Saturday, August 3, 2013

Soal Jawab Agama Siri 66 (Tanda Kematian, Menggunakan Nama Suami, Bayar Hutang, Mengqada Solat Sunat Fajar Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 66 adalah menjelaskan persoalan tanda kematian, isteri letak nama suami, mengutamakan bayar hutang, mengqadak solat sunat fajar, hukum menghampiri zina.

616. Soalan :  Tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian.

Jawapan :


Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. 


 Hadis ‘dari Aisyah, bahawa ia berkata: Rasulullah bersabda:

مَنْ ŰŁَŰ­ْŰŻَŰ«َ فِيْ ŰŁَمْ۱ِنَۧ Ù‡Ű°َۧ مَۧ لَيْŰłَ مِنْهُ فَهُوَ ۱َŰŻٌّ (Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§Ù„ŰšŰźŰ§Ű±ÙŠّ ÙˆÙ…ŰłÙ„Ù…)

Maksudnya : “Barang siapa yang berbuat sesuatu yang baru dalam syari’at ini yang tidak sesuai dengannya, maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat. al-Bukhari dan Muslim)


Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.

Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)

 
Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;

1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah

 
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam-;

مَنْ كَŰ§Ù† ۹ِ۟۱َ كَÙ„Ű§Ù…ِه Ù„Ű§ Ű„ِلهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŻَŰźَلَ Ű§Ù„ŰŹَنَّŰ©َ

Maksudnya : “Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Hadis Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi.

 
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam-;

َۧلْمُŰ€ْمِنُ يَمُوْŰȘُ ŰšِŰčَ۱َقِ Ű§Ù„ْŰŹَŰšِيْنِ

Maksudnya : “Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulama pula berkata; "orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi." (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;

لَقِّنُوْۧ مَوْŰȘَŰ§Ùƒُمْ Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ فَŰ„ِنَّ نَفْŰłَ Ű§Ù„ْمُŰ€ْمِنِ ŰȘَŰźْ۱ُŰŹُ ۱َŰŽْŰ­ًۧ وَنَفْŰłُ Ű§Ù„ْكَŰ§Ùِ۱ِ ŰȘَŰźْ۱ُŰŹُ مِنْ ŰŽِŰŻْقِهِ كَمَۧ ŰȘَŰźْ۱ُŰŹُ نَفْŰłُ Ű§Ù„ْŰ­ِمَۧ۱ِ‏

Maksudnya : “Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya roh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun roh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya roh kaldai”. (Hadis Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).


3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam-;

مَنْ قَŰ§Ù„َ Ù„Ű§َ Ű„ِلَهَ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ ِۧŰšْŰȘِŰșَْۧŰĄَ وَŰŹْهِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰźُŰȘِمَ لَهُ Űšِهَۧ ŰŻَŰźَلَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَمَنْ Ű”َŰ§Ù…َ يَوْمًۧ ِۧŰšْŰȘِŰșَْۧŰĄَ وَŰŹْهِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰźُŰȘِمَ لَهُ Űšِهَۧ ŰŻَŰźَلَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ وَمَنْ ŰȘَŰ”َŰŻَّقَ ŰšِŰ”َŰŻَقَŰ©ٍ ِۧŰšْŰȘِŰșَْۧŰĄَ وَŰŹْهِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ ŰźُŰȘِمَ لَهُ Űšِهَۧ ŰŻَŰźَلَ Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©َ
 

Maksudnya : “Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz).

4. Mati ketika mengerjakan solat, puasa atau fardu haji dan umrah.

 
Wallahu a'lam.

Rujukan;

1.Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.

617. Soalan : Apa hukumnya dalam Islam seseorang menambah nama suami dibelakang nama isteri, seperti misalnya HIllary Clinton yg menambah nama suaminya (Clinton) dari Bill Clinton.?

Jawapan :

 
Isteri meletakkan nama suaminya merupakan hal yang belum dikenal dizaman para salafus salih dahulu, namun baru dikenal dizaman ketika kaum muslimin mulai berinteraksi dengan budaya barat yang memang tidak memiliki jati diri.

Dalam ajaran Islam seorang isteri tidak boleh menambahkan nama suaminya atau nama keluarga suaminya yang terakhir setelah namanya sebagaimana banyak terjadi kepada orang bukan Islam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (3508) bahawa

Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:


لَيْŰłَ مِنْ ۱َŰŹُلٍ ۧۯَّŰčَى لِŰșَيْ۱ِ ŰŁَŰšِيهِ وَهُوَ يَŰčْلَمُهُ Ű„ِلَّۧ كَفَ۱َ ، وَمَنْ ۧۯَّŰčَى قَوْمًۧ لَيْŰłَ لَهُ فِيهِمْ – ŰŁÙŠ Ù†ŰłŰš - فَلْيَŰȘَŰšَوَّŰŁْ مَقْŰčَŰŻَهُ مِنْ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ
 

Maksudnya : "Tidaklah seseorang mendakwakan kepada selain ayahnya sedangkan dia mengetahuinya kecuali dia telah kafir, barangsiapa yang mendakwakan kepada suatu kaum sedangkan dia tidak memiliki nasab dari mereka, maka hendaklah dia memesan tempatnya dalam neraka".

ÙˆÙ‚Ű§Ù„ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… : ( مَنْ Ű§Ù†ْŰȘَŰłَŰšَ Ű„ِلَى Űșَيْ۱ِ ŰŁَŰšِيهِ .. فَŰčَلَيْهِ لَŰčْنَŰ©ُ Ű§Ù„Ù„َّهِ وَŰ§Ù„ْمَÙ„Ű§ŰŠِكَŰ©ِ وَŰ§Ù„Ù†َّۧ۳ِ ŰŁَŰŹْمَŰčِينَ ) Ű±ÙˆŰ§Ù‡ Ű§ŰšÙ† Ù…Ű§ŰŹŰ© (2599) ÙˆŰ”Ű­Ű­Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ„ŰšŰ§Ù†ÙŠ في Ű”Ű­ÙŠŰ­ Ű§Ù„ŰŹŰ§Ù…Űč (6104

Dan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:"Barangsiapa yang menisbatkan dirinya kepada selain ayahnya, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya) (Hadis Riwayat Ibnu Majah(2599) dan dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ (6104).

Dalam dua hadis diatas ada ancaman keras bagi yang mengganti nama ayahnya atau keluarganya dan menisbatkan dirinya kepada keluarga atau kaum yang bukan asalnya.

Disamping itu perbuatan ini juga merupakan tasyabuh (menyerupai) orang-orang kafir, kerana tradisi yang tercela ini tidak pernah dikenal kecuali dari mereka, dan dari merekalah sebagian kaum muslimin yang awam yang cuba menirunya.

Dalam perbuatan itu juga ada unsur pengingkaran seorang wanita kepada keluarganya dimana hal itu bertentangan dengan sifat kebajikan, ihsan dan akhlak yang mulia.

