Friday, September 26, 2014

Bersyukur Adalah Salah Satu Sifat Orang Mukmin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
Nikmat Allah sangat banyak sehingga tidak dapat dihitung.Jika menghitung pun sudah tidak mampu, apalagi untuk membalasnya. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitung.” (Surah Ibrahim 14:34)

Malangnya, nikmat yang begitu banyak ini gagal dilihat oleh kebanyakan manusia. Sebab itulah kebanyakan manusia tidak bersyukur dan Allah telah mengingatkan, maksudnya: “Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.” (Surah al-Rahman 55: 13)

Sekiranya seseorang tidak merasakan dia mempunyai kelebihan, pasti tidak akan ada rasa syukur. Namun realitinya begitulah, ramai manusia Iebih cenderung melihat kekurangan berbanding kelebihan terutamanya apabila dia diuji dengan sedikit kesusahan. Maka, fikiran dan jiwanya hanya tertumpu kepada kesusahan yang sekelumit dan lupalah dia pada kesenangan yang melangit. Misalnya apabila diuji dengan kemiskinan, dia terlupa dia masih sihat. Ketika diuji dengan cercaan manusia, dia Iupa masih mempunyai sumber pendapatan yang baik.

Syukur itu letaknya di hati. Hati tidak boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rela. Orang yang tidak bersyukur hakikatnya buta “mata hati”. Dia tidak dapat melihat nikmat yang melimpah di hadapan mata sendiri.

Umpama kelawar yang tidak dapat melihat pada siang hari bukan kerana siang itu gelap, tetapi kerana terlalu terang. Begitulah orang yang tidak bersyukur, mereka tidak dapat melihat kelebihan kerana mereka sedang tenggelam oleh kelebihan itu. Mulutnya hanya menuturkan: “Susah, sakit, malang…”, tanpa menyedari bahawa mereka masih mempunyai lidah untuk   mengeluarkan kata-kata itu!

Bersyukur kepada Pemberi Nikmat

Manusia akan bersyukur sekiranya dia “melihat” Pemberi nikmat bagi sesuatu, bukan nikmat-Nya. Jika kita menyedari Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang itulah yang memberi nikmat, kita akan membesarkan pemberiannya walaupun kecil atau sedikit. Ini kerana bukan nikmat itu yang menjadi ukuran, tetapi siapa yang memberi nikmat itulah yang lebih diutamakan.

Dalam percintaan misalnya, pemberian seorang kekasih akan dilihat besar dan bernilai bukan kerana pemberiannya tetapi kerana pemberinya. Begitulah hati orang yang bersyukur. Nikmat yang kecil pun sudah dibesarkan, apatah lagi nikmat yang besar.

Jarang ada manusia yang mahu mengambil ‘ibrah daripada ujian yang menimpa Nabi Ayub a.s. Apabila baginda diuji dengan kesakitan, baginda berasa malu untuk berdoa kepada Allah kerana tempoh sihatnya lebih lama berbanding tempoh baginda diuji dengan kesakitan. Ramai manusia yang hanya menghitung kesukaran, bukan kesyukuran. Jika kita menghitung kesyukuran, nescaya kita akan dapati jumlahnya melebihi kesukaran!

Anehnya ada manusia yang apabila diberi tambahan nikmat, dia berasa ia kurang daripada sebelumnya. Ini berlaku kerana kehendaknya menjadi Iebih besar berbanding sebelumnya. Mulalah dia mengenangkan sesuatu yang “tiada”, bukannya sesuatu yang “ada”. Tanpa syukur, hidup menjadi sukar. Hati semakin terhimpit dengan keresahan dan kesusahan yang tidak                     berkesudahan. Sukarnya untuk bersyukur hakikatnya jauh Iebih mudah daripada sukarnya akibat tidak bersyukur.

Menurut Ibn ‘Ataillah;  “Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Allah, bererti dia bersedia untuk kehilangan nikmat tersebut.         Namun sesiapa yang rnensyukurinya, bererti dia telah mengikatnya dengan kekangnya.

” Ada yang sukar bersyukur kerana pengertian mereka tentang nikmat sangat terbatas. Ada yang menganggap nikmat itu hanya berkaitan dengan sesuatu yang berbentuk fizikal dan material sahaja. Contohnya jika mendapat harta, rumah, pangkat dan kenderaan barulah mereka merasakan adanya nikmat atau kelebihan.

