Wednesday, March 21, 2012

Salah Satu Rukun Iman Percaya Kepada Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran memberi peringatan, petanda agar manusia mengimani hari akhirat. Sesungguhnya dalam kitabNya, Allah SWT berulang kali menyebut tentang hari kiamat , menjelaskan suasana di akhirat di banyak tempat sehingga lapan puluh daripada satu ratus empat belas surah-surah dalam al-Quran menerangkan tentangnya. Allah SWT sering memperingatkan kita kepada hari akhirat dalam setiap kesempatan, menegaskan kejadiannya, bahkan mengaitkan keimanan kepadaNya dengan hari kiamat. Allah SWT merahsiakan waktu berlaku kiamat kepada hambaNya, tetapi memberikan tanda-tanda kejadian itu.

Salah satu daripada Rukun Iman ialah percaya hari akhirat seperti disabdakan Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibril a.s. mengenai iman yang bermaksud: "Iman ialah engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan rasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baiknya dan buruk."
(Hadis riwayat Muslim)

Dalam sambungan hadis di atas disebutkan maksudnya: "Khabarkan kepadaku perihal hari kiamat." Rasulullah SAW menjawab: "Tidaklah yang ditanya mengenainya lebih tahu daripada orang yang bertanya." Nabi SAW pun tidak mengetahuinya.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebagai orang beriman kita beriman kepada hari kiamat dengan penuh keyakinan dan kebenaran, beriman kepada apa yang Allah SWT khabarkan mengenai hari kiamat dalam KitabNya dan apa yang dikhabarkan Rasulullah SAW mengenai segala hal yang akan terjadi selepas mati sehingga penghuni syurga masuk syurga dan penghuni neraka masuk neraka.

Kita beriman kepada segala yang akan berlaku daripada tanda hari kiamat sama ada tanda kecil (alamat al-shughra) atau besar (alamat al-kubra). Tanda itu ialah isyarat akan berlaku hari kiamat kerana ia termasuk dalam cakupan iman terhadapnya.

Tanda kecil hari akhirat yang mempunyai landasan dalil syarak muktamad antaranya: "Banyak berlaku pembunuhan, mengharapkan mati kerana musibah yang dahsyat, keinginan agar dirinya seperti orang yang mati dan berandaian dia sudah mati kerana dahsyatnya petaka yang dihadapi, ramai meninggal dunia tiba-tiba, ramainya anak-anak zina dilahirkan, maut kerana gempa atau wabak, lelaki sedikit daripada perempuan, wanita berpakaian tetapi telanjang, melebarnya pelacuran di jalan dan munculnya penyokong orang zalim daripada kalangan petugas keselamatan yang mendera manusia.

Tandanya kiamat lain ialah munculnya alat muzik, arak, perzinaan, riba, pemakaian sutera halal bagi lelaki, terbenamnya sebahagian bumi dengan segala di atasnya, muncul perubahan bentuk tubuh dan bermaharajalela fitnah.

Sahabat yang dikasihi,
Tanda-tanda kecil (awal) berlakunya kiamat telah banyak berlaku di hadapan mata kita malahan setiap hari ada sahaja berita-berita berlakunya tanda-tanda tersebut seperti yang dijelaskan di atas yang hanya belum berlaku adalah tanda-tanda akhir kiamat seperti terdapat dalam hadis menyatakan 10 tanda-tanda besar.

Oleh itu perlulah kita insaf dan sedar dan sentiasa bertaubat dan sentiasa membuat persiapan sebelum datangnya kiamat kecil (maksud lain bagi kematian) kerana apabila nyawa seseorang sudah sampai ke kerongkong maka ketika itu pintu taubat sudah tertutup.

