Saturday, July 6, 2013

Rampasan Kuasa Tentera Di Mesir Melanggar Hak Demokrasi Rakyat Mesir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rampasan kuasa oleh tentera Mesir telah menafikan hak majoriti rakyat Mesir yang memilih kerajaan melalui pilihan raya yang bebas, telus dan diiktiraf.

Kalau ada bantahan terhadap Presiden, rundingan (mesti) dibuat. Kalau ada jadual pilihan raya segera diadakan, mesti mengikut saluran demokrasi.Mereka (rakyat Mesir) ada hak untuk persoalkan Presiden dan mereka boleh tuntut diadakan pilihan raya baru. Tetapi, tidak dengan rampasan kuasa oleh tentera.

Dr Mursi baru mula memerintah Mesir sebagai Presiden selama setahun dan telah banyak membuat perubahan membangunkan negara kepada perubahan yang lebih baik. Sepatutnya rakyat memberi peluang untuk satu penggal supaya beliau dapat mensetabilkan keadaan negara.


Jasa-jasa Dr Murshi adalah seperti berikut :

1. Di zaman Mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20 % paling banyak, sekarang sudah melebihi 60 %. Dulu harus mengimpot dari Amerika, sekarang Mursi mengimpot dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini mampu menjimatkan belanja negara hingga jutaan dollar setahun sekaligus meningkatkan ekonomi negara.
 

2. Belaiu telah mengembangkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman Mubarak hanya menghasilkan keuntungan yang sedikit berbanding pada masa beliau keuntungan terusan Suez mendapat keuntungan berpuluh-puluh kali ganda.
 

3. Beliau telah menaikkan gaji kakitangan awam dan harga barang-barang keperluan dipertahankan tidak dinaikkan.

4. Beliau adalah membangun syarikat Samsung terbesar di Arab ( Bani Suwef), sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
 

5. Beliau adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta dari luar negara.
 

6. Beliau adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata  dari Amerika.
 

7. Beliau adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai nikmatnya memakai barang elektronik bermutu dengan harga termampu. Anak-anak sekolah boleh menggunakan peralatan  canggih.
 

8. Beliau adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah cadangan rezab Mesir yang sebelumnya sudah hampir menjadi muflis.
  

9. Beliau adalah mendukung perjuangan Palestina, Syria dan Myanmar.
 

10. Beliau mampu mengeluarkan Mesir dari  kekuasaan tentera dalam temoh 40 hari, di mana Erdogan mengambil masa bertahun-tahun untuk melakukannya.
 

11. Beliau meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. hingga Mesir jadi negara yang disegani.
 

12. Beliau telah berusaha mengembangkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

13. Beliau  mampu menarik pelabor luar negara dan mempertahankan keyakinan pelabor asing di Mesir.
 

14. Beliau telah membuka kembali jalan darat antara Mesir ke Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara telah meningkat.
 

15. Beliau  mampu membuka peluang pekerjaan baru untuk 600 ribu lebih orang yang sedang menganggur.

16. Beliau sedang berusaha  mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negera oleh Husni Mubarak dan kuncu-kuncunya.
 

17.Beliau sedang menegakkan keadilan yang sebenarnya dan berusaha meghapuskan rasuah dan penipuan.
Dan banyak lagi jasa-jasa beliau yang tidak dapat disebutkan satu persatu yang menjadikan musuh-musuhnya terutama Amerika dan Israel jadi marah.

Kerana sebab-sebab inilah  maka Dr. Mursi  digulingkan oleh sisa-sisa pengaruh Mubarak, golongan liberal, sekular, komunis, dan Kristen Koptik serta muslim jahil dan dungu. Mereka menganggap Dr. Mursi  gagal membuat perubahan untuk negara Mesir.


Sahabat yang dimuliakan,
Dalam dunia morden hari ini sukar kita ingin memperolehi pemimpin Islam yang memiliki akhlak dan ketakawaan seperti Dr Mursi. Pemerentahan beliau menghampiri sama seperti pemerentahan Umar bin Abdul Azizi di zaman Kerajaan Umayyah. Beliau  selalu solat berjamaah di mesjid, hafal al Quran, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki. Beliau meninggalkan untuk tinggal di istana Presiden dan hanya tinggal dirumah sewa.

Jika melibatkan urusan peribadi beliau akan menggunakan duit poket sendiri bukannya duit kerajaan, bukannya seperti yang berlaku sebahagian besar daripada ketua negara lain yang akan menggunakan duit kerajaan secukup-cukunya.

Tidak ada alasan kuat untuk tentera merampas kuasa kerana tidak ada setiti darah pun yang ditumpahkan oleh beliau. Beliau adalah pemimpin yang adil dan sanggup mengorbankan segala-galanya demi kemakmuran negara dan rakyat Mesir.

Dalam Islam haram menjatuhkan kerajaan Islam yang dipilih secara telus dan adil di dalam pilihanraya terutama jika Pemimpin tersebut menjadikan Islam sebagai teras perundangan negara.

Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam di dalam hadis yang juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, sabda baginda :

Űčَلَى Ű§Ù„ْمَ۱ْŰĄِ Ű§Ù„ْمُŰłْلِمِ Ű§Ù„ŰłَّمْŰčُ وَŰ§Ù„Ű·َّۧŰčَŰ©ُ فِيْمَۧ ŰŁَŰ­َŰšَّ وَكَ۱ِهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ ŰŁَنْ يُŰ€ْمَ۱َ ŰšِمَŰčْŰ”ِيَŰ©ٍ فَŰ„ِŰ°َۧ ŰŁُمِ۱َ ŰšِمَŰčْŰ”ِيَŰ©ٍ فَÙ„Ű§َ ŰłَمْŰčَ وَÙ„Ű§َ Ű·َۧŰčَŰ©َ

Maksudnya : “Wajib ke atas seorang Muslim untuk mendengar dan mentaati (pemerintah) dalam perkara yang disukai mahupun dibenci kecuali jika diperintah untuk berbuat maksiat. Apabila diperintah untuk berbuat maksiat, maka tidak ada dengar dan taat.” (Muttafaqun ‘alaih)

Tidak ada ketaatan yang dimaksudkan adalah tidak ada ketaatan di dalam perkara maksiat itu sahaja. Adapun ketaatan di dalam perkara makruf yang lain, hal itu masih lagi berterusan.Ketaatan hanya kepada pemerintah Islam

Perlu juga ditegaskan bahawa apabila disebutkan tentang ketaatan kepada pemerintah, tentunya yang dimaksudkan dengan pemerintah di sini adalah pemerintah Islam. Sama sekali tidak dimaksudkan pemerintah yang bukan Islam atau pemerintah yang sudah keluar daripada Islam. Ini sebagaimana hadis di dalam Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh sahabat yang bernama Ubadah bin Ash-Shamit r.a. di mana dia menyebutkan tentang suruhan Rasulullah supaya taat kepada pemerintah. Lalu dia menyebutkan sabda baginda

,Ű„Ù„Ű§ ŰŁَنْ ŰȘَ۱َوْۧ كُفْ۱ًۧ Űšَوًَۭۧۧ، ŰčِنْŰŻَكُمْ فِيْهِ مِنَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Űšُ۱ْهَŰ§Ù†ٌ

“Kecuali apabila kalian melihat kekafiran yang jelas (nyata), yang kalian mempunyai bukti yang jelas daripada Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan syarat di dalam ketaatan kita terhadap pemerintah. Di dalam hadis ini, Rasulullah Sallallaahu ’Alaihi Wasallam menyebutkan secara jelas bahawa ketaatan kepada pemerintah adalah selama mana pemerintah itu Islam. 