Malangnya, mereka tidak melihat nyawa, kesihatan, anak-anak, saudara-mara, isteri, suami dan lain-lain lagi sebagai nikmat yang wajib disyukuri. Allah mengajak manusia berfikir tentang perkara ini melalui firmannya yang bermaksud: “Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia membcrikanmu pendengaran, penglihatan dan hati nurani (akal fikiran) agar kamu bersyukur.” (Surah al-Nahl 16: 78)

Lebih-lebih lagi ramai manusia yang tidak menganggap nikmat iman, Islam hidayah, taufik, solat, puasa dan lain-lain ibadah itu juga satu kelebihan (malah nikmat yang lebih tinggi dan bernilai). Berapa ramai antara orang Islam yang bersyukur dengan nikmat iman dan Islam? Berapa ramai yang berasa syukur dapat menunaikan solat, puasa, zakat dan mengerjakan haji?

Aku Ahli Syukur

Siapa pun kita pada hari  ini sama ada ahli perniagaan yang kaya, ahli ekonomi yang pandai menguruskan selok-belok ekonomi, ahli persatuan yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti atau sesiapa sahaja yang ahli dalam bidang masing-masing pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahli syukur?

Menjadi ahli syukur tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit atau proposal yang tebal untuk dikemukakan kepada mana-mana pihak. Membentuk diri menjadi seorang ahli syukur adalah dengan melakukan empat kriteria di bawah:

1. Tetap Bersyukur Walaupun Nikmatnya Kecil

Biarpun nikmat yang diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun ia berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.

2.  Memuji Allah Setiap Masa

Amat mudah untuk memuji Allah iaitu dengan mengucapkan alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kita terhadap segala kurniaan Allah.

3. Berterima Kasih kepada Penunjuk Jalan Nikmat

Benar, setiap rezeki datang daripada Allah. Tetapi perlu diingati bahawa kadang-kadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain. Contohnya apabila diterima bekerja di sesuatu tempat, berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang kekosongan jawatan, penemu duga dan majikan.

4. Nikmat Wasilah Mendekatkan Diri kepada Allah

Nikmatllah nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti melengah-lengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan pelbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.

Sedangkan itulah nikmat yang paling besar dan paling wajar disyukuri.

Pengertian nikmat ilu Lidak terhad pada nikmat duniawi, sebaliknya ia merangkumi nikmat iman, Islam, ibadah dan hidayah. Jika kita mempunyai pengertian yang luas tentang nikmat, maka lebih mudah kita melihat “keberadaan” nikmat itu pada diri kita. Dengan ini lebih mudahlah untuk kita bersyukur. Sebaliknya jika pengertian nikmat itu temad, pandangan kita terhadap kelebihan nikmat akan terbatas dan akibatnya kita semakin sukar untuk bersyukur.

Praktikal Syukur
Bagaimana kita hendak mempraktikkan syukur dalam kehidupan seharian? Ada tiga kaedah bersyukur, iaitu:

1. Bersyukur dengan hati

Bersyukur dengan hati adalah dengan menyedari dan menghayati sepenuhnya bahawa nikmat itu daripada Allah, bukan daripada diri sendiri. Maksudnya, kita menaïŹkan segala kekuatan, kepandaian, kegigihan dan segala usaha sendiri sehingga tercapainya nikmat tersebut. Jelasnya, syukur dengan hati itulah yang menisbahkan nikmat kcpada Pemberinya (Allah).

Sebagai perbandingan, lihat perbezaan sikap antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Qarun. Qarun ialah pengi-kut Nabi Musa a.s. dan memiliki kekayaan yang sangat banyak hinggakan tidak terkira gudang-gudang rezekinya. Namun, sikap angkuhnya terserlah apabila kaumnya memberi nasihat: “Janganlah kamu terlalu bergembira kerana Allah tidak suka orang yang terlalu gembira dan berkhayal.”

Ayat 77 surah al-Qasas mengandungi nasihat kepada Qarun, maksudnya: “Dan carilah pada kurniaan Allah kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada dunia ini serta berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbual baik kepadamu. Janganlah engkau membuat kerosakan di atas muka bumi ini.” Tetapi, Qarun menjawab dalam ayat seterusnya yang bermaksud: “Aku diberi harta kekayaan ini kerana aku pandai.” Sesungguhnya Qarun telah menisbahkan kekayaannya kepada dirinya sendiri.

Perkara yang sebaliknya berlaku kepada Nabi Sulaiman a.s. Baginda mempunyai hati yang bersyukur. Baginda tetap mengakui bahawa nikmat yang dimilikinya itu milik Allah. Ketika dipuji tentang kebesaran kerajaan dan kelebihannya, Nabi Sulaiman a.s. terus berkata: “Ini semua kurniaan Tuhanku.”

