ْفُقَ۱َ۹ۥَ فَهُوَ Űźَيْ۱ُُ لَّكُمْ وَيُكَفِّ۱ُ Űčَنكُم مِّن ŰłَيِّŰŠَۧŰȘِكُمْ وَŰ§Ù„Ù„Ù‡ُ Űšِمَۧ ŰȘَŰčْمَلُونَ ŰźَŰšِÙŠŰ±ُُ

Maksudnya : “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah Al-Baqarah ayat 271)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun bersabda:

Ű§Ù„Ű”َّŰŻَقَŰ©ُ ŰȘُŰ·ْفِÙ‰ŰĄُ Ű§Ù„ْŰźَŰ·ِيْŰŠَŰ©َ كَمَۧ يُŰ·ْفِÙ‰ŰĄُ Ű§Ù„ْمَۧۥُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱َ

“Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan selainnya dan di-sahih-kan Al Albani dalam Takhrij Musykilat Al faqr no. 117)

17. Menegakkan hukum hudud yang sesuai dengan syariat Islam.

Nabi SAW bersabda :

ŰŁَيُّمَۧ ŰčَŰšْŰŻٍ ŰŁَŰ”ََۧۚ ŰŽَيْŰŠًَۧ مَمَۧ نَهَى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَنْهُ Ű«ُمَّ ŰŁُقِيْمَ Űčَلَيْهِ Ű­َŰŻُّهُ كَفَ۱َ Űčَنْهُ Ű°َلَكَ Ű§Ù„Ű°َّنْŰšُ

Maksudnya : “Siapa saja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukum hudud maka dihapus dosa tersebut” (Hadis Riwayat Hakim dan disahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ no,2732)


Sahabat yang dimuliakan, 
Marilah sama-sama kita pertingkatkan amal-amal soleh kita sebagai bekalan dan persiapan untuk kita bawa bertemu Allah SWT di alam barzakh dan hari akhirat. Jika kita sentiasa sebuk mencari harta di dunia sebagai bekalan di hari tua dan untuk kesenangan anak-anak di masa akan datang, maka janganlah lupa bahawa mempersiapkan bekalan kita (amal-amal soleh) untuk kebahagiaan kita di hari akhirat kerana ketika itu tiada siapa yang dapat menolong melainkan amalan-amalan kita sendiri yang di lakukan semasa di dunia dahulu.
Di samping kita bertaubat dan mohon keampunan di sisi Allah SWT jangan lupa untuk melakukan tujuh belas amalan soleh seperti di nyatakan di atas.



Monday, August 27, 2012

Salah Satu Daripada Rukun Iman Adalah Beriman Dengan Hari Akhirat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran memberi peringatan, petanda agar manusia wajib mengimani hari akhirat.

Salah satu daripada Rukun Iman ialah percaya hari akhirat seperti disabdakan Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibril a.s mengenai iman yang bermaksud: "Iman ialah engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan rasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baiknya dan buruk." (Hadis riwayat Muslim)

Dalam sambungan hadis di atas disebutkan maksudnya: "Khabarkan kepadaku perihal hari kiamat." Rasulullah SAW menjawab: "Tidaklah yang ditanya mengenainya lebih tahu daripada orang yang bertanya." Nabi SAW pun tidak mengetahuinya.

Sebagai orang beriman kita beriman kepada hari kiamat dengan penuh keyakinan dan kebenaran, beriman kepada apa yang Allah SWT khabarkan mengenai hari kiamat dalam KitabNya dan apa yang dikhabarkan Rasulullah SAW mengenai segala hal yang akan terjadi selepas mati sehingga penghuni syurga masuk syurga dan penghuni neraka masuk neraka.

Sesungguhnya dalam kitabNya, Allah SWT berulang kali menyebut tentang hari kiamat , menjelaskan suasana di akhirat di banyak tempat sehingga 80 daripada 114 surah-surah dalam al-Quran menerangkan tentangnya. Allah SWT sering memperingatkan kita kepada hari akhirat dalam setiap kesempatan, menegaskan kejadiannya, bahkan mengaitkan keimanan kepadaNya dengan hari kiamat. Allah SWT merahsiakan waktu berlaku kiamat kepada hambaNya, tetapi memberikan tanda-tanda kejadian itu.

Kita beriman kepada segala yang akan berlaku daripada tanda hari kiamat sama ada tanda kecil (alamat al-shughra) atau tanda besar (alamat al-kubra). Tanda itu ialah isyarat akan berlaku hari kiamat kerana ia termasuk dalam cakupan iman terhadapnya.

