Saturday, August 15, 2009

Meneliti Adab-adab Puasa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam ruang ini, marilah kita memerhatikan beberapa adab-adab berpuasa , semuga kita menjalani ibadah puasa dengan betul sebagaimana generasi awal dahulu berpuasa. Semuga kita melihat dan memahami ibadah puasa ini sebagai satu institusi pendidikan dan latihan.

1. Makan sahur.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya makan sahur itu berkah" (Hadis Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa kami bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat subuh lalu beliau bertanya, "Berapa saat jarak antara kedua (waktu sahur dan waktu subuh)?" Nabi bersabda maksudnya, "Selama orang membaca 50 ayat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Amru bin Maimun bahawa para sahabat Muhammad SAW  adalah orang yang menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur. (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

2. Menyegerakan berbuka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Selalulah manusia dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahawa Nabi SAW  telah bersabda yang bermaksud, "Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW  apabila selesai berbuka baginda berdoa. "Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada insya Allah."
(Hadis Riwayat ad-Daaruqthni dan Abu Daud)

3. Berdoa ketika berpuasa dan waktu berbuka.

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada waktu berbuka, tersedia doa yang makbul."

Dalam hadis yang lain Nabi SAW  bersabda yang bermaksud, "Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, Imam (ketua) yang adil dan orang yang teraniaya."

4. Menjauhi perkara yang bertentangan dengan puasa.

Puasa adalah ibadah yang utama untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, untuk mendidik jiwa dan melatihnya berbuat kebaikan.

Sesungguhnya puasa bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja, tetapi juga menahan diri dari apa jua yang dilarang oleh Allah SWT, disamping mengikhlaskan niat kerana Allah SWT semata-mata.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud, "Tidaklah puasa itu dari makan dan minum, tetapi puasa itu adalah dari perbuatan yang sia-sia dan dari perbuatan keji."

Sabda baginda SAW  lagi yang bermaksud, "Berapa ramai yang berpuasa tetapi yang diterimanya hanyalah rasa lapar dan dahaga sahaja; dan berapa banyak orang yang bangun bersolat, tetapi yang diterimanya tiada lebih dari letih dan penat sahaja."

5. Menggosok gigi (bersugi)

Disunatkan menurut riwayat bahawa Rasulullah SAW biasa bersugi ketika berpuasa.

6. Lebih bersifat dermawan. (banyak bersedekah dan menolong orang lain) dan membaca al-Quran.

Kedua perkara ini adalah disunatkan pada setiap ketika, dan lebih utama dalam bulan Ramadan, dimana ganjaran pahalanya digandakan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan Ibnu Abbas bahawa Rasulullah orang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan lagi dalam bulan Ramadan. Jibril menemui Nabi SAW setiap malam pada bulan Ramadan untuk mentadaruskan al-Quran kepada baginda dan benar-benar Rasulullah lebih dermawan dan cepat melakukan kebajikan (lebih cepat daripada angin yang dikirim)
(Hadis Riwayat Bukhari)

7. Menghidupkan malam dengan solat Tarawih secara berjemaah.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Barangsiapa yang solat malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Jama'ah)

8. Giat beribadat pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan.

Saidatina Aisyah r.h meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bila telah masuk puluhan terakhir dari bulan Ramadan, diramaikan waktu malam, dibangunkan keluarganya dan diikat eratkan kain sarungnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Baginda amat giat (beribadat) pada puluhan terakhir, melebihi kegiatannya pada saat-saat lainnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.h bahawa saya berkata kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui Lailatul qadar, apa yang harus saya baca pada malam itu?' Baginda bersabda, "Bacalah, 'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Menjauhi perkara keji dan pertengkaran.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu berpuasa janganlah berbuat keji, jangan berteriak-teriak (pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia berpuasa maka hendaklah ia katakan : 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.'Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya sungguh bau busuk mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia bergembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira kerana puasanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

(Sedutan dari kitab Fiqhus Sunnah oleh Syed Sabiq dan Majalah Haluan 2002)

Menjalin Persaudaraan Yang Suci

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Persaudaraan (ukhuwah) di dalam Islam tidak akan menjadi suci, murni, kukuh dan saling tolong menolong di atas dasar kebajikan melainkan jika terjadi kerana Allah SWT. di dalam mencari keredan-Nya. Banyak hadis Nabi SAW  yang membenarkan kenyataan ini.

Pertama : Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud, " Tiga perkara siapa yang ada padanya akan dapat merasa kemanisan iman, iaitu : 1.Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. 2. Seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah. 3. Bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuran sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua : Nabi SAW  bersabda yang bermaksud, "Dan dua orang berkasih-kasihan dalam agama Allah dan begitu juga apabila berhimpun." (Hadis Riwayat Bukhari)

Ketiga : Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Bahawa seorang lelaki yang menziarahi saudaranya di desa. Maka Allah SWT. mengutuskan seorang malaikat mengikuti dalam perjalanannya, maka manakala malaikat bertemu dengan lelaki itu ia bertanya. "Ada urusan apa?"