Dr. Mursi sedang berusaha melaksanakan syariat Islam tidak ada sedikit pun beliau melakukan kezaliman dan merampas hak rakyat. Malahan beliau cuba memberi sebanyak mungkin hak rakyat yang di rampas oleh Mubarak dalam pemerintahan terdahulu.


Oleh itu tidak ada alasan mana-mana ulama yang boleh bersekongkol dengan pemerentahhan tentera sekular kononnya untuk mengembalikan demokrasi kepada rakyat. Jawablah dihadapan Allah nanti jenayah yang telah kalian lakukan. Wallahu a'lam.

Thursday, July 4, 2013

Cara-cara Dan Adab Mandi Wajib Dalam islam


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Salah satu perkara penting yang perlu difahami oleh setiap muslim adalah mandi wajib setelah mengalami hadas besar. Hukum mandi wajib adalah wajib dan tidak sah solat jika mandi wajib yang dilakukan tidak sempurna.

Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Hukum Mandi Wajib .

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.


Perkara-perkara yang membawa kepada mandi wajib adalah berlaku keadaan sepeti berikut :


1. Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.


2. Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)

3. Keluar darah Haid bagi wanita.

Nabi SAW bersabda maskdunya |: “Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)


4. Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah). Wiladah - wanita yang melahirkan anak.


5. Mati.

6. Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)

Kedua : Rukun Mandi Wajib.

Rukun mandi ada tiga perkara meliputi :


1. Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)


2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.

3. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Niat

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan.


Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.


Ketiga : Cara Mandi Wajib.

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,

“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), baginda membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu baginda mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga baginda menganggap telah cukup, baginda tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu baginda guyur seluruh badannya. Kemudian baginda basuh kedua kakinya” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.


1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .


2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.

3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.

5.Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.

7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.

8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.

9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.

10. Membasuh kaki.

Perhatian : Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.

Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.

Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut ketika mandi seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.


Najis di badan :

Jika ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.


Keperluan mengambil wuduk

Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.


Perkara-perkara Sunat

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.

Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.


Melewatkan Mandi Wajib :
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.

Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.


Ragu-ragu

Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu sama ada dia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah tidak sah, dan untuk solat-solat berikutnya, dia harus menunaikan mandi wajib dahulu, barulah solatnya dianggap sah.


Sahabat yang dikasihi,
Perlulah kita buangkan perasaan was-was selepas kita mandi wajib kerana perasaan was-was yang berlaku selepas kita mandi wajib adalah daripada gangguan syaitan. Yakinlah apabila kita telah memenuhi semua rukun mandi wajib dan telah mengikuti cara-cara mandi yang di ajarkan Nabi SAW maka mandi wajib kita adalah sah dan boleh teruskan untuk solat dan amalan yang lain . Wallahu a'lam.

Soal Jawab Agama Siri 46 (Perniagaan , Muda Mudi, Menjaga Ibu, Hukum Memakai Seluar Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 46  adalah menjawab persoalan perniagaan dalam Islam, akhlak muda mudi sekarang, menjaga ibu, hukum wanita memakai seluar dan hukum percaya pada bomoh.


516. Soalan : Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai perniagaan :

1. Adakah boleh produk yg kita hasilkan dgn modal sekitar rm 50 sahaja tapi dijual dengan rm190-rm500?

2. Jika kandungan yang sama tetapi diberi nama berlainan untuk dijual dengan harga berbeza. apakah dikira menipu?

3. Banyak produk hari ini menggunakan gimik seperti ustaz, tok guru, pondok, kitab tua untuk melariskan produk mereka walhal apa yang didakwa dari mereka tersebut tidak seperti yang dinyatakan. Bagaimana dengan hasil dari perniagaan yang ada unsur tipu pengguna begini?


Untuk menjawab soalan-soalan tersebut adalah seperti berikut :

 1. Dalam muamalah Islam, tiada khadar menentukan keuntungan, Itu terpulang kepada penjual untuk menentukan harga. Tetapi menentukan harga biar berpatutan dengan kualiti barang tersebut. Takut terjatuh kepada unsur penipuan. Mengambil untung biarlah berpatutan walaupun Islam tidak menetapkan kadar keuntungan yang boleh diambil. Biarlah sedikit keuntungan yang penting berkat dalam perniagaan saudara. Nabi Muhammad SAW berniaga dengan harga yang sangat murah dan berpatutan sehingga barang-barang perniagaannya laris dan habis awal dari peniaga yang lain.

2. Kandungan beza jenama berbeza, hal ini tidak menjadi masalah kerana ini merupakan teknik perniagaan. Tetapi jangan meniru produk orang lain dan diletakkan nama kita itu yang menjadi haram sebab kita mencetak hak orang lain tanpa kebenaran.

3. Saya faham soalan ke tiga ini begini..Ada syarikat menggunakan nama-nama Islam untuk menarik minat pembeli terhadap produknya. Ini tidak menjadi masalah tetapi isi kandungan yang terdapat dalam produk itu jangan kurang dari yang disenaraikan dilabelnya dan ini adalah haram. Selagi mana produk itu halal maka itu tidak menjadi masalah. Ini semua strategi perniagaan.


 517. Soalan : Saya perlu pandangan ustaz tentang muda mudi zaman sekarang suka melepak , meninggalkan solat dan banyak lagi perkara maksiat yang mereka telah lakukan.Siapakah yang akan menanggung dosa-dosa yang mereka buat? 

1. Adakah ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat, pejabat agama, ketua kampung hingga ketua negara akan mendapat dosa yang sama kerana mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar?

2. Bagi pihak berkuasa mengeluarkan lesen-lesen berbentuk kelab kelab maksiat ( disko.karaoke dll ) dan membuka selera kepada muda mudi berpesta bersama pasangan lelaki perempuan. Apakah tindakan sebegitu boleh mengundang dosa besar.

1. Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa jika telah mendapat didikan agama dirumah dan disekolah pula guru-guru telah memainkan peranan mendidik anak-anak murid supaya menjadi manusia yang berakhlak maka tanggungjawab mereka telah terlepas jika muda-mudi tadi atas pilihannya melakukan maksiat dan dosa. Tetapi jika ibu bapa tidak pernah mengajar pendidikan Islam dan akhlak Islam dirumah maka ibu bapa akan bertanggung jawab di atas maksiat dan dosa yang dilakukan oleh anak-anak mereka.


Didikan agama sangat penting dan contoh yang baik dari ibu bapa yang penting.. Dari kecil anak-anak perlu dididik dengan agama kerana agama adalah fardu ain. Setiap anak dilahirkan dengan fitrah dan diibaratkan seperti kain putih yang akan membentuknya adalah ibu bapa anak tersebut. Pandangan saya ialah bermula dari ibubapa. Teladan yang baik akan mencontohi anak. Anak yang berumur sebelum baliq adalah tanggungjawab ibu bapa dan apabila sudah baliq dosanya ditanggung sendiri.


Pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung, Jabatan Agama , Adun, ahli Parlimen dan semua umat Islam perlu bersama-sama melaksanakan dakwah dan tarbiah dan menyekat gejala sosial yang dilakukan oleh muda-mudi kita. Pemimpin negara pula perlu membuat satu dasar yang jelas untuk memberi pendidikan Islam bersepadu kepada para pelajar dan muda mudi yang sedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi supaya menjadi insan beriman dan bertakwa. Jika mereka meninggalkan amanah yang besar ini mereka akan berdosa.

2. Memberi lesen untuk membuka kelab malam, pusat judi, pusat hiburan dan kilang-kilang arak maka ianya akan  dipertanggungjawabkan adalah pihak berkuasa dan pemimpin negara kerana mereka tidak menunaikan amanah yang Allah SWT berikan sebagai khalifah Allah di muka bumi untuk menyekat maksiat dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.


518. Soalan : .Sekiranya seorang anak menjaga ibunya yang tua (separuh nyanyuk) tetapi ibu sering marah-marah kepada anak-anak yang menjaganya.dan sukar untuk makan ubat. Apakah jalan penyelesaian terbaik boleh kah kita menghantarnya ke rumah orang tua berdosakah kita ustaz?

Menghormati ibu adalah wajib dan memelihara ibu  adalah wajib dan menegur kesalahan ibu  juga wajib. Setiap teguran mestilah dengan hikmah dan berbudi bahasa. Selalulah memohon kepada Allah SWT semoga diturunkan hidayah kepada ibu yang bersikap begitu. Sebaik-baiknya jangan meletakkan ibu kerumah orang-orang tua kerana sebagai anak lebih baik saudara memeliharanya kerana sewaktu kita kecil dahulu semua dilayan dengan baik dan tidak pernah merungut ibu kita, kita berak dan kecing di atas tilam dan di bajunya dengan tenang dia basuh. Kita menangis waktu malam dia bangun dalam keadaan mengantuk untuk di buai dan beri susu kepada kita.

Takkan masalah seperti ini kita tidak boleh hendak terima dan berkeputusan untuk hantarnya kerumah orang tua-tua. Menjaga ibu bapa yang tua besar pahala dan hikmahnya, Allah SWT murahkan rezeki kita. Tidak rugi menjaganya, lagipun jika dihitung umurnya sudah tidak lama lagi, sabarlah sementara dan jangan menyesal kemudian, ingat hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Syurga di bawah tapak kaki ibu". 


Jangan sesekali mengecilkan hati ibu kerana kita tidak dapat mencium bau syurga. Ada hadis menyatakan bahawa celakalah seorang anak yang mempunyai ibu tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerana derhaka atau menyenggung perasaan hati kecilnya. Doa ibu makbul di sisi Allah SWT.

519. Soalan : Saya ingin bertanyakan tentang pemakaian seluar bagi wanita dari segi Islam.?

Hadis Nabi SAW :

لَŰčَنَ ۱َŰłُولُ Ű§Ù„Ù„َّهِ Ű”َلَّى Ű§Ù„Ù„َّهُ Űčَلَيْهِ وَŰłَلَّمَ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلَ يَلْŰšَŰłُ لِŰšْŰłَŰ©َ Ű§Ù„ْمَ۱ْŰŁَŰ©ِ وَŰ§Ù„ْمَ۱ْŰŁَŰ©َ ŰȘَلْŰšَŰłُ لِŰšْŰłَŰ©َ Ű§Ù„Ű±َّŰŹُلِ
 

Maksudnya : "Rasulullah melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian laki-laki". (Hadis Riwayat. Abu Dawud, no: 4098; Ibnu Majah; Ahmad; dll)
 

Hadis di atas jelas melarang wanita berpakaian lelaki dan juga sebaliknya. Kalau macam tu, wanita tidak boleh pakai seluar ?

Bukan macam itu, wanita boleh memakai seluar tetapi  seluar jenis seluar wanita, contohnya seperti seluar bagi jubah seluar, seluar sukan wanita dan seumpamanya.Seluar yang dimaksudkan adalah seluar yang longgar dan tidak menampakkan bentuk paha dan pinggulnya dibolehkan.

Yang menjadi haram ialah wanita berpakaian seperti lelaki ialah, berpakaian t-shit pendek lelaki, seluar jean, seluar lelaki dan seumpamanya. Haram juga bagi wanita yang memakai seluar ketat.

Jangan sempetkan pandangan saudari dengan masalah ini. Setiap apa-apa mestilah mematuhi syarak Islam. Islam itu indah dan tidak sempit.


520. Soalan : Keluarga sebelah bapa saya ada terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan bomoh, mereka seolah-olah taksub dengan bomoh dan bomoh tersebut akan menuduh sesiapa sahaja termasuk ibu saya kononnya ibu saya berbuat sesuatu yg tidak baik kepada keluarga sebelah ayah saya ni. Bukan ibu saya sahaja yang menjadi mangsa malahan nenek saudara dan ramai lagi.mereka seolah berdendam dengan keluarga saya.Persoalan saya, adakah wajar saya menziarahi keluarga ayah saya semasa raya ini. Saya tahu memutuskan perhubungan silaturahim merupakan dosa besar. Namun saya ingin mengelakkan mereka dengki kepada kami sekeluarga.
Harap ustaz dapat membantu..moga perkara ini dapat diselesaikan..

Percaya bomoh adalah syirik, ini adalah dosa besar. Sabda Nabi S.A.W. bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).

Tambahan daripada itu, Rasulullah S.A.W. juga mengingatkan bahawa orang yang mempercayai keburukan itu datangnya daripada sesuatu selain daripada Allah adalah syirik, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan orang yang beriman sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

 
Orang yang dengki adalah dosa besar. Sebagai keluarga saudari tidak patut memutuskan hubungan silaturrahim dengan mereka. 