Sahabat yang dimuliakan,
Tanda-tanda kecil berlakunya hari kiamat yang mempunyai landasan dalil syarak muktamad antaranya: "Banyak berlaku pembunuhan, mengharapkan mati kerana musibah yang dahsyat, keinginan agar dirinya seperti orang yang mati dan berandaian dia sudah mati kerana dahsyatnya petaka yang dihadapi, ramai meninggal dunia tiba-tiba, maut kerana gempa atau wabak, lelaki sedikit daripada perempuan, wanita berpakaian tetapi telanjang, melebarnya pelacuran di jalan dan munculnya penyokong orang zalim daripada kalangan petugas keselamatan yang mendera manusia."

Tanda-tanda kecil kiamat yang lain ialah "munculnya alat muzik, arak, perzinaan, riba, pemakaian sutera halal bagi lelaki, terbenamnya sebahagian bumi dengan segala di atasnya, muncul perubahan bentuk tubuh dan bermaharajalela fitnah."

Beberapa tanda-tanda kecil yang lain sebelum berlakunya kiamat adalah seperti di bawah ini:

1. Perceraian banyak terjadi.


2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)

3. Banyak Quran diberikan hiasan.

4. Masjid-masjid dibangunkan dengan megah.

5. Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi.

6. Berbagai peralatan muzik dimainkan.

7. Berbagai jenis khamr (arak) diminum manusia.

8. Perzinaan dilakukan terang-terangan.

9. Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin).

10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat.

11. Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)

12. Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) berdekatan.

13. Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil.

14. Makan riba.

Tanda-tanda besar akan berlakunya kiamat besar (al-kubra) adalah seperti berikut :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata : “Datang kepada kami Rasulullah SAW. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu baginda bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.

Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat“.

Lalu Nabi SAW. bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“.

Kemudian baginda menyebutkannya : Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (Hadis Riwayat Muslim)

Huraiannya :

Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah SAW. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. 


Sepuluh tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut :

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema dikalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah SWT. tidaklagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihis salam ke permukaan bumi ini. Baginda akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan baginda akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian. membunuh khinzir dan baginda juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akanbermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah SAW. bahawa keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.

Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah baginda turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu.

Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Saidina Umar al-Khathab r.a. berkata, “Hitung-hitunglah dirimu sendiri sebelum kamu dihitung, dan timbang-timbanglah dirimu terlebih dahulu sebelum kamu ditimbang, dan bersiap-siaplah untuk menghadapi alam terbuka yang besar (Padang Mahsyar).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kuatkan iman kita dengan percaya dan yakin dengan bersungguh-sungguh akan kedatangan hari kiamat dan kehidupan di hari akhirat. Dengan keyakinan yang kuat akan menyebabkan kita membuat persiapan dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan Allah SWT nanti di sana. 


Orang mukmin yang bertakwa merasai bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara waktu dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Kiamat kecil yang akan berlaku bila-bila masa pada diri setiap insan adalah saat datangnya kematian, oleh itu persiapkan diri kalian untuk menghadapai kematian kerana dengan berlakunya kematian maka terputuslah semua amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat yang di ikuti dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.


Jauhi Makanan Atau Perbuatan Haram Nescaya Hidup Akan Di Berkati Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Makanan yang haram pada zatnya dan pada sumbernya iaitu wang yang digunakan adalah dari pendapatan yang haram (dari sumber riba, judi, mencuri, rasuah atau penipuan), adalah haram dimakan. 
Membeli makanan halal dengan wang haram adalah sama seperti makan makanan yang haram juga. Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Ia memberi kesan ke atas hati serta akhlak kita. Di dalam al-Quran Allah SWT memerintahkan manusia supaya makan makanan yang halal dan baik. Makanan yang datang sumber yang haram akan menggelapkan hati. Hati yang gelap pasti susah mendapat hidayah dan ilmu .

Orang yang memakan makanan yang haram, pakaiannya, rumah dan kenderaannya hasil dari sumber yang haram doanya tidak akan di makbulkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : “ Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu,” (Surah al-Baqarah ayat 172)

Rasulullah SAW menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh ( doa seorang musafir adalah makbul). Dengan rambut yang kusut masai, pakaian yang berdebu-debu (kerana kesusahan) lalu dia mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata, “ Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,” tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan haram, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” (Hadis Riwayat Ahmad -Jam’ul Fawaid)

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah benar berlaku kira-kira 70 tahun yang lalu di Kota Damsyiq Syria. Bagaimana sifat amanah seorang pemuda yang tidak mahu memakan makanan yang haram telah dikurniakan keberkatan dan kebaikan dalam hidupnya.