Jawab lelaki itu, "Aku hendak menemui saudaraku di desa ini."

Malaikat bertanya lagi, "Ada apa-apa yang dibawanya?"

"Tidak! Melainkan aku kesana kerana aku kasih kepadanya."

Lalu berkata malaikat, "Aku malaikat utusan Allah SWT. untuk memberitahu bahawa Allah SWT. kasihkan engkau sebagaimana engkau kasihkan saudaramu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Perlu diingat bahawa persaudaraan dalam Islam tidak akan menjadi jujur kerana Allah SWT dan mencari keredaan-Nya melainkan apabila persaudaraan itu didorong oleh keimanan dan untuk memperolehi ketakwaan. Ini kerana tiada persaudaraan tanpa iman dan tiada persahabatan tanpa takwa.

Firman Allah SWT  yang bermaksud :"Bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara."
(Surah al-Hujurat ayat 10)

Firman-Nya lagi dalam al-Quran yang bermaksud : "Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)

Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketakwaan, apabila menjalani persahabatan maka persahabatan itu benar-benar ikhalas semata-mata kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT. Dalam satu hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT.di hari akhirat nanti adalah insan yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat banyak jalan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah, dan sekiranya anggota masyarakat berpegang dengannya dan melaksanakan di dalam kehidupan mereka nescaya akan bertambah kuatlah persaudaraan sesama mereka.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Nyatakan rasa kasihmu pada saudaramu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

2. Minta supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, "Saya minta izin kepada baginda SAW  untuk mengerjakan umrah." Baginda SAW membenarkan dan berpesan, "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

3. Bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan."

4. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa kesemasa (satu tempuh yang tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang).

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di syurga."

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Ziarahilah saudaramu untuk menambahkan kasih sayang."

6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakan, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat."

7. Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, "Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
(Hadis Riwayat Dailami dari Anas)

8.Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Friday, August 14, 2009

Apabila Datang Bisikan Syaitan, Katakan...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW. mengajar kita cara menghadapi serangan serta rayuan syaitan dan pengikutnya. Rayuan syaitan ini menjerumuskan kita ke jurang kehinaan. Iblis sentiasa mengambil kesempatan daripada kelemahan kita tanpa disedari. Perhatikan dan hayati pesan Nabi SAW  yang bermaksud :

1.Jika syaitan datang kepadamu dan berkata, "Anakmu mati."

Katakan kepadanya, "Sesungguhnya setiap makhluk yang hidup diciptakan untuk mati dan peninggalan diriku (anakku) akan masuk syurga."

2.Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Hartamu musnah."

Katakan kepadanya, "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil lantas menggugurkan atasku kewajipan zakat."

3.Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun."

Maka, katakan kepadanya, "Seksaan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan atau muhsinin."

4.Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Betapa banyak kebaikanmu?" Tujuannya untuk menjerumuskanmu agar bangga diri (ujub).

Maka, katakan kepadanya, "Kejahatan-kejahatanku jauh lebih banyak daripada kebaikanku."

5.Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Alangkah banyaknya solatmu."

Maka, katakan kepadanya, "Kelalaianku lebih banyak dibandingkan solatku."

6.Jika ia datang dan berkata, "Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang miskin."

Maka katakan kepadanya, "Apa yang aku terima dari Allah jauh lebih banyak dari apa yang aku sedekahkan."

7.Jika ia berkata kepadamu, "Betapa banyak orang yang menzalimimu."

Maka, katakan kepadanya, "Orang-orang yang kuzalimi adalah lebih banyak."

8.Jika ia berkata kepadamu, "Betapa banyak amalmu."

Maka, katakan kepadanya, "Betapa seringnya aku bermaksiat."

9.Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Minumlah minuman keras."

Maka, katakan kepadanya, "Aku tidak akan mengerjakan maksiat."

10.Jika ia datang kepadamu dan barkata, "Mengapa kamu tidak mencintai dunia?"

Maka, katakan kepadanya, "Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya."

Sahabat yang dimuliakan,
Begitu banyak sekali bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang cuba menggoda manusia supaya terpengaruh dengan bisikannya supaya manusia melakukan dosa dan terpesong daripada petunjuk Allah SWT. Oleh itu berhati-hatilah setiap masa dan ketika supaya kita dipelihara oleh Allah SWT.


Thursday, August 13, 2009

Kubur Rindukan Anak Adam Yang Soleh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sekali Rasulullah SAW. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong.
Lalu baginda bersabda yang bermaksud : "Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian."

