Saturday, June 30, 2012

Wanita Solehah Hak Yang Perlu Di Rebut


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud : "Tidak aku tinggalkan suatu fitnah sesudahku lebih merbahaya kepada kaum lelaki melainkan godaan wanita."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah kedudukan wanita, tidak kira samaada ia sebagai anak gadis, sebagai isteri atau sebagai ibu. Apabila ia seorang yang solehah, maka mereka merupakan sebaik-baik kedudukan di antara seisi dunia. Tetapi jika sebaliknya, mereka merupakan suatu fitnah yang merbahaya kepada dunia. Walaupun mereka tidak berniat untuk membuat fitnah, tetapi wanita itu sendiri dengan kehadirannya boleh membawa fitnah jika tidak dipandu dan dikawal oleh syariat.

Masakan tidak, memandangnya saja boleh menimbulkan fitnah jika tubuhnya tidak dibaluti pakaian yang menutup aurat. Melangkah saja ia boleh mendatangkan fitnah jika ia melangkah tanpa mengikut peraturan syariat.

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT. tidak mengenakan sedemikian kawalan yang ketat keatas mereka jika mereka tidak sedemikian bahaya.Bukankah Rasulullah SAW. telah mengingatkan tentang wanita dalam sabdanya yang bermaksud : "Wanita adalah alat perangkap (yang digunakan oleh) syaitan." (Hadis Riwayat Asy-Shihaab)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia. “Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW  dan Fatimah binti Muhammad,”(Hadis Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah SWT.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah SWT serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah SWT di mihrab (tempat ibadah)

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah SAW. Baginda merasai cukup sedih dengan kematian isterinya yang tercinta.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang solehah dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…”
(Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.

Maka amatlah wajar bagi wanita memahami kedudukan mereka, supaya mereka boleh berusaha mendapatkan kedudukan mereka sebagai perhiasan dunia yang terbaik, yang solehah, yang dapat memberi ketenteraman kepada gelora yang melanda masyarakat manusia.

Maka amatlah wajar juga wanita ini berusaha memadamkan segala fitnah yang mungkin timbul, yang mengiringi mereka ke mana saja mereka pergi.

Wanta solehah juga tidak seharusnya tertipu dengan rentak tari musuh-musuh Islam di dalam apa yang dinamakan "memperjuangkan hak wanita', sehingga mengenapikan peraturan-peraturan yang telah Allah SWT aturkan untuk kita.

Di barat, kaum wanita mereka menuntut hak yang mereka namakan "Women's Liberation", tetapi wanita Islam sudah lama disuruh mencapai tahap wanita solehah.Itulah hak mereka yang Rasulullah SAW. sifatkan sebagai "sebaik-baik perhiasan di dunia". Adalah amat malang jika wanita Islam terikut-ikut dengan "Women's Liberation" tetapi gagal menilai ketinggian dan kemuliaan "wanita solehah".

Sahabat yang dikasihi,
Wanita seharusnya menyedari bahawa tugas, tanggungjawab dan peranan mereka adalah berat, sukar untuk dilaksanakan dan sulit untuk di selesaikan tanpa panduan dan pemahaman yang benar-benar ikhlas dan mendalam. Sedarlah, bahawa jalannya sukar untuk menjadi suatu perhiasan yang terbaik atau untuk memiliki pangkat solehah itu, tapi usaha ke arah itu adalah wajib dibuat.

Juga sedarlah, bahawa diri wanita itu adalah senjata syaitan yang paling ampuh untuk melahirkan kerosakan kepada lelaki khasnya dan masyarakat amnya, dan senjata ini telah terbukti berkesan jika diikuti rentetan sejarah kehidupan manusia sejak penciptaan Nabi Adam a.s. Dari itu, berwaspadalah dan teruskan usaha mengejar anugerah syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada wanita-wanita yang solehah. Kalian mampu untuk mendapat anugarah yang mulia ini iaitu " Wanita solehah sepanjang zaman"

Jauhi Sifat Bakhil (Kikir) Kerana Sifat Ini Adalah Sifat Ahli Neraka


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesuatu yang sangat penting untuk diketahui setiap muslim ialah bahawa harta yang dimiliki dalam bentuk apapun yang ada di sekitarnya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 
Tidaklah seseorang itu boleh mendakwa bahawa harta yang dimiliki adalah haknya secara mutlak kerana apa yang dia miliki adalah dengan izin Allah, manusia tidaklah berkuasa sepenuhnya pada harta tersebut. Status harta itu hanya amanah atau pinjaman dari Allah 
Subhanahu Wa Ta’ala sahaja. Sebagaimana dalam hadis daripada Nabi SAW :

يَۧ ŰčِŰšَۧۯِيْ كُلُّكُمْ ŰŹَۧۊِŰčٌ Ű„ِلَّۧ مَنْ ŰŁَŰ·ْŰčَمْŰȘُهُ فَۧ۳ْŰȘَŰ·ْŰčِمُوْنِيْ ŰŁُŰ·ْŰčِمْكُمْ يَۧ ŰčِŰšَۧۯِيْ كُلُّكُمْ Űčَۧ۱ٍ Ű„ِلَّۧ مَنْ كَŰłَوْŰȘُهُ فَۧ۳ْŰȘَكْŰłُوْنِيْ ŰŁَكْŰłُكُمْ
 

Maksudnya : “Wahai para hamba-Ku, kalian semua pada asalnya lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka mohonlah makanan pada-Ku. Wahai para hamba-Ku, sesungguhnya kalian pada asalnya telanjang, kecuali orang yang Kuberi pakaian, maka mohonlah kepada-Ku pakaian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Gambaran hadis di atas menguatkan bahawa manusia tidaklah memiliki apa-apa semua keperluan hidupnya dicukupkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dan perlu diingat, manakala lahir di dunia manusia tidaklah membawa apapun walau sehelai benang, lalu Allah 

Subhanahu Wa Ta’ala berikan rezeki kepadanya berupa makanan, pakaian dengan berbagai aneka ragam jenis dan jumlahnya.

Lalu dengan hikmah-Nya yang mulia, Allah Subhanahu Wa Ta'al telah memerintahkan kepada kita selaku penerima nikmat untuk menunaikan hak harta tersebut dengan zakat, infaq dan sedekah sehingga kita menjadi orang yang dermawan kerana kedermawanan adalah salah satu jalan menuju syurga. Dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang dari sifat bakhil (kikir atau kedekut) yang merupakan lawan dari sifat dermawan.

