Thursday, February 19, 2015

Kisah Nabi Adam dan Hawa Dalam Al- Quran

Hawa Atau Syaitan Yang Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi?

Boleh dikatakan hampir kesemua kisah yang kita baca dan dengar berkaitan Adam dan buah khuldi menunjukkan bahawa Hawa lah yang memujuk Adam memakan buah Khuldi di dalam syurga yang mana kemudiannya menyebabkan Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga dan ditempatkan di dunia. Namun benarkah Hawa yang memujuk Adam?

Untuk menghilangkan keraguan maka hendaklah kita merujuk kepada al-Quran di mana Allah SWT berfirman:

فوَŰłْوَŰłَ لَهُمَۧ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ لِيُŰšْŰŻِيَ لَهُمَۧ مَۧ وُÙˆŰ±ِيَ Űčَنْهُمَۧ مِنْ ŰłَوْŰąَŰȘِهِمَۧ وَقَŰ§Ù„َ مَۧ نَهَŰ§Ùƒُمَۧ ۱َŰšُّكُمَۧ Űčَنْ هَŰ°ِهِ Ű§Ù„ŰŽَّŰŹَ۱َŰ©ِ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْ ŰȘَكُونَۧ مَلَكَيْنِ ŰŁَوْ ŰȘَكُونَۧ مِنَ Ű§Ù„ْŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ

Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (Surah al-A`raf ayat  20)

Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukannya syaitan menghasut Hawa dan kemudian Hawa menghasut Adam pula.

Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:

فَوَŰłْوَŰłَ Ű„ِلَيْهِ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ قَŰ§Ù„َ يَۧ ŰąَŰŻَمُ هَلْ ŰŁَŰŻُلُّكَ Űčَلَى ŰŽَŰŹَ۱َŰ©ِ Ű§Ù„ْŰźُلْŰŻِ وَمُلْكٍ لَۧ يَŰšْلَى

Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?“ (Surah Taha ayat 120)

Lanjutan :

Renteten daripada kisah tadi ada lagi lanjutannya yang boleh kita masukkan dalam kategori mitos kerana tidak ada dalil dari al-Quran maupun hadits. Setelah Adam memakan buah khuldi dan hampir menelannya lalu datanglah Jibril menahan buah tersebut sebelum sempat buah khuldi itu sampai ke perutnya lalu terjadilah buah halkum yang tampak jelas dileher manusia yang bergelar lelaki

Namun harus diingat, tiada satu pun riwayat dari hadits maupun ayat al-Quran menyebutkan kejadian halkum lelaki adalah dari buah khuldi yang terlekat dileher Adam

Buah khuldi  Atau Pokok Khuldi?

Terdapat percanggahan antara kisah yang biasa kita dengar dengan apa yang jelas dalam al-Quran, kerana al-Quran tidak pula menyebutkan Khuldi itu sebagai buah sebaliknya hanya menyebutkan sebagai pokok khuldi di beberapa buah tempat:

فَوَŰłْوَŰłَ لَهُمَۧ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ لِيُŰšْŰŻِيَ لَهُمَۧ مَۧ وُÙˆŰ±ِيَ Űčَنْهُمَۧ مِنْ ŰłَوْŰąَŰȘِهِمَۧ وَقَŰ§Ù„َ مَۧ نَهَŰ§Ùƒُمَۧ ۱َŰšُّكُمَۧ Űčَنْ هَŰ°ِهِ Ű§Ù„ŰŽَّŰŹَ۱َŰ©ِ Ű„ِلَّۧ ŰŁَنْ ŰȘَكُونَۧ مَلَكَيْنِ ŰŁَوْ ŰȘَكُونَۧ مِنَ Ű§Ù„ْŰźَŰ§Ù„ِŰŻِينَ

Lalu syaitan menghasut mereka berdua memakan pokok larangan dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (Surah al-A`raf ayat 20)

فَوَŰłْوَŰłَ Ű„ِلَيْهِ Ű§Ù„ŰŽَّيْŰ·َŰ§Ù†ُ قَŰ§Ù„َ يَۧ ŰąَŰŻَمُ هَلْ ŰŁَŰŻُلُّكَ Űčَلَى ŰŽَŰŹَ۱َŰ©ِ Ű§Ù„ْŰźُلْŰŻِ وَمُلْكٍ لَۧ يَŰšْلَى

Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?“ (Surah Taha ayat 120)

ŰŽَŰŹَ۱َŰ©ِ 

dalam bahasa Arab bermaksud pokok. 