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."

"Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, 'marhaban wa ahlan' (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu."

Sambung Nabi, "Maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke syurga.."

"Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir, maka kubur berkata kepadanya, 'la marhaban wa la ahlan' (yakni tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya).' Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini. Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu."

Sabda Nabi SAW yang maksudnya, "Maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya hingga bertemu rapatlah segala tulang belulangnya."

Rasulullah mengepal jari-jarinya lalu menyambung, " Dihantarkan kepadanya tujuh puluh ular besar lagi berbisa, jika seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apa pun. Selama mana baki dunia ini, maka selama itulah dia akan dibelit dan dipagut ular-ular itu hinggalah tiba hari perhitungan (Yaumul Hisab)."

Nabi SAW  bersabda lagi maksudnya :
"Kubur itu samaada sebuah taman syurga ataupun sebuah lubuk api neraka."
(Hadis Riwayat Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

Sahabat yang dikasihi,
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah SAW. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah SAW. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." 
Telah bersabda Rasulullah SAW: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" 
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" 
Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." 
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" 
Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah SWT. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. 
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" 
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran." 

Tanda-tanda Hati di Sayangi Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kehidupan yang kita tempuhi pada saat ini merupakan kurniaan Allah SWT. yang berharga dan amat tinggi nilainya. Sejajar itu sebagai seorang mukmin hendaklah kita sentiasa kembali mentaati perintah Allah SWT., mematuhi suruhan-Nya, menjauhi larangan-Nya, menyerahkan walak hanya kepada-Nya dan jadikan Agama-Nya sebagai satu-satunya cara hidup yang syamil dan kamil. Bagi memenuhi tuntutan ini, maka hati mestilah diambil berat, dijaga, dikawal, dibentuk, diproses dan dididik sebaik-baiknya.

Hati merupakan bekas yang bersedia menerima apa saja sama ada petunjuk atau kesesatan, fujur atau takwa. Maka ia mestilah terlebih dahulu agar ia menjadi sihat dan mulia dengan Islam. Hati yang rabbani akan setiap masa dan ketika berhubung dengan Allah SWT dan mematuhi titah perintah-Nya. Diantara tanda yang memperlihatkan dan menunjukkan hidupnya hati ialah sentiasa mengingati Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Di dalam jasad itu ada seketul daging, apabila rosak, maka rosaklah badan seluruhnya dan apabila sihat maka sihatlah badan seluruhnya, dia ialah hati." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Untuk melihat dan mengetahui sejauh mana keras atau lembut, kontang atau subur, mati atau hidup hati kita, terdapat beberapa tanda yang menjadi bukti. Antara tanda-tandanya ialah :

1.Sentiasa mengingati Allah SWT dan Zikrullah.

Dalam ertikata yang luas seperti membaca al-Quran, zikir waktu pagi dan petang dan menunaikan ibadah khusus yang lain.

2.Kuat berpegang kepada Deen Islam.

Menyampaikan kebenaran didalam apa suasana dan ketika. Untuk mendapat pegangan yang kuat perlu kepada proses yang betul. Pegangaan yang kuat sebenarnya merupakan hasil yang lahir dari Iman yang betul.

"Hati laksana bekas yang paling disukai Allah SWT. Ia perlu diproses hingga menjadi lembut, bersih, kuat pegangan terhadap Deen Allah dan lembut terhadap saudara-saudaranya."

3.Menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia.

Pemilik hati yang takut kepada Allah SWT akan menjauhi larangan-Nya dan mentaati segala perintah-Nya.

4.Bersih dari hasad dengki, marah dan menipu.

Ditanya Nabi SAW  yang bermaksud , " Wahai Rasulullah SAW siapakah sebaik-baik manusia?"

Jawab baginda, " Setiap orang yang beriman."

Ditanya apakah itu?

Jawab baginda, "Yang bertakwa, tidak ada penipuan, melampau dan hasad."

5.Tenang dan lapang hati berada di atas sistem Allah SWT.

Hati akan merasa reda, puas dan izzah (mulia) dengan sistem Allah SWT. sepanjang hayat.

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh itu marilah sama-sama kita bersihkan dan proses hati kita supaya tanda-tanda tersebut diatas dapat kita miliki, semoga Allah SWT campakkan cahaya iman dalam hati kita hingga hati kita menjadi luas, lapang dan tenang.

"Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada pembersihnya, pembersih hati ialah zikrullah. Tidak boleh menyelamatkan seseorang itu azab Allah melainkan zikrullah."

Banyakkan Berselawat Kepada Nabi SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam sehari semalam berapa kalikah kita perlu berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w? Sebagai umat Nabi s.a.w. kita diminta untuk sentiasa berselawat kepada baginda tanda kita cinta dan kasih, selain berusaha untuk mencontohi akhlak dan sunnah Nabi s.a.w.