Bakhil adalah sifat yang tercela kerana sifat ini terlahir dari godaan syaitan. Bakhil dijadikan oleh syaitan sebagai jalan untuk menuju jalan ke neraka. Definisi bakhil adalah perbuatan seorang hamba untuk menahan harta yang ada padanya tanpa menunaikan hak dan kewajiban yang patut dilaksanakan dengan harta tersebut. 

Dalil yang melarang dari perbuatan bakhil di antaranya adalah:

Űčَنْ ŰŁَŰšِي هُ۱َيْ۱َŰ©َ، ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ قَŰ§Ù„َ: «Ű§ŰŹْŰȘَنِŰšُÙˆŰ§ Ű§Ù„ŰłَّŰšْŰčَ Ű§Ù„ْمُÙˆŰšِقَۧŰȘِ» قِيلَ: يَۧ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ، مَۧ هِيَ؟ قَŰ§Ù„َ: «Ű§Ù„ŰŽِّ۱ْكُ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّهِ، وَŰ§Ù„ŰŽُّŰ­ُّ، وَقَŰȘْلُ Ű§Ù„Ù†َّفْŰłِ Ű§Ù„َّŰȘِي Ű­َ۱َّمَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَّۧ ŰšِŰ§Ù„ْŰ­َقِّ، وَŰŁَكْلُ Ű§Ù„Ű±ِّŰšَۧ، وَŰŁَكْلُ مَŰ§Ù„ِ Ű§Ù„ْيَŰȘِيمِ، وَŰ§Ù„ŰȘَّوَلِّي يَوْمَ Ű§Ù„ŰČَّŰ­ْفِ، وَقَŰ°ْفُ Ű§Ù„ْمُŰ­ْŰ”َنَۧŰȘِ Ű§Ù„ْŰșَŰ§ÙِلَۧŰȘِ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنَۧŰȘِ»
 
Dari sahabat Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam telah bersabda : "Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian." Lalu (sahabat) bertanya, "Apakah itu wahai Rasulullah?" Lalu baginda menjawab, "Menyekutukan Allah, bakhil (kikir), membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh zina wanita mukminat yang suci.” 
(Hadis Riwayat an-Nasai)

Banyak contoh tentang kehancuran orang-orang yang bakhil. Salah satunya adalah Qarun sebagai raja kebakhilan yang pernah muncul di muka bumi ini. Di mana Allah SWT akhirnya menenggelamkannya beserta gedung dan harta kekayaannya. Kisah tersebut boleh  dibaca dalam Al-Quran pada surah Al-Qashash. Perkara ini perlu dijadikan sebagai pelajaran bahawa bakhil dapat membawa kepada kehancuran di dunia dan akhirat.

Sifat bakhil terbena akibatkan kecintaan yang berlebihan terhadap dunia, tidak adanya keyakinan tentang kemuliaan yang ada di sisi Allah SWT, sifat tamak dan kagum kepada diri sendiri serta sebab-sebab lainnya.

Sudah semestinya bagi hamba-hamba yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya untuk menjauhi sifat yang tercela ini, agar tidak menyesal kelak di kemudian hari.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata : “Seorang muslim yang terpuji adalah muslim yang mempunyai sifat berani dan dermawan. Sebaliknya, seorang muslim yang tercela adalah muslim yang mempunyai sifat bakhil dan pengecut.”

Setengah pihak beranggapan bahawa bakhil ada sebahagian sifat jimat cermat atau mengjauhi pembaziran (membuangkan harta dengan sia-sia). Sebenarnya terdapat perbezaan yang jelas diantara dua sifat ini iaitu bakhil dan berjimat cermat (membazir) .
 

Membazir adalah perbuatan yang menggunakan harta dengan sia-sia dan tidak berguna seperti makanan berlebihan yang akhirnya sisanya dibuang atau membeli barang yang tidak diperlukan.

Hal ini memang dilarang dalam agama, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang maksudnya : " … janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Rabb-nya.” (Surah al-Isra ayat 26-27)

Al-Imam as-Sa’dy rahimahullah dalam tafsirnya berkata, “Kerana sesungguhnya syaitan tidak mengajak kecuali kepada perangai yang tercela. Maka dia mengajak manusia kepada perbuatan bakhil dan menahan harta. Apabila manusia tidak mengikutinya, maka syaitan mengajaknya untuk berbuat boros (membazir) dan membuangkan harta.” (Lihat Taisir al-Karim ar-Rahman)

Adapun bakhil ialah menahan harta yang sepatutnya dia keluarkan. Sebagai contoh, dia mempunyai kemampuan untuk membayar zakat tapi dia enggan dan ingkar (tidak menunaikannya), atau dia seorang yang memiliki banyak harta tapi manakala datang fakir miskin untuk meminta haknya lalu tidak dia berikan hak itu kepada mereka. Dia enggan bersedekah untuk pembinaan maahad tahfiz, sekolah agama dan tidak suka infak di jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Sahabat yang dimuliakan,
Apapun keadaan dan kedudukan kita, janganlah menjadi insan bakhil. Sekiranya kita menjadi suami janganlah bakhil pada isteri dan anak-anak untuk memberi nafkah dan pendidikan agama yang terbaik. Jika kita sebagai anak janganlah bakhil untuk membantu ibu bapa dikampung, sekirannya mereka belum mengerjakan haji usahakanlah peruntukan untuk mereka berdua. Sekiranya kita melihat saudara-saudara kita di Palestin, Syiria, Myanmar memerlukan bantuan kerana di tindas oleh pemerentah zalim maka berilah sumbangan tanda kasih sayang sesama saudara muslim.