Sekiranya ingin ditakwilkan mungkin boleh dikatakan bahawa disebutkan pokok khuldi tetapi yang dimaksudkan adalah buahnya ya`ni dengan menggunakan istilah balaghah itlaqulkul wa iradatul juz. Contoh lain: Saya telah pergi mengetuk rumahnya ya`ni saya telah pergi mengetuk pintu rumahnya.

Walau bagaimanapun tidak ada dalil lain yang menjelaskannya demikian sama ada daripada hadis maupun al-Quran untuk menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat-ayat tadi adalah buah.

Seterusnya sebagai ummat Islam yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah, kita sepatutnya lebih berhati-hati dengan kisah-kisah yang sampai kepada kita kerana kebiasaannya kisah nabi-nabi terdahulu iaitu nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. ada terselit kisah Israiliyyat ya`ni kisah yang diriwayatkan atau berpunca dari Bani Israil. Kebanyakan riwayat Israiliyyat ini hanya layak digelar dongengan sahaja dan tidak boleh kita menerima atau mempercayainya lebih-lebih lagi apabila ia bercanggah dengan al-Quran & hadits. 

Wallahua`lam

Tugas Peguam Sama Seperti Hakim Samaada Ke Syurga Atau Neraka.

Di antara keistimewaan syariat Islam ialah mengambil berat pada menegakkan keadilan dan memberi kepada setiap orang akan haknya dengan tidak melampaui atau mengurangi batasan. Allah telah menyuruh kita supaya berlaku adil dan membuat kebaikan. Atas sebab keadilanlah maka diutuskan para Rasul dan diturunkan kitab-kitab Allah, begitulah tegaknya hukum Allah di dunia dan akhirat. 

Islam mewajibkan semua penganutnya supaya membela dirinya atau keluarganya atau maruahnya apabila menempuh kezaliman atau ancaman. Dari itu jika seseorang itu telah dituduh di dalam sesuatu kes sedang ia percaya dirinya tidak bersalah, hendaklah ia membela dirinya, membela dirinya kerana ianya adalah dijalan yang benar (berani kerana benar, takut kerana salah). Kalaulah keadaan tidak membolehkan ia membela dirinya secara peribadi sehingga ia terdesak untuk mendapatkan bantuan guaman, bolehlah ia menempah seorang peguam (tidak ada bukti bahawa seseorang itu tidak boleh menggunakan peguam sebagai penyelesaian buat dirinya yang benar). 

Hukum syarak mengenai penempahan peguam demi membela diri atau sebagainya dengan secara hak dan menegakkan keadilan adalah harus. Tugas sebenar seorang peguam ialah membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan terhormat di sisi agama Islam. Kerana menegakkan kebenaran dan menolak sebarang bencana dan kezaliman adalah satu daripada prinsip Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa, ayat 135:-

 ÙŠََۣۧيُّهَۧ Ű§Ù„َّŰ°ِينَ ŰąÙ…َنُÙˆŰ§ كُونُÙˆŰ§ قَوَّŰ§Ù…ِينَ ŰšِŰ§Ù„ْقِŰłْŰ·ِ ŰŽُهَŰŻَۧۥَ لِلَّهِ وَلَوْ Űčَلَى ŰŁَنفُŰłِكُمْ ŰŁَوْ Ű§Ù„ْوَŰ§Ù„ِŰŻَيْنِ ÙˆŰ§Ù„ŰŁَقْ۱َŰšِين 

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keadilan serta menjadi saksi atas kebenaran kerana Allah, meskipun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan karib kerabatmu. " (Surah an-Nisaa ayat 135).

Jika si peguam itu berbuat sebaliknya dengan membela yang salah dan batil (plaintif/defenden), ini adalah satu perbuatan yang terkeji di sisi Islam dan berdosa besar. 