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”. Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”.  (Hadis Riwayat Muslim)
 
Saudari perlulah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk mengelakkan saudari terkena apa-apa perkara yang tidak diingini. Amalakanlah zikir al-Mathurat waktu pagi dan petang, membaca al-Quran dan banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah SWT. Semua amalan ini dapat membantu saudari daripada perbuatan sihir orang lain kepada saudari dan ahli keluarga.


Wednesday, July 3, 2013

Soal Jawab Agama Siri 45 (Wanita Haid dan Nifas, Waktu Solat Isyak, Aurat Wanita dan Talak Melalui SMS.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 45  adalah menjawab persoalan wanita haid dan nifas, waktu solat Isyak, aurat wanita dan talak melalui sms.


511. Soalan : Wanita haid dan wanita nifas, apakah keduanya boleh makan dan minum pada siang hari bulan Ramadan?

Mereka yang sedang menghadapi haid dan nifas diharamkan berpuasa dan mereka boleh makan dan minum pada siang hari bulan Ramadan. Namun, lebih baik hal itu dilakukan dengan sembunyi-sembunyi jika ada anak-anak dirumah, kerana perkara tersebut boleh menimbulkan tanda tanya dan salah faham di kalangan anak-anak .


512. Soalan :  Saya ada sedikit kemusykilan tentang tamatnya waktu sembahyang Isyak. ada seorang ustaz di kampung saya mengatakan bahawa solat Isyak tamat pada pukul 12 malam, kerana solat Isyak tersebut adalah solat malam dan selepas pukul 12 tiada malam lagi. Ia jadi waktu pagi. lantas timbul kekeliruan dengan apa yg saya pelajari iaitu waktu Isyak adalah panjang sehingga terbitnya fajar sidik. Mohon diberi pencerahan tentang hal ini. wassalam.


Para ulama membahagikan waktu solat kepada waktu ikhtiariy (Ű§Ù„Ű„ŰźŰȘÙŠŰ§Ű±ÙŠ) dan waktu al-Idhtiroriy (Ű§Ù„Ű„Ű¶Ű·Ű±Ű§Ű±ÙŠ). Waktu al-Ikhtiyari bagi solat Isya ialah sehingga sebahagian malam. Manakala waktu al-Idhtiroriy pula berlanjutan sehingga terbitnya fajar sidik.

Maksud waktu al-Ikhtiariy: ialah waktu yang dibenarkan solat di dalamnya tanpa makruh, samaada di awal waktu ikhtiyari ini atau di akhirnya.

Manakala maksud waktu al-Idhtiroriy: ialah waktu yang tidak boleh dilewatkan solat sehingga masuk waktunya melainkan bagi orang-orang yang berada dalam keuzuran seperti orang gila yang normal setelah berlalunya waktu al-Ikhtiyariy, wanita haid, orang yang tertidur, terlupa, orang kafir yang baru memeluk islam atau budak yang baru baligh.

Ini menunjukkan tidak boleh melewatkan solat Isya sehingga habisnya waktu al-Ikhtiyari melainkan bagi orang-orang yang memiliki keuzuran seperti yang disebut di atas.

Perkara ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W.

وَوَقْŰȘُ Ű”َلَۧ۩ِ Ű§Ù„ْŰčِŰŽَۧۥِ Ű„ِلَى نِŰ”ْفِ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ Ű§Ù„ْŰŁَوْŰłَŰ·ِ

Maksudnya: “Dan waktu solat Isya ialah sehingga sebahagian malam yang pertengahan.”

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut, maksudnya hadis ini ialah: “waktu menunaikannya dlm waktu al-Ikhtiyariy.” (5/111) :


Badan Fatwa Arab Saudi di dalam fatwa mereka menyebut:

ووقŰȘ Ű§Ù„Űčێۧۥ من ŰșÙŠŰšÙˆŰšŰ© Ű§Ù„ŰŽÙÙ‚ Ű§Ù„ŰŁŰ­Ù…Ű± Ű„Ù„Ù‰ Ù†Ű”Ù Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ ، ÙˆÙ‡Ű°Ű§ وقŰȘ Ű§Ù„Ű§ŰźŰȘÙŠŰ§Ű± Ù„Ù‡Ű§ ، ووقŰȘ Ű§Ù„Ű§Ű¶Ű·Ű±Ű§Ű± من Ù†Ű”Ù Ű§Ù„Ù„ÙŠÙ„ Ű„Ù„Ù‰ Ű·Ù„ÙˆŰč Ű§Ù„ÙŰŹŰ±

Maksudnya: “Waktu Isya itu bermula dari luputnya awan merah (habis waktu Maghrib) sehingga pertengahan malam, ini adalah waktu al-Ikhtiyar, manakala waktu al-Idhthiror bermula dari sebahagian malam sehingga terbitnya fajar.” (6/113)

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut:
“Apabila telah hilangnya awan merah – iaitu awan merah sebelah barat – tamatlah waktu Maghrib dan masuknya waktu Isya sehingga pertengahan malam. Dan apa yang selepas pertengahan malam adalah waktu dhorurah (al-Idhthirar) bagi solat Isya, tidak boleh melewatkan solat Isya sehingga selepas pertengahan malam, antara hilangnya awan merah sehingga pertengahan malam itu adalah waktu al-Ikhtiyariy bagi solat Isya, jika seseorang menunaikan solat Isya selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya, akan tetapi dia dikira berdosa, kerana melewatkan solat Isya sehingga masuk waktu dharurah.” (Fatwa Bin Baz 10/384).

Wallahu a'lam


513. Soalan :  Saya ada sedikit masalah. Saya akan berkahwin. Bakal suami saya adalah anak bongsu kepada 4 beradik lelaki. Saya faham aurat saya dengan bakal abang ipar nanti. Saya harus memakai tudung di dalam rumah dan tidak boleh bersalam dengan mereka. Saya ada berbincang isu ini dengan tunang saya,dalam keluarganya kedua-dua kakak iparnya tidak memakai tudung dan dia juga bersalam dengan mereka sebagai tanda hormat. Dia bimbang sekiranya saya memakai tudung di dalam rumah dan tidak bersalam dengan abangnya, abangnya akan menganggap saya sebagai orang luar dan tidak hormat pada mereka. Apa yang saya harus lakukan? Adakah saya boleh membuka aurat saya dengan menganggap mereka sebagai adik beradik.?
 

Dalam perkara hukum Allah SWT kita wajib mematuhinya sebaliknya hukum adat yang bertentangan dengan syariat Islam perlu ditinggalkan. Jawapan soalan saudari adalah seperti berikut :

1. Hubungan antara seorang wanita dan abang/adik iparnya hanyalah mahram muaqqat (mahram sementara), bukan mahram muabbad (mahram selamanya), di mana dia dibolehkan berkahwin dengan abang/adik iparnya itu jika ditakdirkan berlaku penceraian dengan suaminya atau suaminya meninggal. Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.