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis:

وَŰčَنْ ŰŁَŰšِيْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ، وَيُقَŰ§Ù„ُ لَهُ : ŰŁَŰšُوْ ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمَنِ Ű«َوْŰšَŰ§Ù†َ، قَŰ§Ù„َ: قَŰ§Ù„َ ۱َŰłُوْلُ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ: «ŰŁَفْ۶َلُ ŰŻِيْنَۧ۱ٍ يُنْفِقُهُ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ، ŰŻِيْنَۧ۱ٌ يُنْفِقُهُ Űčَلَى ŰčِيَŰ§Ù„ِهِ، وَŰŻِيْنَۧ۱ٌ يُنْفِقُهُ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلُ Űčَلَى ŰŻََّۧۚŰȘِهِ فِيْ ŰłَŰšِيْلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ، وَŰŻِيْنَۧ۱ٌ يُنْفِقُهُ Űčَلَى ŰŁَŰ”ْŰ­َِۧۚهِ فِيْ ŰłَŰšِيْلِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ»

“Dari sahabat Abu Abdillah atau terkadang dipanggil Abu Abdirrahman Tsauban berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda (maksudnya), “Sebaik-baik dinar yang diinfakkan seseorang adalah dinar yang dia infakkan kepada keluarganya dan dinar yang diinfakkan untuk membeli kendaraan perang di jalan Allah, serta dinar yang diinfakkan untuk saudaranya untuk perang di jalan Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Atau jika kita menjadi ketua jabatan janganlah kita bakhil pada orang-orang dibawah. Bila menjadi seorang ahli perniagaan janganlah bakhil untuk memberi sumbangan untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiah. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam memberi peringatan dalam sabdanya :

لَۧ يَŰłْŰŁَلُ ۱َŰŹُلٌ مَوْلَŰ§Ù‡ُ مِنْ فَ۶ْلٍ هُوَ ŰčِنْŰŻَهُ، فَيَمْنَŰčُهُ Ű„ِيَّŰ§Ù‡ُ، Ű„ِلَّۧ ŰŻُŰčِيَ لَهُ يَوْمَ Ű§Ù„ْقِيَŰ§Ù…َŰ©ِ فَ۶ْلُهُ Ű§Ù„َّŰ°ِيْ مَنَŰčَهُ ŰŽُŰŹَۧŰčًۧ ŰŁَقْ۱َŰčَ

“Tidaklah seseorang meminta kelebihan harta yang dimiliki tuannya lalu dia tidak memberinya kecuali akan didatangkan ketika hari kiamat kelebihan harta itu berupa ular botak.”(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Untuk dijauhi daripada sifat bakhil ini  para ulama telah memberikan jalan penyelesaiannya. Di antaranya dengan banyakkan bersedekah dan berinfak, memikirkan tentang kehinaan dan kerendahan harta di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, memikirkan balasan yang azab akan diterima di hari akhirat nanti , memahami hakikat harta adalah pinjaman dan tidak kekal,banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang yang mempunyai sifat bakhil.


Islam menggalakkan kita bersedekah sebagiaman firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud : “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 

(Surah al-Baqarah ayat 271)

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-’Utsaimin rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini beliau menyebutkan beberapa pelajaran yang boleh diambil. Di antaranya:

1. Anjuran dan dorongan untuk bersedekah, baik dengan menampakkannya atau dengan menyembunyikannya.

2. Bahawasanya menyembunyikan sedekah itu lebih baik daripada menampakkannya kerana lebih mendekati keikhlasan dan menyembunyikan orang yang menerima sedekah tersebut.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

ۧŰȘَّقُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱َ وَلَوْ ŰšِŰŽِقِّ ŰȘَمْ۱َŰ©ٍ

“Bentengilah diri kalian dari seksa api neraka meskipun dengan separuh buah kurma.” (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih)

Hadis ini mengandungi galakan untuk bersedekah kerana bersedekah dapat menghalangi (menjadi benting) diri orang yang bersedekah dari api neraka.



Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bersedekah jariah dan infakkan harta kita dijalan Allah SWT. Yakinlah setiap ringgit sumbangan kita merupakan saham yang besar di akhirat nanti. Jika kita gunakan untuk makan ianya akan habis tetapi jika kita sedekahkan ianya tidak habis atau hilang begitu sahaja.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam juga menyatakan bahawa harta tidak akan berkurang kerana disedekahkan. Sebagaimana sabda dalam baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam:

مَۧ نَقَŰ”َŰȘْ Ű”َŰŻَقَŰ©ٌ مِنْ مَŰ§Ù„ٍ

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta sedikit pun.” (Hadis Riwayat Muslim dan at-Tirmidzi)

Tentang hadis ini, al-Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa tidak berkurangnya harta dengan sedekah ditinjau dari dua sisi:

1. Hartanya akan diberkahi dan berbagai mudharat (bahaya) akan tercegah dari pelakunya. Maka tertutuplah berkurangnya harta itu dengan berkah yang tersembunyi. Hal ini boleh diketahui dalam kehidupan harian dan kebiasaan.

2. Walaupun harta tersebut nampaknya berkurang, akan tetapi tertutupi dengan pahala yang dipersiapkan untuknya, bahkan berlipat ganda.

Allah SWT akan kurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka dan akan melebihi daripada sedekah yang telah kita berikan, itulah kelebihan sedekah.

Friday, June 29, 2012

Tujuh Kalimat Yang Mulia di Sisi Allah Perlu Di Ucapkan Setiap Hari

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kehidupan seorang mukmin sentiasa dihiasi dengan akhlak Islam, lidahnya sentiasa basah berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT. Hati dan jiwanya sentiasa reda dengan takdir Allah SWT dan bersangka baik dengan-Nya. Dalam keadaan apa sekali pun seorang mukmin perlu berdoa dan lidahnya menyebut dan memuji-muji Allah SWT tanda bersyukur dan cinta kepada-Nya. Terdapat tujuh kalimat mulia disisi Allah dan malaikat, bila diucapkan maka Allah SWT  akan mengampunkan segala dosa-dosanya.

Sabda Rasulullah SWT yang maksudnya : " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampun dosa-dosanya walau sebanyak buih laut :

1. Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap 'Alhamdulillah' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap 'Astaghfirullah' jika lidah tersilap perkataan yang tidak elok.
4. Mengucap 'Insya Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap 'La hawla wala quwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah' sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya "

Jika kita amalkan dan faham fadilat dan hikmah yang terdapat di dalam kalimah-kalimah yang mulia ini sehingga Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa kita walaupun sebanyak buih-buih dilaut.

Kalimah-kalimah tersebut adalah seperti berukut :

Pertama :Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

Sebelum hendak memulakan sesuatu pekerjaan membacalah Bismallah. Bismallah adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz "Bismillahir rohmanirrohim" yang bermaksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya :
1. "Tiada daripada seorang hamba yang membaca "Bismillahir rohmanirrohim" melainkan hancurnya syaitan seperti hancurnya timah diatas api".

2. " Barangsiapa yang membaca "Bismillahir rohmanir rohim" nescaya Allah akan ampunkan dosanya yang terdahulu".