 

Pengajaran Dari Surah An- Nas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Űłُوۡ۱َŰ©ُ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳
ŰšِŰłۡمِ ٱللهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ۡمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيمِ
قُلۡ ŰŁَŰčُÙˆŰ°ُ Űšِ۱َŰšِّ ٱلنَّۧ۳ِ (ÙĄ) مَلِكِ ٱلنَّۧ۳ِ (Ùą)Ű„ِلَـٰهِ ٱلنَّۧ۳ِ (ÙŁ) مِن ŰŽَ۱ِّ ٱلۡوَŰłۡوَۧ۳ِ ٱلۡŰźَنَّۧ۳ِ (Ù€) ٱلَّŰ°ِى يُوَŰłۡوِŰłُ فِى Ű”ُŰŻُÙˆŰ±ِ ٱلنَّۧ۳ِ (Ù„) مِنَ ٱلۡŰŹِنَّŰ©ِ وَٱلنَّۧ۳ِ (ÙŠ)
Firman Allah dalam Surah An Nas yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara manusia. Yang menguasai manusia. Tuhan yang disembah manusia. Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang datang dan menghilang. Yang membisik (kejahatan) di dalam manusia. Iaitu dari (syaitan) jin dan manusia.”

Allah adalah Tuhan Pemelihara dan Pelindung segala makhluk. Pemerintah segala makhluk dan Penguasa segala makhluk, tetapi di sini Allah disebut khusus sebagai Pemelihara dan Pelindung manusia, Pemerintah Manusia dan Tuhan yang disembah manusia supaya manusia merasa begitu hampir kepadaNya dalam detik-detik mencari perlindungan dan naungan.

Allah telah mengarahkan RasulNya s.a.w. dan sekelian umatnya, supaya mencari perlindungan dan naungan padaNya dengan menghadirkan pengertian dari sifat-sifat tersebut (Pemelihara dan Pelindung manusia, Pemerintah Manusia dan Tuhan yang disembah manusia). Ini adalah kerana kejahatan yang sangat halus itu menyerang mereka tanpa disedari, dari arah yang tidak disangka dan tidak dapat menolaknya melainkan dengan pertolongan Allah Pemerintah dan Penguasa Yang Maha Agung.

Kita sedar bahawa pertarungan di antara Adam dan Iblis adalah satu pertarungan yang amat lama. Kita sedar bahawa syaitan telah mengisytiharkan perang berterusan iaitu satu pengisytiharan yang lahir dari tabiat jahat yang ada di dalam dirinya, dan lahir dari sifat-sifat angkuh, hasad dengki dan dendam kesumatnya terhadap manusia.

Kita sedar syaitan telah meminta kebenaran dari Allah untuk memerangi manusia , dan permintaan itu telah diluluskan Allah kerana suatu hikmah yang diketahuiNya. Walau bagaimanapun, Allah tidak membiarkan manusia mengharungi perjuangan itu tanpa senjata, malah ia menjadikan keimanan sebagai perisai untuk mereka, zikir sebagai kelengkapan perang dan doa memohon perlindungan sebagai senjata. Andainya manusia melupakan perisai, kelengkapan dan alat senjatanya, maka dialah sahaja yang patut disalahkan.

Dari Ibn Abbas r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan.”
Kita tahu bahawa di antara hasutan dan bisikan manusia itu ada yang lebih buruk dari hasutan dan bisikan syaitan. Mereka terdiri dari:

i. Teman-teman menaburkan kejahatan ke dalam hati dan akal kawannya tanpa disedari dan diawasi olehnya kerana ia teman yang dipercayai.
ii. Pegawai-pegawai atau orang dalam pemerintahan yang mengelilingi para pemerintah yang membisikkan fikiran-fikiran yang jahat kepada mereka sehingga mereka bertindak ganas dan zalim terhadap rakyat jelata.
iii. Tukang umpat yang menabur fitnah, yang pandai bermadah dengan kata-kata yang indah dan licin hingga apa yang dikatakannya itu kelihatan seolah-olah amat benar dan tidak dapat dipertikaikan lagi.
iv. Penjual-penjual nafsu/ penggoda / penghibur yang masuk dari pintu-pintu naluri dengan gaya yang amat menarik yang tidak dapat ditolak melainkan dengan kesedaran hati nurani dan pertolongan dari Allah.

Di sana terdapat berpuluh-puluh jenis manusia pembisik kejahatan yang datang dan menghilang , yang membuat perangkap-perangkap kejahatan dan menyeludupkannya ke dalam hati manusia. Mereka adalah lebih jahat daripada syaitan-syaitan yang tidak nampak dan lebih halus dari jejak langkahnya.

Manusia memang tidak dapat berupaya untuk menolak bisikan-bisikan kejahatan yang halus, kerana itu Allah menunjukkan perisai dan alat-alat senjata kepada mereka supaya mereka dapat menempuh pertarungan yang dahsyat itu.