Al-Imam Syahid Hasan al-Banna menyatakan sekurang-kurangnya kita hendaklah berselawat kepada Nabi s.a.w sebanyak sepuluh kali pada waktu pagi dan sepuluh kali pada waktu petang.Lebih banyak kita berselawat adalah lebih baik.

Berkat daripada satu selawat yang selalu kita bacakan itu, akan mendapat sepuluh limpahan rahmat daripada Allah s.w.t. dan dicatat dengan sepuluh kebajikan. Di akhirat kelak orang yang banyak berselawat kepada Nabi s.a.w. akan mendapat kedudukan yang utama untuk diberi syafaat oleh baginda.
Saidatina Aisyah r.ha sedang menjahit pada suatu dinihari. Tiba-tiba jarumnya terjatuh ke lantai. Tidak sempat dia hendak mengambil semula jarum itu, api pelita yang sedang menerangi terpadam ditiup angin. Dalam keadaan yang gelap dapatkah Saidatina Aisyah mengambil jarum yang jatuh?

Dapat iaitu tidak lama kemudian sebaik sahaja Nabi SAW melangkah masuk, cahaya dari tubuh Nabi SAW  menerangi ruang yang gelap itu. Saidatina Aisyah merasa kagum dengan kebesaran Allah SWT. yang memberikan kemuliaan dan kelebihan yang sangat luar biasa kepada baginda.

"Subhanallah! Adakah di kalangan umatmu orang yang tidak dapat melihat cahayamu ini wahai Rasulullah?" tanya Saidatina Aisyah r.ha.

"Ada" jawab Nabi SAW. "Iaitu mereka yang apabila namaku disebut dia tidak mahu berselawat kepadaku."

Kata-kata Nabi SAW itu membenarkan apa yang pernah diberitahu oleh Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi SAW.

Kata Malaikat Jibril, "Celakalah orang yang apabila namamu (Nabi) disebut dia tidak berselawat keatasmu."

Jadi apabila kita mendengar orang menyebut 'Sallallahu 'alaihi wasallam' di hujung sebutan nama Nabi, hendaklah kita menyebut 'Sallallahu 'alaihi wasallam'.

Tahukah saudara siapakah orang yang paling kedekut sekali? Itulah mereka yang malas berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat banyak kebaikan berselawat ke atas Nabi SAW iaitu :

1. Rasulullah SAW. akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas baginda.

2.  Allah SWT akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.
3.  Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.
4.  Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah SWT.
5.  Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah SAW. pada hari kiamat.
6.  Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.
7.  Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
8.  Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui.

Tauladan Dari Taubat Yang Berjaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu hari selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berhajat untuk ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekal diperjalanan dia membeli 1 kilogram kurma daripada seorang peniaga tua berhampiran Masjidil Haram. Ketika kurma itu ditimbang Ibrahim melihat sebutir tergeletak di dalam timbangan. Dia menyangka kurma itu sebahagian daripada yang dibelinya. Lalu Ibrahim memungut memakannya. Kemudian dia berangkat menuju ke Al-Aqsa.

Dalam tempuh empat bulan Ibrahim tiba di Al-Aqsa. Seperti biasa Ibrahim suka memilih tempat beribadah di bawah kubah Sakhra. Dia solat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Tiba-tiba dia mendengar dua malaikat berbual-bual mengenai dirinya." Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud, warak dan doanya selalu di kabulkan Allah s.w.t." kata salah seorang malaikat itu." Tetapi sekarang doanya ditolak kerana empat bulan yang lalu dia memakan sebutir kurma seorang peniaga tua di Masjidil Haram,"jawab malaikat yang satu lagi.

"Astaghfirullah, jadi selama empat bulan ini ibadahku, solatku, doaku dan mungkin amalanku yang lain tidak di terima oleh Allah s.w.t. kerana sebutir kurma yang bukan hakku itu!" Terkejut Ibrahim mendengar ungkapan malaikat tadi. Dengan penuh penyesalan, dia bergegas ke Makkah menemui peniaga tua itu. Dia ingin meminta dihalalkan kurma yang terlanjur dimakannya dulu.

Sebaik sampai di Makkah, Ibrahim terus menuju tempat peniaga tua itu. Bagaimanapun, dia tidak melihat peniaga tua itu di situ lagi melainkan seorang anak muda yang sibuk melayan orang ramai yang membeli kurmanya.

"Empat bulan yang lalu saya membeli kurma disini daripada seorang tua .Ke mana pak cik tu sekarang?" tanya Ibrahim kepada anak muda itu.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu dan saya yang akan meneruskan perniagaannya." jawab pemuda itu.

"Innalillahi wa innailaihi raji un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?" sambung Ibrahim yang kemudian menceritakan peristiwa yang dialaminya.