Sesungguhnya sangat banyak pengaruh dari tasyabuh dengan orang-orang barat dalam hal pemberian nama, diantaranya yang banyak terjadi sekarang ini yaitu dengan menghapus antara namanya dan bapanya sebutan bin atau binti, yang dahulu sebabnya adalah kerana sebagian keluarga mengangkat sebagian orang menjadi anak angkat, sehingga mereka menambahkan nama mereka dibelakangnya, maka jadilah mereka (fulan fulan), yaitu untuk membedakan anak kandung mereka yang dipanggil (fulan bin fulan), kemudian pada abad 14 H mereka mulai menghapus sebutan bin atau binti dari anak kandung mereka dimana hal itu merupakan perkara yang diingkari baik secara bahasa, adat maupun syar’ie.

Diantara pengaruh lain dari penisbatan isteri kepada nama suaminya kerana asalnya: bahawa seorang wanita haruslah dipanggil (fulanah binti fulan), bukan (fulanah isteri fulan) meskipun kita tahu bahawa suami memiliki kedudukan sangat tinggi bagi isterinya, bahkan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengatakan seandainya sujud kepada manusia diperbolehkan nescaya seorang isteri diperintahkan untuk sujud kepada suaminya.

Dalam hal ini Allah Ta’alaa berfirman:
 

{ ۧۯŰčوهم Ù„ŰąŰšŰ§ŰŠÙ‡Ù… هو ŰŁÙ‚ŰłŰ· ŰčÙ†ŰŻ Ű§Ù„Ù„Ù‡ } [ Ű§Ù„ŰŁŰ­ŰČۧۚ:5]

Maksudnya: "Panggilah mereka kepada bapa-bapa mereka itu lebih adil disisi Allah." (Surah Al-Ahzab ayat 5)

Tidak kita jumpa dalam sunah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menunjukkan bahawa isteri dinisbatkan kepada suaminya, bahkan ini merupakan perkara baru yang tidak ditetapkan oleh syariat Islam, kerana para isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu para ibu kaum mukminin menikah dengan manusia yang paling mulia nasabnya namun tidak seorang dari mereka yang dinisbatkan kepada nama baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, bahkan mereka semua masih dinisbatkan kepada ayah mereka meskipun kafir, demikian pula para isteri sahabat radhiallahu anhum dan yang datang setelah mereka tidak pernah mengganti nasab mereka.

Kesimpulannya kita sebagai muslim yang memiliki jati diri, yang taat kepada Allah Ta’alaa dan mencontoh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hendaklah menjauhi hal-hal seperti ini kerana adanya larangan tasyabuh dengan mereka apalagi biasanya hal itu hanya ditujukan untuk mencari gelamor semata-mata. Wallahu a’lam

618. Soalan : Apa saya harus segera melaksanakan aqiqah untuk anak saya yang baru lahir, padahal saya masih punya tanggungan hutang yang harus saya bayar?

Jawapan :


Aqiqah adalah sunnah mu’akkadah. Untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sudah layak disembelih. Dana untuk anak perempuan satu ekor kambing. Kambing tersebut disembelih pada hari ketujuh. Jika tidak dilakukan pada hari ketujuh maka dibolehkan untuk menyembelihnya bila ada kemampuan. Tidak berdosa untuk mengakhirkannya. Paling utama adalah mendahulukan (menyegerakannya) jika tidak ada masaalah lain.

Bagaimana jika kita masih mempunyai hutang yang harus segera dibayar? Para ulama sepakat mengatakan bahawa aqiqah tidak wajib dan tidak harus segera dikerjakan oleh orang tua jika dia kurang berkemampuan. Terlebih ia punya tanggungan hutang yang yang harus segera dibayarkan. Padahal kewajiban yang lebih besar dari aqiqah –seperti haji- tidak boleh didahulukan daripada membayar hutang.

Membayar hutang jika sudah sampai tempuhnya adalah kewajiban. Sementara aqiqah adalah sunnah. Padahal perkara wajib harus lebih didahulukan daripada yang sunnah. . Wallahu a’lam.

619. Soalan :  Apa benar jika kita telah jamaah Subuh sehingga tidak sempat solat (sunat) fajar, maka ia boleh diganti setelah solat Subuh atau pada saat masuk waktu Duha?

Jawapan :

Solat sunat fajar merupakan solat sunat rawatib yang paling ditekankan dibandingkan dengan selainnya. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkannya; baik dalam keadaan bermusafir maupun muqim. Hal ini didasarkan kepada hadis ‘Aisyah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:

لَمْ يَكُنْ َۧلنَّŰšِيُّ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… Űčَلَى ŰŽَيْŰĄٍ مِنْ َۧلنَّوَŰ§Ùِلِ ŰŁَŰŽَŰŻَّ ŰȘَŰčَŰ§Ù‡ُŰŻًۧ مِنْهُ Űčَلَى ۱َكْŰčَŰȘَيْ َۧلْفَŰŹْ۱ِ

“Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidak pernah memperhatikan solat-solat sunat melebihi perhatiannya terhadap dua rakaat fajar.” (Muttafaq ‘Alaih)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah terbangun lewat untuk melaksanakan solat Subuh dalam satu perjalanan. Baginda bangun saat matahari sudah terbit. Kemudian baginda menyuruh Bilal untuk mengumandangkan azan. Lalu baginda wuduk dan solat sunat fajar dua rakaat yang diikuti oleh para sahabat. Kemudian baginda menyuruh Bilal mengumandangkan iqamah dan baginda solat Subuh bersama mereka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan dishahihkan Syaikh Al-Albani)

Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam lakukan ini untuk tidak terlewat dari mendapatkan keutamaannya yang telah baginda terangkan, “Dua rakaat fajar lebih baik dari dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat. Muslim)

Ibnul Qayyim berkata, “Oleh kerananya, baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkannya, yakni solat sunat fajar dan solat Witir, baik pada saat bermusafir maupun saat bermukim. Pada saat bepergian baginda mengutamakan mengerjakan solat sunat Fajar dan Witir dibandingkan semua solat sunat yang lainnya. Tidak pernah dinukil dari baginda bahawa baginda solat sunat rawatib selain kedua rakaat solat tersebut.” (Zaadul Ma’ad: 1/315)

Lalu bagaimana saat seseorang tidak punya kesempatan menjalankan dua rakaat Fajar sebelum shalat Shubuh?

Jika seseorang tidak berkesempatan menjalankan dua rakaat fajar sebelum solat Subuh maka boleh baginya mengqadanya (mengganti dengan menjalankannya) setelah soat Subuh atau pada waktu matahari sudah terbit di waktu Duha. 


Sunnah telah menerangkan keduanya. Tetapi –menurut Syaikh Ibnu Bazz- mengakhirkannya sampai matahari meninggi lebih utama, kerana Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan hal ini. Adapun mengerjakannya sesudah solat Subuh terdapat taqrir (pengakuan) dari Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan pembolehannya.