Syaitan pembisik itu telah disifatkan dengan kelakuan “datang dan menghilang”. Ini adalah satu isyarat yang mengandungi tujuan, kerana dari satu segi sifat itu menunjukkan bahawa kelakuan syaitan itu lebih suka bersembunyi menunggu peluang. Andaikata terbuka ia akan meresap masuk perlahan-lahan membisikkan kejahatan-kejahatannya dan dari satu segi yang lain pula, menunjukkan satu kelemahan syaitan apabila berdepan dengan mereka yang sedar dan siap siaga mengawal pintu hatinya.

Oleh kerana itu semua pembisik-pembisik kejahatan, samada dari syaitan yang tidak nampak atau dari syaitan-syaitan manusia apabila dilawan, mereka akan berundur menyembunyikan diri sebagaimana digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. “Apabila menusia menyebut nama Allah, ia akan mengundurkan dirinya dan apabila manusia lalai, ia akan membisikkan kejahatan.”

Pertarungan dengan syaitan merupakan satu pertarungan yang tidak akan tamat. Syaitan selama-lamanya akan menunggu peluang untuk menyerang manusia disaat-saat kelalaian dan pertarungan itu akan terus meletus, sekali kalah dan sekali menang sehingga ke hari kiamat. Allah berfirman kepada syaitan yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai kuasa untuk menguasai hamba-hamba kesayanganku dan cukuplah Tuhanmu itu menjadi penjaga.” (Surah Al Isra’ ayat 65).

Walaupun Allah membenarkan iblis melancarkan peperangan menentang manusia, tetapi Ia tetap menguasai iblis itu. Ia hanya membiarkan syaitan itu menakluk orang-orang yang lalai dari Allah sahaja. Manakala orang yang mengingati Allah akan terselamat dari kejahatan dan bisikan syaitan yang halus.

Kebaikan itu harus bersandar kepada kekuatan Allah yang Maha Pemelihara. Manakala kejahatan itu hanya bersandar kepada bisikan iblis yang datang dan menghilang. Lemah bila ditentang. Mundur ke belakang apabila ditempur dan tewas di hadapan perlindungan dan naungan Allah.

Rujukan:

Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Fi Zilalil Quran – Di Bawah Bayangan Al Quran, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 2002

Kehidupan Dalam Tasawwur Islami

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya peraturan hidup jahiliyyah telah menjauh dan memisahkan antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Juga antara kehidupan bernegara dan beragama. Sebenarnya, tidak ada di dalam tasawwur Islam, untuk menuntut kebahagiaan akhirat maka seseorang itu mesti meninggalkan dan membelakangkan kehidupan dunia.

Sistem Allah Subhanahuwata’ala bukanlah sekadar sistem ‘Aqidah Imaniyah dan taqwa yang semata-mata berada di dalam hati dan perasaan sahaja. Tetapi sistem Allah Subhanahuwata’ala mestilah ditegakkan di dalam realiti yang mengawal kehidupan, pengeluaran bumi, limpahan rezeki, pendapatan dan hasil pengeluaran serta pengagihan sehingga semua manusia dapat mengecapi nikmatnya.

Segala usaha memakmurkan bumi adalah menyebabkan pencapaian balasan baik di akhirat, sepertimana tercapainya kesenangan hidup di dunia ini. Iman, taqwa dan usaha yang baik adalah penyebab untuk mencapai kema’muran di muka bumi ini. Wasilah itu jugalah digunakan untuk sampai kepada keredhaan Allah Subhanahuwata’ala dan pahala dari-Nya di akhirat.

Tetapi hakikat ini tidak mungkin berlaku tanpa tertegaknya kehidupan di atas sistem Allah Subhanahuwata’ala yang menjadikan segala amalan itu ibadah, atas hakikat bahawa manusia adalah khalifah Allah Subhanahuwata’ala yang bekerja menunaikan janjinya dengan Allah Subhanahuwata’ala sejajar dengan syariat-Nya untuk mencapai pahala di akhirat, malah tanpa berusaha memakmur dan menyuburkan bumi, serta menggunakan sumber kemudahan alam yang diciptakan kepada manusia, adalah dikira menderhakai Allah Subhanahuwata’ala, mengabaikan tanggungjawab dan merugikan kehidupannya di akhirat.