Dari segi membela orang yang salah sebagai contoh. Masyarakat akan berfikir apalah gunanya peguam ni yang membela orang yg bersalah, tidakkah itu dituduh bersubahat (memang akan bersuara juga jika perkara ini ditanya). Di sini perlu diingatkan dalam undang-undang, "no one is guilty untill he is proven guilty" dan kedua-dua pihak berhak bersuara. 

Dan lagi satu, tugas peguam bela akan melakukan check n balance. Dialah yang akan memastikan secara tidak langsung dakwaan itu benar atau pun boleh menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yang dikenakan berdasarkan bukti yang diberikan oleh anak guamannya. 

Rasulullah SAW pernah menerangkan kedudukannya dengan sabdanya yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda "Barangsiapa menggunakan rayuannya untuk menghalang dari dilaksanakan hukum Allah, sesungguhnya ia telah menentang Allah. Dan barangsiapa yang mendakwa hak pada yang batil sedang ia tahu ia tidak berhak sesungguhnya ia dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kepada yang benar. Dan barangsiapa memburuk-burukkan terhadap seorang mukmin sedang orang yang diburukkan itu tidak bersifat demikian, maka Allah akan menempatkannya di dalam neraka sehingga ia menghentikan apa yang dikatakan itu. Dan barangsiapa yang memihak dalam sesuatu pertelingkahan secara zalim, sesungguhnya ia mendapat kemurkaan dari Allah SWT." 

Apabila seorang peguam di tugaskan mendakwa seseorang yang tidak bersalah dan memberikan bukti-bukti dan para saksi yang meragukan maka dia akan menanggung dosa besar jika hakim menjatuhkan hukuman kerana terpengaruh dengan dakwaannya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8) 


Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk selalu menegakkan kebenaran dan berlaku adil.

Jika para peguam atau pendakwa raya melakukan kezaliman kepada orang yang di tuduh kerana kepetahannya berhujah dan mempengaruhi para hakim untuk membuktikan si tuduh bersalah walaupun hakikat sebenarnya dia tak bersalah maka mereka termasuk orang yang membuat fitnah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela, yang kian kemari menyebarkan fitnah." (Surah al-Qalam ayat 10-11)

Ayat ini menjelaskan dua jenis dosa yang disebabkan oleh lisan iaitu sumpah palsu dan fitnah. Imam Ibnu Katsir yang mentafsirkan kata fitnah pada ayat di atas dengan perbuatan melaga-lagakan orang atau adu domba. (Termasuk juga orang yang bersumpah palsu menuduh seseorang yang baik meliwat atau berzina)

Sumpah palsu dan adu domba membawa akibat negatif amat besar sehingga perlu secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.

Sumpah palsu menyebabkan kebenaran tertutup. Dalam hal yang berkaitan dengan pengadilan, sumpah palsu mengakibatkan terjejas keadilan bagi seseorang, demikian pula kemerdekaannya. Terutama apabila sumpah palsu itu di nyatakan dihadapan  hakim semata-mata untuk mengaibkan dan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang dituduh.

Jika seseorang berbohong di hadapan hakim mengatakan dia di liwat sedangkan dia tidak diliwat maka pembohongan ini dipanggil fitnah (membuat  cerita palsu). Orang yang membuat fitnah tidak akan masuk syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam Islam sekiranya seseorang ingin membuat tuduhan seseorang wanita baik berzina perlulah membawa 4 orang saksi lelaki  yang adil. Termasuk juga membuat tuduhan meliwat atau berzina kepada lelaki Islam yang baik perlu juga membawa 4 orang saksi yang adil. Jika dia gagal membawa 4 orang saksi Islam yang adil maka dia akan dihukum dengan hukum qazab dan persaksiaannya tidak diterima sampai bila-bila . Kerana dia adalah orang yang fasik. Jika di dunia dia terlepas maka di akhirat dia tak akan terlepas menerima hukuman daripada Allah SWT.

Dalam Islam barang-barang seperti cctv, vedio, DNA dan gambar tidak boleh dijadikan bahan bukti menggantikan 4 orang saksi yang adil kerana barang-barang tersebut terdedah kepada manipulasi dan pengubahsuaian secara profesional.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yg menuduh wanita-wanita yang baik-baik,yang lengah lagi beriman (berbuat zina),mereka kena laknat didunia dan akhirat,dan bagi mereka azab yang besar.Pada hari (ketika) lidah,tangan,dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan".