Inilah pendapat yang dipilih Imam Ahmad, beliau berkata: “Jika ia mengerjakannya sesudah fajar (solat Subuh) maka itu sudah cukup. Adapun saya memilih hal itu (memilih mengqadanya di waktu Duha).”

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ لَمْ يُŰ”َلِّ ۱َكْŰčَŰȘَيْ Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ِ فَلْيُŰ”َلِّهِمَۧ ŰšَŰčْŰŻَ مَۧ ŰȘَŰ·ْلُŰčُ Ű§Ù„ŰŽَّمْŰłُ

Maksudnya : “Siapa yang belum solat dua rakaat Fajar maka hendaknya mengerjakannya setelah terbit matahari.” (Hadid Riwayat Tirmidzi, Ibnul Huziamah, al-Hakim, Ibnu HIbban. Dan selainnya. Hadits ini disahihkan Syaikh Al-Albani)

Hadis dari Qais bin’ Amr menuturkan, bahwa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah melihatnya solat dua rakaat Fajar setelah shalat Subuh. Lalu baginda bertanya, “Dua rakaat apa ini wahai Qais?” Qais menjawab, “Ya Rasulullah, aku belum menunaikan dua rakaat Fajar, maka dua rakaat ini adalah dua rakaat fajar.” Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam membiarkannya. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan al-Tirmidzi) dan diamnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menunjukkan pengakuannya akan kebolehan. Wallahu a'lam.


620. Soalan : Apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? Apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua?

Jawapan :

 
Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu;

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hamba-Nya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi SAW maksudnya : “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Hadis Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31).

Di dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata.

Firman Allah SWT maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7).

Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah SWT . Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah SWT dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;

1. Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
2. Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
3. Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat).

Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman" (Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 4516)

Wallahu a'lam.




Wednesday, July 31, 2013

Soal Jawab Agama Siri 65 (Orang Berilmu, Balasan Untuk Pendakwah, Harta Dunia Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 65 adalah menjelaskan persoalan balasan orang berilmu tidak hayati ilmunya, balasan kebaikan bagi pendakwah, harta dunia, lemah iman dan menangguhkan kerja.

611. Soalan : Apakah balasan yang akan diterima di akhirat apabila seorang alim (berilmu) yang mengajak manusia kepada kebenaran dan menyuruh meninggalkan kemugkaran sedangkan dirinya sendiri tidak melaksanakannya?

Jawapan :


Dalam perjalanan Israk tersebut, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bertembung dengan beberapa lelaki yang menggigit bara api di dalam mulut mereka.

Baginda bertanya: “(Wahai Jibrail), siapakah mereka?”

Jibrail menjawab: “Mereka itu ialah para khatib di dunia yang menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang mereka lupa akan diri mereka sendiri; padahal mereka semua membaca Kitab (al-Quran), tidakkah mereka berakal (untuk memikirkannya)?” 

(Hadis Riwayat Ahmad, hadis no: 12211 dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth. Ia merujuk kepada ayat 44 surah al-Baqarah.

Firman Allah SWT yang bermaksud : " Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, pada hal kamu membaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?"

Perkara di atas tidak hanya khusus kepada para khatib kerana dalam al-Quran Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah al-Saff (61) ayat 2-3)

612. Soalan : Apabila kita memperjuangkan agama Allah SWT menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar apakah balasan yang akan kita terima daripada Allah SWT?

Jawpan :

Tidak ada amalan yang paling baik di dunia ini melainkan kita menegakkan agama Allah SWT di muka bumi dengan menyeru manusia kembali beriman dan patuh kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Balasan yang akan diterima adalah syurga.

Dalam rangka kita memperjuangkan agama Islam, sama ada menyebarkannya atau membelanya, kadangkala kita akan menemui cabaran dan kesukaran. Janganlah berputus asa, tetapkanlah keyakinan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala akan membantu kita dengan cara-cara yang tidak disangka-sangkakan. Allah berjanji:

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad (47) ayat 07)

Tentu saja janji ini dengan syarat kita telah melakukan segala usaha dan persiapan yang patut kerana Allah juga telah mensyaratkan: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d (13) ayat 11)

Jika kita tetap pendirian membela agama Allah SWT semua urusan kita akan dipermudahkan. Di murahkan rezeki, di panjangkan umur di berkati hidup berkeluarga dan dijauhi segala fitnah dan musibah dan di akhirat nanti akan mendapat balasan syurga.

613. Soalan : Apakah pandangan Islam bagi seseorang yang mencari harta dunia sehingga melupakan kewajipan beribadah kepoada Allah SWT.?

Jawapan :


Islam tidak menghalang seseorang mencari harta dunia, carilah sebanyak-banyaknya tetapi dengan syarat jangan lupa melaksanakan solat dan ibadah kepada Allah SWT, jangan lupa membayar zakat dan bersedekah kepada golongan miskin dan jangan sombong dan bermegah-megah dengan harta yang dimiliki. Dengan kekayaan akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.

Qarun, kaum 'Ad, kaum Samud dan kaum Luth semua mereka maju dengan pembangunan material tetapi mereka engkar dengan perintah Allah S.W.T. yang di bawa oleh para Rasul maka mereka dibinasakan oleh Allah S.W.T.

Sebuk dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tak berfaedah.
Firman Allah s.w.t bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.”
(Surah Al-A’laa: 16-17)


Apabila seseorang sibuk dengan hal-hal dunia seperti hiburan yang melalaikan , hanya memikirkan nak besarkan rumah, perabut yang mahal-mahal, kereta mewah, untuk mengaut keuntungan dan bekerja siang malam , jika kesemua ini menjejaskan berhubungannya dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, sebenarnya dia sedang ghairah dan mabuk dengan dunia.

Firman Allah maksudnya :“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).”  (Surah At-Takaatsur ayat  6)

614. Soalan : Sekiranya seseorang itu malas beribadah, tidak pernah mengingati kematian, tidak rasa bersalah apabila melakukan dosa-dosa kecil atau besar tanda seseorang menjadi futur dan lemah iman?

Jawapan :


Benar, apabila terdapat 3 ciri -ciri diatas iaitu  :

1.  Malas beribadah,
2. Tidak ada perasaan takut mengenai kematian
3. Tidak rasa bersalah apabila melakukan dosa-dosa kecil atau besar.

Adalah tandanya seseorang memiliki iman yang lemah dan sedang futur (tidak takut kepada Allah dan jiwnya sedang sakit)
Huraiannya : 


1. Malas beribadah.

Sering melewat-lewatkan waktu solat. Kadangkala sehingga terlepas waktunya tanpa disedari. Malas solat sunat , berzikir dan membaca al-Quran . Menghabiskan banyak masa untuk tidur, berbual kosong atau melayan hobi yang kurang manfaatnya.
Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat atau melalaikan solat hingga luput waktunya. Renungkan hadis Rasulullah S.A.W. di bawah yang menghalang perbuatan tersebut .