"Engkau sebagai waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?" pinta Ibrahim.

"Insya Allah, saya halalkan tapi entah dengan saudara-saudara saya yang sebelas orang lagi. Saya tidak berani mewakili mereka kerana kami mempunyai hak waris yang sama ke atas perniagaan ini." jelas anak muda itu.

"Dimana saudara-saudaramu itu tinggal, saya mahu menemui mereka satu persatu." tanya Ibrahim bersungguh-sungguh.

Setelah mengetahui alamat sebelas waris itu, Ibrahim meneruskan perjalanan untuk mendapatkan penghalalan. Akhirnya, setelah berjalan jauh dan menemui sebelas beradik, hajat Ibrahim ditunaikan apabiala kesemua mereka bersetuju menghalalkan kurma milik ayah mereka yang tidak sengaja dimakan itu.

Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada di bawah kubah Sakhra.Dia kembali mendengar perbualan dua malaikat itu.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak akibat termakan sebutir kurma milik orang lain" kata salah satu malaikat itu.

"Oh. tidak sekarang doanya sudah makbul lagi kerana telah mendapat penghalalan dari waris peniaga kurma itu." bisik malaikat yang satu lagi.

Kini, diri dan jiwa Ibrahim sudah ceria serta bersih dari kotoran kurma yang haram itu.

Sahabat yang dimuliakan,
Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada kisah di atas adalah seperti berikut :

1. Barang yang haram jika termakan atau terminum menyebabkan doa-doa kita terhijab dan tidak akan dikabulkan oleh Allah SWT.

2. Jika kita sedar ada kesalahan atau terambil hak orang lain perlulah cepat-cepat memohon keampunan dan minta halal atau pulangkan balik kepada yang ampunya kerana jika tidak diselesaikan di dunia hak tersebut akan dituntut di hari akhirat.

3.  Hati yang bersih daripada segala dosa dan penyakit akan mendatangkan ibadah yang khusyuk kepada Allah SWT. Hati yang dipenuhi dengan titik-titik hitam akan menyebabkan pemiliknya akan jauh daripada petunjuk Allah SWT.


Wednesday, August 12, 2009

Usia Bertambah Hampir Dengan Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Ali k.w  berkata : "Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Fudail rahimahullah telah bertanya kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?"

Jawab lelaki itu, "Sudah enam puluh tahun."

Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau, engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya."

Kata Fudail lagi, "Barangsiapa tahu bahawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan jawapan-jawapan tersebut."

Tanya lelaki tadi, "Bagaimana melakukan yang demikian?"

Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau engkar kepada Allah, maka engkau akan di seksa atas segala kesalahanmu yang telah lalu dan akan datang.. Amalan itu perlu dijaga waktunya. Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."

Sahabat yang dimuliakan,
Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba Allah yang ingat kepada kehidupan di hari akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah SWT.

Saidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud : "Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku."

Sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah SWT. yang bermaksud :
"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah al-Ahqaf ayat 15)

Nabi SAW  dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita membuat persiapan serapi mungkin dan kita pergunakan masa dan umur yang ada untuk melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada suruhan Allah SWT dan menjauhi semua larangan-Nya. Jadikanlah setiap kali kita sambut hari lahir setiap tahun mengingatkan kita bahawa saat bertemu Allah SWT semakin hampir.

Umat Kini di Ambang Kebinasaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW. mengingatkan umatnya tentang perkara-perkara yang apabila dilakukan boleh menyebabkan Allah SWT menurunkan bala seperti angin merah, angin panas dan gempa bumi, permusuhsn dan peperangan yang tidak berkesudahan di antara manusia.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Apabila hasil negara diagih-agihkan kepada orang-orang tertentu sahaja, amanah dijadikan tempat mengumpul kekayaan, zakat sebagai denda, ilmu dipelajari bukan kerana Allah, seseorang itu mengikut kata isteri (queen control), dan derhaka kepada ibu-bapa, lebih dekat dengan kawan jauh daripada ayahnya, berlaku bising dalam masjid, suatu umat atau kaum dipimpin oleh yang fasik di kalangan mereka, ketua-ketua mereka tidak berakhlak dan rendah peribadi, seseorang di muliakan kerana ditakuti kejahatannya, lahir ramai penyanyi dan banyak alat muzik, arak di minum di sana sini, generasi kemudian mencerca generasi yang lalu, maka tunggulah angin merah (angin panas), akan berlaku gerak gempa, gerhana, berlaku keburukan, tuduh menuduh dan berbagai-bagai tanda akan datang bertalu-talu umpama satu rantai yang putus talinya."