2. Pandangan Allah SWT terhadap kita perlu kita utamakan dari pandangan manusia. Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam-; “Sesiapa berusaha mencapai keredhaan manusia dengan menjadikan Allah murka kepadanya, Allah akan menyerahkannya kepada manusia. Sesiapa menjadikan manusia marah kepadanya dengan kerana ia mencari redha Allah, Allah akan mencukupkannya dari pergantungan kepada manusia” (Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi dari ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 8394)

3. Kuatkan diri, berpegang teguh dengan Syariat dan mohon kekuatan dari Allah SWT, insya Allah mereka yang akan ikut saudari nantinya, bukan saudari yang ikut mereka. Banyak cara lain yang diharuskan Syariat untuk saudari mengeratkan hubungan kekeluargaan (dengan keluarga sebelah suami), antaranya sering menziarahi mereka (bersama suami), peramah, suka membantu, tidak lokek wang ringgit dan sebagainya (semua itu akan memadamkan segala kesangsian orang lain terhadap saudari di samping mereka akan menghormati saudari, malah sampai masanya mereka akan mengikuti cara saudari).

Berbincanglah dengan bakal suami tentang hal tersebut dan capai kata sepakat sebelum berkahwin agar tidak ada perbalahan dengan suami apabila telah berkahwin nanti. Bagi seorang isteri, memadai dengan suami memahami pendiriannya pada peringkat awal sebelum orang lain turut memahaminya.

Wallahu a'lam.


514. Soalan :  Adakah pengecualian aurat kepada wanita yang sakit dan tua (terlantar atas katil), kawan2 yang bukan mahram selalu ziarah beliau. Atau sama sahaja seperti wanita yang sihat?

Walau pun sakit bahagian badan yang wajib ditutup (yakni aurat), tidak harus didedahkan kepada orang lain yang haram melihatnya melainkan ketika darurat, antaranya ketika rawatan yang tidak dapat dielakkan dari membuka bahagian yang sakit untuk dirawat oleh doktor. Hukum ini tidak ada beza antara wanita yang telah tua atau masih muda, yang sihat atau yang sakit. Yang harus melihatnya hanyalah doktor atau jururawat yang menjalankan rawatan sahaja. 

Adapun pelawat, tidaklah harus melihatnya. Oleh kerana si pesakit mungkin tidak berdaya melaksanakan kewajipan menutup aurat tersebut atau ia tidak sedarkan diri, orang yang menjaganya (sama ada anak-anak atau orang lain) yang wajib memastikan ditutup auratnya. Jika tidak boleh ditutup auratnya atas nasihat doktor, hendaklah dibuka kepada kaum wanita dan lelaki-lelaki mahramnya sahaja untuk menziarahinya. Adapun lelaki yang bukan mahram hendaklah dihalang menziarahinya kerana menjaga hukum tadi. 

515. Soalan :  Saya ada satu pertanyaan. Kalau seorang suami telah menulis mesej di telefon bimbit untuk menjatuhkan talak kepada isterinya tetapi belum dihantar kepada isterinya, adakah talak itu sudah jatuh atau belum?. Sekian.

Menurut jumhur Fuqhak (antaranya Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafiie); menulis ucapan talak tidak dikira jatuh talak melainkan dengan niat, yakni ada niat mentalak isteri ketika menulis ucapan talak tersebut. Ini kerana orang yang menulis boleh jadi ia menulis kerana ingin merekodkan atau bertujuan penceritaan atau ingin mencuba pen/pensil, ingin melihat tulisannya atau seumpamanya, maka kerana itu dalam kes talak ia memerlukan niat talak supaya tulisan talak itu tidak bertujuan lain.

Talak dengan SMS termasuk dalam kategori talak dengan tulisan di atas. Jika SMS yang mengandungi ucapan talak itu ditulis oleh suami berserta dengan niat untuk menujukan ucapan talak itu kepada isterinya, jatuhlah talak.

Ucapan talak tidak disyaratkan dilafazkan di hadapan isteri. Sekalipun isteri tidak mengetahui suaminya ada melafazkan talak ke atasnya, talak akan tetap berlaku dengan semata-mata keluar ucapan tersebut dari suami (sama ada dengan lafaz mulut atau dengan tulisan berserta niat tadi).

Oleh demikian, merujuk kepada soalan di atas, jika ketika menulis ucapan talak dengan SMS itu ada niat untuk menceraikan isteri, jatuhlah talak walaupun SMS itu belum dihantar. Dikecualikan jika dalam tulisan itu ada dikaitkan dengan syarat sampai seperti dituliskan “Jika SMS ini sampai kepada kamu (yakni isterinya), maka kamu aku ceraikan”, maka tidak jatuh talak melainkan setelah SMS itu sampai kepada isteri.
Wallahu a’lam.

Tuesday, July 2, 2013

Soal Jawab Agama Siri 44 (Ciri-ciri Sahabat Yang Baik, Kelebihan Membaca dan Mempelajari al-Quran Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 44 adalah menjawab persoalan ciri-ciri sahabat yang baik, kelebihan membaca dan mempelajari al-Quran, kepercayaan kurafat, kelebihan imam dan muazin dan kelebihan bulan Ramadan.


506. Soalan : Setiap manusia perlu kepada sahabat-sahabat yang baik untuk bersama-sama mengharungi kehiudpan setiap hari. Apakah ciri-ciri sahabat yang baik menurut pandangan Islam.

Apabila kita mencari sahabat perlulah mencari sahabat yang boleh bersama-sama membantu kita untuk berbahagia di dunia dan akhirat.

Ini bertepatan dengan maksud sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa r.a )


Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan bersahabat dengan orang-orang yang dapat merosakkan agama maupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia." (Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 4/324, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379)


Ciri-ciri sahabat yang baik adalah :
 
1. Mengasihi saudara sesama Islam semata-mata kerana Allah SWT
2. Mengucap salam bila bertemu
3. Sentiasa menziarahi terutama ketika sakit
4. Sentiasa saling mendoakan
5. Menolong ketika kesempitan
6. Memenuhi jemputan
7. Memberi ucapat tahniah dan takziah
8. Saling memberi hadiah
9. Tidak memutuskan silaturahim dan memulaukan
10. Bertolak ansur dan saling memaafkan
11. Bermanis muka bila bertemu
12. Sentiasa jujur dan ikhlas inginkan kebaikan sesama saudara seIslam
13. Memberi tempoh yang diperlukan untuk dia membayar balik hutangnya
14. Bersangka baik dan tidak mudah mempercayai berita fitnah mengenai dirinya
15. Membantunya mencarikan pasangan hidup yang baik jika dia belum berumahtangga.