3. "Barangsiapa membaca "Bismillahir rohmanir rohim" ditulis namanya daripada kalangan orang-orang yang benar pada taatnya dan dilepaskan daripada sifat kufur dan nifaq (kafir dan munafiq)".

4. "Sesungguhnya syaitan menganggap halal makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya."
(Hadis Riwayat Muslim)

5. " Barangsiapa ingin diselamatkan Allah dari malaikat Zabaniahyang berjumlah sembilan belas, hendaklah ia membaca"Bismillahirrohmanir rohim" Allah akan jadikan setiap hurufnya perisai untuk setiap malaikat Zabaniah."

6."Barangsiapa yang membaca "Bismillahir rohmanir rohim" sebanyak 21kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan,kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala."(Semuanya dengan izin Allah SWT)

Kedua : Mengucap 'Alhamdulillah' (segala pujian bagi Allah) pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

Tanda kita bersyukur kepada segala nikmat yang telah Allah kurniakan hendaklah sentiasa memuji Allah SWT dengan mengucapkan "Alhamdulillah"

Firman Allah SWT  maksudnya : "Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)

Ingatlah! Semua yang Allah berikan pada kita atas dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Allah boleh tarik semuanya dalam sekelip mata, jika kita tidak pandai nak bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita selama kita hidup di dunia, lagi pun kehidupan di dunia ini juga adalah sementara. Kehidupan yang kekal adalah di hari akhirat.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : "Pertahankanlah dirimu dengan keempat-empat kalimah ini (subhanallah,walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar : Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, dan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar), semoga kamu dilindungi daripada Jahannam.Kerana kalimah-kalimah ini akan melindungi pembacanya daripada kanan, kiri, belakang dan bahagian hadapan. Dan kalimah-kalimah ini adalah kebajikan-kebajikan yang kekal selama-lamanya."

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah dan setiap tahlil ialah sedekah dan setiap lafaz takbir adalah merupakan sedekah. "

Ketiga : Mengucap 'Astaghfirullah' jika lidah tersilap perkataan yang tidak elok.

Istighfar bermaksud memohon kemaafan. Dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan menyebut 'Astagfirullahaladzim' bersama rasa menyesal di hati.Amalan harian Rasulullah dulunya beristighfar 100kali untuk mengelakkan lidahnya daripada menuturkan kata-kata buruk.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari dosanya."

Keempat : Mengucap 'Insya Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi SAW. untuk bertanyakan mengenai hal roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzulkharnain. Nabi SAW. lalu menjawab, "Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya, " .

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi SAW. hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.

Ketika itu turunlah ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ' Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ' , kecuali (dengan menyebut) ' Insya Allah ' . Dan ingatlah kepadaTuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ' Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini '. " (Surah Al-Kahfi ayat 23-24)

Perkataan 'InsyaAllah ' membawa erti jika Allah mengkehendaki. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia terbatas daripada mengetahui apa yang bakal  berlaku pada masa ke depan. Jika kita sebagai makhluk punya rencana atau perancangan, Allah pula sebagai Khalik punya segala kuasa. Dengan demikian ucapan ' Insya Allah ' menunjukkan kepada kerendahan hati kita sebagai seorang hamba dan sedar dengan segala kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Atas dasar itulah Nabi SAW. sendiri pun ditegur oleh Allah SWT. bila alpa daripada mengucapkan yang demikian.

Kelima : Mengucap 'La hawla wala quwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

Lahawla wala quwwata illa billah merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.

Berkata Abdullah bin Masud r.a, pernah seketika beliau bersama Rasulullah SAW. dan dia mengucapkan 'La hawla wala quwwata illabillah'."Baginda SAW. bertanya:"Apakah kamu mengetahui maksudnya?","Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui"

Baginda SAW. menerangkan maksudnya :"Ia bermakna tidak ada sesiapa yang mempunyai daya keupayaan untuk memelihara dirinya daripada menderhakai Allah melainkan dengan pertolongan dan perlindungan dari Allah, dan tidak ada sesiapa pun mempunyai daya keupayaan untuk mentaati dan beribadat kepada Allah tanpa bantuan dan petunjuk daripada Allah.

Tidak ada daya keupayaan untuk mengelak daripada menderhakai Allah melainkan dengan perlindungan dan pertolongan Allah dan tidak ada daya keupayaan untuk mentaati dan menyembah Allah melainkan dengan pertolongan dan petunjuk daipada-Nya, dan tidak ada tempat perteduhan yang selamat daripada kemurkaan Allah melainkan Allah"

Dalam riwayat yang lain, "Kami bersama Nabi SAW. Bila kami menaiki dataran tinggi, maka kami mengucapkan takbir. Maka baginda mengatakan: 'Wahai manusia kasihilah diri kalian, kerana kalian tidaklah menyeru Dzat yang tuli atau jauh, akan tetapi Ia Maha Mendengar dan Maha Melihat. 'Lalu baginda mendatangiku, sementara aku sedang mengucapkan dalam diriku: 'La hawla wala quwwata illa billah.'Lalu baginda mengatakan: 'Wahai Abdullah bin Qais (nama Abu Musa), ucapkan La hawlawala quwwata illa billah. Sesungguhnya itu adalah salah satu kekayaanyang tersimpan di syurga.' Atau beliau mengatakan:'Tidakkah kamu mau aku tunjuki salah satu harta kekayaan di syurga? Lahawla wala quwwatailla billah'." (Hadis Riwayat Bukhari )

Keenam : Mengucap 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.

Allah SWT. berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Rasulullah SAW  pernah bersabda yang bermaksud : "Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah' sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya "

"Dari Ubadah bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yangbermaksud.."Barangsiapa bersaksi mengatakan LailahaillahMuhammadarrasulullah (Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah) maka Allah akan mengharamkan Neraka baginya.."

Rasulullah bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang berkata kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH  sebanyak 100 kali maka tatkala ia datang di hari kiamat dengan wajahnya seperti bulan purnama."

"Rasulullah pernah bersabda maksudnya : "Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata. 'Wahai Muhammad, apa erti kesusahan, sedangkan Allah s,w,t telah memberikan kepada umatmu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu :

1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKu ialah Aku mengikut sangkaannya terhadapKu dan Allah tidak menyalahi sangkaan hamba terhadap-Nya."

2. "Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

3. "Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau, selagi mana nyawanya belum sampai ke kerongkong"

4. "Barangsiapa datang kepada Allah dengan membawa dosa sepenuh bumi maka jika ia menyebut LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULLAH , maka nescaya Allah akan mengampuninya."