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah S.A.W. mengenai orang yang melalaikan solat maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan Neraka Wail".


2. Tidak ada perasaan takut mengenai kematian. 


Apabila hati tidak langsung mengingati kematian ini bermakna iman sedang ditahap yang lemah. Oleh itu kita digalakkan menziarahi orang mati  dan menziarahi kubur sebagai ubat agar hati dapat mengambil pengajaran daripada kematian. Hati orang mukmin sentiasa mengingati kematian sebagai satu cara untuk membersihkan hatinya.
Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud :
"Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati)."
(Hadis Riwayat Tirmizi)


3. Melakukan maksiat samaada kecil atau besar. 


Lebih teruk lagi apabila maksiat sudah menjadi kebiasaan dan bergembira dengan maksiat.
Sabda Nabi S.A.W maksudnya : " Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran hendaklah ia merubahnya (mencegah) dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak sanggup, maka dengan  lisannya (nasehat), dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tak  senang dan tak setuju, tinggalkan !) dan itu adalah selemah-lemahnya Iman. " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Berdasarkan hadis di atas jika seseorang itu tidak rasa bersalah dengan maksiat yang dilakukan dan gembira pula maka sebenarnya sedikit pun iman tidak ada didalam hatinya.

615. Soalan : Adakah boleh kita boleh menangguh-nangguhkan kerja dakwah yang sepatutnya kita lakukan dan menyerahkan kepada para ulama dan ustaz sahaja untuk berdakwah?

Jawapan :
 

Tugas dakwah bukan tugas ulama dan ustaz sahaja. Setiap muslim mukmin wajib menjalankan kewajipan dakwah dan tarbiah kerana setiap kita akan disoal apakah tugas dan amanah yang diberikan kepada kita dapat kita jalankan dengan baik dan sempurna.

Apa sahaja kerja yang membawa kebaikan dan amal soleh tidak boleh ditangguh-tangguhkan terutama tugas dakwah dan tarbiah. 


Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)





Tuesday, July 30, 2013

Soal Jawab Agama Siri 64 (Zakat Fitrah, Solat Sunat Wuduk, Beralih Tempat Solat dan Solat Ghaib)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Soal Jawab Agama Siri 64 adalah menjelaskan persoalan zakat fitrah, solat sunat wuduk, beralih tempat selepas solat fardu untuk melakukan solat sunat dan solat ghaib

606. Soalan : Zakat fitrah diwajibkan oleh Allah SWT. Siapakan yang wajib membayar zakat fitrah dan jumlah yang perlu dibayar?

Jawapan :

Sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW. mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang Muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya. Ini berbeza dengan zakat harta, kerana tidak dikenakan kepada hamba. Mana mungkin seorang hamba mampu berzakat, andai dirinya sendiri pun dimiliki oleh orang lain. Bahkan, demi mengangkat taraf seorang hamba maka Islam memberikan hak zakat untuk mereka menebus diri.

Zakat fitrah juga mempunyai nisab yang berbeza dengan zakat harta. Untuk menunaikan zakat fitrah, Islam menetapkan bahawa seseorang itu mempunyai makanan yang cukup baginya pada malam hari raya sehingga ke siang hari raya. Jika seseorang itu mempunyai makanan yang cukup bagi tempoh itu, maka wajiblah zakat fitrah ke atasnya.

Manakala, nisab zakat harta pula mesti disandarkan kepada nilai emas semasa. Apabila harga emas tinggi, maka tinggilah nisabnya. Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah. Manakala, kadar zakat harta pula ialah 2.5 peratus dari keseluruhan harta. 

Contohnya harga sekilo beras pada masa kini rm2.60 kemudian dikali dengan 2.7kg, bersamaan  rm7.00 (kadar bayaran zakat fitrah)  jumlah kadar zakat fitrah berubah mengikut harga beras dipasaran.

607. Soalan :  Apakah hikmah zakat fitrah diwajibkan kepada umat Islam?

Jawapan :

Zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri. Akan tersingkaplah tirai kesombongan dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Agihan zakat fitrah selalunya difokuskan kepada fakir dan miskin. Inilah pandangan sebahagian ulama. Misalnya dinyatakan oleh Ibnu Qayyim, Ibnu Rusyd, Sayid Sabiq dan Dr. Abd. Karim Zaidan

608.  Boleh ustaz ulas mengenai solat sunat selepas wuduk? Adakah ini solat sunat Qabliah? ustaz di surau itu ada cerita mengenai Bilal r.a. bila dia cakap pasat solat sunat selepas wuduk .Rasulullah mendengar tapak kaki Bilal r.a. di syurga, Rasulullah bertanya apakah yang dilakukannya oleh beliau, beliau mengatakan bila saja batal wuduk belaiu akan mengambilnya dan solat sunat wuduk 2 rekaat.


Jawapan : 

Ya, ada kisah Bilal bin Rabah r.a. Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] :

Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ Ű„ِŰłْŰ­َŰ§Ù‚ُ Űšْنُ نَŰ”ْ۱ٍ Ű­َŰŻَّŰ«َنَۧ ŰŁَŰšُو ŰŁُŰłَŰ§Ù…َŰ©َ Űčَنْ ŰŁَŰšِى Ű­َيَّŰ§Ù†َ Űčَنْ ŰŁَŰšِى ŰČُ۱ْŰčَŰ©َ Űčَنْ ŰŁَŰšِى هُ۱َيْ۱َŰ©َ - Ű±Ű¶Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčنه - ŰŁَنَّ Ű§Ù„Ù†َّŰšِىَّ - Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… - قَŰ§Ù„َ لِŰšِÙ„Ű§َلٍ ŰčِنْŰŻَ Ű”َÙ„Ű§َŰ©ِ Ű§Ù„ْفَŰŹْ۱ِ « يَۧ ŰšِÙ„Ű§َلُ Ű­َŰŻِّŰ«ْنِى ŰšِŰŁَ۱ْŰŹَى Űčَمَلٍ ŰčَمِلْŰȘَهُ فِى Ű§Ù„Ű„ِŰłْÙ„Ű§َمِ ، فَŰ„ِنِّى ŰłَمِŰčْŰȘُ ŰŻَفَّ نَŰčْلَيْكَ Űšَيْنَ يَŰŻَىَّ فِى Ű§Ù„ْŰŹَنَّŰ©ِ » . قَŰ§Ù„َ مَۧ ŰčَمِلْŰȘُ ŰčَمَÙ„Ű§ً ŰŁَ۱ْŰŹَى ŰčِنْŰŻِى ŰŁَنِّى لَمْ ŰŁَŰȘَŰ·َهَّ۱ْ Ű·ُهُÙˆŰ±ًۧ فِى ŰłَۧŰčَŰ©ِ لَيْلٍ ŰŁَوْ نَهَۧ۱ٍ Ű„ِÙ„Ű§َّ Ű”َلَّيْŰȘُ ŰšِŰ°َلِكَ Ű§Ù„Ű·ُّهُÙˆŰ±ِ مَۧ كُŰȘِŰšَ لِى ŰŁَنْ ŰŁُŰ”َلِّىَ . قَŰ§Ù„َ ŰŁَŰšُو ŰčَŰšْŰŻِ Ű§Ù„Ù„َّهِ ŰŻَفَّ نَŰčْلَيْكَ يَŰčْنِى ŰȘَŰ­ْ۱ِيكَ