507. Soalan : Apakah kebaikan dan kelebihan membaca dan mempelajari al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mahu mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain."   (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muslim meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a., beliau berkata: " Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: " Bacalah al-Quran, kerana pada hari kiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya" (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis  yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :"Tidak boleh ada iri hati, kecuali dalam dua perkara, iaitu terhadap seseorang yang diberi kemampuan menghafal al-Quran, lalu ia membacanya, baik pada malam hari mahupun siang hari; dan terhadap seseorang yang dikurniakan harta oleh Allah, lalu ia infakkan, baik pada malam hari mahupun siang hari."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )


508. Soalan : Terdapat banyak kepercayaan kurafat masyarakat kita seperti 
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mempercayai bulan safar membawa sial dan bala bencana.
2. Mempercayai burung hantu berbunyi diwaktu malam akan ada orang nak mati atau ada bala bencana. 3. Percaya bahawa apabila hujan panas ada orang nak mati. 4. Percaya kalaulah cicik berbunyi maknanya betullah cakap kita. 5. Biawak lintas jalan ada petanda urusan hari itu gagal tak boleh diteruskan. Jika diteruskan akan gagal. 6. Bila ada kupu-kupu masuk rumah akan ada tetamu nak datang ke rumah. dan lain-lain lagi.
Bagaimana pandangan Islam mengenai kepercayaan tersebut?


Islam adalah agama yang suci dan bersih daripada kepercayaan karut dan kurafat. 

Kita wajib membuangkan segala bentuk kepercayaan orang-orang melayu yang tidak ada nas dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. kerana semua perkara ghaib mestilah ada nas dan rujukkan kepada dua sumber tersebut.


Sabda Nabi S.A.W. yang maksudnya :  " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Rasul-Nya." (Hadis Riwayat Malik)


Perlu ditegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan persoalan akidah, syariah dan akhlak dalam kehidupan muslim seharian. Oleh itu, apa saja amalan, perkataan dan kepercayaan yang tidak berasaskan kepada sumber yang dijelaskan di atas adalah ditolak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Dan berjaga-jagalah kamu. Jauhkanlah diri kamu daripada perkara baru (bidaah) kerana setiap perkara yang diadakan itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat. (Hadis riwayat Abu Dawud)


Rasulullah S.A.W. menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada penularan penyakit (tanpa izin Allah), tidak ada penentuan nasib dengan burung, tiada kemudaratan burung hantu, dan tiada bala bencana bulan Safar". (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Sabda Nabi S.A.W. bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).


Tambahan daripada itu, Rasulullah S.A.W. juga mengingatkan bahawa orang yang mempercayai keburukan itu datangnya daripada sesuatu selain daripada Allah adalah syirik, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan orang yang beriman sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).


509. Soalan : Apkah kelebihan menjadi imam solat berjemaah dan menjadi muazin (melaungkan azan)?

Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah (amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin). Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kebaikan di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya: “Imam-imam itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan orang-orang yang azan itu umana (amanah atas waktu sembahyang) maka Allah memberi petunjuk kepada imam-imam dan mengampunkan orang-orang yang azan.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maka azanlah untuk kamu oleh salah seorang di kalangan kamu, kemudian hendaklah yang mengimamkan kamu itu orang yang akhbar (berilmu) di kalangan kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain itu, banyak lagi disebutkan di dalam hadis mengenai kelebihan-kelebihan azan dan iqamah dan orang yang melaungkannya. Antaranya ialah:


1. Sehingga Orang Sanggup Berundi Untuk Medapatkannya .


Hadis daripada Abu Hurairah katanya maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Seandainya manusia mengetahui tentang apa (kelebihan) dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka berundi, nescaya mereka akan berundi. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada at-tahjir (sembahyang zohor di awal waktu) nescaya mereka akan berlomba-lomba mendapatkannya. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada al-‘atamah (sembahyang isyak) dan subuh nescaya mereka mendatanginya walaupun dengan merangkak-rangkak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2. Dipohonkan Ampun Dan Mendapat Pahala Sepertimana Pahala Orang Yang Bersembahyang Dengannya.


Hadis daripada al-Bara’ bin ‘Azib katanya maksudnya: “Bahawasanya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mengucapkan selawat kepada (makmum-makmum) di baris hadapan. Sementara orang yang azan akan dipohonkan ampun baginya sejauh suaranya dan akan dipersaksikan dia  oleh sesiapa yang mendengarnya daripada tumbuhan yang hidup dan kering dan baginya pahala seperti pahala sesiapa yang bersembahyang bersamanya.” (Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)



510. Soalan : Apakah kelebihan bulan Ramadan?


Sabda Rasulullah SAW :

    قَŰŻْ ŰŹَۧۥَكُمْ ۱َمَ۶َŰ§Ù†ُ, ŰŽَهْ۱ٌ مُŰšَۧ۱َكٌ, كَŰȘَŰšَ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْكُمْ Ű”ِيَŰ§Ù…َهُ, فِيْهِ ŰȘُفْŰȘَŰ­ُ ŰŁَŰšْوَُۧۚ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ُ وَŰȘُŰșْلَقُ فِيْهِ ŰŁَŰšْوَُۧۚ Ű§Ù„ْŰŹَŰ­ِيْمِ وَŰȘُŰșَلُّ فِيْهِ Ű§Ù„ŰŽَّيَۧ۷ِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَŰ©ٌ Űźَيْ۱ٌ مِنْ ŰŁَلْفِ ŰŽَهْ۱ٍ. مَنْ Ű­ُ۱ِمَ Űźَيْ۱َهَۧ فَقَŰŻْ Ű­ُ۱ِمَ


Maksudnya : “Telah datang kepadamu Ramadan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan atas kalian berpuasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa terhalangi dari kebaikannya maka dia telah terhalangi (dari kebaikan).” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa-i)

Sabda Nabi SAW tentang kelebihan menghidupkan malam-malam bulan Ramadan :

    Űčَنْ ŰŁَŰšِى هُ۱َيْ۱َŰ©َ ŰŁَنَّ ۱َŰłُولَ Ű§Ù„Ù„َّهِ – Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… – قَŰ§Ù„َ « مَنْ قَŰ§Ù…َ ۱َمَ۶َŰ§Ù†َ Ű„ِيمَŰ§Ù†ًۧ وَْۭۧŰȘِŰłًَۧۚۧ Űșُفِ۱َ لَهُ مَۧ ŰȘَقَŰŻَّمَ مِنْ Ű°َنْŰšِهِ » 


Maksudnya :  “Abu Hurairah r.a. berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah maka diampuni dosa-dosa yang telah lalu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, June 30, 2013

Soal Jawab Agama Siri 43 (Segerakan Amal Soleh, Gejala Murtad, Tugas Dakwah dan Lain-lain Lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 43 adalah menjawab persoalan fitnah akhir zaman dengan segerakan amal soleh, gejala murtad, tugas berdakwah, keizinan ibu bapa untuk berkahwin dan tanggungjawab anak lelaki.


501. Soalan : Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan diri daripada fitnah dunia akhir zaman? Pengaruh kebendaan telah menguasai masyarakat kita hingga ada yang sanggup menjadi murtad untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.