5. "Allah s.w.t menghapuskan dosa-dosa mereka yang sudah mati dengan sebab do'a orang-orang yang masih hidup."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah amalkan tujuh kalimat yang menghandungi fadilat dan hikmah yang sungguh besar dan bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat. Setiap kali kita menyebutnya yakinilah kita akan mendapat rahmat dan keampunan dan ada ganjaran yang besar di sediakan oleh Allah SWT tanda kita bersyukur dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT

Thursday, June 28, 2012

Dailog Di Antara Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam al-Quran ada diceritakan kisah dialog atau perbualan di antara ahli syurga dan ahli neraka. Ahli syurga mengenali ahli neraka yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran tetangga atau ahli keluarganya. Ketika di dunia dahulu mereka sering berjumpa, berbincang dan berkawan baik tetapi oleh kerana masing-masing membawa haluan tersendiri ada yang mematuhi syariat Allah SWT dan pula yang melanggarinya . Bagi mereka yang melakukan amal soleh maka balasan syurga diperolehi sebaliknya pula mereka yang berdosa dan melakukan maksiat telah dimasukkan ke dalam neraka.

Jika kita fikir secara logik bagaimana ahli syurga boleh berdailog dengan ahli neraka sedangkan mereka berada di dua tempat yang berjauhan seperti langit dan bumi. Cuba bayangkan dalamnya neraka umpama kita lepaskan seketul batu di atas  siratul mustakim  selama 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar neraka. Peristiwa ini tidak mustahil kerana semua perkara di syurga adalah luar biasa dan tidak dapat dibayangkan oleh akal dan fikiran manusia, jika di dunia ini pun kita boleh saksikan bagaimana boleh di adakan ''video confrence" walaupun ahli-ahli panelnya berada di merata dunia. Ucapan dan soaljawab boleh disaksikan secara terus menerus.


Terdapat dailog di antara ahli syurga dengan orang-orang kafir, orang Islam yang berdosa besar dan terdapat juga orang-orang baik atau alim dan berilmu di dunia tetapi mereka dimasukkan juga ke dalam neraka (kerana tidak mengamalkan ilmunya dan menjadi ulama dunia) .

Apa hikmah di balik dialog diantara penduduk syurga dan neraka tersebut ? Kemudian bagaimana dengan keadaan saudara mara kita di dalam neraka? Tidakkah seorang manusia itu akan bersedih atasnya. sementara dia berada dalam syurga?

Hikmah dari itu semua adalah agar kebahagiaan penghuni syurga semakin bertambah dengan kenikmatan Allah atas mereka; iaitu dengan masuknya mereka ke dalam syurga serta keselamatan mereka dan api neraka. Serta agar semakin bertambah penyesalan dan kerugian penghuni neraka kerana kehilangan karunia dan mendapatkan seksa.

Allah SWT berfirman maksudnya : "...dan penghuni-penghuni syurga berseru kepada penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan): “Sesungguhnya Kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan Kami menjanjikannya kepada kami. Maka Apakah kamu telah memperoleh dengan sebenarnya apa (azab) yang Tuhan kamu menjanjikannya (kepadamu)?” Mereka (penduduk neraka) menjawab: “Betul”. kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: “Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim, (Surah aI-A’raaf (7) ayat 44)

Apabila tidak tertahan kehausan yang teramat dan kelaparan yang teramat dalam neraka, penghuni neraka meminta agar penghuni syurga berkongsi dengan mereka sedikit air dan sedikit makanan yang diberikan Allah SWT kepada penghuni syurga. Mereka ditempelak oleh penghni syurga. Kerana Allah SWT mengharamkan air minuman dan makanan di ahirat kepada penghuni neraka. Minuman mereka hanya dibenarkan apa yang ada dalam neraka, iaitu minuman nanah yang teramat busuk dan menjijikkan yg menggelegak sebagai minuman dan buah zakum yang berduri sebagai makanan harian penghuni neraka. Apabila diminum minuman neraka itu hancur luluh segala saluran makanan, perut hancur, dengan kesakitan yang tidak dapat dibayangkan seksa sakitnya, kemudian kembali seperti sediakala.

Apabila dimakan buah zakum yg berduri itu ditelan tidak boleh masuk, sambil durinya mencakar kerongkong, sehingga luka,koyak dan terburai kerongkong dan kalau masuk dalam perut pula hancur isi perut, dengan kesakitannya digandakan 99 kali pula, kemudian kembali seperti sediakala. Diulangi lagi, kerana dahaga dan lapar, namun tidak hilang haus dan lapar.

Allah SWT juga berfirman lagi maksudnya : "dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: ” Limpahkanlah kepada Kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu”. mereka (penghuni syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir, (Surah aI-A’raaf (7) ayat 50)

Dari Ibnu ‘Abbas dia berkata ‘Seorang laki-laki memanggil saudaranya atau bapaknya, seraya berkata, ‘Sungguh aku telah terbakar Iimpahkanlah atasku sedikit air!’ Maka dikatakan kepada mereka, ‘Jawablah mereka.’ Maka mereka menjawab, ‘Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya atas orang-orang kafir.’

Sa’id bin Jubair radhiyallahu anhu juga berkata, "Seorang laki-laki menyeru kepada saudaranya, ‘Wahai saudaraku, sungguh aku telah terbakar, maka tolonglah aku!’ Maka dia menjawab, ‘Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya atas orang-orang kafir.’ (Tafsir at-Thabari (XII/473-474))

Imam at-Thabari meriwayatkan dan Ibnu ‘Abbas , dia berkata, ‘Penghuni syurga menyeru kepada penghuni neraka, ‘Sungguh kami telah mendapati apa yang telah dijanjikan oleh Rabb kami sebagai sebuah kebenaran, maka apakah kalian telah mendapati janji Rabb kalian sebagai sebuah kebenaran?’ Mereka menjawab, ‘Ya.’ Dia berkata, ‘Dan kesedihan, kesusahan, dan azab.’ Maka berkatalah penghuni syurga, ‘Maka sesungguhnya kami telah mendapati apa yang dijanjikan oleh Rabb kami sebagai sebuah kebenaran dan berbagai kenikmatan dan kemuliaan.’ (Tafsir at-Thabari (X111446))

Ibnu ‘Abbas juga berkata, ‘Ada tembok antara penghuni syurga dan penghuni neraka, maka dibukakanlah bagi penghuni syurga beberapa pintu. Lalu mereka melihat sementara mereka berada di atas dipan-dipan kepada penghuni neraka bagaimana mereka itu diazab, lalu mereka tertawa kerana mereka, dan jadilah itu termasuk perkara yang dengannya Allah menyenangkan mata mereka, bagaimana Allah membalas mereka.’ (Tafsir at-Thabari (X)UV/304))

Oleh kerana itulah penghuni neraka akan berkata, “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman”, (tentulah kamu melihat suatu peristiwa yang mengharukan).” (Surah al-An’am (6) ayat 27).
 