Marilah kita perhatikan hakikat yang di ingatkan oleh Rasulullah SAW didalam hadis diatas dan lihat pula hakikat yang berlaku didalam realiti masyarakat hari ini untuk dijadikan iktibar dan panduan bagi mengelakkan bala Allah SWT. kepada kita.

Perkara-perkara yang disebut oleh Rasulullah SAW. benar-benar berlaku dalam masyarakat hari ini antaranya ialah :

1. Kekayaan tidak diagihkan secara seksama.

2. Amanah yang diberikan telah menjadi tempat merebut peluang mengumpul kekayaan sebanyak mungkin.

3. Zakat dibayar sebagai cukai atau denda, bukan dikeluarkan dengan rasa perhambaan kepada Allah bagi melaksanakan perintah-Nya.

4. Ilmu syarak dipelajari atau dituntut bukan untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

5. Didalam rumah tangga ramai sekali suami yang mengikut kata isteri secara membuta tuli.

6. Anak-anak ramai yang menderhaka kepada ibu-bapa.

7. Orang kini lebih senang mencurahkan rahsianya kepada rakannya daripada berunding dengan kedua ibu-bapanya.

8. Masjid dipenuhi dengan suara bising iaitu suara orang berborak-borak kosong selepas menunaikan solat sambil merokok ditepi-tepi beranda masjid.

9. Pemimpin umat dipilih daripada orang-orang yang fasik iaitu mereka yang tidak berakhlak dan rendah peribadi, keadaan ini berlaku kerana masyarakat berpegang pada keputusan majoriti.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, bukan kerana kefahaman dan iltizamnya dengan Islam serta berakhlak tinggi.

11. Penyanyi lelaki dan wanita muncul dengan ramainya, mereka menjadi idola dan ikutan para remaja dan makin meningkatkan gejala sosial dan keruntuhan akhlak kerana pergaulan bebas lelaki dan wanita.Mereka lebih suka menyanyai daripada membaca Al-Quran dan berzikir.

12. Alat muzik wujud dalam beranika jenis dan hiburan dalam berbagai bentuk semuanya melalaikan dan melemahkan daya pemikiran umat.

13. Amalan minum arak juga berlaku disana sini, dijual dengan harga yang murah di pasaran terbuka tanpa cukai dan tanpa kawalan.Penjualan dan bekalan arak mudah didapati dikedai-kedai serbanika dan pasaraya mengakibatkan remaja dan umat Islam yang lemah iman sudah mula meminum arak yang jelas diharamkan oleh Islam tanpa segan silu dan takut terhadap azab Allah.

14. Generasi terakhir mencaci generasi terdahulu, menganggap generasi awal (generasi sahabat-sahabat Rasulullah SAW.) mundur dan ketinggalan zaman dan sebagainya.

Apabila empat belas perkara berlaku didalam masyarakat kita maka bala dan bencana berupa angin merah (angin panas), berlaku gempa bumi disana sini, gerhana , berlaku keburukan, fitnah, tuduh menuduh dan penyakit-penyakit baru yang tidak pernah kita dengar sebelum ini telah berlaku dan melanda masyarakat dengan mengakibatkan kematian yang tinggi.contoh yang jelas adalah penyakit selsema babi, demam dengi, HIV (hingga sekarang masih belum ada penawarnya) dan lain-lain lagi.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita pertingkatkan iman dan amal kita, sentiasa berdoa kepada Allah SWT. semuga Dia selamatkan diri kita, keluarga dan masyarakat Islam seluruhnya daripada bala bencana dan musibah.Teruskanlah usaha-usaha dakwah dan tarbiah untuk menyelamatkan umat daripada mendapat kemurkaan Allah Azzawajalla.

Tuesday, August 11, 2009

Syaitan Menyerang Manusia Melalui Sepuluh Pintu.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila direnung dan fikir dari mana syaitan memasuki hati manusia. Rupa-rupanya di dapati syaitan itu memasuki ke dalam jiwa anak Adam melalui sepuluh pintu iaitu :

1.Tamak dan Buruk Sangka .

Perlu menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan Dunia dan Panjang Angan-angan.

Perlulah ditanamkan dalam hati dan jiwa dengan rasa takut kedatangan maut yang datang dengan tiba-tiba.

3. Cintakan Nikmat dan Kerehatan.

Yakinilah bahawa segala nikmat akan hilang dan ianya tidak kekal, kerehatan sebenar adalah di syurga bukannya didunia.

4. Ujub, yakni Kagum Pada Diri Sendiri.

Sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah (kerana terhapus amal kebaikan bila ada sedikit sahaja sifat ini).

5. Pandang Rendah Terhadap Orang Lain dan Tidak Menghormati Mereka.

Perlu mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6.Hasad Dengki.

Perlu menghadapinya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta redha diatas pemberian Allah terhadap makhluk-Nya.