(Surah an-Nuur ayat 23-24).



Majis Fatwa Negeri Selangor. : Kesesatan Ajaran Syiah.

Fatwa Sighah Berkaitan Ajaran Syiah Di Negeri Selangor

Akidah.

Tarikh Keputusan:  7 Oct, 2013

Keputusan: 

A. Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana mengandungi elemen-elemen antaranya seperti berikut:

1. Mempercayai bahawa Imam adalah Maksum (مŰčŰ”ÙˆÙ…).

2. Mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Askari sebagai Imam 

3. Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan  (Ű§Ù„Ű±ŰŹŰčŰ©).

4. Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun al- Qur`an dengan sempurna dan menolak al-Qur`an yang disusun oleh para sahabat Nabi serta mempercayai bahawa al-Qur`an yang sebenar mengandungi tujuh belas ribu ayat kerana berlakunya penyelewengan (ŰȘŰ­Ű±ÙŠÙ) melalui pengurangan atau penambahan ayat-ayat al-Qur`an.

5. Mengamalkan prinsip al-Taqiyyah (Ű§Ù„ŰȘÙ‚ÙŠŰ©) iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin dilakukan.

6. Sayyidina Ali disamatarafkan dengan Allah S.W.T.

7. Menghalalkan atau mengamalkan Nikah Mut‘ah (Ù†ÙƒŰ§Ű­ مŰȘŰčŰ©).

8. Mempercayai Khalifah dan Imamah adalah  sebahagian dari Rukun Islam dan diwasiatkan secara nas (Ù†Ű” ).

9. Mempercayai Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang  berlaku kepada manusia (Ű§Ù„ŰšŰŻŰ§ŰĄ).

10. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.

11. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah.

12. Menambah Syahadah seperti berikut:

ŰŁŰŽÙ‡ŰŻ ŰŁÙ† Ù„Ű§ Ű„Ù„Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ű§Ù„Ù„Ù‡
ŰŁŰŽÙ‡ŰŻ ŰŁÙ† Ù…Ű­Ù…ŰŻŰ§ Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡
ŰŁŰŽÙ‡ŰŻ ŰŁÙ† ŰčÙ„ÙŠŰ§ ŰŁÙ…ÙŠŰ± Ű§Ù„Ù…ÙˆŰĄÙ…Ù†ÙŠÙ† Ű­Ù‚Ű§

13. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sekalipun hadith mutawatir dan hanya menerima hadith- hadith yang diriwayatkan oleh Imam-Imam Syiah.

14. Menolak Ijma’ Ulama’.

15. Menolak Qiyas.

16. Menolak ‘Aul (Űčول) dan  mendahulukan  Qurabah (Ù‚Ű±Ű§ŰšŰ©) dari ‘Asobah (Űč۔ۚ۩) dalam pembahagian harta pusaka.

17. Mempercayai bahawa menziarahi kubur Sayyidina Husain akan mendapat ganjaran syurga.

18. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.

19. Mengharuskan solat jama’ (Ű”Ù„Ű§Ű© ŰŹÙ…Űč) dalam semua keadaan.

20. Mengharamkan solat Dhuha (Ű”Ù„Ű§Ű© Ű¶Ù‰Ű­).

21. Menetapkan prinsip Khumus (ŰźÙ…Űł) sebagai kadar zakat.

22. Menetapkan Islam bukan syarat wajib haji.

23. Mewajibkan membasuh dan menyapu kedua-dua kaki ketika berwuduk.

B. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa-

1. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

3. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan  fahaman  yang  bercanggah  dengan  ajaran  Islam yang sebenar.
mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

4. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba  menghidupkan  kembali  ajaran  dan  fahaman  Syiah  sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa  perayaan,  sambutan  keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

5. Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

6. Apa-apa  jua  bahan  publisiti  dan  sebaran  yang  menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.

7. Mana-mana  orang  Islam  adalah  juga  dilarang  memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah. Dan semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada golongan syiah ini daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran syiah di negeri Selangor.

8. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Selangor.