Ini adalah termasuk bagian dan kesempurnaan nikmat Allah atas penghuni syurga. Di mana mereka mengakui karunia Allah yang agung atas mereka, serta kemurahan Allah atas mereka dengan keberuntungan di syurga dan segala kenikmatan abadi di dalamnya, serta keselamatan mereka dari neraka dan segala azab pedih yang ada di dalamnya.

Dan di antara kesempurnaan azab orang-orang kafir dan kerugian mereka adalah mereka melihat penghuni syurga bernikmat-nikmat, sementara mereka berada dalam azab. Maka berkatalah penghuni syurga:

Firman Allah SWT maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan)menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki…” (Surah az-Zumar (39) ayat 74)

Penghuni syurga tidak akan bersedih atas kerabat-kerabat, dan sahabat-sahabat mereka yang ada dalam neraka. Maka setiap ikatan dan persahabatan akan terputus pada hari kiamat. Dan tidak akan tersisa selain hubungan ketakwaan dan amal soleh. Allah Subhanahu Wa Ta’alah berfirman maksudnya :

“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf (43): ayat 67)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam hadis lain Rasulallah SAW memberitahu bahawa di kalangan umat baginda sendiri - manusia yang hidup zaman baginda sampailah manusia terakhir di dunia ketika terjadinya kiamat, satu golongan daripada 73 golongan atau firqah umat Islam yang berjaya mendapat syurga, selainnya, iaitu 72 golongan walaupun Islam, gagal mendapat syurga, dan sebaliknya masuk neraka. Jadi, yang berjaya di akhirat itu hanyalah golongan minoriti iaitu golongan yang sedikit dari kalangan umat Islam. Oleh itu berwaspadalah. Janganlah rasa seronok kerana kita Islam kononnya kita dapat syurga!

Benar, kalau kita orang Islam dan ada sedikit iman akan masuk syurga, kerana Allah SWT berjanji, sesiapa yang Islam dan beriman dan ada keimanannya sebesar zarrah atau sebesar tubuh semuit hitam yang halus atau sebesar biji sawi, jika wujud dalam kalbunya keyakinan tentang adanya Tuhan Yang Maha Esa yang berhak di sembah, iaitu Allah SWT, dan menyebut dia kalimah 'la-ilaha illallah' maksudnya: "Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah " , akhirnya kelak, setelah "berakhkab" dalam neraka baru dibenarkan masuk ke syurga.

[Nota: "Akhkab" adalah hitungan waktu akhirat. Katanya satu akhkab bersamaan dengan 100,000 tahun dalam tahun akhirat. Setiap sehari di akhirat sama dengan 1,000 tahun kiraan tahun kita di dunia sekarang maknanya 1 tahun di akhirat sama dengan 360,000 tahun di dunia]

Bayangkanlah betapa azabnya seseorang yang ada sedikit iman di masukkan ke dalam neraka jutaan tahun lamanya sebagai proses pembersihan mengikut kiraan dunia barulah dibenarkan memasuki syurga yang paling bawah. Sedangkan seksaan yang paling ringan di neraka adalah jika dipakaikan kasut dari neraka boleh menyebabkan otak mendidih kerana kepanasan yang amat sangat.

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah sama-sama kita insaf dan sedar bahawa jangan memandang ringan terhadap dosa-dosa yang kita lakukan walaupun dosa tersebut kita menganggap sebagai dosa kecil , perlu diingat jika dosa kecil terlalu banyak di lakukan maka iannya akan menjadi dosa besar . Jauhkanlah dosa-dosa besar yang kita tidak menyedarinya iaitu dosa mengambil hak orang lain, memberi dan menerima rasuah, mengambil riba, mengumpat, memfitnah dan mendedahkan aib orang lain kerana dosa-dosa ini boleh mengakibatkan seseorang di masukkan ke dalam neraka. Nauzubillahiminzalik. 

Beramallah dengan amalan ahli syurga dan jadikanlah diri kita orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Tuesday, June 26, 2012

Tunaikan Hak Allah, Hak Diri Dan Hak Keluarga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Keseimbangan amat penting dalam kehi...dupan seorang muslim . Islam mewajibkan setiap individu menunaikan hak dan kewajipan yang terpikul di atas bahunya samada kewajipan terhadap Tuhannya ( Allah SWT ), terhadap dirinya sendiri dan terhadap keluarganya.

Rasulullah SAW menegaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya; Diriwayatkan dari A'un bin Abi Juhaifah bahawa Rasulullah SAW mempersaudarakan antara Salman dan Abu Dardak. Suatu ketika Salman melawat Abu Dardak dan melihat Ummu Dardak (isterinya) dalam keadaan bersedih lalu Salman bertanya kepadanya :

" Kenapa dengan kamu? "

Lalu ia menjawab " Saudaramu Abu Dardak tidak mahukan dunia."

Kemudian Abu Dardak menghidangkan makanan lalu Salman menjemput Abu Dardak makan bersama lalu dia menjawab :

" Aku berpuasa".

Salman berkata "Aku tidak akan makan sehingga engkau makan bersama"

Lalu ia makan bersama. Apabia malam menjelang, Abu Dardak bangun beribadah lalu Salman berkata " Pergilah tidur"

Lalu ia tidur. Kemudia ia bangun beribadah semula lalu Salman sekali lagi menyuruhnya tidur.

Apabila di akhir malam Salman mengejutkannya mengajak bersembahyang dan kedua-duanya bersembahyang.

Setelah itu Salaman berkata kepadanya : " Sesungguhnya engkau mempunyai kewajipan terhadap Tuhanmu, dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap dirimu dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap keluargamu. Maka tunaikanlah hak kepada setiap yang berhak."

Maka diceritakan kepada Nabi SAW peristiwa tersebut lalu Nabi SAW bersabda:" Benarlah apa yang dilakukan oleh Salman".