Umat Islam sekarang ini tidak boleh duduk berdiam diri sahaja tanpa menjalankan dakwah amar makruf nahi mungkar. Musuh-musuh Islam sedang bekerja untuk menyesatkan umat Islam dengan mengajak keluar daripada Islam untuk menjadi murtad.

Apa sahaja kerja yang membawa kebaikan dan amal soleh tidak boleh ditangguh-tangguhkan sebagaimana hadis Nabi SAW. mengingatkan kita bahawa tetap teguk melaksanakan amal soleh.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Lebih teruk lagi apabila maksiat sudah menjadi kebiasaan dan bergembira dengan maksiat.
Sabda Nabi S.A.W maksudnya : " Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran hendaklah ia merubahnya (mencegah) dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak sanggup, maka dengan  lisannya (nasihat), dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) dan itu adalah selemah-lemahnya Iman. " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas jika seseorang itu tidak rasa bersalah dengan maksiat yang dilakukan dan gembira pula maka sebenarnya sedikit pun iman tidak ada didalam hatinya.

502. Soalan : Kenapa masih berlaku di dalam masyarakat kita gejala murtad? Sedangkan agama Islam adalah agama yang paling lengkap dan sempurna berbanding dengan agama-agama yang lain?


Masaalah murtad dikalangan umat Islam telah menjadi suatu masaalah yang besar. Gejala terkutuk ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia kerana majoriti rakyatnya adalah beragama Islam dan di dalam perlembangaan telah termaktub bahawa  orang-orang bukan Islam tidak boleh memurtadkan umat Islam. Tetapi yang menjadi tanda soal kenapa orang-orang bukan Islam bebas memurtadkan orang-orang Islam dan tidak ada tindakkan tegas daripada pemerintah?

Murtad  adalah bermaksud berpaling dari agama Islam kepada agama kufur samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktiqad.

Murtad adalah satu perbuatan yang paling keji dan hina . Paling dikutuk oleh Allah SWT kerana sesiapa yang murtad akan  mendapat balasan neraka Jahanam mereka kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "..Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah ayat 217)


Terdapat tujuh faktor boleh menyebabkan seseorang dengan mudah menjadi murtad iaitu :

1. Tidak mendapat didikan agama yang sempurna.

2. Iman terlalu lemah hinggakan dalam hati tidak ada perasaan takut kepada Allah SWT.

3. Kemiskinan dan tidak ada pendapatan yang tetap untuk menyara kehidupan.

4. Faktor  sudah jatuh cinta kepada pasangannya yang beragama lain.

5.Mengikut rakan-rakan sebaya yang tertarik dengan tawaran kewangan

6. Terpengaruh dengan kehebatan seseorang ketua yang mungkin menggunakan ilmu sihir.

7. Saudara baru yang murtad (kembali kepada agama asal) disebabkan tidak mendapat bimbingan yang sempurna setelah masuk Islam.

Untuk mengatasi masaalah murtad maka pihak kerajaan termasuk Jakim dan Jabatan Agama Islam setiap negeri perlulah memantau, menyekat dan menghalang pihak-pihak luar yang cuba mengambil kesempatan untuk menjalankan dakyah palsu mereka dengan tindakkan yang tegas. Ibu bapa, guru-guru dan badan-badan bukan kerajaan Islam perlulah bersatu tenaga untuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah kepada semua anak-anak remaja dan umat lsam seluruhnya di negara kita.

503. Soalan : Kenapakah tugas berdakwah dan mengajak kepada Islam adalah satu tugas yang sangat mulia di sisi Allah SWT?

Tugas berdakwah dan mengajak manusia kepada iman dan Islam adalah tugas mulia yang dijalankan oleh para Rasul bermula Nabi Adam a.s hingga kepada Nabi Muhammad SAW. Tugas ini adalah sebaik-baik amalan di sisi Allah SWT. 

Islam perlu ditegakkan secara kaffah (sempurna) di tengah-tengah kehidupan lantaran aktiviti-aktiviti dakwah. Terdapat banyak dalil yang memerintahkan agar kaum muslimin untuk sentiasa berdakwah. Ganjaran pahala yang disediakan bagi para pendakwah juga amat besar. 


Antara dalil yang menjelaskan tentang keutamaan dakwah adalah sepertimana firmanNya: 

وَمَنْ ŰŁَŰ­ْŰłَنُ قَوْÙ„Ű§ً مِّمَّن ŰŻَŰčَŰą Ű„ِلَى Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰčَمِلَ Ű”َـلًِۭۧ وَقَŰ§Ù„َ Ű„ِنَّنِى مِنَ Ű§Ù„ْمُŰłْلِمِينَ
 

Maksudnya : “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sesugguhnya aku adalah daripada kalangan orang muslim (yang berserah diri)?” (Surah Fussilat (41) ayat 33) 

Secara zahirnya, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Alusi, seruan dakwah yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah melalui lisan. Manakala perkataan kepada Allah SWT di sini bermaksud mengajak kepada mentauhidkan Allah SWT dan taat kepadaNya.


Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Demi Allah, sesungguhnya satu orang yang diberikan petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu (pendakwah), maka itu lebih baik daripada unta merah” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan al-Nasa’i).
 

Apabila dakwahnya diterima, pahala yang diberikan kepadanya pun terus mengalir. Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang menunjukkan atau mengajarkan suatu kebaikan, maka dia mendapat pahala yang sama sepertimana orang yang melakukannya (mengikutinya)”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ahmad).


504. Soalan : Kawan saya seorang pelajar perempuan sedang belajar di pusat pengajian tinggi awam telah jatuh cinta dengan seorang pelajar lelaki ditempat pengajian yang sama tetapi lelaki tersebut berasal daripada luar negara. Mereka berhasrat untuk berkahwin tetapi kedua ibu bapa pelajar perempuan tidak bersetuju kerana lelaki tersebut bukan warganegara Malaysia. Adakah dikira derhaka jika si anak ini menentang pendapat kedua ibu bapanya yang melarang mereka berdua untuk berkahwin dan mereka merancang untuk bernikah dan melarikan diri ke luar negara selepas tamat pengajian.

Seorang anak wajib mentaati kedua ibu bapanya , dia tidak boleh bertinak mengikut hawa nafsu kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat dan akan mendapat kutukan daripaad Allah SWT.


Amalan baik yang  lakukan anak derhaka akan menjadi `kosong' dan sia-sia, tidak diterima Allah sekiranya melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa. 

Hal ini dapat difahami melalui sepotong hadis yang bermaksud: "Tiga hal yang menyebabkan sia-sia amal iaitu menyekutukan Allah, menentang kedua ibu bapa dan melarikan diri daripada medan perang." (Hadis riwayat Tabrani).

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk syurga. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan merasakan kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya." (Hadis riwayat al-Hakim).