C. Pembatalan.

Fatwa tentang Fahaman Syiah [Sel. P.U.   15/1998] yang disiarkan pada 24 September 1998 dibatalkan.
Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan:  17 Oct, 2013
Nombor Rujukan:  [MAIS/SU/BUU/01-2-002-2013-4(3)]

Monday, February 16, 2015

Kemuskilan Agama : Persiapan Sebelum Kematian.

Soalan Ke Enam Puluh Tiga : Setiap yang hidup akan mati dan mati akan datang bila-bila masa bolehkah ustaz berikan langkah-langkah persiapan untuk setiap mukmin melakukannya supaya bila mati datang menjemputnya dia sudah ada persiapan untuk menjawab di alam barzakh dan hari akhirat.

Jawapan : Terdapat tujuh amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus melaksanakannya.

Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim).

Demikianlah keadaan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, padahal baginda telah diampuni dosa-dosanya, baik yang lalu maupun yang akan datang. Tetapi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah hamba yang sentiasa bersyukur, 

Abu Musa radhiallahu’anhu meriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

( Ű„ِنَّ Ű§Ù„Ù„Ù‡َ يَŰšْŰłُŰ·ُ يَŰŻَهُ ŰšِŰ§Ù„Ù„َّيْلِ لِيَŰȘُوْŰšَ مُŰłِيْŰĄُ Ű§Ù„Ù†َّهَۧ۱ِ وَيَŰšْŰłُŰ·ُ يَŰŻَهُ فِيْ Ű§Ù„Ù†َّهَۧ۱ِ لِيَŰȘُوْŰšَ مُŰłِيْŰĄُ Ű§Ù„Ù„َّيْلِ Ű­َŰȘَّى ŰȘَŰ·ْلُŰčَ Ű§Ù„ŰŽَّمْŰłُ مِنْ مَŰșْ۱ِŰšِهَۧ )

“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam  hari, sehingga matahari terbit dari barat (Kiamat).” (HR. Muslim).

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

(( مَنْ ŰȘََۧۚ قَŰšْلَ ŰŁَنْ ŰȘَŰ·ْلُŰčَ Ű§Ù„ŰŽَّمْŰłُ مِنْ مَŰșْ۱ِŰšِهَۧ ŰȘََۧۚ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčَلَيْهِ)) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ù…ŰłÙ„Ù….

“Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat niscaya Allah menerima taubatnya.” (HR. Muslim).

Firman Allah SAW. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)” (Surah Al-Anfal ayat 33)

Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.

Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah dimasjid. Solat adalah amalan yg pertama disemak di hari akhirat nanti jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seorang akan diterima oleh Allah. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Oramg yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Amalan Ketiga selesaikan semua hutang :

Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tanguh-tanguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.

Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis orang yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (Hadis Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu tulislah satu surat wasiat dan senaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat atau pemegang amanah (syarikat yang menguruskan wasiat) apabila mati datang mengejut urusan hutang-piutang ada pihak lain yang akan menyelesaikannya supaya rohnya kembali kepada Allah SWT dalam keadaan tenang tidak tergantung.

Amalan Keempat :Banyakkan sedekah jariah.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.

Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya. Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya. Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” 
(Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.)

Amalan Kelima : Ilmu yang bermanfaat.

Ilmu yang dapat dimanfaatkan maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.

Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai keperluan dunia. Ilmu agama ialah al-Qur'an dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. 
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Amalan Keenam : Anak yang soleh yang mendoakannya .

Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan doa anak yang soleh kepada orang tuanya diterima Allah SWT.

Doanya itu bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri. Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab doa padanya.

Sebaik-baiknya berdo'alah seperti berikut:

۱َŰšِّ ۧŰșْفِ۱ْ لِي وَلِوَŰ§Ù„ِŰŻَيَّ وَۧ۱ْŰ­َمْهُمَۧ كَمَۧ ۱َŰšَّيَŰ§Ù†ِي Ű”َŰșِيْ۱ًۧ. 

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Di dalam Syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.

Firman Allah bermaksud : “Ini disebabkan doa anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).

Amalan Ketujuh : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.

Tidak perlu menunggu Hari Raya. Bila-bila masa sentiasa minta maaf kerana dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.

Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah SWT. tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.