7. Riak dan Suka Pada Pujian Orang.

Perlu menghadapinya dengan sifat ikhlas dan tawaduk.

8. Bakhil.

Perlu meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa, manakala apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9. Takabur.

Perlu menghadapinya dengan sifat tawaduk atau merendahkan diri.

10. Tamak.

Perlu menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak megharapkan sesuatu dari manusia.

Sahabat yang dimuliakan,
Oleh itu perlulah kita sentiasa berhati-hati untuk menghadapi bisikan, godaan dan serangan syaitan laknatullah. Dia datang secara halus memasuki saluran darah halus dalam tubuh kita dan cuba menguasai nafsu supaya tunduk atas kehendaknya. Mohonlah perlindungan Allah SWT setiap masa dan ketika supaya kita terpelihara dari gangguan tersebut.

Jalan Menuju Kemuliaan Insan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Suatu ketika dulu Abdul Laith pernah berkata mengenai lima syarat bagaimana untuk mendapat kehormatan dan kemuliaan :

1. Menahan Diri Daripada Maksiat.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
"Dan menahan nafsu dari maksiat, maka syurga tempatnya."

Jika kita dapat jauhi maksiat dan perkara yang ditegah oleh Allah SWT maka hati dan jiwa kita akan terpelihara daripada penyakit hati yang boleh mendatangkan hijab diantara kita dengan Allah SWT.

2. Rela dan Reda Dengan Pemberian Yang Sederhana.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."

Hati yang tidak rakus dengan dunia akan melahirkan qanaah dan rasa bersyukur dengan rezeki daripada Allah SWT walaupun sedikit. Syukur inilah yang akan mendatangkan kecintaan Allah SWT kepada para hamba-Nya dan akan ditambah lagi rezeki dan nikmat-Nya kepada mereka yang bersyukur.
 
3. Rajin Melakukan Ketaatan dan Kebaikan.

Ini kerana, kemungkinan amal itu akan menyebabkan pengampunan dan masuk syurga.
Firman Allah SWT  yang bermaksud : "Syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."
 
Orang mukmin yang sentiasa melakukan ketaatan dan kebaikan ketika di dunia ini adalah merupakan saham atau bekalan untuk hari akhirat .

4. Mencintai dan Bergaul Dengan Orang-orang Soleh.

Ini untuk mengharapkan syafaat mereka. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Perbanyakkanlah kawan, kerana setiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat."

Ulama Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

5. Banyak Berdoa.

Banyak berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT. hingga menitiskan air mata penyesalan akan mendapat perlindungan Allah SWT di Padang Mahsyar ketika mana tidak ada perlindungan lain selain dari perlindungan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56: Maksudnya: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”

Ahli Hikmah ada berkata :
"Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Tidak bersungguh dalam beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah dan malas. Di syurga nanti ada masa rehat yang tidak dapat di rasai kecuali oleh orang yang tidak pernah berehat didunia. Ada kepuasan yang tidak dapat dirasai kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebih-lebihan dan bersederhana di dunia."

Sahabat yang dimuliakan,
Sekiranya kita fahami dan hayati lima perkara di atas sebenarnya kita telah menuju kepada jalan kemuliaan insan dan akan mendapat penghormatan daripada Allah SWT di akhirat nanti. Teruskan beramal dan membuat persiapan sebaik mungkin ketika berada di dunia ini sebagai wasilah menuju ke hari akhirat.


Monday, August 10, 2009

Matlamat Hidup Yang Sebenar di Dunia adalah Persiapan Untuk Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT telah menciptakan manusia beberapa fasa masa yang melibatkan manusia. Alam roh atau alam azali adalah alam pra kehidupan di dunia. Alam rahim adalah peringkat kandungan ibu. Alam dunia adalah sementara. Alam barzakh adalah alam perantaraan. Akhir sekali alam akhirat, iaitu alam yang berpanjangan selama-lamanya tidak ada penghujungnya.

Alam akhirat pula merentasi:

1. Hari-hari kebangkitan (yaumul ba'ath).

2. Hari-hari dihalau untuk berhimpun (yaumul mahsyar).

3. Hari-hari pengadilan (yaumul 'adl).

4. Hari-hari pertimbangan (yaumul mizan).

5. Hari-hari penitian (yaumul sirat).

6. Hari-hari kesudahan (yaumul akhirat). - balasan syurga atau neraka

Tiap peringkat hari-hari itu adalah ribuan tahun.

Dengan itu ternyata nanti kehidupan dunia dirasai hanya beberapa jam sahaja berbanding satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia, samaada diratapi dengan penyesalan atau disyukuri kerana beroleh keuntungan.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Seolah-olah hari mahsyar kelak mereka baru dapat rasakan hidup di dunia hanya antara semalam dan hari ini atau sehari semalam."
(Surah An-Naziat ayat 46)

Semasa ajal Nabi Nuh a.s. tiba, malaikat bertanya, "Wahai Nabi yang terlalu panjang usia, bagaimana kamu rasa umurmu yang panjang?"

