Jawapan : Terdapat tujuh amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus melaksanakannya.
Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim).
Demikianlah keadaan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, padahal baginda telah diampuni dosa-dosanya, baik yang lalu maupun yang akan datang. Tetapi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah hamba yang sentiasa bersyukur,
Abu Musa radhiallahu’anhu meriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
( Ű„ِÙَّ ۧÙÙÙَ ÙَŰšْŰłُŰ·ُ ÙَŰŻَÙُ ŰšِۧÙÙَّÙْÙِ ÙِÙَŰȘُÙْŰšَ Ù ُŰłِÙْŰĄُ ۧÙÙَّÙَۧ۱ِ ÙَÙَŰšْŰłُŰ·ُ ÙَŰŻَÙُ ÙِÙْ ۧÙÙَّÙَۧ۱ِ ÙِÙَŰȘُÙْŰšَ Ù ُŰłِÙْŰĄُ ۧÙÙَّÙْÙِ ŰَŰȘَّÙ ŰȘَŰ·ْÙُŰčَ ۧÙŰŽَّÙ ْŰłُ Ù ِÙْ Ù َŰșْ۱ِŰšِÙَۧ )
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam hari, sehingga matahari terbit dari barat (Kiamat).” (HR. Muslim).
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
(( Ù َÙْ ŰȘََۧۚ ÙَŰšْÙَ ŰŁَÙْ ŰȘَŰ·ْÙُŰčَ ۧÙŰŽَّÙ ْŰłُ Ù ِÙْ Ù َŰșْ۱ِŰšِÙَۧ ŰȘََۧۚ ۧÙÙÙُ ŰčَÙَÙْÙِ)) ۱ÙŰ§Ù Ù ŰłÙÙ .
“Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat niscaya Allah menerima taubatnya.” (HR. Muslim).
Firman Allah SAW. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)” (Surah Al-Anfal ayat 33)
Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.
Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah dimasjid. Solat adalah amalan yg pertama disemak di hari akhirat nanti jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seorang akan diterima oleh Allah. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Oramg yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah.
Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Amalan Ketiga selesaikan semua hutang :
Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tanguh-tanguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.
Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis orang yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (Hadis Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).
Oleh itu tulislah satu surat wasiat dan senaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat atau pemegang amanah (syarikat yang menguruskan wasiat) apabila mati datang mengejut urusan hutang-piutang ada pihak lain yang akan menyelesaikannya supaya rohnya kembali kepada Allah SWT dalam keadaan tenang tidak tergantung.
Amalan Keempat :Banyakkan sedekah jariah.
Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.
Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.
Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya. Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya. Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.)
Amalan Kelima : Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu yang dapat dimanfaatkan maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.
Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai keperluan dunia. Ilmu agama ialah al-Qur'an dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.
Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Amalan Keenam : Anak yang soleh yang mendoakannya .
Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan doa anak yang soleh kepada orang tuanya diterima Allah SWT.
Doanya itu bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri. Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab doa padanya.
Sebaik-baiknya berdo'alah seperti berikut:
۱َŰšِّ ۧŰșْÙِ۱ْ ÙِÙ ÙَÙِÙَۧÙِŰŻَÙَّ Ùَۧ۱ْŰَÙ ْÙُÙ َۧ ÙَÙ َۧ ۱َŰšَّÙَۧÙِÙ Ű”َŰșِÙْ۱ًۧ.
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Di dalam Syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.
Firman Allah bermaksud : “Ini disebabkan doa anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).
Amalan Ketujuh : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.
Tidak perlu menunggu Hari Raya. Bila-bila masa sentiasa minta maaf kerana dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.
Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah SWT. tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.
No comments:
Post a Comment