Maksudnya : “Rasulullah SAW bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku, aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat”

Manakala tentang solat sunat wuduk, ia bukan solat sunat qabliah. Solat sunat wuduk adalah merupakan solat sunat lain. Ia disunatkan selepas seseorang mengambil wuduk.
Dalam hal ini al-Nawawi ada menjelaskan :

Ű«Ù… ŰŁÙŰ¶Ù„ Ű§Ù„Ű”Ù„ÙˆŰ§ŰȘ ŰšŰčŰŻ Ű§Ù„Ű±ÙˆŰ§ŰȘŰš ÙˆŰ§Ù„ŰȘŰ±Ű§ÙˆÙŠŰ­ Ű§Ù„Ű¶Ű­Ù‰ Ű«Ù… Ù…Ű§ يŰȘŰčلق ŰšÙŰčل ÙƒŰ±ÙƒŰčŰȘي Ű§Ù„Ű·ÙˆŰ§Ù ۄ۰ۧ لم Ù†ÙˆŰŹŰšÙ‡Ù…Ű§ ÙˆŰ±ÙƒŰčŰȘي Ű§Ù„Ű§Ű­Ű±Ű§Ù… وŰȘŰ­ÙŠŰ© Ű§Ù„Ù…ŰłŰŹŰŻ Ű«Ù… ŰłÙ†Ű© Ű§Ù„ÙˆŰ¶ÙˆŰĄ

Maksudnya : “Kemudian yang solat paling afdal selepas sunat rawatib [sunat qabliah atau ba’diyah], dan tarawih ialah solat duha, kemudian apa yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan seperti dua rakaat tawaf jika kita tidak berpendapat mewajibkannya, dua rakaat ihram, tahiyyat masjid dan kemudian sunat wuduk” [al-Majmuk jil.4, hlm. 26]
Dalilnya ialah hadis kisah Bilal di atas.

609. Soalan : Apakah maksud apabila selesai berjemaah fardu Isyak, jemaah berpindah tempat sembahyang (yakni samada ke kiri, ke kanan, ke belakang atau ke depan saf) untuk menunaikan solat sunat lepas Isyak?

Jawapan :

Sebahagian ulama yang mengatakan sunat beralih tempat berdalilkan dengan hadis Muawiyah r.a:

ÙŰ„Ù† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه و ŰłÙ„Ù… ŰŁÙ…Ű±Ù†Ű§ ŰšŰ°Ùƒ ŰŁÙ† Ù„Ű§ ŰȘÙˆŰ”Ù„ Ű”Ù„Ű§Ű© ŰšŰ”Ù„Ű§Ű© Ű­ŰȘى نŰȘكلم ŰŁÙˆ Ù†ŰźŰ±ŰŹ

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam memerintahkan kami melakukannya, iaitu tidak menyambung satu solat dengan solat yang lain sehingga kami bercakap atau keluar". (Hadis Riwayat Muslim (no: 883). Wallahu a'lam. 

610. Soalan : Apabila ada ahli keluarga kita meninggal di luar negeri dan kita tidak sempat ziarah dan solatkan jenazah untuknya adakah kita boleh solatkan dengan solat ghaib?

Jawapan :

Solat Ghaib adalah solat jenazah terhadap mayat yang berada di negeri lain yang jauh.
 
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersembahyang ke atas jenazah Raja Najasyi, Raja Habsyah yang meninggal dunia. Dalam hadis Abu Hurairah:

ŰŁÙ† Ű±ŰłÙˆÙ„ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه و ŰłÙ„Ù… نŰčى Ű§Ù„Ù†ŰŹŰ§ŰŽÙŠ في Ű§Ù„ÙŠÙˆÙ… Ű§Ù„Ű°ÙŠ Ù…Ű§ŰȘ فيه ۟۱ۏ Ű„Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù…Ű”Ù„Ù‰ ÙŰ”Ù ŰšÙ‡Ù… ÙˆÙƒŰšŰ± ۣ۱ۚŰčۧ

"Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengumumkan berita kematian Najasyi pada hari beliau wafat. Baginda keluar ke musolla, membuat saf dengan sahabat, dan bertakbir sebanyak empat kali". (Hadis Riwayat Bukhari no: 1188 dan Muslim no: 951).

Sebahagian ulama mengambil hukum dari umum hadis ini, iaitu boleh dilakukan solat jenazah ke atas mayat yang berada jauh seperti di negara lain.

Sunday, July 28, 2013

Soal Jawab Agama Siri 63 (Menutup Aib, Tanda-tanda di Sayangi Allah, Soalan Yang Akan Di Tanya Dan Lain-lain Lagi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Soal Jawab Agama Siri 63 adalah menjelaskan persoalan Allah SWT menutup aib hamba-Nya di hari akhirat, tanda-tanda disayangi Allah, soalan-soalan yang akan ditanya dahulu, perbicaraan di akhirat, dan sembahyang ibadah pertama dihisab.

601. Soalan : Allah SWT berjanji bahawa Dia akan menutup aib hamba-Nya di akhirat apabila hamba-Nya menutup aib saudaranya ketika di dunia. Bagaimana cara Allah SWT menutup aib hamba-Nya di hari akhirat nanti ?