Sistem Allah Subhanahuwata’ala mengikatkan antara individu dan Allah Subhanahuwata’ala dengan sekukuh-kukuh ikatan dengan cara mendirikan syi’arnya. Semua amalan fardhu yang dilaksanakan akan memperbaharui janji dengan Allah Subhanahuwata’ala supaya manusia sentiasa berada di dalam sistem-Nya secara total. Segala urusan adalah untuk mengtakrirkan (memperakukan) kemuliaan sistem Allah Subhanahuwata’ala dan mengagungkan kekuasaan-Nya.

Di dalam sistem Allah Subhanahuwata’ala wujud keselarasan antara iman, taqwa dan mendirikan sistem-Nya. Selaras antara kerja-kerja meningkatkan pengeluaran dan menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi.

Aqidah Menjamin Kehidupan Dunia

Di dalam aqidah, keimanan dan taqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala bukanlah menyisihkan seseorang daripada realiti hidup. Malah iman dan taqwa melayakkan seseorang untuk mencapai keberkatan dari langit. Hal ini telah termaktub dalam janji Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:
“Dan jika penduduk sebuah kota beriman dan bertaqwa, pastilah kami limpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami siksa mereka akibat perbuatan mereka.”
-Surah al-’Araf: ayat 96.

Apa yang perlu diingatkan bahawa iman, taqwa, ibadah, hubungan dengan Allah Subhanahuwata’ala dan menegakkan syariatNya dalam kehidupan, semuanya itu untuk kepentingan hidup manusia sendiri, bukan untuk Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala telah bersifat Maha Kaya terhadap semua alam dan penghuninya. Allah Subhanahuwata’ala mengetahui bahawa tiada penyelesaian, kebaikan dan kejayaan, kecuali dengan berada di bawah sistemNya.

Kesimpulan

Orang-orang yang beriman menerima janji Allah Subhanahuwata’ala tanpa sebarang keraguan dan tanpa mempersoalkan ‘Illah (sebab). Orang-orang yang beriman juga memperhambakan diri dengan penuh ketaatan. Dengan iman dan taqwa, Allah Subhanahuwata’ala akan membuka pintu keberkatanNya. Keberkatan pada harta benda, jiwa dan perasaan. Keberkatan di dalam kehidupan yang baik dan mulia. Bukan keberkatan yang dipandang dari sudut kebendaan semata-mata yang terputus daripada iman, sedangkan bersamanya penderitaan dan kehancuran yang amat ditakuti.

Oleh: Ustaz Abdul Hadi Othman.

Monday, March 19, 2012

Nasihat-nasihat Imam Ibnul Qayyim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ulama Islam yang terkenal al-Imam Ibnu Qayyim berkata perihal hati yang hidup.
Terdapat enam perkara hati yang hidup iaitu :

1. Dalam hati manusia terdapat kekuatan : Tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah.

2. Dalam hati terdapat keganasan : Tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah.

3. Dalam hati terdapat kesedihan : Tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah dan baik muamalah (perhubungan) dengan-Nya.

4. Dalam hati terdapat kegelisahan : Tidak tenang dan damai kecuali berjumpa dengan-Nya dan lari menuju-Nya.

5. Dalam hati terdapat api penyesalan : Tidak padam kecuali redha dengan suruhan-Nya, larangan-Nya, qadha-Nya, dan sentiasa sabar sehingga menemui-Nya.

6. Dalam hati terdapat hajat : Tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepada-Nya, memohon kepada-Nya, sentiasa berzikir kepada-Nya dan keikhlasan kepada-Nya. Andai dunia dan seisinya diberi, tidak akan dapat membendung hajat hati si insan ini.
 
Sahabat yang dimuliakan,
Berikut ini sepuluh nasihat Ibnul Qayyim rahimahullah untuk mencapai kesabaran diri agar tidak terjerumus dalam perbuatan maksiat:

Pertama, hendaknya hamba menyadari betapa buruk, hina dan rendah perbuatan maksiat. Dan hendaknya dia memahami bahwa Allah mengharamkannya serta melarangnya dalam rangka menjaga hamba dari terjerumus dalam perkara-perkara yang keji dan rendah sebagaimana penjagaan seorang ayah yang sangat sayang kepada anaknya demi menjaga anaknya agar tidak terkena sesuatu yang membahayakannya.