Setiap orang Islam mesti beriman kepada Allah yang bersifat al-Razzaq (Maha Memberi rezeki). Malangnya, ramai yang tidak yakin rezeki yang diterimanya itu daripada Allah s.w.t. Buktinya apabila rezeki itu ditarik balik, ramai yang melenting dan marah-marah. Mereka seolah-olah lupa bahawa mereka bukan pemilik rezeki tersebut. Hakikatnya, mereka hanya “peminjam” yang perlu memulangkannya apabila diminta, tidak boleh menyalahgunakan rezeki tersebut serta bersedia menyerahkannya kepada sesiapa jua seperti yang diperintahkan oleh Pemberinya.

" Jika anda boleh menangi ini untuk kawan anda, confirm dia akan rasa amat disayangi."
Hayati teladan daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. Kesan keyakinan mereka bahawa rezeki itu datang daripada Allah, maka mereka mudah berkorban. Sayidina Abu Bakar menginfakkan semua harta miliknya ke jalan Allah. Begitu juga dengan Sayidina Umar yang menyumbangkan separuh, dan seterusnya Sayidina Uthman sepertiga. Apa yang mendorong mereka bersifat demikian? Pertama, keyakinan mereka terhadap pembalasan Allah. Kedua, mereka menyedari bahawa harta milik mereka sebenarnya mllik Allah. Apabila Allah “memintanya”, mereka memberinya dengan rela.

Realitinya, sujud syukur itu ialah bukti syukur dengan hati. Sujud syukur bukan syukur dengan amalan. Sujud yang dilakukan bukan sekadar ucapan dan perlakuan, tetapi yang paling utama apabila hati merasakan nikmat yang dimiliki itu milik Allah yang hakiki. Sungguh, tidak beradab jika ada seseorang yang berkata: “Kalaulah tidak kerana aku, sudah lama kamu mati kelaparan.” Cuba ïŹkirkan sejenak, siapakah yang memberi rezeki sehingga seseorang itu mampu memberi rezeki kepada orang lain? Menisbahkan nikmat Allah kepada diri pun dilarang, apatah lagi menisbahkan nikmat Allah yang dibenkan kepada orang lain kepada diri sendiri.

Nabi Sulaiman a.s. pemah ditegur oleh Allah apabila terlintas dalam hatinya dengan sesuatu yang boleh mencalarkan rasa syukur. Teguran Allah sangat keras. Allah datangkan seorang manusia yang sangat menyerupainya ketika baginda keluar dari istana. Akibatnya, semua menteri, pengikut dan rakyatnya mematuhi “orang” tersebut.

Oleh sebab terkejut dengan teguran itu, Nabi Sulaiman a.s. segera bertaubat dan akhirnya kerajaan baginda dikembalikan kepadanya semula.

Ya, syukur dengan hati itu bukan mudah. Melalui syukur dengan hati Allah mcnutup rapat pintu syirik,
riyak, ujub dan sum‘ah. Justeru, berhati-hatilah apabila memberi motivasi kepada diri dan orang lain tentang keyakinan diri. Hendaklah sentiasa menyedari bahawa kekuatan diri‘ hakikatnya milik Allah jua. Menimbulkan keyakinan diri dalam Islam wajib bertitik tolak dengan keyakinan kepada Allah, yakni dengan sentiasa mengharap kemurahan, keperkasaan dan kasih sayangnya.

2.Bersyukur dengan lidah

Syukur dengan lidah adalah dengan mengakui segala sumber nikmat itu daripada Allah sw.t. iaitu dengan memujinya. Allah mengajarkan ungkapan syukur  dengan mengucap “alhamdulillah“. Itulah kalimah yang diajar  sendiri oleh Allah untuk memujinya. Selesai makan, ucapkan alhamdulillah.  Apabila bersin, ucapkan alhamdulillah. Jangan ucapkan kalimah-kalimah yang lain seperti  ”excuse me, I’m sorry” dan sebagainya.

Apabila melihat orang lain ditimpa musibah tetapi ia tidak menimpa kita, atau apabila negara jiran dilanda banjir yang teruk. begitu juga apabila pulang bermusafir dengan selamat dan apabila terselamat daripada kemalangan, ucapkan ‘alhamdulillah.’ Pendek kata, bersyukur dengan lisan hendaklah dibudayakan dalam diri masyarakat.