Jawapan :

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat 
(aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat "
(Hadis Riwayat Muslim)


"Sesungguhnya Allah mengadili hamba-Nya yang mukmin seorang diri pada hari kiamat, tidak seorang pun yang melihatnya dan tidak seorang pun yang mendengarnya. Allah Ta’ala benar-benar menutupi aibnya sehingga tidak seorang pun yang mengetahuinya. Allah menunjukkan kesalahan-kesalahannya dan berkata kepadanya: “Apakah kamu mengetahui dosa ini? Apakah kamu mengakui dosa ini?” Maka dia menjawab, “Ya wahai Rabb-ku, aku mengetahuinya.” Tiap kali ditunjukkan dosa-dosanya, ia terus mengakuinya sampai-sampai ia merasa pasti binasa. Lalu Allah Ta’ala berfirman kepadanya:

    فَŰ„Ù†ِّي قَŰŻْ ŰłَŰȘَ۱ْŰȘُهَۧ Űčَلَيْكَ فِي Ű§Ù„ŰŻُّنْÙŠŰ§، وَŰŁَنَۧ ŰŁَŰșْفِ۱ُهَۧ لَكَ Ű§Ù„ْيَوْمَ

 

Maksudnya : “Sesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosamu di dunia, dan sekarang Aku mengampuni dosa-dosamu.”Kemudian diberikan kepadanya catatan amal kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, VIII/353 –Fat-h, dan Muslim, no. 2768)

602. Soalan : Apakah tanda-tanda seorang hamba Allah itu dikasihi dan disayangi oleh Allah SWT?

Jawapan :

Terdapat tiga tanda-tanda seorang hamba itu di kasihi dan disayangi oleh Allah SWT di dunia ini. Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Allah SWT memberikan balasan di dunia supaya di akhirat nanti akan terlepas balasan daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya,Ia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,dan sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya, ia tidak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga ia membalaskannya nanti pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Tabrani )

Kedua : Allah SWT  membukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus,dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat." (Hadis Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr)

Ketiga : Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 1, hlm. 39, no. hadis : 71.)

603. Soalan : Apabila manusia menjejakkan kakinya dihari akhirat apakah soalan-soalan yang akan ditanya oleh Allah SWT kepada manusia?

Jawapan :

Terdapat 4 soalan yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat kepada setiap manusia sebelum mereka menerima buka catatannya. Soalan-soalan tersebuat adalah :

1. Umurnya pada perkara apakah ia habiskan.
2. Ilmunya untuk apakah ia gunakan.
3. Harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apa ia belanjakan.
4. Tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan, kemudaan dan kecergasannya.

Sebagaimana hadis Nabi SAW. dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
(Hadis Riwayat Tirmizi)



Apabila habis orang-orang yang disoal oleh Tuhan yang Maha Adil;  maka suratan amal manusia dikeluarkan untuk diberi ke tangan masing-masing yang apabila menerimanya ia dapati suratan amalnya itu terbuka,  boleh ditatap dan dibaca olehnya sendiri.

604. Soalan : Selepas ditanya 4 soalan mengenai umur, ilmu, harta dan tubuh badan, maka perbicaraan akan bermula. Apakah perkara yang pertama di adili oleh Allah SWT dan hukuman yang dijalankan?

Jawapan :

Terdapat 3 perkara yang akan di adili dan dilakukan perbicaraan terhadap amal perbuatan manusia ketika di dunia iaitu :

1. Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan satu-satu makhluk seperti bunuh membunuh,  tikam menikam, pukul memukul, seksa-menyeksa, sabung-menyabung, laga-melaga dan sebagainya.
 
2. Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah terhadap kehormatan diri dan maruah,  seperti caci-mencaci, buruk-memburuk, maki-hamun, umpat-keji, tuduh-menuduh, ceroboh-mencerobohi, fitnah- memfitnah dan sebagainya.
 
3. Perkara-perkara yang bersabit dengan harta benda seperti curi-mencuri, rompak -samun, ragut, rebut-merebut, tipu-menipu, hutang-piutang dan lain-lainnya.
Untuk menyelesaikan ketiga-tiga perkara di atas hukuman dan pembalasan akan dijalankan secara adil:
 
Pertama - Menerima balasan dari makhluk yang dilakukan jenayah itu terhadapnya.

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Kedua - Memberi amal kebajikannya kepada orang yang ia aniayakan, untuk membayar hutang orang itu atau mengganti-ruginya; dan apabila tidak ada lagi amal kebajikannya untuk diberi kepada orang itu, maka ia terpaksa menanggung dosa-dosanya.  

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”


Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”


Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)


Ketiga - Dimasukkan ke dalam penjara yang disediakan oleh Allah SWT (Neraka Jahanam) apabila telah menjadi muflis kerana amal pahala sudah habis diberikan kepada orang yang dizalimi dan amal dosa orang yang dizalimi di pikul pula ke atas bahu orang yang menzalimi orang lain.

605. Soalan : Setelah proses balasan dan hukuman diterima kerana dosa sesama manusia, maka apakah amal ibadah pertama yang akan di hisab oleh Allah SWT?

Jawapan :

Ada pun perkara-perkara yang berkenaan dengan ibadat kepada Allah,  maka yang mula-mula dibicarakan ialah ibadat sembahyang yang lima sehari semalam - sesiapa yang sembahyangnya itu diterima Tuhan maka berjaya dan beruntunglah dia; sebaliknya rugi dan menderita orang yang tidak diterima sembahyangnya. Sesiapa yang didapati sembahyang fardunya terkurang, sama ada terkurang bilangannya, rukun,  syaratnya, sunatnya atau khusyuknya maka ditampal dan dicukupkan dengan sembahyang-sembahyang sunatnya jika ada, kalau tidak ada terpulanglah hukumnya kepada keadilan atau kemurahan Tuhan Rabbul `Alamin.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Demikianlah pula halnya ibadat-ibadat puasa,  zakat dan haji dibicarakan seperti sembahyang juga, iaitu apabila di dapati mana-mana fardunya terkurang maka ditampal dan dicukupkan dengan sunatnya yang ada.


Soal Jawab Agama Siri 62 (Air Mazi , Air Wadi, Jenis-jenis Najis, Anak Derhaka, Dam Haji Dan Lain-lain)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ŰšِŰłْمِ ٱللَّهِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ْمَـٰنِ Ù±Ù„Ű±َّŰ­ِيم

 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Soal Jawab Agama Siri 62 adalah menjelaskan persoalan air mazi tidak batalkan puasa, perbezaan air wadi dan air mazi, jenis-jenis najis, anak derhaka, dam haji, bersetubuh dibulan Ramadan dan doa kepada suami.

596. Soalan : Saya seorang gadis berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Sebelum ini saya tidak tahu untuk membezakan antara mazi dan mani.Sekarang saya dapat bezakan di antara air mani dan Air Mazi.

Bagaimanapun, saya ingin meminta pendapat.. Oleh kerana awal Ramadan tempoh hari saya masih "jahil" mengenai mazi dan mani, apabila saya terangsang, saya menganggap cecair yang keluar ialah mani.

Tetapi, jauh disudut hati saya mengatakan ianya bukanlah mani, jadi saya tetap teruskan berpuasa. Setelah berbuka puasa, saya mandi wajib untuk keluar dari belenggu ragu-ragu. Perkara ini berlanjutan sehinggalah beberapa hari. Siangnya saya berpuasa, apabila keluar "sesuatu" saya menganggapnnya mani dan mengambil keputusan untuk mandi wajib setiap kali selepas berbuka.
 

Perkara ini membuatkan saya betul-betul tertekan apatah lagi bila memikirkan jumlah puasa yang perlu saya ganti / qada yang semakin meningkat hanya kerana perasaan ragu-ragu tersebut.?