Seorang anak perempuan jika beliau hendak berkahwin wajib mendapat keizinan daripada kedua ibu bapanya kerana bapanya kerana bapanya akan menjadi wali pernikahan. Reda Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu bapa.

Tolong nasihatkan kepada rakan saudari bahawa ikutlah nasihat kedua ibu bapanya jika ingin keberkatan dalam kehidupan berkeluarga. Mereka  melarang berkahwin dengan orang luar negara kerana banyak risikonya apabila tinggal diluar negara berbagai perkara luar jangkaan boleh berlaku. Dia tetap akan menjadi anak derhaka jika dia melarikan diri dan bernikah diluar negara tanpa keizinan kedua ibu bapanya.

505. Soalan : Saya ingin tahu sekiranya seorang anak lelaki telah berkahwin dan mempunyai keluarganya sendiri adakah dia masih bertanggung jawab menjaga dan membantu kedua ibu bapanya jika mereka miskin dan telah tua?

Walaubagaimana pun seorang anak lelaki telah berkahwin dan memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadis Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW maksudnya : “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”


Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."


Hadis di atas menjelaskan  selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.


Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Soal Jawab Agama Siri 42 (Masuk Syurga Tanpa Hisab, Ketenangan Hati, Menutup Aib, Putus Tunang Dan Doa)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 42 adalah menjawab persoalan masuk syurga tanpa hisab, amalan-amalan yang boleh mendatangkan ketenagan hati, menutup aib saudaranya, putus tunang dan kedudukan doa.

496. Soalan : Sesiapa yang dapat masuk syurga tanpa hisab adalah golongan yang sangat beruntung. Minta ustaz jelaskan hadis Nabi SAW yang menjelaskan golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab?

Dari Abu Bakar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda ” Aku dianugerahi Allah 70,000 orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab. Wajah mereka seperti bulan purnama di waktu malam, Hati mereka semuanya sama. Lalu aku memohon tambahan kepada Allah dan Allah menambahkan untukku setiap seorang menjadi 70,000 orang (Hadis Riwayat Ahmad)
 

Daripada Muhammad Bin Sirin r.a ( Imam Ibn Sirin ) dia berkata : Saidina ‘Imran r.a pernah menceritakan kepadaku dengan katanya : “ Rasulullah SAW pernah bersabd maksudnya : " 70 Ribu dari kalangan umatku akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab tanpa dihitung amalan-amalan mereka  . Mereka ( para sahabat r.a ) bertanya : Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? . Jawab Baginda SAW .  Mereka ialah orang-orang yang tidak menggunakan besi panas di dalam rawatan , orang-orang yang tidak minta dijampi dan mereka juga adalah orang-orang yang bertawakal kepada Tuhan mereka..." (Hadis Sahih Riwayat Muslim  di dalam sahihnya ( Kitab al-Iman , Bab ke-94 : Dukhul Towaif minal muslimin al-Jannah bi ghair hisab wa la ‘azab . Nombot hadist : 218 ) .
 

497. Soalan : Apakah amalan-amalan yang boleh mendatangkan ketenangan pada hati dan jiwa?
Terdapat lima perkara yang boleh mendatangkan ketenangan pada hati dan jiwa iaitu :

1. Tafakur dan muhasabah .

Kita hendaklah sentiasa merenung kehidupan kita, bermuhasabah tentang hubungan hati kita dengan Allah SWT Fikirkan betapa banyaknya dosa-dosa yang telah kita lakukan, tugas dan amanah yang telah kita tinggalkan dan betapa kurangnya amal soleh kita dan rasa tidak mampu nak berhadapan dengan Allah SWT. di hari akhirat nanti. Sayyidina Umar setiap malam bertafakur dan bermuhasabah dan mengenangkan akan dosa-dosanya.

2.Beristighfar .

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Dan mohonlah keampunan kepada Tuhan kamu dan kembalilah kepada-Nya nescaya Dia akan mengurniakan pemberian yang baik kepada kamu hingga ke waktu yang ditentukan." (Surah Hud ayat 3)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3.Berselawat kepada Nabi SAW.

Nabi SAW bersabda amksudnya, "Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangakt sepuluh darjatnya" (Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan al- Hakim)

4.Mengingati mati .
 

"Perbanyakkan mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan zuhud pada dunia."

Imam al-Ghazali mengatakan, "Dengan meningati mati, hati kamu menjadi lembut."

5.Berzikir dalam hati .

Allah SWT berfirman maksudnya :"Berzikirlah (ingatlah) kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan perasaan takut."    (Surah Al-A'raf ayat 205)

498. Soalan : Apakah balasan di akhirat sesiapa yang menutup aib saudaranya di dunia?

Sesiapa yang menutup aib saudaranya di dunia, walaupun perbuatan tersebut  memang dilakukannya maka Allah SWT akan menutup aibnya di hari akhirat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa menolong saudaranya untuk memenuhi hajatnya, maka Allah bersamanya dalam memenuhi hajatnya, dan barangsiapa melapangkan suatu kesusahan dari seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat, dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim).

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya". (Hadis Riwayat Tirmidzi).

499. Soalan :Kawan saya merasa  kecewa apabila tunangnya memutuskan ikatan pertunangan di antara mereka kerana telah jatuh hati dengan seorang  lelaki yang lebih kaya dan tampan. Bagaimanakah caranya saya dapat menasihatinya supaya bersabar dengan ketentuan qadak dan qadar daripada Allah SWT?

Saudara perlulah mengingatkannya bahawa semua peristiwa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT dan mungkin terdapat hikmah yang besar di atas terputusnya ikatan pertunangan tersebut. Berkemungkinan wanita tersebut bukan wanita yang baik kerana lebih mementingkan harta dan rupa yang tampan.

Firman Allah SWT maksudnya : ".dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf  ayat 12)

Orang mukmin tidak akan putus asa daripada rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir.

Firman Allah SWT maksudnya : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah  ayat 216)

Sesungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinlah berlakunya sesuatu peristiwa itu mengandungi hikmah dan kebaikan yang banyak. Yakinlah akan ada penggantinya yang lebih solehah daripada tunangnya yang lama.

500. Soalan : Saya telah banyak berdoa kepada Allah SWT untuk sesuatu hajat tetapi sehingga kini doa saya masih belum dimakbulkan oleh Allah SWT. Bolehkah ustaz terangkan kenapa doa-doa saya masih belum dimakbulkan?

Terdapat tiga perkara kedudukan doa kita kepada Allah SWT :

Pertama : Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
 

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka) : Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah ayat 186)

Kedua : Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.

Menurut al-Khatabi : "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala."

Menurut hukama : "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat.”

Ketiga : Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah ayat 216).

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT. Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini."  (Hadis Qudsi)

Allah SWT telah memerintahkan hamba-Nya untuk berdoa, sebagaimana Firman-Nya dalam surah al-Mukmin yang bermaksud  : “Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’”. (Surah Al-Mukmin (40) ayat 60)