Rasulullah pernah bersabda, maksudnya: ‘Sesiapa sahaja yang melihat orang yang ditimpa musibah, kemudian dia berkata ‘Segala puji bagi Allah yang telah  menyelamatkan aku daripada musibah itu,’ lalu memuji ‘ Allah, maka orang tersebut  tidak akan ditimpa musibah tersebut .”(Riwayat al-Bahaqi)

Dengan mengucapkan alhamdulillah, ia bukan untuk menempelak orang yang ditimpa musibah itu  (kerana kita wajar ucapkan kata-kata simpati kepada mereka), tetapi ucapan tersebut  untuk diri kita yang terselamat atau terhindar daripada musibah tersebut.

Syukur  dengan lisan juga adalah dengan menampakkan kesan nikmat Allah pada diri kita. Dalam riwayat al-Baihaqi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Alangkah baiknya salah seorang daripada kamu jika dia rmembeli dua pakaian untuk hari Jumaat selain dua pakaian untuk bekerja.

Jika ada kelapangan rezeki, sediakan pakaian untuk solat dan bekerja. Menyediakan pakaian untuk solat dan bekerja menunjukkan tanda syukur kita terhadap nikmat  yang Allah berikan di dunia ini tanpa melupakan hakikat hari akhirat  nanti. Perbuatan ini termasuk dalam kategori syukur dengan lisan, yakni menampakkan kesan hikmat  Allah pada diri. Begitu juga apabila mengadakan kenduri kesyukuran, ia sebagai syukur dengan lisan dengan menguar-uarkan dan berkongsi nikmat yang diperoleh daripada Allah kepada orang lain.

Dengan kedua-dua sikap tersebut, sebenarnya kita telah ”mempamerkan ” kesan nikmat Allah kepada masyarakat. Allah suka jika kita menampakkan kesan nikmat yang dikurniakan olehnya kepada hamba-hambanya yang lain. Apabila Allah suka, Allah akan menambah nikmatnya. Namun, perlu dijauhi niat menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah terhadap orng lain.

3. Bersyukur dengan amal

Bersyukur dengan amalan adalah dengan menggunakan nikmat kurniaan Allah selaras dengan tujuan Allah mengumiakannya. Misalnya jika Allah memberikan ilmu dan apabila menyedari dengan hati bahawa ilmu itu datang daripada Allah, ucapkan kalimah kesyukuran alhamdulillah. Kemudian terus amal dan sampaikan ilmu tersebut. Begitu juga apabila dikurniakan harta, harta itu terus dibelanjakan ke jalan yang halal dan diredai Allah.

Apabila Allah memberi kesihatan, gunakan la untuk beribadah kepada Allah sama ada dalam ibadah umum ataupun khusus. Begitu juga apabila Allah memberikan masa lapang, ia perlu digunakan untuk menambahkan ilmu, menolong orang lain dan membuat perkara-perkara yang bermanfaat. Allah berïŹrman yang bermaksud: “Wahai keluarga Daud, beramallah kalian untuk bersyukur.” (Surah Saba’34: 13)

Sekiranya tidak belamal, itu tandanya kita belum bersyukur sekalipun kita telah mengucapkan syukur melalui lisan dan merasainya dengan hati. Kita dapat lihat betapa ramai manusia yang menyalahgunakan nikmat ke arah jalan maksiat dan kemungkaran. Diberi ilmu, harta, rupa dan kesihatan tetapi semuanya disalahgunakan ke jalan yang batil dan mungkar. Mengapa tergamak kita gunakan nikmat untuk menderhakai Pemberi nikmat ini?

Akibat tidak bersyukur, nikmat itu akan ditarik balik, dibinasakan ataupun menjadi istidraj (pemberian nikmat untuk memudaratkan). Natijahnya, melalui nikmat Allah tidak dapat mendekatkan kita dengan Allah, tetapi semakin jauh daripadanya. Akibat yang lebih buruk, jiwa kita semakin tidak tenang walaupun dilimpahi harta yang banyak dan kuasa yang semakin tinggi.

Paduan Elemen-Elemen Syukur

Ketiga-tiga kaedah bersyukur (hati, lisan dan tindakan) tidak dapat dipisahkan dan semuanya perlu dilaksanakan serentak. Apabila ketiga-tiga kaedah ini dilaksanakan, barulah diri akan menjadi tenang dan dapat memberi ketenangan. Orang yang bersyukur akan banyak memberi. Jika kita bersyukur  ketujuh-tujuh anggota; mata, telinga, Iidah, tangan, perut, kemaluan dan kaki akan memberi dan menjana kebalkan bukan sahaja kepada Allah, tetapl juga kepada manusia lain.