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan kisah di dalam hadis di atas Islam cukup mengambil berat ke atas umatnya bahawa kita dilarang berlebih-lebihan di dalam beribadah. Perlu ada keseimbangan di antara hak Allah SWT (beribadah), hak diri (tidur, berehat, makan dan minum) dan hak keluarga (mencari nafkah dan bersama dengan isteri).

Islam bukan agama berbentuk spritual semata-mata seperti agama buddha (menghabiskan masa bertahun-tahun bertapa , berpuasa dan tidak tidur) ,atau seperti agama Kristian tidak membenarkan paderi-paderi mereka berkahwin. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna meragkumi perhubungan dengan Allah SWT (beribadah) dan perhubungan sesama manusia (bermuamalah).

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada hadis di atas adalah seperti berikut :

1. Setiap individu perlu menasihati saudara seagamanya apabila mereka melakukan suatu kesilapan.

2. Seorang muslim dalam melaksanakan tuntutan ibadah tidak boleh melakukannya secara keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.

3. Keseimbangan dalam kehidupan perlu ada dari sudut ibadah, masa berehat dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.

4. Kesibukan dalam urusan dunia tidak sepatutnya menjadi sebab sehingga seseorang tidak punya waktu untuk bersama keluarga dan tidak punya masa untuk beribadah. Begitu juga sebaliknya tuntutan bersungguh-sungguh beribadah tidak bermaksud sehingga meninggalkan tanggungjawab yang lain.

5. Kefahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar amat penting untuk menjadikan kehidupan seseorang itu seimbang antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat serta mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita melengkapkan diri kita dengan ilmu yang bermanfaat, beribadah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT, beramal soleh, melakukan kerja-kerja kebajikan, mencari nafkah yang halal dan berdakwah dan berjihad (melaksanakan amar makruf nahi mungkar). Tunaikan amanah yang dipikulkan keatas bahu kita dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa ikhlas dalam beramal untuk mencari reda Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sunday, June 24, 2012

Hayati Tiga Sifat Ahli Syurga Dan Jauhi Lima Sifat Ahli Neraka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Iyadh bin Himar... r.a, bahawa sesungguhnya didalam khutbahnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ahli syurga ada 3 golongan, iaitu para penguasa yang menggunakan kekuasaannya untuk keadilan dan kebenaran, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada siapa saja dan orang muslim yang menjaga diri dari kemaksiatan. Sedangkan ahli neraka ada lima golongan iaitu: orang lemah yang tidak peduli sesamanya, para pengkhianat, penipu yang memperdaya keluarga dan harta orang lain, kikir dan pendusta, serta orang yang berakhlak tercela” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas Nabi SAW ada menyatakan bahawa terdapat :

Tiga golongan ahli syurga iaitu :

1. Penguasa yang menggunakan kekuasaannya untuk keadilan dan kebenaran.

2. Seorang penyayang dan lembut hatinya kepada siapa saja.

3. Orang muslim yang menjaga diri dari kemaksiatan.

Lima golongan ahli neraka iaitu :

1. Orang lemah yang tidak peduli sesamanya.

2. Para pegkhianat, penipu yang memperdaya keluarga dan harta orang lain.

3. Kikir (kedekut).

4. Pendusta.

5. Orang yang berakhlak tercela.

Huraiannya :

Tiga golongan ahli syurga iaitu :

1. Penguasa yang menggunakan kekuasaannya untuk keadilan dan kebenaran.

Penguasa/ ketua negara yang menjalankan pemerentahan dengan adil dan saksama memberi hak kepada rakyat tidak berlaku pilih kasih, tidak mengambil rasuah atau penyelewengan akan mendapat rahmat Allah SWT dan dengan mudah akan dapat memasuki syurga Allah SWT. Dalam hadis yang lain baginda ada menyatakan bahawa salah satu daripada 7 golongan yang akan mendapat lindungan Arasy di hari akhirat nanti adalah seorang pemimpin yang adil dalam pemerentahannya.

Sabda Nabi SAW, maksudnya; “Dua golongan dalam umatku, apabila mereka baik, maka baiklah seluruh manusia dan apabila mereka rosak, maka seluruh umat turut menjadi rosak. Mereka ialah para umara’ (pemimpin) dan ahli feqh (ulama)” (Hadis Riwayat Ibnu Abdil Bar dan Abu Naim).

Pemimpin yang adil dalam Islam adalah pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan syariat Allah SWT dan hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.Pemimpin yang mengutamakan ajaran Islam dalam setiap keputusan yang dibuat dan beliau cukup takut melanggar hukum-hukum Allah SWT.

2. Seorang penyayang dan lembut hatinya kepada siapa saja.

Sesiapa yang memiliki sifat penyayang dan lemah lembut adalah sifat Nabi SAW. Baginda cukup penyayang dan berlemah lembut kepada ahli keluarga. khadam baginda , para sahabat dan kepada umatnya.

Pernah baginda bersabda maksudnya : "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawaduknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (Hadis Riwayat Muslim)

Mukmin yang memiliki hati yang lembut tidak mudah marah dan tidak suka menghina orang lain baik dalam percakapan dan perbuatannya. Mudah diajak berbincang dan suka memudahkan urusan orang lain.

3. Orang muslim yang menjaga diri dari kemaksiatan.

Seorang muslim yang beriman dan bertakwa akan memiliki sifat malu untuk melakukan maksiat dan sentiasa berhati-hati tidak terjerumus kelembah maksiat dan dosa.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan rasa takut dan malu kepada Allah yang benar dalam sabda Baginda bermaksud: “Malulah kepada Allah dengan benar. Kami pun menyahut: “Wahai Rasulullah, Alhamdulillah kami memiliki rasa malu. Baginda menjawab: “Bukan itu, tetapi rasa malu kepada Allah yang benar adalah dengan menjaga kepala dan isinya (fikirannya), perut dan sekitarnya serta ingat kematian dan kehancuran. Siapa yang menginginkan akhirat, nescaya meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang berbuat demikian, maka telah malu kepada Allah dengan benar. (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Mukmin adalah orang yang takut kepada dosa. Daripada Abdullah bin Mas’ud , Nabi sallallahu alaihi wasalam bersabda (maksudnya):

“Sesungguhnya mukmin melihat dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki bukit dan dia takut bukit itu akan runtuh menghempap dirinya. Dan sesungguhnya fajir (orang jahat) melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menepis-nepisnya.” (Hasid Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

Mukmin akan sentiasa menghisab dirinya. Dia takut kepada dosa walaupun kecil kerana mungkin dosa yang kecil akan memusnahkan pahalanya yang besar. Sejak dahulu para salaf yang soleh berpesan: “Jangan engkau lihat kepada kecilnya dosa, tetapi lihatlah kepada siapa engkau derhaka!”