Di Kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah. Di masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda (penuntut ilmu) yang bernama Sulaim al-Suyuthi. Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi dia sangat fakir. Ia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik didalam masjid Al-Taubah.

Suatu hari, Sulaim berasa sangat lapar. Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati kelaparan. Otaknya berfikir, apa yang harus dilakukan? Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuatu sesuai keperluan. Beliau memilih untuk mencuri.

Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada masa itu berada saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran, jika seseorang mahu ,dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.

Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid. Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, ia segera menutup matanya dan menjauh.

Kemudian dia tiba di sebuah rumah kosong, ia mencium dari dalamnya bau sesuatu masakan, bau itu semacam magnet yang menarik dirinya untuk turun.Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus menuju ke dapur, dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi ) yang sedang dimasak. Tangannya mengambil salah satu daripada terung tersebut dan segera menggigitnya.

Namun, sebelum ia sempat menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.Hatinya segera berkata :

"A’uzubillah…aku seorang pelajar agama yang tinggal di masjid.tidak patut aku ceroboh rumah orang lain dan mencuri makananya..” Dia menjadi sangat menyesal, lalu beristigfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.

Beliau lalu kembali ke masjid dan duduk disebuah majlis ilmu, namun kerana sangat lapar, dia tidak memahami apa yang dia dengar. Setelah majlis itu selesai, dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing tidak ada yang masih berada di masjid kecuali Syeikh Sulaim dan gurunya.

Dalam keadaan itu, seorang wanita berniqab (berpurdah) tiba-tiba datang dan berbicara dengan guru di masjid tersebut, suaranya sangat halus, kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya:

” Perempuan itu baru sahaja kematian suaminya dan dia seorang yang asing di negeri ini, tidak ada yang menjaganya selain bapa saudaranya yang sudah sangat tua. Wanita ini mewarisi rumah dan semua harta suaminya.Untuk itu, dia meminta dicarikan suami yang dapat menjaga dirinya daripada orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?.

Syeikh Sulaim berkata : “Ya”

Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu,” Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?.”

Wanita itu menjawab, “Ya”

Lalu guru tersebut memnggil bapa saudara perempuan itu dan menghadirkan dua saksi, akad nikah pun dilaksanakan segera.

Syeikh itu berkata, ” Bawalah suamimu ini”

Perempuan itu lalu memimpinya ke rumah tempat tinggalnya, apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata ia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik, juga ternyata rumah kediamannya adalah rumah yang telah dicerobohinya tadi.

Isterinya lalu bertanya, “Mahukah engkau makan?

Syeikh Sulaim menjawab, “Ya”

Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya, lalu dia terus berkata,“Hairan sekali, siapa yang telah memakan terungku?”

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakn kisahnya kepada isterinya.

Isterinya itu segera berkata: “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah SWT lalu memberikan kepadamu rumah ini beserta seluruh isinya melalui cara yang halal.”

Kisah ini diceritakan oleh Allayarham Syeikh Ali al Thantawi, seorang ulama besar Syria yang wafat beberapa tahun lalu,di dalam muzakarahnya,beliau berkata,”Cerita ini kisah benar, saya sendiri mengenali tokoh-tokoh itu dan masih ingat perinciannya”.

Sahabat yang di kasihi,
Pengajaran yang terkandung dalam kisah ini sangat nyata dan jelas, satu biji terung haram yang ditinggalkan kerana Allah SWT dibalas dengan rumah besar beserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini, belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah SWT di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan." ( Surah As-Sajdah (32) ayat 17 )

Meniggalkan perkara haram adalah amalan yang disukai oleh Allah SWT.

Imam Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya”

Saidatina Aisyah r.ha berkata, ” Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa, maka barangsiapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti meyembah Allah maka tahanlah dirinya daripada dosa.”

Para Ulama berkata : "Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang, namun meninggalkn maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang yang Siddiq (jujur kepada Allah)"

Maimun bin Mahran seorang ulama Tabiin berkata, “Menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik, namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingati Allah SWT ketika hampir melakukn maksiat”

Wallahu’alam….

(Di petik daripada Majalah Solusi)