Syukur akan memperbanyakkan nikmat yang sedikit, menyelamatkan diri daripada kekufuran, merapatkan hubungan dengan Tuhan dan sesama insan serta  akan melahirkan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Hayatiah sabda Rasulullah s.a.w. ini,maksudya: ‘Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, pasti dia juga tidak akan mensyukuri nikmat yang banyak. Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia  pasti diajuga tidak berterima kasih kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah ini termasuklah ungkapan rasa syukur, sedangkan meninggalkannya adalah kufur. Berkumpul(berjemaah)  itu suatu  rahmat, sedangkan menyendiri itu satu petaka.(Riwayat Ahmad)

lngin dtegaskan sekali lagi bahawa orang yang bersyukur ialah orang yang merasakan dirinya  rmempunyai kelebihan. Dan orang tersebut sahajalah yang sanggup memberi. Manakala orang yang sentiasa merasakan serba kekurangan tidak akan mampu memberi. Hanya apabila manusia memberi barulah segala yang ada dalam kehidupannya akan menjadi subur. lngatlah, kekayaan, kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan hamba yang bersyukur akan digandakan.

Lihatlah  betapa indahnya perumpamaan yang Allah nyatakan dalam al-Quran bagi hambanya yang sudi memberi (kesan sifat syukurnya). maksudnya: ‘Perumpamaan orang yang rnembelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir biji benihyang
menumbuhkan tujuh tangkai, dan setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaannya) Iagi Maha Mengetahuif (Surah al-Baqarah 2: 261)

Bersyukurlah, nescaya kehidupan dunia dan akhirat kita menjadi subur.

Thursday, September 25, 2014

10 Fadilat Dan Kelebihan 1-10 Bulan Zulhijjah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšŰłÙ… Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű§Ù„Ű±Ű­Ù…Ù† Ű§Ù„Ű±Ű­ÙŠÙ…

Ű§Ù„Ű­Ù…ŰŻ لله ۱ۚ Ű§Ù„ŰčŰ§Ù„Ù…ÙŠÙ†، ÙˆŰ§Ù„Ű”Ù„Ű§Ű© ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ„Ű§Ù… Űčلى Ű±ŰłÙˆÙ„Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…ÙŠÙ†، وŰčلى ŰąÙ„Ù‡ ÙˆŰ”Ű­ŰšÙ‡ ŰŁŰŹÙ…Űčين.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? 

Imam al Bukhari rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya, "Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)."

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW  bersabda maksudnya, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)."

Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda SAW bersabda maksudnya, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan untuk di lakukan 1-10 Zulhijjah :

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi SAW maksudnya.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Hari ‘Arafah ialah hari ke 9 Zulhijjah. I a adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi SAW. bersabda maksudnya; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah SWT yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana maksud hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

َۧللهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، Ù„Űą Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، َۧللهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ وَŰ§Ù„ِلَّهِ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ.   ( × 5/3)
َۧللهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، َۧللهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، َۧللهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، َۧللهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ كَŰšِيْ۱ًۧ وَŰ§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ لِلَّهِ كَŰ«ِيْ۱ًۧ وَŰłُŰšْŰ­َŰ§Ù†َ Ű§Ù„Ù„َّهِ Űšُكْ۱َŰ©ً وَŰŁَŰ”ِيْÙ„Ű§ً، Ù„Űą Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَÙ„Ű§َ نَŰčْŰšُŰŻُ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű„ِيَّŰ§Ù‡ُ مُŰźْلِŰ”ِيْنَ لَهُ Ű§Ù„ŰŻِّيْنَ وَلَوْ كَ۱ِهَ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ُوْنَ، Ù„Űą Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ­ْŰŻَهُ Ű”َŰŻَقَ وَŰčْŰŻَهُ وَنَŰ”َ۱َ ŰčَŰšْŰŻَهُ وَŰŁَŰčَŰČَّ ŰŹُنْŰŻَهُ وَهَŰČَمَ ْۧÙ„ŰŁَŰ­ْŰČََۧۚ وَŰ­ْŰŻَهُ، Ù„Űą Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ وَŰ§Ù„Ù„Ù‡ُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ، َۧللهُ ŰŁَكْŰšَ۱ُ وَŰ§Ù„ِلَّهِ Ű§Ù„ْŰ­َمْŰŻُ.
 

Maksudnya, "Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi SAW bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada empunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.