Sesungguhnya dosa dan maksiat akan meninggalkan kesan yang sangat buruk, memudaratkan diri lahir dan batin, sama ada di dunia mahupun akhirat.

Lima golongan ahli neraka iaitu :

1. Orang lemah yang tidak peduli sesamanya.

Orang yang lemah adalah mereka yang jahil (tidak ada ilmu) dan tidak mahu pula menuntut ilmu. Dari kejahilannya dia melakukankan maksiat dan melanggar peraturan dalam agama. Mereka bersama kumpulan mereka yang jahil sedangkan tidak ada inisiatif untuk melakukan perubahan dan kembali kepangkal jalan. Orang yang jahil seperti ini tidak akan terlepas daripada soalan di akhirat nanti kenapa dia enggan menuntut ilmu.

Salah satu golongan yang lemah ini adalah mereka yang tidak mahu berhijrah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa' ayat 97)

2. Para pegkhianat, penipu yang memperdaya keluarga dan harta orang lain.

Golongan pengkhianat ini hina di dunia dan hina di akhirat. Mereka disebut dalam hadis Rasulullah SAW sebagai pembawa bendera khianat di Padang Mahsyar kelak dan akan dikenali sebagai pengkhianat. Betapa hidupnya tercela di akhirat bahkan semenjak di dunia ini lagi. Mereka ini duduk didalam kelambu perjuangan tetapi akhirnya sanggup berpindah dan merempat hina ditepi rumah musuh dengan menadah tempurung mengharapkan kepentingan duniawi.

Amaran Allah SWT kepada mereka yang suka mengambil harta orang tanpa kerelaannya . Firman-Nya yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu." (Surah an-Nisaa' ayat 29)

Daripada Abdullah bin Umar ra yang berkata yang bermaksud : “Sesiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sedikit maka dia pasti akan ditenggelamkan dengannya di hari kiamat sehingga ke tujuh lapis bumi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Kikir (kedekut).

Rasulullah SAW telah memberikan peringatan tentang bahaya sifat kikir itu, sebagaimana dalam hadis yang ertinya, “Jauhilah olehmu sifat kikir, sebab kikir itulah yang menyebabkan kerusakan orang-orang sebelum kamu. Kikir pula yang membawa mereka suka menumpahkan darah sesamanya serta menghalalkan segala apa yang dilarangkan kepada mereka.”

Dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam telah bersabda, "Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian." Lalu (sahabat) bertanya, "Apakah itu wahai Rasulullah?’"Lalu beliau menjawab, "Menyekutukan Allah, kikir (kedekut) , membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh zina wanita mukminat yang suci.” (Hadis Riwayat an-Nasa`i)

4. Pendusta.

Surah al-Maa’uun memaparkan perilaku manusia dalam kehidupan sosial yang dikategorikan sebagai pendusta agama. Mereka memiliki kebiasaan mengherdik anak yatim dan tidak memberi makanan kepada fakir miskin. Perilaku seperti ini merupakan cerminan sikap takbur dalam diri sendiri. Mereka menganggap anak yatim serta fakir miskin sebagai anggota masyarakat yang rendah dan hina.

Surah al-Maa’uun juga memperlihatkan perilaku manusia dalam beribadah yang dikategorikan pendusta agama. Mereka melalaikan solat, dalam erti melaksanakan solat tanpa keikhlasan dan kekhusyukan, atau tidak menunaikan solat dengan benar.

Solat mereka tidak lebih daripada ucapan lisan serta gerakan badan yang telah terbentuk sedemikian rupa tanpa penghayatan makna serta hikmah setiap ucapan dan gerakan yang mereka lakukan.

Dalam surah al-Maa’uun juga disebutkan bahawa orang yang berbuat riak akan dibalas oleh Allah SWT . Riak ialah melakukan suatu amal perbuatan untuk mencari pujian yang ia anggap ibadah itu. Allah SWT sendiri mengancam mereka yang berbuat riak dengan seksaan yang berat di neraka.

Pendusta agama adalah mereka yang tidak mengambil Islam sebagai satu cara hidup dan mengatakan bahawa hukum Islam tidak sesuai dijalankan dalam masyarakat majmuk. Pendusta agama juga adalah mereka yang cuba mentafsirkan Islam mengikut hawa nafsunya bukan mengikut kaedah yang dibenarkan syarak semata-mata untuk mendapat habuan dunia. Termasuk seseorang menjadi pendusta apabila dia membuat fitnah dan mereka cipta gambar dan vedio fitnah semata-mata untuk mengaibkan seseorang.

Seorang pendusta adalah seorang yang selalu berbohong, mungkir janji dan tidak amanah terhadap tugas yang dipikulnya. Suka bersumpah palsu dan menjadi saksi palsu dan menuduh seseorang tanpa saksi yang adil.

5. Orang yang berakhlak tercela.

Akhlak tercela (sifat mazmumah), iaitu segala tingkah laku yang tercela atau akhlak yang jahat, dan hal tersebut sangat di benci oleh Allah SWT. Terdapat sifat-sifat akhlak tercela iaitu kufur, riya’, nifaq, syirik dan sombong.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama beramal dengan sifat dan amalan ahli syurga dan menjauhi sifat dan akhlak ahli neraka. Walaupun di dunia ini kita tidak boleh tahu siapa di antara yang akan masuk syurga dan neraka tetapi kita boleh lihat ciri-ciri dan peribadi ahli syurga dan neraka.

Jika seorang mukmin itu kekal dengan sifat-sifat ahli syurga dan sentiasa bertaubat dan berdoa kepada Allah SWT supaya memberi kekuatan untuk istiqamah diatas jalan yang lurus insya Allah hajatnya untuk memasuki syurag akan dikabulkan oleh Allah SWT. Sebaliknya pula jika seseorang sentiasa kekal dengan sifat-sifat ahli neraka dan tidak mahu bertaubat dan hidup dipenuhi maksiat dan dosa dikhuatiri dia akan mendapat su'ul khatimah diakhir hayatnya. Oleh itu berhati-hatilah kalian dan berwaspadalah kerana saat bertemu Allah SWT akan datang bila-bila tanpa kita sedari. Jangan ditangguh-tangguh untuk taubat dan beramal soleh.