Kedua, merasa malu kepada Allah… Karena sesungguhnya apabila seorang hamba menyadari pandangan Allah yang selalu mengawasi dirinya dan menyadari betapa tinggi kedudukan Allah di matanya. Dan apabila dia menyadari bahwa perbuatannya dilihat dan didengar Allah tentu saja dia akan merasa malu apabila dia melakukan hal-hal yang dapat membuat murka Rabbnya… Rasa malu itu akan menyebabkan terbukanya mata hati yang akan membuat Anda bisa melihat seolah-olah Anda sedang berada di hadapan Allah…

Ketiga, senantiasa menjaga nikmat Allah yang dilimpahkan kepadamu dan mengingat-ingat perbuatan baik-Nya kepadamu……

Apabila engkau berlimpah nikmat, maka jagalah, kerana maksiat akan membuat nikmat hilang dan lenyap.

Barang siapa yang tidak mau bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah SWT kepadanya maka dia akan disiksa dengan nikmat itu sendiri.

Keempat, merasa takut kepada Allah dan khawatir tertimpa hukuman-Nya

Kelima, mencintai Allah… karena seorang kekasih tentu akan menaati sosok yang dikasihinya… Sesungguhnya maksiat itu muncul diakibatkan oleh lemahnya rasa cinta.

Keenam, menjaga kemuliaan dan kesucian diri serta memelihara kehormatan dan kebaikannya… Sebab perkara-perkara inilah yang akan bisa membuat dirinya merasa mulia dan rela meninggalkan berbagai perbuatan maksiat…

Ketujuh, memiliki kekuatan ilmu tentang betapa buruknya dampak perbuatan maksiat serta jeleknya akibat yang ditimbulkannya dan juga bahaya yang timbul sesudahnya yaitu berupa muramnya wajah, kegelapan hati, sempitnya hati dan gundah gulana yang menyelimuti diri… karena dosa-dosa itu akan membuat hati menjadi mati…

Kelapan, memupus buaian angan-angan yang tidak berguna. Dan hendaknya setiap insan menyadari bahwa dia tidak akan tinggal selamanya di alam dunia. Dan mestinya dia sadar kalau dirinya hanyalah sebagaimana tamu yang singgah di sana, dia akan segera berpindah darinya. Sehingga tidak ada sesuatu pun yang akan mendorong dirinya untuk semakin menambah berat tanggungan dosanya, karena dosa-dosa itu jelas akan membahayakan dirinya dan sama sekali tidak akan memberikan manfaat apa-apa.

Kesembilan, hendaknya menjauhi sikap berlebihan dalam hal makan, minum dan berpakaian. Karena sesungguhnya besarnya dorongan untuk berbuat maksiat hanyalah muncul dari akibat berlebihan dalam perkara-perkara tadi. Dan di antara sebab terbesar yang menimbulkan bahaya bagi diri seorang hamba adalah… waktu senggang dan lapang yang dia miliki… karena jiwa manusia itu tidak akan pernah mau duduk diam tanpa kegiatan… sehingga apabila dia tidak disibukkan dengan hal-hal yang bermanfaat maka tentulah dia akan disibukkan dengan hal-hal yang berbahaya baginya.

Kesepuluh, sebab terakhir adalah sebab yang merangkum sebab-sebab di atas… yaitu kekokohan pohon keimanan yang tertanam kuat di dalam hati… Maka kesabaran hamba untuk menahan diri dari perbuatan maksiat itu sangat tergantung dengan kekuatan imannya. Setiap kali imannya kokoh maka kesabarannya pun akan kuat… dan apabila imannya melemah maka sabarnya pun melemah… Dan barang siapa yang menyangka bahwa dia akan sanggup meninggalkan berbagai macam penyimpangan dan perbuatan maksiat tanpa dibekali keimanan yang kokoh maka sungguh dia telah keliru.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita hayati nasihat-nasihat yang disampaikan oleh ulama muktabar Imam Ibnul Qayyim untuk menjadi pedoman kita dalam kehidupan sehari-hari untuk mencari keredaan Allah SWT.

(Diterjemahkan dari artikel berjudul ‘Asyru Nashaa’ih libnil Qayyim li Shabri ‘anil Ma’shiyah)