Jawab Nabi Nuh a.s., "Seumpama sebuah rumah, saya masuk ke dalamnya dari pintu depan, dan keluar melalui pintu belakang!"

Maksud jawapan Nabi Nuh itu menunjukkan masa hidup sembilan ratus lima puluh tahun itu terlalu singkat berbanding hidup dihari akhirat.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Dua nikmat yang sering disia-siakan manusia, iaitu nikmat sihat dan masa lapang."

Didalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Rebutlah lima sebelum datang lima :
1.Masa kamu hidup sebelum kamu mati.
2.Masa kamu sihat sebelum kamu sakit.
3.Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk.
4.Masa kamu muda sebelum kamu tua.
5.Masa kamu senang sebelum kamu susah."

Ini bermakna ada lima masa penyesalan, setelah mati, sakit, tua, sibuk dan mati. Setiap penyesalan itu ada harapan tipis kecuali mati. Bila sudah mati dan masuk di alam barzakh tidak berguna penyesalan, hanya amalan-amalan yang baik yang ditinggalkan didunia akan dapat membantu iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Lazimnya ada tiga kecenderungan manusia memenuhi usianya berdasarkan hadis Nabi SAW. yang bermaksud, "Tiga perkara mukmin mudah cenderung, berbekal untuk akhirat atau lengkapkan peralatan rumahnya atau bersedap-sedap dengan makanan yang tidak haram."

Hadis ini mengisyaratkan bahawa dalam keadaan seorang itu mukmin pun masih kerehatan rumah dan terlalu mengutamakan makanan boleh mengalihkan tumpuan kepada memburu akhirat.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Orang yang cerdik ialah yang pandai menilai diri dan bekerja untuk selepas mati. Yang lemah ialah yang menurut hawa nafsu dan berangan-angan (mendapat sesuatu) dari Allah."

Berangan-angan mendapat tempat istimewa di sisi Allah, sambil menganggap Allah akan mengampuninya, membuat setengah di kalangan kita meringan-ringankan usaha merebut akhirat.

Dengan kekuatan iman serta memiliki ilmu Islam yang luas seorang muslim boleh manfaat sepenuhnya kehidupan yang singkat ini. Apa sahaja yang dilakukan membawa kebaikan akhirat.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Sungguh menghairankan hal mukmin, semua urusannya membawa kebaikan.Kebaikan seumpama itu tidak diperolehi kecuali mukmin. Jika dia diberi kesenangan dia bersyukur, maka menjadi kebaikan. Jika ditimpa musibah dia bersabar, juga kebaikan buat dirinya."

Dengan kekuatan iman dan ilmu juga kita dapat mengelak dari tipu daya dunia.
Firman Allah SAW. yang bermaksud :
"Pemuda yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan solat, mengeluarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang hati dan pengelihatan akan goncang." (Surah An-Nur ayat 37)

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu perlulah kita sedar dan insaf bahawa hidup kita di dunia hanyalah sementara, di akhiratlah kehidupan yang sempurna dan kekal abadi. Disinilah (hari akhirat) merupakan matlamat hidup yang sebenarnya dan segala amalan soleh di dunia adalah saham yang akan dapat kita nikmati hasilnya ketika kita berada di hari akhirat nanti.

Watak Sahabat Sejati

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap mukmin perlu kepada sahabat, kerana sahabat yang baik akan mendorong kita untuk mentaati Allah SWT dan menjauhkan larangan-Nya. Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan ciri-ciri sahabat yang baik iaitu :

1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya" (Hadis Riwayat Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya." (Hadis Riwayat Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(Hadis Riwayat Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah." 
(Hadis Riwayat Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu."

6.Memberi Hadiah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang." (Hadis Riwayat Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan." (Hadis Riwayat Hakim)
Sahabat yang dimuliakan,
Selain daripada hadis Nabi SAW di atas terdapat kata-kata nasihat daripada seorang ulama muktabar yang  bernama Al-Qamah . Beliau berpesan kepada puteranya :

"Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut:

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.

3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu apabila kalian ingin mencari sahabat maka carilah ciri-ciri atau sifat-sifat mulia yang dinyatakan di atas. Sekiranya tidak bertemu ciri-ciri tersebut maka carilah sahabat yang mempunyai sebahagian atau menghampiri ciri tersebut nescaya kalian akan berjaya dalam bersahabat. Janganlah bersahabat dengan mereka yang buruk akhlaknya atau mementingkan diri sendiri kerana dikhuatiri peribadinya akan mempengaruhi kalian.