Saturday, July 6, 2013

Rampasan Kuasa Tentera Di Mesir Melanggar Hak Demokrasi Rakyat Mesir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rampasan kuasa oleh tentera Mesir telah menafikan hak majoriti rakyat Mesir yang memilih kerajaan melalui pilihan raya yang bebas, telus dan diiktiraf.

Kalau ada bantahan terhadap Presiden, rundingan (mesti) dibuat. Kalau ada jadual pilihan raya segera diadakan, mesti mengikut saluran demokrasi.Mereka (rakyat Mesir) ada hak untuk persoalkan Presiden dan mereka boleh tuntut diadakan pilihan raya baru. Tetapi, tidak dengan rampasan kuasa oleh tentera.

Dr Mursi baru mula memerintah Mesir sebagai Presiden selama setahun dan telah banyak membuat perubahan membangunkan negara kepada perubahan yang lebih baik. Sepatutnya rakyat memberi peluang untuk satu penggal supaya beliau dapat mensetabilkan keadaan negara.


Jasa-jasa Dr Murshi adalah seperti berikut :

1. Di zaman Mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20 % paling banyak, sekarang sudah melebihi 60 %. Dulu harus mengimpot dari Amerika, sekarang Mursi mengimpot dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini mampu menjimatkan belanja negara hingga jutaan dollar setahun sekaligus meningkatkan ekonomi negara.
 

2. Belaiu telah mengembangkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman Mubarak hanya menghasilkan keuntungan yang sedikit berbanding pada masa beliau keuntungan terusan Suez mendapat keuntungan berpuluh-puluh kali ganda.
 

3. Beliau telah menaikkan gaji kakitangan awam dan harga barang-barang keperluan dipertahankan tidak dinaikkan.

4. Beliau adalah membangun syarikat Samsung terbesar di Arab ( Bani Suwef), sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
 

5. Beliau adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta dari luar negara.
 

6. Beliau adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata  dari Amerika.
 

7. Beliau adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai nikmatnya memakai barang elektronik bermutu dengan harga termampu. Anak-anak sekolah boleh menggunakan peralatan  canggih.
 

8. Beliau adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah cadangan rezab Mesir yang sebelumnya sudah hampir menjadi muflis.
  

9. Beliau adalah mendukung perjuangan Palestina, Syria dan Myanmar.
 

10. Beliau mampu mengeluarkan Mesir dari  kekuasaan tentera dalam temoh 40 hari, di mana Erdogan mengambil masa bertahun-tahun untuk melakukannya.
 

11. Beliau meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. hingga Mesir jadi negara yang disegani.
 

12. Beliau telah berusaha mengembangkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

13. Beliau  mampu menarik pelabor luar negara dan mempertahankan keyakinan pelabor asing di Mesir.
 

14. Beliau telah membuka kembali jalan darat antara Mesir ke Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara telah meningkat.
 

15. Beliau  mampu membuka peluang pekerjaan baru untuk 600 ribu lebih orang yang sedang menganggur.

16. Beliau sedang berusaha  mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negera oleh Husni Mubarak dan kuncu-kuncunya.
 

17.Beliau sedang menegakkan keadilan yang sebenarnya dan berusaha meghapuskan rasuah dan penipuan.
Dan banyak lagi jasa-jasa beliau yang tidak dapat disebutkan satu persatu yang menjadikan musuh-musuhnya terutama Amerika dan Israel jadi marah.

Kerana sebab-sebab inilah  maka Dr. Mursi  digulingkan oleh sisa-sisa pengaruh Mubarak, golongan liberal, sekular, komunis, dan Kristen Koptik serta muslim jahil dan dungu. Mereka menganggap Dr. Mursi  gagal membuat perubahan untuk negara Mesir.


Sahabat yang dimuliakan,
Dalam dunia morden hari ini sukar kita ingin memperolehi pemimpin Islam yang memiliki akhlak dan ketakawaan seperti Dr Mursi. Pemerentahan beliau menghampiri sama seperti pemerentahan Umar bin Abdul Azizi di zaman Kerajaan Umayyah. Beliau  selalu solat berjamaah di mesjid, hafal al Quran, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki. Beliau meninggalkan untuk tinggal di istana Presiden dan hanya tinggal dirumah sewa.

Jika melibatkan urusan peribadi beliau akan menggunakan duit poket sendiri bukannya duit kerajaan, bukannya seperti yang berlaku sebahagian besar daripada ketua negara lain yang akan menggunakan duit kerajaan secukup-cukunya.

Tidak ada alasan kuat untuk tentera merampas kuasa kerana tidak ada setiti darah pun yang ditumpahkan oleh beliau. Beliau adalah pemimpin yang adil dan sanggup mengorbankan segala-galanya demi kemakmuran negara dan rakyat Mesir.

Dalam Islam haram menjatuhkan kerajaan Islam yang dipilih secara telus dan adil di dalam pilihanraya terutama jika Pemimpin tersebut menjadikan Islam sebagai teras perundangan negara.

Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam di dalam hadis yang juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, sabda baginda :

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Maksudnya : “Wajib ke atas seorang Muslim untuk mendengar dan mentaati (pemerintah) dalam perkara yang disukai mahupun dibenci kecuali jika diperintah untuk berbuat maksiat. Apabila diperintah untuk berbuat maksiat, maka tidak ada dengar dan taat.” (Muttafaqun ‘alaih)

Tidak ada ketaatan yang dimaksudkan adalah tidak ada ketaatan di dalam perkara maksiat itu sahaja. Adapun ketaatan di dalam perkara makruf yang lain, hal itu masih lagi berterusan.Ketaatan hanya kepada pemerintah Islam

Perlu juga ditegaskan bahawa apabila disebutkan tentang ketaatan kepada pemerintah, tentunya yang dimaksudkan dengan pemerintah di sini adalah pemerintah Islam. Sama sekali tidak dimaksudkan pemerintah yang bukan Islam atau pemerintah yang sudah keluar daripada Islam. Ini sebagaimana hadis di dalam Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh sahabat yang bernama Ubadah bin Ash-Shamit r.a. di mana dia menyebutkan tentang suruhan Rasulullah supaya taat kepada pemerintah. Lalu dia menyebutkan sabda baginda

,إلا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا، عِنْدَكُمْ فِيْهِ مِنَ اللهِ بُرْهَانٌ

“Kecuali apabila kalian melihat kekafiran yang jelas (nyata), yang kalian mempunyai bukti yang jelas daripada Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan syarat di dalam ketaatan kita terhadap pemerintah. Di dalam hadis ini, Rasulullah Sallallaahu ’Alaihi Wasallam menyebutkan secara jelas bahawa ketaatan kepada pemerintah adalah selama mana pemerintah itu Islam. 

Dr. Mursi sedang berusaha melaksanakan syariat Islam tidak ada sedikit pun beliau melakukan kezaliman dan merampas hak rakyat. Malahan beliau cuba memberi sebanyak mungkin hak rakyat yang di rampas oleh Mubarak dalam pemerintahan terdahulu.


Oleh itu tidak ada alasan mana-mana ulama yang boleh bersekongkol dengan pemerentahhan tentera sekular kononnya untuk mengembalikan demokrasi kepada rakyat. Jawablah dihadapan Allah nanti jenayah yang telah kalian lakukan. Wallahu a'lam.

1 comment:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang mula berpuasa hari ini, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.

Dengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam di negara-negara yang bergolak akibat peperangan khususnya perang saudara di Syria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agar menghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.

Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiga negara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :

1. Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kini bergolak
2. Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II
3. Perang saudara di Syria : Perang proksi AS dan Russia

Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakan tersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html