Jawapan :


1) Puasa saudari adalah sah dan tidak perlu di qada ( ganti) kerana ia tidak batal hanya kerana keluar Air Mazi akibat terangsang.

2) Walaubagaimanapun, pahala puasa sudari sudah tentu tergugat dan berkurangan jika  Air Mazi itu keluar akibat rangsangan syahwat. Jika seseorang terangsang sehingga keluar mazi, ini bermakna dia sedang melakukan satu dosa (kecualilah jika di antara suami dan isteri), kerana menurut kebiasaannya seseorang tidak boleh terangsang tanpa sebab, sudah tentu rangsangan itu datang sama ada kerana melihat gambar lucah atau bersembang dengan lelaki melalui telefon, berdepan atau 'chatting' secara bersyahwat...

Untuk makluman, Air Mazi adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan Air Mani pula cecair melekit dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

Air Mani adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan Air Mazi yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air Mazi adalah najis dan perlu dibasuh sedangkan air mani pula  jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas ( MANDI WAJIB)  untuk kembali menyucikan diri bagi melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan membaca al-Quran.

Kembali kepada kes yang bertanya, jika benar ia adalah Air Mazi yang keluar disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok, tidak syak lagi ia adalah satu dosa dan apabila ia berlaku dalam bulan mulia ini, sudah tentulah kesannya amat besar. Allah SWT menyebut dalam hadis Qudsi :-

يَŰȘْ۱ُكُ Ű·َŰčَŰ§Ù…َهُ وَŰŽَ۱ََۧۚهُ وَŰŽَهْوَŰȘَهُ من ŰŁَŰŹْلِي Ű§Ù„Ű”ِّيَŰ§Ù…ُ لي ÙˆŰŁÙ†Ű§ ŰŁَŰŹْŰČِي

Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

Amat jelas lagi terang Allah SWT inginkan dari puasa kita penahanan dari 3 aspek fizikal iaitu tahan  makan minum dan keinginan syahwat iaitu seksual.

Jika benar, ia adalah Air Mazi yang ekluar dengan syahwat, saya nasihatkan saudari agar segera berhenti dan menjauhkan diri dari semua perbincangan dan perbuatan yang boleh menaikkan syahwat kerana ia kelak boleh menjatuhkan seseorang dalam kumpulan hina iaitu penzina yang tidak bertaubat.

Semoga diampuni Allah SWT di bulan pengampunan ini. 



Nota : Beza Air Mazi dengan keputihan.
Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat terangsang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau. Justeru, saudari perlu tentukan cecair apakah yang dimaksudkan. 



597. Soalan : Ustaz adakah pendapat ulama yang menjelaskan Air Wadi dan Air Mazi itu suci? Mohon penerangannya.

Jawapan :


Ulama menjelaskan bahawa bahawa Air Wadi dan Air Mazi adalah najis.


1. Air Wadi :  


Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang setelah kencing..

Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya Air Wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti Air Mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk kembali jika ingin solat.

Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala Air Wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain drpd bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yg terik) 


2. Air Mazi : 


Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah sejenis najis .

Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.

Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan banyak lagi sebab kenapa Air Mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil.Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya Aair Mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar, ini juga adalah sejenis Air Mazi.

Pandangan Air Mazi menurut Mazhab - Semua ulama bersetuju yang Air Mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegeaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena Air Mazi tadi.Air Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam Islam.

Di wajibkan  untuk Mandi Wajib adalah semata-mata kerana keluar Air Mani saja, jika keluar Air Wadi dan Air Mazi tidak perlu Mandi Wajib hanya dibasuh tempat keluarnya Air Wadi dan Air Mazi. Air Mazi adalah air (cairan) yang keluar kerana rangsangan seksual. Sedangkan Air Wadi iaitu cairan yang keluar ketika kencing (buang air kecil). Ketetapan ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhahu, bahawasanya ia berkata:

“Aku adalah seorang yang mudah keluar air mazi, sehingga di musim sejuk pun aku tetap mandi besar sampai punggungku sakit kerananya. Kemudian aku mengadukan hal itu kepada Nabi SAW. lalu baginda bersabda : "Jangan kau lakukan! Bilamana engkau mendapatkan Air Mazi, maka cucilah zakarmu dan berwuduklah untuk solat”


597. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan apakah jenis-jenis najis yang terdapat dalam hukum feqah dan cara-cara membasuhnya jika sekiranya baju atau seluar kita terkena najis tersebut.?

Jawapan :

Dalam hukum feqah terdapat 3 jenis najis iaitu :

1. Najis Mughallazah (berat) iatu najis anjing dan babi.

2. Najis Mutawassitah (pertengahan) iaitu najis selain najis anjing dan babi dan selain air kencing kanak-kanak  lelaki berumur bawah 2 tahun yang tidak makan kecuali susu manusia.

3. Najis Mukhaffafah (ringan) iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2 tahun dan tidak makan kecuali susu (manusia) sahaja.

Cara-cara membasuh najis-najis tersebut :

1. Najis Mughallazah.(berat)

Tempat yang terkena najis tersebut hendaklah dibasuh dengan 7 kali air dan air basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah.

Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Bila seekor anjing minum dari wadah milik kalian, maka cucilah 7 kali." (Hadis Riwayat Bukhari 172, Muslim 279, 90).

Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Sucinya wadah kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Dan menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah." (HR Muslim 279, 91, Ahmad 2/427)


Maka seluruh ulama sepakat bahwa air liur anjing itu najis, bahkan levelnya najis yang berat (mughallazah). Sebab untuk mensucikannya harus dengan air tujuh kali dan salah satunya dengan menggunakan tanah.



Ulama telah mengqiyaskan babi dengan anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaan daripada anjing.


2. Najis Mutawassitah (pertengahan)


Contoh najis-najis mutawassitah adalah seperti air kencing dan tahi manusia, tahi haiwan dan darah manusia dan darah haiwan. Tidak wajib basuh berulang-ulang kali sekirannya najis tersebut boleh hilang hanya dengan sekali basuhan.

Cara menyucikan najis Mutawassitah adalah dengan alirkan air ke atasnya dan hilangkan kesan-kesannya sehingga hilan 'ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya seperti warna, rasa atau bau  samaada terkena pada pakaian, badan atau tempat. Tetapi tidak mengapa jika warna masih kekal disebabkan susah untuk hilangkan seperti darah.

Dari Anas bin Malik, katanya : "Apabila Nabi SAW keluar (ke kawasan lapang) untuk menunaikan hajatnya (buang air) , aku datangkan kepadanya air. Lalu baginda membasuh dengannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Najis Mukhaffafah (ringan).

Najis Mukhaffafah adalah najis yang ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2 tahun dan tidak makan kecuali susu manusia sahaja.

Daripada Ummu Qis binti Mihsan r.a : Beliau menemui Rasulullah SAW dengan membawa anak lelaki kecil yang tidak makan apa-apa makanan. Lalu anak tersebut kencing di atas baju baginda. Baginda menyuruh supaya di datangkan air lalu merenjis-renjiskan tanpa membasuhnay (mengalirkan airnya) (Hadis Riwayat Bukhari (2021) dan Muslim (287))

598. Soalan : Saya mempunyai dua persoalan yang ditanya oleh rakan saya, bolehkan ustaz tolong jelaskan persoalan tersebut :

Soalan (1): Seorang anak yang dikenalpasti sebagai anak durhaka (kerana telah memboikot ayah kandungnya sendiri serta memaki hamun dan mencaci ayahnya dengan perkataan2 yang keterlaluan), adakah anak tersebut masih dikategorikan sbg durhaka jika si ayah yg menerima cacian itu redha dengan perbuatan anaknya itu serta sentiasa mengampuni dosa-dosa anaknya lantaran terlalu kasihnya terhadap anaknya itu?

Soalan (2): Orang yang megerjakan haji tamathuk diwajibkan dam. Bagaimanakah keadaan orang tersebut jika dia tidak membayar dam samaada dalam bentuk penyembelihan binatang semasa di tanah suci ataupun berpuasa seperti yang dituntut? Perkara ini berlaku adalah disebabkan kejahilannya dalam bab hukum hakam haji.

Sekian, terima kasih.

Jawapan :

1. Anak tersebut tetap anak menjadi anak dehaka jika beliau tidak mohon ampun kepada ayahnya. Tak akan bau harum syurga. Jika hati ayahnya terdetik marah walaupun lidahnya kata dia maafkan. Jika nak bebas dari "pangkat anak dehaka" perlu minta maaf terus kepada ayahnya sebelum beliau meninggal dunia.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :" Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang” (Hadis riwayat Anas bin Malik)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis Riyawat Imam Bukhari )

2. Dam hanya dikenakan sekiranya anda meninggalkan sesuatu perkara yang wajib atau melanggar sesuatu larangan. Untuk menjelaskan lagi secara ringkas iaitu dam, dari sudut bahasa bererti darah. Dari sudut istilah pula ia bermaksud menyembelih binatang ternakan (seperti unta, lembu, kambing) sebagai denda kerana meninggalkan sesuatu yang wajib atau melanggar sesuatu yang dilarang dalam masa mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Ertinya, seseorang yang melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika dalam masa berihram diwajibkan dam. Seseorang yang meninggalkan wajib haji dan umrah diwajibkan dam. Seseorang yang luput wukuf di Arafah selepas berniat ihram wajib dikenakan dam. Seseorang meninggalkan tawaf wada’ tanpa uzur syar’i wajib dikenakan dam. Seseorang yang melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji juga dikenakan dam. Seseorang yang terhalang dalam menyempurnakan baki rukun haji atau umrah kerana sebab-sebab tertentu (ihsar), dikenakan dam.

Dam juga dikenakan sebagai syarat wajib haji apabila seseorang melaksanakan haji tamatuk atau Qiran. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: “Dan sempurnakan ibadat Haji dan Umrah kerana Allah SWT. Maka sekiranya kamu dikepung (iaitu ihsar dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah dam yang mudah di dapati. Dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya.

Dam tertib dan taqdir.
 
Maksud tertib iaitu melakukan satu dam yang ditetapkan jika tidak mampu, lakukan dam berikutnya yang ditetapkan. Manakala taqdir pula iaitu kadar dam yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya, seseorang yang mengerjakan haji Tamatttu’ atau Qiran, hendaklah ia melaksanakan dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari (iaitu 3 hari di masa haji dan 7 hari apabila ia pulang ke tempatnya), sekiranya tidak mampu juga disebabkan tua, hendaklah dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (sebanyak 10 cupak).

Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau ada sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih dam.

Kemudian apabila kamu kembali aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih dam yang mudah didapati.

Kalau ia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan ibadat haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing) yang semuanya itu 10 hari yang sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidil Haram (Makkah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan siksa-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya).”

599. Soalan :  Jika berlaku persetubuhan antara suami isteri pada siang hari pada bulan Ramadhan tanpa kerelaan isteri, adakah kafarah yang dikenakan itu hanya kepada suami atau kedua2nya sekali? Begitu juga dalam kes persetubuhan yang berlangsung semasa si isteri sedang haid. Bagaimanakah kafarahnya?

Jawapan :

Jika berlaku persetubuhan di antara suami isteri pada siang hari di bulan Ramadan maka diwajibkan Kaffarah Al-Uzma .

Kaffarah Al-Uzma iaitu :

1. Membebaskan hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati maka hendaklah 

2. Berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau sekiranya tidak mampu hendaklah 

3. Memberi makan kepada 60 orang yang miskin.

Sebagai hukuman kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari dibulan Ramadan dengan bersetubuh dengan sengaja.

Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW.

"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW katanya: "Celaka aku, wahai Rasulullah."

Nabi SAW berkata: "Apakah yang mencelakakan engkau?"

Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan."

Rasulullah SAW berkata: "Sanggupkah engkau memerdekakan hamba?"

Jawab lelaki itu: "Tidak sanggup". 

Rasulullah SAW berkata: "Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?"

Jawab lelaki itu: "Tidak mampu." 

Kata Rasulullah SAW." Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?". 

Jawab lelaki itu: "Tidak". 

Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi SAW dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahkanlah kurma ini" 

Kata lelaki itu: "Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. 

Nabi SAW tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim) 

Adapun Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan.

Jika beliau tidak mampu melaksanakan kaffarah pertama dan kedua maka wajib beliau tunaikan kaffarah ketiga iatu memberi makan 60 orang miskin.

600. Soalan :  Saya hendak bertanya berdosakah seorang isteri apabila dia berdoa kepada Allah SWT supaya suaminya pergi dalam hidupnya setelah dia mandapati suaminya itu bukan seorang soleh yang boleh membimbing dia ke syurga?

Jawapan :
 
Seorang isteri tidak boleh berdoa supaya suaminya pergi dalam hidupnya kerana seorang isteri yang solehah sentiasa mendoakan agar Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada suaminya., Seorang isteri boleh berdoa semoga Allah SWT membuka pintu hidayah kepada suami supaya dia jadi suami yg soleh dan dapat membimbing dirinya dan anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Perlu diingat bahawa Isteri tidak bertanggungjawab terhadap dosa suami tapi suami akan bertanggungjawab dosa isteri jika dia tidak ajar isteri jalan kebenaran. Sebagai isteri kita perlu saling nasihat menasihat dan tegur menegur supaya dia kembali kejalan yang benar. 


Contoh isteri yang solehah dan sabar adalah Asiah isteri kepada Firaun yg kafir, zalim dan kejam. Isteri masih tetap boleh menjadi solehah dan akan memasuki syurga sekiranya dia solat, puasa, taat pada suami dan menjaga kehormatan.